Novella~My LovE 4

Wednesday, February 18, 2009

BAB 4

Asyik sekali irama mainan piano yang berkumandang di sekitaran rumahnya Pak Kassim, ketua kampung Indah Berseri.Sememangnya apabila malam merangkak ke pukul 9 malam pasti rumahnya tidak terlepas dengan keasyikan irama piano yang menguasai segenap ruang rumahnya.

Hariz yang bermain piano kelihatan sungguh asyik bermain dengan not-not di pianonya.Sesekali kelihatan dia menglihat buku not-not musik pianonya yang diletakkan terbentang luas tepat di hadapannya.Jarinya lembut menekankan segala kunci-kunci pianonya untuk menghasilkan irama yang indah.Dihayatinya bersungguh-sungguh setiap irama yang dihasilkannya.

Pak Kassim yang sedang berehat di ruang tamu rumah mereka sibuk membaca surat khabar yang tidak sempat dibacanya pada siang hari kerana terlalu sibuk dengan urusan-urusan kampung. Mak Anita, ibunya Hariz datang membawa secawan kopi susu pekat buat suaminya tercinta.

Kecantikkan Mak Anita memang tidak dapat dinafikan lagi, Mak Anita yang dahulunya berasal dari bangsa cina telah meninggalkan agamanya demi untuk mendalami agama islam.Kerana itulah Hariz kelihatan seperti campuran cina.

“Abang, ni kopi susu kegemaran abang..” diletaknya cermat secawan kopi susu yang masih panas di atas meja dihadapan suaminya. Pak Kassim tersenyum manis melihat isterinya.Mak Anita duduk berhadapan Pak Kassim sambil mendengar asyik irama mainan piano anak kesayangannya itu.Irama yang dimainkan Hariz selalu menenangkan jiwanya, malah bukan sahaja jiwanya tetapi jiwa suaminya juga.Kelembutan irama piano Hariz yang membuai-buai dan beralun merdu membuatkan setiap jiwa yang mendengarnya pasti berada dalam keadaan damai.

Pada mulanya,risau juga mereka suami isteri dengan irama yang dimainkan Hariz,mereka khuatir menganggu ketenteraman jiran-jiran mereka.Tetapi setelah jiran mereka datang kerumah dan menyatakan tentang kesenangan mereka mendengar irama piano Hariz membuatkan Pak Kassim dan Mak Anita tidak menghalang Hariz untuk terus dengan hobinya itu.Sememangnya Hariz dari kecil sudah terpikat dengan mainan piano, Ini juga mungkin kerana Mak Anita ketika remajanya gemar memainkan alat muzik tersebut.

“Hem..baguslah, si Dynaz tu pun mempunyai minat yang sama dengan anak kita tu..kalau tak, tak tahu abang macam mana nak jadi dengan rumah tangga mereka kelak..” Pak Kassim bersuara lega, matanya masih tertumpu pada bahan bacaannya.Dynaz memang gemar dengan mainan piano, selalunya pada waktu cuti sekolah dia akan datang kerumah Hariz untuk belajar bermain piano.Selain itu, mereka berdua bersama Halimah dan Yusri juga sangat berminat bermain gitar di waktu petang di panking bawah pohon jambu yang rendang dilaman rumahnya.Dia memang senang dengan kawan-kawan anak lelakinya itu.Terutama sekali bakal menantunya itu, Dynaz.Baginya Dynaz seorang budak yang rajin, selalu membantu bapanya di kebun, budaknya baik dari segi petuturan dengan orang tua-tua dan tak kurang juga cantiknya walaupun berpewatakkan seakan-akan lelaki.Dia juga selalu menasihati anak lelakinya.

“Biarlah seseorang perempuan itu sederhana, dan jangan sesekali memilih seorang perempuan yang berlebih-lebihan.”

“Dynaz?! Nita tak tahu la apa yang bagusnya budak tu..”rungut ibunya Hariz sambil mengambil pakaian yang diangkat dari jemuran petang tadi untuk dilipat.Pak Kassim yang sememangnya masak dengan perangai isterinya cuma melihat wajah kerut isterinya itu.Dari mula lagi isterinya itu tidak berapa suka dengan Dynaz, katanya budak itu tidak ada masa hadapan dan hanya akan bergantung kepada anak lelakinya sahaja apabila mereka berkahwin kelak.

“Abang hairanlah dengan awak ni Nita, apanya kurang si Dynaz tu? asalkan, anak kita suka sudahlah” lembut percakapan Pak Kassim sambil merendahkan kedudukan cermin mata sehingga tepat di batang hidungnya.Dia merenung wajah isterinya itu.

“Abang tak rasa ke mereka berdua tu muda lagi..tak kenal pun erti dunia sebenar.Macam mana nak kahwin?” Mak Anita menekan suara, tangannya masih ligat melipat satu persatu baju ahli keluarganya.

“La..kita pun dulu kahwin muda jugak kan..”Pak Kassim mula bernada gurauan untuk membuatkan hati isterinya itu kembali tenang.

“Bang, itu dulu.Ni, sekarang. Abang kan tahu macam mana susahnya nak hidup sekarang ni” selamba Mak Anita memangkah suaminya.

“Nita ni bukannya apa, cuma tak nak lihat anak kita tu hidup dalam kesusahan saja” luah Mak Anita, dia teringatkan kisah Hariz yang menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran di universiti semata-mata ingin menunaikan janjinya untuk meminang Dynaz jika mendapat keputusan yang cemerlang di dalam Sijil Peperiksaan Malaysia nya.

Hampir tidak percaya, Mak Anita apabila melihat anaknya menolak mentah-mentah borang tawaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.Sebaliknya Hariz cuma melanjutkan pelajarannya di tingkatan 6.Sakit benar hatinya dengan Dynaz yang telah membuatkan anaknya menolak tawaran tersebut,tetapi dia harus merestui juga keputusan anaknya itu kerana Hariz betul-betul sudah membuat keputusan. Selalunya jika anaknya itu sudah membuat keputusan, mereka suami isteri tidak boleh membantah ia samalah seperti keputusan yang muktamad.Bagaimana cara pun dia lakukan untuk memujuk anaknya itu pasti tidak menjadi.Hariz sangat tegas dalam membuat keputusan.Mengingatkan pulak tentang hari pernikahan anaknya itu setelah tamat dan mendapat keputusan peperiksaan STPM, membuatkan dirinya lagi bertambah pening kepala.Bagaimana jikalau datang tawaran lagi untuk Hariz menyambung pelajaran adakah akan ditolaknya lagi?Semata-mata ingin meneruskan perlangsungan hari pernikahannya bersama Dynaz.

Kalau Hariz tetap menolak tawaran yang akan datang, dikhuatirinya Hariz hanya akan menjadi budak kampung sahaja yang tiada hala tuju kehidupan.Walaupun kebenarannya Hariz merupakan budak yang bijak dan mampu untuk mendapatkan taraf kehidupan yang lebih baik dari di kampung.

“Nita..kalau kahwin pun ada rezekinya.Biarkanlah Hariz dengan pilihanya.Lagipun anak kita tu sudah besar” Pak Kassim cuba menasihati isterinya yang sememangnya tidak berpuas hati dengan soal pertunangan diantara anaknya dengan Dynaz anak dara Pak Rahim.

“Oh..abang sukalah Hariz tu nanti tiada masa depan? Tepuruk je dalam kampung ni?”soal Mak Anita memandang tepat ke wajah suaminya.Sakit hatinya apabila suaminya seperti tidak memikirkan tentang masa hadapan anak lelaki mereka.Pak Kassim tidak terkata apa-apa, dia cuma mendiamkan diri tetapi matanya tepat memandang isterinya.Tidak disangka sampai begitu sekali tanggapan isterinya itu terhadap masa hadapan anak lelaki mereka, Hariz.

“Wow, rancak bersembang..” tiba-tiba Hariz memecahkan kesepian diantara Pak Kassim dan Mak Anita.Lalu, mereka berdua berpaling dan membuat kerja masing-masing mak Anita dengan melipat baju dan Pak Kassim membaca surat khabar.

“Ish, tak adil la macam ni..tadi dari jauh Hariz tengok mak abah rancak je sembang.Bila Hariz datang je terus diam. Kenapa ni?” Hariz mengambil tempat duduk di sofa bersebelahan bapanya.

“Tak adalah rancak sangat Hariz, cuma bersembang biasa-biasa saja..” Bapanya cuba berselindung dari mengutarakan perkara yang sebenar bagi tidak memanjangkan lagi perselisihan faham.Mak Anita yang mendengar cuma bermasam wajah, dijeling matanya tidak mahu melihat kearah suaminya itu.

Hariz yang menyedari tentang sesuatu yang tidak kena antara ibu dan bapanya mula menunjukkan mimik wajah kehairanan.

“Ni, mak nak tanya Hariz.Boleh tak?” ibunya mula bersuara tetapi wajahnya tidak dilihat kearah anaknya cuma melihat kebaju-baju yang perlu dilipatnya.Pak Kassim mula berdehem kecil kepada isterinya menandakan supaya tidak mengungkitkan lagi kisah sebentar tadi.

“Nanti Hariz habis periksa, kalau ada tawaran belajar nak tolak lagi ke?”Ternyata Mak Anita tidak mengendahkan larangan suaminya.Dia mula memberhentikan kerjanya dan merenung tepat kearah anak mata anaknya itu.Hariz terdiam, mengertilah dia kini bahawa tentang topik perbincangan antara ibu dan bapanya itu.Hariz mengukirkan senyuman, dia sememangnya sudah tahu ibunya pasti akan bertanyakan tentang soalan ini, dan dia juga sudah pun bersedia untuk memberikan jawapannya kepada ibunya.

“Mak, Hariz dah buat keputusan.Hariz akan berkahwin dengan Dynaz dan juga menyambungkan pelajaran”masih ada segaris senyuman dibibir Hariz apabila menyampaikan keputusannya.Pak Kassim melihat kearah anaknya, dirinya tidak menunjukkan sebarang reaksi terkejut.Sememangnya itulah keputusan yang terbaik untuk anaknya itu.

“Apa?! nak buat kedua-duanya sekali? Hariz ingat senang ke? Hariz nak belajar, lagi nak kena jaga isteri.Dimana Hariz nak dapat duit untuk jaga si Dynaz tu?” Mak Anita sudah berang dengan keputusan anaknya itu, dia melulu kearah Hariz.

“Mak, Hariz akan bekerja sambil belajar.” Hariz bersuara tenang sambil tepat memandang ibunya supaya memahami akan keputusan yang dibuatnya.

“Tak.Tak! mak tak setuju! Mak tak rela lihat anak mak susah..mak tak rela..”mengalir titisan air mata dikelopak mata ibunya.Sedari akan perkara tersebut, cepat Hariz mengusap pipi ibunya itu daripada dicemari air mata yang membawa erti kesedihan itu.

“Mak,janganlah macam ni..Hariz dah aturkan segalanya.Tentang kerja tu pakcik Talib dah aturkan segalanya kepada Hariz.Mak jangan risau ye..”lembut suara Hariz sambil memeluk erat ibunya itu. Dia senyum terharu memikirkan ibunya yang sangat mengambil berat akan dirinya itu.

Pak Kassim menarik nafas dalam, dia tahu Hariz seorang anak yang tidak akan membuat keputusan yang melulu-lulu.Hariz seorang anak yang bertanggung jawab,segala keputusan yang dibuatnya pasti sudah difikirnya baik-baik dan tentu dia sudah merancangnya segala rancangannya dengan teliti.Itulah sebab Hariz kelihatan begitu yakin dengan segala keputusan yang disampainya tadi.


Hariz merehatkan badannya diatas katil.Tilam yang begitu empuk membuatkan dirinya berasa tenang, nyaman, dan selesa.Sesekali dirinya mengeliat panjang bagi melepaskan segala kepenatannya seharian suntuk.Tugasnya sebagai ketua pelajar betul-betul membuatkan dia begitu sibuk dan kadang kala masa untuk dirinya sendiri perlu dikorbankan untuk memberi segala komitmen kepada jawatannya itu.Keadaan yang aman damai itu tiba-tiba mengingatkannya tentang satu kejadian yang telah lama berlalu.Ketika pertama kali dia mendengar bahawa Dynaz kawan baiknya itu sebenarnya amat menyukainya.

Hariz mengangkat lengan kirinya dan diletakkan menutup sepenuhnya matanya, dia tersenyum manis menampakan kekacakkan wajahnya yang tiada tolok bandingannya.

“Aku ni sebenarnya,malas nak masuk campur hubungan korang…tapi tu lah aku terpaksa cakap jugak” puas hati Halimah setelah selesai meluahkan segala rahsia selama ini bahawa Dynaz sangat menyintai Hariz.Terbeliak mata Hariz apabila mendengar semua itu, dengupan jantungnya seakan-akan muncul dengan bunga-bungaan riang. Tetapi dia cuba menenangkan perasaannya supaya tidak jelas kelihatan.

“Limah, biar betul apa yang kau cakap ni?” Hariz seperti tidak mempercayai segala percakapan kawan baiknya itu.Dirinya tidak memberikan apa-apa reaksi, masih dengan lagaknya yang tidak menunjukkan sebarang tanda kegembiraan.Tetapi lain pula dihatinya, berita itu disambut riang dengan bunga-bunga cinta.Halimah hanya mengangguk, dia sudah tidak tahan lagi untuk menyimpan segala rahsia ini..hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun tapi Dynaz masih lagi dengan perangainya yang tidak berani untuk meluahkan segala isi hatinya pada Hariz.Jadi dia sanggup mengambil langkah berani mati ini untuk memberitahu kebenaran ini kepada Hariz.

“Maafkan aku Dynaz..aku buat semua ni nak tolong kau…untuk kebaikan kau..”

bisik Halimah diam di benak hatinya.

Pulang sahaja Hariz kerumah, langkahnya mula tidak keruan dirinya tersenyum tanpa henti-henti.Diraup wajahnya berkali-kali,cuba untuk menenangkan fikirannya.Tetapi perkara yang didengarinya tadi masih lagi bermain-main difikirannya, dan sekali lagi dirinya mula terasa berada diawang-awangan.Senyuman manisnya tidak dapat ditahan lagi.

Pak Kassim, ayah Hariz menggeleng-geleng kepala melihat anak teruna tunggalnya itu.Dilihatnya, sejak pulang dari sekolah lagi Hariz tidak henti-henti senyumnya, dan sekarang masih lagi tersenyum di anjung rumah.

“Hairan betul selalunya waktu ni melekatlah si Hariz tu dengan piano kesayangannya tu..”muncung mulut Pak Kassim menunjukkan piano kesayangan Hariz yang tidak berpenghuni malam ini.

Ala..biarkanlah, nak ubah angin kot” Mak Anita senyum sambil matanya asyik melihat ke kaca television menonton rancangan kegemarannya.

“Berubah angin pun tak akan sampai tersenyum sorang-sorang sejak balik sekolah lagi” Pak Kassim bersuara, menggeleng-geleng kepalanya sambil berlalu masuk kedalam kamar tidur.Mak Anita mengerutkan dahinya apabila mendengar percakapan suaminya itu.Serta merta dia menoleh pandangannya kearah anak lelakinya itu.Memang sungguh Hariz masih tersenyum di anjung rumah.Hati ibunya mula mengisyaratkan sesuatu petanda yang tidak baik akan berlaku.Direnung anaknya itu dengan kegusaran yang terpancar diwajahnya.

Hariz mengalihkan badannya kesebelah kiri pembaringannya.Senyumannya terhenti.Segala kenangan indah masa lalu mati serta merta apabila dia teringatkan tentang karenah ibunya itu.Sekejap-sekejap dia menarik tali lampu tidurnya yang terletak diatas meja kecil bersebelahan katilnya, sebentar lampunya itu terbuka dan sebentar lampunya itu tertutup.Sengaja dia berbuat begitu, mindanya masih penuh dengan mengingatkan segala bantahan ibunya.

Sebentar tadi, ibunya menyuarakan ketidakpuasan tentang tarikh perkahwinannya bersama Dynaz.Memang dirinya sudah membuat keputusan untuk menikahi Dynaz setelah dia mendapat keputusan peperiksaan STPM nya nanti.Dirinya tidak mahu membiarkan Dynaz lama menunggu, dikhuatiri akan menimbulkan buah mulut orang kampung.

Hariz mengalihkan badannya kesebelah kanan sisinya pula, dia masih tidak boleh untuk melupakan segala percakapan ibunya sebentar tadi.Sesungguhnya dirinya sangat menyenangi sikap yang ada pada Dynaz, peramah, baik hati, hormat orang tua dan senang berbawa bersembang.Cuma satu sahaja sikap cepat panas barannya, tetapi Hariz percaya dirinya mampu mengubah Dynaz supaya lebih banyak bersabar.Dirinya yakin tentang itu.

Hariz sedar ibunya itu memang tidak berapa berkenan dengan pilihan hatinya, tetapi dirinya tidak boleh berbuat apa-apa..hatinya menyukai Dynaz dan dia tidak boleh menolak hakikat tersebut.

“Hariz, tak ada ke perempuan yang elok sikit kau nak buat teman?” berkerut dahi ibunya apabila dia menberitahu ibunya tentang wanita pilihannya.

“Mak, Hariz suka Dynaz..lagipun kami dah berkawan dari kecil lagi.” Hariz menerangkan kepada ibunya.Tepat anak matanya memandang ibunya supaya ibunya itu memahami dirinya itu.Ibunya mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak bersetuju dengan pilihan Hariz.Dia terkejut besar bila mendengar anaknya itu membuat keputusan ingin meminang Dynaz.

“Mak tak setuju Hariz, kalau kau nak mak masuk meminang Dynaz untuk kau mak tak akan buat.”Mak Anita bersuara bukan dengan nada yang tinggi tetapi dengan nada yang hanya mendatar, bunyinya seakan-akan merajuk dengan keputusan anaknya itu.Hariz yang menyedari kekeruhan air wajah ibunya itu segera melangkah kearah ibunya itu.Dia memegang lembut pipi ibunya dengan kedua-dua belah tangannya.Mak Anita melihat tepat kearah anak mata anaknya.Air jernih mula membasahi kelopak matanya, cepat Hariz mengesat air jernihan itu sambil mengusap-gusap pipi ibunya.Dirinya memberikan segaris senyuman untuk menenangkan hati ibunya itu.Mak Anita memegang kedua-dua tangan Hariz yang masih hinggap di pipinya.

“Hariz, dengar cakap mak ya..”Mak Anita tidak putus memujuk anak lelakinya itu.Hariz tidak bersuara apa-apa.Senyuman masih dibibirnya.

“Kalau Hariz nak pinang pun pilihlah perempuan macam Fasha ke..yang tu mak setuju.” Mak Anita bersuara lagi.Tersentak Hariz mendengar akan nama yang disebut ibunya itu.Secara spontan dirinya menarik kedua-dua tangannya dari pipi lembut ibunya itu.Dia menelan liur membasahkan tekaknya yang kering, kelihatan urat tegang diwajahnya.Dia tidak melihat ibunya malah hanya melihat tepat kearah lantai.Segala memori lepas bermain diminda.Sungguh dirinya tidak tahu mengapa nama itu sungguh membuatkan jiwanya tidak keruan dan didalam kekacauan.Hariz menjauhkan badannya dari ibunya.Ibunya mengerutkan wajah kehairanan dengan perubahan sikap anaknya itu.Hariz menarik nafas dalam wajahnya masih tegang tidak berubah.

“Hariz sudah buat keputusan, harap mak faham.” Ringkas Hariz bersuara dan terus berlalu masuk kedalam biliknya tanpa melihat kearah ibunya.Ibunya hanya melihat kelibat Hariz yang makin menghilang dengan wajah yang kehairanan.

Hariz masih tidak dapat melelapkan matanya, semasa dia memasuki biliknya tadi penat sungguh badannya terasa dan dia sendiri tidak sabar-sabar untuk merehatkan matanya dan badanya.Tetapi apabila satu persatu kenangan lampau menerjah masuk kedalam kotak fikirannya, penat mengantuk semuanya hilang.

“Fasha..Fasha..”tiba-tiba sahaja dia tersebut nama itu, setelah kenangan lampau dia bersama ibunya ketika dirinya menyuarakan untuk meminang Dynaz bermain di fikirannya.Ibunya itu menyuarakan rela untuk bermenantukan Fasha daripada pilihan hatinya Dynaz.Tiba-tiba Hariz bertanya-tanya didalam hatinya, Sungguhkah dia dapat melupakan sepenuhnya Fasha didalam hatinya?Mengapa jiwanya masih tersentuh ketika mendengar nama itu?Benarkah dirinya mencintai Dynaz sesungguh hatinya? Lama Hariz termenung melihat keatas siling rumahnya.

“Astagafirullahalazim..apa yang aku fikirkan ni.”Hariz beristigfar berkali-kali mengingatkan apa yang dirinya fikirkan sebentar tadi.

“Mestilah aku cintakan Dynaz! Dia bakal isteri aku!” tegas Hariz didalam hatinya.

“Aku akan buangkan segala kenangan Fasha dalam hati ni” tekad Hariz memegang dadanya. Pasti! aku boleh lakukan..

3 comments:

Nancy Edison said...

plot semakin menarik. nak tahu apa yang terjadi antara Hariz dengan Fasha. Ada kesilapan ejaan. Masih boleh diperbaiki lagi.

Zeni Geba said...

Not d big problem la wit that ejaan..
janji ur story still boleh difahami n gempak jer..

Suka u combine malaysia wit Korea.
Chaiyok3

~Siti Fatimah~ said...

huhuhu....terasa ade komplot dlm citer ni..

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket