Novella~My LovE 2

Wednesday, February 18, 2009

BAB 2

Pulang sahaja dari sekolah Dynaz meluru masuk ke kamarnya. Dia merasa sakit hati dengan Hariz. Sakit hati yang amat sehingga dia sengaja pulang dengan tidak menunggu Hariz untuk pulang sekali. Di dalam kamarnya dia duduk diam di birai katil sambil termenung panjang.

Sebentar tadi, semasa mahu pulang dari sekolah dia terserempak dengan Fasha, ketua kumpulan ‘ratu sekolah’ .Meluat dia melihat karenah Fasha yang popular dangan sifatnya yang manja itu.Lagaknya seperti diva.Jalan sahaja ada orang tolong payung kan..

“Hai, Dynaz..apa khabar kawan ‘100 pounds’ kau tu?” Fasha bersuara manja bila terserempak Dynaz di tepi jalan.Ingin sahaja Dynaz menumbuk lunyai wajah perempuan itu, tapi disabarkan sahaja hatinya kerana dia masih ingat akan nasihat Hariz yang tidak mahu melihat Dynaz terlibat lagi dalam pergaduhan di sekolah dan jua di luar sekolah.Dynaz hanya senyum kelat kearah Fasha yang menunggu jawapan darinya.

“Dynaz kalau tak ikhlas nak senyum, jangan senyum..buruk tau wajah tu..”lembut dan manja suara Fasha tetapi cukup tersirat dengan makna yang menyakitkan hati.

“Takpelah Fasha pergi dululah..lagipun petang ini ada kelas tarian pulak..”Fasha senyum manis kearah Dynaz dan berlalu pergi. Meliuk lentok pinggulnya Fasha apabila dia berjalan.Dengan kecantikkan yang ada pada Fasha memang mustahil bagi seseorang lelaki mengalihkan pandangan mereka kearah lain apabila ketemu dengannya.

“RING..RING..RING..RING..”

Tersentak lamunan Dynaz apabila telefon di ruang tamu menjerit-jerit menandakan ada orang yang memanggil. Dynaz malas mahu mengangkat, dibiarkan sahaja telefon itu menjerit-jerit meminta diangkat.Dynaz merebahkan tubuhnya diatas tilam empuknya. Telefon masih lagi berbunyi..dan tiba-tiba sunyi.. pasti ibunya sudah mengangkat ataupun orang yang memanggil sudah malas untuk terus memanggil..Lega rasanya gegendang telinganya..ditariknya nafas dalam-dalam dan dihembusnya keluar...dan mula mengeliat letih di atas tilamnya..dia terus dilamun keasyikan berada di atas tilam empuknya..Layu matanya menandakan dia hampir-hampir memasuki dunia mimpinya.tetapi tiba-tiba Dynaz tersentak.Terbuka luas matanya apabila namanya dipanggil kuat dari ruang tamu rumahnya.

“Dynaz..Naz..cepat datang Hariz telefon ni!..”Kuat suara Mak Ana memanggil anak tunggalnya itu.Sesekali dia menjenguk-jenguk akan kelibat anak manjanya itu.

“Naz letihlah mak…kasi tau dia Naz tak nak cakap dengan dia..”Kuat Dynaz menjerit dari biliknya.

“Eh..buang tabiat ke budak ni?..selalunya kalau Hariz telefon dialah orang yang paling terkinja-kinja..”bisik hati kecil Mak Ana.Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Hariz..Dynaz dok tengah mandi..nanti Hariz telefon lain ye..”Mak Ana cuba memberi alasan supaya tidak terasa di hati Hariz.

“Takpelah kalau macam tu..nanti Hariz telefon lain..Asalammualaikum..”lemah suara Hariz di talian.

“Waalaikumussalam..”Mak Ana sudah dapat meneka apa yang telah berlaku diantara anaknya dengan bakal menantunya itu. Kerut di dahinya menandakan keresahan di wajahnya. Dia terus menuju kearah bilik anak kesayangannya itu.

“Dynaz..buka pintu ni sayang..ni mak ni..”lembut Mak Ana mengetuk daun pintu anaknya.

“Masuklah mak…pintu tak kunci..”lemah suara Dynaz tiada tanda dia akan bangun dari katilnya untuk membuka pintu buat ibunya. Mak Ana membuka pintu dan memasuki bilik Dynaz.Dilihatnya Dynaz masih mengerekot di atas katilnya dan masih berpakaiaan seragam sekolah. Tepat benar telahan Mak Ana bahawa ada sesuatu yang terjadi di antara anaknya itu dengan Hariz. Dynaz jikalaunya pulang kerumah dalam keadaan diam membisu dan mengerekot diatas katilnya tanpa membuka pakaiaan sekolahnya sememangnya mempunyai masalah di sekolahnya. Kalau tak berpunca dari Hariz tentu puncanya dari Dynaz sendiri.Tetapi selalunya puncanya selalu datang dari anak perempuannya itu. Dia kenal sangat dengan perangai anaknya itu, panas baran dan suka membuat keputusan dengan melulu-lulu.

Syukur jugalah ada lelaki yang baik saperti Hariz terpikat dengan anaknya itu. Bukannya dirinya tidak yakin dengan kecantikkan anaknya itu, cuma Dynaz mempunyai perangai yang kebanyakkannya kaum lelaki tidak mudah terpikat.

Diingatkan anaknya itu akan menjadi anak dara tua di kampungnya,dengan berpewatakkan ganas tidak berlemah lembut seperti anak-anak gadis jiran-jiran yang lain. Cakap sahaja pokok dan bukit mana didalam kampungnya yang tak pernah dipanjat si Dynaz. Sampai ada satu ketika pokok kapas yang paling digeruni dikampung yang dikatakan tempat ‘perumahan’ pontianak,juga dipanjatnya. Akibatnya, malam berkenaan meracau teruk si Dynaz, sampai terpaksa pergi berubat dengan Pak Seman,dukun sebelah kampung..

Mengingatkan segala kenangan tersebut, membuatkan Mak Ana tersenyum lega melihat anaknya kini yang telah banyak berubah.Sekarang Dynaz sudah tidak merayau-rayau lagi kehulur-hilir dikampungnya.Malah sering berada dirumah membantunya membuat kerja-kerja didapur. Cuma satu perkara yang masih dirisaunya, Dynaz tidak suka bersiap seperti seorang perempuan. Dia lebih suka berpakaiaan seperti lelaki, mungkin terpengaruh dengan bapanya.

“Takpa..yang itu boleh diajar kemudian hari…”MakAna membisik didalam hatinya,sambil mengambil tempat duduk disamping anak kesayangannya itu..Dibelai-belai lembut rambut anaknya itu.

“Dynaz, kenapa ni sayang? Gaduh dengan Hariz?”lembut Mak Ana memulakan perbualan. Dynaz tidak berkata apa-apa dia cuma mengalihkan badannya berhadapan ibunya.Diletakkan kepalanya di atas riba ibunya.Damai rasanya berada di ribaan ibunya itu.Segala masalah seperti tiada didalam fikirannya.Kosong segalanya.

Mak Ana tersenyum, anaknya ini masih lagi seperti kebudak-budakkan.Manja yang tak pernah hilang dari kecil hinggalah sekarang.

“Kesian tau dengan Hariz..dia kan nak cakap dengan tunang kesayangan dia ni..”

Mak Ana cuba lagi memujuk Dynaz. Dia mencuit lembut batang hidung anaknya yang mancung itu. Sesekali dia mengusap-usap lembut dahi dan bahu anaknya itu.

“Sayang?! Dia tak sayang kat Dynaz lagi..dia sayang kat orang lain..” Marah Dynaz. Wajahnya masih tidak melihat wajah ibunya.

“La…dia sayang dekat siapa?cuba Dynaz cerita kat mak..” Mak Ana mengumpan Dynaz untuk lebih membincangkan hal yang sebenarnya berlaku. Cepat Dynaz bangun dari ribaan ibunya.Dia merenung ibunya.Matanya bergenang dengan air mata.

“Dia sayang kat Fasha!”ada berbaur rungutan dan cemburu dari ayatnya Dynaz. Muncung mulutnya mencuka. Mak Ana tersenyum melihat tingkah anaknya itu. Cinta muda mudi, memang penuh dengan kesangsian dan kecemburuan.

“Kenapa cakap macam tu? Hariz ada kasi tau macam tu ke?” Mak Ana menyoal Dynaz.Dalam hatinya dia tahu bahawa anaknya itu cuma cemburu buta. Dynaz menarik muka, dia tahu ibunya itu tidak mempercayainya. Selalunya, ibunya itu kerap mempercayai Hariz daripada dirinya. Mulutnya terkumat kamit mengomelkan ketidakpuasan hatinya. Dibetulkan rambutnya yang berserabut dan melangkah turun dari katilnya. Dihentak-hentak kakinya menunjukkan perasaan tidak puas hatinya.

“Mak tu memang..selalu nak berpihak kepada abang Hariz..senang-senang pergi ambil dia buat anak mak la..”bentak Dynaz sambil menuju kearah rak menggantung baju.Diangkatnya kain tualanya yang disangkut disitu, dan diletakya di atas kepalanya. Mak Ana yang memerhati, tergelak kecil mendengar percakapan anaknya itu.Lucu hatinya memikirkan anaknya itu.Dia tersenyum lebar sambil mengeleng-geleng kepalanya.Walaupun sudah separuh abad, mak Ana masih kelihatan cantik, penampilannya selalu anggun dimana sahaja.Tidak kiralah keluar rumah ataupun didalam rumah.Dynaz sepenuhnya memiliki kecantikan ibunya.Cuma sayangnya, dia tidak pandai untuk menggunakan segala kecantikkan semulajadinya itu.

“Apa yang mak asyik senyum sorang-sorang tu?”Dynaz mengerutkan dahinya, sambil memeluk tubuhnya.Mak Ana bangun perlahan dari katil dan menghampiri Dynaz.

“Dynaz..orang lelaki ni lain daripada kita sayang, mereka sememangnya tidak suka menunjukkan perasaan sayang mereka secara terbuka kepada kita” nasihat diberikan oleh Mak Ana membuatkan Dynaz terdiam,dilihatnya ibunya dengan pandangan yang bermakna.

“Kenapa perlu Dynaz ragui cinta Hariz..kan sudah terang-terangan Hariz memilih Dynaz dalam hidupnya..”Tambah Mak Ana lagi,diangkatnya tuala yang bersidai diatas kepala Dynaz dan dipegangnya. Dynaz diam memikirkan segala percakapan ibunya.

“Dynaz cuba belajar mempercayai orang yang kita cintai..”Mak Ana mengusap lembut bahu Dynaz dan memberikan senyuman manis kepadanya. Ibunya berlalu pergi dan meninggalkan Dynaz yang masih memikirkan tentang isi kandungan percakapan ibunya itu.

“Abang Hariz mencintai aku…betul jugak!..kalau dia tak cinta aku tak akan dia nak masuk meminang aku..”Dynaz berkata-kata didalam hatinya.Sesekali dia mengangguk-angguk mengiyakan segalanya kenyataannya itu.

“Mak!..mana mak nak bawa kain tuala Dynaz tu?” Setelah sekian lama berdiam dan berkata-kata di dalam hati Dynaz akhirnya bersuara..Ibunya tersenyum..

“Ambil yang baru..yang ini dah buruk..”ibunya mengeyit mata padanya dan berlalu pergi sambil menghadiahkan senyuman manis buat anaknya itu.Dynaz memang begitu, cepat sekali dia memahami apa yang ibunya mahu sampaikan.


Angin yang menghembus santai membuatkan suasana dibawah pokok jambu rendang di kawasan perumahan Hariz itu menjadi tempat yang damai untuk merehatkan badan sambil melihat panorama alam yang indah dicipta tuhan.Petak-petak sawah padi yang menghijau menambahkan lagi kedamaian tempat itu.Kelihatan dibawah pokok yang rendang itu Yusri dan Hariz tenang berehat setelah penat seharian pergi ke pekan membeli buku-buku untuk persediaan peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Aku kadang-kadang tu takut dengan perangai si Dynaz tu..” Yusri meluahkan perasaan tidak senangnya dengan perangai Dynaz, sambil asyik memeriksa buku latihan yang baru dibelinya bersama Hariz di pekan sebentar tadi.Hariz terdiam, dia tidak bersuara apa-apa direnungnya jauh ke petak-petak sawah padi.Teringatnya tentang pertemuan dia bersama Dynaz semalam di kebun bapanya Dynaz.


“Erm..kenapa datang jumpa Dynaz?” soal Dynaz tanpa menoleh kearah Hariz. Dynaz sibuk membuat batas untuk menanam benih yang baru dibeli ayahnya.

“Dynaz, abang nak minta maaf..kalau Dynaz ada terasa dengan perlakuan abang kebelakangan ni..”Hariz menyedari bahawa sejak peristiwa dia menghalang Dynaz dari menyerang kumpulan ‘ratu sekolah’ membuatkan Dynaz menjauh diri daripadannya. Dynaz sudah pergi kesekolah seorang diri, tidak pun bersama Halimah. Panggilan telefonnya juga langsung tidak dijawab Dynaz.

“Dynaz..jangan macam ni..abang risaulah kalau terus macam ni..”Hariz bersuara lembut memujuk Dynaz. Dynaz berhenti membuat kerjanya.Direnungnya kearah Hariz mencari keikhlasan disebalik ayat yang disampaikan Hariz.

Dia melepaskan satu keluhan kecil, dan membawa cangkulnya yang digunakan untuk membuat batas menuju kearah Hariz.

“Marilah..kita duduk di pondok rehat tu..”ajak Dynaz sambil melihat tepat kewajah kacak Hariz.Hariz tersenyum lega.Akhirnya Dynaz mahu melihat wajahnya.

“Dynaz..minta maaf dengan apa yang terjadi..”Dynaz mula bersuara setelah mereka berdua duduk di pondok rehat tersebut.Dynaz menanggalkan topi besarnya dan membuka kasut bot kebunnya.Dia mengkipas-kipas mukanya dengan topinya yang ditanggalnya tadi.Hariz masih tersenyum, lega hatinya Dynaz sudah mahu bercakap lembut kepadanya.

“Dynaz..abang cuma nak Dynaz tahu yang abang sangat risau akan Dynaz kalau Dynaz teruskan pergaduhan hari tu..”Hariz mula menerangkan segala yang terbuku didalam hatinya.Dilihatnya jauh kearah kawasan kebun Pak Rahim, bapanya Dynaz.Dynaz melihat Hariz.Dia masih tidak berhenti mengipaskan dirinya dengan topi besarnya itu.

“Abang takut Dynaz akan diberhentikan sekolah kalau teruskan pergaduhan tu..”sambung Hariz lagi.Dynaz memikirkan hal itu.Dia mula menghela nafas panjang mendengar segala percakapan Hariz.

“Abang pasti ke abang risau akan Dynaz ketika tu?”Dynaz menyoal, tiada nada cemburu ataupun sinis didalam soalannya.Sukar untuk tafsirkan perasaan Dynaz ketika itu. Hariz terkejut dengan soalan Dynaz dan mula berpaling kearah Dynaz.Dynaz ketika itu masih merenung tepat kearah Hariz.Hariz tidak terkata apa-apa, dia terdiam dan hanya mampu untuk membalas pandangan Dynaz sahaja.

“Abang masih sayangkan Fasha?” Dynaz menyoal dan mencuba untuk mengawal perasaannya supaya tidak kelihatan sedih, mahupun pada ketika itu senang sahaja air matanya mahu gugur di kelopak matanya yang bening.

“Tak..tak..abang sukakan Dynaz..” cepat Hariz menjawab Dynaz.


“Eh..Hariz!!kau mengelamun ke? Aku tengah cakap dengan kau ni!” Yusri menampar kuat bahu kawanya itu.Tersentak lamunan Hariz.Berterbangan segala wajah sedih Dynaz dan segala memori dua hari lepas yang diimbasnya.

“Ye..ye..kau cakap apa tadi?” Hariz mengawal keadaan. Kerutan didahinya menunjukkan tanda tanyanya kepada Yusri.

“Ishk..ishk..kau ni memang kemaruk nih! Cepatlah sikit kahwin dengan Dynaz tu!”Yusri memerli kawannya itu.Hariz tergelak kuat mendengar ayat Yusri yang berbaur gurauan itu..Yusri juga turut sekali mengelakkan kawanya baiknya itu.

“Tak adalah, aku cuma teringatkan exam kita yang akan menjelang ni..”Hariz cuba mengelak.Ketawanya masih lagi bersisa.

“Eleh..ingat exam konon..macamlah aku tak tau kau tu teringat kat Dynaz, kan?”

Yusri cuba lagi untuk memerangkap kawannya itu.

“Sudah-sudah..apa yang kau tanya tadi?”Hariz cuba menukar topik perbualan diantara mereka berdua.Dia mula membelek-belek buku latihan yang dibeli mereka berdua tadi.

“Tak..aku tak tanya apa-apa..Cuma aku doakan kau dengan Dynaz semoga berbahagia je..”panjang Yursi menarik ayatnya sambil tersenyum nakal kearah Hariz. Hariz tergelak kuat, sambil mengangguk-angguk percakapan Yusri.

“Amin…”Hariz bersuara sambil melihat kearah kawannya itu, senyuman manisnya masih lagi dipamerkannya. Yusri menjungkit kening dan kembali sambung ketawa.

Ruang tamu rumah Dynaz kelihatan riuh rendah dengan gelak ketawa Mak Ana dan Pak Rahim.Di pagi hari Sabtu ini memang selalunya rumah mereka pasti ceria dengan celoteh Dynaz. Ada sahaja cerita-cerita yang lucu yang disampaikan Dynaz.Tidak kering gusi Pak Rahim dan Mak Ana dibuatnya.

Bagi pasangan ini sudah cukuplah dengan adanya Dynaz seorang untuk memeriahkan keluarga mereka. Bukannya Pak Rahim tidak mahu untuk menimang cahaya mata lelaki tetapi kemalangan yang menimpa Mak Ana yang membuatnya tidak dapat mengangdung lagi membuatkan Pak Rahim menerima semuanya sebagai qada dan qadar daripada tuhan. Walaupun begitu, mereka bersyukur kerana dengan adanya Dynaz seorang sudah cukup membuatkan hidup mereka ceria setiap hari.

Dynaz seorang anak yang manja dan pada masa yang sama juga seorang anak yang nakal.Kadang-kadang Pak Rahim melayan anaknya itu seperti seorang lelaki kerana Dynaz banyak menunjukkan perangainya yang cenderung kepada perwatakkan seorang lelaki. Dynaz sering menolongnya di kebun, mengangkat barang-barang yang berat, dan juga pandai berurusan dengan pemborong sayur, yang mana sering dilakukan oleh seorang lelaki. Malah cara pakaiannya juga sering tidak tumpah seperti seorang lelaki.

Walaupun begitu. Dynaz tetap memiliki perwatakkan sebagai seorang wanita. Dynaz sering menolong Mak Ana di dapur dan juga membuat kerja-kerja rumah. Bagi mereka Dynaz cukup lengkap untuk menjadi anak yang sempurna bagi mereka berdua, dan mereka bersyukur kepada tuhan kerana mengurniakan mereka anak yang baik dan sempurna seperti Dynaz.

“Mak nak tahu tak..semalam Makcik Rita ada datang rumah”Dynaz memulakan satu perbualan serius setelah penat berbual perbualan yang berbaur kelucuan. Sambil itu dia menuang cermat teh susu yang dibancuhnya ke cawan bapanya.

“Erm..apa berita yang dibawa Makcik Rita kau tu?” Mak Ana bertanya setelah muncul dari ruang dapur sambil membawa bihun goreng yang baru digorengnya bersama Dynaz tadi. Pak Rahim meneguk perlahan teh susu yang dituang Dynaz.

“Makcik Rita jemput kita semua pergi tengok persembahan anaknya kat Dewan Kebudayaan hujung minggu depan..”Dynaz menyampaikan jemputan Makcik Rita.Lalu dia mengambil tempat duduk di meja makan.

“Eh, awalnya datang jemput..hujung minggu depan tu..”Pak Rahim bersuara.

“Kenapa? Fasha ada buat persembahan ke?” tambah pak Rahim lagi.Mak Ana diam dia melihat wajah anaknya itu, tiada tanda suram diwajah itu.Tidak seperti hari-hari yang lain bila nama Fasha disebut.

“Iyelah tu…mesti Fasha buat persembahan, tu sebab datang jemput awal tu”Mak Ana menjawab sambil menyenduk bihun goreng ke pinggan suaminya.

Makcik Rita, merupakan Ketua Bimbingan Wanita di Dewan Budaya kampung mereka.Dia adalah ibu kepada Fasha, dan memang terkenal dengan sikapnya yang amat berbangga dengan kecantikkan dan kebolehan anaknya itu. Penampilannya yang anggun dan cantik ditambah lagi dengan sikapnya yang suka akan berpersatuan membuatkan seluruh warga kampung sebulat suara melantiknya untuk menyandang jawatan tersebut.

“Mak kita pergi ye..hujung minggu ni..”Dynaz bersuara selamba sambil menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya.Mak Ana tersentak dengan ajakan Dynaz dan mengangguk perlahan.Matanya masih menatap wajah anaknya itu.Hairan, tiada satu kerut pun diwajah Dynaz apabila mereka membincangkan tentang Fasha.

Pak Rahim cuma terseyum dan menjungkit bahu melihat isterinya.

Setelah selesai menikmati hidangan pada pagi tersebut Pak Rahim menaiki motosikalnya untuk meneruskan pekerjaannya di kebun miliknya.Dynaz dan ibunya menghantar Pak Rahim dianjung rumah mereka.

“Abah..nanti tengah hari Dynaz pergi hantar makanan dan hantar bantuan sekali..”riang suara Dynaz sambil melambai-lambai bapanya. Selalunya dia memang akan menolong bapanya dikebun pada sebelah petang. Pak Rahim ketawa.

“Jangan lupa masak sedap-sedap tau..”Pak Rahim sempat berpesan dan tersenyum lebar sebelum menghilang diri bersama motosikalnya.

Dynaz senyum manis dan terus masuk kedalam rumah. Tiba-tiba Mak Ana menarik lembut tangan Dynaz menuju ke kerusi dianjung rumah.

“Eh..kenapa ni mak?”Dynaz kehairanan melihat gelagat ibunya.Dia duduk di kerusi setelah ibunya duduk dikerusi yang berhadapan dengannya.

“Mak lihat hari ini Dynaz tak marah-marah bila kita sembang tentang Fasha” Mak Ana cuba mengorek rahsia anaknya yang tiba-tiba berubah menjadi tidak peduli dengan topik perbualan melibatkan Fasha. Mendengar ibunya bercakap, Dynaz tersenyum.

“Mak, Naz nak belajar untuk mempercayai orang yang Naz sayang mak..”lembut Dynaz bersuara sambil memegang erat tengan ibunya.

“Abang Hariz dah terangkan pada Naz segalanya.Fasha tiada kena mengena dalam perhubungan kami mak..”tambah Dynaz lagi.Mak Ana tersenyum manis melihat anaknya itu.Dia mengusap-usap tangan lembut anaknya itu.

“Baguslah Naz..akhirnya Dynaz percaya juga dengan Hariz..lega hati mak..”Mak Ana menyuarakan kelegaan hatinya.

“Hah!..Dynaz mak lupa nak kasi tahu Naz yang mama dan papa Dynaz ada kasi surat!” hampir menjerit Mak Ana apabila dia teringatkan tentang surat yang dikirimkan makcik dan pakcik Dynaz dari Korea. Pakcik dan makcik Dynaz sememangnya rapat dengan Dynaz tidak ubah seperti bapa dan ibu buat Dynaz. Sehinggakan Makciknya dan Pakciknya membahasakan diri mereka dengan panggilan mama dan papa kepada Dynaz.

“Apa? mama dan papa ada kasi surat? Mana mak?”Dynaz menyoal ibunya, riak wajahnya seperti tidak sabar untuk membaca surat tersebut.

“Sekejap mak pergi ambilkan..semalam abah Naz sudah baca surat tu..Sekejap mak pergi ambil..”kalut Mak Ana masuk kedalam rumah menuju biliknya,tempat yang disimpanya surat tersebut.

“Mama, papa, lama tak dengar berita dari mama dan papa..”Dynaz tersenyum sendirian mengingatkan Makcik dan pakciknya yang jauh dari mata. Sebenarnya pakciknya itu merupakan abang kepada ayahnya. Pada satu ketika dahulu, pakciknya itu telah melanjutkan pelajaran di Korea, dan ditakdirkan tuhan dia bertemu jodoh dengan wanita warga Korea, Chae Rin.Sekarang ini menjadi makciknya.

Makciknya sangat baik dengannya, selalu melayannya seperti anak sendiri. Satu perkara yang membuatkannya kagum dengan makciknya ialah makciknya fasih bercakap dalam bahasa Malaysia walaupun bukan berasal dari negara ini.

Dahulu pakcik dan makciknya sering juga pulang ke Malaysia, tetapi sejak mempunyai perniagaan di sana agak jarang mereka pulang ke Malaysia.Tetapi mereka masih berkirim surat untuk bertanya khabar. Makciknya juga mempunyai seorang anak lelaki, kalau tidak salahnya, umurnya anak makciknya itu lebih kurang umur Hariz.

“Hah..ni dia surat tu..”laju Mak Ana menyerahkan surat dari Korea itu ke tangan anaknya itu.Dynaz mengambil surat itu sambil tersenyum lebar dia membuka untuk membaca isi kandungan surat tersebut.

“Nanti bila nak balas surat tu..kirim salam mak dan abah dekat mereka sekerluarga..jangan lupa kasi tahu Naz dah bertunang tau..”Mak Ana berpesan sambil tersenyum riang pada anaknya dan beredar masuk kedalam rumah untuk mengemas pinggan-pinggan makan tadi. Dibiarkan anaknya membaca isi kandungan surat tersebut tanpa mahu mengganggu anaknya itu.

Kepada Rahim,Rohana dan puteri mama dan papa,

Assalammualikum, Apa khabar semua di sana? Harapnya baik-baik belaka. Terutamanya sekali puteri mama dan papa ni. Kami di sini sihat-sihat belaka. Alhamdulillah, perniagaan sekarang semakin maju. Bila nak datang melawat kami sekeluarga di Korea?

Lama tidak dengar cerita dari orang di Malaysia. Dynaz sekarang mesti sudah besar, sudah jadi anak dara. Mesti cantik sangat. Dennis, anak lelaki mama dan papa tu, sudah besar. Umurnya sekarang genap 19tahun, dua tahun tua dari Dynaz kan.. Sekarang dia sibuk dengan peperiksaan akhirnya. Mama dan papa harap sangat dapat berjumpa dengan Dynaz sekerluarga dalam masa terdekat ni.

Wasalam…

Tersenyum manis Dynaz membaca isi kandungan surat tersebut.Membuak-buak perasaan rindunya terhadap mamanya dan juga papanya.Difikirkan juga tentang Dennis yang menjadi kawannya baiknya semenjak pertama kali mereka berjumpa.

Pertama kali dia berjumpa Dennis ketika dia berumur 9 tahun dan Dennis ketika itu berumur 11 tahun.Dennis merupakan seorang lelaki yang baik dan pendiam.Dennis mempunyai kulit yang putih bersih dan wajah yang sangat comel dan kacak. Ramai kawan-kawan Dynaz apabila melihat Dennis pasti berkirim salam buatnya.Dennis merupakan seorang lelaki yang tidak banyak bercakap, dia seorang yang pendiam dan hanya suka memerhati.Walaupun begitu, Dennis seorang yang mudah mesra dengan orang sekelilingnya.Dynaz sangat menyenangi kelakuan Dennis sesungguhnya Dennis memang seorang lelaki yang sangat baik.

3 comments:

Nancy Edison said...

ni mesti minat cerita korea ni. dynaz dengan fasha? Dynaz dengan Fasha Sandha ke?

Zeni Geba said...

Ha'ah..first ingat Dynaz tu Dynaz Mokthar ke..
tp Song Hye Kyo la...
ok besh citer nih!
develop well..
Dennis? skung trtanya2 cmne kisah mamat sorang nih..

~Siti Fatimah~ said...

huhu.ayat yang menarik dan puitis.bagus!!!..chaiyOk.. :)

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket