Novella~My LovE 24

Saturday, June 6, 2009

BAB 24


Dennis tersenyum seorang diri pada pagi itu.Hatinya tenang dan berbunga riang sekali.Waktu sebegini sememangnya sesuai bagi dirinya berjemur di bawah mentari pagi bagi menikmati keindahan hari yang begitu indah itu.

Dennis berbaring diatas kerusi yang mengadap terus ke taman yang luas menghijau itu.Dia bersiul-siul kecil sambil menikmati jus buah-buahan yang dihantar oleh pembantu rumah sebentar tadi.Telinganya disumbatkan earphone bagi mendengar lagu-lagu kegemarannya melalui ipod yang berwarna kelabu metallic itu.Senyumannya begitu manis sekali menyerlahkan kekacakkan wajah yang dimiliki olehnya.Kejadian semalam bertandang di pemikirannya kini.Wajah Dynaz yang terkulat-kulat itu berlegar-legar di dalam penglihatannya.Dynaz kelihatan begitu comel sekali apabila dia menyedari segala rungutan sakit hatinya itu didengari oleh Dennis.Dengan sekelip mata wanita itu mampu mengubah perasaannya yang dilanda api kemarahan itu.

Dennis kini memejamkan matanya.Itulah kali pertama dia mendengar bebelan dari bibir kecil milik isterinya itu.Sungguh dia tidak menyangka wanita yang dianggap naïve sedemikian rupa juga mampu untuk mengeluarkan kata-kata yang dikelaskan sebagai ‘panas’ seperti itu.Dennis tersenyum lagi.

“Naz akan dapatkan kembali Hariz”kata-kata Dynaz semalam bermain di kotak fikiran Dennis ketika ini.Semua ini bererti rancangannya menunjukkan jalan yang cerah.Ia juga bererti dia semakin hampir mencapai kemenangan di dalam permainannya ini.Dynaz..Dynaz..mengapa kau mahu melibatkan diri lagi dengan lelaki yang tidak mengerti erti sebuah kesetiaan itu?Kau juga akhirnya yang akan tersiksa di dalam permainan ini..Kini Dennis termenung jauh kearah taman yang luas itu.Tiba-tiba hatinya terasa begitu terusik sekali.Sukar untuk dia memastikan apakah perasaan yang melandanya ketika ini..

Ahhhh..aku sibuk apa dengan wanita itu!Apa yang penting rancangan aku kini hampir berjaya.Ya!Itu yang penting!



“Apa yang aku cakap semalam aku tak maksudkannya kan?”Dynaz kini berkata-kata dengan perlahan pada dirinya.Badannya kini dipusingkan ke sebelah kanannya.Dia masih lagi berbaring di atas katil luas yang empuk di dalam bilik tidurnya itu.Semalamam dia tidak dapat melelapkan matanya dengan sempurna memikirkan kata-kata gila yang diucapkannya semalam kepada Dennis.Lelaki itu juga tidak lagi kelihatan di pandangannya sejak kejadian itu berlaku.Mungkin Dennis tidur di kamar lain..maklumlah mansion ini punyai bilik tidur yang berjumlah lapan buah kesemuanya.Sudah tentu lelaki itu bermalam di salah sebuah bilik yang tidak dihuni oleh sesiapa lagi.Dynaz kini mengigit kecil ibu jari tangannya itu.Fikirannya kini tertumpu pada kata-kata berani mati yang diucapkanya semalam.

“Ini betul-betul serius…Naz akan tawan kembali hati Hariz.”pengakuan daring dari mulutnya yang celupar itu bermain-main difikirannya kini.

Haaishhh…Kenapalah aku cakap ikut selera aku aje semalam?Sakit hati?Mungkin aku tengah bengang dengan Fasha ketika itu.Wajah Dynaz kini berkerut menunjukkan perasaan hatinya yang kucar-kacir itu.Dennis semalam tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap kata-katanya itu.Lelaki itu yang sememangnya membelakanginya ketika itu cuma berlalu pergi begitu sahaja setelah mendengar pengakuannya itu.Apa perasaan lelaki tersebut terhadap kata-kata aku itu?Sokongkah Dennis dengan segala rancangannya itu?Pusing!!Sungguh Dynaz berasa pening memikirkan segala yang terjadi semalam.



Asyik Dynaz memikiri kegundahan hatinya itu,tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan dari luar.Suara Pn.Chae Rin terdengar di luar pintu bilik tersebut memanggil lembut nama miliknya.Aiissh…kenapa pula orang tua ni?Tiba-tiba aje memanggil nama aku pagi-pagi buta ni.Dynaz mengerekot di atas katilnya.Sungguh hatinya sebal memikirkan sikap mamanya itu yang asyik mementingkan Fasha dari dirinya yang sememangnya sah-sah menantu keluarga tersebut.

“Naz sihat,sayang?Mama risau betul bila dengar Dynaz pulang seorang diri semalam.”Pn.Chae Rin yang duduk di sisi Dynaz membelai lembut rambut milik Dynaz yang kini duduk bersimpuh di atas katilnya disamping mamanya itu.

“Naz balik dengan En.Jang,pemandu keluarga kita tu..bukannya balik seorang diri la mama..”Dynaz bersuara lembut,dia cuba menyembunyikan perasaan kecil hatinya terhadap sikap mamanya itu.

“Mama sangat risau tau..semalam mama nak datang ke bilik Naz,tapi mama takut menganggu pula.Jadi mama batalkan saja niat tu..but you must to promise me jangan buat macam tu lagi ya..”lembut dan begitu prihatin sekali nada yang dikeluarkan Pn.Chae Rin buat menantu kesayangannya itu.Dynaz menarik nafas dalam..kepalanya dianggukkan sekali bagi mengiyakan kata-kata mertuanya itu.Kenapa harus begitu risau terhadap aku?Kan mama lebih suka menghabiskan masa bersama si perempuan plastik tu..Mahu sahaja kata-kata itu diluahkannya buat mamanya itu,tetapi Dynaz memilih hanya untuk terus mendiamkan diri.Wajahnya menunduk melihat ke gebar unggu muda satin yang menjadi penemannya sepanjang malam semalam.Tiada senyuman yang terpamer di wajahnya itu.Dia malas dan dia enggan untuk menghadiahkan senyuman palsunya itu di saat mindanya yang kini penuh dengan kecelaruan yang tidak menentu itu.

“Nasib baiklah Fasha yang beritahu mama..kalau tak sampai ke sudah mama tak tahu yang Naz dah balik sendiri semalam.”suara Pn Chae Rin seakan berjauh hati terhadap tindakan Dynaz yang langsung tidak mengendahkan perasaannya sebagai seorang mertua yang amat menyanyangi menantunya itu.

Dynaz kini mengetapkan bibirnya, wajah wanita di sampingnya itu langsung tidak dilihatnya.Fasha!Perempuan itu lagi!Hatinya terasa sakit seperti dihiris sembilu tatkala mendengar nama perempuan bermulut bangkai itu.


“Fasha beritahu mama yang Naz tak berapa gemar berkawan dengannya, kenapa sayang?Fasha tu budaknya baik..”Puan Chae Rin berkata-kata lembut sambil menyisir mengunakan jarinya helaian rambut Dynaz yang kelihatan tidak terurus akibat baru bangun dari baringnya itu.

Jahanam!Sekarang kau dah cemarkan fikiran mertua aku.Memang dasar perempuan racun kau ni!Dynaz mengenggam kuat gebar satinnya.Kesakitan hatinya semakin bertambah buat wanita yang bernama Fasha itu.

“Dynaz..percayalah kau tak mungkin dapat menandingi aku.Hariz sudah menjadi milik aku.Itu memang sudah menjadi suratan..antara kau dan aku pemegang watak utamanya adalah aku”kata-kata sombong dari Fasha kepadanya semalam bermain-main di dalam fikirannya kini.

Tidak dapat menandingi kau??Huh..let's see girl..siapa sebenarnya tak dapat menandingi siapa selepas ini..Dynaz berkata-kata sinis di dalam hatinya.


“Kawan?Mama..Naz boleh berikan Fasha lebih jauh dari erti seorang kawan..pelbagai jenis 'kenangan manis' sedang menanti buatnya ma.”kata-kata Dynaz kini begitu sinis dan dingin sekali, pandangan tajamnya dilihat kearah hadapan katilnya seolah-olah Fasha wujud di situ.Pn.Chae Rin yang tidak menyedari akan hakikat sebenar kata-kata menantunya itu tersenyum manis sambil terus menyisir rambut milik menantunya itu dengan jari-jarinya yang runcing dan halus itu.

Aku akan berikan kau satu ingauan engi di setiap mimpi-mimpimu Fasha.Itu yang engkau mahu, kan?Dynaz kini tersenyum sinis penuh kebencian.Seperti mana hatinya berasa sakit dan pedih seperti itulah dia mahu Fasha turut rasakan derita perit yang ditanggungnya itu.




Pada pagi yang indah itu,semua ahli keluarga yang menetap di mansion itu berkumpul bersarapan bersama-sama di sebuah meja makan yang bercirikan ukiran penuh klasik itu.Hidangan yang disediakan pembantu rumah kelihatan sungguh enak sekali,sangat membuka selera pada pagi yang aman itu.Pn.Chae Rin sibuk bersembang bersama Fasha yang kini menyedok makanan ke pinggannya itu.Senyuman dan gelak tawa mereka disambung oleh En.Amir yang juga berminat dengan topik perbualan diantara mereka itu.Dennis masih dengan ipodnya,lelaki itu kelihatan begitu ceria pada pagi tersebut.Senyuman manisnya terpancar selalu pada segaris bibirnya yang sempurna itu.Dynaz hanya sepi menyuap makanan ke dalam mulutnya sesekali dia menjeling kearah Hariz di hadapannya yang kelihatan tenang berbicara bersama En.Amir.Senyuman lelaki tersebut bermain di pandangannya kini.Senyuman manis itu..Senyuman yang suatu ketika dahulu sering memerangkapkan hati dan jiwanya untuk terus dilanda perasaan rindu yang menggila buat lelaki yang bernama Hariz itu.

Dynaz kini menundukkan wajahnya.Suapan makanan diteruskan ke dalam mulutnya yang kecil itu.

“Apa kata we go to visit ladang limau di sekitar pulau ini?”Dennis memberikan pendapatnya.Ini kali pertama dia dilihat begitu berminat sekali memberikan idea buat percutian keluarga yang dirancang kedua orang tuanya itu.Senyumannya memekar di bibirnya, begitu indah dan kacak sekali wajah lelaki tersebut apabila menuturkan pendapatnya itu.

“Wow!That’s the good idea.Sudah lama kita tak makan limau fresh yang baru dipetik dari pokoknya.Papa agree with your idea.”En.Amir bersuara riang.Pn.Chae Rin juga mengangguk ceria dengan buah fikiran anak lelakinya itu.

“Limau fresh baik untuk kulit..nanti Fasha bolehlah belajar petik buah limau dari pokoknya..kind of interesting experience!Sangat berbaloi untuk merasainya.”Pn.Chae Rin bernada riang menjatuhkan pandangannya terus ke wajah jelita dan anggun milik Fasha yang kini tersenyum manis membalas keikhlasan hati Pn.Chae Rin itu.

Dynaz menghembuskan nafas panjang.Dia mengeluh sambil terus memain-mainkan sudunya pada makanannya yang masih lagi banyak di dalam pinggannya itu.Hariz memandang kelakuan Dynaz itu,wajahnya tenang melihat kelakuan Dynaz.Sungguh dia mengerti perasaan Dynaz ketika ini.Dia dapat membacanya dari raut wajah wanita itu yang kelihatan agak tertekan itu.

Ekor mata Dennis kini melihat pandangan Hariz yang masih memerhati Dynaz yang duduk di sampingnya.Senyuman manis penuh agendanya terpamer dibibirnya kini.

Dynaz..nampaknya kau tidak bertepuk sebelah tangan..Dennis meneguk sekali minuman panasnya.Pandangan matanya masih lagi menangkap temasya yang begitu jelas di hadapan matanya itu.Dia tersenyum kemenangan.



“Kau serius dengan apa yang kau ucapkan semalam?”Dennis bersuara selamba setelah hampir sepuluh minit mereka berjalan di sepanjang deretan pokok-pokok limau yang tumbuh dengan rimbun dan sihat di ladang yang luas milik golongan bangsawan itu.

“Ya..Naz memang maksudkan kata-kata Naz semalam.”Dynaz menjawab serius.Dia kini benar-benar tekad dengan kata-katanya itu.Mendapatkan semula Hariz..Ya!Dia akan lakukan itu.

“Bukan kau kata yang kau sangat bencikan Hariz.”tenang nada Dennis bersuara sambil mendekati sebuah pohon limau yang kelihatan begitu rimbun diantara pohon-pohon yang lain. Dynaz mengekori langkah Dennis,kata-kata Dennis itu berlegar di kepalanya.Ya!Memang aku membencinya.Siapa kata yang aku akan mencintainya?Ini hanya sebuah permainan pembalasan dendam.Tiada soal percintaan wujud di dalam percaturan ini.

“Semua orang deserve a second chance..”setelah lama berdiam diri,akhirnya Dynaz bersuara.Ternyata kata-kata Dynaz kini bersimpang dengan apa yang dirancangkan di dalam permainannya itu.Mengapa aku harus berkata-kata seperti itu?Seolah-olah aku sedang memaafi lelaki pengkhianat itu..

Ahhhh..biarlah,sememangnya tiada siapa yang harus tahu rancangannya itu!Biar hanya dia sahaja yang mengetahui agenda di sebalik permainannya ini.Menyakiti Fasha!dan Membalas Hariz!Dynaz berkata-kata yakin di dalam hatinya itu.Wajahnya kelihatan begitu nekad dan yakin dengan segala rancangan permainannya itu.

Dennis tersenyum sinis menjeling kearah Dynaz yang kini leka di dalam kesungguhannya itu.Huh!He deserve a second chance? What a naïve girl..Dennis kini terus menghampiri pohon limau tersebut.Buah-buah limau pada pohon itu besar-besar belaka dan kelihatan begitu segar sekali.Dennis memetik sebiji buah limau itu dan diberikan kepada Dynaz.

Tersentak diri Dynaz apabila tiba-tiba Dennis menghulurkannya sebiji limau kepadanya.Dengan teragak-agak dia mencapai buah tersebut.Dennis tersenyum manis.

“Wish you luck with your forgiveness mission.” Kenyitan mata Dennis dilihat Dynaz hairan.Wanita itu membalas dengan senyuman yang teragak-agak mekar di bibirnya.Sungguh Dynaz hairan dengan sikap Dennis yang begitu terbuka itu.Suami jenis apakah Dennis itu yang berasa senang hati mengetahui rancangan isterinya untuk menawan hati lelaki lain?Wujudkah suami seperti itu?Dynaz tertanya-tanya di dalam hatinya.

Akhirnya dia peroleh jawapan.Ini semua kerana Dennis tidak menyintai dan menyanyanginya dirinya sebagai seorang isteri buat diri lelaki tersebut.Sebab itulah lelaki tersebut begitu tenang dan gembira melepaskan dirinya pergi mencari dan menawan hati lelaki lain.Adakah dirinya tidak berhak untuk dicintai di dunia ini?Tiba-tiba sahaja hati Dynaz tersentuh.Ya..Dennis kini bukanlah seorang lelaki yang dikenalinya dahulu,malah lelaki itu langsung tiada perasaan cinta atau kasih buat dirinya.Hidupnya ditakdirkan harus mengharungi liku-liku kehidupan yang menyakitkan..

Dan sekarang tidak lagi..dia tidak akan benarkan peristiwa hitam mengguris perasaannya lagi..Cukup!Cukup! Dia sudah serik dengan segala kelemahan dirinya itu!

Hahhh..Kalau aku tidak punya kebahagiaan dengan cara yang baik,aku akan kecapinya dengan cara yang yang lain..aku akan bahagiakan diri aku sendiri..With my own way!




Perasaan Dynaz begitu sebal sekali.Perasaan irinya mengusai mindanya kini.Sakit dan pedih sekali.Kuat derap langkah kakinya diaturkan apabila dia menyusuri sepanjang jalan yang penuh dengan pokok-pokok limau itu.Ladang yang dijaga rapi itu kelihatan begitu tersusun sekali.Bersih dan sungguh kemas di pandangan mata.Pohon yang menghijau dengan warna buahan yang berwarna oren segar itu menjadi satu kombinasi warna yang sangat sempurna untuk mengindahkan lagi suasana di situ.Angin sepoi yang meniup lembut ke wajah Dynaz menambahkan lagi ketenangan suasana di situ.

Tetapi hati Dynaz sakit,dia benci mengenangkan kejadian yang berlaku sebentar tadi.Betapa dia sungguh benci akan wanita yang bernama Fasha itu!Mengapa wanita itu perlu munculkan diri di hadapannya lagi setelah sudah lama mereka tidak ketemu?!Dan kini cuba menambahkan lagi kesakitan di hatinya!Sial!


“Hahaha..ni mama petikkan buah untuk Fasha..”kedengaran begitu ceria sekali suara Pn.Chae Rin ditelinga Dynaz ketika dia berjalan bersama Dennis pulang ke tempat perkelahan keluraga mereka itu.

Mama?!What the hell?!Kenapa mamanya membahasakan diri sebagai ‘mama’ dengan wanita yang bernama Fasha itu?Dynaz kini mengatur cepat langkahnya menghampiri mamanya itu.Di situ kelihatan En.Amir yang sedang menjamah buah limau dengan senyuman yang ceria.Pn.Chae Rin yang duduk di atas tikar perkelahan di samping suaminya itu kelihatan riang sekali bersembang-sembang bersama Fasha. Hariz..Hariz tidak kelihatan di situ..

“Hey…there you are..mari sini Naz,mari makan buah sama mama.”Pn.Chae Rin yang menyedari kedatangan Dynaz mengajak ceria menantunya itu.Dennis mengambil tempat di samping papanya.Seulas limau yang sudah dikupas di dalam bekas diambilnya dan dimasukkan ke dalam mulutnya.Senyumannya manis melihat kearah Dynaz yang kini masih berdiri melihat kearah kemesraan mamanya bersama Fasha itu.

“Naz..nak tahu berita gembira tak? Mama sekarang dah ambil Fasha sebagai anak angkat mama..after this, bolehlah Dynaz berkawan dengan lebih rapat lagi dengan Fasha.”ceria dan riang sekali suara Pn.Chae Rin berkata-kata sambil melihat kearah Dynaz.Fasha turut tersenyum manis penuh jelita kearah Dynaz.Rautnya manis sekali.

Huh!Anak angkat?!Hampir tidak percaya Dynaz dengan apa yang didengarinya itu.Jahanam!Ternyata Fasha kini lebih awal mengatur langkahnya untuk terus meracuni pemikiran mamanya itu.Tanpa berkata-kata Dynaz kini menghembuskan nafas kasar.Pandangannya sakit melihat kemesraan itu.Menyampah betul!Dynaz mengaturkan langkahnya pergi meninggalkan tapak perkelahan itu.Tiada hati langsung untuk dia terus berada di situ.

“Naz..Naz..where are you wanna go?Naz..”kendengaran suara Pn.Chae Rin kini memanggil Dynaz dengan nada yang penuh kehairanan.Apa yang membuatkan Dynaz pergi berlalu begitu sahaja?Pn.Chae Rin tertanya-tanya di dalam hatinya.Fasha dengan raut kehairanannya melihat wajah Pn.Chae Rin cuba meminta jawapan dengan sikap Dynaz yang tiba-tiba dingin itu.Dennis tersenyum simpul melihat sikap Dynaz itu.

“What’s going on?”tertanya-tanya En.Amir sambil melihat wajah Dennis di sebelahnya.Dennis yang tersenyum hanya menjungkitkan bahunya tanda dia juga tidak mengerti akan sikap isterinya itu.Dia sambung menyuapkan ulas buah limau ke dalam mulutnya itu.Senyuman di bibirnya masih terpamer.Semua mata yang melihat kearahnya menjadi hairan dengan sikapnya yang begitu selamba itu.Dennis tertawa kecil.


“Ayam betul la perempuan tu!Sakit hati aku..”Dynaz mengomel-ngomel sambil mengatur langkahnya yang tidak tentu hala tujuan itu.Percutian yang pada mulanya dianggap akan menjadi satu percutian yang membawa memori indah itu,tidak tersangka akan berubah menjadi satu lagi episode yang mencengkam jiwa dan jangtungnya itu.Dynaz berjalan lagi melayan perasaan sakitnya yang tidak terhingga itu.Hentakkan kakinya berbunyi kuat sekali.Sengaja dia ingin mengalirkan kemarahannya itu kepada langkahnya.Kelihatan beberapa pelancong dan pelawat yang lain melihat-lihat kearahnya.Dynaz tidak mempedulikan segala pandangan itu yang penting sekarang adalah perasaan sakit hatinya itu.

“Ya!(Hei) meong cheong han yeo ja!(perempuan bodoh!) Geo gi dang si nui sin bal eon neun geo seul si (cuba dapatkan kasut kamu di sana)”. tiba-tiba Dynaz terdengar riuh suara kanak-kanak berbicara kuat di dalam bahasa Korea.Dia tidak memahaminya tetapi dia tertarik untuk mencari kelibat kanak-kanak tersebut.Suara tangisan yang didengari dari arah suara kanak-kanak tersebut menambahkan lagi minatnya untuk terus mencari kumpulan kanak-kanak tersebut.

Akhirnya dia berjaya mencari kanak-kanak bangsawan tersebut.Jelas di mata Dynaz kini sekumpulan budak lelaki sedang berkumpul mengelilingi seorang kanak-kanak perempuan yang teresak-esak menangis terduduk dikelilingi kanak-kanak lelaki tersebut.Huh!Macam ni rupanya budak lelaki golongan bangsawan layan budak perempuan..

“Dang sin ga teun meong cheong han yeo ja ga (Perempuan bodoh macam kamu), yeo gi e so ka ji an seum ni da! (tidak berhak berada di sini!)”salah seorang budak lelaki itu kini bersuara sambil ketawa riang.Dynaz mengecilkan anak matanya,bibirnya digigit sedikit.Dia cuba untuk memahami perbualan diantara kanak-kanak tersebut.Dia terus memerhati dengan raut wajah yang ingin tahu.

“Ul go, ul go, (menangis, menangis,) mo du al kko in neun dan ul go it tta! (apa yang kau tahu hanyalah menangis!)”kelihatan seorang lagi kanak-kanak lelaki bersuara megah dan kini menolak kuat kepala budak perempuan itu.Tangisan budak itu semakin kedengaran.

That’s it!Enough!Ni mesti kes buli nih!Dynaz kini berjalan kearah sekumpulan kanak-kanak yang bising itu.Mereka masih lagi leka mengetawakan budak perempuan yang menangis teresak-esak itu.

“Hi, little gangsters.Looks cool huh, bullying a little girl.”Dynaz menghampiri sekumpulan kanak-kanak lelaki tersebut.Dia tersenyum apabila melihat salah seorang daripada kanak-kanak lelaki tersebut tampil kehadapan seolah-olah memberi amaran kepadanya untuk tidak mencampuri urusan mereka itu.

Huh,budak-budak ni..tunjuk gangster la pulak..Dynaz melepaskan tawanya sekali.Kepalanya digeleng-gelengkan melihat kelakuan budak lelaki tersebut yang kini semakin menghampiri dirinya.

“Ya!Ajumha (Hei!Auntie),try to find other business to do, okay?do not mess with us!”begitu kasar sekali kata-kata budak lelaki tersebut dihadapan Dynaz.Senyuman di bibir Dynaz terhenti.Ajumha?!!!Dynaz tahu maksud perkataan itu!

“What are you saying?!Maybe you’re still young to know the nature of Ageshi(cik) like me, who has been called as Ajumha(makcik)!”Dynaz bersuara keras sambil memulas kuat telinga budak tersebut.Hatinya yang sediakala sakit itu ditambahkan lagi dengan kelakuan para gangster pra-matang itu.Amat menyampahkan!

“Be as a boy you all should protect this little girl..not to make her cry or try to bully her.Got it!”Dynaz memulas-mulas telinga semua kanak-kanak lelaki di situ.Mulutnya tidak henti-henti memarahi mereka semua yang membuli kanak-kanak perempuan yang lemah itu.Suara kesakitan kanak-kanak yang menahan bisa dari pulasan telinga yang dilakukan Dynaz terdengar kuat di kawasan itu.Mereka cuba mempertahankan diri mereka dengan memukul-mukul kembali tangan Dynaz itu.Dynaz tersenyum kecil,dirinya tertawa melihat usaha budak-budak kecil yang cuba melepaskan diri darinya itu.

Budak perempuan yang menangis sebentar tadi terdiam.Pandangannya melihat terus kearah Dynaz dengan wajahnya yang keriangan.

Tiba-tiba tanpa disedari Dynaz, seketul batu tepat mengena ke dahinya.Walaupun kecil,terasa sakit sekali dahinya ketika ini.Berdenyut-denyut kepalanya menahan bisa kesakitan dari balingan batu kecil tersebut.Suara dekahan ketawa kanak-kanak lelaki tersebut bergema kuat di telinganya.Dynaz meraba dahinya itu,cecair pekat dan panas berwarna merah gelap itu mengalir di dahinya.

Ahhh..diaorang main taktik kotor!!Siaplah budak-budak ni!Belum sempat Dynaz menghayunkan tangannya itu,dia kini diserang budak-budak tersebut dari pelbagai penjuru.Mereka memukul-mukul dirinya yang kini menahan sakit kepalanya yang berpinar-pinar itu.


“Hey,What are you doing?Stop it.”tiba-tiba Dynaz dapat menangkap suara serak seorang lelaki yang semakin menghampiri kearah mereka itu.Dynaz melihat teliti kelibat itu.Dia tersentak melihat gerangan siapakah lelaki tersebut.Ya tuhanku..Hariz!

Dengan cepat dia menolak kanak-kanak lelaki yang kini mengelilingi memukul-mukul dirinya itu.

“Why all of you want to bully this little girl..and this ‘little woman’?”Hariz yang sudah menghampiri mereka, kini berkata-kata penuh kehairanan kepada kanak-kanak lelaki tersebut.Pandangannya dijatuhkan pada satu-satu wajah kanak-kanak lelaki di situ.Apabila melihat kearah Dynaz,dia tersenyum kecil teringatkan Dynaz yang dibuli kanak-kanak tersebut sebentar tadi.

“Mal hae ju sip ssi o (ceritakan pada saya)..nan jo geu meun gi bu ni yeo ja cheo reom geok jjeong ha ji ma se yo..(jangan risau saya tak akan pukul kamu seperti perempuan tu lakukan)..”mesra sekali suara Hariz sambil memegang lembut kepala kanak-kanak tersebut.Senyumannya manis sekali.Sesekali dia menjeling kearah Dynaz yang kini memandangnya penuh kegeraman itu.Dynaz cuba untuk mencari makna pada kata-kata lelaki tersebut,kerutan di dahinya kelihatan begitu jelas mewakili perasaan hatinya yang dilanda perasaan ingin tahu itu.

“She tries to mess with our business.”seorang kanak-kanak lelaki kini bersuara sambil tangannya menunding kearah Dynaz.Wajah Dynaz tersentak bila ditunding sedemikian rupa.

“Hei..who say that I want to mess with your prolem huh? I just wanna help this poor little girl..”Dynaz kini mempertahankan dirinya.Ketika ini mahu sahaja dia mematah-matahkan batang leher kanak-kanak tersebut.Kepalanya yang masih berdenyut-denyut itu dipegangnya lembut.Darah yang mengalir disekanya dengan jarinya.

“Ok..ok..i’ve got it..what about all of you come with me now..I have many surprise things to show to all of you istead of involve with this two poor little girl.”Hariz tersenyum manis kepada kanak-kanak tersebut.Dia mengajak kanak-kanak tersebut dengan penuh kemesraan.

“Meo sit tta! (That’s cool!) Come on gang,we follow this brother.”sorakkan kanak-kanak lelaki tersebut riang sekali.Mereka meloncat keriangan.Dynaz mencebik bibirnya melihat keriangan kanak-kanak tersebut.Hariz kini melihat Dynaz dengan perasaan yang lucu.Senyuman dibibirnya terserlah sekali.Dia mengeleng-gelengkan kepalanya.

Dynaz tidak ubah seperti Dynaz yang dahulu..Sungguh mirip, langsung tidak berubah.Bergaduh dengan kanak-kanak, itulah tabiat Dynaz yang paling susah dipisahkan dari wanita itu.Memang itulah dirinya..itulah Dynaz..

Hariz kini dipegang erat oleh kanak-kanak lelaki tersebut.Mereka kini begitu gembira sekali mendengar ajakan Hariz itu.Semuanya tidak sabar untuk mengetahui kejutan yang dijanjikan Hariz itu.

“Jo a..(Ok.) Ga ja.(Let’s go)”Hariz kini bersuara riang sambil mengatur langkah untuk meninggalkan kawasan itu.Tetapi sebelum dia berlalu pergi,langkahnya dihentikan di hadapan Dynaz.Sehelai sapu tangan dihulurkannya kepada Dynaz.Senyumannya ikhlas buat wanita itu.

Dynaz terpinga,teragak-agak dia menyambut huluran Hariz itu.

“Lap luka tu..nanti ia kering,susah.”Hariz berkata-kata sambil mempamerkan senyuman manisnya.Wajahnya kacak sekali dengan senyuman yang sedemikian rupa.Hati Dynaz berdebar,dirinya kini ditinggalkan di situ.Dynaz hanya melihat langkah Hariz yang kini berlalu pergi meninggalkan dia dengan seorang kanak-kanak perempuan di situ.



“Kalau nak main pun hati-hatilah sikit..”Dennis kini bersuara serius pada Dynaz.Wanita itu hanya terdiam tidak menjawab sebarang kata-kata darinya.Dennis membasuh luka di dahi Dynaz itu dengan larutan antiseptik yang berwarna kuning pekat itu.

“Is it hurt?”hati-hati sekali Dennis menyapu ubat pada luka di dahi Dynaz itu.Dia menghembus lembut luka tersebut untuk membantu mengeringkan ubat yang disapunya itu.Dynaz masih menunduk,di tangannya erat menggenggam sebatang pencucuk sanggul yang kelihatan bersinar-sinar apabila dipanahi sinar lampu bilik tidur tersebut.Hatinya riang melihat warna-warna yang dikeluarkan pencucuk sanggul tersebut.Dennis dihadapannya itu langsung tidak dipedulikannya.

Dennis mengambil plaster luka yang diletakkannya di meja bersebelahannya itu.Dia melekat cermat plaster itu pada luka yang sudah disapu ubat itu.Wajahnya kelihatan risau sekali.

“It’s okay..i think it will not leave a mark.”Dennis mengurut lembut plaster yang ditampalnya itu.Entah mengapa hatinya begitu risau melihat Dynaz yang pulang ke tapak perkelahan tadi dengan darah pekat yang mengalir di dahinya itu.Bukan dia sahaja yang terkejut malah kedua-dua orang tuanya turut terpinga dengan keadaan Dynaz itu.Apa yang sudah berlaku?Dynaz langsung tidak menjawabnya,wanita itu hanya berdiam diri dan terus memasuki limosin yang tersedia di situ.Dynaz hanya berkurung di dalam itu.Tiada satu soalan pun dari semua orang di situ dijawabnya.Sungguh merisaukan.Tiba-tiba sahaja perasaan risau dan gentar yang pernah dirasai Dennis suatu ketika dahulu terhadap kejadian ngeri yang menimpa Dynaz di penthousenya bermain-main di dalam kotak fikirannya.

“Terima kasih.”Dynaz bersuara rendah sambil memegang plaster luka yang dilekatkan Dennis di dahinya itu.Senyumannya dihadiahkan buat lelaki tersebut.Dennis menarik nafas dalam.Dia terasa lega kini apabila melihat senyuman di bibir merah itu.

“What’s that?”Dennis menyoal lembut kepada Dynaz apabila dia menyedari benda yang bersinar digenggam Dynaz itu.Dynaz duduk bersila di atas sofa berhampiran dengannya tersenyum manis sambil menunjukkan sebatang pencucuk sanggul itu kepadanya.Jarak diantara mereka dekat sekali.Dennis mengambil pencucuk sanggul itu.Dia memerhati seni ukiran pada pecucuk sanggul itu,ukirannya berbentuk seni ukiran korea klasik dan sekuntum bunga yang bersinar pada penghujung pencucuk sanggul itu kelihatan menarik dan menawan sekali.Dennis tersenyum manis..dia memerhatikan kecantikkan seni pada penyucuk sanggul tersebut.

“Sangat cantik..menawan sekali.”Dennis bersuara rendah dan lembut.Bibirnya yang indah itu menpamerkan senyuman yang begitu manis sekali.Dynaz tersenyum.

“Ada seorang budak perempuan berinya pada Naz di ladang limau tadi.”Dynaz bersuara riang.Dia mendekati Dennis dengan lebih rapat lagi,jarinya menyentuh sebiji loceng kecil yang tergantung pada pencucuk sanggul yang berada di tangan Dennis itu.Gemerincing bunyi loceng tersebut membuatkan Dynaz tertawa riang.Dia bermain-main lagi dengan loceng tersebut.

“Indahkan bunyinya?”mesra sekali suara Dynaz menyoal Dennis.Wajahnya kini diangkat melihat wajah suaminya yang kacak di hadapannya itu.Wajah mereka bertembung,Dennis tersentak melihat sepasang mata bersinar dan indah milik Dynaz.Wanita yang kini berada begitu hampir dengannya itu tersenyum manis kepadanya.Raut lembut itu sungguh menawan perasaannya kala ini.Senyuman manis itu kelihatan begitu indah sekali..

“Ya..ya..indah”serius wajah Dennis melihat wajah wanita berhadapannya itu.Indah..sememangnya indah wajah milikmu, Dynaz..

Dynaz tersenyum riang sambil mengangguk-angguk setuju dengan kata-kata Dennis itu.

“Ya..ya..memang indah..sangat indah bunyinya..”Dynaz kembali memainkan loceng pada penyucuk sanggul tersebut.Tubuh hangat Dynaz yang berada begitu hampir dengan Dennis itu amat mengganggu kententeraman jiwa lelaki tersebut.Haruman yang mewangi pada rambut wanita tersebut menggoda naluri lelaki Dennis kala ini.

No!Dennis,stop it!Dennis kini tersedar dari lamunan perasaannya itu.Cepat dia menjarakkan dirinya sedikit dari wanita yang berada begitu hampir dengannya itu.

Oh..God!What am I doing?Haaahh..apa yang aku fikirkan tadi?Dennis kini memberikan kembali penyucuk sanggul itu kepada Dynaz.Cepat dia bangun dari duduknya di sofa itu.Pandangannya kini dijatuhkan pada wajah Dynaz yang kelihatan terpinga melihat kearahnya itu.Kening wanita itu berkerut kehairanan dengan sikap Dennis yang tiba-tiba dingin itu.

“Hmm..kau ni memang bodoh kan..terima sahaja apa yang orang berikan.Kalau benda tu berharga tentu sekarang budak tu hebat dimarahi orang tuanya.Lain kali fikir dulu sebelum terima barang orang!”dingin dan keras sekali kata-kata Dennis pada Dynaz.Wajahnya serius apabila menuturkan kata-katanya itu.Dynaz hanya terpinga-pinga.Tanpa sempat dia menjawab kata-kata Dennis, lelaki itu terlebih dahulu beredar meninggalkan dirinya keseorangan di sofa itu.Dennis keluar dari bilik tidur itu dengan tiba-tiba membuatkan Dynaz tertanya-tanya.Apa salah aku?Tiba-tiba sahaja berubah sikap...Dynaz mengeleng-geleng kepalanya tanda tidak mengerti akan perubahan sikap Dennis yang tiba-tiba dan sekelip mata itu.

Pencucuk sanggul itu dilihatnya dan dipusing-pusingnya.Dynaz tersenyum manis mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku pada petang tadi.


“Komawo..unni.(terima kasih,kakak.)”suara kecil budak perempuan itu masih berlegar-legar di kepalanya kini.Sudah hampir sepuluh minit anak itu meninggalkan dirinya di situ,tetapi kecomelan suara kepunyaan budak itu masih lagi melingkar di pemikirannya.Sebatang pecucuk sanggul yang diberikan kanak-kanak itu kepadanya berada kemas di dalam genggamannya.Oh Mi Joo..nama kanak-kanak tersebut.Secomel tuannya yang berwajah kacukan itu.Sungguh dia tidak menyangka Mi Joo memberikannya pencucuk sanggul itu setelah dia menolong anak itu mengambil kasutnya yang tersangkut di atas pohon limau angkara budak-budak lelaki yang nakal itu.Mi Joo kelihatan begitu bersalah sekali apabila melihat darah yang mengalir pada dahinya itu dan berkali-kali meminta maaf kepada dirinya.Sungguh baik sekali budak itu.Dynaz berjalan penuh kegirangan di hatinya.

“Je bal dong saeng ui a reum da un dol bwa..(Please take care of it beautifull sister)”.Dynaz tersenyum manis mendengar kata-kata terakhir dari Mi Joo itu.Dia tidak mengerti apa yang diucapkan anak itu, berkerut dahinya cuba mencari tafsiran kata-kata itu.

“Tolong jaga ia, kakak yang cantik.”tiba-tiba Dynaz tersentak,suara yang didengarinya itu amat dikenalinya.Hariz!

Lelaki itu kini berjalan menghampiri mereka berdua di situ.Hariz terus merendahkan badannya yang tinggi itu supaya setaraf dengan ketinggian Mi Joo.Dia memegang lembut kedua-dua bahu anak tersebut.Mereka berbicara di dalam bahasa yang tidak difahami oleh Dynaz.Mi Joo kelihatan begitu ceria sekali,dia memegang erat tangan Hariz dihadapannya itu.Hariz tersenyum mesra kearah kanak-kanak tersebut.Senyumnya ikhlas dan manis sekali menyerlahkan kekacakkan pada wajahnya yang indah itu.Dynaz terkaku.Dia kini melarikan pandangannya dari terus melihat wajah itu.

“I gonna send her to her mother..do you have any words to say to her?”Hariz bersuara tenang melihat kearah Dynaz kini.

“Aa..erm..budak-budak gangster tu ada di mana?Selamat ke Mi Joo nanti?”Dynaz bersuara tidak melihat Hariz sebaliknya hanya melihat Mi Joo yang kini tersenyum riang kearahnya.Hariz tersenyum mendengar kata-kata Dynaz itu.

“Mereka tak akan menyerang kalau kita tanggani dengan cara yang baik.”kata-kata Hariz seolah-olah memerli kelakuan Dynaz yang kasar terhadap kanak-kanak lelaki pada awal kejadian tadi.Dynaz mencebik bibirnya tidak senang dengan kata-kata Hariz itu.Hariz tertawa kecil melihat reaksi Dynaz itu.

“Mi Joo..thanks for this,I will take care of this like I care with my life,cutie.”Dynaz mengusap pipi gebu milik Mi Joo.Dia mengoyang-goyangkan pencucuk sanggul itu dihadapan Mi Joo dan tersenyum riang.Hariz turut tersenyum indah melihat keriangan Dynaz itu.

“Ok..Mi Jo eo seo(mari).”Hariz mengajak kanak-kanak tersebut sambil memegang erat tangannya.Mi Joo mengangguk kecil,sebelum dia meninggalkan Dynaz dia sempat memberikan ciuman mesra pada pipi wanita itu.


Lambaian mesra Mi Joo kepada Dynaz sangat menyentuh perasaan Dynaz.Dia menyenangi sikap kanak-kanak itu.Kali pertama bertemu dengan kanak-kanak Korea yang baik seperti itu membuatkan hatinya tersentuh untuk meninggalkan anak itu.

Dynaz merehatkan dagunya di atas lengannya yang diletakkan di atas bantal kecil sofa yang empuk itu.Bibirnya tersenyum melihat sebatang pencucuk sanggul yang bersinar-sinar di pandangannya itu.Tiba-tiba wajah kacak Hariz menerjah ke dalam kotak fikirannya.Secepat kilat dia bangun dari pembaringannya di atas sofa itu.Senyumannya mati.Dynaz mengeleng-gelengkan kepalanya kini.Tidak!Tidak aku tidak boleh teringatkan lelaki itu!Dynaz berkata-kata kuat di dalam hatinya.Wajah kacak Hariz yang tersenyum manis kearahnya berlegar-legar dipandangannya.Dengan tiba-tiba dadanya berdebar..Dynaz bangun dari sofanya.Mengapa dia harus berasa seperti ini?Kini dia melangkah keluar dari bilik tidurnya yang besar dan indah itu.




7 comments:

andaluciacheesecake said...

haha..dennis..dennis..da syg tu..ngaku je la..ego tol..huhu..nti bile naz da mulekn rncgn die kt hariz..bru dennis tau erti jeles..huhu..nak naz ngn dennis..!

N. said...

dennis, jgn lah lepaskan dynaz!

keSENGALan teserlah.. said...

btol2..
sokong2..
nk naz ngn dennis..
dennis da ader rse da tuh..
naz still tataw lagi..
huhu...

aqI€Y zAr!m€ said...

aaah! ak rse baik dynaz pilih denn!S or henneY..

tp ,jgnlh haR!Z...

Aku said...

hmm..
br abis baca semua series yang awk dh buat.
Komen:
- Cerita memang menarik and best

Cuma ada kelemahan yang agak ketara

- penggunaan bahasa Inggeris.Penggunaannnya macam pelik. Then guna bahasa kamus. Bila baca ayat English, mcm baca ayat BM yg di translate bulat-bulat ke BI.
Then ayat yang dibuat macam bukan ayat communication biasa. ntah. rasa cam weird.
Grammar pon kalo boleh perbetulkan.

But its ok. Kalau awk nak guna ayat English ke apa, minta pendapat org yg pro ttg ayat-ayat english yg digunakan dlm communication. And jgn translate bulat-bulat bm ke bi. so ayat tu akan jd pelik tersangat.


Ms first-first bc mcm x best ( ni bc dr siri 1) mayb sbb pngolahan yg kurang menarik.
Tapi apa yg sy nampak, penulis semakin memperbaharui mutu gaya penulisan.
Teruskan usaha


ps- asal ayat ak skema sgt ni. huhu. sowi. byk komen.

Zeni Geba said...

ak rsa grammr dia ok pe..
ape sal ngan ko..
if ko rsa citer ni x syok..blah la awal2..
ak rsa pgunaan BI tu ok je...

ape2 pn citer ni mmg syok..
to kanafee pdulikn kata2 org x tahu erti bkarya..huhu..
keep it up..
i love u=)

Aku said...

hmm sape kata cite ni x syok.
ak rs cite ni best jer.
comel.
cool pon ade.

ak cume comment ap yg ak rs je.
trpulang la pd dia atai utk sapa2 utk menilai. \
ak mmg x reti berlkarya atau tulis novel mcm kanafee. ak cume reti membaca jer.

hmm. tu je. jgn sempitkn pemikiran.
x smestinye kene kd positive coomr=ent jek kn.

hmm.

to kanafee.
cite u mmg best.
kadang2 rs mcm tgk cite drama korea pon ade. sbb tu sy boleh habiskn bc sume series awk semalaman tanpa tido.

hmm. bile dh abis cm bengang. bile nk smbg lagi. huhu. bile duk sensorang, igt balik part2 dlm ni boleh sengih sensorang. hehe.

tu je r.

x ley komen byk2.
nanti pminat awk mrh.
kayh. peace.


ps- cpt2 smbg.
work hard! chaiyok!

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket