Novella~My LovE 31

Saturday, December 12, 2009

BAB 31


Kini genap seminggu Hariz memerhati setiap pergerakan ketiga-tiga lelaki yang semakin dicurigainya.Entah mengapa dirinya menjadi begitu berminat untuk mengetahui tentang perhubungan antara mereka itu.Setiap masa dan setiap hari kecurigaannya semakin bertambah malah ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Panduan Hariz begitu berhati-hati mengekalkan jarak yang agak jauh di belakang Seung Hyun yang menunggang motosikalnya laju menyaingi setiap kenderaan di atas lebuh raya.Sesekali Hariz mengeluh apabila bayang Seung Hyun kelihatan kabur dari pandangan mata tetapi dikuatkan juga semangatnya untuk menjejaki lelaki tersebut.
Pemerhatiannya selama empat hari terhadap Jong Woo sebelum ini membawa dirinya kepada satu penemuan yang begitu tidak tersangka.Jong Woo yang menjadi orang kepercayaan En.Amir    dan juga begitu rapat dengan lelaki itu telah melakukan banyak penyelewengan dengan penyalahgunaan dana syarikat.Malah apa yang paling mengejutkan, lelaki itu punya suatu kerjasama dengan syarikat yang menjadi penyaing terbesar dengan King Capital One.
Pertemuan diantara Jong Woo dengan presiden syarikat tersebut dilihatnya beberapa hari lalu amat dicurigainya dan kerana itu jugalah hatinya mendesak untuk memerhati orang-orang terdekat dengan lelaki itu.
Setakat ini tiada tanda-tanda yang mencurigakan ditunjukkan Henney, yang banyak menarik perhatiannya itu ialah Seung Hyun..lelaki misteri itu sebenarnya adalah seorang ketua gangster yang terkenal di kota ini.Bagaimana seorang gangster begitu berminat untuk bekerja menjadi seorang pegawai? Dan apa yang paling mengejutkan perlantikan lelaki itu diselia sendiri oleh Jong Woo bukannya dengan menjalani sesi temu duga seperti pekerja-pekerja yang lain. Perkara ini menjadi tanda tanya di fikiran Hariz..Tentu ada sesuatu yang dirancang mereka..pasti!


Hariz mengatur langkah penuh berhati-hati, keretanya dipakir di bawah bukit sebentar tadi.Deruman motosikal Seung Hyun masih jelas dipendengarannya,secara perlahan-lahan dia mengintip lelaki tersebut yang kini sedang memakirkan motosikal mewahnya di hadapan sebuah rumah yang kelihatan begitu sederhana.Dia melihat sekelilingnya,kawasan sini tidak ubah seperti kawasan perumahan setinggan di pandangan matanya.Tak akan Sung Hyun tinggal di sini?

Seung Hyun kini dilihat mengatur langkah memasuki sebuah rumah yang dibina sepasang.Sebuah rumah di sebelah rumah lelaki itu kelihatan gelap gelita.Mungkin tiada sesiapa di dalam rumah tersebut.Pandangannya kembali melihat rumah Seung Hyun yang kini bercahaya terang dengan lampu.Tiada apa yang mencurigakan,Hariz kini menghembuskan nafas sekali,wajahnya diraup sekali.Kepenatan…Badannya kini begitu letih setelah seharian suntuk dia langsung tidak berehat.
Kini Hariz memusingkan badannya ke belakang,dia berkira untuk meninggalkan tempat ini..langkahnya kini diatur kemas.
            “Hariz!..abang Hariz..”tiba-tiba suatu suara wanita yang amat dikenali Hariz melewati cuping telinganya.Langkah Hariz kini terhenti,pandangannya dihalakan tepat ke arah hadapannya.Serentak itu matanya kini membulat.
            “Dynaz.”sepatah kata terlahir dari bibirnya apabila melihat Dynaz di hadapannya kini sedang merenungnya penuh dengan persoalan.Kelihatan seorang perempuan yang tidak dikenali Hariz sedang memaut erat lengan Dynaz.Kedua-dua mereka kini melihat penuh hairan sesama sendiri.


Dynaz kini dilihat sepi oleh Eun Jun, wanita itu di penglihatannya asyik termenung jauh sahaja sejak kebelakangan ini.Entah mengapa..
Pertemuan dirinya dengan Hariz hanya sebentar sahaja tadi.Oh..lelaki itulah cinta pertama Dynaz..Tidak tersangka dirinya akhirnya bertemu juga dengan lelaki yang sering diceritai Dynaz kepadanya itu.
            “Naz..kenapa Hariz berada di sini tadi?”Eun Jun kini mula bertanya.Sebuah mug besar berisi minuman dihulurnya kepada Dynaz.Cepat Dynaz menyambut apabila dia menyedari Eun Jun kini sudahpun berada disampingnya.Senyuman digariskan pada bibirnya..hambar sekali..


            “Abang cari apa di sini?”Dynaz menyoal Hariz penuh kehairanan.Eun Jun yang sudahpun menyusup masuk ke dalam rumah tidak lagi kelihatan di pandangan Dynaz.
            “Apa yang Naz buat di sini?Siapa perempuan tu?Dia tinggal di rumah tu?”bertubi-tubi Hariz menyoal Dynaz,wajahnya kelihatan serius sahaja menambahkan lagi kehairanan di benak Dynaz.
            “Eun Jun kawan Naz, dia tinggal di sini.”Dynaz menjawab tenang tetapi wajahnya masih jelas di dalam kekeliruan.
            “Seung Hyun..”kata-kata Hariz termati di situ,kini Hariz menghembuskan nafas dalam.
            “Tak apalah Naz..Naz masuklah rehat,Abang balik dulu.”tiba-tiba sahaja Hariz menarik diri.Wajahnya yang serius sebentar tadi cuba dikawalnya supaya tidak terlalu kelihatan.Hariz kini mula mengaturkan langkahnya untuk meninggalkan kawasan perumahan itu.
            “Ya.Ya.Memang Seung Hyun tinggal di sini.”cepat Dynaz kini bersuara,dia sudah dapat menangkap apa yang ingin disoal Hariz apabila lelaki itu mengungkapkan sepotong nama yang tidak asing bagi dirinya itu.
Langkah Hariz kini terhenti,serentak itu pandangannya ditoleh melihat kearah Dynaz yang membelakangi dirinya.
            “Seung Hyun kawan Naz..Naz baik dengannya..”Dynaz menarik nafas dalam,dirinya kini mengadap bertentang melihat Hariz.
            “He’s not a good guy. Please, stay away from him.”begitu serius sekali nada suara Hariz menekankan ayatnya.Pandangan matanya tepat menikam ke sepasang mata milik Dynaz.Dirinya punya sebabnya sendiri menghalang wanita di hadapannya itu dari terus menjalinkan hubungan baik dengan lelaki misteri itu.
Dynaz terdiam wajahnya penuh persoalan.Mengapa Hariz berkata-kata seperti itu?

“He’s not a good guy. Please, stay away from him.”itulah kata-kata terakhir Hariz sebelum lelaki itu meninggalkan dirinya di situ di dalam benak persoalan.Apa Hariz buat di sini?

Malam itu Dynaz tidak dapat tidur,dia memusingkan tubuhnya kiri dan kanan.Telefon bimbitnya direnung lama.-1 Missed Call-
ehm..Dennis??Buat apa dia call aku?bukan ke aku dah bagi tahu aku tidur rumah Eun Jun?Dynaz kini menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Bibirnya dimuncungkan ketika dia menekan keypad telefon bimbitnya.

            “Hello.”setelah beberapa minit mendail akhirnya panggilannya terjawab.Suara lelaki yang menjawab panggilan itu serak saja bunyinya.
            “Tidur ke?”selamba Dynaz menyoal,dan serentak itu dia membaringkan kepalanya pada bantal moshimoru miliknya.
            “Naz..why you calling me malam-malam macam ni?For sure la tengah tidur.”suara Dennis malas sekali, ada keluhan dihujung nada suaranya.
            “La..siapa suruh abang buat missed call tadi?Ingat ke ada apa-apa yang penting..”Dynaz merungut kecil.
            “Ok lah kalau macam tu,bye.”Dynaz kini sudah berkira untuk mematikan taliannya.
            “Hei!!How come you bangunkan orang malam-malam macam ni, lepas tu tak nak bertanggungjawab.”tiba-tiba suara Dennis memotong cepat tindakan Dynaz.
Bertangunggjawab?Dynaz terpinga-pinga.


            “Haa..sejuk gila kat luar sini.Naz tak boleh tidur lagi ke?”hampir mengeluh suara Dynaz yang kini duduk memeluk tubuh di atas kerusi batu yang berada di luar rumah Eun Jun itu.
            “Siapa suruh kau duduk di luar rumah?”seperti biasa nada suara Dennis selamba sahaja.
            “Dalam rumah line phone tak clear..”Dynaz merungut-rungut kecil,kakinya menguis-nguis pasir pada lantai berbatu di halaman rumah itu.
            “Alasan. Aku tak kira kau kena temankan aku sampai aku terlena.”nada Dennis rendah tetapi penuh dengan arahan sungguh Dynaz sudah lali akan itu.
            “Bila abang nak tidur?”
            “Singing a lullaby for me”suara Dennis agak perlahan kini.Dynaz terdiam, terkaku dengan permintaan suaminya itu.
            “Aaa..-”
            “Don’t ‘aaa’ with me, I know you can sing it.”Dennis lebih cepat memotong alasan yang ingin dikemukakan Dynaz.
Tiba-tiba bunyi keriuk pintu ditiup-tiup angin menarik perhatian Dynaz.Pandangannya   kini melihat tepat pada pintu rumah milik Top.Permintaan Dennis hilang dari fikirannya.Keningnya berkerut memikirkan pintu rumah Top yang tidak tertutup rapat itu.
            “Ya!(Hei) kau dengar aku tak?”suara Dennis agak meninggi apabila tiada apa-apa respons di tunjukkan Dynaz.
Motosikal Top tiada di sini..means that dia tak ada kat rumah.Tapi kenapa pintu rumah dia tak tertutup rapat?
            “I will talk to you later.”cepat Dynaz bersuara ingin menamatkan perbualanya bersama Dennis.
            “Hei..Dynaz-”
            “Bye.”Ringkas Dynaz memotong percakapan Dennis,serentak itu dia menutup telefon bimbitnya.Wajahnya yang penuh tanda tanya menemani dirinya ketika dia melangkah mendekati rumah Top.Tangannya kini memegang penuh berhati-hati tombol pintu rumah tersebut.Dengan satu nafas yang panjang dia kini menjenguk secepat mungkin ke dalam rumah lelaki tersebut.Kosong.Tiada siapa.
Top takde di rumah..




Begitu tangkas dan pantas sekali gerakan Dynaz membelek-belek dan mencari-cari sesuatu di dalam sebuah almari kecil di ruangan tidur rumah yang dimasukkinya itu.Peluh dingin mula menghiasi dahinya.Inilah kali kedua dia mencerobohi barangan milik orang lain,yang pertama kali dahulu ketika dia mengetahui rahsia papanya dan kali ini pula orangnya ialah Top.
Walaupun masuk yang ini sudah dua kali dia melakukannya tetapi perasaannya masih sama seperti pertama kali melakukannya.Berdebar..jantungnya berdegup kencang menendang-nendang dadanya seolah-olah ingin meletup.
Top banyak menyimpan article tentang keluarga papa..kenapa?Mungkinkah benar tekaan aku selama ini tentang dirinya?
Tangan Dynaz semakin ligat memunggah-munggah barangan milik lelaki tersebut.matanya meliar melihat satu per satu artikel yang dijumpainya itu.Ada yang dari majalah,surat khabar,dan juga dari internet.Apa yang menarik perhatiannya kesemuanya artikel itu adalah tentang papa dan juga keluarga papa.
Tiba-tiba tangan Dynaz terhenti,jarinya kini beku terkaku apabila pandangannya melihat tepat sebuah buku separa tebal berkulit hijau usang.-Hye Jun-nama yang terpampang pada kulit depan buku tersebut.
Sungguh tidak dapat dinafikan jantungnya kini berombak pantas seakan gelora di lautan.Terketar-ketar jemarinya apabila menyentuh buku tersebut.
            “That’s my mother diary.”tiba-tiba suara dingin seorang lelaki menerkam masuk ke pendengaran Dynaz.Hampir tersembam Dynaz pada almari kecil tersebut,buku yang berada di pegangannya terjatuh dari genggaman dan bertaburan kini keping-kepingan gambar lama yang terselit di dalam buku tersebut.
Fikiran Dynaz kini berserabut.Mampus!Aku tertangkap!
Terasa perit air liur yang ditelan Dynaz kini.Dikumpulkan segala semangatnya untuk berhadapan dengan insan yang berada di belakangnya itu.
Pandangan mereka kini bertemu.Dynaz melihat sepasang mata milik Top memerhatinya tanpa mempamerkan apa-apa perasaan dan sesungguhnya tiada pandangan yang tajam dari lelaki itu menikam ke arahnya.Tetapi jantungnya tidak pernah berhenti berdebar dan perasaannya kini berada di dalam ketidaktentuan...bersalah..ya,inilah perasaannya ketika ini.
            “Kau nak tahu macam mana dia meninggal?”Top bersuara dingin tiada kemesraan tetapi langkahnya kini melangkah mendekati Dynaz.Debaran makin kuat di dada Dynaz,tubuhnya kaku tidak bergerak.
            “Suicide.”sepatah perkataan dari bibir Top memberikan kesan yang tidak terhingga pada perasaan Dynaz.Berhadapan Dynaz, Top kini berlutut sambil mengutip setiap kepingan gambar ibunya itu.
            “She said that kita perlu menerima nasib dengan ikhlas..apa yang dilakukannya tiada salahnya..at least in the end dia ikhlas menerima takdirnya dengan mengambil jalan penyelesaian ini.”rendah sekali nada Top sambil menyisipkan kembali gambar-gambar tersebut pada buku separa tebal itu.
            “Awak..ialah Yong Jun.”terketat-ketar suara Dynaz cuba menuturkan kata-kata.Pergerakan Top kini terhenti,pandangannya kini diangkat tepat melihat sebujur wajah yang lembut itu.
            “Hah..orang tua tu ceritakan segalanya pada kau.Tapi aku pasti dia tak akan berani untuk ceritakan pada isteri dan anak kesayangannya tu..”begitu sinis sekali kata-kata Top dia kini bangun dari berlutut.Buku di dalam genggamannya itu kini diletakkan di dalam pegangan Dynaz.
            “If you want to read it, just do it.”kata-kata Top memeranjatkan Dynaz.Bulat anak mata Dynaz melihat tepat ke wajah Top.
            “For sure I will do something to that family..Kau tak perlulah nak berlagak like an angel to save them.”Top kini melangkah ke arah peti ais kecil yang terletak di bahagaian dapur rumahnya.
            “Wait.Apa awak kata?Awak mahu balas dendam?”berkerut sekali dahi Dynaz penuh kekeliruan dan kekejutan dengan kata-kata Top.
            “Oh,that’s good. I like the words ‘balas dendam’”Top mengalihkan pandangannya sekali kearah Dynaz dan kembali melihat isi peti ais miliknya itu.Sebotol Soju di dalam botol kaca hijau dipegangnya.
            “No!Awak tak boleh lakukannya..awak tahu tak betapa papa sayangkan awak!” Begitu teperanjat sekali Dynaz apabila mengetahui niat Top, harapannya dia dapat menemukan Yong Jun yang selama ini dicari-cari kembali kepada papanya.Sungguh dia mengharapkan pengakhiran cerita yang mengembirakan bukan tragik seperti ini.
 Top terdiam,gengamannya pada botol Soju kini begitu kejap sekali.Sayang??
          “ Stop talking nonsense.” Top cuba untuk tidak mempedulikan kata-kata Dynaz dia kini meneguk sekali Soju ke dalam mulutnya.
          “ Papa sudah begitu tersiksa mencari awak dan juga Hye Jun..dia sangat menyayangi awak dan merindui awak.”

Dynaz tegak memberikan kebenaran,sungguh dia tidak mahu Top berfikiran yang bukan-bukan pada En.Amir yang selama ini menderita mencari keluarganya yang hilang itu.Suaranya lembut sekali cuba menunjukkan kebenaran kepada lelaki di hadapannya itu.
            “Kamane (stop it)”
            “Papa sangat merindui awak..sungguh!Dia sangat tersiksa.”
PANG!!Pecah berderai botol Soju dibaling Top ke dinding.Kaca yang bertaburan berselerak di merata-rata dan sisa soju yang mengalir mengotori kawasan dapur kecil itu.
Tersentap jiwa Dynaz dengan perlakuan Top.Dirinya terkaku.
            “Aku kata kau jangan berlagak angel kan?”tegang sekali wajah Top.Pandangannya kini tajam menikam terus ke arah Dynaz.
            “Jika dia benar-benar ingin mencari aku sudah lama dia jumpa aku!”penuh kemarahan dan kendengaran begitu tersiksa sekali di pendengaran Dynaz.
            “Dia boleh tinggalkan kami seperti itu sahaja, dan kini kau kata dia merindui kami?Hah!”ada terselit penyiksaan di sebalik kata-kata Top itu dan tiba-tiba sahaja menyuntik kepiluan di hati Dynaz.
            “But..he really love both of you..percaya kata saya ini..”ada linangan air mata di kelopak mata Dynaz.Dirinya tersiksa melihat keadaan Top sebegitu.Top seakan-akan menghukum dirinya sendiri dengan membiarkan perasaan dendam itu bermaharajalela menguasai dirinya.
            “Aku akan pastikan dia tersiksa..pasti.”begitu nekad sekali Top menegaskan kata hatinya.
            “Please..don’t do that..”tenggelam timbul suara Dynaz menahan sebak di hatinya.Melihat Top di dalam keadaan begitu benar-benar membuatkan jiwanya terganggu.Yong Jun kini sudah dijumpainya..tetapi wajah anak comel (Yong Jun) yang tersenyum riang dilihatnya di dalam foto dengan yang wujud di hadapannya kini berbeza sekali, wajah anak kecil itu kini begitu dicemari dan diselaputi perasaan benci,dendam yang tidak terungkap dengan hanya kata-kata.Dendam..dendam pada ayah kandungnya sendiri.

            “Dynaz??”Tiba-tiba satu suara lelaki yang begitu dikenali Dynaz menerpa masuk ke ruangan rumah kecil milik Top.Dynaz tersentak,Top mula mengalihkan pandangan tajamnya kini tepat ke arah pintu rumahnya yang terbuka luas itu.Di situ kini berdiri tegap seorang lelaki yang sedang melihat ke arahnya dan Dynaz silih berganti dengan pandangan yang penuh persoalan dan kecurigaan.


            “Apa kau buat dalam rumah laki tu?”kata-kata Dennis tegas sekali,kelihatan tegang urat wajahnya cuba menahan amarahnya yang semakin membuak-buak di dalam di hatinya.
Dynaz terdiam sungguh dia tidak bisa berkata apa-apa ketika ini.Tiada alasan yang waras menerpa ke kotak fikirannya.Perlukah dia menceritakan siapa sebenarnya diri Top kepada suaminya itu?Apa reaksi Dennis nanti?Adakah lelaki itu dengan senang hati menerima adik tirinya itu?Atau sebaliknya?
            “Kau memang sengaja mahu menyakiti aku kan?”begitu keruh sekali raut wajah Dennis,isteri di sampingnya itu tidak dipandangnya sebaliknya pandangannya dijatuhkan pada jalan raya yang kelihatan lengang dengan kenderaan.Panduannya begitu laju selaju perasaan amarahnya yang semakin menguasai diri.
Sungguh tidak tersangka olehnya kehadirannya di rumah teman Dynaz, Eun Jun itu akan membawa dirinya menyaksikan peristiwa yang bisa menyakiti perasaannya.Inilah kali pertama dia mengetahui Seung Hyun sebenarnya ialah jiran kepada temannya Dynaz.Mengapa Dynaz tidak pernah memberitahunya sebelum ini?Adakah Dynaz selama ini ke rumah Eun Jun untuk bertemu dengan lelaki itu?
Argh!!Satu hentakkan kuat pada stereng kereta membuatkan Dynaz tergamam, wajahnya hanya ditunduk tidak berani melihat Dennis di sebelahnya.
Begitu bercelaru sekali fikiran Dennis ketika ini, kebisuan Dynaz seolah-olah mengesahkan segala tanggapan yang bermain di dalam fikirannya.Mengapa Dynaz berada di dalam rumah Seung Hyun pada lewat malam sebegini?Mungkinkah hubungan di antara mereka bukan sekadar teman seperti apa yang dikatakan Dynaz sebelum ini?
Tidak dapat dinafikan sungguh berkocak perasaannya apabila melihat Dynaz bersama Seung Hyun sebentar tadi.Mahu sahaja dia membelasah teruk lelaki itu tetapi atas dasar apa? kerana menganggu ‘barang miliknya’?? Ahh..jelas sekali Dynaz dengan rela hati berada di dalam rumah lelaki itu!


Setibanya di penthouse milik mereka,cepat Dynaz mengatur langkah terus menuju ke dalam biliknya,hatinya gementar dan kecut perutnya apabila melihat raut wajah Dennis yang tegang sepanjang berada di dalam lif tadi.Pandangan lelaki itu apabila melihatnya seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup.
Kini Dynaz mengatur nafasnya tenang apabila dia berada di dalam bilik tidurnya.Dia tersandar kelegaan pada pintu yang tertutup rapat itu,telapak tangannya mengurut lembut dadanya..Dennis begitu marah pada aku.. Apa yang harus aku katakan pada dia?
BANG! Tiba-tiba satu tolakan kuat pada pintu bilik membuatkan Dynaz hampir tersungkur ke lantai,pintu kini dibuka kasar.
Sungguh Dynaz tahu siapakah gerangan insan yang kini memasuki biliknya itu,hatinya gementar tetapi dikuatkan juga semangatnya untuk bertentang dengan lelaki tersebut.
            “At least one reason, why?”tegas sekali Dennis bersuara,pandangannya tepat melihat Dynaz membuatkan nafas Dynaz ketika ini bisa saja terhenti.
            “Tak ada apa-apa..Naz tak..cuma..”begitu bercelaru sekali kata-kata yang terkeluar dari bibir kecil Dynaz.
            “Kami tak buat apa-apa..”ketika ini nada yang dikeluarkan Dynaz seakan menekan, jiwanya tidak tahan apabila melihat raut wajah Dennis yang seolah-olah mentafsirkan sesuatu akan perhubungannya bersama Seung Hyun.
            “Ehem..urm..Naz dah letih..Naz nak tidur..” Dynaz kini mula mencipta alasan untuk menarik diri,sungguh dia tidak mahu memanjangkan lagi perbincangan tentang topik ini.Semakin lama dia bertentang dengan Dennis semakin kecut perasaannya.Entah mengapa..seolah-olah Dennis bisa melakukan sesuatu kepadanya.Cepat kini dia mengatur langkah menuju ke arah katilnya.
Sudahlah Dennis oi, pergilah tidur..aku dah nak tercabut nyawa ni dengan pandangan maut kau tu. Oh Tuhan, minta-mintalah tiada apa-apa terjadi.
Begitu bersungguh sekali Dynaz memohon kepada tuhan tetapi secara tiba-tiba tanpa disedari olehnya Dennis merangkul kemas tubuhnya.
Ouch!Terkeluar jeritan kecilnya apabila Dennis meletak kasar tubuhnya pada tilam empuk di katil besar miliknya itu.
            “Apa yang abang nak lakukan hah?”hampir tergagap-gagap juga suara Dynaz melihat Dennis kini yang menghempap kemas tubuhnya.Jantungnya berdegup kencang,tangannya cuba melawan tubuh gagah milik Dennis tetapi ternyata sekali gagal apabila hanya dengan cengkaman erat tangan Dennis pada kedua-dua lengan miliknya membuatkan dia tidak mampu bergerak lagi.
            “Look in my eyes, and tell me the truth!”ternyata kemarahan Dennis masih belum reda, Dynaz di matanya ternyata menyimpan rahsia yang cuba diselindungi dari pengetahuannya.Dia tahu!dan sungguh dia menyedari akan itu!
            “Tak ada apa-apa..please, jangan buat Naz macam ni.Sakit.”Dynaz cuba meronta-ronta dari cengkaman Dennis.Hatinya sakit apabila Dennis tidak mempercayai kata-katanya dan tertimbul juga perasaan marah dan bengangnya apabila diperlakukan sebegini.
Bukankah selama ini Dennis tidak pernah mempedulikannya..mengapa kini lelaki tersebut begitu bersungguh ingin mengetahui perhubungannya dengan lelaki lain?  Selama ini Dennis berfoya-foya dengan wanita-wanita di luar sana tidak pernah pun sekali dia memarahi lelaki tersebut! Malah bila ditegur, dirinya pula akan menerima hukuman yang bukan-bukan dicipta sendiri oleh Dennis si ditaktor itu!
 Kesabaran pun ada hadnya juga..
            “Stop lying! Aku tahu kau ada sembunyikan sesuatu dari aku.”kasar sekali Dennis menyoal Dynaz.
            “Selama ini kau ke rumah perempuan tu semata-mata untuk bertemu lelaki tu kan?”makin menjadi-jadi pula tuduhan yang dilemparkan Dennis terhadap Dynaz.Sungguh Dennis tidak berpuas hati selagi dia tidak memperoleh jawapan sebenar dari isterinya itu.Wajah Dynaz yang menunduk tidak melihatnya direnungnya dalam.
            “Kau ada hubungan sulit dengan lelaki tu?!”tuduhan Dennis memang benar-benar melampau kali ini,sejurus itu Dynaz mengangkat wajahnya. Jarak diantara wajah mereka begitu hampir sekali sehinggakan Dennis bisa mendengar deru nafas yang dihasilkan Dynaz.Anak mata Dynaz memancar bercahaya menikam terus ke pandangan Dennis.
            “Jika betul Naz ada hubungan dengan dia, so what?!”tepat dihadapan pandangan Dennis, Dynaz berkata-kata begitu nekad. Dennis tersentak,kata-kata Dynaz begitu kejam dipendengarannya.Serentak itu cengkamannya pada lengan isterinya itu menjadi longgar.
            “Puas??Abang puas hati dengan jawapan Naz?Ini yang abang nanti-nantikan, kan?”Dynaz bersuara begitu sinis.Hatinya sakit dengan perlakuan Dennis,lelaki itu tidak akan lepaskannya sehingga dia memberikan jawapan sedemikian rupa.Dia tahu suaminya itu selepas ini pasti akan sesuka hati menjatuhkan hukuman kepadanya,Ya!Sememangnya itulah yang ingin dilakukan lelaki tersebut dengan mencari kesilapan yang dilakukannya.
            “Abang tak pernah mempedulikan perasaan Naz, mengapa kini begitu sibuk dengan kehidupan Naz.” nada Dynaz perlahan,dirinya memalingkan wajahnya ke tepi cuba menahan sebak di dadanya.
            “Kali ini apa hukuman yang abang nak berikan pada Naz, huh? Be your sex toy for eternity, huh? Naz sudah tak peduli! Segalanya berharga milik Naz sudah abang rentap..apa lagi yang Naz tinggal??”begitu mendalam sekali kata-kata yang dituturkan Dynaz.Pandangannya melihat tepat ke anak mata Dennis ketika ini,begitu sinis terselit kekecewaan di situ.Raut wajah Dennis tersentap,sungguh dia tidak menyangka Dynaz bisa berkata-kata sebegini rupa.
            “Your words like a knife..Kau memang patut dihukum..you deserve it!”suara Dennis mendatar tetapi masih ada tekanan pada nada yang dihasilkan.Wajahnya yang tersentap dengan kata-kata Dynaz jelas kelihatan tetapi masih dia berusaha untuk menyembunyikannya.Sungguh..kata-kata Dynaz begitu merentap perasaanya.Serentak itu tubuhnya diangkat dari terus menghempap tubuh isterinya itu.Wajah Dynaz tidak dilihatnya,hatinya sakit.Sungguh sakit mendengar pengakuan Dynaz.
            “If you don’t want me to kill you, jangan keluar dari rumah ini until got my permission. This is my punishment for you!”Dennis kini berdiri di sisi katil, tubuhnya tegap berdiri membelakangi Dynaz yang kini terduduk bisu melihat sisi belakang tubuh suaminya.
            “I really mean it.If you wish to die, try to break it.”rendah nada Dennis tetapi penuh sekali dengan ketegasan,serentak itu dia mengatur langkah meninggalkan Dynaz.

Kejam!Kau memang lelaki yang kejam Dennis..mengapa kau tak pernah memahami perasaan isteri kau ini?Adakah isteri ini langsung tidak bermakna bagi kau?
Air mata Dynaz kini mengalir lebat menuruni lekuk pipinya.Semakin dia pantas mengesat pergi titisan mutiara tersebut semakin lebat dan seakan-akan berlumba-lumba titisan tersebut menuruni membasahi wajahnya.




            “Mama ada satu berita baik nak bagi tahu ni!”begitu ceria sekali Pn.Chae Rin pada pagi tersebut.Wajahnya bersinar-sinar ketika semua wajah di meja makan tersebut melihat ke arahnya.
            “Apanya sayang?”lembut sekali suara En.Amir melayan karenah isterinya itu.Dynaz melemparkan senyuman cuba untuk memaniskan roman wajahnya setelah semalaman dia berendam air mata.Matanya sempat mengerling Dennis dihadapannya,wajah lelaki tersebut masih sama seperti semalam.Serius dan ketegangan  begitu terserlah di wajah kacak itu.Dynaz tidak mempedulikannya dia terus menyuap penuh cermat makanan ke dalam mulutnya.
            “Fasha pregnant!!”hampir tersembur makanan di dalam mulut Dynaz apabila mendengar kata-kata Pn.Chae Rin.Serentak itu dia terbatuk-batuk kecil akibat tersedak dek makanan yang penuh dalam kunyahannya itu.
Semua mata kini tepat memandang ke arahnya.Cepat Dynaz mencapai gelas minuman di sisinya dan dihirupnya pantas bagi melegakan keperitan di kerongkongnya.
            “Are you okay Naz?”lembut sekali Pn.Chae Rin menyoal sambil dia mengatur langkah mendekati menantunya itu.Belakang badan Dynaz kini diusap-usap perlahan penuh kerisauan apabila melihat keadaan Dynaz yang tersedak teruk itu.
            “Ma..ma..apa yang ma kata tadi?”tidak mempedulikan keadaan sekelilingnya Dynaz kini menyoal mamanya seakan-akan anak kecil yang meminta-minta,tangan mamanya itu dipegang erat.
            “I said are you okay honey?”Mama kini mengulangi kata-katanya,wajahnya kerisauan melihat telatah Dynaz.
            “Tak..bukan..tadi..mama ada kata something.”begitu bersungguh-sungguh Dynaz mempertegakkan kehendaknya.
            “She said Fasha pregnant.Satisfied?”tiba-tiba Dennis bersuara,wajahnya tepat melihat Dynaz yang kini beralih pandangan dari melihat mama terus ke arah suami di hadapannya itu.
Fasha mengandung?!What!!Perempuan tu mengandung!
            “Anak..Hariz..anak Hariz ke?”terhenti-henti percakapan Dynaz,soalan yang dikeluarkannya kedengaran begitu bodoh sekali tetapi tidak bagi dirinya yang tidak dapat menerima hakikat kebenaran berita yang didengarinya itu.
            “Eh..Naz ni, mestilah anak Hariz..habis anak siapa lagi?”seakan berseloroh,kata-kata En.Amir disambut dengan penuh tawa oleh Pn.Chae Rin.
Ketika ini pandangan Dynaz seakan beputar-putar,dunia yang dlihatnya seakan terbalik,kepalanya pusing dan serta merta tekaknya mengembang terasa begitu loya.
Fasha sudah mengandung? Tak..tak..
Ketika ini cepat sahaja Dynaz bangun dari kerusinya,kepalanya pusing dan sungguh perit sekali hakikat yang didengarinya itu.Dengan terhuyung-hayang Dynaz berjalan sambil memegang erat kepalanya yang terasa begitu pening.
            “Naz..Naz ok ke ni?”suara Pn.Chae Rin kini bertukar penuh kerisuan.Cepat dia memapah menantunya itu.
            “Naz ok..ok..cuma pening sikit..Naz nak rehat..”lembut Dynaz menolak tangan mamanya yang memaut erat lengannya dan kini dia berjalan perlahan-lahan menaiki anak tangga besar rumah agam tersebut.


            “Sesuatu berlaku between two of you?”itulah soalan pertama mama kepadanya apabila melihat tingkah Dynaz yang pelik di meja makan tadi.Tiada jawapan yang diberinya hanya satu gelengan kepala yang ringkas.
            “Papa perasan yang kamu berdua dingin sahaja pagi ni.Kenapa?”soalan dari papa pula begitu memusingkan kepalanya dan akhirnya dia bangun dari kerusinya dan turut serta meninggalkan meja makan tersebut mengikut rentak seperti isterinya sebentar tadi.

            “Ahh..perempuan yang begitu menyakitkan hati.”Dennis mengumam seorang diri.Dia kini duduk membisu di meja ruangan kerjanya di dalam bilik bacaan milik keluarganya itu.
            “Mengaku mempunyai hubungan dengan Seung Hyun dan pada masa yang sama memikirkan tentang Hariz..perempuan jenis apa ni??”Dennis kini mengurut-urut kecil dahinya,fikirannya terasa begitu sesak sekali.
Segalanya berharga milik Naz sudah abang rentap..apa lagi yang Naz tinggal??
Kata-kata Dynaz semalam bermain di fikiran Dennis,serentak itu jejaka kacak itu mengeluh kecil.Dia menyandarkan tubuh sempurnanya pada kerusi yang didudukinya.
Dynaz..Dynaz..Apa yang kau dah lakukan pada aku?
Entah mengapa sejak malamnya bersama Dynaz di Snowing Villa fikirannya tidak dapat melupakan wanita tersebut.Malah imbasan bayang Dynaz di penglihatannya sahaja bisa mengucar-kacirkan perasaannya.
Ahh..Tak pernah aku berada di dalam keadaan sebegini rupa..keadaan yang begitu menyiksakan..Circumstances when i’m addicted to her..Oh God..


Kini Seung Hyun dan Dennis bertentang sesama sendiri,pandangan Seung Hyun begitu sinis sekali menikam ke arah sepasang mata Dennis yang tidak calangnya menyinar memancarkan api kemarahan di dalam hatinya.
            “Aku miliki segalanya tentang dia,Kau tak puas hati?”begitu megah sekali nada Seung Hyun sambil tersenyum sinis menyerlahkan sisi tampan wajahnya.Mata dinginnya menikam tepat ke arah Dennis.
            “She’s mine.”begitu menyinga sekali Dennis apabila mendengar kata-kata Seung Hyun,dia mengenggam padu buku limanya.
Sekali lagi kau cakap yang bukan-bukan,memang melayang penumbuk aku di wajah kebanggaan kau tu!
            “HaHaHa..in your dream Dennis.”Seung Hyun kini lebih cepat bertindak menumbuk tepat ke rahang milik Dennis membuatkan Dennis tersungkur ke lantai.Titisan darah kini mula mengalir di bibir Dennis,dengan pantas Dennis mengesat kasar lelehan darah tersebut dia kini berkira untuk bangun dari terus terbaring di lantai tersebut tetapi dengan tiba-tiba Seung Hyun lebih bertindak tangkas dengan menghempas tubuh Dennis pada lantai dan membuatkan Dennis tidak mampu untuk bergerak.
            “Bukan Dynaz seorang sahaja milik aku tetapi sebenarnya seluruh keluarga kau adalah milik aku.”begitu bersahaja sekali nada Seung Hyun,senyuman sinisnya masih lagi terpamer pada segaris bibirnya yang merah semulajadi.Tubuh lelaki itu ditolaknya mengena lantai,renungan tajamnya mengena tepat ke anak mata Dennis.
Dennis meronta dari cengkaman Seung Hyun tetapi semakin dirinya meronta semakin kejap cengkaman lelaki tersebut dan semakin panjang senyuman sinis lelaki kacak tersebut mempermain-mainkan dirinya.
Not only her but also your entire family is mine..

            “NO!!”jeritan Dennis bergema nyaring dan serentak itu dia terbangun dari sandarnya di kerusi tempat dirinya terlelap.Peluh dingin menghiasi dahinya.Aku bermimpi??..
            “Oh God..what’s happening to me?”Dennis mengurut perlahan dahinya,tidak pernah di dalam hidupnya dia terleka sebegini rupa sehinggakan tanpa disedarinya dia mampu terlelap dengan hanya bersandar di kerusi kerjanya ini.
Not only her but also your entire family is mine.. Kata-kata Seung Hyun di dalam mimpinya sebentar tadi seolah-olah pita rakaman yang berputar-putar di kotak fikirannya kini.
Mengapa Seung Hyun berkata-kata sedemikian rupa?Wajah Dennis tiba-tiba menjadi begitu serius memikirkan mimpinya sebentar tadi.
Seung Hyun..Seung Hyun..tiba-tiba sahaja nama tersebut berulang-ulang di fikirannya.Seperti ada sesuatu yang tersembunyi pada lelaki tersebut sejak pertama kali dia diperkenalkan dengan lelaki yang masih baru menjadi pegawai di syarikat papanya itu.His eyes..There is something hiding behind his gray eyes..

           
            Hari semakin melabuh tirainya,suasana senja semakin mengusai alam.Dennis kini berjalan bersahaja menuruni anak tangga rumah agam milik keluarganya.Suasana sunyi sekali cuma kelihatan dua tiga pembantu rumah yang kelihatan leka menjalankan tugas mereka mengemas dan mencantikkan kawasan seakan lobi di rumah tersebut.Mata Dennis kini mencari-cari kelibat isterinya,Dynaz.
            “Where Dynaz?” sesampainya dia di ruang tamu rumah terus sahaja dia menyoal mamanya yang begitu asyik membaca sebuah buku yang kelihatan begitu tebal.
            “Naz..hmm..ah..dia keluar tadi,katanya nak jalan-jalan..”tenang sahaja Pn.Chae Rin menjawab sambil dia membuka perlahan kaca mata putih yang dipakainya.
Keluar??!Berani dia keluar tanpa kebenaran aku.Tiba-tiba sahaja wajah Dennis bertukar riak,dia benar-benar terkejut dengan tindakan Dynaz yang seolah-olah langsung tidak mempedulikan kata-kata arahannya.
            “Ehmm..dah lewat ni kenapa dia tak balik-balik lagi? Katanya sebentar saja..”mata Pn.Chae Rin kini melilau-lilau cuba mencari kelibat menantunya itu.Dennis tidak dilihatnya sebaliknya dia terus bangun dari sofa besar yang didudukinya sepanjang petang itu dan mengatur langkah penuh kerisauan ke arah tingkap kaca panjang yang berukiran bunga sakura itu.
            “Ma..mama kan tahu yang Naz tu tak sihat, kenapa mama benarkan dia keluar?”Dennis kini mula mengatur langkah untuk mengambil kunci keretanya.Sengaja dia berkata-kata demikian rupa kepada mamanya supaya wanita itu percaya bahawa dia kini keluar mencari isterinya kerana begitu risau akan kesihatan isterinya itu, tetapi sebaliknya di hatinya betapa dirinya bengang dengan kedegilan Dynaz yang memandang rendah akan arahan yang diberikannya.Mungkin kerana sejak kebelakangan ini dia sering memberi muka kepada wanita itu sehinggakan wanita tersebut mula mengambil ringan dengan segala arahan yang diberikannya.
Jangan ingat aku tak mampu lakukan sesuatu kepada kau.
Ketegangan di wajah Dennis terserlah sekali ketika dia memandu keluar Lamborghini Hitamnya keluar dari anjung rumah agam tersebut.
Hariz..tentu Dynaz mencari lelaki keparat tersebut!



Satu persatu titisan salji yang turun ke telapak tangan Dynaz mencair di tangannya yang tidak bersarung tangan itu.Titis-titisan itu dilihat Dynaz penuh kesepian.
Nanti lepas kita kahwin kita berbulan madu di tempat yang penuh dengan salji,boleh lah Naz nak main puas-puas.
Kata-kata Hariz padanya suatu ketika dahulu kini bermain-main di kotak fikirannya malah kata-kata tersebut meresap jauh ke dalam hatinya dan seperti merentap-rentap perasaan dan jiwanya kini.
“Dynaz jangan risau, abang janji kita pasti akan menikmati salji bersama-sama.”
Inilah kali pertama dia melihat salji yang sering menjadi angan-angannya di dalam setiap mimpi-mimpinya..dia ingin menikmatinya bersama orang yang disayanginya..tetapi kini dia hanya keseorangan..keseorangan berteman segala impiannya yang meninggalkannya tanpa keinginannya.
            “Abang Hariz..”Dynaz termanggu seorang diri di kawasan taman yang dahulunya menghijau dan kini memutih penuh disaluti putih bersih salji yang pekat menuruni ke bumi. Lututnya dirapatkan ke dadanya,kesejukkan tidak menganggu dirinya walaupun jelas kini dia langsung tidak menyarung apa-apa jenis pakaian menahan kesejukan.
Hatinya kini pilu, hatinya kini sedih dan sungguh tersiksa sekali apabila mendengar khabar gembira dari pihak Fasha.
Mengapa?Mengapa segala kebahagaian menjadi milik wanita jahat itu? Dia miliki Hariz dan kini dia miliki benih lelaki tersebut..mengapa hidupnya begitu sempurna?
Mengapa?
Titisan air mata Dynaz kini mula menuruni pipi gebunya,angin salji yang bertiup sederhana meniup-niup rambut lebatnya.Air mata Dynaz tidak terhenti sehinggakan dirinya tersedu-sedu di dalam tangisannya.
Wajah Hariz yang dimilikinya dahulu kini melayari lensa matanya,indah wajah lelaki tersebut,senyuman lelaki tersebut,usikan nakal lelaki tersebut dan segalanya tentang lelaki tersebut kini bermain-main di pandangannya dan merengut-rengut ke jantungnya sehinggakan membuatkan dirinya sakit,hatinya pedih dan penuh kesayuan. Segalanya mengamit-gamit kerinduannya pada waktu indah dahulu.Waktu bersama Hariz..waktu bersama cinta pertamanya..
~Cinta pertama tidak mudah dilupai dan tidak mudah dipadam~
..Sesungguhnya Dia tidak bisa miliki lelaki tersebut dan inilah kenyataan yang amat memeritkan.Sungguh dia bisa gila!Sungguh dia bisa hilang kewarasan ketika ini.
Semakin lebat air matanya kini memenuhi lekuk mata bundarnya dan mengalir lebat menuruni pipinya.Siksa..amat menyiksakan..Terhinjut-hinjut tubuh Dynaz mengikut rentak tangisannya yang memeritkan itu.
Hanya serpihan salji berterbang-terbangan ditiup angin setia menemani Dynaz yang berendam pilu keseorangan terduduk mendakap tubuh kecilnya di taman yang kosong..kosong..sekosong dirinya terasa ketika ini.


           “Dynaz..”perlahan dan lembut sekali nada seorang lelaki menegur sambil memegang lembut bahu milik Dynaz.Wajah lelaki tersebut penuh kerisauan melihat Dynaz yang terduduk berpeluk tubuh di kawasan yang begitu lebat dihujani salji yang semakin menggila itu.Wajah wanita itu tidak dapat dilihatnya kerana wajah itu disebamkan pada lutut milik wanita tersebut.Pantas lelaki tersebut membuka kot berstail trench yang dipakainya dan diletakkan pada tubuh Dynaz apabila dia menyedari Dynaz langsung tidak berpakaian apa-apa jenis pakaian yang bisa menahan dari kesejukan cuaca yang menggila itu.
Serentak itu tubuh Dynaz bergerak,dengan perlahan-lahan wajahnya diangkat dan dia kini melihat ke arah lelaki tersebut yang kini sudahpun merendahkan tubuh separas dirinya yang terduduk itu.
            “Hmm..abang..abang Hariz.”begitu lembut sekali panggilan Dynaz,senyuman manisnya menghiasi bibirnya yang merah pekat akibat kesejukkan itu.Wajahnya kelihatan bersahaja dan manja sekali tatkala memanggil sepotong nama milik lelaki tersebut.
Tersentak Hariz apabila melihat keasyikan senyuman yang diberikan Dynaz kepadanya.
            “Salji..indah kan di sini?..”Dynaz merehatkan kepalanya pada lututnya,wajahnya melihat Hariz dengan senyuman yang masih belum pudar.Sesekali matanya tertutup dan setiap kali itu dia cuba untuk membukanya semula.Kendengaran juga bunyi dirinya menyedut nafasnya akibat hidungnya yang semakin berair menahan kesejukkan cuaca.
Hariz tahu Dynaz kini tidak sedar akan apa yang dilakukannya,mungkin wanita itu sudah begitu lama menyiksa diri berada di sini.
Panggilan telefon dari Dynaz sebentar tadi benar-benar membuatkan dia kerisauan,kata-kata dan percakapan wanita itu berlainan sekali dan kerana itu jugalah dengan pantas dia ke sini ke tempat yang dituturkan Dynaz berkali-kali di dalam telefon sebentar tadi.



Dynaz kini berjalan perlahan terhuyung-hayang membawa diri.Sesekali dia tersenyum seorang diri dan sesekali dia ketawa kecil memperbodohkan diri sendiri.Serentak itu air matanya menitis..dia menggeleng di dalam senyumannya dan dengan perlahan mengesat kering butir mutiara tersebut dengan telapak tangannya.

            “Dunia kita kini berbeza..Naz perlu tahu akan itu..”kata-kata Hariz sebentar tadi masih berbekas di kepalanya kini..begitu lembut suara itu cuba menenangkan perasaannya, dirinya tidak disentuh lelaki tersebut sebaliknya hanya pandangan lelaki itu sahaja yang memandang tenang pada wajah lembut miliknya.
            “Naz mahukan abang..Naz masih cintakan abang..tiada apa perbezaan dan perubahan di dalam dunia ini..”air matanya mula kembali menuruni ke pipinya,begitu ikhlas kata-kata itu lahir dari hatinya.

HaHaHa..Naz..Dynaz kenapa kau begitu menyedihkan? Dynaz kini menyelak sekali rambutnya yang ditiup angin malam itu.Langkah masih diaturnya walaupun dirinya ketika ini begitu rapuh dan bisa sahaja tersungkur.Senyuman dan tawa kecilnya masih kedengaran..masih sama bertujuan untuk memperkecilkan dirinya sendiri.Sesekali dia mengeleng kepalanya dengan tersenyum hambar apabila mengingatkan detik bersama Hariz sebentar tadi.


Hariz kini berdiri tegak di kawasan taman tersebut,dia termenung jauh..sejauh yang mungkin untuk meredakan perasaan bersalah yang begitu menikam-nikam tangkai jantungnya. Kot trench nya yang terhampar di atas rumput yang diliputi salji dibiarkan di situ.Detiknya bersama Dynaz sebentar tadi begitu meninggalkan kesan yang dalam pada dirinya ketika ini.
“Naz mahukan abang..Naz masih cintakan abang..tiada apa perbezaan dan perubahan di dalam dunia ini..”
Riak wajahnya bertukar, sungguh kata-kata Dynaz membawa maksud yang begitu tidak tertanggung olehnya.Benar dia tidak dapat menafikan perasaannya pada wanita tersebut tetapi di harus berfikiran waras.Mana bisa dia boleh kembali bersama Dynaz apabila secara terang-terangan wanita itu adalah milik Dennis..segalanya sudah ditakdirkan tuhan..dia perlu menerimanya..malah Dynaz juga perlu akur akan ketentuan ilahi ini..
Mafkan abang..Naz maafkan abang..

            “Tahu mengapa Naz berkahwin dengan Dennis? Kerana abang.”
            “Naz dilayan seperti boneka dan hidup penuh kesengsaraan, abang tahu kenapa? Kerana abang.”
            “Hidup Naz tak pernah bahagia, abang tahu kenapa? Kerana abang.”
            “Semuanya..semuanya salah abang.Kenapa?Kenapa??Abang buat Naz macam ni?Kenapa?”Dynaz ketika ini benar-benar diluar kewarasan diri.Dia yang dihujani air mata itu berkali-kali menampar dada tegap milik Hariz.Begitu tersiksa dan begitu perit sekali perasaannya ketika ini.
Sungguh Hariz terkejut dan tersentak mendengar kebenaran kata-kata dari bibir Dynaz.Selama ini dia menyangka wanita itu berkahwin bersama Dennis di atas dasar cinta tetapi segala sangkaannya itu benar-benar meleset.Wanita itu membina mahligai hidup bersama Dennis di atas kemungkiran janji yang ditabur olehnya.
Semuanya..semuanya salah abang..Kata-kata Dynaz seakan buluh tajam yang menyucuk pedih ke hatinya.Sungguh dia begitu berdosa pada wanita tersebut..sungguh..
Hariz kini memejam rapat matanya sebutir mutiara kelihatan menuruni lekuk pipinya yang sempurna.Wajah kacaknya kini dicemari kecacatan air matanya..seperti mana dia selama ini telah mencemari kesetiaan Dynaz yang sungguh tidak terbalas olehnya.


           
            “Hahh..Seorang wanita yang masih belum dapat melepaskan cinta pertamanya dan mengharapkan segalanya dapat kembali seperti sebelumnya..haha..”kelihatan Dynaz melepaskan tawanya perlahan, dia kini mengesat air matanya.Tubuhnya yang kesejukan dipeluknya erat,langkahnya lemah,jalannya menunduk melihat rentak kakinya yang mengatur langkah.
Hariz bukan untuknya..Mengapa?Mengapa??Tidak cukupkah kesengsaraan yang ditempuhinya selama ini bagi mendapatkan balasan kebahagiaan yang diigininya?
Mengapa dunia ini begitu kejam untuknya..
Dynaz kini jatuh terduduk di jalan yang semakin lengang dengan kelibat orang itu.Dia menangis teresak-esak seakan kanak-kanak kecil di situ membuatkan kehairanan pada orang-orang yang lalu lalang di situ.
Dia tidak peduli..sungguh dia tidak hirau akan keadaan sekelilingnya kini, apa yang ada cuma dunianya..hanya dirinya bersama luka yang tidak pernah akan sembuh itu.
Sungguh ketika ini dia memerlukan seseorang yang bisa metenteramkan perasaannya..memberinya perlindungan dari kesengsaraan yang ditanggungnya..yang bisa meredakan tangisannya yang semakin bermaharajalela menguasai dirinya..tetapi siapa?Siapa insan tersebut?Siapa??

Tiba-tiba Dynaz terasa tubuhnya diselimuti sesuatu,dan serentak itu sepasang tangan yang penuh kehangatan memeluk tubuhnya yang mengeletar kesejukan.Pelukan tersebut begitu hangat sekali mengalirkan kasih sayang yang begitu dirasai oleh Dynaz.
Perlahan Dynaz kini mengangkat wajahnya cuba melihat wajah insan yang memiliki sepasang tangan yang bisa mengalirkan ketenangan di dalam jiwanya itu.
            “My dear..it is a crime for someone beautiful like you to cry like this.”kata-kata lelaki tersebut begitu tenang sekali dan begitu lembut memasuki cuping telinga milik Dynaz.
Dear God..Adakah lelaki ini adalah utusan darimu? Dia sering hadir apabila diriku memerlukan seseorang..is he my Guardian Angel?





Sepasang kaki Dynaz yang kecil dibasuh dan dilap penuh cermat oleh Henney.Lelaki itu kelihatan tenang dan leka sekali dengan tindakannya itu.Dynaz yang duduk di sofa melihat terus pada wajah kacak Henney.Perlakuan Henney benar-benar menyentuh perasaannya,lelaki itu hanya membisu cuma senyuman manisnya sahaja yang sering dilayarkannya sungguh menenangkan perasaan Dynaz.
            “Done. Lepas ni baby jangan main kotor lagi ya.”satu kenyitan dihadiahkan Henney pada Dynaz membuatkan wanita itu tersenyum.Kaki Dynaz kelihatan begitu bersih sekali dan Henney mengangkat meletakkannya di atas sofa,Dynaz hanya menurut mengikut rentak Henney.
            “Duduk sini diam-diam ye, papa nak buangkan air ni.Tak nak nakal-nakal tau?”seperti arahan seorang ayah kepada anak yang nakal,Henney kini mengangkat besen yang berisi air basuhan kaki Dynaz.Senyuman yang masih lagi terpamer di bibirnya yang sempurna itu membuatkan Dynaz tersenyum manis dan mengangguk sekali.

            “I don’t want to ask you why..Time goes on..biar yang lepas menjadi satu pengajaran..Naz perlu jalankan kehidupan yang masih ada.”begitu tenang dan lembut Henney bersuara di sisi Dynaz.Sungguh dia tidak tahu mengapa wanita itu dijumpainya di dalam keadaan yang begitu menguris perasaannya tetapi dia yakin pasti sesuatu telah berlaku..
Tidak kerana Dennis..tentu kerana Hariz..lelaki yang wujud dan memberi kesan yang mendalam di dalam hati wanita yang disayanginya itu.
            “Henney..siapa saya sebenarnya di dalam hati awak?”akhirnya Dynaz bersuara,sungguh dia tidak mahu lagi menyembunyikan perasaan ingin tahu yang selama ini begitu meronta jiwanya itu.Layanan lelaki itu begitu istimewa sekali terhadapnya,tetapi mengapa tidak pernah lelaki tersebut meluahkan apa yang terbuku di dalam perasaanya.
            “Dynaz..Naz..nampak letih sangat..you must rest..”raut Henney kini benar-benar berubah,wajah Dynaz tidak dilihatnya.
Tidak!Aku tidak boleh mengatakannya..Sungguh diriku bimbang jika diri ini meluahkannya aku tidak mampu lagi untuk menarik ayat tersebut..
            “No..jangan elak soalan Naz, please answer it.”Dynaz yang bersandar pada bantal di atas katil besar Henney mula mengangkat tubuhnya dari terus bersandar.Selimut tebal yang diselimuti oleh Henney pada tubuhnya diselak ketika dia duduk bertentangan lelaki yang kini berada di sisi katil tersebut.
Pandangan Dynaz melihat tepat ke sepasang mata cantik milik Henney memerangkapkan perasaan Henney ketika ini.
I Love You..I Truly Love You my dear..begitu kuat sekali kata-kata hati Henney kini tetapi bibirnya membisu..mengingatkan seseorang..seseorang yang begitu bermakna di dalam hidupnya..Dennis.
Sahabatnya itu..sungguh dia menyedari betapa wanita di hadapannya ini memberikan sesuatu makna yang luarbiasa di dalam kehidupan sahabatnya itu.Tiada..dan sungguh tiada satu wanita pun yang mampu membuatkan Dennis bisa hilang kawalan dirinya.
Malah pergaduhan yang berlaku diantara dirinya bersama Dennis sebelum ini jelas membuktikan betapa pentingnya wanita ini di dalam hidup temannya itu walaupun tidak pernah diakui sendiri oleh temannya itu kepadanya.
            “Naz..you should get some rest..sleep, i hope all will be okay tomorrow.”cepat Henney kini meninggalkan Dynaz,sungguh dia tidak mampu untuk terus berhadapan dengan wanita yang begitu dicintainya itu.Perasaannya berperang diantara cinta dan persahabatan..sungguh menyiksakan..amat menyiksakan..
Jika diberikan peluang begitu dirinya ingin memiliki wanita yang bernama Dynaz itu..sangat diigininya..

Dynaz kini membisu di dalam kesayuan,peninggalan Henney sebentar tadi benar-benar mengusik jiwa wanitanya.
Hahh..Sungguh kesian menjadi diri kau Dynaz..Sungguh aku benci menjadi diri kau..
Air mata Dynaz kini mengalir satu per satu membasahi pipinya menyaksikan betapa dirinya malang di dalam novella kisah cintanya..



Telefon bimbit Dynaz berbunyi-bunyi membuatkan lamunan Henney terbejat.Dia yang berada di sofa tempat Dynaz duduk semasa dia membersihkan kaki wanita tersebut melihat ke arah telefon bimbit comel yang berwarna kuning cair itu.
Belum sempat dia menjawab panggilan, telefon bimbit tersebut sudah tidak berbunyi lagi.
-26 missed calls- tertera di skrin kecil telefon bimbit tersebut,Henney menekan keypad telefon tersebut.-Dennis Hitler-tiba-tiba sahaja bibirnya tersenyum, Hitler..Dynaz menganggap Dennis seorang yang kejam..Tak dapat dinafikan,Ya,sifat Dennis sememangnya mempunyai sedikit persamaan dengan mendiang ketua puak Nazi Russia itu. Tetapi sebenarnya tidak diketahui sesiapa,Dennis sebenarnya seorang yang begitu lembut dan baik hati..Ya,cuma dia sahaja yang tahu akan itu..cuma dia sebagai sahabat yang mengenali siapa sebenarnya rakannya itu.

Tiba-tiba telefon bimbit tersebut berbunyi lagi.Henney melihat sepi pada skrin telefon tersebut.-Dennis Hitler-
            “Hello.”ringkas ucapan Henney menjawab panggilan yang begitu bersungguh-sungguh meminta dijawab itu.



Panduan Dennis kini begitu laju sekali menuju ke rumah Henney,dahulunya seorang sahabat rapat baginya dan kini seolah-olah pesaing yang mencapai salah satu tempat di dalam permainannya.
Amarahnya kini memuncak,sungguh dia tidak menyangka Dynaz kini berada di rumah lelaki tersebut.Memang benar Dynaz kini telah berjaya menaikkan api kemarahannya ke tahap yang begitu melampau. Dirinya mengetap giginya rapat menampakkan urat tegang di bahagian pipinya.
Mengapa Dynaz perlu mematikan telefon bimbitnya sepanjang petang dia mencari wanita tersebut,dan kini bila malam merangkak tua baru ingin menghidupkannya semula? Semua ini tentu rancangan Dynaz yang ingin menguji tahap kesabaran dirinya.
Melampau kau Dynaz..Kau harus bertanggungjawab terhadap amarah yang kau sendiri cuba ciptakan ni.


           
            “Where Dynaz?”tegas sekali nada Dennis ketika Henney membuka pintu rumah.Wajah Henney kelihatan tenang langsung tidak menjawab pertanyaan Dennis, sebaliknya lelaki itu berlalu masuk ke dalam rumahnya apabila membuka daun pintu terhadap Dennis.
Ketegangan wajah Dennis jelas kelihatan tatkala dia melangkah masuk ke dalam rumah Henney.
            “Dia sedang tidur..aku harap kau tak perlulah ganggu dia.”Henney yang berada di ruangan dapur besar rumahnya itu kelihatan sedang mengeluarkan sebuah gelas kaca dari kabinet dapurnya yang kelihatan bersih dan cantik itu.
            “Tidur??”Dennis kini menyoal penuh dengan riak kecemburuan yang tersembunyi di dalam bicaranya.Wajahnya kelihatan begitu terganggu kerana dia tidak menyangka bahawa isterinya itu sanggup menaiki katil milik lelaki lain selain dirinya.
            “Nothing happen between us..kau tak perlu risau.”seperti mengerti akan telahan Dennis, Henney berkata-kata penuh bersahaja sambil menuang minuman ke dalam gelas kaca yang dikeluarkannya tadi.
Hah!Jika tidak berlaku apa-apa pun, Dynaz tetap bersalah kerana sebagai seorang isteri betapa tindakan bodohnya menaiki katil selain milik suaminya itu sememangnya bisa menaikkan darah sesiapa sahaja yang bergelar suami dan mempunyai hak mutlak terhadap ‘barangan’ milik mereka itu.
            “Aku hairan dengan kau Dennis..Apa sebenarnya rancangan kau?”Henney kini menghentikan tuangannya,botol kaca yang berisi minuman di letakknya bersebelahan gelas kaca yang sudah penuh berisi minuman tersebut.Pandangannya kini memandang tepat ke arah Dennis.
            “Aku rasa segalanya rancangan gila kau kini dah sempurna, but why you still make her suffer?”Kata-kata Henney begitu tepat sekali mengena ke diri Dennis membuatkan lelaki itu terdiam tanpa berkata-kata.
            “You want to divorce her..but now you seem reluctant to do that.Why? Do you falling for her?”Henney kini berjalan menuju ke arah rakannya itu,minuman yang dibawanya di letakkan di atas meja.Terpulang pada Dennis untuk menerimanya atau tidak.
            “No!Who said that i’m falling in love with her?! Apa yang aku lakukan selama ini adalah kerana pemilikan harta tunggal, tiada lain dari itu.”cepat Dennis menidakkan kata-kata Henney.Wajahnya kini cuba dikawal tenang,enggan menyerah kalah pada perasaannya yang semakin hari semakin lemah dan lelah dipermainkan wanita yang bernama Dynaz itu.
            “Kalau mama kau tak letakkan syarat kau akan kehilangan harta pemilikan tunggal jika kau tak berkahwin dengan Dynaz tentu kau sudah lama menceraikan Dynaz, kan? Itulah yang kau mahu tegaskan,Huh?”begitu sinis sekali Henney berkata-kata melihat tepat ke arah sahabatnya itu.Mengapa begitu susah Dennis ingin mengakui perasaannya terhadap wanita yang bernama Dynaz itu.
Dennis kau perlu ingat jika kau masih terus mahu bermain tarik tali seperti ini, aku tak akan ragu-ragu untuk memiliki wanita itu.

            “She just my toy and i’m like a boy that still don’t get enough pleasure with it.”kata-kata Dennis kedengaran begitu kejam sekali menunjukkan betapa tinggi dan berhaknya dia ke atas diri Dynaz.Henney melepaskan keluhan begitu dalam, wajahnya begitu serius memandang Dennis.Tidak kurang pandangan yang diberikan Dennis terhadap Henney cukup dengan kedinginan dan penuh tersirat erti kemenangan.

Sebenarnya tanpa disedari oleh kedua-dua mereka seseorang yang mendengar perbualan dingin diantara mereka bagaikan berada di dalam kemusnahan.
Dynaz kini tersandar lesu penuh tersiksa pada dinding yang memisahkan dirinya dari dua lelaki yang kini berada di ruang tamu tersebut.Secepat itu air matanya bertakung sekali lagi ingin membasahi pipinya.
Mama..jika tidak kerana ugutan mama Dennis tidak akan berkahwin denganku..
Sememangnya selama ini dia tahu Dennis terpaksa mengahwininya tetapi atas kerana desakan keluarga..bukan kerana apa yang didengarinya sebentar tadi.
Ugutan kerana HARTA..Ya Tuhan ku, dugaan apakah ini?





~Sori for korang yg penat waiting for dis n3..~
        Actually apa yg brlaku adalah kesilapan technical comp kt umah ak..
Sgt lh menyedihkn..T_T
For MEON i'm trully sori cos sbb ak nama ko pun naik skali kt CBOX tu (miane..)


 **Thanks utk sokongan korang yg x henti2 wt ak**
really appreciate dat..

-KANAFEE

10 comments:

dixie dollz said...

woahhh lame nya baru kuar n3 nih~
T_T!
yeahhh keep writing the next n3~

sinichies_girl88 said...

best...best..
nak dynaz ngn dennis...
tak nk ah org lain kacau uhuhuh...
:)

aqilah said...

berbaloi............walaupun lama menanti. kesian.........dynaz......... please!!!!!!!!!!!!!!! don't do this to her. she deserve better dan fasha, the evil.

fiza said...

penantian yg sgt berbaloi...hu3 cian dynaz...nk dennis n dynaz gak...ego sgt si dennis ni..pape pn writer cpt2 post en3 bru tau...

Anonymous said...

best....
nk dynaz ngan dennis..
hu hu hu

Hana_aniz said...

sambung cepat2 lg!
huhuhu..
thanks kanafee..
nak dennis dgn dynaz..

Anonymous said...

tiru cite full house!!tp digabungkan dgn cite len...pelik aku writer2 on9 yg aku slalu bce cite derank sumenye ade gmbr korea n cite die mesti ade bhs korea la...cite mcm sme la...kalo ape2 mesti koreanye la...obsessed gile korunk nih...pelik2!but still girl you need to improve ur 'lil bit messy' grammar...ur english is fine! but just ur grammar...k!
n n3 cpt2 sikit k...ponat den nk nunggu...thanks!
overall u did a good job girl!ur writing is good but nxt time try not to use korean as ur aspiration in writing...some peeps really hope people change their style...others may not be agree but its up to you...really...thanks!

Anonymous said...

waaaaa........ at last n3 nie kuar jugak ye......yup! apa2 pun nak naz dengan dennis, plssssss...........kesian dia but hanney tu pun ok kan.......ooooooooo poneng den......hehehehe

Anonymous said...

hahaha..korea pn janji ramai yg bace dh le..yg camtu la org nak baca yg camtu la org obsessed..i rasa cita ni xpnah lagi i tngk atau baca kt mana2..asal da song hye kyo ja cita full house funny tol la u ni lg pun cita ni bukan diorang kawen kontrak pn..i still nk dennis ngan dynaz k writer..pedulikan org2 yg x reti nak hargai karya org lain ni diorang x faham org bkarya ni mcm mane..papun jgn lupe post n3 baru fighting!!!

kyzer said...

kanafee,..napa nak kena tggu lama giler ni ...huhu da rindu ngan dennis n dynas...cptla sambung...

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket