Novella~My LovE28

Saturday, September 19, 2009

BAB 28


Dennis mengerakkan anak matanya yang masih lagi terpejam,dirinya berasa begitu selesa sekali ketika ini..tidurnya nyaman sekali,tiada mimpi buruk yang datang bertandang seperti malam-malam sebelum ini.Kini dengan perlahan-lahan kelopak matanya terbuka,pandangannya samar tetapi sungguh dia berasa begitu selesa dan tenang.

Air cond yang sebelum ini terasa begitu menyengat di tubuhnya kala dia ketiduran tidak terasa lagi pada hari ini..Dennis mengukirkan senyuman manisnya…

Tiba-tiba dadanya berdebar pantas,pandangannya kini jelas melihat dada seorang wanita yang terdedah akibat leher baju wanita tersebut yang luas.Dengan pantas Dennis kini bangun dari baringnya,dia kini terduduk kebingungan di sebelah wanita yang sangat dikenalinya itu.

“Oh God!..”Dennis kini meraup wajahnya sekali apabila dia terpandang lagi kearah bahagian tubuh Dynaz yang terdedah itu.Dynaz?!Apa aku buat dalam bilik dia ni?Melilau-lilau mata Dennis melihat sekeliling bilik tersebut cuba memastikan lokasinya ini benar-benarkah di dalam bilik wanita tersebut.

Dynaz kini mengeliat kecil sambil mengubah kedudukan tidurnya,matanya kini terkedip-kedip.Mungkin tidurnya terganggu..akhirnya dia mencelikkan matanya.Samar-samar kini dia melihat Dennis yang duduk di sebelahnya.Pandangan lelaki itu tepat merenung kepadanya,sekali lagi dia mengeliat dan melepaskan nafas lega..wajahnya tersenyum manja melihat ke arah Dennis.Sekurang-kurangnya dia pasti lelaki tersebut tidur dengan tenang kerana tiada igauan yang didengarinya semalam.

“Abang tidur nyenyak semalam?”Dynaz kini bangun dari baringnya,dia melihat terus kearah suaminya itu.Cepat Dennis menarik pandangannya,dia tidak mahu terus melihat wanita yang kini bisa membuatkan jantungnya berdebar pantas itu.Dynaz begitu menggoda untuk ditolak begitu sahaja..Mengapa Dynaz begitu bersahaja berkata-kata kepadanya?Tidakkah Dynaz turut merasa seperti apa yang dirasainya ketika ini?

Dynaz kini masih tersenyum memandang Dennis,kebisuan lelaki tersebut dimengertinya.Tentu Dennis kini tertanya-tanya bagaimana dirinya boleh berada di dalam bilik ini..


“Good job Henney!Well Done!Kau tak pernah kecewakan uncle.”En.Amir bernada ceria sambil memegang mesra bahu Henney.Di bilik mesyuarat tersebut kini hanya ada dia, Henney,Hariz dan juga Dennis.Betapa hatinya begitu gembira melihat hasil kerja Henney yang begitu memuaskan sepanjang ketiadaan keluarganya di syarikat ini.Malah memang sahabat rapat anaknya itu sudah menjadi orang kepercayaannya sejak bertahun lama,dan sungguh dia yakin dengan dirinya yang begitu menyukai anak tunggal kepada rakan kongsinya itu.

Dennis tersenyum manis mendengar pujian papanya itu.Matanya kini melirik ke arah Henney yang hanya mempamerkan senyumannya yang tenang.

“Hariz..Inilah orang yang sangat uncle percayai..maybe he will be my next son after Dennis..haha..” begitu ceria En.Amir berbicara sambil memperkenalkan Hariz pada Henney.

“Begitu bagus menjalankan tugas, he deserves to be your next son.”Hariz menghadiahkan senyuman manisnya buat Henney di hadapannya itu.Dia akui dia pernah ketemu dengan lelaki tersebut tetapi tidak pernah berkesempatan untuk bersembang berhadapan sebegini rupa.Mungkin kerana dirinya yang sibuk dan juga diri Henney yang juga sibuk dengan urusan masing-masing.

Henney membalas senyuman Hariz,hatinya kini terganggu dengan sepotong nama yang dikenalkan En.Amir kepadanya itu.Hariz..sungguh dia pernah mendengar akan nama itu,tetapi mindanya kini terasa sukar untuk mengingatkannya kembali.

“For your information Henney,Hariz ni satu kampung dengan Dynaz.Isteri Dennis.”kini kata-kata En.Amir seolah-olah kunci yang membuka mindanya kepada ingatannya yang lepas..Hariz..Hariz..lelaki tersebut yang sering diigau Dynaz di dalam tidurnya..Ya!Henney yakin akan itu!

Wajah Hariz yang tenang sambil berbicara bersama En.Amir kini dilihat Henney serius.Jika benar apa yang ditekanya ini,Hariz inilah yang merupakan cinta pertama Dynaz.Oh God!Kenapa aku tidak menyedarinya dari awal lagi?



Wajah Dynaz yang masih lagi jelas dengan kesan lebam dan luka itu dilihat sepi oleh Henney,dia kini membelai-belai wajah yang kini ketiduran di sebuah katil empuk milik dirinya itu.Sebentar tadi dia membawa Dynaz ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut luka di kepalanya itu.Wanita itu kelihatan begitu lemah sekali,balutan di sekeliling kepala wanita itu kini diusap Henney lembut.Dia kasihan dengan nasib malang yang menimpa wanita tersebut.Diri wanita itu hampir dirogol dan dibunuh oleh seorang lelaki yang mungkin dihantar oleh papanya.Sungguh dia tidak mengetahui akan rancangan papanya ini..

“I’m sorry honey..i’m really sorry..”Henney mengucup lembut jemari Dynaz yang kini digenggamnya kemas.

“Hariz..abang..Hariz..”begitu rendah dan lemah sekali suara Dynaz kini.Henney melihat tepat wajah lembut itu,Mata Dynaz masih lagi terpejam rapat ternyata wanita itu masih lagi nyenyak diulit mimpi.

“abang..kenapa tinggalkan Naz..”seolah-olah merintih sayu nada Dynaz membuatkan Henney terkedu.Siapakah lelaki yang bernama Hariz ini?Henney kini mengenggam erat jemari halus milik Dynaz..

“abang cinta pertama Naz..sungguh Naz tak mampu lupakan abang..”ayat-ayat Dynaz seolah tergantung,sebutir air mata kini mengalir membasahi pipi wanita tersebut.Cepat Henney menyekanya,dia kini mengusap-usap pipi yang mulus itu.

Hariz..Hariz..siapakah lelaki yang menjadi igauan wanita pujaannya ini?Sungguh Henney kini menjadi kebingungan..




Pintu bilik mesyuarat diketuk sekali sebelum dibuka oleh seorang lelaki yang kelihatan begitu segak berjalan kini menuju ke arah En.Amir.Lamunan Henney terhenti,kehadiran lelaki tersebut benar-benar mematikan segala khayalannya.Dia kini memandang tepat ke arah lelaki tersebut.

“Tuan Amir,ini paper work projek pembinaan hotel di Macau.”satu tundukan kecil diberikan lelaki yang kemas memakai sut hitam tersebut sebelum dirinya menghulurkan sebuah folio yang siap di binding kepada En.Amir.

“Oh..I thought Jong Woo yang in charge projek tu,now dia berikan kepada you..hmm..Jong Woo ni susah nak percayakan orang,so I’m eager to know..apa keistimewaan you.”senyuman manis En.Amir menghiasi bibirnya,huluran lelaki tersebut disambut baik olehnya.Sekali lagi pandangannya melekat melihat anak muda di hadapannya itu.Entah mengapa dia berasa begitu tertarik melihat wajah itu,terasa seolah-olah dirinya sudah lama ketemu dengan jejaka muda yang tampan itu.

“Your father really has a good taste,Henney.”En.Amir masih tersenyum manis,kini pandangannya dikerlingkan ke arah Henney yang mengangguk sambil membalas senyuman itu,tenang.

Dennis hanya sibuk dengan laptop nya.Dia malas untuk masuk campur dengan perbualan papanya itu.Hariz tersenyum manis apabila lelaki yang berdiri di hadapan En.Amir itu menunduk sekali kepadanya.Dia kenal anak muda itu,mereka pernah bertembung sebelum ini di balkoni syarikat yang indah dan besar itu.

“I know you..you pegawai baru yang baru bekerja di sini bukan? What is your name?”bertalu-talu En.Amir menyoal lelaki tersebut.Dia tidak tahu mengapa dirinya begitu berminat untuk mengetahui tentang lelaki di hadapanya ini.

“Seung Hyun, Sir.”ringkas sekali jawapan yang diberikan lelaki tersebut.Segaris senyuman tenang terpamer di bibirnya.Panahan anak mata Seung Hyun yang kelihatan dingin itu langsung tidak menjejaskan senyuman di bibir Encik Amir.

“Hmmm..Seung Hyun,what a nice name..Oh ya,our company akan adakan satu function next week..i hope u boleh hadirinya.”nada En.Amir begitu ceria sambil mengangguk kepalanya sekali.Dennis kini terhenti taipannya di papan kekunci laptop nya.Dia terkejut dengan pelawaan papanya itu,setahu dia majlis tersebut hanya akan dihadiri oleh pegawai-pegawai syarikat yang sudah lama berkhidmat di dalam syarikat tersebut.Mengapa papanya menjemput lelaki yang terang-terangan adalah seorang pegawai baru di syarikat ini?Dennis kini mengangkat wajahnya,pandangannya kini tepat melihat ke wajah lelaki yang bernama Seung Hyun itu.Serentak itu pandangan mereka bertemu,satu tundukkan kecil Seung Hyun buat Dennis yang kini merenung tepat ke anak matanya yang tajam dan dingin itu…

Dynaz kini tersentak,kakinya terpaku di situ.Dia tidak menyangka langkahnya ini membawa dirinya ke sini.Dynaz tercegat di situ,di penglihatannya kini terbentang luas sebuah rumah sederhana besar yang sangat dikenalinya.Sudah hampir seminggu dia tidak ke sini,dan dirinya juga tidak tahu bagaimana dia boleh berada di sini.Niatnya pada pagi itu hanya untuk berjalan sambil menghirup udara segar tetapi sesedar sahaja dia sudah berada di hadapan rumah kecil ini.Dynaz menguis-nguis kakinya perlahan-lahan di jalan yang berbatu itu.Di mindanya berfikir untuk terus berada di situ atau meninggalkan tempat itu secepat mungkin…Dynaz kini memusingkan tubuhnya untuk berlalu pergi tetapi tiba-tiba pintu rumah tersebut dibuka oleh seseorang.Secepat kilat Dynaz memalingkan tubuhnya menghadap ke rumah itu kembali.

Kini sepasang matanya bertembung dengan sepasang mata milik seorang wanita yang begitu dirinduinya itu.Wanita itu seakan terkejut dengan kehadiran Dynaz,tetapi tubuhnya hanya kaku cuma wajahnya sahaja ketika ini seolah-olah berbicara kekejutan.


“Aku harap kau dapat melupakan segala-galanya..”begitu tenang sekali Eun-Jun bersuara sambil dirinya kini berlari anak mengelilingi taman tema Metropolitan yang begitu terkenal dengan aktiviti beriadah itu.Dynaz yang berlari seiring dengannya mengangguk sekali.Senyuman di bibirnya begitu manis dihadiahkan buat teman baiknya itu.

“Kita tak perlu fikirkan segala masalah kita sebelum ini..”Dynaz bernada ceria,dirinya akhirnya lega dengan pengakhiran kisah persengketaan antara mereka berdua.Tambahan lagi dia bahagia kerana akhirnya dia berjaya juga menceritakan segala kisah hidupnya kepada satu satunya wanita yang menjadi sahabat baiknya di sini.Tentang cinta pertamanya..tentang pengkhianatan..tentang perkahwinan..dan tentang segala-galanya..dia berasa tenang dan damai akhirnya Eun-Jun kembali mempercayai dirinya..

Tiba-tiba pandangannya menangkap satu kelibat yang sangat dikenalinya,langkahnya diperlahankan.Wajahnya kini dihiasi senyuman ceria.Eun-Jun turut mengikut rentak langkah Dynaz,pandangannya kini dihalakan kearah pandangan Dynaz melihat.Serentak itu dirinya dilanda ribut,seperti angin beliung yang meniup kuat ke tangkai jantungnya Eun-Jun kini menggenggam kuat buku limanya.

“Henney!!!”Dynaz memanggil kuat sambil melambai-lambai ceria ke arah seorang lelaki kacak yang kini mula mengatur langkah menuju kearahnya.Senyuman di bibir lelaki itu manis sekali,sekilas dirinya melirik kearah seorang wanita yang merenung tajam kearahnya disamping Dynaz.Semakin senyumnya dilakar indah.


“Kenapa Eun-Jun tak nak join kita sembang?Dia nampak lain sangat..”Dynaz kini bersuara hairan sambil pandangannya melihat kelibat Eun-Jun yang semakin jauh meninggalkan dirinya duduk di samping Henney di kerusi batu di taman yang indah itu.Henney tertawa kecil mendengar kata-kata Dynaz,serentak itu Dynaz memalingkan wajahnya melihat Henney dengan raut yang kehairanan..Henney menarik nafas dalam tawanya reda kini tetapi senyumnya masih terhias indah di bibirnya.

“How’s your vacation?Great?”ternyata Henney lebih berminat untuk menyimpang dari tajuk perbualan ketika itu.Dynaz memuncungkan mulutnya..

“I hope it’s great..”Henney mengubah pandangannya kini melihat terus kearah tasik luas di hadapan mereka.Dynaz hanya diam..entah mengapa kini dirinya terkenangkan segala kenangannya di Pulau Jeju itu.Ada yang menyakitkan hati..menceriakan dan juga menggentarkan nalurinya..fikirannya kini terbang entah ke mana..

bogoshipo (I miss you)..”rendah sekali nada yang dituturkan Henney,pandangannya kini kelihatan serius melihat panorama indah yang terbentang di hadapannya.Lamunan Dynaz kini terhenti apabila dirinya terdengar kata-kata Henney,wajahnya melihat terus kearah sebentuk wajah yang sempurna di sampingnya itu.Dirinya kurang pasti dengan kata-kata lelaki tersebut tetapi dia yakin lelaki itu berkata-kata tentang sesuatu yang mungkin bisa menceriakan dirinya.

“Henney..apa yang awak cakap tadi?”lambat-lambat Dynaz menyoal Henney yang kini melihat terus ke wajahnya.

“I miss you..i miss you my dear butterfly..”sepasang tangan hangat milik Henney kini mengusap lembut kedua-dua pipi miliknya.Lelaki itu tersenyum indah melihat terus ke sepasang mata milik Dynaz.Serentak itu dada Dynaz berdebar pantas…

Henney…apa perasaan sebenar dirimu terhadap ku? Menjaga dan menyanyangi ku setiap masa..mengapa kau tidak luahkan segala perasaanmu kepadaku?Adakah segala perhatianmu terhadapku ini hanyalah adalah satu keperihatinan dan tidak lebih dari itu?..Adakah hanya aku yang merasai perasaan ini?Sungguh aku binggung memikirkan gelora perasaanku ini…

Dynaz hanya termenung jauh tatkala dua orang hairstylish yang begitu bergaya itu sibuk mendandan rambutnya.Hari ini dia akan menghadiri sebuah majlis besar-besaran di syarikat papanya itu.Majlis keraian rakan perniagaan baru? Majlis apa itu?Dynaz menggeleng kepalanya sekali, sungguh dia berasa dirinya rendah sekali..tidak sesuai untuk bergelar seorang isteri kepada seorang ahli korporat..Jika Fasha,sudah tentu wanita itu mengetahui segala-galanya..Dynaz menghembuskan keluhnya sekali.

Tiba-tiba dirinya teringatkan perbualannya bersama Henney beberapa hari lalu..serentak itu hatinya kini seperti sesak untuk terus bernafas…bagaimana lelaki itu mengetahui akan segala-galanya?Begitu cepat..adakah Dennis yang memberitahunya?


“I know bout Hariz..He’s your first love, mesti susah nak teruskan hidup bila takdir menentukan kita bertemu with our ex..”Henney berkata-kata begitu tenang sekali tanpa melihat kearah Dynaz.Seperti disentap jantungnya, Dynaz kini terkelu..kata-kata Henney begitu mengejutkan dirinya.Wajah lelaki itu kini dilihatnya teliti..wajah itu begitu tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Dennis beritahu awak?”Dynaz kini menelan liur pahit,sungguh dia tidak mahu perkara ini diketahui oleh sesiapa pun melainkan Dennis sahaja.

“What??Dennis pun tahu akan ini?”tiba-tiba sahaja wajah Henney bertukar riak.Wajah itu penuh dengan kekejutan memandang tepat ke sepasang anak mata milik Dynaz yang kini tidak mengerti akan apa yang disoalkan Henney itu.


“Aahhh..kalau bukan Dennis yang beritahu dia..macam mana dia tahu akan ini?”Dynaz kini kelihatan binggung sekali.Henney menidakkan segala tanggapannya,maknanya Dennis tidak memberitahu lelaki itu tentang perkara ini.Jadi, bagaimana Henney boleh tahu?Lelaki itu kelihatan tegang dan dingin sekali apabila dia mendapat tahu bahawa Dennis sudah terlebih dahulu mengetahui akan ini.Akhirnya Dynaz ditinggalkan sendirian di taman itu..

Dynaz menggigit-gigit lembut bibirnya,kepalanya kini bercelaru dengan segala tingkah laku Henney..Mengapa lelaki itu meninggalkannya dengan wajah yang begitu dingin? Mengapa lelaki itu langsung tidak menghubunginya selepas pertemuan mereka di taman itu? Mengapa? Dynaz pening,dirinya sesak memikirkan perihal Henney..



Dennis di sebelahnya hanya memandu tenang Lamborghini hitamnya..Lelaki itu sejak kebelakangan ini jarang ditemuinya, walaupun hakikatnya mereka tinggal sebumbung lelaki itu seolah-olah menjauhkan diri darinya..Dynaz sedar akan itu,setiap kali Dennis akan pulang ke rumah jauh lewat malam di mana ketika itu dirinya sedang asyik dibuai mimpi malah lelaki itu akan keluar ke pejabat begitu awal belum sempat pun dirinya mencelikkan mata.Hahhh…

Keluhan kecil dari Dynaz membuatkan Dennis melirik ke arah wanita itu.Penampilan Dynaz pada majlis malam ini kelihatan begitu anggun sekali dengan gaun labuh yang berwarna kuning cair,rambutnya yang ikal mayang dibiarkan mengurai kemas menyerlahkan lagi ciri-ciri kewanitaan yang ada pada dirinya.Sesekali Dennis melihat Dynaz membetul-betulkan selendang bulu yang tersidai kemas sebagai aksesori tambahan di bahu kanan wanita tersebut.Dennis melepaskan nafasnya yang berat.



“Aku akan sibuk pada malam ini,banyak tetamu kehormat yang akan hadir..so aku harap kau pandai nak bawa diri di dalam sana.”Dennis bernada serius sambil matanya kini meliar-liar melihat suasana keadaan majlis yang meriah dan indah di dalam dewan besar sebuah hotel terkemuka milik keluarganya itu.

Dynaz turut melihat keadaan sekelilingnya,tidak dapat dinafikan hatinya kini terasa begitu berdebar dan gementar apabila melihat para tetamu yang begitu bergaya dan berstatus mengatur langkah masuk ke dalam dewan yang begitu indah itu.

“Kau dengar aku tak?Behave yourself ok..jangan malukan aku.”sekali lagi Dennis berbicara,kali ini pandangannya tepat melihat kearah wajah Dynaz.

Dynaz mengangguk terpaksa,sememangnya dia tidak berapa selesa berada di dalam majlis-majlis formal seperti ini tambahan pula apabila dia akan ditinggalkan tanpa berteman.

“Ok..aku pergi dulu.”Dennis kini berkira ingin mengatur langkahnya pergi meninggalkan Dynaz di situ tetapi tiba-tiba lengannya dipaut erat.Pandangannya kini melihat ke arah Dynaz, tersentak dengan kelakuan wanita tersebut.

“Emm..tali leher abang tak kemas.”Dynaz bersuara kecil sambil jari telunjuknya kini menunjuk ke arah leher Dennis.Menyedari hakikat itu cepat Dennis kini membelek kawasan tersebut.

“Biar Naz yang buat.”serentak itu Dynaz pantas menghampiri Dennis,tangannya kini membetul-betulkan kemas kedudukan tali leher suaminya itu.Tindakan Dynaz begitu cepat tidak sempat ditolak oleh Dennis,dan kini kedudukan mereka begitu hampir.Tubuh Dennis terkaku,wajah Dynaz kini benar-benar hampir dengan wajahnya.Wanita itu kelihatan begitu leka sekali membetul-betulkan tali leher yang dipakai olehnya.Serentak itu jantungnya kini berdebar pantas.Pandangannya terkaku di wajah wanita tersebut.

Dynaz kini menjarakkan tubuhnya dari suaminya,bibirnya tersenyum puas melihat hasil kerjanya di leher suaminya itu.Pandangan Dennis yang masih lagi terpaku melihatnya dibalasnya dengan senyuman manis.Dennis kini berdehem kecil,cepat dia melarikan pandangannya dari terus melihat wajah itu.Tangannya kini meraba-raba bahagian yang dikemaskan Dynaz dan kini dia mula mengaturkan langkah untuk meninggalkan wanita itu.

Sekali lagi tanpa diduganya lengannya dipaut kemas oleh Dynaz.Kali ini Dennis melihat tajam ke arah wanita itu.Kau mahu apa lagi Dynaz??Tak cukup lagikah kau mengacau-bilaukan perasaan aku ini?

“Abang..boleh..Naz ikut abang..”akhirnya Dynaz meluahkan kata hatinya itu.Nadanya rendah, lambat-lambat dan penuh berhati-hati.Di wajahnya terpamer seribu harapan meraih simpati dari Dennis yang kini melihat penuh tajam kearahnya.


Walaupun kini dia hanya diam sahaja tetapi hatinya berasa lega kerana berada di samping Dennis.Tidaklah dia berasa janggal dan gementar untuk bertemu dengan para tetamu yang hadir.Senyuman di bibirnya terhias indah,dia cuma perlu menunduk hormat kepada para tetamu yang menegurnya kerana Dennis akan terlebih dahulu berbicara dan mengendalikan para tetamu yang datang menegur mereka.Pautannya di lengan suaminya itu dikemaskannya.Senyuman dan kemesraan Dennis melayan para tetamu pada malam itu membuatkan pandangan Dynaz tidak lekang dari melihat lelaki itu.Hatinya tenang melihat senyuman di bibir sempurna itu.Tangan hangat Dennis yang memegang erat pautannya membuatkan senyuman di bibir Dynaz semakin memekar.Sungguh dia tidak menyangka permintaannya untuk bersama Dennis diterima akhirnya oleh lelaki tersebut.Dynaz menguntumkan lagi senyuman manisnya itu.

Sedang asyik beramah mesra bersama para tetamu tiba-tiba pandangannya terlihat sepasang pasangan yang begitu sepadan berjalan penuh bergaya memasuki pintu gerbang dewan yang indah diserikan bunga-bungaan segar itu.Langkah Dynaz terhenti..dadanya berdebar melihat satu-satunya lelaki yang didambakannya itu.Hariz..abang Hariz..

Dennis turut terhenti langkahnya apabila Dynaz menghentikan langkahnya.Pandangannya kini dihalakan ke arah pandangan Dynaz dijatuhkan.Serentak itu wajah kacaknya bertukar dingin,rautnya tegang sekali melihat ke arah Hariz yang kini semakin menghampiri ke arahnya.Fasha yang memaut kemas lengan Hariz kelihatan begitu anggun menyerlahkan pesona perimadonanya yang begitu serasi dengan dirinya itu.


“Hi,what a nice party.Where En.Amir and our lovely Pn.Chae Rin?”Hariz kini bertegur sapa dengan Dennis.Di bibirnya terhias segaris senyuman walaupun tidak semesra mana.

“Thanks for coming, they will join the party sebentar lagi..”tenang sahaja nada yang dibicarakan Dennis.Tiada senyuman yang terpamer di bibirnya yang merah itu.Pandangan Hariz kini dihalakan kearah Dynaz yang memaut erat lengan Dennis.Dynaz tergamam melihat pandangan itu.Mata mereka kini bertemu melahirkan satu perasaan yang begitu meronta-ronta di dalam hati Dynaz kala ini.Dynaz terkaku, dirinya terpaku melihat sepasang mata yang begitu sempurna milik Hariz itu.

Akhirnya Hariz menghadiahkan segaris senyuman manis kepadanya,lelaki itu kini memegang erat lengan Fasha dan mula beredar pergi meninggalkan dirinya bersama Dennis di situ.

Senyuman yang begitu menyerap ke kalbunya,Dynaz tidak mampu menarik pandangannya dari terus melihat ke arah Hariz yang kini semakin menjauh itu.

“Abang Hariz…Hariz..”begitu rendah sekali Dynaz menyebut nama yang sering merajai di hatinya itu.Tiba-tiba tangannya yang memaut kemas lengan suaminnya direntap kasar oleh lelaki itu.Lamunan Dynaz terhenti,dia tersentak dengan kelakuan Dennis itu.

“Finally, lelaki yang kau agungkan tu sudah sampai..aku rasa tak perlu lagi kau nak menempel dengan aku.”Dennis bersuara dingin,pandangannya tidak dijatuhkan pada wanita di sebelahnya itu.Memikirkan keterlanjuran Dynaz bersama Hariz,hatinya menjadi begitu sesak,dia kini hanya melihat ke hadapannya.Tanpa membuang masa Dennis membetulkan sut yang tersarung di tubuh sempurnanya itu sebelum dia mengatur langkah meninggalkan Dynaz keseorangan di situ.



Seung Hyun kini melangkah begitu bergaya dengan sut hitam yang tersarung kemas di tubuhnya yang tinggi lampai itu.Pandangannya kini melihat suasana majlis yang begitu meriah dan indah itu,segaris senyuman sinis terpamer di bibirnya.Huh..Kehidupan orang kaya!Suka yang berlebih-lebihan..

Inilah kali pertama dia menjejaki majlis formal yang sebegitu indah dan elegant seperti ini.Apa yang membuatkan dia semakin merasakan kemenangan adalah keperihatinan yang diberikan En.Amir kepadanya sejak kebelakangan ini.

Lelaki tua itu tidak sedar yang diberi perhatiannya itu adalah kepada seekor harimau yang kelaparan yang hanya menunggu masa untuk menerkam ke arahnya.Sungguh lelaki itu langsung tidak menyedari akan ini.


“Seung Hyun come and join me, we can have our lunch together right?”kata-kata ceria dan mesra En.Amir kepadanya beberapa hari dahulu di dewan makan syarikat yang bertaraf restorant mewah hotel terkemuka itu disambut baik oleh Seung Hyun.

“Kenapa you makan sikit sangat?and you just ambil tuna?hahaha..oh boy,di sana ada banyak makanan bagus.Go and try our salmon.That’s the best dishes here.”En.Amir tertawa kecil melihat makanan di dalam pinggan Seung Hyun.

“Tuna ok with me,saya sudah biasa makan makanan yang sebegini.My dad tak pernah ajar untuk makan makanan yang mewah.”begitu sinis sekali kata-kata Seung Hyun dihiasi dengan senyuman tenangnya.Pandangannya yang sentiasa kelihatan dingin dan tajam itu melihat tenang kearah En.Amir.Senyuman di bibir En.Amir semakin memekar mendengar kata-kata anak muda di hadapanya itu.

“Ayah kamu buat apa sekarang ini?”entah mengapa En.amir begitu berminat untuk mengetahui perihal anak muda di hadapannya itu.

“Dia ada bersama keluarga barunya..enjoy the happy life..and hidup bahagia di dalam kekayaan.Lupakan segalanya perihal keluarganya sebelum ini.Me with my mom.”begitu bersahaja Seung Hyun berbicara,pandangannya langsung tidak dialihkan dari terus melihat tajam wajah En.Amir.Dia mahu lihat wajah itu..raut itu..perubahan riak di wajah itu..dan segala-galanya tentang lelaki yang selama ini begitu dibenci olehnya itu.



“Seung Hyun.Whatever you plan tonight,please don’t make it too obvious and please don’t ruin this party.”tiba-tiba Henney kini muncul di hadapan Seung Hyun.Wajah lelaki itu serius dan begitu bersungguh-sungguh dengan kata-kata yang dituturkanya itu.

“What make you think that I’m going to riun this party? Easy man..aku juga like other people who want to enjoy the party first.”segaris senyuman tenang terpamer di bibir Seung Hyun yang merah semulajadi itu.Pandangan sinis Seung Hyun pada Henney membuatkan jiwa Henney tidak tenteram,dia tahu setakat mana kebolehan lelaki di hadapannya ini.Lelaki bernama Seung Hyun ini bisa memporak-perandakan segala-galanya dan dengan sekelip mata sahaja bisa mengubah majlis yang meriah ini menjadi sepi seperti di tanah perkuburan.Tiada perkataan gentar di dalam kamus hidup lelaki tersebut,itu membuatkan Henney semakin resah.


Pertama kali dia mendengar papanya berkerjasama dengan lelaki tersebut,hatinya sudah tidak menentu.Sungguh dia tidak bersetuju dengan keputusan papanya itu.Tetapi papanya itu lebih berminat untuk meneruskan rancangannya dengan menggunakan orang ketiga yang begitu merungsingkan itu.Henney menarik nafas dalam..Kemusnahan En.Amir menjanjikan kegemilangan keluarganya..Tetapi kesedihan di hati Dynaz menjanjikan kepiluan di dalam hidupnya..Tiada apa yang penting baginya..melainkan kebahagiaan wanita itu..Dennis?Bagaimana pula dengan lelaki yang bertahun lama sudah menjadi sahabat baiknya itu?Tidak adakah sekelumit perasaan bersalahnya mengkhianati erti persahabatan itu??Keluhan Henney kini kedengaran begitu jelas..


Para tetamu bertepuk ceria apabila En.Amir dan Pn.Chae Rin menuruni anak tangga menuju ke kawasan tengah dewan yang serba indah itu.Sorakkan mereka begitu meriah sekali menyambut mesra pasangan yang begitu dipandang tinggi di dalam arena perniagaan di rantau Asia itu.En.Amir dan Pn.Chae Rin kelihatan begitu ceria dan berseri sekali.Mereka menghadiahkan senyuman manis buat para tetamu,dan serentak itu muzik orkestra berkumandang memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut.

Dynaz yang berada di dalam keriuhan orang ramai itu melihat mama dan papanya,dia tersenyum mesra ke arah mereka.Pasangan itu kini memberikan ucapan di tengah-tengah dewan yang dihias indah seperti berada di taman bunga itu.

Papa selalu ada untuk mama dan mama pula sering ada untuk membantu papa.Begitu serasi dan begitu sepadan..Dynaz kini ditenggelami lamunannya..kata-kata ucapan dari mama dan papanya kabur..dirinya kini berada di dalam dunianya sendiri..dunia yang tiada penghujung..dunia percintaannya..

Pandangan Dynaz jatuh ke lantai yang begitu berkilat itu.Fikirannya terbang..terbang memikiri jalan hidupnya..

Dirinya langsung tidak membawa apa-apa makna dalam hidup lelaki yang bergelar suaminya.Status dirinya sebagai isteri kepada lelaki kaya dan kacak tetapi hatinya seolah-olah terbang mencari arah cinta sejati yang sebenar untuknya..tiada satu lelaki yang dikenalinya meluahkan perasaan cinta untuk dirinya..Tiadakah cinta di dunia ini buat diriku?Tiadakah madah kalimah agung itu buat diriku ini?

Aku seolah-olah lalang yang hanya mengikut hala tiupan angin yang membawa aku ke arah cinta sejati ku..aku masih mencari cintaku…masih mencari..siapa cintaku?Siapa gerangan yang akan mengikis segala kesepian di hati ini?..siapa??..

PUK!PUK!!PUK!!Tiba-tiba bunyi gemuruh tepukan begitu kuat mengembalikan semula Dynaz kepada dunianya yang sebenar.Sorakkan yang begitu ceria dan meriah membinggitkan telinganya, kini dia mengangkat pandangannya memandang terus ke arah tempat papa dan mamanya memberi ucapan itu.

Hatinya kini tersentak..di kawasan itu kini berdiri megah tiga orang lelaki yang begitu dikenalinya.Entah waktu bila mereka berada di situ dan yang pentingnya entah waktu bila papa dan mamanya memperkenalkan ke tiga-tiga lelaki tersebut.

Satu per satu wajah yang tersenyum mesra di hadapan itu dilihat Dynaz.

Hariz..Dennis..Henney..Entah mengapa dada Dynaz tiba-tiba berdebar,dirinya memegang lembut dadanya.Siapa cintaku?..siapa?..kata-kata hatinya sebentar tadi bermain-main di dalam fikirannya seolah-olah berputar-putar enggan meninggalkan dirinya.Senyuman ketiga-tiga lelaki dihadapan itu begitu sempurna sekali meresap terus ke tangkai hatinya.

“Yup..before it is too late..saya nak perkenalkan kepada kamu semua seorang pegawai baru di syarikat kita yang begitu bijak mengendalikan tugasnya.Seung Hyun! Come on boy..mari ke sini.”begitu megah dan bangga sekali tiba-tiba En.Amir bersuara sambil menunjuk ke arah Seung Hyun yang kini kelihatan tergamam dengan tindakan tiba-tiba En.Amir itu.Tepukan gemuruh sekali lagi menguasai dewan yang besar itu.

Kini Dynaz tergamam.Dia terkaku dengan apa yang didengarinya itu.Seung Hyun??Bukankah itu Top?! Dynaz kini mula mengatur langkahnya supaya hampir dengan kawasan itu.Tidak..tidak..tentu orang lain..tentu orang lain yang mempunyai nama yang serupa..pasti!

Bagaikan disambar halilintar,Dynaz terkaku di situ.Kakinya yang berdiri seolah-olah goyah kini.Sah! Memang lelaki tersebut adalah Top yang dikenalinya.Dynaz tergamam, kini di hadapannya jelas kelihatan empat lelaki yang begitu kacak tersenyum ke arah para tetamu.

Adakah ini satu kebetulan atau satu suratan? Keempat-empat lelaki yang dikenali olehnya dan sangat istimewa di dalam hatinya berada betul-betul di hadapan matanya kini.

Hariz..Dennis..Henney..Seung Hyun..


Siapa cintaku?Siapa??..

1 comments:

dixie dollz said...

dennis la

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket