Novella~My LovE 1

Wednesday, February 18, 2009


BAB 1

Sebuah taman permainan kelihatan riang dengan gelak ketawa dan keriuhan kanak-kanak.Disitu seperti sebuah syurga bagi mereka. Kelincahan mereka berlari-lari sambil bermain-main seolah-olah tiada apa masalah yang mengganggu hidup mereka….

Kelihatan dari jauh seorang budak perempuan leka bermain buaian…dengan berpakaian seakan-akan budak lelaki, agak sukar bagi sesetengah orang untuk mengenal dan menyakinkan bahawa dirinya adalah seorang budak perempuan.Sedang asyik bermain tiba-tiba dia didekati seseorang…

“Hei, Dynaz kau tak nak kasi tau ke perasaan kau kat die?”Halimah, seorang budak yang agak gempal bersuara disamping Dynaz yang sibuk bermain buaian…

“Apa?! kau nak aku luah kan ke?” Peluh mula memercik dingin di dahi Dynaz…

“Yelah…tak kan kau nak tengok je..si Hariz tu popular tau! Silap hari bulan melepas kau!” Tambah si Halimah tu lagi.

Halimah memang begitu..sememangnya terkenal dengan sikap yang tidak sabar dan kuat melentingnya.Tetapi bagi Dynaz dialah satu-satunya kawan perempuan untuknya. Mungkin juga kerana perangai mereka yang sama.Ya! Memang perangai mereka sama.

Dua-duanya sekali tidak sabar dan kuat melenting!

Tetapi bagi Dynaz dalam soal cinta dia tidak mahu terburu-buru.Dirinya perlu sabar, kerana orang yang dicintainya itu adalah kawan baiknya sendiri, Hariz! Walaupun perbezaan umur antara mereka sebanyak dua tahun, ia tidak menghalang mereka untuk bermain bersama, ke sekolah bersama, dan membesar bersama-sama malah boleh dikatakan segalanya mereka lakukan bersama.

Jadi agak memalukan baginya jika Hariz menolak cintanya apabila dia meluahkan perasaannya.

“Kau pulak bila nak bagi tau si Yusri tu?”tiba masanya Dynaz menyoal.

“Aku?! Dengan Yusri?! Kau jangan main-main Dynaz! Dia tu seteru aku!!”

marah benar Halimah bila digossipkan dengan si Yusri.Bukannya Dynaz tak tahu tentang itu tetapi dia sebenarnya mahu menukarkan topik perbulan mereka.

Dynaz, Halimah, Hariz dan Yusri sememangnya rapat sejak sebelum sekolah lagi.Mereka seperti sebuah kumpulan, kemana saja mesti berempat.Walaupun Hariz dan Yusri, dan Halimah mempuyai perbezaan jarak umur sebanyak dua tahun dengan Dynaz, ia tidak menjadi masalah buat mereka untuk menjadi sangat rapat.Perhubungan antara mereka juga sangat baik, cuma Halimah dan Yusri sahaja sering bertengkar.Selalunya berpunca dari perbezaan pendapat antara mereka berdua.Tetapi walaupun sering bertengkar, mereka masih berkawan dan selalu akan menyertai aktiviti kumpulan mereka berempat.

Hariz.Seorang lelaki yang digilainya, bukan saja baik, bijak, penyanyang malah yang paling penting Hariz seorang jejaka yang sungguh tampan.Memandangkan Hariz seorang anak ketua kampung, jadi dia sering disanjung-sanjung dikalangan penduduk kampung..

“Cik adik oi kau nak tunggu sampai bila ni? Sampai beruban kepala kau tu!Baru nak kasi tau abang Hariz kau tu ke?” Halimah memegang erat buaian Dynaz.‘Abang’, memang itulah panggilan Dynaz buat Hariz dari mula mereka berkenalan lagi.

Memandangkan Hariz lebih berusia daripadanya membuatkan dia memanggil Hariz dengan panggilan tersebut, selain itu sifat Hariz yang suka menjadi ketua dan suka dipandang paling berpengalaman diantara rakan-rakan sebaya dengannya betul-betul membuatkan Dynaz merasa panggilan itu cukup serasi dengan Hariz.

Malah kebanyakkan kawannya sememangnya memanggil Hariz dengan panggilan tersebut.Tetapi tidak bagi Yusri dan Halimah, dia tidak memanggil mereka dengan panggilan abang mahupun kakak walaupun mereka seusia dengan Hariz.Entahlah mengapa, dia senang memanggil Yusri dan Halimah dengan panggilan nama sahaja.Dan yang penting sekali Yusri dan Halimah tidak pernah kisah akan perkara tersebut.

“Dynaz!!Kau mengelamun ke?!”Halimah separuh menjerit apabila melihat kawanya hanya termenung tanpa menghiraukannya..

“Ish…Dynaz aku tanya kau lah!!!” jerit Halimah sambil mencekak kuat rambut pendek Dynaz yang hitam lebat.

“Sakit la…” Dynaz mula melepaskan rambutnya digengaman Halimah..

“Limah, aku kan baru je umur 12 tahun, baru je darjah 6 kan?”Dynaz cuba berdalih dan terus bermain buaian tanpa menghiraukan Halimah.

“Aku cuma nak nasihat…jangan kau menyesal udah le….”Dia mula menarik muka masam dan mula mengambil tempat buaian disebelah Dynaz.

“Eh,! Ni buaian saya la!!” jerit seorang budak lelaki berkaca mata, apabila Halimah mencuba duduk di atas buaian miliknya.

“Oh! Buaian kau…Ada tulis nama?! Tak ada pun! Sekarang dah jadi milik aku, pi main jauh-jauh” Halimah tak hiraukan budak itu sebaliknya menyelesakan punggungnya yang lebar itu diatas buaian itu.

“Aku kasi tau mak aku…”ugut budak kaca mata itu…

“Pergilah…aku tengah panas ni! Nak aku bakarkan kau ke?!” jegil Halimah, dengan tambahan saiz badannya tu sudah cukup untuk menakut-nakutkan sesiapa saja yang memandang…

“Uwa…waa..uwa”,nangis budak itu sambil berlari tiada arah..

“Haha..haha…baru kenal aku! Tak tahu ke? ni Limah tau! Siapa pun takleh buli!”

Halimah menabik dada sambil menyapu-nyapu buaian yang kini menjadi miliknya itu. Dynaz hanya mampu menggeleng kepala sahaja dan tersenyum…

Matanya tepat kearah lelaki idamannya yang lincah bermain bola sepak bersama Yusri dan rakan-rakan yang lain. Memang rutin harian Dynaz selalu melihat Hariz bermain bola setiap petang..

Setiap gerak langkah Hariz diperhatikan..dan dia yakin satu hari nanti pasti akan menjelma dimana pada saat itu cuma ada dia dan Hariz sahaja….

“Pasti! suatu masa nanti.!” Bisik Dynaz penuh keazaman.


____________________________________________________________



“Cepat lah abang, nanti kita lambat ni.."risau Dynaz melihat Hariz yang bertungkus lumus membaiki rantai basikal mereka.

“Lah! Time ni jugak la rantai ni nak buat pasal..” peluh mula membasahi dahi Hariz dan juga pada pakaian seragamnya.Walaupun cuaca pada pagi itu sungguh nyaman dan dingin.

“Tu lah abang!siapa suruh tak pergi service awal-awal? Kan dah meragam..”rungut Dynaz sambil membelek-belek rantai basikal yang bermasalah itu.

Hari ini mereka ada perhimpunan mingguan di sekolah. Sebagai ketua pengawas, Hariz merasakan keadaan ini tentu akan menjejaskan reputasinya.Dalam sejarah mana ada ketua pengawas merangkap ketua pelajar hadir lewat ke sekolah.

“Ah…nak buat camne ni?”Dynaz yang kelihatan resah dengan pakaian seragamnya berbaju kurung putih dan berkain biru itu mula menyinting lengan bajunya.Sekejap dia bertinggung sekejap berdiri memikirkan penyelesaian masalah.Manakala Hariz pula sibuk membaiki rantai basikal tersebut.

Lima tahun sudah berlalu, sekarang Dynaz pun sudah bergelar remaja dan telah berumur 17tahun.Malah Hariz pun masih bersekolah di tingkatan enam di sekolah lama mereka.Ini merupakan tahun terakhir bagi Dynaz dan juga Hariz disekolah tersebut.Hariz sudah pun berada di tingkatan enam atas manakala Dynaz pula berada ditingkatan lima.Ini merupakan tahun penentuan segalanya bagi Hariz untuk menentukan kecemerlangan kerjaya pada masa hadapan.Hubungan diantara mereka masih rapat seperti dahulu.Malah semakin rapat!Walaupun meningkat dewasa, masa berlalu langsung tidak menjejaskan perhubungan diantara mereka berdua.Masih kemana-mana bersama.Bak kata pepatah seperti isi dan kuku.

“Tak boleh jadi ni, basikal ni takleh nak diselamatkan dah ni,” Hariz menguak rambutnya ke belakang dan bangun mengadap Dynaz yang kebuntuan.Basikal mereka memang tidak boleh dibaiki lagi, rantainya telah putus dan tidak mungkin dapat disambung lagi kecuali menggantikan yang baru.

“Habis camne ni? Kita dah lambat ni..”Dynaz mula panik dan melihat jam di pergelangan tangan kirinya.Jam hampir menunjukkan tujuh pagi.

“Ah..jauh tau mana sempat nak berjalan nih…”rungut Dynaz sambil membuang beg sandangnya di atas permukaan jalan.Kemudian duduk bersila di jalan sambil membebel-bebel kearah basikal mereka.

“Siapa kata nak berjalan..? kalau jalan memang lah tak sempat..” senyum Hariz sambil mendekati Dynaz.

“Habis nak terbang ke?!” marah Dynaz memandang tepat kearah Hariz.

“Ok! Ok! Kalau selain berjalan, ada cara lain lagi ke?” soal Dynaz.Hariz tersenyum dan terus menuju mengambil beg sandang Dynaz diatas jalan lalu digalasnya.

“Dynaz dah exercise pagi ni?” soal Hariz dengan senyuman yang penuh dengan makna yang tersirat.Dynaz berkerut dahi mengeleng tidak mengiyakan pun tidak.Dia cuba mencari makna yang tersirat disebalik senyuman dari bibir yang nipis itu.Setelah berfikir dia sudah mula dapat mengagak..

“Eh..abang jangan kata na..k..”belum pun sempat Dynaz menghabiskan ayatnya, Hariz terlebih dahulu menarik tangan Dynaz dan mengenyit mata padanya.

“Ya! Kita akan berlari pada hari ini HaHaHa” Hariz bersemangat menggengam erat tangan mulus Dynaz dan terus berlari…

“Argh!!!!Tidaaakkkkkk…..”Dynaz terpaksa berlari bersama Hariz kerana Hariz erat mengengam tangannya..seperti seakan tidak mahu lepaskan lagi…

berlarilah mereka pada pagi itu tanpa henti.Sesekali terdengar riang gelak ketawa Hariz yang mengketawakan Dynaz.

“HaHaHa..HaHa…School waits for us! We’re coming!!!!” jerit Hariz dengan nada riangnya.

Suasana riuh dikelas, penuh degan gelak ketawa dan pelbagai ragam manusia.Ada yang sibuk bercerita, ada yang sibuk menyanyi, sibuk mengulang kaji, sibuk berketawa dan tak kurang juga ada yang sibuk bercanda mesra.Suasana tengah hari itu dan ditambahkan lagi dengan kebisingan pelajar-pelajar disitu membuatkan Dynaz betul-betul keletihan, tambahan lagi bila teringatkan dia yang berlari tanpa henti pagi tadi. Nasib baiklah mereka sampai awal 15minit sebelum perhimpunan bermula, kalau tidak sia-sia saja lariannya tadi pagi..

“Selamatlah sekarang waktu rehat..Boleh jugak aku keluar jalan-jalan… tak tahan aku nak duduk dalam kelas tu…”bebel Dynaz yang mula membuat keputusan untuk keluar dari kelasnya untuk pergi berlajan-jalan, tenangkan fikiran.

“Boring-boring, boleh jugak pergi kacau Limah..”Dynaz mula mencari kawan baiknya itu.Dia berlegar-legar di tepi bangunan sambil menaiki anak tangga untuk ke kelas kawan baiknya itu.

Sememangnya rutin, kelasnya pasti akan keluar rehat awal dari kelas-kelas kawannya yang lain.

“Biasalah kelas budak terlampau ‘bijak’..hehehe..”Dynaz tertawa senyap seorang diri di dalam hati.Dia memang pantang kalau dengar orang mengatakan kelasnya hanya untuk orang kurang cerdik! Walaupun hakikatnya sememangnya begitu…

Ada sekali budak lelaki kelas atas memburukkan kelasnya di hadapannya, dan akibatnya dia menumbuk tepat di muka budak tersebut. Bukanya dia tak takut kalau diberhentikan sekolah, tapi dia betul-betul tidak boleh tahan kalau orang cuba menghinanya.

Dan selalunya Hariz lah yang akan pening kepala menyelesaikan masalahnya.

Memang sejak sekolah rendah lagi dia tidak berapa cerdik, tidak seperti Halimah,Yusri, dan Hariz mereka semua budak yang bijak-bijak belaka!

Tapi itu tidak langsung menjejaskan perhubungan persahabatan diantara mereka berempat.

Hariz, sekarang semakin matang dan semakin berkepimpinan. Malah Hariz membesar menjadi seorang jejaka yang sangat tampan.Dengan ketinggiannya yang mencecah 184cm dan berbadan tegap cukup membuatkan sesiapa saja perempuan yang memandang akan tergoda dengannya. Tambahan pula dengan wajah pan Asianya yang persis wajah lelaki korea cukup untuk mencairkan hati sesiapa saja. Pabila mengukir senyuman pasti ada yang akan tertumbang.

Yusri pula, masih seperti dahulu tak ubah seperti belangkas dengan Hariz! Kemana sahaja adanya Hariz tentu adalah muka Yusri.Mana tidaknya mereka banyak mempunyai minat yang sama selain itu bagi Yusri, Hariz merupakan sahabat dunia dan akhiratnya.Dia menyenangi segala sikap Hariz. Baginya Hariz merupakan seorang sahabat yang sempurna! Tapi tidak pulak dia dengan Halimah, tidak pernahnya sebulu! Kalau berjumpa mesti wujud pentengkaran..tetapi walaupun begitu, Mereka masih berkawan dari kecil sehinggalah sekarang. Malah dari dahulu sehinggalah sekarang mereka bertiga juga ditakdirkan berada dan belajar di dalam satu kelas yang sama.

Halimah juga sekarang tidak seperti dahulu…sekarang saiz badannya sudah berubah! Memang berubah! Sangat sangat berubah! Orang dahulu yang mengenalinya pasti sekarang tidak akan mengenalinya!! Dengan perubahan drastiknya cukup membuatkan sesiapa yang memandang tidak akan mempercayai mata mereka.

“HaHaHa…mana taknya dulu 50kg sekarang 90kg!!!”kuat Dynaz ketawa tetapi cuma sekadar didalam hati….Dynaz pula sudah membesar menjadi seorang anak gadis yang cantik seperti kelopak bunga yang sedang mekar.Dia sekarang sudah menyimpan rambut yang panjang persis seperti model-model di kaca television.Tetapi sifatnya masih seperti dahulu, dia masih gemar memakai pakaian lelaki daripada mengayakan pakaian dan peralatan solek wanita.Baginya dia senang dengan bergaya seperti itu .Dia tersenyum seorang diri sambil terus berjalan menuju ke kelas kawan-kawannya itu..kalau nak difikirkan kembali zaman kecilnya, memang seronok. Rasanya seperti semalam sahaja dia baru meluahkan perasaan hatinya kepada Hariz dan juga rasanya baru sebentar tadi dia sah menjadi tunangan Hariz…

Ya! Dia sudah pun meluahkan isi hatinya kepada jejaka idamannya itu…ketika itu dia genap berumur 15 tahun. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gemuruhnya perasaannya ketika itu, seperti kilat memanah dilubuk hatinya dan seperti guruh yang bergema kuat di jantungnya…


“Ab..ang..er..er..” Dynaz mula tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hatinya mula tak keruan, haru biru jantungnya bila Hariz mula memandang tepat kearahnya dan menghadiahkan sekuntum senyuman yang manis.

“Dynaz..kenapa ni?” Hariz mula mengesyaki sesuatu. Dilihatnya wajah Dynaz dengan lebih rapat lagi. Senyuman tidak pernah lekang di bibirnya. Dynaz mula terkejut apabila wajah Hariz mendekati wajahnya. Dia berpaling laju.

“Eh..tak ada apa-apa lah..ma..na..ada pepe pun..”Dynaz mula membetulkan kolar baju kemeja yang dipakainya.

“Ehem..ehem..erm..fuuh!”Dynaz membetulkan nafasnya yang tidak keruan.Lalu tanpa memandang kearah Hariz dia berlalu pergi ke tapak perkelahan sambil menanggalkan topi yang dipakainya.Hariz yang masih memancing ikan ditepi sungai, binggung melihat tingkah laku Dynaz.Selalunya Dynaz tidak seperti hari ini.Dynaz yang dikenalinya sebelum ini kuat bercakap. Mulutnya tak pernah hendak terhenti dari bercakap, ada sahaja topik yang akan disembangnya.

“Ish..kenapa pulak budak Dynaz ni..” Hariz melihat kearah Dynaz. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dia mula tersenyum simpul sambil sesekali menguak rambut lurusnya kebelakang apabila angin sepoi meniup lembut wajahnya. Lebar senyumannya dan sesekali terserlah barisan giginya yang bersih dan tersusun cantik. Sebenarnya dia sudah pun tahu apa yang ingin disampaikan Dynaz. Itupun semua setelah Halimah memberitahu segalanya kepadanya. Bibirnya yang merah sesekali digigitnya sedikit.Senyumannya masih lagi disitu, malah tiada tanda yang dia akan menghentikan senyumannya itu.

Diletaknya kayu pancing di atas tanah dan diselit kayu pancing itu diantara batu bagi mengkukuhkan kedudukan kayu pancingnya. Matanya masih tepat memandang kearah Dynaz yang sibuk mengeluarkan bekalan makanan didalam beg sandang yang mereka bawa. Setelah kedudukan kayu pancingnya kukuh, dia mula beredar dan menuju terus kearah Dynaz.

“Isyk..tu lah kau dah ada peluang tak nak cakap!!!bengap!” marah Dynaz perlahan pada dirinya sendiri.Dia menyediakan tempat perkelahan mereka sambil membebel-bebel perlahan memarahi dirinya yang begitu lemah untuk berterus terang.

“Limah dan Yusri ni pun satu! Ada ke patut nak tarik diri akhir-akhir persiapan!” marah Dynaz menginggatkan Halimah dan Yusri yang tiba-tiba sahaja menarik diri dari menyertai mereka pergi berkelah pada petang itu.

“Selalunya merekalah yang paling suka sekali menyertai perkelahan makan-makan macam ni,”cebik Dynaz. Marah betul dia dengan kawan-kawannya itu.Sebenarnya dia membebel seorang diri itu hanyalah untuk menenangkan segala rusuh dan kekalutan yang melanda di dalam hatinya itu.

“Ehem..ehem..”Hariz berdehem kecil apabila melihat Dynaz asyik mengomel seorang diri. Lucu hatinya melihat telatah Dynaz.

“Nak abang bantu ke?” ikhlas Hariz bertanya sambil mengambil tempat, rapat di sisi Dynaz. Jantung Dynaz mula bernada rancak..Dirinya menjadi tidak senang duduk.

“Er..er..takpe..takpe..Dynaz boleh buat sendiri..”sekali lagi dia tergagap-gagap untuk berkata-berkata.Hariz cuma merenungnya..tiada satu patah perkataan pun yang terkeluar dari mulutnya. Matanya yang redup membuatkan jantung Dynaz semakin berdebar-debar.

“Hah! Entah pepe lah mereka tu kan…tarik diri saat akhir-akhir pulak!”Dynaz mula membangkitkan hal Halimah dan Yusri, supaya semuanya kembali normal..

“Erm..bagus jugak! Boleh kita duduk berdua..” Hariz bersuara sambil melihat ke muara sungai. Senyumanya masih mekar dibibir merah itu. Terkejut Dynaz! Dia mula melihat ke wajah Hariz, mencuba mencari makna sebenarnya yang tersirat disebalik ayat tersebut..

“Bag..gus..dudukk..”dia berkata tersekat-sekat perlahan pada dirinya sambil menelan liur berkali-kali.Hampir pitam dirinya mendengar percakapan Hariz, mahu saja dia bertanya kepada Hariz tetapi lidahnya kelu dan tidak mampu untuk berkata apa-apa. Tetapi dikuatkan juga semangatnya untuk menyoal Hariz. Dia perlu tahu maksud ayat Hariz itu.

“Er..r..er..apa..abbang..ka..ta..ta”Dikumpulkan semangatnya yang masih bersisa untuk menyoal Hariz, tetapi dia masih gagal untuk bercakap, ayatnya tersekat-sekat dan tungging terbalik..dadanya sesak..dia cuma hanya mampu melihat wajah tenang milik Hariz sahaja..

“Ye..bila lagi kita nak duduk berdua macam ni kan?” Hariz mengeyit matanya nakal kearah wajah Dynaz.Merah padam wajah Dynaz menahan gementar yang semakin kuat di dadanya..

“Abang suka Dynaz.”


Itulah satu-satunya ayat yang membuatkan Dynaz tidak lena tidur, tidak kenyang makan, dan tidak basah apabila mandi.Ayat yang mudah dan ringkas itulah yang menjadi saksi cinta atara mereka sehinggalah membawa kepada majlis pertunangan antara mereka berdua.

Sejak Hariz melafazkan kata-kata cinta itu, mereka menjadi semakin rapat..hari-hari yang di lalui Dynaz betul-betul bermakna dan penuh dengan keceriaan. Hariz berjanji jika dia mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam sijil peperiksaan SPMnya, dia akan menghantar rombongan meminang ke rumah Dynaz.Segalanya berjalan dengan lancar, akhirnya Hariz menghantar rombongan meminangnya ke rumah Dynaz genap umur Hariz 19 tahun dan Dynaz 17 tahun.Walaupun begitu awal untuk mereka memulakan semua ini, tetapi cinta yang makin memekar di hati mereka memaksa mereka untuk teruskan perhubungan ini dengan lebih kukuh.

“Erm..akhirnya abang Hariz jadi milik aku juga..”senyum puas Dynaz memikirkan tentang perhubungannya bersama Hariz. Tambahan lagi dengan perjanjian kedua-dua belah pihak yang akan menyatukan mereka berdua setelah Hariz dan dia mendapat keputusan sijil peperiksaan STPM dan SPMnya nanti…

Dia tersenyum riang..sambil rancak mengatur langkahnya ke kelas Halimah.

“Limah oh Limah..yuhuu…”Dynaz memasuki kelas Halimah dengan riangnya sekali.Memang begitulah Dynaz tidak pernah dengan wajahnya yang monyok..selalu riang seperti orang yang tidak pernah mempunyai masalah..

Tanpa melihat kearah lain, terus sahaja Dynaz meluru kearah Halimah dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.Tiba-tiba seorang lelaki menghalang perjalanannya.

“Dynaz! Jangan pergi dekat dengan Halimah!” Yusri bersuara dengan nada yang membisik sambil menghalang dan memegang erat tangan Dynaz.

“Eh,..Yus kenapa ni?”Dynaz mula menyoal pelik, apabila Yusri menarik tangannya lembut keluar dari kelas.Senyuman yang memekar dibibirnya mula beransur hilang, berganti dengan mimik wajah yang penuh dengan tanda tanya.

“Aku kata jangan pergi..jangan pergilah..aku nak selamatkan kau je..”Yusri bersuara sambil melihat-lihat kearah Halimah. Dynaz turut menjengok-jengok ke dalam kelas…

“Kenapa ni Yus?”Tanya Dynaz bingung dengan apa yang terjadi.

“Tadi, Limah bertekak dengan kumpulan ‘ratu sekolah’ tu..”Yusri mula menceritakan serba sedikit tentang perkara yang terjadi.

“Kau tau je lah..Limah tu mana sebulu dengan ratu-ratu tu..balik je dari kantin sekolah tadi terus dia mengamuk macam naik hantu je…habis dibalingnya aku dengan pencil case dia”terang Yusri sambil menunjukkan kesan balingan pencil case di kepalanya.

Dynaz terdiam..dia menghela nafas panjang, dia dapat mengagak apa yang telah terjadi di kantin sekolah tadi..

“Abang Hariz mana? Dia tak cuba tenangkan Limah ke?”Dynaz mula memasukki pintu kelas kembali..

“Hariz! Dia ada meeting tadi..awal-awal pagi lagi, dia dah tak de..”rungut Yusri sambil mengekori perlahan langkah Dynaz.

“Kau pun kenapa tak cuba pujuk Limah?” soal Dynaz separuh berbisik.

“Aku nak pujuk?! Kau gila ke! Aku mana tahu nak pujuk memujuk ni..”Yusri cuba membela dirinya.Masakan dia mahu memujuk Limah yang selalunya menjadi seterunya. Habislah jatuh standardnya nanti.

Dynaz cuma menggeleng dan terus menuju kearah Halimah. Dynaz melihat Halimah memakan makanan tanpa henti-henti. Langsung tidak sedar bahawa Dynaz dan Yusri sedang mendekainya. Dari itu pun Dynaz sudah tahu bahawa Halimah dalam keadaan marah. Memang itulah tabiat Halimah jikalau dia di dalam kemarahan tentu dia akan mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak dan tanpa henti.

“Limah..”lembut suara Dynaz sambil mengusap lembut bahu kawan karibnya itu.

“APA?!” Halimah menengking sambil menoleh garang kearah suara Dynaz,habis tersembur serpihan makanan didalam mulutnya apabila dia menengking tadi. Yusri berdiri dibelakang Dynaz sambil menelan liur kelat, terkejut melihat reaksi Halimah. Dynaz turut terkejut dan secara spontannya berundur setapak kebelakang apabila melihat keadaan Halimah yang tidak ubah seperti seekor serigala betina yang lapar dan menunggu untuk melahap mangsanya.Dia juga turut menelan liur melihat Halimah.

“Limah ni aku ni, Dynaz. Kau kenapa ni?”soal Dynaz dikuatkan semangatnya untuk bertanya. Halimah merenung tepat kearah Dynaz. Digosok-gosok kedua-dua belah matanya dan kembali melihat kearah Dynaz..dan tiba-tiba Halimah menangis teresak-esak..

“Dynaz….uwaaa….aa…sakit hati aku….”Halimah tertunduk diatas meja dan terus menanggis tanpa henti. Plastik makanannya bersepah-sepah.Juga sama dengan sisa-baki makanannya, turut bersepah.

Dynaz tidak menunggu lagi, cepat dia meluru kearah Halimah dan memeluknya erat.Teresak-esak Halimah menanggis di dalam dakapan Dynaz.Yusri yang melihat tidak mampu berbuat apa-apa untuk menenangkan Halimah.Dia cuma mampu membersihkan sisa-sisa makanan dan plastik makan yang bertaburan di tempat Halimah.

“Sabar ya Limah…cerita kat aku, kenapa ni?”

“Kurang ajar punya perempuan!!!!siap kau nanti aku jumpa bederai rupa kau!”

angin Dynaz mula melanda bila selesai mendengar cerita dari Halimah.Laju dia meluru keluar dari kelas Halimah dengan raut wajah yang garang dia menuruni anak tangga bangunan tersebut. Yusri pantas mengejarnya dari belakang, dia dapat mengagak apa tindakan yang akan dilakukan Dynaz.

“Oh..Halimah ‘100 pounds’, jelik..Kenapa cantik sangat ke kau tu?!”bising Dynaz ditujukan khas kepada kumpulan ratu-ratu sekolah itu.

“Nak tahu cantik ke tak..datang sini makan pelempang aku dulu!Biar berbinau biji mata baru cantik!” sambungnya menggila, sambil laju berjalan di koridor bangunan.Semua mata yang berada disitu tertumpu kearah Dynaz.

“Dynaz!..Dynaz..sudah! Kau nak kemana ni?”soal Yusri tegas, walaupun di dalam fikirannya dia sudah tahu tempat tujuan Dynaz. Pantas dia menarik tangan Dynaz supaya berhenti apabila melihat tiada tanda-tanda bahawa Dynaz akan berhenti dari terus berjalan.

“Lepaskan aku, Yus! Biar aku ajar perempuan-perempuan tu!”Berang Dynaz sudah membuak.Dia memang tidak suka sesiapa sahaja yang gemar membuli kawan-kawannya.Baginya sama saja seperti mereka membuli dirinya.

“Sudahlah,Dynaz…jangan gaduh-gaduh lagi…” Yusri mula melembutkan suaranya supaya dapat menenangkan sedikit kemarahan dihati Dynaz sambil tangannya masih erat memegang lengannya Dynaz.

“Aku tak peduli! Aku nak jumpa juga dengan kumpulan ‘ratu sekolah’ tu!!” Dynaz melepaskan tangannya dari genggaman Yusri dan melangkah terus menuruni anak tangga.

“Tunggu! Dynaz!!..Ya Allah, kenapa jadi macam ni?”Yusri menjerit lantang. Dia sebenarnya tidak mahu melihat Dynaz bergaduh lagi. Ini kerana Dynaz sebelum ini sudah hampir-hampir dibuang sekolah kerana sikapnya yang panas baran itu. Sebagai kawan, ini adalah kewajipan baginya untuk menyedarkan Dynaz dan membantunya daripada tidak mengulangi lagi perkara yang salah itu.

“Dynaz!!! Aku kata berhenti! Berhentilah!!!”tengking Yusri sambil mencengkam kuat kembali legan Dynaz.Dia mengemas kuat cengkamannya itu. Dynaz cuba meronta tetapi Yusri lebih kuat daripadanya dan dia tidak mampu untuk melepaskan cengkaman tersebut.

“Yus! Kau jangan buat aku macam ni!!! Lepaskan akulah!!” Dynaz meronta-ronta kuat dengan suaranya yang berang.

“Kalau kau nak teruskan dengan niat kau hendak pergi bergaduh, aku takkan lepaskan kau!”tegas Yusri tiada kompromi.

“Lepaslah! Yus!”Dynaz tidak dapat menahan marahnya, amarahnya menggila cepat sahaja tangannya naik untuk menampar wajah Yusri tetapi tiba-tiba Hariz muncul dengan sekumpulan anak buahnya.Terkejut benar Hariz, besar anak matanya apabila melihat keadaan yang terjadi.Cepat dia meluru dia kearah mereka berdua.Dalam hatinya dia sudah dapat mengagak apa yang terjadi.Yusri lega melihat kelibat temannya itu.Hatinya mula kembali tenang dan mula melepaskan lengan Dynaz yang digenggam kuat tadi.

“Fuh..mujurlah kau datang Hariz..”Yusri melepaskan hembusan kelegaan dengan satu renungan yang bermakna kearah Hariz.Dari renungan tersebut tahulah Hariz apa yang sedang berlaku sekarang.Dynaz cuba mengawal kemarahannya.Naik turun dadanya menahan deru nafasnya yang menggila tadi.

“Sudah..semuanya pergi masuk ke kelas..sekarang sudah habis waktu rehat..”

Hariz bersuara tenang.

“Dynaz tinggal dengan abang sebentar disini..”suara Hariz tenang tanpa melihat ke wajah Dynaz yang kini memeluk tubuh. Wajah Dynaz masih bersisa dengan kemarahan.Kesemuanya berlalu masuk ke kelas masing-masing.Yusri sempat menepuk bahu temannya itu supaya banyak bersabar dengan karenah Dynaz.

“Aku cau dulu..” Yusri menaiki anak tangga menuju kekelasnya,Hariz mengangguk,dan kini matanya tepat memandang kearah tunanganya itu.

“Kenapa ni Dynaz? Apa yang tak kena lagi?” lembut Hariz menyoal.

“Dynaz ada hal sikit dengan geng ‘ratu sekolah’ tu” Dynaz melihat tepat ke anak matanya Hariz.Tersentak Hariz mendengar nama yang disebut Dynaz.Dia cuba mengawal perasaannya supaya tidak jelas kelihatan gundahnya.

“Kenapa abang diam? Gementar dengar nama tu?” Dynaz memerli Hariz. Dia cukup tahu bahawa Hariz tidak suka dia bergaduh dengan kumpulan itu dan dia cukup jelas kenapa sebabnya.

Hariz senyum manis dan menanggalkan kaca matanya.Sesekali dia mengurut lembut batang hidungnya.

“Bukan begitu, abang cuma tak nak lihat Dynaz gaduh-gaduh lagi je..” Hariz cuba menyakinkan Dynaz walaupun jelas perbuatannya menunjukkan dia memang kisah akan kumpulan tersebut.

“Oklah, abang tak nak panjangkan hal ini..Dynaz balik kelas dulu, nanti habis sekolah kita jumpa..”Hariz memujuk Dynaz.Dynaz hanya diam walaupun hatinya merusuh dan sakit melihat Hariz yang tiba-tiba sahaja berubah wajah ketika dia menyebutkan tentang kumpulan ‘ratu sekolah’ tersebut.

“Sudah..sudah..jangan difikirkan yang bukan-bukan, ingat ye terus balik ke kelas.Jangan melencong kemana-mana.”senyum Hariz dengan menyuarakan ayat yang berbaur arahan kepada Dynaz.Tanpa berkata apa-apa Dynaz terus melangkah laju menaiki anak tangga.Sepatah ayat pun tidak disuarakannya malah segaris senyuman pun tidak diberikannya kepada Hariz. Hariz hanya melihat Dynaz dan satu keluhan berat yang keluar dari hatinya.

4 comments:

Nancy Edison said...

plot yang menarik. tak terlalu kompleks.

Zeni Geba said...

Wow Dynaz agak kasar dlm novel ni..
Tak mcm novel lain heroinnye mesti lemah lembut kn?
hehe..

dina said...

best2... tapi ada sikit kesalahan beberapa perkataan... hehehe...--->cuma tegur saja ok!

~Siti Fatimah~ said...

Huhu..romantiknye..umo muda2 lagi dah jadi tunang owg hehe...menarik2.. :)

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket