Novella~My LovE 34

Wednesday, April 24, 2013


BAB 34


“Kenapa? Kenapa hidup saya begitu menyedihkan?”soalan Dynaz membuatkan dia terdiam, hanya wajah wanita itu dilihatnya. Tiada tanda dia akan mendekati wanita tersebut setelah dirinya meletakkan sehelai jacket pada tubuh kecil itu. Ketika ini dia menyumpah dirinya sendiri mengapa dia terlalu lembut ke atas wanita di hadapannya itu? Dynaz..dengan kehadiran wanita itu sahaja bisa memadamkan segala kemarahan yang selama ini tersemat di dalam jiwanya.
Segelas mug besar kini diletaknya kemas di hadapan wanita tersebut, lalu dia kembali duduk di sebuah sofa bertentangan wanita itu.
            “Do you wanna hear my story?”lembut dan kelihatan lemah sekali wajah Dynaz ketika ini. Nadanya kecil tetapi masih jelas dipendengarannya ketika ini.



Seung Hyun melihat Dennis tajam, dia cuba mengekalkan jaraknya supaya tidak terlalu dekat dengan Dennis. Dennis dilihat memasuki sebuah kedai berjenama dan kini Seung Hyun hanya menunggu saat sesuai buat dirinya untuk melaksanakan rancangannya.
Seung Hyun kini bersandar pada dinding kaca sebuah kedai tidak jauh dari kedai di mana Dennis kini berada.Jacket hitam yang dizip penuh hampir menutupi dagu dan bibirnya yang sempurna,hanya  matanya yang dingin itu melihat tepat ke arah kedai yang berada tidak jauh darinya itu.
Dennis yang kelihatan begitu sempurna dengan senyuman yang menghiasi bibir maskulinya meneliti sebuah perhiasan kristal yang kelihatan begitu indah.Tidak lama kemudian dia mengangguk kecil dan serentak itu pembantu kedai yang setia dengan senyuman manisnya mula mengambil perhiasan itu.
Kelibat Dennis kini hilang di pandangan Seung Hyun.


            “I hate my father, that’s all” begitu ringkas jawapan Seung Hyun membuatkan En.Amir tersentak.Seung Hyun yang menyuap makanan ke dalam mulutnya langsung tidak memberi apa-apa respon ketika En.Amir terbatuk kecil.
            “Hmm..tak pernah saya jumpa orang macam awak,begitu berterus terang.”En.Amir kini mula bersuara, dia tersenyum kelat keliru memikirkan lelaki di hadapannya itu.
            “Kalau dah benci kenapa nak rahsiakan?berterus terang tu penyelesaian yang baik.”Seung Hyun kelihatan begitu cekap menggunakan garfu dan sudu di tangannya ketika dia menyuapkan makanan ke dalam mulutnya, tenang.
            “If you don’t mind, boleh saya tahu kenapa kamu tak suka ayah kamu?”entah mengapa En.Amir berasa begitu berminat untuk mengetahui kisah hidup Seung Hyun.Perkataan yang digunakan ‘tak suka’ menggantikan perkataan ‘benci’ yang digunakan Seung Hyun, baginya tiada seorang anak pun di dunia ini tidak menyukai bapanya hingga ke tahap benci.
Seung Hyun tersenyum sinis apabila mendengar soalan En.Amir, pandangannya kini tepat melihat ke arah lelaki di hadapannya itu.
            “I wonder if lelaki tu tahu atau tak tentang kewujudan saya di dunia ni.”Seung Hyun kini menggeleng kepalanya sekali,senyuman sinisnya masih kekal di bibir sempurnanya.
            “Dia sekarang dah ada keluarganya sendiri.”kini pandangan Seung Hyun menikam terus kepada En.Amir membuatkan lelaki itu terkelu.
            “Semua benda dalam dunia ada naik dan turunnya, one day I’ll show him that.”pandangan Seung Hyun tajam sekali bagaikan belati tetapi tidak lama, dan sekarang dia tersenyum kembali sambil mengubah pandangannya ke arah meja makan.
Kata-kata Seung Hyun begitu menikam ke jantung En.Amir,Ya..dia juga merupakan seorang ayah yang mengabaikan keluarganya.Keluarganya bersama Hye Jun dan Yong Jun.
            “Seung Hyun..awak tak rasa bapa awak mungkin sekarang ini juga berusaha mencari awak?mungkin sekarang ini dia amat merindui awak?mungkin sekar-”
            “Enough.Apa yang dirisaukannya sekarang adalah keluarga dia, and you know what, memang sepatutnya dia risau, kerana aku takkan lepaskan satu pun ahli keluarga dia termasuk dia.”kemarahan Seung Hyun begitu terserlah kini,tanpa  membuang masa dia bangun dari kerusi dan melangkah pergi meninggalkan En.Amir di situ.Hatinya sakit mendengar kata-kata penipuan En.Amir.
Jangan sesekali katakan orang tua itu menyesal dengan segala kelakuannya!!



Tiga minggu sudah berlalu sejak dia pulang dari rumah mentuanya, setiap hari yang dilaluinya begitu meresahkan, fikirannya tidak henti-henti memikirkan sikap pelik Dennis terhadapnya.Lelaki itu berubah sama sekali walaupun tidak keseluruhannya tetapi begitu meninggalkan kesan pada diri Dynaz.
1)Dennis kini sudah tidur di dalam biliknya, bukan seorang diri TETAPI bersamanya di atas SATU KATIL.
            “Just ikut cakap aku..jangan banyak soal.Kau tak nak susah kan?”-ayat Dennis
2)Kami sekarang BERKONGSI satu BILIK AIR.
            “Aku ingat nak renovate bilik air ni,so taklah terlalu kecil untuk aku”-ayat Dennis
3)Bukan saja bilik air TETAPI juga ALMARI.
            “Aku dah malas nak uruskan baju aku,kau uruskan semuanya.”-ayat Dennis
4)Setiap kali tidur bersama, dia akan PELUK aku dengan RAPAT.
            “Aku tak  pernah ada bear, so now aku arahkan kau be my bear”-ayat Dennis

ARGGGGHHHHHH!!!!!Dah melampau!Kenapa mesti AKU???
Dynaz mencengkam kuat kepalanya,habis rambutnya berserabai.Dia kini tertunduk lesu,Penat..Ya!Dirinya penat melayani karenah Dennis.

            “Malam ni aku nak dinner kat luar,kau nak ikut aku tak?”Dennis bersuara rendah,dia yang berbaring dan bersandar pada kepala katil menyoal sambil matanya leka membaca buku.
            “Tak..Naz malas nak ikut..lagipun-”
            “Aku tak berapa sihat, how could you biarkan aku pergi sorang-sorang.”Dennis bersuara mendatar,wajahnya selamba dan pandangannya masih lagi pada bukunya.
Dynaz kini mengetap bibirnya.Kau tak sihat??Selamba macam tu kau kata kau tak sihat??
            “If anything happened to me, semuanya salah kau coz biarkan aku pergi sorang-sorang.”masih nada yang sama lelaki itu benar-benar menyiksa Dynaz.
            “Macam mana kalau aku jatuh?”Dennis kini mula menutup bukunya.
            “No, bukan jatuh tapi pengsan”pandangan Dennis kini mula dilemparkan pada Dynaz,begitu selamba tiada sebarang riak di wajahnya.
            “Kalau aku dimasukkan ke hospital macam mana?Tentu aku akan-”
            “Ok.Ok.I’ll go with you.”Dynaz kini mengangkat tangannya,cepat dia memotong kata-kata Dennis.Dia sudah pening dengan cara Dennis yang ‘memutar belitkan’ keadaan.
            “Good girl.”ada senyuman nipis pada bibir Dennis, lelaki itu mengusap kepala Dynaz sekali, tersenyum dengan kemenangannya.


Kenapa?Kenapa??Kau buat aku macam ni?Dynaz kini terbaring pada lantai, apabila mengingatkan segala karenah Dennis terhadapnya membuatkan hatinya diserang perasaan sakit hati.
Dan kenapa aku langsung tak mampu untuk melawan mamat tu?
Dynaz kini memukul-mukul kepalanya,memarahi diri sendiri yang tidak tahu mengapa, selalu sahaja kalah pada kehendak Dennis.

 “This baby girl really looks like you.”satu kucupan lembut singgah di pipi gebu Dynaz membuatkan Dynaz terpana.
“comel kan?”begitu selamba Dennis bersuara, tangannya yang erat memegang sebuah majalah yang dilihatnya sejak tadi diangkatnya sedikit bagi menunjukkan foto di dalam majalah tersebut kepada Dynaz yang berada di sebelahnya itu.Dynaz hanya membisu tetapi lirik matanya menjeling sedikit melihat ke arah foto tersebut.
 “Lahirkan aku baby girl comel macam ni..”selamba nada Dennis  membuatkan Dynaz memalingkan wajahnya tepat melihat suaminya itu.Ada senyuman pada bibir Dennis ketika Dynaz memandang wajah kacak itu yang kelihatan leka sekali meneliti foto-foto di dalam majalah tersebut.
Lahirkan aku baby girl comel macam ni..Apa maksud Dennis berkata begitu?

Dynaz kini memusingkan wajahnya, dia kini bangun dari terlantar di atas lantai. Ya dia mengaku kelakuan Dennis banyak berubah kebelakangan ini tetapi apabila lelaki itu berkata-kata sedemikian rupa membuatkan diri Dynaz benar-benar kecelaruan.
Dia nak aku lahirkan baby untuk dia?Adakah itu menandakan dia nak hidup dengan aku selama-lamanya?
            “Dennis apa permainan kau kali ini?”


DING!Bunyi lift menandakan kehadiran seseorang.
Dennis! Lelaki itu sudah pulang dari pejabat. Cepat Dynaz menuju ke arah lift yang merupakan pintu utama rumahnya itu.Jam digital besar pada dinding dijelingnya. 23:55.
Lambat Dennis pulang hari ini, selalunya dia tak selewat ini.
Dynaz mengerutkan keningnya ketika dia menghampiri ke arah lift, tiada sesiapa yang keluar dari pintu lift yang terbuka luas itu, langkahnya diatur kemas menuju terus ke arah lift tersebut.

Ketika ini dirinya tersentak, Dennis kini berada benar-benar dihadapannya.Lelaki itu kelihatan begitu lemah menunduk sambil tangannya kuat menekan pada sisi kiri perutnya.
            “Dennis?”Dynaz menyoal teragak-agak.Dennis mengangkat wajahnya, tangannya kini mula memegang erat sisi palang lift tersebut berusaha untuk mengaturkan langkahnya dan serentak itu mata Dynaz terbuka luas. Dia terkaku, darahnya kini seakan-akan terhenti apabila melihat tangan Dennis kini dicemari warna merah pekat yang amat dikenalinya.
            “Dennis!” dengan cepat Dynaz kini menerpa ke arah Dennis,lelaki itu rebah di dalam pelukkannya.Darah mengalir begitu lancar dari luka dalam di bahagain perut Dennis, Dynaz menekap kuat tangannya di situ.Jiwanya kecelaruan ketika ini, jantungnya berdegup kencang entah mengapa dia kini diserang perasaan ketakutan..ketakutan akan kehilangan lelaki di dalam pangkuannya itu.
            “Dennis..what happened to you?” terketa-ketar suara Dynaz menahan perasaannya ketika ini. Matanya kini mula digenangi air mata, dirinya tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan mengalirkan air matanya yang begitu murah itu.Dennis kini kelihatan begitu tersiksa menahan sakit yang kini semakin menjalar ke seluruh tubuhnya.
            “naz..”
            “wait..wait..i will call the ambulance..Yes.Ambulance!”cepat Dynaz kini mengesat air matanya dan ingin mengatur langkah untuk menuju ke arah ruang tamu. Tetapi Dennis lebih pantas memegang erat tangan Dynaz.
            “It’s ok, just stay with me”begitu lemah dan tersiksa sekali ayat yang dituturkan Dennis  membuatkan Dynaz tersentak di situ.
            “don’t leave me..”
            “If I was destinied to die this night..the only face that I want to look at..is you..only you.Dynaz.”Dennis berusaha untuk mempamerkan senyumannya walaupun kelihatan benar kesakitan mula menjalar ke seluruh tubuhnya.
Dynaz tersentak, ayat yang dituturkan Dennis benar-benar tidak dapat dicerna oleh mindanya.Tubuhnya kaku..






PANG!!Satu tamparan kuat mengenai tepat ke pipi Seung Hyun membuatkan lelaki itu terundur setapak menahan bisa tamparan tersebut.
            “why?why?why you did that?!”Ketika ini Dynaz menolak-nolak kuat tubuh lelaki di hadapannya itu.Tangannya memukul-mukul kuat tubuh sasa itu, pantas Seung Hyun kini memegang erat kedua-dua lengan kecil milik wanita di hadapannya itu untuk menghentikan pukulan Dynaz yang menggila.
            “He is your brother..tergamak kau lakukan segala ni?”Dynaz kini terduduk, air matanya yang mengalir tidak diusapnya..ia sudah mengalir dan menjadi sahabatnya selama perjalannya ke sini, tiada guna untuk dia mengusirnya pergi jauh.
Seung Hyun melihat tajam ke arah Dynaz yang kini tersedu-sedu dengan tangisnya,tiba-tiba hatinya terasa begitu sakit.
            “Kau nangiskan lelaki itu.”Seung Hyun kini menarik nafasnya dalam, langkahnya diatur kemas menuju ke arah sofa di hadapannya.
            “Dia sakitkan kau..dan kau masih lagi kasihankan dia.huh, begitu murninya hati kau.”Seung Hyun kini tersenyum sinis,dia duduk bersilang panggung sambil badannya bersandar selesa pada sofa empuk di ruangan kecil itu. Kotak fikirannya masih jelas dengan segala kisah hidup wanita naïf di hadapannya itu.Segalanya yang diceritakkan Dynaz pada dirinya tempoh hari tidak mungkin akan dilupakannya.Segalanya berada kemas di fikirannya..Tentang Hariz,tentang Henney dan juga tentang Dennis..Segalanya masih tersemat kuat di dalam kotak fikirannya.
            “That’s happened to me! Kau tak berhak untuk menentukan hukumannya!”Dynaz bangun pandangannya tepat melihat ke arah Seung hyun.
            “Who said that I’ve done that because of you?” Seung Hyun kini bangun dari duduknya, langkahnya diatur kemas menuju ke arah Dynaz.
            “Aku akan lakukan segalanya bagi memuaskan hati aku, tak ada kena mengena langsung dengan kau.”tepat dan dingin sekali pandangan Seung Hyun menerkam ke anak mata Dynaz.
            “Please, hentikan semua ini..biarkan mereka..”suara Dynaz rendah.
            “Hmm…kali ini kau datang menyebelahi mereka, huh?”rendah nada Seung Hyun tetapi masih jelas kendengaran begitu tajam.
            “Seung Hyun awak tahu tak yang awak hampir membunuh dia..”air mata Dynaz kini mengalir lagi.
Dia’..dia yang dimaksudkan Dynaz ialah Dennis..Hati Seung Hyun kini sekali lagi berasa begitu sakit, wanita di hadapanya itu begitu bersungguh-sungguh mengalirkan air mata untuk lelaki tidak berguna itu.
            “You love him.”Ayat Seung Hyun membuatkan Dynaz tersentak,pandangannya kini bertembung pandangan dingin Seung Hyun.
            “I just..just-”
            “Leave him.”

Leave him if you want to stop this madness.”




Pn.Chae Rin berjalan perlahan ulang-alik di dalam ruangan bilik wad yang luas,wajahnya suram dan matanya sebam akibat menangisi keadaan anak tunggal kesayangannya itu.Berkali-kali En.Amir memujuknya untuk berehat tetapi segala pujukannya  hanya sia-sia, wanita itu lebih memilih untuk terus menyiksa dirinya.

            “Where Dynaz?”rendah sahaja suara Pn.Chae Rin,wajahnya tidak melihat suaminya sebaliknya pandangannya begitu setia melihat sebatang tubuh yang tidak bermaya terbaring di atas katil yang besar terletak tidak jauh darinya.
            “Dia berehat mungkin..”En.Amir menjawab, jawapannya kendengaran lebih kepada satu kemungkinan daripada kepastian kerana sebenarnya dia juga tidak tahu ke mana pergi menantunya itu. Apa yang pastinya menantunya itu sejak semalam lagi sudah tidak berada di situ. Ada juga dia pergi mencari di bilik rehat yang disediakan pihak hospital buat keluarganya tetapi wanita itu langsung tidak kelihatan.
Pn.Chae Rin mengangguk perlahan, dia kini mengatur langkah ke arah katil di hadapannya.Wajah Dennis di lihatnya sedih, inilah kali kedua jiwa ibunya berasa begitu tersiksa apabila melihat anak kesayangannya terbaring lesu tidak bermaya.Ketika ini kejadian percubaan pembunuhan Dennis yang berlaku sebelum ini bermain-main di fikirannya.
Tangan Dennis diusap lembut, hati ibunya benar-benar akan menjadi gila jika dia kehilangan satu-satunya permata hatinnya ini.Jari jemari Dennis digenggammnya rapat dan tiba-tiba dia tersentak apabila jari Dennis mula bergerak perlahan-lahan.
            “Dennis..Dennis..ni mama.”cepat Pn.Chae Rin bersuara lembut,air matanya menitis tangannya masih mengenggam erat jemari anak kesayangannya itu.En.Amir yang sedari tadi berada di sofa mula bergerak pantas ke arah katil di mana Dennis terbaring. Kelopak mata Dennis kini kelihatan berkedip-kedip,keningnya berkerut cuba menahan bisa kesakitan yang masih bersisa di tubuhnya.
            “Sayang, please wake up, this mama.”begitu lembut dan prihatin sekali suara Pn.Chae Rin sambil dia membelai lembut wajah Dennis.



Dynaz berjalan lemah menuju ke pintu utama hospital, fikirannya masih lagi bercelaru memikirkan segala kata-kata Seung Hyun.Semalaman dia berdiam diri di rumah Eun Jun, dia enggan untuk ketemu sesiapa.
Apa yang harus aku lakukan?

Stay with me, I’ll erase my entire grudge against that family.”suara Seung hyun dingin,dirinya tidak melihat pada wajah Dynaz sebaliknya melepaskan pandangannya jauh melihat ke arah luar tingkap rumah kecil tersebut.
“Apa maksud awak?”Dynaz kini tersentak, dia tidak dapat mencerna segala kata-kata yang diucapkan Seung Hyun.
I think you’re not too naïve to know what it means.”Seung Hyun menjeling sekilas ke arah Dynaz sebelum dia mengatur langkah meninggalkan Dynaz keseorangan di situ.

leave him..”Dynaz mengeluh kecil pada ayat yang dituturkannya.Dia kini duduk seorang diri di salah sebuah kerusi panjang di dalam hospital tersebut.Kepalanya menunduk melihat pada lantai yang sentiasa kelihatan bersih itu.
Kenapa aku harus berasa tidak senang begini?Bukankah selama ini aku selalu sahaja ingin lari dari kehidupan Dennis?
Ahhhhh…Dynaz kini menghembuskan nafas panjang,wajahnya diangkat dan dia kini mula menyandar pada dinding di belakangnya.
Tiba-tiba perlakuannya terhenti,di hadapanya berdiri sesusuk tubuh yang amat dikenalinya.
Henney…

            “Buat apa awak di sini?”dingin suara Dynaz, dia  kini berdiri berhadapan lelaki segak itu.
            “I come to visit Dennis.”satu nafas panjang dilepaskan Henney dan dia kini mengambil tempat duduk di kerusi panjang tempat Dynaz berehat tadi.
            “Huh, awak peduli ke tentang dia?”sinis sekali ayat yang dituturkan Dynaz, matanya menjeling sekali ke arah Henney.
            “Naz..please don’t judge me before u know who I really am..”tenang kata-kata Henney,dia duduk memandang terus pada Dynaz.
            “Sebelum Naz kenal siapa awak??Huh, Naz memang dah kenal awak!Naz tahu siapa awak?dan Naz tak sangka semuanya yang Naz tahu tentang awak adalah penipuan semata-mata!”ketika ini kendengaran getaran pada nada Dynaz, dia cuba untuk mengawal perasaannya supaya dia tidak menampakkan kelemahannya di hadapan Henney.Hatinya remuk dan betapa sakitnya dia terasa apabila mengetahui segala-galanya.
            “Awak penipu..awak jahat..awak mainkan perasaan setiap orang di sekeliling awak..saya..Dennis..”begitu susah Dynaz mengawal perasaanya dan kini dengan mudahnya kelopak matanya mula menghasilkan jernihan mutiara yang sesungguhnya dia sendiri tidak mampu mengawalnya.
            “Naz, you think that you knew me exactly?”Henney kini berdiri berhadapan Dynaz,pandangannya tepat melihat terus ke anak mata Dynaz.
            “Awak penipu!penjahat yang memainkan perasaan saya.”Dynaz berkata-kata tajam,wajahnya didekatkan pada wajah Henney menunjukkan kebenciannya kepada lelaki tersebut di setiap kata-kata yang dituturkannya.
            “Fine. It’s obvious that you didn’t know who I really am, sekarang saya akan tunjukkan, semuanya.”tegas nada Henney memandang terus pada anak mata Dynaz dan kini dia mula mengatur langkah sambil menggenggam erat pergelangan tangan Dynaz.  
Dynaz tersentak dengan perlakuan Henney tetapi dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa apabila genggaman Henney pada tangannya begitu erat dan memaksanya untuk terus mengatur langkah mengikut langkah yang diatur Henney.
Henney..apa yang awak cuba untuk buktikan ini?

Di kejauhan kelihatan seseorang terkaku dengan apa yang dilihatnya.Kelibat Dynaz dan Henney yang semakin jauh dilihatnya tidak terkata-kata.Hatinya benar-benar tersentak melihat apa yang berlaku di hadapan matanya ini.
Mengapa?Mengapa Dynaz mengikut Henney?Mengapa Henney memegang erat tangan Dynaz dan Dynaz langsung tidak membentak?Apa perhubungan di antara mereka berdua?
Pn.Chae Rin kini mula mengurut dadanya, pernafasannya sesak melihat apa yang berlaku di hadapan matanya itu.Dia tidak pasti apa perhubungan di antara menantunya itu dengan sahabat baik anak lelakinya itu, tetapi apa yang pasti perhubungan mereka berdua bukanlah semata-mata perhubungan diantara sahabat..ia lebih dari itu…




            “Kenapa awak bawa saya ke sini?”Dynaz kelihatan keliru walaupun dia kini sudah mengambil tempat di kerusi di hadapan Henney.Restaurant yang begitu indah itu dilihat Dynaz,kepalanya pusing memikirkan Henney yang membawanya ke situ.
Ini bukan masanya untuk menjamu selera…
Henney dilihat Dynaz hanya membisu,pandangan lelaki itu tidak melihat ke arahnya sebaliknya pandangan itu tenggelam  jauh melihat terus  pada cermin kaca luas yang menghubungkan pemandangan indah di luar restaurant dengan tempat mereka kini.
Dynaz mengerutkan keningnya,tidak mengerti dengan Henney.Lelaki itu kelihatan jauh walaupun pada hakikat jasadnya masih di situ.
            “It’s about one and half year ago..in here, everything in my life seemed to be completely changed.”Henney kini mula bersuara,nadanya kedengaran tenang dan pandangannya masih lagi melihat jauh pada suasana di luar restaurant tersebut.Dynaz membisu,wajahnya masih melihat pada raut tampan yang kelihatan begitu tenang itu.
            “She looked lost..surrounded by sadness, frustration ,fear, she looked so sad..”

Sungguh Dynaz ketika ini tidak dapat mencerna kata-kata yang diungkapkan Henney,kata-kata Henney tidak jelas dia tidak dapat menangkap apa yang ingin dirungkaikan oleh lelaki tersebut.
            “I really want to know her..I really want her..”walaupun Dynaz tidak mengerti dengan apa yang diucapkan Henney tetapi kesungguhan dan keikhlasan lelaki tersebut dapat dilihat begitu jelas oleh Dynaz membuatkan  hati perempuannya tersentuh. Perasaannya berdebar kini, entah mengapa dia enggan untuk terus mendengar kata-kata Henney,entah mengapa dia berasa yang dirinya akan terluka jika terusan begini. Adakah kerana dia enggan mengakui bahawa hati lelaki tampan di hadapannya ini sudah dimiliki wanita lain?
Siapakah perempuan yang dimaksudkan Henney?

“but unfortunately she destinied to be with someone else..”wajah tampan Henney kini mula keruh .
            “Hormatkan lelaki itu, I’ve tried my best to conceal this feeling..it’s hurt..so painful..” Henney tertunduk kini, jelas benar penderitaan yang ditanggungnya.
Sometimes I thought why should I gived up to that man sedangkan dia langsung tidak memberi apa-apa makna di dalam hidup ini. Wanita itu yang memiliki hati saya, I should take her from him..but perasaan ini..perasaan ini menghalangnya.why? because..he is ‘someone’ in my life..someone who I really care.” raut Henney yang kelihatan keruh langsung tidak mencacatkan ketampanan wajahnya, lelaki tersebut kelihatan keliru dan begitu terganggu dengan takdir hidupnya.
Dynaz menarik nafas perlahan, begitu siksa untuk dia terus bernafas di situ.Sesak..Ya perasaannya sesak..wajah Henney kini benar-benar memberitahunya yang selama ini hanya dirinya sahaja membayangkan dan mengharapkan sesuatu di dalam perhubungan mereka.

Henney punya gadis yang sangat dicintainya tetapi gadis itu telah dimiliki lelaki lain..Patutlah selama ini Henney tidak pernah meluahkan perasaan cinta terhadapnya..sesungguhnya selama ini hanya dia sahaja yang merasainya..Ya, hanya dia..
Dynaz kini diserbu perasaan yang sukar dimengertinya, pedih,malu,sedih,marah semuanya bercampur baur menambahkan kekacauan fikirannya yang tidak terhingga.

You have. someone.. you love? So, saya rasa tiada guna saya di sini.”Dynaz mengawal nada suaranya yang kedengaran serak, di saat ini mudah saja dia ingin mengalirkan air matanya tetapi dengan seluruh kudratnya dia cuba bertahan.
I don’t know why you brought me here..and all of this don’t make any sense to me.”Dynaz kini bangun dari duduknya di kerusi empuk itu, hatinya sedih dan entah kenapa dia merasakan dirinya begitu hina dipermainkan Henney hingga begini rupa.
“Dia duduk di situ, di kerusi itu..” sebaliknya Henney seperti tidak menghiraukan kelakuan Dynaz,nada Henney tenang sekali, wajahnya melihat terus pada sebuah kerusi kayu panjang yang terletak bertentangan restaurant tersebut, wajah kacaknya seperti terpaku di situ, kelihatan terpukau..sungguh memori itu tidak akan pernah hilang dari ingatanya, memori yang selama ini bertaut di hatinya dan sungguh dia enggan untuk melupakanya walau untuk seketika.
Dynaz melihat Henney yang hanyut di dalam dunianya sendiri, dia kini menghalakan pandangannya pada arah yang dilihat Henney, hari yang sudah berganjak malam menyukarkan Dynaz untuk mengamati kawasan tersebut..sebuah kerusi, ya di situ terdapat sebuah kerusi..
Dynaz mengamati kawasan yang kelam itu..dan ketika ini wajahnya terpaku, hatinya berdebar kuat, kawasan tersebut mengungkap sebuah memori di dalam ingatannya.
            “Ia merupakan cinta pandang pertama..once in my lifetime..” dan ketika ini, kedua-dua kaki Dynaz seakan-akan tidak berpijak pada dunia yang nyata apabila kawasan tersebut mula disinari lampu yang berwarna-warni..kawasan kelam yang dilihatnya sebentar tadi berubah menjadi satu kawasan yang benar-benar terpahat di kotak fikirannya.Sungguh dia tahu kawasan itu..Sungguh.
Lampu-lampu ceria yang terpasang di situ seolah-olah menyuluh memorinya mengingati segalanya tentang kawasan tersebut.
            “Dia bagaikan bidadari yang sedang duduk merenung penuh kesayuan ke arah sebatang jalan yang begitu indah dengan kilauan warna-warni lampu..seolah-olah dipukau, wajah itu begitu indah..begitu sempurna walaupun terselit raut kesedihan pada wajah bersih itu.”lambat Henney bersuara seolah-olah dia masih lagi melihat wanita tersebut di kawasan itu.Sungguh dia tidak dapat melupakkan segalanya yang berlaku pada saat-saat indah itu.Segalanya tersemat kemas di dalam fikirannya.
Kelopak mata Dynaz kini mengalirkan butir mutiara, setitis demi setitis membasahi pipinya yang gebu..perasaannya ketika ini sukar untuk dimengertikan, sebentar tadi dia dilanda kerusuhan yang tidak terhingga dan ketika ini..
Segalanya sukar untuk diungkap dengan kata-kata..wajahnya kini berkerut menahan perasaannya,air matanya kini lebat menyerbu wajahnya tatkala ini dia hanya mampu untuk menahan esaknya..bidadari..

“She’s like a butterfly, flying straight to my heart, my lady..my love”



Derap langkah yang diatur Dynaz kelihatan lemah sekali,dia termenung jauh dan wajahnya sukar dimengertikan.Sesampainya dia di wad Dennis dia hanya duduk berdiam diri di salah sebuah sofa yang tersedia di situ.Fikirannya diselubungi pelbagai perkara yang berlaku padanya.

            “Are you ok, Naz?” tiba-tiba satu suara halus menegurnya.Lamunan Dynaz terbejat dia tersentak, cepat dia memalingkan wajahnya pada tuan empunya suara tersebut.
            “Ma..i’m ok..”lemah suara Dynaz menjawab,wajahnya cuba mengawal perasaan terkejutnya sebentar tadi.Dia kini menarik nafas panjang, ketika ini di dalam wad cuma tinggal dia dan mamanya sahaja.
            “Mama lihat hampir dua hari Naz hilangkan diri..Naz kemana?” entah mengapa Pn.Chae Rin terasa dia semakin merasakan sesuatu yang pelik pada diri Dynaz.Menantunya itu seolah-olah berada di dalam keadaan yang sulit tambahan lagi dengan kejadian yang dilihatnya tempoh hari membuatkan hati wanitanya benar-benar gusar.
            “Oh..Naz pergi rumah kawan..”lambat-lambat Dynaz menjawab,wajahnya cuba untuk menutup kegentaran di hatinya tetapi nyata begitu jelas dia gagal.
            “Dennis sakit di sini, sepatutnya Naz kena temankan dia..tadi dia sedar dia banyak kali cari Naz, what’s wrong with you honey? Ada masalah apa-apa?” Pn.Chae Rin kini lebih memilih untuk mempercayai menantunya kesayangannya itu walaupun jauh di sudut hatinya dia kini mula-mula ragu akan kesetiaan wanita itu.
            “Abang sedar tadi??”Dynaz terkejut dengan kenyataan mamanya.
            “Ya..dia cari Naz.”tangan Dynaz kini diusap Pn.Chae Rin lembut.
            “Naz..walau apa pun yang terjadi mama nak Naz tahu yang mama, papa, dennis selalu ada bersama Naz, kami semua sayangkan Naz..”Dynaz kini dipeluk begitu erat oleh Pn.Chae Rin, wanita itu lebih berusaha untuk menolak segala tanggapan buruknya terhadap Dynaz.

            “Ma..bagaimana jika Naz ni sebenarnya tidak ditakdirkan untuk abang Dennis, mama dan papa still akan sayang Naz?” begitu lambat Dynaz menyusun kata-katanya, wajahnya yang keruh melihat terus pada wajah Pn.Chae Rin yang kini bertukar benar riak wajahnya.
            “Apa yang Naz cakap ni, Naz-”
            “bagaimana jika selepas ini Naz tiada di dalam keluarga ini, mama still akan sayang Naz?” soalan Dynaz benar-benar mendesak, air matanya kini mula bergenangan.
            “bagaimana jika Naz mengkhianati keluarga ni, mama still akan sayang Naz?” ketika ini air mata Dynaz berjuraian tanpa henti, tangannya memegang erat tangan milik Pn.Chae Rin meminta jawapan dari mamanya itu.
            “bagaimana jika..bagaimana jika..”Dynaz kini tidak dapat menahan tangisnya lagi, dia kini tertunduk menangis tersedu-sedu membuatkan Pn.Chae Rin menjadi tidak tentu arah, bibirnya kehilangan kata.Apa yang dituturkan Dynaz langsung tidak dapat dicerna oleh otaknya, dia binggung sungguh tidak mengerti..
Dynaz..apa yang cuba sayang katakan ini?



            “Semuanya terserah pada kau,keputusan ada pada kau.Kalau kau begitu sayang dengan keluarga tu, kau akan tinggalkan mereka.”
            “Yong Jun..sebenarnya semuanya akan selesai jika awak berterus-terang dengan papa. Please..awak dah banyak tersiksa, jangan tambahkan lagi kesengsaraan awak.”Dynaz bersuara lembut, wajah Yong Jun yang dingin dilihat penuh makna.
Ketika ini Yong Jun tersenyum sinis, bahagia? Masih adakah bahagia untuk dirinya di dalam keluarga itu? Amir,lelaki tua itu secara terangan menolak segala bukti kewujudan dirinya di dalam hidupnya..bahagia apakah yang akan dikecapinya?
            “Sudahlah Naz, kau boleh buat apa sahaja untuk menyelamatkan keluarga itu, aku ada cara aku sendiri.”Yong Jun kini mula mengaturkan langkahnya untuk meninggalkan Dynaz.
            “Saya akan tamatkan semuanya,saya akan beritahu segalanya pada papa, bahawa awak ialah anak yang dicarinya selama ini.”Dynaz begitu nekad ketika ini, dia tidak peduli dengan ugutan Yong Jun sebelum ini jika dia membocorkan rahsia tentang lelaki itu pada papanya.Apa yang penting kini ialah untuk menyatukan keluarga tersebut dan melihat kebahagiaan Yong Jun!
            “Ha.Ha.Ha, Naz..Naz..I don’t really care bout that anymore. You want to tell him, fine, just go doing that..biar lelaki itu hidup di dalam ketakutan bahawa ada seseorang yang begitu enjoyed meruntuhkannya..”Yong Jun kini tersenyum, di saat ini tiada apa pun di dunia ini yang mampu untuk menghalangnya, dia punya caranya sendiri di dalam misi ini, dia tidak akan benarkan sesiapa pun merosakkannya.  Dynaz kini terkesima, kata-kata Yong Jun menunjukkan betapa lelaki itu serius di dalam rancanganya, seperti tiada lagi jalan untuk membawanya pulang.Seakan segalanya terlambat..sudah terlambat..
By the way, for ur information, I already resigned from that company. Now, It’s up to that old man on how he is going to find this ‘son’ ” begitu sinis kata-kata Yong Jun sebelum dia mengatur langkahnya untuk meninggalkan Dynaz.
“Tunggu!”Dynaz kini menyambar cepat lengan Yong Jun membuatkan lelaki tersebut tersentak.Terkejut dengan tindakan wanita itu, Yong Jun membulatkan matanya melihat Dynaz.
 “Tiada jalan lain lagi untuk padamkan dendam awak tu?”Dynaz menyoal kasar, walaupun nadanya kedengaran tegas tetapi masih kendengaran betapa dirinya risau akan keadaan lelaki dihadapanya itu. Yong Jun kini menarik nafas dalam, wajahnya ternyata kelihatan bosan dengan soalan yang sama sering diutarakan Dynaz.Pandangannya kini dijatuhkan pada seraut wajah bersih itu.
“Ada, if you left them and stay with me”pandangan Yong Jun menikam tepat ke anak mata milik Dynaz,wajahnya begitu hampir sehingga Dynaz dapat merasakan deru nafasnya yang tenang dan dingin itu.




Wajah Dynaz dilihat Dennis, wanita itu kelihatan termenung jauh walaupun ketika itu dia sedang mengacau bubur panas di tangannya bersama sebatang sudu gangsa.Dennis kini bangun dari baringnya dia duduk bersila di hadapan Dynaz, ternyata Dynaz sememangnya hanyut entah ke mana.Pergerakkannya langsung tidak disedari wanita itu.

            “Ouch!”Dynaz terjerit kecil apabila terasa sesuatu mengena tepat di dahinya,seraya itu tangannya kini memegang lembut dahinya.Dia mengangkat wajahnya dan ketika ini pandangannya bertembung tepat dengan sepasang mata sempurna milik Dennis.Lelaki itu kini dengan selamba menarik kembali jarinya yang menjentik dahi isterinya itu.
            “I’m waiting..”seperti tiada apa-apa Dennis bersuara sambil matanya kini melihat semangkuk bubur di tangan Dynaz memberikan isyarat yang sememangnya dimengerti Dynaz.
            “Apa ni jentik dahi orang?”Dynaz kini mengurut perlahan dahinya, dia cuba untuk mengawal perasaannya yang hampir sahaja melayang dikejutkan Dennis sebentar tadi.
            “Tu kira ok, jentik aje kalau aku luku kan susah”Dennis bersuara selamba membuatkan Dynaz mencebik.
            “Nah, ambil makan sendiri.”Dynaz bengang dan seraya itu dia menyuakan mangkuk bubur di pegangannya kepada Dennis.
            “Kejamnye kau ni, aku kan sakit tak boleh nak buat kerja sendiri,lihat tangan pun tak boleh nak gerak.”Dennis menggeleng kepalanya,kedua-dua tangannya kini disorokkan pada silanya.Keletahnya tidak ubah seperti budak kecil, ditambahkan lagi dengan baju cotton hospital berwarna biru muda bercorak bunga putih yang dipakainya menambahkan lagi kelainan pada gayanya yang selalu dimegah-megahnya.
Elegant and Sophisticated konon..
Nak dekat 2 hari, takkan tak baik-baik lagi..
            “Habis tu kalau tangan takleh gerak, kenapa boleh pula nak jentik orang?”Dynaz bersuara sambil tangannya masih lagi mengurut-urut kawasan yang dijentik Dennis.
            “Sakit tau tak.”suara Dynaz rendah,wajahnya berkerut tatkala tangannya masih sibuk mengurut dahinya.Dennis melihat Dynaz yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh mengurut dahi.
Sakit sangat ke? Dia kini mula diserbu perasaan bersalah.
            “Sini aku tengok”Dennis memegang lembut tangan Dynaz dan ditolak tepi tangan tersebut, dan kini terserlah kesan merah yang begitu jelas di kawasan dahi Dynaz.
            “Hmmm..”Dennis tersenyum manis,sungguh dia tidak menyangka kelakuannya tadi akan meninggalkan kesan yang begitu ketara.Ibu jarinya kini mengurut lembut kawasan tersebut.
            “Sikit je ni,I’m sorry, ok?”ketika ini lidah Dynaz terasa kelu, wajah Dennis benar-benar hampir dengan wajahnya malah pandangan lelaki tersebut kini tepat melihat ke anak matanya. Senyuman manis Dennis membuatkan Dynaz terpaku,matanya kini tidak terkelip.Oh tuhan! perasaan apakah ini?
Senyuman Dennis kini mengendur serentak itu wajahnya bertukar serius.Wajah Dynaz yang merenung penuh dalam ke anak matanya membuatkan dadanya berdebar hebat.
Naz stop looking at me like that, I can’t sure myself what am I might do to you if you’re not stop doing that! Please..

Pandangan Dynaz kini seolah-olah terpukau melihat sepasang mata redup dihadapannya itu, dia dapat merasakan deru nafas tenang yang dihembus lembut Dennis.Wajah sempurna itu begitu hampir dengannya dan ketika ini Dynaz merasai satu kucupan lembut pada bibirnya.
Begitu lembut dan tenang membuatkan Dynaz hilang pada kewarasannya.Segala-galanya dalam fikirannya kabur dan apa yang diketahuinya kini dalam keadaan teragak-agak dia membalas kucupan yang diberikan Dennis.
Lama bibir mereka bertaut dan akhirnya Dennis meleraikan kucupannya, dadanya berombak tenang mengatur nafasnya yang hampir lupa diaturnya beberapa minit yang lalu.
            “I love you..” rendah dan penuh romantis sekali nada yang dituturkan Dennis,jemarinya yang panjang dan runcing itu setia mengusap lembut pipi milik Dynaz.
I Love you..suara itu meresap masuk ke kotak fikiran Dynaz,perasaannya terasa terbuai-buai.Begitu manis, begitu indah, begitu..
Dan ketika ini tiba-tiba kelopak mata Dynaz terbuka, jantungnya berdegup kencang.
Oh,God!Apa yang aku dah lakukan ini?
Tubuh Dynaz serta-merta menjauh membuatkan Dennis diserbu kehairanan, dan kini tanpa berlengah Dynaz bangun dari duduknya.Wajahnya penuh kekeliruan,jemarinya memegang erat segaris bibirnya yang masih lagi merah bukti kelalaian dirinya.
Naz, are you ok?”Dennis menyoal penuh kerisauan, dia kini mula mengatur langkah ingin menghampiri Dynaz.
Stop!”pantas Dynaz bersuara.
Stay. where you. are..” ayat Dynaz putus-putus menunjukkan kekacauan
perasaannya ketika ini jangtungnya kini benar-benar berdengup kencang,fikirannya berkecamuk memikirkan perkara yang terjadi sebentar tadi.
Langkah Dennis ketika ini terhenti, dia mengerti kini mengapa Dynaz berkelakuan sedemikian rupa.Satu nafas dalam dihembusnya berat.    
            “Aku akan anggap semua ini tak pernah berlaku..ya.tak pernah berlaku.”tutur kata yang lebih untuk menyakinkan diri sendiri,Dynaz kini mula untuk mengatur langkahnya tetapi Dennis lebih pantas bertindak.Lengan Dynaz disambarnya erat membuatkan separuh kudrat Dynaz hilang melayang direntap tangan gagah itu.
            “Too bad for you, cos I’m not in feeling to treat this matter as something never happened between us.”suara Dennis rendah tetapi tersirat betapa dia memaksudkan segala kata-katanya itu.
            “Why you do this to me?”kegentaran Dynaz kini hanya mampu membuatkan dirinya menyalahkan segala-galanya pada lelaki di sisinya itu.Nadanya jelas kini bertukar serak basah menahan perasaannya.
Ketika ini Dennis melepaskan genggamannya pada lengan Dynaz, tubuhnya mendekati Dynaz membuatkan Dynaz cepat mengundur tetapi nasib tidak menyebelahinya.Sebuah meja yang betul-betul berada di belakangnya membuatnya pergerakannya mati.Dennis meletakkan kedua-dua tangannya pada sisi meja membuatkan tubuh Dynaz terkunci di situ.
Why you do this to me?”Dennis memulangkan soalan yang sama kepada Dynaz.Tubuhnya yang tinggi direndahkan sedikit seiring wajah Dynaz.Pandangannya tepat menikam terus ke anak mata Dynaz.
Mengapa kau perlu menolak aku sedangkan sebentar tadi begitu jelas kau juga turut merasai apa yang dirasai aku selama ini..mengapa?mengapa Dynaz..
            “I love you..”kata-kata Dennis rendah seakan berbisik di pendengaran Dynaz.
            “I really meant it..”terselit nada yang begitu menyiksakan seolah-olah lelaki itu sudah begitu lama dan perit sekali menahan perasaan itu.
            “mengarut..apa yang ka-”
            “Beri aku satu peluang,please..I will show you that my words are really true”Dennis lebih cepat memotong kata-kata Dynaz,dia mengusap lembut kedua-dua pipi gebu milik Dynaz.
            “Stop it!Stop it!”Dynaz menggeleng kepalanya,kedua-dua tangannya kini menutup erat sepasang telinganya.Dia tidak sanggup untuk terus mendengar segala kata-kata permainan dari segaris bibir sempurna itu.
            “Dennis..ia sangat sakit..ditipu,dipermain dan diperbodoh, ia begitu menyakitkan..tolong hentikan mainan ini. Sungguh Naz sudah tak mampu lagi untuk terima semua ni..”cepat saja air mata Dynaz bergenangan di kelopak matanya tetapi dikawalnya supaya tidak mengalir kerana sesungguhnya dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki yang begitu cekap bersandiwara itu.
            “Selama ini..Naz menanggung siksa, perit..pedih begitu sakit dipermainkan oleh orang sekeliling Naz, tiada siapa pun memahami perasaan Naz dan tiada siapa pun yang hadir untuk menolong Naz..Dennis, kau tahu tak macam mana rasanya? Kau tahu tak?? Perasaan bila dikhianati dan diperbodohkan seolah-olah diri kau tak punya perasaan”
Kata-kata Dynaz membuatkan Dennis terdiam seribu bahasa, wajahnya menunduk menahan perasaannya yang bersalah. Dia mengaku bahawa selama ini dia telah banyak menyiksa gadis dihadapannya ini. Pelbagai cara telah dilakukannya bagi memuaskan hati dan perasaanya..kejam..ya..dia terlalu kejam terhadap Dynaz.
Tetapi..pelbagai cara juga telah dilakukannya untuk merawat kembali hati gadis dihadapannya itu. Tidak sedarkah Dynaz bahawa selama ini dia juga telah menyiksa teruk perasaan Dennis? Begitu susahkah untuk Dynaz mengerti perasaan Dennis yang meruntun kuat mengharapkan balasan cinta darinya?

Dennis  menghembus nafas berat,wajah Dynaz dilihatnya sepi.
Mengapa begitu susah untuk kau memahami perasaan ini?
            “Apa yang perlu aku lakukan untuk kau faham perasaan aku? Name it, I will do it for you.” Tenang nada yang dituturkan Dennis, wajahnya juga tenang mengambarkan betapa dia benar-benar ikhlas dengan segala yang dituturkanya itu.
Please..just give me one chance…
Kedua-dua tangannya kini erat memegang pipi gebu milik Dynaz. Pandangannya yang tepat melihat ke redup pandangan Dynaz memancarkan keikhlasan yang membuatkan Dynaz kekeliruan.
“Aba.ng nak kita bina keluarga kita bersama..” rendah nada Dennis seakan berbisik penuh romantis. Inilah kali pertama Dynaz mendengar Dennis ikhlas mengelar dirinya dengan panggilan sebegitu. Pandangan Dynaz seakan terkaku melihat Dennis, jari jemari Dennis yang runcing mengusap lembut pipi miliknya. Dynaz keliru..apakah perasaan yang bermain di dalam dirinya ini?
Forget all the pass, we live as a happy family together. You and me..”nada lembut Dennis bertukar serak.Jelas di penglihatan Dynaz, kelopak mata sempurna  Dennis mula dikunjungngi butiran mutiara. Seperti tidak terkawal olehnya, Dynaz kini mengusap lembut sebutir mutira jernih yang berjaya melepasi lekuk pipi Dennis yang sempurna. Begitu indah, Dennis kini memegang erat tangan Dynaz dan mengucupinya penuh ikhlas.
I love you..I love you Dynaz” serak suara Dennis begitu romantis tatkala dia merapatkan dahi Dynaz menyentuh permukaan dahinya membuatkan diri Dynaz hilang dalam kewarasannya. Dynaz yang tertunduk menanggis teresak-esak, entah mengapa..begitu sukar untuk dia gambarkan perasaanya ketika ini. 

12 comments:

baby mio said...

best sangat-2 next please tq.

auni shahira said...

wowwww...lama giler menunggu....last ada entry jugak...tenkiu writer.^_^..
nak dennis ngn dynaz...tau mau dgn org lain...huhuhu

hana_aniz said...

rindunyeeeeeeeeeeee.
hukhuk.. ingatkn da private tros.
kecewa..
but.. hey! cik writer is here!
thanks a lot! :)

hana_aniz said...

waaaaaaaaaaaaa. dennis dah confesss!!!
bapak suwitttttttttttt. hukhuk

rosse - violet said...

tuelah..ingatkan dah private terus.....anyway..thanks miss writer......for this entry

mcna said...

thank you cik writer coz at last ada gak sambungan citer ni.....best sgt2..... x sabar tau kesudahan citer ni...

IVORYGINGER said...

wow about a year waiting lastly i can read this novel again. oh damp how i was frustrated when this blog was private long time ago. I already follow you since 2009.

Hey writer please invited me at hazwani367@yahoo.com if you change the setting to private. okay... ;P

Zeni Geba said...

plot semakin menarik!!!!!!
cara dennis confess mmg sweetttttt sgt..like 1000x
tp top n henny pun mgaku gak skakn dnaz..huhu
nape la smua blaku dlm 1 chapter..
xsbar nk tnggu chapter baru..

aRyNN69 said...

ouh my~ xsangka... atlast ada sambungannya... touching abeh!

salmi fasliena said...

sambung please...cerita ni sgt best...

Anonymous said...

after a long time, i'm growing up now lol

chilly lily said...

a very nice story. miss writer, please continue yeah! i'm looking forward to your next entry. it's been more than a year, though. please please please. :)

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket