Novella~My LovE 36 {AKHIR}

Tuesday, December 16, 2014


BAB 36 {AKHIR}



3 bulan kemudian….

Dynaz duduk di atas sebuah katil empuk yang bersaiz king. Sinaran mentari pagi yang menyusup tenang melalui tingkap besar bilik tersebut menyinari ke seluruh sudut bilik tidur. Dengan perlahan dia bersandar pada sebuah bantal besar yang berada di belakangnya. Wajahnya sepi, tangannya membelai lembut kandungannya yang begitu besar.
Hari ini adalah hari penentu kisah hidupnya. Hari yang mungkin akan menjanjikan kebahagian untuknya tetapi mengapa perasaan dan hatinya berasa kosong ketika ini? Baju tidur yang berleher luas yang tersarung pada tubuhnya menampakkan kesan parut pada bahagian dadanya. Dia memegang kawasan tersebut wajahnya lesu fikirannya jauh melayang.
Sudah hampir berbulan Dynaz dibenarkan keluar dari hospital setelah berminggu-minggu lamanya dia bertarung nyawa di dalam wad di hospital besar tersebut. Selama itu seluruh ahli keluarganya tidak pernah meninggalkan sisinya, ibu dan bapanya juga turut datang dari Malaysia. Begitu juga Hariz, Henney dan Dennis yang sering berada di sampingnya.
Hariz..hatinya berdebar kuat setiap kali nama itu melintas kotak fikirannya. Kesan parut pada dadanya itu diusap perlahan.

       “Morning sunshine, anak mama dah bangun? Mama sediakan breakfast buat Naz.” suara Pn.Chae Rin ceria, dia mengambil tempat duduk di sebelah Dynaz.
Melihat pada wajah ceria Pn.Chae Rin fikiran Dynaz berasa tenang, segala salah faham di antara mereka sebelum ini telah berakhir dan Dynaz sendiri tidak mahu memikirkan episod sedih itu lagi. Berkali-kali mamanya memohon maaf atas keterlanjurannya dan bagi Dynaz dia lebih memilih untuk memaafkan segalanya. Hidup begitu singkat untuk memikirkan dendam dan perasaan benci.
Ya..begitu singkat apabila kita berada di hujung nyawa bertarung melihat kehidupan yang semakin jauh meninggalkan kita. Ketika itu hanya penyesalan yang menguasai diri terhadap segala perkara yang masih tertangguh dan tidak dapat diselesaikan.
Dia pernah merasakan saat itu dan perasaaan itu.
Masih bernyawa di dunia ini merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai kepadanya. Segalanya bagaikan sebuah keajaiban, tembakkan yang mengena tepat di bahagian dadanya itu sebenarnya mampu untuk menamatkan nyawanya tetapi dengan keajaiban dan rahmat tuhan dia masih bernafas sehingga hari ini. Kesemua doktor yang mengendali kesnya begitu terkejut dan tertanya-tanya dengan keajaiban yang dilalui Dynaz ini.
Jauh di sudut hati Dynaz, dia percaya tuhan memberi peluang ini untuk dia membetul dan menyelesaikan segala perkara yang masih tertangguh. Dia sudah bernekad tidak akan siakan peluang ini.
Semua kisah punya pengakhiranya sama jualah kisah novella cintanya ini.
Ambil pilihan yang dapat membahagiakan Naz.. dan ketika ini kata-kata itu bermain di benak fikirannya.



“Jaga diri kamu baik-baik ya,” kata-kata lembut dari bibir ibunya membuatkan air mata Dynaz mengalir membasahi pipinya. Sudah terlalu lama dia merindui ibu dan ayahnya, merindui zaman remajanya yang tiada erti kesedihan. Begitu indah apabila dia dimanja dan dibelai oleh ibu dan ayahnya.
“Naz nak ikut..”
“Eh, mana boleh macam tu, tempat Naz kat sini..di samping suami. Sudah jangan nangis-nangis lagi..” lembut ayahnya bersuara sambil mengesat air mata yang setia mengalir di pipi Dynaz.
“Mak tau kisah Naz kat sini..dan mak harap Naz mampu mengharungi segala dugaan hidup Naz dan dapat buat pilihan yang terbaik buat Naz.” begitu prihatin ibunya bersuara, raut lembut pada wajah ibunya dilihat begitu bermakna oleh Dynaz.
“Ambil pilihan yang dapat membahagiakan Naz. Jangan fikir akan pandangan orang, apa yang penting Naz bahagia. Ingat, kami selalu ada untuk Naz.” kini ayahnya pula bersuara sambil mengenggam erat tangannya. Dapat dirasa oleh Dynaz kehangatan kasih sayang yang mengalir dari genggaman erat tersebut.


Ambil pilihan yang dapat membahagiakan Naz..
Kata-kata ayahnya seperti berulang-ulang bermain di fikirannya. Dynaz termenung jauh. Semenjak ibu dan ayahnya pulang ke Malaysia, dia tinggal bersama keluarga mertuanya.

“Mama bawa breakfast ke sini la. Just wait for me ya sayang” suara Pn.Chae Rin membuatkan Dynaz kembali ke alam nyata. Serentak itu dia menggeleng.
“Eh, tak apa ma..Naz turun makan kat bawah saja. Just bagi Naz masa untuk ke toilet sekejap.” Dynaz bersuara lembut.
“Ok, then mama siapkan makanan Naz kat bawah la.Jangan lama-lama ya, kesian perut tu lambat sarapan..nanti Naz sakit pula.” tersenyum Pn.Chae Rin ketika dia mengusap lembut pipi menantunya itu. Dynaz tersenyum manis dan mengangguk sekali.

Dynaz melihat mamanya yang kini berjalan menuju ke pintu biliknya. Wajah mamanya itu ceria dengan senyuman yang sentiasa memekar di bibirnya. Jelas di mata Dynaz betapa mamanya itu mengambil berat terhadap dirinya. Selama dia keluar dari hospital mama menjaganya dengan begitu rapi dan penuh kasih sayang. Dia bersyukur terhadap tuhan kerana telah menjernihkan segala kekeruhan dalam kehidupannya ini.
Segala rahsia yang disimpan papa telah terungkai, mama telah memaafkan segalanya dan menerima baik kekhilafan yang dilakukan papanya itu. Mama kembali ceria dan kembali bersemangat untuk menempuh hari yang mendatang cuma..papa sahaja yang masih dilanda kegundahan. Dia kerap termenung walaupun selalu menunjukkan raut ceria pada Dynaz dan juga kandungannya.
Dynaz tahu papa masih terganggu dan dihantui dengan kisah Yong Jun, kisah seorang anak yang telah diabainya itu.

Yong Jun sekarang ditangkap polis dan berada dalam penjara sepanjang kesnya masih lagi dibicarakan. En.Amir banyak membantunya bagi meringankan beban hukuman yang akan diputuskan hakim mahkamah nanti. Begitu banyak pertolongan yang dihulur En.Amir bagi membela anak yang pernah ditinggalnya itu tetapi sepanjang Yong Jun berada dalam penjara dia tidak pernah bersetuju untuk menerima lawatan daripada En.Amir. Hanya sekali sahaja dia pernah bersetuju untuk satu lawatan iaitu ketika Dynaz datang melawatnya.
Walaupun En.Amir ketika ini berjaya memulihkan KCO dengan menggunakan bukti penyelewengan Jong Woo yang diserahkan Henney tetapi perasaannya kosong. Dia berasa kehilangan dan sungguh Dynaz dapat melihat kesedihan dan kehilangan itu pada wajah lelaki itu.



          “Yong Jun..papa sangat tersiksa, please maafkan dia.” hampir merayu nada yang dikeluarkan Dynaz. Suaranya begitu lunak di pendengaran Yong Jun melalui telefon yang berada kemas di telinganya. Pandangan Dynaz pada Yong Jun penuh dengan pengharapan seolah-olah ketika ini mereka berada begitu dekat walaupun hakikatnya terpisah dengan cermin yang tebal di antara mereka.
Yong Jun mengangkat sebelah tangannya mendekati cermin tebal di hadapannya, di situ dia mengusap cermin tersebut seolah-olah dia mengusap pipi Dynaz.
I’m sorry Naz, apa yang saya lakukan pada awak..I’m really sorry.” ada getaran yang tidak dapat dibendung pada nada Yong Jun. Inilah kali pertama dia melihat Dynaz semenjak kali terakhir dia melihat wajah itu bertarung hebat menanggung kesakitan dari kejadian di luar jangkaannya itu. Ya, dia telah melakukan sesuatu yang sangat bodoh. Penyesalannya bukan kepalang.
“Tak..saya tak pernah salahkan awak dalam perkara ni. Apa yang berlaku adalah suratan takdir..awak adalah seorang insan yang baik, insan yang sangat istimewa dalam hidup saya..sungguh saya tak boleh lihat awak dalam keadaan begini..”nada Dynaz tenggelam timbul menahan gelora perasaannya. Hatinya tersentuh melihat keadaan Yong Jun yang tidak kemas dan tubuhnya yang kering kelihatan begitu terselah pada pakaian penjara yang lusuh itu.
I just wish for your happiness Naz, apa yang terjadi pada saya biar saya yang tanggung.” raut wajah Yong Jun terganggu apabila melihat airmata Dynaz mula menuruni lekuk pipinya.
Please..don’t cry for a person like me..please Naz, I’m not worth for your tears..”suara Yong Jun serak, wajahnya menunduk tidak sanggup untuk melihat wajah duka insan yang disayanginya itu.
“Yong Jun..saya tersiksa, papa sangat menderita melihat awak begini..”esakan Dynaz kedengaran begitu tersiksa di pendengaran Yong Jun.
“Awak tahu di akhir nyawa saya..saya bayangkan yang saya mampu untuk membuatkan awak menerima papa, saya mampu untuk melihat senyuman pada wajah awak, raut yang bahagia..”sendu Dynaz begitu menyiksakan menambahkan keperitan di jiwa Yong Jun. Dia kembali memandang wajah lembut itu, melihat betapa tersiksa wajah cantik itu.
“…saya mampu untuk membawa senyuman awak untuk seluruh dunia lihat betapa indah senyuman dan tawa itu..saya mampu..” kata-kata Dynaz kini terhenti hanya esakannya kedengaran. Sungguh dia tidak kuat untuk melihat pengakhiran kisah Yong Jun yang menyedihkan, wajahnya menunduk menangis semahu-mahunya.
“Naz..”Jiwa Yong Jun tersiksa melihat Dynaz, air matanya bergenangan melihat kesedihan wanita di hadapannya itu.
“Yong Jun..berilah peluang untuk diri awak bahagia, berilah peluang untuk papa membahagiakan awak.”Dynaz merintih sayu, ketika ini dia merapatkan tubuhnya dekat dengan cermin tebal yang memisahkan dirinya dengan Yong Jun. Sebelah tangannya memegang cermin tersebut seolah-olah dia kini memegang lembut wajah Yong Jun.
“Saya sangat menyanyangi awak dan saya sangat mengharapkan kebahagiaan awak.”air mata Dynaz yang mengalir menyentuh begitu dalam jauh ke dasar hati Yong Jun membuatkan setitis mutiara jernih mengalir menuruni lekuk pipi Yong Jun yang sempurna.

Kenangan bersama Yong Jun beberapa hari yang lalu melayari kotak fikiran Dynaz ketika dia melihat wajah En.Amir kini. Wajah ceria papanya tidak henti melayarkan senyuman, sesekali wajah itu tertawa riang bersama Pn.Chae Rin. Mereka sedang bersembang mesra di sebuah meja di taman yang terletak tidak jauh dari tempat Dynaz berehat ketika ini. Dynaz tersenyum manis.
Dia telah dikhabarkan oleh mama ketika sarapan tadi bahawa papa telah menerima satu panggilan telefon pada awal pagi tadi. Satu panggilan telefon yang telah mengubah segala-galanya. Yong Jun telah bersetuju untuk menerima satu lawatan dari papa. Mungkin ini adalah satu sinar harapan buat En.Amir dan untuk diri Dynaz pula ia merupakan satu perkhabaran yang begitu membahagiakan.
Yong Jun..awak berhak untuk merasakan kebahagiaan, awak hanya perlu belajar untuk melupakan segala perkara buruk yang berlaku dalam hidup awak. Ya, ia sememangnya sukar..tetapi tidak mustahil untuk awak lakukan.

         Dari jauh kini Dynaz melihat sepasang pasangan berjalan menuju ke arahnya. Dynaz tersenyum ceria, dia bangun dari kerusinya dan melambai ke arah pasangan tersebut.
“Hey, jangan nak berjalan sangatlah. Kandungan tu dah besar tau.”ceria suara Eun Jun berlari anak ke arah Dynaz apabila dia melihat Dynaz ingin mengatur langkah menuju kepadanya. Satu pelukan erat diberikan Eun Jun dan kini dia menyentuh lembut perut Dynaz yang begitu besar itu.
        “For you.”senyuman manis Henney terpamer pada seraut wajahnya yang begitu sempurna. Dynaz membalas senyuman tersebut dan mengambil buah tangan yang diberikan Henney.
         “Friuts for our little baby inside here!”Eun Jun bersuara sambil mengusap perut Dynaz. Mereka tertawa riang, Dynaz melihat pada wajah Henney yang ceria dia tersenyum indah.
Raut sengsara yang pernah menghiasi wajah itu telah pudar kini. Ia berganti indah sepertimana kali pertama dia melihat wajah tampan itu.
Semua orang di dunia ini tidak terkecuali melakukan kesalahan, tetapi apa yang membezakan mereka adalah kesedaran untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut lagi. Mungkin hanya segelintir yang bertuah sahaja yang mampu untuk membetulkan kesalahan tersebut, dan ternyata Henney adalah salah satu insan yang menerima peluang yang bertuah itu.


           “Henney,apa pendapat awak tentang Eun Jun?” perlahan Dynaz menyoal apabila kelibat Eun Jun semakin menghilang membawa buah-buahan untuk dibasuh.
         “Oh, I know where you want to go with that question.” ada tawa terlahir dari bibir Henney, wajahnya manis melihat ke arah Dynaz yang tersenyum di hadapannya.
        “Haha..really? She’s a good lady.” Dynaz mendekatkan wajahnya, dengan senyuman nakal terukir di bibirnya masih ingin menyakat Henney.
          “Yup, she’s good..but you’re the best.” Raut Henney lembut melihat penuh dalam pada wajah Dynaz.
       “Henney..”termati senyuman pada bibir Dynaz, perasaan serba salah menerjah masuk menyerang tangkai hatinya ketika ini.
       “Ops..sorry don’t get it in a wrong way.” Wajah Henney bertukar riak kini, dia tidak mahu Dynaz berasa tidak selesa dengan ayatnya sebentar tadi.
“Naz, saya mengaku awak adalah perkara yang paling terindah yang pernah berlaku dalam hidup saya, the first strike of cupid’s arrow through my heart.. if u wanna called it that way..”Henney tersenyum mengajuk kata-katanya sendiri, wajahnya kembali ceria membuatkan Dynaz tersenyum.
“..but lately I’ve been visited by that stubborn cupid again..I think he will never leave me until he makes sure that he succeeded in striking another arrow again, for the second time.haha” Henney tertawa kini, dia menggelengkan kepalanya sekali. Tertawa dengan perasaannya sendiri yang kian berbunga mekar.
“Ahhhh..if that the case, then..I think I can expect to receive an invitation card after this.” Dynaz tahu maksud yang ingin diberikan Henney. Sesungguhnya dia bahagia dengan pilihan Henney.
Yup, maybe you can start counting on that.Hahaha..” Wajah ceria Henney menimbulkan ketenangan dalam jiwa Dynaz. Tawanya diganti dengan senyuman manis melihat Henney.
“Naz, apa saja yang berlaku selepas ini..saya nak awak tahu that you’re someone special living inside here, nobody can replace that and I don’t want to erase all the good memories of you, memories of my beautiful butterfly.” Henney mengusap lembut pipi Dynaz, wajahnya tenang dengan senyumannya yang menyakinkan Dynaz.
Dynaz adalah cinta pertamanya..mengenali Dynaz adalah perkara yang paling terindah, biarlah ia hanya tersimpan dalam hatinya dan terus kekal di situ.
Dynaz senyum, hatinya sebak terharu dengan kata-kata yang diucapkan Henney. Ikhlas dia mengaku Henney punya tempat yang tersendiri dalam hatinya, lelaki itu adalah salah satu insan yang sangat istimewa yang muncul mewarnai kisah hidupnya. Sesungguhnya dia tidak mampu untuk membalas cinta Henney, kerana dia tahu jauh di dalam sudut hatinya tempat itu telah dihuni seseorang.
Tetapi siapa? Hatinya berperang kini.

        “Eh, Naz how’s Dennis? Lama saya tak jumpa dia.” tiba-tiba soalan yang keluar dari bibir Henney membuatkan Dynaz tersentak. Sepotong nama yang menyusup masuk ke telinganya itu membuatkan hatinya terganggu. Dengan perlahan Dynaz duduk di sebuah kerusi, dia cuba untuk menunjukkan raut wajahnya yang tenang.
       “Oh..entah..” kegugupan Dynaz terserlah dalam usaha dia menyembunyikan perasaannya. Henney melihat penuh dalam kepada wanita itu, dia tahu perasaan Dynaz dan juga perasaan teman baiknya, Dennis. Kedua-dua mereka seperti punya satu ikatan yang sukar untuk dipisahkan walaupun suratan takdir sering menguji dan seakan sukar untuk menyebelahi kepada kedua-duanya.
          “The last time I saw him was 3 months ago..dia ke New York, and after since dah tiada berita dari dia lagi.” Dynaz cuba untuk melakarkan senyuman di bibirnya tetapi jelas rautnya yang mendung sukar untuk disembunyikan.
Hatinya sering terganggu bila mengingatkan insan yang bernama Dennis itu sehinggakan ada suatu masa dia mahu melupakan segala-galanya tentang lelaki itu, meninggalkan segala memori tentang lelaki itu tetapi seperti sukar untuk dia melakukannya.
Salahkah aku menghukum Dennis di atas segala kesalahannya terhadap diriku ini?




         “Naz..abang tahu abang banyak lakukan kesalahan pada Naz. Segala berlaku pada Naz adalah disebabkan kekejaman abang sendiri. I’m sorry..I’m really sorry..” nada Dennis tersiksa, wajahnya membawa beribu raut bersalah yang begitu jelas. Di saat ini mahu saja dia mendapatkan Dynaz dan memeluk erat wanita yang berada di hadapannya itu. Tetapi tubuhnya kaku, kakinya terpasak di situ. Begitu banyak kezaliman yang dilakukannya terhadap wanita itu, dan perasaan bersalah yang ditanggungnya seperti berlumba-lumba menusuk ke sanubarinya. Begitu sukar untuk dirungkainya, begitu berat…membuatkan dirinya malu untuk terus mendekati wanita itu.

Dynaz melihat Dennis sayu, dia masih lagi duduk bersandar pada katil hospital. Tubuhnya terasa perit dan begitu lemah untuk menuturkan kata-kata. Dennis dilihatnya tidak bermaya, raut lelaki itu penuh kesedihan tetapi langsung tidak mencacatkan kesempurnaan wajahnya.
      I know..that you don’t want to see me, tapi abang tak mampu untuk bertahan dari melihat Naz..maafkan abang.” begitu tersiksa sekali suara Dennis, dia akur dengan kehendak Dynaz yang menolak untuk berjumpa dengannya. Sejak wanita itu sedar dari koma inilah kali pertama dia melihat wajah yang sangat dirinduinya itu. Dynaz menolak untuk bertemu dengannya, dia mengerti dan sungguh dia memahami akan segala keputusan yang dibuat Dynaz.
Dynaz kini menelan liur membasahkan tekaknya yang terasa perit. Melihat Dennis di hadapannya membuatkan seluruh jiwa dan raganya terganggu..terganggu dengan satu perasaan yang begitu sukar untuk dia rungkaikan.
Hari pertama dia sedar, perkara pertama yang ditanyanya adalah tentang keadaan Dennis. Dia dikhabarkan oleh mamanya bahawa Dennis selamat kerana tembakkan yang mengena tubuhnya tidak terlalu bahaya kerana lukanya tidak begitu dalam. Peluru yang ditembak terkena pada perhiasan lampu sebelum mengena pada tubuh Dennis membuatkan kelajuan peluru tersebut mengurang dan tidak meninggalkan luka yang begitu dalam pada tubuh Dennis.
Dynaz menarik nafas dalam, dia kini memegang erat kandungannya.
Dennis menahan badai perasaannya, melihat Dynaz dengan kandungannya membuatkan Dennis dihukum perasaan bersalah yang tidak terhingga. Jiwanya tersiksa memikirkan Dynaz yang selama ini mengandungkan anak mereka terpaksa hidup dalam keadaan yang begitu menyedihkan. Di saat ini hati Dennis meruntun kuat untuk memegang, mengusap kandungan tersebut seperti mana dia mahu membelai dan memeluk erat Dynaz tetapi segalanya seperti mustahil untuknya apabila memikirkan kesalahannya pada wanita itu.

“Terlalu banyak yang Naz lalui..bukan senang untuk Naz lupai..” serak suara Dynaz kedengaran rendah. Wajahnya menunduk, sukar untuk dia berhadapan dengan lelaki yang sering berada dalam fikirannya itu.
Dia mahu di saat ini untuk menuturkan kata-kata indah dan melupakan segala kesalahan lelaki tersebut tetapi pada masa yang sama jiwanya diserang satu perasaan sakit dan pedih dilakukan seperti orang yang tiada maruah diri oleh lelaki tersebut. Kuat kata hatinya meminta untuknya membalas segala perlakuan Dennis terhadapnya, begitu kuat..sehinggakan dia sendiri tersiksa berada di dalam belenggu perasaannya sendiri.
“Naz, abang mengerti..jika Naz mahu abang pergi.abang terima ia sebagai hukuman untuk abang.” Dennis menunduk, serak suaranya menahan gangguan perasaannya ketika ini. Setitis air matanya mengalir menuruni pipinya yang bersih. Dia cuba untuk berdiri kuat di hadapan wanita itu tetapi seluruh kekuatannya seperti hilang dibawa angin lalu. Jiwanya berperang dengan berbagai kecamukan perasaannya.
“Abang akan selalu doakan kebahagiaan Naz..”




Itulah kata-kata terakhir Dennis padanya. Semenjak pertemuan tersebut Dennis hilang sehingga kini. Mama memberitahu bahawa Dennis ke New York atas urusan kerja tetapi Dynaz lebih tahu mengapa lelaki itu membawa diri.
Atas kehendaknya untuk membalas perbuatan Dennis, lelaki itu telah mengundur diri tanpa sebarang kata putus, dia ditinggalkan tergantung sebegini..
Adakah sudah puas hati kau Dynaz dengan keputusan yang kau lakukan ini? Adakah terbalas semua dendam kau kepada lelaki itu?
Dynaz ketika ini jauh termenung memikirkan gundah perasaannya. Kehadiran Eun Jun dan Henney yang berada di sampingnya tidak diendahnya, fikirannya melayang dan terus melayang membawa dirinya pada satu kisah yang kini menguasai mindanya.


Siang malam Hariz melawatnya di hospital, lelaki itu begitu prihatin terhadap keadaannya. Kadang-kadang apabila dia mencelikkan matanya di pagi hari wajah pertama yang dilihatnya ialah wajah ceria Hariz. Kasih sayang yang ditunjukkan Hariz mengingatkan Dynaz pada waktu ketika dia masih kecil di zaman remaja. Ketika dia masih lagi seorang gadis yang naïf, gadis desa yang tidak punya pengetahuan tentang betapa berliku dan penuh pancarobanya dunia yang menantinya di hadapan.
Ketika itu kehidupannya begitu indah, begitu ceria dengan hanya satu impian iaitu ingin menjadi teman hidup buat Hariz.

“Mak ada beritahu Naz yang Limah dan Yusri akan melangsungkan pertunangan bulan depan.” sedikit tersenyum Dynaz bersuara. Dia ketika ini duduk di sebuah kerusi panjang di bawah sebuah gazebo yang terletak di taman hospital. Di sampingnya Hariz duduk melihat terus pada langit siang. Salji yang menuruni bumi membuatkan bumi kelihatan seperti hamparan kain putih yang begitu besar menutupi jalan.
          “Tak sangka betul akhirnya Limah dan Yusri akan bertunang, dulu selalu saja bergaduh.” Tawa Dynaz kini kedengaran. Hariz tersenyum melihat keceriaan Dynaz, jauh di sudut hatinya dia tersentuh dengan berita yang didengarinya itu.
Teman baiknya, Yusri tidak mengkhabarkan kepadanya tentang perkara ini. Dia tahu kenapa lelaki itu bertindak sedemikian rupa. Sejak dia mengkhianati janjinya untuk menjaga Dynaz sepanjang hidupnya dia bukan sahaja telah memutuskan perhubungannya dengan Dynaz tetapi juga secara tidak disedarinya dengan tindakannya itu dia telah memutuskan persahabatannya juga dengan teman-temannya. Yusri…Limah..
Hahh..betapa indahnya kehidupan yang pernah aku kecapi dahulu..
Senyuman di bibir Dynaz ketika ini pudar apabila melihat wajah mendung Hariz yang hanya melihat pada langit siang.
        “Abang okay?”perlahan Dynaz menyoal Hariz. Serentak itu Hariz sedar dari lamunannya. Dia tersenyum kini, walaupun senyuman itu kelihatan tawar tetapi tidak meninggalkan kesan pada wajahnya yang begitu indah. Hariz mengangguk sekali dia melihat Dynaz tenang.
       “Yusri dan Limah dah lama maafkan abang..” Dynaz mengerti akan punca perubahan raut di wajah sempurna Hariz. Dia memegang lembut lengan Hariz menyuarakan kebenaran pada kata-katanya.
        “Bagaimana pula dengan Naz?” ketika ini Hariz melihat dalam ke sepasang mata bundar milik Dynaz. Sesungguhnya kemaafan dari Dynaz yang sangat didambanya.
Biarlah seluruh isi dunia membencinya dan sesungguhnya dia mampu untuk menerima hakikat itu tetapi bukan kebencian dari satu-satu wanita yang ternyata masih utuh berada dalam hatinya itu.
Soalan Hariz membuatkan Dynaz tergamam, wajahnya berubah ketika ini. Serentak itu dia menarik tangannya dari terus memegang lengan Hariz.
Hariz tersenyum dan menggeleng kepalanya sekali, dia menarik nafas dalam.

      “Abang tahu, segala kesilapan abang pada Naz sungguh tak termaafkan. Abang tak berani nak harapkan apa-apa dari Naz, cukuplah..cukuplah abang sudah boleh lihat senyuman di bibir Naz dan- ”
      “Naz maafkan segala kesalahan abang.” begitu lancar kata-kata Dynaz menuturkan suara hatinya. Wajahnya tidak melihat pada Hariz yang berada di sampingnya dia hanya menunduk.
Raut Hariz berubah, wajahnya terkesan dengan kata-kata yang lahir dari bibir Dynaz. Begitu lama dia menantikan kata-kata indah itu dari Dynaz, dan sungguh ketika ini seluruh tubuhnya bergetar dengan satu perasaan yang begitu sukar untuk diluahkan.
    “Ya, abang telah khinati cinta kita..abang dah hancurkan hati dan perasaan Naz..tetapi segalanya telah Naz maafkan. Semakin lama Naz pendam perasaan ini, semakin sakit Naz rasakan..Naz dah tak sanggup, sungguh..Naz hanya nak lepaskan segala perkara buruk yang pernah berlaku di antara kita.” begitu tersiksa nada yang dituturkan Dynaz, dia tidak mampu untuk melihat wajah Hariz kerana air matanya kini sudah menuruni lekuk pipinya.
Ya, ia sakit untuk memaafkan perbuatan Hariz tetapi lagi perit jika dia masih berpegang dan hidup mengenangkan episod lara kehidupannya itu.
       “Terima kasih Naz..thank you so much.” nada yang dikeluarkan Hariz kedengaran serak. Dia berperang dengan gelonjak perasaannya ketika ini. Begitu bermakna pengorbanan Dynaz terhadap dirinya, sungguh sehingga di saat kematiannya nanti juga dia tidak mampu untuk membalasnya. Dynaz sanggup mengorbankan dirinya dengan menganti tempat Hariz menerima sebutir peluru yang menembus masuk ke dadanya dan kini Dynaz juga menuturkan kata-kata memaafkan segala kesalahannya pada wanita itu.
Di saat ini air mata mula mengalir dari pipi bersih Hariz. Begitu lama dia menantikan kemaafan dari Dynaz, hari-hari yang dilaluinya begitu tersiksa menjalani hukuman di atas kesilapan yang dilakukannya.
Dynaz melihat pada wajah Hariz kini, wajah itu adalah wajah yang sangat disayanginya, wajah yang sangat dicintainya dan wajah yang sering menemani hari-harinya suatu masa dahulu. Begitu dekat Dynaz rasakan kehadiran Hariz kembali dalam hidupnya. Kehadiran lelaki yang masih menghuni sudut hatinya dan serentak itu dia mengusap lembut air mata yang mengalir dari pipi Hariz.



          “Naz are you ok?” lembut Eun Jun menyentuh tangan Dynaz membawa kembali Dynaz ke dunia nyata.
         “Do I need to choose?” pertanyaan tiba-tiba dari Dynaz membuatkan Eun Jun dan Henney menjadi keliru. Mereka tidak meminta Dynaz untuk memilih apa-apa ketika ini, tetapi kenapa wanita itu tiba-tiba menyoal.
Wajah Dynaz ketika ini serius, dia seperti memikirkan sesuatu. Henney dan Eun Jun melihat sesama sendiri.
           “Naz..kenapa ni?” Eun Jun mendekati Dynaz, dia semakin bimbang dengan kelakuan Dynaz.
          “I need to choose between Hariz and Dennis. Ya, dengan ini saja yang dapat menenangkan hati aku.” Dynaz bersuara lebih kepada berkata-kata dan meyakinkan dirinya sendiri. Eun Jun dan Henney tersentak dengan kata-kata Dynaz.
        “Hari ni hari penerbangan Hariz pulang ke Malaysia, dia tak akan datang lagi ke sini selepas ni. Jika aku masih duduk dan berada di sini bererti aku memilih Dennis daripada Hariz.” nada Dynaz rendah, wajahnya tidak melihat pada Eun Jun mahupun Henney seolah-olah hanya berkata-kata sendiri pada dirinya.

Naz, abang masih sayangkan Naz..hingga saat ini perasaan itu masih kuat.
Kata-kata Hariz ketika dia mengusap air mata pada wajah lelaki itu bergema di cuping telinga Dynaz ketika ini.
Sesungguhnya dia ingin kembali pada kehidupan lamanya, pada keindahan yang mengajarnya erti cinta dan kasih sayang. Hidup yang begitu mudah dan ceria di samping Hariz tetapi wajah Dennis juga kerap bermain di layar pandangannya mengatakan segalanya adalah mustahil buatnya.
Abang nak kita bina keluarga kita bersama..forget all the pass, we live as a happy family together, you and me..I love you..I love you Dynaz..
Ikhlas kata-kata Dennis meruntun perasaan Dynaz.
Mengapa di saat dia hampir menyerah kepada suratan hidupnya, mereka datang meluahkan perasaan bahawa sebenarnya mereka mencintai dirinya? Selama ini dia mencari-cari cinta hatinya malah pernah dia pasrah dengan kehidupannya yang hanya malang di dalam percintaan, tetapi kini segalanya datang dalam keadaan serentak. Hariz..Dennis..
Mengapa baru kini, dia mendengar kata-kata indah itu dari mereka? Mengapa ia perlu berlaku dan meletakkan dirinya di dalam keadaan untuk memilih di antara mereka berdua?

I’ll be waiting for you at 63 City Building, if you decide to come with me then.. you know where is to find me..
Suara Hariz bergema di telinga Dynaz membuatkan degup jantung Dynaz berentak laju. Saat ini dia pasti Hariz sudah berada di bangunan tersebut menunggu kehadiran dirinya. Ia merupakan saat terakhir Hariz di sini, selepas ini Hariz tidak akan datang lagi ke sini.
I want you to know that..I’ll will always love you Dynaz..
Seperti berkecamuk perasaan Dynaz apabila kini suara penuh romantis milik Dennis pula menyusup lembut ke pendengarannya. Dia berperang hebat dengan perasaannya di antara pilihan hidupnya, memilih Hariz ataupun Dennis?
Dia mengakui hatinya masih menginginkan Hariz, buktinya jelas pada kesan parut yang berbekas pada dadanya kini. Dia juga turut mengakui bahawa hatinya enggan melepaskan Dennis buktinya pada jiwa dan perasaannya yang sering sahaja merintih merindui Dennis sejak ditinggalkan lelaki itu.
Ya Tuhanku..ku mohon tunjukkanlah satu pentunjuk kepada ku. Please..just give me a sign..
Dan ketika ini telefon bimbitnya berdering, entah mengapa jantungnya berdebar kuat dan dia mengangkat panggilan tersebut. Satu panggilan yang menjawab segala kegusaran dan ketidaktentuan perasaannya, hampir menitis air matanya kini. Dynaz memegang dadanya, hatinya berdebar dan berdegup pantas.
Dia adalah insan yang mencintai aku sepenuh hatinya, dia pernah melukai aku pernah mengkhianati kepercayaan aku tetapi sekuat-kuat perasaan benci ini padanya, hakikatnya ia adalah sedalam-dalam perasaan kasih yang memekar buatnya.
Ya! Dia sudah punya jawapan pada kata hatinya, dia sudah memilih siapa insan yang merajai jiwa dan hatinya.
Aku tidak boleh kehilangan dia lagi dalam hidup aku..tidak.
Kala ini senyuman pada bibir Dynaz terpancar.


         “Naz kenapa ni? Siapa call?” Eun Jun gusar melihat Dynaz. Sebentar tadi wanita itu berada dalam keadaan gusar, tiba-tiba dalam keadaan resah dan kini dia tersenyum indah.
      “Aku dah buat pilihan. Ya! I can’t live without him,” dengan pantas kini Dynaz berdiri, langkahnya diatur cepat. Eun Jun terkejut, dia ingin menghalang Dynaz tetapi Henney memegang erat pergelangan tangannya.
       “Biarkan dia, Naz dah buat pilihan. Biarkan dia cari kebahagiaannya sendiri.” Henney tersenyum manis, pandangannya menghantar pergi Dynaz yang kini semakin jauh meninggalkan dia dan Eun Jun.
      “Fly, fly my butterfly..fly to the place that will give you, your happiness.
______________________________________________________




Hariz kini berdiri tegak memandang pada dinding kaca yang luas dari atas menara tinggi itu. Salji yang semakin kurang meliputi kawasan bandar itu dapat dilihat jelas oleh pandanganya dari atas menara ini. Musim bunga semakin menghampiri, padanya biarlah ia membawa satu episod hidup baru buat dirinya.
Jauh dia melepaskan pandangannya dari atas menara tersebut, tubuhnya yang tinggi lampai itu kelihatan sempurna sekali dengan sehelai kot trech berwarna coklat muda yang disarung kemas pada tubuhnya. Di tangannya dia memegang sekeping tiket penerbangan yang hanya dia sahaja yang tahu untuk siapakah tiket tersebut.
Dia menunggu, menunggu seseorang yang mungkin tiba atau mungkin tidak..
Apa salahnya mengharap, tetapi satu penantian tanpa jawapan itu amat menyiksakan. Mungkin inilah yang dirasakan wanita itu selama menunggu dirinya. Menunggu dan terus menunggu sehingga akhirnya hampa pada jawapan yang dibalas oleh insan yang dinantinya itu.


Dynaz memegang lembut kandungannya yang besar itu, dia tidak percaya yang dia mampu lagi untuk berlari ke sini selepas turun dari perut kereta sebentar tadi. Nafasnya diatur pantas sepantas degupan jantungnya ketika ini.
Di hadapannya kini terpacak megah sebuah menara tinggi yang akan menentukan pengakhiran kisah novella cintanya itu. Segala-galanya akan berakhir di sini..
63 City Building..
Dengan satu nafas panjang yang ditariknya dia nekad mengatur langkah memasuki bangunan menara tinggi tersebut.
Inilah keputusan aku!


Dennis berada dalam bilik mesyuarat bagi mendengar sesi perbentangan kertas kerja. Sepanjang hari ini hatinya tidak tenteram, tidak tenang. Seolah-olah akan berlaku sesuatu perkara di luar jangkaannya. Dia yang memakai suit lengkap berwarna hitam itu kelihatan sungguh bergaya, berpura-pura seolah-olah dia mendengar segala perbincangan yang dibentangkan tetapi hakikatnya fikirannya terbang jauh menembusi keluar bilik besar itu. Sungguh dia tidak dapat menumpukan perhatiannya pada pembentangan yang dilakukan oleh pegawai berbangsa Amerika itu. Setiap butir bicara dari bibir pemuda Amerika itu langsung tidak masuk ke dalam mindanya. Hatinya terganggu, sungguh terganggu..
Tuhan, apakah perasaan ini?


Setiap detik, penantian Hariz semakin menyiksakan. Dia menunduk, wajahnya sukar untuk dirungkaikan dan perasaannya bercampur-baur ketika ini. Ya, dia mengaku dia amat merindui wanita itu. Ya, dia mengaku dia amat mengharapkan wanita itu menerimanya. Ya, dia mengaku dia amat mengharapkan wanita itu hadir padanya ketika ini dan memegang tangannya. Sungguh dia amat mengharapkan wanita itu.
“Hariz..” tiba-tiba sepotong namanya dipanggil lembut oleh seorang wanita di belakangnya. Bagai melayang jiwa lelakinya, bergetar seluruh tubuhnya. Matanya terpejam menahan siksa rindu yang ditanggungnya itu. Genggaman tangannya pada tiket penerbangan dikejapnya.
Dia memusing tubuhnya bagi berdepan dengan wanita pemilik suara tersebut. Ketika ini ada raut yang sukar ditafsirkan pada wajahnya tetapi tidak lama kerana ia ditukar kepada satu senyuman. Senyuman yang maknanya hanya diketahui oleh Hariz sendiri. Senyuman yang kini bertukar menjadi tawa kecil, dia menggeleng kepalanya sekali tidak mempercayai dengan takdir yang berjaya mempermainkan perasaannya ketika ini.


BANG!!begitu kuat pintu bilik mesyuarat itu dibuka. Kesemua mata kini memandang ke arah seorang yang asing bagi mereka. Jantung Dennis bagaikan direntap kuat, sungguh tika ini segala kekuatannya bagaikan ditiup pergi. Bergetar seluruh tubuhnya melihat seorang wanita yang kini berada betul-betul di pintu bilik mesyuarat tersebut.
“Dynaz..” hanya itu yang mampu diungkap bibirnya, dia bangun dari kerusinya. Terasa bagaikan waktu terhenti segala-galanya berhenti, cuma dia dan Dynaz sekarang ini yang hidup bernyawa dalam bilik ini.

Dynaz tika ini termengah-mengah mengatur nafasnya. Turun naik dadanya cuba untuk mententeramkan perasaanya. Ya, panggilan telefon yang diterimannya itu memang benar belaka. Memang benar Dennis berada di sini, berada di hadapan matanya kini.
Ini bukanlah satu kebetulan tetapi sememangnya takdir untuk menunjukkan bahawa lelaki itu adalah lelaki yang ditetapkan untuknya.
Satu bangunan yang sama dan pada hari yang sama..Jika selama ini dia teragak-agak untuk kembali pada Hariz, tetapi tidak bagi lelaki di hadapannya ini. Dynaz melahirkan senyuman pada bibirnya yang merah, air matanya mula bergenangan pada tubir matanya.
Dennis cepat mengatur langkah ke arah Dynaz, di setiap langkahnya debarannya bagaikan menggunung.
Saat ini mereka berhadapan, pandangan mereka bertentangan.
           “Naz-”
           “Please, let me do the talk today..”
“Dennis Amir, hari ini saya maafkan segala kesalahan awak kepada saya.”
Seperti tidak dapat dibendung lagi air mata Dennis mengalir membasahi lekuk pipinya yang sempurna. Bagai bulan jatuh ke ribanya, perasaanya kini hanya tuhan saja yang tahu. Wajahnya yang putih bersih itu menampakkan rona merah menahan gangguan perasaannya ketika ini, bibirnya tidak henti tersenyum, tersenyum kegembiraan.
Melihat reaksi Dennis, Dynaz tenggelam dalam lautan kesedihan. Sudah lama dia menyiksa lelaki di hadapannya ini..ya sudah lama..
“Benar..awak telah banyak lakukan kesalahan kepada saya, tapi..sebagai seorang isteri saya juga banyak lakukan perkara yang tidak sepatutnya saya lakukan, dengan itu saya minta maa-”
        “no, no, don’t say that. Naz tak pernah lakukan apa-apa kesalahan.” cepat Dennis memotong percakapan Dynaz, bergetar nadanya menahan perasaannya yang tidak keruan ketika ini.
         “Dynaz Rahim, this is my sincere confession to you. I have waited so long for this moment and now I want to say that, Naz you are the one for me. This man will always waiting for your love cause there is nothing precious in this world compared to your love. Here, once again Dynaz Rahim I love you, and will always love you until the end of my life.” Air mata Dennis benar-benar tumpah buat wanita bernama Dynaz ini. Hilang segala egonya, hilang segala keangkuhannya. Langkahnya kini semakin menghampiri Dynaz, wanita yang benar-benar dicintainya itu.
Kaku tubuh Dynaz, kata-kata Dennis benar-benar menyentuh dan meresap masuk ke sanubari Dynaz, menggetarkan jiwa wanitanya. Begitu indah, begitu sempurna..Serentak itu dia tertunduk menangis tersedu-sedu.
          “Boleh Naz peluk abang?” tenggelam timbul nada Dynaz menahan esak tangisnya.
     “This fella is yours Naz” sempat Dennis berjenaka dalam sendunya. Ketika ini mereka berpelukkan erat. Memberikan semua kasih sayang yang selama ini hanya disimpan senyap dalam hati mereka.


Woah! That’s a great ending! I think.” seorang pegawai berbangsa Amerika bersuara memecahkan suasana sekeliling yang hanya tertumpu kepada Dynaz dan Dennis itu. Ketika ini ke semua kakitangan tersenyum dan ketawa mengiyakan apa yang disuarakan pegawai tersebut.
Dynaz yang menyedari keadaan dirinya dan Dennis mula meleraikan pelukan tetapi Dennis cepat memaut pinggang Dynaz, tidak mahu melepaskan Dynaz.
         “Don’t you make any mistake dear, from now on, I won’t let you go from my sight, never.” Kenyitan mata Dennis mendebarkan jiwa wanita Dynaz. Dennis tersenyum nakal kepada Dynaz membuatkan wajah Dynaz merona merah.
Mana mungkin ketika ini dia kembali pada kisah lampaunya bersama Hariz, mana mungkin dia mampu untuk pulang menghidupkan kembali kisah tersebut apabila hati dan jiwanya hanya mengeluarkan perasaan debar yang menyenangkan itu hanya ketika dia bersama lelaki yang kini memeluknya dengan erat itu.                                                                                                                                                                                                                                                                                      

Hariz kini menarik satu nafas dalam dan dihembusnya tenang. Satu senyuman dilayarkan pada bibirnya yang indah itu pada seorang wanita di hadapannya. Setiausahanya..
        En. Hariz, it is time for you to head to the airport sir.”lembut suara gadis itu mengingatkan Hariz akan jadual penerbangannya. Hariz kini mengangguk sekali, dia mengatur langkah berjalan meninggalkan sekeping tiket penerbangan yang terletak elok di atas sebuah meja mewah berukir dan berwarna coklat mahogani.
Selangkah sebelum dia meninggalkan bilik itu, dia mengalihkan pandangannya kembali.
I will always pray for your happiness Dynaz, I know right now Naz sudah menjumpai kebahagiaan itu. Truly, you deserve that…
Senyuman manis terukir pada bibirnya kini.




Naz, abang lupa nak cakapkan kat Naz satu perkara la..”
Apa?”
Selama abang berada jauh dari Naz di New York..sebenarnya telah ada insan lain yang berjaya mencuri tempat di hati abang..abang rasa abang perlu berterus-terang dengan Naz sebelum terlambat nanti..”
What??”
Ya, I’m really sorry..I can’t help it”
Siapa perempuan tu??”
Here, the little Dynaz inside here. Our little princess.”
Ya Allah! Abang!”
Hahahaha”


-TAMAT-


~Akhirnya tamat sudah kisah novella cinta bagi si Dynaz ni..kepada semua pembaca Kanafee nak ucapkan ribuan jutaan terima kasih kerana sudi membaca kisah yang tidak seberapa yang dicipta Kanafee ni sendiri.

Kanafee will always appreciate segala sokongan dan kata-kata semangat yg diberikan oleh pembaca sekalian, terima ksih sangat-sangat. Harap korang semua berpuas hati dengan entri terakhir dalam kisah novella percintaan Dynaz ni. 


Kepada sesiapa yang ingin tinggalkan komen di entri ini Kanafee sangat-sangat menghargainya kerana ini merupakan entri terakhir and hopefully will get your lovely comments here.

Terima kasih sayang semua :)



 
Novella~My LovE. Design by Pocket