Novella~My LovE 23

Thursday, May 14, 2009

BAB 23




Di dalam kereta Dennis tidak banyak bersuara.Dia lebih berminat untuk berdiam diri sambil menikmati keindahan pemandangan di sepanjang perjalanan yang akan membawa dirinya dan Dynaz ke jeti untuk ke Pulau Jeju.Pemandu limosin yang memandu di hadapan hanya memandu pada kelajuan biasa dan kadang kala membuatkan dia berasa sebal tetapi didiamkan juga perasaannya itu. Kalau aku yang drive,sudah tentu dah sampai ni..Dennis menarik nafas dalam.Jika percutian ini tidak membawa apa-apa manfaat kepada dirinya tentu dia tidak akan menyertai percutian ini,tetapi percutian ini menjanjikan peluang yang cerah pada rancangan yang diaturkannya..oleh kerana itu dipaksakan juga dirinya untuk mengikuti percutian ke Pulau Jeju ini.

Sesekali dia menjeling Dynaz di sebelahnya itu.Wanita itu hanya termenung jauh,entah kemana lamunan wanita itu.Dennis tersenyum sinis..Sebentar lagi kau akan menerima kejutan besar,tunggu sebentar sahaja lagi..

Dennis tersenyum riang di dalam hatinya.Sungguh dia sangat setuju dengan rancangan mama dan papanya ini untuk mengadakan satu percutian keluarga di Pulau Jeju.Dennis menyandarkan badannya pada tempat duduk limosin yang empuk itu.Matanya dipejamkan,senyuman di bibirnya terhias indah.

“Woah..cantiknya laut..tenangnya suasana di sini..”Dynaz bersuara riang di dalam hatinya.Bagasinya diturunkan dari bonet kereta oleh pemandu limosin tersebut.Matanya tidak henti-henti melihat keindahan suasana di kawasan jeti tersebut.Angin bayu yang meniup sepoi kearahnya menambahkan lagi kesegaran pada dirinya.Rambutnya yang panjang mengurai itu ditiup-tiup lembut oleh angin yang menyapa lembut.

Dennis memakai kaca mata hitamnya bagi menahan panahan mentari pada pagi itu.Dia mula menyorong bagasinya itu.Apabila melihat Dynaz,dia tersenyum di dalam hatinya.Tunggulah kejutan yang akan kau terima sebentar lagi…Dennis berkata-kata riang di dalam hatinya.

“Mama dan papa sudah sampai ke?”Dynaz kini menyoal lembut suaminya yang kini sedang membelek-belek bagasinya.

“Yup,dia orang ada kat jeti tu.”Dennis menjawab selamba.Dia memberikan bagasi Dynaz kembali kepada wanita tersebut.Dennis mula mengatur langkahnya sambil menyorong bagasinya menuju ke arah jeti yang besar dan sesak dengan kelibat manusia itu.Sesekali dia merungut apabila mengingatkan dirinya harus menaiki bot yang sesak sekali dengan penumpang lain yang tidak dikenalinya itu.Bukan dia tidak pernah suarakan pada mamanya untuk mengambil pesawat sahaja ke Pulau Jeju itu,tetapi mama dan papanya itu lebih suka mengambil feri untuk kesana.

“La..papa..kita boleh guna bot keluarga kita tu kan?So buat apa nak menyusahkan diri naik sekali dengan penumpang yang lain?”Dennis bersuara agak menekan pada rancangan mama dan papa nya itu.Sudahlah ideanya untuk menaiki pesawat ke sana ditolak mentah-mentah oleh mereka dan kini mama dan papa nya itu mahu menaiki feri yang penuh sesak dengan penumpang yang langsung tidak dikenali oleh mereka itu.

“Kita akan bercuti cara orang kebiasaan..you got it?Mama dah lama tak bercuti ikut cara tu..”Puan Chae Rin bersuara tegas sambil melihat ke wajah anak lelakinya itu.En.Amir mengangguk mengiyakan percakapan isterinya itu.Dennis mengeluh apabila melihat kedua-dua orang tuanya itu seperti nekad bersepakat dengan keputusan itu.

“Whatever..so,percutian tu nanti just only to four of us?”Dennis duduk malas di sofa di ruang tamu rumah keluarganya itu.Wajahnya melihat raut mama dan papanya kini yang tersenyum manis kearahnya.Soalannya tadi tidak dijawab sebaliknya kedua-dua orang tuanya itu mempamerkan senyuman yang mempunyai makna yang tersirat kepadanya.Dennis hanya memerhati sahaja senyuman kedua-dua orang tuanya itu dengan tanda soal yang bermain di benaknya.

Dynaz mengikut rentak langkah suaminya itu.Sesekali dia tersenyum gembira di belakang Dennis apabila dia menikmati keindahan suasana yang begitu ceria di perkarangan jeti tersebut.Inilah kali pertama dia akan mengikuti percutian keluarga Dennis semenjak dia bergelar menantu di dalam kelarga tersebut.Langkahnya riang..dari kejauhan pandangannya dapat menangkap kelibat mama dan papanya yang kini sedang melambai kearah dirinya dan Dennis dari jeti yang penuh sesak dengan orang yang juga ingin menaiki feri ke Pulau Jeju itu.Dynaz mula melambai ceria pada mama dan papanya.Dennis memperlahankan langkahnya supaya dia berjalan seiringan bersama Dynaz.Senyuman manis juga terpancar dari bibirnya yang sempurna itu.

Tiba-tiba langkah Dynaz terhenti,dia kaku di situ.Senyuman di bibirnya juga tiba-tiba sahaja terpadam.Jantungnya yang berdebar kuat ketika itu membuatkan dia hampir-hampir sahaja berasa sesak untuk bernafas.Dari jauh jelas kelihatan bukan sahaja kelibat mama dan papanya yang menunggu mereka di situ sebaliknya kehadiran dua lagi insan yang amat dikenalinya itu benar-benar merentap jiwa raganya kini.

“Hariz…Fasha..”suara Dynaz seakan tersekat di keronkongnya.Dynaz menelan liur,pahit sekali rasanya apabila dia jelas melihat raut wajah Hariz yang kelihatan tenang dan Fasha yang ceria menunggu dirinya bersama Dennis di jeti tersebut.

This is a big surprise for you,honey..Dennis senyum dengan ceria sekali,dirinya puas melihat wajah Dynaz yang seperti diserang rebut taufan dari laut itu.

Ketika ini bayu laut terasa seakan bahang panas yang menerpa menyapa ke segenap tubuh Dynaz.Dia tergamam dan tidak bisa untuk terus melangkah lagi.Tiba-tiba sahaja Dennis di tepinya memaut erat lengan miliknya.

“Relax ok..mama and papa yang rancangkan semua ini,don’t show your feeling too obvious, it will give a bad effect to you.”Dennis bersuara tenang sambil melihat ke wajah Dynaz.Lelaki itu kini memulakan langkah untuk ke jeti tersebut.Lengan Dynaz yang dipaut erat oleh Dennis membuatkan wanita itu kini terpaksa mengikut rentak langkah yang diaturkan suaminya itu.Kenapa?Kenapa dia seorang sahaja yang tidak tahu akan rancangan ini?Ya Allah..bagaimana harus ku tempuh tempuh percutian selama seminggu ini?Dynaz mengetapkan bibirnya.Jiwanya ketika ini dilanda keresahan.


Sesampainya di mansion kepunyaan keluarga Dennis di Pulau Jeju itu,Dynaz terus mengurungkan dirinya di dalam bilik tidur yang dikhaskan untuk dia dan Dennis itu.Kecantikkan dan keindahan bilik tersebut nyata gagal untuk mententeramkan jiwanya yang bercelaru kini.Sudah hampir tiga jam dia mengurungkan diri di dalam bilik tersebut.Mabuk laut! Itulah alasan yang diberikannya kepada yang lain supaya dia dapat mengasingkan diri seperti ini.Dynaz kini bersandar lemah di kerusi rehat bertilam empuk yang berbentuk bulat itu.Dia teringatkan kejadian di atas feri tadi yang memerlukan dirinya duduk disebelah Hariz sepanjang perjalanan ke Pulau Jeju itu..

“After you,honey.”Dennis bersuara lembut kepada Dynaz mempelawakan tempat duduk untuk diduduki Dynaz terlebih dahulu.Gayanya sungguh gentleman sekali,seakan menyayangi wanita itu sehinggakan memberi keutamaan kepada wanita itu.Senyuman lebar dari Pn.Chae Rin terpamer indah melihat kelakuan anak lelakinya itu.Tetapi tidak bagi Dynaz,senyuman di bibirnya semakin kelat apabila Dennis memberikan tempat duduk itu kepadanya.Mana tidaknya,kini dia terpaksa duduk disebelah insan yang bisa membuatkan jiwa dan perasaannya menjadi kucar kacir.

Wajah Hariz kelihatan tenang duduk disamping Dynaz.Tiada sebarang raut yang kelihatan mencurigakan dipamerkan oleh lelaki tersebut.Seolah-olah kehadiran Dynaz di sampingnya langsung tidak memberi apa-apa kesan terhadap perasaannya.Lain pula pada Dynaz saat ini,wanita itu hampir kaku berada begitu hampir dengan seorang lelaki bernama Hariz itu.

Sungguh jiwa Dynaz kini berdebar kuat.Marah?Benci?Gementar?dia tidak dapat merungkaikan perasaannya ketika ini.Apa yang diketahuinya,dirinya berasa begitu terganggu dengan kehadiran dua insan yang amat mencengkam hati dan sanubarinya itu.

“Mama dan papa yang ajak Hariz dan Fasha untuk join kita sekali..tentu percutian kita lebih ceria kan?”kata-kata Puan Chae Rin begitu ceria sekali.Wajahnya yang girang jelas di pandangan Dynaz membuatkan wanita itu terpaksa untuk memberikan segaris senyuman bagi melindungi segala keresahan yang melanda jiwanya kini.

“Lagipun..nanti Dynaz kan boleh berkawan dengan Fasha dengan lebih rapat lagi.”tambah mamanya lagi sambil mengusap lembut tangan milik Fasha.Wajah jelita Fasha semakin berseri apabila dia memberikan senyuman yang begitu manis buat Dynaz yang kini melihat ke arahnya dengan pandangan yang hanya bisa difahami olehnya itu.Hariz hanya tersenyum tenang tiada kata-kata yang keluar dari bibirnya yang merah itu.Dynaz menarik nafas dalam..sungguh dirinya menyampah melihat lakonan yang dimainkan Fasha di hadapan semua orang di situ.Mamanya pula kini asyik memuji-muji wanita itu seolah-olah hanya Fasha yang wujud disitu tiada siapa lagi yang mampu menandingi wanita plastik itu.

Segala perbualan mamanya kini tidak diendahkannya.Dibiarkan suara mamanya itu dibawa bayu laut, pergi menjauhi dirinya yang kini seolah-olah dilanda taufan itu.Dynaz malas untuk terus mendengar,malah melihat wajah Fasha sahaja membuatkan dia berasa cukup mual.

Jauh Dynaz membuang pandangannya ke laut biru yang terbentang luas..kehangatan tubuh Hariz dapat dirasainya kini, walaupun lelaki itu hanya berada disebelahnya,dan sekali lagi jantungnya itu berdebar kuat…..

“Ini semua memang rancangan abang kan?”hatinya panas tidak terkira,nada suaranya cuba dikawal supaya tidak meninggi namun riak wajahnya jelas terpamer perasaanya yang jelas dilanda badai.Pandangannya kini tepat menikam wajah kacak suaminya itu.Setibanya dia di dalam bilik tidur yang indah itu,dirinya tidak dapat menahan lagi segala kecelaruan perasaannya yang dialaminya sepanjang perjalanan di dalam feri ke pulau ini.Api kemarahannya terasa berada di puncak kini dan bila-bila sahaja dia mampu meletup mengeluarkan segala kemarahan di dalam dirinya itu.

“What? Ini semua rancangan mama dan papa.I don’t know anything bout this..”Dennis berkata selamba,dia memasukkan bagasinya hitamnya di dalam sebuah almari besar yang berpintu empat itu.Pandangannya langsung tidak dijatuhkan pada Dynaz sebaliknya dia kini sibuk mengeluarkan pakaian dari bagasinya itu.

“Abang suka sangatlah..bila semua ini berlaku kan?”kata-kata Dynaz kini sinis sekali ditujukan buat Dennis.Dia masih lagi terpacak di pintu bilik mereka,langsung tidak bergerak.Bagasinya pula masih lagi berada di hujung katil yang bersaiz king itu.Tiada terlintas langsung niatnya untuk terus mengemas pakainnya itu.Ketika ini apa yang diingininya ialah dirinya dapat melarikan diri dari menyertai percutian keluarga yang diklasifikasikan sebagai ‘indah’ oleh mama dan papanya itu.

“Kenapa Naz tak tahu semua ini?Memang abang nak sangat benda ni terjadi kan..Naz tahu sangatlah..Melampau..abang memang melampau.”naik turun nafas Dynaz menahan perasaan amarahnya ketika ini.Dia tidak tahu mengapa dirinya begitu lancar berbicara sebegitu rupa kepada insan yang sangat digeruninya itu.Apa yang terlintas di hatinya kini adalah kemarahannya!Amarahnya! dan juga perasaan sakit hatinya!Seolah-olah dirinya ini hanya sebuah boneka yang sentiasa ditetapkan supaya bersetuju sahaja dengan segala perancangan yang ditentukan oleh keluarga lelaki tersebut.

Dennis kini menghentikan kerjanya mengemas pakaiannya.Kata-kata Dynaz itu tadi sungguh mematikan mood baiknya pada hari ini.Dia berasa sakit hati dengan kata-kata wanita itu yang langsung tidak sedar akan had dan batasan apabila bersuara dengannya itu.Perempuan ni memang melebih!Aku baik,dia mula nak naik tocang.Nasib baik aku perlu berbaik dengan kau saja..Kalau tak…

Dennis kini menarik nafas dalam.Dia cuba untuk mengawal perasaan berangnya,sememangnya menjadi kebiasaan bagi dirinya menjadi begitu panas dan diamuk amarah apabila Dynaz, isterinya itu mula melawan kata-kata darinya.Perasaan ego dan sifat diktatornya kini terasa seolah-olah dipersendakan oleh wanita tersebut.

Tetapi disabarkan juga dirinya untuk mendiamkan diri.Nafas yang begitu berat dihembus halus oleh Dennis dan dia kembali menyambung mengatur pakaiannya di dalam almari yang besar itu.

Dynaz mengetap bibirnya.Hatinya sakit melihat kelakuan Dennis yang langsung tidak mempedulikan kata-katanya sebentar tadi.Nafasnya kini semakin menggila menanggung amarah yang menggunung di dalam dirinya.Masakan lelaki itu langsung tidak mempedulikan perasaan dan kemarahan dirinya ini!Melampau!Semua ini memang MELAMPAU!

“Kenapa abang diam saja! Abang memang suka kan lihat Naz menderita! Memang menjadi kemegahan abang kan bila lihat Naz menderita kan?!”Dynaz kini tidak mampu lagi untuk menahan perasaan marahnya yang menggila itu.Kata-kata yang diucapkannya tidak dibendung lagi olehnya.Mana bisa dia bertahan untuk menghabiskan masa bersama-sama pasangan yang sangat membuatkan jiwanya berantakkan itu.Dia tidak sanggup! dan sungguh dia tidak mampu!Kini suaminya itu pula hanya tidak mempedulikan perasaannya itu!Kemarahannya kini terserlah.

That’s it!Semakin aku beri muka,semakin naik kepala perempuan ni!Dennis menutupkan pintu almarinya kuat sekali.Dia berang apabila mendengar kata-kata Dynaz yang kini berani meninggikan suaranya kepada dirinya itu.Jelas sekali kelihatan wajah Dennis yang serius dan bengang dengan kemelampauan Dynaz itu.Tanpa membuang masa terus sahaja dia mengaturkan langkahnya kearah wanita tersebut.Mata mereka kini bersabung.Dynaz kini dengan perasaan amarahnya dan Dennis dikuasai perasaan berangnya.

“You better watch out with what you said! Kenapa harus rasa derita kalau kau sendiri mengaku sudah tiada apa-apa perasaan pada jantan tu! Face it the truth girl, that your heart still belong to him!Don’t blame to me for all the things that obviously you can handle it.”tegas dan keras sekali nada Dennis bersuara.Pandanganya ditajamkan menikam ke sepasang mata bundar milik Dynaz.Wajah Dennis kelihatan tegang dan serius sekali menahan segala amukan perasaan amarahnya itu.Mahu sahaja dia menghukum sadis wanita dihadapannya ini tetapi ditahan perasaannya itu supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan diantara mereka berdua.Kini tanpa membuang masa, terus sahaja Dennis meninggalkan Dynaz seorang diri di situ.Daun pintu dibukanya keras dan dirinya keluar dari bilik tidur yang serba indah itu.

BANG!!kuat sekali bunyi daun pintu dihempas Dennis membuatkan Dynaz terpana dan kelu untuk berkata-kata.Dia tergamam melihat kemarahan dan kebencian yang terpancar pada wajah kacak suaminya itu.Anak mata lelaki tersebut yang mencerlung kearah sepasang matanya tadi masih lagi berlingkar-lingkar di pandangannya.Dia kini terduduk di atas katil yang empuk di sisinya itu.Betapa dia berasa tergamam dan tersentak dengan segala yang terjadi.Salahkah dirinya untuk meluahkan perasaan marahnya?Dadanya kini terasa sesak..secepat kilat air matanya memenuhi kolam matanya dan seperti kebiasaannya ia gugur menodai pipi gebunya itu.

Dynaz masih di situ.Dia selesa berada di sofa berbentuk bulat itu.Bersandar di sofa yang empuk itu sekurang-kurangnya mampu mengubati hatinya yang lara ketika ini.Raut wajah Dennis yang kemarahan masih lagi bermain di matanya kini.Sudah lama dia tidak melihat wajah itu mempamerkan raut yang sebegitu.Adakah aku yang bersalah?Dynaz kini berkata-kata kecil di dalam hatinya.Lelaki tersebut sudah berusaha untuk berbaik dengannya,mengapa dia begitu bodoh untuk membangkitkan semula kemarahan di dalam diri suaminya itu.Dynaz kini menarik nafas dalam..kepalanya pusing..

“Kenapa harus rasa derita kalau kau sendiri mengaku sudah tiada apa-apa perasaan pada jantan tu!” kata-kata Dennis sebentar tadi, kini berlegar-legar di dalam kotak pemikiran Dynaz.Hariz…mengapa dirinya berasa derita dengan kemunculan lelaki tersebut?Mengapa?Jika aku sudah tiada perasaan lagi padanya mengapa hati ini begitu sakit tiap kali melihat lelaki itu bersama Fasha..mengapa?

Dynaz memejamkan matanya rapat sekali,dia cuba untuk menenangkan perasaan gundahnya ketika ini.Namun seperti kebiasaan dia gagal untuk mententeramkan hatinya itu.Sememangnya begitulah dirinya apabila ketemu dengan lelaki yang pernah menawan hatinya itu.Tiap kali dia pasti gagal, pasti kecundang untuk membendung perasaannya hatinya itu daripada terus menderita apabila bertemu insan itu.Dirinya bisa gila..bisa tidak keruan apabila berhadapan dengan pasangan itu.

Hariz…Abang Hariz…


“We’re not going join it.”tegas dan jelas sekali keputusan yang dibuat Hariz.Dia tidak akan setuju dengan percutian keluarga yang dirancang oleh En.Amir dan isterinya itu.Keputusannya tetap dan muktamad.Khabar yang dibawa Fasha itu langsung tidak menyenangkan hatinya.Percutian keluarga? Mengapa mahu libatkan mereka sekali?

Ala..bang, Pn.Chae Rin dan En.Amir sudah anggap kita macam keluarga mereka.Tak baiklah kalau nak tolak..” Seakan mengerti perasaan suaminya itu, Fasha bersuara lembut cuba untuk memujuk suaminya.Hariz tidak bersuara,dia kembali menyambung menjamah hidangan pada malam tersebut.Chopstik ditangannya digunakan dengan begitu mahir sekali menyepit makanan dan menyuap ke dalam mulutnya.Tiada sebarang kata-kata balas darinya cuma sepi menyelubungi suasana di meja makan itu.

Fasha mengerti kelakuan Hariz,lelaki itu sememangnya hanya akan mendiamkan diri bagi menunjukkan tiada lagi kompromi dari pihak lelaki tersebut.Sakit hati Fasha semakin bertambah.Mengapa Hariz perlu menolak mentah-mentah niat baik keluarga En.Amir itu? Huh..ini mesti kerana perempuan sialan tu.Fasha mengeluh di dalam hatinya.Semakin Hariz keras menolak pelawaan ini semakin jelas terserlah betapa Hariz

begitu mempedulikan wanita itu.Hati Fasha kini terasa pedih sekali,bukan kerana kerugian dirinya yang tidak dapat menyertai percutian itu tetapi hakikat bahawa Hariz yang masih mempedulikan wanita yang bernama Dynaz itu.

“Abang tak nak pergi sebab ada Dynaz kan?”Fasha kini bersuara sinis,nadanya rendah tetapi penuh dengan perasaannya yang kini dilanda cemburu.Suapan Hariz terhenti kini,wajahnya serius memandang ke wajah Fasha yang kini memandang penuh bererti kearahnya. Mengapa isterinya itu harus membangkitkan persoalan seperti ini?

“Tiada kena mengena dengan sesiapa pun..that’s my decision.Final.”suara Hariz tenang sekali, dia cuba mengawal perasaan yang agak terganggu setelah nama wanita yang sering bertandang di dalam fikirannya itu disebut oleh isterinya sebentar tadi.Hariz kini menyambung kembali makannya.

“Huh..tiada kena mengena dengan sesiapa..abang,macamlah Sha ni tak sedar perubahan raut wajah abang bila Sha sebut nama Dynaz tadi.Abang masih cintakan dia kan?”nada Fasha kini semakin mendesak.Betapa terserlah di wajah Hariz perasaan lelaki tersebut terhadap wanita yang bernama Dynaz itu.Mengapa perlu dielakkan jika wajah kacak lelaki tersebut jelas menceritakan segala perasaanya lelaki itu ketika ini.

“Please continue your dinner..i love you,that’s the only feeling I have now.”Hariz menjawab tenang tanpa melihat kearah isterinya.

“So prove it to me.”kata-kata Fasha tajam sekali ditujukan kepada lelaki yang duduk bertentangan dengan dirinya itu.Hariz terpana,wajahnya kini diangkat melihat terus ke wajah isterinya.

“Prove it to me with accept that invitation.”nada yang dituturkan Fasha rendah sekali tetapi penuh dengan ketegasan yang meluahkan perasaanya ketika itu.

Hariz meneguk cermat koktel buah-buahan dari gelas yang berada dalam pegangannya.Suasana di club tersebut tidak ubah seperti berada di Hawai, dengan keadaan club yang seperti sebuah rumah besar yang dihias indah ala café-café di Hawai tanpa berdinding di perkarangan pantai sungguh menghidupkan lagi suasana pada malam tersebut.Di dalam kawasan club kelibat manusia menari-nari ceria sambil mengikut rentak meriah yang dimainkan oleh DJ di club tersebut.Kawasan pantai pula dipenuhi dengan orang-orang yang lebih gemar menyaksikan panorama malam di kawasan laut yang indah itu.Hariz hanya melihat suasana yang begitu meriah itu,hatinya kosong tiada keceriaan.Kejadian dingin yang berlaku diantara dia dan Fasha terimbas di pandangannya.Betapa wanita itu tegas dengan kata-katanya supaya suaminya itu membuktikan segala perakuan yang dilafazkan lelaki tersebut.Hariz menghela nafas berat,kini dia sudah pun berada bersama-sama keluarga En.Amir menyertai percutian keluarga tersebut.Satu-satunya sebab dia di sini untuk membuktikan pada Fasha tentang segala perakuan yang dilafaz dirinya sebelum ini.Perakuan bahawa cuma wanita itu yang dicintainya dan perakuan bahawa dirinya sudah tiada apa-apa perasaan lagi buat wanita yang bernama Dynaz.

Dynaz..Hahhh..kehadiran wanita itu benar-benar menganggu fikirannya.Sungguh dia tidak dapat menafikan hakikat itu, sepanjang hari dia asyik memikirkan reaksi wanita itu terhadap dia dan Fasha kerana menyertai percutian ini.

Dynaz mengurungkan dirinya sepanjang hari dengan alasan yang langsung tidak masuk dek akal fikirannya.Mabuk Laut?Hariz amat mengenali Dynaz,wanita itu dan laut umpama sahabat yang tidak boleh dipisahkan.Dahulu hampir setiap hari Dynaz akan merengek padanya untuk dibawa berjalan dengan bot kepunyaan kelurganya ke tengah laut dan tiap kali itulah dirinya akan memenuhi segala kemahuan gadis yang disayanginya itu.

Jadi apa sebenarnya tujuan Dynaz berbohong sedemikian rupa?Adakah wanita tersebut turut merasai perasaan seperti yang dirasai olehnya ketika ini?Sesak..jiwanya kini begitu sesak dengan segala kejadian yang berlaku ini.Jari-jari pada tangan kirinya kini memicit-micit lembut bahagian dahinya.Terasa berat sekali kepalanya terasa ketika ini.

“Enjoy the party?”tiba-tiba suara En.Amir menyapa ke pendengaran Hariz.Sebelum ini dia cuma mendengar muzik dan nyayian meriah yang datangnya dari lensa tarian club tersebut.

“Oh..En.Amir,sorry tak perasan tadi..Yup, I enjoy the party.”jawapan yang ternyata hanya direka-reka Hariz itu sekurang-kurangnya dapat menambahkan keceriaan pada wajah En.Amir kini yang berada di sampingnya itu.

“Mana yang lain?”Hariz menyoal cuba untuk berlakon ceria.Semenjak tadi dia hanya mengasingkan diri cuba untuk menenangkan perasaanya yang kacau bilau sepanjang hari ini.

“Orang perempuan dengan kumpulan sendiri…and Dennis..i don’t know where is he goes..hahaha..’’girang sekali suara En.Amir menyapa ke telinga Hariz membuatkan lelaki itu tersenyum manis.

“Hahhh..rasa gembira sekali dapat menghabiskan masa dengan bercuti seperti ini.”En.Amir melepaskan segala rasa puas hatinya dengan percutian yang dirancang oleh dirinya dan isterinya itu.Hariz hanya tersenyum sambil membetulkan juraian rambut di dahinya yang asyik ditiup bayu laut itu.

“Saya dan isteri dah menganggap kamu dan Fasha sebagai ahli keluarga sendiri, malah Chae Rin begitu rapat sekali dengan Fasha..Hariz,kamu tahu isteri saya tu hinggakan teringin melahirkan seorang anak perempuan seperti Fasha..ha.haha..”En.Amir bebicara rancak sambil memeluk bahu Hariz yang berada di sampingnya.Hariz tersenyum,dia senang dengan sikap En.Amir yang begitu mesra itu.

“She’s so lovely you know, your wife is so charming.”En.Amir meneguk sekali minuman dari gelas yang dipegangnya setelah dia bebicara memuji Fasha,senyuman di bibirnya menunjukkan keikhlasan pada kata-kata yang dituturkannya.

“Ya..she’s lovely..”Hariz bernada rendah sambil mengangguk kepalanya sekali.Senyuman di bibirnya masih terpancar pada wajah kacaknya itu.Namun hatinya kini kosong..bukan wanita itu yang berada di dalam fikirannya kini..sebaliknya hatinya ini dilanda keresahan terperangkap pada masa lampau yang sering disesalinya itu.

Dynaz memeluk tubuhnya yang ditiup bayu laut,pandangannya jauh dijatuhkan pada laut hijau yang terbentang luas di hadapan matanya itu.Ombaknya kecil,airnya kelihatan tenang,dan suasananya begitu nyaman sekali.Hahhh…Dynaz mengeluh di situ.Mengapa dia tidak merasai kedamaian itu?Mengapa suasana yang meriah pada malam ini langsung tidak menceriakan hatinya ini?Mengapa?Mengapa?

“Abang…mari sini.Lihat ni, Naz dapat banyak siput ni.”Dynaz menjerit ceria sambil melambai-lambai kearah Hariz yang leka membaca sebuah buku di sebatang kayu mati di pesisiran pantai tersebut.Menyedari namanya dipanggil, Hariz tersenyum mesra pada wanita itu.Dia meletakkan bukunya di situ dan bagun mengatur langkah menuju kearah Dynaz yang kini begitu tekun mengali tanah mencari siput remis di pantai tersebut.Air laut yang berombak kecil pada petang itu membasahi diri Dynaz yang duduk bersila di situ.Hariz tersenyum manis melihat gelagat Dynaz yang begitu bersungguh-sungguh mendapatkan siput kecil itu.

“Mana siput tu?Abang nak tengok..”Hariz bercangkung di hadapan Dynaz.Dia berpakaian santai dengan sepasang T-shirt yang berwarna hitam dan sepasang seluar khakis separas lututnya.Dynaz tersenyum ceria melihat Hariz dihadapannya.Lelaki itu kelihatan begitu kacak sekali apabila bayu laut bertiup kuat menghembus rambutnya yang kelihatan agak messy itu.

“Abang ni kena pakai cekak rambut tau..macam Naz ni..taklah rambut tu asyik kena tiup angin aja..hehehe..”Dynaz bernada riang sambil dia menunjukkan siput-siput yang ditangkapnya pada Hariz.Wajah Dynaz dipancar sinaran mentari petang itu kelihatan begitu comel sekali membuatkan Hariz senang menatap wajah indah itu.

“Abang tu..asyik baca buku aje..memanglah ada peperiksaan,tapi Naz pun ada juga.Tengok Naz boleh rileks aja..siap tangkap siput lagi.”Dynaz berkata-kata sambil mencebikkan bibirnya kepada Hariz.Sengaja dia mengajak Hariz datang bersiar-siar ke pantai petang ini,bukan dia tidak tahu lelaki itu sibuk menyiapkan diri dengan peperiksaan akhir tahun tetapi sememangnya tabiat dirinya yang gemar menyusahkan lelaki tersebut.Apa yang membuatkan dirinya begitu bahagia sekali adalah apabila lelaki itu sering mengikuti segala ajakannya itu.Hariz tidak pernah mengecewakannya..Abang Hariz sayangkan aku..dia cintakan aku..Senyuman Dynaz ceria sekali melihat Hariz yang kini tersenyum mesra di hadapannya itu.Terasa bahagia sekali berada di samping lelaki tersebut.Terasa indah sekali merasai detik-detik berduaan seperti itu bersama lelaki pertama yang berjaya menawan hati dan perasaannya itu.

“Naz nak buat apa dengan siput ni?”Hariz menghampiri Dynaz,siput yang berada di dalam bekas itu diambilnya dan dibeleknya.Dynaz tertawa riang.Masakan lelaki tersebut tidak tahu tujuan mengapa orang ramai mencari siput?

“Tentulah nak masak dan makan.Sedap tau.”suara Dynaz ceria.Senyuman di bibirnya terpancar manis sekali.Tangannya kini ingin mengambil kembali bekas yang dipegang Hariz itu.Tetapi tiba-tiba sahaja Hariz mengangkat tinggi bekas yang berisi siput itu.Tangan Dynaz terhenti mencapai bekas di dalam pegangan Hariz itu.Dynaz dapat merasakan sesuatu kini.Senyuman nakal pada bibir sempurna Hariz dapat dibacanya kini.

“Sedap?So..Siput ni abang consider sebagai abang punyalah..kalau Naz nak,cari yang lain ye..”Hariz kini bangun dari bercangkung di hadapan Dynaz.Dia kini berkira untuk mengatur langkahnya pergi dari Dynaz.Senyuman nakal dibibirnya mekar mempermainkan Dynaz.

Woiii..orang yang penat cari dia pula yang ambil kesempatan..Tak boleh jadi nih!Tak akan kuserahkan siput berharga aku itu.Tidak!

Dynaz kini berlari mendapatkan Hariz yang juga berlari sambil menunjukkan siput di dalam bekas yang berada di dalam gengamannya itu kepada Dynaz.Wajahnya ceria mempermainkan wanita itu.Dynaz berlari sekuat hatinya mengejar Hariz dihadapanya yang kini tertawa riang mempermainkan dirinya itu.

“Siaplah abang kalau Naz dapat nanti.”Dynaz menjerit kuat sambil terus berlari mengejar Hariz di sepanjang pesisiran pantai itu.Tawa riang,senda gurauan menyapa pendengarannya,sungguh bahagia sekali.Hatinya berbunga riang kala ini,seperti dunia ini penuh dengan keceriaan apabila dia bersama Hariz.Senyuman di bibirnya girang sekali seperti tiada apa di dunia ini yang mampu membahagiakan dirinya selain kehadiran seorang insan yang bernama Hariz itu.Bahagia..Ya,perasaan itu dapat dirasainya ketika itu..

Bahagia..Mengenangkan kembali peristiwa manis dahulu,diri Dynaz mampu berasa bahagia.Terasa seperti baru semalam dia berlari-lari bermain bersama Hariz di persisiran pantai yang banyak menyimpan memori indah diantara mereka berdua itu.Kehangatan kasih sayang yang dirasainya,kekacakkan wajah Hariz yang menawan hatinya, dan keceriaan suasana yang menyelubungi mereka berdua itu terasa amat dirinduinya kini.

Tetapi..segalanya berakhir..berakhir..dan tidak mampu lagi untuknya mengulangi segala memori-memori indah itu.Kolam matanya terasa hangat.Sungguh dia merindui detik-detik indah itu,sungguh dia begitu mendambakan hari-hari ceria itu dan sungguh dia ingin merasai kembali setiap saat berada di dalam suasana yang membahagiakan itu.Hariz…Abang Hariz….

Dynaz tidak mampu untuk terus berasa di situ lagi,segala memori-memori silamnya terasa seakan mengamit-gamit kearahnya kini.Pedih..terasa pedih sekali…

Dynaz mengesat air matanya yang berguguran membasahi pipinya itu.Dia mengatur langkah untuk meninggalkan tempat itu.

Tetapi tiba-tiba langkahnya terhenti.Sesusuk tubuh yang berdiri di hadapannya membantutkan langkahnya.Secepat kilat Dynaz mengesat kering air matanya yang mencemari pipi gebunya itu.

“Huh..teringatkan kisah silam?”sinis sekali teguran yang lahir dari seulas bibir yang merah bak delima kepunyaan wanita di hadapannya itu.Pandangan wanita itu menikam tajam kearah Dynaz.

“Kau sibuk apa?Hal aku tak ada kena mengena langsung dengan kau.”Dynaz kini membalas dingin bicara Fasha,dia kini mengatur langkah berniat untuk meninggalkan wanita itu di situ.Hatinya sudah cukup pedih untuk terus melayan wanita yang menyakitkan hati itu.Dynaz berjalan tanpa melihat kearah Fasha.Pandangan Fasha melihat tajam Dynaz yang berjalan melepasi dirinya itu,dia belum puas untuk menyakiti wanita itu.Hatinya masih sakit melihat reaksi Dynaz yang tidak menghiraukan kewujudan dirinya itu.

“Dynaz..aku hidup begitu bahagia dengan abang Hariz..dan dia cintakan aku..jangan kau berangan yang kau boleh rampas dia dari aku.”Fasha bersuara tinggi ketika Dynaz melintasi dirinya itu.Hatinya tersenyum kemenangan apabila melihat Dynaz yang terhenti langkahnya apabila mendengar bicara dari bibirnya itu.

Dynaz kini mengetapkan bibirnya.Apa maksud wanita itu membangkitkan bicara yang sedemikian rupa?Mahu berperang? dengan sengaja mengapi-apikan dirinya.Memang dasar nak cari fasal betul la minah ni!

“Dynaz..for your information...sekarang ini aku lebih bahagia dari tu..kerana kedua-dua mertua kau sangat menyanyangi aku..hahaha..kau tak rasa pelik ke,mengapa mama kau tu asyik menghabiskan masanya dengan aku? Itu bermakna yang kau ni membosankan..hahaha..”sinis dan pedih sekali kata-kata yang dikeluarkan Fasha membuatkan diri Dynaz kini seakan dilanda badai taufan yang tidak terhingga.Dynaz kini berjalan mendekati Fasha yang kini merenung sinis sambil tersenyum puas kearahnya itu.

“Hei,betina!Kau ni memang tak pandai nak jaga mulut bangkai kau tu kan?”dihadapan wajah Fasha kini Dynaz bersuara keras.Walaupun nadanya rendah tetapi penuh dengan kebencian yang menyelubungi hatinya kala ini.Fasha tersenyum penuh sinis.Matanya dibiarkan berlawan dengan pandangan Dynaz yang tajam itu.

“Ishk..ishk..ishk..Dynaz..Dynaz..aku ingat selepas kau jadi isteri orang kaya ni,perangai kau tu akan berubah..tetapi sebenarnya sama aja..kau masih Dynaz yang dulu.Dynaz yang tiada sopan santunnya di dalam berbicara..Jaga tutur bicara tu sayang,barulah nampak macam isteri orang-orang korporat”Fasha masih lagi mahu menyakiti hati wanita dihadapannya itu.Sengaja dia mengapi-apikan wanita tersebut.Dia suka melihat raut wajah Dynaz yang menahan kemarahan itu,ketika itu terasa seolah-olah kemenangan berada di pihaknya.

“Aku peduli apa!Bukan aku suka pun jadi isteri korporat!Lainlah perempuan kebulur harta macam kau tu.”Dynaz menyerang balas kata-kata pedih dari Fasha.Mahu sahaja ketika ini dia memberikan penangan buku limanya itu kepada wajah Fasha yang kini tersenyum seolah-olah mengejek kata-katanya itu.

“Hahaha..it’s up to you, dear..apa yang penting, akhirnya perempuan kebulur harta inilah yang menang dalam pertandingan ini.Aku tak kisah kau nak gelar aku apa-apa pun..yang penting lelaki yang menjadi taruhan kita dahulu sudah menjadi milik aku.Hariz sekarang milik aku,bukan kau.”Fasha melepaskan tawa yang begitu menyakitkan hati Dynaz.Melihat wajah wanita itu sahaja membuatkan amukan amarah Dynaz kini begitu menggunung.Kedua-dua tangannya kini digengam rapat menahan perasaan jiwanya yang begitu menggila itu.

“Dan lagi satu..janganlah kau nak berangan untuk mendapatkan abang Hariz kembali..kerana kau memang tak mampu pun untuk menandingi aku.Perempuan kampung macam kau ni hanya mampu untuk menjadi sebagai pelepas kebosanan saja.”Fasha mendekatkan wajahnya rapat ke wajah Dynaz apabila menuturkan kata-kata yang begitu menyakitkan hati Dynaz itu.

“Kurang ajar kau perempuan!”Dynaz tidak mampu untuk terus menahan perasaanya lagi,kini kedua-dua tangannya mencengkam kuat kolar baju yang yang dipakai Fasha.Mahu sahaja sekarang ini dia menampar kuat wajah jelita itu.

“Nak pukul aku?Huh..pukul lah.Kita lihat nanti siapa lagi yang akan tinggalkan kau selepas kau memukul aku.Pukul lah.”Fasha bersuara agak tersekat-sekat kerana nafasnya yang diaturnya kini agak terganggu diakibatkan cengkaman kejap Dynaz pada kolar bajunya itu.Tetapi dia masih lagi mampu memberikan senyumannya yang sinis buat Dynaz yang diselubungi dengan api kemarahan itu.

Naik turun dada Dynaz mengaturkan nafasnya yang menggila itu.Dia kini menolak kuat tubuh Fasha menjauhi dirinya.Hatinya sakit,jiwanya pedih.Tetapi dia harus bersabar dari meneruskan niatnya yang ingin membelasahi wanita plastik itu.Dengan perasaan yang penuh dengan kemarahan itu,dia kini mengatur langkahnya untuk meninggalkan wanita yang sememangnya amat menyakiti jiwanya itu.

Fasha tersenyum kemenangan.Dia membetulkan bajunya sambil tidak henti-henti mempamerkan senyuman kemegahan di atas kemenangannya itu.

“Dynaz..percayalah kau tak mungkin dapat menandingi aku.Hariz sudah menjadi milik aku.Itu memang sudah menjadi suratan..antara kau dan aku pemegang watak utamanya adalah aku.Face it the truth,honey.”Fasha semakin galak bersuara,tawanya begitu kuat di telinga Dynaz walaupun Dynaz kini sudah jauh meninggalkan wanita sialan itu.Argh!!!!Sungguh menyakitkan hati!


“Kurang ajar punya perempuan!Dia ingat dia tu bagus sangat ke?!Hati aku sakit!Jiwa aku menyampah dengan peragai murahan perempuan tu!Kurang ajar!memang Melampau!”Dynaz menjerit-jerit kuat sambil berjalan menuju ke bilik tidurnya.Hatinya begitu sakit sehinggakan dia meninggalkan parti pada malam tersebut dengan pulang ke mansion dihantar pemandu keluarga mereka.Sesampainya dia di mansion yang sunyi itu,tidak henti-henti dia menyumpah seranah wanita yang sangat membuatkan jiwanya terbakar itu.Pintu biliknya dibuka keras.

BANG!!!Kuat sekali dia menghempas pintu itu.Nasib baiklah pintu itu diperbuat oleh kayu jati yang mahal kalau tidak sudah tentu berderai habis, tiada berbentuk pintu lagi.

Di dalam bilik yang indah dan luas itu Dynaz berjalan mundar-mandir seperti tidak keruan sahaja jiwanya kala itu.Wajahnya yang bengang dan berang itu menunjukkan betapa hatinya kini benar-benar terganggu dengan kata-kata sinis dari bibir wanita yang bernama Fasha itu.

“Haram!Memang sial betul kau perempuan plastik!Kau ingat semua orang boleh tertipu dengan lakonan ala bidadari kau tu.Aku tak dapat menandingi kau?Siapa kata!Aku akan buktikan..aku akan buktikan..yang kau sebenarnya hanya watak menempel sahaja di dalam cerita ini.Aku akan buktikan!!”Dynaz kini menjerit kuat.Nadanya yang penuh kemarahan itu tidak dapat ditahan lagi olehnya.Hampir bergegar bilik luas itu akibat dari jeritan sakit hati Dynaz yang menggila itu.Sudah sampai ke tahap limit! Fasha harus menerima hukuman terhadap segala penipuan yang dilakukan oleh wanita itu.

“Tunggulah..tunggulah..balasan dendam dari aku..Fasha si Primadona Kampung Indah Berseri!”kata-kata Dynaz penuh dengan nada yang jelik buat wanita itu.Dia tersenyum puas kini.Puas dengan kata-kata hikmah yang diucapkannya itu.Dia kini menarik nafas dalam.Dadanya yang berombak kencang sebentar tadi itu, kelihatan turun naik mengatur kembali pernafasannya yang seperti gelora di lautan itu.

“Kata-kata sahaja tak mencukupi kalau kau tak buktikan.”tiba-tiba sahaja suara seorang lelaki menyapa ke pendengaran Dynaz.Dynaz tergamam.Sungguh dia mengenali siapakah gerangan pemilik suara serak tersebut.Dengan spontan Dynaz memusingkan badannya melihat kearah katil empuk yang besar di ruang tengah bilik yang luas tersebut.Di situ..di hadapan matanya kelihatan kelibat Dennis yang kini bangun dari pembaringannya di atas tilam yang empuk bergebar ungu muda satin itu.Dynaz terpana,sungguh dia tergamam melihat Dennis yang selamba bangun dari pembaringan dan kini melihat tepat kearahnya.

Ya Tuhanku..dia dengar ke segala celoteh panas aku sebentar tadi?Mata Dynaz membulat,dirinya terasa kaget..begitu perit sekali air liur yang cuba ditelannya.Matanya yang membulat itu tidak lepas memandang kearah Dennis.

“Hahhh..aku tak sangka suara kau bising juga sampai mampu menganggu kententeraman aku.”Dennis kini menguap kecil,di wajahnya jelas kelihatan rautnya yang baru terjaga dari lena yang panjang.

Aku ganggu dia tidur ke?Dynaz kini berkata-kata risau di dalam hatinya.Peluh dingin mula membasahi dirinya.Sepatutnya ketika ini dia masih lagi dikuasai kemarahanya itu tetapi apabila menyedari kehadiran Dennis tiba-tiba sahaja dirinya diselubungi perasaan gementar.

“Abang..abang..dengar..segala yang Naz cakap..sebentar tadi?”tergagap-gagap Dynaz mengatur kata-katanya.Terasa seperti tersekat dikerongkongnya,dia menelan liurnya berkali-kali.Tuhanku..hindarilah dia dari mendengar kata-kata sekerat otakku sebentar tadi.Dynaz kini berdoa tidak henti di dalam hatinya.

“Kau cukup pandai membebel rupanya..dari luar bilik lagi suara kau tu sudah boleh gegarkan satu mansion ni.”Dennis kini bangun dari duduknya.Wajahnya yang begitu selamba membuatkan Dynaz berada di dalam keresahan.

Shit!Dia dah dengar semuanya..mati aku..kenapa dunia ini begitu kejam terhadap insan yang baik seperti aku ini?Ahhh…memang malu giler.

Dynaz tidak bergerak,dia hanya berdiri kaku di situ.Bibirnya seperti digamkan tidak mampu lagi untuk mengeluarkan kata-kata.Dennis kini menuju kearah pintu utama bilik tersebut.Dynaz hanya memerhati langkah suaminya itu.Dennis memulas tombol pintu tersebut.

“Kalau kau rasa tak puas hati..jangan biarkan diri terus menanggung derita.Cuba tangganinya.Walaupun menggunakan cara kotor kau akan berpuas hati dengan hasilnya..That’s what the life is..”Dennis bersuara begitu tenang ketika tangannya itu masih memegang tombol pintu tersebut.Wajahnya lansung tidak memandang ke Dynaz yang berada dibelakangnya, hanya kata-katanya yang menyapa ke telinga wanita itu.

Dennis membuka pintu bilik dan kini dirinya bersedia untuk meninggalkan wanita tersebut seorang diri di dalam bilik yang besar itu.

“Naz akan dapatkan kembali Hariz.”cepat Dynaz bersuara sebelum Dennis melangkah keluar dari bilik yang nyaman itu.Kata-katanya begitu pantas dan kedengaran nekad sekali membuatkan Dennis yang mengadap pintu yang terbuka luas itu tersenyum begitu manis sekali.Hatinya gembira dan lega mendengar kata-kata Dynaz itu.Senyumannya memekar begitu manis pada wajahnya yang begitu kacak itu.

“Ini betul-betul serius…Naz akan tawan kembali hati Hariz.”nada Dynaz mengendur kini tetapi keyakinan pada bicaranya masih kedengaran begitu bersungguh-sungguh.Dia memandang terus pada sesusuk tubuh tegap suaminya yang membelakanginya itu.Dennis memejamkan matanya bagi menikmati keindahan bicara Dynaz yang menjanjikan kejayaan pada rancangannya itu.Senyuman manis di bibirnya begitu sempurna sekali.Dia kini mengatur langkah meninggalkan Dynaz keseorangan di situ.

3 comments:

Anonymous said...

ahaha..dennis..dennis..demi nk pstikan plan die berjaya..snggup bersabar ngn amukan naz..walaupon die da bengang kne herdik ngn naz..dasat2..

dennis nye plan hmpir berjaya..naz dpt hariz utk jatuhkn fasha je tau..xyahla cinta balik kt hariz..lg suke naz ngn dennis..huhu..best2..

-cheesecake-

keSENGALan teserlah.. said...

wAahaaaaaaaaaa...
gile2...
fasha ni la kan..sekeh laju2 sat g...
denniss,,,skang ko senyom..
sat g ko sedey la pas dynaz tackle hariz..
huhu..
nk dennis ngn naz gak..
smbung2....

whoah. said...

dennis,
jgn let go dynaz utk hafiz or henney.
dennis!

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket