Novella~My LovE 32

Saturday, October 23, 2010

BAB 32
           


Dynaz terbangun dari tidurnya,kepalanya terasa begitu berat sekali.Pandangannya kabur,dia kini terduduk lesu di atas katil tidurnya.Matanya yang basah dicemari air matanya dilap lembut dengan lengan baju tidurnya.
            “Morning.”tiba-tiba satu suara yang tidak asing lagi dipendengaran Dynaz melewati cuping telingannya.Serentak itu Dynaz melihat kearah pintu biliknya dimana datangnya suara tersebut.
Dennis dilihat membawa sebuah dulang yang berisi makanan dan minuman.Wajah lelaki itu serius sahaja tiada satu senyuman ketika dia menghampiri diri Dynaz.
Dynaz hanya melihat sepi pada kedatangan Dennis, wajahnya jelas kelihatan lesu dan tidak bermaya.
            “Baguslah..hari ni kau dah boleh bangun.”Dennis bersuara,tangannya kini mengacau penuh berhati-hati bubur ayam yang dibawanya itu.Sesekali dia meniup-niup perlahan cuba untuk menyejukkan bubur tersebut.
Dynaz menghela nafas berat,wajahnya yang pucat dan lesu dilihat sekilas oleh Dennis.Serentak itu lelaki tersebut mengusap perlahan dahi Dynaz dengan sebelah tangannya.
            “Hmm..demam pun dah nak baik.”teliti sekali wajah Dennis ketika dia membelek-belek isterinya itu.
Selama tiga hari Dynaz berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri, wanita itu tidak bisa bangun dari katilnya,Dennis ada ingin membawanya ke klinik tetapi ditolak keras olehnya. Malah doktor keluarga mereka yang hadir juga turut gagal merawat Dynaz apabila Dynaz kerap kali menolak apabila ingin diperiksa doktor lelaki tersebut.

Dennis hampir pusing dengan karenah Dynaz,akhirnya wanita itu hanya diberi makan ubat penahan sakit yang dibelinya di farmasi.
Sepatutnya dia kini yang dilayan seperti maharaja oleh wanita itu setelah segala tindakan bodoh yang dilakukan wanita tersebut tetapi sebaliknya dia pula yang terpaksa menjaga wanita tersebut seperti seorang maharani.
Memang menyakitkan hati!
Dennis kini meletakkan meja kecil yang sudahpun dihidangkan makanan dan minuman dihadapan Dynaz,selimut tebal wanita tersebut ditariknya dan diletaknya ketepi.Dynaz hanya membisu,dirinya membatu tidak bergerak.
            “You should eat..makan sikit.”Dennis melihat ke wajah Dynaz,nadanya rendah tiada kelembutan tetapi penuh prihatin.
Dynaz kini memandang ke wajah Dennis,pandangannya tepat melihat ke anak mata Dennis membuatkan Dennis tergamam.
Mengapa kau mengambil berat terhadapku?Kau ada agenda lain disebalik keprihatinan yang kau tunjukkan ini? Huh, aku tahu! Aku tahu segalanya. Kau jaga aku kerana harta kan? Harta yang begitu kau idamkan sehinggakan tergamak kau menyiksa kehidupanku.

Dynaz kini mengeleng sekali kepalanya,senyuman sinis dibibirnya kelihatan jelas walaupun wajahnya kini kelihatan pucat dan lesu.Tanpa membuang masa Dynaz kini mengangkat meja kecil di hadapannya itu dan diletakan di meja bersebelahan katilnya.
Dennis melihat perlakuan Dynaz kekeliruan.
            “Bila abang nak lepaskan Naz?”serak dan tenang sekali suara yang dikeluarkan Dynaz,wajah wanita itu kini tepat melihat ke arah Dennis.Ternyata raut wajah Dennis kini agak kekejutan tetapi cepat dia mengawal perasaannya supaya tidak jelas kelihatan.
            “Selagi kau tak sedar akan kebodohan kau selagi itu kau akan terkurung di sini.”Dennis tidak melihat Dynaz sebaliknya dia kini mengalihkan tubuhnya membelakangi wanita tersebut hanya kata-katanya yang kedengaran kejam itu sengaja dituturkannya bagi melewati cuping telinga Dynaz.
Kejam..sungguh Dynaz sudah lali akan cara percakapan lelaki tersebut.
            “Bodoh? Abang tahu tak perkara paling bodoh yang pernah Naz lakukan dalam kehidupan ni adalah berkahwin dengan abang.”begitu lancar dan tanpa ragu-ragu Dynaz bersuara tenang.Ketika ini pandangan Dennis mula menerkam ke wajah wanita di sampingnya itu.Dynaz tidak kalah, dia juga melawan pandangan Dennis dengan nekad sekali.
Betapa hatinya sakit,betapa dia tidak menyangka yang selama ini Dennis merancang satu permainan yang menjadikan dirinya sebagai mangsa utama di dalam permainan gila tersebut.
Segalanya sudah diketahuinya, rancangan Dennis untuk merapatkan dirinya bersama Henney dan rancangan Dennis menemukannya dengan Hariz..segalanya..segalanya..adalah untuk menyaksikan kecundangannya sebagai seorang isteri  yang akan digelar tidak bermaruah..seorang isteri yang curang!
            “Kenapa abang tak ceraikan Naz saja? Kan senang.”sinis sekali kata-kata Dynaz,wajahnya yang serius tiada tanda yang dia akan menamatkan perbincangan ini.
Dennis benar-benar terkejut dengan keberanian Dynaz,wajahnya tersentak dengan cepat amarahnya menguasai dirinya.
Hah..melampau kau Dynaz,sudahlah aku berlembut dengan kau selama tiga hari ni tiada hukuman yang aku berikan atas tindakan kau yang sewenang-wenangnya melangar arahan aku.Kini kau dah sihat sikit kau nak naik kepala?
            “Kenapa?Kau dah tak sabar nak jalani hidup dengan teman-teman lelaki kau di luar tu ke?”begitu bersahaja Dennis memerli,pandangannya kini tepat menikam ke sepasang mata milik Dynaz.
            “Ya!Ya!Memang Naz dah tak sabar nak hidup dengan mereka! Dengan semua teman lelaki Naz.”Kata-kata Dynaz yang nekad dan berani itu membuatkan Dennis termempan,Dynaz di hadapannya tidak kelihatan seperti Dynaz yang selalu sahaja patuh akan kata dan kehendaknya tetapi wanita di hadapannya itu kelihatan tegas dan begitu nekad dengan setiap kata-kata yang dituturkannya.
            “Naz nak diceraikan,abang ceraikan Naz sekarang juga.”ternyata Dynaz kini benar-benar di luar kewarasan dirinya.Amarahnya menguasai jiwa sehinggakan dia mampu menuturkan kata-kata yang bisa mengegarkan tiang arasy  itu.
            “Kau dah melampau Dynaz!Aku berlembut dengan kau bukan bermakna kau boleh naikkan kemarahan aku dan mengarah aku sesuka hati kau!”Dennis kini benar-benar marah dengan percakapan Dynaz,raut menyinga yang jelas terpampang di wajahnya langsung tidak mengurangi sedikit pun kekacakkannya.Lengan Dynaz kini digenggamnya dan dicengkamnya kuat.
            “Kenapa?Abang nak pukul Naz ke??Pukullah!”keberanian Dynaz kini benar-benar terserlah,ternyata Dynaz yang selama ini hanya berdiam diri sudah mula memainkan peranan sebenar dirinya.Hati perempuan mana yang tidak akan melenting jika dia mengetahui bahawa dirinya dipermain-mainkan suami sendiri.Selama ini dia bertahan apabila melihat Dennis berfoya-foya bersama wanita lain tetapi apabila Dennis mempermainkan maruah hidupnya dengan permainan gila yang dicipta lelaki tersebut memang hatinya tidak bisa berdiam lagi.
            “Aku bukan lelaki dayus yang akan memukul isteri sendiri,aku punya cara aku sendiri untuk menghukum kau.”Dennis kini menolak tubuh Dynaz kasar membuatkan tubuh Dynaz terhempas pada katil.Ketika ini wajah Dynaz dipegangnya kuat mengarahkan wanita itu untuk melihat terus ke pandangannya.
            “Aku akan pastikan ia lebih sakit dan derita dari pukulan yang kau harapkan.”tajam sekali pandangan Dennis pada wajah Dynaz.Betapa hatinya sakit melihat keberanian Dynaz yang begitu tegar melawan setiap kata-katanya.
            “Abang ingat Naz takut?”walaupun di dalam keadaan yang meronta-ronta Dynaz masih berani untuk mengungkapkan kata-kata bisa dan begitu sinis sekali apabila dia menatap terus ke sepasang mata sempurna milik Dennis.Cengkaman Dennis pada wajah Dynaz semakin dikuatkannya seperti mana hatinya sakit seperti itu pegangannya kuat mencengkam wajah lembut itu.Wajahnya begitu tegang,sinar kemarahannya jelas diluahkan oleh pandangan matanya.

TRUT..TRUT..TRUT..TRUT..tiba-tiba telefon rumah berbunyi kuat dan serentak itu membuatkan suasana  panas diantara Dennis dan Dynaz menjadi tegang,kaku tidak bersuara.Hanya pandangan mereka ketika ini yang membalas tajam menikam sesama sendiri.
Akhirnya Dennis melepaskan cengkamannya pada tubuh kecil Dynaz,dia menolak kasar tubuh Dynaz apabila dirinya ingin melangkah pergi meninggalkan katil milik Dynaz itu.
           
            “You really disappointed me, still the same Dynaz, always makes me in rage.”



Dennis kini berlari anak penuh cemas, wajahnya yang penuh kerisauan jelas terpampang ketika dia melewati wad-wad kecemasan kelas pertama hospital ternama tanah airnya itu.Panggilan telefon yang diterimanya sebentar tadi membawa khabar yang tidak terduga olehnya.Perasaannya bagai diragut sesuatu,jantungnya kini seolah-olah tidak bisa berdegup dengan sempurnanya.
Inilah kali kedua dia bertandang ke sini..setelah sekian lama akhirnya dia akan ditakdirkan untuk datang ke sini lagi.
Tidak..tidak..no bad news again,please.

Ketika Dennis menjejaki wad kecemasan yang ditujuinya,suasana sudahpun penuh dengan kelibat orang.Ada yang dikenalinya dan ada juga yang tidak dikenalinya.Jantungnya kini berdegup kencang,setiap langkah yang diaturnya terasa begitu berat sekali.Lemah..Ya perasaan yang sama seperti pertama kali dia bertandang ke sini.
Kini tanpa disedarinya dia sudahpun dikelilingi oleh para wartawan yang entah dari mana datangnya.Semuanya menyoal bertubi-tubi soalan yang seakan-akan serupa kepadanya.Tiada satu pun soalan yang melekat di fikirannya segalanya berlalu seakan-akan angin yang bertiup kencang.
Di saat dia terasa begitu lemah tiba-tiba dirinya dipegang seseorang,pandangannya kini melihat beberapa pegawai peribadi keluarganya mempertahankan dirinya dari serbuan para wartawan yang begitu obsess dengan berita hangat yang berlaku itu.
Segalanya begitu kabur..pandangannya,pendengaranya terasa kabur tiada apa yang didengarinya melainkan bunyian-buyian bising yang seakan-akan bunyi radio rosak yang berirama gelong turun naik irama tiada jelas.Dennis kini hanya menunduk apabila dirinya dipimpin kemas oleh pegawai peribadi tersebut.

Suasana yang riuh di luar wad kecemasan membuatkan Dynaz tersentak,dia yang baru sahaja menjejakkan kaki di situ tergamam apabila melihat begitu ramai orang di situ.Kelibat Dennis cuba dicarinya tetapi gagal dilihatnya.
Begitu pantas lelaki tersebut meninggalkan dirinya ketika mendapat panggilan telefon dari penasihat peribadi keluarga mereka sehinggakan pertengkaran panas yang berlaku diantara mereka berdua sebentar tadi bagaikan berlalu ditiup angin.
Dynaz kini melangkah penuh kegentaran,jiwanya gementar,jantungnya berdegup pantas pada setiap langkah yang diaturnya.
Tuan dan Puan cedera parah dalam kemalangan!
Kata-kata yang diluahkan pembantu rumah mamanya itu berulang-ulang kali melewati cuping telinganya.
Cedera parah?Kemalangan??

Begitu terketar-ketar tubuh Dynaz kini apabila melihat keadaan mama dan papa melalui bilik kaca tebal yang memisahkan dirinya dengan kedua-dua insan yang disayanginya itu.Tubuh mama dan papa yang dibalut kemas akibat luka parah kelihatan begitu lesu dan tidak bermaya.Kelihatan tiub-tiub kecil dicucuk di serata bahagian tubuh kedua-dua mentuanya itu menambahkan lagi kepiluan di hatinya.
            “ma..papa..”tersekat-sekat suara Dynaz memanggil insan yang disayanginya itu,tangannya memegang kaca tebal yang memisahkan dirinya dengan mentuanya itu.Serta merta air matanya berlinangan dan jatuh menuruni lekuk pipinya.
            “Ia bukan satu kemalangan, semuanya sudah dirancang.Ini angkara orang, bukan hanya sekadar kemalangan biasa.”tiba-tiba seorang lelaki yang berdiri disebelah Dynaz bersuara tenang sambil melihat tepat ke arah En.Amir dan Pn.Chae Rin yang terbaring tidak bermaya di dalam wad yang dijaga rapi oleh jururawat.
Bukan satu kemalangan?Begitu terkejut sekali Dynaz apabila mendengar kata-kata lelaki tersebut.Dia kenal lelaki tersebut adalah salah seorang pegawai peribadi papanya dan tak mungkin lelaki itu kini sedang berseloka dengannya.
            “Awak yakin.. akan ini?”tersekat-sekat juga nada yang dilahirkan Dynaz,wajahnya begitu serius melihat ke arahnya pegawai tersebut.
            “Tuan muda kini sedang berbincang dengan ketua polis tentang kemalangan tersebut.Puan muda jangan risau..semua akan selesai nanti.”begitu tenang sekali kata-kata pegawai tersebut cuba untuk menenangkan perasaan Dynaz.
Polis?Diri Dynaz kini benar-benar tersentak, sungguh dia berada di dalam ketakutan..fikirannya kini dapat meneka siapakah gerangan insan yang bisa melakukan semua ini.Anak matanya kini membesar,kerutan di dahinya jelas kelihaan.Perasaannya benar-benar terganggu ketika ini.
Top..Top..
Tanpa berlengah lagi Dynaz kini berlari mengatur langkahnya sedaya yang mampu.Fikirannya kini benar-benar bercelaru,jiwanya kini terasa sempit seperti dihimpit-himpit sesuatu.Yong Jun apa yang telah kau lakukan ini?

           
            “Wae? Wae?? (kenapa)”Dynaz kini menjerit sepenuh hatinya ketika dia menolak sekali tubuh Top yang berdiri tegap dihadapannya.Air matanya bertaburan tatkala dia berkata-kata.
Suasana di luar rumah Top itu penuh bersalut salji.Lantai batu yang selama ini menjadi tempat berjalan tidak lagi kelihatan apabila segalanya menjadi seperti satu hamparan putih disaluti sajli yang tebal.
            “Dia adalah ayah kau!Kenapa kau lakukan semua ini?”Air mata Dynaz semakin berjuraian,seolah-olah tidak mahu melepaskan lelaki tersebut, dia memegang erat kolar jacket biker yang dipakai Top.
Pandangan Top kini dingin sekali tidak melihat ke arah Dynaz sebaliknya dia lebih selesa melepaskan pandangnya pada suasana kota yang dapat dilihat dari atas bukit tersebut.Sebelah tangannya erat memegang helmet hitam kesayangannya.
Kedatangan Dynaz pada hari ini memang di dalam jangkaannya,sungguh dia tidak hairan apabila harinya ini didatangi wanita tersebut.

Eun Jun yang berada tidak jauh dari mereka hanya terdiam,dirinya yang dalam perjalanan untuk membuang sampah tersentak apabila tiba-tiba Dynaz datang dengan keadaan yang terburu-buru.
Dia mengingatkan wanita itu ingin bertemu dengannya tetapi fikirannya ternyata meleset apabila Dynaz berjalan meluru terus ke arah Top yang ketika itu sedang bersiap sedia untuk keluar dari rumahnya dengan menaiki motosikal hitam berkuasa tinggi itu.
Dynaz yang begitu emosi dilihat Eun Jun tergamam,sungguh dia langsung tidak memahami akan satu pun butir bicara yang dituturkan Dynaz tetapi  dia terus berdiri membatu di situ in case nanti jikalau Dynaz memerlukan pertolongan darinya.

            “Kau rasa ia setimpal ke dengan segala yang aku lalui?”setelah lama Top berdiam akhirnya dia bersuara,tatkala ini pandangannya kini melihat tepat ke anak mata Dynaz.
Marahkan aku..Kau nak marahkan aku..teruskan!Tapi kau perlu ingat aku tak akan pernah memadam segala kesengsaran memori hidup ni.Aku nak mereka bertanggungjawab terhadap segalanya..segalanya..
            “Kau tak patut lakukan semua tu,kau tahu apa kesudahannya?kau tahu tak??Kau akan tersiksa..tersiksa..”Dynaz mengalirkan air matanya begitu murah sekali apabila melihat lelaki dihadapannya itu.Perasaannya ketika ini begitu bercampur baur,Ya! dia marah dengan kelakuan lelaki tersebut tetapi pada masa yang sama dia kasihan dengan lelaki dihadapannya itu.Segala keperitan hidup lelaki tersebut tidak akan bermakna jika segalanya akhirnya akan memusnahkan kehidupannya.
            “Ya,semua orang mengharapkan begitu.Dalam semua cerita,watak antagonis pasti akan menerima kesudahan yang sadis.Aku tahu akan itu.Semua orang harapkan begitu.”
Tenang sahaja Top berkata-kata,dia sendiri sudah mengetahui jalan kisah hidupnya.Tiada siapa peduli akannya.Hidup,mati dirinya hanya dia sahaja yang peduli.Tiada siapa yang menghiraukannya..
            “No!Aku tak!Aku..Aku!Insan yang tak pernah mengharapkan kesudahan begitu.I wish for your happiness..I wish for your life..I don’t want you to get hurt..”bertaburan air mata Dynaz bagaikan tali air yang tiada hentinya,akhirnya dia menghamburkan segala kata-kata hatinya.Begitu jelas dan begitu emosi sekali membuatkan Top tersentak,terkaku dari terus berkata-kata.
            “The truth is I know exactly who you are..dan aku tak nak apa-apa terjadi pada kau..please don’t do a thing that eventually will hurt you,please..”ketika ini Dynaz memeluk tubuh Top yang terkaku.Dia akhirnya mengaku bahawa dirinya sebenarnya risaukan lelaki di dalam pelukannya itu lebih dari kedua-dua mentuanya.
Sekurang-kurangnya kedua mentuanya itu punya segalanya di dunia ini.Tetapi Top..Seung Hyun..Yong Jun..tidak mempunyai apa-apa..Dalam diri lelaki itu hanyalah dendam amarah yang ditanam dan disemainya sedari kecil lagi.

Pegangan erat Top pada helmet hitammnya kini longgar serentak itu helmet itu jatuh ke bumi seolah-olah mengambarkan perasaannya ketika ini.Tangisan Dynaz yang tidak henti ketika memeluk erat dirinya tiba-tiba melemahkan tujuannya..meredakan amarahnya..
Why Dynaz?..Kau sepatutnya datang pada hari ini untuk memarahi diriku.Kau tak sepatutnya risaukan aku..why?



            Ketika Dynaz melewati bilik rehat eksklusif yang disediakan pihak hospital buat ahli keluarga En.Amir itu,matanya menangkap satu tenungan tajam dari Dennis ke arahnya.Lelaki itu kelihatan keseorangan bersandar pada sebuah sofa yang betul-betul mengadap dirinya yang berada di pintu masuk bilik tersebut.
Dynaz tidak terus melawan renungan itu sebaliknya dia melihat suasana di dalam bilik tersebut.Kelihatan beberapa pegawai peribadi yang masih sibuk menjalankan tugas berada di situ.Tetapi semuanya bergerak dengan sunyi,kalau ada yang bersuara pun cuma dengan nada yang perlahan.Mungkin tidak mahu menganggu rehat Dennis di sofa tersebut.
Dynaz menarik nafas dalam,dia melangkah perlahan memasuki bilik tersebut dan duduk di sofa bersebelahan suaminya.
            “Mama dan papa sakit di sini,kau senang-senang saja berjalan-jalan di luar sana.”dingin dan sinis sekali suara Dennis,wajahnya tidak memandang isteri di sebelahnya itu sebaliknya dia hanya memejamkan mata dan merehatkan kepalanya pada sofa empuk yang didudukinya itu.
Dynaz diam tidak berkata-kata,dia tahu kesalahan yang dilakukannya itu.Tambahan dia tidak mahu bertekak dengan Dennis dihadapan pekerja-pekerja papanya ini.
            “Macam mana keadaan mama dan papa?..semakin baik?”ketika ini Dynaz cuba untuk memulakan bicara dengan suaminya itu.
            “Kau peduli ke tentang mereka?”bagaikan belati tajam yang menikam terus ke jantung Dynaz,kata-kata sindiran Dennis benar-benar menyentap perasaannya.
            “Apa yang abang cakap ni?Abang jangan nak-”
            “Enough, aku sudah malas nak bergaduh lagi dengan kau.”tanpa sempat Dynaz membuka kata-katanya Dennis terlebih dahulu memotongnya.Nada Dennis rendah,kedengaran lemah seakan wajahnya yang kelesuan.Tiada pandangan buat wanita disebelahnya itu membuatkan Dynaz terkedu.Tidak lama selepas itu Dennis bangun dari duduknya dan terus meninggalkan Dynaz di situ.

           
            “Argh..arg..”Dennis mengerang seorang diri,begitu sakit..begitu perit..begitu pedih kenyataan yang dihadapinya ini.Why?Kenapa segalanya perlu terjadi seperti ini?
Wajah kacaknya yang menunduk kini dibasahi air matanya,kelihatan begitu perit sekali seolah-olah dia dihukum sesuatu yang tidak tertanggung olehnya.
Memori silam kini semakin berlumba-lumba menerjah ke fikirannya.Memori yang selalu dibawanya..dan memori yang tidak akan pernah meninggalkan dirinya.
            “I should go..I should hurry up and go..so i won’t see you left behind..”tersekat-sekat bicara Soon Ae ketika  dia memegang erat jemari halus milik wanita tersebut.
            “What do you mean by ‘go’,I won’t let you go anywhere.No! without my permission.” Walaupun bicara Dennis kedengaran tegas tetapi perasaannya kala ini tidak keruan,air matanya mengalir menuruni lekuk pipinya yang sempurna.Sungguh dia mengerti akan kata-kata wanita yang terbaring lemah di atas katil disampingnya itu.Genggamannya pada jemari halus itu dieratkannya dan ketika itu Soon Ae menghadiahkan segaris senyuman yang begitu manis buat dirinya.
“I love you..I will always love you Dennis.”

Kata-kata terakhir wanita itu membawa makna yang begitu mendalam sekali, sungguh dia tidak dapat melupakan detik-detik terakhir dirinya bersama wanita yang begitu setia dan kasih terhadap dirinya itu.Wanita yang begitu nekad mempertaruhkan nyawa untuk menjadi korban demi dirinya.
Soon Ae pergi kerana mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan dirinya..sanggup menjadi korban demi seorang lelaki yang begitu bodoh untuk menyedari dan menilai erti sebuah kasih sayang..dan kini apa yang terjadi kepada mama dan papa juga adalah kerana dirinya..Jika dia tidak menolak untuk pergi mesyuarat di London itu sudah tentu mama dan papa tidak perlu mengantikan dirinya..dan sudah tentu mama dan papa tidak akan terlibat dalam kemalangan ini.Ya!Mereka semua tidak perlu menerima nasib sebegini..Aku!Aku! yang sebenarnya perlu menjadi korban!
I’m sorry..I’m so sorry…begitu tersiksa sekali tangisan Dennis kini,wajahnya menunduk tatkala dia terduduk bersandar pada dinding di kawasan keluar tangga kecemasan itu. Sunyi..begitu sunyi sekali kawasan tersebut sehening perasaan bersalah yang ditanggungnya ketika ini.


Dynaz kini berjalan perlahan sambil menuju ke vending machine. Tekaknya terasa haus dan perit sekali.Setelah beberapa keping syiling dimasukkannya,cepat dia menekan butang coffee. Ketika menunggu coffee untuk memenuhi cawan polistrin dia memisat-misatkan matanya,sesekali dia menguap kecil.Letih,begitu lemah sekali tubuhnya terasa ketika ini tetapi matanya ini enggan untuk berehat walaupun dia sering dinasihati untuk merehatkan diri oleh pegawai-pegawai keselamatan keluarga Dennis.
Sebentar dia mengilas sekali jam di pergelangan tangannya.-3.30AM-
Hmmm..aku tertanya-tanya macam mana lah pegawai-pegawai tu masih lagi bertenaga sehinggakan larut pagi macam ni?Hmmm..

            “Ahhhh!”Dynaz kini melepaskan nafasnya kuat,terasa lega segala urat sendinya apabila dia meneguk coffee panas yang dibelinya sebentar tadi.Dia duduk seorang diri di salah satu anak tangga di kawasan sunyi itu,cawan polistrin di tanggannya digenggam erat.
Kehadiran Henney pada lewat malam tadi bermain di fikirannya.Kegelisahan wajah kacak itu jelas terpampang ketika lelaki itu mengusap lembut kepalanya.
            “Don’t worry, Ok?..All will be fine..”lembut dan indah sekali nada itu cuba untuk menenangkan perasaannya..Ya!itulah Henney yang sering sahaja menjadi tempat perlindungannya ketika dirinya dilanda kegundahan dan kesedihan.
            “My guardian Angel..”tanpa disedari Dynaz, dirinya berkata-kata..begitu perlahan sekali seakan berbisik kepada dirinya sendiri.
Dynaz kini berjalan perlahan mengatur langkah,wajahnya menunduk dan kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket jacket labuhnya.
Dirinya masih lagi teringatkan bagaimana wajahnya merona merah tatkala melihat Henney berada dihadapannya dan ketika itu lelaki kacak itu sedang berbicara begitu serius sekali dengan salah seorang pegawai keselamatan yang berada di dalam wad kecemasan privasi itu.Perasaan janggal mula menyerbu dirinya apabila mengingatkan soalan beraninya terhadap lelaki tersebut tempoh hari.
Henney..siapa saya sebenarnya di dalam hati awak? Ketika itu juga wajahnya sekali lagi merona merah.

           
            “You’re blushing? Did I startle you?”Henney kini berada betul-betul dihadapannya.
            “Ah..urm..no..actually..ah..”hampir tergagap-gagap Dynaz menjawab apabila wajah Henney mula menghampiri dekat dengan wajahnya.Pandangan lelaki tersebut penuh dengan tanda tanya seolah-olah tidak mengerti akan perasaan dan degupan jantungnya yang berdegup pantas ketika ini.

           
            “STOP!!”Dynaz kini mengangkat sebelah tangannya, seolah-olah Henney kini berada di hadapannya.No!No!Dynaz kau tak boleh berperasaan seperti ini!Dynaz memberi nasihat bersungguh-sungguh buat dirinya.Dirinya kini membetul-betulkan jacket labuh yang tersarung cantik pada tubuhnya itu.
Tapi..mengapa jantung aku sentiasa berdegup kencang apabila mengingatkan lelaki tersebut?Sebelah tangan Dynaz kini berada dekat di bahagian jantungnya..
Am I falling in love with him?Suasana sunyi dan hening sekali ketika itu,Dynaz yang berdiri tegak seolah-olah patung terkelu lidah.Anak matanya kini membesar cuba mencerna kata-kata hatinya itu.Degupan jantungnya yang berdegup pantas dapat dirasanya dengan telapak tangannya yang masih lagi berada di bahagaian dadanya itu..THUMP..THUMP..THUMP..
Where’s Dennis?”
Tiba-tiba suara Henney menerjah fikirannya,dan ketika ini dia seakan-akan tersedar dari lamunannya.Cepat dirinya menoleh kiri dan kanan untuk mencari pemilik suara tersebut, akhirnya dirinya sedar suara tersebut hanyalah merupakan cebisan ingatannya pada malam tersebut.Dynaz kini melepaskan nafasnya perlahan..dia menggeleng sekali kepalanya. “Where’s Dennis?”
Suara itu masih lagi bergema di cuping telinganya,Dynaz kini mula mengatur langkahnya cepat.Manalah aku tahu di mana lelaki keparat tu ada! Bebal sekali perasaannya apabila mendengar nama lelaki yang dibencinya itu berkali-kali di pendengarannya.Sakit benar hatinya.
            “I don’t know and I reallyyyyy don’t care!” Kuat seolah-olah menjerit Dynaz menuturkan kata-katanya,wajahnya penuh kegeraman.
BUK!! Tiba-tiba satu bunyi seakan-akan objek yang terjatuh ke lantai membuatkan Dynaz tergamam.Dia tersentak dan serentak itu lidahnya terkedu.Perlahan-lahan Dynaz kini mengatur langkah merapati dinding dan dia kini mengintai penuh berhati-hati di penghujung jalan kawasan tersebut.Tiba-tiba wajahnya bertukar kekejutan,anak matanya kini membesar.
            “Ahh!Dennis!!”tanpa membuang masa cepat Dynaz mengatur langkahnya menuju kearah Dennis yang  kini terbaring di atas lantai sambil memeluk tubuhnya kuat.
Lelaki itu kelihatan begitu tersiksa sekali,mungkin kesejukkan kerana tidak memakai pakaian tebal untuk menahan kesejukan.Tergesa-gesa Dynaz kini mengambil tempat di hadapan Dennis dan serentak itu dia membuka jacket labuhnya begitu cemas sekali.
            “It’s okay..it’s ok..i’m here..”cepat sekali Dynaz mengangkat tubuh Dennis yang terlantar di lantai dan menyarungkan jacket ditangannya pada tubuh lelaki itu.Tubuh Dennis disandarnya ke dinding,wajah kacak lelaki itu yang menunduk dipegangnya untuk merasakan suhu badan lelaki tersebut dan pada ketika itu tiba-tiba dirinya terkejut apabila merasakan wajah itu basah..basah..basah dengan air mata yang masih lagi mengalir tiada henti.Serentak itu Dynaz mengangkat tangannya dari wajah Dennis,dan kini wajah lelaki yang dicemari butir mutiara itu kelihatan jelas di penglihatannya..


            “Soon Ae died here..in this hospital..the same place mama and papa sekarang sedang bertarung nyawa..”begitu perlahan sekali bicara Dennis,wajahnya yang mendongak melihat ke syiling disandarkan pada dinding tempat dirinya kini bersandar.Dynaz yang turut duduk bersama-sama Dennis di lantai hanya melihat wajah kacak yang penuh kesuraman itu tanpa berkata apa-apa.
            “Kau tahu kenapa Soon Ae mati? HaHa..kerana ingin selamatkan nyawa aku.Semuanya salah aku kan? Sepatutnya aku yang mati bukan dia..”Inilah kali pertama Dennis berkata-kata sesuatu dengan begitu terbuka sekali kepadanya.Walaupun Dennis masih mampu untuk mentertawakan dirinya tetapi jelas di wajahnya betapa dirinya dirundung kesedihan dan keperitan.
            “Stop blaming yourself.”
            “Mama, papa..jadi begini juga kerana aku..i’m the one yang sepatutnya pergi meeting tu..memang dari awal aku yang sepatutnya ma-”
            “mati?”Dynaz terlebih dahulu memotong kata-kata Dennis.
            “hmm, I wonder apa sebenarnya yang kita dapat dengan asyik menyalahkan diri sendiri?”Dynaz kini menghembuskan nafas panjang sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding.Dennis membisu hanya pandangannya melihat ke arah wajah Dynaz.
            “Penderitaan.Ya!hanya penderitaan.”kini Dynaz mula mengarahkan pandangannya pada Dennis di sebelahnya.
            “You know, Soon Ae died because takdir telah menentukannya..and you, to me just like a stupid person who continuosly blaming yourself for it.” Pandangan Dynaz tepat melihat ke sepasang mata sempurna milik Dennis membuatkan Dennis terdiam tidak terkata.
You claim this as love..This is not love..abang hanya ingat Soon Ae just because you feel guilty towards her..Thats all..Naz langsung tak nampak erti cinta itu dalam diri abang..”Dynaz kini menghembuskan nafas dalam, dia kini bersandar pada dinding.Sungguh dia tidak menghiraukan perasaan Dennis ketika ini,dia ingin mengatakan segalanya tentang apa yang dirasainya dan sesungguhnya hanya perkara itu difikirannya..
Now still the same..you still like a stupid person duduk di sini menyalahkan diri sendiri terhadap takdir yang ditentukan tuhan..Babbo..Babbo (stupid)..”Dynaz menggeleng-geleng kecil kepalanya, selamba dia bersuara,tidak pula dia bersungguh-sungguh menekankan nada percakapannya, hanya menyuarakan apa yang terlintas di fikirannya di saat itu.
Dennis tertunduk,dia hanya membisu tidak pula menyerlahkan sifat egonya ketika ini.
“Hidup ini akan lebih senang if u accept it as the way it is..tindakan menyalahkan diri sendiri tak ubah seperti menghukum diri tanpa memperoleh any advantage of it.”

Betul-betul berbeza dengan diri kau yang aku kenali..Dennis the almighty..Ketika ini Dynaz hanya tersenyum sinis.


Dennis mengusap lembut seutas kalung berbentuk ‘cupid’ kecil,wajahnya sugul.Pandangannya yang tidak putus melihat kearah sebuah batu besar berukiran seorang dewi dihadapannya itu sesekali terkedip cuba menahan kegalauan perasaannya ketika ini.
Cuaca pada pagi itu cerah sekali, awan biru yang berarak perlahan menambahkan lagi keindahan alam yang tiada tolok tandingnya itu.
Perlahan-lahan Dennis mendekati batu besar dihadapannya itu, sekeping gambar yang terpahat indah pada batu besar itu direnungnya dalam.
            “It’s really hurt Soon Ae..I’m gonna end it in here, right now..all of it..”seakan berbisik penuh rintihan, Dennis memejamkan matanya seolah-olah ketika ini wanita itu berada dekat disampingnya.
            “Will you..forgive. me?”nadanya tersekat-tersekat, cuba untuk mengawal emosinya yang makin tidak tertahan.Halus rambut wanita itu dapat dirasainya ketika ini,haruman tubuh wanita tersebut yang sering menjadi teman hidupnya sebelum ini terasa segar di rongga pernafasannya.
            “Soon Ae..”Dennis ketika ini membuka perlahan kelopak matanya.Di hadapannya kini kelihatan Soon Ae tersenyum manis ke arahnya.Dennis tersentak, cepat dia ingin mengosok kelopak matanya untuk memastikan segala di hadapannya ini bukanlah mimpi semata-mata.Ketika ini Soon Ae lebih cepat memegang tangan Dennis, dengan perlahan-lahan wanita tersebut mengusap lembut kelopak mata Dennis.
Senyuman pada bibir Soon Ae terhias begitu indah sekali.Dennis kini terkesima.Tanpa disedarinya air matanya ketika ini begitu murah mengalir seakan-akan menzahirkan emosinya yang tidak tertahan kini.
            “I’m sorry..so sorry..”Dennis menunduk cuba menahan tangisannya yang meruntuhkan tembok keegoannya itu. Ketika ini Soon Ae mengusap lembut pipi Dennis, satu anggukan kecil bersama segaris senyuman yang begitu manis terserlah indah pada wajah jelita wanita tersebut.Perlahan-lahan kini Soon Ae merapatkan wajahnya pada cuping telinga Dennis.
            “I never blame you for this..”halus sekali bisikan Soon Ae, ketika ini Dennis memegang lembut wajah yang penuh dengan kelembutan itu.
Be happy in your life..Dennis..
sebaris ayat yang tidak diucap dari bibir indah itu seakan-akan terdengar di pendengaran Dennis ketika Soon Ae menggenggam erat sepasang tangan Dennis.Senyuman pada bibir itu semakin indah dan akhirnya Soon Ae melepaskan tangan Dennis dan serentak itu bayangan Soon Ae semakin hilang di pandangan Dennis.
Cepat Dennis kini cuba mengejar bayangan tersebut tetapi semakin lama semakin dirinya hilang arah dan Soon Ae akhirnya lesap dari pandangan matanya.

Dennis kini tegak berdiri di situ, matanya kini membulat melihat sebentuk tubuh yang berada beberapa kaki  jarak di hadapannya. Tubuh tersebut yang mengantikan bayangan Soon Ae membuatkan Dennis kelu tidak mampu untuk bersuara.
Dynaz...
Dennis tidak dapat bergerak ketika ini seakan-akan kedua-dua kakinya dipasak di situ.






            

14 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

whoaa..rindu gilaaa...
thanks kanafee..
smbung2..

still nk naz n dennis..
henney hanya mainan perasaan naz je tu..

chayok2..

mimiefarhana said...

Akhirnya....
Sambung cepat-cepa ya..Sukanya

mcna said...

at last penantian berakhir gak...ingatkan dah x berpeluang nk baca citer ni...thanks a lot kanafee coz continue this awesome story....byk lg ke episod citer ni?....

Anonymous said...

adushh windu sewindunya terubat jugak,
dennis tu tunjuk aje bengis
tapi sebenarnya dia sayang bangat sama naz

wwannur

hana_aniz said...

huhu.. thanks sgt2 cik kanafee!~ WUU~~

harap2 dynaz dgn dennis.

IVORYGINGER said...

thanks you writer for this new post.
Long time waiting. he...

I still want Dynaz n Dennis until end.
Selama ni pun Dennis mmg cinta Dynaz dr kecil but sbb dia tau Dynaz suka Hariz tu dia jd playboy, ego xbtempat. huhuhu...
Hope something miracle will happen between both of them.
Dynaz jgn tetipu ngan kebaikan Henney. Dia baik ngan Dennis pun sbb arahan ayah dia. Dynza suppose let go Hariz from her mind.

rosse - violet said...

terubat rindu pd dynaz pada dennis pada henney..and thank for approve my mel...
thank again

Hananorisa said...

wah....akhirnya ada n3 baru...
lama tunggu..
thankz for updating...

tak sabar nk tahu apa yg jadik last2...

suzyanna d'lov prince said...

YEAH...can't stop waiting to read the ending...

Anonymous said...

miss gileeeerrrr kt this story..
hpe u can end this story with the happy ending yea..
will wait.. n gud luck !

Anonymous said...

nak dennis ngan dynaz.......
hope dennis x ceraikan dynaz!
and x nak dynaz ngan hariz,henney,or top........
good luck*_^

Anonymous said...

;] warghh.. baru teperasan cite ni da update

aqilah said...

wow!!!! dah ada new n3 rupa2nya.............yes!!!! nak lagi...................

Anonymous said...

huhu...new entry!!
miss sesgt citer neyh...thank you for updating! :)

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket