Novella~My LovE 27

Saturday, July 25, 2009

BAB 27

“I don’t know what’re you trying to plan now..but at least inform me bout your condition there!”tegas sekali kata-kata Dennis kepada Dynaz apabila mereka menjejakkan kaki di penthouse yang telah ditinggalkan selama seminggu itu.Dia cuba bertahan untuk tidak melepaskan perasaan sakit hatinya itu dihadapan mama dan papanya sepanjang perjalanan tadi tetapi setibanya di sini dirinya gagal untuk terus membendung perasaanya itu lagi.

“If you inform me,sekurang-kurangnya takde lah aku di sini worry bout you.”Dennis kini merenung tajam kearah Dynaz yang kelihatan kebingunggan itu.Dynaz terasa renungan tajam Dennis seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup,di sepanjang jalan lelaki itu hanya membisu,tiada sebarang kata-kata yang lahir dari bibirnya cuma renungan tajam lelaki itu pada dirinya sahaja yang dapat dilihatnya jelas.

“Sebenarnya..bateri telefon habis..Naz tak..”

“Tak apa?!Tak sedar bateri habis?”Dennis kini memotong kata-kata Dynaz,dirinya bengang dengan Dynaz sehinggakan ingin mendengar alasan wanita itu juga menjadi satu perkara yang mustahil bagi dirinya.Dynaz terdiam,wajahnya menunduk tidak mahu untuk terus menjawab, takut nanti disangka melawan lelaki itu pula.Dennis kini melihat Dynaz,hatinya masih lagi bengang dengan kelakuan Dynaz yang membuatkan tidur malamnya terganggu itu.

“Kau tahu tak betapa risaunya aku ni waiting for your call?!Aku tak boleh tidur kau tahu tak?!”nada Dennis masih tidak berubah menghamburkan kemarahan di dalam hatinya tetapi bagi Dynaz kata-kata suaminya itu jelas membawa maksud yang lain di dalam dirinya.Dennis risaukan aku?Dynaz tertanya-tanya di dalam hatinya.Wajah tegas Dennis kini dilihatnya teliti.

“Abang risaukan Naz?”lembut sekali kata-kata Dynaz dengan rautnya yang tertanya-tanya itu.Tiba-tiba sahaja Dennis kini berubah riak,pandangannya yang tepat pada wajah wanita di hadapannya itu dialihkan serta merta.Ahhh..mengapa aku begitu lantang berkata-kata sehingga menghamburkan segala-galanya?Dennis kini meraup wajahnya.Pandangannya kini kembali melihat ke wajah Dynaz yang penuh tanda tanya itu.

“Yes!yes I worry bout you..worry as a friend.”Dennis berbicara tenang cuba menerangkan maksud sebenar dari ayat yang diucapkannya sebentar tadi.Dia menarik nafas dalam sebelum menyorong bagasinya berlalu meninggalkan Dynaz di situ.

“As a friend..as a friend..”Dynaz bernada rendah.Entah mengapa dirinya menaruh harapan bahawa jawapan suaminya itu dapat mengembirakan hatinya tetapi ternyata jawapan itu gagal menceriakan jiwanya itu.Dia tidak tahu mengapa hatinya berperasaan seperti ini.Jawapan apakah yang ingin didengarinya dari bibir lelaki tersebut?Dynaz menghembuskan nafas berat sambil beredar ke bilik tidurnya.



Makan malam pada malam itu kelihatan sunyi sekali.Dynaz menyuapkan makanan ke dalam mulutnya sambil memerhatikan Dennis yang kini sedang menjamah makanan dengan cermat.Sesekali telefon bimbit lelaki itu berbunyi, dan setiap itu Dennis akan tersenyum manis membaca message yang diterimanya itu.

“Handphone baru?”akhirnya Dynaz mempunyai idea untuk menyoal Dennis apabila dia terlihat telefon bimbit lelaki itu yang kini berubah model.Dennis mengangguk sekali,pandangannya masih lagi terlekat pada skrin telefon tersebut.Jari-jemarinya menekan-nekan lembut papan kekunci menaip message buat seseorang yang mungkin kini sedang menunggu message darinya.Senyuman Dennis mekar di bibirnya.

“Di meja makan orang makan..bukannya sibuk menaip message.”Dynaz mengomel kecil,halus sekali suaranya menyuarakan ketidakpuasan hatinya itu.Entah mengapa dirinya terganggu dengan gelagat Dennis dihadapannya itu.Serentak itu Dennis mengangkatkan kepalanya,keningnya dijungkitkan, raut wajahnya seakan tertanya-tanya tentang apa yang dicakapkan oleh Dynaz sebentar tadi.Mungkin lelaki itu tidak terdengar ngomelannya tadi.

Dynaz menggeleng sekali tanda dirinya tidak menyuarakan apa-apa.Dia kembali menyuap makanan ke mulut kecilnya itu.

“Kau sudah berbaik dengan Hariz?”tiba-tiba Dennis menyoal selamba.Mendengar soalan itu suapan Dynaz terhenti,pandangannya kini melihat terus ke arah Dennis yang masih lagi leka melihat ke skrin telefon bimbitnya itu.Dynaz menggigit sedikit bibirnya,bagaimana harus dia ceritakan kepada lelaki dihadapannya ini?Dynaz menarik nafas dalam.

“I’m already kissed him..segalanya tak terkawal oleh Naz..dan sekarang Naz serahkan segalanya kepada takdir.”Dynaz bersuara rendah,wajahnya tidak melihat ke wajah suaminya sebaliknya pandangannya itu lebih selesa dihalakan pada hidangan yang tersedia di atas meja makan dihadapannya itu.

Bagaikan angin semilir yang menusuk ke tubuh Dennis kala ini.Jawapan dari Dynaz menyentakkan dirinya.Serentak itu pandangannya kini tepat melihat wajah lembut dihadapannya itu.Sungguh dia tidak mempercayai apa yang didengarinya itu,wajahnya kini serius dengan riak yang penuh kejutan.

“So..unbelieveable..”kata-kata Dennis tersekat-sekat seperti susah untuk diluahkannya.Dynaz yang kelihatan seperti wanita naïf itu mampu melakukan tindakan yang diluar jangkaannya.Sungguh dia tidak dapat mempercayai dengan apa yang didengarinya itu.

“Naz rasa bahagia begitu..sungguh Hariz bisa membuatkan Naz berasa damai ketika disampingnya..”Dynaz kini berbicara tenang,segaris senyuman manis kini terpamer di bibirnya.Di fikirannya kini masih terbayang detik-detik semalam yang sememangnya tidak akan dilupakannya sepanjang hayatnya ini.Pandangannya melamun entah ke mana membuatkan Dennis semakin hilang bicara.

“I love him..Naz betul-betul pasrah dengan apa yang terjadi semalam..sungguh Naz bahagia memilikinya..”Dynaz berbicara halus sekali tetapi masih jelas di pendengaran Dennis.

“Good..baguslah akhirnya kau tahu untuk membahagiakan diri sendiri.”Dennis kini bersuara sinis,pandangannya pada wajah Dynaz begitu dingin sekali.Tanpa membuang masa dia menggenggam telefon bimbitnya dan bangun dari kerusinya.Dynaz tersentak dengan kata-kata Dennis itu,dia melihat wajah Dennis yang dingin sebelum lelaki itu beredar meninggalkan dirinya di ruang makan itu.

Eun-Jun kini menguap sambil mengeliat panjang di halaman rumahnya.Dia kini menghirup dalam udara segar di kawasan perumahannya itu.Langit pada pagi itu kelihatan mendung sahaja,awan hitam yang berarak menutupi segenap ruang langit menambahkan lagi kelam cuaca pada pagi itu.

Eun-Jun kini terduduk sepi di kerusi panjang di halaman rumahnya itu.Hati dan perasaanya kini dihimpit kegundahan dan kesedihan apabila mengenangkan peristiwa semalam yang kini semakin berputar-putar menghantui di mindanya.



Dia kini mencari-cari sekeping gambar yang ditinggalkan Dynaz beberapa minggu yang lepas,entah mengapa dia berasa wajah yang dilihat pada kulit hadapan sebuah majalah yang dilihatnya di pasaraya sebentar tadi membuatkan dirinya mengingatkan wajah seseorang di dalam gambar tersebut.

Senaskah majalah yang berada digenggamanya itu dipegang erat,sambil dirinya kini bersunguh-sungguh mencari sekeping gambar itu.

Akhirnya dia ketemu dengan benda yang dicarinya itu.Hatinya kini berdebar kuat apabila melihat pada wajah di dalam gambar tersebut.Eun-Jun terkelu, turun naik dadanya mengatur nafasnya yang kini semakin sesak itu.

Sama..wajah itu sama sekali…Lelaki bangsawan yang bernama Dennis ini merupakan suami teman rapatnya,Dynaz.


Satu keluhan berat dilepaskan Eun-Jun,sungguh dia tidak menyangka teman rapatnya itu bersuamikan seorang lelaki kaya dan sangat berpengaruh di negaranya ini.Mengapa Dynaz perlu merahsiakan perkara ini kepada dirinya?Mengapa wanita itu sering berdalih apabila dia menyoalkan perihal suami wanita itu?

Eun Jun kini merenung jauh ke langit hitam,seperti perasaannya kini yang merusuh memikirkan tujuan sebenar teman rapatnya itu yang menyembunyikan perkara sebenar pada dirinya itu.


“Woah!!Eun-Jun!Eun-Jun!!Kau tunggu aku ke?”tiba-tiba terdengar suara Dynaz menjerit ceria.Serentak itu Eun-Jun memalingkan wajahnya melihat kearah datangnya suara itu.Kelihatan Dynaz kini terkoncoh-koncoh memijak satu per satu anak tangga batu sambil tangannya kini penuh dengan beg kertas.Wajahnya ceria dan gembira sekali apabila melihat kearah temannya itu.

“Ahhh..penatnya!hehe..rindunya aku pada kau.”Dynaz kini memeluk erat Eun-Jun,senyumnya begitu manis terpamer di bibirnya yang indah itu.

“Aku ada belikan banyak barang untuk kau..marilah kita tengok sama-sama”Dynaz memaut mesra lengan rakannya itu.Eun-Jun menghembuskan nafas dalam,dia menepis lembut tangan Dynaz.Tiada segaris senyum pun yang lahir di bibir wanita itu.

Dynaz tersentak dengan kelakuan Eun-Jun,rautnya kini bertukar serius.Keliru dengan layanan dingin rakannya itu.

“Ambil barang-barang kau ni..kau baliklah,aku tak perlukan semuanya.”dingin sekali kata-kata Eun-Jun kepada Dynaz,wanita itu kini mengatur langkah menuju ke rumahnya.

“Eun-Jun,kenapa?Kesalahan apa yang aku lakukan pada kau..beritahu aku..please..jangan buat aku macam ni”Dynaz kini berlari cemas mendapatkan temannya itu.Sungguh dia tidak tahu apa kesalahannya pada wanita itu,dia tidak mahu kehilangan temannya itu.Dia tidak punya sesiapa untuk mengadu nasib dan untuk menjadi tempat dirinya bersandar jika wanita itu menarik diri dalam persahabatan mereka.Eun-Jun hanya diam, dirinya langsung tidak berbicara hanya langkahnya sahaja yang diaturkan menuju ke rumahnya itu.Dynaz kini tidak keruan,jiwanya resah melihat Eun-Jun yang tidak mahu berbicara dengannya itu.Terasa sayu di hatinya..

“Please..Eun-Jun jangan buat aku macam ni..tell me,please tell me why..”nada Dynaz kini seolah-olah merayu kepada temannya itu,lengan rakannya itu dipegang erat.Eun-Jun kini menghentikan langkahnya,wajah Dynaz kini dipandang hambar.

“Aku akan beritahu kau,tunggu..aku akan beritahu kau.”dingin sekali kata-kata Eun-Jun sebelum wanita itu masuk ke dalam rumahnya.Dynaz terkesima di situ,dirinya sedih dilayan begitu dan sungguh kolam matanya kini mula bergenangan.Nafasnya kini terasa sempit sekali..

“Kau nak tahu kenapa kan?Nah.”serius sekali Eun-Jun kini melemparkan senaskah majalah pada dirinya.Terpampang jelas wajah Dennis di situ apabila majalah itu jatuh di kaki Dynaz.

Dynaz terkelu,dia tidak mengerti maksud apa yang ingin disampaikan wanita tersebut kepada dirinya.

“Dia suami kau kan?Kenapa?Kau takut aku taking advantage in you and because of that kau rahsiakan semuanya pada aku, kan?”Eun-Jun kini mula mencipta andaiannya sendiri.Sungguh dia tidak menyangka Dynaz yang selama ini dianggapnya sebagai temannya yang ikhlas sanggup melayannya sebegini rupa.

Seperti halilintar yang memanah ke pendengarannya,Dynaz kini mengeleng cepat apabila mendengar andaian Eun-Jun itu.Eun-Jun tersenyum paksa,dia mengelengkan wajahnya sekali tidak mempercayai keikhlasan temannya itu.

“Tak..tak..bukan macam tu..sebenarnya..”

“Naz,aku nak beritahu kau actually aku memang nampak macam perempuan murahan,perempuan yang sukakan kekayaan tapi please..jangan judge aku macam ini,aku masih ada maruah diri..perbuatan kau ini betul-betul menghina diri aku..betul-betul merendahkan maruahku..”begitu sayu sekali kata-kata yang lahir dari bibir Eun-Jun itu walaupun kelihatan tegas raut di wajah bersih itu,jelas wanita itu kini cuba menyembunyikan perasaan sedihnya yang kini mula menular di dalam hatinya.

Rintik hujan kini mula menitik ke bumi,satu per satu mula membasahi tubuh kecil Dynaz.Kata-kata Eun-Jun begitu kejam buat dirinya yang langsung tidak berniat memperlakukan wanita itu sebegitu.Air matanya kini mula berguguran serentak bersama titik hujan yang kini semakin membasahi tubuhnya itu.

“Aku tak perlukan teman seperti kau..pergilah..we’re over now.”tanpa melihat ke wajah Dynaz nada Eun-Jun tenggelam timbul di dalam perasaan pilunya.Dia nekad berbicara sedemikian walaupun kini matanya bergenangan dengan butir-butir permata.

Dynaz mengeleng-geleng kepalanya,sungguh dia tidak menyangka wanita itu akan berbicara sedemikian rupa,Dynaz terasa sayu,lelehan air matanya kini tidak henti-henti menodai pipinya itu.Kini dia berlari meninggalkan kawasan perumahan itu,meninggalkan rumah itu,dan meninggalkan satu-satunya teman rapatnya itu.

Hujan semakin lebat menyimbah bumi langsung tidak dipedulikan Dynaz,dirinya sedih..dirinya pilu dengan tuduhan yang dilemparkan rakannya itu..sungguh sayu sekali perasaannya terasa ketika ini.


Hujan semakin renyai kelihatan Top kini berjalan tenang menyusuri sebatang jalan dengan bertemankan sekaki payung yang menjadi teduhannya sepanjang perjalanan mencari wanita yang bernama Dynaz itu.

Matanya meliar melihat sekeliling mencari-cari kelibat wanita tersebut.Sebelah tangannya dimasukkan kemas ke dalam poket baju sejuknya cuba mengurangkan kesejukkan yang mula menular ke dalam tubuhnya itu.


“Top..dowa ju seyo..(tolong saya)..Dynaz chajeusipssio...(cari Dynaz)..I don’t know where she is,it’s raining so badly out there..please help me..”nada Eun-Jun seakan merayu kepada Top kini.Dirinya bingung untuk meminta pertolongan siapa apabila memikirkan Dynaz yang sekarang ini mungkin berada di mana sahaja dibasahi hujan yang semakin lebat itu.

Dia harus mencari Dynaz tetapi jika dia punyai bantuan tentu pencariannya akan menjadi cepat kerana itulah dia memberanikan diri untuk meminta pertolongan jirannya yang sangat digeruninya itu.

Wajah Top yang tenang mengangguk sekali sebelum dia masuk ke dalam rumahnya menyarung baju sejuk dan mencapai sekaki payung.Eun-Jun melepaskan nafas lega kini.Walaupun hatinya kini pedih mengenangkan perkara yang terjadi tetapi perasaannya tidak sampai hati membiarkan satu-satunya teman baiknya dilanda kesusahan di luar sana.Dynaz kini pasti kebasahan dan kesejukan di luar sana.Sungguh hatinya berasa risau ketika ini.

Dari jauh Top melihat seorang wanita yang kini sedang duduk di sebuah kerusi panjang sambil menunduk memeluk tubuh yang kebasahan.Top melepaskan nafas lega,dia kenal akan wanita itu.Langkahnya kini diatur menuju kearah wanita yang duduk keseorangan itu.Hujan yang semakin renyai melihatkan langit yang kini mula beransur cerah.Gerai-gerai kecil di sepanjang jalan kini mula dibuka oleh pemiliknya,kelihatan kawasan itu semakin mula hidup setelah hampir dua jam hujan lebat yang menyebabkan sepanjang jalan di situ kelihatan seperti kawasan yang tiada berpenghuni.

Top kini sudahpun berada berhampiran wanita itu,dia melihat tubuh wanita tersebut yang kini menggigil-gigil menahan kesejukan.Wanita itu hanya membiarkan rintik-rintik hujan turun membasahi tubuhnya yang sudah lencun itu.Satu keluhan kecil dilepaskan Top.Dia kini duduk di sebelah wanita tersebut,payungnya dikongsi bersama wanita di sebelahnya itu.

Dynaz tersedar apabila dia tidak merasakan titis hujan yang sebelum ini begitu lahap menimpa dan membasahi dirinya,dengan perlahan dia mengangkat tubuhnya yang sedari tadi menunduk dan memeluk erat dirinya itu.Pandangannya kini dihalakan kepada seseorang yang berada di sebelahnya itu.Dynaz tersentak apabila menyedari lelaki di sebelahnya itu adalah Top.Bibirnya terkunci,lidahnya terkelu melihat sisi wajah Top yang sempurna itu.

“Finally, I found you Ms.sulking”Top kini memandang ke wajah Dynaz sambil segaris senyuman menghiasi indah di bibirnya.




Tuala besar berwarna putih itu digunakan Dynaz untuk mengeringkan rambutnya.Matanya kini meliar melihat keadaan sekeliling di dalam bilik tersebut.Sebuah sofa panjang dan satu set television menjadi hiasan di kawasan tengah bilik itu.Di hujungnya kelihatan sebuah cermin panjang yang berdiri megah mengimbas imej yang terlintas di situ.Tiada apa yang istemewa di dalam bilik tersebut melainkan sebuah balang seramik usang yang berwarna biru muda yang terletak kemas di atas sebuah meja kristal yang kelihatan begitu indah.Dynaz kini terus mengeringkan rambutnya sambil berjalan menghampiri ke meja kristal itu,dia merendahkan tubuhnya separas balang seramik tersebut.Tangannya menyentuh lembut balang itu.

“Berminat dengan balang itu?”tiba-tiba Dynaz ditegur mesra oleh Top membuatkan sentuhannya pada balang tersebut terhenti dan kini dia berpaling pada arah suara yang menyapanya itu.Top menghulurkan secawan minuman panas kepadanya dan lelaki itu kini duduk di satu-satunya sofa di dalam bilik tersebut.

“Thanks..Ini tempat apa?”Dynaz menyoal Top dengan nada yang tenang.Dia mencari tempat di sebelah lelaki tersebut.

“urmm..tempat permainan dan juga tempat beristirehat..”Top menjawab sambil membuka television.Dia menekan-nekan punat television mencari siaran yang digemarinya dan kini dia kembali ke tempat duduknya.

HUMMM,begitu jelas Dynaz menarik nafasnya yang kini semakin tersumbat itu.Dirinya mengosok-gosok lembut hidungnya yang berasa tidak selesa untuk bernafas memandangkan rongga pernafasannya yang semakin terasa sendat itu.

Top kini tersenyum geli hati melihat kelakuan Dynaz.

“I think you’ve got flu..”Top kini bersuara selamba sambil melihat terus kearah rancangan television yang bersiaran itu.Lelaki itu terlalu misteri dan bersahaja pada pandangan Dynaz,entah mengapa dia berasa seperti ada suatu tarikan pada diri lelaki tersebut.Pada wajah Top sungguh Dynaz dapat merasakan lelaki kacak tersebut menyimpan begitu banyak kisah lampau yang mungkin dipendamnya dan cuba disembunyikannya di sebalik wajahnya yang dingin itu.

“Seung-Hyun..awak tak nak tanya mengapa saya berada di situ?”Dynaz kini menyoal lembut lelaki di sebelahnya itu.

“Naz..hidup ini kita tidak perlu banyak menyoal..if you wanna tell me bout that,you can do so..if not,saya tak akan menyusahkan awak untuk menerangkannya.Life is simple and easy when we live without asking..”Top menghirup cermat minumannya,pandangannya masih lagi terlekat pada kaca television.Simple..Easy..ya sememangnya sifat yang dapat dilihat Dynaz pada diri lelaki itu.



“Ahhhh…sedapnya..”Dynaz bersuara ceria sambil menyuap mi kicap ke dalam mulutnya itu.

“Hmm..makan panas-panas memang yang paling sedap!”Top membalas dengan mesra.Mi di dalam mangkuknya sudah habis dimakannya dan kini dia menghirup kuah kicap yang masih berbaki itu.Dynaz ketawa riang sambil menikmati mi kicapnya.Pandangannya kini melihat ke sebuah rumah kecil yang berada berhampiran mereka itu.

Baru sebentar tadi dia menyedari bahawa sebenarnya bilik kecil yang diduduki mereka sebelum ini merupakan sebuah rumah kecil yang hanya berkeluasan sebesar bilik tidur.Dynaz tidak menyangka pemandangan di luar rumah tersebut begitu indah sekali,tidak jauh dari pandangannya dia dapat melihat pemandangan laut yang terbentang luas.Dari kawasan halaman rumah ini masih jelas di pendengarannya bunyi ombak yang memukul pantai.Dynaz tersenyum manis.

“Tadi datang tak perasan pun keadaan kat sini indah sangat..mungkin hujan masa tu buatkan Naz tak ternampak segalanya.”Dynaz kini berbicara mesra sambil menghirup dalam udara segar di situ.

“Tak pun kerana awak yang terlalu laju memecut motosikal tadi.”Dynaz cuba menyakat Top sambil menyucuk lelaki tersebut dengan hujung kayu chopstiknya.Top tersenyum mesra sambil mengeleng-gelengkan kepalanya tidak setuju dengan tuduhan Dynaz itu.Mereka kini duduk di sebuah batu yang besar mendatar di hadapan rumah kecil itu.Top meluruskan kakinya sambil memandang jauh kearah laut yang membiru.

“Sini rumah awak?”Dynaz menyoal Top.

“Sini kampung halaman saya..”Top menjawab selamba.Dynaz terkejut mendengar jawapan lelaki itu.

“Awak punya ayah dan ibu? Adik beradik ke?”entah mengapa cepat sahaja Dynaz menyoal lelaki yang berada berhampirannya itu.

Ada ibu..Nak jumpa dengannya?”Top kini melihat ke wajah Dynaz,raut wajahnya tenang menuturkan kata-katanya itu.Dynaz mengangguk laju mendengar pelawaan Top itu.Sememangnya dia mahu berkenalan dengan ahli keluarga lelaki yang disenanginya itu.

“Ok..but first saya lap ini dulu ye..”Top bersuara nakal sambil dirinya kini mengesat lembut bibir hingga ke pipi Dynaz.Sungguh Dynaz tersentak dengan kelakuan Top itu.Dia terdiam..

“Lihat ni..rupanya Naz ni suka comot-comot ni..”Top kini menunjukkan kesan calitan kicap yang mengotori jarinya setelah dia mengesat bibir wanita tersebut.Serentak itu wajah Dynaz merona merah..dia malu dengan keadaan dirinya yang tidak disedarinya itu.

“Hahaha..your face look so cute when you blushing like that.”semakin nakal Top menyakat dirinya kini.

“Sudah..sudah..stop saying anything ok..”Dynaz kini menutup-nutup mulut lelaki tersebut dengan tangannya.Top menolak lembut jari-jemari Dynaz,ternyata lelaki itu lebih memilih untuk terus menyakat dirinya daripada mematuhi kata-katanya.Dia tertawa menyerah apabila satu per satu kata-kata lelaki tersebut tepat mengena dirinya…Top tertawa riang, tangan Dynaz kini berada kemas di dalam genggamannya..Dynaz tersenyum mesra begitu ceria dirinya terasa ketika ini.

Hati Dynaz kini terasa sayu..jiwanya dan perasaannya sedih apabila mengenangkan balang seramik usang yang berwarna biru muda itu.

“That’s my mom.”kata-kata Top yang begitu tenang sungguh menyentuh perasaannya.Dia masih tertanya-tanya kini, mengapa lelaki itu bisa begitu tenang dan bersahaja apabila berbicara tentang kisahnya itu.Wajah Dynaz kini serius ada raut sayu dan sedih mewarnai wajah bersihnya itu.

“She’s the only one family I have, and she died when I’m still young.hmmm..kind of lovely mom.”Top bernada rendah,pandangannya melihat terus ke balang seramik yang terletak kemas di atas sebuah meja kristal itu.

“Kenapa awak tak tanamkan abunya?”Dynaz tidak dapat mengawal perasaannya untuk terus menyoal tindakan Top yang masih menyimpan abu yang berusia bertahun lamanya itu.

“I’m too poor at that time..don’t have enough money to buy a sacred place to bury her..nak hanyutkan di sungai..I’m worry that I cannot find her when I’m missing her..”sungguh tersentuh kata-kata yang diucapkan lelaki tersebut,membuatkan air mata Dynaz mengalir membasahi pipinya.Sungguh sedih kisah lelaki itu hinggakan Dynaz tidak mampu untuk terus bertahan lagi.

“Hey..Naz..naz..please don’t cry,that was only a past time..please don’t cry like this..”Top kini mengesat lembut air mata yang mencemari pipi Dynaz,kata-katanya lembut sekali.Di raut wajahnya jelas kelihatan kerisauannya pada Dynaz yang tiba-tiba sahaja mengalirkan air mata itu

“I’m sorry..i’m really sorry..”teresak-esak nada Dynaz sambil tangannya memegang erat tangan Top yang masih di pipinya itu.

“It’s ok..it’s ok..”Top bersuara rendah sambil mengusap lembut pipi wanita tersebut.Dynaz kini dipeluknya erat..hatinya bingung memikirkan Dynaz yang begitu cepat tersentuh dengan kisahnya itu..Sungguh suci dan lembut hatimu Dynaz..sungguh menawan..

Dynaz kini meniarap sepi di atas katilnya yang empuk,fikirannya itu masih lagi memikirkan perihal lelaki yang bernama Seung Hyun itu.Dagunya kini direhatkan pada tangannya yang disilangkan di atas bantal tidurnya.

“I have someone who suppose to be my father..he left my mother,pada masa itu saya masih kecil lagi..hairan kan?kenapa semuanya mesti berlaku di waktu saya masih kecil..”seperti tiada apa-apa yang bisa menyentuh hati lelaki itu berbicara begitu bersahaja sekali.

“Awak ada cari dia?”Dynaz masih lagi mengingati kata-katanya itu pada lelaki tersebut.Segalanya masih jelas di ingatannya.

“At last..saya berjaya,he already has his family..but I will tunjukkan padanya yang actually he still have one son yang dia abaikan..you know Naz,exactly he don’t deserve a better life..i will make sure of that..”

Kini baru Dynaz dapat menangkap satu perasaan yang lahir di dalam jiwa lelaki tersebut,pandangan tajam dan dingin lelaki itu yang merenung terus kearah balang seramik itu menyampaikan suatu perasaan yang begitu membara di dalam jiwa lelaki tersebut.

Segalanya masih jelas,segalanya kini masih lagi bermain-main di dalam hatinya.Pandangan Top yang begitu tajam dan bersinar itu menceritakan segala-galanya perasaan lelaki itu terhadap papanya yang telah mengabaikan dirinya dan juga mamanya itu.Kisah lelaki itu begitu menyentuh hatinya dan amat meninggalkan kesan di dalam jiwanya itu.

“Enough with me ok?..now,we have to go back,Eun-Jun sekarang dah naik gila mencari awak..”kata-kata Top melahirkan kekeliruan di wajah Dynaz.Wajah Top yang mesra dengan segaris senyuman yang terlakar di bibir lelaki itu dipandangnya keliru.

“Eun-Jun..cari saya?”rendah dan lambat-lambat ayat yang dituturkan Dynaz.Serta merta kejadian yang berlaku diantara dirinya dengan wanita itu terimbas di ingatannya.Eun-Jun..


Dynaz kini bangun dari terus meniarap di atas tilam yang empuk itu,Dia kini duduk membisu di atas katilnya.Lututnya kini dirapatkan di dadanya,wajahnya sayu..hatinya sedih memikirkan salah faham yang berlaku diantara dia dan teman rapatnya itu.Tanpa disedarinya kini air matanya berguguran jatuh mencemari pipinya.Dia sedih..dia sayu dilayan sebegitu rupa oleh rakannya itu.Eun-Jun mencari dirinya..mungkinkah wanita itu sudah memaafi dirinya yang tidak menceritakan perkara sebenar kepada wanita tersebut?Dengan rentetan-rentetan kisah sedih yang berlaku hari ini kepadanya cukup membuatkan air matanya berguguran membasahi wajahnya..

Tiba-tiba satu ketukan kecil pada pintu biliknya membuatkan Dynaz tersentak.Tidak lama selepas itu kelihatan wajah Dennis yang tenang memasuki bilik tidurnya itu.Cepat Dynaz mengesat air matanya apabila dia melihat lelaki itu kini berjalan menuju ke arahnya.Langkah yang diatur lelaki itu kelihatan lemah sekali di penglihatan Dynaz,dia terdiam membisu dan hanya memerhati Dennis yang semakin hampir dengannya itu.

Sungguh tidak diduga Dynaz,dirinya terkejut besar apabila melihat Dennis kini merebahkan tubuhnya di sebelah dirinya.Lelaki itu kelihatan lemah sekali berbaring di atas satu katil dengannya.

Jantung Dynaz kini berdegup kencang,dia menjauhkan jaraknya dari lelaki tersebut.Wajah Dennis tidak dapat dilihat jelas olehnya kerana lelaki tersebut kini meletakkan sebelah lengannya menutupi sebahagian wajah kacaknya itu.

“Just let me sleep here..only for tonight..”bicara Dennis rendah dan lemah sekali,dari nada lelaki itu Dynaz dapat menangkap sesuatu yang berlaku pada lelaki itu.Dynaz diam..Dia masih lagi terduduk sepi di samping suaminya itu.Nafasnya kini kembali teratur apabila dirinya pasti Dennis tidak akan bertindak melampaui batas terhadapnya.Melampaui batas?Masih wujudkan batas diantara mereka berdua memandangkan mereka sudahpun bergelar sepasang suami isteri yang sah dari segi agama?Dynaz kini menarik nafas dalam..

“Ia sangat letih..sangat letih..when it keep haunting you..”lemah sekali kata-kata dituturkan Dennis seolah-olah dia kini sedang meluahkan perasaannya kepada dirinya sendiri dengan menceritakan kesengsaraan yang melanda jiwanya itu.

“She comes in my dream..telling how much she loves me,segalanya menambahkan lagi kerinduan di hati ini..i need her..”Dennis kini mengiringkan tubuhnya tidak bermaya.Jelas di pandangan Dynaz betapa wajah kacak itu berada di dalam kesengsaraan..walaupun mata suaminya itu masih terpejam rapat,Dynaz dapat merasakan kesakitan beban rindu yang ditanggung lelaki itu.

Hati Dynaz tersentuh,serentak itu jari-jemarinya mengusap lembut wajah suaminya itu..Wajah kacak Dennis benar-benar terselit raut kerinduan yang sangat dirasai Dynaz.Rupanya kau mampu menjadi seorang pencinta sejati..Dennis..Dennis..

Jari-Jemari Dynaz yang halus mengusap lembut wajah Dennis kini dipegang erat oleh lelaki itu.Dynaz tidak gentar kerana dia tahu bahawa suaminya itu kini berada di dalam keadaan yang tidak sedar..dia tahu suaminya itu akan menjadi sebegitu apabila beban rindu yang ditanggungnya terasa begitu membuak terhadap seorang wanita bertuah yang bernama Soon Ae..

Dynaz kini merebahkan dirinya berhadapan suaminya itu,tangannya masih lagi berada kemas di dalam genggaman lelaki itu,segaris senyuman terlakar indah di bibirnya.

“All will be ok..just rest..all will be ok..I promise that..”seperti menenangkan kanak-kanak kecil Dynaz berkata-kata lembut dan tenang pada suaminya yang kini berbaring bertentangan dengan dirinya itu.Dengan jarak yang sebegitu dekat itu Dynaz dapat melihat sebutir mutiara gugur dari kelopak mata Dennis yang begitu sempurna itu.Dynaz hanya memandangnya..tubuh Dennis kini dipeluknya kemas seperti seorang ibu yang cuba mententeramkan perasaan anaknya yang dihantui mimpi malam yang buruk.

“Have a sweet dream tonight..believe me..semua akan beransur baik..”bisikan Dynaz indah sekali sambil mengusap lembut kepala suaminya yang kini berada kemas di dadanya itu.



Eun-Jun kini termenung seorang diri di tepi sebatang jalan raya yang masih lagi kelihatan meriah walaupun malam kini sudah berganjak tua.Dia menghembuskan nafas panjang,kepulan wap yang terbentuk dari hembusannya menghilang dibawa angin yang bertiup damai.Kepulangan Top membawa berita gembira padanya tetapi hakikat Dynaz yang tidak mahu berjumpa dengannya itu memberi kesan yang mendalam dalam dirinya.

Malam ini dia tidak bersemangat untuk ke tempat kerjanya,tugasnya adalah untuk menghiburkan hati para pengunjung tetapi jika perasaannya tidak berasa tenang mana bisa dia melakukan tugasnya itu.

-Aku rasa segalanya merupakan satu salah faham..aku punyai seorang teman yang baik seperti kau dan silap aku menganggap segala perihal aku ini merupakan perkara yang tidak penting untuk dikongsi bersama kau..-

Message yang diterimanya dari Dynaz petang tadi membuatkan perasaan bersalah yang semakin menguasai dirinya memburu-buru menerjah hatinya kini.Dynaz terasa hati dengan segala tuduhan yang dilemparnya kepada wanita tersebut..Ya,jika dia berada di tempat Dynaz dirinya juga akan berasa sedemikian rupa.Eun-Jun kini melepaskan nafasnya berat sekali.

PONNN..tiba-tiba bunyi hon sebuah kereta menyentakkan lamunan Eun-Jun,pandangannya kini dihalakan kearah datangnya bunyi hon tersebut.Sebuah Porsche kelabu metallic kini berhenti tepat di hadapannya.Eun-Jun mengecilkan matanya,dahinya berkerut cuba melihat-lihat pemandu kereta mewah tersebut.Cermin kereta yang gelap mengagalkan dirinya untuk mengenal pasti pemandu kereta mewah yang kini terpakir di hadapannya itu.Eun-Jun kini bangun dari duduknya,dia berdiri sambil melihat kereta mewah tersebut.

“Hi..Don’t feel sleepy yet? Still berjalan-jalan di luar lagi..”wajah kacak seorang lelaki yang menyapanya setelah lelaki itu menurunkan cermin keretanya sangat dikenali Eun-Jun.Dia kenal lelaki yang berbicara dengannya itu.Sedikit demi sedikit segaris senyuman mekar di bibirnya.

“Henney..”Eun-Jun menegur tenang lelaki tersebut yang kini tersenyum mesra kepadanya.


Ini adalah kali pertama dia mengunjungi spa keluarga yang sungguh berbeza dengan spa yang selalu dikunjunginya sebelum ini.Seumur hidup tidak pernah dia memijakkan kakinya di spa yang sebegitu ringkas dan berhiasan sederhana seperti ini.

Henney kini berjalan cermat sambil matanya kini melilau-lilau melihat keadaan sekeliling di dalam spa tersebut.

“Wae?(Kenapa?) Do not look like u expected?”Eun-Jun menyoal Henney dengan satu senyuman nakal di bibirnya.

“A ni,(No)..geureon sarami a ni ya..(is not like that)”Henney tersenyum manis sambil menggeleng sekali.Suasana di situ begitu ceria sekali.Lelaki perempuan tiada batasnya,semuanya bercampur tiada peraturan yang memisahkan.Di spa yang selalu Henney kunjungi, mereka sering mementingkan hak privasi yang begitu diambil beratkan.Segalanya-galanya dilakukan bersendiri malah untuk mandi wap juga seorang diri.

“I always lepak kat sini..In here we can sleep until morning..Selalunya kalau tak boleh balik rumah..sini merupakan rumah kedua.”Eun-Jun kini bernada mesra sambil duduk bersila mengupas telur rebus yang dibelinya sebentar tadi.

“Tak boleh balik rumah?”Henney hairan dengan kata-kata wanita tersebut.Dia kini duduk di lantai sambil meluruskan kakinya.Badannya terasa letih tetapi entah mengapa matanya ini enggan untuk berehat.Menemani Dennis sebentar tadi ke Presidential Stuff setelah hampir seminggu mereka tidak ketemu membawa pelbagai cerita untuk dikongsi bersama.Tetapi entah mengapa tiba-tiba Dennis menjadi begitu emosi dan akhirnya pulang seorang diri tanpa mengkhabarkan kepada dirinya.

“Yup..kadang-kadang orang yang tak diingini mencari di sana..loan shark for example..”Eun-Jun bersuara selamba sambil jari halusnya masih ligat membersihkan serpihan kulit telur yang masih melekat pada telur yang dikupasnya sebentar tadi.

“Hmm..that’s mean you membahayakan keadaan Dynaz.”Henney melihat tepat wajah bersih di hadapannya itu.Eun-Jun tersentak..perlakuannya terhenti kini..

“Kenapa cakap macam tu?”wajah Eun-Jun kehairanan menyoal kembali Henney.

“Baiklah,biar aku berterus-terang saja..actually,aku tak tahu apa niat sebenar kau berbaik dengan Dynaz..kau banyak beri dia perlindungan dan pertolongan.Tetapi aku percaya mesti ada something behind it..Tak semua orang memberi sesuatu dengan percuma..why? sebab dia mempunyai suami yang kaya ke?”Henney masih duduk selamba di situ tetapi pandangannya begitu sinis ke arah Eun-Jun yang kini sudah berubah riak wajahnya.

“Listen here Mr.Henney, maybe saya ini begitu menjengkelkan di mata orang yang berstatus seperti kamu semua.Tetapi saya punya harga diri dan maruah hidup.Bagi saya segalanya percuma buat seorang sahabat sejati..tak tahulah kalau awak?”hati Eun-Jun begitu pedih sekali dengan kata-kata yang keluar dari mulut jejaka yang kacak itu.Dia kini mula mengemas beg sandangnya.T-shirt yang sebentar tadi dikeluarkannya dimasukkan semula ke dalam beg nya itu.Wajah Henney tidak dilihatnya.Mengapa perlu menambahkan lagi kesakitan di hatinya itu jika dengan melihat wajah kacak itu bisa menaikkan lagi kemarahan di hatinya kini?Kurang ajar punya mulut,sesedap hati menuduh aku yang bukan-bukan!Aku ingat kau baik,rupa-rupanya..ISHK!Kalau aku tahu dari awal memang aku tak ajak kau datang port gempak aku nih!

“Hey,aku akan perhatikan kau..maybe tak lama lagi kau akan tunjukkan belang kau yang sebenarnya..”Henney menghadiahkan senyuman yang manis buat Eun-Jun semasa melihat wanita itu ingin beredar meninggalkan dirinya.

“Belang..Apa belang?? Yang aku tahu kau tu yang pakai baju berbelang-belang!Lelaki berhidung belang!”Eun-Jun tidak dapat mengawal perasaan marahnya,dia kini beredar meninggalkan Henney yang masih tersenyum begitu manis di situ.

Henney kini melihat T-shirt belang yang dipakainya,lantas dia mengeleng sambil tertawa kecil mengenangkan kata-kata Eun-Jun.

Fasha kini kehulur-kehilir berjalan tidak menentu memikirkan beban perasaan yang ditanggungnya selama beberapa hari ini.Hariz kini masih lagi di bilik pejabatnya,entah apa yang dilakukan lelaki itu di sana.Mungkin masih dengan laptop nya yang sememangnya sangat susah dipisahkan darinya.

“Apa abang fikir huh? Memimpin dan memeluk Dynaz sesuka hati.Abang dah tak waras ke? Dia tu dah ada suami!”Fasha menjerit lantang setiba mereka di rumah agam milik mereka itu.Wajahnya menyinga,tidak tertahan rasanya apabila melihat segala kejadian di terminal feri sebentar tadi.

Hariz menarik nafas dalam,pandangannya kini tepat melihat sepasang mata Fasha yang kini ditengelami api kemarahan itu.

“Tak ada apa-apa between me and Dynaz, Dia cedera sebab tu abang pimpin dia..That’s all.”Hariz menerangkan segala-galanya kepada Fasha,nadanya rendah sahaja.Dia tidak mahu menyimbah minyak pada api yang masih marak menyala walaupun hakikat sebenar yang berlaku pada malam di pulau itu adalah sebaliknya..Biarlah kebenaran itu hanya diketahui dirinya dan Dynaz sahaja..

“Jangan tipu Sha! I see it! Betapa abang mesra dengan Dynaz..memang sial perempuan tu!”Fasha seperti tidak mahu mengalah dia terus melayan perasaan amarahnya yang menggila itu.

“Enough Sha..Percaya dengan abang, tak ada apa yang berlaku.”Wajah Hariz serius sahaja,dia kini mula meninggalkan Fasha di situ.Sungguh dia tidak mahu memanjangkan lagi pergaduhan ini.Sudah begitu jelas dia lebih memilih isterinya itu berbanding kekasih lamanya..tetapi mengapa wanita itu masih lagi mengungkitkan lagi kisah-kisah yang lepas?

Fasha kini mengetapkan bibirnya,wajahnya tegang sekali.Perbualan hangat antara dia dan Hariz beberapa hari lalu masih segar lagi bermain di fikirannya.Lelaki itu juga dilihatnya sering menarik diri apabila dia mengungkitkan kembali kisah yang terjadi di pulau Jeju itu.Hatinya sakit!Jiwanya bengang dengan lirikan kemenangan Dynaz kepada dirinya tempoh hari.Dynaz!!!kau jangan harap yang kau akan menang dalam permainan ini!Aku tak akan benarkan!

TUTT..TUT..TUTT..TUT..tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.Fasha menarik nafas dalam,dia kini mengaturkan nafasnya yang sebentar tadi begitu hebat seakan-akan gelora di lautan itu.

“Hello.”

“Hi, princess..still recognize me? Hisyam here.” Suara serak itu menerjah masuk ke telinga Fasha menghasilkan kedinginan yang tidak terperi pada tubuhnya.Fasha terdiam..Jantungnya kini berdebar pantas..

“His..yam..Hi..syam..”

“Yes me, my dear..”suara dekahan ketawa dihujung talian mengentarkan seluruh jiwa dan raga Fasha ketika ini.


Hariz kini melangkah malas kearah kamar tidurnya.Kepalanya sejak kebelakangan ini begitu bingung memikirkan masalah rumah tangganya.Fasha yang masih lagi mengistiharkan perang dingin dengan dirinya itu menambahkan lagi kecelaruan di mindanya.Mengapa dirinya perlu diduga sebegini rupa?

Memperolehi kemaafan dari Dynaz merupakan perkara yang paling dinantikan terjadi di dalam hidupnya tetapi mengapa setelah satu masalahnya selesai kini muncul pula masalah yang lain?Hariz kini mengurut perlahan dahinya dengan hujung jarinya yang runcing.

Dia sudah membuat keputusan untuk meminta maaf atas segalanya kepada isterinya itu.Ya!dia harus memulakan langkah untuk meredakan segala salah faham di hati isterinya itu sebelum segala permasalahan ini menjadi lagi rumit.

Hariz kini meghampiri pintu kamar tidurnya itu,dia kini memulas lembut tombol pintu kamarnya itu tetapi tiba-tiba pendengarannya menangkap satu suara halus milik isterinya sedang berkata-kata di ruang rehat sebelah kamar tidur tersebut.Hariz membatalkan niat untuk memasuki kamar tersebut.Kini dia mengatur langkahnya menuju ke ruang rehat tersebut.

“Kau jangan melebih!Aku dah beri kau apa yang kita janjikan tu..kau jangan nak ugut aku lebih-lebih!”suara Fasha begitu menekan,raut wajahnya yang kerisauan itu jelas terpampang di wajahnya kini.

“Aku bukan nak ugut kau,aku cuma nak rasakan sikit je dari kemewahan yang kau rasakan..susah ke?”suara di hujung talian itu benar-benar menimbulkan kemarahan di hati Fasha.

“Hei,apa yang aku bagi pada kau dah lebih dari cukup tau?kau jangan mengada-ngada sangat!”sungguh Fasha kini tidak dapat menahan perasaannya kini.Mahu saja dia menjerit kini tetapi memandangkan suasana di ruang itu sunyi sepi,dia cuba untuk mengawal suaranya itu.

“Apa itu mengada-ngada??Fine..kalau kau tak nak beri apa yang aku minta tu,terpaksalah aku minta pada Hariz..”

“Hisyam!!!”Fasha kini meninggikan suaranya apabila mendengar nama yang Hisyam sebutkan sebentar tadi.Talian kini diputuskan Hisyam,Fasha mengetap bibir geram degan ugutan dari lelaki yang pernah bersengkongkol dengannya itu.


Tubuh Hariz kini kaku di hujung pintu gerbang ke ruang rehat tersebut,segala bicara isterinya itu didengari olehnya dengan begitu jelas sekali.Dia terkedu,kepalanya pusing kini memikirkan perbualan isterinya sebentar tadi.

Hisyam??Bukankah lelaki itu yang ingin merogol isterinya suatu ketika dahulu?Mengapa isterinya masih berbual dengan lelaki tersebut?

Hariz kini mula dapat meneka apa yang terjadi sebenarnya..wajahnya yang kacak itu begitu serius sekali,dirinya tidak menyangka Fasha,isterinya yang dikasihi itu sanggup melakukan perkara terkutuk sebegini rupa untuk memiliki dirinya..



***Sorry for all yg trtunggu2 citer nie..actually kanafee bru je futher study degree at uitm shah alam..n network wifi at kolej tu mmg tak kasi tok access langsung internet..

Now kanafee ada kt umah..cuti 1 week coz uitm +ve H1N1..so spanjang kt umah nie mesti ada n3 bru punya..jgn risau ya;)***


2 comments:

shahira_shahiza said...

kanafee nie boy or gurl???

Anonymous said...

pening ar ngan dennis nie..........

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket