Novella~My LovE 25

Monday, June 15, 2009


BAB 25


What the hell that I’m thinking! Dennis, you should control yourself! Suara hati Dennis kini kuat bergema di dalam hatinya.Mengapa perasaanku harus terganggu melihat wanita tersebut?Mengapa jantungku berdebar kuat ketika dia menghampiriku?Ahhhh..shit! Dennis kini meraup sekali wajahnya yang kacak itu.Dia bersandar pada pintu gelongsor yang terbuka luas di dalam bilik yang dihuninya sejak semalam itu.Pemandangan malam yang begitu tenang itu dilihat sepi oleh Dennis.Sinar rembulan yang penuh, menyuluhi terang kawasan taman yang terbentang luas di hadapan matanya itu.Sungguh indah sekali..Angin bertiup dingin,Dennis memejamkan matanya menikmati ketenangan yang dirasainya kini.Dia tidak mahu memikiri perkara yang berlaku sebentar tadi,dan dia juga tidak mahu untuk terus dibelenggu perkara tersebut.Dia harus cepat..sungguh dia harus cepat menamatkan permainan ini sebelum wajah lembut wanita tersebut menyerap masuk perlahan-lahan mengentarkan setiap jiwa dan raganya itu.



Dynaz berjalan sepi di dalam mansion yang kelam itu.Langkahnya diaturkan berhati-hati supaya tidak tersadung mana-mana benda yang akan mengakibatkan dirinya tersungkur.Hanya lampu kecil di setiap penjuru kawasan yang masih menyala,selainnya sudah ditutup kerana semua penghuni rumah kini sudah pun nyenyak tidur diulit mimpi.Cuma Dynaz yang masih lagi terjaga,matanya masih belum mahu lelap.Dia tahu mengapa..dan dia mengerti mengapa dirinya sukar untuk melabuhkan malamnya dengan tenang pada malam ini.Hariz..Hariz…nama itu sering bermain-main di dalam fikirannya.Entah mengapa ia terjadi..tetapi segalanya sungguh menganggu malamnya ini.

Dynaz berjalan-jalan sambil menghayun-hayunkan kedua-dua tangannya selesa.Dia tertarik untuk ke balkoni yang pintu gelongsornya terbuka luas itu.Suluhan cahaya rembulan yang penuh pada malam itu membuatkan seluruh kawasan taman di situ kelihatan begitu indah sekali.Dynaz berlari ke balkoni yang luas tersebut.Angin malam yang dingin menyapa lembut ke tubuhnya,dia memejamkan matanya menikmati kesegaran yang dirasainya itu.Ahhhhh..tenangnya..Dynaz menarik nafas dalam,dia tersenyum lebar ketika matanya masih lagi terpejam menikmati keindahan dan ketenangan pada malam tersebut.

“Sukar tidur?”tiba-tiba satu suara lelaki menegur Dynaz membuatkan wanita itu tersentak kekejutan.Dengan cepat Dynaz menoleh mencari kelibat pemilik suara tersebut.Tidak jauh dari tempatnya berdiri itu kelihatan seseorang yang duduk di salah sebuah kerusi di situ sedang tertawa kecil kepadanya.Dynaz mengecilkan matanya cuba mengamati gerangan siapakah yang menegurnya di malam-malam buta seperti ini.Dia berjalan menghampiri kerusi yang diduduki lelaki tersebut.

Kini Dynaz tersentak apabila melihat Hariz yang duduk menyandarkan kepalanya pada kerusi empuk itu.Pandangan lelaki itu tepat melihat kearahnya.Anak mata Dynaz membulat,dia tidak menyangka bahawa Hariz berada di situ.Lelaki itu kelihatan menarik dan menawan sekali dengan wajahnya yang kelihatan agak keletihan itu.Rambut lelaki itu yang kelihatan messy menutupi sebahagian matanya yang redup melihat tenang kearah Dynaz.

Itulah Abang Hariznya..Ya itulah Abang Hariz yang amat dirinduinya itu.Pada wajah itu kini kelihatan penampilan Hariz yang dahulu..penampilan yang sering memerangkapkan dirinya di dalam belenggu kerinduan itu.

Dynaz menelan liur,terasa susah baginya untuk bebicara ketika ini.Mengapa lelaki itu merenungnya sedemikian rupa?Tidak!Tidak!Jangan jatuh dalam perangkap itu!

Dynaz kini mengeleng-gelengkan kepalanya.Matanya dipejam celikkan untuk menyedarkan dirinya supaya tidak jauh dibuai perasaan yang terlarang itu.

Hariz tersenyum manis,dia mengalihkan pandangannya kini kearah sebuah taman yang terbentang luas di hadapannya itu.

“Hidup akan menjadi begitu indah jika semua dugaan di dalam dunia ini dapat ditempuh dengan berjayanya sekali.”Hariz bersuara rendah,pandangannya jauh melihat ke taman yang disuluhi rembulan penuh itu.Dynaz tidak terkata-kata.Dia cuma melihat raut wajah lelaki tersebut.

“Letih..terasa begitu lelah sekali apabila dugaan yang mengikuti enggan meninggalkan diri.”kata-kata Hariz dalam sekali ia sangat menusuk tajam ke jantung Dynaz kala ini.Dynaz melihat lelaki tersebut.Dugaan?Dugaan?Huh!Diriku ini dianggap hanya sebagai dugaan olehnya.Dynaz kini mengetap bibirnya.

“Selalunya dugaan yang menyakitkan itu adalah balasan yang setimpal buat insan-insan yang bergelar pengkhianat.” Dynaz kini bersuara sinis.Wajahnya tidak melihat lagi kearah wajah Hariz sebaliknya dia membuang pandangannya jauh ke tengah-tengah taman yang indah itu.Hariz menarik nafas dalam,wajah Dynaz dilihatnya.Terpamer raut yang serius dan dingin pada wajah lembut itu.Hariz terus merenungnya.

“Senang untuk membuat kesalahan dan senang juga untuk memohon kemaafan.Tetapi mudahkah untuk memaafi kesilapan?”raut Dynaz dingin sekali.Pandangan tajamnya kini menikam ke anak mata Hariz yang merenung kearahnya itu.Entah mengapa dia begitu emosi ketika itu,dirinya tahu hatinya sakit jiwanya pedih dengan segala pengkhianatan dan penarikkan diri lelaki tersebut di dalam perhubungan yang bertahun lama dijaganya dengan penuh kasih sayang itu.Tergamak lelaki tersebut menodai cinta suci yang menjadi sumber kehidupannya itu.Keji!Lelaki itu sememangnya keji!

“Hidup dengan begitu gembira masih mampu mengaku diri di dalam derita..Huh!lelaki..lelaki..memang menjengkelkan!”Benci sekali nada yang dikeluarkan Dynaz.Hatinya sakit,kolam matanya kini mula menakungkan butiran-butiran permata yang sememangnya begitu murah untuk menodai pipinya itu.Rancangannya adalah untuk menawan kembali hati lelaki tersebut tetapi segalanya semakin musnah kini.Sungguh dia tidak mudah untuk melupakan perkara yang telah berlaku itu.Sungguh dia tidak mampu membohongi dirinya dan berpura-pura seperti tiada apa-apa yang menyakitkan berlaku pada dirinya.Mendapatkan kembali hati lelaki tersebut bukannya mudah apabila diri dan hatinya ini masih lagi tidak mampu untuk berpura-pura melupakan segala kenangan pahit yang dilaluinya itu.Dia benci,dia meluat, dan dia menyampah dengan lelaki dihadapannya itu.Kasar Dynaz mengesat air matanya yang kini sudah mengalir di pipinya itu.

“Tiadakah kemaafan untuk segala kekhilafan diri ini?”nada Hariz kedengaran tertekan apabila dirinya mendengar kata-kata penuh kebencian yang dituturkan wanita di hadapannya itu.Wajahnya diselubungi penyesalan pada segala masa lampau yang semakin menghimpit jiwa dan perasaannya itu.

“Tiada!Tiada! Aku tidak akan benarkan kebahagiaan terus berlaku diantara kamu berdua.Aku akan biarkan kau dalam ketidaktentuan perasaan itu.Kau harus hidup dalam kutukan ini.Kau memang pantas untuk mendapatkan semua ini.Pengkhianat!”sungguh Dynaz tidak dapat mengawal perasaanya lagi.Dia menghamburkan segala kata-kata kesat dari hatinya itu buat lelaki yang dibencinya itu.Air matanya kini mengalir tiada henti mengambarkan betapa sakit dan pedihnya hati dan perasaannya rasai ketika ini.Hariz tersentak melihat air mata yang berguguran dari kelopak mata yang indah itu.Dia terkelu.Tidak terkata-kata.

Dynaz kini berlari meninggalkan Hariz keseorangan di situ.Dia tidak bertahan lagi untuk terus berada di situ.Semakin dia menghamburkan kata-kata kesat itu semakin jiwanya dihimpit kepedihan dan semakin itulah air matanya mengalir tanpa henti.Perit sekali…perit sekali kesakitan yang dirasainya kini.





Dennis kini membuka perlahan-lahan pintu bilik tidurnya itu.Sungguh berhati-hati sekali supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi yang mungkin akan menganggu tidur Dynaz di bilik tersebut.Kamar tidur yang berhawa dingin,luas dan indah itu kelihatan begitu tenang di pandangan Dennis.Dia kini mengatur langkahnya kearah almari besar yang berpintu empat di sudut bilik tersebut.Beberapa helai pakaiannya yang tergantung di dalam almari tersebut diambilnya.

Baru sebentar tadi dia menyedari bahawa pakaiannya di bilik yang didiaminya secara senyap-senyap itu sudah kehabisan dan dia perlu untuk kembali ke bilik ini untuk mengambil beberapa helai bajunya untuk hari-hari yang akan mendatang.Dia tersenyum manis kini apabila memikirkan mama dan papanya yang langsung tidak menyedari akan helahnya itu yang berasingan bilik dengan Dynaz.

Sesekali dia bersyukur juga dengan kehadiran wanita yang bernama Fasha itu.Bukannya apa..dengan kehadiran wanita itu,mamanya sibuk menghabiskan masa dengan wanita tersebut sehinggakan tiada masa untuk mengambil tahu perihal dirinya dengan isterinya.Dennis tersenyum manis..Kini dia mengatur langkah menuju ke pintu utama bilik tersebut.Apabila melalui katil tidur Dynaz yang besar dan indah, tiba-tiba langkahnya terhenti, jiwanya berdebar.Hatinya kini seakan-akan memanggil-manggil dia untuk melihat kearah katil tersebut.Sungguh dia terasa tertarik untuk pergi melihat ke katil yang indah itu.

Jangan!Dynaz tidur disitu!Kau tak boleh pergi!Kata-kata hati Dennis kuat melarang langkahnya kini.

Hei,Memang niat kau pun untuk melihat perempuan itu tidur kan? Entah dari mana tiba-tiba satu suara bergema kuat di dalam hatinya.

Dennis..Dennis..jiwa kau berdebar,kau tentu tahu mengapa.Usah berlagak baiklah Dennis.Apa salahnya kau pergi, kau suami dia.Kau ada hak ke atas dirinya. Suara itu kini semakin mendesak.Dennis kini menelan liur,kelat terasa susah untuk dia berfikir ketika ini.

Jangan Dennis!Please thinking about the future! Seolah-olah berlawan ketika ini,suara-suara tersebut enggan mengaku kalah dan terus bergema di dalam hatinya.

“That’s it,enough ok..i will go to the bed,just only for two second..just only to look at her.Not more than that.”Dennis akhirnya bersuara setelah dirinya tidak tahan lagi mendengar pertembungan suara hatinya yang semakin menyesakkan kepalanya itu.

Dennis menarik nafas dalam.Pandangannya kini diarahkan ke kawasan katil besar yang terletak megah itu.Suraman cahaya menyukarkannya untuk melihat terus kepada penghuni di atas katil tersebut.Dennis mengatur langkahnya tenang menghampiri katil tersebut.Jantungnya berdebar kuat ketika dia menyelak kain satin yang menjadi kelambu di setiap penjuru katil tersebut.

No!I’m not gonna do this! Dada Dennis bergetar kuat,cepat Dennis melepaskan pegangannya pada kain satin itu.Dia kini memalingkan badannya membelakangi katil tersebut.Serentak itu dia memegang dadanya yang berdebar pantas.

Oh God..I cannot feel this way..Turun naik dada Dennis mengatur nafasnya kini.Sebelah tangannya itu masih lagi merasakan hebat dadanya berdebar pantas.

Hell!Mengapa perempuan ini bisa menjadikan dirinya tidak keruan seperti ini? Dennis kini cepat mengaturkan langkahnya untuk meninggalkan bilik tidur tersebut.

Tiba-tiba langkahnya mati.Dia tersentak melihat pintu utama bilik tersebut yang kini dibuka kasar.

BANG!!!begitu kuat sekali bunyi pintu itu dihempas.Dennis mengerutkan dahinya sekali menahan detuman bunyi pintu yang kuat itu.Langkahnya kaku di situ.Dalam samar-samar rembulan yang menyinari bilik luas tersebut, dia melihat kini dihadapannya berdiri seorang wanita yang sangat dikenali olehnya.Pandangan wanita itu melihat terus ke dalam anak matanya.Jelas di penglihatannya betapa basah wajah wanita itu dengan air mata yang tidak henti-henti mengalir terus mencemari pipi yang gebu itu.

Dynaz…what’s wrong? Kata-kata prihatin itu terasa tersekat di kerongkongnya untuk dirinya bicara ketika ini.Hanya raut wajahnya yang tertanya-tanya itu mewakili kata-katanya ketika ini.Wajah lembut wanita itu yang dibasahi mutiara kesedihan dan kepedihan itu meresapi terus ke dalam jantungnya.

Dynaz tidak mampu untuk menyembunyikan perasaannya yang begitu pedih itu lagi ketika ini.Dia hanya mampu menangis dan terus menangis.Hati dan jantungnya terasa seakan-akan ditusuk dan dihiris-hiris sembilu.Segala memori-memori luka lampau kini menerjah masuk menguriskan lagi perasaannya yang semakin derita itu.Lukanya dalam sekali dan pedih sekali untuk dia menanggung seorang diri ketika ini.Sungguh di luar jangkaannya, dia kini berlari memeluk lelaki dihadapannya itu.

Tubuh Dennis yang tinggi dan tegap itu gagal mengimbangi dirinya yang dipeluk secara tiba-tiba itu,dirinya terjatuh dan terbaring di atas katil yang terletak megah di belakangnya itu.

Semuanya berlaku dengan begitu pantas sekali,dan kini Dynaz berada betul-betul di dalam pelukkannya yang terbaring di atas katil yang empuk itu.Sungguh Dennis tergamam ketika ini,dengan cepat dia cuba untuk bangun dari baringnya itu.

“Please..please..jangan ke mana-mana..Naz rayu, ia sakit sekali..please,stay with me.”Tiba-tiba Dynaz memaut erat lengannya yang cuba dialihnya dari terus memeluk wanita tersebut.Tindakan Dennis untuk menjauhi isterinya itu kini terhenti.Dia membiarkan Dynaz kini yang memaut erat lengannya itu.Esakan tangisan wanita itu kendengaran halus di pendengarannya kini.Tidak henti wanita itu menangis sambil teresak-esak di dalam pelukannya itu.

“Sakit..pedih sekali..mengapa semua ni berlaku..”teresak-esak Dynaz menangis sambil menyuarakan isi hatinya itu.Dennis dapat rasakan kesiksaan yang ditanggung wanita tersebut.Sungguh menyentuh perasaannya kini.

“Naz tak boleh teruskan..memaaf dan mendapatkan Hariz begitu siksa sekali..Naz tak boleh maafkan mereka..sungguh..Naz..tak..mam..pu.”suara wanita itu turun naik diganggu tangisannya yang semakin tiada tanda reda itu.Sungguh Dynaz tidak mampu melakukan segalanya ketika hatinya ini masih lagi sakit dan masih lagi pedih dengan segala yang diharunginya selama ini.Esakkan tangisannya begitu menyiksakan, dikeluarkan segala keperitan yang dirasainya selama ini.

“Shhh..shh..it’s ok..i know it..just cry..no need to tell me everything..i know it..it’s ok to cry..”lembut dan begitu berhati-hati sekali nada yang disuarakan Dennis.Pelukkannya pada tubuh kecil Dynaz itu dieratkan.

Seperti ada ketenangan pada ayat yang diucapkan suaminya itu.Dynaz memeluk erat tubuh Dennis.Hatinya bisa terasa lega,jiwanya bisa terasa lapang dan buat pertama kalinya, dia terasa begitu tenang berada di dalam pelukan lelaki yang bernama Dennis itu.

She wanna quit the game now…What am I gonna to do? Ahhhh…Sungguh aku tidak mampu berfikir apa-apa sekarang ini..Dennis menghembuskan nafasnya panjang.Keluhan dilepaskan,matanya dipejamkan memikirkan kecelaruan perasaannya ketika ini.Separuh dari hatinya meronta-ronta memikiri nasib wanita malang itu dan separuh darinya mengingatkan dirinya tentang rancangan yang telah begitu lama dirancang olehnya itu.




Pagi itu riuh sekali suara Pn.Chae Rin apabila melihat mata Dynaz yang kelihatan sebab.Sememangnya jelas dipenglihatan wanita itu betapa wajah Dynaz yang kelihatan tidak bermaya dengan sepasang mata yang sebab seolah-olah seperti semalamam wanita itu berendam dengan air mata.Dynaz tidak mempedulikan kata-kata wanita tersebut,hidangan di hadapannya itu dijamahnya perlahan.Matanya langsung tidak dipandang kehadapannnya,dia tahu lelaki di hadapannya itu semestinya sedang melihat kearahnya kini.Malah ketika ini dia yakin bukan sahaja lelaki tersebut tetapi seisi ahli keluarga tersebut sudah tentu sedang menumpukan pandangan mereka kepada wajahnya yang kelihatan tidak bermaya itu.Satu persatu makanan disuapnya ke dalam mulutnya itu.

“Dennis,you two bergaduh ke?”tenang dan serius sekali suara En.Amir di meja makan tersebut.Pandangannya dijatuhkan pada wajah anak lelakinya yang duduk bersebelahan dengan menantunya itu.Dennis menarik nafas dalam,dia menggeleng sekali apabila matanya bertembung dengan sepasang mata milik papanya itu.

“Are you ok,Dynaz?”dengan tiba-tiba sahaja Hariz bersuara.Nadanya begitu prihatin sekali terhadap perubahan keadaan Dynaz yang tidak bermaya itu. Pandangannya melihat tepat ke wajah Dynaz di hadapannya.Serentak itu,semua terdiam.Begitu jarang sekali mereka semua melihat Hariz menegur Dynaz sebelum ini,kini semua mata di situ tertumpu kepada sebentuk raut wajah Hariz yang kelihatan agak kerisauan terhadap keadaan Dynaz pada pagi itu.Dynaz meletakkan cermat sudu ditangannya.Pandangannya kini diarahkan ke hadapannya melihat seraut wajah yang begitu kacak milik Hariz.

“I’m ok..please continue your breakfast.”Dynaz bersuara tenang,dicubanya untuk mempamerkan senyumannya walaupun tidak semanis mana.Pandangan Fasha yang kelihatan begitu terkejut dengan keperihatinan suaminya terhadap Dynaz itu dibalas Dynaz dengan satu jelingan yang begitu menyakitkan jiwa wanita tersebut.Sarapan pada pagi tersebut kelihatan begitu sunyi dan hambar sekali.Masing-masing melayan fikiran sendiri.Sunyi tiada suara yang terdengar seperti hari-hari yang lain.



“Henney!Oh..thanks God!akhirnya kau call juga aku.I’m very boring here,bro!”suara Dennis begitu ceria sekali pada petang tersebut apabila menerima panggilan dari teman rapatnya itu.Sudah berhari-hari dia cuba untuk menelefon rakannya itu tetapi talian lelaki tersebut sering sibuk dan selalunya panggilannya itu akan disambungkan hanya pada peti suara telefon lelaki tersebut.

“Hahaha,tak kan holiday boleh jadi boring sangat..sorry bro,lately aku sibuk sangat uruskan our company meeting at Switzerland.So..How’s your holiday?”suara Henney begitu ceria sekali dihujung talian membuatkan Dennis turut tersenyum manis.

“Biasa saja..it’s boring you know..semuanya ikut plan orang tua.So,you know lah..tiada tempat yang ‘Howt’ like we always go.”Dennis berkata-kata sambil merehatkan kepalanya pada kerusi rehat di tepi kolam renang di mansion tersebut.Kata-katanya itu melahirkan tawa dari lelaki yang bernama Henney itu.Lelaki itu tahu apa yang dimaksudkan ‘Howt’ pada ayat teman baiknya itu.Bukan dia tidak mengenali rakannya itu yang sememangnya gemar mengunjungi parti-parti liar yang sering dianjurkan oleh kelab-kelab esklusif di Korea.Malah dia juga tidak ketinggalan begitu gemar menyertai pesta-pesta panas seperti itu.

“Family vacation, so it must be the first decent holiday for you.Hahaha..”begitu jelas tawa Henney buat temannya itu.Dennis di hujung talian menyambut tawa itu dengan riang sekali.

Sisa tawa Dennis semakin mengendur kini.Tawanya itu kini digantikan dengan senyumanya yang begitu manis.Henney turut tersenyum mesra dihujung talian.

Tiba-tiba senyuman Henney semakin mengendur,dan mati di situ.Di dalam fikirannya kini dia ingin bertanyakan sesuatu tentang perihal seseorang kepada temannya itu.Perihal seseorang yang amat disayanginya, perihal seseorang yang begitu penting di dalam hatinya, dan perihal seseorang yang begitu membuatkan jiwanya selalu berada di dalam kerinduan itu.Dynaz..nama indah itu bermain-main di dalam fikirannya kini.

“Hey,Dennis..Dynaz macam mana?Is she ok?”Henney kini bersuara rendah.Ayat yang diaturnya kelihatan selamba,dirinya tenang menuturkan kata-katanya itu.Sungguh dia tidak dapat untuk terus mendiamkan diri dari bertanyakan tentang wanita yang semakin hari semakin memiliki kedudukan yang teguh di dalam hatinya itu.Senyuman manis di bibir Dennis kini terhenti..Dirinya hairan dengan soalan Henney yang begitu mengambil berat tentang isterinya itu.Keningnya berkerut menunjukkan kehairanannya ketika ini.

“Yup..she’s ok,why you asking?”

“Nothing..just curious to know..anyway,we’re like friend now..”

“Oh..i see..she’s ok..don’t worry Mr.Romeo..hahaha..”Dennis kini melahirkan tawanya.Henney itu sememangnya seorang lelaki yang cepat sahaja mengasihani seseorang tetapi begitu susah untuk jatuh cinta dengan wanita.Walaupun secantik mana wanita tersebut,jika tidak membuatkan jiwanya terpana like in magic..dia tidak akan menerimanya.Ini kerana lelaki kacak itu begitu percaya akan kewujudan cinta pertama yang sejati and happily ever after like in fairy tales. “That girl must make my heart in enchanted and so mesmerize!” kata-kata Henney yang jiwang itu bermain-main difikirannya kini membuatkan tawa Dennis semakin menjadi-jadi.

“Enough laughing ok? Aku nak tanya kau ni..how’s about your crazy plan tu?Is it still berjalan?”Henney kini menyoal selamba Dennis.Mendengar kata-kata Henney itu membuatkan Dennis terdiam.Crazy Plan,Ya..itulah yang digelar Henney pada plan kemusnahan yang dirancangnya itu.Dennis menarik nafas dalam..

“Still going..nothing can’t stop it.”Dennis menjawab serius.Henney hanya berdiam diri.Kata-kata Dennis itu begitu tegas dan nekad sekali.Sungguh dia tidak mengerti apa yang harus dia rasakan ketika ini.Gembira? kerana lelaki tersebut masih mahu meneruskan rancangan itu yang mungkin akan membuatkan dirinya memiliki wanita yang diidamkannya itu..atau Sedih? kerana menyebabkan Dynaz yang kasihan itu menderita dengan begitu teruk jika rancangan lelaki tersebut menuju kearah kejayaan.Henney keliru..sungguh dia keliru ketika ini.

“Are you really sure about this..i feel uneasy with this..Betulkah yang kau langsung tiada perasaan terhadap dia?”Akhirnya soalan utama yang ingin disoal Henney kini disuarakannya.Dirinya kini harus memastikan perasaan temannya itu terhadap wanita yang berjaya memiliki jiwanya itu.Jantung Henney kini berdebar kuat menanti jawapan dari temannya itu.Please..please answer it.

“No.I don’t have any feeling on her.She’s like an object in my greatest plan..not more than that.”betapa Dennis kini menipu perasaannya itu.Dia tidak mengendahkan perasaannya berbanding dengan rancangannya yang dianggap begitu berharga itu.

Henney kini melepaskan halus nafas kelegaan..matanya dipejamkan mengambarkan betapa dirinya tenang dengan pengakuan temannya itu.Hanya dia yang tertawan dengan wanita itu..tiada yang lain.Dynaz miliknya,wanita itu pasti akan dijadikannya sebagai permaisuri hatinya.



Dennis merenung jauh ke tengah kolam renang yang airnya kelihatan tenang itu.Jauh dia termenung ketika ini.Perbualan diantara dia dan temannya sebentar tadi masih lagi berlegar-legar di dalam kotak fikirannya itu.Dennis menarik nafas dalam..dia keliru,dia bingung dengan perasaannya ketika ini.

Semuanya salahnya!Dari awal lagi dia harus tidak perlu berbaik-baik dengan wanita itu,dan kini inilah bencananya!Oh..God!Mengapalah begitu senang sekali wanita itu menyerap masuk ke dalam jiwanya ini?


Wajah Dynaz yang kelihatan nyenyak tidur di dadanya itu diperhati Dennis begitu dalam sekali.Sunyi sekali apabila wanita tersebut melelapkan matanya,cuma hembusan nafas halus yang terlahir dari pernafasan wanita itu menemannya kala ini.Tenang wajah itu diamatinya kini.Perlahan Dennis mengusap lembut pipi gebu milik Dynaz.Serentak itu dirinya mengucup lembut pipi tersebut.Dennis tidak tahu apa yang merasuknya kini,dirinya cuma tahu yang dia kini gagal untuk mengawal perasaannya itu lagi.

Ciuman lembutnya kini beralih pada segaris bibir yang begitu mempesonakan itu.Begitu intim dan erat sekali Dennis melepaskan ciumannya pada bibir Dynaz yang basah itu.


Sungguh dia tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku itu.Kejadian itu masih lagi menghantui dirinya ketika ini.Sungguh dia tidak dapat lari dari mengingati kejadian panas yang berlaku antara dia dan Dynaz itu.Shit!Come on Dennis! Itu bukan kali pertama kau menciuminya,malah kau pernah lakukan yang lebih dari itu terhadap wanita tersebut! Mengapa kini kau asyik mengingati kejadian yang tidak seberapa itu! Kini suara hati Dennis bergema kuat di dalam dirinya.Dennis bangun dari kerusi rehatnya itu.Dia berdiri di situ sambil menyilangkan tangannya di dadanya.

Dennis kau boleh dapatkan wanita yang lebih bagus dan sempurna daripada wanita kampung itu..Don’t be too fragile, man! Think about your plan!Your future!suara itu semakin mendesak dan berulang-ulang di pemikirannya kini.Wajah Dennis kini dingin dan serius sekali.Pandangannya tajam sekali memikiri kata-kata yang berlegar di dalam mindanya itu.

“Aku mahu menghapuskan kau Hariz..dan juga kau Dynaz!Between three of us there are only one winner..and the winner is ME!”Dennis berkata-kata sinis dan begitu dingin sekali.Kenangan dia yang dilayan dan diperbodoh-bodohkan seperti orang asing oleh Hariz ketika mereka kecil itu bermain-main di mindanya.Dynaz yang lebih memilih untuk memihak Hariz dari dirinya ketika itu sungguh amat menyakitkan hatinya sehingga kini.

Segalanya akan terbalas, dan kini tiada yang bisa mengubah pendiriannya itu.Rancangan akan diteruskan..walau apa pun yang terjadi.





Sepanjang hari Henney tersenyum seorang diri.Perasaannya sungguh gembira memikirkan jawapan Dennis yang sangat ingin didengarinya itu.Entah mengapa hatinya berasa begitu lapang dan tenang apabila mendengar jawapan tersebut, sedangkan untuk mengecapi matlamatnya untuk memiliki wanita tersebut dirinya harus mengharungi satu lagi ujian yang mungkin bisa membuatkan dia gagal memiliki wanita idamannya itu.

Henney menghentikan Porsche kelabu metallic nya dihadapan sebuah restaurant makanan laut ala Jepun yang sungguh terkenal di bandar itu.Perutnya kini terasa begitu kosong kerana hampir seharian suntuk dia tidak menjamah sedikit makanan pun.Sedari pagi lagi dirinya begitu sibuk dengan kerja-kerjanya yang semakin hari semakin bertambah itu.Sehinggakan membuatkan dia lupa untuk mengisi perutnya yang seharian suntuk dibiarkan kosong itu.

“Anyeong Haseyo (Hello)”Henney bersuara riang memberi teguran mesranya pada pemilik restoran tersebut.Sememangnya dia amat mengenali pemilik restoran tersebut kerana dia merupakan pelangan tetap di situ.Kedatangannya pada malam itu dialu-alukan dengan begitu mesra sekali oleh pemilik restoran tersebut.

“Special dishes for my special day.”kata-katanya diselangi dengan senyumannya yang begitu manis sekali kepada pemilik restaurant yang kini menjemputnya dengan begitu mesra sekali.


Di situlah dia melihat seorang bidadari yang sedang duduk merenung penuh kesayuan kearah sebatang jalan yang begitu indah dengan warna-warni kilauan lampu.Seolah-olah dipukau dia hanya terus merenung wajah lembut itu,begitu indah begitu sempurna walaupun terselit raut kesedihan pada wajah bersih wanita tersebut.Sungguh dia tidak mampu untuk mengalihkan pandangannya walaupun sesaat ketika melihat wajah yang begitu indah itu.Seolah-olah seperti bidadari yang turun dari syurga,wanita itu berjaya mencuri hatinya ketika itu.

Henney kini tersenyum seorang diri,kepalanya digeleng-gelengkan memikirkan betapa gila dirinya yang begitu sukar melupakan peristiwa yang sudah lama berlaku itu.Satu suapan makanan disuap ke dalam mulutnya.Dia kini menguyah perlahan makanan tersebut.Pandangannya masih lagi dijatuhkan pada kawasan yang benar-benar membawa erti keindahan dan ketenangan di dalam dirinya itu.Kawasan yang hanya memuatkan sebuah bangku panjang yang diperbuat dari kayu yang berwarna coklat tua itu menjadi satu memori yang begitu indah di dalam hidupnya.Di situlah buat kali pertamanya jiwa dan perasaannya terbuka untuk mencintai seorang wanita.Ya..wanita yang dimaksudkannya itu adalah Dynaz..wanita yang berjaya merobohkan tembok yang begitu utuh di dalam jiwanya itu..wanita yang bisa membuatkan dirinya sering berada di dalam ketidaktentuan perasaan yang menggila..

Henney kini teringatkan kisah yang berlaku diantara dirinya dan Dynaz beberapa hari yang lepas..Adakah Dynaz juga turut merasakan perasaan yang sama dirasainya terhadap wanita itu?Henney kini tersenyum sendirian.

Wajah Dynaz yang mendekati wajahnya ketika dia mengusap lembut rahang milik wanita itu terimbas di fikirannya kini.Hembusan nafas wanita itu terasa panas menyapa ke wajahnya.Sungguh dia tidak dapat mengawal perasaannya untuk terus memiliki wanita tersebut tetapi dirinya masih lagi waras memikirkan tindakannya itu.Dynaz seolah-olah berserah dengan sebarang kemungkinan yang akan terjadi diantara dia dan wanita itu pada malam tersebut membuatkan Henney tersenyum manis apabila setiap kali memikirkan kejadian tersebut.Dynaz..Dynaz..begitu hebat panahan cinta yang dilepaskan dirimu terhadap jiwa ini.My Lady..My Love..

Henney kini menarik nafas dalam,senaskah majalah korporat diambilnya dari rak majalah yang terletak berdekatan dengannya itu.Wajah Dennis,teman rapatnya itu terpampang sebagai wajah kulit pada keluaran majalah korporat itu pada bulan ini.Henney tersenyum manis,sememangnya menjadi tabiat rakannya itu begitu suka dengan kemahsyuran dan kemegahan dunia penuh kepopulariti itu.

Dennis memang layak untuk diberi kepujian sehingga sebegini rupa,lelaki itu merupakan satu-satunya pewaris tunggal segala kekayaan dan kemegahan King Capital One.Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang begitu sempurna itu segala kemahuannya merupakan satu keutamaan yang harus didahulukan.



“I’m the one who should win that competition!”begitu marah sekali Henney berkata-kata di hadapan ayahnya yang kini melihatnya dengan pandangan yang tenang.Sakit sungguh hati Henney apabila dia memikirkan segala usaha penat lelahnya selama hampir sebulan untuk memenangi pertandingan ucapan itu menjadi begitu sia-sia apabila pengetua sekolahnya mengumumkan juara pertandingan tersebut dimenangi oleh seorang pelajar baru yang bernama Dennis itu.

Jelas lagi bersuluh ucapan yang diberikan olehnya mendapat tepukan dan sokongan dari banyak pihak yang menonton pertandingan itu,malah teks yang disediakannya itu megandungi ayat-ayat yang begitu hebat dan sungguh tidak mampu dibangkang atau disoal oleh mana-mana pihak pun.Tetapi mengapa budak baru yang hanya membawa sehelai teks yang tidak sampai lima minit pun berucap di atas pentas itu menjadi juara memenangi pertandingan yang sangat diidam-idamkannya itu!

Kaya!Budak itu punya kekayaan yang tidak terhingga sehinggakan seluruh juri pada malam tersebut mengangkatnya sebagai juara pertandingan itu.

Damn!Ini bukan kali pertama dia harus menerima hakikat itu sebaliknya sudah hampir berkali-kali dia harus menyerah kalah di dalam setiap pertandingan yang disertainya pada lelaki yang bernama Dennis itu.Dia tahu akan hakikat bahawa ayahnya itu adalah rakan seperniagaan dengan En.Amir,usahawan yang termahsyur di negaranya ini.Kerana itulah dirinya sering diminta meredhai segala kemenangan lelaki yang diperolehi dengan taktik yang kotor oleh budak baru itu.

Pertandingan yang lain boleh dimaafkannya tetapi pertandingan ini..Tidak!Tidak sama sekali!Betapa pertandingan ini amat penting bagi dirinya..sudah lama dia menanti-nantikan pertandingan ini,dan akhirnya ia berakhir dengan keputusan yang sama!Hatinya sakit!Jiwanya pedih sekali!

“My son..in this world we must learn to bend for people like them.Then..after that we can achive our goal..and our victory..”kata-kata ayahnya begitu mendalam sekali.Walaupun dia masih kecil ketika itu,dirinya dapat merasakan sesuatu yang mencurigakan di sebalik kata-kata ayahnya itu.Keningnya kini berkerut cuba mentafsirkan maksud sebenar kata-kata dari ayahnya itu.

“Dad,I think that you have something to tell me..”wajah Henney kini serius melihat kearah ayanhnya itu.

“Your sense is very good my son!I’m proud to be your dad!Hahahaha…”kuat sekali tawa yang dilepaskan ayahnya itu.Henney melihat ayahnya itu,tiada tanda dirinya akan turut sama berketawa dengan ayahnya itu.Wajahnya serius memandang ayahnya itu.

“I have something that can make you as a King!as a Champion..higher than the little prince Dennis..do you wanna know it? Wanna join it?”ayahnya kini berkata-kata penuh misteri,wajah lelaki itu kini menyimpan pelbagai agenda yang sukar ditafsirkan oleh minda seorang yang masih lagi bergelar kanak-kanak ketika itu.

Henney berfikir panjang…menjadi juara menandingi Dennis memang menjadi keutamaanya selama ini.Dia mahu semua pertandingan menjadi adil,berjalan lancar dengan kesaksamaan diutamakan dan tiada apa jenis diskriminasi pun terjadi diantara seorang kaya,sederhana,mahupun miskin di dalam apa jua pertandingan di dunia ini.Ya!Dia mahukan itu!

“I will submit myself to you dad.”Henney kini menunduk kepalanya separas bahunya sekali, tanda hormat dirinya pada ayahnya itu.Senyuman yang penuh dengan pelbagai agenda terpamer pada segaris bibir merah milik ayahnya itu.Dekahan tawa ayahnya bergema di setiap ruang bilik yang besar dan indah itu.Henney hanya diam dan wajahnya kelihatan begitu dingin sekali.



“Ya!(Hei),you are Henney right?”suara seorang budak lelaki kini menegur tenang Henney yang kini sedang leka menyarungkan kakinya dengan sepasang kasut bola yang berkualiti tinggi itu.Tindakan Henney terhenti,dia kini mengalihkan pandangannya melihat gerangan pemilik suara yang menegurnya sebentar tadi.

Satu nafas ditariknya panjang apabila melihat tuan punya milik suara tersebut.Dia kini tersenyum sinis.Dennis di hadapannya itu kini sedang memeluk erat piala ucapan yang dimenanginya pada pertandingan yang dilancarkan semalam.Henney memerhatikan penampilan budak lelaki tersebut.Seluar pendek dan jersi yang di tuck-in, dengan stoking yang dilipat seperti kanak-kanak perempuan itu sungguh membuatkan hatinya tertawa kelucuan kini.Henney mengeleng-gelengkan kepalanya..lucu memikirkan Dennis yang begitu bersungguh-sungguh untuk memegahkan diri di hadapannya dengan bersusah payah mengusung piala besar itu berjumpanya di stadium bola ini.

“You wanna show off that thing to me,huh?”Henney bersuara selamba sambil kembali mengikat tali kasut bolanya itu.Dennis tidak menjawab sebaliknya dia hanya memerhatikan kelakuan Henney itu.Kasut bola yang dipakai Henney dibersih-bersihkan oleh Henney dengan sehelai sapu tangan bagi membuang kotoran yang melekat pada hujung kasut tersebut.Dia malas untuk melayan budak lelaki yang bernama Dennis itu.Mungkin bila terasa letih nanti..pergilah budak itu mengusung pulang piala yang dimegahinya itu.

Henney ketika ini leka membersihkan kasut kesayangannya itu,tiba-tiba sebuah piala dihulurkan betul-betul di hadapan matanya.Henney tersentak,dia kini mengangkat wajahnya melihat kepada insan yang menghulurkan piala tersebut kepadanya.

Di sampingnya Dennis berdiri sambil menghulurkan piala yang berwarna emas itu.Sungguh Henney tidak sedar sejak bila budak lelaki itu menghampirinya, tiba-tiba sahaja sudah pun berada dekat di sampingnya.

“This trophy belong to you..you’re the only one who deserve this victory.”begitu ikhlas sekali kata-kata yang diucap Dennis kepadanya.Hampir terbeliak mata Henney kini apabila melihat Dennis yang menghulurkan piala tersebut berkata-kata dengan begitu ikhlas sekali.

“I know.Most of the trophy I’ve got is because of my father influence..is kind of frustrating..you really want to win this competition,I know that.”begitu rendah diri sekali kata-kata yang diucap oleh Dennis kepada Henney yang kini sudahpun berdiri berhadapan dengan lelaki tersebut.Dennis kini menghulurkan piala itu sambil menghadiahkan senyuman manis buat lelaki yang sangat dikaguminya itu.

Dengan teragak-agak Henney kini menyambut piala tersebut dari Dennis.Dia masih lagi memerhati wajah Dennis yang tersenyum manis kepadanya itu.Dirinya cuba mentafsirkan tentang keikhlasan pada wajah kacak itu.

“I adore your speech. It was superb, very interesting.”Dennis melahirkan kata-katanya yang lama disimpan dalam dirinya itu.Senyumannya yang manis belum lagi hilang dari bibirnya yang merah itu.

“Really?”Henney kini menyoal meminta kepastian pada kata-kata lelaki tersebut.Dennis mengangguk ceria mengiyakan kata-katanya itu.Melihat anggukan itu,bibir Henney sedikit-sedikit mempamerkan senyumnya.Dia senang bila mendengar insan lain menyukai ucapan yang sangat diusahakannya itu.

“Can..we be.. friend?”suara Dennis kini agak tersekat menyuarakan hasrat hatinya itu.Bukan dia tidak tahu kemungkinan besar lelaki itu amat membencikan dirinya yang selalu mendahului lelaki tersebut dengan pelbagai taktik kotor yang rata-ratanya langsung tidak diketahui oleh dirinya itu.

Henney memandang Dennis kini,mata budak itu memberikan keikhlasan pada setiap kata-katanya.

“My son, if you want to succeed in this world..you must learn to make a good relationship with your opponent”kata-kata penuh denan makna yang tersirat dari ayahnya kini berlegar-legar di kotak fikirannya.Henney melihat tajam kearah Dennis kini..

“Friend?..It’s my pleasure to be your friend,bro.”Henney kini menghulurkan tangannya kearah Dennis.Raut wajahnya cuba dimaniskan buat tatapan budak lelaki di hadapannya itu.Dennis menyambut girang salam persahabatan yang dihulurkan Henney itu.Sungguh dia tidak menyangka lelaki itu akan bersetuju dengan permintaannya itu.Henney tersenyum sinis apabila Dennis yang kini asyik memuji-muji cara penyampai ucapan yang diberikannya semalam.Lelaki itu kelihatan begitu riang bercerita kepadanya.

Dennis..Dennis..After this i will make sure that I will win all the competition, The winner is only me..just only me.



Henney menarik nafas panjang,majalah korporat di tangannya itu diletakkan kembali pada rak majalah berhampirannya itu.Dennis..dirinya pening memikirkan persahabatan diantaranya bersama lelaki tersebut.Semakin hari semakin dia senang bersahabat dengan lelaki tersebut.Sehinggakan dia terlupa akan agenda sebenar dirinya disebalik jalinan ikatan persahabatan di antara mereka itu.Sungguh Dennis merupakan sehabatnya yang paling memahami dirinya dan juga sahabat yang benar-benar memiliki dan memahami apa itu erti sebuah perhubungan persahabatan yang ikhlas.

Ikhlas..ikhlaskah dirinya bersahabat dengan lelaki itu?Henney bersandar pada kerusinya yang empuk..suasana restorant makanan laut itu kelihatan begitu ceria sekali dengan pelanggan-pelanggan yang tidak henti datang menjamu selera di situ.Cuma Henney..Cuma dirinya yang suram di situ..

Just give me Dynaz..and this game is over..







Masuk hari ini sudah genap seminggu dia bercuti di Pulau yang indah ini.Sungguh hari ni merupakan hari yang sangat dinanti-nantikan oleh dirinya.Dynaz tersenyum girang,sambil menyorong sebuah bagasinya menuju kearah pintu biliknya.

Hari ini mereka akan pulang, Dynaz begitu bahagia memikiri perkara tersebut.Dari semalam lagi dia sibuk mengemas pakaiannya dan barang-barangnya untuk pulang,dia tidak bertahan lagi untuk terus tinggal di sini dan sungguh dia tidak mampu lagi untuk terus berada di sini.

Dynaz kini berada di hadapan pintu biliknya,tangannya memegang lembut tombol pintu tersebut berkira untuk memulas dan membuka pintu tersebut tetapi tiba-tiba pintu itu dibuka seseorang dari luar biliknya.Dia tersentak cepat tangannya dilepaskan dari terus memegang tombol pintu tersebut.Dynaz terdiam apabila melihat Dennis di hadapannya.Mata mereka berembung,terkelu Dynaz mulutnya terkunci untuk berbicara.Dennis menarik nafas sekali dan cepat pandangannya dialihkan ke dalam bilik tersebut.Tanpa mempedulikan Dynaz dia berjalan menuju kearah almari bilik tersebut.Masih ada barangnya di situ yang perlu diambilnya.

Dynaz menghembuskan satu keluhan kecil yang hanya didengari oleh dirinya sahaja.Dirinya sedar perubahan sikap Dennis yang menjauhkan diri darinya sejak kejadian pada malam itu.Lelaki itu tidak lagi berbicara dengannya malah Dennis selalu akan menjarakkan kedudukannya apabila berada disampingnya.

Mengapa?Sungguh dia tidak mampu memikirkan sebabnya.Adakah oleh kerana tindakan beraninya yang memeluk lelaki itu membuatkan Dennis menjauhkan diri darinya?

Dynaz kini terus menyorong bagasinya keluar dari bilik yang sunyi itu.Kebisuan Dennis dan kerenggang lelaki itu jauh darinya sedikit sebanyak meninggalkan kesan di dalam hatinya itu.


Suasana di jeti pada petang itu begitu sesak sekali.Merata-rata kelihatan kelibat manusia yang sibuk dengan urusan masing-masing.Walaupun cuaca kelihatan mendung dengan angin yang bertiup kuat langsung tidak menghalang para pengunjung untuk terus membeli belah diperkarangan jeti, mengambil foto kenang-kenangan dan juga menikmati panorama di situ.

Dynaz duduk sunyi di sebuah kerusi panjang yang disediakan di situ.Langit biru yang semakin mengelap oleh awan hitam itu langsung tidak diendahkannya,pandangannya kini tepat melihat kearah Dennis yang begitu mesra berbicara dengan tiga wanita inggeris yang sebentar tadi datang bertanyakan jalan pada suaminya itu.

Entah mengapa dirinya tidak senang melihat kemesraan diantara Dennis dengan wanita-wanita tersebut.Dynaz menarik nafas panjang,dia kini mengalihkan pandangannya melihat kearah telefon bimbitnya yang berada kemas di dalam genggamannya.Dia menekan-nekan butang pada telefon itu,cuba untuk mengalihkan fikiranya dari terus memikirkan kelakuan Dennis itu.Tetapi gelak tawa dan kemesraan Dennis yang masih terdengar di pendengarannya memaksa dirinya untuk menjatuhkan pandangannya sekali lagi kearah suaminya itu.

Dynaz diam memandang Dennis,dia cuba untuk mentafsirkan perasaanya ketika ini.Sentuhan lembut salah seorang wanita yang berambut perang itu pada lengan suaminya tiba-tiba menyesakkan pernafasan Dynaz.Entah mengapa..sesungguhnya dia tidak perlu berasa sedimikian rupa.

“Sekejap sahaja masa berlalu..rasa macam nak tinggal terus di sini sahaja..”tiba-tiba suara lembut Fasha kedengaran begitu hampir dengan dirinya.Dynaz mengawal perasaanya ketika ini.Cepat dia mengubah pandangannya jauh dari melihat kearah Dennis,kini dia melihat kearah datangnya suara manja tersebut.

Kelihatan Fasha kini memegang erat lengan mamanya sambil mengambil tempat duduk berdekatan dengannya.Pn.Chae Rin yang turut duduk di situ mengangguk setuju dengan kata-kata wanita tersebut..Senyuman di bibirnya dipamerkan buat Fasha yang di senanginya itu.Dynaz melihat penuh dengan perasaan menyampah.Dirinya tidak menyangka mamanya itu mampu jatuh dalam lakonan pura-pura Fasha.Dynaz menjeling tajam apabila Fasha melihat kearahnya.Pandangannya kini dihalakan terus melihat laut biru yang terbentang luas,walaupun gelora ombak kelihatan agak ganas memukul pantai dirinya lebih berasa selesa dan lega melihat kearah laut itu berbanding melihat kearah dua insan yang semakin hari semakin menyakitkan jiwanya itu.

“Hariz mana?mama tak nampak pun dia?”Pn.Chae Rin menyoal Fasha disampingnya itu.Sedari tadi kelibat Hariz tidak kelihatan di pandangan matanya,tetapi tidak disoalnya kepada Fasha kerana sibuk dengan membeli belah di perkarangan jeti itu.

“Oh..abang Hariz tadi bertemu dengan rakan perniagaannya yang datang bercuti di sini semalam,mugkin nanti sampailah dia di jeti ni.”Fasha menjawab sambil dia membelek-belek beg kertas yang memuatkan barang-barang yang dibelinya bersama Pn.Chae Rin itu.

“Emm..Naz,tak beli apa-apa ke?”tiba-tiba Fasha menyoal ceria kearah Dynaz.Pandangan matanya yang indah ditumpukan terus pada wanita berhadapn dengannya itu.Dynaz menarik nafas dalam,dia membalas pandangan Fasha.

“Ada beli untuk kawan-kawan,tetapi tidaklah memborong..ye la ekonomi sekarang tak berapa bagus..tak eloklah asyik nak membazirkan duit suami kan?”kata-kata Dynaz sinis sekali ditujukan terus kearah Fasha yang kini kelihatan agak terkelu dengan kata-katanya itu.Senyuman di bibir Fasha kelihatan sedikit mengendur.Hatinya sungguh sakit mendengar kata-kata perli yang selamba diucapkan Dynaz.

Pn.Chae Rin yang menyedari perubahan pada suasana ceria itu cuba menjernihkan keadaan.

“Naz..lihat ni mama ada beli sesuatu untuk Naz.”Pn.Chae Rin bersuara ceria memecahkan keheningan petang diantara Dynaz dan Fasha itu.

“Simpan sahaja..Naz dah cukup membeli untuk diri Naz.”Dynaz bersuara dingin ditujukan kepada mamanya walaupun kini matanya enggan mengalihkan pandangannya dari terus melihat perubahan pada wajah Fasha dihadapannya itu.Sungguh dia sudah tidak mempedulikan perasaan mamanya itu.Seperti mana mamanya tidak mempedulikan dirinya seperti itu dia mahu mamanya terasa akan perasaannya itu.

Pn.Chae Rin tersentak mendengar kata-kata Dynaz,sungguh dia tidak menyangka Dynaz akan berkata-kata seperti itu kepadanya.Dynaz kini mengalihkan pandangannya kembali melihat kearah laut yang bergelora kuat.

Angin yang semakin kuat bertiup dan langit yang yang semakin mengelap menunjukkan cuaca yang semakin memburuk.Dalam keriuhan orang ramai yang asyik dengan urusan sendiri itu tiba-tiba bergema suara seorang pekerja lelaki melalui corong-corong pembesar suara di terminal feri tersebut yang berucap tenang meminta semuanya penumpang bersedia untuk bertolak.Hon feri berbunyi sekali,begitu kuat untuk memperingatkan para penumpang bahawa feri yang akan bertolak pada bila-bila masa lagi.

“Feri akan bertolak,cepat kemas barang.”En.Amir bersuara sambil bangun dari duduknya.Pn.Chae Rin mengangguk dan turut bangun diikuti oleh Fasha.

Angin yang begitu kuat meniup kasar ke wajah Dynaz,rambutnya yang dibiarkan mengurai itu kelihatan mengalun-alun ditiup angin laut yang semakin menggila itu.Dynaz kini mengemaskan barang-barangnya.Beg tangannya yang berwarna merah jambu itu dibukanya.Kemasan terakhir sebelum meninggalkan Pulau Jeju ini.

Tiba-tiba dahi Dynaz berkerut,wajahnya yang tenang berubah serius.Sungguh ketika ini dia berasa cemas.Berulang-ulang kali dia memeriksa beg tangannya itu.Tetapi benda yang dicarinya itu masih juga tidak ketemu.

“Ahhh..mana benda ni?”Dynaz menggigit sedikit bibirnya dengan raut yang begitu cemas.Dia cuba untuk memenangkan fikirannya supaya dirinya bisa berfikir tetapi entah mengapa fikirannya gagal berasa tenang.Dia cemas memikirkan benda yang dicarinya itu.



“Hariz tak sampai-sampai lagi..macam mana ni?”Pn.Chae Rin kelihatan risau apabila bersuara.En.Amir pula melihat-lihat sekeliling mencari-cari kelibat Hariz jika berada berdekatan situ.Semua mereka kini sudah berada di dalam feri mengambil tempat duduk masing-masing tetapi bayang Hariz tidak lagi kelihatan.Dennis hanya melihat kerisauan mama dan papanya itu,dia malas untuk bersuara.Hariz sudah besar,mengapa harus berasa risau seolah-olah lelaki itu seperti kanak-kanak yang berusia lima tahun?Dennis kini menggeleng sekali kepalanya memikirkan kelakuan mama dan papanya itu.

“Mama..tak perlu risau,Abang Hariz hantar message supaya kita pergi dulu,dia akan naik next trip je.”Fasha akhirnya bersuara tenang apabila dia menyimpan telefon bimbitnya yang berbunyi tadi.Senyuman manisnya terpamer menenangkan En.Amir dan Pn.Chae Rin yang kelihatan risau itu.

“Oh..tak apa lah kalau begitu..”Pn.Chae Rin kini bersuara tenang.Dia membalas senyuman Fasha dan duduk di sebelah wanita itu.En.Amir juga turut berasa lega apabila mendengar kata-kata Fasha itu.Sekurang-kurangnya mereka tahu Hariz berada di dalam keadaan selamat dan bukannya ditimpa kecelakaan.

BOOOONNNNN…sekali lagi hon feri berbunyi kuat,riuh rendah kelibat manusia menaiki feri dan mencari tempat duduk masing-masing.Dennis menarik nafas dalam,satu keluhan berat dilepasnya.Sungguh dia begitu benci melihat keadaan yang sesak seperti ini.

Feri kini mula bertolak membawa para penumpang yang yang rata-ratanya kelihatan begitu sibuk melihat panorama laut yang berombak garang itu.Awan hitam yang menutupi langit cerah membuatkan langit kelihatan mendung dan gelap seolah-olah hari semakin berinjak malam.Walaupun hakikatnya ketika ini jam baru menunjukkan tepat 5.30 petang.Dennis bersandar tenang di tempat duduknya,matanya dipejamkan rapat.Telefon bimbit di dalam genggamannya berbunyi menandakan message masuk tetapi tidak diendahkannya.

“Dennis,kenapa lama sangat Naz pergi toilet?”Pn.Chae Rin kini bersuara setelah lama dia mendiamkan diri.Hatinya tiba-tiba sahaja terasa pelik apabila memikirkan Dynaz yang sedari tadi tidak kelihatan di pandangan matanya.Tempat duduk wanita itu cuma dihuni bagasi milik wanita itu sejak awal lagi.

“Biarlah..nanti dia baliklah..”Dennis menjawab malas,kepalanya disandarkan pada kerusinya dan matanya masih lagi terpejam.Malas untuk terus berkata-kata dengan mamanya itu.

“Eh..lama sangat ni..mama tak sedap hati lah..”Pn.Chae Rin kini bernada serius,dia bangun dari duduknya meninjau-ninjau keadaan sekeliling mencari kelibat Dynaz.

“Dennis..pergi cari Naz.”En.Amir kini bersuara serius sambil menyentuh bahu anak lelakinya itu.Dia tidak mahu isterinya itu terus berada di dalam keadaan gelisah begitu.

“Ala pa..tak kan Dennis nak kena pergi jemput Naz di tandas kot..nanti dia balik lah”kata-kata Dennis kini agak menekan,dia bengang ketenangannya diganggu oleh mama dan papanya itu.Matanya dicelikkan dengan malasnya sekali dia kini bangun dari duduknya.

“Ok..ok..i will go and find her.Happy?”Dennis kini bekira untuk mengaturkan langkahnya pergi mencari Dynaz.Sambil itu dia membaca message baru di peti inbox pada telefon bimbitnya yang berada kemas ditangannya itu.

Sedang Dennis membaca message di telefon bimbitnya kelihatan dari jauh kelibat Fasha yang baru pulang dari tandas.Cepat Pn.Chae Rin mendapatkan Fasha.

“Sha..tadi di tandas jumpa Dynaz tak?”Pn.Chae Rin menyoal serius Fasha yang kini sudah pun berada hampir dengan tempat duduk mereka itu.Fasha mengerutkan dahinya serentak itu dia menggeleng.

“Tak ada pun..tapi mama jangan risau ye,maybe dia pergi toilet lain ke?”Fasha kini cuba menenagkan perasaan Pn.Chae Rin yang kelihatan tersentak dengan jawapannya itu.

“Honey..jangan risau sangat ok?..mari kita pergi cari dia ok?”En.Amir kini mengusap bahu isterinya yang kelihatan gelisah itu.

“Ya..betul tu..mungkin dia ada di tempat lain..mari kita cari dia sama-sama..”Fasha bersuara lembut berusaha menenangkan perasaan Pn.Chae Rin.

“Tak perlu.She’s not here.”tiba-tiba Dennis bersuara tenang,wajahnya yang serius melihat ke wajah mamanya.Raut wajah Pn.Chae Rin berkerut mendengar kata-kata Dennis yang memeranjatkan itu.Dari riak wajahnya meminta penjelasan dari anak lelakinya itu.

Dennis menarik nafas panjang dan kini dia menghulurkan telefon bimbitnya pada mamanya.Cepat Pn.Chae Rin menyambut telefon tersebut dan membaca message yang masih lagi terpampang jelas di skrin telefon bimbit tersebut.Matanya bulat membaca satu-satu patah perkataan pada message tersebut.


-Abang,Naz ada tertinggalkan sesuatu di sana.Sungguh Naz tidak akan berasa tenang jika tidak mendapatkannya kembali.Tolong jelaskan pada mama dan papa,nanti Naz pulang sendiri.-



4 comments:

Kiki Zarime said...

mst nnt naz blk wif riz kn?

ala xsuke2 ..

kalo die n riz...

juz nk die wif dennis or henney..

smbg cpt cket

keSENGALan teserlah.. said...

huhu..
dennis n dinaz masing3 da ade rse...
dennis,,npe nk troskan ur crazy plan tuh..isk2..engtjan herry nih bek,,rupenye ade udang disebalk mee..isk2..sian kat naz,cm bhn permainan lak..huhu..nk dennis ngn naz..
smbung2..

Zeni Geba said...

bg ak mmg henney ade udang dsebalik mee..
tp dia in love wit dnaz..
prob skrg smpai hati ke c henney nk kenakn KWN BAIK dia sndiri..huhu..
ape2 pn..
ak sokong dgn sape pn dnaz pilih...
go go chaiyok!!

Anonymous said...

sean nye naz klu die tau die tu juz "anak patung" je bg dennis..dennis ni, ati tu da de perasaan kt naz, npe nk aniaya naz lg?..sean la naz..
naz tertggal hadiah dak kcik yg kt pntai tu ker?

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket