BAB 35
“This
is your breakfast, makan sikit.” rendah suara Seung Hyun sambil meletakkan
pinggan yang berisi makanan di hadapan Dynaz. Wajah Dynaz yang pucat dilihatnya
penuh kerisauan. Wanita itu semakin hari semakin lemah, seolah-olah tubuhnya
itu tidak bernyawa hanya tinggal jasad yang kosong. Hatinya bimbang.. bimbang
dengan keadaan Dynaz. Tambahan pula sekarang Dynaz bukan hanya perlu menjaga
kesihatan dirinya sahaja tetapi seorang lagi insan kecil yang bernyawa dalam
tubuh wanita itu.
Fikiran
Dynaz melayang, hatinya sayu, jiwanya pedih, dan sungguh paling menyakitkan
lagi ialah nalurinya yang meronta-ronta ingin bertemu dengan seorang insan yang
semakin hari semakin meresap dalam ke tangkai jantungnya itu.
I love you, I love you Dynaz..suara itu semakin mendesak ke sanubarinya
menambahkan lagi rawan di hatinya. Tetapi apakan daya, takdir menentukan segala-galanya
berakhir di sini sebelum sempat dia mengecapi indah percintaan itu.
Dennis….
Dynaz mengusap
lembut perutnya yang semakin membesar itu, dalam tubuhnya kini punya benih
seorang insan yang dahulunya sangat dibencinya dan sekarang seperti meraih
tempat yang istimewa dalam hatinya.
Tanpa disedarinya
dia kini mengenangkan peristiwa yang berlaku padanya beberapa bulan yang lalu..
Kedatangan
mama pada pagi itu sangat memeranjatkan Dynaz. Tidak pernah terjangka olehnya
mama mengetahui lokasi rumah Eun Jun yang sudah dianggapnya seperti rumah
keduanya itu. Hari itu genap tiga hari Dennis ke Dubai atas urusan kerjanya.
“I
know there is something wrong in your
relationship, tapi mama tak sangka sehingga serius macam ni!” kuat Pn. Chae
Rin menengking. Amarahnya menggunung, dikumpulnya sepanjang perjalanannya ke
sini. Dynaz tergamam senyuman pada bibirnya terhenti.
“Apa yang mama cakapkan ni?” Dynaz
benar-benar kekeliruan. Eun Jun yang berada dalam rumah ketika ini sudah keluar
ke pintu apabila dia terdengar pekikan Pn.Chae Rin.
“Naz masih nak pura-pura lagi?
Patutlah Dennis menderita teruk, sangat malang hidupnya dapat isteri yang
pandai berpura-pura seperti kamu ni!” Pn. Chae Rin mengetap bibirnya. Dia
betul-betul tidak menyangka Dynaz merupakan seorang wanita yang pandai
bersandiwara.
“Ma, Naz betul-betul tak faham apa
yang mama cakapkan ni”sesak dada Dynaz ketika ini. Pada wajah mamanya tergambar
raut yang sangat asing bagi tatapannya, serta merta air mata bergenangan di
tubir matanya.
Ya Allah, ujian apakah ini? Jangan ditarik dariku insan
yang menyayangi aku. Insan yang aku sudah anggap seperti ibuku sendiri ini.
Sungguh aku telah jalani banyak dugaan dalam hidup ini tetapi jika ini adalah
salah satu darinya, sungguh aku tidak mampu..tidak mampu.
Amarah Pn.Chae
Rin semakin merasuknya apabila melihat Dynaz mula memainkan air matanya untuk
menagih simpati, berlakon seolah-olah dia tidak punya apa kesalahan.
“Sungguh kamu seorang wanita yang
tidak tahu malu! Perempuan jalang!”kuat Pn.Chae Rin menempik dan ketika ini dia
melemparkan berkeping-keping gambar pada tubuh Dynaz di hadapannya itu.
Kata-kata mamanya
begitu tajam sekali menusuk sanubarinya, Dynaz tersentak melihat
keping-kepingan gambar yang berterbangan jatuh di kakinya itu.
Ya Allah! Ujian apakah ini?
Dan ketika ini tahulah
Dynaz, inilah pengakhiran hubungannya bersama Dennis. Wajahnya menunduk, hanya
air matanya sahaja yang mengalir laju membasahi pipinya yang mulus itu.
“Apa salah Dennis sampai tergamak
Naz buat dia macam ni?!” ternyata Pn.Chae Rin lebih memilih untuk memihak pada
anak lelakinya.
Apa yang harus
dilakukan Dynaz sekarang ini selain hanya mampu menitiskan air mata?
Menerangkan segala-galanya kepada Pn. Chae Rin, seolah-olah memburukkan Dennis
di hadapan ibu kandungnya sendiri yang sudah tentu akan lebih memilih untuk
mempercayai anak lelakinya itu.
Dalam sendu Dynaz
dapat melihat dengan jelas gambar-gambar yang jatuh ke lantai itu. Segalanya
memihak pada Dennis..
Senyumannya
bersama Hariz, kemesraannya bersama Henney, segala-galanya seperti
memijak-mijak maruahnya menjadikan dia insan yang begitu hina di pandangan
Pn.Chae Rin. Dynaz memejamkan matanya rapat, tidak sanggup untuk dia terus
melihat perilakunya yang sememangnya salah dan hanya menambahkan kesengsaraan
dalam hidupnya.
Sungguh dia naïf
sungguh dia bodoh ketika itu kerana tertipu dan secara tidak sedar memainkan peranan
mengikut permainan Dennis.
Jika ini kesudahannya permainan yang telah engkau
ciptakan ini Dennis, baiklah aku terimanya.
Kebisuan Dynaz seolah-olah
mengiyakan segala-galanya, dunia Pn.Chae Rin ketika ini terasa seperti berpusing.
Hati wanitanya terasa ditusuk sembilu, kepedihannya, kesedihannya hanya dia
sahaja yang menanggungnya.
“Naz mengaku segala-galanya? Naz
mengaku Naz curang terhadap Dennis?”tenggelam timbul nada yang ditahan Pn.Chae
Rin dia tenggelam dalam perasaan sedihnya dia tenggelam dalam perasaan
amarahnya.
Ketika ini Eun
Jun hanya mampu melihat, dia tahu akan segala-galanya tetapi siapalah dia untuk
masuk campur. Pandangannya jatuh pada Dynaz yang sekarang ini menunduk
tersedu-sedu dalam tangisannya.
“Mama
terima kamu, mama kutip kamu masa kamu ditinggalkan tunang kamu. Tapi ini
balasan kamu!” Sakit hati Pn.Chae Rin melihat Dynaz yang hanya menangis itu.
Lagi sakit hatinya apabila hasil dari siasatannya, Hariz itu merupakan bekas tunang
Dynaz dan selama ini Dynaz merahsiakan kepadanya dan Dennis kerana ingin
menutup perhubungan sulit mereka.
“Tak,
mama..ma jangan cakap macam tu..”esak tangis Dynaz tidak dapat dibendung lagi,
wajahnya kini melihat mamanya itu.
“Hariz
itu bekas tunangan kamu, dan kamu merahsiakannya pada mama dan Dennis!
Dibelakang mama dan Dennis kamu berhubungan sulit dengan dia! Malah bukan dia
sahaja tapi Henney juga, perempuan jenis apa kamu ini!”
“Mama
maafkan Naz…ya, ya Naz mengaku Hariz adalah bekas tunangan Naz tapi-”
PANGGG! Satu
tamparan kuat hinggap di pipi Dynaz tanpa sempat dia menerangkan
segala-galanya.
“Jangan..berani kamu panggil saya
mama lagi.”naik turun dada Pn.Chae Rin menahan perasaanya. Hatinya sakit
mendengar yang akhirnya Dynaz mengaku, mengaku akan perbuatan jahatnya. Sungguh
dia jijik melihat Dynaz, sepatutnya bukan hanya setakat penampar sahaja tapi
wanita itu perlu diberi pengajaran lebih lagi.
Tangannya kini
naik untuk menampar wajah wanita itu sekali lagi tetapi tiba-tiba tangannya
ditahan kuat oleh seseorang.
Ketika
ini seluruh tenaga yang ada pada Dynaz sudah hilang seperti ditiup rakus oleh
taufan yang kuat. Seluruh tubuhnya mengigil dan dapat dirasanya tubuhnya kian
lumpuh ingin jatuh rebah ke bumi. Serentak itu satu pelukan kuat memeluk erat
tubuhnya, satu tangan yang hangat memegang erat kepalannya yang kini berada
kemas pada dada insan tersebut.
“Siapa kamu?!”penuh kaget, Pn.Chae
Rin menyoal dalam nada yang penuh angkuh. Pandangan Dynaz berpinar, dia tidak
kuat tetapi dalam samar-samar dapat di lihat siapakah gerangan insan yang datang
menyambut tubuhnya itu.
“Yong Jun..” lemah sekali nama itu
terlahir pada bibir merah Dynaz, dan ketika ini matanya terpejam rapat.
Seung
Hyun kini membelai lembut pipi milik Dynaz, wanita itu tidur tanpa menjamah
makanan yang diberinya. Hatinya semakin diragut perasaan bersalah..
Adakah kejam permintaan aku kepadanya sehinggakan raut
ceria yang pernah menghiasi wajah itu semakin pudar dan hilang di pandanganku?
Seung Hyun tahu
yang Dynaz mencintai Dennis dan wanita itu sekarang mengandung anak, benih dari
lelaki itu. Tetapi demi menyelamatkan lelaki dan keluarga lelaki tersebut,
Dynaz mengorbankan kebahagiaannya dengan meninggalkan lelaki tersebut.
Naz…kenapa takdir hidup begitu sukar untuk seorang insan
yang begitu baik seperti kau? Adakah segala keperitan hidup yang kau lalui ini
adalah disebabkan oleh aku?
I’m sorry Naz, I will do anything just to see that
sincere smile of yours in front of my eyes again..
Ketika ini Seung
Hyun mengucup lembut permukaan dahi Dynaz yang licin. Perasaan bersalah
benar-benar menganggui fikirannya.
Dynaz
terjaga dari tidurnya, dia memandang Seung Hyun yang termenung jauh seolah-olah
hanya jasadnya berada di situ sedangkan fikirannya melayang entah ke mana.
“Yong Jun..”lemah sekali suara Dynaz memanggil Seung Hyun. Serentak
itu Seung Hyun tersedar dari lamunannya. Wajahnya melihat Dynaz dan ketika ini
Dynaz berusaha bangun dari pembaringannya untuk mendekati lelaki itu. Cepat
Seung Hyun memegang tubuh Dynaz membantu Dynaz yang begitu lemah itu.
“Apa yang awak menungkan tu?”nada
Dynaz rendah, wajahnya memberikan senyuman buat lelaki di hadapannya itu.
“Dynaz, awak telah banyak menyiksa
diri awak..saya tak minta untuk awak berada di sini jika awak tersiksa macam ni”Seung
Hyun kini duduk berhampiran Dynaz.
“Sudah berbulan awak di sini, Dennis
sudah tentu macam orang gila mencari awak sekarang ini. Saya tak kisah jika
awak nak pergi padanya, jika itu dapat bahagiakan awak”nada Seung Hyun tenang,
wajahnya tidak lagi melihat Dynaz. Sebaliknya dia bersandar pada dinding dan
wajahnya hanya menunduk.
Dynaz melihat
Seung Hyun begitu dalam, ada kelembutan pada jiwa lelaki ini. Hanya Dynaz
sahaja yang tahu, Ya, hanya dia sahaja yang tahu.
“Yong Jun awak rasa saya terpaksa
tinggal di sini bersama awak?”Dynaz bersuara lembut menyoal Seung Hyun. Lelaki
itu hanya diam, tiada sebarang reaksi.
“Saya yang memilih untuk mengikut
awak. Sungguh saya dah penat dengan segala penderitaan hidup bersama Dennis.
Walaupun hati saya sering teringatkan dia, tetapi apa yang dia telah lakukan pada
saya, sungguh saya tak dapat lupakan. Sehingga hari ini, saat ini rasa sakit
itu masih lagi saya rasa..”air mata mula mengalir pada tubir mata bundar milik
Dynaz. Seung Hyun kini mendekati insan yang sememangnya punya tempat istimewa
dalam hidupnya itu.
“Please
Dynaz, I don’t want to see you cry..”lembut nada Seung Hyun. Dia menyapu
pergi air mata Dynaz yang mengalir.
“I
will look after you, don’t worry..tiada siapa lagi lepas ni akan sakiti
awak lagi. This is my promise to you.”penuh
prihatin Seung Hyun bersuara.
Sungguh baik hati kamu Yong Jun..sekurang-kurangnya kau
benar-benar ikhlas pada aku. Tidak seperti lelaki-lelaki lain yang hanya penuh
kepuraan-puraan mendekati diri aku.
“Yes
from now on, you will look after me and the same goes with me. I will look
after you too, to make sure that this naughty boy will not jumping into any
trouble.”Dynaz tersenyum manis.
Ya, mulai saat
ini dia akan pastikan keselamatan Yong Jun. Supaya lelaki ini tidak akan
membuat sesuatu perkara yang akhirnya akan memusnahkan kehidupannya sendiri.
Seung Hyun kini
tersenyum. Manis senyuman itu hanya Dynaz sahaja yang bertuah dapat melihatnya.
“Okay, sebelum nak jaga orang..awak
kena jaga kesihatan diri sendiri dulu. Jadi makan sikit, ok?” Seung Hyun kini
memegang sudu yang penuh makanan ke arah Dynaz. Dynaz tersenyum lalu dia makan
makanan yang disuap Seung Hyun itu.
“Yong Jun..”
“One
more thing, I don’t like to be called with that name please-”
“Kenapa pula tak suka?Itu nama
sebenar kamu, itu nama yang diberi eomma
kamu. Tiada apa pun yang awak rugi Yong Jun dengan menggunakan nama tersebut.
Ia adalah identiti sebenar kamu”lembut Dynaz bersuara, bibirnya tidak lekang
dengan senyuman manis buat lelaki di hadapannya itu.
Seung Hyun
terdiam..
“Yong Jun na..”Dynaz memanggil
lembut nama itu mengikut dialek panggilan korea. Seung Hyun hanya diam,
tangannya masih setia menyuap makanan pada Dynaz. Hatinya terusik dengan
panggilan Dynaz..Panggilan yang seakan-akan serupa dipanggil oleh seseorang
yang sudah lama meninggalkan dirinya.
“Yon Jun..jangan disakiti lagi hati
awak dengan perkara-perkara yang berbaur dendam ini. Hidup kita terlalu pendek
untuk dibuangkan begitu saja. Awak janji dengan saya, awak tak akan menyakiti
lagi diri awak..awak tak akan membuat satu perkara yang akan mengancam
keselamatan awak lagi.” Kata-kata itu, nasihat itu, keprihatinan itu begitu
mirip begitu sama dengan insan yang pernah menemani kehidupannya dahulu. Iaitu
ibunya..
Dynaz kau betul-betul wanita yang istimewa..
Tetapi tahukah kau, ini semua adalah satu helah. Aku
memastikan kau bersama aku supaya aku dapat selamatkan kau dari kecelakaan yang
akan menimpa keluarga itu..
Sebenarnya berbagai-bagai keperitan dilalui lelaki ini yang
disebabkan oleh keluarga itu, sehinggakan perkataan ‘maaf’ itu tidak pernah wujud
dalam kamus hidup ini.
Dynaz, mana mungkin dendam ini akan terkubur begitu
sahaja setelah apa yang mereka lakukan terhadap keluarga aku,terhadap aku dan
terhadap kau.
Ketika ini
ingatan Seung Hyun mengimbas kembali satu kejadian yang betul-betul merasuk
kemarahannya yang berlaku beberapa bulan yang lalu. Dia mengenggam kuat
tangannya menahan amarah. Sungguh sehingga hari ini jika peristiwa itu terlayar
di mindanya tentu hatinya berasa sakit, penuh dengan kemarahan buat keluarga
itu.
Jika dia lewat
sampai pada waktu itu, sudah tentu Dynaz akan teruk lagi dicerca dan dihina. Dia
sendiri yang mengendong Dynaz ke hospital bilamana Dynaz pengsan, tubuhnya kaku
diserang perempuan hina itu. Ketika itu juga dia mendapat berita akan kandungan
Dynaz yang semakin membesar itu.
“Aku
tak akan benarkan perempuan hina macam kau sentuh perempuan ni.”begitu dingin
sekali Seung Hyun bersuara. Pandangannya tajam menusuk terus ke jantung Pn.Chae
Rin. Pelukannya pada tubuh Dynaz dikejapnya.
“Hah? Perempuan hina?!”Seperti tidak
dapat mempercayai apa yang didengarnya, hampir sahaja Pn.Chae Rin tersedak.
Kemarahan menyerbu dirinya tetapi pandangan tajam pemuda di hadapannya itu
menyekat keberaniannya.
“Sebelum kau datang sini, kau perlu
cermin diri kau dulu. Apa hak seorang perampas ingin menghukum seorang yang
diiniaya?”tenang kata-kata Seung Hyun tetapi nadanya yang dingin membuatkan
kata-kata itu seperti belati tajam menusuk ke jantung Pn.Chae Rin.
Naik turun dada
Pn.Chae Rin menahan nafas yang seperti sukar diaturnya. Inilah kali pertama
seseorang begitu lantang berkata-kata dengannya.
Segala yang
dikatakan pemuda di hadapannya itu benar-benar mengelirukan hati wanitanya.
Sungguh dia tidak pernah ketemu pemuda tersebut dan sungguh dia bukan wanita
perampas yang dikatakan pemuda tersebut tetapi entah mengapa kata-kata tajam
itu seolah-olah mengena dan mengatakan bahawa dialah wanita yang dimaksudkan
pemuda tersebut.
Pandangan pemuda
itu, pandangan seolah-olah menyimpan beribu-ribu rahsia yang melibatkan dia sebagai
watak dalam helaian rahsia itu.
“Hey, siapa pun kamu..saya boleh
musnahkan hidup kamu dengan senang saja. Jadi lebih baik kamu jaga percakapan
kamu.” Pn.Chae Rin kini resah dalam keberaniannya.
“Huh, I’m not surprise. True fact! That is the
only thing you know. Destroy other people’s life.”tersenyum sinis Seung
Hyun ketika ini.
Tersentak Pn.Chae
Rin dengan kata-kata sindiran yang lahir dari pemuda tersebut. Marahnya tidak
terhingga dia kini melangkah ke hadapan ke arah pemuda tersebut tetapi dengan tiba-tiba tangannya dipegang seseorang.
“Puan, saya rasa lebih baik kita beredar.”Seorang
pengawal peribadinya bersuara sambil memegang erat lengannya. Pn.Chae Rin
seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang ini dia mahu meneruskan
niatnya tetapi cepat pengawal peribadinya itu membisikkan sesuatu kepadanya.
Puan lelaki itu merupakan ketua gangster besar di sini,
lebih baik kita beredar dulu sebelum keadaan menjadi semakin rumit.
Pn.Chae Rin kini
menarik nafas dalam, baju mahal yang tersarung pada tubuhnya dibetulnya kemas.
Pandangannya tajam melihat tepat pada Seung Hyun, dan juga pada Dynaz yang
sekarang ini berada dalam pelukan lelaki tersebut.
Perkhabaran yang diterima Dennis sebaik sahaja dia pulang dari Dubai benar-benar membunuh jiwanya. Terasa dunianya gelap-gelita tiada cahaya, sungguh dia tidak menyangka permainan gila yang diciptanya selama ini akhirnya memakan dirinya kembali.
Dennis termenung
jauh melihat suasana kota dari tingkap luas bilik pejabatnya itu. Wajah
kacaknya suram tiada sinar. Hatinya kosong, jiwanya melara. Baru kini dia
merasakan erti kehilangan Dynaz sebenar-benarnya.
Hampir
berbulan-bulan dia mencari Dynaz tetapi usahanya itu gagal tiada jawapan yang
pasti. Ditanya pada teman baik Dynaz, Eun Jun, wanita itu hanya memilih untuk
berdiam diri. Pandangan wanita itu kepadanya merupakan satu pandangan yang penuh
perasaan benci dan marah. Dia akur terhadap itu, sesungguhnya banyak kesalahan
yang dilakukannya yang membuat kehidupan Dynaz penuh kesengsaraan.
“Apa yang mama dah lakukan ni?”seolah-olah
lelaki yang hilang arah Dennis menyoal begitu tertekan.
“Apa yang mama dah lakukan? Mama
selamatkan kamu dari perempuan jalang tu!”Pn.Chae Rin bersuara kuat bagi
menyedarkan anak lelakinya itu. Dia tahu Dennis sangat mencintai Dynaz
sehinggakan anaknya itu hanya mampu menyimpan gambar-gambar kecurangan
isterinya seolah-olah memujuk diri bahawa kejadian curang itu tidak pernah
berlaku.
Jika tidak kerana
dia yang datang ke rumah Dennis untuk mencari dokumen syarikat dan menjumpai
gambar-gambar tersebut sudah tentu sekarang ini wanita jahat itu masih
bermaharajalela memikirkan tiada siapa-siapa yang tahu akan perbuatan
jahatnya.
“No,no,
don’t called here like that.”seperti menahan amarah, nada yang dikeluarkan
Dennis tegas sekali. Wajahnya melihat terus pada mamanya itu.
“Open
your eyes Dennis! Semua bukti dah ada depan mata Dennis sendiri!” Pn.Chae
Rin menaikan suaranya tinggi, tidak sanggup dia melihat anaknya yang masih lagi
dalam keadaan menolak kebenaran yang sudah terhidang di hadapan mata.
“Chae
Rin, please..control yourself”tenang nada En.Amir ketika ini, sungguh dia
juga terkejut dengan berita ini. Tetapi baginya tindakan isterinya itu telah
melampaui batas. Sesungguhnya permasalahan ini harus diselesaikan secara perbincangan
bersama-sama bukan dengan cara menyerang Dynaz kala dia tidak punya Dennis
iaitu suaminya yang sah dan satu-satunya insan yang berhak menentukan segala
keputusan dalam hal ini.
“How
am I going to control myself if my only son still in the state of denial?”marah
Pn.Chae Rin. Hati ibu mana yang tidak sedih melihat satu-satunya anak mereka gila
mencintai seorang wanita yang tidak berhak dicintai.
Haha.Haha.Haha
ketika ini kedengaran tawa Dennis bergema di kawasan ruang tamu rumah agam
tersebut.
“Bukti?bukti??
You know what, semua gambar ini bukanlah
bukti. Ia adalah satu permainan, permainan yang dicipta oleh seorang yang kejam
yang hatinya hanya dipenuhi oleh perasaan untuk membalas dendam.” Kata-kata
Dennis begitu dalam, pandangannya tepat pada mamanya.
“Seorang
yang dengan bodohnya tenggelam dalam keseronokan menyiksa dan meragut segala
kebahagiaan wanita ini tanpa menyedari yang dia sendiri menggali begitu dalam kuburnya
sendiri.” Nada Dennis kini serak, jiwanya seperti disiat-siat menahan sakit
yang dia sendiri ciptakan.
Pn.Chae Rin
terdiam dia diserang perasaan kekeliruan. Wajah bersih Dennis merona merah
menahan perasaan yang tersiksa, jelas di jiwa ibunya betapa wajah itu sengsara.
“Seorang
yang menghukum teruk wanita ini kerana perasaan cemburunya yang tidak dapat
memiliki wanita tersebut. Perasaan yang disimpannya bertahun lama.” Dennis
menunduk, tenggelam timbul suaranya. Nadanya semakin serak menahan getaran
perasaanya.
Pn.Chae Rin
resah, hatinya melisah melihat keadaan anaknya itu. Ketika ini wajah kacak itu
kembali memandangnya.
“Seorang
yang dayus yang kononnya megah menciptakan satu permainan yang menyaksikan
kemusnahan wanita ini dan pada hakikatnya permainan ini akhirnya hanya memakan
dirinya kembali” Tergamam Pn.Chae Rin tika ini apabila melihat air mata
bergenangan pada tubir mata indah itu. Jiwa ibunya tersentuh.
“Seorang yang hina yang hanya sedar
betapa dia mencintai wanita ini setelah wanita ini jauh meninggalkan dirinya.” begitu
sengsara, air mata Dennis mula mengalir menitis pada pipinya yang bersih.
“..and that stupid and ruthless person is..me,
your son.” Tersekat-sekat nada Dennis menahan gelora perasaannya. Wajahnya
yang bersih kini dibasahi air matanya, rautnya tersiksa.
Bagaikan disambar
halilintar seluruh tubuh Pn Chae Rin kini kaku, lidahnya kelu. Jantungnya
terasa bagai direntap kuat, sukar untuk dia mengatur nafasnya.
“I’m the one who created this madness, it
should be me yang dihina dan dicerca, bukan Dynaz..not her.” Serak suara Dennis mendengarkan sendu yang ditahannya.
Serentak itu dia melangkah pergi dari rumah agam tersebut.
Pn.Chae Rin
terduduk di kerusi mendengar kata-kata Dennis, matanya tidak berkelip.
Tangannya memegang kuat dadanya, terasa begitu berdosa dirinya terhadap Dynaz
apabila memikirkan perbuatan kejamnya terhadap wanita itu.
Air matanya kini
mengalir bak sungai yang tidak bertepian. En.Amir yang berada berhampirannya
turut tergamam dengan apa yang didengarinya hari ini. Dia beristighfar panjang
dalam hatinya.
Sejak
peristiwa itu dia sudah tidak lagi menjejakkan kakinya di rumah keluarganya
itu. Bukan kerana dia membenci atau membuang keluarganya tetapi kerana dia
sudah tidak punya hati dan jiwa lagi untuk terus bersama sesiapa sekarang ini.
Jiwanya tersiksa, sanubarinya meruntun, merindukan seorang insan.
Dynaz..
“Why do you rubbing and biting your lips? Tak yah la nanti luka.”perhatian Dennis pada siaran berita di televisyen terganggu apabila melihat Dynaz yang duduk di sofa tidak jauh darinya sedang mengusik-usik dan mengigit-gigit bibirnya.
Dynaz tersentak, tangannya
dijatuhkan ke sofa tidak lagi di bibirnya tetapi dia masih mengigit-gigit
bibirnya. Dennis mengerutkan keningnya, dia mengatur langkah menghampiri Dynaz.
Wanita itu dengan serta-merta berubah kaku dan keras. Dennis tersenyum sedikit,
dia sedar sejak confession dia yang
berani mati di hospital tempoh hari Dynaz seolah-olah menjadi wanita lain. Dia
tidak banyak cakap cuma bila perlu sahaja. Wanita itu juga sering mencuri lihat
padanya tetapi apabila dia menangkap pandangan tersebut, wanita itu dengan
cepat akan berlalu dan menjauhkan diri.
Mungkin Dynaz
masih dalam proses menyesuaikan diri dengan situasi baru ini. Dennis akan tetap
sabar menunggu wanita yang seringkali menguji jiwa lelakinya itu.
Dennis kini
meneliti bibir Dynaz, jarinya yang panjang menyentuh lembut bibir Dynaz
membuatkan Dynaz tersedak.
“hmm..hm, bibir ni kering. Naz nak
tarik kulit kering tu, rimas.”cepat Dynaz menolak lembut tangan Dennis.
“No,
you shouldn’t do that..see, dah luka ni.”penuh prihatin, wajah Dennis
serius melihat bibir Dynaz yang
kemerahan dan punya luka-luka kecil itu.
“I
have vaselin dalam almari in the
bathroom, tunggu I will take it for
you”Dennis kini mula mahu mengatur langkah tetapi cepat Dynaz menghalangnya.
“It’s
ok, Naz pergi cari sendiri.”cepat Dynaz mengatur langkah meninggalkan
Dennis. Wanita itu kelihatan gugup sekali bila bersamanya.
Dennis diam duduk
di sofa, dia berfikir tentang sikap Dynaz. Segaris senyuman manis terpamer
indah di bibirnya. Dia bangun dari sofanya dan mengatur langkah terus mencari
wanita yang berada di fikirannya itu.
Dennis
melihat Dynaz yang sudah berada dalam bilik air, wanita itu berdiri di hadapan sebuah
sinki bermarmar yang terletak di sudut kanan dalam bilik air besar tersebut.
Dia leka melihat wajahnya pada cermin besar di hadapannya. Dia meneliti
bibirnya dan sesekali memegang bibir merah tersebut.
Dennis tersenyum
apabila melihat Dynaz yang sesekali memuncungkan bibirnya melihat ke cermin
tidak menyedari kelakuannya itu diperhatikan. Dennis ketika ini melangkah masuk
ke dalam bilik air tersebut.
“Er..Naz tak jumpa pun Vaselin tu.”gagap
menahan perasaan terkejut, Dynaz bersuara sambil tangannya menggaru kepalanya
yang tidak gatal. Dennis senyum, langkahnya semakin dekat menghampiri Dynaz
membuatkan wanita itu semakin tidak tentu arah.
“Ada dalam almari kat atas
ni.”tenang nada Dennis, dia kini berdiri betul-betul berhadapan Dynaz. Jarak
antara mereka begitu dekat sehinggakan Dennis dapat merasakan deru nafas Dynaz
yang gelisah. Senyumannya manis, dan kini dia membuka almari yang dipasang
tergantung terletak hampir pada syiling bilik air tersebut.
Dynaz hanya
mengatur nafasnya yang gelisah, di hadapannya tubuh Dennis yang tinggi berdiri
begitu hampir sambil membuka almari dan mencari-cari barang yang ingin
dicarinya itu. Wajah Dynaz berada pada paras dada Dennis, dia mengangkat kedua-dua
tangannya bagi dia menjarakkan kedudukan tubuhnya dengan tubuh suaminya itu.
“Yes,
got it.”di tangan Dennis terdapat
satu tiub vaselin berwarna kuning cair, dia menunjukkan pada Dynaz dan
senyumannya terpamer pada wajahnya yang sempurna itu. Dynaz menganguk sekali
dan tangannya ingin mengambil tiub vaselin tersebut tetapi Dennis lebih pantas
melarikan tangannya dan diletakkan tiub kecil itu di atas sinki besar tersebut.
“Let
me put it for you” rendah suara Dennis, wajah itu hampir dengan wajah Dynaz
membuatkan Dynaz terkaku. Tanpa disedari oleh Dynaz tubuhnya diangkat Dennis
dan kini dia duduk di atas sinki besar yang bermarmar warna merah maroon itu.
Segalanya berlaku
dengan pantas dan Dennis kini sudah pun berdiri berhadapan dengannya yang duduk
di atas sinki tersebut. Jantung Dynaz bagaikan ingin meletup menahan degupan
yang berentak laju, dia terkaku di situ.
“Come,
let me see it.”lembut dan begitu tenang Dennis melihat bibir Dynaz yang
terdapat garisan luka-luka kecil. Dynaz hanya memerhati wajah bersih Dennis
yang menghampiri wajahnya. Dia tergamam, tetapi tidak pula dia mahu wajah itu
menjauh darinya.
“Dah luka ni…it’s okay, kita sapu ubat sikit hopefully
cepat sembuh.”sungguh prihatin nada Dennis sambil dia membuka tiub vaselin dan
menyapu nipis krim tersebut kepada bibir merah Dynaz. Dia sedar akan kegugupan
Dynaz, dan wajah comel itu serta-merta merona merah. Dennis tersenyum manis,
dia melihat ke setiap genap wajah wanita yang hampir menunduk itu. Tangannya
kini mengusap lembut wajah Dynaz dan ditolak lembut dagu milik Dynaz supaya
melihat terus padanya.
Dynaz tidak
menolak, wajahnya diangkat tetapi pandangannya masih dilarikan tidak melihat
pada mata sempurna milik Dennis.
Dennis mengatur
nafasnya tenang, memikirkan kedudukan mereka dalam bilik air tersebut
membuatkan jiwa lelakinya bergetar hebat tatkala ini.
Kedua-dua pipi
Dynaz merona merah ketika Dennis mengusap lembut kedua-dua kakinya yang kini
dibawa merapati ke bahagian pinggang Dennis yang berdiri di hadapannya. Dennis
menundukkan tubuhnya yang tinggi lampai itu seiring wajah Dynaz yang kini turun
naik dadanya mengatur nafas sesak. Tangan kanan Dennis kini memegang lembut
bahagian kiri dada Dynaz merasakan degupan jantung Dynaz yang berdegup kencang.
“Easy,
dear..I’m not gonna hurt you.”serak suara Dennis berbisik di telinga Dynaz menenangkan
wanita itu sambil tangannya mengusap lembut bahagian tersebut bagi meredakan
gemuruh yang melanda Dynaz. Satu desahan halus yang dilepaskan Dynaz membuatkan
Dennis semakin hilang kawalan. Dia mengucup lembut cuping telinga milik wanita
yang disayanginya itu dan kucupan itu semakin menjalar menuruni terus ke lekuk
pipi milik wanita tersebut. Dynaz hanya memejamkan mata dan tangannya kini
tanpa disedarinya memeluk erat tubuh Dennis yang berdiri berhadapannya yang
duduk di atas sinki besar tersebut.
Segala
kenangan bersama Dynaz bermain-main di fikirannya membuatkan rawan hatinya
semakin teruk merasuk ke tangkai sanubarinya. Dia buntu, hilang segala arah
tumpuannya..Hatinya lelah merindukan wanita tersebut, jiwanya merana
memanggil-manggil wanita tersebut.
Dynaz, where are you my dear?
Pandangan Dennis terus
melihat pada suasana kesesakkan kota dari tingkap besar pejabatnya itu, begitu
menyesakkan jiwa. Sesungguhnya dia tenggelam dalam kecelaruan perasaannya yang
begitu diburu perasaan rindu, bersalah yang menebal.
Panggilan
telefon yang masuk ke pejabat En.Amir berdering-dering meminta dijawab. En.
Amir yang duduk di kerusi hanya mengurut-urut lembut dahinya, fikirannya pusing
dan sungguh dia pening memikirkan perkara yang baru didengarinya itu.
“Hariz awak yakin dengan apa yang
awak katakan ini?”nada suara En. Amir lemah. Di hadapannya Hariz yang
berpakaian sut kemas mengangguk sekali. Dia meletakkan sebuah fail berkulit
keras di atas meja En. Amir, raut wajahnya serius.
“En.Amir..saya melaporkan hal ini
setelah saya betul-betul yakin dengan apa yang telah saya siasat.” Hariz
melepaskan satu nafas berat, dia tahu hasil siasatannya sangat berat untuk
En.Amir terima tetapi dia tidak punya pilihan lain selain membongkarkan
segala-galanya kepada lelaki tersebut.
Beberapa hari
yang lalu dia ingin melaporkan perihal ini kepada Dennis tetapi malangnya
lelaki tersebut langsung tidak mahu berjumpa dengannya. Malah keadaan lelaki
tersebut sungguh berbeza dengan Dennis yang pernah dikenalinya. Dennis sekarang
kerap menyendiri dan termenung, lelaki itu juga dilihatnya seringkali menolak
untuk menyertai mesyuarat dan kerja-kerja luar syarikat.
Dia tahu ini
semua adalah kerana kehilangan Dynaz. Lelaki itu seolah-olah kelihatan seperti hilang
arah punca kehidupannya. Sungguh tidak tersangka olehnya kehilangan Dynaz dapat
mengakibatkan seorang lelaki yang begitu ego seperti Dennis merana sebegini
rupa. Tepatlah kata hatinya yang kuat berbicara mengatakan sejauh mana kebencian
Dennis kepada Dynaz selama ini, menunjukkan sedalam itulah cinta lelaki
tersebut kepada wanita itu.
Tiba-tiba satu
perasaan yang tidak senang menerjah masuk ke sanubarinya. Sakit dan pedih
sekali…
Hariz mengatur
nafas perlahan supaya dapat menenangkan perasaannya.
Sudah
berbulan-bulan Dynaz hilang tiada khabar berita, sungguh dia sendiri tidak
dapat menolak perasaan bimbang dan risau apabila memikirkan wanita tersebut.
Pelbagai usaha yang dilakukannya bagi mencari wanita tersebut dan tidak kurang
juga usaha dari Dennis dan keluarganya, namun segalanya gagal.
“Astaghfirullah..”En.Amir
beristighfar panjang apabila dia meneliti kertas-kertas dalam fail yang
diberikan Hariz itu. Wajahnya berkerut menahan kemarahan dan kesedihan yang
melanda dirinya.
“This
is so outrageous! Why they did this to me? To this company??”nada yang
tidak dapat menerima kenyataan, tangan En.Amir ligat menyelak satu persatu
kertas-kertas dalam fail tersebut. Hatinya semakin panas, kesedihannya menyerbu
masuk ke sanubarinya apabila memikirkan dia telah dikhianati oleh sahabat baiknya
dan juga oleh seorang anak muda yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
Hariz melihat
En.Amir simpati, kata-katanya yang membongkar kegiatan gelap Jong Woo bersama
Henney sebentar tadi bukanlah kata-kata kosong. Dia punya bukti atas apa yang
dikatakannya.
Telefon berdering
semakin rancak meminta-minta untuk dijawab, kepala En.Amir semakin pusing
terasa sesak nafasnya apabila membaca segala kertas-kertas ditangannya itu.
“En.Amir, ada panggilan dari bursa
saham negara.”tiba-tiba setiausaha En.Amir menerjah masuk ke bilik En.Amir,
wajahnya cemas menunjukkan suasana keadaan yang tidak terkawal dan genting di
ruang pejabat.
“What??”terkejut
besar En.Amir, wajahnya terpamer raut keresahan. Cepat dia mencapai ganggang
telefonnya.
Hariz hanya
melihat raut wajah serius En Amir apabila lelaki itu menjawab panggilan. Wajah
En.Amir kini kelihatan merona merah menahan perasaannya, sesekali lelaki itu
mengurut-urut dadanya seakan dia sukar untuk bernafas.
“Hariz kita harus cepat, sekat segala
transaksi syarikat sekarang ni! Kebanyakkan saham syarikat telah jatuh mendadak
dan dijual!” nada En Amir benar-benar cemas setelah dia meletakkan ganggang
telefon. Sunguh dia terkejut besar mendengar berita buruk tersebut. Jantungnya berdegup
kencang, sesak pernafasannya, terasa seluruh tubuhnya seram sejuk seolah-olah dia
akan pitam. En.Amir bingkas bangun dari kerusinya, baginya apa yang penting sekarang
ini adalah untuk menyelamatkan kedudukan syarikatnya. Dia tidak boleh lemah.
“Batalkan
segala transaksi, batalkan semuanya sekarang.”tercungap-cungap kata-kata yang
diluahkan En.Amir membuatkan Hariz dilanda kerisauan. Hariz cepat mengatur
langkah mendapatkan En.Amir apabila dia melihat lelaki itu seperti sukar
mengaturkan nafasnya.
“En.Amir,
you should have a rest. I will take care
all the things, don’t worry.”Hariz bersuara tenang sambil memapah En Amir
tetapi lelaki itu menggeleng, enggan untuk mengikut kata nasihat yang diberikan
Hariz.
“Seung
Hyun, panggil Seung Hyun ke mari”dalam keadaan nafas yang tidak teratur En.Amir
mengeluarkan arahan. Dia mahu bertemu dengan lelaki tersebut kerana segala
urusan pembelian dan perjualan saham syarikat hanya dikendalikan oleh lelaki
tersebut.
“En.Amir..I’m sorry, Seung Hyun have already resigned a
couple of months before.”
Bagaikan belati
yang menusuk tepat ke jantungnya, En.Amir tidak mampu untuk berkata apa-apa
lagi. Dia begitu mempercayai lelaki itu, dia begitu mengemari lelaki
itu..sungguh dia tidak menyangka bahawa lelaki tersebut juga termasuk dalam
senarai insan-insan yang mengkhianati dirinya.
Sahabatnya- Jong
Woo, anak muda yang telah dianggap seperti anaknya sendiri- Henney dan kini
seorang lelaki yang telah menerbit kasihnya- Seung Hyun..
Semuanya..semua
mereka merupakan musuh dalam selimut yang kini mungkin sedang duduk
bersama-sama mentertawakan dirinya.
Ketika ini sekali
lagi setiausaha En.Amir memasuki ruangan bilik pejabat En.Amir. Raut wajahnya
kini benar-benar kerisauan dan cemas. Di belakangnya terdapat beberapa pegawai
yang berpakaian sut hitam kemas dan mereka kelihatan begitu tegas.
“En.Amir, pegawai
Official Receiver ingin menemui Encik..”
Kesakitan En.Amir
serta-merta menyerang ke tangkai jantungnya dan menjalar ke seluruh tubuhnya,
saat ini dia tahu bahawa perusahaannya yang dibina selama ini akan menemui
jalan pengakhirannya. Sesak pernafasannya, terasa sempit ruang untuk dia
bernafas dan kini dia hanya tercungap-cungap seperti menunggu masa pengakhiran
hidupnya.
“Call
the ambulance! En.Amir please, stays
with me. Hurry up! I said call the ambulance!” hanya kendengaran suara
cemas Hariz sahaja di pendengarannya sebelum pandangannya menjadi gelap-gelita.
Pemanduan
Dennis laju sekali membawa segala amarah yang berkumpul dalam dirinya. Sungguh
dia tidak menyangka perkara ini akan berlaku. Sahabat baiknya yang telah dianggap
seperti keluarganya sendiri sanggup mengkhianati dirinya.
Berita buruk yang
menimpa syarikat dan keadaan bapanya yang kritikal di hospital membuatkan dia
dihempap beribu kesakitan yang tidak terperi.
Penyelewengan
Henney memberikan impak yang begitu besar dalam dirinya. Sungguh sakit sekali,
ujian apakah yang sedang dilaluinya ini? Kehilangan Dynaz merentap segala
kebahagiaanya dan pengkhianatan Henney membunuh seluruh kehidupannya. Siapa
lagi yang harus dipercayainya selepas ini? Perasaan Dennis berkecamuk ketika
ini, begitu tersiksa sekali..
Hatinya marah,
jiwanya dirasuk amarah tetapi pada masa yang sama hatinya merintih jiwanya
merana memikirkan segala-galanya.
Benar dirinya
marah dengan apa yang terjadi pada syarikat keluarganya tetapi apa yang paling
menyakitkan ialah apabila memikirkan tentang tali persahabatan yang dibina begitu
kuat di antara dia dan Henney.
Adakah selama ini
lelaki itu hanya berpura-pura bersahabat dengannya? Adakah persahabatan ini
adalah hanya satu permainan bagi lelaki itu?Adakah segala kenangan yang dilalui
mereka bersama langsung tidak meninggalkan apa-apa erti dalam kehidupan lelaki
tersebut?
Selekoh tajam di
hadapan langsung tidak mengganggu pemanduan Dennis. Keretanya dipandu laju,dia
tidak kira tentang apa-apa ketika ini apa yang penting dia harus mencari
Henney. Dia perlu mendengar dari lelaki itu sendiri tentang apa yang berlaku.
Sesungguhnya hanya dia sahaja yang tahu di mana Henney berada sekarang ini.
“Huh, kamu datang hari ini untuk membunuh aku?”Henney sempat berkata-kata sinis dalam keadaan dia yang rebah di lantai, dia megesat lelehan darah yang mengalir pekat di bibirnya.
“Dia menghantar kamu untuk membunuh
aku?Hahahaha”Dia ketawa walaupun badannya ketika ini terasa sakit sekali. Ia
bertambah perit apabila memikirkan insan yang ingin memusnahkan dirinya ialah
seorang insan yang mempunyai pertalian yang begitu erat dengannya.Ternyata
begitu salah jika dia memikirkan bahawa insan itu kasih terhadapnya, prihatin
kepada perasaannya..
“Jong Woo tidak mahu ada sesiapa pun
yang membongkarkan rahsianya. Kau nak tarik diri bermaksud kau perlu mati.”begitu
tegas kata-kata seorang lelaki yang berbadan besar yang berdiri di hadapan
Henney yang tertunduk. Selepas itu seorang lelaki yang berada di sisi Henney
menendang tubuh Henney kuat sehinggakan membuatkan Henney mengerang kuat
kesakitan. Satu tumbukan singgah pada wajahnya yang sedia terluka, dan
tendangan demi tendangan mengenai tepat ke setiap penjuru tubuhnya yang tegap
itu. Dia rebah sepenuhnya dilantai, darah mengalir di bibirnya dan juga di
hidungnya. Seorang lelaki mencengkam leher baju Henney dan mengangkat wajahnya.
“Any last words, my prince?”ada ketawa
kecil memperlekehkan Henney ketika ini.
“Huh,
just kill me. You fool.” Pandangan Henney tepat melihat ke arah lelaki
tersebut, senyuman sinis terpamer di wajahnya membuatkan lelaki tersebut berasa
panas hati.
“As
you wish.” Lelaki tersebut mengeluarkan sebilah pisau rambo dan dihayunnya kemas bagi mengenai tepat ke jantung Henney.
Henney hanya memejamkan matanya,dia pasrah dan redha dengan ketetapan hidupnya
ini. Segala-galanya musnah, permainan yang dimainnya ternyata memakan dirinya
begitu dalam apabila hakikatnya dia sedar bahawa dia begitu mengambil berat
terhadap lelaki itu. Lelaki yang pada mulanya dianggapnya hanya sebagai
lawannya tetapi kini telah meresap dalam jauh di sudut hatinya sebagai seorang
sahabatnya.
If this is somekind like retribution for me to make amend
for the sin I’ve done, I will accept this as the last moment of my life…
“Awak penipu..awak jahat..awak mainkan perasaan setiap
orang di sekeliling awak..saya..Dennis..”
“You’re such a disgraceful person I’ve ever met.”
Dan ketika ini
wajah bersih cantik seorang insan bermain di mindanya..
I’m so sorry Dynaz…Henney memejamkan rapat matanya…
Tiba-tiba
dia terdengar bunyi erangan yang kuat, bunyi tumbukkan dan tendangan melewati
cuping telinganya. Tubuhnya dilepaskan jatuh ke lantai dan suara erangan
kesakitan terdengar kuat dari bibir lelaki yang memegangnya seketika tadi.
Henney lemah, tubuhnya tidak mampu untuk bergerak lagi.Wajahnya tersembam di
lantai, aliran darahnya yang pekat mencemari permukaan lantai. Dia tidak
berdaya, perlahan-lahan kelopak matanya dibukakan. Di hadapannya satu
pergaduhan yang sengit, dalam keadaan samar dia melihat sesusuk tubuh seorang
lelaki yang amat dikenalinya sedang beradu tenaga, mempertaruhkan nyawa bagi
dirinya yang terbaring lemah.
Dennis..
Di hadapannya
seorang lelaki duduk di atas sofa sambil melihat terus ke arahnya. Dia tahu apa
yang terpendam dalam hati lelaki tersebut dan dia juga tahu akan tujuan apa
kedatangan lelaki tersebut.
“Why?”dingin
suara Dennis memecahkan suasana sepi diantara mereka. Henney meletakkan kain
yang dipegangnya ke lantai, pandangannya kini membalas renungan Dennis. Dia
ingin menjawab segala persoalan yang bermain di minda Dennis tetapi lidahnya
kelu, dia tidak dapat untuk melafazkan apa-apa ketika ini. Hanya pandangannya
sahaja yang melihat terus ke Dennis.
“At
least one reason..” ada terselit raut yang tersiksa pada wajah Dennis.
Jiwanya benar-benar terganggu dengan pengkhianatan Henney dan pada masa yang
sama hatinya tersentuh melihat keadaan Henney yang lemah dan tidak berdaya itu.
“Why
you did that?”suaranya mengendur, wajahnya tertunduk.
“Is our friendship means nothing to you? Am I means nothing at all to you?”suara
Dennis bertukar serak, dia tidak dapat mengawal perasaannya ketika ini. Henney
mengamati raut wajah sempurna yang tertunduk itu. Ada kesan lebam pada wajah
itu akibat mempertahankan nyawanya. Nyawa seorang insan pengkhianat sepertinya.
Hatinya diserang beribu penyesalan.
“I want
to end it.”serak dan rendah suara Henney. Dennis mengangkat wajahnya.
“all
the lies..all the pretences, I can’t take it..can’t.anymore”jelas di
pandangan Dennis betapa sukar untuk Henney menuturkan kata-katanya ketika ini.
Lelaki itu berusaha untuk melafazkan satu-persatu ayatnya. Wajahnya tersiksa
penuh penderitaan.
“under
the guise of friendship, I betrayed you.and yet you came to save me.”Henney
tertawa rendah, dia mentertawakan dirinya sendiri. Ketika ini dia mengerang
sekali apabila kesakitan semakin menjalar ke seluruh tubuhnya.
“I
came for your explaination”Dennis menggenggam tangannya,dia perlu kuat
supaya tidak kelihatan sisi lemahnya yang kini mahu sahaja terus mendapatkan sahabatnya
itu apabila melihat lelaki itu yang kini terbatuk memuntahkan gumpalan darah
pekat.
“You
should let me die here”begitu tersiksa sekali wajah Henney menahan
kesakitannya, dia mengesat darah pada bibirnya.
“If
I let you die here, how am I gonna expain myself to Dynaz? That I selfishly let
you die and rot in here?”Dennis mengetap rahangnya menampakkan ketegangan
pada wajahnya.
“You
knew my feeling towards her, this is the big reason why you should get rid of
me” lemah kata-kata Henney.Ketika ini pandangannya kabur, begitu sukar
untuk dia terus membuka kelopak matanya.
Dennis mengatur
nafasnya sesak, dia tahu perasaan Henney terhadap isterinya. Segalanya adalah
kerana kesilapannya, kesalahannya, kebodohannya, yang menambahkan lagi episod
siksa dalam kehidupannya. Sungguh dia tahu Dynaz juga mempunyai perasaan
terhadap lelaki di hadapannya ini. Perasaan istimewa yang dia sendiri menyedarinya..
“I
should let you die..I should let you rot in here.”
Pandangan Henney
menjadi semakin kabur, dia sudah tidak berdaya lagi lalu tubuhnya jatuh ke
lantai. Dalam kesamaran dia melihat setapak demi setapak langkah Dennis
meninggalkan dirinya.
I’m sorry..trully I am..Dennis..
Dynaz meletak perlahan senaskah surat khabar di atas meja di ruang tamu. Hatinya resah, jiwanya berombak kuat mengenangkan berita utama yang dibacanya dalam surat khabar tersebut.
“Pergolakkan
hebat yang menimpa syarikat King Capital One”
Wajah Dynaz
dicemari raut kerisauan.
Pegawai Besar KCO, Henney dimasukkan ke hospital akibat
kecederaan parah. Siasatan masih dilakukan bagi menyiasat punca kecederaan
pegawai besar tersebut.
Dynaz tidak dapat
menyimpan perasaannya, jantungnya berdegup kencang memikirkan barisan ayat-ayat
berita yang bermain-main di mindanya.
“Awak
sudah tahu perasaan saya terhadap awak, dan saya tak akan memaksa untuk awak
membuat apa-apa keputusan.” kata-kata lelaki tersebut masih segar di
ingatannya.
“I’ve done something beyond forgiveness, I
betrayed my friend..I live in pretence, and…ia sangat tidak adil untuk diri
saya memiliki awak, kerana itu saya hanya memilih untuk memendamkan perasaan
ini.”
Ketika itu
dirinya tidak mampu untuk mengatakan apa-apa, wajahnya hanya dibasahi air
matanya yang begitu murah menuruni lekuk pipinya. Luahan perasaan Henney
benar-benar di luar dugaannya. Sudah lama..dan terlalu lama dirinya mencari dan
menunggu untuk mendengar kata-kata seperti itu dari bibir seorang insan yang
ikhlas mencintainya..
“Kenapa sekarang awak beritahu segalanya?
Keadaan kini begitu rumit dan ia akan menjadi lebih rumit untuk esok dan
seterusnya..” Dynaz menunduk, sendunya kedengaran.
“I
know..Naz, I promise you that I’ll end this, I don’t care what will happen to
me after this..”Tangan Henney hangat memegang wajah Dynaz.
“at the very least..somehow I know that I
don’t leave you in the dark, thinking
about my feeling towards you..”
Masih segar
memori Henney mengusap lembut pipinya. Seolah-olah kini lelaki tersebut masih
berada di hadapannya.
I love you, I love you..Dynaz
Setitis air mata
kini menuruni pipi Dynaz yang gebu. Jiwanya tersiksa sekali, memikirkan takdir
kehidupannya membuatkan dia seringkali berakhir dengan berendam air mata.
Dynaz memegang
erat kandungannya dan ketika ini dengan tiba-tiba wajah dan suara Henney jauh
meninggalkan dirinya.
I love you, I really love you..Dynaz
Dynaz tersentak,
suara Dennis benar-benar kedengaran di cuping telinganya. Cepat dia berpaling
ke arah belakangnya. Dadanya turun naik mengatur nafasnya.
Sunyi..tiada susuk
tubuh Dennis di situ.
Dynaz memegang
erat kandungannya, matanya terpejam dan air matanya mengalir lebat. Sakit,
perasaannya begitu sakit ketika ini. Seharusnya dia melupakan lelaki tersebut
tetapi mengapa hatinya mengkhianatinya..
Betapa dia
merindui lelaki tersebut..
Dennis..
Langkah Dynaz lambat diaturnya, kandungannya yang berusia hampir lima bulan itu menyerlahkan perutnya yang tidak mungkin dapat disembunyikan lagi. Dia melintasi ruangan bilik tidur Yong Jun, langkahnya terhenti. Dia mencari kelibat Yong Jun, dan ketika ini dia melihat Yong Jun sedang leka menyiapkan sesuatu. Melihat Yong Jun wajahnya berubah tenang, dia yakin dengan keputusan hidupnya. Sekurang-kurangnya hanya lelaki inilah yang jujur dengannya dan dia yakin selagi dia berada dekat dengan Yong Jun, tiada bahaya akan menimpa keluarga papanya dan juga tiada bahaya yang akan menimpa Yong Jun.
Dynaz teringat
tentang peristiwa beberapa bulan yang lepas sebelum dia membuang telefon
bimbitnya, papanya ada menelefonya dan secara senyap-senyap dia pergi bertemu
papanya itu. Dia menceritakan segalanya tentang kisah dia dan Hariz kepada
papanya itu.
“Naz,
papa mengerti keadaan kamu. Takdir kamu tidak ubah seperti Hye
Jun..ditinggalkan lelaki yang benar-benar dicintai..dan papa juga mengerti
keadaan Hariz, kerana papa pernah berada di tempatnya..” Wajah En.Amir muram
sekali, raut itu diselubungi kesedihan dan penyesalan. Dynaz hanya memerhati.
“Memilih
di antara wanita yang disayangi dengan wanita yang dapat menjanjikan
kemahsyuran..lelaki sememangnya mudah untuk digoyahkan..”seperti berkata terus
kepada dirinya sendiri, En Amir menunduk menahan gejolak perasaannya yang
berperang hebat.
“Papa..Naz
dah tiada apa-apa dengan Hariz.Naz harap papa dan mama janganlah lakukan
apa-apa kepada-”
“Begitu
dalam sekali kasih kamu terhadapnya walaupun kamu telah dikhianati,
Naz..mungkinkah Hye Jun juga berperasaan sama seperti kamu?”Soalan papa yang
tiba-tiba memotong percakapannya membuatkan Dynaz terkelu.
Apa yang harus dijawabnya?
Dia tidak berani untuk
menceritakan tentang Yong Jun, dia sudah diangap buruk oleh mamanya,
sekurang-kurangnya dengan merahsiakan perkara ini dia dapat menyelamatkan
keluarga mamanya dan membantu meleraikan dendam Yong Jun kepada keluarganya. Walaupun
dia berada jauh dari mereka, sekurang-kurangnya dia tahu mereka selamat.
En.Amir kini
menarik nafas dalam, dia kini melihat wajah menantunya yang hanya berdiam diri
itu lalu dia menghadiahkan sebuah senyuman.
“Naz, jangan risau papa tak akan
pernah melakukan apa-apa kepada Hariz.” Dynaz hanya mengangguk perlahan, dia
membalas senyuman papanya tawar.
“Bagi pihak mama, papa nak minta
maaf. Tak seharusnya mama menghukum kamu sebegini. Mari ikut papa, papa akan
jaga kamu sehingga Dennis pulang dari Dubai nanti.”bersungguh papanya menuturkan
kata-kata.
“Naz masih belum bersedia untuk
bertemu Dennis, harap papa mengerti perasaan Naz.” Menyebut nama lelaki itu
sahaja membuatkan seluruh anggota tubuhnya meronta kerinduan, tetapi dia hanya
bertahan dan memegang lembut perutnya yang masih kecil dan tidak menunjukkan
apa-apa perubahan ketika itu.
Dynaz menarik
nafas dalam, dia kini menghampiri pintu bilik tidur Yong Jun. Dia ingin menegur
lelaki tersebut tetapi Yong Jun dilihatnya begitu leka dengan urusannya. Lelaki
itu bergerak pantas mengambil sesuatu dan meletakkannya di dalam begnya yang
sudah tersedia di atas katilnya.
“Yong Jun aa..”dia kini berada di
dalam bilik lelaki tersebut. Wajahnya berkerut apabila melihat Yong Jun ketika
ini menggalas sebuah beg yang besar dan berjalan ke arahnya. Bibir sempurna
milik Yong Jun mempamerkan segaris senyuman buat Dynaz ketika dia menghampiri
wanita itu.
Yong Jun mengusap lembut kepala Dynaz, insan yang istimewa baginya. Dia merenung wajah bersih yang sungguh cantik itu, dan segaris senyuman menghiasi bibirnya. Dynaz membalas senyuman lelaki tersebut. Lama Yong Jun merenung wajah indah itu, dan kini senyumannya mengendur apabila memikirkan perkara yang akan dilakukannya selepas ini.
“You should have a rest, it’s not good for a
baby and the mother to stay up late like this.” Kata-katanya begitu
prihatin sekali dan tanpa membuang lebih banyak masa dia kini mengatur langkah
ingin keluar dari biliknya meninggalkan Dynaz.
Senyuman Dynaz
mengedur di bibirnya, dia berpaling ke belakang melihat tubuh tegap Yong Jun
yang melangkah meninggalkannya.
“Awak nak ke mana?”cepat Dynaz
memegang lengan Yong Jun. Hatinya tidak tenteram melihat Yong Jun dalam keadaan
begitu. Malahan lelaki itu membawa sebuah beg yang besar seolah-olah lelaki itu
ingin pergi meninggalkan dirinya.
Yong Jun memegang
tangan Dynaz pada lengannya, wajah Dynaz dilihatnya sekali lagi. Wajah cantik
itu cengkung, dia sedar wanita itu tersiksa berada di sini. Dia sedar betapa
jiwa wanita itu setiap hari menangis ketika bersamanya.
Dia kini mengatur
langkahnya meninggalkan Dynaz. Langkahnya pantas dan terhenti ketika dia
melewati sebuah bilik. Kakinya kaku di situ.
Dynaz yang
melihat kelakuan pelik Yong Jun diserang suatu perasaan asing. Suatu perasaan
yang diselubungi penuh dengan tanda tanya.
Yong
Jun yang menggalas beg besar itu merenung begitu dalam pada balang porcelain
abu ibunya yang terletak di tengah-tengah ruangan bilik yang dilewatinya itu. Lama
dia memerhati balang tersebut, dalam hatinya dia berfikir alangkah indahnya jika
dia sebenarnya pergi bersama-sama ibunya meninggalkan dunia ini, sudah tentu
ketika ini dia tidak akan melukakan Dynaz dan membuat hidup wanita itu merana.
“Naz, awaklah satu-satunya wanita
yang berjaya memasuki hati saya selepas dia.” Renungan lelaki itu masih tepat
pada balang porcelain tersebut. ‘Dia’ yang dimaksudkan Yong Jun adalah ibunya
dan Dynaz faham akannya.
“Segalanya tentang awak membuatkan
saya teringatkan dia.” Jelas di pandangan Dynaz raut wajah Yong Jun kini bertukar
keruh. Pandangan lelaki itu tidak melihatnya tetapi masih terus melekat pada
balang isi abu ibunya itu. Dynaz mengatur langkahnya setapak menghampiri pintu
bilik. Dia diserang kehairanan dengan sikap Yong Jun malam ini.
“Awak
saya anggap seperti dia,malah.seringkali saya..merasakan awak adalah dia.”ayat
Yong Jun putus-putus menunjukkan kecamukan perasaannya ketika ini tetapi
pandangannya masih tepat tertaut pada balang yang berwarna biru muda itu.
“Saya
tahu saya tidak mungkin dapat melepaskan dia sehinggalah waktu pengakhiran
nafas saya di dunia ini..”wajah Yong Jun dilihat begitu tersiksa, Dynaz merasa
begitu simpati terhadap lelaki di hadapanya itu tetapi pada masa yang sama
hatinya rungsing tidak senang dengan perubahan sikap Yong Jun malam ini.
“Naz,
saya janji dengan awak..yang saya akan lepaskan awak.dan saatnya sudah semakin
tiba..”Ketika ini Yong Jun mengalihkan pandangannya terus kepada Dynaz.
Satu pandangan
yang begitu sukar ditafsirkan oleh Dynaz dan lelaki itu terus melangkah
meninggalkan dirinya keseorangan di situ.
Perasaan Dynaz
berdebar kuat ketika ini, dia cuba untuk menenangkannya tetapi entah mengapa
hatinya tidak mampu untuk berasa tenang..
Yong Jun, apa yang awak cuba maksudkan dengan kata-kata
awak ini?
Sebakul buah-buahan segar diletak cermat oleh Eun Jun di atas sebuah meja dalam wad yang besar itu. Renungan lelaki yang sedari tadi melihatnya cuba untuk tidak diendahnya tetapi setelah sekian lama dia membalas renungan tersebut.
“How
are you?” kedengaran teragak-agak soalan yang keluar dari bibir Eun Jun.
“Good..how
bout you?”suara lelaki itu serak menjawab soalannya.
“Better.”Eun
Jun menjawab berlagak dan tawa kedengaran dari lelaki tersebut. Eun Jun
sememangnya tidak berubah dari awal perkenalan mereka sehinggalah kini, wanita
itu memang tidak selesa apabila terasa diri disakat.
Henney kini
bangun dari baringnya, dia duduk di atas katilnya. Senyuman masih terpamer di
bibirnya. Eun Jun melihat Henney teliti, lelaki itu kelihatan lemah sekali
terdapat kesan lebam pada wajahnya dan luka pada bibirnya tetapi langsung tidak
mencacatkan wajahnya yang sempurna.
“erm.ehem..”Eun Jun mengatur
nafasnya dan kotak suaranya selepas dia menyedari Henney menangkap pandangannya
yang melihat dan memerhati wajah kacak lelaki tersebut.
“Awak nampak sihat, jadi saya rasa
sesuailah saya mengundur diri.”Eun Jun kini sudah berkira untuk melangkah pergi
dari wad tersebut.
“Temankan saya sebentar..” tenang
kata-kata Henney membuatkan langkah Eun Jun terhenti. Dia berpaling dan Henney
melihat ke arahnya dengan segaris senyuman..senyuman yang ikhlas.
Eun Jun mengeluh
dalam hatinya, jika tidak kerana Dynaz yang datang ke rumahnya tempoh hari meminta
dia untuk melawat Henney sudah tentu dia tidak perlu berada dalam situasi
sebegini.
“Aku cuma ingin tahu keadaanya,
tolong aku Eun Jun..” wajah Dynaz sayu sekali, wanita itu kelihatan serabut
berada dalam pelbagai dilema ketika ini. Raut sedih wanita itu melemahkan Eun
Jun.
“Jika kau ingin tahu sangat keadaan
Henney, bagaimana pula dengan Dennis suami kau sendiri?”Eun Jun bersuara keras.
Dia tahu perasaan Dynaz terhadap lelaki tersebut dan dia juga tahu keadaan
begitu sulit untuk kedua-dua mereka apabila segala permainan gila Dennis telah
menjadi nyata.
Wajah Dynaz
berubah ketika mendengar nama lelaki yang sering mencuri ketenangan hidupnya
itu.
“Naz..Dennis sekarang sudah banyak
berubah..dia merana teruk sejak ketiadaan kau” lembut Eun Jun berkata, dia
mengusap lengan kawannya itu. Dia sedar perubahan yang telah berlaku pada
Dennis, lelaki itu kerap datang bertanyakan perihal Dynaz kepadanya, dan
bukanlah kebiasaan bagi lelaki ego seperti Dennis untuk merayu tetapi demi
Dynaz lelaki itu merayu meminta dia untuk memberitahu kedudukan Dynaz. Malahan
ada suatu ketika dia pernah melihat lelaki itu menunggu di hadapan rumahnya
sehingga sehari suntuk dan tertidur kesejukkan di atas kerusi panjang di
hadapan rumahnya itu.
“Antara aku dan dia, dah tiada
apa-apa..aku sudah memilih kehidupan aku..dan aku bahagia begini.”kata-kata
Dynaz benar-benar bersimpang dengan hatinya malah ia jelas kelihatan dari raut
wajahnya yang diselubungi kedukaan.
“Tiada siapa yang datang melawat
awak?”Eun Jun duduk di kerusi berhampiran katil Henney. Lelaki kacak itu hanya
menggeleng, wajah itu cuba untuk tersenyum tetapi jelas kelihatan rautnya yang
terganggu.
“Ok la tu kan, awak boleh berehat
tanpa ada orang ganggu.”Eun Jun kini menumbuk perlahan lengan Henney untuk
bergurau dengannya. Kedengaran benar ketawa yang dibuat-buat lahir dari
bibirnya. Dia tahu cerita sebenar tentang Henney, segalanya Dynaz telah
ceritakan kepadanya. Sememangnya dia tidak menyangka Henney sanggup
mengkhianati persahabatanya tetapi apa yang penting lelaki dihadapannya ini
sudah insaf.
“Saya tengok ada pengawal yang jaga
wad awak kat luar sana” Eun Jun kini mengambil bakul buahan yang dibawanya dan
dia membukanya.
“Ya, kadang-kadang polis.”Henney
hanya memerhati tindak-tanduk Eun Jun. Sudah berhari-hari dia dimasukkan dalam
wad, dan tidak ada sesiapapun yang datang melawatnya, perempuan di hadapannya
itu adalah pelawat pertamanya.
“Woah! popular juga awak ni, siap ada pengawal dan polis bagai.”Eun Jun
berseloroh ketika dia membawa beberapa biji buah-buahan ke sinki di sudut wad
tersebut.
Henney terdiam,
senyumannya hilang. Ketika ini dia termenung jauh..jika tidak kerana Dennis
yang membawanya ke hospital dan memberi segala kawalan keselamatan untuknya di
sini, sudah tentu dia tidak bernyawa lagi sehingga hari ini.
Seharusnya Dennis
menghukumnya dengan meninggalkannya mati di tempat tersebut. Tetapi lelaki itu
menyelamatkannya…
“Jauh termenung, nah ambil ni..makan
sikit.”tiba-tiba suara Eun Jun memecah keheningan ingatan Henney. Wanita itu
kini sudah menguyah sepotong buah epal di mulutnya.
“Awak ingat tak first time kita jumpa dulu saya pernah tuduh awak sebagai seorang
kawan yang ingin mengambil kesempatan terhadap Dynaz?”tiba-tiba sahaja soalan
itu terpancul dari bibir Henney membuatkan Eun Jun terhenti kunyahannya.
Eun Jun melihat
Henney dia mengangguk sekali teragak-agak, mengiyakan soalan yang ditanya
lelaki tersebut.
Henney kini
terdiam, wajahnya muram dan dia hilang dalam memorinya sendiri.
“Saya dah tahu
segala-galanya..tentang awak..”Eun Jun yang duduk di kerusi berhampiran katil
Henney merapatkan tubuhnya dengan katil Henney, dia merehatkan kedua-dua
tangannya di atas tilam lelaki tersebut.
Henney tersentak
dengan kenyataan Eun Jun dia melihat wanita yang menunduk di sisinya itu.
“Tapi awak memang gila kencang la
waktu first time kita jumpa tu, siap
tuduh saya yang bukan-bukan..tapi yang sebenarnya awak yang mempunyai rancangan
mengambil kesempatan.hahaha”Ketika ini Eun Jun mendongak melihat Henney, dia
ketawa memikirkan kejadian lampau.
Melihat Eun Jun
yang ceria, Henney tersenyum.
“Chill
la, semua orang lakukan kesilapan dalam hidup ni..cuma yang bezanya dia mahu
kembali ke jalan yang betul ataupun tidak..”senyuman Eun Jun benar-benar ikhlas
membuat hati Henney tersentuh.
“Awak rasa..saya boleh
dimaafkan?”rendah suara Henney, wajahnya kelihatan keruh. Eun Jun melihat wajah
sempurna Henney yang dicemari raut kedukaan itu, dia menarik nafas dalam.
“Dynaz maafkan awak, in fact kedatangan saya hari ini adalah
dari permintaan dia.”Eun Jun bersuara tenang dan dia mengangguk sekali
mengiyakan kata-katanya apabila melihat wajah Henney yang terkejut dalam
ketidakpercayaan.
“Where’s Dynaz now? Did something bad happened to her? Hopefully that she’s ok, is she okay?” bertubi-tubi soalan yang
keluar dari bibir Henney, wajahnya betul-betul cemas.
Eun Jun kini
bangun dari duduknya, cepat dia memegang Henney yang sudah berkira untuk bangun
menuruni katilnya.
“Dia okay, don’t worry.”Eun Jun memegang
lengan Henney untuk menenangkan lelaki itu. Henney terdiam,dia menarik nafas
dalam, sudah lama dia tidak melihat wajah indah itu. Dia betul-betul risau
tentang keadaan wanita itu.
“See at the time you felt that there is no
one else thinking about you..actually you are wrong..there is someone who
really cares bout you.” Lembut Eun Jun bersuara sambil merenung dalam ke
wajah Henney. Kata-kata Eun Jun benar-benar menyentuh jauh ke dalam hati Henney
dan ketika ini tanpa disedarinya kelopak matanya bergenangan dengan mutiara
kejernihan. Setitis air matanya berjaya menuruni ke pipinya.
Dalam keadaan
teragak Eun Jun mengesat air mata di wajah Henney, di bibirnya terlukis segaris
senyuman tawar. Ini adalah pertama kali dia melihat lelaki seperti Henney
menjatuhkan air mata, dia tidak tahu untuk bertindak bagaimana tetapi tangannya
hanya mengesat butiran jernih di wajah lelaki itu.
Langkah
Dennis diaturnya satu-persatu menaiki anak tangga batu kawasan berbukit itu.
Termasuk hari ini dia sudah hilang kiraan berapa kerap dia ke sini. Sebuah
rumah berkembar dua pintu yang terletak betul-betul di atas bukit tersebut
dilihatnya sepi.
Cuaca yang sejuk
bersalji seperti menikam-nikam ke tulang putihnya. Dia memasukkan kedua-dua
tangannya yang bersarung tangan jenis kulit itu ke dalam kot tebal berstail trench yang tersarung ditubuhnya, cuba
untuk mencari kehangatan di situ.
Ketika ini dia
berada di hadapan sebuah rumah yang sememangnya dikenalinya. Rumah tersebut
tidak berlampu menandakan ketiadaan tuan rumah. Dia duduk di sebuah kerusi
panjang yang tersedia di hadapan rumah tersebut. Pandangannya terus melihat
suasana keadaan malam dari atas kawasan bukit tersebut.
Jiwanya kosong,
tubuhnya lemah ketika ini apabila memikirkan ujian, dugaan dan cabaran yang
ditempuhinya sejak dia kehilangan seorang insan yang amat disayanginya itu.
Dia ditinggalkan
Dynaz..dan sekarang dia dikhianati sahabatnya sendiri. Henney..
Selama ini lelaki
itu hanya berpura-pura menjadi sahabatnya, kerana lelaki itu punya agenda yang
sememangnya tidak terduga olehnya.
Sakit..pedih..dan
siksa sekali perasaannya apabila dikecewakan dan dikhianati sebegini rupa.
Ketika ini barulah dia sedar, betapa pedih dan siksanya perasaan yang harus
ditelan Dynaz sepanjang kehidupannya selama ini. Wanita itu kerap kali
dikhianati, dikecewa dan diperbodohkan oleh dirinya.
Maafkan abang
Naz..I’m so sorry..
“It’s really rare to find a young price wasting his time in this kind of vicinity.” Tiba-tiba kedengaran suara dingin memecahkan keheningan malam di kawasan itu. Dennis berpaling ke belakang bagi melihat siapakah yang bersuara menegurnya.
Ketika ini
wajahnya bertukar serius, dia kenal akan lelaki yang kini berdiri tidak jauh
darinya itu.
“Seung Hyun.” Nada Dennis
dingin, pandangannya tajam melihat lelaki di hadapannya. Yong Jun mengatur
tapak kakinya melangkah ke hadapan. Senyuman di bibirnya sinis, pandangannya
membalas renungan Dennis.
“You still have a gut to appear before me, I’m surprised.”terselit
nada sindiran di situ, Dennis hanya berdiri tegap melihat ke arah Yong Jun yang
semakin menghampiri dirinya.
“I have something planned for you tonight.”Yong Jun kini berada berhadapan
Dennis, gayanya bersahaja dengan kedua-dua tangannya berada dalam poket
seluarnya.
“Ah..really?Then, humor me.”Dennis tersenyum manis melihat Yong Jun.
Dari pandangan
Yong Jun senyuman itu seolah-olah ingin memperkecil dirinya. Dia merenung tajam
ke arah Dennis.
“Where is the fun if I told you about that.”Yong Jun bersuara
serius.Pandangannya kosong melihat ke Dennis, dan sungguh sukar bagi Dennis
mentafsirkannya.
“..but
I can sure you, that you’ll be dead by tonight.” sepucuk pistol dikeluarkan Yong Jun dan kini ia tepat
diarahkan ke tubuh Dennis.
Pn.
Chae Rin duduk di sebuah kerusi di ruang tamu yang besar dan indah itu. Dia
keseorangan. Suaminya seperti biasa, berkurung di dalam bilik seperti langsung
tidak mengendahkan hal dunia. Sejak suaminya keluar dari wad beberapa hari yang
lalu, suaminya kerap menyendiri dan masanya habis dengan hanya termenung
seorang diri. Dia tahu semuanya kerana pergolakkan KCO yang membuatkan lelaki
itu berubah sedemikian rupa.
Pn.Chae Rin
menarik nafas dalam dan menghembus ke udara. Di saat umurnya yang semakin
menginjak tua ini, dia ditinggalkan keseorangan seperti ini. Dia berasa sepi,
sunyi apabila anaknya sendiri, Dennis langsung tidak pernah menjenguk dirinya.
Malah untuk bertanya khabar juga tidak pernah sejak peristiwa yang berlaku
beberapa bulan yang lalu.
I’m the one who created this madness, it should be me
yang dihina dan dicerca, bukan Dynaz..not her.
Suara Dennis yang
penuh kesiksaan masih segar difikirannya.Ketika ini jiwa ibunya meruntun pilu,
dia teringatkan Dynaz, menantu yang telah dibuang dan dihina olehnya. Dia
benar-benar menyesali dengan keterlanjurannya, apa yang dilakukannya terhadap
Dynaz sungguh melampau sehinggakan dirinya sendiri tidak mampu untuk memaafkan
kesalahannya itu.
Pn.Chae Rin
diserang perasaan bersalah yang tidak terhingga sehinggakan tubuh badannya
menjadi lesu dan tidak berdaya. Sungguh ia merupakan satu tamparan yang begitu
kuat kepadanya apabila mengetahui anak lelakinya telah menyiksa teruk Dynaz
selama ini, dan dia dengan tidak berhati perutnya menambahkan lagi episod lara
dalam kehidupan wanita itu.
Naz..where are you? Please forgive me..
Pn.Chae Rin
merintih dalam hatinya dan ketika ini air matanya menitis setitis demi setitis
mencemari wajahnya yang bersih.
Dia tahu untuk
mencari Dynaz dia hanya punya satu cara, iaitu mencari tahu siapakah pemuda
yang menolong Dynaz ketika dia menyerang wanita itu. Dia telah melakukan
siasatan tentang pemuda itu dan hasil siasatannya menunjukkan bahawa pemuda
yang bernama Seung Hyun itu pernah bekerja di KCO dan dia jugalah salah satu
insan yang menyebabkan KCO berada dalam ambang kemusnahan kini.
Aku tak akan benarkan perempuan hina macam kau sentuh
perempuan ni..
Sebelum kau datang sini, kau perlu cermin diri kau dulu.
Apa hak seorang perampas ingin menghukum seorang yang diiniaya..
Tiba-tiba Pn.Chae
Rin teringatkan perbualan di antara dirinya bersama pemuda itu. Pemuda itu
memanggilnya sebagai perempuan perampas, segalanya tidak mungkin hanya secara
kebetulan. Pemuda itu bekerja di syarikatnya dan pandangan pemuda itu
seolah-olah dia mempunyai dendam yang tidak terlunas terhadapnya.
Jantung Pn.Chae
Rin kini berdegup pantas, hatinya dapat menerka sesuatu yang tidak baik ketika
ini.
Adakah Amir mempunyai hubungan sulit di belakangnya??
Pn.Chae
Rin mengatur langkah menaiki tangga tengah rumah agamnya itu. Dia harus
bersemuka dengan Amir sekarang ini. Dia harus mengetahui cerita sebenar dari
suaminya itu. Jika benar pemuda itu mempunyai agenda buruk, dia khuatir Dynaz
di dalam keadaan bahaya kerana orang yang terakhir bersama menantunya itu
adalah pemuda tersebut.
Langkah Pn.Chae
Rin terhenti di anak tangga ke empat, dia melihat suaminya keluar dari bilik library yang terletak berdekatan dengan
ruangan dapur rumah tersebut. Cepat dia menyembunyikan diri ketika suaminya
melangkah menuju ke tangga tengah rumah untuk menuju ke bilik tidur mereka.
Setelah bayang
suaminya hilang dari pandangannya, dia melihat bilik yang ditinggalkan suaminya
itu. Kebelakangan ini dia sering melihat suaminya memasuki bilik library tersebut. Ada suatu masa dia
cuba mengintai suaminya dalam bilik tersebut, dia melihat lelaki itu leka
membaca berhelai-helai surat dari sebuah kotak dan ketika itu tiada langsung
perasaan curiga menyinggah benaknya.
Tetapi kini dia
punya satu perasaan asing yang kuat mengatakan dia harus ke bilik tersebut dan
mencari tahu tentang isi kandungan surat-surat tersebut.
Tanpa membuang
masa Pn.Chae Rin mengatur langkah laju menuju ke arah bilik library tersebut.
Jantungnya berdegup kencang apabila
melihat sebuah kotak yang sudah pun berada kemas dalam genggamannya. Tidak
dapat dikawal olehnya, tangannya terketar-ketar ketika dia ingin membuka
penutup kotak tersebut. Hatinya cemas memikirkan rahsia yang tersimpan dalam
kotak tersebut.
Berhelai-helai
surat dipegangnya dan dibacanya ketika ini. Dunianya terasa pusing, dia tidak
dapat menerima kenyataan dan hakikat isi kandungan surat-surat tersebut.
Seperti jantungnya ingin meletup diakibatkan degupan yang terlalu pantas, dia
terduduk di sebuah kerusi di situ. Air matanya lebat keluar dari kelopak
matanya, sehelai demi sehelai surat di tangannya jatuh berterbangan ke lantai.
Tubuhnya lemah memikirkan kenyataan yang terhidang di hadapan matanya itu. Dia
menangis dan terus menangis teresak-esak di situ.
Sayang akan selalu menyayangi abang..
Sayang akan dengan setia menunggu abang di sini.
Di mana abang? Sudah lama kami tak bertemu dengan abang..
Abang sudah lupakan kami?
Kami di sini selalu mengharapkan abang untuk datang
menziarah, cukuplah walau sehari..
Air mata Pn.Chae
Rin lebat menuruni ke pipinya, ayat-ayat dari surat yang tidak berbalas itu bermain-main
di kotak fikirannya. Sekeping gambar kini berada kemas di genggamannya, dia
melihat seorang anak kecil tersenyum riang dalam sekeping gambar lama itu.
-Yong Jun- Our
Prince.
Pandangan Pn.Chae
Rin menjadi kabur diakibatkan air matanya yang tiada henti mencurah ke wajahnya
itu. Hatinya bagai diremuk oleh sesuatu yang berat, begitu sakit apabila
mengetahui kebenaran yang suaminya mempunyai hubungan sulit di belakangnya dan
hubungan itu telah menghasilkan seorang anak lelaki.
Yong Jun..Yong
Jun..
Ketika ini air
mata Pn.Chae Rin yang mengalir laju seakan-akan terhenti.Dari perasaan yang
dilanda beribu kesedihan dia kini diserang satu kejutan.
Yong Jun..Yong
Jun..
Dia cemas ketika
ini, jantungnya berdebar tidak terhingga.
Yong Jun..suara
Dynaz yang memanggil sepotong nama tersebut apabila wanita itu dipapah seorang
lelaki yang datang menyelamatkannya ketika dihina dan dicerca olehnya
bermain-main di ingatan Pn.Chae Rin.
Seung Hyun yang
bekerja di syarikat keluarganya itu adalah Yong Jun.
Debaran jantung
Pn Chae Rin semakin hebat melanda, dia diserbu perasaan cemas yang tidak
terhingga dan ketika ini dengan tiba-tiba seluruh rumah agam tersebut menjadi
gelap gelita.
Pn.Chae Rin
menjerit kekejutan.
Dynaz melihat kawasan yang meriah dan riuh rendah dengan kelibat orang yang memenuhi kawasan tersebut. Dia berjalan lambat, satu per satu langkah diaturnya cermat. Kawasan pasar malam itu semakin dihampirinya, di tangannya dia menjinjing sebakul bakul raga untuk membeli barangan keperluan mingguan rumahnya.
Entah mengapa malam
ini dia berasa tidak sedap hati, hatinya kerap berdebar dan dia tidak dapat
untuk menenangkan perasaannya.
Termasuk hari ini
sudah tiga hari Yong Jun tidak pulang ke rumah. Kali terakhir dia melihat Yong
Jun adalah pada malam tersebut, malam di mana Yong Jun benar-benar berkelakuan
pelik.
Naz, saya janji dengan awak..yang saya akan lepaskan awak.dan
saatnya sudah semakin tiba..
Kata-kata Yong
Jun pada hari tersebut kembali bermain dalam kotak fikirannya. Dynaz rungsing,
tumpuannya hilang ketika ini.
“Dynaz?”tiba-tiba satu suara yang
begitu dikenali Dynaz menerjah ke pendengarannya. Hilang segala ingatannya pada
Yong Jun, pada pristiwa yang berlaku beberapa hari yang lepas, dan juga pada
perasaan rungsing dan tidak tenangnya.
Tubuhnya kini
kaku, pandangannya tertumpu pada seseorang yang kini berdiri tidak jauh
berhadapan dengannya.
Kedua-dua mata
mereka bertentangan. Seolah-olah waktu di sekeliling mereka terhenti, hanya
pandangan bertaut membicarakan perasaan mereka ketika ini.
“Abang.Hariz.”rendah suara Dynaz
menuturkan sepotong nama insan yang berada di hadapannya itu. Wajah lelaki itu
kelihatan terganggu dalam kecamukan perasaannya. Sesungguhnya Dynaz pernah
melihat raut wajah itu, raut wajah yang menyatakan betapa lelaki itu prihatin
terhadapnya, betapa lelaki itu tersiksa kerananya dan betapa lelaki itu
menyanyangi dirinya.
Benar.. raut wajah
itulah yang dahulunya sering dirindui Dynaz..
Perasaan Hariz ketika ini sukar untuk digambarkannya, di hadapannya Dynaz berdiri melihat ke arahnya. Dynaz..wanita yang selama ini dicarinya, yang dirisaunya dan yang sering berada dalam ingatannya. Wanita yang mampu mengucar-kacirkan ketenangan hidupnya. Sungguh dia sudah hampir menyerah kalah untuk mencari wanita itu tetapi takdir pada malam ini menukar segala-galanya. Betapa dia rungsing memikirkan keadaan wanita itu, betapa dia teringin untuk bertemu semula dengan wanita itu dan betapa dia merindui wajah itu.
Dia mahu ketika
ini mengatur langkah pantas menuju ke arah Dynaz dan memeluk erat tubuh kecil
itu, dia mahu untuk menuturkan segala perasaannya kepada wanita itu dan dia
mahu membawa pergi wanita itu jauh dari dunia ini, membawa ke dunia yang hanya
dia dan wanita itu wujud di dalamnya.
That’s it, I really meant it.
Langkahnya diatur
melangkah ke arah Dynaz, satu-satunya wanita yang berada dalam fikirannya
ketika ini.
Melihat Hariz
mengatur langkah membuatkan Dynaz cepat melangkah ke belakang, dia tidak tahu
mengapa tubuhnya bertindak sedemikian, dia memegang erat kandungannya.
Ketika ini
langkah Hariz terhenti, wajahnya terkejut dan sungguh dia terkaku melihat
keadaan Dynaz. Wanita itu sarat mengandung, perutnya yang besar begitu
terserlah pada dress yang dipakainya.
Satu perasaan yang begitu sukar untuk ditafsirnya, tetapi hatinya berasa pedih
dan remuk. Pada saat ini dia kembali pada realiti kehidupan, di antara dia dan
Dynaz hanyalah sebuah kenangan sebuah memori yang telah disia-siakan olehnya
sendiri.
“Naz.Dennis tahu.akan in-”
“Dia tak perlu tahu apa-apa.”Dynaz
bersuara terlebih dahulu tanpa sempat Hariz menghabiskan ayatnya. Hariz melihat
Dynaz, wanita itu kerap kali melarikan pandangannya dari terus melihat ke
arahnya.
“Naz, dalam keadaan begini..Naz
perlu dijaga dengan baik,”begitu banyak persoalan yang ingin dirungkaikan
Hariz, seperti ke mana Dynaz menghilang selama ini? Dengan siapa Dynaz tinggal
selama ini? Sihatkah Dynaz selama ini? Tahukah Dynaz tentang perkara yang terjadi
pada keluarga mentuanya? Begitu banyak...sehinggakan dia tidak tahu untuk
memulakannya.
“I
have someone to take care of me.”Dynaz cuba untuk bersikap tenang,
pandangannya dikuatkan melihat kosong ke arah lelaki itu. Sesungguhnya hanya
tuhan saja yang tahu betapa ketika ini perasaannya berperang untuk pergi dan
memeluk tubuh tegap di hadapannya itu.
Perasaan apakah ini? Kenapa aku dilanda gelora perasaan
yang tidak menentu ini?
“Naz sihat, kalau itu yang abang nak
tanya..dan Naz bahagia dengan
kehidupan Naz sekarang ini.”Dynaz menelan liur membasahkan tekaknya dan dia
cuba untuk mencari kekuatan bagi menunjukkan keadaannya yang stabil ketika ini.
Tetapi segalanya
bercanggah pada pandangan Hariz. Dynaz yang dilihat oleh Hariz ketika ini
adalah Dynaz yang dilanda kesengsaraan. Wajahnya cengkung, tubuhnya kurus hanya
bahagian perutnya sahaja yang membesar mengisi benih dari hasil perkahwinannya.
“Naz, abang tahu yang abang telah banyak
melakukan kesalahan pada Naz, segala derita yang Naz rasai adalah berpunca dari
kesalahan abang. Sehingga akhir hayat abang juga abang tak mampu untuk
melupakan kesalahan abang ini. Maafkan abang..”nada Hariz begitu dalam, ada
getaran pada suara lelaki tampan itu. Wajahnya yang putih bersih dilanda
mendung menanggung badai perasaannya ketika ini.
Dynaz hanya
melihat pada wajah yang dahulu sering dipujanya, dia tahu lelaki di hadapanya
itu ikhlas menuturkan kata-katanya tetapi bagi Dynaz ia merupakan satu perkara
yang sukar untuk memaafkan lelaki tersebut.
Memaafkan Hariz
bererti melepaskan lelaki itu pergi..dan sesungguhnya hatinya enggan untuk
membiarkan perkara itu berlaku.
“Ya, Naz mengaku banyak penderitaan
Naz berpunca dari abang,segala yang berlaku adalah kerana abang mengkhianati
perhubungan kita. Abang fikir ia senang buat Naz? Maafkan abang?”hampir sahaja
Dynaz ingin menitiskan air matanya,
tetapi cepat dia menyeka butiran tersebut dari menodai pipinya yang mulus. Dia
berperang hebat dengan emosinya ketika ini.
“I
want to make it right, tell me what should I do to please you?”Hariz
berdiri tegak, wajahnya tersiksa menahan perasaan bersalahnya.
“Leave
me, and never come back.”seperti tikaman terus ke jantungnya sendiri, Dynaz
tidak tersangka kata-kata itu terkeluar dari bibirnya.
Hariz yang berdiri
tegak terkaku dalam kebisuan, hatinya seperti dihiris sembilu tetapi wajahnya
cuba untuk dikawalnya supaya tidak kelihatan kesakitannya. Dia mengumpul segala
kekuatannya ketika ini.
“Abang
akan pulang ke Malaysia hujung minggu ini. This
is my last visit here and I will never come back.This is I promise you.”
Ketika ini air
mata yang ditahan Dynaz mengalir membasahi pipinya. Dynaz sakit memikirkan hati
dan perasaannya sendiri. Satu ketika dia membenci lelaki di hadapannya itu dan
satu ketika dia begitu merindui dan menyanyangi lelaki tersebut. Benar, Hariz
merupakan seorang insan yang begitu istimewa dalam hidupnya. Kekasih hatinya
yang pertama yang telah dianggapnya sebagai jantung kehidupannya suatu ketika
dahulu..dan untuk membuang segala memori dan kenangan bersama Hariz adalah
begitu mustahil baginya.
Hati Dynaz
diserang kesedihan apabila memikirkan hanya dia sahaja yang akan ditinggalkan
di sini. Tiada sesiapa lagi dari memori silamnya yang akan berada di sini.
Fasha..wanita itu sudah lama pergi dan kini Hariz..
Semuanya akan
pergi meninggalkan dirinya.
“Kau tak akan selamanya bahagia di sini..”murung dan kelihatan lesu sekali wajah cantik Fasha di pandangannya.
“Itu aku tak pasti, tapi apa yang
pasti..now I’m happy to see you like this.Aku
bahagia.”begitu tajam dan sinis kata-kata yang lahir dari bibir Dynaz. Dia
tersenyum puas melihat kemurungan Fasha selepas keguguran anak pertamanya
bersama Hariz. Wanita itu hanya menyendiri dan seringkali meracau-racau
memanggil anaknya yang telah tiada itu.
“Aku
datang nak pulangkan kembali tangkal nasib yang pernah kau bagi pada aku.”Dynaz
meletakkan tangkal bewarna merah yang pernah diberikan Fasha kepadanya suatu
ketika dahulu.
Fasha pula
seperti orang yang hilang ingatannya mengambil tangkal tersebut dan
membelek-belek seakan anak kecil yang mendapat mainan baru.
“Tangkal mengubah nasib, maybe benda ni boleh mengubah nasib kau
yang menyedihkan ni.” Dynaz mengaku apa yang dituturnya adalah kejam tetapi dia
berasa puas dan senang melihat penderitaan wanita di hadapannya itu. Senyuman
Dynaz terhias pada bibirnya. Ayat yang dituturnya sinis sekali membuatkan Fasha
memandang terus ke wajahnya.
Tiba-tiba
senyuman Dynaz hilang, Fasha yang dilihat di hadapannya kini bukanlah Fasha
yang dahulu yang sering mencabar kewarasannya.
Fasha di
hadapannya kini seolah-olah wanita yang tidak mengerti apa-apa, wajahnya polos
tiada secalit make-up, pandangannya
redup menghasilkan satu perasaan asing dalam diri Dynaz.
“Segalanya adalah satu
kesilapan..kesalahan..aku jahat, aku jahat..aku mengaku aku salah..abang dah
tak cintakan aku lagi,”nada penuh dengan penderitaan, air mata Fasha jatuh
berguguran pada wajahnya. Dynaz terkaku dengan apa yang berlaku di hadapannya
itu. Tidak pernah seumur hidupnya dia akan menyangka takdir Fasha akan menjadi
sebegini. Karma sudah mengena, tetapi dia tidak menyangka begitu teruk sekali
hukuman yang harus ditelan Fasha.
“Aku nak pulang..i want to go back..bila semuanya musnah, at least kita masih punya keluarga yang sangat menyanyangi kita,
kan?”seperti hilang kewarasan Fasha memegang erat kedua-dua tangan Dynaz
meminta Dynaz mengiyakan soalannya. Dynaz tidak terdaya untuk menolak wanita
itu, dia terkaku di situ.
“home
sweet home..I want to go back, mak..abah..”Fasha melepaskan tangan Dynaz
dan dia kini tersenyum seorang diri sambil memeluk sebuah bantal dan
berkata-kata dengan nada yang rendah pada dirinya.
Dynaz mengatur
nafasnya, perasaannya kacau ketika ini.
Jika dia
selamatkan Fasha pada hari tersebut tentu wanita itu tidak akan menjadi sebegini.
Dia hanya perlu menghulurkan tangan buat wanita itu tetapi dia memilih untuk
tidak melakukannya.
Dia melihat Fasha
dengan perasaannya yang berperang hebat ketika ini.
Aku nak pulang..i want to go back..bila semuanya musnah,
at least kita masih punya keluarga yang sangat menyanyangi kita..
“I should go back too..”satu per satu titisan air mata Dynaz melimpahi dari tubir matanya. Terketar-ketar tutur katanya menahan gelora badai perasaannya.
“Sekurang-kurangnya.Naz.ada ibu ada
ayah.ada Limah ada Yusri..”ketika ini tubuh Dynaz tidak kuat lagi, dia terduduk
di jalan kawasan pasar tersebut. Tangisannya lebat memikirkan hukuman yang
diterimanya di atas kesalahan yang dilakukannya.
Dia dibenci dan
dihina mamanya dan juga dipermain dan dikhianati Dennis.
Adakah ini harga yang perlu dibayarnya di atas
kesalahannya membenarkan rasa dendam menguasai jiwanya?
Tangisan Dynaz
sungguh menyayat hati membuatkan Hariz melangkah menghampiri wanita tersebut.
Tubuh kecil Dynaz
dipeluknya erat, cuba untuk menenangkan perasaan wanita itu. Dia tahu Dynaz
menanggung begitu banyak kesengsaraan.
“Bawa Naz pulang, bring me back home..”tersesak-esak Dynaz
bersuara dalam pelukan erat Hariz.
“I
will Naz, I will.”Wajah Hariz menahan perasaannya, hatinya begitu tersentuh
melihat Dynaz ketika ini. Begitu sakit, begitu pedih dan sangat sengsara
melihat keadaan wanita ini sepertimana perasaannya ketika melihat isterinya
sendiri yang semakin hari semakin jauh meninggalkan dirinya.
Fasha kini tidak
lagi mengenalinya malahan tahap kesihatan mental wanita itu semakin hari
semakin teruk. Hariz mengaku tiap kali dia memikirkan perkara ini dia akan
sering berakhir dengan menyalahkan dirinya sendiri.
Inilah hukuman
buatnya, pada akhirnya dia perlu menjadi seorang saksi terhadap segala
kesengsaraan yang wujud disebabkan kesalahannya. Pertama dengan mengkhianati
Dynaz dan kedua dengan melukakan Fasha.
Akhirnya dia
bukanlah siapa-siapa..cuma seorang insan yang membawa kisah pedih dan duka bagi
kedua-dua wanita yang sangat disayanginya itu.
Tiba-tiba
telefon Hariz berdering, dia melihat pada skrin besar telefon tersebut.
Dakapannya pada tubuh Dynaz direnggangkan, nama En.Amir terpampang pada skrin
telefonnya.
“Hello-”
“Hariz,
something happened at my house..please I
need your help,”suara En.Amir seakan berbisik tetapi jelas kedengaran
nadanya yang cemas.
“En.Amir
I-”
“Please Hariz, I’ve called Dennis but he
didn’t answer his phone.” Suara En.Amir kini kegelisahan, jelas kedengaran
deru nafasnya yang tidak teratur menunjukkan keadaannya yang cemas dan
ketakutan.
Dynaz mendengar
nama papanya disebut Hariz, perasaannya diserang keresahan. Dia melihat tepat
pada raut wajah Hariz yang kini bertukar serius.
“En.Amir, bawa bertenang. I will rush to your house but right now the best way is to call the
police and inform them about your
situation.”Hariz bangun, wajahnya terpampang raut keresahan apabila dia
dapat mendengar satu bunyi hentakan yang kuat dalam talian tersebut. Dia merasakan
sesuatu yang tidak baik mungkin berlaku di rumah En.Amir ketika ini.
“There is someone here..I can’t see, please I
need-”tiba-tiba talian telefon seperti terganggu. Hariz memanggil En.Amir
tetapi tiada sahutan, dan ketika ini talian tersebut terputus.
“Apa
yang berlaku? Papa yang telefon kan? Papa ok?”suara Dynaz cemas, dia memegang tubuh
Hariz meminta jawapan. Wajah Hariz tidak melihat pada Dynaz tetapi wajah itu
serius dan terganggu.
“I should rush to your papa’s house.”ketika
ini pandangan Hariz tepat pada Dynaz membuatkan Dynaz diserang kegelisahan, dia
dapat merasakan sesuatu sedang menimpa papanya.
“Come, abang hantar Naz dulu. Then I will straight away to En.Amir’s
house.”kelihatan tergesa-gesa Hariz memegang lengan Dynaz dan mengatur
langkahnya kini.
“It’s okay, Naz boleh balik sendiri.
Abang pergi rumah papa.”Dynaz berdiri tegak, enggan mengatur langkahnya. Hariz
melihat dalam pada wajah Dynaz, dia tidak akan meninggalkan wanita itu, tidak
setelah begitu lama dia tersiksa mencari wanita tersebut.
“Please..abang perlu pergi, papa really needs your help”Dynaz
bersuara penuh kesungguhan, raut wajahnya kegelisahan dan dilanda mendung
keresahan.
Hariz berperang
kini diantara kata hatinya untuk terus bersama Dynaz atau mengikut kata-kata
wanita tersebut.
“Ini
bukan masa yang sesuai untuk Naz tunjukkan diri pada mereka, please abang..”wajah Dynaz keruh
menzahirkan badai perasaannya.
“Ini
permintaan Naz pada abang, please..for me.”terdapat
setitis butiran mutiara menuruni lekuk pipi Dynaz membuatkan batin Hariz
tersiksa buat sekian kalinya.
Dengan perlahan
Hariz melepaskan lengan Dynaz, betapa hatinya sakit melakukannya tetapi lagi
pedih dan tersiksa melihat keadaan Dynaz ketika ini.
Dia melangkah pergi
meninggalkan Dynaz yang kini tenggelam dalam badai perasaannya.
Dynaz
berlari menggunakan segala kudratnya yang masih ada. Keadaannya yang berbadan
dua menghadkan tenaga dan langkahnya tetapi dia harus cepat untuk sampai ke
rumah tersebut. Rumah yang didiaminya selama beberapa bulan ini bersama seorang
insan yang begitu bermakna dalam hidupnya…seorang insan yang begitu banyak
membantunya.
Degup jantungnya
pantas, terasa nyawanya seperti hampir tercabut dari tubuhnya. Ternyata
kudratnya semakin lemah, tetapi harus digagahinya juga. Ketika ini dia memasuki
pintu rumah tersebut.
“Yong
Jun, Yong Jun.” Dalam keadaan tercungap-cungap, suaranya kuat memanggil
sepotong nama tersebut. Naik turun dadanya mengatur nafas yang semakin
mendesak. Rumah kecil itu sunyi..sepi..
Dynaz mengatur
langkahnya pantas ke bilik Yong Jun, hatinya berdebar kuat. Tangannya ligat mengeledah
bilik tersebut mencari-cari sesuatu yang hanya dia sahaja yang tahu.
Please..Yong Jun jangan lakukannya..awak dah berjanji
pada saya..
Hati Dynaz
diserang kegelisahan apabila melihat satu bekas yang tertutup rapat di bawah
katil Yong Jun. Dia tahu akan isi bekas tersebut, dan cepat dia membuka bekas
tersebut.
Ketika ini
jantungnya seperti direntap sesuatu, hancur luluh perasaannya apabila melihat
bekas tersebut sudah kosong. Bekas yang berisi senjata tersebut telah kosong
dan dia tahu apakah makna semua ini.
Kenapa Yong Jun? Why? We are supposed to live in happy
life..both of us..hidup yang baru..jauh dari mereka..tetapi..kenapa awak
memilih untuk meneruskan dendam ini..kenapa?
Perasaan Dynaz
diruntun kesedihan, hatinya seperti ditusuk sembilu pedih dan sedih memikirkan
tindakan Yong Jun.
Dia terduduk di
lantai menangis memikirkan liku kehidupan yang diharuginya ini. Tersedu-sedu
tanggisannya, begitu tersiksa sekali.
Dia tahu ketika
ini sesuatu telah berlaku pada mama dan papanya, sungguh dia tidak mampu untuk
melakukan apa-apa selain dari menangis dan terus menangis.
Dynaz..
Tiba-tiba suara
yang begitu dikenalinya memanggil lembut sepotong namanya.
“Abang?”dalam
esakan tangisannya dia menoleh ke arah suara tersebut tetapi tiada gerangan
insan yang dirinduinya itu. Tangisannya kini terhenti, hanya sendunya yang
kedengaran masih tersisa. Riak wajahnya berubah ketika ini.
Di saat dirinya jatuh
dan merasakan segalanya sudah berakhir, suara itu menerpa memanggil lembut
namanya seolah-olah meniup satu semangat yang harus digenggamnya.
Dennis…
Nama lelaki
tersebut disebutnya sekali, dan kini dadanya berombak dan berdebar hebat.
Dia mencapai
telefon bimbitnya, dengan cepat dia mendail nombor yang sudah berada kemas
dalam kotak fikirannya itu.
Dennis
terjaga dari pengsan apabila telefonya berdering. Dia terikat pada sebuah
kerusi, pandangannya samar dalam sebuah bilik yang gelap dan cuma disinari
cahaya lampu dari luar bilik itu. Kepalanya terasa berat dan pening, dia
benar-benar tidak tahu apa yang telah terjadi kepada dirinya.
Telefonnya masih
berdering, dia sedar dan dengan cepat dia meronta-ronta tangannya yang terikat
kemas. Dia berjaya mengeluarkan sebelah tangannya dan segera menjawab telefonnya.
“Dennis!”suara itu cemas sekali,
suara wanita yang amat dikenalinya. Sungguh amat dirinduinya.
“Dynaz..”suara Dennis
tenggelam-timbul, jiwanya bergetar dan sungguh dia tidak dapat mengawal
perasaannya ketika ini. Biarlah apa yang terjadi sekarang ini, yang penting dia
hanya mahu mendegar suara itu, mendengarnya untuk selama-lamanya.
Dynaz ketika ini
mengumpul segala semangatnya yang masih berbaki dalam dirinya. Suara Dennis yang
menyebut namanya benar-benar meruntun hati dan sanubarinya. Tetapi dia harus
buang semua perasaan itu jauh kerana dia perlu memberi perhatian pada situasi
genting sekarang ini.
“Dengar sini, abang dalam bahaya
sekarang, you have to-”
“I
miss you, really Naz”percakapan Dynaz dipotong Dennis, dia tahu akan
hakikat keadaannya sekarang ini, dan dia tidak pedulikan itu semua yang penting
dia dapat meluahkan segala perasaan yang ditanggungnya ketika ini.
Kata-kata Dennis
menyusup masuk ke hati Dynaz dan ketika ini air matanya mula bergenangan di
tubir matanya.
“I
know my situation now, it’s beyond help..”
“No!
Don’t you dare to say that word to me!”
“Naz, whatever happen to me this night, if im not-”
“No,
stop. Naz akan letak telefon, abang please
call the police, or tell me where you are now..”
“Naz, please don’t hung up on me, I don’t care what will happen to me, I-”
“I
care! I care Dennis” ketika ini sendu Dynaz tidak dapat dibendung lagi.
Dennis memejam
matanya mendengar sendu dan kata-kata prihatin dari Dynaz. Begitu indah menyusup dalam ke jantung hatinya.
“Naz,sincere from my heart I’m truly sorry for everything wrongs I’ve caused
or done to you..”
Dynaz hanya mampu
menangis ketika ini. Kata-kata Dennis indah sekali.
“Listen
here, I just want you to know, ini adalah kebenarannya yang abang
sangat-sangat mencintai Naz”
Tika ini talian
terputus di antara mereka. Dynaz hanya mampu mengalirkan air matanya, dia
terduduk di situ menahan sendu dan menanggung perasaannya yang tidak dapat
dibendung lagi itu. Dia rindu, hatinya rawan memikirkan insan yang semakin hari
semakin meresap ke dalam jiwanya itu.
Dennis
memandang tajam seorang lelaki yang dikenalinya itu. Yong Jun ketika ini
melempar jauh telefon Dennis sehingga pecah musnah. Sepucuk pistol dalam
gengaman tangannya membuat Dennis tidak mampu untuk melakukan apa-apa dia hanya
duduk di atas kerusi.
“Kau nak apa hah?!”Dennis bersuara
kasar, pandangannya tajam menikam terus pada pandangan Yong Jun yang dingin.
Dia tahu lelaki inilah salah satu insan yang bertanggungjawab terhadap krisis
yang melanda KCO.
Yong Jun terus
bergerak menghampiri Dennis, wajahnya serius membuka ikatan pada kaki Dennis.
“Aku nak hapukan kau dan family kau.”dingin tiada bernada, bicara
Yong Jun kendengaran kejam sekali. Dennis hanya melihat wajah Yong Jun yang
serius membuka ikatan pada kakinya.
Wajahnya tiada riak, pandangan matanya dingin mampu menusuk
terus menikam ke jantung setiap mata yang memandangnya. Siapakah lelaki ini?
Mengapa dia begitu nekad untuk menghapuskan aku dan keluarga aku?
Ikatan pada kaki
dan tangan Dennis terlerai kini, Yong Jun bangun dan berdiri di hadapan Dennis.
Sepucuk pistol berada kemas dalam genggamannya.
“You and your family owed me one thing and I
intended to take it this night.”pandangan
Yong Jun tepat pada sepasang mata sempurna milik Dennis. Pistol yang berada
dalam tangannya diangkat dan dihalakan tepat pada tubuh Dennis yang kini
berdiri beberapa inci berhadapan dengannya.
Dynaz
duduk berteleku di lantai rumah memikirkan perasaannya yang berkecamuk ketika
ini. Segalanya sukar untuk dia rungkaikan..soal hati, soal jiwa begitu
memeritkan.
Naz,sincere from my heart I’m truly sorry for
everything wrongs I’ve caused or done to you..
Listen here, I just want you to know, ini adalah
kebenarannya yang abang sangat-sangat mencintai Naz”
Air mata Dynaz
berjuraian seperti sungai yang tiada batasnya. Kata-kata itu begitu indah, begitu
ikhlas membuatkan dia dihimpit perasaan yang begitu menyiksakan.
Apa yang harus aku lakukan? Tuhan bantulah aku..tunjukkan
aku jalan untuk mengharungi ujian ini..
Tiba-tiba Dynaz
teringatkan sesuatu, dia punya satu jalan. Hanya satu jalan sahaja yang mampu dia
fikirkan ketika ini.
Ya! Dia harus
pergi mencari Yong Jun!
Jika dia dapat
mencari lelaki tersebut, sudah tentu dia dapat menyelamatkan mereka semua.
Bukan sahaja dia dapat menyelamatkan mama, papa, Dennis, tetapi juga Yong Jun.
Jantungnya kini berdebar
kuat, Dynaz cepat bangun dari duduknya. Dia mengatur langkahnya pantas untuk
keluar dari bilik tersebut tetapi malangnya dalam keadaan tergesa-gesa itu
kakinya tersadung pada kayu yang menjadi penghadang pintu tersebut dan dia
terjatuh di situ. Kepalanya terhantuk kuat pada lantai dan sakitnya begitu
perit sekali. Cairan hangat merah mula menitis dari dahinya.
Dalam keadaan
yang masih berpinar-pinar, Dynaz bangun dari jatuhnya. Kandungannya terasa
begitu sakit sekali, dia memegang erat kandungannya itu.
Please..honey, be strong for mama.
Ketika ini dia
mengangkat kepalanya, pandangannya tepat menjurus pada satu sudut rumah
tersebut. Hatinya tersentak, dia sudah dapat jawapannya. Jawapannya berada
tepat di hadapan matanya.
Tanpa
mempedulikan luka yang mengalirkan cairan pekat darah pada dahinya itu, dia
bergegas ke sudut tempat letak sebuah meja yang sebelum ini terdapat sebuah
bekas porcelain di atasnya. Meja
tersebut kini kosong, bekas porcelain
yang terdapat abu kepunyaan ibu Yong Jun di dalamnya sudah tiada. Dalam fikiran
Dynaz kini dia tahu, sungguh dia tahu di mana Yong Jun berada sekarang ini.
Hariz
memandu keretanya laju membelah kelam malam. Dia nekad untuk ke rumah seorang
insan yang dalam fikirannya sudah pasti mengetahui segala-galanya tentang
perkara ini.
Fikirannya kini
hanyut memikirkan pelbagai kemungkinan yang tidak baik terjadi kepada En.Amir
dan Pn.Chae Rin. Sebentar tadi dia berada di rumah En.Amir, kawasan rumah tersebut
gelap-gelita dan yang menambah keresahannya ialah apabila dia melihat sepasukan
polis yang berkumpul penuh di hadapan rumah tersebut. Dari perbualannya dengan
pegawai polis di situ dia diberitahu bahawa kebanyakkan pengawal rumah tersebut
telah ditewaskan oleh penceroboh rumah tersebut. Manakala En.Amir dan Pn.Chae
Rin pula hilang, mereka dipercayai diculik oleh penceroboh tersebut.
Panduan Hariz
laju selaju degup jantungnya kini, wajahnya serius memikirkan kata hatinya. Dalam
fikirannya hanya muncul satu nama. Nama seorang insan yang mampu melakukan semua
ini.
Seung Hyun..
Nama lelaki itu
bermain-main difikirannya, lelaki itu merupakan seorang gangster yang sangat terkenal di negara ini. Dia telah berjaya
membuat KCO berada di ambang kemusnahan dan apa yang berlaku pada En.Amir dan
Pn.Chae Rin sekarang ini hanya mampu dilakukan oleh seorang yang benar-benar
mempunyai kemahiran sahaja. Kemungkinan besar ini adalah angkara Seung Hyun!
Hariz memecut
keretanya laju menuju ke destinasi yang berada dalam fikirannya ketika ini.
Bunyi
deringan loceng yang tidak henti pada pintu rumah membuatkan Henney melangkah
pantas menghampiri pintu rumahnya. Dia membuka pintu tersebut dan ketika ini
wajahnya dihiasi raut kehairanan apabila melihat gerangan insan yang berada di
hadapannya kini.
“Hariz?”
“Where is Seung Hyun?”tanpa membuang masa
Hariz menyoal, nadanya tegas walaupun dia dapat mengawal tenang wajah dan
tubuhnya.
“I don’t have any idea-”
“You should.”kata-kata Hariz yang serius
membuatkan Henney terdiam ketika ini. Hatinya berdebar kuat, dia dapat
merasakan sesuatu yang tidak baik telah berlaku.
“Something..happened?”suara Henney
tersekat apabila dia cuba untuk mengawal perasaannya kini.
“Henney I think that I should go-”tiba-tiba
terdengar suara ceria seorang perempuan menghampiri mereka. Perempuan tersebut
tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana tercengang melihat ke arah tetamu
Henney pada malam itu.
“Hariz?” seperti tidak mempercayai
matanya, Eun Jun menyoal terkejut.
“Eun
Jun, you know this guy?”keresahan Henney ditambah dengan kekagetan apabila
dia menyoal Eun Jun.
“Dynaz
told me about him..”Eun Jun mengangguk, suaranya rendah dan melihat tepat
kepada Hariz.
“I
have something to tell both of you”Hariz tidak mahu memanjangkan lagi hal
yang tidak penting, dia ada perkara yang lebih mustahak yang perlu dia
selesaikan.
Jantung Eun Jun berdegup kencang
seiring langkah yang diaturnya. Hatinya resah, risau dan gundah memikirkan
perkara yang bermain dalam fikirannya. Dia telah berjanji dengan Dynaz untuk
melawat sahabatnya itu malam ini, tetapi dia terlewat kerana menziarahi Henney.
Sungguh dia tidak akan memaafkan dirinya jika sesuatu berlaku kepada sahabatnya
itu.
“Rumah
mereka di sini.” langkahnya pantas seolah-olah berlari, Eun Jun menunjukkan
jalan kepada Henney dan Hariz yang mengikutnya dari belakang. Kedua-dua lelaki
tersebut bergerak pantas mengikut rentak Eun Jun.
Dalam hati Hariz
dia berharap agar dia dapat bertemu Seung Hyun bersama Dynaz di rumah yang
dituju mereka itu, supaya dia boleh menolak jauh syak wasangkanya kepada Seung
Hyun.
“Tak..tidak
Seung Hyun tak akan buat perkara tersebut. Dia sudah berjanji dengan Dynaz.”
kenyataan yang lebih untuk mententeramkan hatinya sendiri, Eun Jun bersuara
sambil menggeleng kepalanya.
“Selama
ini dia menjaga Dynaz dengan begitu baik. Ketika Dynaz diserang, dicerca
mamanya sendiri..Seung Hyun yang mempertegak dan menyelamatkan Dynaz..tak
mungkin dia akan melukakan hati Dynaz..tak..”wajah Eun Jun dilanda mendung
kesedihan. Hatinya berdebar kuat, perasaannya bercampur baur ketika ini.
“Ia
hanya satu kemungkinan. Jika benar kemungkinan ini, Dynaz juga berada dalam
keadaan bahaya. Dia tentu akan berusaha untuk menghentikan perkara ini. Ini
bererti dia harus berdepan dengan Seung Hyun.” Hariz bersuara cemas, dia dapat
menerka segalanya apabila ingatannya kembali memainkan pertemuannya bersama
Dynaz lewat petang tersebut. Dia dapat merasakan Dynaz telah mengesyaki Seung
Hyun dan kerana itu wanita tersebut merayu bersungguh-sungguh untuk memaksa dia
pergi ke rumah En.Amir dan pada masa yang sama Dynaz membuat keputusan untuk
menyelesaikan masalah ini seorang diri.
“Eun
Jun, please..bawa kami ke rumah Seung
Hyun.” Keresahan Henney tidak dapat dibendung lagi, nadanya tegas dalam
rayuannya kepada Eun Jun. Mendengar kemungkinan bahawa Dynaz turut berada dalam
keadaan bahaya, jiwa lelakinya tidak tenteram. Tidak mungkin dia akan
membenarkan sesuatu mengancam keselamatan wanita yang dikasihinya itu.
Langkah
Henney terhenti di hadapan sebuah rumah yang kelihatan begitu kecil itu. Dia
berdiri terpaku, terkejut menyedari hakikat bahawa rumah tersebut pernah
dilawatinya sebelum ini. Dia pernah berada di sini bertemu Seung Hyun meminta
lelaki tersebut menghentikan agenda yang dirancang ayahnya itu. Henney kesal
dengan dirinya, jikalau dia tahu Dynaz selama ini tinggal bersama Seung Hyun
sudah tentu dia akan mencari wanita tersebut di sini.
“Pintu
tak tertutup.”Eun Jun bersuara kuat melawan deru angin yang kuat meniup kepulan
salji yang tebal. Tanpa berlengah Hariz menyerbu masuk ke dalam rumah tersebut.
Henney dan Eun Jun turut sama bergegas memasuki pintu masuk rumah tersebut yang
terbuka luas.
“Dynaz!
Dynaz!” kuat suara Hariz memanggil sepotong nama insan yang bermain dalam kotak
fikirannya itu. Hatinya bagai dipalu satu perasaan yang tidak menentu membuatkan
jantungnya berdegup kencang sekencang tiupan angin salju di luar sana.
Rumah tersebut
sunyi sepi tiada berpenghuni. Henney berlari anak memeriksa setiap kawasan
rumah yang dilihatnya.
“Here!
Here!” seakan menjerit penuh kekuatan Eun Jun memegang sehelai kertas kecil
yang dijumpainya di sebuah meja. Wajahnya merah menahan perasaan terkejutnya
apabila pandangannya melihat titisan darah yang bertompok pada permukaan meja
tersebut. Seperti segala kekuatannya direntap pergi, ketika ini air matanya berjuraian
apabila dia menyedari lantai kawasan dalam bilik tersebut dicemari tompokkan
darah yang sudah mengering.
“Eun Jun..”Henney cepat mendapatkan
Eun Jun yang kini menangis sambil menunjukkan kawasan yang dicemari titisan
darah tersebut. Hariz yang bergegas masuk ke bilik tersebut terhenti langkahnya
melihat tompokkan darah di lantai. Jantungnya berdegup pada rentak yang
mustahil untuknya bertenang.
“This.note..Dynaz.tinggalkan.”
Dalam nada yang tersekat-sekat, cepat Eun Jun memberikan sehelai nota kecil
kepada Henney.
- Eun Jun,
sesuatu terjadi..aku ke Snowing Vila. –Dynaz
Hariz melihat
teliti nota tersebut, wajahnya serius memandang wajah Henney.
“I know this place. We can go..but Eun Jun, you stay out of this.” Henney bersuara
melihat tepat pada Hariz dan Eun Jun. Dia tahu tempat yang menjadi destinasi
bulan madu Dennis dan Dynaz itu.
“Come, let’s go.” ringkas ayat yang
dituturkan Hariz. Dia harus cepat untuk mengatur langkah di saat genting
seperti ini.
“Henney..Hariz
please..selamatkan Dynaz, she’s pregnant right now.”air mata Eun
Jun mengalir tiada henti. Henney tersentak dengan kenyataan Eun Jun tetapi
tidak bagi Hariz, lelaki itu mengangguk dan pantas melangkah keluar dari bilik
tersebut.
Henney terkaku
dengan apa yang didengarinya, dia melihat ke arah Eun Jun dan akhirnya bibirnya
menzahirkan segaris senyuman.
“I will try my best to save her and her baby,
don’t worry.”
“You too. Please, pastikan keselamatan
awak juga.” Eun Jun sempat memegang lengan Henney meyakinkan lelaki tersebut. Walaupun
kebanyakkan mata kini menyalahkan Henney terhadap konflik yang melanda KCO, dia
tidak keseorangan kerana masih ada insan yang memihak padanya. Wajah Henney
yang masih terdapat kesan lebam dan luka-luka kecil kecederaan dari kejadian
beberapa bulan lalu dilihat Eun Jun penuh simpati.
Melihat
keikhlasan yang lahir pada kata-kata Eun Jun membuatkan Henney tersentuh, dia
memegang lembut pipi wanita tersebut dan mengusap air mata yang masih mengalir
di pipi mulus Eun Jun.
“Thanks..my dear.” Wajah kacak Henney
begitu indah memberikan senyuman yang begitu sempurna kepada Eun Jun.
Dalam
sebuah bilik En. Amir tersedar dari pengsannya. Dalam keadaan kepalanya yang masih
pening dia cuba untuk melihat keadaan sekeliling. Memori kali terakhirnya ialah
ketika dia berada di rumahnya. Dia mendengar jeritan isterinya, dia menghubungi
anaknya tetapi panggilannya tidak terjawab, apabila dia menghubungi Hariz
belakang badannya dihentam kuat oleh sesuatu objek dan secara tiba-tiba
pandangannya gelap.
“Arghh..”En.Amir mengerang kesakitan
pada kepalanya yang masih sakit. Tubuhnya meronta apabila menyedari dia diikat
kejap pada sebuah kerusi. Dia panik memikirkan keadaan dirinya.
Pandangan En.Amir
samar-samar cuba menyesuaikan matanya dengan cahaya kelam bilik tersebut. Dalam
keadaan panik dan cemas itu, dia melihat keadaan bilik tersebut. Terdapat tiga
buah kerusi mengelilingi sebuah meja, kerusi pertama diduduki olehnya. Ketika
melihat pada kerusi kedua jantungnya berdegup pantas, dia melihat isterinya diikat
pada kerusi tersebut dan sedang menangis tanpa menghiraukan dirinya. Dalam
keadaan yang masih cemas dia melihat pada kerusi ketiga, tetapi kerusi tersebut
kosong tiada berpenghuni.
“Mengapa
abang merahsiakan segala-galanya daripada saya? Mengapa?” teresak-esak tangisan
Pn.Chae Rin, dia sedar suaminya itu melihat ke arahnya. En. Amir tersentak, dia
keliru dengan soalan isterinya.
Pn.Chae Rin tidak
sanggup melihat wajah lelaki yang telah membohonginya selama ini, pandangannya
hanya diarahkan pada sebuah pasu porcelain
biru muda yang terletak di atas meja di hadapannya itu. Air matanya yang
berguguran tiada tanda untuk berhenti.
“Hye
Jun..Yong Jun..kenapa abang rahsiakan daripada saya?”lemah sekali soalannya,
dia tidak dapat membendung perasaannya. Sungguh dia berasa kesal dengan sikap
suaminya itu.
En. Amir terkelu
tidak terkata, dia tidak tahu bagaimana isterinya itu mengetahui rahsia yang
disimpan kemas olehnya selama ini. Apa yang harus dia terangkan atau katakan
ketika ini? Segalanya sudah terbongkar. Sungguh dia berasa begitu bersalah
terhadap isterinya itu tetapi sekurang-kurangnya ketika ini dia dapat merasakan
beban perasaannya yang ditanggungnya sedikit berkurang.
“I’m
sorry..I’m truly sorry Chae Rin” En.Amir tidak mampu untuk berkata apa-apa
lagi selain memohon maaf dan ketika ini air mata mula memenuhi ke segenap tubir
matanya. Tidak tertanggung rasanya membawa bebanan perasaan ini sepanjang
hidupnya. Air mata penyesalannya melimpah keluar menzahirkan penderitaan jiwa
yang ditanggungnya selama ini.
Sendu dan esakan
En.Amir menyentuh jiwa wanita Pn. Chae Rin lalu dia melihat suaminya itu.
Perasaan pilu menyerbu hatinya.
Kenapa kau menilai aku sebegini rendah Amir? Tahukah kau
aku sangat menyintai kau sehinggakan jika kau terangkan perkara ini dari awal
kepadaku, sudah tentu aku akan menerima mereka dan perkara ini tidak akan berlaku…
Ketika ini pintu
bilik tersebut dibuka, serentak itu Pn.Chae Rin dan En.Amir memberikan perhatian
mereka tepat pada sudut tersebut. Terdapat sesusuk tubuh ditolak keras oleh
seseorang untuk masuk ke dalam bilik tersebut.
“Dennis!!”seperti hilang segala
semangat yang ada, Pn.Chae Rin tidak menyangka bahawa anak lelakinya itu juga
ditangkap penculik mereka. Sungguh dia akan mati jika sesuatu buruk berlaku
kepada anak kesayangannya ini.
En. Amir juga
terkejut besar. Ia sangat melampau untuk melibatkan anak lelakinya dalam
perkara ini.
“Lepaskan Dennis! Jangan libatkan
dia! Ini antara saya dan kamu, Kalau kamu mahu sangat dengan KCO silalah ambil
syarikat tersebut! Saya tak peduli, janji jangan kamu apa-apakan Dennis dan
isteri saya.” Marah betul En.Amir kepada penculik mereka itu. Kuat suaranya
menengking untuk sampai ke pendengaran si penculik tersebut.
Ketika
ini hadir sesusuk tubuh tegap dengan seraut wajah yang begitu dingin di dalam
bilik tersebut. Wajah yang sangat dikenali En.Amir membuatkan dia terkelu dalam
kekejutan. Wajah yang tiada eksperesi itu melakarkan segaris senyuman, dia
melihat En.Amir sekilas dan kini mengikat Dennis pada satu-satunya kerusi yang
kosong dalam bilik tersebut.
“Seung Hyun..”terkaku En.Amir
apabila dia menyedari gerangan siapakah yang menculik mereka sekeluarga.
Pn.Chae Rin juga turut tersentak, perasaannya berkocak kuat seperti badai di
lautan. Sesungguhnya hanya dia sahaja yang mengetahui identiti lelaki tersebut.
Seung Hyun yang dipanggil suaminya itu adalah Yong Jun yang merupakan anak luar
nikah yang selama ini dicari-cari oleh suaminya itu.
“Kenapa kau cakap dia tiada kena
mengena dalam hal ni? Tsk, tsk, tsk..”Yong Jun mengatur langkah, kepalanya
digeleng sambil senyumannya masih lagi terpamer pada segaris bibir sempurna
miliknya.
“Seung Hyun..if you want that company so much, then you can have it..but please
don’t hurt my family.”En.Amir merayu kepada Yong Jun yang kini bersandar
pada meja yang terletak di tengah-tengah kawasan tersebut. Senyuman pada bibir
Yong Jun mati ketika ini.
“It’s
your call..I will hurt you, then.”satu tembakan dilepaskan Yong Jun mengena
tepat pada lengan En.Amir. Ketika ini jeritan Pn.Chae Rin kuat kedengaran
bergema ke setiap sudut bilik tersebut, En.Amir yang tidak menyangka akan
tindakan drastik Yong Jun mengerang kesakitan memegang luka dalam dari hasil
tembakan tersebut.
Dennis melihat
darah yang mula mengotori pakaian papanya dia meronta kuat untuk melepaskan
diri dari ikatan di kerusinya.
“Why?
Mengapa..It is lika a problem, with all
you folks that your thinking is mainly based on wealth.”Yong Jun bersuara
dingin, wajahnya kosong melihat penderitaan En.Amir yang bergelut dengan
kesakitan yang tidak terperi. Pn.Chae Rin menangis teresak-esak melihat keadaan
suaminya, walaupun suaminya telah melakukan kesalahan yang besar kepadanya
tetapi dia tidak kuat untuk memikirkan hidupnya tanpa lelaki tersebut.
“Please..please..Yong
Jun..please I beg you..please stop this madness.”kuat dan hampir menjerit
suara Pn.Chae Rin dengan tangisan lebatnya, dia merayu semahu-mahunya kepada
lelaki yang kini melihat tepat ke arahnya.
Bagaikan
halilintar yang memanah terus ke jantung En.Amir, seolah-olah keadaan terhenti
ketika ini dan seluruh tubuhnya terkaku. En.Amir melihat pada wajah lelaki di
hadapannya itu.
“Yong
Jun?..” terketar-ketar bait nama itu disebut En.Amir, air mata kesakitannya
yang sedari tadi cuba untuk dia bendung kini mengalir laju. Dia menangis bukan
kerana kesakitan pada luka di lengannya tetapi kepada getaran perasaannya.
Ketika ini dia berperang dengan ketidaktentuan perasaan yang membawa segala
memori silam yang menghukumnya dalam suatu keadaan bersalah yang tidak
tertanggung.
“He is
your father..please have mercy.”tenggelam timbul nada yang dituturkan
Pn.Chae Rin sambil merayu pada Yong Jun yang melihat tanpa emosi.
Dennis terkedu
dengan segala yang berlaku di hadapannya kini, seluruh tubuhnya kaku.
Kebenaran apakah
ini?
Darah yang mengalir di dahi Dynaz tidak diendahkannya,apa yang penting dia harus melakukan perkara yang akan menentukan pengakhiran kisah hidupnya ini.Harus!
Dalam keadaan yang berpinar-pinar Dynaz berusaha untuk meneruskan
perjalanannya itu meredah kepekatan malam di dalam salji yang tebal itu.Keadaan
dirinya yang lemah tidak dipedulikannya,kesejukkan cuaca yang menggila menyucuk
hingga ke tulang putihnya menambahkan kegigilan yang sedia ada pada
dirinya.Angin kuat yang meniup salji yang berterbangan menampar kuat ke
wajahnya dan mencair di pipinya menjadi cairan yang dingin sedingin perasaanya
ketika ini.
“Please..please..don’t do that..I beg..please..”kata-kata
yang seumpama rayuan itu kuat bergema di dalam hatinya.Sungguh dia tidak dapat
untuk terus menenangkan perasaanya kali ini.Apa yang mampu dia lakukan adalah
hanya dengan berharap dirinya tidak terlambat untuk menghalang segala-galanya.
Kakinya yang semakin lemah menghadkan langkahnya di dalam timbunan
salji yang tebal itu,perasaannya yang berdebar kuat menambahkan lagi kegusaran
di dalam hatinya kini.Darah yang semakin mengalir jatuh menitis mengotori dan
meninggalkan kesan pekat merah pada salji yang putih bersih itu.Kandungannya
yang semakin membesar di perutnya itu dipegang erat oleh kedua-dua tangannya
itu semasa dia mengumpulkan segala tenaganya untuk meneruskan perjalananya yang
harus dilakukannya itu.
Semoga semuanya tidak terlambat..
“Yong
Jun..”En.Amir kini tidak peduli dengan keadaan sekelilingnya, apa yang penting
dia mahu melangkah ke arah anak yang pernah ditinggalnya itu. Dia mahu memeluk
tubuh itu dan meluahkan segalan perasaan bersalahnya kepada anaknya itu. Tetapi
dia tidak mampu untuk bergerak, ikatan pada tubuhnya menyedarkan dirinya
hakikat situasi yang berlaku ketika ini. Air mata sesalan melimpah ruah dari
tubir matanya.
“Pemikiran
orang-orang kaya seperti kamu semua sangat menjijikkan..begitu tamak apabila diuji
dengan kekayaan.” Yong Jun duduk di atas meja yang dikelilingi kerusi yang
diduduki En.Amir, Pn.Chae Rin dan Dennis. Satu persatu wajah mereka dilihatnya.
Tiada sebarang raut terpancar pada wajah dinginnya, wajahnya kosong hanya
kosong. Pandangannya kini mati pada wajah En.Amir, dia merenung lelaki itu.
“Yong
Jun..I’ve hurt you so much, you and your
mother..Hye Jun..I’m sorry, really
sorry.” Terketar-ketar En.Amir bersuara, nadanya bukan kerana dia takut
ataupun gentar dengan insan di hadapannya itu tetapi jiwanya meruntun, rindu
dan perasaan bersalahnya menghambat seluruh jiwa dan raganya membuatkan
jantungnya bergetar hebat.
Yong Jun kini
mengalihkan pandangannya dari terus melihat En.Amir, dia kini mengambil balang porcelain yang berada di atas meja
tersebut lalu dibukanya cermat. Tangannya yang bersarung tangan jenis biker glove menyentuh pasir dan debu
yang terdapat dalam balang tersebut lalu diangkat segenggam pasir dan ditunjukkan
pada En.Amir.
“Hye Jun.” satu nama keluar dari
bibir Yong Jun ketika pandangannya tajam menikam En.Amir serentak itu En.Amir
meraung kuat. Tangisannya kedengaran menggila meluahkan keperitan batinnya.
“Ya tuhan..apa yang telah aku
lakukan?”begitu tersiksa rintihan En.Amir menyedari Hye Jun sudah tiada di
dunia ini tanpa sempat dia memohon maaf kepada wanita yang pernah bertaktha di
hatinya itu.
“Sebab
takut kehilangan kekayaan, kau tinggalkan dia. Sebab takut kehilangan kekayaan,
kau rahsiakan kewujudan dia. Sebab takut kehilangan kekayaan, kau sanggup
biarkan dia kelaparan.”tutur bicara Yong Jun kini penuh kebencian, wajahnya
tegang menampakkan perasaan marahnya.
“dan..sebab
takut kehilangan kekayaan, kau.telah..menyebabkan dia mengakhiri nyawanya
sendiri.”ketika ini ada terselit riak kesedihan pada wajah Yong Jun membuatkan
En.Amir diserang beribu penyesalan. Berulang-ulang kali En.Amir merintih
menyalahkan dirinya. Seolah-olah meracau dia memohon kemaafaan daripada anaknya
itu.
Pn Chae Rin yang turut menangis juga berperang dengan keadaan
kegelisahan dan kegusaran yang tidak terhingga, pandangannya kerap jatuh pada
Dennis yang kelihatan tenang melihat, memerhati dan membaca perlakuan Yong Jun.
Sungguh Dennis berasa tertipu dengan segala perbuatan papa dan juga
mamanya yang lebih memilih untuk merahsiakan perkara besar seperti ini. Tetapi
apa yang penting ketika ini adalah keselamatan mereka sekeluarga. Dia perlu
mengambil peluang ini untuk memikirkan cara melepaskan diri dari sini.
“Kekayaan kau hampir
musnah Amir..aku nak tengok adakah kau juga akan membunuh diri sendiri sekarang
ini.”
“Yong Jun..kalau
dengan mengakhiri hidup papa dapat melangsaikan hutang papa kepada kamu selama
ini, papa rela..ambillah nyawa papa ini.” Tersedu-sedu bicara En.Amir, dia
pasrah sambil melihat terus pada anak lelakinya itu.
“No..no, pelase
don’t.” Pn.Chae Rin menjerit mengeleng-geleng kepalanya tidak mahu suaminya
itu meneruskan niat tersebut, dia menangis semahu-mahunya.
“Okay, if that is your wish.” Yong Jun
kini menghalakan pistolnya tepat pada kepala En.Amir dia ingin melepaskan
tembakan. Wajahnya penuh kesungguhan bagi mengakhiri dendam hidupnya itu.
Tetapi entah mengapa..ketika ini dia tidak mampu untuk meneruskan
tindakannya itu. Riak wajahnya berubah, Ini adalah kali pertama dalam sejarah hidupannya
dia merasakan satu perasaan asing seperti ini. Perasaan di mana dia
teragak-agak dalam meneruskan tindakannya. Jantungnya kini berdebar hebat.
Ketika ini Dennis berjaya melepaskan diri dari ikatan, dia
menyerang terus pada Yong Jun dan lelaki itu terjatuh pada lantai. Pn.Chae Rin
menjerit kuat melihat situasi di hadapan matanya itu. En Amir juga turut
tersentak dengan keadaan yang berlaku.
Dennis kini membelasah Yonh Jun tetapi Yong Jun lebih dahulu
menguasai Dennis. Dia lebih mahir dalam perkara ini kerana dia sudah biasa
malah hidupnya selama ini juga bergantung pada kehebatannya dalam hal ini.
Dalam pergelutan tersebut, Dennis dapat melepaskan diri dari Yong
Jun dan dia berlari keluar dari bilik tersebut bagi memancing Yong Jun untuk
keluar dari bilik supaya lelaki itu tidak mencederakan papa atau mamanya.
Dennis lebih rela untuk mempetaruhkan keselamatan dirinya bagi memastikan
keselamatan papa dan mamanya.
“Hey Dennis! I will shoot you if you keep running from me!”Yong Jun bersuara
lantang, dia bengang dengan kebodohan Dennis. Tetapi Dennis tidak mempedulikan
ugutan Yong Jun, dia melangkah pantas menuruni anak tangga dan..
BANGG!!
Satu tembakan dilepaskan Yong Jun mengena tepat pada tubuh Dennis.
“Andwey (Tidak)!!!!”jeritan lantang Dynaz kedengaran kuat di dalam sebuah rumah besar yang terletak jauh di dalam kawasan hutan itu.Dia kini bersungguh-sungguh mengumpul segala tenaga yang masih berbaki pada dirinya berlari ke arah lelaki yang kini terbaring lemah berlumuran darah pekat di atas lantai kepingan kayu itu.Sungguh dia tidak menyangka perjalanannya merentasi salji yang menggila sebentar tadi akan membawa dirinya menyaksikan kejadian yang mengejutkan ini.
“Dennis..please..hold on..”suara Dynaz
yang terketar-ketar mengalirkan air matanya yang tiada henti,jantungnya kini
berdegup kencang,dirinya takut,dirinya gentar akan kehilangan insan yang kini
kemas di dalam pangkuanya ini.
“Naz..N.az..mia.ne (maaf)..”terketar-ketar suara
Dennis di pendengaran Dynaz, lelaki itu masih mampu lagi menghadiahkan segaris
senyuman buat wanita yang kini memegang erat wajahnya.Ya..senyuman yang masih
manis,senyuman dari bibir sempurna itu yang sentiasa membawa debaran di hati
wanita tersebut.
“Andwey..Yong Jun..jangan..please..”Dynaz kini merayu
semahu-mahunya terhadap seorang lelaki yang kini mengacu kemas sepucuk pistol
tepat kearah tempatnya yang memangku kemas lelaki yang bernama Dennis itu.
“One down..at last..”dingin sekali suara yang dituturkan Yong Jun,dirinya masih
kemas memegang sepucuk pistol yang menghala tepat ke arah sepasang pasangan
yang berada tidak beberapa tapak jauh dari dirinya itu.
“Please..jangan lakukan semua ini..Naz
rayu..kita boleh ubah segalanya..all will
be okay..please..Dynaz merayu kepada Yong Jun sambil dirinya memeluk erat
tubuh Dennis yang semakin lemah bernafas di dalam pelukannya itu.Darah yang
mengalir pantas dari dada Dennis mengotori baju yang dipakai Dennis.
“Tak ada apa yang
akan berubah..please go away, I’ll finish
him.”pandangan Yong Jun yang tajam memuatkan segala keperitan dan
kesengsaraan hidupnya selama ini. Kepahitan,kesedihan,kepiluan segalanya
terpancar pada sepasang mata yang indah itu. Dynaz kini menggeleng laju,air
matanya yang masih mengalir laju mempertahankan Dennis di dalam pangkuannya. Dynaz
tidak berganjak walaupun seinci membuatkan ketegangan di wajah Yong Jun semakin
terserlah. Betapa dirinya membenci Dennis yang memperolehi segala-galanya. Sungguh
hatinya sakit melihat Dennis dipertahankan sedemikian rupa. Genggaman pada
pistolnya dieratkan lagi menambahkan keyakinannya untuk menghapuskan lelaki di
hadapannya itu.
BAMM!!!Tiba-tiba pintu rumah besar itu ditendang kuat oleh
seseorang. Bunyi detuman yang kuat itu menarik perhatian Yong jun, Dynaz
tersentak dirinya memandang terus kepada kelibat yang kini berdiri di hadapan
pintu tersebut.
“Naz!!are you okay?”suara Hariz cemas sekali
apabila melihat suasana ngeri di dalam rumah tersebut.Di belakang Hariz, Henney
muncul menerpa dengan wajahnya yang kekejutan. Dirinya tersentak melihat
keadaan Dynaz yang kini memangku kemas tubuh Dennis yang semakin lemah.
“HAHAHA..semuanya
berkumpul di sini.Bagus!So I will decide
who will be the first to die.” senyuman di bibir Yong Jun sinis sekali, kini
halaan pistol Yong Jun terus ke arah Hariz yang kini memandang tepat ke arah
dirinya.
“Bawa bertenang,please..”Henney kini cuba bersuara
tenang untuk menyedarkan lelaki itu. Dirinya juga cemas dengan apa yang
terjadi, kesan luka pada bibirnya dan rahangnya masih jelas kelihatan pada wajahnya
yang kacak itu.
“Hariz..you’re the first person who broken her heart
right?”Yong Jun tidak mempedulikan kata-kata Henney, dirinya lebih berminat
dengan lelaki yang segak berpakaian kemas jacket
labuh yang berwarna coklat itu. Pandangannya dibalas tajam oleh Hariz.
“Ok man..it’s time to die.”tekad sekali
Yong Jun berkata-kata sambil dirinya kini mengenggam erat pistolnya yang
dihalakan ke arah lelaki tersebut. Picu
pistol ditekannya serentak mengeluarkan sebutir peluru yang kini tepat meluru
ke arah lelaki yang bernama Hariz itu.
BANG!!!Jeritan kedengaran dan…..
“DYNAZZZ!!!!”jeritan
nyaring dari Henney menerpa masuk ke gegendang telinga Yong Jun. Dia
tersentak,pistol di genggamannya kini longgar. Dia tidak menyangka,dia tidak
menduga kejadian yang terjadi di hapapan matanya kini.
“Naz!!!why are you doing this?!”Hariz kini
memegang erat tubuh Dynaz yang melindungi dirinya dari tembakan yang dilepaskan
Yong Jun. Darah pekat memerah yang mengalir terus dari dada Dynaz menjadi saksi
pengorbanan dirinya yang sanggup menerima peluru yang menembus masuk terus ke
dadanya itu. Tanggisan Hariz kini tidak dapat dibendung lagi. Satu-satunya
wanita yang dicintainya kini semakin lemah bernafas di dalam pelukannya. Henney
kini bergegas ke arah Dynaz,wajahnya cemas memikirkan nasib wanita yang
dikasihinya itu. Jantungnya berdebar kuat, tidak rela dirinya memikirkan
hakikat kehilangan wanita itu.
“Naz…Naz..Naz..”Dennis
bersuara lemah, dia kini menduga sesuatu terjadi apabila Dynaz sebentar tadi
meninggalkan dirinya. Tanpa memikirkan keadaan dirinya yang semakin parah itu, Dennis
menguatkan segala tenaga yang berbaki pada dirinya untuk menghampiri wanita
yang amat disayanginya itu. Perjalanannya lemah melihat ke arah wanita yang
kelemahan berlumuran darah yang mengalir pekat itu.
Yong Jun terkesima,dengan spontan dirinya kini berlari mendapatkan
tubuh kecil wanita yang diagungkannya itu.
“Miane (maaf)..miane..”cemas dan penuh penyesalan sekali kata-kata Yong Jun ketika
dirinya melihat terus ke arah wanita dipangku kemas oleh Hariz itu.Sungguh dia
kini tidak dapat menanggung penyesalan dan kesedihan yang memburu masuk ke
dalam dirinya itu.
Dynaz melihat sekelilingnya..satu-satu wajah kesayangannya berada
dekat berhampirannya. Dennis..Henney..Yong Jun..dan Hariz..Ya,semuanya di situ
melihat cemas dan risau ke arah dirinya.
Wajah-wajah yang begitu kasih dan sayang kepada dirinya. Genggaman tangannya
erat memegang kandungannya yang amat disayanginya itu. Satu-satunya benih bukti
percintaannya.
Dirinya kini semakin tidak berdaya menahan kesakitan yang semakin
menjalar ke seluruh tubuhnya itu. Nafasnya kini semakin sesak, dadanya kini
berombak kencang seakan-akan gelora di lautan. Pegangan jemarinya semakin
melonggar..dirinya kini pasrah dengan ketentuan tuhan pada takdir hidupnya
kini…
“Sa.ra.ng..hae..sar.ang..hae.yo..(I Love
U)”kata-kata Dynaz terketar-ketar di bibirnya. Suaranya kini berlalu dibawa
angin bertiup kuat sekuat tiupan salji di luar rumah besar tersebut yang
membawa segala memori suka duka tentang lelaki-lelaki yang pernah hadir dan
bertaktha di dalam hatinya itu.
Dari kejauhan sayup kedengaran siren polis berbunyi mendekati
kawasan vila tersebut. Dynaz tidak dapat bertahan lagi dan segalanya samar di
penglihatannya dan segala-galanya kelam..
5 comments:
After few years following this story.. sad ending from u kanafee.. but u are very talented writers. . I realy love this story... n tonite after a month terlupe nak singgah this blog, syukur... the story smpi ke penghujungnya..
Don't forget to invite me if u have a new story to read...
*dont forget to invite me if u have a new story to let me read..
Salam Umi, thanks for ur support. Sincere in deep of my heart, I truly appreciate that.
For ur information, this is not the last chapter to the NML, got 1 more chapter that i will upload after this.
Hopefully can see ur lovely comment again at the final chapter.
Terima kasih sangat :)
lots of love,
-kanafee
harap sgt ada ending yg happy....
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment