Novella~My LovE 35

Sunday, October 26, 2014

BAB 35




            “This is your breakfast, makan sikit.” rendah suara Seung Hyun sambil meletakkan pinggan yang berisi makanan di hadapan Dynaz. Wajah Dynaz yang pucat dilihatnya penuh kerisauan. Wanita itu semakin hari semakin lemah, seolah-olah tubuhnya itu tidak bernyawa hanya tinggal jasad yang kosong. Hatinya bimbang.. bimbang dengan keadaan Dynaz. Tambahan pula sekarang Dynaz bukan hanya perlu menjaga kesihatan dirinya sahaja tetapi seorang lagi insan kecil yang bernyawa dalam tubuh wanita itu.

Fikiran Dynaz melayang, hatinya sayu, jiwanya pedih, dan sungguh paling menyakitkan lagi ialah nalurinya yang meronta-ronta ingin bertemu dengan seorang insan yang semakin hari semakin meresap dalam ke tangkai jantungnya itu.
I love you, I love you Dynaz..suara itu semakin mendesak ke sanubarinya menambahkan lagi rawan di hatinya. Tetapi apakan daya, takdir menentukan segala-galanya berakhir di sini sebelum sempat dia mengecapi indah percintaan itu.
Dennis….
Dynaz mengusap lembut perutnya yang semakin membesar itu, dalam tubuhnya kini punya benih seorang insan yang dahulunya sangat dibencinya dan sekarang seperti meraih tempat yang istimewa dalam hatinya.
Tanpa disedarinya dia kini mengenangkan peristiwa yang berlaku padanya beberapa bulan yang lalu..



Kedatangan mama pada pagi itu sangat memeranjatkan Dynaz. Tidak pernah terjangka olehnya mama mengetahui lokasi rumah Eun Jun yang sudah dianggapnya seperti rumah keduanya itu. Hari itu genap tiga hari Dennis ke Dubai atas urusan kerjanya.

            “I know there is something wrong in your relationship, tapi mama tak sangka sehingga serius macam ni!” kuat Pn. Chae Rin menengking. Amarahnya menggunung, dikumpulnya sepanjang perjalanannya ke sini. Dynaz tergamam senyuman pada bibirnya terhenti.
      “Apa yang mama cakapkan ni?” Dynaz benar-benar kekeliruan. Eun Jun yang berada dalam rumah ketika ini sudah keluar ke pintu apabila dia terdengar pekikan Pn.Chae Rin.
            “Naz masih nak pura-pura lagi? Patutlah Dennis menderita teruk, sangat malang hidupnya dapat isteri yang pandai berpura-pura seperti kamu ni!” Pn. Chae Rin mengetap bibirnya. Dia betul-betul tidak menyangka Dynaz merupakan seorang wanita yang pandai bersandiwara.
            “Ma, Naz betul-betul tak faham apa yang mama cakapkan ni”sesak dada Dynaz ketika ini. Pada wajah mamanya tergambar raut yang sangat asing bagi tatapannya, serta merta air mata bergenangan di tubir matanya.
Ya Allah, ujian apakah ini? Jangan ditarik dariku insan yang menyayangi aku. Insan yang aku sudah anggap seperti ibuku sendiri ini. Sungguh aku telah jalani banyak dugaan dalam hidup ini tetapi jika ini adalah salah satu darinya, sungguh aku tidak mampu..tidak mampu.
Amarah Pn.Chae Rin semakin merasuknya apabila melihat Dynaz mula memainkan air matanya untuk menagih simpati, berlakon seolah-olah dia tidak punya apa kesalahan.
            “Sungguh kamu seorang wanita yang tidak tahu malu! Perempuan jalang!”kuat Pn.Chae Rin menempik dan ketika ini dia melemparkan berkeping-keping gambar pada tubuh Dynaz di hadapannya itu.
Kata-kata mamanya begitu tajam sekali menusuk sanubarinya, Dynaz tersentak melihat keping-kepingan gambar yang berterbangan jatuh di kakinya itu.
Ya Allah! Ujian apakah ini?
Dan ketika ini tahulah Dynaz, inilah pengakhiran hubungannya bersama Dennis. Wajahnya menunduk, hanya air matanya sahaja yang mengalir laju membasahi pipinya yang mulus itu.
            “Apa salah Dennis sampai tergamak Naz buat dia macam ni?!” ternyata Pn.Chae Rin lebih memilih untuk memihak pada anak lelakinya.
Apa yang harus dilakukan Dynaz sekarang ini selain hanya mampu menitiskan air mata? Menerangkan segala-galanya kepada Pn. Chae Rin, seolah-olah memburukkan Dennis di hadapan ibu kandungnya sendiri yang sudah tentu akan lebih memilih untuk mempercayai anak lelakinya itu.
Dalam sendu Dynaz dapat melihat dengan jelas gambar-gambar yang jatuh ke lantai itu. Segalanya memihak pada Dennis..
Senyumannya bersama Hariz, kemesraannya bersama Henney, segala-galanya seperti memijak-mijak maruahnya menjadikan dia insan yang begitu hina di pandangan Pn.Chae Rin. Dynaz memejamkan matanya rapat, tidak sanggup untuk dia terus melihat perilakunya yang sememangnya salah dan hanya menambahkan kesengsaraan dalam hidupnya.
Sungguh dia naïf sungguh dia bodoh ketika itu kerana tertipu dan secara tidak sedar memainkan peranan mengikut permainan Dennis.
Jika ini kesudahannya permainan yang telah engkau ciptakan ini Dennis, baiklah aku terimanya.

Kebisuan Dynaz seolah-olah mengiyakan segala-galanya, dunia Pn.Chae Rin ketika ini terasa seperti berpusing. Hati wanitanya terasa ditusuk sembilu, kepedihannya, kesedihannya hanya dia sahaja yang menanggungnya.
            “Naz mengaku segala-galanya? Naz mengaku Naz curang terhadap Dennis?”tenggelam timbul nada yang ditahan Pn.Chae Rin dia tenggelam dalam perasaan sedihnya dia tenggelam dalam perasaan amarahnya.
Ketika ini Eun Jun hanya mampu melihat, dia tahu akan segala-galanya tetapi siapalah dia untuk masuk campur. Pandangannya jatuh pada Dynaz yang sekarang ini menunduk tersedu-sedu dalam tangisannya.
“Mama terima kamu, mama kutip kamu masa kamu ditinggalkan tunang kamu. Tapi ini balasan kamu!” Sakit hati Pn.Chae Rin melihat Dynaz yang hanya menangis itu. Lagi sakit hatinya apabila hasil dari siasatannya, Hariz itu merupakan bekas tunang Dynaz dan selama ini Dynaz merahsiakan kepadanya dan Dennis kerana ingin menutup perhubungan sulit mereka.
“Tak, mama..ma jangan cakap macam tu..”esak tangis Dynaz tidak dapat dibendung lagi, wajahnya kini melihat mamanya itu.
“Hariz itu bekas tunangan kamu, dan kamu merahsiakannya pada mama dan Dennis! Dibelakang mama dan Dennis kamu berhubungan sulit dengan dia! Malah bukan dia sahaja tapi Henney juga, perempuan jenis apa kamu ini!”
“Mama maafkan Naz…ya, ya Naz mengaku Hariz adalah bekas tunangan Naz tapi-”
PANGGG! Satu tamparan kuat hinggap di pipi Dynaz tanpa sempat dia menerangkan segala-galanya.
            “Jangan..berani kamu panggil saya mama lagi.”naik turun dada Pn.Chae Rin menahan perasaanya. Hatinya sakit mendengar yang akhirnya Dynaz mengaku, mengaku akan perbuatan jahatnya. Sungguh dia jijik melihat Dynaz, sepatutnya bukan hanya setakat penampar sahaja tapi wanita itu perlu diberi pengajaran lebih lagi.
Tangannya kini naik untuk menampar wajah wanita itu sekali lagi tetapi tiba-tiba tangannya ditahan kuat oleh seseorang.



Ketika ini seluruh tenaga yang ada pada Dynaz sudah hilang seperti ditiup rakus oleh taufan yang kuat. Seluruh tubuhnya mengigil dan dapat dirasanya tubuhnya kian lumpuh ingin jatuh rebah ke bumi. Serentak itu satu pelukan kuat memeluk erat tubuhnya, satu tangan yang hangat memegang erat kepalannya yang kini berada kemas pada dada insan tersebut.
            “Siapa kamu?!”penuh kaget, Pn.Chae Rin menyoal dalam nada yang penuh angkuh. Pandangan Dynaz berpinar, dia tidak kuat tetapi dalam samar-samar dapat di lihat siapakah gerangan insan yang datang menyambut tubuhnya itu.
            “Yong Jun..” lemah sekali nama itu terlahir pada bibir merah Dynaz, dan ketika ini matanya terpejam rapat.




Seung Hyun kini membelai lembut pipi milik Dynaz, wanita itu tidur tanpa menjamah makanan yang diberinya. Hatinya semakin diragut perasaan bersalah..
Adakah kejam permintaan aku kepadanya sehinggakan raut ceria yang pernah menghiasi wajah itu semakin pudar dan hilang di pandanganku?
Seung Hyun tahu yang Dynaz mencintai Dennis dan wanita itu sekarang mengandung anak, benih dari lelaki itu. Tetapi demi menyelamatkan lelaki dan keluarga lelaki tersebut, Dynaz mengorbankan kebahagiaannya dengan meninggalkan lelaki tersebut.
Naz…kenapa takdir hidup begitu sukar untuk seorang insan yang begitu baik seperti kau? Adakah segala keperitan hidup yang kau lalui ini adalah disebabkan oleh aku?
I’m sorry Naz, I will do anything just to see that sincere smile of yours in front of my eyes again..
Ketika ini Seung Hyun mengucup lembut permukaan dahi Dynaz yang licin. Perasaan bersalah benar-benar menganggui fikirannya.


Dynaz terjaga dari tidurnya, dia memandang Seung Hyun yang termenung jauh seolah-olah hanya jasadnya berada di situ sedangkan fikirannya melayang entah ke mana.
            “Yong Jun..”lemah sekali  suara Dynaz memanggil Seung Hyun. Serentak itu Seung Hyun tersedar dari lamunannya. Wajahnya melihat Dynaz dan ketika ini Dynaz berusaha bangun dari pembaringannya untuk mendekati lelaki itu. Cepat Seung Hyun memegang tubuh Dynaz membantu Dynaz yang begitu lemah itu.
            “Apa yang awak menungkan tu?”nada Dynaz rendah, wajahnya memberikan senyuman buat lelaki di hadapannya itu.
            “Dynaz, awak telah banyak menyiksa diri awak..saya tak minta untuk awak berada di sini jika awak tersiksa macam ni”Seung Hyun kini duduk berhampiran Dynaz.
            “Sudah berbulan awak di sini, Dennis sudah tentu macam orang gila mencari awak sekarang ini. Saya tak kisah jika awak nak pergi padanya, jika itu dapat bahagiakan awak”nada Seung Hyun tenang, wajahnya tidak lagi melihat Dynaz. Sebaliknya dia bersandar pada dinding dan wajahnya hanya menunduk.
Dynaz melihat Seung Hyun begitu dalam, ada kelembutan pada jiwa lelaki ini. Hanya Dynaz sahaja yang tahu, Ya, hanya dia sahaja yang tahu.
            “Yong Jun awak rasa saya terpaksa tinggal di sini bersama awak?”Dynaz bersuara lembut menyoal Seung Hyun. Lelaki itu hanya diam, tiada sebarang reaksi.
            “Saya yang memilih untuk mengikut awak. Sungguh saya dah penat dengan segala penderitaan hidup bersama Dennis. Walaupun hati saya sering teringatkan dia, tetapi apa yang dia telah lakukan pada saya, sungguh saya tak dapat lupakan. Sehingga hari ini, saat ini rasa sakit itu masih lagi saya rasa..”air mata mula mengalir pada tubir mata bundar milik Dynaz. Seung Hyun kini mendekati insan yang sememangnya punya tempat istimewa dalam hidupnya itu.
            “Please Dynaz, I don’t want to see you cry..”lembut nada Seung Hyun. Dia menyapu pergi air mata Dynaz yang mengalir.
            “I will look after you, don’t worry..tiada siapa lagi lepas ni akan sakiti awak lagi. This is my promise to you.”penuh prihatin Seung Hyun bersuara.
Sungguh baik hati kamu Yong Jun..sekurang-kurangnya kau benar-benar ikhlas pada aku. Tidak seperti lelaki-lelaki lain yang hanya penuh kepuraan-puraan mendekati diri aku.
            “Yes from now on, you will look after me and the same goes with me. I will look after you too, to make sure that this naughty boy will not jumping into any trouble.”Dynaz tersenyum manis.
Ya, mulai saat ini dia akan pastikan keselamatan Yong Jun. Supaya lelaki ini tidak akan membuat sesuatu perkara yang akhirnya akan memusnahkan kehidupannya sendiri.
Seung Hyun kini tersenyum. Manis senyuman itu hanya Dynaz sahaja yang bertuah dapat melihatnya.
            “Okay, sebelum nak jaga orang..awak kena jaga kesihatan diri sendiri dulu. Jadi makan sikit, ok?” Seung Hyun kini memegang sudu yang penuh makanan ke arah Dynaz. Dynaz tersenyum lalu dia makan makanan yang disuap Seung Hyun itu.
            “Yong Jun..”
            “One more thing, I don’t like to be called with that name please-”
            “Kenapa pula tak suka?Itu nama sebenar kamu, itu nama yang diberi eomma kamu. Tiada apa pun yang awak rugi Yong Jun dengan menggunakan nama tersebut. Ia adalah identiti sebenar kamu”lembut Dynaz bersuara, bibirnya tidak lekang dengan senyuman manis buat lelaki di hadapannya itu.
Seung Hyun terdiam..
            “Yong Jun na..”Dynaz memanggil lembut nama itu mengikut dialek panggilan korea. Seung Hyun hanya diam, tangannya masih setia menyuap makanan pada Dynaz. Hatinya terusik dengan panggilan Dynaz..Panggilan yang seakan-akan serupa dipanggil oleh seseorang yang sudah lama meninggalkan dirinya.
            “Yon Jun..jangan disakiti lagi hati awak dengan perkara-perkara yang berbaur dendam ini. Hidup kita terlalu pendek untuk dibuangkan begitu saja. Awak janji dengan saya, awak tak akan menyakiti lagi diri awak..awak tak akan membuat satu perkara yang akan mengancam keselamatan awak lagi.” Kata-kata itu, nasihat itu, keprihatinan itu begitu mirip begitu sama dengan insan yang pernah menemani kehidupannya dahulu. Iaitu ibunya..
Dynaz kau betul-betul wanita yang istimewa..
Tetapi tahukah kau, ini semua adalah satu helah. Aku memastikan kau bersama aku supaya aku dapat selamatkan kau dari kecelakaan yang akan menimpa keluarga itu..
Sebenarnya berbagai-bagai keperitan dilalui lelaki ini yang disebabkan oleh keluarga itu, sehinggakan perkataan ‘maaf’ itu tidak pernah wujud dalam kamus hidup ini.

Dynaz, mana mungkin dendam ini akan terkubur begitu sahaja setelah apa yang mereka lakukan terhadap keluarga aku,terhadap aku dan terhadap kau.
           
Ketika ini ingatan Seung Hyun mengimbas kembali satu kejadian yang betul-betul merasuk kemarahannya yang berlaku beberapa bulan yang lalu. Dia mengenggam kuat tangannya menahan amarah. Sungguh sehingga hari ini jika peristiwa itu terlayar di mindanya tentu hatinya berasa sakit, penuh dengan kemarahan buat keluarga itu.
Jika dia lewat sampai pada waktu itu, sudah tentu Dynaz akan teruk lagi dicerca dan dihina. Dia sendiri yang mengendong Dynaz ke hospital bilamana Dynaz pengsan, tubuhnya kaku diserang perempuan hina itu. Ketika itu juga dia mendapat berita akan kandungan Dynaz yang semakin membesar itu.

“Aku tak akan benarkan perempuan hina macam kau sentuh perempuan ni.”begitu dingin sekali Seung Hyun bersuara. Pandangannya tajam menusuk terus ke jantung Pn.Chae Rin. Pelukannya pada tubuh Dynaz dikejapnya.
            “Hah? Perempuan hina?!”Seperti tidak dapat mempercayai apa yang didengarnya, hampir sahaja Pn.Chae Rin tersedak. Kemarahan menyerbu dirinya tetapi pandangan tajam pemuda di hadapannya itu menyekat keberaniannya.
            “Sebelum kau datang sini, kau perlu cermin diri kau dulu. Apa hak seorang perampas ingin menghukum seorang yang diiniaya?”tenang kata-kata Seung Hyun tetapi nadanya yang dingin membuatkan kata-kata itu seperti belati tajam menusuk ke jantung Pn.Chae Rin.
Naik turun dada Pn.Chae Rin menahan nafas yang seperti sukar diaturnya. Inilah kali pertama seseorang begitu lantang berkata-kata dengannya.
Segala yang dikatakan pemuda di hadapannya itu benar-benar mengelirukan hati wanitanya. Sungguh dia tidak pernah ketemu pemuda tersebut dan sungguh dia bukan wanita perampas yang dikatakan pemuda tersebut tetapi entah mengapa kata-kata tajam itu seolah-olah mengena dan mengatakan bahawa dialah wanita yang dimaksudkan pemuda tersebut.
Pandangan pemuda itu, pandangan seolah-olah menyimpan beribu-ribu rahsia yang melibatkan dia sebagai watak dalam helaian rahsia itu.
            “Hey, siapa pun kamu..saya boleh musnahkan hidup kamu dengan senang saja. Jadi lebih baik kamu jaga percakapan kamu.” Pn.Chae Rin kini resah dalam keberaniannya.
Huh, I’m not surprise. True fact! That is the only thing you know. Destroy other people’s life.”tersenyum sinis Seung Hyun ketika ini.
Tersentak Pn.Chae Rin dengan kata-kata sindiran yang lahir dari pemuda tersebut. Marahnya tidak terhingga dia kini melangkah ke hadapan ke arah pemuda tersebut tetapi dengan tiba-tiba  tangannya dipegang seseorang.
 “Puan, saya rasa lebih baik kita beredar.”Seorang pengawal peribadinya bersuara sambil memegang erat lengannya. Pn.Chae Rin seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang ini dia mahu meneruskan niatnya tetapi cepat pengawal peribadinya itu membisikkan sesuatu kepadanya.
Puan lelaki itu merupakan ketua gangster besar di sini, lebih baik kita beredar dulu sebelum keadaan menjadi semakin rumit.
Pn.Chae Rin kini menarik nafas dalam, baju mahal yang tersarung pada tubuhnya dibetulnya kemas. Pandangannya tajam melihat tepat pada Seung Hyun, dan juga pada Dynaz yang sekarang ini berada dalam pelukan lelaki tersebut.




Perkhabaran yang diterima Dennis sebaik sahaja dia pulang dari Dubai benar-benar membunuh jiwanya. Terasa dunianya gelap-gelita tiada cahaya, sungguh dia tidak menyangka permainan gila yang diciptanya selama ini akhirnya memakan dirinya kembali.
Dennis termenung jauh melihat suasana kota dari tingkap luas bilik pejabatnya itu. Wajah kacaknya suram tiada sinar. Hatinya kosong, jiwanya melara. Baru kini dia merasakan erti kehilangan Dynaz sebenar-benarnya.
Hampir berbulan-bulan dia mencari Dynaz tetapi usahanya itu gagal tiada jawapan yang pasti. Ditanya pada teman baik Dynaz, Eun Jun, wanita itu hanya memilih untuk berdiam diri. Pandangan wanita itu kepadanya merupakan satu pandangan yang penuh perasaan benci dan marah. Dia akur terhadap itu, sesungguhnya banyak kesalahan yang dilakukannya yang membuat kehidupan Dynaz penuh kesengsaraan.



            “Apa yang mama dah lakukan ni?”seolah-olah lelaki yang hilang arah Dennis menyoal begitu tertekan.
            “Apa yang mama dah lakukan? Mama selamatkan kamu dari perempuan jalang tu!”Pn.Chae Rin bersuara kuat bagi menyedarkan anak lelakinya itu. Dia tahu Dennis sangat mencintai Dynaz sehinggakan anaknya itu hanya mampu menyimpan gambar-gambar kecurangan isterinya seolah-olah memujuk diri bahawa kejadian curang itu tidak pernah berlaku.
Jika tidak kerana dia yang datang ke rumah Dennis untuk mencari dokumen syarikat dan menjumpai gambar-gambar tersebut sudah tentu sekarang ini wanita jahat itu masih bermaharajalela memikirkan tiada siapa-siapa yang tahu akan perbuatan jahatnya. 
            “No,no, don’t called here like that.”seperti menahan amarah, nada yang dikeluarkan Dennis tegas sekali. Wajahnya melihat terus pada mamanya itu.
            “Open your eyes Dennis! Semua bukti dah ada depan mata Dennis sendiri!” Pn.Chae Rin menaikan suaranya tinggi, tidak sanggup dia melihat anaknya yang masih lagi dalam keadaan menolak kebenaran yang sudah terhidang di hadapan mata.
            “Chae Rin, please..control yourself”tenang nada En.Amir ketika ini, sungguh dia juga terkejut dengan berita ini. Tetapi baginya tindakan isterinya itu telah melampaui batas. Sesungguhnya permasalahan ini harus diselesaikan secara perbincangan bersama-sama bukan dengan cara menyerang Dynaz kala dia tidak punya Dennis iaitu suaminya yang sah dan satu-satunya insan yang berhak menentukan segala keputusan dalam hal ini.
            “How am I going to control myself if my only son still in the state of denial?”marah Pn.Chae Rin. Hati ibu mana yang tidak sedih melihat satu-satunya anak mereka gila mencintai seorang wanita yang tidak berhak dicintai.
Haha.Haha.Haha ketika ini kedengaran tawa Dennis bergema di kawasan ruang tamu rumah agam tersebut. 
“Bukti?bukti?? You know what, semua gambar ini bukanlah bukti. Ia adalah satu permainan, permainan yang dicipta oleh seorang yang kejam yang hatinya hanya dipenuhi oleh perasaan untuk membalas dendam.” Kata-kata Dennis begitu dalam, pandangannya tepat pada mamanya.
“Seorang yang dengan bodohnya tenggelam dalam keseronokan menyiksa dan meragut segala kebahagiaan wanita ini tanpa menyedari yang dia sendiri menggali begitu dalam kuburnya sendiri.” Nada Dennis kini serak, jiwanya seperti disiat-siat menahan sakit yang dia sendiri ciptakan.
Pn.Chae Rin terdiam dia diserang perasaan kekeliruan. Wajah bersih Dennis merona merah menahan perasaan yang tersiksa, jelas di jiwa ibunya betapa wajah itu sengsara.
“Seorang yang menghukum teruk wanita ini kerana perasaan cemburunya yang tidak dapat memiliki wanita tersebut. Perasaan yang disimpannya bertahun lama.” Dennis menunduk, tenggelam timbul suaranya. Nadanya semakin serak menahan getaran perasaanya.
Pn.Chae Rin resah, hatinya melisah melihat keadaan anaknya itu. Ketika ini wajah kacak itu kembali memandangnya.
“Seorang yang dayus yang kononnya megah menciptakan satu permainan yang menyaksikan kemusnahan wanita ini dan pada hakikatnya permainan ini akhirnya hanya memakan dirinya kembali” Tergamam Pn.Chae Rin tika ini apabila melihat air mata bergenangan pada tubir mata indah itu. Jiwa ibunya tersentuh.
            “Seorang yang hina yang hanya sedar betapa dia mencintai wanita ini setelah wanita ini jauh meninggalkan dirinya.” begitu sengsara, air mata Dennis mula mengalir menitis pada pipinya yang bersih.
“..and that stupid and ruthless person is..me, your son.” Tersekat-sekat nada Dennis menahan gelora perasaannya. Wajahnya yang bersih kini dibasahi air matanya, rautnya tersiksa.
Bagaikan disambar halilintar seluruh tubuh Pn Chae Rin kini kaku, lidahnya kelu. Jantungnya terasa bagai direntap kuat, sukar untuk dia mengatur nafasnya.
I’m the one who created this madness, it should be me yang dihina dan dicerca, bukan Dynaz..not her.” Serak suara Dennis mendengarkan sendu yang ditahannya. Serentak itu dia melangkah pergi dari rumah agam tersebut.
Pn.Chae Rin terduduk di kerusi mendengar kata-kata Dennis, matanya tidak berkelip. Tangannya memegang kuat dadanya, terasa begitu berdosa dirinya terhadap Dynaz apabila memikirkan perbuatan kejamnya terhadap wanita itu.
Air matanya kini mengalir bak sungai yang tidak bertepian. En.Amir yang berada berhampirannya turut tergamam dengan apa yang didengarinya hari ini. Dia beristighfar panjang dalam hatinya. 


Sejak peristiwa itu dia sudah tidak lagi menjejakkan kakinya di rumah keluarganya itu. Bukan kerana dia membenci atau membuang keluarganya tetapi kerana dia sudah tidak punya hati dan jiwa lagi untuk terus bersama sesiapa sekarang ini. Jiwanya tersiksa, sanubarinya meruntun, merindukan seorang insan.
Dynaz..


          
  “Why do you rubbing and biting your lips? Tak yah la nanti luka.”perhatian Dennis pada siaran berita di televisyen terganggu apabila melihat Dynaz yang duduk di sofa tidak jauh darinya sedang mengusik-usik dan mengigit-gigit bibirnya.
            Dynaz tersentak, tangannya dijatuhkan ke sofa tidak lagi di bibirnya tetapi dia masih mengigit-gigit bibirnya. Dennis mengerutkan keningnya, dia mengatur langkah menghampiri Dynaz. Wanita itu dengan serta-merta berubah kaku dan keras. Dennis tersenyum sedikit, dia sedar sejak confession dia yang berani mati di hospital tempoh hari Dynaz seolah-olah menjadi wanita lain. Dia tidak banyak cakap cuma bila perlu sahaja. Wanita itu juga sering mencuri lihat padanya tetapi apabila dia menangkap pandangan tersebut, wanita itu dengan cepat akan berlalu dan menjauhkan diri.
Mungkin Dynaz masih dalam proses menyesuaikan diri dengan situasi baru ini. Dennis akan tetap sabar menunggu wanita yang seringkali menguji jiwa lelakinya itu.

Dennis kini meneliti bibir Dynaz, jarinya yang panjang menyentuh lembut bibir Dynaz membuatkan Dynaz tersedak.
            “hmm..hm, bibir ni kering. Naz nak tarik kulit kering tu, rimas.”cepat Dynaz menolak lembut tangan Dennis.
            “No, you shouldn’t do that..see, dah luka ni.”penuh prihatin, wajah Dennis serius  melihat bibir Dynaz yang kemerahan dan punya luka-luka kecil itu.
            “I have vaselin dalam almari in the bathroom, tunggu I will take it for you”Dennis kini mula mahu mengatur langkah tetapi cepat Dynaz menghalangnya.
            “It’s ok, Naz pergi cari sendiri.”cepat Dynaz mengatur langkah meninggalkan Dennis. Wanita itu kelihatan gugup sekali bila bersamanya.
Dennis diam duduk di sofa, dia berfikir tentang sikap Dynaz. Segaris senyuman manis terpamer indah di bibirnya. Dia bangun dari sofanya dan mengatur langkah terus mencari wanita yang berada di fikirannya itu.

Dennis melihat Dynaz yang sudah berada dalam bilik air, wanita itu berdiri di hadapan sebuah sinki bermarmar yang terletak di sudut kanan dalam bilik air besar tersebut. Dia leka melihat wajahnya pada cermin besar di hadapannya. Dia meneliti bibirnya dan sesekali memegang bibir merah tersebut.
Dennis tersenyum apabila melihat Dynaz yang sesekali memuncungkan bibirnya melihat ke cermin tidak menyedari kelakuannya itu diperhatikan. Dennis ketika ini melangkah masuk ke dalam bilik air tersebut.


Dynaz yang melihat Dennis menjadi kaku, serta-merta tubuhnya dipusingkan berhadapan dengan Dennis.
            “Er..Naz tak jumpa pun Vaselin tu.”gagap menahan perasaan terkejut, Dynaz bersuara sambil tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dennis senyum, langkahnya semakin dekat menghampiri Dynaz membuatkan wanita itu semakin tidak tentu arah.
            “Ada dalam almari kat atas ni.”tenang nada Dennis, dia kini berdiri betul-betul berhadapan Dynaz. Jarak antara mereka begitu dekat sehinggakan Dennis dapat merasakan deru nafas Dynaz yang gelisah. Senyumannya manis, dan kini dia membuka almari yang dipasang tergantung terletak hampir pada syiling bilik air tersebut.

Dynaz hanya mengatur nafasnya yang gelisah, di hadapannya tubuh Dennis yang tinggi berdiri begitu hampir sambil membuka almari dan mencari-cari barang yang ingin dicarinya itu. Wajah Dynaz berada pada paras dada Dennis, dia mengangkat kedua-dua tangannya bagi dia menjarakkan kedudukan tubuhnya dengan tubuh suaminya itu.
            “Yes, got it.”di tangan Dennis terdapat satu tiub vaselin berwarna kuning cair, dia menunjukkan pada Dynaz dan senyumannya terpamer pada wajahnya yang sempurna itu. Dynaz menganguk sekali dan tangannya ingin mengambil tiub vaselin tersebut tetapi Dennis lebih pantas melarikan tangannya dan diletakkan tiub kecil itu di atas sinki besar tersebut.
            “Let me put it for you” rendah suara Dennis, wajah itu hampir dengan wajah Dynaz membuatkan Dynaz terkaku. Tanpa disedari oleh Dynaz tubuhnya diangkat Dennis dan kini dia duduk di atas sinki besar yang bermarmar warna merah maroon itu.
Segalanya berlaku dengan pantas dan Dennis kini sudah pun berdiri berhadapan dengannya yang duduk di atas sinki tersebut. Jantung Dynaz bagaikan ingin meletup menahan degupan yang berentak laju, dia terkaku di situ.
            “Come, let me see it.”lembut dan begitu tenang Dennis melihat bibir Dynaz yang terdapat garisan luka-luka kecil. Dynaz hanya memerhati wajah bersih Dennis yang menghampiri wajahnya. Dia tergamam, tetapi tidak pula dia mahu wajah itu menjauh darinya.
            “Dah luka ni…it’s okay, kita sapu ubat sikit hopefully cepat sembuh.”sungguh prihatin nada Dennis sambil dia membuka tiub vaselin dan menyapu nipis krim tersebut kepada bibir merah Dynaz. Dia sedar akan kegugupan Dynaz, dan wajah comel itu serta-merta merona merah. Dennis tersenyum manis, dia melihat ke setiap genap wajah wanita yang hampir menunduk itu. Tangannya kini mengusap lembut wajah Dynaz dan ditolak lembut dagu milik Dynaz supaya melihat terus padanya.
Dynaz tidak menolak, wajahnya diangkat tetapi pandangannya masih dilarikan tidak melihat pada mata sempurna milik Dennis.
Dennis mengatur nafasnya tenang, memikirkan kedudukan mereka dalam bilik air tersebut membuatkan jiwa lelakinya bergetar hebat tatkala ini.
Kedua-dua pipi Dynaz merona merah ketika Dennis mengusap lembut kedua-dua kakinya yang kini dibawa merapati ke bahagian pinggang Dennis yang berdiri di hadapannya. Dennis menundukkan tubuhnya yang tinggi lampai itu seiring wajah Dynaz yang kini turun naik dadanya mengatur nafas sesak. Tangan kanan Dennis kini memegang lembut bahagian kiri dada Dynaz merasakan degupan jantung Dynaz yang berdegup kencang.
            “Easy, dear..I’m not gonna hurt you.”serak suara Dennis berbisik di telinga Dynaz menenangkan wanita itu sambil tangannya mengusap lembut bahagian tersebut bagi meredakan gemuruh yang melanda Dynaz. Satu desahan halus yang dilepaskan Dynaz membuatkan Dennis semakin hilang kawalan. Dia mengucup lembut cuping telinga milik wanita yang disayanginya itu dan kucupan itu semakin menjalar menuruni terus ke lekuk pipi milik wanita tersebut. Dynaz hanya memejamkan mata dan tangannya kini tanpa disedarinya memeluk erat tubuh Dennis yang berdiri berhadapannya yang duduk di atas sinki besar tersebut.



Segala kenangan bersama Dynaz bermain-main di fikirannya membuatkan rawan hatinya semakin teruk merasuk ke tangkai sanubarinya. Dia buntu, hilang segala arah tumpuannya..Hatinya lelah merindukan wanita tersebut, jiwanya merana memanggil-manggil wanita tersebut.
Dynaz, where are you my dear?
Pandangan Dennis terus melihat pada suasana kesesakkan kota dari tingkap besar pejabatnya itu, begitu menyesakkan jiwa. Sesungguhnya dia tenggelam dalam kecelaruan perasaannya yang begitu diburu perasaan rindu, bersalah yang menebal.




Panggilan telefon yang masuk ke pejabat En.Amir berdering-dering meminta dijawab. En. Amir yang duduk di kerusi hanya mengurut-urut lembut dahinya, fikirannya pusing dan sungguh dia pening memikirkan perkara yang baru didengarinya itu.
            “Hariz awak yakin dengan apa yang awak katakan ini?”nada suara En. Amir lemah. Di hadapannya Hariz yang berpakaian sut kemas mengangguk sekali. Dia meletakkan sebuah fail berkulit keras di atas meja En. Amir, raut wajahnya serius.
            “En.Amir..saya melaporkan hal ini setelah saya betul-betul yakin dengan apa yang telah saya siasat.” Hariz melepaskan satu nafas berat, dia tahu hasil siasatannya sangat berat untuk En.Amir terima tetapi dia tidak punya pilihan lain selain membongkarkan segala-galanya kepada lelaki tersebut.
Beberapa hari yang lalu dia ingin melaporkan perihal ini kepada Dennis tetapi malangnya lelaki tersebut langsung tidak mahu berjumpa dengannya. Malah keadaan lelaki tersebut sungguh berbeza dengan Dennis yang pernah dikenalinya. Dennis sekarang kerap menyendiri dan termenung, lelaki itu juga dilihatnya seringkali menolak untuk menyertai mesyuarat dan kerja-kerja luar syarikat.
Dia tahu ini semua adalah kerana kehilangan Dynaz. Lelaki itu seolah-olah kelihatan seperti hilang arah punca kehidupannya. Sungguh tidak tersangka olehnya kehilangan Dynaz dapat mengakibatkan seorang lelaki yang begitu ego seperti Dennis merana sebegini rupa. Tepatlah kata hatinya yang kuat berbicara mengatakan sejauh mana kebencian Dennis kepada Dynaz selama ini, menunjukkan sedalam itulah cinta lelaki tersebut kepada wanita itu.
Tiba-tiba satu perasaan yang tidak senang menerjah masuk ke sanubarinya. Sakit dan pedih sekali…
Hariz mengatur nafas perlahan supaya dapat menenangkan perasaannya.
Sudah berbulan-bulan Dynaz hilang tiada khabar berita, sungguh dia sendiri tidak dapat menolak perasaan bimbang dan risau apabila memikirkan wanita tersebut. Pelbagai usaha yang dilakukannya bagi mencari wanita tersebut dan tidak kurang juga usaha dari Dennis dan keluarganya, namun segalanya gagal.
            “Astaghfirullah..”En.Amir beristighfar panjang apabila dia meneliti kertas-kertas dalam fail yang diberikan Hariz itu. Wajahnya berkerut menahan kemarahan dan kesedihan yang melanda dirinya.
            “This is so outrageous! Why they did this to me? To this company??”nada yang tidak dapat menerima kenyataan, tangan En.Amir ligat menyelak satu persatu kertas-kertas dalam fail tersebut. Hatinya semakin panas, kesedihannya menyerbu masuk ke sanubarinya apabila memikirkan dia telah dikhianati oleh sahabat baiknya dan juga oleh seorang anak muda yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
Hariz melihat En.Amir simpati, kata-katanya yang membongkar kegiatan gelap Jong Woo bersama Henney sebentar tadi bukanlah kata-kata kosong. Dia punya bukti atas apa yang dikatakannya.
Telefon berdering semakin rancak meminta-minta untuk dijawab, kepala En.Amir semakin pusing terasa sesak nafasnya apabila membaca segala kertas-kertas ditangannya itu.
            “En.Amir, ada panggilan dari bursa saham negara.”tiba-tiba setiausaha En.Amir menerjah masuk ke bilik En.Amir, wajahnya cemas menunjukkan suasana keadaan yang tidak terkawal dan genting di ruang pejabat.
            “What??”terkejut besar En.Amir, wajahnya terpamer raut keresahan. Cepat dia mencapai ganggang telefonnya.
Hariz hanya melihat raut wajah serius En Amir apabila lelaki itu menjawab panggilan. Wajah En.Amir kini kelihatan merona merah menahan perasaannya, sesekali lelaki itu mengurut-urut dadanya seakan dia sukar untuk bernafas.
            “Hariz kita harus cepat, sekat segala transaksi syarikat sekarang ni! Kebanyakkan saham syarikat telah jatuh mendadak dan dijual!” nada En Amir benar-benar cemas setelah dia meletakkan ganggang telefon. Sunguh dia terkejut besar mendengar berita buruk tersebut. Jantungnya berdegup kencang, sesak pernafasannya, terasa seluruh tubuhnya seram sejuk seolah-olah dia akan pitam. En.Amir bingkas bangun dari kerusinya, baginya apa yang penting sekarang ini adalah untuk menyelamatkan kedudukan syarikatnya. Dia tidak boleh lemah.
“Batalkan segala transaksi, batalkan semuanya sekarang.”tercungap-cungap kata-kata yang diluahkan En.Amir membuatkan Hariz dilanda kerisauan. Hariz cepat mengatur langkah mendapatkan En.Amir apabila dia melihat lelaki itu seperti sukar mengaturkan nafasnya.
“En.Amir, you should have a rest. I will take care all the things, don’t worry.”Hariz bersuara tenang sambil memapah En Amir tetapi lelaki itu menggeleng, enggan untuk mengikut kata nasihat yang diberikan Hariz.
“Seung Hyun, panggil Seung Hyun ke mari”dalam keadaan nafas yang tidak teratur En.Amir mengeluarkan arahan. Dia mahu bertemu dengan lelaki tersebut kerana segala urusan pembelian dan perjualan saham syarikat hanya dikendalikan oleh lelaki tersebut.
“En.Amir..I’m sorry, Seung Hyun have already resigned a couple of months before.
Bagaikan belati yang menusuk tepat ke jantungnya, En.Amir tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Dia begitu mempercayai lelaki itu, dia begitu mengemari lelaki itu..sungguh dia tidak menyangka bahawa lelaki tersebut juga termasuk dalam senarai insan-insan yang mengkhianati dirinya.
Sahabatnya- Jong Woo, anak muda yang telah dianggap seperti anaknya sendiri- Henney dan kini seorang lelaki yang telah menerbit kasihnya- Seung Hyun..
Semuanya..semua mereka merupakan musuh dalam selimut yang kini mungkin sedang duduk bersama-sama mentertawakan dirinya.


Ketika ini sekali lagi setiausaha En.Amir memasuki ruangan bilik pejabat En.Amir. Raut wajahnya kini benar-benar kerisauan dan cemas. Di belakangnya terdapat beberapa pegawai yang berpakaian sut hitam kemas dan mereka kelihatan begitu tegas.
“En.Amir, pegawai Official Receiver ingin menemui Encik..”
Kesakitan En.Amir serta-merta menyerang ke tangkai jantungnya dan menjalar ke seluruh tubuhnya, saat ini dia tahu bahawa perusahaannya yang dibina selama ini akan menemui jalan pengakhirannya. Sesak pernafasannya, terasa sempit ruang untuk dia bernafas dan kini dia hanya tercungap-cungap seperti menunggu masa pengakhiran hidupnya.
            “Call the ambulance! En.Amir please, stays with me. Hurry up! I said call the ambulance!” hanya kendengaran suara cemas Hariz sahaja di pendengarannya sebelum pandangannya menjadi gelap-gelita.




Pemanduan Dennis laju sekali membawa segala amarah yang berkumpul dalam dirinya. Sungguh dia tidak menyangka perkara ini akan berlaku. Sahabat baiknya yang telah dianggap seperti keluarganya sendiri sanggup mengkhianati dirinya.
Berita buruk yang menimpa syarikat dan keadaan bapanya yang kritikal di hospital membuatkan dia dihempap beribu kesakitan yang tidak terperi.
Penyelewengan Henney memberikan impak yang begitu besar dalam dirinya. Sungguh sakit sekali, ujian apakah yang sedang dilaluinya ini? Kehilangan Dynaz merentap segala kebahagiaanya dan pengkhianatan Henney membunuh seluruh kehidupannya. Siapa lagi yang harus dipercayainya selepas ini? Perasaan Dennis berkecamuk ketika ini, begitu tersiksa sekali..
Hatinya marah, jiwanya dirasuk amarah tetapi pada masa yang sama hatinya merintih jiwanya merana memikirkan segala-galanya.
Benar dirinya marah dengan apa yang terjadi pada syarikat keluarganya tetapi apa yang paling menyakitkan ialah apabila memikirkan tentang tali persahabatan yang dibina begitu kuat di antara dia dan Henney.
Adakah selama ini lelaki itu hanya berpura-pura bersahabat dengannya? Adakah persahabatan ini adalah hanya satu permainan bagi lelaki itu?Adakah segala kenangan yang dilalui mereka bersama langsung tidak meninggalkan apa-apa erti dalam kehidupan lelaki tersebut?
Selekoh tajam di hadapan langsung tidak mengganggu pemanduan Dennis. Keretanya dipandu laju,dia tidak kira tentang apa-apa ketika ini apa yang penting dia harus mencari Henney. Dia perlu mendengar dari lelaki itu sendiri tentang apa yang berlaku. Sesungguhnya hanya dia sahaja yang tahu di mana Henney berada sekarang ini.



           
“Huh, kamu datang hari ini untuk membunuh aku?”Henney sempat berkata-kata sinis dalam keadaan dia yang rebah di lantai, dia megesat lelehan darah yang mengalir pekat di bibirnya.
            “Dia menghantar kamu untuk membunuh aku?Hahahaha”Dia ketawa walaupun badannya ketika ini terasa sakit sekali. Ia bertambah perit apabila memikirkan insan yang ingin memusnahkan dirinya ialah seorang insan yang mempunyai pertalian yang begitu erat dengannya.Ternyata begitu salah jika dia memikirkan bahawa insan itu kasih terhadapnya, prihatin kepada perasaannya..
            “Jong Woo tidak mahu ada sesiapa pun yang membongkarkan rahsianya. Kau nak tarik diri bermaksud kau perlu mati.”begitu tegas kata-kata seorang lelaki yang berbadan besar yang berdiri di hadapan Henney yang tertunduk. Selepas itu seorang lelaki yang berada di sisi Henney menendang tubuh Henney kuat sehinggakan membuatkan Henney mengerang kuat kesakitan. Satu tumbukan singgah pada wajahnya yang sedia terluka, dan tendangan demi tendangan mengenai tepat ke setiap penjuru tubuhnya yang tegap itu. Dia rebah sepenuhnya dilantai, darah mengalir di bibirnya dan juga di hidungnya. Seorang lelaki mencengkam leher baju Henney dan mengangkat wajahnya.
Any last words, my prince?”ada ketawa kecil memperlekehkan Henney ketika ini.
            “Huh, just kill me. You fool.” Pandangan Henney tepat melihat ke arah lelaki tersebut, senyuman sinis terpamer di wajahnya membuatkan lelaki tersebut berasa panas hati.
            “As you wish.” Lelaki tersebut mengeluarkan sebilah pisau rambo dan dihayunnya kemas bagi mengenai tepat ke jantung Henney. Henney hanya memejamkan matanya,dia pasrah dan redha dengan ketetapan hidupnya ini. Segala-galanya musnah, permainan yang dimainnya ternyata memakan dirinya begitu dalam apabila hakikatnya dia sedar bahawa dia begitu mengambil berat terhadap lelaki itu. Lelaki yang pada mulanya dianggapnya hanya sebagai lawannya tetapi kini telah meresap dalam jauh di sudut hatinya sebagai seorang sahabatnya.
If this is somekind like retribution for me to make amend for the sin I’ve done, I will accept this as the last moment of my life…
“Awak penipu..awak jahat..awak mainkan perasaan setiap orang di sekeliling awak..saya..Dennis..”
“You’re such a disgraceful person I’ve ever met.”
Dan ketika ini wajah bersih cantik seorang insan bermain di mindanya..
I’m so sorry Dynaz…Henney memejamkan rapat matanya…

Tiba-tiba dia terdengar bunyi erangan yang kuat, bunyi tumbukkan dan tendangan melewati cuping telinganya. Tubuhnya dilepaskan jatuh ke lantai dan suara erangan kesakitan terdengar kuat dari bibir lelaki yang memegangnya seketika tadi. Henney lemah, tubuhnya tidak mampu untuk bergerak lagi.Wajahnya tersembam di lantai, aliran darahnya yang pekat mencemari permukaan lantai. Dia tidak berdaya, perlahan-lahan kelopak matanya dibukakan. Di hadapannya satu pergaduhan yang sengit, dalam keadaan samar dia melihat sesusuk tubuh seorang lelaki yang amat dikenalinya sedang beradu tenaga, mempertaruhkan nyawa bagi dirinya yang terbaring lemah.
Dennis.. 



Begitu perit tubuhnya terasa tetapi dikuatkan juga untuk dia bangun duduk dan bersandar pada kaki sebuah sofa. Kain yang telah direndam dengan air suam didemahnya perlahan pada wajahnya, darah masih keluar pada bibirnya dan juga hidungnya tetapi alirannya tidak sederas di permulaan kewujudannya.
Di hadapannya seorang lelaki duduk di atas sofa sambil melihat terus ke arahnya. Dia tahu apa yang terpendam dalam hati lelaki tersebut dan dia juga tahu akan tujuan apa kedatangan lelaki tersebut.
            “Why?”dingin suara Dennis memecahkan suasana sepi diantara mereka. Henney meletakkan kain yang dipegangnya ke lantai, pandangannya kini membalas renungan Dennis. Dia ingin menjawab segala persoalan yang bermain di minda Dennis tetapi lidahnya kelu, dia tidak dapat untuk melafazkan apa-apa ketika ini. Hanya pandangannya sahaja yang melihat terus ke Dennis.
            “At least one reason..” ada terselit raut yang tersiksa pada wajah Dennis. Jiwanya benar-benar terganggu dengan pengkhianatan Henney dan pada masa yang sama hatinya tersentuh melihat keadaan Henney yang lemah dan tidak berdaya itu.
            “Why you did that?”suaranya mengendur, wajahnya tertunduk.
Is our friendship means nothing to you? Am I means nothing at all to you?”suara Dennis bertukar serak, dia tidak dapat mengawal perasaannya ketika ini. Henney mengamati raut wajah sempurna yang tertunduk itu. Ada kesan lebam pada wajah itu akibat mempertahankan nyawanya. Nyawa seorang insan pengkhianat sepertinya. Hatinya diserang beribu penyesalan.
 “I want to end it.”serak dan rendah suara Henney. Dennis mengangkat wajahnya.
            “all the lies..all the pretences, I can’t take it..can’t.anymore”jelas di pandangan Dennis betapa sukar untuk Henney menuturkan kata-katanya ketika ini. Lelaki itu berusaha untuk melafazkan satu-persatu ayatnya. Wajahnya tersiksa penuh penderitaan.
            “under the guise of friendship, I betrayed you.and yet you came to save me.”Henney tertawa rendah, dia mentertawakan dirinya sendiri. Ketika ini dia mengerang sekali apabila kesakitan semakin menjalar ke seluruh tubuhnya.
            “I came for your explaination”Dennis menggenggam tangannya,dia perlu kuat supaya tidak kelihatan sisi lemahnya yang kini mahu sahaja terus mendapatkan sahabatnya itu apabila melihat lelaki itu yang kini terbatuk memuntahkan gumpalan darah pekat.
            “You should let me die here”begitu tersiksa sekali wajah Henney menahan kesakitannya, dia mengesat darah pada bibirnya.
            “If I let you die here, how am I gonna expain myself to Dynaz? That I selfishly let you die and rot in here?”Dennis mengetap rahangnya menampakkan ketegangan pada wajahnya.
            “You knew my feeling towards her, this is the big reason why you should get rid of me” lemah kata-kata Henney.Ketika ini pandangannya kabur, begitu sukar untuk dia terus membuka kelopak matanya.
Dennis mengatur nafasnya sesak, dia tahu perasaan Henney terhadap isterinya. Segalanya adalah kerana kesilapannya, kesalahannya, kebodohannya, yang menambahkan lagi episod siksa dalam kehidupannya. Sungguh dia tahu Dynaz juga mempunyai perasaan terhadap lelaki di hadapannya ini. Perasaan istimewa yang dia sendiri menyedarinya..
            “I should let you die..I should let you rot in here.”
Pandangan Henney menjadi semakin kabur, dia sudah tidak berdaya lagi lalu tubuhnya jatuh ke lantai. Dalam kesamaran dia melihat setapak demi setapak langkah Dennis meninggalkan dirinya.
I’m sorry..trully I am..Dennis..



           
Dynaz meletak perlahan senaskah surat khabar di atas meja di ruang tamu. Hatinya resah, jiwanya berombak kuat mengenangkan berita utama yang dibacanya dalam surat khabar tersebut.
“Pergolakkan hebat yang menimpa syarikat King Capital One”
Wajah Dynaz dicemari raut kerisauan.
Pegawai Besar KCO, Henney dimasukkan ke hospital akibat kecederaan parah. Siasatan masih dilakukan bagi menyiasat punca kecederaan pegawai besar tersebut.
Dynaz tidak dapat menyimpan perasaannya, jantungnya berdegup kencang memikirkan barisan ayat-ayat berita yang bermain-main di mindanya.

“Awak sudah tahu perasaan saya terhadap awak, dan saya tak akan memaksa untuk awak membuat apa-apa keputusan.” kata-kata lelaki tersebut masih segar di ingatannya.
I’ve done something beyond forgiveness, I betrayed my friend..I live in pretence, and…ia sangat tidak adil untuk diri saya memiliki awak, kerana itu saya hanya memilih untuk memendamkan perasaan ini.”

Ketika itu dirinya tidak mampu untuk mengatakan apa-apa, wajahnya hanya dibasahi air matanya yang begitu murah menuruni lekuk pipinya. Luahan perasaan Henney benar-benar di luar dugaannya. Sudah lama..dan terlalu lama dirinya mencari dan menunggu untuk mendengar kata-kata seperti itu dari bibir seorang insan yang ikhlas mencintainya..


            “Kenapa sekarang awak beritahu segalanya? Keadaan kini begitu rumit dan ia akan menjadi lebih rumit untuk esok dan seterusnya..” Dynaz menunduk, sendunya kedengaran.
            “I know..Naz, I promise you that I’ll end this, I don’t care what will happen to me after this..”Tangan Henney hangat memegang wajah Dynaz.
at the very least..somehow I know that I don’t leave you in the dark, thinking about my feeling towards you..”


Masih segar memori Henney mengusap lembut pipinya. Seolah-olah kini lelaki tersebut masih berada di hadapannya.
I love you, I love you..Dynaz
Setitis air mata kini menuruni pipi Dynaz yang gebu. Jiwanya tersiksa sekali, memikirkan takdir kehidupannya membuatkan dia seringkali berakhir dengan berendam air mata.
Dynaz memegang erat kandungannya dan ketika ini dengan tiba-tiba wajah dan suara Henney jauh meninggalkan dirinya.
I love you, I really love you..Dynaz
Dynaz tersentak, suara Dennis benar-benar kedengaran di cuping telinganya. Cepat dia berpaling ke arah belakangnya. Dadanya turun naik mengatur nafasnya.
Sunyi..tiada susuk tubuh Dennis di situ.
Dynaz memegang erat kandungannya, matanya terpejam dan air matanya mengalir lebat. Sakit, perasaannya begitu sakit ketika ini. Seharusnya dia melupakan lelaki tersebut tetapi mengapa hatinya mengkhianatinya..
Betapa dia merindui lelaki tersebut..
Dennis..



Langkah Dynaz lambat diaturnya, kandungannya yang berusia hampir lima bulan itu menyerlahkan perutnya yang tidak mungkin dapat disembunyikan lagi. Dia melintasi ruangan bilik tidur Yong Jun, langkahnya terhenti. Dia mencari kelibat Yong Jun, dan ketika ini dia melihat Yong Jun sedang leka menyiapkan sesuatu. Melihat Yong Jun wajahnya berubah tenang, dia yakin dengan keputusan hidupnya. Sekurang-kurangnya hanya lelaki inilah yang jujur dengannya dan dia yakin selagi dia berada dekat dengan Yong Jun, tiada bahaya akan menimpa keluarga papanya dan juga tiada bahaya yang akan menimpa Yong Jun.

Dynaz teringat tentang peristiwa beberapa bulan yang lepas sebelum dia membuang telefon bimbitnya, papanya ada menelefonya dan secara senyap-senyap dia pergi bertemu papanya itu. Dia menceritakan segalanya tentang kisah dia dan Hariz kepada papanya itu.

“Naz, papa mengerti keadaan kamu. Takdir kamu tidak ubah seperti Hye Jun..ditinggalkan lelaki yang benar-benar dicintai..dan papa juga mengerti keadaan Hariz, kerana papa pernah berada di tempatnya..” Wajah En.Amir muram sekali, raut itu diselubungi kesedihan dan penyesalan. Dynaz hanya memerhati.
“Memilih di antara wanita yang disayangi dengan wanita yang dapat menjanjikan kemahsyuran..lelaki sememangnya mudah untuk digoyahkan..”seperti berkata terus kepada dirinya sendiri, En Amir menunduk menahan gejolak perasaannya yang berperang hebat.
“Papa..Naz dah tiada apa-apa dengan Hariz.Naz harap papa dan mama janganlah lakukan apa-apa kepada-”
“Begitu dalam sekali kasih kamu terhadapnya walaupun kamu telah dikhianati, Naz..mungkinkah Hye Jun juga berperasaan sama seperti kamu?”Soalan papa yang tiba-tiba memotong percakapannya membuatkan Dynaz terkelu.
Apa yang harus dijawabnya?
Dia tidak berani untuk menceritakan tentang Yong Jun, dia sudah diangap buruk oleh mamanya, sekurang-kurangnya dengan merahsiakan perkara ini dia dapat menyelamatkan keluarga mamanya dan membantu meleraikan dendam Yong Jun kepada keluarganya. Walaupun dia berada jauh dari mereka, sekurang-kurangnya dia tahu mereka selamat.
En.Amir kini menarik nafas dalam, dia kini melihat wajah menantunya yang hanya berdiam diri itu lalu dia menghadiahkan sebuah senyuman.
            “Naz, jangan risau papa tak akan pernah melakukan apa-apa kepada Hariz.” Dynaz hanya mengangguk perlahan, dia membalas senyuman papanya tawar.
            “Bagi pihak mama, papa nak minta maaf. Tak seharusnya mama menghukum kamu sebegini. Mari ikut papa, papa akan jaga kamu sehingga Dennis pulang dari Dubai nanti.”bersungguh papanya menuturkan kata-kata.
            “Naz masih belum bersedia untuk bertemu Dennis, harap papa mengerti perasaan Naz.” Menyebut nama lelaki itu sahaja membuatkan seluruh anggota tubuhnya meronta kerinduan, tetapi dia hanya bertahan dan memegang lembut perutnya yang masih kecil dan tidak menunjukkan apa-apa perubahan ketika itu.


Dynaz menarik nafas dalam, dia kini menghampiri pintu bilik tidur Yong Jun. Dia ingin menegur lelaki tersebut tetapi Yong Jun dilihatnya begitu leka dengan urusannya. Lelaki itu bergerak pantas mengambil sesuatu dan meletakkannya di dalam begnya yang sudah tersedia di atas katilnya.
            “Yong Jun aa..”dia kini berada di dalam bilik lelaki tersebut. Wajahnya berkerut apabila melihat Yong Jun ketika ini menggalas sebuah beg yang besar dan berjalan ke arahnya. Bibir sempurna milik Yong Jun mempamerkan segaris senyuman buat Dynaz ketika dia menghampiri wanita itu.



       
   Yong Jun mengusap lembut kepala Dynaz, insan yang istimewa baginya. Dia merenung wajah bersih yang sungguh cantik itu, dan segaris senyuman menghiasi bibirnya. Dynaz membalas senyuman lelaki tersebut. Lama Yong Jun merenung wajah indah itu, dan kini senyumannya mengendur apabila memikirkan perkara yang akan dilakukannya selepas ini.
You should have a rest, it’s not good for a baby and the mother to stay up late like this.” Kata-katanya begitu prihatin sekali dan tanpa membuang lebih banyak masa dia kini mengatur langkah ingin keluar dari biliknya meninggalkan Dynaz.
Senyuman Dynaz mengedur di bibirnya, dia berpaling ke belakang melihat tubuh tegap Yong Jun yang melangkah meninggalkannya.
            “Awak nak ke mana?”cepat Dynaz memegang lengan Yong Jun. Hatinya tidak tenteram melihat Yong Jun dalam keadaan begitu. Malahan lelaki itu membawa sebuah beg yang besar seolah-olah lelaki itu ingin pergi meninggalkan dirinya.
Yong Jun memegang tangan Dynaz pada lengannya, wajah Dynaz dilihatnya sekali lagi. Wajah cantik itu cengkung, dia sedar wanita itu tersiksa berada di sini. Dia sedar betapa jiwa wanita itu setiap hari menangis ketika bersamanya.
Dia kini mengatur langkahnya meninggalkan Dynaz. Langkahnya pantas dan terhenti ketika dia melewati sebuah bilik. Kakinya kaku di situ.
Dynaz yang melihat kelakuan pelik Yong Jun diserang suatu perasaan asing. Suatu perasaan yang diselubungi penuh dengan tanda tanya.

Yong Jun yang menggalas beg besar itu merenung begitu dalam pada balang porcelain abu ibunya yang terletak di tengah-tengah ruangan bilik yang dilewatinya itu. Lama dia memerhati balang tersebut, dalam hatinya dia berfikir alangkah indahnya jika dia sebenarnya pergi bersama-sama ibunya meninggalkan dunia ini, sudah tentu ketika ini dia tidak akan melukakan Dynaz dan membuat hidup wanita itu merana.
            “Naz, awaklah satu-satunya wanita yang berjaya memasuki hati saya selepas dia.” Renungan lelaki itu masih tepat pada balang porcelain tersebut. ‘Dia’ yang dimaksudkan Yong Jun adalah ibunya dan Dynaz faham akannya.
            “Segalanya tentang awak membuatkan saya teringatkan dia.” Jelas di pandangan Dynaz raut wajah Yong Jun kini bertukar keruh. Pandangan lelaki itu tidak melihatnya tetapi masih terus melekat pada balang isi abu ibunya itu. Dynaz mengatur langkahnya setapak menghampiri pintu bilik. Dia diserang kehairanan dengan sikap Yong Jun malam ini.
“Awak saya anggap seperti dia,malah.seringkali saya..merasakan awak adalah dia.”ayat Yong Jun putus-putus menunjukkan kecamukan perasaannya ketika ini tetapi pandangannya masih tepat tertaut pada balang yang berwarna biru muda itu.
“Saya tahu saya tidak mungkin dapat melepaskan dia sehinggalah waktu pengakhiran nafas saya di dunia ini..”wajah Yong Jun dilihat begitu tersiksa, Dynaz merasa begitu simpati terhadap lelaki di hadapanya itu tetapi pada masa yang sama hatinya rungsing tidak senang dengan perubahan sikap Yong Jun malam ini.
“Naz, saya janji dengan awak..yang saya akan lepaskan awak.dan saatnya sudah semakin tiba..”Ketika ini Yong Jun mengalihkan pandangannya terus kepada Dynaz.
Satu pandangan yang begitu sukar ditafsirkan oleh Dynaz dan lelaki itu terus melangkah meninggalkan dirinya keseorangan di situ.
Perasaan Dynaz berdebar kuat ketika ini, dia cuba untuk menenangkannya tetapi entah mengapa hatinya tidak mampu untuk berasa tenang..
Yong Jun, apa yang awak cuba maksudkan dengan kata-kata awak ini?




          
  Sebakul buah-buahan segar diletak cermat oleh Eun Jun di atas sebuah meja dalam wad yang besar itu. Renungan lelaki yang sedari tadi melihatnya cuba untuk tidak diendahnya tetapi setelah sekian lama dia membalas renungan tersebut.
            “How are you?” kedengaran teragak-agak soalan yang keluar dari bibir Eun Jun.
            “Good..how bout you?”suara lelaki itu serak menjawab soalannya.
            “Better.”Eun Jun menjawab berlagak dan tawa kedengaran dari lelaki tersebut. Eun Jun sememangnya tidak berubah dari awal perkenalan mereka sehinggalah kini, wanita itu memang tidak selesa apabila terasa diri disakat.
Henney kini bangun dari baringnya, dia duduk di atas katilnya. Senyuman masih terpamer di bibirnya. Eun Jun melihat Henney teliti, lelaki itu kelihatan lemah sekali terdapat kesan lebam pada wajahnya dan luka pada bibirnya tetapi langsung tidak mencacatkan wajahnya yang sempurna.
            “erm.ehem..”Eun Jun mengatur nafasnya dan kotak suaranya selepas dia menyedari Henney menangkap pandangannya yang melihat dan memerhati wajah kacak lelaki tersebut.
            “Awak nampak sihat, jadi saya rasa sesuailah saya mengundur diri.”Eun Jun kini sudah berkira untuk melangkah pergi dari wad tersebut.
            “Temankan saya sebentar..” tenang kata-kata Henney membuatkan langkah Eun Jun terhenti. Dia berpaling dan Henney melihat ke arahnya dengan segaris senyuman..senyuman yang ikhlas.
Eun Jun mengeluh dalam hatinya, jika tidak kerana Dynaz yang datang ke rumahnya tempoh hari meminta dia untuk melawat Henney sudah tentu dia tidak perlu berada dalam situasi sebegini.

            “Aku cuma ingin tahu keadaanya, tolong aku Eun Jun..” wajah Dynaz sayu sekali, wanita itu kelihatan serabut berada dalam pelbagai dilema ketika ini. Raut sedih wanita itu melemahkan Eun Jun.
            “Jika kau ingin tahu sangat keadaan Henney, bagaimana pula dengan Dennis suami kau sendiri?”Eun Jun bersuara keras. Dia tahu perasaan Dynaz terhadap lelaki tersebut dan dia juga tahu keadaan begitu sulit untuk kedua-dua mereka apabila segala permainan gila Dennis telah menjadi nyata.
Wajah Dynaz berubah ketika mendengar nama lelaki yang sering mencuri ketenangan hidupnya itu.
            “Naz..Dennis sekarang sudah banyak berubah..dia merana teruk sejak ketiadaan kau” lembut Eun Jun berkata, dia mengusap lengan kawannya itu. Dia sedar perubahan yang telah berlaku pada Dennis, lelaki itu kerap datang bertanyakan perihal Dynaz kepadanya, dan bukanlah kebiasaan bagi lelaki ego seperti Dennis untuk merayu tetapi demi Dynaz lelaki itu merayu meminta dia untuk memberitahu kedudukan Dynaz. Malahan ada suatu ketika dia pernah melihat lelaki itu menunggu di hadapan rumahnya sehingga sehari suntuk dan tertidur kesejukkan di atas kerusi panjang di hadapan rumahnya itu.
            “Antara aku dan dia, dah tiada apa-apa..aku sudah memilih kehidupan aku..dan aku bahagia begini.”kata-kata Dynaz benar-benar bersimpang dengan hatinya malah ia jelas kelihatan dari raut wajahnya yang diselubungi kedukaan.     



            “Tiada siapa yang datang melawat awak?”Eun Jun duduk di kerusi berhampiran katil Henney. Lelaki kacak itu hanya menggeleng, wajah itu cuba untuk tersenyum tetapi jelas kelihatan rautnya yang terganggu.
            “Ok la tu kan, awak boleh berehat tanpa ada orang ganggu.”Eun Jun kini menumbuk perlahan lengan Henney untuk bergurau dengannya. Kedengaran benar ketawa yang dibuat-buat lahir dari bibirnya. Dia tahu cerita sebenar tentang Henney, segalanya Dynaz telah ceritakan kepadanya. Sememangnya dia tidak menyangka Henney sanggup mengkhianati persahabatanya tetapi apa yang penting lelaki dihadapannya ini sudah insaf.
            “Saya tengok ada pengawal yang jaga wad awak kat luar sana” Eun Jun kini mengambil bakul buahan yang dibawanya dan dia membukanya.
            “Ya, kadang-kadang polis.”Henney hanya memerhati tindak-tanduk Eun Jun. Sudah berhari-hari dia dimasukkan dalam wad, dan tidak ada sesiapapun yang datang melawatnya, perempuan di hadapannya itu adalah pelawat pertamanya.
            “Woah! popular juga awak ni, siap ada pengawal dan polis bagai.”Eun Jun berseloroh ketika dia membawa beberapa biji buah-buahan ke sinki di sudut wad tersebut.
Henney terdiam, senyumannya hilang. Ketika ini dia termenung jauh..jika tidak kerana Dennis yang membawanya ke hospital dan memberi segala kawalan keselamatan untuknya di sini, sudah tentu dia tidak bernyawa lagi sehingga hari ini.
Seharusnya Dennis menghukumnya dengan meninggalkannya mati di tempat tersebut. Tetapi lelaki itu menyelamatkannya…
            “Jauh termenung, nah ambil ni..makan sikit.”tiba-tiba suara Eun Jun memecah keheningan ingatan Henney. Wanita itu kini sudah menguyah sepotong buah epal di mulutnya.
            “Awak ingat tak first time kita jumpa dulu saya pernah tuduh awak sebagai seorang kawan yang ingin mengambil kesempatan terhadap Dynaz?”tiba-tiba sahaja soalan itu terpancul dari bibir Henney membuatkan Eun Jun terhenti kunyahannya.
Eun Jun melihat Henney dia mengangguk sekali teragak-agak, mengiyakan soalan yang ditanya lelaki tersebut.
Henney kini terdiam, wajahnya muram dan dia hilang dalam memorinya sendiri.
            “Saya dah tahu segala-galanya..tentang awak..”Eun Jun yang duduk di kerusi berhampiran katil Henney merapatkan tubuhnya dengan katil Henney, dia merehatkan kedua-dua tangannya di atas tilam lelaki tersebut.
Henney tersentak dengan kenyataan Eun Jun dia melihat wanita yang menunduk di sisinya itu.
            “Tapi awak memang gila kencang la waktu first time kita jumpa tu, siap tuduh saya yang bukan-bukan..tapi yang sebenarnya awak yang mempunyai rancangan mengambil kesempatan.hahaha”Ketika ini Eun Jun mendongak melihat Henney, dia ketawa memikirkan kejadian lampau.
Melihat Eun Jun yang ceria, Henney tersenyum.
            “Chill la, semua orang lakukan kesilapan dalam hidup ni..cuma yang bezanya dia mahu kembali ke jalan yang betul ataupun tidak..”senyuman Eun Jun benar-benar ikhlas membuat hati Henney tersentuh.
            “Awak rasa..saya boleh dimaafkan?”rendah suara Henney, wajahnya kelihatan keruh. Eun Jun melihat wajah sempurna Henney yang dicemari raut kedukaan itu, dia menarik nafas dalam.
            “Dynaz maafkan awak, in fact kedatangan saya hari ini adalah dari permintaan dia.”Eun Jun bersuara tenang dan dia mengangguk sekali mengiyakan kata-katanya apabila melihat wajah Henney yang terkejut dalam ketidakpercayaan.
Where’s Dynaz now? Did something bad happened to her? Hopefully that she’s ok, is she okay?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari bibir Henney, wajahnya betul-betul cemas.
Eun Jun kini bangun dari duduknya, cepat dia memegang Henney yang sudah berkira untuk bangun menuruni katilnya.
“Dia okay, don’t worry.”Eun Jun memegang lengan Henney untuk menenangkan lelaki itu. Henney terdiam,dia menarik nafas dalam, sudah lama dia tidak melihat wajah indah itu. Dia betul-betul risau tentang keadaan wanita itu.
See at the time you felt that there is no one else thinking about you..actually you are wrong..there is someone who really cares bout you.” Lembut Eun Jun bersuara sambil merenung dalam ke wajah Henney. Kata-kata Eun Jun benar-benar menyentuh jauh ke dalam hati Henney dan ketika ini tanpa disedarinya kelopak matanya bergenangan dengan mutiara kejernihan. Setitis air matanya berjaya menuruni ke pipinya.
Dalam keadaan teragak Eun Jun mengesat air mata di wajah Henney, di bibirnya terlukis segaris senyuman tawar. Ini adalah pertama kali dia melihat lelaki seperti Henney menjatuhkan air mata, dia tidak tahu untuk bertindak bagaimana tetapi tangannya hanya mengesat butiran jernih di wajah lelaki itu.




Langkah Dennis diaturnya satu-persatu menaiki anak tangga batu kawasan berbukit itu. Termasuk hari ini dia sudah hilang kiraan berapa kerap dia ke sini. Sebuah rumah berkembar dua pintu yang terletak betul-betul di atas bukit tersebut dilihatnya sepi.
Cuaca yang sejuk bersalji seperti menikam-nikam ke tulang putihnya. Dia memasukkan kedua-dua tangannya yang bersarung tangan jenis kulit itu ke dalam kot tebal berstail trench yang tersarung ditubuhnya, cuba untuk mencari kehangatan di situ.

Ketika ini dia berada di hadapan sebuah rumah yang sememangnya dikenalinya. Rumah tersebut tidak berlampu menandakan ketiadaan tuan rumah. Dia duduk di sebuah kerusi panjang yang tersedia di hadapan rumah tersebut. Pandangannya terus melihat suasana keadaan malam dari atas kawasan bukit tersebut.
Jiwanya kosong, tubuhnya lemah ketika ini apabila memikirkan ujian, dugaan dan cabaran yang ditempuhinya sejak dia kehilangan seorang insan yang amat disayanginya itu.
Dia ditinggalkan Dynaz..dan sekarang dia dikhianati sahabatnya sendiri. Henney..
Selama ini lelaki itu hanya berpura-pura menjadi sahabatnya, kerana lelaki itu punya agenda yang sememangnya tidak terduga olehnya.
Sakit..pedih..dan siksa sekali perasaannya apabila dikecewakan dan dikhianati sebegini rupa. Ketika ini barulah dia sedar, betapa pedih dan siksanya perasaan yang harus ditelan Dynaz sepanjang kehidupannya selama ini. Wanita itu kerap kali dikhianati, dikecewa dan diperbodohkan oleh dirinya.
Maafkan abang Naz..I’m so sorry..                

                  
It’s really rare to find a young price wasting his time in this kind of vicinity.” Tiba-tiba kedengaran suara dingin memecahkan keheningan malam di kawasan itu. Dennis berpaling ke belakang bagi melihat siapakah yang bersuara menegurnya.
Ketika ini wajahnya bertukar serius, dia kenal akan lelaki yang kini berdiri tidak jauh darinya itu.
                “Seung Hyun.” Nada Dennis dingin, pandangannya tajam melihat lelaki di hadapannya. Yong Jun mengatur tapak kakinya melangkah ke hadapan. Senyuman di bibirnya sinis, pandangannya membalas renungan Dennis.
                “You still have a gut to appear before me, I’m surprised.”terselit nada sindiran di situ, Dennis hanya berdiri tegap melihat ke arah Yong Jun yang semakin menghampiri dirinya.
                “I have something planned for you tonight.”Yong Jun kini berada berhadapan Dennis, gayanya bersahaja dengan kedua-dua tangannya berada dalam poket seluarnya.
                “Ah..really?Then, humor me.”Dennis tersenyum manis melihat Yong Jun.
Dari pandangan Yong Jun senyuman itu seolah-olah ingin memperkecil dirinya. Dia merenung tajam ke arah Dennis.
               “Where is the fun if I told you about that.”Yong Jun bersuara serius.Pandangannya kosong melihat ke Dennis, dan sungguh sukar bagi Dennis mentafsirkannya.
             “..but I can sure you, that you’ll be dead by tonight.” sepucuk pistol dikeluarkan Yong Jun dan kini ia tepat diarahkan ke tubuh Dennis.




Pn. Chae Rin duduk di sebuah kerusi di ruang tamu yang besar dan indah itu. Dia keseorangan. Suaminya seperti biasa, berkurung di dalam bilik seperti langsung tidak mengendahkan hal dunia. Sejak suaminya keluar dari wad beberapa hari yang lalu, suaminya kerap menyendiri dan masanya habis dengan hanya termenung seorang diri. Dia tahu semuanya kerana pergolakkan KCO yang membuatkan lelaki itu berubah sedemikian rupa.
Pn.Chae Rin menarik nafas dalam dan menghembus ke udara. Di saat umurnya yang semakin menginjak tua ini, dia ditinggalkan keseorangan seperti ini. Dia berasa sepi, sunyi apabila anaknya sendiri, Dennis langsung tidak pernah menjenguk dirinya. Malah untuk bertanya khabar juga tidak pernah sejak peristiwa yang berlaku beberapa bulan yang lalu.
I’m the one who created this madness, it should be me yang dihina dan dicerca, bukan Dynaz..not her.
Suara Dennis yang penuh kesiksaan masih segar difikirannya.Ketika ini jiwa ibunya meruntun pilu, dia teringatkan Dynaz, menantu yang telah dibuang dan dihina olehnya. Dia benar-benar menyesali dengan keterlanjurannya, apa yang dilakukannya terhadap Dynaz sungguh melampau sehinggakan dirinya sendiri tidak mampu untuk memaafkan kesalahannya itu.
Pn.Chae Rin diserang perasaan bersalah yang tidak terhingga sehinggakan tubuh badannya menjadi lesu dan tidak berdaya. Sungguh ia merupakan satu tamparan yang begitu kuat kepadanya apabila mengetahui anak lelakinya telah menyiksa teruk Dynaz selama ini, dan dia dengan tidak berhati perutnya menambahkan lagi episod lara dalam kehidupan wanita itu.
Naz..where are you? Please forgive me..
Pn.Chae Rin merintih dalam hatinya dan ketika ini air matanya menitis setitis demi setitis mencemari wajahnya yang bersih.
Dia tahu untuk mencari Dynaz dia hanya punya satu cara, iaitu mencari tahu siapakah pemuda yang menolong Dynaz ketika dia menyerang wanita itu. Dia telah melakukan siasatan tentang pemuda itu dan hasil siasatannya menunjukkan bahawa pemuda yang bernama Seung Hyun itu pernah bekerja di KCO dan dia jugalah salah satu insan yang menyebabkan KCO berada dalam ambang kemusnahan kini.
Aku tak akan benarkan perempuan hina macam kau sentuh perempuan ni..
Sebelum kau datang sini, kau perlu cermin diri kau dulu. Apa hak seorang perampas ingin menghukum seorang yang diiniaya..        
Tiba-tiba Pn.Chae Rin teringatkan perbualan di antara dirinya bersama pemuda itu. Pemuda itu memanggilnya sebagai perempuan perampas, segalanya tidak mungkin hanya secara kebetulan. Pemuda itu bekerja di syarikatnya dan pandangan pemuda itu seolah-olah dia mempunyai dendam yang tidak terlunas terhadapnya.
Jantung Pn.Chae Rin kini berdegup pantas, hatinya dapat menerka sesuatu yang tidak baik ketika ini.
Adakah Amir mempunyai hubungan sulit di belakangnya??


Pn.Chae Rin mengatur langkah menaiki tangga tengah rumah agamnya itu. Dia harus bersemuka dengan Amir sekarang ini. Dia harus mengetahui cerita sebenar dari suaminya itu. Jika benar pemuda itu mempunyai agenda buruk, dia khuatir Dynaz di dalam keadaan bahaya kerana orang yang terakhir bersama menantunya itu adalah pemuda tersebut.
Langkah Pn.Chae Rin terhenti di anak tangga ke empat, dia melihat suaminya keluar dari bilik library yang terletak berdekatan dengan ruangan dapur rumah tersebut. Cepat dia menyembunyikan diri ketika suaminya melangkah menuju ke tangga tengah rumah untuk menuju ke bilik tidur mereka.
Setelah bayang suaminya hilang dari pandangannya, dia melihat bilik yang ditinggalkan suaminya itu. Kebelakangan ini dia sering melihat suaminya memasuki bilik library tersebut. Ada suatu masa dia cuba mengintai suaminya dalam bilik tersebut, dia melihat lelaki itu leka membaca berhelai-helai surat dari sebuah kotak dan ketika itu tiada langsung perasaan curiga menyinggah benaknya.
Tetapi kini dia punya satu perasaan asing yang kuat mengatakan dia harus ke bilik tersebut dan mencari tahu tentang isi kandungan surat-surat tersebut.
Tanpa membuang masa Pn.Chae Rin mengatur langkah laju menuju ke arah bilik library tersebut.


            Jantungnya berdegup kencang apabila melihat sebuah kotak yang sudah pun berada kemas dalam genggamannya. Tidak dapat dikawal olehnya, tangannya terketar-ketar ketika dia ingin membuka penutup kotak tersebut. Hatinya cemas memikirkan rahsia yang tersimpan dalam kotak tersebut.
Berhelai-helai surat dipegangnya dan dibacanya ketika ini. Dunianya terasa pusing, dia tidak dapat menerima kenyataan dan hakikat isi kandungan surat-surat tersebut. Seperti jantungnya ingin meletup diakibatkan degupan yang terlalu pantas, dia terduduk di sebuah kerusi di situ. Air matanya lebat keluar dari kelopak matanya, sehelai demi sehelai surat di tangannya jatuh berterbangan ke lantai. Tubuhnya lemah memikirkan kenyataan yang terhidang di hadapan matanya itu. Dia menangis dan terus menangis teresak-esak di situ.
Sayang akan selalu menyayangi abang..
Sayang akan dengan setia menunggu abang di sini.
Di mana abang? Sudah lama kami tak bertemu dengan abang..
Abang sudah lupakan kami?
Kami di sini selalu mengharapkan abang untuk datang menziarah, cukuplah walau sehari..
Air mata Pn.Chae Rin lebat menuruni ke pipinya, ayat-ayat dari surat yang tidak berbalas itu bermain-main di kotak fikirannya. Sekeping gambar kini berada kemas di genggamannya, dia melihat seorang anak kecil tersenyum riang dalam sekeping gambar lama itu.
-Yong Jun- Our Prince.
Pandangan Pn.Chae Rin menjadi kabur diakibatkan air matanya yang tiada henti mencurah ke wajahnya itu. Hatinya bagai diremuk oleh sesuatu yang berat, begitu sakit apabila mengetahui kebenaran yang suaminya mempunyai hubungan sulit di belakangnya dan hubungan itu telah menghasilkan seorang anak lelaki.
Yong Jun..Yong Jun..
Ketika ini air mata Pn.Chae Rin yang mengalir laju seakan-akan terhenti.Dari perasaan yang dilanda beribu kesedihan dia kini diserang satu kejutan.
Yong Jun..Yong Jun..
Dia cemas ketika ini, jantungnya berdebar tidak terhingga.
Yong Jun..suara Dynaz yang memanggil sepotong nama tersebut apabila wanita itu dipapah seorang lelaki yang datang menyelamatkannya ketika dihina dan dicerca olehnya bermain-main di ingatan Pn.Chae Rin.
Seung Hyun yang bekerja di syarikat keluarganya itu adalah Yong Jun.
Debaran jantung Pn Chae Rin semakin hebat melanda, dia diserbu perasaan cemas yang tidak terhingga dan ketika ini dengan tiba-tiba seluruh rumah agam tersebut menjadi gelap gelita.
Pn.Chae Rin menjerit kekejutan.





Dynaz melihat kawasan yang meriah dan riuh rendah dengan kelibat orang yang memenuhi kawasan tersebut. Dia berjalan lambat, satu per satu langkah diaturnya cermat. Kawasan pasar malam itu semakin dihampirinya, di tangannya dia menjinjing sebakul bakul raga untuk membeli barangan keperluan mingguan rumahnya.
Entah mengapa malam ini dia berasa tidak sedap hati, hatinya kerap berdebar dan dia tidak dapat untuk menenangkan perasaannya.
Termasuk hari ini sudah tiga hari Yong Jun tidak pulang ke rumah. Kali terakhir dia melihat Yong Jun adalah pada malam tersebut, malam di mana Yong Jun benar-benar berkelakuan pelik.
Naz, saya janji dengan awak..yang saya akan lepaskan awak.dan saatnya sudah semakin tiba..
Kata-kata Yong Jun pada hari tersebut kembali bermain dalam kotak fikirannya. Dynaz rungsing, tumpuannya hilang ketika ini.

            “Dynaz?”tiba-tiba satu suara yang begitu dikenali Dynaz menerjah ke pendengarannya. Hilang segala ingatannya pada Yong Jun, pada pristiwa yang berlaku beberapa hari yang lepas, dan juga pada perasaan rungsing dan tidak tenangnya.
Tubuhnya kini kaku, pandangannya tertumpu pada seseorang yang kini berdiri tidak jauh berhadapan dengannya.
Kedua-dua mata mereka bertentangan. Seolah-olah waktu di sekeliling mereka terhenti, hanya pandangan bertaut membicarakan perasaan mereka ketika ini.
            “Abang.Hariz.”rendah suara Dynaz menuturkan sepotong nama insan yang berada di hadapannya itu. Wajah lelaki itu kelihatan terganggu dalam kecamukan perasaannya. Sesungguhnya Dynaz pernah melihat raut wajah itu, raut wajah yang menyatakan betapa lelaki itu prihatin terhadapnya, betapa lelaki itu tersiksa kerananya dan betapa lelaki itu menyanyangi dirinya.
Benar.. raut wajah itulah yang dahulunya sering dirindui Dynaz..


Perasaan Hariz ketika ini sukar untuk digambarkannya, di hadapannya Dynaz berdiri melihat ke arahnya. Dynaz..wanita yang selama ini dicarinya, yang dirisaunya dan yang sering berada dalam ingatannya. Wanita yang mampu mengucar-kacirkan ketenangan hidupnya. Sungguh dia sudah hampir menyerah kalah untuk mencari wanita itu tetapi takdir pada malam ini menukar segala-galanya. Betapa dia rungsing memikirkan keadaan wanita itu, betapa dia teringin untuk bertemu semula dengan wanita itu dan betapa dia merindui wajah itu.
Dia mahu ketika ini mengatur langkah pantas menuju ke arah Dynaz dan memeluk erat tubuh kecil itu, dia mahu untuk menuturkan segala perasaannya kepada wanita itu dan dia mahu membawa pergi wanita itu jauh dari dunia ini, membawa ke dunia yang hanya dia dan wanita itu wujud di dalamnya.
That’s it, I really meant it.
Langkahnya diatur melangkah ke arah Dynaz, satu-satunya wanita yang berada dalam fikirannya ketika ini.

Melihat Hariz mengatur langkah membuatkan Dynaz cepat melangkah ke belakang, dia tidak tahu mengapa tubuhnya bertindak sedemikian, dia memegang erat kandungannya.
Ketika ini langkah Hariz terhenti, wajahnya terkejut dan sungguh dia terkaku melihat keadaan Dynaz. Wanita itu sarat mengandung, perutnya yang besar begitu terserlah pada dress yang dipakainya. Satu perasaan yang begitu sukar untuk ditafsirnya, tetapi hatinya berasa pedih dan remuk. Pada saat ini dia kembali pada realiti kehidupan, di antara dia dan Dynaz hanyalah sebuah kenangan sebuah memori yang telah disia-siakan olehnya sendiri.
            “Naz.Dennis tahu.akan in-”
        “Dia tak perlu tahu apa-apa.”Dynaz bersuara terlebih dahulu tanpa sempat Hariz menghabiskan ayatnya. Hariz melihat Dynaz, wanita itu kerap kali melarikan pandangannya dari terus melihat ke arahnya.
            “Naz, dalam keadaan begini..Naz perlu dijaga dengan baik,”begitu banyak persoalan yang ingin dirungkaikan Hariz, seperti ke mana Dynaz menghilang selama ini? Dengan siapa Dynaz tinggal selama ini? Sihatkah Dynaz selama ini? Tahukah Dynaz tentang perkara yang terjadi pada keluarga mentuanya? Begitu banyak...sehinggakan dia tidak tahu untuk memulakannya.
            “I have someone to take care of me.”Dynaz cuba untuk bersikap tenang, pandangannya dikuatkan melihat kosong ke arah lelaki itu. Sesungguhnya hanya tuhan saja yang tahu betapa ketika ini perasaannya berperang untuk pergi dan memeluk tubuh tegap di hadapannya itu.
Perasaan apakah ini? Kenapa aku dilanda gelora perasaan yang tidak menentu ini?
            “Naz sihat, kalau itu yang abang nak tanya..dan Naz bahagia dengan kehidupan Naz sekarang ini.”Dynaz menelan liur membasahkan tekaknya dan dia cuba untuk mencari kekuatan bagi menunjukkan keadaannya yang stabil ketika ini.
Tetapi segalanya bercanggah pada pandangan Hariz. Dynaz yang dilihat oleh Hariz ketika ini adalah Dynaz yang dilanda kesengsaraan. Wajahnya cengkung, tubuhnya kurus hanya bahagian perutnya sahaja yang membesar mengisi benih dari hasil perkahwinannya.
            “Naz, abang tahu yang abang telah banyak melakukan kesalahan pada Naz, segala derita yang Naz rasai adalah berpunca dari kesalahan abang. Sehingga akhir hayat abang juga abang tak mampu untuk melupakan kesalahan abang ini. Maafkan abang..”nada Hariz begitu dalam, ada getaran pada suara lelaki tampan itu. Wajahnya yang putih bersih dilanda mendung menanggung badai perasaannya ketika ini.
Dynaz hanya melihat pada wajah yang dahulu sering dipujanya, dia tahu lelaki di hadapanya itu ikhlas menuturkan kata-katanya tetapi bagi Dynaz ia merupakan satu perkara yang sukar untuk memaafkan lelaki tersebut.
Memaafkan Hariz bererti melepaskan lelaki itu pergi..dan sesungguhnya hatinya enggan untuk membiarkan perkara itu berlaku.
            “Ya, Naz mengaku banyak penderitaan Naz berpunca dari abang,segala yang berlaku adalah kerana abang mengkhianati perhubungan kita. Abang fikir ia senang buat Naz? Maafkan abang?”hampir sahaja Dynaz  ingin menitiskan air matanya, tetapi cepat dia menyeka butiran tersebut dari menodai pipinya yang mulus. Dia berperang hebat dengan emosinya ketika ini.
            “I want to make it right, tell me what should I do to please you?”Hariz berdiri tegak, wajahnya tersiksa menahan perasaan bersalahnya.
            “Leave me, and never come back.”seperti tikaman terus ke jantungnya sendiri, Dynaz tidak tersangka kata-kata itu terkeluar dari bibirnya.
Hariz yang berdiri tegak terkaku dalam kebisuan, hatinya seperti dihiris sembilu tetapi wajahnya cuba untuk dikawalnya supaya tidak kelihatan kesakitannya. Dia mengumpul segala kekuatannya ketika ini.
“Abang akan pulang ke Malaysia hujung minggu ini. This is my last visit here and I will never come back.This is I promise you.”
Ketika ini air mata yang ditahan Dynaz mengalir membasahi pipinya. Dynaz sakit memikirkan hati dan perasaannya sendiri. Satu ketika dia membenci lelaki di hadapannya itu dan satu ketika dia begitu merindui dan menyanyangi lelaki tersebut. Benar, Hariz merupakan seorang insan yang begitu istimewa dalam hidupnya. Kekasih hatinya yang pertama yang telah dianggapnya sebagai jantung kehidupannya suatu ketika dahulu..dan untuk membuang segala memori dan kenangan bersama Hariz adalah begitu mustahil baginya.
Hati Dynaz diserang kesedihan apabila memikirkan hanya dia sahaja yang akan ditinggalkan di sini. Tiada sesiapa lagi dari memori silamnya yang akan berada di sini. Fasha..wanita itu sudah lama pergi dan kini Hariz..
Semuanya akan pergi meninggalkan dirinya.

           
         
               “Kau tak akan selamanya bahagia di sini..”murung dan kelihatan lesu sekali wajah cantik Fasha di pandangannya.
            “Itu aku tak pasti, tapi apa yang pasti..now I’m happy to see you like this.Aku bahagia.”begitu tajam dan sinis kata-kata yang lahir dari bibir Dynaz. Dia tersenyum puas melihat kemurungan Fasha selepas keguguran anak pertamanya bersama Hariz. Wanita itu hanya menyendiri dan seringkali meracau-racau memanggil anaknya yang telah tiada itu.
“Aku datang nak pulangkan kembali tangkal nasib yang pernah kau bagi pada aku.”Dynaz meletakkan tangkal bewarna merah yang pernah diberikan Fasha kepadanya suatu ketika dahulu.
Fasha pula seperti orang yang hilang ingatannya mengambil tangkal tersebut dan membelek-belek seakan anak kecil yang mendapat mainan baru.
            “Tangkal mengubah nasib, maybe benda ni boleh mengubah nasib kau yang menyedihkan ni.” Dynaz mengaku apa yang dituturnya adalah kejam tetapi dia berasa puas dan senang melihat penderitaan wanita di hadapannya itu. Senyuman Dynaz terhias pada bibirnya. Ayat yang dituturnya sinis sekali membuatkan Fasha memandang terus ke wajahnya.
Tiba-tiba senyuman Dynaz hilang, Fasha yang dilihat di hadapannya kini bukanlah Fasha yang dahulu yang sering mencabar kewarasannya.
Fasha di hadapannya kini seolah-olah wanita yang tidak mengerti apa-apa, wajahnya polos tiada secalit make-up, pandangannya redup menghasilkan satu perasaan asing dalam diri Dynaz.
            “Segalanya adalah satu kesilapan..kesalahan..aku jahat, aku jahat..aku mengaku aku salah..abang dah tak cintakan aku lagi,”nada penuh dengan penderitaan, air mata Fasha jatuh berguguran pada wajahnya. Dynaz terkaku dengan apa yang berlaku di hadapannya itu. Tidak pernah seumur hidupnya dia akan menyangka takdir Fasha akan menjadi sebegini. Karma sudah mengena, tetapi dia tidak menyangka begitu teruk sekali hukuman yang harus ditelan Fasha.
            “Aku nak pulang..i want to go back..bila semuanya musnah, at least kita masih punya keluarga yang sangat menyanyangi kita, kan?”seperti hilang kewarasan Fasha memegang erat kedua-dua tangan Dynaz meminta Dynaz mengiyakan soalannya. Dynaz tidak terdaya untuk menolak wanita itu, dia terkaku di situ.
            “home sweet home..I want to go back, mak..abah..”Fasha melepaskan tangan Dynaz dan dia kini tersenyum seorang diri sambil memeluk sebuah bantal dan berkata-kata dengan nada yang rendah pada dirinya.
Dynaz mengatur nafasnya, perasaannya kacau ketika ini.
Jika dia selamatkan Fasha pada hari tersebut tentu wanita itu tidak akan menjadi sebegini. Dia hanya perlu menghulurkan tangan buat wanita itu tetapi dia memilih untuk tidak melakukannya.
Dia melihat Fasha dengan perasaannya yang berperang hebat ketika ini.
Aku nak pulang..i want to go back..bila semuanya musnah, at least kita masih punya keluarga yang sangat menyanyangi kita..


          
  “I should go back too..”satu per satu titisan air mata Dynaz melimpahi dari tubir matanya. Terketar-ketar tutur katanya menahan gelora badai perasaannya.
            “Sekurang-kurangnya.Naz.ada ibu ada ayah.ada Limah ada Yusri..”ketika ini tubuh Dynaz tidak kuat lagi, dia terduduk di jalan kawasan pasar tersebut. Tangisannya lebat memikirkan hukuman yang diterimanya di atas kesalahan yang dilakukannya.
Dia dibenci dan dihina mamanya dan juga dipermain dan dikhianati Dennis.
Adakah ini harga yang perlu dibayarnya di atas kesalahannya membenarkan rasa dendam menguasai jiwanya?
Tangisan Dynaz sungguh menyayat hati membuatkan Hariz melangkah menghampiri wanita tersebut.
Tubuh kecil Dynaz dipeluknya erat, cuba untuk menenangkan perasaan wanita itu. Dia tahu Dynaz menanggung begitu banyak kesengsaraan.
            “Bawa Naz pulang, bring me back home..”tersesak-esak Dynaz bersuara dalam pelukan erat Hariz.
            “I will Naz, I will.”Wajah Hariz menahan perasaannya, hatinya begitu tersentuh melihat Dynaz ketika ini. Begitu sakit, begitu pedih dan sangat sengsara melihat keadaan wanita ini sepertimana perasaannya ketika melihat isterinya sendiri yang semakin hari semakin jauh meninggalkan dirinya.
Fasha kini tidak lagi mengenalinya malahan tahap kesihatan mental wanita itu semakin hari semakin teruk. Hariz mengaku tiap kali dia memikirkan perkara ini dia akan sering berakhir dengan menyalahkan dirinya sendiri.
Inilah hukuman buatnya, pada akhirnya dia perlu menjadi seorang saksi terhadap segala kesengsaraan yang wujud disebabkan kesalahannya. Pertama dengan mengkhianati Dynaz dan kedua dengan melukakan Fasha.
Akhirnya dia bukanlah siapa-siapa..cuma seorang insan yang membawa kisah pedih dan duka bagi kedua-dua wanita yang sangat disayanginya itu.


Tiba-tiba telefon Hariz berdering, dia melihat pada skrin besar telefon tersebut. Dakapannya pada tubuh Dynaz direnggangkan, nama En.Amir terpampang pada skrin telefonnya.
“Hello-”
“Hariz, something happened at my house..please I need your help,”suara En.Amir seakan berbisik tetapi jelas kedengaran nadanya yang cemas.
“En.Amir I-”
Please Hariz, I’ve called Dennis but he didn’t answer his phone.” Suara En.Amir kini kegelisahan, jelas kedengaran deru nafasnya yang tidak teratur menunjukkan keadaannya yang cemas dan ketakutan.
Dynaz mendengar nama papanya disebut Hariz, perasaannya diserang keresahan. Dia melihat tepat pada raut wajah Hariz yang kini bertukar serius.
“En.Amir, bawa bertenang. I will rush to your house but right now the best way is to call the police and inform them about your situation.”Hariz bangun, wajahnya terpampang raut keresahan apabila dia dapat mendengar satu bunyi hentakan yang kuat dalam talian tersebut. Dia merasakan sesuatu yang tidak baik mungkin berlaku di rumah En.Amir ketika ini.
There is someone here..I can’t see, please I need-”tiba-tiba talian telefon seperti terganggu. Hariz memanggil En.Amir tetapi tiada sahutan, dan ketika ini talian tersebut terputus.

“Apa yang berlaku? Papa yang telefon kan? Papa ok?”suara Dynaz cemas, dia memegang tubuh Hariz meminta jawapan. Wajah Hariz tidak melihat pada Dynaz tetapi wajah itu serius dan terganggu.
I should rush to your papa’s house.”ketika ini pandangan Hariz tepat pada Dynaz membuatkan Dynaz diserang kegelisahan, dia dapat merasakan sesuatu sedang menimpa papanya.
Come, abang hantar Naz dulu. Then I will straight away to En.Amir’s house.”kelihatan tergesa-gesa Hariz memegang lengan Dynaz dan mengatur langkahnya kini.
It’s okay, Naz boleh balik sendiri. Abang pergi rumah papa.”Dynaz berdiri tegak, enggan mengatur langkahnya. Hariz melihat dalam pada wajah Dynaz, dia tidak akan meninggalkan wanita itu, tidak setelah begitu lama dia tersiksa mencari wanita tersebut.
Please..abang perlu pergi, papa really needs your help”Dynaz bersuara penuh kesungguhan, raut wajahnya kegelisahan dan dilanda mendung keresahan.
Hariz berperang kini diantara kata hatinya untuk terus bersama Dynaz atau mengikut kata-kata wanita tersebut.
“Ini bukan masa yang sesuai untuk Naz tunjukkan diri pada mereka, please abang..”wajah Dynaz keruh menzahirkan badai perasaannya.
“Ini permintaan Naz pada abang, please..for me.”terdapat setitis butiran mutiara menuruni lekuk pipi Dynaz membuatkan batin Hariz tersiksa buat sekian kalinya.
Dengan perlahan Hariz melepaskan lengan Dynaz, betapa hatinya sakit melakukannya tetapi lagi pedih dan tersiksa melihat keadaan Dynaz ketika ini.
Dia melangkah pergi meninggalkan Dynaz yang kini tenggelam dalam badai perasaannya.



Dynaz berlari menggunakan segala kudratnya yang masih ada. Keadaannya yang berbadan dua menghadkan tenaga dan langkahnya tetapi dia harus cepat untuk sampai ke rumah tersebut. Rumah yang didiaminya selama beberapa bulan ini bersama seorang insan yang begitu bermakna dalam hidupnya…seorang insan yang begitu banyak membantunya.
Degup jantungnya pantas, terasa nyawanya seperti hampir tercabut dari tubuhnya. Ternyata kudratnya semakin lemah, tetapi harus digagahinya juga. Ketika ini dia memasuki pintu rumah tersebut.
“Yong Jun, Yong Jun.” Dalam keadaan tercungap-cungap, suaranya kuat memanggil sepotong nama tersebut. Naik turun dadanya mengatur nafas yang semakin mendesak. Rumah kecil itu sunyi..sepi..
Dynaz mengatur langkahnya pantas ke bilik Yong Jun, hatinya berdebar kuat. Tangannya ligat mengeledah bilik tersebut mencari-cari sesuatu yang hanya dia sahaja yang tahu.
Please..Yong Jun jangan lakukannya..awak dah berjanji pada saya..
Hati Dynaz diserang kegelisahan apabila melihat satu bekas yang tertutup rapat di bawah katil Yong Jun. Dia tahu akan isi bekas tersebut, dan cepat dia membuka bekas tersebut.
Ketika ini jantungnya seperti direntap sesuatu, hancur luluh perasaannya apabila melihat bekas tersebut sudah kosong. Bekas yang berisi senjata tersebut telah kosong dan dia tahu apakah makna semua ini.
Kenapa Yong Jun? Why? We are supposed to live in happy life..both of us..hidup yang baru..jauh dari mereka..tetapi..kenapa awak memilih untuk meneruskan dendam ini..kenapa?
Perasaan Dynaz diruntun kesedihan, hatinya seperti ditusuk sembilu pedih dan sedih memikirkan tindakan Yong Jun.
Dia terduduk di lantai menangis memikirkan liku kehidupan yang diharuginya ini. Tersedu-sedu tanggisannya, begitu tersiksa sekali.
Dia tahu ketika ini sesuatu telah berlaku pada mama dan papanya, sungguh dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa selain dari menangis dan terus menangis.
Dynaz..
Tiba-tiba suara yang begitu dikenalinya memanggil lembut sepotong namanya.
“Abang?”dalam esakan tangisannya dia menoleh ke arah suara tersebut tetapi tiada gerangan insan yang dirinduinya itu. Tangisannya kini terhenti, hanya sendunya yang kedengaran masih tersisa. Riak wajahnya berubah ketika ini.
Di saat dirinya jatuh dan merasakan segalanya sudah berakhir, suara itu menerpa memanggil lembut namanya seolah-olah meniup satu semangat yang harus digenggamnya.
Dennis
Nama lelaki tersebut disebutnya sekali, dan kini dadanya berombak dan berdebar hebat.
Dia mencapai telefon bimbitnya, dengan cepat dia mendail nombor yang sudah berada kemas dalam kotak fikirannya itu.





Dennis terjaga dari pengsan apabila telefonya berdering. Dia terikat pada sebuah kerusi, pandangannya samar dalam sebuah bilik yang gelap dan cuma disinari cahaya lampu dari luar bilik itu. Kepalanya terasa berat dan pening, dia benar-benar tidak tahu apa yang telah terjadi kepada dirinya.
Telefonnya masih berdering, dia sedar dan dengan cepat dia meronta-ronta tangannya yang terikat kemas. Dia berjaya mengeluarkan sebelah tangannya dan segera menjawab telefonnya.

            “Dennis!”suara itu cemas sekali, suara wanita yang amat dikenalinya. Sungguh amat dirinduinya.
            “Dynaz..”suara Dennis tenggelam-timbul, jiwanya bergetar dan sungguh dia tidak dapat mengawal perasaannya ketika ini. Biarlah apa yang terjadi sekarang ini, yang penting dia hanya mahu mendegar suara itu, mendengarnya untuk selama-lamanya.
Dynaz ketika ini mengumpul segala semangatnya yang masih berbaki dalam dirinya. Suara Dennis yang menyebut namanya benar-benar meruntun hati dan sanubarinya. Tetapi dia harus buang semua perasaan itu jauh kerana dia perlu memberi perhatian pada situasi genting sekarang ini.
            “Dengar sini, abang dalam bahaya sekarang, you have to-”
            “I miss you, really Naz”percakapan Dynaz dipotong Dennis, dia tahu akan hakikat keadaannya sekarang ini, dan dia tidak pedulikan itu semua yang penting dia dapat meluahkan segala perasaan yang ditanggungnya ketika ini.
Kata-kata Dennis menyusup masuk ke hati Dynaz dan ketika ini air matanya mula bergenangan di tubir matanya.
            “I know my situation now, it’s beyond help..”
            “No! Don’t you dare to say that word to me!”
            “Naz, whatever happen to me this night, if im not-
            “No, stop. Naz akan letak telefon, abang please call the police, or tell me where you are now..”
            “Naz, please don’t hung up on me, I don’t care what will happen to me, I-”
            “I care! I care Dennis” ketika ini sendu Dynaz tidak dapat dibendung lagi.
Dennis memejam matanya mendengar sendu dan kata-kata prihatin dari Dynaz. Begitu indah  menyusup dalam ke jantung hatinya.
            “Naz,sincere from my heart I’m truly sorry for everything wrongs I’ve caused or done to you..”
Dynaz hanya mampu menangis ketika ini. Kata-kata Dennis indah sekali.
            “Listen here, I just want you to know, ini adalah kebenarannya yang abang sangat-sangat mencintai Naz”

Tika ini talian terputus di antara mereka. Dynaz hanya mampu mengalirkan air matanya, dia terduduk di situ menahan sendu dan menanggung perasaannya yang tidak dapat dibendung lagi itu. Dia rindu, hatinya rawan memikirkan insan yang semakin hari semakin meresap ke dalam jiwanya itu.



Dennis memandang tajam seorang lelaki yang dikenalinya itu. Yong Jun ketika ini melempar jauh telefon Dennis sehingga pecah musnah. Sepucuk pistol dalam gengaman tangannya membuat Dennis tidak mampu untuk melakukan apa-apa dia hanya duduk di atas kerusi.
            “Kau nak apa hah?!”Dennis bersuara kasar, pandangannya tajam menikam terus pada pandangan Yong Jun yang dingin. Dia tahu lelaki inilah salah satu insan yang bertanggungjawab terhadap krisis yang melanda KCO.
Yong Jun terus bergerak menghampiri Dennis, wajahnya serius membuka ikatan pada kaki Dennis.
            “Aku nak hapukan kau dan family kau.”dingin tiada bernada, bicara Yong Jun kendengaran kejam sekali. Dennis hanya melihat wajah Yong Jun yang serius membuka ikatan pada kakinya.
Wajahnya tiada riak, pandangan matanya dingin mampu menusuk terus menikam ke jantung setiap mata yang memandangnya. Siapakah lelaki ini? Mengapa dia begitu nekad untuk menghapuskan aku dan keluarga aku?
Ikatan pada kaki dan tangan Dennis terlerai kini, Yong Jun bangun dan berdiri di hadapan Dennis. Sepucuk pistol berada kemas dalam genggamannya.

“You and your family owed me one thing and I intended to take it this night.”pandangan Yong Jun tepat pada sepasang mata sempurna milik Dennis. Pistol yang berada dalam tangannya diangkat dan dihalakan tepat pada tubuh Dennis yang kini berdiri beberapa inci berhadapan dengannya.


Dynaz duduk berteleku di lantai rumah memikirkan perasaannya yang berkecamuk ketika ini. Segalanya sukar untuk dia rungkaikan..soal hati, soal jiwa begitu memeritkan.
Naz,sincere from my heart I’m truly sorry for everything wrongs I’ve caused or done to you..
Listen here, I just want you to know, ini adalah kebenarannya yang abang sangat-sangat mencintai Naz”
Air mata Dynaz berjuraian seperti sungai yang tiada batasnya. Kata-kata itu begitu indah, begitu ikhlas membuatkan dia dihimpit perasaan yang begitu menyiksakan.
Apa yang harus aku lakukan? Tuhan bantulah aku..tunjukkan aku jalan untuk mengharungi ujian ini..
Tiba-tiba Dynaz teringatkan sesuatu, dia punya satu jalan. Hanya satu jalan sahaja yang mampu dia fikirkan ketika ini.
Ya! Dia harus pergi mencari Yong Jun!
Jika dia dapat mencari lelaki tersebut, sudah tentu dia dapat menyelamatkan mereka semua. Bukan sahaja dia dapat menyelamatkan mama, papa, Dennis, tetapi juga Yong Jun.
Jantungnya kini berdebar kuat, Dynaz cepat bangun dari duduknya. Dia mengatur langkahnya pantas untuk keluar dari bilik tersebut tetapi malangnya dalam keadaan tergesa-gesa itu kakinya tersadung pada kayu yang menjadi penghadang pintu tersebut dan dia terjatuh di situ. Kepalanya terhantuk kuat pada lantai dan sakitnya begitu perit sekali. Cairan hangat merah mula menitis dari dahinya.
Dalam keadaan yang masih berpinar-pinar, Dynaz bangun dari jatuhnya. Kandungannya terasa begitu sakit sekali, dia memegang erat kandungannya itu.
Please..honey, be strong for mama.
Ketika ini dia mengangkat kepalanya, pandangannya tepat menjurus pada satu sudut rumah tersebut. Hatinya tersentak, dia sudah dapat jawapannya. Jawapannya berada tepat di hadapan matanya.
Tanpa mempedulikan luka yang mengalirkan cairan pekat darah pada dahinya itu, dia bergegas ke sudut tempat letak sebuah meja yang sebelum ini terdapat sebuah bekas porcelain di atasnya. Meja tersebut kini kosong, bekas porcelain yang terdapat abu kepunyaan ibu Yong Jun di dalamnya sudah tiada. Dalam fikiran Dynaz kini dia tahu, sungguh dia tahu di mana Yong Jun berada sekarang ini.



Hariz memandu keretanya laju membelah kelam malam. Dia nekad untuk ke rumah seorang insan yang dalam fikirannya sudah pasti mengetahui segala-galanya tentang perkara ini.
Fikirannya kini hanyut memikirkan pelbagai kemungkinan yang tidak baik terjadi kepada En.Amir dan Pn.Chae Rin. Sebentar tadi dia berada di rumah En.Amir, kawasan rumah tersebut gelap-gelita dan yang menambah keresahannya ialah apabila dia melihat sepasukan polis yang berkumpul penuh di hadapan rumah tersebut. Dari perbualannya dengan pegawai polis di situ dia diberitahu bahawa kebanyakkan pengawal rumah tersebut telah ditewaskan oleh penceroboh rumah tersebut. Manakala En.Amir dan Pn.Chae Rin pula hilang, mereka dipercayai diculik oleh penceroboh tersebut.
Panduan Hariz laju selaju degup jantungnya kini, wajahnya serius memikirkan kata hatinya. Dalam fikirannya hanya muncul satu nama. Nama seorang insan yang mampu melakukan semua ini.
Seung Hyun..
Nama lelaki itu bermain-main difikirannya, lelaki itu merupakan seorang gangster yang sangat terkenal di negara ini. Dia telah berjaya membuat KCO berada di ambang kemusnahan dan apa yang berlaku pada En.Amir dan Pn.Chae Rin sekarang ini hanya mampu dilakukan oleh seorang yang benar-benar mempunyai kemahiran sahaja. Kemungkinan besar ini adalah angkara Seung Hyun!
Hariz memecut keretanya laju menuju ke destinasi yang berada dalam fikirannya ketika ini.



Bunyi deringan loceng yang tidak henti pada pintu rumah membuatkan Henney melangkah pantas menghampiri pintu rumahnya. Dia membuka pintu tersebut dan ketika ini wajahnya dihiasi raut kehairanan apabila melihat gerangan insan yang berada di hadapannya kini.
“Hariz?”
Where is Seung Hyun?”tanpa membuang masa Hariz menyoal, nadanya tegas walaupun dia dapat mengawal tenang wajah dan tubuhnya.
“I don’t have any idea-”
You should.”kata-kata Hariz yang serius membuatkan Henney terdiam ketika ini. Hatinya berdebar kuat, dia dapat merasakan sesuatu yang tidak baik telah berlaku.
Something..happened?”suara Henney tersekat apabila dia cuba untuk mengawal perasaannya kini.
Henney I think that I should go-”tiba-tiba terdengar suara ceria seorang perempuan menghampiri mereka. Perempuan tersebut tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana tercengang melihat ke arah tetamu Henney pada malam itu.
            “Hariz?” seperti tidak mempercayai matanya, Eun Jun menyoal terkejut.
            “Eun Jun, you know this guy?”keresahan Henney ditambah dengan kekagetan apabila dia menyoal Eun Jun.
            “Dynaz told me about him..”Eun Jun mengangguk, suaranya rendah dan melihat tepat kepada Hariz.
            “I have something to tell both of you”Hariz tidak mahu memanjangkan lagi hal yang tidak penting, dia ada perkara yang lebih mustahak yang perlu dia selesaikan.


            Jantung Eun Jun berdegup kencang seiring langkah yang diaturnya. Hatinya resah, risau dan gundah memikirkan perkara yang bermain dalam fikirannya. Dia telah berjanji dengan Dynaz untuk melawat sahabatnya itu malam ini, tetapi dia terlewat kerana menziarahi Henney. Sungguh dia tidak akan memaafkan dirinya jika sesuatu berlaku kepada sahabatnya itu.
“Rumah mereka di sini.” langkahnya pantas seolah-olah berlari, Eun Jun menunjukkan jalan kepada Henney dan Hariz yang mengikutnya dari belakang. Kedua-dua lelaki tersebut bergerak pantas mengikut rentak Eun Jun.
Dalam hati Hariz dia berharap agar dia dapat bertemu Seung Hyun bersama Dynaz di rumah yang dituju mereka itu, supaya dia boleh menolak jauh syak wasangkanya kepada Seung Hyun.


“Tak..tidak Seung Hyun tak akan buat perkara tersebut. Dia sudah berjanji dengan Dynaz.” kenyataan yang lebih untuk mententeramkan hatinya sendiri, Eun Jun bersuara sambil menggeleng kepalanya.
“Selama ini dia menjaga Dynaz dengan begitu baik. Ketika Dynaz diserang, dicerca mamanya sendiri..Seung Hyun yang mempertegak dan menyelamatkan Dynaz..tak mungkin dia akan melukakan hati Dynaz..tak..”wajah Eun Jun dilanda mendung kesedihan. Hatinya berdebar kuat, perasaannya bercampur baur ketika ini.
“Ia hanya satu kemungkinan. Jika benar kemungkinan ini, Dynaz juga berada dalam keadaan bahaya. Dia tentu akan berusaha untuk menghentikan perkara ini. Ini bererti dia harus berdepan dengan Seung Hyun.” Hariz bersuara cemas, dia dapat menerka segalanya apabila ingatannya kembali memainkan pertemuannya bersama Dynaz lewat petang tersebut. Dia dapat merasakan Dynaz telah mengesyaki Seung Hyun dan kerana itu wanita tersebut merayu bersungguh-sungguh untuk memaksa dia pergi ke rumah En.Amir dan pada masa yang sama Dynaz membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah ini seorang diri.
“Eun Jun, please..bawa kami ke rumah Seung Hyun.” Keresahan Henney tidak dapat dibendung lagi, nadanya tegas dalam rayuannya kepada Eun Jun. Mendengar kemungkinan bahawa Dynaz turut berada dalam keadaan bahaya, jiwa lelakinya tidak tenteram. Tidak mungkin dia akan membenarkan sesuatu mengancam keselamatan wanita yang dikasihinya itu.


Langkah Henney terhenti di hadapan sebuah rumah yang kelihatan begitu kecil itu. Dia berdiri terpaku, terkejut menyedari hakikat bahawa rumah tersebut pernah dilawatinya sebelum ini. Dia pernah berada di sini bertemu Seung Hyun meminta lelaki tersebut menghentikan agenda yang dirancang ayahnya itu. Henney kesal dengan dirinya, jikalau dia tahu Dynaz selama ini tinggal bersama Seung Hyun sudah tentu dia akan mencari wanita tersebut di sini.
“Pintu tak tertutup.”Eun Jun bersuara kuat melawan deru angin yang kuat meniup kepulan salji yang tebal. Tanpa berlengah Hariz menyerbu masuk ke dalam rumah tersebut. Henney dan Eun Jun turut sama bergegas memasuki pintu masuk rumah tersebut yang terbuka luas.
“Dynaz! Dynaz!” kuat suara Hariz memanggil sepotong nama insan yang bermain dalam kotak fikirannya itu. Hatinya bagai dipalu satu perasaan yang tidak menentu membuatkan jantungnya berdegup kencang sekencang tiupan angin salju di luar sana.
Rumah tersebut sunyi sepi tiada berpenghuni. Henney berlari anak memeriksa setiap kawasan rumah yang dilihatnya.
            “Here! Here!” seakan menjerit penuh kekuatan Eun Jun memegang sehelai kertas kecil yang dijumpainya di sebuah meja. Wajahnya merah menahan perasaan terkejutnya apabila pandangannya melihat titisan darah yang bertompok pada permukaan meja tersebut. Seperti segala kekuatannya direntap pergi, ketika ini air matanya berjuraian apabila dia menyedari lantai kawasan dalam bilik tersebut dicemari tompokkan darah yang sudah mengering.
            “Eun Jun..”Henney cepat mendapatkan Eun Jun yang kini menangis sambil menunjukkan kawasan yang dicemari titisan darah tersebut. Hariz yang bergegas masuk ke bilik tersebut terhenti langkahnya melihat tompokkan darah di lantai. Jantungnya berdegup pada rentak yang mustahil untuknya bertenang.
            “This.note..Dynaz.tinggalkan.” Dalam nada yang tersekat-sekat, cepat Eun Jun memberikan sehelai nota kecil kepada Henney.
- Eun Jun, sesuatu terjadi..aku ke Snowing Vila. –Dynaz
Hariz melihat teliti nota tersebut, wajahnya serius memandang wajah Henney.
I know this place. We can go..but Eun Jun, you stay out of this.” Henney bersuara melihat tepat pada Hariz dan Eun Jun. Dia tahu tempat yang menjadi destinasi bulan madu Dennis dan Dynaz itu.
Come, let’s go.” ringkas ayat yang dituturkan Hariz. Dia harus cepat untuk mengatur langkah di saat genting seperti ini.

“Henney..Hariz please..selamatkan Dynaz, she’s pregnant right now.”air mata Eun Jun mengalir tiada henti. Henney tersentak dengan kenyataan Eun Jun tetapi tidak bagi Hariz, lelaki itu mengangguk dan pantas melangkah keluar dari bilik tersebut.
Henney terkaku dengan apa yang didengarinya, dia melihat ke arah Eun Jun dan akhirnya bibirnya menzahirkan segaris senyuman.
I will try my best to save her and her baby, don’t worry.
You too. Please, pastikan keselamatan awak juga.” Eun Jun sempat memegang lengan Henney meyakinkan lelaki tersebut. Walaupun kebanyakkan mata kini menyalahkan Henney terhadap konflik yang melanda KCO, dia tidak keseorangan kerana masih ada insan yang memihak padanya. Wajah Henney yang masih terdapat kesan lebam dan luka-luka kecil kecederaan dari kejadian beberapa bulan lalu dilihat Eun Jun penuh simpati.
Melihat keikhlasan yang lahir pada kata-kata Eun Jun membuatkan Henney tersentuh, dia memegang lembut pipi wanita tersebut dan mengusap air mata yang masih mengalir di pipi mulus Eun Jun.
Thanks..my dear.” Wajah kacak Henney begitu indah memberikan senyuman yang begitu sempurna kepada Eun Jun.




Dalam sebuah bilik En. Amir tersedar dari pengsannya. Dalam keadaan kepalanya yang masih pening dia cuba untuk melihat keadaan sekeliling. Memori kali terakhirnya ialah ketika dia berada di rumahnya. Dia mendengar jeritan isterinya, dia menghubungi anaknya tetapi panggilannya tidak terjawab, apabila dia menghubungi Hariz belakang badannya dihentam kuat oleh sesuatu objek dan secara tiba-tiba pandangannya gelap.
            “Arghh..”En.Amir mengerang kesakitan pada kepalanya yang masih sakit. Tubuhnya meronta apabila menyedari dia diikat kejap pada sebuah kerusi. Dia panik memikirkan keadaan dirinya.
Pandangan En.Amir samar-samar cuba menyesuaikan matanya dengan cahaya kelam bilik tersebut. Dalam keadaan panik dan cemas itu, dia melihat keadaan bilik tersebut. Terdapat tiga buah kerusi mengelilingi sebuah meja, kerusi pertama diduduki olehnya. Ketika melihat pada kerusi kedua jantungnya berdegup pantas, dia melihat isterinya diikat pada kerusi tersebut dan sedang menangis tanpa menghiraukan dirinya. Dalam keadaan yang masih cemas dia melihat pada kerusi ketiga, tetapi kerusi tersebut kosong tiada berpenghuni.
“Mengapa abang merahsiakan segala-galanya daripada saya? Mengapa?” teresak-esak tangisan Pn.Chae Rin, dia sedar suaminya itu melihat ke arahnya. En. Amir tersentak, dia keliru dengan soalan isterinya.
Pn.Chae Rin tidak sanggup melihat wajah lelaki yang telah membohonginya selama ini, pandangannya hanya diarahkan pada sebuah pasu porcelain biru muda yang terletak di atas meja di hadapannya itu. Air matanya yang berguguran tiada tanda untuk berhenti.
“Hye Jun..Yong Jun..kenapa abang rahsiakan daripada saya?”lemah sekali soalannya, dia tidak dapat membendung perasaannya. Sungguh dia berasa kesal dengan sikap suaminya itu.
En. Amir terkelu tidak terkata, dia tidak tahu bagaimana isterinya itu mengetahui rahsia yang disimpan kemas olehnya selama ini. Apa yang harus dia terangkan atau katakan ketika ini? Segalanya sudah terbongkar. Sungguh dia berasa begitu bersalah terhadap isterinya itu tetapi sekurang-kurangnya ketika ini dia dapat merasakan beban perasaannya yang ditanggungnya sedikit berkurang.
            “I’m sorry..I’m truly sorry Chae Rin” En.Amir tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi selain memohon maaf dan ketika ini air mata mula memenuhi ke segenap tubir matanya. Tidak tertanggung rasanya membawa bebanan perasaan ini sepanjang hidupnya. Air mata penyesalannya melimpah keluar menzahirkan penderitaan jiwa yang ditanggungnya selama ini.
Sendu dan esakan En.Amir menyentuh jiwa wanita Pn. Chae Rin lalu dia melihat suaminya itu. Perasaan pilu menyerbu hatinya.
Kenapa kau menilai aku sebegini rendah Amir? Tahukah kau aku sangat menyintai kau sehinggakan jika kau terangkan perkara ini dari awal kepadaku, sudah tentu aku akan menerima mereka dan perkara ini tidak akan berlaku…

Ketika ini pintu bilik tersebut dibuka, serentak itu Pn.Chae Rin dan En.Amir memberikan perhatian mereka tepat pada sudut tersebut. Terdapat sesusuk tubuh ditolak keras oleh seseorang untuk masuk ke dalam bilik tersebut.
            “Dennis!!”seperti hilang segala semangat yang ada, Pn.Chae Rin tidak menyangka bahawa anak lelakinya itu juga ditangkap penculik mereka. Sungguh dia akan mati jika sesuatu buruk berlaku kepada anak kesayangannya ini.
En. Amir juga terkejut besar. Ia sangat melampau untuk melibatkan anak lelakinya dalam perkara ini.
            “Lepaskan Dennis! Jangan libatkan dia! Ini antara saya dan kamu, Kalau kamu mahu sangat dengan KCO silalah ambil syarikat tersebut! Saya tak peduli, janji jangan kamu apa-apakan Dennis dan isteri saya.” Marah betul En.Amir kepada penculik mereka itu. Kuat suaranya menengking untuk sampai ke pendengaran si penculik tersebut.

Ketika ini hadir sesusuk tubuh tegap dengan seraut wajah yang begitu dingin di dalam bilik tersebut. Wajah yang sangat dikenali En.Amir membuatkan dia terkelu dalam kekejutan. Wajah yang tiada eksperesi itu melakarkan segaris senyuman, dia melihat En.Amir sekilas dan kini mengikat Dennis pada satu-satunya kerusi yang kosong dalam bilik tersebut.
            “Seung Hyun..”terkaku En.Amir apabila dia menyedari gerangan siapakah yang menculik mereka sekeluarga. Pn.Chae Rin juga turut tersentak, perasaannya berkocak kuat seperti badai di lautan. Sesungguhnya hanya dia sahaja yang mengetahui identiti lelaki tersebut. Seung Hyun yang dipanggil suaminya itu adalah Yong Jun yang merupakan anak luar nikah yang selama ini dicari-cari oleh suaminya itu.

            “Kenapa kau cakap dia tiada kena mengena dalam hal ni? Tsk, tsk, tsk..”Yong Jun mengatur langkah, kepalanya digeleng sambil senyumannya masih lagi terpamer pada segaris bibir sempurna miliknya.
            “Seung Hyun..if you want that company so much, then you can have it..but please don’t hurt my family.”En.Amir merayu kepada Yong Jun yang kini bersandar pada meja yang terletak di tengah-tengah kawasan tersebut. Senyuman pada bibir Yong Jun mati ketika ini.
            “It’s your call..I will hurt you, then.”satu tembakan dilepaskan Yong Jun mengena tepat pada lengan En.Amir. Ketika ini jeritan Pn.Chae Rin kuat kedengaran bergema ke setiap sudut bilik tersebut, En.Amir yang tidak menyangka akan tindakan drastik Yong Jun mengerang kesakitan memegang luka dalam dari hasil tembakan tersebut.
Dennis melihat darah yang mula mengotori pakaian papanya dia meronta kuat untuk melepaskan diri dari ikatan di kerusinya.
            “Why? Mengapa..It is lika a problem, with all you folks that your thinking is mainly based on wealth.”Yong Jun bersuara dingin, wajahnya kosong melihat penderitaan En.Amir yang bergelut dengan kesakitan yang tidak terperi. Pn.Chae Rin menangis teresak-esak melihat keadaan suaminya, walaupun suaminya telah melakukan kesalahan yang besar kepadanya tetapi dia tidak kuat untuk memikirkan hidupnya tanpa lelaki tersebut.
            “Please..please..Yong Jun..please I beg you..please stop this madness.”kuat dan hampir menjerit suara Pn.Chae Rin dengan tangisan lebatnya, dia merayu semahu-mahunya kepada lelaki yang kini melihat tepat ke arahnya.
Bagaikan halilintar yang memanah terus ke jantung En.Amir, seolah-olah keadaan terhenti ketika ini dan seluruh tubuhnya terkaku. En.Amir melihat pada wajah lelaki di hadapannya itu.
“Yong Jun?..” terketar-ketar bait nama itu disebut En.Amir, air mata kesakitannya yang sedari tadi cuba untuk dia bendung kini mengalir laju. Dia menangis bukan kerana kesakitan pada luka di lengannya tetapi kepada getaran perasaannya. Ketika ini dia berperang dengan ketidaktentuan perasaan yang membawa segala memori silam yang menghukumnya dalam suatu keadaan bersalah yang tidak tertanggung.
 “He is your father..please have mercy.”tenggelam timbul nada yang dituturkan Pn.Chae Rin sambil merayu pada Yong Jun yang melihat tanpa emosi.
Dennis terkedu dengan segala yang berlaku di hadapannya kini, seluruh tubuhnya kaku.
Kebenaran apakah ini?


           

Darah yang mengalir di dahi Dynaz tidak diendahkannya,apa yang penting dia harus melakukan perkara yang akan menentukan pengakhiran kisah hidupnya ini.Harus!
Dalam keadaan yang berpinar-pinar Dynaz berusaha untuk meneruskan perjalanannya itu meredah kepekatan malam di dalam salji yang tebal itu.Keadaan dirinya yang lemah tidak dipedulikannya,kesejukkan cuaca yang menggila menyucuk hingga ke tulang putihnya menambahkan kegigilan yang sedia ada pada dirinya.Angin kuat yang meniup salji yang berterbangan menampar kuat ke wajahnya dan mencair di pipinya menjadi cairan yang dingin sedingin perasaanya ketika ini.
            “Please..please..don’t do that..I beg..please..”kata-kata yang seumpama rayuan itu kuat bergema di dalam hatinya.Sungguh dia tidak dapat untuk terus menenangkan perasaanya kali ini.Apa yang mampu dia lakukan adalah hanya dengan berharap dirinya tidak terlambat untuk menghalang segala-galanya.
Kakinya yang semakin lemah menghadkan langkahnya di dalam timbunan salji yang tebal itu,perasaannya yang berdebar kuat menambahkan lagi kegusaran di dalam hatinya kini.Darah yang semakin mengalir jatuh menitis mengotori dan meninggalkan kesan pekat merah pada salji yang putih bersih itu.Kandungannya yang semakin membesar di perutnya itu dipegang erat oleh kedua-dua tangannya itu semasa dia mengumpulkan segala tenaganya untuk meneruskan perjalananya yang harus dilakukannya itu.
Semoga semuanya tidak terlambat..



“Yong Jun..”En.Amir kini tidak peduli dengan keadaan sekelilingnya, apa yang penting dia mahu melangkah ke arah anak yang pernah ditinggalnya itu. Dia mahu memeluk tubuh itu dan meluahkan segalan perasaan bersalahnya kepada anaknya itu. Tetapi dia tidak mampu untuk bergerak, ikatan pada tubuhnya menyedarkan dirinya hakikat situasi yang berlaku ketika ini. Air mata sesalan melimpah ruah dari tubir matanya.
“Pemikiran orang-orang kaya seperti kamu semua sangat menjijikkan..begitu tamak apabila diuji dengan kekayaan.” Yong Jun duduk di atas meja yang dikelilingi kerusi yang diduduki En.Amir, Pn.Chae Rin dan Dennis. Satu persatu wajah mereka dilihatnya. Tiada sebarang raut terpancar pada wajah dinginnya, wajahnya kosong hanya kosong. Pandangannya kini mati pada wajah En.Amir, dia merenung lelaki itu.
“Yong Jun..I’ve hurt you so much, you and your mother..Hye Jun..I’m sorry, really sorry.” Terketar-ketar En.Amir bersuara, nadanya bukan kerana dia takut ataupun gentar dengan insan di hadapannya itu tetapi jiwanya meruntun, rindu dan perasaan bersalahnya menghambat seluruh jiwa dan raganya membuatkan jantungnya bergetar hebat.
Yong Jun kini mengalihkan pandangannya dari terus melihat En.Amir, dia kini mengambil balang porcelain yang berada di atas meja tersebut lalu dibukanya cermat. Tangannya yang bersarung tangan jenis biker glove menyentuh pasir dan debu yang terdapat dalam balang tersebut lalu diangkat segenggam pasir dan ditunjukkan pada En.Amir.
            “Hye Jun.” satu nama keluar dari bibir Yong Jun ketika pandangannya tajam menikam En.Amir serentak itu En.Amir meraung kuat. Tangisannya kedengaran menggila meluahkan keperitan batinnya.
            “Ya tuhan..apa yang telah aku lakukan?”begitu tersiksa rintihan En.Amir menyedari Hye Jun sudah tiada di dunia ini tanpa sempat dia memohon maaf kepada wanita yang pernah bertaktha di hatinya itu.
“Sebab takut kehilangan kekayaan, kau tinggalkan dia. Sebab takut kehilangan kekayaan, kau rahsiakan kewujudan dia. Sebab takut kehilangan kekayaan, kau sanggup biarkan dia kelaparan.”tutur bicara Yong Jun kini penuh kebencian, wajahnya tegang menampakkan perasaan marahnya.
“dan..sebab takut kehilangan kekayaan, kau.telah..menyebabkan dia mengakhiri nyawanya sendiri.”ketika ini ada terselit riak kesedihan pada wajah Yong Jun membuatkan En.Amir diserang beribu penyesalan. Berulang-ulang kali En.Amir merintih menyalahkan dirinya. Seolah-olah meracau dia memohon kemaafaan daripada anaknya itu.

Pn Chae Rin yang turut menangis juga berperang dengan keadaan kegelisahan dan kegusaran yang tidak terhingga, pandangannya kerap jatuh pada Dennis yang kelihatan tenang melihat, memerhati dan membaca perlakuan Yong Jun.
Sungguh Dennis berasa tertipu dengan segala perbuatan papa dan juga mamanya yang lebih memilih untuk merahsiakan perkara besar seperti ini. Tetapi apa yang penting ketika ini adalah keselamatan mereka sekeluarga. Dia perlu mengambil peluang ini untuk memikirkan cara melepaskan diri dari sini.
            “Kekayaan kau hampir musnah Amir..aku nak tengok adakah kau juga akan membunuh diri sendiri sekarang ini.”
            “Yong Jun..kalau dengan mengakhiri hidup papa dapat melangsaikan hutang papa kepada kamu selama ini, papa rela..ambillah nyawa papa ini.” Tersedu-sedu bicara En.Amir, dia pasrah sambil melihat terus pada anak lelakinya itu.
No..no, pelase don’t.” Pn.Chae Rin menjerit mengeleng-geleng kepalanya tidak mahu suaminya itu meneruskan niat tersebut, dia menangis semahu-mahunya.
            “Okay, if that is your wish.” Yong Jun kini menghalakan pistolnya tepat pada kepala En.Amir dia ingin melepaskan tembakan. Wajahnya penuh kesungguhan bagi mengakhiri dendam hidupnya itu.
Tetapi entah mengapa..ketika ini dia tidak mampu untuk meneruskan tindakannya itu. Riak wajahnya berubah, Ini adalah kali pertama dalam sejarah hidupannya dia merasakan satu perasaan asing seperti ini. Perasaan di mana dia teragak-agak dalam meneruskan tindakannya. Jantungnya kini berdebar hebat.


Ketika ini Dennis berjaya melepaskan diri dari ikatan, dia menyerang terus pada Yong Jun dan lelaki itu terjatuh pada lantai. Pn.Chae Rin menjerit kuat melihat situasi di hadapan matanya itu. En Amir juga turut tersentak dengan keadaan yang berlaku.
Dennis kini membelasah Yonh Jun tetapi Yong Jun lebih dahulu menguasai Dennis. Dia lebih mahir dalam perkara ini kerana dia sudah biasa malah hidupnya selama ini juga bergantung pada kehebatannya dalam hal ini.

Dalam pergelutan tersebut, Dennis dapat melepaskan diri dari Yong Jun dan dia berlari keluar dari bilik tersebut bagi memancing Yong Jun untuk keluar dari bilik supaya lelaki itu tidak mencederakan papa atau mamanya. Dennis lebih rela untuk mempetaruhkan keselamatan dirinya bagi memastikan keselamatan papa dan mamanya.
            “Hey Dennis! I will shoot you if you keep running from me!”Yong Jun bersuara lantang, dia bengang dengan kebodohan Dennis. Tetapi Dennis tidak mempedulikan ugutan Yong Jun, dia melangkah pantas menuruni anak tangga dan..
BANGG!!
Satu tembakan dilepaskan Yong Jun mengena tepat pada tubuh Dennis.



Andwey (Tidak)!!!!”jeritan lantang Dynaz kedengaran kuat di dalam sebuah rumah besar yang terletak jauh di dalam kawasan hutan itu.Dia kini bersungguh-sungguh mengumpul segala tenaga yang masih berbaki pada dirinya berlari ke arah lelaki yang kini terbaring lemah berlumuran darah pekat di atas lantai kepingan kayu itu.Sungguh dia tidak menyangka perjalanannya merentasi salji yang menggila sebentar tadi akan membawa dirinya menyaksikan kejadian yang mengejutkan ini.
            “Dennis..please..hold on..”suara Dynaz yang terketar-ketar mengalirkan air matanya yang tiada henti,jantungnya kini berdegup kencang,dirinya takut,dirinya gentar akan kehilangan insan yang kini kemas di dalam pangkuanya ini.
            “Naz..N.az..mia.ne (maaf)..”terketar-ketar suara Dennis di pendengaran Dynaz, lelaki itu masih mampu lagi menghadiahkan segaris senyuman buat wanita yang kini memegang erat wajahnya.Ya..senyuman yang masih manis,senyuman dari bibir sempurna itu yang sentiasa membawa debaran di hati wanita tersebut.
            “Andwey..Yong Jun..jangan..please..”Dynaz kini merayu semahu-mahunya terhadap seorang lelaki yang kini mengacu kemas sepucuk pistol tepat kearah tempatnya yang memangku kemas lelaki yang bernama Dennis itu.
            “One down..at last..”dingin sekali suara yang dituturkan Yong Jun,dirinya masih kemas memegang sepucuk pistol yang menghala tepat ke arah sepasang pasangan yang berada tidak beberapa tapak jauh dari dirinya itu.
            “Please..jangan lakukan semua ini..Naz rayu..kita boleh ubah segalanya..all will be okay..please..Dynaz merayu kepada Yong Jun sambil dirinya memeluk erat tubuh Dennis yang semakin lemah bernafas di dalam pelukannya itu.Darah yang mengalir pantas dari dada Dennis mengotori baju yang dipakai Dennis.
            “Tak ada apa yang akan berubah..please go away, I’ll finish him.”pandangan Yong Jun yang tajam memuatkan segala keperitan dan kesengsaraan hidupnya selama ini. Kepahitan,kesedihan,kepiluan segalanya terpancar pada sepasang mata yang indah itu. Dynaz kini menggeleng laju,air matanya yang masih mengalir laju mempertahankan Dennis di dalam pangkuannya. Dynaz tidak berganjak walaupun seinci membuatkan ketegangan di wajah Yong Jun semakin terserlah. Betapa dirinya membenci Dennis yang memperolehi segala-galanya. Sungguh hatinya sakit melihat Dennis dipertahankan sedemikian rupa. Genggaman pada pistolnya dieratkan lagi menambahkan keyakinannya untuk menghapuskan lelaki di hadapannya itu.

BAMM!!!Tiba-tiba pintu rumah besar itu ditendang kuat oleh seseorang. Bunyi detuman yang kuat itu menarik perhatian Yong jun, Dynaz tersentak dirinya memandang terus kepada kelibat yang kini berdiri di hadapan pintu tersebut.

            “Naz!!are you okay?”suara Hariz cemas sekali apabila melihat suasana ngeri di dalam rumah tersebut.Di belakang Hariz, Henney muncul menerpa dengan wajahnya yang kekejutan. Dirinya tersentak melihat keadaan Dynaz yang kini memangku kemas tubuh Dennis yang semakin lemah.
            “HAHAHA..semuanya berkumpul di sini.Bagus!So I will decide who will be the first to die.” senyuman di bibir Yong Jun sinis sekali, kini halaan pistol Yong Jun terus ke arah Hariz yang kini memandang tepat ke arah dirinya.
            “Bawa bertenang,please..”Henney kini cuba bersuara tenang untuk menyedarkan lelaki itu. Dirinya juga cemas dengan apa yang terjadi, kesan luka pada bibirnya dan rahangnya masih jelas kelihatan pada wajahnya yang kacak itu.
            “Hariz..you’re the first person who broken her heart right?”Yong Jun tidak mempedulikan kata-kata Henney, dirinya lebih berminat dengan lelaki yang segak berpakaian kemas jacket labuh yang berwarna coklat itu. Pandangannya dibalas tajam oleh Hariz.
            “Ok man..it’s time to die.”tekad sekali Yong Jun berkata-kata sambil dirinya kini mengenggam erat pistolnya yang dihalakan  ke arah lelaki tersebut. Picu pistol ditekannya serentak mengeluarkan sebutir peluru yang kini tepat meluru ke arah lelaki yang bernama Hariz itu.
BANG!!!Jeritan kedengaran dan…..

            “DYNAZZZ!!!!”jeritan nyaring dari Henney menerpa masuk ke gegendang telinga Yong Jun. Dia tersentak,pistol di genggamannya kini longgar. Dia tidak menyangka,dia tidak menduga kejadian yang terjadi di hapapan matanya kini.
            “Naz!!!why are you doing this?!”Hariz kini memegang erat tubuh Dynaz yang melindungi dirinya dari tembakan yang dilepaskan Yong Jun. Darah pekat memerah yang mengalir terus dari dada Dynaz menjadi saksi pengorbanan dirinya yang sanggup menerima peluru yang menembus masuk terus ke dadanya itu. Tanggisan Hariz kini tidak dapat dibendung lagi. Satu-satunya wanita yang dicintainya kini semakin lemah bernafas di dalam pelukannya. Henney kini bergegas ke arah Dynaz,wajahnya cemas memikirkan nasib wanita yang dikasihinya itu. Jantungnya berdebar kuat, tidak rela dirinya memikirkan hakikat kehilangan wanita itu.
            “Naz…Naz..Naz..”Dennis bersuara lemah, dia kini menduga sesuatu terjadi apabila Dynaz sebentar tadi meninggalkan dirinya. Tanpa memikirkan keadaan dirinya yang semakin parah itu, Dennis menguatkan segala tenaga yang berbaki pada dirinya untuk menghampiri wanita yang amat disayanginya itu. Perjalanannya lemah melihat ke arah wanita yang kelemahan berlumuran darah yang mengalir pekat itu.
Yong Jun terkesima,dengan spontan dirinya kini berlari mendapatkan tubuh kecil wanita yang diagungkannya itu.
            “Miane (maaf)..miane..”cemas dan penuh penyesalan sekali kata-kata Yong Jun ketika dirinya melihat terus ke arah wanita dipangku kemas oleh Hariz itu.Sungguh dia kini tidak dapat menanggung penyesalan dan kesedihan yang memburu masuk ke dalam dirinya itu.
Dynaz melihat sekelilingnya..satu-satu wajah kesayangannya berada dekat berhampirannya. Dennis..Henney..Yong Jun..dan Hariz..Ya,semuanya di situ melihat  cemas dan risau ke arah dirinya. Wajah-wajah yang begitu kasih dan sayang kepada dirinya. Genggaman tangannya erat memegang kandungannya yang amat disayanginya itu. Satu-satunya benih bukti percintaannya.
Dirinya kini semakin tidak berdaya menahan kesakitan yang semakin menjalar ke seluruh tubuhnya itu. Nafasnya kini semakin sesak, dadanya kini berombak kencang seakan-akan gelora di lautan. Pegangan jemarinya semakin melonggar..dirinya kini pasrah dengan ketentuan tuhan pada takdir hidupnya kini…
            “Sa.ra.ng..hae..sar.ang..hae.yo..(I Love U)”kata-kata Dynaz terketar-ketar di bibirnya. Suaranya kini berlalu dibawa angin bertiup kuat sekuat tiupan salji di luar rumah besar tersebut yang membawa segala memori suka duka tentang lelaki-lelaki yang pernah hadir dan bertaktha di dalam hatinya itu.

Dari kejauhan sayup kedengaran siren polis berbunyi mendekati kawasan vila tersebut. Dynaz tidak dapat bertahan lagi dan segalanya samar di penglihatannya dan segala-galanya kelam..

5 comments:

umi afiQ said...

After few years following this story.. sad ending from u kanafee.. but u are very talented writers. . I realy love this story... n tonite after a month terlupe nak singgah this blog, syukur... the story smpi ke penghujungnya..
Don't forget to invite me if u have a new story to read...

umi afiQ said...

*dont forget to invite me if u have a new story to let me read..

KaNaFee said...

Salam Umi, thanks for ur support. Sincere in deep of my heart, I truly appreciate that.
For ur information, this is not the last chapter to the NML, got 1 more chapter that i will upload after this.
Hopefully can see ur lovely comment again at the final chapter.
Terima kasih sangat :)

lots of love,
-kanafee

Luna Lusia said...

harap sgt ada ending yg happy....

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket