Novella~My LovE 30

Friday, September 25, 2009



BAB 30



Dynaz kini berjalan mengatur langkah mengelilingi villa yang begitu besar itu.Sememangnya villa tersebut terletak jauh dari kawasan bandar malah cuma hanya ada satu villa ini sahaja di kawasan ini.Sunyi..sememangnya sunyi di sini..
Pagi tadi dia dan Dennis sampai di sini terus sahaja dia mengemas barang-barangnya.Dennis pula yang berada di bilik lain langsung tidak kelihatan di pandangannya.
Akhirnya setelah selesai mengemaskan biliknya dia berkeputusan untuk berjalan-jalan sambil melihat kawasan keliling villa yang tersergam megah dan indah ini.
Langkahnya diatur begitu cermat sekali..kawasan villa ini sangat bersih,sehelai daun kering pun tidak kelihatan di pandangannya mungkin kerana para pekerja di sini yang terlebih dahulu membersihkan kawasan ini sebelum kedatangan dia dan Dennis.

“Di situ tersimpannya segala kisah tentang Hye Jun..malah kelahiran Yong Jun juga di sana..”kini Dynaz mengimbas kembali perbualannya dengan papanya pada malam sebelum dia ke sini.Barulah dia tahu mengapa papanya itu berubah riak ketika mamanya menyebut tentang villa ini.


            “Sudah lama villa itu tidak berpenghuni..kali terakhir adalah Hye Jun..sungguh papa tidak mampu untuk kembali lagi di villa tersebut setelah segala kisah termaktub di situ..cuma apa yang papa mampu lakukan ialah dengan hanya terus menjaga villa itu supaya terus kelihatan indah dan cantik seperti waktu-waktu dahulu..”En.Amir kelihatan begitu sunggul apabila menceritakan kisahnya kepada menantunya itu.Sudah lama dia menyimpan kisah ini.Hati dan jantungnya juga terasa seakan sesak dan begitu dihimpit-himpit apabila dia hanya berdiam diri tanpa meluahkan perasaannya ini.
Kehadiran Dynaz serba sedikit meringankan beban yang bertahun lama ditanggung dirinya seorang diri ini.Menantunya itu menjadi pendengar setia pada kisahnya dan apa yang penting menantunya itu begitu setia memegang rahsianya ini.
            “Papa..pa pernah cari mereka tak?”Dynaz menyoal lembut papanya.
        “Ya..sebenarnya selama ini papa mencari mereka..sehinggakan kini papa buntu..sungguh buntu..tiada jejak ditinggalkan mereka..Hye Jun benar-benar tidak memaafkan papa..papa tahu..papa sedar..”seperti ada mutiara kejernihan di sepasang mata indah milik En.Amir membuatkan Dynaz tersentuh.Dia sedar papanya itu tersiksa apabila memikiri keluarganya yang hilang tiada jejak itu..dan sungguh Dynaz tahu bahawa papanya itu amat merindukan keluarganya itu.


Dynaz kini berjalan di hadapan villa yang besar itu,dari tempatnya kini dia dapat melihat sepenuhnya bangunan besar villa tersebut.Dynaz kini cuba membayangkan seorang wanita lembut yang bernama Hye Jun itu menghabiskan masanya yang panjang keseorangan di dalam villa tersebut.Menunggu kekasih yang tidak kunjung tiba..amat menyiksakan..sungguh memeritkan..
Mengikut cerita papanya kepadanya,papanya bertemu semula wanita bernama Hye Jun itu ketika mama sedang mengandungkan Dennis.Akibat cinta yang tidak pernah padam buat wanita tersebut papanya membawa wanita itu tinggal di villa ini,jauh dari pandangan orang ramai..jauh dari keriuhan dan kesibukkan bandar yang mungkin bisa memisahkan mereka..
Di sinilah Hye Jun mengandungkan Yong Jun malah anak kecil itu juga dilahirkan di sini..Tetapi akibat keriangan papa menghabiskan masa bersama mama di bandar di samping Dennis yang menambahkan lagi keceriaan papa membuatkan dia terlupa akan seseorang yang setia menantinya bersama seorang bayi lelaki yang masih kecil..segalanya berlalu dengan pantas dan akhirnya villa itu kosong..
Kunjungan papanya kali ini di villa tersebut hanya dijemput sehelai surat yang diselitkan sekeping gambar seorang budak kecil yang begitu comel..ketika itu apa yang mampu papa lakukan adalah meraung..dan hanya meratapi nasibnya..

Sayu wajah Dynaz melihat villa yang tersergam indah menyimpan banyak kisah duka itu.Angin yang meniup lembut ke wajahnya gagal untuk menenangkan perasaanya..Hye Jun berasal dari kampung nelayan berdekatan sini..tetapi papanya tidak pernah ketemu lagi dengan wanita tersebut semenjak kehilangan wanita itu..Di mana wanita itu sekarang? Sudah tentu Yong Jun kini sudah besar..Dynaz kini melihat sepi kawasan villa tersebut.




            “Naz nak ke kampung nelayan berdekatan sini esok,boleh tak?”Dynaz bersuara perlahan dan teratur sekali.Dia tidak mahu mengejutkan Dennis yang begitu leka menekan papan kekunci laptop nya di ruang tamu itu.Dynaz masih berdiri di situ menunggu jawapan dari suaminya itu.
            “Buat apa?”sepatah Dennis menyoal tanpa memandang ke wajahnya.Dynaz menarik nafas dalam,hatinya mencebik melihat kelakuan Dennis yang begitu dingin itu.Sepanjang hari tidak kelihatan malah makan malamnya tadi juga tidak bertemankan sesiapa cuma dia seorang.
            “Naz dengar kat sana ada orang jual sotong kering murah-murah..Naz teringin nak makan..”Dynaz bersuara mendatar,dirinya teringatkan kata-kata pembantu rumah yang datang petang tadi membawa barang-barang mentah dapur untuk kegunaan dia sepanjang bercuti di sini.
Dennis kini menghentikan taipannya,pandangannya kini tepat melihat ke wajah Dynaz.
            “Kau mengidam?”cepat sekali Dennis mengeluarkan kata-katanya.Dynaz tersentak mendengar bicara Dennis itu,cepat dia menggeleng.Ah..takkan dia termakan kata-kata mama kot..sungguh Dynaz berasa pening memikirkan bicara mamanya itu.
            “Kenapa Naz nak mengidam pula? Naz bukannya mengandung..”Dynaz bersuara kecil sambil menguis-nguis kakinya di permaidani lembut yang bercorak abstrak itu.Dennis memandangnya atas bawah cuba mencari kelainan dari susuk tubuh Dynaz yang bisa menunjukkan apa sahaja petunjuk buat dirinya.
            “Hmm..pergi dengan aku esok.”Dennis kini menarik nafas dalam setelah puas dia meneliti tubuh yang berdiri tidak jauh darinya itu.Pandangannya dijatuhkan semula pada skrin laptop di hadapannya itu.
Sungguh Dynaz tidak mempercayai apa yang didengarinya itu.Dennis ingin menemaninya?Mimpi apa lelaki tersebut sehinggakan sanggup untuk menemaninya?kehairanannya mengusai diri tetapi cepat sahaja dia mengatur langkah meninggalkan Dennis di ruang tamu itu.





Cuaca pada pagi itu nyaman sekali membuatkan Dynaz tersenyum ceria tetapi apabila memandang ke arah Dennis yang berada agak jauh dari dirinya itu membuatkan senyumannya mati.Lelaki itu kelihatan begitu gelisah dan terganggu sekali dengan keadaan di kampung nelayan itu.Bukan dia tidak sedar betapa lelaki itu menarik wajah yang begitu tidak senang apabila mereka terpaksa menumpangi bot kecil untuk ke kawasan perkampungan nelayan ini.Bermacam-macam helah dan alasan Dennis untuk membatalkan rancangannya ini tetapi nasib baiklah dia lebih pandai berkeras akhirnya lelaki itu terpaksa juga akur menemaninya sehingga ke sini.
Dynaz tahu Dennis tidak selesa dengan keadaan di sini yang berbau dan tidak berapa bersih itu.Biasalah cik abang oi..dah namanya kampung nelayan kan..
Dynaz kini berjalan meninggalkan Dennis di belakangnya.Kawasan di pergigian pantai itu tidak ubah seperti pasar hari dan kelihatan begitu meriah sekali dengan orang-orang kampung yang menjual ikan dan juga sayur-sayuran.Semuanya segar-segar belaka,Dynaz tersenyum ceria.Penduduk di sini begitu ramah sekali menegur para pengunjung membuatkan Dynaz terasa begitu gembira berada di sini.
            “Hey sotong addicted!Ini ada sotong kering.Hurry up buys it.”tiba-tiba kedengaran suara Dennis kuat memanggil di belakangnya.Langkah Dynaz terhenti,dia menoleh ke arah Dennis kini.Jelas di penglihatannya betapa Dennis yang kelihatan begitu tidak senang di situ cuba mengamit-gamit memanggilnya.Dynaz tersenyum sedikit,geli hatinya apabila melihat gelagat Dennis yang cuba mengelak-elakkan tubuhnya dari bergeser dengan besen besar yang dibawa para peniaga di situ.Besen itu berisi ikan-ikan segar sudah tentulah berbau hanyir,Dynaz kini mengatur langkah menghampiri Dennis,senyuman geli hatinya cuba disembunyikannya.
            “Nah..kat sini kan banyak sotong kering..ambillah yang mana berkenan,cepat kita boleh balik.”Dennis yang kelihatan janggal di situ bersuara tenang sambil menunjuk-nunjuk ke arah sotong-sotong kering yang digantung secara berdekatan itu.
            “Kat sini mahal lah abang..Naz nak cari kat tempat lain.”Dynaz mengerutkan dahinya sambil membelek-belek sotong tersebut.Serentak itu cepat Dennis menampar lembut tangan Dynaz.
            “Jangan sentuh,nanti kotor tangan.”Dennis menyuarakan kata hatinya yang tidak senang dengan bau makanan di sini.Dynaz terpinga mendengar bicara Dennis itu.
            “Sudah, pilih je..aku yang bayar.Tak kisahlah,ambil saja yang mana kau suka.”suara Dennis kini seakan menekan berkata-kata dekat di telinga Dynaz apabila dia melihat pemilik gerai tersebut seakan-akan ingin mencuri dengar perbualan diantara mereka berdua.
Dynaz yang melihat gelagat Dennis itu terasa ingin terburai tawanya..sememangnya Dennis yang tidak menyukai sesuatu tempat itu akan menanam kecurigaan yang tinggi terhadap setiap penduduk di kawasan tersebut.Walaupun terang-terangan mereka kini berada di Korea,siapa yang akan mengerti akan percakapan mereka itu?Dynaz tersenyum manis sungguh dia kenal abang Dennis nya itu.
Abang Dennis..ya abang yang sering dipanggilnya dulu..abang yang dianggap sebagai abang kandungnya itu sebelum ini..seperti seolah-olah semalam dia bermain-main riang bersama Dennis di kampungnya dan kini dia sudahpun bergelar seorang isteri buat lelaki yang tidak pernah difikirkan untuk menjadi teman hidupnya itu.
            “Ya,Naz tahu abang yang nak bayar tapi biarlah berbaloi..kita cari yang murah ya?”manis dan ceria sekali suara Dynaz dan kini dia mengatur langkah riang meninggalkan Dennis di situ.
Sungguh Dennis terpinga mendengar kata-kata Dynaz.Mengapa perlu mencari yang lain?Sungguh dia boleh bayar jika Dynaz membeli di gerai ini malah jika Dynaz mahu beli satu gerai ini pun dia mampu membayarnya.Hahhh!..Dennis melepaskan kemarahannya dengan karenah Dynaz itu.Gelagat Dynaz benar-benar menyakitkan hatinya tetapi disabarkan juga kerana mengingatkan dia perlu menemani isterinya itu.
Cukuplah sekali dia pusing memikiri Dynaz yang pernah keseorangan di pulau Jeju sebelum ini,sungguh hati dan perasaannya tidak menentu ketika itu.Tambahan lagi dalam keresahan itu mama dan papa pula tidak henti-henti menekannya kerana begitu lalai menjaga isteri sedangkan yang sebenarnya segala-gala yang terjadi pada hari itu adalah sebuah rancangan yang dicipta olehnya sendiri.


            “Hwanyeong..(Welcome)”begitu ceria sekali kata-kata seorang wanita muda sambil mengedarkan pamphlet kepada para pengunjung.Dynaz tidak terlepas dari mengambil huluran wanita muda tersebut.
‘Wishing Family’ tajuk besar di pamphlet tersebut,nasib baiklah semuanya di dalam bahasa inggeris jadi mudahlah difahami Dynaz.Dia membaca lama pamphlet tersebut,Dennis yang berada di belakangnya hanya menyilangkan lengan di dadanya sambil melihat-lihat keadaan di sekelilingnya.
            “Oh..rumah orang tua-tua..”Dynaz bersuara halus sambil mengangguk-angguk kepalanya.
            “Agassi, i jibeun eodiin ga?(Cik,rumah ini di mana?)”lambat-lambat Dynaz menyoal wanita muda tersebut kerana dia cuba menyusun ayatnya di dalam perbualan bahasa korea.Sesungguhnya dia tidaklah berapa fasih seperti Dennis yang pandai bercakap di dalam bahasa itu tetapi di cubanya juga kerana dia berminat untuk mempelajari bahasa ini.
            “Geogi..(There..)”ramah sekali jawapan yang diberikan wanita muda itu membuatkan Dynaz menepuk sekali dahinya.Mengapa dia begitu bendul menyoal wanita tersebut sedangkan terang-terangan di hadapannya berdiri megah sebuah bangunan yang berpapan tanda ‘Wishing Family’.
            “Ya!(Hei!)Kita di sini untuk membeli sotong kering,bukannya berjalan-jalan berkunjung dan..”tidak sempat Dennis menghabiskan ayatnya Dynaz terlebih dahulu berlari riang memasuki pagar kawasan rumah orang tua-tua tersebut.Dennis melepaskan geramnya dengan menyepak perlahan tanah yang berpasir yang dipijaknya itu.





Entah mengapa Dynaz berasa begitu tertarik untuk mengunjungi rumah yang menempatkan kesemua penginapnya dari golongan warga-warga emas itu.Hatinya terasa berada di situ dan sungguh dia tidak dapat menolak perasaannya itu.
Keadaan bagunan yang besar itu menempatkan berpuluh-puluh warga emas yang tiada keluarga dalam erti kata yang lain yang hanya hidup merempat di luar sana.Tiada berumah..mungkin kerana tiada anak untuk menjaganya ataupun mungkin mempunyai anak tetapi ditinggalkan seorang diri tanpa belas kasihan..
Dynaz kini melihat sekelilingnya,pembantu-pembantu dan jururawat-jururawat di rumah tersebut memberikan senyuman padanya membuatkan hati tenang di situ.
            “Aku tak fahamlah dengan kau ni,kata mahu beli sotong dan sekarang pula berada di dalam rumah ni.”Dennis melepaskan ketidakpuasan hatinya pada Dynaz,dia kini duduk bersandar pada sebuah sofa di ruang tetamu rumah tersebut.Seorang wanita warga tua yang duduk bersebelahannya itu menghadiahkan senyuman buatnya..Nak tak nak Dennis cuba memaniskan roman wajahnya itu buat tatapan wanita tersebut takut nanti tersentap pula apabila tidak dipedulikannya.
            “Tengok tu..nenek tu pun sukakan abang.”Dynaz bersuara ceria seakan memerli Dennis membuatkan Dennis mencebik bibir melihat Dynaz di hadapannya itu.Dynaz tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya,dia terus melangkah mendekati wanita tua di sebelah Dennis itu lalu dia bertinggung di hadapan wanita itu.Sekuntum bunga carnation diambilnya dari sebakul bunga yang dibelinya di luar tadi dan diberikannya kepada wanita tersebut.Senyuman yang memekar di bibir wanita tersebut mendamaikan perasaan Dynaz.Dennis hanya melihat tingkah Dynaz itu,pada mulanya dia tidak mengerti mengapa wanita itu membeli sebakul bunga carnation di luar tadi dan kini dia mengerti mengapa.
            “Lihat..walau sedikit dan murah harga bunga ini tetapi dapat menceriakan hati mereka dan tinggi nilainya buat mereka..”sekilas Dynaz menjeling suaminya yang berada bertentangan dengannya itu.Dennis tersentak dengan kata-kata Dynaz,dia membisu.
            “Tolong Naz, nak?Kita beri bunga ni untuk semua warga emas di sini.”Dynaz senyum mesra sambil mengajak ceria suaminya.Dennis diam membeku cuma matanya kini yang terkelip-kelip melihat Dynaz.



Dennis tersenyum riang memberikan kuntuman bunga carnation buat ahli rumah tersebut.Sesekali dia tertawa riang apabila dia dipuji menggunung oleh orang-orang tua di situ.Ada yang memujinya seorang pemuda yang pengasih,ada yang mengatakannya dia berhak memiliki ketampanan wajah sebegini kerana hatinya yang bersih, dan ada juga tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran kerana dilawati oleh seorang pemuda yang begitu baik hati itu.
Dari jauh Dynaz tersenyum manis sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat Dennis yang begitu ceria melayani karenah warga-warga di rumah tersebut.Pada mulanya dia juga memberikan bunga-bungaan tersebut kepada warga tua di sini tetapi sekarang semuanya sudah diambil alih Dennis.Tentu Dennis kini sudah begitu berminat untuk memberikan bunga-bunga tersebut.Tertawa kecil Dynaz..rupanya ada juga sisi seorang pengasih di dalam diri lelaki tersebut..
            “Before this has one guy who always come and visit this place..he is really handsome..make all people here always happy.”tiba-tiba seorang pembantu wanita yang berada di sebelah Dynaz bersuara riang menggunakan perbualan inggeris,mungkin kerana wanita itu menganggap Dynaz dan Dennis merupakan pasangan yang datang berlancong di sini.Wanita itu juga kini sedang melihat ke arah kemesraan Dennis melayan warga-warga emas di situ.
            “Really??So,where is the guy now?”Dynaz turut bernada mesra begitu berminat mengetahui kisah lelaki tersebut.
            “It’s been a long time he doesn’t come here..I don’t know why..maybe he has something important to do out there.”satu keluhan terdengar di pendengaran Dynaz membuatkan Dynaz memandang tepat ke wajah wanita di sebelahnya itu.Senyuman manis Dynaz menghiasi bibirnya.
            “You miss him, huh?”nakal sekali usikan Dynaz membuatkan pipi pembantu rumah tersebut merona merah.
            “No..it’s not like that.”cepat pembantu rumah tersebut menidakkan kata-kata Dynaz.Dia kini meminta diri untuk menyelesaikan tugasnya.Dynaz tersenyum manis melihat tingkah pembantu tersebut.

            “Hey,kenapa senyum sorang-sorang ni?”tiba-tiba Dennis datang menegurnya.Entah bila lelaki tersebut berada di situ betul-betul tidak disedari Dynaz.
            “Lihat,semua dah habis..you know apa yang dia orang puji aku? Pemuda yang baik..pemuda yang kacak..pemuda yang baik hati dan pemuda..pemuda..apa sajalah asal yang baik-baik belaka.”Dennis tersenyum bangga sambil matanya kini melihat-lihat ke arah sekumpulan warga tua yang kini melambai-lambai ke arahnya itu.
            “Naz ragu-ragu dengan abang ni..adakah abang ni betul-betul ikhlas atau sekadar suka mendegar pujian sahaja.”Dynaz kini memerli Dennis di hadapanya itu,sengaja dia ingin menaikkan berang di dalam diri Dennis..sungguh dia suka melihat lelaki tersebut diamuk perasaan sakit hati itu.
Dennis kini menarik wajah mencuka,dagu Dynaz ditolak sekali.
            “Aku ikhlaslah..tak nampak ke?”dia kini melambai-lambai ceria kepada warga tua yang tersengih-sengih kepadanya itu.Dynaz mencebik,senyumannya menghiasi bibirnya.Begitu manis sekali membuatkan Dennis terpaku dan termati senyumannya.
Mata mereka bertemu ketika ini membuatkan Dynaz terkelu,Dennis juga membisu tiada bicara.
Tiba-tiba keadaan di situ menjadi riuh rendah,begitu meriah sekali.Serentak itu Dynaz mengalihkan pandangannya dari terus menatap sepasang mata memukau milik Dennis.Dia kini terpinga-pinga apabila melihat semua warga emas di situ kelihatan begitu ceria sekali berpusu-pusu mengatur langkah menuju ke pintu utama rumah tersebut.Seolah-olah sedang meraikan kedatangan seseorang, mereka semua kelihatan begitu riang dan ceria sekali.
            “Siapa yang datang?”Dynaz bersuara kehairanan begitu rendah nadanya seakan berkata-kata pada dirinya.Dennis turut merasakan apa yang dirasa Dynaz,dia melihat keadaan sekelilingnya dengan raut yang penuh tanda tanya.
           
            “Hwanyeong hamnida..(Welcome back)..geu oraen sigani jinasseo yo..(It’s been a long time)..uriga jeongmal ppogo sipeosseo!(we really miss you)”begitu mesra dan begitu ceria sekali sambutan dari warga-warga rumah tersebut mengalu-alukan kedatangan seseorang yang begitu ditunggu-tunggu dan disenangi mereka itu.Dynaz dan Dennis juga turut serta berada di dalam keriuhan tersebut.Dynaz kelihatan meloncat-loncat anak cuba untuk melihat gerangan insan yang datang melawat tersebut.Dia begitu yakin orang yang datang tersebut semestinya adalah insan yang dibicarakan salah seorang pembantu rumah tersebut kepadanya sebelum ini.
            “You really wanna see that person so badly?”Dennis tersenyum geli hati melihat gelagat Dynaz yang meloncat-loncat di dalam keriuhan orang di situ.
            “Ya!(Hey)kalau kau nak tengok sangat,jalan saja ke hadapan tak perlulah nak meloncat-loncat macam tu.”Dennis kini menarik lengan Dynaz.Nak kata bodoh tak bodoh..tapi suka berlagak bodoh..Dennis kini menggelengkan kepalanya sekali,tangan Dynaz dipegangnya erat sambil mengatur langkah berjalan ke hadapan untuk melihat gerangan insan yang datang.
Dynaz tergamam dengan tindakan tiba-tiba Dennis itu,dia terpinga-pinga tetapi langkahnya tetap diatur mengikut rentak Dennis.

Kini betapa terkejutnya Dennis apabila melihat gerangan insan yang datang melawat tersebut.Sungguh dia tidak menyangka akan kebetulan yang begitu memeranjatkan itu.Dynaz di sebelahnya dipandangnya,wanita itu terkaku seolah-olah sedang melihat kepada seseorang yang begitu dikenalinya.
            “Top..”tiba-tiba Dynaz bersuara rendah,wajah kekejutannya tidak lekang melihat lelaki di hadapannya itu.Dennis tersentak mendengar panggilan Dynaz itu,rautnya berubah kini.Top??Siapakah Top?Dihadapan mereka kini ialah Seung Hyun.Mengapa Dynaz kelihatan bagitu terkejut?Top??Mengapa Dynaz memanggil Seung Hyun dengan panggilan Top?




            “Kau kenal Seung Hyun sebelum ini?maksud aku sebelum majlis hari itu.”Dennis menyoal serius Dynaz yang berada di sebelahnya.Pandangannya tidak melihat ke wajah wanita di sebelahnya itu sebaliknya dia lebih selesa melepaskannya ke arah laut yang kelihatan tenang itu.
Dynaz kini mengebam bibirnya cuba untuk mencari kata-kata bicara yang harus diucapkan.Bot kecil yang ditumpangi mereka bergerak terolang-aling berlawan ombak laut yang sederhana itu.
            “Ya..Naz sudah lama kenal dengan Seung Hyun..tapi Naz tak tahu yang dia bekerja di situ..”rendah sekali nada Dynaz,matanya hanya memandang ke lantai bot tersebut tidak berani untuk melihat Dennis di sebelahnya.
Suasana menjadi sunyi diantara mereka berdua,hanya desiran ombak yang memenuhi kebisuan itu.Dynaz yang menunduk mencari kata-kata untuk berbicara bersama suaminya tetapi apabila melihat raut Dennis yang begitu dingin melihat ke arah lautan yang terbentang luas itu mematikan segala niatnya.

Bot kecil yang ditumpangi mereka kini berlabuh di tepian jeti,Dennis melangkah keluar meninggalkan Dynaz di belakangnya.Hatinya terusik entah mengapa dengan kata-kata Dynaz yang mengenali Seung Hyun.Sakit dan pedih apabila mengetahui akan perkara sebenar.Wajah Dennis dingin tiada senyuman manis terhias di bibirnya..

            “Hi,nice to meet you.Tak sangka boleh berjumpa di sini.”tenang dan ramah Seung Hyun menegur Dennis.Senyuman di bibirnya cuba dimaniskan untuk penglihatan lelaki yang merangkap ketua di tempat dia bekerja itu.
            “Top..mengapa awak ada di sini?”Dynaz kini lebih pantas mengeluarkan kata-katanya memintas bicara yang ingin dituturkan Dennis di sebelahnya itu.
Dennis tersentak dengan perlakuan Dynaz itu,wajahnya yang sememangnya kelihatan dingin itu bertambah panas dengan kelakuan Dynaz yang kelihatan begitu mengambil berat dengan lelaki di hadapannya itu.
            “Saya sudah lama tak melawat rumah ini..lagipun hari ini begitu bermakna bagi saya.”Seung Hyun menjawab tenang senyuman dilayarkan di bibirnya yang merah.Hanya seketika matanya menatap wajah wanita di hadapannya itu sebelum dia mengalihkannya ke arah suasana ceria di dalam rumah orang-orang tua tersebut.
Dynaz mengeluh kecil..wajahnya muram apabila melihat reaksi Seung Hyun itu.Dia sedar lelaki itu masih lagi tidak mampu untuk memaafkan dirinya..
Dennis melihat perubahan pada air wajah Dynaz,hatinya bertambah sakit apabila melihat wanita itu begitu tersentuh apabila tidak dilayan mesra oleh lelaki tersebut.

Apakah hubungan diantara mereka berdua?Mengapa Dynaz begitu tersentuh dilayan hambar oleh lelaki tersebut?Adakah Seung Hyun juga merupakan salah satu teman hidup Dynaz?..jantung Dennis kini berdebar pantas..Hariz..Henney..dan kini Seung Hyun..Dennis kini benar-benar keliru..



Hujan begitu lebat di luar sana langsung tidak menganggu fikiran Dynaz,dia duduk berteleku di sebuah kerusi rotan yang dilapik sebuah kusyen yang begitu empuk.Fikirannya menerawang memikirkan pertemuan bersama Seung Hyun pagi tadi.
Pertemuan mereka secara kebetulan itu amat mengganggu fikirannya..bagai ditakdirkan bukan hanya sekadar kebetulan..Dynaz mengerutkan keningnya pusing memikirkan perkara tersebut.
Dia kini melihat-lihat pamphlet ‘Wishing Family’ yang berada kemas di dalam genggamannya.
Hari ini begitu bermakna buat saya..kata-kata Seung Hyun terimbas sekali lagi di dalam kotak fikiran Dynaz.Dia kini menyandarkan kepalanya pada kerusi empuk itu,satu keluhan panjang dilepaskannya.
Dynaz membelek-belek pamphlet yang berwarna merah jambu itu,satu per satu perkataan di situ dibacanya..nasib baiklah semuanya di dalam bahasa inggeris kalau di dalam bahasa negara ini sudah tentu pening juga untuk dia membacanya.
Tiba-tiba detuman guruh kuat bergema membuatkan Dynaz terjerit kecil akibat kekejutan.Serentak itu Dynaz melihat-lihat sekelilingnya.
Keadaan di ruang tamu yang luas itu kelihatan sunyi sepi tiada penghuni selain dirinya.Dynaz kini mengurut-urut perlahan dadanya yang terasa seakan ingin pecah tadi.Dia melepaskan keluhan kecil.
            “Di mana Dennis?”perlahan sekali dia bersuara seolah-olah bertanya kepada dirinya sendiri.Semenjak tiba di villa tengah hari tadi, bayang Dennis langsung tidak kelihatan.Entah di mana lelaki itu lesap membuatkan Dynaz tertanya-tanya..Wajah Dennis yang dingin dan kelihatan tegang itu menambahkan lagi persoalan di mindanya.
Sekarang sudah hampir lewat malam..masih lagi bayang lelaki itu tidak kelihatan..di mana Dennis? Ada di dalam villa inikah? atau bermalam di luar sana? Fikiran Dynaz buntu memikirkan suaminya itu.Mana bisa dia mencari lelaki tersebut di dalam Villa yang sebegitu besar ini, dirinya bisa sesat!
Dynaz mengeluh panjang..hujan diluar begitu lebat, kilat sering memancar dan guruh juga berdetum kuat, sekali-sekala menimbulkan kegentaran di dalam hatinya.
Dynaz menguatkan semangatnya untuk terus berada di situ walaupun dadanya berombak kuat.Pamphlet di tangannya itu dibacanya berulang-ulang kali untuk menenangkan perasaannya.
Tiba-tiba bacaannya terhenti pada satu perengan yang menceritakan tentang sejarah rumah tersebut.Dynaz membulatkan matanya,sepotong nama yang tertulis di situ sungguh menarik perhatiannya.-Hye Jun-Dynaz membaca sekali lagi perengan tersebut dengan minat.

Hye Jun merupakan satu-satunya anak perempuan kepada pengasas tempat tersebut!Dada Dynaz kini berdebar pantas..diteruskan lagi bacaannya untuk mencari maklumat tentang wanita tersebut.
Kehilangan wanita tersebut membuatkan ayahnya mewasiatkan segala hartanya untuk dijadikan sebagai tempat kebajikan..terasa sempit dadanya untuk bernafas,Dynaz dapat merasakan sesuatu tentang perempuan yang bernama Hye Jun ini.Mungkinkah wanita ini adalah Hye Jun yang dicari papanya selama ini?Entah mengapa, sungguh dia dapat merasakan perkara itu.Dynaz meneruskan lagi pembacaannya..

Khabar angin mengatakan wanita tersebut membunuh diri kerana kecewa ditinggalkan seorang lelaki yang juga merupakan ayah kepada anak lelaki miliknya..dan sehingga kini wanita dan bayi itu masih belum dijumpai..Seperti mempunyai kemungkinan, kisah ini jika ingin dikaitkan dengan kisah papanya..Dynaz mengetapkan bibirnya,jika benar yang diceritakan dalam pamphlet ini..Hye Jun sekarang ini sudah pun meninggal dunia..sungguh sedih dan sadis sekali jika benar wanita itu membunuh dirinya.
Untuk memperingati satu-satunya anak wanitanya itu,pengasas tempat tersebut telah menjadikan tarikh 21 Disember yang juga merupakan tarikh kali terakhir pengasas tersebut melihat anaknya itu wajib diraikan ditempat itu dan tugu memperingati wanita tersebut juga telah didirikan di situ..
Tugu yang menjadi tanda kasih sayang seorang ayah kepada anaknya yang tiada tanda penghujungnya..tanda kasih sayang yang kekal abadi..pada hari yang begitu bermakna..
Dynaz menghembuskan nafasnya dalam..hatinya begitu tersentuh dengan pembacaannya itu..

            “Hari ini 21 Disember..hari yang begitu bermakna..”Dynaz berkata-kata perlahan pada dirinya apabila menyedari tarikh istimewa itu merupakan pada hari ini..
            “Hari yang begitu bermakna..hari yang begi-”tiba-tiba kata-kata Dynaz termati,matanya membulat wajahnya penuh kekejutan..
Ya!Ya!ayat itu sama dengan apa yang diucapkan oleh Seung Hyun!Spontan Dynaz kini bangun dari sandarnya di kerusi empuk tersebut.Matanya meliar mengingati kata-kata lelaki tersebut dan cuba untuk mengaitkan dengan apa yang dibacanya itu.
Mindanya kini bekerja keras untuk mentafsirkan segala persoalan di dalam fikirannya.Segala-galanya makin jelas kini..entah mengapa dia bisa mencapai kesimpulannya sendiri ketika ini.Sungguh apa yang disimpulnya itu jauh dari pemikirannya sebelum ini.Turun naik dadanya menahan rancak deru nafasnya kini..
            “Kemungkinan besar Seung Hyun adalah Yong Jun.”perlahan suara Dynaz bergema di dalam cuping telinganya..begitu memeranjatkan dirinya,Dynaz kini berdiri dari duduknya yang lama.Wajahnya yakin dan dirinya percaya dengan apa yang disimpulkannya itu.Kemungkinan besar apa yang dikatakannya ini  adalah benar!

BOOM!!!Tiba-tiba kedengaran guruh kuat berdetum hebat menggegarkan suasana lewat malam tersebut dan dengan serta merta semua lampu di dalam villa tersebut terpadam.Gelap gelita.
Dynaz tersentak,kedua-dua tangannya yang menekup sepasang telingannya tadi perlahan-lahan diturunkannya.Jantungnya berdegup pantas seolah-olah menendang-nendang dadanya.Suasana kini gelap gelita tiada satu cahaya pun yang mampu dilihat olehnya.
            “Ya Allah..dugaan..jenis apakah ini?”terketar-ketar suara Dynaz menahan kegentaran di dalam dirinya.Mengingatkan hanya dia sahaja berada di dalam villa yang besar itu menambahkan lagi kecelaruan di dalam perasaannya.Hilang segala semua isu tentang apa yang difikirkannya sebelum ini.
            “Apa harus aku buat?..Apa?”Dynaz cemas dia tidak mampu untuk mengawal perasaan takutnya kini..Terasa seperti air matanya sudah mula bergenang di kelopak matanya..dia kini menggagahkan diri untuk mengatur langkah menaiki tangga besar menuju ke bilik utama.Tidak henti-henti mulutnya terkumat-kamit membacakan segala ayat-ayat al-quran yang diingatinya.Peluh dingin mula menghiasi wajahnya.
Di luar hujan masih lebat, kilat memancar hebat dan bunyi guruh sambung-menyambung tiada henti, sesekali terdengar jeritan kecil dari Dynaz yang tidak mampu mengawal suara gentarnya itu.
Tiba-tiba langkahnya terhenti di anak tangga pertama tangga yang besar tersebut,jantungnya saat ini seakan-akan terhenti untuk terus berdenyut lagi dan jiwanya seakan melayang apabila melihat di hadapannya kini berdiri teguh sebuah lembaga hitam yang mengadap terus ke arahnya.Ketakutannya tidak dapat dikawal lagi segalanya diluar batas akal fikirannya..dia kini menjerit sekuat-kuat hatinya.


            “Eh,bodohlah kau ni!Ini aku lah,Dennis!”satu ketukan kuat mengena dahi Dynaz kini.Sungguh membingitkan apabila mendengar jeritan Dynaz,sudahlah guruh yang asyik sambung-menyambung kini ditambahkan lagi dengan suara nyaring jeritan perempuan di hadapannya ini.
            “Kau tahu tak jeritan kau ni kalau pontianak dengar pun boleh menangis gulung tikar tau.”keras nada Dennis sambil menghampiri Dynaz yang kini menutupkan kedua-dua telinganya dengan sepasang tangannya itu.Jeritannya kini tidak kedengaran lagi matanya dipejamkan rapat menundukan wajahnya yang kebasahan dek air matanya yang tidak henti mengalir.
            “Hahaha..gila creepy ke aku berdiri macam tu tadi?”Dennis tertawa kecil melihat Dynaz yang menggeletar tubuhnya itu.Sememangnya dia mendengar detuman guruh yang kuat itu dari dalam biliknya sebentar tadi tetapi hanya dibiarkannya saja.Apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus barulah dia mula resah mencari Dynaz,bimbang akan keadaan wanita tersebut.
            “Kenapa..abang..buat Naz..macam ni?..”tersedu-sedu Dynaz menahan tangisnya,dia mengesat-ngesat air matanya supaya berhenti tetapi begitu degil air matanya itu enggan untuk mengikut kehendaknya.Dennis di hadapannya tersenyum geli hati melihat Dynaz yang tersedu-sedu ketakutan itu.Dynaz melihat sakit hati dengan senyuman yang memperkecil-kecilkan dirinya itu.Memang tidak dapat dinafikan sedikit demi sedikit ketakutan di dalam hatinya beransur pulih apabila menyedari Dennis di sampingnya kini.
            “Aku nak pergi ambil lilin,kau nak tunggu ke nak ikut?”Dennis menyoal selamba sambil dirinya kini mula memanjat satu per satu anak tangga.Dynaz tersentak apabila menyedari Dennis yang semakin melangkah pergi dari sisinya.Cepat Dynaz mengenggam erat baju yang dipakai Dennis pada tubuhnya yang tegap itu.Dennis hanya membiarkan kelakuan Dynaz itu dia kini meneruskan perjalanannya memanjat anak-anak tangga itu.Dynaz mengikut penuh setia di belakangnya sambil genggamannya pada baju di bahagian belakang tubuh lelaki tersebut dikejapkannya lagi.


            “Gelaplah abang..Naz takut..”terketar-ketar Dynaz bersuara sambil melihat keadaan sekelilingnya yang tiada bercahaya itu.Sesampainya dia di bilik Dennis sebentar tadi terus sahaja lelaki tersebut menempatkannya di atas katil bersaiz king milik lelaki tersebut dan dia ditinggalkan sendirian sementara Dennis mencari lilin yang sebelum ini sudah pun dibelinya untuk persediaan bagi waktu yang tidak terduga seperti malam ini.
Tiada jawapan dari Dennis membuatkan Dynaz mula terasa gementar..dalam keadaan yang gelap gelita ini apa sahaja mampu terjadi..mana tahu tiba-tiba Dennis disorok hantu penunggu villa ini ke..seram..amat menyeramkan..
            “Abang..abang..jawablah..”rendah sekali suara Dynaz seakan-akan berbisik-bisik memanggil suaminya itu.
            “BUU!”tiba-tiba Dennis muncul dan memeranjatkan Dynaz dari arah belakang wanita tersebut.Hampir tercabut nyawa Dynaz,dia kini menjerit sekuat hatinya seolah-olah dirinya kini sedang bergelut menyelamatkan diri dari sekumpulan pontianak yang dahagakan darahnya.
Terburai tawa Dennis apabila melihat Dynaz yang seperti wanita yang hilang akal itu,ketawanya kuat sambil memegang-megang perutnya yang terasa senak akibat tawanya yang menggila.
            “Kau tu penakut sangat!Rileks lah sikit..dalam dunia ni mana ada hantu.”masih bersisa lagi tawa Dennis apabila dia mula menyalakan lilin yang berada di dalam pegangannya itu.
Kini bilik tersebut diterangi cahaya suram dari lilin yang kecil itu.Jelas wajah Dennis kini yang masih tersenyum manis mempermainkan wanita di hadapannya itu.Dynaz mengurut-urut perlahan dadanya,air matanya masih mengalir dan dikesat-kesat kasar olehnya. Sungguh menyakitkan hati!Aku harap kau akan ditelan pontianak tujuh beradik nanti!Biar padan muka!!

            “Nah, satu lilin untuk kau.Duduk sini senyap-senyap tau jangan bising-bising nanti hantu tangkap.”sempat Dennis mempermainkan Dynaz dan mengenyit matanya sekali  sebelum dia bangun dari katil yang besar itu.
            “Eh,abang nak ke mana?”begitu cepat Dynaz kini memaut erat lengan sasa milik suaminya itu.Dennis tersentak dengan kelakuan Dynaz dia memalingkan wajahnya kembali melihat Dynaz yang kini merenungnya penuh simpati meminta jawapan.Dennis mengeluh kecil.
            “Aku nak pergi tengok suis utama..tengok apa yang masalahnya.”Dennis bersuara rendah.
            “Kau duduk sini saja, ok?”kini Dennis menundukkan sedikit tubuhnya betul-betul separas wajah Dynaz,wajahnya melihat wajah Dynaz dan senyuman manis diberikannya untuk wanita tersebut.
            “Abang nak tinggalkan Naz?..tak nak.Temankan Naz ye?..jangan ke mana-mana..”cepat Dynaz bersuara seakan merayu.Sepasang tangannya kini memegang erat kedua-dua tangan milik Dennis.Dia begitu takut sehinggakan dirinya begitu berani meminta sedemikian rupa terhadap lelaki yang sebelum ini begitu digentarinya itu.
Dennis tergamam dengan kelakuan Dynaz,seperti kanak-kanak tetapi begitu memikat jiwanya kini.


Tiba-tiba kilat memancar menikam ke penglihatan dan serentak itu petir memanah bersama detuman kuat guruh yang berdetum menggegarkan isi alam.Sungguh Dynaz ketakutan cepat dia memeluk erat tubuh Dennis di hadapannya itu bersama jeritan kecil yang tidak dapat disembunyikannya.
Pelukan Dynaz yang tiba-tiba itu membuatkan Dennis gagal untuk mengimbangi badannya dan dengan tiba-tiba tubuhnya rebah menimpa ke tubuh Dynaz yang memeluknya dengan erat.
            “Jangan tinggalkan Naz..”rendah sekali nada suara Dynaz seakan merayu seperti kanak-kanak kecil yang meminta tidak ditinggalkan.Semakin erat pelukannya pada tubuh Dennis yang menimpa pada tubuhnya membuatkan Dennis ketika ini gagal untuk berfikir jauh lagi.Sepasang mata Dynaz yang bersinar dilihat Dennis penuh dalam.
Jantung Dynaz berdebar apabila merenung sepasang mata Dennis yang tajam melihat ke arahnya.Ketika ini dia menyedari akan keterlanjuran tindakannya itu,cepat dia menarik sepasang tangannya dari terus memeluk tubuh tegap Dennis.Serentak itu Dennis mengenggam erat tangan mulus milik Dynaz bersama cadar katil yang menjadi tempat pembaringan mereka itu.Sunguh membuatkan Dynaz semakin gementar.
Jiwa Dynaz bergelora kuat tatkala Dennis kini memgusap lembut wajahnya.Turun naik dadanya menahan deru nafas yang semakin menggila.
            “You can stop me if you want to..”begitu rendah dan lembut sekali nada suara Dennis berbisik penuh romantis di telinga Dynaz.Bagaikan menghantar getaran ke seluruh tubuh Dynaz bisikan itu menambahkan lagi gelora perasaan Dynaz yang bergoncang kuat.
Dennis mengucup lembut pipi Dynaz dan entah mengapa tiba-tiba segala kegentaran yang dirasai Dynaz terasa semakin pudar seakan-akan dibawa pergi oleh belaian lembut Dennis terhadapnya.Sungguh Dynaz berasa begitu hairan jiwanya kini terasa begitu tenang dan begitu damai..matanya melihat tenungan Dennis yang begitu hampir dengan wajahnya sehinggakan nafas lelaki itu bisa didengarinya..nafas yang begitu tenang dan begitu teratur..wajah Dennis mendekat dan Dynaz bisa melihat segaris senyuman yang begitu menggoda terukir pada bibir yang begitu sempurna itu…
Di luar hujan begitu lebat dan begitu dingin tiada tanda akan berhenti.Malam seperti biasa melabuhkan tirainya tetapi tidak bagi Dennis dan Dynaz yang ketika ini pertama kali melayari malam yang begitu hangat dan penuh romantis diantara mereka berdua.




Dynaz bangun begitu terkejut apabila dia menyedari dirinya tidak berada di dalam bilik tidurnya sendiri.Matanya kini digosok-gosoknya cepat cuba mengamati suasana bilik indah yang begitu asing olehnya itu.
            “Ahh!”Dynaz menjerit kecil,amat memeranjatkan apabila dia menyedari keadaannya yang tanpa seurat benang itu.Cepat Dynaz menarik selimut tebal menyelimuti tubuh gebunya.Jiwanya berdebar pantas dan kini cepat kotak fikirannya mengimbas kembali segala kejadian yang berlaku semalam.Sepasang mata cantik Dynaz semakin membulat apabila segala-galanya yang berlaku semakin jelas di ingatannya.
            “Aku bermalam bersama Dennis..”begitu perlahan sekali, lambat-lambat Dynaz menuturkan kata-katanya.Seperti susah untuk dipercayainya Dennis yang bersikap ditaktor terhadapnya itu menidurinya semalam..
Dennis tidak kelihatan di situ membuatkan Dynaz berasa lega dia mengatur nafasnya yang seketika tadi begitu sesak itu.
Apa yang harus aku lakukan apabila berhadapan dengannya nanti?Ya Allah..pertama kali aku berasa begitu malu untuk berhadapan dengannya..apa yang harus aku lakukan?
Dynaz kini menggigit kecil bibirnya,matanya meliar mencari jawapan terhadap soalan yang membelenggu fikirannya kini.
Katil yang begitu besar dan kelihatan tidak terkemas itu mengingatkan Dynaz tentang peristiwa yang berlaku semalam.Tiba-tiba sahaja jiwa wanitanya berdebar..
Lembut dan begitu intim sekali bibir Dennis mengucup segaris bibir Dynaz yang basah malah bibir sempurna itu mencumbui penuh intim di segenap tubuh miliknya dan sekali lagi Dynaz membiarkan dan merelakan segalanya yang dilakukan Dennis terhadap dirinya.Malam yang begitu berahi..sudah tentu tidak mudah untuk dilupakannya walaupun fikirannya kini bekerja kuat untuk memadamkan segala memori-memori itu.


Dennis kini menonton leka siaran televisyen yang menyampaikan berita-berita terkini yang begitu menarik perhatiannya.Di tangannya tergenggam erat sebuah gelas yang berisi susu segar.Kepalanyanya disandar selesa pada sofa yang besar itu.Tiba-tiba pandangannya melihat sesusuk tubuh yang begitu dikenalinya.
            “Morning.”satu teguran dikeluarkannya buat wanita yang kini begitu terkejut mengalihkan tubuh memandang ke arahnya.Tanpa membuang masa Dennis kini meletakkan gelasnya di atas meja kaca di hadapannya lalu dia mengatur langkah menuju ke arah wanita tersebut.
Dynaz menelan liur,selimut putih yang menyelimuti tubuhnya yang gebu itu dipegangnya erat.Dennis yang berjalan begitu bersahaja ke arahnya membuatkan jantungnya tidak henti-henti berdegup pantas.
            “Hmm..aku ada sediakan breakfast..after you take your bath..eat it.Pastikan kau habiskannya..got it?” seperti berbaur arahan, begitu selamba seolah-olah tiada apa-apa berlaku, Dennis bersuara penuh bersahaja.Dynaz cuba untuk berlagak tenang tetapi jelas dirinya kaku dan kaget berhadapan dengan lelaki tersebut setelah apa yang berlaku semalam masih lagi segar bermain di ingatannya.Dia kini mengangguk kecil tanpa kata-kata.
Dennis melepaskan nafasnya dalam,pandangannya kini melekat pada rambut Dynaz yang kelihatan tidak terkemas itu, tubuhnya yang hanya diselimuti dengan selimut putih itu kelihatan begitu menggoda..sungguh wanita itu mampu merobohkan pendiriannya selama ini.Cepat Dennis kini berlalu mengatur langkah meninggalkan wanita yang bisa mencetuskan kehuru-haraan di dalam jiwanya itu.Cukup hanya mendengar desahan Dynaz semalam sudah mampu mengentarkan jiwa lelakinya..sememangnya Dynaz punya tarikannya tersendiri..Mengapa perlu tampil dalam keadaan begitu jika bukan untuk menggoda aku?Memang seorang perempuan yang licik..
Dynaz memandang penuh hairan terhadap kelakuan Dennis.Lelaki itu begitu bersahaja…
                       
“Dia sudah lupa ke tentang semalam?”


Novella~My LovE 29

Wednesday, September 23, 2009

BAB 29


"Oh..this is our lovely daughter-in-law,Mari sini Naz.”begitu lembut sekali Pn.Chae Rin kini tersenyum manis melihat kearah Dynaz.Semua mata kini tertumpu kearah Dynaz membuatkan dirinya tergamam dan tersentak.Tanpa membuang masa cepat Dynaz menyembunyikan dirinya di sebalik orang ramai.Sungguh dia tidak mahu berada di kawasan hadapan itu.Tambahan lagi dia tidak mahu Seung Hyun mengetahui identitinya ini kerana dia pernah berkata kepada lelaki tersebut yang dia adalah seorang yang biasa dan tidak punya sesiapa sebagai teman hidupnya.

Ya!Memang benar dia tidak punya sesiapa sebagai teman hidupnya tetapi mana bisa lelaki itu kini mempercayai dirinya kerana terang-terangan yang dia kini akan dikenalkan sebagai seorang isteri kepada lelaki yang langsung tidak pernah mencintai dirinya itu.Ahhh..dugaan jenis apakah ini?

“Maaf ye para tetamu..menantu saya ni pemalu sikit orangnya.hahaha..”Pn.Chea Rin kini tertawa kecil melihat telatah Dynaz yang seakan budak-budak kecil itu.Bunyi ketawa mengusai dewan tersebut..Dynaz tertunduk-tunduk di kalangan orang ramai sambil tangannya menutup-nutup wajahnya.Dia cemas kini..Aigoo..mana jalan keluar?mana jalan keluar?

Dennis kini melihat hairan tingkah Dynaz itu.Dahinya berkerut melihat temasya yang diciptakan Dynaz itu.Hariz dan Henney turut terdiam,kehairanan menguasai jiwa mereka.

Seung Hyun tenang melihat ke arah wanita yang tidak pernah disiasat olehnya itu.Entah mengapa dia tidak pernah mengambil kira wanita yang menjadi isteri kepada anak tunggal En.Amir itu.Mungkin minatnya lebih kepada En.Amir membuatkan dirinya leka akan kewujudan seorang lagi wanita di dalam keluarga tersebut.

Pn.Chae Rin kini berjalan kearah Dynaz.Dia tersenyum simpul kearah Dynaz yang masih lagi cuba menyembunyikan dirinya di sebalik orang ramai itu.

“Yes.Finally I’ve got you.Nak lari mana ni?”Pn.Chae Rin memegang erat lengan Dynaz.Kepalanya digeleng-gelengkan,senyuman di bibirnya manis sekali melihat kearah menantunya itu.

“Ya, ladies and gentleman we’ve got her and now kita akan bawa this shy princess ke hadapan ya.”ceria dan mesra sekali kata-kata yang dituturkan Pn.Chae Rin sambil dirinya memegang erat tangan Dynaz dan berjalan mengatur langkah ke hadapan.Jantung Dynaz kini berdegup kencang,dia terpaksa mengatur langkahnya mengikuti mamanya kerana wanita itu enggan melepaskan tangannya.Semakin langkahnya mendekati kawasan itu semakin kuat jantungnya berdegup.Terasa seperti dirinya mahu pitam semua mata kini memandang kearahnya.No..No..Jangan lihat aku Seung Hyun..Jangan..begitu kuat kata-kata hati Dynaz menjerit-jerit ketika ini.Sungguh dia tidak mahu kepercayaan lelaki itu menjadi rapuh terhadap dirinya.

“This is our daughter-in-law, lovely wife for our gorgeous son, Dennis.”kata-kata ceria En.Amir mendapat tepukan gemuruh dari para tetamu.Bagaikan ingin tercabut tangkai jantung Dynaz,dia tidak dapat mengangkat pandangannya untuk bertemu dengan pandangan sesiapa pun ketika ini.Pn.Chae Rin membawanya ke arah Dennis dan dirinya ditinggalkan di situ.Gemuruh jiwanya terasa seakan-akan menyiksa batinnya kini,rangkulan Dennis di pinggangnya menambahkan lagi keresahan dalam dirinya.Dynaz mendongak melihat wajah suaminya itu.Melihat Dennis yang tersenyum mesra ke arah para tetamu dirinya juga cuba untuk menguntumkan senyumannya tetapi jelas betapa senyuman itu begitu tawar dan pahit.

Seung Hyun ada di sebelah Dennis membuatkan Dynaz menggunakan tubuh gagah Dennis untuk berlindung dari pandangan lelaki kacak tersebut.Pandangan Dynaz kini melihat Hariz di sebelahnya,jantungnya berdegup kencang.Perasaan jenis apakah ini yang menyiksa jiwanya ini.Segala perasaan yang bercampur baur ini menyesakkan jiwanya ketika ini.

Pandangan Henney yang tajam melihatnya menyentakkan dirinya.Dingin lelaki itu merenung ke arahnya yang memandang Hariz.Mungkin lelaki itu kini punya tanggapan buruk sendiri tentang dirinya ini.Cepat Dynaz mengalihkan pandangannya dari terus melihat Hariz.Kedinginan Henney menyentuh perasaannya,terasa seolah-olah dirinya makin jauh dari perhatian lelaki tersebut.Sungguh mencengkam di jiwanya..Dynaz tertunduk di situ.

“Nice to meet you..what a beautifull lady,you deserve to be his princess.”suara yang bersahaja dan begitu dikenali olehnya.Cepat Dynaz mengangkat wajahnya,di hadapannya Seung Hyun berdiri tegap melihatnya.Pandangan tajam dan dingin itu menikam terus ke anak jantung Dynaz.Begitu dingin..sehinggakan Dynaz tidak mampu berkata apa-apa,kebisuan merajai dirinya.Segaris senyuman sinis lelaki tersebut kepadanya meruntuhkan segala keyakinan yang masih bersisa di dalam dirinya.Terasa ingin pitam..Dynaz tidak mampu melakukan apa-apa..

Dennis melihat Seung Hyun yang menegur sapa Dynaz di sebelahnya.Kebisuan Dynaz menjadi kehairanannya.Wajah Dynaz dilihatnya dalam..



Dynaz memeluk lututnya yang dirapatkan ke dadanya itu.Fikirannya kusut memikirkan peristiwa yang terjadi pada malam ini.Sesekali dia menggigit-gigit kecil bibirnya,hatinya resah.

Panahan mata dingin dan sinis Seung Hyun bermain-main di fikirannya seolah-olah lelaki itu kini berada di hadapannya.Hahh..Dynaz mengeluh lemah dan menyembabkan wajahnya pada lututnya itu.

Suasana di dalam bilik tidurnya sunyi sepi seperti hari-hari yang lain cuma bunyi hembusan dingin air-cond bilik tersebut yang menemaninya kini.

Seung Hyun merenung tajam ke arahnya sepanjang majlis tadi.Dynaz tahu lelaki itu pasti memandang rendah terhadap dirinya,dan yang pasti lelaki itu tentu menganggap dirinya sebagai seorang pendusta.Dynaz menggeleng-gelengkan kepalanya.

Tidak..Tidak..aku perlu ceritakan yang sebenarnya kepadanya..Sungguh Dynaz tidak mahu dirinya dianggap sedemikian rupa oleh seorang yang benar-benar istimewa di dalam hatinya itu.

Aku perlu terangkan segalanya..Ya!Aku perlu.

Dynaz kini bangun dari sofa besar yang didudukinya itu.Cepat dia mencapai jacket labuh berwarna hijau muda yang tersangkut di dalam almarinya.Dynaz berlari anak menuju ke pintu biliknya sambil menyarung jacket pada tubuhnya yang masih lagi berpakaian gaun kuning cair ketika menghadiri majlis malam tersebut.Dia tekad dan dirinya nekad dengan keputusan yang dibuatnya ini.



"Kau nak ke mana?”suara Dennis dingin sekali menerpa masuk ke gegendang telinga Dynaz.Tersentak dengan sapaan tiba-tiba itu,langkah Dynaz kini terhenti,pandangannya diarahkan tepat ke arah sofa di ruang tamu.Dennis duduk bersandar di sofa yang besar, pandangan lelaki itu tidak melihat kearahnya sebaliknya merenung penuh dingin kearah sebuah gelas yang berada di dalam genggamannya.Dynaz kini mengatur langkahnya menghampiri kawasan ruang tamu yang indah itu,hatinya kini resah memikirkan jawapan yang harus diberikannya.Naz mahu terangkan segala-galanya kepada Seung Hyun,Naz perlu bertemu dengannya…Tidak mungkin jawapan sebegitu yang akan diberikannya kepada suaminya itu.Apa yang akan difikirkan suaminya jika dia berkata-kata seperti itu?Perlahan-lahan kini Dynaz mengatur langkah menghampiri Dennis yang masih lagi duduk bersilang panggung di sofa.Dynaz menelan luir pahit..

“Naz..Naz..sebenarnya..Naz..”

“Wanna see Hariz??or maybe sekarang sudah bertukar ke Henney?”

Terkulat-kulat Dynaz mendengar bicara Dennis yang memintas kata-katanya itu.Matanya terkedip-kedip cuba memahami bicara Dennis itu.Pandangannya kini melihat tepat ke arah Dennis,tiba-tiba dirinya tersentak.Wajah kacak Dennis kini dicemari kesan luka dan lebab di rahangnya jelas kelihatan di pandangan Dynaz.Tergamam..Dynaz terkejut melihat keadaan Dennis.

“Kenapa?Mengapa boleh jadi begini??”begitu risau dan cemas sekali wajah Dynaz kini menyentuh lembut kesan lebab di wajah Dennis.Luka di hujung bibir lelaki tersebut jelas kelihatan,Dynaz mengusap lembut kawasan tersebut.Tetapi dengan tiba-tiba tangannya ditepis kasar oleh Dennis.Dynaz tergamam dengan kelakuan Dennis,dia memandang Dennis kehairanan.

“Jangan pretend like you care to me..obviously you don’t.”Dennis mengalihkan pandangannya terus ke arah hadapannya melihat ke sebuah televison plasma yang besar dan tidak bersiaran.Dia meneguk sekali minuman di dalam gelas yang berada di dalam pegangannya itu.Dynaz menarik nafas dalam..wajahnya tenang cuba memujuk perasaannya yang terguris dengan kelakuan dingin suaminya itu.

“Naz akan ambilkan air suam..lebab tu kena demah.”tenang bicara yang disusun Dynaz,dia kini mula ingin bangun dari duduknya di sofa tersebut.

“Huh..Kau tentu gembira, kan? Begitu disayangi dan diambil berat oleh lelaki-lelaki di luar sana.”tiba-tiba Dennis bersuara penuh sinis,pergerakkan Dynaz terbejat.

“Apa yang abang maksudkan ni?”pandangan Dynaz kini tepat melihat Dennis,wajahnya penuh kehairanan dengan bicara sinis Dennis itu.

“Henney.Hariz.begitu mengambil berat tentang kau.Dan kau juga sangat menyanyangi mereka bukan?”tegang wajah Dennis merenung Dynaz di sebelahnya itu.Tiada amarah pada kata-kata lelaki tersebut sebaliknya lebih menyuarakan perasaan hatinya yang diserbu kecemburuan itu.Renungannya tajam menikam sepasang mata bundar Dynaz.

“Ya..Naz sayangkan mereka..seperti juga Naz sayangkan abang.”tegas Dynaz bersuara,pandangannya melawan renungan tajam suaminya itu.Serentak itu dengan tiba-tiba lengannya ditarik kasar oleh Dennis.Tubuhnya terdorong ke hadapan merapati tubuh Dennis.Wajahnya kini berada begitu hampir dengan wajah Dennis,pandangan Dennis masih tajam melihat ke matanya.Dynaz tergamam..sungguh dia terkedu dengan tindakan Dennis itu.

“You say that you care to me.So prove it.Kiss me.”kata-kata Dennis penuh nekad,genggamannya pada lengan Dynaz dieratkan dan dirinya menarik kemas tubuh kecil itu hampir dengannya.

Mata Dynaz membulat mendengar kata-kata suaminya itu.Prove it..

Dennis kini merapatkan wajahnya ke wajah Dynaz.Sungguh perasaan Dynaz begitu gementar,dia kini mengeleng-gelengkan kepalanya.Tegang wajah Dennis melihat reaksi Dynaz,kini tubuh wanita itu dipegangnya kuat masih dengan keinginan untuk memenuhi kata-katanya.

“Tak..tak..jangan lakukannya..jangan.”Dynaz meronta supaya dilepaskan. Air matanya hampir membasahi wajahnya.Tidak..Tidak..dia tidak mahu lelaki tersebut meneruskan perbuatan itu.Sungguh dia tidak mahu..pipinya yang gebu kini dibasahi mutiara jernih yang mengalir dari kelopak matanya itu.

Dennis kini melepaskan genggamannya pada lengan wanita tersebut,serentak itu dia menolak tepi tubuh Dynaz,dia kini bangun berdiri membelakangi wanita tersebut yang duduk terkaku di sofa itu.

“Jangan dengan senang mengucapkan yang kau sayangi seseorang if you don’t have any proof to prove it.”Dennis mengatur nafas dalam,dia cuba menahan perasaan kecelaruannya ketika ini.Jelas kedengaran nada suaranya yang terganggu dengan keengganan Dynaz membuktikan bicara yang dituturkan wanita tersebut.Dennis mengatur langkah meninggalkan Dynaz yang kini terduduk kaku di atas sofa tersebut.Cepat sungguh air mata Dynaz kini mengalir membasahi pipinya..Entah mengapa..entah mengapa dia harus menangis sebegini rupa.


Top memecut laju motosikal berkuasa tinggi yang berwarna hitam kilat itu.Jiwanya kacau perasaannya tidak menentu memikirkan segala yang berlaku pada malam tersebut.Seakan tidak mempedulikan kenderaan-kenderaan yang lain,dia memecut dan memotong dengan begitu cekap dan pantas sekali.

Senyuman dan wajah lembut wanita itu bermain-main di dalam kotak fikirannya membuatkan dirinya semakin tidak menentu.Pandangannya dingin sedingin perasaannya ketika ini..

BANG!Pecah berderai cermin tinggi di dalam rumah kecil tersebut apabila dibaling kuat oleh sebuah objek keras oleh Top.Serpihan kaca-kaca yang bertaburan ke lantai jatuh seakan-akan kepingan-kepingan hatinya kini yang berkecai berderai dihempas ke bumi.

Wae?!Wae?!(Kenapa?)”Dia kini menjerit kuat melepaskan segala ketidakpuasan yang terbuku di dalam hatinya itu.Mengapa Dynaz perlu membohongi dirinya?Dia menganggap wanita itu begitu ikhlas dan begitu suci selama ini..tetapi mengapa kisah ini perlu bersimpang sebegini?Mengapa?

Top kini terduduk lemah di lantai rumah kecil tersebut.Dia meraup wajahnya cuba untuk menenangkan perasaannya ketika ini.Sungguh dia tidak menyangka wanita yang selama ini dikenalinya itu merupakan salah seorang ahli keluarga yang begitu didendaminya itu.Mengapa dia begitu bodoh sehingga lalai sebegini rupa?Jika dia lebih berhati-hati tentu perkara seperti ini tidak akan berlaku.

Dynaz..Dynaz..siapa sebenarnya dia di dalam hatiku ini?Top kini tertunduk melihat ke lantai yang beralaskan permaidani berwarna putih krim itu.

Tidak!Tidak!Aku tak boleh lemah dengan ini.She’s means nothing to me!Top kini memandang tepat ke arah meja kristal yang menempatkan sebalang seramik berwarna biru muda itu.Pandangannya begitu nekad melihat penuh kesungguhan.

Eom ma..don’t worry..i will avenge your death..and satify this vengeance.”

No matter what..This vengeance should be satisfied. I promise you,Eom ma..


Dynaz menekan sekali butang loceng pada rumah apartment dua tingkat tersebut.Kesejukkan cuaca pada malam ini terasa seolah-olah mencucuk-cucuk ke tubuhnya.Dia memeluk erat tubuh kecilnya itu.

Keputusan pada mulanya untuk bertemu Top tidak menjadi kenyataan apabila dia lebih memilih untuk ke sini.Ya!Entah mengapa dia lebih memilih untuk mengetahui perihal lelaki tersebut..lelaki yang selalunya kejam melayani dirinya.Hahhh..Dynaz mengeluh kecil,hatinya membawanya ke sini untuk bertanyakan perihal Dennis kepada teman rapat lelaki tersebut.Henney…mahukah lelaki itu menerima kedatangannya ini?

Fikiran Dynaz pusing..tetapi hatinya betul-betul ingin mengetahui akan mengapa kesan luka dan lebab berada di wajah Dennis.Bergaduh??Tetapi dengan siapa?

Tiba-tiba pintu apartment itu dibuka seseorang dari dalam,Dynaz tersentak tetapi cepat dia mengawal riaknya itu.Dia menarik nafas dalam sebelum dia menghalakan pandangannya pada tuan rumah tersebut.

Tatkala anak matanya melihat ke wajah Henney serta merta matanya membulat, ada kerutan pada garis keningnya.Sungguh dia terkejut melihat wajah kacak itu.


“Awak bergaduh dengan Dennis?”soal Dynaz penuh kerisauan sambil mendemah lembut kesan lebab di hujung mata lelaki tersebut.Tiada luka pada wajah sempurna itu membuatkan Dynaz menarik nafas lega.

“Kenapa awak datang lewat sebegini?”soalan Dynaz tidak dijawab Henney sebaliknya lelaki tersebut menyoalnya pula dengan tenang.Dynaz menarik nafas dalam, dia tahu Henney cuba mengubah tajuk perbualannya.

“For whatever reason it is..please jangan ulanginya..Naz tak suka pergaduhan berlaku diantara kamu berdua..Naz sedih..Naz risau..”Dynaz bernada rendah,matanya kini ditengelami jernihan yang semakin bertakung di kolam matanya itu.Wajahnya lembut sekali penuh prihatin dan penuh kerisauan tetapi pandangannya enggan melihat ke anak mata lelaki tersebut kerana dirinya tidak mahu memperlihatkan kelemahan dirinya itu .

Kini tangannya yang mendemah kesan lebab di wajah Henney digenggam erat oleh lelaki tersebut.Henney mengusap lembut jemari yang halus dan lembut itu.Wajahnya tenang melihat wanita dihadapannya itu.

“Sedih..risau..Naz risaukan Dennis atau saya?”tiada sebarang raut di wajah Henney apabila menuturkan kata-katanya itu.Pandangan Dynaz yang masih berkaca itu kini tepat melihat ke anak mata lelaki tersebut.

“Siapa?..Dennis atau saya?..”tenang kata-kata itu.Dynaz terkelu sungguh dia tidak dapat menjawab persoalan tersebut.Siapa??Dennis atau Henney?

Henney kini mengusap lembut pipi Dynaz memberikan kedamaian pada diri Dynaz,pandangan Dynaz kini tepat melihat sepasang mata yang begitu sempurna milik Henney.

Segalanya di luar kawalan dirinya,kini Henney menghampiri Dynaz dan mengucup lembut segaris bibir milik wanita yang dicintainya itu.Begitu lembut dan begitu tenang..Dynaz merelakan, dia memejamkan matanya mengalirkan sebutir permata yang sememangnya sedari tadi sudah tidak tertahan lagi untuk menuruni ke lekuk pipi gebunya itu.



BUK!!Satu tumbukan keras mengena tepat ke wajah Dennis menyebabkan lelaki tersebut tersungkur jatuh ke bumi.Cepat Dennis bangun dari jatuhnya,tangannya kini mengesat kasar darah yang mengalir dari hujung bibirnya yang luka diakibatkan oleh tumbukan lelaki di hadapannya itu.

“Apa rancangan sebenar kau huh?!Kau cuba rapatkan Hariz dengan Dynaz dan kau juga meminta aku menjayakan rancangan gila kau itu.Kau betul-betul gila!Kau ingin menghancurkan hidup Dynaz sepenuhnya ke?”Henney kini menghamburkan kemarahannya itu.Dirinya tahu sesuatu yang tidak baik dirancang lelaki itu apabila mendengar pengakuan Dynaz yang mengatakan Dennis membenarkan dirinya kembali kepada Hariz.Dia kenal Dennis..lelaki itu bukan mudah untuk melepaskan miliknya pada lelaki yang sememangnya sangat dibencinya itu.Walaupun dia kurang jelas mengenai sebabnya,dia tahu Dennis sememangnya membencikan Hariz.

“Hah..kau belasah aku hanya disebabkan perempuan tu?”Dennis menyoal kehairanan tetapi amarah sudah menguasai dirinya.Tiba-tiba sahaja Henney begitu emosi apabila dia menyuarakan tentang Dynaz..Lelaki itu sebelum ini tidak pernah begitu apabila dia melanyani kejam teman-teman wanitanya yang terdahulu.Jangan-jangan..Oh!No!Dennis kini berdiri menghadap Henney di hadapannya.Fikirannya kini membuat satu kesimpulan yang begitu luar dari jangkaannya.

“Don’t tell me that you are..”

“YES!Yes!I’m falling in love with her!Puas?”Henney memintas kata-kata Dennis membuatkan Dennis betul-betul tersentak.

“I’m telling you this only a game..bukannya permainan cinta.”serius sekali kata-kata Dennis buat rakannya itu.Raut wajahnya tegang sambil mengesat darah yang masih mengalir dari luka di bibirnya itu.

“My love is not a game,she will be mine.”Henney kini mula mengaturkan langkah untuk meninggalkan Dennis.

She’s mine! I’m the one who can determine bagaimana pengakhiran permainan ini.”Kemarahan Dennis memuncak,sungguh dia tidak menyangka teman rapatnya itu akan terlanjur mencintai isterinya.Dynaz adalah miliknya!Sungguh dia sahaja yang berhak terhadap wanita itu.Dia raja permaianan ini dan Dynaz ialah boneka miliknya!Hanya miliknya!!Tiada sesiapa di dunia ini mahupun teman baiknya sendiri boleh memiliki wanita itu!

Langkah Henney kini terhenti,buku limanya digenggam erat.Serentak itu dirinya menumbuk kuat sekali lagi rakannya itu.Kali ini Dennis enggan berdiam dia membalas dengan tumbukan yang mengena tepat di hujung mata lelaki tersebut.Buat pertama kalinya pergaduhan berlaku diantara mereka berdua.



Dennis melihat serius wajah kacak miliknya yang kini dikotori kesan luka dan lebab itu.Cermin bilik air yang memantulkan imbas imej dirinya yang begitu sempurna itu dihampirinya.Dia melihat dengan lebih dekat luka pada bibirnya.Akhirnya dia mengeluh sebal,Dennis kini tertunduk melihat mangkuk sinki porcelain yang unik itu.Air pada pili dibiarkannya mengalir memenuhi sinki tersebut.

“Tak..tak..jangan lakukannya..jangan.”kata-kata Dynaz yang menolak ciuman darinya itu bermain-main di fikirannya.Mengapa wanita itu begitu sukar menerima dirinya?Mengapa wanita itu menolak dirinya?

Apa keistimewaan Hariz yang mendustai dan mengkhianati cinta wanita itu?Dan apa keistimewaan Henney sehinggakan Dynaz lebih selesa berada di samping lelaki itu berbanding dirinya?Dennis melihat tepat wajahnya pada cermin di hadapannya itu.Hariz..dan kini Henney..tarikan apa yang dimiliki Dynaz sehingga menyebabkan lelaki-lelaki hebat itu begitu mengaguminya?Dennis merenung imejnya itu,dia meraup wajahnya.Keluhan dilepaskannya..resah..begitu menyiksakan..


Dynaz kini mengatur langkah perlahan-lahan.Wajahnya muram dan dia termenung jauh memikirkan kejadian yang berlaku diantara dirinya dengan Henney.Bibirnya kini disentuh lembut olehnya,masih segar terasa kelembutan bibir Henney pada segaris bibir miliknya.Serta merta Dynaz menggigit kecil bibirnya,perasaan bersalah menyerang hatinya.

“Tak..tak..jangan lakukannya..jangan.”rontaanya untuk mengelak dari ciuman Dennis menerjah ke kotak fikirannya.Mengapa dia begitu menolak sedangkan Dennis merupakan suaminya yang sah..dan sungguh lelaki itu mempunyai hak ke atas dirinya..Dynaz kini menggeleng-gelengkan kepalanya,pusing dengan perkara yang berlaku.

Sungguh dirinya berdosa..dan sungguh dia rasakan betapa murahnya harga dirinya sehinggakan mudah menyerahkan hati kepada insan yang bergelar lelaki..Mengapa?Mengapa dia membenarkan sahaja Henney mengucupi bibirnya itu?Dan sungguh ketika itu dia membenarkan segala-galanya.Murahkah harga dirinya?Dynaz kini melepaskan keluhan yang berat..wajahnya kecelaruan..

Henney seorang lelaki yang begitu baik dan sering membantu dirinya ketika dia berada di dalam kesedihan..malah kehadiran lelaki itu di dalam hidupnya sering membawa keceriaan dan keindahan.Henney sentiasa ada ketika dia berada di dalam kesedihan mahupun kegembiraan..sungguh dia bertuah memiliki seorang insan seperti itu di dalam hidupnya ini.

Tetapi mengapa Henney mengucupinya?Adakah lelaki itu senyap-senyap menyimpan perasaan terhadapnya?Tiba-tiba hati Dynaz berdebar pantas..Adakah Henney merupakan insan yang dicarinya sepanjang hidupnya ini?Seorang insan yang bisa menyanyangi dan mencintai dirinya?


“Eun Jun na..jibe gyesin gayo?(kamu dalam rumah ke?)”lembut sekali Dynaz memangil-manggil temannya itu.Ketukannya perlahan sahaja di daun pintu rumah kecil itu.Wajahnya dirapatkan pada daun pintu tersebut..Entah mengapa dia tidak berasa untuk terus pulang ke rumahnya sebaliknya dia memilih untuk terus ke rumah temannya itu.Mungkin kerana perasannnya yang kini penuh kekeliruan dan jiwanya yang tidak bisa tenang itu..sekurang-kurangnya berada bersama Eun-Jun dapat menceriakan hatinya..

“Eun Jun na..Eun jun..”sekali lagi Dynaz memanggil temannya itu.Masih sunyi tiada sahutan..Dynaz kini menyandarkan kepalanya pada daun pintu tersebut,dia menunduk sepi di situ.

Tiba-tiba bunyi enjin motosikal yang memecahkan keheningan malam menghampiri kawasan perumahan itu.Dynaz tersentak..anak matanya membulat.Secepat kilat dia mengangkat kepalanya dari terus bersandar di daun pintu tersebut.

Top..Ya!Tentu itu Top.Hati Dynaz berdebar pantas..


Dynaz mengecilkan matanya apabila cahaya terang lampu motosikal itu menyuluh tepat ke wajahnya yang kini berdiri tepat di tengah kawasan yang sering menjadi tempat Top memakirkan motosikal berkuasa tingginya itu.Kedua-dua tangan Dynaz yang berada di dalam poket jacketnya itu digenggamkannya cuba untuk mencari kekuatan untuk bertemu dengan lelaki di hadapannya kini.

Mwohaneun geoya? (buat apa di sini?)”dingin sekali nada yang dikeluarkan Top.Matanya langsung tidak melihat ke arah wanita di hadapannya itu.Helmet yang berada kemas di tangannya dipegang erat sebelum dia mematikan enjin motosikalnya itu.

I don’t want to see you.Go home.”Ternyata Top langsung tidak mahu berbicara dengan wanita di hadapannya itu.Soalan yang diberinya disusuli dengan ayat yang benar-benar menyentap perasaan Dynaz.

But I have something to tell you.”begitu cepat Dynaz bersuara,nadanya tegas apabila melihat Top yang sudah mula mengatur langkah ingin meninggalkan dirinya itu.

“Saya perlu terangkan segala-galanya pada awak..segalanya tentang apa yang membelengu fikiran awak kini.”Dynaz memintas di hadapan Top,berdiri betul-betul di hadapan lelaki tersebut dengan wajah yang begitu nekad.Dia bersungguh-sungguh untuk merungkaikan segala salah faham yang berlaku diantara mereka berdua.

“Apa yang membelengu fikiran saya?”kini pandangan Top tepat menikam ke sepasang mata bundar milik Dynaz.Begitu dingin sekali seolah-olah Dynaz tiada punya apa makna di dalam hidupnya.

Nae gwan haeseo (tentang saya)...perkara membelengu fikiran awak adalah saya..”Dynaz cuba berlawan dengan pandangan tajam dingin Top itu walaupun kini dirinya mula terasa lemah untuk terus melihat pandangan yang sememangnya meremukkan perasaannya itu.

“Kau terlalu yakin..terlalu yakin dapat menembusi fikiranku..it’s too bad for you.”senyuman sinis kini terlukis di segaris bibir sempurna milik Top membuatkan Dynaz semakin hilang bicara.

My advice for you, don’t act like you know me so easily.”begitu dingin kata-kata Top, wajahnya kini tidak lagi memandang Dynaz.

“Banyak perkara yang perlu aku rungsingkan daripada sibuk memikirkan perempuan murah seperti kau.”sungguh Dynaz tersentak mendengar kata-kata kejam dari Top itu.Dynaz tertunduk mengatur nafasnya yang begitu sesak itu.Top kini mula melangkah meninggalkan dirinya.Derap langkah lelaki tersebut didengari Dynaz begitu sayu dan pedih sekali.

“perempuan murah seperti kau..”air mata Dynaz kini mengalir membasahi pipinya.Sungguh kata-kata Top itu merapuhkan segala harapan yang dikumpulnya itu.Begitu hinakah dia di pandangan lelaki tersebut?..Air matanya kini enggan meninggalkan kolam matanya..

Lampu di rumah Eun Jun kini menyala terang..berkeriut bunyi daun pintu rumah wanita tersebut sebelum terjengol wajah Eun Jun yang kelihatan mamai seperti terbangun dari tidur itu.


“Eun Jun na..kau rasa aku wanita murah?”rendah dan lambat-lambat sekali nada yang dikeluarkan Dynaz pada malam itu.Suara Dynaz kedengaran lemah Eun Jun tahu semestinya sesuatu berlaku kepada wanita tersebut.Malah air mata wanita itu yang dilihatnya sebentar tadi sudah cukup menceritakan perasaan wanita itu kepadanya.

Wae?(Kenapa?)Kau ada gaduh dengan siapa-siapa ke?”Eun Jun bersuara rendah,dia tidak mengalihkan badannya mengadap wanita yang tidur di sebelahnya itu,malah Dynaz pun tidak menghadap ke arahnya..mereka tidur membelakangi diri masing-masing walaupun masih berkongsikan selimut yang sama.

“Hati aku cepat menyerah kepada lelaki yang baik padaku..pendirianku rapuh..malah aku sanggup menipu untuk mendekati seseorang..”nada Dynaz kini mula tenggelam timbul,menahan perasaan sedihnya yang semakin merajai diri.

“Lelaki yang kau maksudkan Hariz kah?”Eun Jun menyoal rendah masih dalam kedudukan yang sama di bawah selimut yang tebal itu.

Aniya..(Tak..)”Dynaz menjawab lemah,sendunya mula kedengaran.

“Malam dah lewat ni..good night..”Dynaz kini cepat bersuara untuk menamatkan perbualanya.Perasaannya tidak tertanggung lagi untuk meneruskan perbualan ini.Bukan sahaja Hariz malah Dennis,Henney dan Seung Hyun kini berada di dalam fikirannya..sungguh dia tidak mengerti mengapa keempat-empat lelaki ini bisa mengacau bilaukan perasaannya ini..sungguh rumit dan sungguh mengelirukan..

Tiba-tiba Dynaz terasa tubuhnya hangat dipeluk seseorang dari arah belakangnya..lembut tangannya dipegang erat oleh si pemeluk tersebut.

“Jangan risau..rehat ya..mungkin benda akan beransur pulih nanti.”Eun Jun bersuara perlahan dan lembut sekali untuk menenangkan perasaan temannya itu.

Dynaz mengangguk walaupun kedengaran rendah dirinya menahan sendu.Eun Jun mengeratkan pelukannya..Dynaz membiarkan ketenangan itu meresapi masuk ke tubuhnya..dia selesa dan dia tenang berada di dalam pelukan temannya itu..


“This’s what you want, right?!Take it!”Hariz kini menolak sebuah beg besi yang bersaiz sederhana dan berwarna kelabu itu kearah Hisyam yang kini tersenyum kambing penuh keriangan.Wajah Hariz begitu dingin melihat ke arah Hisyam yang kini cepat membuka beg besi yang berisi not-not wang kertas yang tidak terkira olehnya itu.Mata lelaki tersebut begitu bersinar apabila memegang not-not tersebut.

“Jangan kacau Fasha selepas ini.I really mean it!If not..kau tahu apa yang akan aku lakukan pada kau.”tegas sekali kata-kata Hariz kepada lelaki tersebut.Hisyam tidak bersuara sebaliknya dia hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum ceria dan tertawa keriangan melihat wang kertas yang tersusun rapi dengan banyak di dalam peganganya itu.Hariz melihat lelaki tersebut tajam dan penuh dingin sedingin perasaannya yang ketika ini…

Hariz meneguk sekali lagi air di dalam gelasnya itu.Hatinya betul-betul sesak ketika ini,jantungnya yang berdegup kuat terasa seolah-olah mahu meletup..sungguh menyakitkan..sungguh memeritkan..

Hariz tertunduk di meja bar itu..perasaannya terasa tidak terganggung lagi..sebentar tadi Hisyam meninggalkan dirinya membawa pergi sejumlah wang yang bernilai beratusan ribu ringgit.Bukan soal wang itu yang diambil kira Hariz tetapi penipuan dan persengkongkolan isterinya itu membuatkan jiwanya terasa begitu sempit kini.

“Hahaha..what a lovely husband,walaupun kau dah tahu semuanya..masih lagi kau bersama perempuan tu.”kata-kata Hisyam sebentar tadi membuatkan Hariz mengenggam erat gelas di tangannya itu.Kini Hariz meneguk habis minumannya.Perasaannya bercelaru..dia tidak menyangka apa yang dikatakan Dynaz selama ini adalah benar..sungguh benar belaka..

“Fasha merancangkan segalanya untuk memiliki abang,Naz tahu akan tu!Naz tahu dia memang perempuan jahat!”Hariz tertunduk mengimbas kembali kata-kata Dynaz suatu masa dahulu kepada dirinya.Tangannya kini mengurut lemah dahinya yang terasa begitu pening itu.

Sudah hampir seminggu dia tidak bercakap dengan Fasha oleh kerana perkara ini.Wanita itu ada beberapa kali meminta maaf kepadanya tetapi hanya dipandang sepi olehnya.

Hatinya masih sakit malah jiwanya begitu tersiksa apabila mengetahui kebenaran ini.Jadi selama dia berkenalan rapat dengan Fasha sebelum mereka berkahwin adalah semuanya di atas rancangan wanita tersebut.

Mengapa ingin mendekati dirinya wanita tersebut mencipta penipuan seperti ini? Tidak tahukah wanita itu betapa hatinya ini begitu menyanyanginya?Hatinya bisa goyah dengan hanya melihat wanita tersebut..dan sesungguhnya walaupun kejadian penipuan itu tidak berlaku dirinya tetap akan memilih wanita tersebut..

Dynaz??Tiada maknakah wanita itu di dalam hatinya?Hariz kini mengurut perlahan keningnya yang terletak begitu sempurna itu.Ciuman hangat Dynaz di bibirnya masih segar di dalam ingatannya.


“Naz..tak sepatutnya kita..”

“Please..stay still..jangan tinggalkan Naz.”kata-kata Dynaz memintas bicara Hariz.Wanita itu hanya menunduk enggan melepaskan tangan Hariz yang kini digenggam erat olehnya.

“Naz tahu ini salah..but please forgive me for this sin..”air mata Dynaz mula menuruni lekuk pipinya.Cepat Hariz menyekanya,kesedihan wanita itu menyentuh hatinya.Tubuh Dynaz dipeluknya erat cuba untuk menenangkan perasaan wanita tersebut.Dynaz membalas pelukannya..

Hujan lebat diluar tidak menunjukkan tanda ingin berhenti..kesejukan menikam terus ke tubuhnya tetapi hangat tubuh wanita itu menemaninya penuh setia pada malam yang begitu dingin itu.


Setiap saat itu tidak dapat dilupakan Hariz,itulah kali pertama dia bermalam bersama seorang wanita yang hampir menjadi miliknya suatu ketika dahulu.Sungguh Dynaz masih bisa merobohkan benteng yang yang dibinanya diantara wanita itu.Hariz menarik nafas dalam..

Tetapi sedang Hariz melayani fikirannya itu tiba-tiba pandangannya menangkap lihat sesusuk tubuh lelaki yang begitu dikenalinya.Hariz mengerut dahinya,kini dia melihat teliti ke arah lelaki tersebut.Henney..

Ah..mungkin lelaki itu juga ingin mencari ketenangan di sini seperti dirinya..Pub yang begitu mewah ini sememangnya begitu terkenal dengan kunjungan orang berkedudukan, ini kerana pub ini lebih mementingkan hak privasi para pengunjungnya.

Hariz kini mengeluarkan dompetnya untuk membuat bayaran bagi minumannya tetapi tiba-tiba pandangannya mengecil melihat teman yang bersama-sama Henney.

Joong Woo..dan Seung Hyun?Hariz boleh faham jika Henney keluar bersama Joong Woo,ini kerana lelaki itu merupakan ayahnya..tetapi Seung Hyun?Pegawai baru itu betul-betul menarik minat Hariz untuk terus melihat ke arah mereka.Kenapa Dennis tidak menyertai mereka?Bukankah Henney begitu rapat dengan lelaki itu.

Hariz melihat penuh teliti perbualan diantara mereka bertiga.Bukan perbualan yang biasa..semuanya begitu serius tiada senyuman atau gelak tawa.

Apa yang menarik perhatian Hariz ialah kelakuan Seung Hyun yang begitu bersahaja dan tiada langsung segan silu atau merendah diri apabila bersama orang atasannya itu.Seperti berbicara dengan orang biasa lelaki itu sesekali dilihat menyilangkan tangannya di dadanya dan duduk bersilang panggung penuh bersahaja.Pandangan mata Seung Hyun yang begitu dingin dan tajam itu sememangnya sudah lama melekat di ingatan Hariz.Pandangan yang menyimpan penuh kisah..Hariz dapat rasakan…

“Apa yang dibincang mereka bertiga?”kata-kata hati Hariz kuat bergema di dalam kotak fikirannya itu.



Dynaz berlari anak mencari-cari kelibat lelaki tersebut.Hatinya resah dan begitu cemas,pandangannya melilau-lilau melihat suasana pekat malam di kota itu yang masih lagi penuh dengan kelibat orang.

“I wanna see you..please..come to me..”panggilan telefon yang diterimanya sebentar tadi benar-benar menambahkan kecemasan di hatinya. Di dalam talian tersebut kendengaran begitu lemah dan sayu sekali suara lelaki tersebut. Seperti terdengar esakan halus yang kecil dari corong talian tersebut, meresahkan naluri wanitanya.

Dynaz kini mempercepatkan langkahnya,kesejukan malam yang menikam tubuhnya tidak dipedulikannya.Apa yang berada di dalam kepalanya kini ialah keadaan lelaki tersebut.Hanya lelaki tersebut.

Langkahnya kini terhenti,pandangannya kini tepat melihat kearah sebuah kerusi panjang yang terletak teguh di sebuah taman yang disinari indah lampu-lampu yang bergemerlapan. Seorang lelaki yang duduk tertunduk di situ begitu dikenalinya..amat dikenalinya..dengan perlahan dia mendekati lelaki tersebut..

“abang..abang Hariz kenapa ni?” begitu lembut Dynaz bersuara perlahan apabila dia duduk bersebelahan lelaki tersebut.Sayu hatinya melihat keadaan Hariz yang kelihatan bermasalah itu.Hariz perlahan-lahan mengangkat wajahnya,pandangannya kini tepat melihat ke wajah bersih di sisinya. Sungguh dia tidak menyangka wanita tersebut akan bergegas ke sini apabila menerima panggilannya itu..sungguh dia tidak percaya..Tanpa membuang masa,begitu pantas tubuh Dynaz kini dipeluknya erat.Air matanya mengalir membasah ke pipinya.

“Maafkan abang..sungguh maafkan abang..”esakan kecil Hariz tiba-tiba menyentuh perasaan Dynaz.Sungguh dia tidak tahu mengapa Hariz perlu berkata-kata sedemikian rupa tetapi apa yang diketahuinya kini jiwanya begitu tersentuh dan begitu pilu mendengar esakan kecil itu. Serentak itu tangan Dynaz membalas pelukan tersebut,sungguh dia ingin cuba menenangkan perasaan lelaki itu.

“Abang berasa begitu bersalah terhadap Naz..sehinggakan begitu berani memanggil Naz lewat malam sebegini.” Hariz kini melihat sepi ke arah langit yang indah diterangi kilauan bintang yang bertaburan.

“Kenapa?Apa yang terjadi sebenarnya?”Dynaz melihat tepat ke wajah Hariz yang berada di sisinya itu.

“Naz begitu baik dan begitu ikhlas terhadap abang..abang akan mengingati ini sehingga hujung hayat abang.” terukir senyuman yang hambar tetapi tetap kelihatan manis pada segaris bibir milik Hariz.Pandangannya masih lagi kekal pada langit malam yang indah itu.

“Hemm..begitu memalukan dengan apa yang terjadi pada malam ini..tentu akan memakan masa yang panjang untuk memadam di memori ini.”Hariz tersenyum manis kepada Dynaz sambil jari telunjuknya menunjuk tepat di kepalanya.

“Sekurang-kurangnya dapat melegakan perasaan abang..Naz sudah lega.”Dynaz membalas senyuman Hariz,dia tidak mahu terus mempersoalkan tentang mengapa lelaki tersebut bertindak sedemikian rupa sebentar tadi.Biarlah Hariz berasa tenang..itu yang ingin dilihatnya.

Hariz terdiam mendengar kata-kata tulus dari bibir wanita yang pernah menjadi jantung hatinya itu.Senyumannya mati dibibir..renungannya yang damai melihat tepat ke wajah wanita tersebut.Serentak itu jari jemarinya mengusap lembut pipi gebu milik wanita itu.

Lega..tenang..sememangnya perasaan ini berasa begitu ketika ini.Aku akan mengenangkan saat ini untuk selamanya..sungguh tulus dan ikhlas perasaan mu,Dynaz terhadap diriku ini.Terima kasih..

“Hahh..ok,I’m really sorry panggil Naz malam-malam macam ini.Abang janji tak akan berulang lagi.”Hariz menghembuskan lega nafasnya sekali,dia kini bangun dari duduknya di kerusi panjang tersebut.Dynaz mengatur nafas dalam..baru sebentar tadi dirinya berasa begitu indah melihat pandangan lelaki tersebut.

“Mari abang hantar Naz balik, anggap saja perkara ini tak pernah berlaku ya?”Hariz memalingkan wajahnya sambil tersenyum manis kepada Dynaz yang masih lagi duduk di kerusi panjang itu.

“Tak pernah berlaku?? Macam mana nak lupakan, apabila sebenarnya perkara ini memang benar-benar berlaku?”suara Dynaz kini bertukar nada,hatinya pedih mendengar kata-kata dari bibir Hariz sebentar tadi.Dia bangun dari duduknya dan kini menatap tepat kearah Hariz.Tiada senyuman terpamer di bibirnya,wajahnya serius.

“Memanggil di tengah-tengah malam, memeluk dengan begitu erat dan menangis menunjukkan kelemahan diri.Abang tahu apa maknanya, huh?”tajam sekali kata-kata Dynaz,sungguh dia kini begitu tertekan dengan Hariz yang seperti menganggap remeh terhadap perasaannya.Hariz terkelu mendengar kata-kata Dynaz.Pandangannya kekal di wajah yang kini kelihatan keruh itu.

“Fine..fine..mungkin abang tak mengerti maknanya..tapi bagi Naz ia adalah cinta.Ya! memang begitu.Memerlukan sesama sendiri.Susah ke abang nak berterus terang dengan Naz?”kelihatan air jernih kini berlinangan di kelopak matanya,pantas Dynaz menyekanya kasar.Wajahnya yang mendung melihat terus kepada air wajah Hariz yang berubah riak kini.Dirinya tidak mengira dan sungguh dirinya tidak peduli tentang apa yang akan bakal berlaku..yang penting perasaannya ini dijelaskan kepada lelaki dihadapannya itu.



Dynaz muntah-muntah teruk hari ini,tekaknya terasa loya sekali.Entah mengapa kepalanya turut berdenyut-denyut membuatkan dia benar-benar berasa sungguh keletihan.Nasib baiklah hari ini dia dan Dennis berkunjung ke rumah mama dan papanya.Dapatlah dia bermanja sikit dengan mamanya itu.

Suasana di meja makan pada malam itu begitu ceria sekali.Pn.Chae Rin tidak henti-henti bercakap dan En.Amir juga tidak kurang hebatnya menyambung cerita-cerita yang dibangkitkan isteri kesayangannya itu.

Dynaz tersenyum mesra mendengar dan Dennis juga turut serta melemparkan senyumannya.Wajah Dynaz jelas kelihatan tidak bermaya dengan sanggul yang terikat tinggi di kepalanya menampakkan lagi kepucatan di wajahnya yang lembut itu.

“Naz ni muntah-muntah..loya-loya..jangan-jangan dah berisi kot.”ceria sekali suara Pn.Chae Rin memeriahkan suasana makan malam tersebut.En.Amir yang mendengar terkejut besar,matanya dibulatkan.Senyuman di bibirnya bertambah girang.

“Berisi?isi apa?mama kata Naz ni gemuk ke?”Dynaz menyoal bertalu-talu mamanya dengan rautnya yang tidak mengerti itu.Memang dia muntah-muntah dan memang dia loya-loya tetapi tidak bermaksud yang dia semakin gemuk dan semakin berisi.

Terhambur tawa Pn.Chae Rin apabila mendengar soalan Dynaz itu.En.Amir juga turut tertawa tetapi Dennis hanya terdiam sungguh dia pun tidak mengerti apa yang dibicarakan mamanya itu.

“Ish..Naz ni,mama kata bukan berisi itulah.Mama kata berisi dalam perut tu.Jangan-jangan Naz ni mengandung tak?”Pn.Chae Rin kini bersuara riang sambil tangannya lembut menyentuh perut menantunya itu.

Dennis tersentak mendengar kata-kata mamanya itu.Matanya tepat memandang ke arah Dynaz.

“Eh, mama ni..pandai buat lawak pula..mana ada Naz mengandung..”cepat Dynaz menolak lembut tangan mamanya itu.Dia tersengih cuba untuk melindungi kegentaran di hatinya itu.

“La..dah berbulan Naz kahwin dengan Dennis..maybe tu pentanda orang baru tak?”kini En.Amir pula berkata-kata penuh kemesraan.Dynaz tersentap.Mana bisa dia mengandungkan anak Dennis sedangkan dia langsung tidak pernah disentuh suaminya itu.Dynaz kini memandang ke arah Dennis,dia tergamam apabila melihat pandangan lelaki itu sudah pun menikam ke wajahnya.

“Tak..tak..Naz muntah-muntah sebab perut kosong dan pening-pening sebab tak cukup tidur..itu aje..bukan mengandung..Naz tahu bukan..”Dynaz bersuara ceria sambil tersengih panjang cuba menjernihkan topik yang menjadi perbincangan ketika itu.

“Hmm..dah berbulan percutian kita di pulau Jeju berakhir..mama dah rancang pergi bercuti di satu tempat.”Pn.Chae Rin kini menukar topik perbualan mereka membuatkan Dynaz melepaskan nafas lega.

“Tetapi cuti kali ini istimewa sikit..cuti ini cuma melibatkan Dynaz dan Dennis sahaja.”Pn.Chae Rin tertawa ceria sambil menepuk riang tangannya sekali.Dynaz terkejut mendengar rancangan mamanya itu.Dennis mengerutkan dahinya..

“ ‘Couple vacation’ itu theme percutian kali ini.maybe after this bolehlah mama mengendong cucu.”ketawa besar Pn.Chae Rin sambil mengenggam jemarinya penuh berharap.

“Kali ni di mana destinasinya?”mesra sekali suara En.Amir begitu menyokong rancangan isterinya itu.

“Snowing Villa.”cepat sekali Pn.Chae Rin memberi jawapannya dengan nada yang begitu riang.

Snowing Villa..tiba-tiba air wajah En.Amir bertukar riak,walaupun hanya sebentar Dynaz dapat menangkap eksperasi wajah papanya yang bertukar begitu mendadak itu.

“Di sana nanti bolehlah Dennis nak bermesra-mesra dengan Naz..kat sana romantik tau..”kenyitan nakal Pn.Chae Rin menyentapkan jangtung Dennis.Cepat dia mengalihkan pandangannya pada pinggannya yang masih berisi makanan itu.Dia tahu villa kepunyaan keluarganya di Busan itu sememangnya agak terpencil dari kawasan bandar.Ia terletak di dalam kawasan yang begitu diingini para pemaju industri pelancongan kerana permandangan di situ begitu indah.Tambahan apabila musim sejuk,salji yang turun di situ kelihatan begitu bersinar-sinar dan gebu kerana kawasan di situ bersih dan tiada pencemaran.Mungkin kerana itu juga keluarganya menamakan villa tersebut sebagai ‘Snowing Villa’.

Dynaz hanya diam tiada bersuara,garfu ditangannya digenggam dan kini dia menguis-guis makanan di dalam pinggannya.Wajah papa yang menunduk dilihatnya teliti..mengapa papanya berubah raut apabila mama menyebut destinasi percutian kali ini?

Papa tidak suka ke sana? Tetapi cuma dia dan Dennis sahaja yang akan ke sana..tiada siapa lagi..jadi mengapa papa bersikap sedemikian rupa?Dynaz menggigit kecil bibirnya cuba memikiri perubahan riak wajah papanya itu.

Bercuti bersama Dennis..di Snowing Villa..


Hmmm..rancangan bagus ke?


 
Novella~My LovE. Design by Pocket