BAB 34
“Kenapa? Kenapa
hidup saya begitu menyedihkan?”soalan Dynaz membuatkan dia terdiam, hanya wajah
wanita itu dilihatnya. Tiada tanda dia akan mendekati wanita tersebut setelah
dirinya meletakkan sehelai jacket
pada tubuh kecil itu. Ketika ini dia menyumpah dirinya sendiri mengapa dia
terlalu lembut ke atas wanita di hadapannya itu? Dynaz..dengan kehadiran wanita
itu sahaja bisa memadamkan segala kemarahan yang selama ini tersemat di dalam
jiwanya.
Segelas mug besar kini diletaknya kemas di
hadapan wanita tersebut, lalu dia kembali duduk di sebuah sofa bertentangan
wanita itu.
“Do
you wanna hear my story?”lembut dan kelihatan lemah sekali wajah Dynaz
ketika ini. Nadanya kecil tetapi masih jelas dipendengarannya ketika ini.
Seung Hyun melihat
Dennis tajam, dia cuba mengekalkan jaraknya supaya tidak terlalu dekat dengan
Dennis. Dennis dilihat memasuki sebuah kedai berjenama dan kini Seung Hyun
hanya menunggu saat sesuai buat dirinya untuk melaksanakan rancangannya.
Seung Hyun kini
bersandar pada dinding kaca sebuah kedai tidak jauh dari kedai di mana Dennis
kini berada.Jacket hitam yang dizip penuh hampir menutupi dagu dan bibirnya
yang sempurna,hanya matanya yang dingin
itu melihat tepat ke arah kedai yang berada tidak jauh darinya itu.
Dennis yang
kelihatan begitu sempurna dengan senyuman yang menghiasi bibir maskulinya
meneliti sebuah perhiasan kristal yang kelihatan begitu indah.Tidak lama
kemudian dia mengangguk kecil dan serentak itu pembantu kedai yang setia dengan
senyuman manisnya mula mengambil perhiasan itu.
Kelibat Dennis
kini hilang di pandangan Seung Hyun.
“I
hate my father, that’s all” begitu ringkas jawapan Seung Hyun membuatkan
En.Amir tersentak.Seung Hyun yang menyuap makanan ke dalam mulutnya langsung
tidak memberi apa-apa respon ketika En.Amir terbatuk kecil.
“Hmm..tak pernah saya jumpa orang
macam awak,begitu berterus terang.”En.Amir kini mula bersuara, dia tersenyum
kelat keliru memikirkan lelaki di hadapannya itu.
“Kalau dah benci kenapa nak
rahsiakan?berterus terang tu penyelesaian yang baik.”Seung Hyun kelihatan
begitu cekap menggunakan garfu dan sudu di tangannya ketika dia menyuapkan
makanan ke dalam mulutnya, tenang.
“If
you don’t mind, boleh saya tahu kenapa kamu tak suka ayah kamu?”entah
mengapa En.Amir berasa begitu berminat untuk mengetahui kisah hidup Seung
Hyun.Perkataan yang digunakan ‘tak suka’ menggantikan perkataan ‘benci’ yang
digunakan Seung Hyun, baginya tiada seorang anak pun di dunia ini tidak
menyukai bapanya hingga ke tahap benci.
Seung Hyun
tersenyum sinis apabila mendengar soalan En.Amir, pandangannya kini tepat
melihat ke arah lelaki di hadapannya itu.
“I
wonder if lelaki tu tahu atau tak tentang kewujudan saya di dunia ni.”Seung
Hyun kini menggeleng kepalanya sekali,senyuman sinisnya masih kekal di bibir
sempurnanya.
“Dia sekarang dah ada keluarganya
sendiri.”kini pandangan Seung Hyun menikam terus kepada En.Amir membuatkan
lelaki itu terkelu.
“Semua benda dalam dunia ada naik
dan turunnya, one day I’ll show him that.”pandangan Seung Hyun tajam sekali
bagaikan belati tetapi tidak lama, dan sekarang dia tersenyum kembali sambil
mengubah pandangannya ke arah meja makan.
Kata-kata Seung
Hyun begitu menikam ke jantung En.Amir,Ya..dia juga merupakan seorang ayah yang
mengabaikan keluarganya.Keluarganya bersama Hye Jun dan Yong Jun.
“Seung Hyun..awak tak rasa bapa awak
mungkin sekarang ini juga berusaha mencari awak?mungkin sekarang ini dia amat
merindui awak?mungkin sekar-”
“Enough.Apa
yang dirisaukannya sekarang adalah keluarga dia, and you know what, memang sepatutnya dia risau, kerana aku takkan
lepaskan satu pun ahli keluarga dia termasuk dia.”kemarahan Seung Hyun begitu
terserlah kini,tanpa membuang masa dia
bangun dari kerusi dan melangkah pergi meninggalkan En.Amir di situ.Hatinya
sakit mendengar kata-kata penipuan En.Amir.
Jangan sesekali
katakan orang tua itu menyesal dengan segala kelakuannya!!
Tiga minggu
sudah berlalu sejak dia pulang dari rumah mentuanya, setiap hari yang
dilaluinya begitu meresahkan, fikirannya tidak henti-henti memikirkan sikap
pelik Dennis terhadapnya.Lelaki itu berubah sama sekali walaupun tidak
keseluruhannya tetapi begitu meninggalkan kesan pada diri Dynaz.
1)Dennis kini
sudah tidur di dalam biliknya, bukan seorang diri TETAPI bersamanya di atas
SATU KATIL.
“Just ikut cakap aku..jangan banyak
soal.Kau tak nak susah kan?”-ayat Dennis
2)Kami sekarang
BERKONGSI satu BILIK AIR.
“Aku ingat nak renovate bilik air ni,so taklah terlalu kecil untuk aku”-ayat
Dennis
3)Bukan saja
bilik air TETAPI juga ALMARI.
“Aku dah malas nak uruskan baju
aku,kau uruskan semuanya.”-ayat Dennis
4)Setiap kali
tidur bersama, dia akan PELUK aku dengan RAPAT.
“Aku tak pernah ada bear, so now aku arahkan
kau be my bear”-ayat Dennis
ARGGGGHHHHHH!!!!!Dah
melampau!Kenapa mesti AKU???
Dynaz mencengkam
kuat kepalanya,habis rambutnya berserabai.Dia kini tertunduk
lesu,Penat..Ya!Dirinya penat melayani karenah Dennis.
“Malam ni aku nak dinner kat luar,kau nak ikut aku
tak?”Dennis bersuara rendah,dia yang berbaring dan bersandar pada kepala katil
menyoal sambil matanya leka membaca buku.
“Tak..Naz malas nak ikut..lagipun-”
“Aku tak berapa sihat, how could you biarkan aku pergi
sorang-sorang.”Dennis bersuara mendatar,wajahnya selamba dan pandangannya masih
lagi pada bukunya.
Dynaz kini
mengetap bibirnya.Kau tak sihat??Selamba
macam tu kau kata kau tak sihat??
“If
anything happened to me, semuanya salah kau coz biarkan aku pergi sorang-sorang.”masih nada yang sama lelaki
itu benar-benar menyiksa Dynaz.
“Macam mana kalau aku jatuh?”Dennis
kini mula menutup bukunya.
“No,
bukan jatuh tapi pengsan”pandangan Dennis kini mula dilemparkan pada
Dynaz,begitu selamba tiada sebarang riak di wajahnya.
“Kalau aku dimasukkan ke hospital
macam mana?Tentu aku akan-”
“Ok.Ok.I’ll
go with you.”Dynaz kini mengangkat tangannya,cepat dia memotong kata-kata
Dennis.Dia sudah pening dengan cara Dennis yang ‘memutar belitkan’ keadaan.
“Good
girl.”ada senyuman nipis pada bibir Dennis, lelaki itu mengusap kepala
Dynaz sekali, tersenyum dengan kemenangannya.
Kenapa?Kenapa??Kau
buat aku macam ni?Dynaz kini terbaring pada lantai, apabila mengingatkan segala
karenah Dennis terhadapnya membuatkan hatinya diserang perasaan sakit hati.
Dan kenapa aku
langsung tak mampu untuk melawan mamat tu?
Dynaz kini
memukul-mukul kepalanya,memarahi diri sendiri yang tidak tahu mengapa, selalu
sahaja kalah pada kehendak Dennis.
“This
baby girl really looks like you.”satu kucupan lembut singgah di pipi gebu
Dynaz membuatkan Dynaz terpana.
“comel
kan?”begitu selamba Dennis bersuara, tangannya yang erat memegang sebuah
majalah yang dilihatnya sejak tadi diangkatnya sedikit bagi menunjukkan foto di
dalam majalah tersebut kepada Dynaz yang berada di sebelahnya itu.Dynaz hanya
membisu tetapi lirik matanya menjeling sedikit melihat ke arah foto tersebut.
“Lahirkan aku baby girl comel macam ni..”selamba nada Dennis membuatkan Dynaz memalingkan wajahnya tepat
melihat suaminya itu.Ada senyuman pada bibir Dennis ketika Dynaz memandang
wajah kacak itu yang kelihatan leka sekali meneliti foto-foto di dalam majalah
tersebut.
Lahirkan aku baby girl comel macam ni..Apa maksud
Dennis berkata begitu?
Dynaz kini memusingkan
wajahnya, dia kini bangun dari terlantar di atas lantai. Ya dia mengaku
kelakuan Dennis banyak berubah kebelakangan ini tetapi apabila lelaki itu
berkata-kata sedemikian rupa membuatkan diri Dynaz benar-benar kecelaruan.
Dia nak aku lahirkan baby untuk dia?Adakah
itu menandakan dia nak hidup dengan aku selama-lamanya?
“Dennis apa permainan kau kali ini?”
DING!Bunyi lift menandakan kehadiran seseorang.
Dennis! Lelaki
itu sudah pulang dari pejabat. Cepat Dynaz menuju ke arah lift yang merupakan pintu utama rumahnya itu.Jam digital besar pada
dinding dijelingnya. 23:55.
Lambat Dennis
pulang hari ini, selalunya dia tak selewat ini.
Dynaz
mengerutkan keningnya ketika dia menghampiri ke arah lift, tiada sesiapa yang keluar dari pintu lift yang terbuka luas
itu, langkahnya diatur kemas menuju terus ke arah lift tersebut.
Ketika ini
dirinya tersentak, Dennis kini berada benar-benar dihadapannya.Lelaki itu
kelihatan begitu lemah menunduk sambil tangannya kuat menekan pada sisi kiri
perutnya.
“Dennis?”Dynaz menyoal teragak-agak.Dennis
mengangkat wajahnya, tangannya kini mula memegang erat sisi palang lift tersebut berusaha untuk mengaturkan
langkahnya dan serentak itu mata Dynaz terbuka luas. Dia terkaku, darahnya kini
seakan-akan terhenti apabila melihat tangan Dennis kini dicemari warna merah
pekat yang amat dikenalinya.
“Dennis!” dengan cepat Dynaz kini
menerpa ke arah Dennis,lelaki itu rebah di dalam pelukkannya.Darah mengalir
begitu lancar dari luka dalam di bahagain perut Dennis, Dynaz menekap kuat tangannya
di situ.Jiwanya kecelaruan ketika ini, jantungnya berdegup kencang entah
mengapa dia kini diserang perasaan ketakutan..ketakutan akan kehilangan lelaki
di dalam pangkuannya itu.
“Dennis..what happened to you?” terketa-ketar suara Dynaz menahan perasaannya
ketika ini. Matanya kini mula digenangi air mata, dirinya tidak mampu untuk
berbuat apa-apa melainkan mengalirkan air matanya yang begitu murah itu.Dennis
kini kelihatan begitu tersiksa menahan sakit yang kini semakin menjalar ke
seluruh tubuhnya.
“naz..”
“wait..wait..i
will call the ambulance..Yes.Ambulance!”cepat Dynaz kini mengesat air
matanya dan ingin mengatur langkah untuk menuju ke arah ruang tamu. Tetapi
Dennis lebih pantas memegang erat tangan Dynaz.
“It’s
ok, just stay with me”begitu lemah dan tersiksa sekali ayat yang dituturkan
Dennis membuatkan Dynaz tersentak di
situ.
“don’t
leave me..”
“If
I was destinied to die this night..the only face that I want to look at..is
you..only you.Dynaz.”Dennis berusaha untuk mempamerkan senyumannya walaupun
kelihatan benar kesakitan mula menjalar ke seluruh tubuhnya.
Dynaz tersentak,
ayat yang dituturkan Dennis benar-benar tidak dapat dicerna oleh mindanya.Tubuhnya
kaku..
PANG!!Satu
tamparan kuat mengenai tepat ke pipi Seung Hyun membuatkan lelaki itu terundur
setapak menahan bisa tamparan tersebut.
“why?why?why
you did that?!”Ketika ini Dynaz menolak-nolak kuat tubuh lelaki di
hadapannya itu.Tangannya memukul-mukul kuat tubuh sasa itu, pantas Seung Hyun
kini memegang erat kedua-dua lengan kecil milik wanita di hadapannya itu untuk
menghentikan pukulan Dynaz yang menggila.
“He
is your brother..tergamak kau lakukan segala ni?”Dynaz kini terduduk, air
matanya yang mengalir tidak diusapnya..ia sudah mengalir dan menjadi sahabatnya
selama perjalannya ke sini, tiada guna untuk dia mengusirnya pergi jauh.
Seung Hyun
melihat tajam ke arah Dynaz yang kini tersedu-sedu dengan tangisnya,tiba-tiba
hatinya terasa begitu sakit.
“Kau nangiskan lelaki itu.”Seung
Hyun kini menarik nafasnya dalam, langkahnya diatur kemas menuju ke arah sofa
di hadapannya.
“Dia sakitkan kau..dan kau masih
lagi kasihankan dia.huh, begitu murninya hati kau.”Seung Hyun kini tersenyum
sinis,dia duduk bersilang panggung sambil badannya bersandar selesa pada sofa
empuk di ruangan kecil itu. Kotak fikirannya masih jelas dengan segala kisah
hidup wanita naïf di hadapannya itu.Segalanya yang diceritakkan Dynaz pada
dirinya tempoh hari tidak mungkin akan dilupakannya.Segalanya berada kemas di
fikirannya..Tentang Hariz,tentang Henney dan juga tentang Dennis..Segalanya
masih tersemat kuat di dalam kotak fikirannya.
“That’s
happened to me! Kau tak berhak untuk menentukan hukumannya!”Dynaz bangun
pandangannya tepat melihat ke arah Seung hyun.
“Who
said that I’ve done that because of you?” Seung Hyun kini bangun dari
duduknya, langkahnya diatur kemas menuju ke arah Dynaz.
“Aku akan lakukan segalanya bagi
memuaskan hati aku, tak ada kena mengena langsung dengan kau.”tepat dan dingin
sekali pandangan Seung Hyun menerkam ke anak mata Dynaz.
“Please,
hentikan semua ini..biarkan mereka..”suara Dynaz rendah.
“Hmm…kali ini kau datang menyebelahi
mereka, huh?”rendah nada Seung Hyun tetapi masih jelas kendengaran begitu tajam.
“Seung Hyun awak tahu tak yang awak
hampir membunuh dia..”air mata Dynaz kini mengalir lagi.
‘Dia’..dia yang dimaksudkan Dynaz ialah Dennis..Hati Seung Hyun
kini sekali lagi berasa begitu sakit, wanita di hadapanya itu begitu
bersungguh-sungguh mengalirkan air mata untuk lelaki tidak berguna itu.
“You
love him.”Ayat Seung Hyun membuatkan Dynaz tersentak,pandangannya kini
bertembung pandangan dingin Seung Hyun.
“I
just..just-”
“Leave
him.”
“Leave him if you want to stop this madness.”
Pn.Chae Rin
berjalan perlahan ulang-alik di dalam ruangan bilik wad yang luas,wajahnya
suram dan matanya sebam akibat menangisi keadaan anak tunggal kesayangannya
itu.Berkali-kali En.Amir memujuknya untuk berehat tetapi segala pujukannya hanya sia-sia, wanita itu lebih memilih untuk
terus menyiksa dirinya.
“Where
Dynaz?”rendah sahaja suara Pn.Chae Rin,wajahnya tidak melihat suaminya
sebaliknya pandangannya begitu setia melihat sebatang tubuh yang tidak bermaya
terbaring di atas katil yang besar terletak tidak jauh darinya.
“Dia berehat mungkin..”En.Amir
menjawab, jawapannya kendengaran lebih kepada satu kemungkinan daripada
kepastian kerana sebenarnya dia juga tidak tahu ke mana pergi menantunya itu.
Apa yang pastinya menantunya itu sejak semalam lagi sudah tidak berada di situ.
Ada juga dia pergi mencari di bilik rehat yang disediakan pihak hospital buat
keluarganya tetapi wanita itu langsung tidak kelihatan.
Pn.Chae Rin
mengangguk perlahan, dia kini mengatur langkah ke arah katil di
hadapannya.Wajah Dennis di lihatnya sedih, inilah kali kedua jiwa ibunya berasa
begitu tersiksa apabila melihat anak kesayangannya terbaring lesu tidak
bermaya.Ketika ini kejadian percubaan pembunuhan Dennis yang berlaku sebelum
ini bermain-main di fikirannya.
Tangan Dennis
diusap lembut, hati ibunya benar-benar akan menjadi gila jika dia kehilangan
satu-satunya permata hatinnya ini.Jari jemari Dennis digenggammnya rapat dan
tiba-tiba dia tersentak apabila jari Dennis mula bergerak perlahan-lahan.
“Dennis..Dennis..ni mama.”cepat
Pn.Chae Rin bersuara lembut,air matanya menitis tangannya masih mengenggam erat
jemari anak kesayangannya itu.En.Amir yang sedari tadi berada di sofa mula
bergerak pantas ke arah katil di mana Dennis terbaring. Kelopak mata Dennis
kini kelihatan berkedip-kedip,keningnya berkerut cuba menahan bisa kesakitan
yang masih bersisa di tubuhnya.
“Sayang, please wake up, this
mama.”begitu lembut dan prihatin sekali suara Pn.Chae Rin sambil dia membelai
lembut wajah Dennis.
Dynaz berjalan
lemah menuju ke pintu utama hospital, fikirannya masih lagi bercelaru
memikirkan segala kata-kata Seung Hyun.Semalaman dia berdiam diri di rumah Eun
Jun, dia enggan untuk ketemu sesiapa.
Apa yang harus aku lakukan?
“Stay with
me, I’ll erase my entire grudge against that family.”suara Seung hyun
dingin,dirinya tidak melihat pada wajah Dynaz sebaliknya melepaskan
pandangannya jauh melihat ke arah luar tingkap rumah kecil tersebut.
“Apa
maksud awak?”Dynaz kini tersentak, dia tidak dapat mencerna segala kata-kata
yang diucapkan Seung Hyun.
“I think you’re not too naïve to know what it
means.”Seung Hyun menjeling sekilas ke arah Dynaz sebelum dia mengatur
langkah meninggalkan Dynaz keseorangan di situ.
“leave him..”Dynaz mengeluh kecil pada
ayat yang dituturkannya.Dia kini duduk seorang diri di salah sebuah kerusi
panjang di dalam hospital tersebut.Kepalanya menunduk melihat pada lantai yang
sentiasa kelihatan bersih itu.
Kenapa aku harus berasa tidak senang
begini?Bukankah selama ini aku selalu sahaja ingin lari dari kehidupan Dennis?
Ahhhhh…Dynaz
kini menghembuskan nafas panjang,wajahnya diangkat dan dia kini mula menyandar
pada dinding di belakangnya.
Tiba-tiba
perlakuannya terhenti,di hadapanya berdiri sesusuk tubuh yang amat dikenalinya.
Henney…
“Buat apa awak di sini?”dingin suara
Dynaz, dia kini berdiri berhadapan
lelaki segak itu.
“I
come to visit Dennis.”satu nafas panjang dilepaskan Henney dan dia kini
mengambil tempat duduk di kerusi panjang tempat Dynaz berehat tadi.
“Huh, awak peduli ke tentang dia?”sinis
sekali ayat yang dituturkan Dynaz, matanya menjeling sekali ke arah Henney.
“Naz..please don’t judge me before u know who I really am..”tenang
kata-kata Henney,dia duduk memandang terus pada Dynaz.
“Sebelum Naz kenal siapa awak??Huh,
Naz memang dah kenal awak!Naz tahu siapa awak?dan Naz tak sangka semuanya yang
Naz tahu tentang awak adalah penipuan semata-mata!”ketika ini kendengaran
getaran pada nada Dynaz, dia cuba untuk mengawal perasaannya supaya dia tidak
menampakkan kelemahannya di hadapan Henney.Hatinya remuk dan betapa sakitnya
dia terasa apabila mengetahui segala-galanya.
“Awak penipu..awak jahat..awak
mainkan perasaan setiap orang di sekeliling awak..saya..Dennis..”begitu susah
Dynaz mengawal perasaanya dan kini dengan mudahnya kelopak matanya mula
menghasilkan jernihan mutiara yang sesungguhnya dia sendiri tidak mampu
mengawalnya.
“Naz, you think that you knew me exactly?”Henney kini berdiri berhadapan
Dynaz,pandangannya tepat melihat terus ke anak mata Dynaz.
“Awak penipu!penjahat yang memainkan
perasaan saya.”Dynaz berkata-kata tajam,wajahnya didekatkan pada wajah Henney
menunjukkan kebenciannya kepada lelaki tersebut di setiap kata-kata yang
dituturkannya.
“Fine.
It’s obvious that you didn’t know who I really am, sekarang saya akan
tunjukkan, semuanya.”tegas nada Henney memandang terus pada anak mata Dynaz dan
kini dia mula mengatur langkah sambil menggenggam erat pergelangan tangan
Dynaz.
Dynaz tersentak
dengan perlakuan Henney tetapi dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa apabila
genggaman Henney pada tangannya begitu erat dan memaksanya untuk terus mengatur
langkah mengikut langkah yang diatur Henney.
Henney..apa yang awak cuba untuk buktikan
ini?
Di kejauhan
kelihatan seseorang terkaku dengan apa yang dilihatnya.Kelibat Dynaz dan Henney
yang semakin jauh dilihatnya tidak terkata-kata.Hatinya benar-benar tersentak
melihat apa yang berlaku di hadapan matanya ini.
Mengapa?Mengapa Dynaz mengikut Henney?Mengapa
Henney memegang erat tangan Dynaz dan Dynaz langsung tidak membentak?Apa
perhubungan di antara mereka berdua?
Pn.Chae Rin kini
mula mengurut dadanya, pernafasannya sesak melihat apa yang berlaku di hadapan
matanya itu.Dia tidak pasti apa perhubungan di antara menantunya itu dengan
sahabat baik anak lelakinya itu, tetapi apa yang pasti perhubungan mereka
berdua bukanlah semata-mata perhubungan diantara sahabat..ia lebih dari itu…
“Kenapa awak bawa saya ke
sini?”Dynaz kelihatan keliru walaupun dia kini sudah mengambil tempat di kerusi
di hadapan Henney.Restaurant yang begitu indah itu dilihat Dynaz,kepalanya
pusing memikirkan Henney yang membawanya ke situ.
Ini bukan masanya untuk menjamu selera…
Henney dilihat
Dynaz hanya membisu,pandangan lelaki itu tidak melihat ke arahnya sebaliknya
pandangan itu tenggelam jauh melihat
terus pada cermin kaca luas yang
menghubungkan pemandangan indah di luar restaurant dengan tempat mereka kini.
Dynaz
mengerutkan keningnya,tidak mengerti dengan Henney.Lelaki itu kelihatan jauh
walaupun pada hakikat jasadnya masih di situ.
“It’s
about one and half year ago..in here, everything in my life seemed to be
completely changed.”Henney kini mula bersuara,nadanya kedengaran tenang dan
pandangannya masih lagi melihat jauh pada suasana di luar restaurant
tersebut.Dynaz membisu,wajahnya masih melihat pada raut tampan yang kelihatan
begitu tenang itu.
“She
looked lost..surrounded by sadness, frustration ,fear, she looked so sad..”
Sungguh Dynaz
ketika ini tidak dapat mencerna kata-kata yang diungkapkan Henney,kata-kata
Henney tidak jelas dia tidak dapat menangkap apa yang ingin dirungkaikan oleh
lelaki tersebut.
“I
really want to know her..I really want her..”walaupun Dynaz tidak mengerti
dengan apa yang diucapkan Henney tetapi kesungguhan dan keikhlasan lelaki
tersebut dapat dilihat begitu jelas oleh Dynaz membuatkan hati perempuannya tersentuh. Perasaannya
berdebar kini, entah mengapa dia enggan untuk terus mendengar kata-kata
Henney,entah mengapa dia berasa yang dirinya akan terluka jika terusan begini.
Adakah kerana dia enggan mengakui bahawa hati lelaki tampan di hadapannya ini
sudah dimiliki wanita lain?
Siapakah perempuan yang dimaksudkan Henney?
“but unfortunately she destinied to be with
someone else..”wajah tampan Henney kini mula keruh .
“Hormatkan lelaki itu, I’ve tried my best to conceal this
feeling..it’s hurt..so painful..” Henney tertunduk kini, jelas benar
penderitaan yang ditanggungnya.
“Sometimes I thought why should I gived up to
that man sedangkan dia langsung tidak memberi apa-apa makna di dalam hidup
ini. Wanita itu yang memiliki hati saya, I
should take her from him..but perasaan ini..perasaan ini menghalangnya.why? because..he
is ‘someone’ in my life..someone who
I really care.” raut Henney yang kelihatan keruh langsung tidak mencacatkan
ketampanan wajahnya, lelaki tersebut kelihatan keliru dan begitu terganggu dengan
takdir hidupnya.
Dynaz menarik
nafas perlahan, begitu siksa untuk dia terus bernafas di situ.Sesak..Ya
perasaannya sesak..wajah Henney kini benar-benar memberitahunya yang selama ini
hanya dirinya sahaja membayangkan dan mengharapkan sesuatu di dalam perhubungan
mereka.
Henney punya gadis yang sangat dicintainya
tetapi gadis itu telah dimiliki lelaki lain..Patutlah selama ini Henney tidak
pernah meluahkan perasaan cinta terhadapnya..sesungguhnya selama ini hanya dia
sahaja yang merasainya..Ya, hanya dia..
Dynaz kini
diserbu perasaan yang sukar dimengertinya, pedih,malu,sedih,marah semuanya
bercampur baur menambahkan kekacauan fikirannya yang tidak terhingga.
“You have. someone.. you love? So, saya rasa
tiada guna saya di sini.”Dynaz mengawal nada suaranya yang kedengaran serak, di
saat ini mudah saja dia ingin mengalirkan air matanya tetapi dengan seluruh
kudratnya dia cuba bertahan.
“I don’t know why you brought me here..and
all of this don’t make any sense to me.”Dynaz kini bangun dari duduknya di
kerusi empuk itu, hatinya sedih dan entah kenapa dia merasakan dirinya begitu
hina dipermainkan Henney hingga begini rupa.
“Dia
duduk di situ, di kerusi itu..” sebaliknya Henney seperti tidak menghiraukan
kelakuan Dynaz,nada Henney tenang sekali, wajahnya melihat terus pada sebuah
kerusi kayu panjang yang terletak bertentangan restaurant tersebut, wajah
kacaknya seperti terpaku di situ, kelihatan terpukau..sungguh memori itu tidak
akan pernah hilang dari ingatanya, memori yang selama ini bertaut di hatinya
dan sungguh dia enggan untuk melupakanya walau untuk seketika.
Dynaz melihat
Henney yang hanyut di dalam dunianya sendiri, dia kini menghalakan pandangannya
pada arah yang dilihat Henney, hari yang sudah berganjak malam menyukarkan
Dynaz untuk mengamati kawasan tersebut..sebuah kerusi, ya di situ terdapat
sebuah kerusi..
Dynaz mengamati
kawasan yang kelam itu..dan ketika ini wajahnya terpaku, hatinya berdebar kuat,
kawasan tersebut mengungkap sebuah memori di dalam ingatannya.
“Ia merupakan cinta pandang
pertama..once in my lifetime..” dan
ketika ini, kedua-dua kaki Dynaz seakan-akan tidak berpijak pada dunia yang
nyata apabila kawasan tersebut mula disinari lampu yang berwarna-warni..kawasan
kelam yang dilihatnya sebentar tadi berubah menjadi satu kawasan yang
benar-benar terpahat di kotak fikirannya.Sungguh dia tahu kawasan itu..Sungguh.
Lampu-lampu
ceria yang terpasang di situ seolah-olah menyuluh memorinya mengingati segalanya
tentang kawasan tersebut.
“Dia bagaikan bidadari yang sedang
duduk merenung penuh kesayuan ke arah sebatang jalan yang begitu indah dengan
kilauan warna-warni lampu..seolah-olah dipukau, wajah itu begitu indah..begitu
sempurna walaupun terselit raut kesedihan pada wajah bersih itu.”lambat Henney bersuara
seolah-olah dia masih lagi melihat wanita tersebut di kawasan itu.Sungguh dia
tidak dapat melupakkan segalanya yang berlaku pada saat-saat indah
itu.Segalanya tersemat kemas di dalam fikirannya.
Kelopak mata
Dynaz kini mengalirkan butir mutiara, setitis demi setitis membasahi pipinya
yang gebu..perasaannya ketika ini sukar untuk dimengertikan, sebentar tadi dia
dilanda kerusuhan yang tidak terhingga dan ketika ini..
Segalanya sukar
untuk diungkap dengan kata-kata..wajahnya kini berkerut menahan perasaannya,air
matanya kini lebat menyerbu wajahnya tatkala ini dia hanya mampu untuk menahan
esaknya..bidadari..
“She’s like a butterfly, flying straight to my
heart, my lady..my love”
Derap langkah yang diatur Dynaz
kelihatan lemah sekali,dia termenung jauh dan wajahnya sukar
dimengertikan.Sesampainya dia di wad Dennis dia hanya duduk berdiam diri di
salah sebuah sofa yang tersedia di situ.Fikirannya diselubungi pelbagai perkara
yang berlaku padanya.
“Are you ok,
Naz?” tiba-tiba satu suara halus menegurnya.Lamunan Dynaz terbejat dia
tersentak, cepat dia memalingkan wajahnya pada tuan empunya suara tersebut.
“Ma..i’m ok..”lemah
suara Dynaz menjawab,wajahnya cuba mengawal perasaan terkejutnya sebentar tadi.Dia
kini menarik nafas panjang, ketika ini di dalam wad cuma tinggal dia dan
mamanya sahaja.
“Mama lihat hampir dua hari Naz hilangkan diri..Naz
kemana?” entah mengapa Pn.Chae Rin terasa dia semakin merasakan sesuatu yang
pelik pada diri Dynaz.Menantunya itu seolah-olah berada di dalam keadaan yang
sulit tambahan lagi dengan kejadian yang dilihatnya tempoh hari membuatkan hati
wanitanya benar-benar gusar.
“Oh..Naz pergi rumah kawan..”lambat-lambat Dynaz
menjawab,wajahnya cuba untuk menutup kegentaran di hatinya tetapi nyata begitu
jelas dia gagal.
“Dennis sakit di sini, sepatutnya Naz kena temankan
dia..tadi dia sedar dia banyak kali cari Naz, what’s wrong with you honey? Ada masalah apa-apa?” Pn.Chae Rin kini
lebih memilih untuk mempercayai menantunya kesayangannya itu walaupun jauh di sudut
hatinya dia kini mula-mula ragu akan kesetiaan wanita itu.
“Abang sedar tadi??”Dynaz terkejut dengan kenyataan
mamanya.
“Ya..dia cari Naz.”tangan Dynaz kini diusap Pn.Chae Rin
lembut.
“Naz..walau apa pun yang terjadi mama nak Naz tahu yang
mama, papa, dennis selalu ada bersama Naz, kami semua sayangkan Naz..”Dynaz
kini dipeluk begitu erat oleh Pn.Chae Rin, wanita itu lebih berusaha untuk
menolak segala tanggapan buruknya terhadap Dynaz.
“Ma..bagaimana jika Naz ni sebenarnya tidak ditakdirkan
untuk abang Dennis, mama dan papa still akan sayang Naz?” begitu lambat Dynaz
menyusun kata-katanya, wajahnya yang keruh melihat terus pada wajah Pn.Chae Rin
yang kini bertukar benar riak wajahnya.
“Apa yang Naz cakap ni, Naz-”
“bagaimana jika selepas ini Naz tiada di dalam keluarga
ini, mama still akan sayang Naz?” soalan Dynaz benar-benar mendesak, air
matanya kini mula bergenangan.
“bagaimana jika Naz mengkhianati keluarga ni, mama still
akan sayang Naz?” ketika ini air mata Dynaz berjuraian tanpa henti, tangannya
memegang erat tangan milik Pn.Chae Rin meminta jawapan dari mamanya itu.
“bagaimana jika..bagaimana jika..”Dynaz kini tidak dapat
menahan tangisnya lagi, dia kini tertunduk menangis tersedu-sedu membuatkan
Pn.Chae Rin menjadi tidak tentu arah, bibirnya kehilangan kata.Apa yang
dituturkan Dynaz langsung tidak dapat dicerna oleh otaknya, dia binggung
sungguh tidak mengerti..
Dynaz..apa yang cuba sayang katakan ini?
“Semuanya terserah pada kau,keputusan ada pada kau.Kalau
kau begitu sayang dengan keluarga tu, kau akan tinggalkan mereka.”
“Yong Jun..sebenarnya semuanya akan selesai jika awak
berterus-terang dengan papa. Please..awak dah banyak tersiksa, jangan tambahkan
lagi kesengsaraan awak.”Dynaz bersuara lembut, wajah Yong Jun yang dingin
dilihat penuh makna.
Ketika ini Yong Jun
tersenyum sinis, bahagia? Masih adakah bahagia untuk dirinya di dalam keluarga
itu? Amir,lelaki tua itu secara terangan menolak segala bukti kewujudan dirinya
di dalam hidupnya..bahagia apakah yang akan dikecapinya?
“Sudahlah Naz, kau boleh buat apa sahaja untuk
menyelamatkan keluarga itu, aku ada cara aku sendiri.”Yong Jun kini mula
mengaturkan langkahnya untuk meninggalkan Dynaz.
“Saya akan tamatkan semuanya,saya akan beritahu segalanya
pada papa, bahawa awak ialah anak yang dicarinya selama ini.”Dynaz begitu nekad
ketika ini, dia tidak peduli dengan ugutan Yong Jun sebelum ini jika dia membocorkan
rahsia tentang lelaki itu pada papanya.Apa yang penting kini ialah untuk
menyatukan keluarga tersebut dan melihat kebahagiaan Yong Jun!
“Ha.Ha.Ha, Naz..Naz..I
don’t really care bout that anymore. You want to tell him, fine, just go doing
that..biar lelaki itu hidup di dalam ketakutan bahawa ada seseorang yang
begitu enjoyed meruntuhkannya..”Yong
Jun kini tersenyum, di saat ini tiada apa pun di dunia ini yang mampu untuk
menghalangnya, dia punya caranya sendiri di dalam misi ini, dia tidak akan benarkan
sesiapa pun merosakkannya. Dynaz kini
terkesima, kata-kata Yong Jun menunjukkan betapa lelaki itu serius di dalam
rancanganya, seperti tiada lagi jalan untuk membawanya pulang.Seakan segalanya
terlambat..sudah terlambat..
“By the way, for ur information, I already resigned from that company.
Now, It’s up to that old man on how he is going to find this ‘son’ ” begitu
sinis kata-kata Yong Jun sebelum dia mengatur langkahnya untuk meninggalkan
Dynaz.
“Tunggu!”Dynaz kini menyambar
cepat lengan Yong Jun membuatkan lelaki tersebut tersentak.Terkejut dengan
tindakan wanita itu, Yong Jun membulatkan matanya melihat Dynaz.
“Tiada jalan lain lagi untuk padamkan dendam
awak tu?”Dynaz menyoal kasar, walaupun nadanya kedengaran tegas tetapi masih
kendengaran betapa dirinya risau akan keadaan lelaki dihadapanya itu. Yong Jun
kini menarik nafas dalam, wajahnya ternyata kelihatan bosan dengan soalan yang
sama sering diutarakan Dynaz.Pandangannya kini dijatuhkan pada seraut wajah
bersih itu.
“Ada, if you left them and stay with me”pandangan Yong Jun menikam tepat
ke anak mata milik Dynaz,wajahnya begitu hampir sehingga Dynaz dapat merasakan
deru nafasnya yang tenang dan dingin itu.
Wajah Dynaz dilihat Dennis, wanita
itu kelihatan termenung jauh walaupun ketika itu dia sedang mengacau bubur
panas di tangannya bersama sebatang sudu gangsa.Dennis kini bangun dari
baringnya dia duduk bersila di hadapan Dynaz, ternyata Dynaz sememangnya hanyut
entah ke mana.Pergerakkannya langsung tidak disedari wanita itu.
“Ouch!”Dynaz terjerit kecil apabila terasa sesuatu
mengena tepat di dahinya,seraya itu tangannya kini memegang lembut dahinya.Dia
mengangkat wajahnya dan ketika ini pandangannya bertembung tepat dengan
sepasang mata sempurna milik Dennis.Lelaki itu kini dengan selamba menarik
kembali jarinya yang menjentik dahi isterinya itu.
“I’m waiting..”seperti
tiada apa-apa Dennis bersuara sambil matanya kini melihat semangkuk bubur di
tangan Dynaz memberikan isyarat yang sememangnya dimengerti Dynaz.
“Apa ni jentik dahi orang?”Dynaz kini mengurut perlahan
dahinya, dia cuba untuk mengawal perasaannya yang hampir sahaja melayang
dikejutkan Dennis sebentar tadi.
“Tu kira ok, jentik aje kalau aku luku kan susah”Dennis
bersuara selamba membuatkan Dynaz mencebik.
“Nah, ambil makan sendiri.”Dynaz bengang dan seraya itu
dia menyuakan mangkuk bubur di pegangannya kepada Dennis.
“Kejamnye kau ni, aku kan sakit tak boleh nak buat kerja
sendiri,lihat tangan pun tak boleh nak gerak.”Dennis menggeleng
kepalanya,kedua-dua tangannya kini disorokkan pada silanya.Keletahnya tidak
ubah seperti budak kecil, ditambahkan lagi dengan baju cotton hospital berwarna biru muda bercorak bunga putih yang
dipakainya menambahkan lagi kelainan pada gayanya yang selalu dimegah-megahnya.
Elegant and Sophisticated
konon..
Nak dekat 2 hari, takkan tak baik-baik lagi..
“Habis tu kalau tangan takleh gerak, kenapa boleh pula nak
jentik orang?”Dynaz bersuara sambil tangannya masih lagi mengurut-urut kawasan
yang dijentik Dennis.
“Sakit tau tak.”suara Dynaz rendah,wajahnya berkerut
tatkala tangannya masih sibuk mengurut dahinya.Dennis melihat Dynaz yang
kelihatan begitu bersungguh-sungguh mengurut dahi.
Sakit sangat ke?
Dia kini mula diserbu perasaan bersalah.
“Sini aku tengok”Dennis memegang lembut tangan Dynaz dan ditolak
tepi tangan tersebut, dan kini terserlah kesan merah yang begitu jelas di
kawasan dahi Dynaz.
“Hmmm..”Dennis tersenyum manis,sungguh dia tidak
menyangka kelakuannya tadi akan meninggalkan kesan yang begitu ketara.Ibu
jarinya kini mengurut lembut kawasan tersebut.
“Sikit je ni,I’m
sorry, ok?”ketika ini lidah Dynaz terasa kelu, wajah Dennis benar-benar
hampir dengan wajahnya malah pandangan lelaki tersebut kini tepat melihat ke
anak matanya. Senyuman manis Dennis membuatkan Dynaz terpaku,matanya kini tidak
terkelip.Oh tuhan! perasaan apakah ini?
Senyuman Dennis kini
mengendur serentak itu wajahnya bertukar serius.Wajah Dynaz yang merenung penuh
dalam ke anak matanya membuatkan dadanya berdebar hebat.
Naz stop looking at me like that, I can’t sure myself
what am I might do to you if you’re not stop doing that! Please..
Pandangan Dynaz kini
seolah-olah terpukau melihat sepasang mata redup dihadapannya itu, dia dapat
merasakan deru nafas tenang yang dihembus lembut Dennis.Wajah sempurna itu
begitu hampir dengannya dan ketika ini Dynaz merasai satu kucupan lembut pada
bibirnya.
Begitu lembut dan tenang
membuatkan Dynaz hilang pada kewarasannya.Segala-galanya dalam fikirannya kabur
dan apa yang diketahuinya kini dalam keadaan teragak-agak dia membalas kucupan
yang diberikan Dennis.
Lama bibir mereka bertaut
dan akhirnya Dennis meleraikan kucupannya, dadanya berombak tenang mengatur
nafasnya yang hampir lupa diaturnya beberapa minit yang lalu.
“I love you..” rendah
dan penuh romantis sekali nada yang dituturkan Dennis,jemarinya yang panjang
dan runcing itu setia mengusap lembut pipi milik Dynaz.
I Love you..suara itu
meresap masuk ke kotak fikiran Dynaz,perasaannya terasa terbuai-buai.Begitu
manis, begitu indah, begitu..
Dan ketika ini tiba-tiba
kelopak mata Dynaz terbuka, jantungnya berdegup kencang.
Oh,God!Apa yang aku dah lakukan ini?
Tubuh Dynaz serta-merta
menjauh membuatkan Dennis diserbu kehairanan, dan kini tanpa berlengah Dynaz
bangun dari duduknya.Wajahnya penuh kekeliruan,jemarinya memegang erat segaris
bibirnya yang masih lagi merah bukti kelalaian dirinya.
“Naz, are you ok?”Dennis menyoal penuh kerisauan, dia kini mula
mengatur langkah ingin menghampiri Dynaz.
“Stop!”pantas Dynaz bersuara.
“Stay. where you. are..” ayat Dynaz putus-putus menunjukkan
kekacauan
perasaannya ketika ini jangtungnya
kini benar-benar berdengup kencang,fikirannya berkecamuk memikirkan perkara
yang terjadi sebentar tadi.
Langkah Dennis ketika ini terhenti,
dia mengerti kini mengapa Dynaz berkelakuan sedemikian rupa.Satu nafas dalam
dihembusnya berat.
“Aku akan anggap semua ini tak pernah berlaku..ya.tak
pernah berlaku.”tutur kata yang lebih untuk menyakinkan diri sendiri,Dynaz kini
mula untuk mengatur langkahnya tetapi Dennis lebih pantas bertindak.Lengan
Dynaz disambarnya erat membuatkan separuh kudrat Dynaz hilang melayang direntap
tangan gagah itu.
“Too bad for you,
cos I’m not in feeling to treat this matter as something never happened between
us.”suara Dennis rendah tetapi tersirat betapa dia memaksudkan segala
kata-katanya itu.
“Why you do this to
me?”kegentaran Dynaz kini hanya mampu membuatkan dirinya menyalahkan
segala-galanya pada lelaki di sisinya itu.Nadanya jelas kini bertukar serak
basah menahan perasaannya.
Ketika ini Dennis melepaskan
genggamannya pada lengan Dynaz, tubuhnya mendekati Dynaz membuatkan Dynaz cepat
mengundur tetapi nasib tidak menyebelahinya.Sebuah meja yang betul-betul berada
di belakangnya membuatnya pergerakannya mati.Dennis meletakkan kedua-dua
tangannya pada sisi meja membuatkan tubuh Dynaz terkunci di situ.
“Why you do this to me?”Dennis memulangkan soalan yang sama kepada
Dynaz.Tubuhnya yang tinggi direndahkan sedikit seiring wajah Dynaz.Pandangannya
tepat menikam terus ke anak mata Dynaz.
Mengapa kau perlu menolak aku sedangkan sebentar tadi
begitu jelas kau juga turut merasai apa yang dirasai aku selama
ini..mengapa?mengapa Dynaz..
“I love you..”kata-kata
Dennis rendah seakan berbisik di pendengaran Dynaz.
“I really meant it..”terselit
nada yang begitu menyiksakan seolah-olah lelaki itu sudah begitu lama dan perit
sekali menahan perasaan itu.
“mengarut..apa yang ka-”
“Beri aku satu peluang,please..I will show you that my words are really true”Dennis lebih
cepat memotong kata-kata Dynaz,dia mengusap lembut kedua-dua pipi gebu milik
Dynaz.
“Stop it!Stop it!”Dynaz
menggeleng kepalanya,kedua-dua tangannya kini menutup erat sepasang
telinganya.Dia tidak sanggup untuk terus mendengar segala kata-kata permainan
dari segaris bibir sempurna itu.
“Dennis..ia sangat sakit..ditipu,dipermain dan
diperbodoh, ia begitu menyakitkan..tolong hentikan mainan ini. Sungguh Naz
sudah tak mampu lagi untuk terima semua ni..”cepat saja air mata Dynaz
bergenangan di kelopak matanya tetapi dikawalnya supaya tidak mengalir kerana
sesungguhnya dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki yang begitu cekap
bersandiwara itu.
“Selama ini..Naz menanggung siksa, perit..pedih begitu
sakit dipermainkan oleh orang sekeliling Naz, tiada siapa pun memahami perasaan
Naz dan tiada siapa pun yang hadir untuk menolong Naz..Dennis, kau tahu tak
macam mana rasanya? Kau tahu tak?? Perasaan bila dikhianati dan diperbodohkan seolah-olah
diri kau tak punya perasaan”
Kata-kata Dynaz membuatkan
Dennis terdiam seribu bahasa, wajahnya menunduk menahan perasaannya yang
bersalah. Dia mengaku bahawa selama ini dia telah banyak menyiksa gadis dihadapannya
ini. Pelbagai cara telah dilakukannya bagi memuaskan hati dan
perasaanya..kejam..ya..dia terlalu kejam terhadap Dynaz.
Tetapi..pelbagai cara juga
telah dilakukannya untuk merawat kembali hati gadis dihadapannya itu. Tidak
sedarkah Dynaz bahawa selama ini dia juga telah menyiksa teruk perasaan Dennis?
Begitu susahkah untuk Dynaz mengerti perasaan Dennis yang meruntun kuat
mengharapkan balasan cinta darinya?
Dennis menghembus nafas berat,wajah Dynaz dilihatnya
sepi.
Mengapa begitu susah untuk kau memahami perasaan ini?
“Apa yang perlu aku lakukan untuk kau faham perasaan aku?
Name it, I will do it for you.”
Tenang nada yang dituturkan Dennis, wajahnya juga tenang mengambarkan betapa
dia benar-benar ikhlas dengan segala yang dituturkanya itu.
Please..just give me one chance…
Kedua-dua tangannya kini
erat memegang pipi gebu milik Dynaz. Pandangannya yang tepat melihat ke redup
pandangan Dynaz memancarkan keikhlasan yang membuatkan Dynaz kekeliruan.
“Aba.ng nak kita bina
keluarga kita bersama..” rendah nada Dennis seakan berbisik penuh romantis. Inilah
kali pertama Dynaz mendengar Dennis ikhlas mengelar dirinya dengan panggilan sebegitu.
Pandangan Dynaz seakan terkaku melihat Dennis, jari jemari Dennis yang runcing
mengusap lembut pipi miliknya. Dynaz keliru..apakah perasaan yang bermain di
dalam dirinya ini?
“Forget all the pass, we live as a happy family together. You and me..”nada
lembut Dennis bertukar serak.Jelas di penglihatan Dynaz, kelopak mata sempurna Dennis mula dikunjungngi butiran mutiara.
Seperti tidak terkawal olehnya, Dynaz kini mengusap lembut sebutir mutira
jernih yang berjaya melepasi lekuk pipi Dennis yang sempurna. Begitu indah, Dennis
kini memegang erat tangan Dynaz dan mengucupinya penuh ikhlas.
“I love you..I love you Dynaz” serak suara Dennis begitu romantis tatkala
dia merapatkan dahi Dynaz menyentuh permukaan dahinya membuatkan diri Dynaz
hilang dalam kewarasannya. Dynaz yang tertunduk menanggis teresak-esak, entah
mengapa..begitu sukar untuk dia gambarkan perasaanya ketika ini.
12 comments:
best sangat-2 next please tq.
wowwww...lama giler menunggu....last ada entry jugak...tenkiu writer.^_^..
nak dennis ngn dynaz...tau mau dgn org lain...huhuhu
rindunyeeeeeeeeeeee.
hukhuk.. ingatkn da private tros.
kecewa..
but.. hey! cik writer is here!
thanks a lot! :)
waaaaaaaaaaaaa. dennis dah confesss!!!
bapak suwitttttttttttt. hukhuk
tuelah..ingatkan dah private terus.....anyway..thanks miss writer......for this entry
thank you cik writer coz at last ada gak sambungan citer ni.....best sgt2..... x sabar tau kesudahan citer ni...
wow about a year waiting lastly i can read this novel again. oh damp how i was frustrated when this blog was private long time ago. I already follow you since 2009.
Hey writer please invited me at hazwani367@yahoo.com if you change the setting to private. okay... ;P
plot semakin menarik!!!!!!
cara dennis confess mmg sweetttttt sgt..like 1000x
tp top n henny pun mgaku gak skakn dnaz..huhu
nape la smua blaku dlm 1 chapter..
xsbar nk tnggu chapter baru..
ouh my~ xsangka... atlast ada sambungannya... touching abeh!
sambung please...cerita ni sgt best...
after a long time, i'm growing up now lol
a very nice story. miss writer, please continue yeah! i'm looking forward to your next entry. it's been more than a year, though. please please please. :)
Post a Comment