Novella~My LovE 21

Thursday, April 9, 2009

BAB 21

Emosi Dynaz kini semakin stabil.Dirinya terasa selesa berada di dalam dakapan suaminya itu.Suasana biliknya yang nyaman dan berhawa dingin itu serba sedikit mempengaruhi kearah ketenangannya kini.Dennis membelai-belai lembut kepala isterinya yang tersandar lemah di dadanya yang bidang itu.Dynaz hanya terdiam sunyi,pandangannya sayu termenung entah kemana.

“Do you really love him?”lembut sekali suara Dennis seolah-olah berbisik di telinga Dynaz.Wajah Dennis kini menunduk sedikit untuk melihat wajah isterinya itu.Dynaz tersentak mendengar soalan yang lahir dari bibir sempurna milik suaminya itu,dirinya kini mendongak melihat ke wajah Dennis yang kini memerhati penuh bererti kearah sepasang mata miliknya.

“If you really love him..you must go and grab him..”tenang sekali Dennis berkata-kata sambil tangannya kini mengusap lembut pipi Dynaz yang gebu itu.Wajahnya tulus sekali menuturkan kata-kata yang benar-benar tidak masuk dek akal fikiran Dynaz.Kerutan di wajah Dynaz kini menandakan kekejutan dan kehairanannya dengan kata-kata suaminya itu.Sungguh dia keliru dengan kata-kata seorang suami yang merelakan isterinya mengejar cinta hati yang lain.

Senyuman di bibir Dennis kini manis dan indah sekali,dia mengucup lembut umbun-umbun milik isterinya itu.Lembut penuh dengan kasih sayang.

“I don’t wanna make you sad again,it’s really hurt to see you like this.”serius dan prihatin sekali suara milik Dennis.Redup matanya yang menatap Dynaz membuatkan wanita itu benar-benar kekeliruan.

“Aku sudah banyak lakukan perkara yang menyakiti kau,kali ini aku biarkan kau untuk mencari kebahagiaan kau sendiri.”Dennis kini perlahan-lahan bangun dari sofa yang di dudukinya.Dynaz melihat suaminya itu,dia terkaku tidak terkata apa-apa.Mengapa Dennis bersikap baik seperti ini kepadanya?Tidak waraskah fikiran lelaki tersebut untuk melepaskan dirinya ini?

Dennis kini membetulkan baju kemeja yang dipakainya,tubuhnya yang tinggi berdiri membelakangi wanita tersebut kelihatan begitu gagah dan sempurna sekali.

“Mengapa perlu menyiksa diri menanggung sengsara jika kau boleh mendapatkan lelaki tersebut?Fikirlah apa yang aku katakan ini.Kau boleh lakukan..”Dennis kini berlalu pergi tanpa melihat Dynaz yang tergamam dengan kata-katanya itu.

Pintu ditutup perlahan oleh lelaki tersebut meninggalkan Dynaz sendiri yang terduduk di sofa dengan perasaan yang tertanya-tanya membelenggu fikirannya.Matanya yang masih membulat mengambarkan perasaanya yang begitu tergamam ketika ini.Dennis,suaminya yang mengerunkan itu berkata-kata tentang perkara yang benar-benar mengejutkan dirinya ini.

Dennis tersenyum puas sambil berjalan menuju ke arah katilnya.Tali leher yang terikat kemas di lehernya itu dilonggarkan lalu ditanggalkannya.Kini lelaki itu duduk di atas katilnya yang besar dan empuk itu.Senyuman masih di bibirnya.First step.Done!

Suasana kota yang pesat dan sibuk itu dilihat sepi oleh sepasang mata sempurna milik lelaki yang bernama Hariz.Udara nyaman yang meniup lembut ke wajahnya gagal untuk menenangkan perasaanya ketika ini, jauh dirinya termenung di kawasan balkoni besar milik syarikat gagah King Capital One itu.Pancaran mentari yang indah memancari setiap genap kawasan itu langsung tidak dipedulikannya.Jiwanya, hatinya, perasaannya kini terganggu..sungguh terganggu.Mengapa? Mengapa aku perlu bertemu semula dengan Dynaz? Adakah kerana untuk menebus kembali kesalahanku kepadanya..Memikirkan hakikat itu menambahkan lagi keresahan dan kesengsaraan yang bersarang di dalam sanubarinya.

“Aku beri amaran pada kau..jangan.campur..hal aku.”kata-kata tegas penuh dengan amarah dari Dynaz bermain-main di mindanya seakan sebuah pita yang tidak henti berputar mendengarkan isi kandungannya.Hariz tertunduk kini, wajahnya yang kacak kelihatan sunggul memikirkan segalanya.Sungguh dirinya tidak dapat bertahan dengan apa yang terjadi.Pandangan Dynaz yang tajam kearahnya semalam seperti seakan-akan menyumpah dirinya dengan segala pengkhianatan yang telah dilakukannya terhadap wanita tulus itu.Hariz meraut wajahnya sekali, fikirannya kini ligat memikirkan peristiwa yang berlaku beberapa minggu yang lepas.Memang benar! Apa yang dikatakan Dennis sememangnya benar!Lelaki itu sememangnya tidak pernah puas dengan seorang wanita.Melihat Dennis yang bermesra penuh intim bersama seorang perempuan asing sebelum memasuki sebuah hotel yang terkemuka benar-benar menambahkan kemarahan di hatinya.Apakah nasib Dynaz yang tinggal sebumbung bersama lelaki yang langsung tidak tahu menghargai seorang wanita yang bergelar isteri itu?

“Naz..mengapa perlu mengahwini lelaki itu? Mengapa Naz?”Hariz bersuara perlahan.Tidak tertahan rasanya melihat Dynaz berada di dalam rangkulan lelaki itu.Malah apabila Dynaz dicumbu mesra lelaki itu benar-benar dirinya binggung dengan hatinya yang berasa sakit dan penuh keresahan itu.Dennis!Lelaki itu seakan puas menunjukkan kemenangannya memiliki wanita yang suatu masa dahulu menjadi rebutan diantara mereka berdua.

Tiba-tiba lamunannya tersentak,bunyi pintu kaca besar yang terbuka automatik menghubungkan ruang syarikat dengan balkoni indah itu menarik perhatiannya.Ia menandakan seseorang memasuki kawasan balkoni itu sekarang.Hariz melihat kearah pintu kaca berukiran hiasan keemasan itu.

“Ah..I’m sorry..tak sangka tuan di sini..i will leave.”lelaki yang memasuki kawasan itu kini memulakan langkahnya untuk meninggalkan Hariz di situ.

“Tak perlu.tak perlu..this balcony is not made for me only..u can enjoy it too..”Hariz bersuara mendatar.Tiada nada di suaranya.Lelaki itu terhenti langkahnya,dirinya melihat kearah Hariz.

Hariz menghadiahkan senyumannya walaupun jelas benar keindahan senyuman itu diselubungi kegundahan dirinya yang memikirkan masalah yang dihadapinya kini.Dirinya mengenali lelaki di hadapannya itu, seorang pegawai syarikat yang baru bertugas pada hari ini dan diperkenalkan secara rasmi di mesyuarat syarikat pada pagi tadi.

“Pemandangan yang sungguh indah di sini…sememangnya sesuai dinikmati ketika kegundahan melanda jiwa..”pegawai itu kini bersuara sambil membalas senyuman Hariz.Dirinya kelihatan tenang memandang terus kearah pemandangan pagi yang indah dari sisi bagunan itu.

“Seung Hyun..that’s your name right?”

“Yes..i’m hope so.”jawapan dari pegawai itu melahirkan ketawa kecil di bibir Hariz.Seung Hyun melihat lelaki itu dengan senyuman, dirinya jua tertawa kecil.

“If u harap that’s your name, so..what’s your true name exactly?”Hariz tersenyum melihat pegawai itu yang kini berada di sebelahnya menikmati pemandangan di situ.

“Apa pun namanya,yang pasti tentu you tak suka akannya.”Hariz menjawab sendiri,senyuman di bibirnya manis sekali.

“Not all the things happen in this world really favour us..”kata-kata pegawai itu dalam sekali mematikan senyuman di wajah Hariz.Hariz melihat dalam wajah lelaki di hadapannya itu.Angin lembut meniup juntaian rambut di dahi lelaki tersebut menampakkan betapa dingin wajah bersih itu.

TUT!TUT!TUTT!pandangan Hariz tersentak dengan bunyi telefon bimbitnya yang tiba-tiba berbunyi meminta dijawab itu.

“Hello..ya,I’ll be there soon.” Hariz mematikan taliannya setelah dirinya selesai menjawabnya.

“ I must go first..So, wish u luck in this company.”Hariz bersuara sambil menghadiahkan senyuman manisnya kepada pegawai yang bernama Seung Hyun itu.Lelaki itu membalas dengan senyuman di bibirnya.Hariz kini meninggalkan dirinya seorang diri di situ.Langkah Hariz diperhatinya, ketika ini dia bersandar di balkoni membelakangi panorama indah kota itu. Senyuman manis di bibirnya masih tidak mengendur.

“Luck..I’ll make sure that!”Seung Hyun tersenyum penuh kemanisan mengangdungi makna dalam yang hanya difahami olehnya..Wajahnya yang begitu tampan bersama sepasang matanya yang dingin itu melihat tajam kearah pintu kaca besar yang menampakkan keseluruhan pejabat yang penuh bercirikan kemewahan dan kemegahan itu.Sebelah tapak tangan kirinya diangkat kehadapan dan ia mampu untuk menutupi keseluruhan pemandangan pejabat dihadapan matanya itu.

“Kejayaan aku adalah dengan melenyapkan kemegahan kau Amir.”



Dynaz kini berjalan perlahan-lahan sambil memanjat satu persatu anak tangga batu bagi menuju ke rumah rakannya,Eun Jun.Suasana malam tersebut sunyi sekali sama seperti hari-hari yang lain seolah-olah di kawasan itu langsung tidak dihuni oleh seorang pun manusia.Cuaca malam yang begitu sejuk membuatkan badan Dynaz terketar seketika,dinginnya terasa sehingga menyucuk ke tulang putihnya.

Akhirnya sampai jua Dynaz di rumah yang terletak di atas bukit itu.Dia tersenyum lega,kepulan asap yang terbentuk di udara dari pernafasannya tidak dihiraunya.Dirinya kini sudah lali dengan keadaan itu.Bukan seperti kali pertama dia di kota ini,betapa terkejut dan seronoknya apabila percakapannya sering menghasilkan bentuk kepulan asap yang menghilang di udara itu.

“Eun Jun..Hello,Eun Jun..Dynaz ni..”ketukan kecil dipintu rumah Eun Jun tidak terjawab.Sepi.Dynaz mengerutkan keningnya,dirinya tertanya-tanya kemana wanita itu pergi.Setahunya, rakannya itu tidak bekerja pada hari ini,katanya cuti.Kepala Dynaz digelengnya sekali.Kesejukkan malam kini menjalar hebat keseluruh tubuhnya.

Kini dia teringat akan kunci pendua yang diberikan rakannya itu kepada dirinya beberapa minggu yang lepas.Cepat Dynaz membuka tas tangannya dan mencari-cari kunci tersebut.Tasnya yang besar menyebabkan dia sukar untuk mencari benda yang kecil seperti sebatang kunci itu.Kini dirinya menuju kearah kerusi panjang di halaman rumah itu.Tas tangannya itu diterbalikkannya dan digoncang-goncangnya kuat,segala isi kandungan di dalam tas itu bertaburan jatuh di atas kerusi panjang tersebut.Dynaz memeriksa lagi tas di dalam pegangannya itu.Kosong.

Segala isi kandungan tas tersebut kini terbentang di hadapan mata Dynaz,dia mencari-cari benda yang diingininya itu.Tetapi tiada.Tiada sebatang kunci pun yang kelihatan di pandangannya kini.

“Ahhh..janganlah macam ni..”Dynaz menggaru kasar kepalanya.Dengusan kecil darinya menampakkan perasaanya yang kacau ketika ini.Segala barang-barangnya kini dikumpul dan dimasukkan semula ke dalam tas tangannya itu.

Tiba-tiba Dynaz terlihat telefon bimbitnya yang comel itu.-1 New Message-

Tanpa membuang masa dirinya membuka telefonnya yang bermodel lipat itu.Sesuatu melayang jatuh dari telefonnya tetapi tidak dihiraunya.Apa yang penting kini dirinya perlu membaca mesej baru itu.Peti inbox dibukannya.-From: Eun Jun-

-Naz,aku kerja malam ini.Kalau kau nak datang guna saja kunci yang aku beri hari tu.Aku mungkin pulang dalam 4.30am.Bye,Muahhh.Hehehe..-

Dynaz kini meraup wajahnya sekali,mengapalah baru sekarang wanita itu memberikan mesej ini?Kini Dynaz melihat ke jam tangan Baby-G yang dipakainya itu.10.15pm!

“Aigoo..awal lagi ni.”Dynaz kini terduduk hampa dikerusi panjang itu.Dia menunduk melihat ke lantai batu di kakinya itu.Tiba-tiba dirinya terlihat sehelai objek yang sangat dikenalinya itu.

“Ya tuhan..my butterfly!”kini tahulah Dynaz akan objek yang melayang jatuh dari telefonnya tadi adalah sehelai daun yang berbentuk rama-rama yang banyak menyimpan memori indahnya itu.Daun itu kini dipegangnya erat,dirinya membelek-belek daun tersebut dikhuatirinya terkoyak.

Ketika ini Dynaz tersenyum manis,daun yang dipegangnya itu dirapatkan ke dadanya.Wajah Henney terbayang di matanya kini,lelaki yang banyak menolongnya dan banyak menceriakan harinya itu sangat disenangi olehnya.

“Beautiful butterfly like you,dear..”kata-kata indah anak muda itu bermain-main difikirannya.Dynaz kini tersenyum manis.Henney,lelaki itu merupakan rakan karib suaminya malah mamanya pernah berkata bahawa mereka kelihatan seperti saudara kembar kerana mempunyai tingkah laku dan perwatakkan yang sama.

Sama?Ya,mungkin dari penampilan dan rupa paras mereka sememangnya kelihatan seiras.Tetapi tidak dari segi kelakuan.Henney merupakan seorang yang baik hati dan pandai mengambil hati dan menceriakan seseorang,sungguh berbeza dengan Dennis yang hanya tahu untuk menyakiti dan mengguris perasaan seseorang.

Dennis…mengingatkan lelaki tersebut membuatkan Dynaz mengimbas kembali segala perlakuan pelik Dennis yang melayannya dengan begitu baik sekali sejak kebelakangan ini.Lelaki itu kini sudah tidak melayannya dengan buruk lagi,malah dirinya dilayan seperti seorang teman yang baik di sisinya.

Dynaz binggung..dirinya berteleku di kerusi panjang itu.

“Hi,I make special breakfast for us today.”Dennis tersenyum manis,indah sekali kearah Dynaz yang hampir tersentak melihat Dennis memasak di dapur pada pagi itu.Lelaki itu masih lagi memakai apron putih paras pinggangnya itu.

“Come on, we eat together.”ajakan Dennis lembut sekali sambil dirinya menduduki kerusi di meja makan di ruang dapur itu.Dynaz terkaku,dirinya tidak tergerak.Dennis tersenyum,kini dia bangun menghampiri wanita itu dan memegang lembut tangan milik wanita tersebut sambil berjalan kearah meja makan yang terhidang sarapan pada pagi itu.Dynaz mengikut patuh Dennis dari belakang.Sungguh dia binggung dengan senyuman indah milik lelaki tampan itu.

“I see your face is too pale.So, I think omelet can make it better.It’s runny omelet, do you like it?”lembut dan prihatin sekali suara Dennis terhadap dirinya membuatkan Dynaz tidak mampu untuk berkata-kata.Dia terkelu.Apa yang terjadi dengan suaminya ini?Mengapa dengan begitu tiba-tiba bertukar menjadi sebegitu baik seperti ini?

“Abang..Naz,tak faham..ke-”

“It’s okay Naz,I know I’ve done too much to you.Now, I already regret that.”kata-kata Dennis pantas sekali memintas percakapan Dynaz.Dirinya serius ketika menuturkan kata-katanya itu.Dynaz benar-benar terkejut mendengar percakapan suaminya itu,dia tidak menyangka bahawa seorang lelaki yang ego,bongkak dan bersikap ditaktor seperti Dennis itu sedang menuturkan tentang penyesalan terhadap semua kesalahan yang dilakukannya itu.

“I hope, we can make our good relationship again..as a friend.”

Sebagai sahabat?Permintaan jenis apakah yang diminta Dennis itu?Benar-benar membuatkan dirinya semakin binggung.Dynaz memeluk tubuhnya,kesejukkan meresap jauh kedalam tubuh kecilnya itu.Wajahnya ditundukkan melihat ke lantai batu di kawasan perumahan Eun Jun itu.

“Do you really like Hariz?”Suara Dennis yang tenang itu menyapa lembut ke cuping telinga Dynaz.Kala itu lelaki itu sedang merenung tepat ke wajahnya.

“Apa maksud abang?Naz tak faham..”Dynaz terhenti.Dirinya melihat ke wajah suaminya itu.

“Sudah banyak Naz korbankan kebahagiaan Naz..It’s the time you must to learn how to get it back..”kata-kata Dennis tenang sekali kepada dirinya.Dennis kini menghadiahkan senyuman manisnnya kepada Dynaz yang termanggu melihat ke wajah kacak suaminya itu.

“If you want Hariz..you must learn how to get him back.”kenyitan mata Dennis manis sekali bermain di penglihatan Dynaz.Diri Dynaz kini benar-benar tersentak dengan kenyataan Dennis itu.Matanya membulat,lidahnya terkelu.Usapan lembut tangan gagah milik lelaki itu di pipinya terasa dingin meresap terus ke tangkai jantungnya.

“Ahhhhh…apa yang dia fikirkan..”Dynaz termenung sambil memeluk tubuhnya di kerusi panjang itu.Kelakuan Dennis yang sangat berlainan kebelakangan ini amat memeranjatkan dirinya.Dennis berubah sama sekali semenjak lelaki itu melihat keadaan dirinya yang hampir hilang kewarasan diri setelah pulang dari majlis keraian banglo Hariz di kota ini.Mengapa?Sebelum ini dirinya pernah menangis dihadapan lelaki itu tetapi langsung tidak dipeduli oleh suaminya itu..

Dapatkan Hariz semula? Hariz! Lelaki pengkhianat itu seharusnya disumpah hingga kehujung hayatnya! Melampau! Melampau!

Air matanya kini mula bergenangan di tubir matanya.Sakit, sakit sekali hatinya terasa ketika ini.Dirinya menyumpah lelaki tersebut tetapi pada masa yang sama hatinya mendambakan kehadiran dan hangatnya kasih sayang milik lelaki tersebut. Sungguh siksa..amat menyiksakan…

VROOOM!!Tiba-tiba Dynaz tersentak,bunyi kenderaan yang mendekati kawasan perumahan Eun Jun menganggu fikirannya.Dirinya kini mengangkat kepalanya dari terus merenung ke lantai batu itu.Motosikal berkuasa tinggi berwarna hitam kilat kini dipakirkan kemas di kawasan itu oleh penunggangnya.Dynaz tersentak. TOP! Dirinya kini cepat menundukkan wajahnya untuk mengelak dari terus memandang kearah jejaka tersebut.Hatinya berdegup kencang berdoa agar lelaki tersebut tidak menyedari akan kehadiran dirinya di situ.

“Ya! (kamu) What are you doing there?” tiba-tiba suara seorang lelaki menusuk ke gegendang telinga Dynaz.Dirinya terkaku, Top bercakap dengan akukah? Peluh mula memercik dingin di dahinya dengan perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya kearah suara yang didengarinya itu.Disitu lelaki gagah itu berdiri melihat terus kearahnya.Dynaz terkaku melihat lelaki itu.Top yang lengkap berpakaian tuksedo hitam menghairankan dirinya.Lelaki itu kelihatan bergaya sekali dengan pakaian formal itu.Pandangan Dynaz terlekat di situ.

“So cold at there..you can come in, if you want to.”Top bersuara mendatar,tiada sebarang nada yang dihasilkannya lalu dirinya membuka pintu rumahnya dan menghilang di situ.Dynaz masih di situ tidak bergerak,matanya membulat memikirkan kata-kata lelaki yang bernama top itu.Kesejukkan cuaca malam itu semakin membaham tubuh kecilnya itu terasa tidak tertahan olehnya.



Berada di dalam rumah lelaki itu Dynaz hanya berdiam diri.Dirinya yang senyap duduk di sudut rumah itu dilihat sekilas oleh lelaki yang bernama Top itu.Senyuman terhasil di bibir lelaki itu,dirinya lucu memikirkan Dynaz yang kelihatan begitu kaku di situ.Mungkin kerana wanita itu pernah mendengar segala khabar angin tentang dirinya dari orang-orang di sini membuatkan wanita itu berkelakuan seperti itu.

Kot hitam mewah yang dipakainya dan tali lehernya dibuka, dia kini memakai baju kemeja putih yang disintingkan lengannya menampakkan kulit lengannya yang putih dan bersih.Dynaz hanya menunduk tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

“Do you afraid of me?”kata-kata Top membuatkan Dynaz mengangkat wajahnya melihat kearah lelaki tersebut.Top kini menghampiri Dynaz.Pandangannya masih sama seperti selalunya dingin, tajam dan tiada mempunyai sebarang riak.

“Jika takut pada musang..jangan berteduh di dalam hutan.”Top bersuara sambil mengukirkan senyuman yang sinis sekali.Pandangannya kini tepat di wajah lembut Dynaz.Mata mereka bertembung,Dynaz mengetapkan bibir.Masih awal lagi untuk dirinya menilai lelaki di hadapanya ini.Adakah benar segala kata-kata orang di sini tentang lelaki dihadapannya ini? Sebentar! Sebentar! Ya Allah, lelaki ini berkata-kata di dalam bahasa Malayu!

“Awak orang Malaysia?”Cepat Dynaz menyoal lelaki di hadapannya itu.Top menggeleng, dirinya tersenyum melihat reaksi wanita di hadapannya itu.Dia tahu bahawa Dynaz merupakan orang Malaysia semasa kejadian wanita itu membantu merawat lukanya sebelum ini.Kata-kata semangat yang dituturkan wanita itu semuanya di dalam bahasa negara itu.Masih jelas diingatannya apabila wanita itu yang ketakutan cuba menenangkan perasaan untuk terus membantu dirinya.Wajah bersih,lembut dan penuh kerisauan itu tidak mungkin akan dilupakan olehnya.

“Actually I’m learning that language.Not really fluent but still can speak in that language.”Top menjawab,dirinya kini beredar kearah dapur rumahnya.Dynaz mengangguk faham.

“Jadi awak berminat dengan bahasa Malaysia?”Dynaz terus menyoal,cuba untuk terus mengekalkan komunikasi diantara dirinya dengan lelaki itu.

“No, saya terpaksa.In company I work now,really mementingkan bahasa itu.”Top bersuara mendatar,dirinya kelihatan sibuk menyediakan minuman buat tetamunya itu.Dynaz mengangguk.

“So..Saya bolehlah bekerja di sana..”Dynaz bersuara selamba sambil tersenyum manis.Top memandang wajah wanita itu,dia juga turut tersenyum dengan kata-kata Dynaz itu.

Hachoooo!tiba-tiba Dynaz bersin.Matanya berair menahan kesejukkan cuaca.

“Are you ok?”Top cepat menyoal Dynaz.

“Ok.Ok.Cuma terbersin sahaja.Hehehe..sorry ya,sebar virus.”Dynaz tersenyum,dirinya menyapu lembut hidung dan matanya yang berair dengan sehelai sapu tangan yang dipegang erat ditangannya itu.

“Ini chocolate panas,minumlah mungkin akan panaskan sikit badan awak.I hope you like it.”Top menghulurkan sebuah mug berwarna perang kepada Dynaz.Dirinya kini mengambil tempat duduk disebelah wanita tersebut.Dynaz tersenyum manis dia menyedut aroma air chocolate panas itu.Segar! Aromanya menggoda sekali.

“I’m not afraid with you..”Dynaz kini bersuara rendah,matanya tidak melihat kearah lelaki di sebelahnya itu sebaliknya terus menikmati aroma yang terhasil dari chocolate panasnya itu.Senyumannya manis sekali.

Top terkesima,dirinya menoleh melihat wanita di sebelahnya itu.Pandangannya mati di situ melihat wajah Dynaz yang indah itu.

“Semua manusia di dalam dunia ini mempunyai kejahatan yang tersimpan di dalam diri mereka.Tiada siapa pun yang sempurna,mungkin they have thier own reasons to do that things..kadang-kadang terpaksa dengan keadaan dan kekadang oleh nafsu sendiri yang tidak mampu dikawal oleh diri…”Dynaz bersuara menuturkan kata-katanya dengan cermat sekali.Ya! Benar,walaupun betapa baik seseorang itu pasti ada waktunya di mana dirinya akan khilaf melakukan kesalahan.Hariz…kekasih yang dianggap begitu sempurna olehnya jua tewas di dalam nafsunya sendiri mengejar wanita yang diingininya dan mengkhianati cinta suci mereka.Dynaz menarik nafas panjang..mudah sahaja Hariz meninggalkan dirinya semata-mata wanita bernama Fasha itu.Tidak sedarkah Hariz betapa dirinya mencintai dan mengasihi lelaki itu.

“Seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan tentu tidak mungkin menghasilkan air yang sebegitu ikhlas seperti ini.”Dynaz tersenyum manis cuba untuk menutupi segala kesedihan di dalam hatinya itu,kini dirinya menghirup perlahan chocolate panas di dalam mug comelnya itu.

“Ahhh..sedap sekali..hehehe..”Dynaz melepaskan nafas leganya menikmati chocolate panas itu,ketawa kecilnya kedengaran.Pipi,hidung dan bibirnya jelas kemerahan menahan cuaca yang sememangnya dingin itu.Top merenung wajah itu,senyuman manis itu sangat dikenalinya.Indah, lembut, dan penuh kesederhanaan sama seperti wanita itu.Sama sekali.


“Omma..kenapa kita hidup susah begini?” kata-kata Yong Jun tenang sekali kepada ibunya ketika mereka menikmati makanan pada malam yang dingin tersebut.

“Yong Jun aa..di hadapan rezeki tak baik kita merungut.”Hye Jun ibunya Yong Jun tersenyum manis kearah anaknya itu.Dirinya menyepit isi ikan yang hancur itu dengan chopstiknya untuk diberikan kepada anaknya itu.Nasi kosong di dalam mangkuknya dijamahnya perlahan.Senyuman manisnya masih di situ melihat kearah anak tunggal lelakinya itu.

“Omma..sepatutnya kita tak perlu hidup seperti ini,kita tinggalkan segalanya di sini.Cari papa dan hidup selesa.”Yong Jun masih kaku,dirinya langsung tidak menjamah makanan di hadapannya itu.Cukuplah segala penyiksaan dan kesusahan yang dialami mereka dua beranak dan dirinya sudah tidak mampu lagi bertahan akan semua itu.Bukan dia tidak tahu akan gerangan siapakah papanya itu.Dirinya yakin jika ommanya mengubah pendirian pasti mereka akan hidup selesa sekarang ini.

“Kamu masih muda untuk memahami segalanya..Yong Junaa..biarlah kita menunggu papa untuk pulang..omma pasti dia akan pulang..”lembut sekali kata-kata wanita itu,dirinya mendekati anaknya itu.Dengan senyuman yang masih memekar di bibirnya dirinya memeluk erat anaknya itu.

“Sabar..sabar..sayang,papa pasti pulang.”air mata yang mula bergenangan di tubir matanya menjadi saksi betapa dirinya merindui suaminya itu.Segala kisah silamnya seperti bermain-main di fikirannya taktala ini.Menambahkan lagi siksa yang ditanggungnya.Tetapi apabila melihat anaknya yang masih kecil di dalam pelukannya itu membuatkan dirinya cuba untuk lebih bersemangat untuk terus hidup bagi memastikan kebajikan anaknya itu terpelihara.Itulah satu-satunya tanda cinta sejati diantara dirinya dengan lelaki yang paling dicintainya itu,Amir.

“Papa pasti pulang,pasti…”


“Saya berterima kasih kepada awak kerana menyelamatkan saya pada hari itu.”Top bersuara sambil menghirup minumannya.Dia kini melihat kehadapan,pandangannya tidak lagi dijatuhkan pada wajah bersih Dynaz itu.

“Oh..Tak apa..bantu membantu kan amalan mulia.”Dynaz tersenyum ikhlas kepada Top.Dirinya melihat wajah lelaki tersebut,tiada senyuman.Wajah itu dingin sekali,pandangan mata itu,Ya!pandangan mata itulah yang memerangkap Dynaz.Dirinya terpaku melihat pandangan itu.Pandangan yang penuh dengan persoalan,Dynaz dapat rasakan betapa sunyi,sedih, sengsara, dan sayunya makna yang tersirat di sebalik pandangan itu.

“Jika awak tiada, pasti segalanya musnah.Saya tentu sekarang sudah mati dan tidak sempat memberikan hadiah kepada ‘orang tersayang’.”Top bersuara rendah,pandangannya yang dingin diruncingkan kelihatan tajam melihat kearah hadapan.Dynaz tersenyum manis.

“Oh..awak ada orang tersayang yang perlu dibalas budinya? Mesti ibu kan?”Dynaz cuba untuk memeriahkan suasana.Senyuman di bibirnya masih terpamer indah tiada kecacatan.

“Lebih dari ibu..he’s someone who really important to me, the reason I still alive in this world is to give the sweet present to him.”Top kini melihat ke wajah Dynaz.Dirinya jua tersenyum manis kearah wanita tersebut menampakkan betapa kacaknya wajah miliknya itu.Dynaz mengangguk faham,dirinya masih tersenyum.

“Mesti..ayah kan?”Dynaz meneka.Top tersenyum manis dirinya terus melihat kehadapan.Tiada tanda dia akan menjawab soalan yang diajukan Dynaz itu.

“Hmmm..Saya Dynaz, semua orang panggil awak Top, itu nama sebenar awak?”Dynaz kini menukarkan soalannya,dia melihat terus ke wajah kacak Top.Mug di dalam genggamannya dipegang erat sekali.Top tersenyum,kedengaran ketawa kecil terhasil olehnya.Dirinya menggeleng sekali dan terus memandang wanita yang semakin disenanginya itu.

“Dynaz boleh panggil saya Seung Hyun.”

8 comments:

Anonymous said...

wah..seung hyun ke name top?ingtkn top yong jun..
huhu..bestla cite ni..pasni lame nk tggu n3 seterusnye..gud luck kanafee..! nti da abes xm..post n3 bbyk ye..xsabar nk tau kisah seterusnye..!huhu

Anonymous said...

best ar citer ni.hope leh sambung cept2

HaZIq said...

huhu tk tau r npe tentbe suke dynaz ngan TOP AKA SEUNG HYUN AKA YOUNG JUN...harap22 r..enth dennis mcm jht r ...buat sesuatu mesti ad plan menyampah..henney plak sweet sgt...sesuai gak ngn dynaz..tpi kalau dynaz tau dennis suh henney mengorat die mesti sedihkan...hariz pergi jalan da...tk lyk pun dpt dia

perk22 hal....cite nie memg best gengile...pandai penulis wat pembaca touching

Hafia Hana said...

hu.h.u.u....

apa plan dennis yg sbnrnya?~

confius!

aqilah said...

best banget ciite ni, waduh.....ngak sabar ni.................................

dixie dollz said...

wahhhh TOP saranghae haha

Anonymous said...

Haha..TOP!!mmg melampau!
writer ni mcm tahu je watak2 HOT nih..huhu..
credit wt writer;)


-TOP Fan

Anonymous said...

ughh..time hariz nk kawen ngan fasha plastic tuh rs sakittt sgt ati...smpi skang rs cam dynaz pttnye kawen ngan hariz...sbb die slalu sgt brmadu2an ngan hariz bkn dennis...geram2!
congrats writer u make me hate fasha sanda more than i do before!menjelikkan...
owh btw ur grammar ade sdikit messy...just a bit!but really makes me feel terabur...

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket