Novella~My LovE (Prolog)

Wednesday, February 18, 2009

PROLOG


Darah yang mengalir di dahinya tidak diendahkannya,apa yang penting dirinya harus melakukan perkara yang akan menentukan pengakhiran kisah hidupnya ini.Harus!

Dalam keadaan yang berpinar-pinar Dynaz berusaha untuk meneruskan perjalanannya itu meredah kepekatan malam di dalam salji yang tebal itu.Keadaan dirinya yang lemah tidak dipedulikannya,kesejukkan cuaca yang menggila menyucuk hingga ke tulang putihnya menambahkan kegigilan yang sedia ada pada dirinya.Angin kuat yang meniup salji yang berterbangan menampar kuat ke wajahnya dan mencair di pipinya menjadi cairan yang dingin sedingin perasaanya ketika ini.


“Please..please..don’t do that..I beg..please..”kata-kata yang seumpama rayuan itu kuat bergema di dalam hatinya.Sungguh dirinya tidak dapat untuk terus menenangkan perasaanya kali ini.Apa yang mampu dirinya lakukan adalah hanya dengan berharap dirinya tidak terlambat untuk menghalang segala-galanya.


Kakinya yang semakin lemah menghadkan langkahnya di dalam timbunan salji yang tebal itu,perasaannya yang berdebar kuat menambahkan lagi kegusaran di dalam hatinya kini.Darah yang semakin mengalir jatuh menitis mengotori dan meninggalkan kesan pekat merah pada salji yang putih bersih itu.Kandungannya yang semakin membesar di perutnya itu dipegang erat oleh kedua-dua tangannya itu semasa dirinya mengumpulkan segala tenaganya untuk meneruskan perjalananya yang harus dilakukannya itu.




“Andwey (Tidak)!!!!”jeritan lantang Dynaz kedengaran kuat di dalam sebuah rumah besar yang terletak jauh di dalam kawasan hutan itu.Dirinya kini bersungguh-sungguh mengumpul segala tenaga yang masih berbaki pada dirinya berlari ke arah lelaki yang kini terbaring lemah berlumuran darah pekat di atas lantai kepingan kayu itu.Sungguh dirinya tidak menyangka perjalanannya merentasi salji yang menggila sebentar tadi akan membawa dirinya menyaksikan kejadian yang mengejutkan ini.


“Dennis..please..hold on..”suara Dynaz yang terketar-ketar mengalirkan air matanya yang tiada henti,jangtungnya kini berdegup kencang,dirinya takut,dirinya gentar akan kehilangan insan yang kini kemas di dalam pangkuanya ini.
“Naz..N.az..mia.ne (maaf)..”terketar-ketar suara Dennis di pendengaran Dynaz, lelaki itu masih mampu lagi menghadiahkan segaris senyuman buat wanita yang kini memegang erat wajahnya.Ya..senyuman yang masih manis,senyuman dari bibir sempurna itu yang sentiasa membawa debaran di hati wanita tersebut.
“Andwey..Yong Jun..jangan..please..”Dynaz kini merayu semahu-mahunya terhadap seorang lelaki yang kini mengacu kemas sepucuk pistol tepat kearah tempatnya yang memangku kemas lelaki yang bernama Dennis itu.
“One down..at last..”dingin sekali suara yang dituturkan Yong Jun,dirinya masih kemas memegang sepucuk pistol yang menghala tepat kearah sepasang pasangan yang berada tidak beberapa tapak jauh dari dirinya itu.
“Please..jangan lakukan semua ini..Naz rayu..kita boleh ubah segalanya..all will be okay..please..Dynaz merayu kepada Yong Jun sambil dirinya memeluk erat tubuh Dennis yang semakin lemah bernafas di dalam pelukannya itu.Darah yang mengalir pantas dari dada lelaki itu mengotori baju yang dipakai Dennis.
“Tak ada apa yang akan berubah..please go away, I’ll finish him.”pandangan Yong Jun yang tajam memuatkan segala keperitan dan kesengsaraan hidupnya selama ini.Kepahitan,kesedihan,kepiluan segalanya terpancar pada sepasang mata yang indah itu.Dynaz kini menggeleng laju,air matanya yang masih mengalir laju mempertahankan Dennis di dalam pangkuannya.Dynaz tidak berganjak walaupun seinci membuatkan ketegangan di wajah Yong Jun semakin terserlah.Betapa dirinya membenci Dennis yang memperolehi segala-galanya.Sungguh hatinya sakit melihat Dennis dipertahankan sedemikian rupa.Genggamannya pada pistolnya dieratkan lagi menambahkan keyakinannya untuk menghapuskan lelaki di hadapannya itu.


DAM!!!Tiba-tiba pintu rumah besar itu ditendang kuat oleh seseorang.Bunyi detuman yang kuat itu menarik perhatian Yong jun,Dynaz tersentak dirinya memandang terus kepada kelibat yang kini berdiri di hadapan pintu tersebut.



“Naz!!are you okay?”suara Hariz cemas sekali apabila melihat suasana ngeri di dalam rumah tersebut.Di belakang Hariz, seorang lelaki yang bernama Henney muncul menerpa dengan wajahnya yang kekejutan.Dirinya tersentak melihat keadaan Dynaz yang kini memangku kemas tubuh Dennis yang semakin lemah.
“HAHAHA..semuanya berkumpul di sini.Bagus!So I will decide who will be the first to die.”senyuman di bibir Yong Jun sinis sekali,kini halaan pistol Yong Jun terus kearah Hariz yang kini memandang tepat kearah dirinya.
“Yong Jun..bawa bertenang,please..”Henney kini cuba bersuara tenang untuk menyedarkan lelaki itu.Dirinya juga cemas dengan apa yang terjadi,kesan luka pada bibirnya dan rahangnya masih jelas kelihatan pada wajahnya yang kacak itu.
“Hariz..you’re the one who broken her heart right?”Yong Jun tidak mempedulikan kata-kata Henney,dirinya lebih berminat dengan lelaki yang segak berpakaian kemas jacket labuh yang berwarna coklat itu.Pandangannya dibalas tajam oleh Hariz.
“Ok man..it’s time to die.”tekad sekali Yong Jun berkata-kata sambil dirinya kini mengenggam erat pistolnya yang dihalakan kearah lelaki tersebut.Picu pistol ditekannya serentak mengeluarkan sebutir peluru yang kini tepat meluru kearah lelaki yang bernama Hariz itu.BANG!!!Jeritan kedengaran dan…..



“DYNAZZZ!!!!”jeritan nyaring dari Henney menerpa masuk ke gegendang telinga Yong Jun.Dirinya tersentak,pistol di genggamannya kini longgar.Dirinya tidak menyangka,dirinya tidak menduga kejadian yang terjadi di hapapan matanya kini.
“Naz!!!why you doing this?!”Hariz kini memegang erat tubuh Dynaz yang melindungi dirinya dari tembakan yang dilepaskan Yong Jun.Darah pekat memerah yang mengalir terus dari dadanya Dynaz menjadi saksi pengorbanan dirinya yang sanggup menerima peluru yang menembus masuk terus ke dadanya itu.Tanggisan Hariz kini tidak dapat dibendung lagi.Satu-satunya wanita yang dicintainya kini semakin lemah bernafas di dalam pelukannya.Henney kini bergegas kearah Dynaz,wajahnya cemas memikirkan nasib wanita yang dikasihinya itu.Jantungnya berdebar kuat,tidak rela dirinya memikirkan hakikat kehilangan wanita itu.
“Naz…Naz..Naz..”Dennis bersuara lemah,dirinya kini menduga sesuatu terjadi apabila Dynaz sebentar tadi meninggalkan dirinya.Tanpa memikirkan keadaan dirinya yang semakin parah itu,Dennis menguatkan segala tenaga yang berbaki pada dirinya untuk menghampiri wanita yang amat disayanginya itu.Perjalanannya lemah melihat kearah wanita yang kelemahan berlumuran darah yang mengalir pekat itu.


Yong Jun terkesima,dengan spontan dirinya kini berlari mendapatkan tubuh kecil wanita yang diagungkannya itu.
“Miane (maaf)..miane..”cemas dan penuh penyesalan sekali kata-kata Yong Jun ketika dirinya melihat terus kearah wanita dipangku kemas oleh Hariz itu.Sungguh dirinya kini tidak dapat menanggung penyesalan dan kesedihan yang memburu masuk ke dalam dirinya itu.
Dynaz melihat sekelilingnya..satu-satu wajah kesayangannya berada dekat berhampirannya.Dennis..Henney..Yong Jun..dan Hariz..Ya,semuanya di situ melihat cemas dan risau kearah dirinya.Wajah-wajah yang begitu kasih dan sayang kepada dirinya.Genggaman tangannya erat memegang kandungannya yang amat disayanginya itu.Satu-satunya benih bukti percintaannya.
Dirinya kini yang semakin tidak berdaya menahan kesakitan yang semakin menjalar ke seluruh tubuhnya itu.Nafasnya kini semakin sesak,dadanya kini berombak kencang seakan-akan gelora di lautan.Pegangan jemarinya semakin melonggar..dirinya kini pasrah dengan ketentuan tuhan pada takdir hidupnya kini…


“Sa.ra.ng..hae..sar.ang..hae.yo..(I Love U)”kata-kata Dynaz terketar-ketar di bibirnya.Suaranya kini berlalu dibawa angin bertiup kuat sekuat tiupan salji di luar rumah besar tersebut yang membawa segala memori indah tentang lelaki-lelaki yang pernah hadir dan bertaktha di dalam hatinya itu.



9 comments:

Unknown said...

wah! saspen ni!

Nancy Edison said...

permulaan yang bagus. menarik untuk diikuti sambungannya...

Zeni Geba said...

Yup, very suspen..
i like!
the song really suit wit this story..

for Kanafee keep up the good work
ya;)

ceritaku MEMORIKU said...

perghhh.
awal2 dh suspen.
suke2
-na'dz

::cHeeSeCaKe:: said...

pergh..
bestla..
tp xnkla naz mati..
nk die hidup..!

dina said...

terkesima....

kamu penulis yang bagus! Sangat bagus sebenarnya!

bidadari cinta said...

wah...suspen...first time masuk blog ni..
rase mmg nk ikuti citer ni..

Anonymous said...

wow!
bru 1st time bce nie.
prolog yew pon da best.
x saba nk tgok next chapter.
chayok =.=

~Siti Fatimah~ said...

Huhu..suspennye..mgg nak baca lagi la..hehe..anyway..salam perkenalan.. :)

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket