Novella~My LovE 30

Friday, September 25, 2009



BAB 30



Dynaz kini berjalan mengatur langkah mengelilingi villa yang begitu besar itu.Sememangnya villa tersebut terletak jauh dari kawasan bandar malah cuma hanya ada satu villa ini sahaja di kawasan ini.Sunyi..sememangnya sunyi di sini..
Pagi tadi dia dan Dennis sampai di sini terus sahaja dia mengemas barang-barangnya.Dennis pula yang berada di bilik lain langsung tidak kelihatan di pandangannya.
Akhirnya setelah selesai mengemaskan biliknya dia berkeputusan untuk berjalan-jalan sambil melihat kawasan keliling villa yang tersergam megah dan indah ini.
Langkahnya diatur begitu cermat sekali..kawasan villa ini sangat bersih,sehelai daun kering pun tidak kelihatan di pandangannya mungkin kerana para pekerja di sini yang terlebih dahulu membersihkan kawasan ini sebelum kedatangan dia dan Dennis.

“Di situ tersimpannya segala kisah tentang Hye Jun..malah kelahiran Yong Jun juga di sana..”kini Dynaz mengimbas kembali perbualannya dengan papanya pada malam sebelum dia ke sini.Barulah dia tahu mengapa papanya itu berubah riak ketika mamanya menyebut tentang villa ini.


            “Sudah lama villa itu tidak berpenghuni..kali terakhir adalah Hye Jun..sungguh papa tidak mampu untuk kembali lagi di villa tersebut setelah segala kisah termaktub di situ..cuma apa yang papa mampu lakukan ialah dengan hanya terus menjaga villa itu supaya terus kelihatan indah dan cantik seperti waktu-waktu dahulu..”En.Amir kelihatan begitu sunggul apabila menceritakan kisahnya kepada menantunya itu.Sudah lama dia menyimpan kisah ini.Hati dan jantungnya juga terasa seakan sesak dan begitu dihimpit-himpit apabila dia hanya berdiam diri tanpa meluahkan perasaannya ini.
Kehadiran Dynaz serba sedikit meringankan beban yang bertahun lama ditanggung dirinya seorang diri ini.Menantunya itu menjadi pendengar setia pada kisahnya dan apa yang penting menantunya itu begitu setia memegang rahsianya ini.
            “Papa..pa pernah cari mereka tak?”Dynaz menyoal lembut papanya.
        “Ya..sebenarnya selama ini papa mencari mereka..sehinggakan kini papa buntu..sungguh buntu..tiada jejak ditinggalkan mereka..Hye Jun benar-benar tidak memaafkan papa..papa tahu..papa sedar..”seperti ada mutiara kejernihan di sepasang mata indah milik En.Amir membuatkan Dynaz tersentuh.Dia sedar papanya itu tersiksa apabila memikiri keluarganya yang hilang tiada jejak itu..dan sungguh Dynaz tahu bahawa papanya itu amat merindukan keluarganya itu.


Dynaz kini berjalan di hadapan villa yang besar itu,dari tempatnya kini dia dapat melihat sepenuhnya bangunan besar villa tersebut.Dynaz kini cuba membayangkan seorang wanita lembut yang bernama Hye Jun itu menghabiskan masanya yang panjang keseorangan di dalam villa tersebut.Menunggu kekasih yang tidak kunjung tiba..amat menyiksakan..sungguh memeritkan..
Mengikut cerita papanya kepadanya,papanya bertemu semula wanita bernama Hye Jun itu ketika mama sedang mengandungkan Dennis.Akibat cinta yang tidak pernah padam buat wanita tersebut papanya membawa wanita itu tinggal di villa ini,jauh dari pandangan orang ramai..jauh dari keriuhan dan kesibukkan bandar yang mungkin bisa memisahkan mereka..
Di sinilah Hye Jun mengandungkan Yong Jun malah anak kecil itu juga dilahirkan di sini..Tetapi akibat keriangan papa menghabiskan masa bersama mama di bandar di samping Dennis yang menambahkan lagi keceriaan papa membuatkan dia terlupa akan seseorang yang setia menantinya bersama seorang bayi lelaki yang masih kecil..segalanya berlalu dengan pantas dan akhirnya villa itu kosong..
Kunjungan papanya kali ini di villa tersebut hanya dijemput sehelai surat yang diselitkan sekeping gambar seorang budak kecil yang begitu comel..ketika itu apa yang mampu papa lakukan adalah meraung..dan hanya meratapi nasibnya..

Sayu wajah Dynaz melihat villa yang tersergam indah menyimpan banyak kisah duka itu.Angin yang meniup lembut ke wajahnya gagal untuk menenangkan perasaanya..Hye Jun berasal dari kampung nelayan berdekatan sini..tetapi papanya tidak pernah ketemu lagi dengan wanita tersebut semenjak kehilangan wanita itu..Di mana wanita itu sekarang? Sudah tentu Yong Jun kini sudah besar..Dynaz kini melihat sepi kawasan villa tersebut.




            “Naz nak ke kampung nelayan berdekatan sini esok,boleh tak?”Dynaz bersuara perlahan dan teratur sekali.Dia tidak mahu mengejutkan Dennis yang begitu leka menekan papan kekunci laptop nya di ruang tamu itu.Dynaz masih berdiri di situ menunggu jawapan dari suaminya itu.
            “Buat apa?”sepatah Dennis menyoal tanpa memandang ke wajahnya.Dynaz menarik nafas dalam,hatinya mencebik melihat kelakuan Dennis yang begitu dingin itu.Sepanjang hari tidak kelihatan malah makan malamnya tadi juga tidak bertemankan sesiapa cuma dia seorang.
            “Naz dengar kat sana ada orang jual sotong kering murah-murah..Naz teringin nak makan..”Dynaz bersuara mendatar,dirinya teringatkan kata-kata pembantu rumah yang datang petang tadi membawa barang-barang mentah dapur untuk kegunaan dia sepanjang bercuti di sini.
Dennis kini menghentikan taipannya,pandangannya kini tepat melihat ke wajah Dynaz.
            “Kau mengidam?”cepat sekali Dennis mengeluarkan kata-katanya.Dynaz tersentak mendengar bicara Dennis itu,cepat dia menggeleng.Ah..takkan dia termakan kata-kata mama kot..sungguh Dynaz berasa pening memikirkan bicara mamanya itu.
            “Kenapa Naz nak mengidam pula? Naz bukannya mengandung..”Dynaz bersuara kecil sambil menguis-nguis kakinya di permaidani lembut yang bercorak abstrak itu.Dennis memandangnya atas bawah cuba mencari kelainan dari susuk tubuh Dynaz yang bisa menunjukkan apa sahaja petunjuk buat dirinya.
            “Hmm..pergi dengan aku esok.”Dennis kini menarik nafas dalam setelah puas dia meneliti tubuh yang berdiri tidak jauh darinya itu.Pandangannya dijatuhkan semula pada skrin laptop di hadapannya itu.
Sungguh Dynaz tidak mempercayai apa yang didengarinya itu.Dennis ingin menemaninya?Mimpi apa lelaki tersebut sehinggakan sanggup untuk menemaninya?kehairanannya mengusai diri tetapi cepat sahaja dia mengatur langkah meninggalkan Dennis di ruang tamu itu.





Cuaca pada pagi itu nyaman sekali membuatkan Dynaz tersenyum ceria tetapi apabila memandang ke arah Dennis yang berada agak jauh dari dirinya itu membuatkan senyumannya mati.Lelaki itu kelihatan begitu gelisah dan terganggu sekali dengan keadaan di kampung nelayan itu.Bukan dia tidak sedar betapa lelaki itu menarik wajah yang begitu tidak senang apabila mereka terpaksa menumpangi bot kecil untuk ke kawasan perkampungan nelayan ini.Bermacam-macam helah dan alasan Dennis untuk membatalkan rancangannya ini tetapi nasib baiklah dia lebih pandai berkeras akhirnya lelaki itu terpaksa juga akur menemaninya sehingga ke sini.
Dynaz tahu Dennis tidak selesa dengan keadaan di sini yang berbau dan tidak berapa bersih itu.Biasalah cik abang oi..dah namanya kampung nelayan kan..
Dynaz kini berjalan meninggalkan Dennis di belakangnya.Kawasan di pergigian pantai itu tidak ubah seperti pasar hari dan kelihatan begitu meriah sekali dengan orang-orang kampung yang menjual ikan dan juga sayur-sayuran.Semuanya segar-segar belaka,Dynaz tersenyum ceria.Penduduk di sini begitu ramah sekali menegur para pengunjung membuatkan Dynaz terasa begitu gembira berada di sini.
            “Hey sotong addicted!Ini ada sotong kering.Hurry up buys it.”tiba-tiba kedengaran suara Dennis kuat memanggil di belakangnya.Langkah Dynaz terhenti,dia menoleh ke arah Dennis kini.Jelas di penglihatannya betapa Dennis yang kelihatan begitu tidak senang di situ cuba mengamit-gamit memanggilnya.Dynaz tersenyum sedikit,geli hatinya apabila melihat gelagat Dennis yang cuba mengelak-elakkan tubuhnya dari bergeser dengan besen besar yang dibawa para peniaga di situ.Besen itu berisi ikan-ikan segar sudah tentulah berbau hanyir,Dynaz kini mengatur langkah menghampiri Dennis,senyuman geli hatinya cuba disembunyikannya.
            “Nah..kat sini kan banyak sotong kering..ambillah yang mana berkenan,cepat kita boleh balik.”Dennis yang kelihatan janggal di situ bersuara tenang sambil menunjuk-nunjuk ke arah sotong-sotong kering yang digantung secara berdekatan itu.
            “Kat sini mahal lah abang..Naz nak cari kat tempat lain.”Dynaz mengerutkan dahinya sambil membelek-belek sotong tersebut.Serentak itu cepat Dennis menampar lembut tangan Dynaz.
            “Jangan sentuh,nanti kotor tangan.”Dennis menyuarakan kata hatinya yang tidak senang dengan bau makanan di sini.Dynaz terpinga mendengar bicara Dennis itu.
            “Sudah, pilih je..aku yang bayar.Tak kisahlah,ambil saja yang mana kau suka.”suara Dennis kini seakan menekan berkata-kata dekat di telinga Dynaz apabila dia melihat pemilik gerai tersebut seakan-akan ingin mencuri dengar perbualan diantara mereka berdua.
Dynaz yang melihat gelagat Dennis itu terasa ingin terburai tawanya..sememangnya Dennis yang tidak menyukai sesuatu tempat itu akan menanam kecurigaan yang tinggi terhadap setiap penduduk di kawasan tersebut.Walaupun terang-terangan mereka kini berada di Korea,siapa yang akan mengerti akan percakapan mereka itu?Dynaz tersenyum manis sungguh dia kenal abang Dennis nya itu.
Abang Dennis..ya abang yang sering dipanggilnya dulu..abang yang dianggap sebagai abang kandungnya itu sebelum ini..seperti seolah-olah semalam dia bermain-main riang bersama Dennis di kampungnya dan kini dia sudahpun bergelar seorang isteri buat lelaki yang tidak pernah difikirkan untuk menjadi teman hidupnya itu.
            “Ya,Naz tahu abang yang nak bayar tapi biarlah berbaloi..kita cari yang murah ya?”manis dan ceria sekali suara Dynaz dan kini dia mengatur langkah riang meninggalkan Dennis di situ.
Sungguh Dennis terpinga mendengar kata-kata Dynaz.Mengapa perlu mencari yang lain?Sungguh dia boleh bayar jika Dynaz membeli di gerai ini malah jika Dynaz mahu beli satu gerai ini pun dia mampu membayarnya.Hahhh!..Dennis melepaskan kemarahannya dengan karenah Dynaz itu.Gelagat Dynaz benar-benar menyakitkan hatinya tetapi disabarkan juga kerana mengingatkan dia perlu menemani isterinya itu.
Cukuplah sekali dia pusing memikiri Dynaz yang pernah keseorangan di pulau Jeju sebelum ini,sungguh hati dan perasaannya tidak menentu ketika itu.Tambahan lagi dalam keresahan itu mama dan papa pula tidak henti-henti menekannya kerana begitu lalai menjaga isteri sedangkan yang sebenarnya segala-gala yang terjadi pada hari itu adalah sebuah rancangan yang dicipta olehnya sendiri.


            “Hwanyeong..(Welcome)”begitu ceria sekali kata-kata seorang wanita muda sambil mengedarkan pamphlet kepada para pengunjung.Dynaz tidak terlepas dari mengambil huluran wanita muda tersebut.
‘Wishing Family’ tajuk besar di pamphlet tersebut,nasib baiklah semuanya di dalam bahasa inggeris jadi mudahlah difahami Dynaz.Dia membaca lama pamphlet tersebut,Dennis yang berada di belakangnya hanya menyilangkan lengan di dadanya sambil melihat-lihat keadaan di sekelilingnya.
            “Oh..rumah orang tua-tua..”Dynaz bersuara halus sambil mengangguk-angguk kepalanya.
            “Agassi, i jibeun eodiin ga?(Cik,rumah ini di mana?)”lambat-lambat Dynaz menyoal wanita muda tersebut kerana dia cuba menyusun ayatnya di dalam perbualan bahasa korea.Sesungguhnya dia tidaklah berapa fasih seperti Dennis yang pandai bercakap di dalam bahasa itu tetapi di cubanya juga kerana dia berminat untuk mempelajari bahasa ini.
            “Geogi..(There..)”ramah sekali jawapan yang diberikan wanita muda itu membuatkan Dynaz menepuk sekali dahinya.Mengapa dia begitu bendul menyoal wanita tersebut sedangkan terang-terangan di hadapannya berdiri megah sebuah bangunan yang berpapan tanda ‘Wishing Family’.
            “Ya!(Hei!)Kita di sini untuk membeli sotong kering,bukannya berjalan-jalan berkunjung dan..”tidak sempat Dennis menghabiskan ayatnya Dynaz terlebih dahulu berlari riang memasuki pagar kawasan rumah orang tua-tua tersebut.Dennis melepaskan geramnya dengan menyepak perlahan tanah yang berpasir yang dipijaknya itu.





Entah mengapa Dynaz berasa begitu tertarik untuk mengunjungi rumah yang menempatkan kesemua penginapnya dari golongan warga-warga emas itu.Hatinya terasa berada di situ dan sungguh dia tidak dapat menolak perasaannya itu.
Keadaan bagunan yang besar itu menempatkan berpuluh-puluh warga emas yang tiada keluarga dalam erti kata yang lain yang hanya hidup merempat di luar sana.Tiada berumah..mungkin kerana tiada anak untuk menjaganya ataupun mungkin mempunyai anak tetapi ditinggalkan seorang diri tanpa belas kasihan..
Dynaz kini melihat sekelilingnya,pembantu-pembantu dan jururawat-jururawat di rumah tersebut memberikan senyuman padanya membuatkan hati tenang di situ.
            “Aku tak fahamlah dengan kau ni,kata mahu beli sotong dan sekarang pula berada di dalam rumah ni.”Dennis melepaskan ketidakpuasan hatinya pada Dynaz,dia kini duduk bersandar pada sebuah sofa di ruang tetamu rumah tersebut.Seorang wanita warga tua yang duduk bersebelahannya itu menghadiahkan senyuman buatnya..Nak tak nak Dennis cuba memaniskan roman wajahnya itu buat tatapan wanita tersebut takut nanti tersentap pula apabila tidak dipedulikannya.
            “Tengok tu..nenek tu pun sukakan abang.”Dynaz bersuara ceria seakan memerli Dennis membuatkan Dennis mencebik bibir melihat Dynaz di hadapannya itu.Dynaz tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya,dia terus melangkah mendekati wanita tua di sebelah Dennis itu lalu dia bertinggung di hadapan wanita itu.Sekuntum bunga carnation diambilnya dari sebakul bunga yang dibelinya di luar tadi dan diberikannya kepada wanita tersebut.Senyuman yang memekar di bibir wanita tersebut mendamaikan perasaan Dynaz.Dennis hanya melihat tingkah Dynaz itu,pada mulanya dia tidak mengerti mengapa wanita itu membeli sebakul bunga carnation di luar tadi dan kini dia mengerti mengapa.
            “Lihat..walau sedikit dan murah harga bunga ini tetapi dapat menceriakan hati mereka dan tinggi nilainya buat mereka..”sekilas Dynaz menjeling suaminya yang berada bertentangan dengannya itu.Dennis tersentak dengan kata-kata Dynaz,dia membisu.
            “Tolong Naz, nak?Kita beri bunga ni untuk semua warga emas di sini.”Dynaz senyum mesra sambil mengajak ceria suaminya.Dennis diam membeku cuma matanya kini yang terkelip-kelip melihat Dynaz.



Dennis tersenyum riang memberikan kuntuman bunga carnation buat ahli rumah tersebut.Sesekali dia tertawa riang apabila dia dipuji menggunung oleh orang-orang tua di situ.Ada yang memujinya seorang pemuda yang pengasih,ada yang mengatakannya dia berhak memiliki ketampanan wajah sebegini kerana hatinya yang bersih, dan ada juga tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran kerana dilawati oleh seorang pemuda yang begitu baik hati itu.
Dari jauh Dynaz tersenyum manis sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat Dennis yang begitu ceria melayani karenah warga-warga di rumah tersebut.Pada mulanya dia juga memberikan bunga-bungaan tersebut kepada warga tua di sini tetapi sekarang semuanya sudah diambil alih Dennis.Tentu Dennis kini sudah begitu berminat untuk memberikan bunga-bunga tersebut.Tertawa kecil Dynaz..rupanya ada juga sisi seorang pengasih di dalam diri lelaki tersebut..
            “Before this has one guy who always come and visit this place..he is really handsome..make all people here always happy.”tiba-tiba seorang pembantu wanita yang berada di sebelah Dynaz bersuara riang menggunakan perbualan inggeris,mungkin kerana wanita itu menganggap Dynaz dan Dennis merupakan pasangan yang datang berlancong di sini.Wanita itu juga kini sedang melihat ke arah kemesraan Dennis melayan warga-warga emas di situ.
            “Really??So,where is the guy now?”Dynaz turut bernada mesra begitu berminat mengetahui kisah lelaki tersebut.
            “It’s been a long time he doesn’t come here..I don’t know why..maybe he has something important to do out there.”satu keluhan terdengar di pendengaran Dynaz membuatkan Dynaz memandang tepat ke wajah wanita di sebelahnya itu.Senyuman manis Dynaz menghiasi bibirnya.
            “You miss him, huh?”nakal sekali usikan Dynaz membuatkan pipi pembantu rumah tersebut merona merah.
            “No..it’s not like that.”cepat pembantu rumah tersebut menidakkan kata-kata Dynaz.Dia kini meminta diri untuk menyelesaikan tugasnya.Dynaz tersenyum manis melihat tingkah pembantu tersebut.

            “Hey,kenapa senyum sorang-sorang ni?”tiba-tiba Dennis datang menegurnya.Entah bila lelaki tersebut berada di situ betul-betul tidak disedari Dynaz.
            “Lihat,semua dah habis..you know apa yang dia orang puji aku? Pemuda yang baik..pemuda yang kacak..pemuda yang baik hati dan pemuda..pemuda..apa sajalah asal yang baik-baik belaka.”Dennis tersenyum bangga sambil matanya kini melihat-lihat ke arah sekumpulan warga tua yang kini melambai-lambai ke arahnya itu.
            “Naz ragu-ragu dengan abang ni..adakah abang ni betul-betul ikhlas atau sekadar suka mendegar pujian sahaja.”Dynaz kini memerli Dennis di hadapanya itu,sengaja dia ingin menaikkan berang di dalam diri Dennis..sungguh dia suka melihat lelaki tersebut diamuk perasaan sakit hati itu.
Dennis kini menarik wajah mencuka,dagu Dynaz ditolak sekali.
            “Aku ikhlaslah..tak nampak ke?”dia kini melambai-lambai ceria kepada warga tua yang tersengih-sengih kepadanya itu.Dynaz mencebik,senyumannya menghiasi bibirnya.Begitu manis sekali membuatkan Dennis terpaku dan termati senyumannya.
Mata mereka bertemu ketika ini membuatkan Dynaz terkelu,Dennis juga membisu tiada bicara.
Tiba-tiba keadaan di situ menjadi riuh rendah,begitu meriah sekali.Serentak itu Dynaz mengalihkan pandangannya dari terus menatap sepasang mata memukau milik Dennis.Dia kini terpinga-pinga apabila melihat semua warga emas di situ kelihatan begitu ceria sekali berpusu-pusu mengatur langkah menuju ke pintu utama rumah tersebut.Seolah-olah sedang meraikan kedatangan seseorang, mereka semua kelihatan begitu riang dan ceria sekali.
            “Siapa yang datang?”Dynaz bersuara kehairanan begitu rendah nadanya seakan berkata-kata pada dirinya.Dennis turut merasakan apa yang dirasa Dynaz,dia melihat keadaan sekelilingnya dengan raut yang penuh tanda tanya.
           
            “Hwanyeong hamnida..(Welcome back)..geu oraen sigani jinasseo yo..(It’s been a long time)..uriga jeongmal ppogo sipeosseo!(we really miss you)”begitu mesra dan begitu ceria sekali sambutan dari warga-warga rumah tersebut mengalu-alukan kedatangan seseorang yang begitu ditunggu-tunggu dan disenangi mereka itu.Dynaz dan Dennis juga turut serta berada di dalam keriuhan tersebut.Dynaz kelihatan meloncat-loncat anak cuba untuk melihat gerangan insan yang datang melawat tersebut.Dia begitu yakin orang yang datang tersebut semestinya adalah insan yang dibicarakan salah seorang pembantu rumah tersebut kepadanya sebelum ini.
            “You really wanna see that person so badly?”Dennis tersenyum geli hati melihat gelagat Dynaz yang meloncat-loncat di dalam keriuhan orang di situ.
            “Ya!(Hey)kalau kau nak tengok sangat,jalan saja ke hadapan tak perlulah nak meloncat-loncat macam tu.”Dennis kini menarik lengan Dynaz.Nak kata bodoh tak bodoh..tapi suka berlagak bodoh..Dennis kini menggelengkan kepalanya sekali,tangan Dynaz dipegangnya erat sambil mengatur langkah berjalan ke hadapan untuk melihat gerangan insan yang datang.
Dynaz tergamam dengan tindakan tiba-tiba Dennis itu,dia terpinga-pinga tetapi langkahnya tetap diatur mengikut rentak Dennis.

Kini betapa terkejutnya Dennis apabila melihat gerangan insan yang datang melawat tersebut.Sungguh dia tidak menyangka akan kebetulan yang begitu memeranjatkan itu.Dynaz di sebelahnya dipandangnya,wanita itu terkaku seolah-olah sedang melihat kepada seseorang yang begitu dikenalinya.
            “Top..”tiba-tiba Dynaz bersuara rendah,wajah kekejutannya tidak lekang melihat lelaki di hadapannya itu.Dennis tersentak mendengar panggilan Dynaz itu,rautnya berubah kini.Top??Siapakah Top?Dihadapan mereka kini ialah Seung Hyun.Mengapa Dynaz kelihatan bagitu terkejut?Top??Mengapa Dynaz memanggil Seung Hyun dengan panggilan Top?




            “Kau kenal Seung Hyun sebelum ini?maksud aku sebelum majlis hari itu.”Dennis menyoal serius Dynaz yang berada di sebelahnya.Pandangannya tidak melihat ke wajah wanita di sebelahnya itu sebaliknya dia lebih selesa melepaskannya ke arah laut yang kelihatan tenang itu.
Dynaz kini mengebam bibirnya cuba untuk mencari kata-kata bicara yang harus diucapkan.Bot kecil yang ditumpangi mereka bergerak terolang-aling berlawan ombak laut yang sederhana itu.
            “Ya..Naz sudah lama kenal dengan Seung Hyun..tapi Naz tak tahu yang dia bekerja di situ..”rendah sekali nada Dynaz,matanya hanya memandang ke lantai bot tersebut tidak berani untuk melihat Dennis di sebelahnya.
Suasana menjadi sunyi diantara mereka berdua,hanya desiran ombak yang memenuhi kebisuan itu.Dynaz yang menunduk mencari kata-kata untuk berbicara bersama suaminya tetapi apabila melihat raut Dennis yang begitu dingin melihat ke arah lautan yang terbentang luas itu mematikan segala niatnya.

Bot kecil yang ditumpangi mereka kini berlabuh di tepian jeti,Dennis melangkah keluar meninggalkan Dynaz di belakangnya.Hatinya terusik entah mengapa dengan kata-kata Dynaz yang mengenali Seung Hyun.Sakit dan pedih apabila mengetahui akan perkara sebenar.Wajah Dennis dingin tiada senyuman manis terhias di bibirnya..

            “Hi,nice to meet you.Tak sangka boleh berjumpa di sini.”tenang dan ramah Seung Hyun menegur Dennis.Senyuman di bibirnya cuba dimaniskan untuk penglihatan lelaki yang merangkap ketua di tempat dia bekerja itu.
            “Top..mengapa awak ada di sini?”Dynaz kini lebih pantas mengeluarkan kata-katanya memintas bicara yang ingin dituturkan Dennis di sebelahnya itu.
Dennis tersentak dengan perlakuan Dynaz itu,wajahnya yang sememangnya kelihatan dingin itu bertambah panas dengan kelakuan Dynaz yang kelihatan begitu mengambil berat dengan lelaki di hadapannya itu.
            “Saya sudah lama tak melawat rumah ini..lagipun hari ini begitu bermakna bagi saya.”Seung Hyun menjawab tenang senyuman dilayarkan di bibirnya yang merah.Hanya seketika matanya menatap wajah wanita di hadapannya itu sebelum dia mengalihkannya ke arah suasana ceria di dalam rumah orang-orang tua tersebut.
Dynaz mengeluh kecil..wajahnya muram apabila melihat reaksi Seung Hyun itu.Dia sedar lelaki itu masih lagi tidak mampu untuk memaafkan dirinya..
Dennis melihat perubahan pada air wajah Dynaz,hatinya bertambah sakit apabila melihat wanita itu begitu tersentuh apabila tidak dilayan mesra oleh lelaki tersebut.

Apakah hubungan diantara mereka berdua?Mengapa Dynaz begitu tersentuh dilayan hambar oleh lelaki tersebut?Adakah Seung Hyun juga merupakan salah satu teman hidup Dynaz?..jantung Dennis kini berdebar pantas..Hariz..Henney..dan kini Seung Hyun..Dennis kini benar-benar keliru..



Hujan begitu lebat di luar sana langsung tidak menganggu fikiran Dynaz,dia duduk berteleku di sebuah kerusi rotan yang dilapik sebuah kusyen yang begitu empuk.Fikirannya menerawang memikirkan pertemuan bersama Seung Hyun pagi tadi.
Pertemuan mereka secara kebetulan itu amat mengganggu fikirannya..bagai ditakdirkan bukan hanya sekadar kebetulan..Dynaz mengerutkan keningnya pusing memikirkan perkara tersebut.
Dia kini melihat-lihat pamphlet ‘Wishing Family’ yang berada kemas di dalam genggamannya.
Hari ini begitu bermakna buat saya..kata-kata Seung Hyun terimbas sekali lagi di dalam kotak fikiran Dynaz.Dia kini menyandarkan kepalanya pada kerusi empuk itu,satu keluhan panjang dilepaskannya.
Dynaz membelek-belek pamphlet yang berwarna merah jambu itu,satu per satu perkataan di situ dibacanya..nasib baiklah semuanya di dalam bahasa inggeris kalau di dalam bahasa negara ini sudah tentu pening juga untuk dia membacanya.
Tiba-tiba detuman guruh kuat bergema membuatkan Dynaz terjerit kecil akibat kekejutan.Serentak itu Dynaz melihat-lihat sekelilingnya.
Keadaan di ruang tamu yang luas itu kelihatan sunyi sepi tiada penghuni selain dirinya.Dynaz kini mengurut-urut perlahan dadanya yang terasa seakan ingin pecah tadi.Dia melepaskan keluhan kecil.
            “Di mana Dennis?”perlahan sekali dia bersuara seolah-olah bertanya kepada dirinya sendiri.Semenjak tiba di villa tengah hari tadi, bayang Dennis langsung tidak kelihatan.Entah di mana lelaki itu lesap membuatkan Dynaz tertanya-tanya..Wajah Dennis yang dingin dan kelihatan tegang itu menambahkan lagi persoalan di mindanya.
Sekarang sudah hampir lewat malam..masih lagi bayang lelaki itu tidak kelihatan..di mana Dennis? Ada di dalam villa inikah? atau bermalam di luar sana? Fikiran Dynaz buntu memikirkan suaminya itu.Mana bisa dia mencari lelaki tersebut di dalam Villa yang sebegitu besar ini, dirinya bisa sesat!
Dynaz mengeluh panjang..hujan diluar begitu lebat, kilat sering memancar dan guruh juga berdetum kuat, sekali-sekala menimbulkan kegentaran di dalam hatinya.
Dynaz menguatkan semangatnya untuk terus berada di situ walaupun dadanya berombak kuat.Pamphlet di tangannya itu dibacanya berulang-ulang kali untuk menenangkan perasaannya.
Tiba-tiba bacaannya terhenti pada satu perengan yang menceritakan tentang sejarah rumah tersebut.Dynaz membulatkan matanya,sepotong nama yang tertulis di situ sungguh menarik perhatiannya.-Hye Jun-Dynaz membaca sekali lagi perengan tersebut dengan minat.

Hye Jun merupakan satu-satunya anak perempuan kepada pengasas tempat tersebut!Dada Dynaz kini berdebar pantas..diteruskan lagi bacaannya untuk mencari maklumat tentang wanita tersebut.
Kehilangan wanita tersebut membuatkan ayahnya mewasiatkan segala hartanya untuk dijadikan sebagai tempat kebajikan..terasa sempit dadanya untuk bernafas,Dynaz dapat merasakan sesuatu tentang perempuan yang bernama Hye Jun ini.Mungkinkah wanita ini adalah Hye Jun yang dicari papanya selama ini?Entah mengapa, sungguh dia dapat merasakan perkara itu.Dynaz meneruskan lagi pembacaannya..

Khabar angin mengatakan wanita tersebut membunuh diri kerana kecewa ditinggalkan seorang lelaki yang juga merupakan ayah kepada anak lelaki miliknya..dan sehingga kini wanita dan bayi itu masih belum dijumpai..Seperti mempunyai kemungkinan, kisah ini jika ingin dikaitkan dengan kisah papanya..Dynaz mengetapkan bibirnya,jika benar yang diceritakan dalam pamphlet ini..Hye Jun sekarang ini sudah pun meninggal dunia..sungguh sedih dan sadis sekali jika benar wanita itu membunuh dirinya.
Untuk memperingati satu-satunya anak wanitanya itu,pengasas tempat tersebut telah menjadikan tarikh 21 Disember yang juga merupakan tarikh kali terakhir pengasas tersebut melihat anaknya itu wajib diraikan ditempat itu dan tugu memperingati wanita tersebut juga telah didirikan di situ..
Tugu yang menjadi tanda kasih sayang seorang ayah kepada anaknya yang tiada tanda penghujungnya..tanda kasih sayang yang kekal abadi..pada hari yang begitu bermakna..
Dynaz menghembuskan nafasnya dalam..hatinya begitu tersentuh dengan pembacaannya itu..

            “Hari ini 21 Disember..hari yang begitu bermakna..”Dynaz berkata-kata perlahan pada dirinya apabila menyedari tarikh istimewa itu merupakan pada hari ini..
            “Hari yang begitu bermakna..hari yang begi-”tiba-tiba kata-kata Dynaz termati,matanya membulat wajahnya penuh kekejutan..
Ya!Ya!ayat itu sama dengan apa yang diucapkan oleh Seung Hyun!Spontan Dynaz kini bangun dari sandarnya di kerusi empuk tersebut.Matanya meliar mengingati kata-kata lelaki tersebut dan cuba untuk mengaitkan dengan apa yang dibacanya itu.
Mindanya kini bekerja keras untuk mentafsirkan segala persoalan di dalam fikirannya.Segala-galanya makin jelas kini..entah mengapa dia bisa mencapai kesimpulannya sendiri ketika ini.Sungguh apa yang disimpulnya itu jauh dari pemikirannya sebelum ini.Turun naik dadanya menahan rancak deru nafasnya kini..
            “Kemungkinan besar Seung Hyun adalah Yong Jun.”perlahan suara Dynaz bergema di dalam cuping telinganya..begitu memeranjatkan dirinya,Dynaz kini berdiri dari duduknya yang lama.Wajahnya yakin dan dirinya percaya dengan apa yang disimpulkannya itu.Kemungkinan besar apa yang dikatakannya ini  adalah benar!

BOOM!!!Tiba-tiba kedengaran guruh kuat berdetum hebat menggegarkan suasana lewat malam tersebut dan dengan serta merta semua lampu di dalam villa tersebut terpadam.Gelap gelita.
Dynaz tersentak,kedua-dua tangannya yang menekup sepasang telingannya tadi perlahan-lahan diturunkannya.Jantungnya berdegup pantas seolah-olah menendang-nendang dadanya.Suasana kini gelap gelita tiada satu cahaya pun yang mampu dilihat olehnya.
            “Ya Allah..dugaan..jenis apakah ini?”terketar-ketar suara Dynaz menahan kegentaran di dalam dirinya.Mengingatkan hanya dia sahaja berada di dalam villa yang besar itu menambahkan lagi kecelaruan di dalam perasaannya.Hilang segala semua isu tentang apa yang difikirkannya sebelum ini.
            “Apa harus aku buat?..Apa?”Dynaz cemas dia tidak mampu untuk mengawal perasaan takutnya kini..Terasa seperti air matanya sudah mula bergenang di kelopak matanya..dia kini menggagahkan diri untuk mengatur langkah menaiki tangga besar menuju ke bilik utama.Tidak henti-henti mulutnya terkumat-kamit membacakan segala ayat-ayat al-quran yang diingatinya.Peluh dingin mula menghiasi wajahnya.
Di luar hujan masih lebat, kilat memancar hebat dan bunyi guruh sambung-menyambung tiada henti, sesekali terdengar jeritan kecil dari Dynaz yang tidak mampu mengawal suara gentarnya itu.
Tiba-tiba langkahnya terhenti di anak tangga pertama tangga yang besar tersebut,jantungnya saat ini seakan-akan terhenti untuk terus berdenyut lagi dan jiwanya seakan melayang apabila melihat di hadapannya kini berdiri teguh sebuah lembaga hitam yang mengadap terus ke arahnya.Ketakutannya tidak dapat dikawal lagi segalanya diluar batas akal fikirannya..dia kini menjerit sekuat-kuat hatinya.


            “Eh,bodohlah kau ni!Ini aku lah,Dennis!”satu ketukan kuat mengena dahi Dynaz kini.Sungguh membingitkan apabila mendengar jeritan Dynaz,sudahlah guruh yang asyik sambung-menyambung kini ditambahkan lagi dengan suara nyaring jeritan perempuan di hadapannya ini.
            “Kau tahu tak jeritan kau ni kalau pontianak dengar pun boleh menangis gulung tikar tau.”keras nada Dennis sambil menghampiri Dynaz yang kini menutupkan kedua-dua telinganya dengan sepasang tangannya itu.Jeritannya kini tidak kedengaran lagi matanya dipejamkan rapat menundukan wajahnya yang kebasahan dek air matanya yang tidak henti mengalir.
            “Hahaha..gila creepy ke aku berdiri macam tu tadi?”Dennis tertawa kecil melihat Dynaz yang menggeletar tubuhnya itu.Sememangnya dia mendengar detuman guruh yang kuat itu dari dalam biliknya sebentar tadi tetapi hanya dibiarkannya saja.Apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus barulah dia mula resah mencari Dynaz,bimbang akan keadaan wanita tersebut.
            “Kenapa..abang..buat Naz..macam ni?..”tersedu-sedu Dynaz menahan tangisnya,dia mengesat-ngesat air matanya supaya berhenti tetapi begitu degil air matanya itu enggan untuk mengikut kehendaknya.Dennis di hadapannya tersenyum geli hati melihat Dynaz yang tersedu-sedu ketakutan itu.Dynaz melihat sakit hati dengan senyuman yang memperkecil-kecilkan dirinya itu.Memang tidak dapat dinafikan sedikit demi sedikit ketakutan di dalam hatinya beransur pulih apabila menyedari Dennis di sampingnya kini.
            “Aku nak pergi ambil lilin,kau nak tunggu ke nak ikut?”Dennis menyoal selamba sambil dirinya kini mula memanjat satu per satu anak tangga.Dynaz tersentak apabila menyedari Dennis yang semakin melangkah pergi dari sisinya.Cepat Dynaz mengenggam erat baju yang dipakai Dennis pada tubuhnya yang tegap itu.Dennis hanya membiarkan kelakuan Dynaz itu dia kini meneruskan perjalanannya memanjat anak-anak tangga itu.Dynaz mengikut penuh setia di belakangnya sambil genggamannya pada baju di bahagian belakang tubuh lelaki tersebut dikejapkannya lagi.


            “Gelaplah abang..Naz takut..”terketar-ketar Dynaz bersuara sambil melihat keadaan sekelilingnya yang tiada bercahaya itu.Sesampainya dia di bilik Dennis sebentar tadi terus sahaja lelaki tersebut menempatkannya di atas katil bersaiz king milik lelaki tersebut dan dia ditinggalkan sendirian sementara Dennis mencari lilin yang sebelum ini sudah pun dibelinya untuk persediaan bagi waktu yang tidak terduga seperti malam ini.
Tiada jawapan dari Dennis membuatkan Dynaz mula terasa gementar..dalam keadaan yang gelap gelita ini apa sahaja mampu terjadi..mana tahu tiba-tiba Dennis disorok hantu penunggu villa ini ke..seram..amat menyeramkan..
            “Abang..abang..jawablah..”rendah sekali suara Dynaz seakan-akan berbisik-bisik memanggil suaminya itu.
            “BUU!”tiba-tiba Dennis muncul dan memeranjatkan Dynaz dari arah belakang wanita tersebut.Hampir tercabut nyawa Dynaz,dia kini menjerit sekuat hatinya seolah-olah dirinya kini sedang bergelut menyelamatkan diri dari sekumpulan pontianak yang dahagakan darahnya.
Terburai tawa Dennis apabila melihat Dynaz yang seperti wanita yang hilang akal itu,ketawanya kuat sambil memegang-megang perutnya yang terasa senak akibat tawanya yang menggila.
            “Kau tu penakut sangat!Rileks lah sikit..dalam dunia ni mana ada hantu.”masih bersisa lagi tawa Dennis apabila dia mula menyalakan lilin yang berada di dalam pegangannya itu.
Kini bilik tersebut diterangi cahaya suram dari lilin yang kecil itu.Jelas wajah Dennis kini yang masih tersenyum manis mempermainkan wanita di hadapannya itu.Dynaz mengurut-urut perlahan dadanya,air matanya masih mengalir dan dikesat-kesat kasar olehnya. Sungguh menyakitkan hati!Aku harap kau akan ditelan pontianak tujuh beradik nanti!Biar padan muka!!

            “Nah, satu lilin untuk kau.Duduk sini senyap-senyap tau jangan bising-bising nanti hantu tangkap.”sempat Dennis mempermainkan Dynaz dan mengenyit matanya sekali  sebelum dia bangun dari katil yang besar itu.
            “Eh,abang nak ke mana?”begitu cepat Dynaz kini memaut erat lengan sasa milik suaminya itu.Dennis tersentak dengan kelakuan Dynaz dia memalingkan wajahnya kembali melihat Dynaz yang kini merenungnya penuh simpati meminta jawapan.Dennis mengeluh kecil.
            “Aku nak pergi tengok suis utama..tengok apa yang masalahnya.”Dennis bersuara rendah.
            “Kau duduk sini saja, ok?”kini Dennis menundukkan sedikit tubuhnya betul-betul separas wajah Dynaz,wajahnya melihat wajah Dynaz dan senyuman manis diberikannya untuk wanita tersebut.
            “Abang nak tinggalkan Naz?..tak nak.Temankan Naz ye?..jangan ke mana-mana..”cepat Dynaz bersuara seakan merayu.Sepasang tangannya kini memegang erat kedua-dua tangan milik Dennis.Dia begitu takut sehinggakan dirinya begitu berani meminta sedemikian rupa terhadap lelaki yang sebelum ini begitu digentarinya itu.
Dennis tergamam dengan kelakuan Dynaz,seperti kanak-kanak tetapi begitu memikat jiwanya kini.


Tiba-tiba kilat memancar menikam ke penglihatan dan serentak itu petir memanah bersama detuman kuat guruh yang berdetum menggegarkan isi alam.Sungguh Dynaz ketakutan cepat dia memeluk erat tubuh Dennis di hadapannya itu bersama jeritan kecil yang tidak dapat disembunyikannya.
Pelukan Dynaz yang tiba-tiba itu membuatkan Dennis gagal untuk mengimbangi badannya dan dengan tiba-tiba tubuhnya rebah menimpa ke tubuh Dynaz yang memeluknya dengan erat.
            “Jangan tinggalkan Naz..”rendah sekali nada suara Dynaz seakan merayu seperti kanak-kanak kecil yang meminta tidak ditinggalkan.Semakin erat pelukannya pada tubuh Dennis yang menimpa pada tubuhnya membuatkan Dennis ketika ini gagal untuk berfikir jauh lagi.Sepasang mata Dynaz yang bersinar dilihat Dennis penuh dalam.
Jantung Dynaz berdebar apabila merenung sepasang mata Dennis yang tajam melihat ke arahnya.Ketika ini dia menyedari akan keterlanjuran tindakannya itu,cepat dia menarik sepasang tangannya dari terus memeluk tubuh tegap Dennis.Serentak itu Dennis mengenggam erat tangan mulus milik Dynaz bersama cadar katil yang menjadi tempat pembaringan mereka itu.Sunguh membuatkan Dynaz semakin gementar.
Jiwa Dynaz bergelora kuat tatkala Dennis kini memgusap lembut wajahnya.Turun naik dadanya menahan deru nafas yang semakin menggila.
            “You can stop me if you want to..”begitu rendah dan lembut sekali nada suara Dennis berbisik penuh romantis di telinga Dynaz.Bagaikan menghantar getaran ke seluruh tubuh Dynaz bisikan itu menambahkan lagi gelora perasaan Dynaz yang bergoncang kuat.
Dennis mengucup lembut pipi Dynaz dan entah mengapa tiba-tiba segala kegentaran yang dirasai Dynaz terasa semakin pudar seakan-akan dibawa pergi oleh belaian lembut Dennis terhadapnya.Sungguh Dynaz berasa begitu hairan jiwanya kini terasa begitu tenang dan begitu damai..matanya melihat tenungan Dennis yang begitu hampir dengan wajahnya sehinggakan nafas lelaki itu bisa didengarinya..nafas yang begitu tenang dan begitu teratur..wajah Dennis mendekat dan Dynaz bisa melihat segaris senyuman yang begitu menggoda terukir pada bibir yang begitu sempurna itu…
Di luar hujan begitu lebat dan begitu dingin tiada tanda akan berhenti.Malam seperti biasa melabuhkan tirainya tetapi tidak bagi Dennis dan Dynaz yang ketika ini pertama kali melayari malam yang begitu hangat dan penuh romantis diantara mereka berdua.




Dynaz bangun begitu terkejut apabila dia menyedari dirinya tidak berada di dalam bilik tidurnya sendiri.Matanya kini digosok-gosoknya cepat cuba mengamati suasana bilik indah yang begitu asing olehnya itu.
            “Ahh!”Dynaz menjerit kecil,amat memeranjatkan apabila dia menyedari keadaannya yang tanpa seurat benang itu.Cepat Dynaz menarik selimut tebal menyelimuti tubuh gebunya.Jiwanya berdebar pantas dan kini cepat kotak fikirannya mengimbas kembali segala kejadian yang berlaku semalam.Sepasang mata cantik Dynaz semakin membulat apabila segala-galanya yang berlaku semakin jelas di ingatannya.
            “Aku bermalam bersama Dennis..”begitu perlahan sekali, lambat-lambat Dynaz menuturkan kata-katanya.Seperti susah untuk dipercayainya Dennis yang bersikap ditaktor terhadapnya itu menidurinya semalam..
Dennis tidak kelihatan di situ membuatkan Dynaz berasa lega dia mengatur nafasnya yang seketika tadi begitu sesak itu.
Apa yang harus aku lakukan apabila berhadapan dengannya nanti?Ya Allah..pertama kali aku berasa begitu malu untuk berhadapan dengannya..apa yang harus aku lakukan?
Dynaz kini menggigit kecil bibirnya,matanya meliar mencari jawapan terhadap soalan yang membelenggu fikirannya kini.
Katil yang begitu besar dan kelihatan tidak terkemas itu mengingatkan Dynaz tentang peristiwa yang berlaku semalam.Tiba-tiba sahaja jiwa wanitanya berdebar..
Lembut dan begitu intim sekali bibir Dennis mengucup segaris bibir Dynaz yang basah malah bibir sempurna itu mencumbui penuh intim di segenap tubuh miliknya dan sekali lagi Dynaz membiarkan dan merelakan segalanya yang dilakukan Dennis terhadap dirinya.Malam yang begitu berahi..sudah tentu tidak mudah untuk dilupakannya walaupun fikirannya kini bekerja kuat untuk memadamkan segala memori-memori itu.


Dennis kini menonton leka siaran televisyen yang menyampaikan berita-berita terkini yang begitu menarik perhatiannya.Di tangannya tergenggam erat sebuah gelas yang berisi susu segar.Kepalanyanya disandar selesa pada sofa yang besar itu.Tiba-tiba pandangannya melihat sesusuk tubuh yang begitu dikenalinya.
            “Morning.”satu teguran dikeluarkannya buat wanita yang kini begitu terkejut mengalihkan tubuh memandang ke arahnya.Tanpa membuang masa Dennis kini meletakkan gelasnya di atas meja kaca di hadapannya lalu dia mengatur langkah menuju ke arah wanita tersebut.
Dynaz menelan liur,selimut putih yang menyelimuti tubuhnya yang gebu itu dipegangnya erat.Dennis yang berjalan begitu bersahaja ke arahnya membuatkan jantungnya tidak henti-henti berdegup pantas.
            “Hmm..aku ada sediakan breakfast..after you take your bath..eat it.Pastikan kau habiskannya..got it?” seperti berbaur arahan, begitu selamba seolah-olah tiada apa-apa berlaku, Dennis bersuara penuh bersahaja.Dynaz cuba untuk berlagak tenang tetapi jelas dirinya kaku dan kaget berhadapan dengan lelaki tersebut setelah apa yang berlaku semalam masih lagi segar bermain di ingatannya.Dia kini mengangguk kecil tanpa kata-kata.
Dennis melepaskan nafasnya dalam,pandangannya kini melekat pada rambut Dynaz yang kelihatan tidak terkemas itu, tubuhnya yang hanya diselimuti dengan selimut putih itu kelihatan begitu menggoda..sungguh wanita itu mampu merobohkan pendiriannya selama ini.Cepat Dennis kini berlalu mengatur langkah meninggalkan wanita yang bisa mencetuskan kehuru-haraan di dalam jiwanya itu.Cukup hanya mendengar desahan Dynaz semalam sudah mampu mengentarkan jiwa lelakinya..sememangnya Dynaz punya tarikannya tersendiri..Mengapa perlu tampil dalam keadaan begitu jika bukan untuk menggoda aku?Memang seorang perempuan yang licik..
Dynaz memandang penuh hairan terhadap kelakuan Dennis.Lelaki itu begitu bersahaja…
                       
“Dia sudah lupa ke tentang semalam?”


9 comments:

Anonymous said...

testing..testing..123..ehem ehem..dh boleh comment:)

aqilah said...

tu la tu, byk kali komen tapi tak tahu kat mana silap. sambung lagi, please.....................

aqilah said...

nak dynaz dgn dennis...............

fiza said...

cter ni best sgt...hrap2 dynaz ngan dennis jgk...writer cpt smbng ye?

Hana_aniz said...

lamer nyer x de n3... huhuhu... kanafee.. sambung la cepat. tak sabo teman nak tgk dennis n dynaz bercinta. mesti sweet giler kn??

Anonymous said...

adui pnulis ble nk ade en3 bru ni...dh lme pngikut2 tggu en3 strusnye ni...cptla smbng ye?plezzzz....

dixie dollz said...

i want more.. make it hurry kanafee :)

::cHeeSeCaKe:: said...

hehe..bile nk smbung.. makin best la..
andaluciacheesecake & cheesecake org yg sme la kanafee..ehehe..

shahira_shahiza said...

erm...kanafee smbung cpat ea.....
xsbr nk tau smbungnnye...pleaz ea...????
plez give respon.....

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket