Novella~My LovE 5

Wednesday, February 18, 2009

BAB 5

Keriangan malam dipekarangan dewan budaya ditambah lagi dengan keriuhan para peniaga yang menjual makanan, minuman dan tidak terkecuali juga barang-barang mainan dan cenderahati membuatkan keadaan disitu tidak ubahnya seperti di siang hari.Setiap jalan dipenuhi dengan gerai-gerai bagi peniaga untuk mencari rezeki.Para pembeli pula disediakan dengan pelbagai juadah yang beraneka jenis untuk mereka membeli.Keadaan yang sesak itu betul-betul menambahkan keceriaan.Pelbagai ragam manusia dapat dilihat disitu, ada yang sibuk membeli ada juga yang sibuk menikmati juadah dan tidak terkecuali juga kanak-kanak yang merayu kepada ibu bapa mereka untuk membelikan permainan bagi mereka.Lagu-lagu kebudayaan juga kuat dipasang untuk menghidupkan lagi suasana malam kebudayaan tersebut.Rata-rata semua penduduk kampung datang dengan berpakaian mengikut budaya melayu yang disanjung tinggi.Pakaian jati anak bangsa Melayu.

“Wah,meriahnya malam budaya ni, tak ubah seperti tahun lepas, kan bang?” Ibu Dynaz yang cantik dengan persalinan kebaya labuhnya cantik disamping suaminya yang segak berpakaiaan baju melayu.Pak Rahim mengangguk setuju dengan isterinya itu.Dynaz yang sentiasa simple dan cantik dengan baju kurungnya.Rambutnya diikat kemas kebelakang.Tanpa secalit make-up pun wajahnya masih kelihatan cantik dan berseri.

“Mak,abah, Naz nak cari Limah kat gerai dia sekejap.” Dynaz bersuara sambil melihat-lihat keliling, matanya galak mencari gerai Halimah.

“La, tak nak masuk dewan ke? Fasha nak buat persembahan sat lagi.” Ayahnya bersuara sambil melihat kearah anak kesayangannya itu.

“Tak pe pergilah, nanti mak tolong jaga tempat Naz kat dalam dewan ye..”Mak Ana pula bersuara, kenal benar dia dengan anaknya itu kemana sahaja pasti tidak akan berengang dengan kawan-kawannya.

“Eh, tak usahlah mak..Dynaz nak tolong Limah kat gerai dia saja..”Dynaz menolak lembut cadangan ibunya itu.Dirinya tersenyum lebar sambil membetul-betulkan butang baju kurungnya.

“Apa-apa je lah, jaga diri elok-elok tau.”Mak Ana senyum kembali kearah anaknya,dia mula beredar dengan Pak Rahim.

“Eh, jangan lupa kirim salam kat menantu abah ye..”Pak Kassim sempat berpesan sambil mengeyitkan matanya kearah Dynaz.Tahu benar dia tentang karenah anaknya itu, pasti mahu berkepit bersama tunangnya itu.Lega hatinya kerana Dynaz anak kesayangannya itu dapat ditangan budak yang baik seperti Hariz.Dynaz yang mendengar kata-kata ayahnya itu tersenyum, merah rona kulit mukanya yang putih gebu.

Dari jauh kelihatan Halimah sibuk dengan gerai cendolnya, kehulu kehilir dibuatnya kerana sibuk dengan pelanggan-pelanggan yang berpusu-pusu datang membeli cendol untuk membasahkan tekak.

“Ya..terima kasih, datang lagi.”manis air wajah Halimah menjual untuk menarik hati para pelanggan.Selain itu juga untuk memastikan para pelanggan berpuas hati dengan layanan baiknya.Itulah kunci kejayaan yang dipegangnya selama ini.

“Hai, Limah perlukan bantuan?”tiba-tiba muncul Dynaz disebalik para pelanggan.Terkejut Halimah tapi sempat dirinya mengangguk dan menarik lembut lengan kawannya itu supaya masuk ke gerai dan memberi khidmat bantuan.

“Ya, tepat pada masanya! Mak dan abah aku tak de ni.”Halimah bersuara sambil tangannya ligat membungkus cendol.Dynaz hanya tersenyum dengan cepat dia memakai apron yang disidai kemas di penyangkut apron.Wajahnya manis memberi pertolongan kepada Halimah.Sibuk sungguh mereka berdua samapai tidak sempat untuk bertegur sapa dan bersembang sesama sendiri.

“Fuh,leganya..kurang sikit pelanggan dari tadi..”keluh Halimah yang penat terduduk di kerusi.Dynaz tersenyum melihat rakannya itu.

“Kalau hari-hari macam ni, for sure aku boleh kurus punya.”Halimah tergelak dengan percakapannya, dilihatnya kearah kawannya itu mereka berdua tergelak kuat bersama-sama.

“Betul-betul tak sangka, sampai laku macam ni..”Limah mengeleng-gelengkan kepalanya tidak percaya dengan jualan cendolnya hari ini.

“Hei, siapa tak kenal ‘Cendol Limah’ yang lemak berkrim digilai oleh sesiapa sahaja”Dynaz bersuara masih bersisa lagi ketawanya sebentar tadi.Dia mula mencari tempat disebelah kawannya itu.

Halimah mengibas-ngibas kain tuala kecil kebadannya supaya terasa dingin.Dynaz turut melakukan juga.

“Eh, Limah nampak abang Hariz tak?” Dynaz menyoal sambil matanya melilau-lilau mencari kelibat tunangnya itu.

“Entahlah, tadi kat dalam kelas aku dengar dia ada nak datang..tapi sampai sekarang tak nampak pun batang hidung dia.”Halimah juga turut mencari-cari kelibat Hariz.

“Si Yusri pun tak nampak..”Halimah bersuara lagi. Mendengar nama Yusri Dynaz tersenyum nakal.Dia menjeling kearah kawannya itu.

“Eh, ada orang rindu kat Yusri rupanya…”Dynaz mendekatkan wajahnya kewajah Halimah bertujuan untuk mengusik.Senyuman nakalnya masih lagi kelihatan.

“Kau ni! Tak kan sampai ke situ kot, aku dengan dia seteru lah! Seteru! Faham..”

Halimah mendekatkan juga wajahnya ke wajah Dynaz, kedua-dua matanya dibesarkan di hadapan Dynaz.

“Rindu katalah rindu..nak jadi seteru pulak..”Dynaz mencebik wajahnya, dan tersenyum semula setelah Halimah turut mecebik wajahnya.

“Sudahlah..kau tu, aku nak nasihat pandai-pandailah jaga si Hariz tu.Nanti melepas pulak.” Halimah mula mengubah tajuk perbualan diantara mereka berdua.Dynaz memuncungkan mulutnya dirinya meruncingkan matanya tepat memandang kea rah kawannya itu.

“Apa maksud kau hah?” Dynaz mengangkat kening.

“Cais, buat tak tahu pulak, kau tu pandai-pandailah bergaya sikit.Ni selekeh je aku tengok.” Halimah bersuara sambil menunjuk-nunjuk baju kurung yang dipakai oleh Dynaz.

“Kau tu kena tahu, yang kau tu bertunang dengan jejaka idaman kampung ni.Kau tahu bila-bila masa je ‘perempuan ratu’ tu boleh rampas tunang kau” lantang Halimah bersuara tanpa menoleh kearah Dynaz.Tiba-tiba dia tersentak,tidak dia tersangka yang dirinya sudah tersebut panggilan yang paling tidak disukai Dynaz.

“Ooopss..sorry.”Halimah berpaling kembali kearah Dynaz sambil menutup mulut murainya.

“Eh, tak apa lah..aku okey.Sekarang ni aku tak perlu takut lagi dengan si ratu tu, tau tak.”riang Dynaz berkata sambil mendekati kawannya itu.Halimah hairan, binggung dia dengan kata-kata Dynaz.

“He.He.He..mesti kau terkejut kan? Kau tau tak, abang Hariz dah terangkan segalanya pada aku.Bahawa dia sangat menyukai aku,dan tak mungkin akan melukakan hati aku.”bersinar-sinar wajah Dynaz menerangkan kepada kawan baiknya tu.Dia tersenyum manis melihat Halimah yang masih melihat kearahnya tanpa sebarang reaksi.

“Iye..percayalah, abang Hariz tak akan melukai hati aku.”sungguh-sungguh Dynaz bersuara sambil memegang erat tangan kawannya itu.Halimah menarik nafas dalam dan memberikan senyuman kepada Dynaz.Hatinya masih tidak tenang dengan kenyataan itu.Dia tetap dengan fikirannya supaya Dynaz cepat-cepat belajar untuk bergaya dalam hidupnya.

“Ok,lah mak dan abah kau dah sampai tu, aku minta diri sekejap nak cari tunang aku tu.”Dynaz masih lagi tersenyum manis, dia mengenyitkan matanya kepada kawannya itu.Halimah tersenyum paksa dan mengangguk.

“Kalau dia buat hal, kasi tau aku.Nanti aku tangankan dia.”sempat juga Halimah membuat lawak kepada Dynaz.Dynaz menyambutnya dengan senyuman yang ceria dan berlalu pergi sambil melambai riang kearah Halimah.

“Emm..budak yang kasihan,” Halimah mengeluh perlahan sambil matanya masih lagi melihat kelibat Dynaz yang semakin menghilang ditengah-tengah orang ramai.Dirinya sungguh risau dengan perhubungan Dynaz dengan Hariz.Bukannya dia tidak tahu bahawa Hariz masih lagi tidak dapat melupakan sepenuhnya tentang Fasha di dalam hatinya.Semestinya perkara itu susah untuk dilupakan kerana Fasha merupakan cinta pertama jejaka tersebut, walaupun Hariz tidak pernah memberitahu kepada Fasha tentang perasaannya.Mengingatkan perkara tersebut, cepat sahaja kotak fikirannya berputar ke masa lampau ketika mereka masih berusia 10 tahun.


“Eh,Hariz! Jiwang nampak..”Halimah menyakat kawannya itu setelah melihat Hariz asyik termenung tidak menghiraukan keadaan keliling.

“La,Limah kau jangan kacau la..habis mood aku tau..”Hariz menarik muka sambil berpaling kearah lain untuk menyambung semula angannya tadi.

“Kau ni dah jatuh cinta ke?”Halimah bersuara masih menyakat kawannya itu. Hariz tersentak,cepat dia menoleh kearah Halimah.

“Mana kau tahu ni?”panik saja wajah Hariz.

“Aku ni dari dulu lagi dah kenal dengan kau tu.” cepat sahaja Halimah mengambil tempat disebelah Hariz.Hariz yang melihat segera memberi ruang untuk Halimah.

“Siapa perempuan tu?”manis wajah Halimah menyoal didalam hatinya dia sudahpun tahu akan jawapannya.Sudah tentu Dynaz kerana mereka sangat rapat.

“Baguslah Dynaz, Hariz pun ada feeling dengan kau..”Halimah berkata riang didalam hatinya.Sememangnya Dynaz sudah menyuarakan kepadanya bahawa dia sangat menyukai Hariz.

“Fasha.”Hariz bersuara lembut seperti mengambarkan kelembutan si pemakai nama tersebut.

“Apa?! Fasha!” terkejut besar Halimah mendengar pengakuan tersebut.Hariz menoleh selamba kearah Halimah dan mengangguk sekali.

“Yup, aku dah jatuh cinta dengan dia la, entahlah aku rasa aku masih muda..tapi hati aku rasa semacam aje bila betembung dengan dia.” Hariz memegang lembut dadanya.Dirinya tersenyum manis.

Tiba-tiba Dynaz muncul bersama Yusri dengan sebuah basikal.

“Hey, Hariz dan Limah marilah join sekali.”ajak Yusri ceria.Dynaz yang membonceng dibelakang Yusri turut tersenyum ceria.

“Kami rancang nak pergi tangkap ikan dekat Paya Tok Din, nak join tak?”ajak Dynaz.Diusia yang muda sebegini Dynaz tidak ubah kelihatan seperti kanak-kanak lelaki yang sangat comel.Hariz tersenyum lebar mendengar rancangan kawan-kawannya itu.Halimah juga turut tersenyum.

“Okey! Tapi dengan syarat Dynaz naik basikal aku.” Hariz mengeluarkan syarat dengan senyum yang masih terpamer dibibirnya.

“Orait!” Yusri bersuara kuat.Dynaz turun dari basikal dan pergi kearah Hariz.

“Ok,Limah bonceng kau”Dynaz bersuara sambil jarinya menunjukkan kearah Yusri.

“Eh,jangan..nanti pancit tayar aku ni..”Yusri bersuara sambil tersenyum kambing kearah Halimah.

“Eleh, aku pun tak mahu naik dengan kau la.Ni, aku dah bawak basikal aku sendiri lah”tajam Limah menjeling.

“Sudah..sudah..jom kita bertolak.”Hariz yang ketawa besar melihat karenah kawan-kawannya itu sempat bersuara untuk meleraikan keadaan diantara Halimah dan Yusri.

“Dynaz,duduk baik-baik tau.Abang nak bawa laju ni”Hariz sempat berpesan kepada Dynaz sambil tangannya lembut mengusap pipi comel Dynaz.Dynaz mengangguk ceria.Halimah yang melihat keadaan itu cuma tersenyum dalam hatinya kesiankan Dynaz.Hariz mungkin melayan Dynaz dengan baik cuma sebagai adik kerana Hariz sudah pun memiliki cinta hatinya iaitu Fasha.

“Oi,makcik cendol!Jauh berangan.Tak nak jual ke!”kendengaran suara nyaring seorang pelanggan yang mematikan terus kenangan lampau yang diimbau Halimah.Raut wajah Halimah yang tenang sebentar tadi mula berubah.Digengamnya erat senduk cendol ditangannya.

“Ooo..makcik ye..”Halimah mengulangi panggilan tersebut perlahan didalam hatinya sambil mengalihkan badanya menghadap pelanggan tersebut.

“Oops..Limah ke..so..rry..ye..”pelanggan tersebut mula merasakan ketakutan apabila melihat penjual cendol tersebut merupakan Halimah.Halimah yang melihat pelanggan yang ketakutan itu menghadiahkan segaris senyuman sinis.

______________________________________________________

“Abang Hariz!” Dynaz sengaja mengejutkan Hariz yang leka bersembang bersama Yusri disebuah gerai makanan.Hariz tersenyum melihat Dynaz,tenang hatinya melihat Dynaz yang berpakaiaan baju kurung selain daripada baju kurung seragam sekolahnya sahaja.

“Wah,cantik sungguh Dynaz hari ni, meh duduk kat tepi Yusri ni.”sengaja Yusri menyakat Dynaz.Dynaz menarik rupa dan segera diangkat kerusi kosong dimeja sebelah dan diletakkan ditepi Hariz,lalu diduduknya.Yusri hanya tergelak melihat Dynaz.Hariz hanya mengeleng-gelengkan kepalanya tersenyum dan kembali meneguk airnya yang masih berbaki.

“Sembang apa ni?Tak tolong Limah kat gerai ke?”soal Dynaz melihat kearah kedua-dua lelaki yang berada disampingnya.

“Kenapa?Limah perlukan bantuan ke?”Yusri menyoal serius.Matanya dibesarkan meminta jawapan kepada Dynaz.Dynaz dan Hariz yang terkejut melihat perubahan sikap Yusri mula memandang sesama sendiri.

“Eh,risau ke?”sengaja Hariz menduga.

“Tak adalah..aku cuma tanya je..tak boleh ke?”Yusri menjawab sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Em..tak salah la..”Dynaz selamba mengangkat bahu.Mulutnya dikebamkan menahan tawa yang hampir teburai.Hariz pula meletakkan tangannya dagunya cuba menglindungi senyumannya dari kelihatan dan cuba berlagak selamba sedangkan hatinya sudah tertawa melihat keperihatinan Yusri terhadap Halimah.

“Ok,apa-apa aje lah, aku nak pergi jalan-jalan jap.”cepat Yusri bersuara dan berlalu pergi bagi menahan malunya.Tidak disangkanya reaksinya begitu cepat sehinggakan mengakibatkan dirinya menanggung malu besar dihadapan kawan-kawan baiknya itu.

“Ha.Ha.Ha..tak sangka Yusri peduli juga dengan Limah tu.Ha.Ha”teburai ketawa Dynaz mengenangkan sikap Yusri sebentar tadi.Hariz turut tersenyum dan ketawa tetapi tidaklah sekuat Dynaz.Sempat dirinya mencuri melihat Dynaz, Dynaz sememangnya seorang perempuan yang cantik.‘Neutral Beauty’ itulah ungkapan yang boleh digambarkan mengenai Dynaz.

“Dynaz,sudah-sudahlah ketawa tu,tak baik anak dara ketawa kuat-kuat.”Hariz bersuara sambil pandangannya jatuh tepat kewajah Dynaz.Dynaz mengangguk-angguk tetapi masih lagi ketawa cuma tidak sekuat tadi.

“Ok.ok..em..abang sampai bila?Tak nampak pun tadi?”Dynaz mula menyoal tunangnya itu.

“Abang dengan Yusri bantu kat dalam dewan tadi”Hariz menjawab.Dynaz terdiam, dia mengangguk.Dia tahu Makcik Rita selalu mahu menjodohkan anaknya Fasha dengan Hariz,cuma Hariz tidak pernah bertanyakan tentang anaknya itu walaupun hatinya kuat mengatakan Hariz sememangnya berminat dengan anak daranya itu.

“Jadi, kenapa tak tunggu sampai persembahan mula.sekurang-kurangnya boleh tengok Fasha buat persembahan”Dynaz bersuara menundukkan wajahnya.Tiada nada cemburu berbunyi.Hariz terdiam dia hanya melihat kearah tunangnya itu yang masih memandang ke bawah.

“Abang dah tak nak lihat persembahan Fasha lagi”tenang Hariz bersuara.Mendengar pengakuan Hariz pantas Dynaz menggeleng laju.Dia mengangkat wajahnya memandang tepat kearah wajah kesayangannya itu.Tidak mungkin Hariz tidak mahu lagi menonton persembahan Fasha, kerana Hariz yang dikenalinya sangat menyukai tarian yang dipersembahkan Fasha.Setiap tahun pasti Hariz akan menonton tarian Fasha malah dia menonton persembahan Fasha dari kecil lagi.

“Tak..tak mungkin abang tak nak lihat persembahan Fasha lagi.”tenang juga Dynaz bersuara.Matanya tepat memandang kearah hadapan.Tidak lagi melihat kearah wajah Hariz.Hariz tersenyum, dan mendekati wajahnya ke telinga Dynaz.

“Kalau abang lihat Fasha tentu abang tak dapat lihat Dynaz abang yang comel ni.”bisik Hariz perlahan di telinga Dynaz.Dynaz yang mendengar ungkapan Hariz seperti hampir tidak percaya dengan apa yang didengarnya.Cepat dia menoleh kearah wajah Hariz yang berada hampir dengannya itu, dan Hariz menjauhkan wajahnya sedikit supaya tidak terlalu rapat dengan Dynaz,dikhuatirinya akan menjadi buah mulut orang kampung nanti.Hariz mengangguk mengiyakan segala percakapannya tadi dengan sebuah senyuman yang sangat manis.Dynaz masih diam, dirinya masih mencari-cari sinar kebenaran disebalik wajah Hariz.Akhirnya dia juga turut tersenyum lega.

“Ini merupakan hadiah istimewa buat Dynaz,”Hariz bersuara rendah, manis Dynaz menghadiahkan senyumnya kepada Hariz.Hariz juga turut tersenyum walaupun dirinya telah mengorbankan kegembiraannya dia sanggup untuk mengembirakan Dynaz.

“Ok, sekarang ni Dynaz pulak nak kasi hadiah kat abang,” Dynaz bersuara riang dan segera menarik lengan gagah milik Hariz.Hariz yang terkejut dengan tindakan Dynaz cuma mampu mengikut jejak langkah Dynaz yang kelihatan ceria untuk menunjukkan hadiahya kepada Hariz, tunang kesayangannya itu.

“Woi, lembablah kau ni mari sini buat cendol ni,”marah Yusri kepada Halimah yang sibuk mengira baki wang kepada pelanggan.

“Tok cai kau! Kan kau juga yang suruh aku uruskan bahagian kewangan, dan kau yang nak uruskan bahagian penjualan kan?”marah Halimah apabila dia selesai memberikan wang baki kepada pelanggan.Yusri tersenyum kecil,sengaja dia mahu mendengar suara Halimah.Dirinya tidak senang kalau tidak bergaduh dengan Halimah walau sehari.

“Kau tu yang datang offer bantuan kau, bukan aku yang cari kau tau tak?”Halimah mencebik sambil mendekati Yusri.

“Eleh,kalau aku tak datang tolong..boleh ke kau nak settle kan semua ni”makin rancak Yusri menaikkan darah Halimah.Halimah geram,mahu sahaja dia mematahkan batang leher si Yusri yang berada dihadapannya dan sesungguhnya dia memang mampu untuk melakukan itu.Direnung tajam kearah Yusri.Yusri yang menyedari hanya menjelirkan lidahnya masih bertujuan untuk menyakitkan hati kawannya itu.

“Gemuk.Patutlah lembab.”selamba Yusri bersuara sambil kembali melakukan kerjanya.Halimah menarik nafas dalam.Mengatur segala ketenangan didalam hati.

“Cakap..cakaplah biar sampai beruih mulut kau tu”Halimah sudah malas untuk mengendahkan segala percakapan Yusri.Dia sudah lali dengan sikap lelaki itu yang hanya hidup dengan satu tujuan iaitu untuk mengacau bilaukan hidupnya.

“Ni,aku nak tanya sikit.Nampak Dynaz tak?”Halimah serius bertanya.

Ada dengan Hariz,”Yusri menjawab mula bernada serius.Selalunya mereka berdua memang begitu walaupun sering bergaduh masih mampu berkomunikasi.

“Aku risaulah..”Halimah mula termenung melihat kehadapan.

“La..nak risau kenapa pulak.Kan Dynaz tu ada sama Hariz.”Yusri membulatkan matanya kepada Halimah.

“Bukan pasal tu la..”Halimah menjeling tajam kearah Yusri.

“Aku risaukan tentang perhubungan mereka berdua la”Halimah bersuara sambil menghembuskan nafas dalam.Yusri binggung,dan berasa hairan melihat Halimah.Terhenti kerjanya yang sibuk mengelap meja dihadapannya.

“Aku tengok Hariz tu macam tak dapat lupakan Fasha lagi.”rendah suara Halimah menyuarakan rasa hatinya yang resah.Yusri menarik nafas dalam dan dihembusnya perlahan.Dirinya memandang Halimah serius.

“Jadi,aku rasa jalan terbaik untuk Dynaz ialah untuk belajar bergaya macam Fasha.”Halimah menyuarakan cadangannya.Yusri mengangkat kening kirinya sambil melihat tepat kearah Halimah.Berkerut dahinya.

“No,no.Aku tak setuju.Tu namanya plastik.Come on lah…Dynaz tu sudah ada daya tarikannya sendiri.”Yusri tidak setuju dia menggeleng-geleng kepalanya pantas tidak bersetuju.Halimah masih dalam keadaan raut wajah yang mempamerkan kerisauan dijiwanya.

“Sudah,jangan fikirkan..Hariz kan sudah bertunang dengan Dynaz”Yusri cuba menenangkan perasaan Halimah yang kini dilanda kemurungan.

“Yusri, kau kan tahu Hariz sangat cintakan Fasha.Malah kalau Fasha tahu tentang itu, aku pasti mungkin Fasha juga akan sukakan Hariz.”Halimah bersuara.Yusri terdiam.Buat seketika keadaan menjadi sunyi sepi.Masing-masing melayan perasaan sendiri.

Sememangnya,Hariz tidak pernah meluahkan rasa cintanya kepada Fasha.Hariz bimbang Fasha tidak dapat menerima dirinya walaupun Halimah,Yusri malah Dynaz juga tahu bahawa jikalau Hariz meluahkan rasa cintanya kepada Fasha tentu Fasha akan menerimanya.

“Kau rasa patut tak aku luahkan perasaan aku?”Hariz bersuara ketika mereka berempat lepak diluar rumah Hariz untuk bermain gitar.Yusri terdiam,Halimah melihat kearah Dynaz dan Dynaz pula hanya berlagak selamba sambil berpura-pura tenang memetik gitarnya.Hatinya gemuruh tidak keruan,takut untuk menerima kenyataan bahawa sebenarnya Hariz mencintai perempuan lain.

“Kau sure ke nak kasi tau dia..”Yusri bersuara bagi memecahkan keheningan yang berlaku.Hariz yang duduk bersandar di pohon jambu kesayangan ayahnya itu mengangguk sambil memandang tepat satu persatu wajah kawan-kawan baiknya itu.

“Em..aku rasa better kau jangan kasi tau lagilah..”Halimah bersuara sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Hariz melihat Halimah dengan matanya yang terbuka luas meminta penjelasan daripada Halimah.

“aa..ii.iyelah..kan kau ni ketua pelajar,jadi agak malulah kalau kau bercinta sedangkan..kau sendiri disuruh untuk banteraskan cintan cantun ni kat sekolah kan..”tergagap-gagap Halimah bersuara panik semacam saja wajahnya.Semua mata memandangnya.

“He..He..He..betul lah aku kata, kan?”laju Halimah menyiku Yusri untuk bersetuju dengannya.Yusri menjegilkan matanya tidak mengerti dengan tindakan Halimah.Halimah tersenyum sikit sambil matanya menunjukkan isyarat kepada Yusri untuk melihat kearah Dynaz yang kelihatan muram.Akhirnya Yusri mengerti apa yang sedang diterangkan Halimah, laju sahaja dia mengangguk tanda setuju.Sebenarnya dia juga sudahpun tahu akan perasaan Dynaz terhadap Hariz,cuma Dynaz sahaja yang memaksa dia dan Halimah untuk merahsiakan perkara tersebut.Hariz mengerutkan dahi,dirinya hairan dengan karenah Yusri dan Halimah.

“Erm..Dynaz, apa pendapat Dynaz?”lembut Hariz bertanya apabila Dynaz sahaja yang tidak bersuara lagi.

“Kalau abang rasa tu yang betul, abang lakukan ajelah.”Dynaz tersenyum paksa tetapi tidaklah sampai menimbulkan keraguan dihati Hariz.Halimah dan Yusri tersentak, serentak mereka memalingkan pandangan kepada Dynaz yang masih bersisa senyumannya.

“Dynaz memang best.Ni buat abang sayang lebih ni..jom abang belanja aiskrim.”Hariz bersuara riang laju tangannya mengusap pipi Dynaz.Memang sudah menjadi tabiat Hariz yang selalu suka mengusap lembut pipinya Dynaz, malah Hariz melakukannya sejak dari kecil lagi.Oleh kerana itu, Dynaz, Halimah dan Yusri tidak janggal dengan tabiat Hariz itu.

Pagi itu merupakan hari perhimpunan rasmi disekolah mereka.Kelihatan keadaan di dataran berkumpul, sungguh sesak dengan pelajar-pelajar yang sibuk dengan ragam masing-masing.Kebanyakkan mereka sibuk mencari-cari kedudukan barisan kelas masing-masing.Keadaan juga menjadi bising dengan riuh rendah suara pelajar-pelajar yang juga sibuk berbincang, bercerita dan berkongsi topik diantara mereka.

“Dynaz, temankan abang jumpa Fasha nanti.”tiba-tiba Hariz datang kesisi Dynaz sambil bersuara serius dan perlahan.Tetapi nadanya ada terselit keriangan.Hampir tersentak Dynaz apabila Hariz muncul dengan tiba-tiba dan bersuara mengejut seperti itu.Tetapi cepat dia mengawal keadaan dirinya.Cepat dia menghadiahkan senyuman walaupun ternyata senyuman yang diberikan itu tidak begitu mesra.

“Okey,”Dynaz mengangguk kecil.Hariz memberikan senyuman manis kepadanya dan cepat berlalu untuk kehadapan pentas bagi memulakan perhimpunan pada pagi tersebut.Dynaz terdiam,hatinya seperti ditusuk sembilu.Sakit sekali rasanya,mahu sahaja dirinya menanggis dan meluahkan perasaannya kepada Hariz bahawa dia sangat menyintai Hariz sejak hari pertama dia mengenali Hariz lagi.Sesungguhnya pada saat ini dia sangat tidak mampu untuk membendung tanggisannya,tetapi dikuatkan juga semangatnya untuk menghadapi kenyataan bahawa Hariz tidak menyintainya.

Hariz mengerutkan keningnya, dia hairan dan binggung dengan Dynaz.Sungguh dia tidak percaya Dynaz menarik tangannya membawa dirinya kedalam Dewan Budaya.Dynaz tidak bersuara malah hanya tersenyum melihat kearah Hariz.Keadaan didalam dewan sungguhlah sesak dan bising dengan bilangan para penonton yang ramai dan riuh memberikan tepukan dan jeritan semangat untuk persembahan yang sedang dipersembahkan.

“Inilah hadiah untuk abang.”Dynaz bersuara tanpa melihat ke wajah Hariz.Matanya dijatuhkan terus kearah pentas melihat lenggokan tarian para penari yang asyik mempersembahkan tarian mengikut irama yang sungguh merdu.Hariz masih seperti tadi,dia tidak mengerti dengan apa yang dilakukan Dynaz.Wajahnya masih dengan riak yang tertanya-tanya.Matanya tepat memandang kearah Dynaz.

“Dynaz tak mahu abang korbankan apa yang abang suka.”Dynaz bersuara lembut sambil tersenyum.Matanya masih tidak teralih dari melihat keasyikan tarian yang dipersembahkan.Hariz terdiam tidak terkata apa-apa.

“Abang sangat suka lihat tarian,jadi ini hadiah Dynaz pada abang.” Lembut suara Dynaz dan mula memandang kearah Hariz.Hariz melihatnya dengan pandangan yang penuh dengan seribu pengertian.Dynaz tersenyum manis sambil mengangguk-angguk kepala mengiyakan segala percakapannya.

“Abang jangan risaukan perasaan Dynaz.Percayalah, bagi Dynaz abang sudahpun menunjukkan betapa abang mencintai Dynaz”Dynaz bersuara dan menghadiahkan senyuman mesra kepada Hariz.Hariz tidak terkata apa-apa tidak disangkanya bahawa hadiah yang dikatakan Dynaz adalah ini, dia mula melemparkan senyumannya kepada Dynaz.Tersentuh hati lelakinya apabila Dynaz bersikap sedemikian.Memang tidak salah dia memilih Dynaz sebagai teman hidupnya kerana Dynaz telah membuktikan kepadanya yang Dynaz sangat memahaminya.

“Lihat depan, nanti abang terlepas show pulak..”Dynaz berseloroh apabila dia melihat Hariz yang masih memandang kearahnya.Hariz mula memalingkan wajahnya menghadap kearah pentas.Memandangkan mereka berdua masuk ke dewan lewat, tempat duduk semunya sudahpun penuh dan mereka berdua terpaksa berdiri untuk menglihat persembahan.Hariz tidak terkelip matanya memandang keanggunan dan kelembutan tarian yang dipersembahkan.Kemuncak persembahan yang juga merupakan saat dinanti-nantikan para penonton tiba apabila Fasha sebagai ratu persembahan muncul ditengah-tengah pentas sambil diiringi penari-penari latar.Lemah gemalai bagaikan seorang puteri Fasha mempersembahakan tariannya.Semua mata didalam dewan seakan terpaku melihat kearah Fasha yang asyik mempersembahkan tariannya.Alunan musik gamelan memenuhi setiap ruang didalam dewan budaya tersebut.Asyik sekali musiknya ditambah lagi dengan gerak tari para penari menambahkan lagi keseronokan untuk menonton persembahan tersebut.

Dynaz melihat setiap gerak tari yang dipersembahkan Fasha,sungguh lembut dan gemalai sekali.Sememangnya Fasha kelihatan seperti seorang ratu sekarang ini,dengan pakaiannya yang cantik,set barang perhiasannya yang bergemerlapan dan juga wajahnya yang disolek anggun.Sesekali Fasha menghadiahkan senyuman anggunnya tidak ubah seperti seorang perimadona.Dynaz akui sememangnya Fasha berhak untuk mendapatkan gelaran seperti itu.

“Dynaz sokong abang kan?”Tepat mata Hariz merenung matanya Dynaz.Raut wajah Hariz penuh dengan kegelisahan sama seperti mana jiwanya yang semakin tidak tentu arahnya.Pagi tadi ditapak perhimpunan dirinya telah meminta Dynaz untuk menemaninya berjumpa Fasha.Bukannya dia tidak berani untuk berdepan dengan Fasha, tetapi dengan Dynaz dia akan lebih bersemangat.Mungkin mereka rapat bersama membuatkan kewujudan Dynaz disaat-saat ini sangat memberikannya semangat.

“Abang mesti boleh buat punya..jangan risau, Dynaz tetap ada di belakang abang.”Dynaz bersuara yakin walaupun hatinya seakan-akan menjerit menyuarakan isi hatinya yang sangat mencintai Hariz.Sebak hatinya apabila ternyata Hariz tidak mencintai dirinya.Dilihatnya Hariz masih mencari-cari akan kelibat Fasha sambil itu tersenyum manis kearahnya.Tidak lama kemudian, kelihatan Fasha bersama rakan-rakannya berjalan kearah yang sama Hariz dan Dynaz berada.Fasha langsung tidak tahu bahawa hari ini Hariz akan meluahkan cintanya kepadanya.Hariz yang melihat kelibat Fasha mula menarik nafas dalam untuk menguatkan semangatnya.

“Okey, Dynaz tunggu sini, abang akan pergi terus terang dengan dia.Just watch me ok.”Hariz mengeyitkan matanya dan laju bergerak kearah Fasha berada.Dynaz dapat merasakan hubungannya bersama lelaki kesayangannya itu selepas ini akan semakin menjauh.Dia perlu bersedia untuk kehilangan Hariz.Saat ini air matanya sudah memenuhi ruang matanya.Cepat dia membelakangi Hariz yang sudahpun bergerak meninggalkannya.Laju sahaja air matanya mencurah-curah ke pipi.Perit sekali rasanya ketika ini.Dia tidak dapat memikirkan apa-apa lagi,dibiarkan sahaja air matanya membasahi pipinya yang gebu itu.Aku sudah kalah..aku tidak boleh membuatkan Hariz mencintai aku..aku kalah..Dynaz merintih seorang diri sehingalah tiba-tiba suara hatinya bergema,Tidak kau perlu kuat! Kau tidak boleh seperti begini! Sesungguhnya apa sahaja pilihan Hariz, kau perlu pasrah asalkan Hariz gembira sudah cukup membuatkan kau turut gembira! Hentikan tangisan, tiada guna kau menangis..kau harus menerima kenyataan Dynaz! Segera dirinya mengesat air matanya dengan telapak tanganya.Dia menarik nafas dalam menguatkan semangat untuk berdepan dengan kenyataan hidupnya.

“Ya! Aku kena hadapi kenyataan!”Dynaz bersuara kuat dalam hatinya dan segera berpaling kearah Hariz yang mungkin saat ini sudahpun meluahkan perasaannya kepada Fasha.Tetapi tidak disangkanya,alangkah terkejutnya Dynaz apabila melihat Fasha terlebih dahulu disekat oleh seorang lelaki yang berpakaian baju kemeja kemas sambil menghulurkan sejambak bunga mawar kepadanya.Cepat Dynaz memandang kearah Hariz yang terkaku melihat kejadian itu.Fasha riang ketawa melihat lelaki itu dan segera menyambut bunga yang dihulurkan lelaki tersebut.Manja wajahnya menghadiahkan senyuman kepada lelaki tersebut.

“Cikgu Hamdan..”perlahan suara Hariz, seperti tersekat ditengah-tengah kerongkongnya.

Saat ini Dynaz melihat tepat kewajah bersih Hariz,sungguh dia tidak percaya akhirnya hubungan dia bersama Hariz akan menjadi lebih bermakna seperti sekarang ini.Sememangnya sehingga hari ini Hariz tidak pernah sekalipun meluahkan perasaan cintanya kepada Fasha, baginya Fasha sudah pun mendapat orang yang sangat sesuai dengannya.

Penonton melaung kuat nama Fasha ketika Fasha mula mempersembahkan tarian secara berseorangan ditengah-tengah pentas.Fasha yang seumpama bidadari itu tidak kekok pun mempersembahkan tarian seorang diri.Sesungguhnya dia dapat mengawal pentas dan dewan hanya dengan kewujudan dirinya sahaja.

Sekali lagi Dynaz melihat kearah Fasha dan mengalihkan pandangannya kearah Hariz yang tidak sedikit pun mengalihkan pandangannya kearah Dynaz.Hariz menikmati sepenuhnya persembahan malam itu.Tidak terputus pandangannya memandang tepat kearah Fasha.Wajahnya tenang melihat segala gerak tarinya Fasha.Dynaz menyedari akan itu, dia mengakui segala keistimewaan yang dimiliki Fasha.Dirinya kembali melihat kearah pentas.Tiba-tiba tanpa diduganya tangannya digenggam erat oleh Hariz,cepat dia mengalihkan pandangannya kearah Hariz.Matanya Hariz masih melihat tepat kearah pentas tetapi bibirnya dihiasi senyuman manis.Makin erat tangannya dikemaskan memengang tangannya Dynaz.Seperti mana eratnya genggamannya seperti itulah bertambah manisnya senyuman yang dipamerkan.Dynaz yang melihat kearah Hariz mula tersenyum manis dan semula memalingkan pandangan kearah pentas bagi menikmati segala keasyikan tarian yang dipersembahkan pada malam tersebut.Hariz masih lagi tidak melepaskan tangannya dari memengang tangan Dynaz,erat dan hangat sekali kasih sayangnya mengalir dari sentuhan itu,walaupun mereka tidak bertentangan mata.Sesungguhnya ini merupakan saat paling bahagia Dynaz rasai dan dirinya yakin sesungguhnya Hariz sememangnya mencintainya sepenuh hatinya.

Persembahan sudah pun tamat.Berpusu-pusu orang meninggalkan dewan budaya membawa sekali memori indah melihat persembahan yang sangat menarik pada malam tersebut.Dibelakang pentas setelah semuanya selesai kelihatan Fasha yang sedang menanggalkan barang perhiasaannya dihadapan cermin yang besar menyanyi-nyanyi kecil berentak riang.Setelah ditanggalkan barang perhiasaan dia meleraikan dengan cermat sanggulnya.Rambut panjang lebatnya kelihatan bermaya ketika dia menyisir rambutnya itu.Akhirnya dia berhenti menyisir rambutnya.Diletakkan sikat diatas meja dihadapannya.Dia melihat tepat kearah cermin yang terbentang besar di hapadannya.Lama dia merenung wajahnya dan akhirnya dia tersenyum seorang diri.

“Untung nasib kau Fasha, dapat keistimewaan macam ini” Fasha berkata-kata seorang diri dihadapan cermin.Dia berpuas hati dengan segala keistimewaan yang dimilikinya.Dia mempunyai wajah yang cantik,bentuk tubuh yang menawan, dan bakat menari yang semulajadi.Dia tidak ubah seperti seorang manusia yang sangat sempurna dan inilah yang membuatkan dirinya lain dari semua anak gadis didalam kampungnya.Kecantikkan wajahnya bukan sahaja terkenal di dalam kampungnya malah juga ke kampung-kampung yang berhampiran. Bagi orang ramai dia merupakan seorang perimadona kerana dia cukup dengan kesempurnaan.Segala kesempurnaan pada dirinya sememangnya menjadi kegilaan pada semua lelaki dan idaman bagi setiap wanita.Oleh kerana itulah, walaupun dia masih belum menghabiskan alam persekolahannya lamaran pinangan sudahpun beratur menunggu persetujuannya.Sekali lagi Fasha tersenyum manis seorang diri sambil mengeleng-geleng kepalanya apabila memikirkan segala pujuk rayu dan usaha yang dilakukan oleh lelaki-lelaki diluar sana untuk meraih secebis cintanya.

“Fasha, ini ada satu lagi bungkusan.”tiba-tiba datang seorang perempuan mengejutkan Fasha yang sedang asyik melayan perasaan.Perempuan itu membawa satu bungkusan besar yang dibungkus cantik khas buat Fasha.

“Ha..a..letak aje dekat tempat hadiah-hadiah yang lain ye..”Fasha mengarah.Sememangnya dia tidak terkejut dengan segala hadiah tersebut kerana dia sudah pun biasa menerima hadiah dengan kuantiti yang banyak seperti hari ini.

“Untungnya kau Fasha, banyak kau dapat hadiah..”tiba-tiba datang tiga orang perempuan yang juga merupakan kawan baiknya Fasha.Mereka juga penari latar ketika membuat persembahan tadi.

“Eh..bunyi macam ada orang cemburu je..”Fasha bersuara sambil tersenyum manis.Disikat rambutnya penuh dengan kelembutan untuk tidak merosakan pertumbuhan mahkota wanitanya itu.

“Mestilah cemburu, kami tak dapat satu hadiah pun..”Rina salah seorang kawannya Fasha bersuara sambil membelek-belek setiap bungkusan hadiah Fasha.

Ala, kalau korang nak sangat hadiah, ambillah yang mana satu korang suka.”Fasha menjeling sambil menghadiahkan sekuntum senyuman manis kearah ketiga-tiga rakannya itu.

“Betul ke ni kau nak bagi hadiah ni kepada kita.”riang suara Mina dan Nadia seperti kanak-kanak yang akan diberikan gula-gula.Rina yang sudahpun berada di tempat bungkusan hadiah itu cepat memilih-milih hadiah yang paling digemarinya.

“Iyelah, ambillah..tapi seorang satu aje tau.”Fasha bersuara manja mengingatkan rakan-rakannya supaya hanya memilih satu sahaja hadiah yang digemari mereka.Cepat sungguh rakan-rakannya itu memilih-milih hadiah yang banyak terkumpul disudut bilik itu, mereka ketawa riang apabila melihat kebanyakkan hadiah didalam bungkusan yang besar-besar.Fasha turut ketawa melihat gelagat rakan-rakannya itu.

Sedang asyik memilih, tiba-tiba Rina bersuara.

“Fasha kau perasan tak, Abang Hariz tu asyik pandang kau aje..”Rina mula mendapati kerusi disebelah Fasha dan duduk tersenyum riang setelah akhirnya dia dapat pilih hadiah yang digemarinya.Raut wajah Fasha tidak berubah apabila mendengar kenyataan kawannya itu, sebaliknya senyuman makin memekar dibibir mungilnya. Senyuman yang penuh dengan seribu makna yang tersirat.

“Eh, Fasha kau tak nak ke kat Abang Hariz tu?”Mina pula bersuara, manakala Nadia hanya mengangguk.

“Abang Hariz tu kacak tau, bijak pula tu.Sayang aje bertunang dengan minah ‘tomboy’ tu, kalaulah dapat kat aku..”Rina menambah sambil tersenyum berangankan Hariz menjadi miliknya.Fasha bangun dari kerusi dan menuju ke tingkap bilik sambil tersenyum sinis.Dia teringat akan segala pandangan Hariz kearah dirinya.Sememangnya dia menyedari Hariz selalu memandangnya.Malah sejak dari kecil lagi dirinya sudah mengetahui akan itu.Dia mengakui hatinya sememangnya akan menerima Hariz jejaka idaman dikampungnya itu sebagai temannya tetapi akalnya berkata sebaliknya.

“Abang Hariz cuma budak kampung, aku berhak mendapat lelaki jauh lagi hebat dari dia, aku idamkan lelaki bandar yang berjaya”Fasha bersuara sambil tersenyum sinis melihat pemandangan malam melalui tingkap bilik persiapan Dewan Budaya.

Novella~My LovE 4

BAB 4

Asyik sekali irama mainan piano yang berkumandang di sekitaran rumahnya Pak Kassim, ketua kampung Indah Berseri.Sememangnya apabila malam merangkak ke pukul 9 malam pasti rumahnya tidak terlepas dengan keasyikan irama piano yang menguasai segenap ruang rumahnya.

Hariz yang bermain piano kelihatan sungguh asyik bermain dengan not-not di pianonya.Sesekali kelihatan dia menglihat buku not-not musik pianonya yang diletakkan terbentang luas tepat di hadapannya.Jarinya lembut menekankan segala kunci-kunci pianonya untuk menghasilkan irama yang indah.Dihayatinya bersungguh-sungguh setiap irama yang dihasilkannya.

Pak Kassim yang sedang berehat di ruang tamu rumah mereka sibuk membaca surat khabar yang tidak sempat dibacanya pada siang hari kerana terlalu sibuk dengan urusan-urusan kampung. Mak Anita, ibunya Hariz datang membawa secawan kopi susu pekat buat suaminya tercinta.

Kecantikkan Mak Anita memang tidak dapat dinafikan lagi, Mak Anita yang dahulunya berasal dari bangsa cina telah meninggalkan agamanya demi untuk mendalami agama islam.Kerana itulah Hariz kelihatan seperti campuran cina.

“Abang, ni kopi susu kegemaran abang..” diletaknya cermat secawan kopi susu yang masih panas di atas meja dihadapan suaminya. Pak Kassim tersenyum manis melihat isterinya.Mak Anita duduk berhadapan Pak Kassim sambil mendengar asyik irama mainan piano anak kesayangannya itu.Irama yang dimainkan Hariz selalu menenangkan jiwanya, malah bukan sahaja jiwanya tetapi jiwa suaminya juga.Kelembutan irama piano Hariz yang membuai-buai dan beralun merdu membuatkan setiap jiwa yang mendengarnya pasti berada dalam keadaan damai.

Pada mulanya,risau juga mereka suami isteri dengan irama yang dimainkan Hariz,mereka khuatir menganggu ketenteraman jiran-jiran mereka.Tetapi setelah jiran mereka datang kerumah dan menyatakan tentang kesenangan mereka mendengar irama piano Hariz membuatkan Pak Kassim dan Mak Anita tidak menghalang Hariz untuk terus dengan hobinya itu.Sememangnya Hariz dari kecil sudah terpikat dengan mainan piano, Ini juga mungkin kerana Mak Anita ketika remajanya gemar memainkan alat muzik tersebut.

“Hem..baguslah, si Dynaz tu pun mempunyai minat yang sama dengan anak kita tu..kalau tak, tak tahu abang macam mana nak jadi dengan rumah tangga mereka kelak..” Pak Kassim bersuara lega, matanya masih tertumpu pada bahan bacaannya.Dynaz memang gemar dengan mainan piano, selalunya pada waktu cuti sekolah dia akan datang kerumah Hariz untuk belajar bermain piano.Selain itu, mereka berdua bersama Halimah dan Yusri juga sangat berminat bermain gitar di waktu petang di panking bawah pohon jambu yang rendang dilaman rumahnya.Dia memang senang dengan kawan-kawan anak lelakinya itu.Terutama sekali bakal menantunya itu, Dynaz.Baginya Dynaz seorang budak yang rajin, selalu membantu bapanya di kebun, budaknya baik dari segi petuturan dengan orang tua-tua dan tak kurang juga cantiknya walaupun berpewatakkan seakan-akan lelaki.Dia juga selalu menasihati anak lelakinya.

“Biarlah seseorang perempuan itu sederhana, dan jangan sesekali memilih seorang perempuan yang berlebih-lebihan.”

“Dynaz?! Nita tak tahu la apa yang bagusnya budak tu..”rungut ibunya Hariz sambil mengambil pakaian yang diangkat dari jemuran petang tadi untuk dilipat.Pak Kassim yang sememangnya masak dengan perangai isterinya cuma melihat wajah kerut isterinya itu.Dari mula lagi isterinya itu tidak berapa suka dengan Dynaz, katanya budak itu tidak ada masa hadapan dan hanya akan bergantung kepada anak lelakinya sahaja apabila mereka berkahwin kelak.

“Abang hairanlah dengan awak ni Nita, apanya kurang si Dynaz tu? asalkan, anak kita suka sudahlah” lembut percakapan Pak Kassim sambil merendahkan kedudukan cermin mata sehingga tepat di batang hidungnya.Dia merenung wajah isterinya itu.

“Abang tak rasa ke mereka berdua tu muda lagi..tak kenal pun erti dunia sebenar.Macam mana nak kahwin?” Mak Anita menekan suara, tangannya masih ligat melipat satu persatu baju ahli keluarganya.

“La..kita pun dulu kahwin muda jugak kan..”Pak Kassim mula bernada gurauan untuk membuatkan hati isterinya itu kembali tenang.

“Bang, itu dulu.Ni, sekarang. Abang kan tahu macam mana susahnya nak hidup sekarang ni” selamba Mak Anita memangkah suaminya.

“Nita ni bukannya apa, cuma tak nak lihat anak kita tu hidup dalam kesusahan saja” luah Mak Anita, dia teringatkan kisah Hariz yang menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran di universiti semata-mata ingin menunaikan janjinya untuk meminang Dynaz jika mendapat keputusan yang cemerlang di dalam Sijil Peperiksaan Malaysia nya.

Hampir tidak percaya, Mak Anita apabila melihat anaknya menolak mentah-mentah borang tawaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.Sebaliknya Hariz cuma melanjutkan pelajarannya di tingkatan 6.Sakit benar hatinya dengan Dynaz yang telah membuatkan anaknya menolak tawaran tersebut,tetapi dia harus merestui juga keputusan anaknya itu kerana Hariz betul-betul sudah membuat keputusan. Selalunya jika anaknya itu sudah membuat keputusan, mereka suami isteri tidak boleh membantah ia samalah seperti keputusan yang muktamad.Bagaimana cara pun dia lakukan untuk memujuk anaknya itu pasti tidak menjadi.Hariz sangat tegas dalam membuat keputusan.Mengingatkan pulak tentang hari pernikahan anaknya itu setelah tamat dan mendapat keputusan peperiksaan STPM, membuatkan dirinya lagi bertambah pening kepala.Bagaimana jikalau datang tawaran lagi untuk Hariz menyambung pelajaran adakah akan ditolaknya lagi?Semata-mata ingin meneruskan perlangsungan hari pernikahannya bersama Dynaz.

Kalau Hariz tetap menolak tawaran yang akan datang, dikhuatirinya Hariz hanya akan menjadi budak kampung sahaja yang tiada hala tuju kehidupan.Walaupun kebenarannya Hariz merupakan budak yang bijak dan mampu untuk mendapatkan taraf kehidupan yang lebih baik dari di kampung.

“Nita..kalau kahwin pun ada rezekinya.Biarkanlah Hariz dengan pilihanya.Lagipun anak kita tu sudah besar” Pak Kassim cuba menasihati isterinya yang sememangnya tidak berpuas hati dengan soal pertunangan diantara anaknya dengan Dynaz anak dara Pak Rahim.

“Oh..abang sukalah Hariz tu nanti tiada masa depan? Tepuruk je dalam kampung ni?”soal Mak Anita memandang tepat ke wajah suaminya.Sakit hatinya apabila suaminya seperti tidak memikirkan tentang masa hadapan anak lelaki mereka.Pak Kassim tidak terkata apa-apa, dia cuma mendiamkan diri tetapi matanya tepat memandang isterinya.Tidak disangka sampai begitu sekali tanggapan isterinya itu terhadap masa hadapan anak lelaki mereka, Hariz.

“Wow, rancak bersembang..” tiba-tiba Hariz memecahkan kesepian diantara Pak Kassim dan Mak Anita.Lalu, mereka berdua berpaling dan membuat kerja masing-masing mak Anita dengan melipat baju dan Pak Kassim membaca surat khabar.

“Ish, tak adil la macam ni..tadi dari jauh Hariz tengok mak abah rancak je sembang.Bila Hariz datang je terus diam. Kenapa ni?” Hariz mengambil tempat duduk di sofa bersebelahan bapanya.

“Tak adalah rancak sangat Hariz, cuma bersembang biasa-biasa saja..” Bapanya cuba berselindung dari mengutarakan perkara yang sebenar bagi tidak memanjangkan lagi perselisihan faham.Mak Anita yang mendengar cuma bermasam wajah, dijeling matanya tidak mahu melihat kearah suaminya itu.

Hariz yang menyedari tentang sesuatu yang tidak kena antara ibu dan bapanya mula menunjukkan mimik wajah kehairanan.

“Ni, mak nak tanya Hariz.Boleh tak?” ibunya mula bersuara tetapi wajahnya tidak dilihat kearah anaknya cuma melihat kebaju-baju yang perlu dilipatnya.Pak Kassim mula berdehem kecil kepada isterinya menandakan supaya tidak mengungkitkan lagi kisah sebentar tadi.

“Nanti Hariz habis periksa, kalau ada tawaran belajar nak tolak lagi ke?”Ternyata Mak Anita tidak mengendahkan larangan suaminya.Dia mula memberhentikan kerjanya dan merenung tepat kearah anak mata anaknya itu.Hariz terdiam, mengertilah dia kini bahawa tentang topik perbincangan antara ibu dan bapanya itu.Hariz mengukirkan senyuman, dia sememangnya sudah tahu ibunya pasti akan bertanyakan tentang soalan ini, dan dia juga sudah pun bersedia untuk memberikan jawapannya kepada ibunya.

“Mak, Hariz dah buat keputusan.Hariz akan berkahwin dengan Dynaz dan juga menyambungkan pelajaran”masih ada segaris senyuman dibibir Hariz apabila menyampaikan keputusannya.Pak Kassim melihat kearah anaknya, dirinya tidak menunjukkan sebarang reaksi terkejut.Sememangnya itulah keputusan yang terbaik untuk anaknya itu.

“Apa?! nak buat kedua-duanya sekali? Hariz ingat senang ke? Hariz nak belajar, lagi nak kena jaga isteri.Dimana Hariz nak dapat duit untuk jaga si Dynaz tu?” Mak Anita sudah berang dengan keputusan anaknya itu, dia melulu kearah Hariz.

“Mak, Hariz akan bekerja sambil belajar.” Hariz bersuara tenang sambil tepat memandang ibunya supaya memahami akan keputusan yang dibuatnya.

“Tak.Tak! mak tak setuju! Mak tak rela lihat anak mak susah..mak tak rela..”mengalir titisan air mata dikelopak mata ibunya.Sedari akan perkara tersebut, cepat Hariz mengusap pipi ibunya itu daripada dicemari air mata yang membawa erti kesedihan itu.

“Mak,janganlah macam ni..Hariz dah aturkan segalanya.Tentang kerja tu pakcik Talib dah aturkan segalanya kepada Hariz.Mak jangan risau ye..”lembut suara Hariz sambil memeluk erat ibunya itu. Dia senyum terharu memikirkan ibunya yang sangat mengambil berat akan dirinya itu.

Pak Kassim menarik nafas dalam, dia tahu Hariz seorang anak yang tidak akan membuat keputusan yang melulu-lulu.Hariz seorang anak yang bertanggung jawab,segala keputusan yang dibuatnya pasti sudah difikirnya baik-baik dan tentu dia sudah merancangnya segala rancangannya dengan teliti.Itulah sebab Hariz kelihatan begitu yakin dengan segala keputusan yang disampainya tadi.


Hariz merehatkan badannya diatas katil.Tilam yang begitu empuk membuatkan dirinya berasa tenang, nyaman, dan selesa.Sesekali dirinya mengeliat panjang bagi melepaskan segala kepenatannya seharian suntuk.Tugasnya sebagai ketua pelajar betul-betul membuatkan dia begitu sibuk dan kadang kala masa untuk dirinya sendiri perlu dikorbankan untuk memberi segala komitmen kepada jawatannya itu.Keadaan yang aman damai itu tiba-tiba mengingatkannya tentang satu kejadian yang telah lama berlalu.Ketika pertama kali dia mendengar bahawa Dynaz kawan baiknya itu sebenarnya amat menyukainya.

Hariz mengangkat lengan kirinya dan diletakkan menutup sepenuhnya matanya, dia tersenyum manis menampakan kekacakkan wajahnya yang tiada tolok bandingannya.

“Aku ni sebenarnya,malas nak masuk campur hubungan korang…tapi tu lah aku terpaksa cakap jugak” puas hati Halimah setelah selesai meluahkan segala rahsia selama ini bahawa Dynaz sangat menyintai Hariz.Terbeliak mata Hariz apabila mendengar semua itu, dengupan jantungnya seakan-akan muncul dengan bunga-bungaan riang. Tetapi dia cuba menenangkan perasaannya supaya tidak jelas kelihatan.

“Limah, biar betul apa yang kau cakap ni?” Hariz seperti tidak mempercayai segala percakapan kawan baiknya itu.Dirinya tidak memberikan apa-apa reaksi, masih dengan lagaknya yang tidak menunjukkan sebarang tanda kegembiraan.Tetapi lain pula dihatinya, berita itu disambut riang dengan bunga-bunga cinta.Halimah hanya mengangguk, dia sudah tidak tahan lagi untuk menyimpan segala rahsia ini..hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun tapi Dynaz masih lagi dengan perangainya yang tidak berani untuk meluahkan segala isi hatinya pada Hariz.Jadi dia sanggup mengambil langkah berani mati ini untuk memberitahu kebenaran ini kepada Hariz.

“Maafkan aku Dynaz..aku buat semua ni nak tolong kau…untuk kebaikan kau..”

bisik Halimah diam di benak hatinya.

Pulang sahaja Hariz kerumah, langkahnya mula tidak keruan dirinya tersenyum tanpa henti-henti.Diraup wajahnya berkali-kali,cuba untuk menenangkan fikirannya.Tetapi perkara yang didengarinya tadi masih lagi bermain-main difikirannya, dan sekali lagi dirinya mula terasa berada diawang-awangan.Senyuman manisnya tidak dapat ditahan lagi.

Pak Kassim, ayah Hariz menggeleng-geleng kepala melihat anak teruna tunggalnya itu.Dilihatnya, sejak pulang dari sekolah lagi Hariz tidak henti-henti senyumnya, dan sekarang masih lagi tersenyum di anjung rumah.

“Hairan betul selalunya waktu ni melekatlah si Hariz tu dengan piano kesayangannya tu..”muncung mulut Pak Kassim menunjukkan piano kesayangan Hariz yang tidak berpenghuni malam ini.

Ala..biarkanlah, nak ubah angin kot” Mak Anita senyum sambil matanya asyik melihat ke kaca television menonton rancangan kegemarannya.

“Berubah angin pun tak akan sampai tersenyum sorang-sorang sejak balik sekolah lagi” Pak Kassim bersuara, menggeleng-geleng kepalanya sambil berlalu masuk kedalam kamar tidur.Mak Anita mengerutkan dahinya apabila mendengar percakapan suaminya itu.Serta merta dia menoleh pandangannya kearah anak lelakinya itu.Memang sungguh Hariz masih tersenyum di anjung rumah.Hati ibunya mula mengisyaratkan sesuatu petanda yang tidak baik akan berlaku.Direnung anaknya itu dengan kegusaran yang terpancar diwajahnya.

Hariz mengalihkan badannya kesebelah kiri pembaringannya.Senyumannya terhenti.Segala kenangan indah masa lalu mati serta merta apabila dia teringatkan tentang karenah ibunya itu.Sekejap-sekejap dia menarik tali lampu tidurnya yang terletak diatas meja kecil bersebelahan katilnya, sebentar lampunya itu terbuka dan sebentar lampunya itu tertutup.Sengaja dia berbuat begitu, mindanya masih penuh dengan mengingatkan segala bantahan ibunya.

Sebentar tadi, ibunya menyuarakan ketidakpuasan tentang tarikh perkahwinannya bersama Dynaz.Memang dirinya sudah membuat keputusan untuk menikahi Dynaz setelah dia mendapat keputusan peperiksaan STPM nya nanti.Dirinya tidak mahu membiarkan Dynaz lama menunggu, dikhuatiri akan menimbulkan buah mulut orang kampung.

Hariz mengalihkan badannya kesebelah kanan sisinya pula, dia masih tidak boleh untuk melupakan segala percakapan ibunya sebentar tadi.Sesungguhnya dirinya sangat menyenangi sikap yang ada pada Dynaz, peramah, baik hati, hormat orang tua dan senang berbawa bersembang.Cuma satu sahaja sikap cepat panas barannya, tetapi Hariz percaya dirinya mampu mengubah Dynaz supaya lebih banyak bersabar.Dirinya yakin tentang itu.

Hariz sedar ibunya itu memang tidak berapa berkenan dengan pilihan hatinya, tetapi dirinya tidak boleh berbuat apa-apa..hatinya menyukai Dynaz dan dia tidak boleh menolak hakikat tersebut.

“Hariz, tak ada ke perempuan yang elok sikit kau nak buat teman?” berkerut dahi ibunya apabila dia menberitahu ibunya tentang wanita pilihannya.

“Mak, Hariz suka Dynaz..lagipun kami dah berkawan dari kecil lagi.” Hariz menerangkan kepada ibunya.Tepat anak matanya memandang ibunya supaya ibunya itu memahami dirinya itu.Ibunya mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak bersetuju dengan pilihan Hariz.Dia terkejut besar bila mendengar anaknya itu membuat keputusan ingin meminang Dynaz.

“Mak tak setuju Hariz, kalau kau nak mak masuk meminang Dynaz untuk kau mak tak akan buat.”Mak Anita bersuara bukan dengan nada yang tinggi tetapi dengan nada yang hanya mendatar, bunyinya seakan-akan merajuk dengan keputusan anaknya itu.Hariz yang menyedari kekeruhan air wajah ibunya itu segera melangkah kearah ibunya itu.Dia memegang lembut pipi ibunya dengan kedua-dua belah tangannya.Mak Anita melihat tepat kearah anak mata anaknya.Air jernih mula membasahi kelopak matanya, cepat Hariz mengesat air jernihan itu sambil mengusap-gusap pipi ibunya.Dirinya memberikan segaris senyuman untuk menenangkan hati ibunya itu.Mak Anita memegang kedua-dua tangan Hariz yang masih hinggap di pipinya.

“Hariz, dengar cakap mak ya..”Mak Anita tidak putus memujuk anak lelakinya itu.Hariz tidak bersuara apa-apa.Senyuman masih dibibirnya.

“Kalau Hariz nak pinang pun pilihlah perempuan macam Fasha ke..yang tu mak setuju.” Mak Anita bersuara lagi.Tersentak Hariz mendengar akan nama yang disebut ibunya itu.Secara spontan dirinya menarik kedua-dua tangannya dari pipi lembut ibunya itu.Dia menelan liur membasahkan tekaknya yang kering, kelihatan urat tegang diwajahnya.Dia tidak melihat ibunya malah hanya melihat tepat kearah lantai.Segala memori lepas bermain diminda.Sungguh dirinya tidak tahu mengapa nama itu sungguh membuatkan jiwanya tidak keruan dan didalam kekacauan.Hariz menjauhkan badannya dari ibunya.Ibunya mengerutkan wajah kehairanan dengan perubahan sikap anaknya itu.Hariz menarik nafas dalam wajahnya masih tegang tidak berubah.

“Hariz sudah buat keputusan, harap mak faham.” Ringkas Hariz bersuara dan terus berlalu masuk kedalam biliknya tanpa melihat kearah ibunya.Ibunya hanya melihat kelibat Hariz yang makin menghilang dengan wajah yang kehairanan.

Hariz masih tidak dapat melelapkan matanya, semasa dia memasuki biliknya tadi penat sungguh badannya terasa dan dia sendiri tidak sabar-sabar untuk merehatkan matanya dan badanya.Tetapi apabila satu persatu kenangan lampau menerjah masuk kedalam kotak fikirannya, penat mengantuk semuanya hilang.

“Fasha..Fasha..”tiba-tiba sahaja dia tersebut nama itu, setelah kenangan lampau dia bersama ibunya ketika dirinya menyuarakan untuk meminang Dynaz bermain di fikirannya.Ibunya itu menyuarakan rela untuk bermenantukan Fasha daripada pilihan hatinya Dynaz.Tiba-tiba Hariz bertanya-tanya didalam hatinya, Sungguhkah dia dapat melupakan sepenuhnya Fasha didalam hatinya?Mengapa jiwanya masih tersentuh ketika mendengar nama itu?Benarkah dirinya mencintai Dynaz sesungguh hatinya? Lama Hariz termenung melihat keatas siling rumahnya.

“Astagafirullahalazim..apa yang aku fikirkan ni.”Hariz beristigfar berkali-kali mengingatkan apa yang dirinya fikirkan sebentar tadi.

“Mestilah aku cintakan Dynaz! Dia bakal isteri aku!” tegas Hariz didalam hatinya.

“Aku akan buangkan segala kenangan Fasha dalam hati ni” tekad Hariz memegang dadanya. Pasti! aku boleh lakukan..

Novella~My LovE 3


BAB 3
Suasana kelam dengan alunan musik dan lagu-lagu yang menghairahkan dan penuh dengan keasyikan membuatkan pengunjung-pengunjung pub yang terletak ditengah-tengah bandaraya Korea, hanyut dan tenggelam di dalam keseronokan syurga dunia yang tiada penghujungnya.Arak dihidangkan di merata-rata, menjadi satu hindangan yang yang wajib diambil untuk mendapatkan keseronokan yang tiada tandingannya.
Disekeliling tempat penuh dengan golongan muda mudi menari tanpa berasa malu dengan keadaan keliling dan ekoran mata-mata yang memandang.

Di suatu bilik berdinding kaca yang tebal,tempat yang lebih privasi dan eksklusif untuk golongan-golongan VIP kelihatan seorang lelaki hanyut dibuai mainan dunia, tiga wanita berpakaian seksi dan menghairahkan melayannya, tanpa segan silu mereka bercumbu-cumbuan tanpa mengendahkan keadaan keliling.Sesekali lelaki tersebut menuang bir yang penuh kedalam mulut pelayan-pelayan wanita tersebut dan kembali bercumbu dengan ghairahnya.

“Dennis..Dennis sudah! Cepat jom blah!!” tiba-tiba datang seorang lelaki memasuki bilik tersebut dan mengejutkan lelaki yang asyik dengan syurga ciptaannya sendiri.

“Hem..kenapa ni Henney?”soal Dennis selamba, sambil melepaskan pelayan wanita dari rangkulannya.Dia kembali sambung meneguk bir yang penuh dituang pelayan wanita yang berada berhadapan dengannya.Senyuman menggodanya tidak lekang dari bibir maskulinya yang seksi itu.

“Sudah! Jangan minum lagi! Jom ikut aku kita blah!” Henney kawan baik Dennis kelihatan cemas dan menarik gelas bir ditangan Dennis,sambil melihat-lihat kearah luar bilik berhawa dingin tersebut.

“Kat luar ada polis..jom blah..”Henney berbisik di telinga Dennis.
“What?! Oh shit!!”Dennis mula sibuk mengutip baju sejuknya yang jatuh dilantai,ketika dirinya sibuk bercanda mesra sebentar tadi.Dia mula membuat keputusan untuk mengorak langkah keluar dari kelab tersebut.
“Ok..kita gerak selamba ok?”Henney mengarahkan mereka bergerak selamba apabila dia ternampak beberapa pegawai polis datang menghampiri bilik mereka.Memandangkan mereka tidak cukup umur untuk memasuki pub tersebut, mereka perlulah berlagak tenang seperti mereka orang yang tidak bersalah.

Dennis membalasnya dengan sekuntum senyuman sambil mengangguk perlahan.Mereka tenang berjalan kepintu belakang bilik tersebut,pintu tersebut merupakan jalan keluar rahsia disediakan pihak kelab tersebut bagi memudahkan orang-orang yang seperti mereka melarikan diri ketika serbuan polis.

“Hey..you two over there! stop walking and come here!” satu arahan keluar dari salah seorang pegawai polis kepada mereka berdua. Walaupun percakapan bahasa inggeris pegawai tersebut masih pekat slagnya ke bahasa Korea, pegawai tersebut masih bercakap dalam bahasa Inggeris, ini kerana hanya pelancong-pelancong asing sahaja yang selalu dan mampu untuk memasukki pub tersebut ekoran bayaran pub tersebut sangat mahal.Tambahan pula Dennis dan Henney wajah dan fizikal mereka tidak ubah kelihatan seperti orang barat.
Dari berjalan tenang terus mereka berdua berlari pantas memasuki pintu belakang bilik tersebut.Keadaan menjadi kacau bilau apabila mereka mula melarikan diri.Sebilangan polis mengejar mereka mengikuti pintu yang sama digunakan mereka untuk melarikan diri.

“Hey! Stop!!” jerit lantang pegawai polis tersebut sambil berlari laju mengejar mereka berdua.
“HaHaHa..Henney I don’t expect that we’ll end our perfect evening running like this!” Dennis ketawa sambil berlari pantas tanpa henti.
“This one, will make our evening more meaningful..HaHaHa”sempat lagi mereka berdua bergurau sesama sendiri tanpa memikirkan tentang polis yang sibuk mengejar mereka dari belakang.

Dari penampilan mereka sememangnya tampak seperti seorang lelaki yang sudah pun menjangkau umur 20an tetapi hakikatnya mereka berdua hanya berumur 19 tahun. Dennis dan Henney memang mempunyai citarasa yang sama di dalam dunia fesyen.Kedua-dua mereka sememangnya suka dengan penampilan yang tampak elegan dan berstyle, dengan berwajah maskulin memang cukup untuk mereka berdua digilai ramai wanita di kolej mereka.

“Ok, bro we split here”Henney memberi arahan sambil berlari menyusuri lorong gelap disebelah kanannya.Manakala Dennis pula senyum dan mengangguk sekali lalu berlari pantas sambil memanjat laju bumbung bangunan setingkat disebelahnya untuk melintasi ke jalan seberang.Sememangnya mudah bagi Dennis untuk memanjat bangunan dan melompat pada ketinggian yang sangat tinggi ini kerana dia dan Henney gemar meluangkan masa lapangg bermain extreme sport.Ditambah lagi dengan ketinggiannya yang mencecah 185cm memang mudah untuk mempraktikkan sukan tersebut.
“We meet at usual place.”sempat juga Henney berpesan kepada rakannya itu.


“Haha..so u hampir tertangkaplah tadi?”Kuat Dennis ketawa sambil memegang perutnya.

“So what? At last I berjaya escape juga kan..”Henney senyum sambil bersandar di kereta Porsce kesayangannya.Dia mencapai tin minuman ringan yang dibelinya sebentar tadi,dan membukanya.

“Everyday I hope that I am 20th” Dennis menyuarakan suara hatinya.Sememangnya Dennis tidak sabar-sabar untuk bergelar lelaki dewasa.Henney yang melihatnya membaling setin air minuman kepadanya.Dennis menyambut kemas air tersebut sambil memberikan senyuman yang lebar kepada kawan baiknya itu.

Dennis dan Henney merupakan kawan baik semenjak mereka bersekolah rendah lagi. Bagi Dennis hidup dan membesar bersama Henney merupakan pengalaman hidup yang amat bermakna sekali.Mereka mempunyai minat yang sama dan sering sependapat.Sepanjang perkenalan mereka berdua tidak pernah sekalipun bertegang urat mahupun bermasam muka.

Ramai orang mengatakan mereka berdua sangat sepadan berkawan bersama.Sekali pandang mereka berdua seakan seperti saudara kembar.Sebenarnya banyak persamaan fizikal antara mereka berdua,dari segi wajah,mereka berdua mempunyai wajah yang maskulin dan susuk tubuh yang tegap.Malah kedua-dua mereka juga mempunyai ketinggian yang sama.

“Hey, rileks la.Awal tahun hadapan cukuplah kita 20 tahun..” Henney yang bersandar di kereta mula berjalan kearah sungai dihadapan mereka.Dia meletakkan tangannya di atas penghadang besi yang menjadi penghadang sungai.Dennis turut mengikutnya dari belakang dan mengambil tempat hampir dengannya.Mereka menarik nafas yang panjang dan menghembusnya perlahan.

Kawasan dibawah jambatan itu kelihatan tenang di awal pagi itu,angin yang menghembus lembut menambahkan lagi kesejukkan cuaca yang sememangnya sediakala sejuk.Disitu keadaannya tenang dan sunyi dari kesibukkan kota.Berada disitu seakan membuatkan mereka berdua lupa akan segala masalah dan kesibukkan di dalam hidup mereka.

Jalan raya di atas jambatan menghubungkan jalan ke kota,kelihatan sudah beransur lengang setelah jam hampir menunjukkan jam 3 pagi.Sememangnya inilah tempat kegemaran Dennis dan Henney untuk melarikan diri dari kesibukan hidup dikota Korea.

“Baguslah! Birthday tahun depan aku nak kita raikan di Las Vegas.Kita raikan berdua saja, kita kunjung semua pub disana!”Dennis bersuara sambil tersenyum.Dimindanya dia sudah mula merangka segala aktiviti mereka di sana.Henney senyum besar melihat rakannya itu.Dia dapat mengagak apa aktiviti yang dirancang Dennis.

“HaHa..u such a crazy boy” Henney menolak kuat bahu rakannya itu.Masih bersisa lagi ketawanya.Dennis juga ketawa girang.Terserlah kekacakkan wajah kedua-dua anak muda itu.Dennis sungguhpun berwajah persis lelaki barat, tetapi kekal kelihatan darah campuran Asia nya.Kulitnya yang putih bersih tanpa sebarang noda menampakkan lagi keasliannya yang berdarah Korean, German, dan Malaysian.

Henney kawannya,merupakan anak kepada kawan baik ibunya.Bapa Henney juga merupakan rakan seperniagaan bapanya Dennis.
Asyik mereka berdua melayani fikiran masing-masing,tiba-tiba telefon bimbit Dennis berbunyi.

“Hi,what's wrong honey?” Dennis menjawab dengan nada yang lembut dan agak romantis setelah melihat pada skrin telefonnya nama Soon Ae terpampang sebagai pemanggil.Henney yang melihat Dennis hanya tersenyum.

Dia memang kenal sangat dengan perangai playboy Dennis,semua kekasihnya dipanggilnya dengan panggilan “honey”.Katanya supaya tidak mudah kantoi ataupun tertangkap. Mana tidaknya bilangan kekasihnya sahaja tidak terbilang jadi sememangnya susah untuk dia menginggat satu persatu panggilan jikalau semuanya berlainan panggilan.

“What? U missed me? Ok, then I’ll see u tomorrow..ok?”Dennis mematikan telefon bimbitnya.Senyumannya masih memekar dibibirnya.Dilihat kawannya disebelahnya,turut tersenyum nakal kepadanya.

“Perempuan mana tu?”Henney menyoal,matanya kembali melihat kearah sungai yang mengalir tenang dihadapannya.

“Entah, aku pun tak tahu..”Dennis mengangkat bahu selamba.Henney tidak terkejut malah dia sudah biasa dengan perlakuan Dennis begitu.Dia juga kadang-kadang seperti itu juga.Henney terus ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia mendongak ke atas langit, tenang dan indah, ketawanya bertukar menjadi satu senyuman manis.

“What is your opinion about true love?”tiba-tiba ayat itu terkeluar dari bibirnya.Dirinya masih melihat kearah langit yang meriah disinari bintang yang bergemelapan.Dennis yang melihat Henney hanya mampu tersenyum,diangkat lengan kirinya dan diletakkan tepat dibahu kiri rakannya itu.

“Hey, true love never exist in this world” Dennis bersuara seakan berbisik di tepi telinga kawannya untuk menyedari kawannya itu.Henney melihat kawannya itu, dia mengalihkan badannya membelakangi sungai dan bersandar di penghadang besi sungai tersebut.Dia memeluk tubuhnya.Senyumannya yang tidak pernah putus masih menyerlahkan kekacakkan di wajahnya.

“No, for me, I’m still waiting for my true love.”Selamba Henney menjawab sambil matanya tenang memikirkan tentang cinta sejatinya yang dia harap-harapkan hadir untuk menghiasi hidupnya.

“Come on bro, kita semua tahu love is money,without money there is no true love right? So,what the point kita nak cari true love sedangkan boleh dibeli dengan duit?” Dennis bersuara sambil turut bersandar di penghadang besi sungai tersebut.Dirinya sememangnya pantang dengan bab cinta sejati ini, baginya tidak pernah wujudnya cinta sejati.Contohnya dirinya tidak pernah kekal dengan seorang wanita dalam tempoh yang lama.Paling lama dalam sejarahnya pun cuma 4 bulan.Dia cepat bosan, dan tiada maknanya cinta sejati di dalam hidupnya.

Inilah satu-satunya perbezaan diantara Dennis dan Henney.Mereka berdua mempunyai perbezaan pendapat tentang percintaan.Bagi Henney cinta itu suci, dan cinta sejati itu wujud bagi setiap manusia di dalam dunia ini.Lain pulaknya dengan Dennis yang sememangnya tidak percaya akan kewujudan cinta sejati.

“You’ll know it one day, when u meet with one girl and u can’t even forgot everything about her.. and at that time u will always want to see her..That's what the true love is..” Henney berkata-kata lagi sambil memikirkan bilakah saatnya dia akan mengalami pengalaman indah tersebut.
Dennis mencebik muka.Dilihat wajah rakanya itu yang sedang asyik berada di awang-awangan.Senyuman nakal mula menghiasi bibirnya,dia mendekati telinga rakannya itu dan bersuara..

“Jiwang..JIWANG..mamat jambu la kau ni!” sambil ketawa girang dia menjauhkan sedikit tubuhnya dari rakannya itu.Mendengar ayat tersebut hanya membuatkan Henney tersenyum dan melihat kearah rakan karibnya itu.

“I’m jiwang. So what?”Henney mendepakan tangannya menunjukkan dia hanya mengaku sahaja dengan panggilan yang diberi Dennis kepadanya.Dennis yang ketawa girang mula mendekati kembali Henney.

“Ok lah..aku doakan kau cepatlah bertemu your true love..”Dennis masih mengejeknya.Kuat ketawa Dennis mengelakkan rakannya itu.

“Ok..even at that time the girl is your wife, and if..IF I insisted to have her, u must let her go for me..ok?” berbaur gurauan ayat Henney menambahkan lagi kerancakkan ketawa Dennis.

“A man like me do not get married, bro” dalam nafas yang masih bersisa Dennis bersuara sambil menepuk-nepuk bahu rakannya itu.Mereka berdua ketawa bersama.Kelewatan malam itu langsung tidak menganggu mereka berdua untuk semakin rancak bersembang,dan tiba-tiba telefon bimbit Dennis berbunyi lagi.

“I tell u what bro, u must switch off your handphone”Henney tersenyum kepada Dennis dia masih lagi tersenyum girang sambil meneguk air minuman ringannya itu.Dennis yang tertawa, mengangguk-anggukkan sahaja percakapan Henney.

“Ok..last one..”Dennis mengangkat jari telunjuknya kanannya, menunjukkan dirinya akan menjawab satu panggilan ini sahaja. Henney tersenyum melihat Dennis, dilihatnya kearah lain sambil terus menghabiskan minuman tinnya itu.

“Hi, honey..”lembut suara Dennis mengangkat telefon.

“What! Honey?!, Dennis!! You must balik ke rumah sekarang!”Tegas suara Aunty Chae Rin,mamanya Dennis.Dennis tergamam mendengar suara ibunya,secara spontan dia mematikan talian.Besar anak matanya memandang kearah rakannya.Henney yang melihat gelagat Dennis mengerutkan kedua-dua belah keningnya, hairan.

“Hey, what's wrong?”Henney mula menyoal.
“My mama.”Dennis menjawab sepatah.
“Ok, jom kita kemas.Balik..” serius Henney bersuara dan terus sahaja mereka berdua berjalan pantas kearah kereta masing-masing.

Dennis memecut laju dengan kereta Lamborghini hitam kesayangannya manakala Henney dengan Porsche kelabunya memecut kearah yang berlainan.Mereka pulang kerumah masing-masing.

Memang begitulah,Dennis walaupun senakal-nakalnya dia mengikuti kata-kata ibunya dengan lebih tepat dia agak gentar dengan ibunya.Ini kerana ibunya sering mengugutnya akan melakukan perkara yang paling dia geruni jikalau tidak mematuhi arahannya.Perkara tersebut adalah membatalkan kad kreditnya dan menghadkan duit perbelanjaannya.Henney sememangnya masak dengan perangai ibunya Dennis, pantang kalau Dennis tidak mendengar kata,pasti ada sahaja yang ingin diugutnya.Jadi sebagai kawan yang baik, terpaksalah dia mengikut sahaja percakapan ibunya Dennis.

“Ish..mama ni..susahlah..”rungut Dennis sambil memandu laju pulang ke rumahnya.


“Kau pergi mana?Kan mama dah kata limit time is at 12am!” marah ibunya Dennis setelah dia terbangun dari tidur dan menyedari bilik anaknya itu kosong tanpa penghuni.

“La..ma I just go out with Henney..just two of us..”Dennis yang kelihatan letih duduk di sofanya sambil memejamkan matanya rapat untuk merehatkan minda.

“Just go out? Dennis! you tak balik rumah dari habis waktu sekolah lagi tau” Ibunya mula mengambil tempat disisinya.Henney memang dikenalinya sebagai teman rapatnya Dennis.Memandangkan dia berkawan rapat dengan ibunya Henney jadi dia tidak keberatan untuk melihat anaknya itu berkawan rapat bersama anak kawannya baiknya.

“Ma..Dennis tak kemana-mana lah ma..”Dennis meletakkan kepalanya di atas riba ibunya.Matanya masih terpejam rapat. Ibunya hanya menggelengkan kepala, anaknya itu tahu akan kelemahan dirinya.Sememangnya dirinya akan cepat tersentuh jikalau anaknya itu bermanja dengannya.Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya.Tambahan pula Dennislah satu-satunya anak yang dia perolehi.

Suasana dingin di ruang tamu yang luas itu menambahkan lagi keselesaan Dennis.Melihat keadaan Dennis,ibunya mula terdiam dan membelai lembut rambut anaknya itu.Dennis tersenyum manis,walaupun matanya masih terpejam rapat.Akalnya berjaya.

Chae Rin melihat keadaan keliling rumahnya.Segala titik peluh suaminya betul-betul berhasil.Sekarang perniagaan mereka semakin maju, King Capital One sekarang bukan sahaja hanya beroperasi didalam negaranya sahaja tetapi juga diluar negara.Kebanyakkan pasaran Asia sudah banyak dipelopori syarikat King Capital One.Malah syarikat mereka bukan asing lagi di mata syarikat-syarikat berjaya di Asia.

Kemashyuran syarikat mereka sehinggakan Amir, suaminya boleh menetapkan undang-undang bagi sesiapa yang yang ingin berkerja di syarikat mereka perlulah fasih berbahasa Malaysia.Ini dibuatnya untuk menaikkan taraf bahasa negara tercintanya.Disebabkan itulah membuatkan kebanyakkan temannya dan teman suaminya fasih bercakap dalam bahasa Malaysia.Malah kawannya Dennis,Henney juga pandai berbahasa Malaysia.

Sekarang apa yang dirisaukannya ialah tentang sikap satu-satunya pewaris segala harta ini, iaitu Dennis.Anaknya itu gemar berfoya-foya diluar sana,disebabkan itulah dia menetapkan segala peraturan dan mengugut anaknya dengan segala kelemahan anaknya itu.Bukan dia merupakan ibu yang jahat tetapi dengan cara itu dirinya boleh membuatkan Dennis mendengar cakapnya.

Dennis anaknya itu, selain sikap buruknya yang kuat berfoya-foya anaknya itu turut mempunyai sikap yang menampakkan kebaikannya, contohnya Dennis sangat mengambil berat dalam soal pembelajarannya malah anaknya ini sangat bijak dalam apa jua mata pelajaran.Dalam hal pengurusan pejabat pula, dia sangat berdedikasi dan memberikan komitmen yang tinggi dalam apa jua tugas yan diberikan.Segala kerja yang diberi diselesaikan dengan begitu baik sekali.Kadang-kadang tidak tersedar langsung bahawa Dennis cumalah seorang lelaki yang hanya berusia 19tahun.Cara pemikirannya tidak seperti lelaki lain yang sebaya dengannya.Dia lebih matang apabila melibatkan diri di dalam hal syarikat.

Cuma masalahnya ialah tentang sikapnya yang sering gemar berfoya-foya bersama kekasih-kekasihnya membuatkan Chae Rin dan Amir pening kepala memikirkan soal anaknya itu.Bukannya dia tidak tahu dengan hal kekasih-kekasih anaknya,ramai yang datang berjumpa dengannya untuk minta dikahwinkan dengan anaknya itu.Alasannya mereka sudah terlanjur.Kesemua mereka ditolaknya dengan cara yang baik.

“Dennis..Dennis..bilalah kau nak berubah..”keluh Chae Rin disisi anaknya itu. Tiba-tiba dia teringatkan tentang surat yang diterimanya pagi tadi.

“Dennis! Bangun! Mama ada berita nak kasi tahu ni” Chae Rin mula menampar-nampar lembut bahu anaknya itu.Dennis mengerak-gerakkan badannya tetapi malas untuk membangunkan diri.

“Apa ma?..”malas suaranya bercakap.
“Dynaz! Surat dia sampai tadi pagi.” Riang suara mamanya.Dennis dengan matanya yang masih terpejam mengerutkan dahi.
“Dynaz? Siapa perempuan tu ma..?malas saja bunyinya suara Dennis.
“Dynaz anak adik ayah, your cousin in Malaysia.Dia sudah bertunang sekarang!” riak suara mamanya seakan tidak berpuas hati dan kelihatan agak hampa apabila menyampaikan berita pertunangan Dynaz.

Dengar sahaja perkara itu,Dennis membukakan kedua-dua belah matanya.Jauh dia termenung apabila dirinya mengetahui siapakah perempuan yang bernama Dynaz tersebut.Dari matanya seakan-akan dirinya mengimbas segala memori yang berlaku diantaranya bersama Dynaz suatu ketika dahulu.
 
Novella~My LovE. Design by Pocket