Novella~My LovE 33

Thursday, February 3, 2011

BAB 33



Ruang legar lobi hotel kini penuh dengan para tetamu yang sedang beramah mesra, tidak kurang juga keadaan di dalam dewan indah hotel tersebut, majlis malam ini begitu meriah sekali. MAJLIS MERAIKAN KESIHATAN PEMILIK KING CAPITAL ONE

Muzik klasik gabungan piano dan violin berirama indah menambahkan lagi keindahan pada malam yang begitu meriah itu.
Dennis kini melihat kepada Dynaz yang setia disebelahnya memaut erat pergelangan tangannya, wajah wanita itu kelihatan bersinar memancarkan senyuman pada tetamu yang hadir pada malam tersebut. Dennis mengeluh perlahan,wajahnya yang serius dan tegang jelas kelihatan, sesungguhnya hatinya amat sakit dan perasaannya terganggu dan sungguh dia tidak bisa untuk memalsukan roman wajahnya untuk kelihatan ceria seperti yang dilakukan wanita di sebelahnya itu. Fikirannya memikirkan perkara yang terjadi sebentar tadi..



            “Mulai hari ni tiada bilik untuk kau, kau akan tidur di luar.”ringkas kata-kata Dennis, dia ingin meneruskan kata-katanya tetapi ketika ini lidahnya terasa kelu.
Tidur dengan aku di luar sini~ kata-kata itu seolah-olah tersekat di kerongkongnya.
            “Kenapa?”cepat sahaja Dynaz membalas percakapan Dennis, nada yang dikeluarkan begitu ketara sekali menunjukkan ketidakpuasan hatinya.
Urgh..ehmm..ketika ini Dennis hanya mampu berdehem kecil, cuba untuk mengatur ayat supaya sesuai dengan situasi yang dihadapinya kini.
            “Perlu ke kau nak banyak tanya? Aku suruh, buat sajalah.”Dennis semakin binggung untuk mencari alasan yang wajar. Wajahnya tidak keruan ketika ini cuba menyembunyikan perasaan yang sejak kebelangan ini begitu padat mendesak dirinya.
Damn! What’s happening to me?

Kau benar-benar mahu menyingkirkan aku dalam hidup kau huh? Ketika ini sebak mula menyerbu diri Dynaz, hatinya tiba-tiba pilu dengan tindakan Dennis yang kini ingin menghalau keluar dirinya dari bilik yang selama ini didiaminya.
Dia sedar, dia tahu akan keterlaluan percakapannya sebelum ini terhadap Dennis, tetapi sungguh dia tidak percaya behawa Dennis kini sudah mula untuk menyingkir dirinya sedikit demi sedikit dari rumah ini..ketika ini kelopak matanya hampir bergenangan.
Cepat Dynaz mengesat matanya supaya tidak jelas di penglihatan Dennis.
Hmm.. “OK, Naz tak kisah dengan arahan abang tu. Lagipun Naz bukannya lama di sini.” Ada getaran pada nada yang dituturkan Dynaz ketika dirinya sedang berperang dengan perasaan sedih di dalam hatinya.
Dennis kini mengerutkan keningnya,wajahnya terkejut dengan kata-kata Dynaz serentak itu pandangan matanya melihat terus pada wajah bersih yang berada tidak jauh darinya itu.
            “Apa maksud kau?”Dennis kini mengatur langkah menuju ke Dynaz, tangannya kini masih lagi berada pada lehernya memperkemaskan tali leher yang sebentar tadi dipakainya.
            “Ceraikan Naz.”nada Dynaz mendatar tetapi masih kedengaran tegas.
For god sake! Why are you always bringing out that topic?!”Dennis kini benar-benar hilang kawalan dirinya, entah mengapa kata-kata Dynaz seolah-olah belati yang menikam terus ke jantungnya.
Dynaz melihat wajah Dennis yang kelihatan serius dan tegang itu. Jiwanya bertambah sakit.
 Lihat!Wajah kau yang tegang cukup untuk mengambarkan betapa kau takut akan kehilangan hak waris tunggal yang kau ingin-iginkan tu.
Dynaz kini menarik nafas dalam cuba untuk mengawal perasaannya ketika ini,dia tahu posisinya di dalam hati Dennis.Sebelum lelaki itu menendang dirinya keluar,lebih baik dia sendiri yang memulakannya. Lelaki dihadapanya ini tidak akan pernah bisa untuk berlembut dengannya jauhlah untuk mencintainya.
Cukuplah dengan segala kepura-puraan yang ditunjukkan Dennis selama ini terhadapnya, segala perlakuan lelaki tersebut mempunyai agenda yang sungguh tidak terjangka olehnya. Cukup..cukup sekali dia tertipu di dalam perangkap yang dicipta oleh Dennis.
 “Abang jangan risau, Naz bukan setegar abang..Naz akan bertanggungjawab atas semua ini, and for your information abang tak akan hilang satu sen pun harta yang abang inginkan tu.”kata-kata Dynaz serta merta membuatkan Dennis terpana.Dia terpaku,lidahnya kelu untuk berkata-kata.Rancangannya, Ya!Segalanya kerana rancangannya yang gila itu..Benar, benar segala kata-kata Dynaz menambahkan lagi kebisuannya, sungguh dirinya ketika ini tidak mampu untuk menidakkannya segala-galanya.
Ternyata Dynaz yang dijumpai pengsan di sebalik dinding hampir dengan ruang tamu di mana tempat dia berbicara bersama Henney beberepa minggu lalu telah pun mendengar perbualannya bersama Henney. Dennis tahu mungkin kerana ini juga menyebabkan sikap Dynaz berubah.
but..please..please, jangan memalukan Naz dengan segala rancangan abang tu..”ketika ini getaran pada nada Dynaz semakin jelas, ingin sahaja Dennis kini mengusap wajah Dynaz yang menunduk itu tetapi tangannya kaku untuk meneruskan niatnya itu.
            “Itu saja yang Naz minta..”Dynaz kini cepat meninggalkan Dennis sebelum air matanya tumpah di situ,cepat langkahnya menuju terus ke bilik tidurnya.




            Dynaz kini mengatur langkah perlahan menuju ke balkoni luas dewan hotel yang besar itu. Dirinya bersandar pada palang tangga yang dihias indah dengan kain baldu yang begitu lembut.
Hmmm..satu keluhan kecil lahir dari mulutnya, fikirannya kini bisa tenang berada di luar kawasan majlis tersebut.Hari ini ialah hari meraikan kesihatan kedua mentuanya yang semakin pulih dari kemalangan yang menimpa mereka beberapa minggu lepas.Entah mengapa hatinya tidak berasa ceria malah kepalanya kini terasa begitu pusing. Bukan kerana memikirkan masalah dan nasib dirinya, tetapi kerana pening di kepalanya yang semakin menjadi-jadi. Dynaz mengurut perlahan dahinya dan tiba-tiba dia terlihat kelibat seseorang yang kini sedang melangkah penuh bergaya ke arahnya.
Dynaz ketika ini tidak bersandar lagi pada tangga tersebut sebaliknya dia kini bersedia untuk menerima tetamu yang tidak diundangnya itu.
            “Naz,buat apa di sini? Melayan perasaan ke?”sinis sekali kata-kata yang lahir dari segaris bibir yang cantik itu.
            “Aku buat apa pun punya pasal akulah, yang kau nak sibuk pehal?”dingin Dynaz menjawab.
            “Ishk3..kau ni Dynaz tak pernah nak berubah kan?Peragai kau yang macam nilah yang buat abang Hariz tinggalkan kau.”diselangi dengan tawa yang kecil Fasha kini merapatkan lagi kedudukannya dengan Dynaz.
Dynaz ketika ini mengubah kedudukannya, jauh dari palang tangga.Fasha tersenyum kecil melihat karenah Dynaz yang ingin menjauhkan diri dari dirinya itu.Dia kini mengusap lembut kandungannya yang kini semakin jelas sengaja ingin diperlihatkan pada Dynaz dihadapannya itu.
            “Hmm..tak sangkakan, nasib boleh berubah dengan sekelip mata saja.” Fasha semakin rancak berkata-kata sambil mengusap-usap lembut kandunganya itu.Wajah Dynaz mula berubah, wajahnya serius apabila menyedari Fasha bakal mengunkitkan kisah lama diantara dirinya, Hariz dan wanita tersebut.
            “aku tak ada masa nak melayan kau.” Dynaz kini mula ingin melangkah pergi dari Fasha, dia tidak mahu lagi melihat diri wanita tersebut.Sesungguhnya hatinya begitu sakit melihat Fasha apatah lagi dengan kandungannya yang semakin membesar itu.
Anak Hariz..Ya!Kandungan itu merupakan benih Hariz, menambahkan lagi perit di hatinya.
            “Wait, wait my dear..kenapa cepat sangat nak tarik diri? Kau belum lagi say hi dengan baby aku ni..”lembut sekali nada Fasha ketika dia memegang lengan Dynaz.
            “Baby..dengar sini, ini auntie Dynaz.hmm,auntie tak berapa suka baby la..jangan risau ye, baby kan ada mama and papa..papa Hariz sangat sayangkan baby and mama.” Fasha kini berkata-kata dengan bayinya sambil matanya menjeling ke arah Dynaz, senyumannya jelas mengejek kearah Dynaz membuatkan Dynaz semakin tersiksa.
            “Cukup!Cukup kau nak mengada-ada dengan baby kau tu, aku harap sangat baby yang keluar tu nanti tak jadi seperti mama dia, Perempuan TERDESAK!!” Dynaz kini melepaskan geramnya dan kini mula berkira untuk pergi.
            “HEY!!what you called me??”Fasha kini menyinga, lengan Dynaz kini direntapnya.Dynaz kini terasa kesakitan yang menjalar pada lengannya itu.
            “Perempuan TERDESAK! Aku panggil kau PEREMPUAN TERDESAK!!Kenapa?? kau nak aku ulang banyak kali lagi ke?” Dynaz kini semakin menjadi-jadi mempersendakan Fasha apabila melihat wajah wanita itu kini merah menahan kemarahannya.
            “Kau perempuan, apa kurangnya!Kau goda abang Hariz,memang tak tahu malu kan?Kau memang sengaja nak hancurkan rumah tangga aku kan?”kini Fasha menghamburkan perasaannya yang ditahan selama ini.Hatinya sakit, jiwanya bengang mengenangkan sikap Hariz yang hambar melayannya kebelakangan ini.
            “WoW, the true Fasha dah jelma!Kenapa?Ada masalah dalam rumah tangga kau ke? Oh! I’m happy to hear that!”semakin menjadi-jadi Dynaz kini mempermain-mainkan Fasha.
            “Dynaz!!Kau ni memang perempuan murahan!”ketika ini Fasha merentap kuat sanggul Dynaz, hatinya sakit, sakit sangat dengan segala yang berlaku di dalam rumah tangganya itu.Dia mengenggam kasar rambut Dynaz sambil mengoyang kuat kepala Dynaz.Tanpa berlengah Dynaz kini mempertahankan dirinya dia memegang erat kedua-dua tangan Fasha ingin menolak tepi tangan yang semakin menggila itu.Mahu sahaja ketika ini dia menendang kuat wanita tersebut.tetapi memikirkan keadaan Fasha yang berbadan dua dia menahan niat hatinya itu.Fasha kini semakin menggila, habis berserabut rambut Dynaz dikerjakannya.Dynaz kini cuba sedaya upaya untuk melepaskan dirinya dari Fasha, tiada satu serangan balas pun yang dilakukannya.
            “Fasha, stop it..stop it”Dynaz kini terhuyung-hayang mengikut rentak Fasha yang menggila dan enggan untuk melepaskan kepalanya itu,kesakitan semakin menjalar-jalar ke kepalanya.Sungguh dia terasa seakan-akan kepalanya bisa meletup ketika ini.
Dynaz kini mengerahkan segala tenaga yang dimilikinya dan dia kini menolak tubuh Fasha, ketika ini Fasha kelihatan begitu berat mengatur nafasnya.sepasang matanya bergenang dengan air mata membuatkan Dynaz tersentak. Begitu berat sekali nafas yang yang diaturkan Fasha memperlihatkan kesusahan dirinya yang berbadan dua itu. Hatinya sedih..sungguh sedih dengan nasib rumah tangganya.Dynaz diam dihadapan Fasha, keadaan dirinya benar-benar tidak terurus dengan rambutnya yang kusut masai dan selendangnya yang jatuh ke lantai.
Fasha kini mula mengangkat wajahnya, dia kini memandahg Dynaz penuh dengan api kemarahan yang  membakar-bakar di dalam diri.
            “Kerana kaulah perempuan SIAL!!”Fasha kini meluru ke arah Dynaz membuatkan Dynaz tergamam, tetapi tiba-tiba entah bagaimana kasut tumit tinggi yang dipakai Fasha tergelincir membuatkan dia hilang imbangan tubuh dan dirinya kini hampir jatuh dari tangga yang tinggi itu, ketika ini cepat Dynaz meluru dan menghulurkan tangannya untuk bantuan.Cepat Fasha kini cuba untuk menyambut huluran Dynaz.
            “Naz tolong aku.”itu sahaja kata-kata yang terkeluar dari bibir cantik Fasha.Hujung tangan Dynaz kini berjaya menyentuh pergelangan Fasha,Dynaz kini melihat tepat ke wajah Fasha.
            “Help me..”cepat Fasha kini ingin melonjak tubuhnya kearah Dynaz dan berharap Dynaz kini menarik tangannya untuk menyelamatkannya.
Fasha..Fasha..dihadapan aku meminta pertolongan dari aku. Dynaz kaku,wajah Fasha dilihatnya..kosong..perasaannya ketika ini kosong,dia tidak bisa memikirkan apa-apa.
Wajah Fasha dilihatnya sekali lagi,dengan perlahan dia kini melonggarkan pegangannya, membuatkan anak mata Fasha membesar.Semuanya berlaku dengan begitu pantas sekali, ketika ini suara jeritan Fasha kuat bergema membuatkan para tetamu berlari anak cuba menghampiri tempat kejadian.
Dynaz berjalan perlahan ke tangga, wajahnya kini melihat ke bawah di mana tubuh Fasha terbaring tidak sedarkan diri itu.Perasaannya kini bercambur-baur, sungguh keliru, tetapi wajahnya dingin, kaku melihat tubuh Fasha yang tidak bermaya itu.
Puas?..Bersalah?..Bangga?..Sedih?..dia tidak dapat pastikannya tetapi apa yang pasti dia tidak dapat nafikan perasaan kemenangan memihak pada dirinya ketika ini.
“Hmm..tak sangkakan, nasib boleh berubah dengan sekelip mata saja.”kata-kata Fasha sebentar tadi, kini bermain di fikiran Dynaz.
            “Ya,Fasha..Ya, nasib memang boleh berubah dengan sekelip mata.”perlahan Dynaz bersuara sinis, sambil berjalan keluar dari tempat yang semakin dipenuhi orang itu.
Dennis kini terpaku melihat keadaan Dynaz yang tidak terurus itu, wanita itu mengatur langkah cermat tetapi kelihatan lemah sekali.Wajah wanita tersebut kaku dan berjalan tanpa arah.
            “She’s bleeding!She’s bleeding!” suara jeritan seorang tetamu membuatkan Dynaz kini hilang segala kekuatannya, kakinya terasa longgar hilang segala kudratnya.
Dennis cepat menerpa ketika Dynaz hampir terjatuh, tubuh Dynaz kini berada di dalam dakapan Dennis, Dynaz mengangkat wajahnya melihat Dennis.Kelopak matanya kini bergenangan air mata, dan serentak itu dirinya lemah jatuh di dalam dakapan suaminya.Dennis mengusap lembut rambut Dynaz, wajahnya kini melihat penuh kerisauan ke arah isterinya yang kini di dalam keadaan tidak sedarkan diri.




    
            “Anak kita abang..anak kita..”seperti orang yang hilang arah Fasha kini menangis, dirinya yang tidak terurus itu langsung tidak menjejaskan kecantikan wajahnya.Hariz di sisinya cuba menenangkan isterinya itu.Sudah hampir seminggu perkara itu berlaku tetapi Fasha masih lagi di dalam keadaannya yang meracau dan seperti orang hilang arah itu. Dia menangis setiap masa membuatkan perasaan Hariz semakin sebak dan pilu, hatinya resah ingin mengungkapkan kebenaran kepada isterinya itu.
Tidak!Aku tak boleh memberitahu Fasha tentang keadaan dirinya lagi. Kata-kata Hariz begitu menyesakkan jiwanya.Kebenaran begitu menyakitkan, amat memeritkan.
We already done what we could..Sorry, your wife’s condition is really fatal, she can’t pregnant anymore..can’t have a baby anymore.…really sorry.. kata-kata doktor kepadanya membuatkan dirinya kelu tidak terkata-kata. Terasa seperti langit menghempap dirinya, tubuhnya goyah kekuatan dirinya hilang..hilang sama sekali menerima khabar kebenaran dari doktor pakar tersebut.
Bagaimana harus aku khabarkan pada Fasha tentang berita ini?Aku tak mampu..sungguh aku tak mampu.
Ketika ini kelihatan ayah Hariz mengusap lembut bahu anak lelakinya itu cuba untuk memberikan semangat untuknya.
            “Hariz biar mak dan ayah bawa balik Fasha ke kampung..lagipun dia kena berpantang..kau selesaikan kerja kau kat sini, jangan risau..”mak Hariz kini bersuara lembut kepada anak lelakinya.Hariz kini menggeleng.
            “Tak apa mak, Hariz boleh jaga dia..”
            “Hmm,jangan begitu Hariz, ayah tengok kau pun dah tak terurus tu..biar Fasha dengan kami, kau selesaikan kerja kat sini.Nanti baliklah tengok isteri kau.”ayah Hariz kini pula memujuk.Hariz kini diam,wajahnya sayu melihat kea rah isterinya yang kini menangis teresak-esak.
            “Anak mama..anak mama..”sayu sekali rintihan Fasha.





Dynaz kini memicit-micit kepalanya, terasa perit sekali kesakitan yang dirasainya.badannya terasa lemah, dia sering muntah-muntah dan suhu tubuhnya yang tinggi itu menambahkan lagi kesakitan yang dirasainya sekarang.
            “Ni ubat demam, nah..makan sikit”Dennis kini menghalakan sudu yang penuh dengan ubat yang berwarna oren muda itu ke arah bibir Dynaz. Dynaz kini menggeleng, bibirnya tertutup rapat tidak mahu menelan ubat yang diberikan.
Hmm..Dennis mengeluh, masuk ini sudah tiga kali dia memujuk Dynaz untuk memakan ubatnya.
            “Macam mana nak baik kalau tak nak makan ubat.”Dennis mengeluh seorang diri sambil merendamkan sudu ke dalam gelas yang di dalam pengangannya.Dynaz hanya melihat perlakuan Dennis,wajahnya sebab, pipi, bibir dan hidungnya kelihatan kemerahan menahan suhu badannya yang tinggi itu.Dennis kini meletakkan tangannya pada dahi Dynaz.Panas.Suhu badannya masih belum berkurang.
            “Macam mana? Naz makan ubat tak?” kini suara Pn.Chae Rin pula bertandang.Dennis menggelengkan kepalanya, matanya tidak lekang melihat penuh kerisauan ke arah isterinya.
            “Naz..tak bolehlah macam ni, Naz kena makan ubat nak baik.”Pn.Chae Rin bersuara lembut sambil membelai kepala Dynaz.Tangannya kini menuang ubat ke atas sudu kecil.
            “Tak nak..tak nak..”lemah sekali suara Dynaz ketika ini air matanya mula membasahi kelopak matanya.
            “syhh..ok,ok no more medicine.”Dennis kini bersuara memujuk,wajah Dynaz diusapnya lembut kerisauan. Dynaz kini cepat memeluk tubuh suaminya seakan anak kecil yang meminta perlindungan dan dia menangis kecil.
Pn.Chae Rin kini menggaru kepalanya yang tidak gatal,binggung dengan sikap Dynaz.Ubat di tangannya digagahkan juga untuk disuakan ke arah Dynaz.Dennis yang memeluk Dynaz melihat ke arah mamanya dan menggelengkan kepala supaya mamanya tidak meneruskan niatnya, wajahnya berkerut berharap mamanya memahami keadaan Dynaz.
Ahhh~Pn.Chae Rin mengeluh lemah sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Dennis kini menyelimut tubuh Dynaz,dia melihat pipi Dynaz yang kemerahan, diusapnya lembut.Bibirnya tersenyum manis ketika ini mengingatkan sikap Dynaz yang begitu pelik sejak wanita itu jatuh sakit.Dynaz tiba-tiba sahaja menjadi begitu manja malah sikap Dynaz yang tidak mahu berenggang dengannya membuatkan jiwa lelakinya betul-betul terusik.
Sengaja dia membawa Dynaz pulang ke rumah orang tuanya dengan tujuan dia dapat meredakan salah faham Dynaz terhadapnya dan juga supaya dia bisa rapat dengan Dynaz.
Sungguh dia tidak menyangka Dynaz yang jatuh sakit akan menjadi sebegini rapat dengannya.
You’re such a adorable girl~  



           


“Apa yang kau buat huh?! You said that you will destroy that boy, and now, look! What’ve you done?!”begitu marah sekali Jong Woo terhadap Seung Hyun.Segalanya musnah! Mengikut rancangan Dennis yang harus ditimpa kecelakaan bukan Amir dan Chae Rin.
            “Satu tak berjaya doesn’t mean another also will be fail.”sinis sekali kata-kata Seung Hyun,dia yang duduk bersilang panggung di kerusi hadapan Jong Woo langsung tidak termakan dengan tengkingan  Jong Woo.
            “Huh, dulu pun kau gagal cederakan Dennis sampai terbunuh Soon Ae, then orang suruhan kau yang dihantar untuk hapuskan Dynaz also fail, and now-” Jong Woo terhenti kata-katanya ketika Seung Hyun memandangnya tajam.Sedar akan keterlanjuran kata-katanya dia membetulkan tali lehernya sambil mengatur nafasnya.
Sungguh pandangan Seung Hyun bisa membuatkan sesiapa sahaja gentar termasuk dirinya.Seung Hyun kini tersenyum sinis,dia bangun dari kerusi dan membetulkan tuxedo mahal yang tersarung pada tubuhnya.
            “Don’t worry, let’s the fish play with the bait first.” Seung Hyun kini berjalan penuh bergaya keluar dari pejabat Jong Woo.
Kelibat En.Amir dapat dilihatnya tidak jauh dari tempatnya berdiri sekarang,pandangan matanya dicerunkan melihat tepat ke arah lelaki tersebut.Kini wajahnya dihiasi senyuman ketika dia melihat En.Amir berjalan penuh ceria ke arahnya.

            “Oh, my boy!Seung Hyun!Lama tak jumpa.”begitu ceria sekali suara En.Amir menyapa Seung Hyun.Lelaki muda di hadapannya itu hanya mehadiahkan segaris senyuman bersama satu tundukan bagi menghormati pemilik syarikat gah itu.
En.Amir tersenyum, inilah satu-satunya insan yang begitu jujur apabila berhadapan dengannya, lelaki muda di hadapannya ini tidak pernah mengampu dirinya apatah lagi untuk membesar-besarkan dirinya.
Lelaki ini hanya bersuara bila perlu dan selalunya hanya dia sahaja yang banyak menyoal lelaki misteri di hadapannya ini.Entah mengapa dia begitu senang dengan Seung Hyun malah melihat wajah lelaki tersebut membuatkan dirinya terasa tenang.
            “Hmm..You look so great with this tuxedo! You should wear attire like this everyday, it really suit you!”En.Amir tersenyum indah sambil memegang kedua-dua bahu milik Seung Hyun, dia kini memperkemaskan tuxedo di bahagian dada Seung Hyun.Tidak ubah seperti seorang ayah yang begitu prihatin terhadap penampilan anak lelakinya pada hari pertama bekerja.
Seung Hyun tersentak dengan perlakuan En.Amir, tiba-tiba jangtungnya berdegup pantas.Serentak itu dia menolak lembut tangan En.Amir,wajahnya serta merta berubah kekeliruan.
            “Sudah breakfast?”En.Amir sedar akan kelainan pada wajah Seung Hyun dia kini mula menyoal Seung Hyun bersahaja.Seung Hyun mengangguk sekali, wajahnya tegang tiada senyuman di situ.
            “Sorry, please excuse me..I had a lot of work waiting to be complete..I’m sorry.”dengan satu tundukan hormat Seung Hyun kini mula melangkah pergi meninggalkan En.Amir.Langkah diaturnya pantas tetapi penuh bergaya.En.Amir melihat kelibat Seung Hyun, wajah lelaki tersebut benar-benar membuatkan dia terasa seakan dia sudah begitu lama mengenali lelaki tersebut walhal dia hanya pertama kali berkenalan dengan Seung Hyun ketika lelaki itu bekerja di syarikatnya ini.
Seung Hyun..





Suasana pada malam tersebut dingin sekali, hujan lebat di luar tidak dihiraukan Dennis, dia menaikan suhu alat pemanas bilik dan kembali menumpukan kerjanya yang masih bertimbun perlu diselesaikan.Dennis kini meneliti satu persatu helaian dokumen yang terbentang di meja kerjanya itu.Wajahnya teliti sekali, sesekali pandangannya diarahkan ke katil tidur untuk melihat keadaan Dynaz.
Dennis kini bersandar pada kerusi, satu helai dokumen di tangannya dibacanya cuba untuk menfokuskan mindanya kepada dokumen tersebut tetapi matanya kerap sahaja beralih melihat Dynaz yang nyenyak tidur di atas katil besar dan indah itu.
Ahhh..satu keluhan kecil dilepaskannya, dia kini meletakkan dokumen tersebut di atas meja dan kini mengatur langkah menuju ke arah katil tidur.
Dennis kini duduk di samping Dynaz yang nyenyak tidur, pipi wanita tersebut diusapnya.
What’ve you done to me Dynaz?I can’t take my eyes off you..Oh God, is this just a crush or I’m in love with her? Pandangan Dennis melihat Dynaz, tangannya masih lagi berada di pipi Dynaz, jiwanya berperang kekeliruan ketika ini.Sungguh apa yang berlaku padanya kini sukar untuk dijelaskannya, dia tidak dapat menafikan diri Dynaz semakin hari semakin meresap ke dalam hatinya.Adakah dia mula mencintai wanita ini?
Lamunan Dennis kini terhenti apabila tubuh Dynaz mula bergerak sedikit, cepat dia kini mengangkat tangannya dari terus berada di pipi wanita tersebut tetapi tangan Dynaz lebih cepat mengenggam tangannya untuk terus berada di pipi wanita tersebut.
Perlahan kini Dynaz membuka matanya, wanita itu kelihatan masih lagi lemah dan masih lagi di dalam keadaan mamai.
            “Tidur dengan Naz..”lemah dan kecil sekali suara tersebut, kelopak mata Dynaz hanya separuh terbuka melihat Dennis.Jantung Dennis ketika ini berdegup kencang, perasannya berdebar-debar mendengar kata-kata Dynaz malah tubuhnya kaku tiada respon. 
Dynaz kini mendekatkan tubuhnya pada riba Dennis membuatkan Dennis dilanda perasaan yang tidak menentu, Perlahan Dynaz kini bangun dan mendekatkan wajahnya seiring Dennis,jelas ketika ini Dynaz masih lagi di dalam keadaan mamai, dengan kelopak mata yang hanya mampu dibukanya separuh dia melihat terus ke anak mata Dennis dan tersenyum manis.
Dennis terkaku tidak mampu untuk berfikir ketika ini,Dynaz di hadapannya begitu menggoda sekali sungguh dia tidak bisa untuk mengalih pandangannya dari terus melihat sepasang mata redup yang kini melihat penuh menggoda kepada dirinya.
Dynaz kini mencium lembut bibir sempurna milik Dennis.Sekali, dan buat kedua kali ciumannya bertahan lama di situ.



Pagi itu Dynaz bangun dari tidurnya,dia kini berjalan perlahan menuju ke pintu bilik.Perlahan dia memulas tombol dan menarik pintu besar itu.Langkah diaturnya sempurna, hari ini nasibnya begitu baik kerana pening kepala yang selama ini menyerang dirinya sudah beransur pulih.
            “Hah!Dynaz, kenapa jalan-jalan ni? Naz kan masih tak sihat, Naz kena banyak rehat.”suara Pn.Chae Rin kerisauan dan kini dia membelek-belek menantunya itu.
            “ma..abang Dennis mana?”Dynaz tidak terus melayan kata-kata mamanya itu sebaliknya dia menanyakan tentang suaminya.
            “La..Dennis pergi kerja la sayang..tadi baru saja dia keluar”Pn.Chae Rin kini mengusap lembut kepala Dynaz.
Hmm..Dynaz kini menarik nafas dalam, segaris senyuman dilayarkan pada bibirnya yang kecil.Kenapa aku begitu bodoh menanyakan perihal Dennis pagi-pagi macam ni?Tentulah lelaki itu ada di pejabatnya.Ishk..





Dennis melihat Henney begitu tajam sekali ketika lelaki tersebut membentangkan rangka projek baru syarikat di mesyuarat pada pagi tersebut.Hatinya pedih dan begitu sakit sekali apabila mengenangkan perhubungan sahabatnya itu dengan isterinya.Hakikat dia tidak tahu sejauh mana hubungan diantara mereka menambahkan lagi keresahan di hatinya.
Adakah perhubungan mereka berdua sudah pergi begitu jauh?Kotak minda Dennis kini diserbu dan dipengaruhi fikiran-fikiran yang kotor.


            “Henney..henney.”bisikan halus Dynaz di telinga Dennis membuatkan lelaki tersebut tersentak.Sebentar tadi wanita itu begitu asyik mencumbuinya dan kini mengapa nama Henney yang lahir pada segaris bibir itu?
Dennis terkaku,Dynaz yang kini berada di atas tubuhnya mula mengalihkan ciumannya pada rahang Dennis dan tiba-tiba wanita itu terdiam di situ.
            “I love you..”Dynaz berbisik halus sebelum dia merebahkan kepalanya pada dada Dennis meninggalkan Dennis keseorangan di dalam keadaan amarah yang semakin menyerang tangkai jangtungnya.


Kejadian semalam masih segar di ingatan Dennis ketika ini, wajahnya tegang menampakkan kekeruhan perasaannya.Henney berdehem kecil sambil mengumpul kertas-kertas kerja di hadapannya.Dennis kini melihat tajam ke arah lelaki tersebut, tidak tersangka olehnya lama juga dia dihanyut ingatan semalam sehinggakan tidak sedar yang kini di bilik mesyuarat tersebut cuma tinggal mereka berdua sahaja.
            “Dynaz sihat?”tenang Henney bersuara tanpa memalingkan wajahnya pada rakannya itu, dia masih mengemas kertas-kertas sambil memasukkan satu persatu ke dalam fail yang di genggammnya.
            “She’s better with me.”ada nada angkuh terselit pada percakapan Dennis membuatkan Henney tersenyum.
Henney kini mengatur langkahnya untuk meniggalkan bilik mesyuarat itu tetapi tiba-tiba dia menghentikan langkahnya.
            “I love her, I don’t mind to compete with you in order to get her.”kata-kata Henney serius sekali membuatkan Dennis kini mengetap bibirnya,wajahnya tegang dan kini dia mula bangun dari kerusinya.
Pandangan dua jejaka tampan itu kini bertembung, jelas sekali ketegangan di wajah Dennis berbanding Henney yang kelihatan begitu tenang.
Henney..Henney.. bisikan Dynaz semalam bermain-main di fikiran Dennis ketika ini.





Dia tidak tahu mengapa tetapi kini dia sudahpun berada di dalam lift menuju ke tingkat teratas bangunan tersebut.Apakah tujuan sebenar dia ke sini? Perlukah setiap tindakan yang dilakukan seseorang disebabkan dorongan kehendaknya??
Dia kini menelan liur,terasa perit tekaknya ketika ini.Inilah kali pertama dia berkungjung ke sini,sungguh  dia juga berasa pusing memikirkan sebabnya tetapi kini perasaannya betul-betul mendesak dirinya untuk bertemu dengan lelaki tersebut.Mengapa??
            “Pn.Muda Dynaz,tak pernah nampak Pn datang ke syarikat?”seakan terkejut tetapi penuh dengan senyuman yang manis, penyambut tetamu di lobi menegur Dynaz.
            “Pn. mahu bertemu En.Dennis ke?”begitu mesra seorang lagi penyambut tetamu bersuara.Dynaz berdehem kecil cuba membetulkan kotak suaranya, dia agak terperanjat dengan teguran dua perempuan cantik itu.

Begitu jelas ke aku ke mari untuk bertemu Dennis?? Dynaz kini tertanya-tanya di dalam hatinya.Teguran penyambut tetamu di lobi sebentar tadi membuatkan Dynaz kini semakin bercelaru, kedua-dua tangannya kini digenggam kemas.
Dirinya juga tidak mengerti mengapa sejak kebelakangan ini dia begitu mengharapkan dia berada dekat disamping Dennis, malah hatinya juga menjadi tidak keruan jika Dennis tiada dipenglihatanya.
Mengapa??Adakah aku mula mencintainya?
SHITTTTT!! Dynaz kini menggeleng-geleng kepalanya laju.
Tak mungkin!Peluh dingin kini mula terbentuk di dahinya,cepat Dynaz kini menekan butang lift untuk turun semula ke bawah.
Tidak!Tidak aku tak boleh mengalah kepada perasaan aku yang tidak waras ni!
Tiba-tiba lift kini berhenti,menandakan ada pengguna lain yang ingin menggunakan khidmat kemudahan tersebut.Dynaz  berundur ke belakang, dan kini pintu lift terbuka dan sepasang mata bundar Dynaz membesar.
Dihadapannya kini kelihatan seorang kelibat lelaki yang begitu kacak, dan yang amat dikenalinya.


            “Datang jumpa Dennis?”begitu tenang Hariz bersuara,diaberada di hadapan Dynaz dengan membelakangi wanita tersebut.Dynaz tidak menjawab sebaliknya dia cuma melihat sesusuk tubuh sasa yang membelakanginya itu.
            “Fasha macam mana?”otaknya kini berserabut,sungguh dia berasa tidak keruan ketika ini, soalan yang ditanya Hariz tidak diendahkannya sebaliknya dia mula menyoal perihal wanita yang menjadi buah hati lelaki di hadapannya itu.
Satu keluhan didengari Dynaz, begitu berat sekali bunyinya.
            “Dia keguguran…-”
            “Naz minta maaf!”begitu cepat Dynaz bersuara seolah-olah dia kini merasakan dirinya begitu bersalah sekali, dan sebenarnya sungguh dia  kini dihimpit perasaan yang bersalah.
            “Naz ada bersama Fasha ketika tu, tentu abang salahkan Naz sebab-”
            “Sebab tak selamatkan Fasha?”Hariz lebih terdahulu menghabiskan ayat Dynaz, wajahnya kini berpaling melihat seraut wajah lembut di belakangnya itu.
            “I know, at that time if you had a chance to save her, you will do it..”tenang Hariz menuturkan kata-katanya membuatkan Dynaz tersentak.
Kata-kata yang sepatutnya akan menenangkan jiwa pendengarnya itu disambut sebaliknya oleh Dynaz, ayat dituturkan Hariz seolah-olah belati yang kini menusuk ke hatinya.Ya!segalanya kerana perasaan bersalahnya yang semakin menyerang dirinya itu.
            “Macam mana jika sebenarnya Naz betul-betul ada peluang untuk menyelamatkan dia tetapi Naz lebih rela biarkan dia terjatuh?Abang akan bencikan Naz?”soalan Dynaz begitu tenang sekali,wajahnya serius.
Walaupun kini Hariz tidak lagi melihat wajah Dynaz di belakangnya, dia dapat rasakan ketengangan suasana ketika itu,dari nada yang dilontarkan Dynaz dia mengerti pergolakkan perasaan Dynaz..Hariz kini memejamkan matanya, kekeruhan pada wajahnya menunjukkan betapa dia tersiksa.
Hukuman..Inilah hukuman buat dirinya..
            “Still..Naz I believe you will save her..”nada Hariz tenggelam timbul,jawapan yang cuba menidakkan kebenaran itu dirasakannya begitu tersiksa sekali.
Ketika ini pintu lift terbuka pada destinasinya, dan Hariz kini mengatur langkahnya cuba untuk bertenang meninggalkan Dynaz keseorangan di situ.
Air mata Dynaz kini mengalir menuruni lekuk pipinya, dia tahu Hariz mengerti akan kata-katanya tetapi mengapa Hariz tidak menyoalnya
Mengapa Naz lakukan semua ini? Naz tahu tak Fasha sekarang keguguran?? Naz tahu tak kelakuan Naz ni buatkan abang bertambah benci pada Naz?? Mengapa? Mengapa Naz??

“I hate to see she happy with you, I hate to see she belong to you, I hate everything about her and you because..because..I want to be happy with you and I want to belong to you..”




Tumbukkan kuat mengena tepat ke rahang Henney membuatkan lelaki itu terhempas di atas meja, Dennis mengesat cairan pekat merah yang mengalir sedikit pada luka di bibirnya.Dia tidak puas, cepat dia mendapatkan tubuh Henney dan memaut kuat pada leher baju lelaki tersebut, sekali lagi tumbukan dihanyunnya pada wajah kacak itu, dan pada tumbukan kedua Henney lebih cepat mengelak membuatkan tubuh Dennis rebah pada meja tersebut.Henney cuba bangun tetapi Dennis lebih pantas menarik lengan lelaki tersebut dan masih lagi berusaha untuk memukul lelaki tersebut sehinggalah tindakannya tiba-tiba terhenti apabila tiba-tiba Henney yang berada dalam pegangannya itu ketawa.
Tanpa disedarinya, pengangannya pada tubuh Henney kini longgar.Tawa lelaki tersebut bukan tawa yang mengejek atau tawa yang ingin mencetuskan perbalahan tetapi merupakan tawa yang selama ini menemani hidupnya.
Tawa yang mesra..tawa yang mengajarnya erti sebuah persahabatan yang tidak pernah dirasainya sebelum menemui lelaki tersebut.
            “Henney..”Dennis kini berusara rendah,tawa lelaki tersebut masih bersisa ketika lelaki itu mengesat cairan pekat merah yang mengalir dari mulutnya.
            “Ha..Ha..Kau berubah, kau sangat berubah.”Henney dengan sisa tawanya kini bersuara seakan-akan tiada apa berlaku diantara mereka berdua.Dia kini bangun dari baring di atas meja panjang tersebut lalu duduk bersahaja di situ.
            “Henney-”
            “Kau ingat tak, seorang budak yang dulu begitu tiada keyakinan diri?Dia tidak tahu apa yang dia mahukan dalam hidup ni, malah dia sanggup memberikan segala-galanya pada temannya in order untuk berada dekat dengan temannya itu.”Henney kini melepaskan pandangannya pada tingkap kaca yang luas di dalam bilik mesyuarat itu.Dia melihat terus pada keindahan awan pada puncak tertinggi bangunan tersebut.
Dennis terdiam, sungguh dia tersentak dengan kelakuan Henney.
            “You’re that boy, who always stupidly maked a joke of yourself


            “I will do anything for you, name it? I’m your servant and I’m at your command!”begitu bersungguh-sungguh sekali Dennis bersuara, tubuhnya yang kecil itu ditundukkan seolah-olah dia kini adalah seorang persuruh yang berkhidmat pada tuannya.
            “anything..but please, don’t leave me.”suara kecil itu kini seakan tenggelam timbul cuba menahan pergolakkan perasaanya.Dia tidak mahu dirinya ditolak oleh lelaki yang dianggap sempurna di hadapannya ini.
            “Who said that you are qualified enough to be my servant?” nada yang dikeluarkan lelaki dihadapannya itu tidak angkuh tetapi cukup menciptakan kesedihan di dalam hati Dennis, bunyi derapan langkah oleh lelaki tersebut menandakan dia kini ditinggalkan keseorangan, ketika ini air matanya mula menitis menuruni lekuk pipinya.
Tetapi tiba-tiba tanpa disedarinya dagunya disentuh seseorang, jari panjang itu menolak lembut dagunya untuk tidak lagi menunduk.
            “How about the idea of friend? Coz I’m very sick with the servant kind of stuff.”lelaki itu kini tersenyum manis melihat ke arahnya.
           

and you’re the one who always stopped me from maked fool of myself..” Dennis yang kini terduduk sepi di sebelah Henney bersuara rendah.Ketika ini kedua-dua mereka hanya berdiam diri, cuma pandangan mereka sahaja kini bersama melihat keindahan awan di sebalik tingkap kaca tebal yang besar itu.




            “Dia berhak untuk semua tu. Padan muka dia!” begitu bersungguh-sungguh sekali Eun-Jun meluahkan kata hatinya.Dynaz menyembabkan wajahnya pada lututnya yang dirapatkan pada dadanya.
            “Tak perlu rasa bersalah! Kau sekarang ni perlu bersuka-ria tau, perempuan keji macam tu memang harus ada pengajaranya.”kelihatan kini Eun-jun sibuk dengan mengemas beg sandangnya, Dynaz yang berada di meja kecil di sudut rumahnya itu tidak dihiraukan. Pada dirinya Fasha memang patut diberikan pengajaran seperti itu!
            “Ni, kalau aku tak kerja memang dah lama aku bawa kau pergi meraikan kemenangan kau ni, kau tahu tak?”Eun Jun masih lagi bersuara, membebel-bebel.
Kemenangan? Dynaz menlepaskan keluhan dalam.
Dia kini memicit-micitkan kepalanya yang terasa begitu perit, entah mengapa tiba-tiba dia berada di sini.Dia pun tidak mengerti, sedar-sedar dia sudah berada di hadapan rumah teman baiknya ini.Niat awalnya untuk bertemu Dennis kini hilang.
Ahhhh..Dynaz kini mengeluh kuat dan dia kini terbaring di lantai.Bantal tidur Eun-Jun dicapainya dan dipeluknya rapat.
Kenapa?Kenapa????Dynaz kini memukul-mukul wajahnya,marah dengan perasaannya yang begitu asyik memikirkan untuk bertemu Dennis.
Lelaki tu jahat!Dia dah buat macam-macam pada kau, kenapa kau asyik nak fikirkan dia!!
BUK!BUK!BUK!satu persatu pukulan kuat mengena tepat pada wajahnya, usaha untuk dirinya bangun dari perasaannya yang dunggu itu.
            “Wei!Buang tebiat ke apa kau ni??”tiba-tiba Eun-Jun memegang kuat lengan Dynaz, sepantas kilat kini Dynaz bangun dari baringnya dan dia kini memegang erat kedua-dua tangan Eun-Jun membuatkan wanita itu terpinga-pinga.
            “Tolong aku..kau kena tolong aku Eun-Jun..”
            “Kenapa kau ni Dynaz?”
Kini Dynaz kembali ke posisi baringnya dan dia kini memeluk erat bantal di dadanya itu.
            “Aku tak nak Dennis..”lembut Dynaz bersuara,pandangannya tidak melihat sahabatnya itu sebaliknya dirinya melamun entah hilang ke mana.
            “La..pasal mamat tu! Apa susah?Kau ada aku, kau ada rumah ni, CERAI kan sajalah.”begitu lantang Eun-Jun bersuara, perasaan amarahnya semakin membuak pada Dennis ketika dia mendengar kisah sebenar dari Dynaz bahawa lelaki tersebut hanya berkahwin kerana takut kehilangan harta waris tunggal.
CERAI??
            “Tak boleh.”cepat sahaja Dynaz kini menjawab,sekali lagi dia bangun dari baringnya.
            “Lah..kenapa pula?”soalan Eun-Jun kini membuatkan Dynaz diserang tanda-tanya,dia  berasa malu terhadap reaksinya yang begitu ketara apabila mendengar perkataan ‘cerai’ itu. Serentak itu hatinya terasa seakan-akan dihimpit sesuatu,siksa sekali dan kini kelihatan Dynaz mengurut-urut perlahan dadanya begitu perit.Eun-Jun pelik dengan telatah Dynaz,wajahnya berubah keliru.
            “Aku asyik fikirkan dia..segalanya..entah mengapa,dia selalu bermain dalam fikiran aku..”Dynaz kini bersuara lembut,sekali lagi lamunannya entah kemana.Eun-Jun terdiam,dirinya cuba untuk menelah perasaan Dynaz..
Oh God, Naz jangan kata kau dah..
Tiba-tiba telefon bimbit Dynaz berbunyi, Eun-Jun tersentak dia melihat Dynaz memegang telefon tersebut.Ketika wanita itu membaca nama pemanggil di skrin telen bimbit tersebut kelihatan jelas segaris senyuman memancar pada bibirnya yang merah itu.
            “Hello abang.”lembut Dynaz menjawab.
Dennis?Dennis yang telefon..mengapa Dynaz begitu gembira sekali??Eun-jun kini tertanya-tanya.
           
            “Kau ada di mana ni?”nada yang dikeluarkan Dennis kedengaran risau.
            “Rumah Eun-Jun.”ringkas Dynaz menjawab.Lama Dennis diam.
            “Kau buat apa kat sana??”nadanya kini sudah berubah, sedikit tinggi berbaur kecemburuan.
            “Jumpa Eun-Jun..mm.abang..boleh abang ambilkan Naz kat sini?”nada Dynaz lembut teragak-agak.
            “Hmm.ehem, kau tunggu di sana..nanti aku sampai.”kedengaran jelas Dennis yang seperti sukar mengatur ayatnya, malah dia sempat mengawal perasaan terkejutnya dengan mengaturkan nafasnya yang hampir tersedak ketika tadi.
Dynaz meminta aku mengambilnya??Ah..bukankah dia begitu suka berada di rumah temannya itu berbanding berada di samping aku?Mengapa tiba-tiba dia begitu berubah?
Ketika ini Dennis benar-benar tidak mengerti tetapi senyuman yang mekar di bibirnya menandakan dia tidak perlu untuk berasa gusar akan ini kerana ternyata takdir kini memihak pada dirinya.


            “Aku kena cepat, aku nak pergi tunggu dia kat bawah sana,nanti membebel pula dia” cepat Dynaz kini mengambil beg tangannya dan kini mula berkira untuk meninggalkan rumah Eun-Jun.
            “Dynaz..”Eun-Jun tiba-tiba bersuara membuatkan langkah Dynaz terhenti.
            “Kau sukakan Dennis?” Eun-Jun kini berdiri berhadapan Dynaz,kata-kata yang dikeluarkannya kini tidak berbaur pertanyaan sebaliknya lebih kepada satu peryataan.
Dynaz kini tersentak, senyuman nipis dibibirnya kini mati.Dia kaku di hadapan pintu rumah Eun-Jun.
            “Tak..tak..tak mungkin aku sukakan dia..”jawapan Dynaz kini bukan seperti satu jawapan sebaliknya seperti satu kenyataan untuk menyakinkan dirinya sendiri.
            “I need to go”cepat Dynaz kini melangkah keluar dari rumah Eun-Jun,dirinya resah dan gundah dengan perasaannya sendiri..
Tak,,Aku tak menyukai dia..
tiba-tiba pandangan Dynaz kini melihat sebuah rumah yang sepi dan gelap disebelah rumah temannya itu.
Seung Hyun..Ya!lelaki misteri itu sudah lama tidak ditemuinya,sejak Seung Hyun mengetahui akan status dirinya adalah merupakan isteri kepada Dennis, lelaki tersebut terus menjadi dingin terhadapnya.
Dynaz kini mengatur langkah menuju ke pintu rumah lelaki tersebut, patung kecil yang tergantung di hadapan pintu lelaki tersebut diusapnya lembut.
~This is sign of our friendship~ perkataan kecil yang terukir pada patung kayu kecil itu membuatkan Dynaz tersenyum hambar.
            “Top dah lama tak duduk di situ, dia dah pindah keluar..”tiba-tiba Eun-Jun bersuara mendatar, di tangannya kini kelihatan sehelai selendang tebal dipegangnya erat.
            “Nah, kau tertinggal ni”Eun-Jun memberikan selendag tersebut pada Dynaz.
            “Mungkin begitu exited untuk bertemu Dennis sampai terlupa selendang kau.”Eun-Jun kini mula membangkitkan rasa lucu diantara mereka.Dia tersenyum sumbing di situ, tetapi senyumannya mati ketika melihat kearah Dynaz.
            “Dia dah pindah..dan hanya patung ini yang dibiarkannya”Dynaz kini bersuara perlahan,tangannya yang mulus masih mengusap patung kecil tersebut.


            “Nah!Ni untuk awak,comelkan patung ni.”Dynaz kini menghulurkan sebuah patung kayu kecil pada Seung Hyun yang sedari tadi asyik membelek-belek sebuah mug porcelain di dalam kedai antic tersebut.
            “Patung ni macam awak, tengok wajah dia boleh berubah,sekejap tersenyum dan sekejap masam.”Dynaz ketawa riang membuatkan Seung hyun tersenyum.
            “Naz nak hadiahkan untuk awaklah, sekejap..kedai ni ada khidmat ukiran kan?”


            “Maybe that toy is not important to him.”selamba Eun-jun menjawab dan serentak itu membawa Dynaz kembali ke alam realiti.
            “Last time, ada sekumpulan samseng datang cari Top, entah la..mungkin sebab hal-hal gelap dia orang,tapi nasib baik dia dah blah awal dari sini..”Eun-Jun kini memeluk tubuhnya, terasa sejuk cuaca malam itu mula menusuk ke tubuhnya.Salji yang memekat turun ke bumi membuatkan tubuhnya semakin terketar-ketar.
            “Samseng cari dia??” raut wajah Dynaz kini bertukar riak.
Seung Hyun dimana kau?
            “Entahlah..susah nak cakap orang macam dia tu hidup ke mati ke senyap macam tu je, kita pun tak tahu..”Eun-Jun bersuara lemah.
Dynaz kini menarik nafas dalam, wajahnya keruh.
Hidup ke mati ke, kita pun tak tahu…



Tubuh kecil Dynaz kini berjalan di dalam kepekatan malam, langkahnya yang diatur kemas pada hamparan salji putih itu meninggalkan tanda tapak kasutnya yang rata. Selendang tebal yang dipakainya seakan tidak memainkan peranan ketika dirinya terasa tubuhnya menggeletar menahan angin sejuk malam tersebut.

Di kejauhan, pandangannya dapat melihat sebuah rumah kecil, dia kini mula mengatur langkah cepat menuju kearah tersebut. Ya!Akhirnya dia berjaya jua mencari rumah kecil tersebut, setelah hampir berjam lamanya dia berjalan tidak tentu arah di dalam hutan kecil ini.Perjalanannya yang berpandukan bunyi deruan ombak laut itu akhirnya Berjaya membawa dia ke tempat destinasinya.
Perlahan Dynaz kini menghampiri kawasan rumah tersebut.Tiba-tiba langkahnya termati, kini telinganya dapat menangkap suara yang begitu dikenalinya. Ya!Suara Seung Hyun yang kini sedang berbicara dengan seorang lelaii yang suaranya juga begitu dikenali Dynaz.
Henney??




            “Mana aku tahu dia di mana, tadi dia kata nak tunggu kau kat bawah.”Eun-Jun melipatkan kedua tangannya di dadanya.Wajahnya langsung tidak melihat ke arah Dennis yang kini memandangnya tajam.
            “Huh, aku pun hairan kenapa dia masih mahukan kau setelah apa yang kau lakukan kepada dia.”Eun-Jun kini mula membebel, hatinya bertambah sakit mengenangkan cerita Dynaz kepada dirinya.
            “Aku just datang cari dia,kalau dia tak ada..it’s okay.”Dennis kini bersuara dingin dan dia kini mengatur langkah ingin meninggalkan kawasan rumah wanita tersebut.
            “Hei, dengar sini, dia dah banyak tempuh derita hidup, dan semuanya berpunca dari kau.mm..hmm,macam mana pun aku harap kau bertanggungjawab terhadap segalanya.”nada Eun-Jun kini mengendur,raut wajahnya cuba mengawal perasaan debaran di dadanya itu.
Iyalah..Sesedap perasaan je dia mengutuk lelaki yang begitu berpengaruh di bandar ni tanpa mengira balasan yang akan ditanggungnya kelak.
Tiada respon dari Dennis, lelaki itu hanya mengatur langkah meninggalkan kawasan tersebut.
Ahhh~begitu bergaya sekali cara dia mengatur langkah..Hmm..orang berada semua bergaya macam tu ke?Patutlah Naz teragak-agak nak tinggalkan dia.
Haahhh..Eun-Jun kini melepaskan keluhan panjang dan kini cepat menutup pintu rumahnya.


Makan malam pada malam tersebut sunyi sekali, Pn.Chae Rin menjeling ke arah suaminya dan En.Amir hanya melihat ke arah kedua anak dan anak menantunya.Wajah Dennis dingin menyuap sudu yang berisi sup ke dalam mulut sempurnanya.Tiada tanda lelaki tersebut akan memulakan bicara malah pandangannya saja sudah cukup untuk menyepikan suasana di meja makan indah itu.
Dynaz pula kelihatan leka melayan perasaannya, sudu dan garfu di atas meja langsung tidak disentuhnya.Wajahnya yang mendung hanya menunggu saat untuk mengundang hujan tiba.
            “Er..-”
            “I’m done, thanks for the food.”Dennis terlebih dahulu memotong percakapan mamanya, dia mengelap bibirnya dengan napkin yang tersedia di atas meja makan tersebut dan kini mula mengangkat briefcase menuju ke tangga besar utama rumah agam tersebut.




Perlukah aku menangis?Perlukah aku bersedih?Pelbagai benda yang tidak terjangka telah berlaku terhadap diriku dan ini cuma salah satu darinya.Hidupku penuh dengan kejadian yang tidak terduga..Aahh,apa salah yang telah aku lakukan sehinggakan aku terpaksa menerima nasib sebegini? Dynaz kini mengalihkan badannya ke posisi mengiring, selimut tebal yang menyelimuti tubuhnya dipegang erat.
Sebelum ini dia tahu akan rancangan Dennis merapatkan dirinya bersama Henney untuk melihat kecundangan dirinya tetapi sungguh dia tidak menyangka segala ini berlaku di atas persetujuan Henney sendiri.

            “Apa yang awak katakan ni?”Sungguh Dynaz tidak mampu untuk terus bertahan lagi di situ, dia lebih rela untuk berhadapan dengan kebenaran ketika ini.
Henney ketika ini terkejut besar melihat Dynaz yang tiba-tiba muncul, wajahnya terkaku memandang terus ke arah Dynaz.
Seung Hyun hanya tersenyum sinis sambil menggelengkan sekali kepalanya.Temasya! Haha..Sudah lama dia tidak melihat temasya sebegini di hadapan matanya.Sungguh dia tidak menyangka Dynaz selama ini berada di sini mendengar perbualan diantara dirinya bersama Henney.
            “Hmm..lelaki ni bersetuju dengan suami kau untuk memerangkap kau.Puas?”Seung Hyun kini menjawab pertanyaan Dynaz apabila melihat Henney yang terpaku tidak bersuara.Dynaz menggeleng kepalanyanya, kenyataan yang begitu memedihkan.
He supposed to be my guardian angel..but why?why? Linangan air mata Dynaz kini mula membasahi pipinya.
            “Ah..it’s enough ok, if both of you nak settle this prob, please not in here.”Seung Hyun kini cepat bersuara apabila melihat wanita dihadapannya mula berendam air mata, dia harus cepat mengusir mereka sebelum jiwanya semakin rapuh melihat wanita di hadapanya itu.
            “Henney..awak betul-betul tergamak memusnahkan harapan saya semata-mata mahu menolong Dennis, dan kini awak ke sini bertemu Seung Hyun untuk memusnahkan hidup Dennis pula??Apa sebenarnya awak ini?” Dynaz keliru,sungguh dia tidak dapat mencerna segala perbualan diantara Henney dan Seung hyun sebentar tadi.
Henney merancang untuk kemusnahan Dennis, teman baiknya sendiri?
            “No!No!I’m here tonight to stop all of this nonsense!”Henney kini membetulkan salah faham Dynaz, dirinya hampir menjerit oleh kerana penyiksaan yang dibawanya selama ini.Penyiksaan diantara pertalian diantara persahabatan dan kemahuannya.
            “It was very painful when you realize that you really care about your enemy..” Henney menunduk,jelas di wajahnya betapa perasaannya kini bercampur baur tidak menentu.Nadanya yang mengendur begitu padat menyesak ke dadanya.
“You’re the most disgraceful man I ever met”


Dynaz kini bangun dari baringnya, dia terduduk lesu, lututnya dirapatkan pada dadanya.
Kejamkah ayat yang aku tuturkan pada Henney?Dynaz kini mengetap bibirnya.
            “You can say anything you want about me..but believe me, all this time..I’ve really care about you.”itulah kata-kata terakhir dari Henney sebelum lelaki itu melangkah pergi meninggalkan Dynaz.
Mengapa?Mengapa kau bukan seperti lelaki yang aku harap-harapkan?Kedua kaki Dynaz terasa begitu lemah, dia terduduk di situ.Di atas hamparan salji.Menangis..Ya, hanya itu yang mampu dia lakukan.


Dynaz kini mengesat air matanya,dia menarik nafas dalam.Selimut tebal dicapai dan dibaluti ke tubuhnya.Bilik tidur yang sunyi itu hanya ditemani bunyi penyaman udara.
Tiba-tiba bunyi pintu membuatkan Dynaz tersedar dari lamunannya.Dynaz kini memalingkan wajahnya pada pintu bilik yang berukiran Inggeris klasik itu.
Kini wajah Dennis menghiasi pandangannya,lelaki tersebut langsung tidak melihat ke arahnya sebaliknya hanya terus menuju ke meja kerjanya.Dari keadaan Dennis yang membawa beberapa buah buku tebal, Dynaz dapat mengagak lelaki itu baru sahaja keluar dari bilik ‘library’ keluarga mereka.
Wajah Dennis serius tetapi masih kelihatan tenang, lelaki itu kini mengatur langkahnya ke arah katil tidur yang tersiap indah itu.Dynaz hanya memerhati..
Tidak sedarkah Dennis yang aku sekarang tengah memerhatikan dia?
Tiba-tiba langkah Dennis terhenti,pandangannya yang jatuh pada katil yang kosong itu kini mula melihat ke arah sisi katil tersebut.Di situlah pandangannya bertembung pandangan Dynaz.
Dynaz yang berada di atas tilam lembut yang dihamparnya di atas lantai mula tersentak,cepat dia menarik pandangannya dari terus memerhati Dennis.
Ketika ini dia dapat mendengar derap kaki Dennis yang mengatur langkah menghampiri tempat tidurnya.Jantungnya kini berdegup kencang..
            “Naz..dah baik..abang boleh.tidur kat atas katil tu..Naz tidur bawah saja.”agak tergagap juga Dynaz bersuara.
Sunyi.Tiada sahutan dari Dennis.Dynaz kini mengangkat wajahnya melihat Dennis, pandangan lelaki tersebut begitu dingin sekali ke arahnya.Serius, membuatkan Dynaz kembali menunduk.
            “Sleep with me.”dengan nada dingin kata-kata Dennis yang ringkas itu memeranjatkan Dynaz.
            “Naz..nak tidur kat sini..”rendah jawapan Dynaz,ternyata dia kini di dalam kekeliruan.Cepat dia membaringkan tubuhnya membelakangi Dennis,di dalam hatinya berdoa agar tiada apa-apa perkara yang tidak diingininya berlaku malam ini.
            “fine.”Dennis bersuara, dan kini tanpa dijangka Dynaz,Dennis merentap selimut yang dipakainya membuatkan jantung Dynaz hampir-hampir terhenti.
            “Abang,apa ni?”Dynaz mula menepis tangan Dennis yang kini mula merangkul kemas tubuhnya.Dia meronta-ronta apabila Dennis kini mengangkatnya menuju ke arah katil tidur.
            “Lepaskan Naz,lepaskan Naz.”rontaan Dynaz ternyata sia-sia apabila ternyata kekuatan Dennis jauh lebih besar dari dirinya.
            “Ahh..”Dynaz menjerit rendah apabila tubuhnya dihempas pada katil bersaiz king itu.Dennis kini duduk di sampingnya, lelaki tersebut tidak melakukan apa-apa sebaliknya hanya melepaskan pandangannya kini ke arah Dynaz.
Pandangan begitu sukar ditafsirkan Dynaz, ia bukan pandangan dingin mahupun pandangan yang dirasuk amarah tetapi lebih kepada satu pandangan yang memancarkan satu perasaan..perasaan yang dirundung bersalah..
Dennis berasa bersalah melakukan semua ini terhadap aku?
Dan kini satu keluhan berat dilepaskan Dennis dan dia mengalihkan wajahnya dari terus memandang Dynaz.
Sungguh memeranjatkan Dynaz,Dennis yang duduk disampingya itu hanya tertunduk bisu,wajah lelaki itu kelihatan terganggu.
            “Kau begitu bencikan aku?”rendah suara Dennis membuatkan Dynaz hilang bicara.Mengapa Dennis berkelakuan seperti ini? Ini bukan Dennis yang dikenalinya, Dennis yang dikenalinya adalah seorang lelaki yang kasar dan akan melakukan segalanya mengikut kehendak hatinya.Lelaki kejam itu sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat dirinya musnah..apa sahaja..

Stay with me, I don’t need anything else..just you



Dynaz melihat pembantu rumah yang kini mengangkat tilam lembut yang tersadai di atas rumput dengan berhati-hati,dia cuba untuk membantu tetapi pembantu rumah tersebut menolak lembut.
            “Macam mana tilam ini boleh terbang jatuh ke taman rumah ni?”Pn.Chae Rin kini berseloroh cuba membangkitkan keriangan pada pagi itu.Pada masa yang sama dia juga ingin mencuba untuk mengorek kisah punca mengapa tilam tersebut dijumpai tersadai di atas rumput tersebut.
Wajah Dynaz serius,tiada senyuman menghiasi bibirnya.Dia hanya memeluk tubuhnya.     


“HaHa..rancangan apa pula yang kau rancangkan kini huh?”Dynaz kini bangun dari katil empuk tersebut.Dia sudah menjangka lelaki di hadapannya ini akan melakukan segala taktik yang ada untuk memperdayakan dirinya.
Dennis tersentak serta merta wajahnya kini melihat Dynaz kekeliruan.
            “Berhenti berlakon Dennis, aku kenal siapa kau sebenarnya.Kau tanya aku adakah aku bencikan kau? Yes!Yes!Aku sangat bencikan kau!”Dynaz kini benar-benar di tahap amarahnya yang menggila.Dennis mahu melakukan taktik kotor dengan memikat dirinya supaya dia tidak akan lari dari lelaki tersebut dan akhirnya lelaki itu akan memperoleh harta warisan yang diidam-idamkannya itu.
            “Naz!”Dennis tidak menyangka Dynaz akan menjadi seperti ini apabila mendengar pengakuannya.
Salahkah apa yang dituturkannya, dia sudah jujur dengan perasaannya tetapi mengapa begitu susah Dynaz untuk memahaminya.
            “I would rather sleep with someone else other than you!”kata-kata Dynaz kejam sekali dan suaranya yang meninggi membuatkan Dennis diserang amarahnya.
            “What you said?!You think I-”
            “Yes!For God sake, I really hate you, I hope you will burn in hell!”Dynaz kini mula mengatur langkahnya menuju ke arah tilamnya.
            “Hey listen! Aku takkan benarkan lelaki lain wujud dalam hidup kau. You’re mine!Mine only!”Dennis berasa begitu tercabar sekali,langkah Dynaz diikutnya.
            “In your dream!”Dynaz kini mendekatkan wajahnya pada wajah Dennis,ayatnya begitu tajam menikam terus ke jantung Dennis.
            “Kau betul nak cabar aku huh?”wajah Dennis kini berubah begitu serius sekali,pandangannya tajam ketika dia memaut kuat sebelah lengan Dynaz menarik tubuh kecil itu dekat menghampiri tubuhnya yang sempurna.
            “Walau sampai mati pun aku,hati aku tak akan jadi milik kau.”suara Dynaz rendah dan cukup tegas ketika matanya tepat melihat ke anak mata Dennis.Pengangan Dennis yang masih kuat pada lengannya direntap kuat.
            “Why?Why?! It was so hard for you to understand me?”wajah tegang Dennis bertambah menyinga apabila Dynaz tidak mempedulikannya, sebaliknya wanita itu hanya terus mengemas kembali tempat tidurnya.
            “I said to you, sleep with me.”Dennis kini cuba mengawal perasaan amarah yang bila masa saja akan mula meletup.
            “Aku tidur sini!”Dynaz mula menyusun bantalnya, tidak mempedulikan Dennis.
            “God!!Kau memang melampau!”amarah Dennis kini benar-benar di puncak,dia kini menarik kasar tilam Dynaz membuatkan wanita tersebut tersungkur ke lantai.Dengan penuh perasaan marahnya, Dennis kini membaling kasar  tilam tersebut melalui sliding door yang menghubungkan bilik tersebut dengan balkoni luar.Dynaz tersentak melihat tilamnya yang kini hilang mungkin jatuh ke taman hadapan rumah tersebut.
            “You will sleep with me, this’s final!”Dennis menunding jari telunjuknya kepada Dynaz dan serentak itu tubuh kecil itu dirangkulnya menuju ke katil.
Dynaz malam ini benar-benar mencabar kelakiannya,begitu menyakitkan hati!


            “Naz..are you ok?”lamunan Dynaz kini terbejat apabila Pn.Chae Rin mengusap lembut bahunya.Kini mamanya itu menghulurkan segelas minuman panas kepadanya, Dynaz menyambut cermat.
            “Naz gaduh dengan Dennis ke?”begitu prihatin sekali,Pn.Chae Rin kini mengusap lembut rambut menantunya itu.
            “Ma, macam mana abang Dennis bila marah?I mean..sikap dia-”
            “Hmm..Dennis ni orangnya kurang sabar, if dia dah marah dia akan lakukan apa sahaja untuk puaskan perasaan dia..”Pn.Chae Rin kini lebih memilih untuk berterus-terang ketika ini.
Dia akan lakukan segalanya untuk puaskan perasaannya..Tetapi mengapa semalam dia..
Dynaz kini menggeleng-gelengkan kepalanya cuba untuk tidak memikirkan perkara semalam.
            “Naz ok ke ni?”Pn.Chae Rin kini mula risau dengan gelagat Dynaz.
            “Ok..Naz Ok..”cepat Dynaz menjawab sambil dia meneguk minumannya, cuba untuk menenangkan fikirannya ketika ini.
Dennis semalam langsung tidak melakukan apa-apa terhadapnya,lelaki itu cuma memeluk tubuhnya rapat seolah-olah enggan untuk melepaskannya.
Apa yang begitu aneh Dynaz langsung tidak berasa gentar atas kelakuan Dennis itu tetapi apa yang dirasainya ialah degupan jantungnya yang tidak henti-henti berdegup pantas.
Dia sepatutnya melakukan sesuatu untuk membalas kata-kata kejam aku semalam..tetapi kenapa dia hanya berdiam diri?..
THUMP..THUMP..jantungnya kini berdebar lagi.

Why it was so hard for you to understand me? Suara Dennis menerpa lagi..



19 comments:

Kyosuki said...

Yey!!Org pertama bagi komen!
Yuhuuuu:)

chaiyok kanafee!Pembalasan yg setimpal wt minah plastik tu..

n suke la Dynaz n Dennis main gado2 baling tilam
huhu
teroskn usaha bro!
looking forward to nxt entry;)

keSENGALan teserlah.. said...

heeeeeeeii.
dynaz nak sape sebenarnya ni?
geram plakk...

henney, sila blah.
biar dynaz dgn dennis je.
next2

Suziheryanti said...

haiihhhhh...... lmbtnye nak tggu smbungan slpsnye... nak naz dgn dennis... ehehhehehehehe...

sweetsour said...

yela...lamba tp berbaloi....

yana aryana said...

sukenyeeeeeeeeeee.....!!!!!!
mau lagi....!!!!

cik MeLo JieHa said...

cool....nice story.....like it....love it....

emmm, ape lg ye...?

Anonymous said...

dynaz nie dh mula suka kat dennis nie tapi masih xpaham ngan hati dia..n masih anngap dennis nie nk mainkan dia..cepat la x sabar nk tngk diorang betul2 becinta nie! papun aku suka scene gadoh baling tilam nie hek2..go kanafee!!

aRyNN69 said...

aaaaa suke-sukeeee~ bile nak ade next episode neh? cemane la si dynaz nak caye cakap dennis selepas ape yg dennis da buat kat dia n selepas taw hal sebenar? sure la dia rase ragu2.. but puas ati sebab minah plastik tuh da dpt pembalasan dia... asyik nak ngade jea lebey..

mayamm said...

weee seghonok gile laa.
c'mon kanafee. dont make us waitin too long yaa. hihihh FIGHTINGG ;)

IVORYGINGER said...

Dynaz!!! Dynaz!!! Ko xtau sbenarnya Dennis suka awk sejak dia jumpa awk ms 1st time dia p Malaysia. Dia jd playboy sbb frust awk suka kat Hariz. Dr dulu dia dah fall pd awk. Xpayah la berharap pd Hariz lg, dia dah ada kehidupan dia sndr n awk pun sama. Cuba terima Dennis seadanya. Kehidupan dia pun penuh dgn kepura-puraan. Rmai ambik kesempatan pd kebaikan n kelemahan dia.Cam Henney, dia mngaku best friend Dennis tp sbenarnya dia ank musuh. Berbaik pun bsebab bayangkan klu Dennis tahu, mesti dia sedih sm seperti keadaan awk ms Fasha kianat kepercayaan awk. So, u should be beside Dennis. Dennis cintakan awk n cinta awk pun kan tgh bputik bt Dennis. Tpkan musykil la, awk ni mengandung ank Dennis yea sbb tu la nk perhatian dr Dennis. he... ;D

Anonymous said...

bila nak sambung ni??????? saya tak sabar nak baca next en3.... plzzzzzzz sambung cepat.....

ezz said...

plizzzzzz....smbung la cpt,i cannot wait anymore
arghhhhhhh.......next n3,plizzzz!!!!!!!

zz said...

lama btul sy tggu n3 strus'y.......gaya cm x nk smbung je....sedih la,skit ati tggu pun ad....huhuhuhhhu.... :-(

lieza said...

at last... ade jugak ntri baru.. berbaloi menunggu... hua hua hua...

baby mio said...

Cepat lah sambung x sabar ni best sangat-2.

mcna said...

kanafee bila nk sambung citer ni???....dah x sabar nk tau ending nya...really love this story n kalu nk private kan blog ni lg plz invite me k....

Anonymous said...

citer ni memng best sangat

Dynaz Dizyan said...

wahh main baling tilam la pulak.. ganas la dennis ni.. btw, tahniah ye penulis. cerita ni memang menarik sangat. teruskan berkarya dan jangan berputus asa. ramai yang menyokong anda. jangan hampakan mereka. aja-aja fighting! tahun ni sambung la lagi next entri. i'm so curious to know more what happened between them. and if penulis nak private kan blog ni invite saya ok :)

auni shahira said...

p/s....writer tak nak sambung ke criter nie...rindu sngat..huhuhuhu

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket