Novella~My LovE 20

Thursday, April 2, 2009

BAB 20

Gambar-gambar mesra diantara Henney dan Dynaz kini dilihat Dennis satu persatu.Senyumannya terpamer di bibirnya yang sempurna itu.Dirinya puas dengan gambar-gambar tersebut.Masih awal lagi untuk dirinya membongkarkan hubungan ‘istimewa’ ini kepada kedua orang tuannya itu,masih ada lagi yang dirancangnya yang akan menanti tiba tidak lama lagi.Dirinya yakin jika segalanya berjalan mengikut rancangannya pasti dialah yang akan menjadi raja di dalam permainan ini.Permainan yang sangat dinikmatinya.Segalanya pasti akan tiba..saat dimana segala akan memihak kepadanya..saat dimana dirinya mengecapi erti kepuasaan yang sebenar-benarnya.

Kepuasan?..Tiba-tiba riak wajahnya bertukar, jantungnya berdegup kencang membuatkan debaran dadanya berdebar pantas.Ketika ini wajah lemah Dynaz yang dikotori kesan lebam dan calar akibat kejadian yang tidak diundang beberapa minggu lalu bermain di matanya, seakan suatu perasaan menikam di jiwanya ketika ini.

Dirinya sedar betapa cemas sekali dia apabila mendapat khabar tentang kejadian itu dari rakannya Henney.Tanpa berlengah dengan cepat dia menempah penerbangan pulang ke Korea untuk melihat keadaan isterinya itu.Tidak dapat disangkal betapa risau dan gelisahnya perasaannya ketika itu.

Apabila melihat wajah lembut itu yang terbaring kelemahan dan kelesuan di atas katil membuatkan dia diserang kepiluan..Kesan calar dan lebam pada rahang dan wajah Dynaz benar-benar menikam jiwa dan jantungnya.Dirinya terasa seperti disiat-siat sesuatu..tiba-tiba sahaja amarahnya menggila.SIAL mana yang sanggup lakukan semua ini?!!

Entah mengapa hari itu dirinya mengamuk sakan dengan pihak pengurusan Count Blue Oriental.Semua pekerja bahagian keselamatan yang bertugas pada malam kejadian itu semuanya menerima habuan maki hamunnya.Tidak kurang juga yang terpaksa diberhentikan tugasnya oleh arahan Dennis yang sememangnya bengang dengan kecuaian pihak hotel tersebut.

Wajah Dennis kini tegang tiada sekelumit pun senyuman yang menghiasi rautnya yang kacak itu..sesekali dirinya meraup wajahnya sambil bersandar di kerusi di sudut tempat kerjanya itu.Ahhh..mengapa aku perlu fikirkan semua itu? Yang penting sekarang ialah rancangan aku! My Plan!

Mengapa aku begitu cemas dan gelisah pada hari itu? Kini debaran di dadanya semakin berdebar pantas. Tak! Tidak! Kegelisahan aku pada hari tersebut adalah kerana aku bimbang jika sesuatu terjadi pada Dynaz mungkin menyebabkan rancangan sempurna aku ini akan terkubur selama-lamanya.Ya, aku risau akan rancangan aku.Ya! rancangan aku..bukannya wanita itu.Dennis kini membelek-belek gambar mesra isterinya bersama Henney itu.Senyuman manisnya mula menghiasi bibirnya.Plan yang diaturnya sebelum ini semakin menampakkan jalannya..Senyumannya masih menghiasi bibir sempurnanya itu.

“Sudah siap..”Dynaz bersuara rendah,ketika dirinya berdiri berdepan dengan suaminya yang leka di meja kerjanya.Dennis kini melihat terus kearah Dynaz,kepingan gambar di tangannya dipegangnya sambil tersenyum indah.Dynaz mengerutkan dahinya,dia hairan dengan senyuman suaminya itu.Setahu dirinya suaminya itu tidak mungkin memberikan senyuman yang indah kepadanya jika tidak berada di hadapan orang luar.

“Good!Now kita bertolak.”Dennis menyimpankan gambar-gambar tersebut di dalam sebuah laci di meja kerjanya.Dia kini berjalan menuju kearah isterinya itu,sehelai jacket labuh berwarna coklat cair disarungnya sebelum dirinya berjalan terus kearah pintu lift rumah mereka.Dynaz mengikut Dennis dari belakang.Dia tahu suaminya itu akan menghantarnya ke salon yang sering dikunjunginya apabila suaminya itu perlu membawanya menghadiri majlis-majlis keraian.Seperti malam ini,mereka akan menghadiri sebuah majlis yang agak formal.Kemana?Dynaz malas mahu bertanya kepada Dennis kerana jika ditanya pun lelaki itu pasti tidak akan menjawab,dan akhir sekali mahu atau tidak dirinya pasti akan dipaksa juga pergi.

Mama dan papa turut serta menghadiri majlis tersebut membuatkan diri Dynaz berasa tenang.Setidaknya dia tahu bahawa majlis yang akan dihadirinya ini bukanlah sebuah majlis liar yang hanya akan dihadiri anak-anak muda yang gila mengejar kerancakkan kehidupan di kota ini.

Tiba-tiba fikiran Dynaz teringatkan papanya,dirinya kini mengimbas semula peristiwa dimana berlaku di dalam bilik bacaan milik keluarga suaminya itu.Segala kenangan dan memori silam papanya kini terbentang dihadapan matanya seolah-olah dia kini sedang menonton pita filem yang tiada titik penamatnya.


“Papa kenal dengan Hye Jun lagi awal dari papa kenal mama kamu.”kata-kata En.Amir pada Dynaz pada pagi itu benar-benar menyentakkan jantung Dynaz.Tiba-tiba sahaja dirinya berhenti menolak kerusi roda yang diduduki papanya itu.Udara segar di taman yang luas milik keluarga itu terasa dingin sekali meniup kearah Dynaz kala ini.Kunci laci yang diberikannya kepada papanya sebentar tadi itu bukanlah sebagai tanda yang dia ingin memaksa papanya itu menceritakan perkara sebenarnya kepadanya.Dia tetap menghormati papanya itu jika lelaki itu ingin merahsiakan segala-galanya tentang perkara itu.

“Kisah percintaan kami sungguh indah sekali,segalanya begitu sempurna,papa bahagia sekali ketika itu,tiada apa di dunia ini yang boleh mengambarkan betapa senangnya perasaan papa ketika itu.”En.Amir tersenyum manis menampakkan kekacakkan wajahnya yang masih lagi kekal walaupun usianya kini semakin meningkat seiring perubahan masa.Dynaz kini menarik nafas dalam..dirinya kini berjalan berhadapan papanya itu.Tangan lembut papanya diusapnya erat sekali,dia menghadiahkan senyuman manisnya kepada lelaki itu.

“Hye Jun cantik sekali pa..”kata-kata Dynaz tulus sekali,senyuman manisnya yang dihadiahkan jujur buat papanya itu disambut baik oleh lelaki itu.En.Amir mengangguk-angguk setuju dengan kata-kata Dynaz.Senyuman di bibirnya mengambarkan betapa dirinya merindui kekasih hatinya itu.

“Tapi..segalanya musnah..ketamakkan papa membawa kepada kemusnahan cinta kami.”kini En.Amir menghembus nafas panjang,wajah lelaki itu kini penuh dengan penyesalan yang cuba disembunyikan dari pandangan menantunya itu.Raut wajah Dynaz kini lembut sekali,dirinya memegang erat tangan papanya itu seolah-olah memberi kata-kata semangat buat lelaki yang kini hampir ditenggelami kisah silamnya yang mengguris perasaan itu.

“Papa terlalu kejarkan kesempurnaan hidup..tinggalkan Hye Jun dan bertemu wanita sempurna Chae Rin,di bandar ini.”kata-kata papanya kini benar-benar menusuk ke jantung Dynaz,dirinya kini terkaku.Angin yang lembut bertiup kearah mereka dirasakan seperti ribut yang melanda jiwanya kala ini.Nafas Dynaz naik turun,dia kini mengenangkan kisah lampau yang dilaluinya.Sungguh dirinya dapat merasakan betapa tersiksa dan sengsaranya Hye Jun yang menanti kekasih hatinya tanpa mengetahui jalan kesudahannya.Penantian yang sungguh menyiksakan penantian tiada jalan pastinya.

-Sayang tetap akan menunggu abang walaupun segala yang berlaku memisahkan perhubungan kasih sayang ini..-

Coretan isi kandungan surat yang dibaca Dynaz di dalam bilik bacaan semalam terbayang-bayang dimatanya kini.Satu perasaan penuh meruntun jiwa kini meresap keseluruh sanubarinya,sungguh dirinya dapat merasai perasaan wanita tersebut.Air mata Dynaz yang mula bergenangan dimatanya dikesatnya pantas.Dia tidak mahu papanya itu menyedari gelodak perasaanya ketika ini.

En.Amir kini melihat jauh ke langit yang membiru,wajahnya yang sayu dan sepi itu mengambarkan betapa dia kini amat merindui kenangan lampau yang mungkin tidak mampu untuk dia mengulanginya kembali.

“Pa..siapa Yon Jun?”diri Dynaz kini benar-benar dikuasai perasaan ingin tahu,dirinya tidak dapat menahan perasaannya dari bertanyakan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Yon Jun itu.Lama En.Amir merenung ke awan yang membiru,jiwanya kini merusuh tidak seindah pemandangan yang dinikmatinya itu .Dynaz masih setia menunggu jawapan papanya itu,dia tidak akan mengalah untuk mengetahui perkara ini.Sesungguhnya dirinya sudah terlajak jauh mengetahui rahsia lelaki itu dan kini dia berasa betul-betul berhak untuk mengetahui perihal kanak-kanak lelaki yang comel itu.

“Yon Jun ialah adik tiri kepada Dennis”kata-kata En.Amir benar-benar menyentap ke jantung Dynaz,matanya membulat.Sungguh dirinya tidak mempercayai akan apa yang didengarinya kini.

Bagaimana Yon Jun boleh menjadi adik tiri kepada Dennis sedangkan papanya itu terlebih dahulu mengenali Hye Jun dari mamanya? Ini bermakna papanya masih meneruskan perhubungan sulit itu selepas menemui mamanya…tetapi mengapa mereka perlu berpisah?mengapa papa terasing dari Hye Jun dan juga anak bongsunya itu?

Dynaz terdiam..fikirannya cuba mencari-cari jawapan dari persoalan yang merusuh di dalam kotak fikirannya itu.Tiada satu pun jawapan yang mampu disimpulnya..semuanya masih menjadi tanda tanya yang semakin berlumba-lumba menerjah ke kotak fikirannya..



Dynaz mengatur langkahnya cermat sekali apabila dirinya berjalan menuju ke pintu gerbang banglo mewah itu.Dia yang begitu anggun dengan sehelai persalinan dress labuh yang berwarna hijau laut itu memaut erat lengan milik suaminya yang segak dan sungguh kacak mengenakan sut tuksedo mewah yang berwarna biru tua.Sesekali Dynaz membetul-betulkan rambutnya yang disanggul indah menampakkan ciri-ciri klasik yang terserlah pada wajahnya itu.Senyuman Dennis begitu indah dan manis sekali kepada dirinya.Ya!Ini barulah betul..Dihadapan begitu ramai manusia ini, tepat sekali masanya lelaki itu menghadiahkan senyuman pemikatnya itu..

Dynaz turut mempamerkan senyumannya,dia seolah-olah kelihatan seperti seorang puteri yang bersinar-sinar dengan penampilan dirinya yang begitu memukau pandangan itu.Tidak rugi rasanya menghabiskan masa selama empat jam lamanya bagi hasil yang begitu anggun dan classy ini.

Rumah banglo yang begitu cantik dan besar itu sungguh membuatkan Dynaz berada di dalam keadaan yang begitu terpesona,hiasan dan dekorasi rumah tersebut kelihatan mewah dan indah sekali.Tetamu yang hadir memeriahkan majlis pada malam itu kelihatan bergaya sekali dan Dynaz yakin semuanya mereka pasti merupakan orang-orang bangsawan yang berada dan kenamaan.

Tiba-tiba langkah Dynaz terhenti,pandangannya kini menangkap kelibat sepasang pasangan yang sekarang ini sedang asyik beramah mesra bersama tetamu-tetamu lain yang hadir pada malam itu.Jantung Dynaz berdegup kencang,nafasnya sukar untuk diaturnya.Menyedari kelakuan Dynaz,Dennis tersenyum manis.Dia sememangnya sudah menyangka akan reaksi wanita itu sejak awal lagi.

“Why honey? Hariz dan Fasha menjemput kita untuk meraikan pembukaan banglo mewah mereka ini,you should be the one who really happy to hear that.”Dennis berkata-kata pedih sekali untuk menyiksa emosi Dynaz.Kelopak mata Dynaz kini terkedip-kedip lemah sekali,dia tidak yakin untuk berhadapan dengan pasangan dihadapannya itu.Sungguh dirinya akan tersiksa..

“Come, we must go to greet them.”senyuman Dennis benar-benar menikam ke sanubari Dynaz.Tangannya dipegang erat oleh lelaki itu sambil menuju kearah pasangan yang leka beramah mesra itu.Langkah Dynaz tersekat-sekat,wajahnya yang meminta simpati pada suminya itu langsung tidak dilayan lelaki itu.Tolonglah..

“Hi,Hariz what a great house you have!I really adore it.”sapaan Dennis kepada Hariz disambut baik oleh lelaki yang kelihatan begitu segak itu.

“Thanks..I bet your house is more fantastic than ours.”Hariz bersuara tenang,senyuman dibibirnya memberikan makna yang tersendiri.Pandangannya kini jelas terarah kepada sesusuk tubuh yang begitu memukau di sebelah lelaki yang bernama Dennis itu.

“How are you Dynaz?”suara lembut Hariz kini benar-benar menikam ke jantung Dynaz.Debaran di dadanya semakin bertambah.Wajah kacak Hariz kini dilihatnya,walau senyumnya kini tidak semanis mana dia cuba mempamerkan yang terbaik untuk tidak menimbulkan sebarang syak wasangka pada mata-mata yang memandang kearah dirinya.Wajah Fasha kini dilihat Dynaz,sungguh dia tidak bertahan untuk melihat wajah wanita yang paling dibencinya itu dengan lebih lama lagi.Dia mengaku wajah itu semakin cantik semakin ayu daripada dahulu sehinggakan membuat dirinya semakin membenci wanita di hadapannya itu.


“All must be perfect!I don’t wanna hear any spoil about this show ok?”tegas sekali suara Fasha kepada kru-kru yang akan menjayakan persembahannya pada malam yang bersejarah ini.Inilah kali pertama dia akan mengadakan persembahan tarian tradisionalnya dihadapan para tetamu yang rata-rata semuanya merupakan rakan kongsi dan rakan bisnes suaminya itu.Dia kini sudah bersedia untuk memulakan persembahannya itu.Dia bertekad untuk melakukan yang terbaik bagi menaikkan kecemburuan kepada diri Dynaz yang sememangnya lemah dengan ciri-ciri keasyikan tariannya itu.

Wajah Dynaz yang begitu cantik dan indah itu bermain-main di fikirannya.Dirinya benar-benar tidak menyangka wanita comot dari kampungnya itu mampu menandingi dirinya.Penampilan Dynaz kini benar-benar berubah setelah berkahwin bersama lelaki kaya itu.Dennis?Mengapa lelaki kacak,berpengaruh,dan kaya itu memilih perempuan yang comot dan naïf seperti Dynaz itu?Fasha benar-benar tidak mengerti.

Kali pertama dia melihat Dynaz yang lengkap berpakaian pengantin pada majlis resepsi beberapa bulan yang lepas,jangtungnya hampir-hampir sahaja berhenti berdegup.Wajah wanita itu benar-benar mengganggu fikirannya dari hari pertama di majlis tersebut sehinggalah ketika saat ini.Melihat Hariz yang tidak henti melihat kearah Dynaz menambahkan lagi amarah di hatinya itu.Suaminya itu seolah-olah dipaku sesuatu apabila pandangannya melihat ke wajah wanita yang dibencinya itu.

Fasha kini menarik nafas dalam,jangtungnya yang berdegup kencang akibat menahan amarah itu membuatkan dadanya berombak hebat.Tenang..tenang Fasha..kau akan selalu menang..jangan risau.


Dynaz kini hanya duduk membisu dimeja makannya,mama dan papa juga berada di situ tetapi mereka sedang leka beramah mesra bersama tetamu-tetamu lain yang turut hadir di majlis ini.Dennis,suaminya itu kini berada disebelahnya.Lelaki itu meneguk minuman dari gelas yang dipegang sambil melihat-lihat suasana di dalam ruangan makan yang besar itu.Majlis yang begitu meriah itu kelihatan ceria dengan orang ramai yang asyik bergurau senda dan bersembang rancak.Putaran musik yang bernada rendah dan romantik menambahkan lagi seri majlis pada malam tersebut.

“Tuan-tuan dan puan-puan,malam ini buat julung kalinya kita akan dipersembahkan dengan satu persembahan yang pasti akan meninggalkan kesan yang begitu dramatik sekali kepada jiwa setiap penontonnya.Tanpa berlengah masa kita jemputkan wanita yang begitu anggun sekali tak lain dan tak bukan Pn.Fasha!”tepukan gemuruh berkumandang kuat bagi mengalu-alukan persembahan yang akan dipersembahkan.

Dynaz tersentak kala nama Fasha disebut kuat oleh pengacara majlis pada malam itu.Fasha akan mempersembahkan satu persembahan?Dynaz terkelu dirinya menarik nafas dalam.

Ketika ini semua lampu di majlis itu dimalapkan,bunyian musik gamelan kini bergema kuat mengalun-alun membuatkan para tetamu bertepuk kuat sambil bersorak riang.Diri Dynaz cuba mengawal emosinya,dia kini bakal menyaksikan persembahan yang sekian lama tidak ditontonnya.Persembahan yang membawa erti penuh kecemburuan, persembahan yang menyebabkan perbalahan dan perpisahan sebuah cinta suci dan persembahan yang menjadi bukti kekalahan dirinya yang amat menyiksanya itu.

Kemunculan Fasha yang begitu anggun dengan persalinannya bak puteri gunung ledang dari majapahit itu disambut meriah oleh para tetamu di situ.Keasyikan tariannya,kelentikkan,kelembutan dan kelentokkan itu masih sama seperti dahulu.Tidak berubah, indah sekali bisa memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya.Senyuman menggoda Fasha membuatkan wanita itu benar-benar dilihat seperti seorang puteri yang turun dari langit dan mampu memabukkan semua jiwa-jiwa yang memandang kearahnya.Perimadona!itulah panggilan yang dipanggil kepadanya.

Dennis kini melihat kearah Dynaz dengan pandangannya yang begitu sinis,senyuman di bibirnya manis sekali.Dia dapat membaca kegangguan fikiran dan kekacauan emosi Dynaz kala ini.

Dynaz mencengkam kuat kain alas meja dihadapannya kini,dia kini benar-benar terganggu dengan persembahan daripada Fasha itu.Mengapa dirinya begini lemah?Tanpa membuang masa dengan lebih lama dia kini bangun dari kerusinya lalu berlalu keluar dari kawasan yang benar-benar menyiat-nyiat jantungnya itu.Dennis tersenyum kemenangan,dirinya menggeleng-geleng kepala sambil meneguk sekali lagi minuman di dalam gelas di atas mejanya itu.Senyumannya manis sekali..


Dynaz kini cepat berlalu menuruni anak tangga ke bahagian bawah banglo tersebut,kainnya yang agak labuh dipegang kedua-dua belah tangannya supaya mudah untuknya mengatur langkahnya.Sungguh dia tidak tertahan berada di situ melihat keanggunan Fasha bak puteri mempersembahkan kelembutan tarian yang tidak mungkin dapat dilakukan olehnya itu.

Setibanya dia di bahagian bawah banglo tersebut,dirinya terduduk mengatur nafasnya di sebuah kerusi yang kelihatan begitu cantik dan klasik sekali.Nafas Dynaz yang sesak kini semakin memulih,dia berasa lega akan ketenangan yang diperolehnya ini.Dynaz tersandar lemah dikerusi tersebut,wajahnya yang cantik itu langsung tidak terjejas dengan raut emosinya yang berubah-ubah itu.

Pandangan Dynaz kini tiba-tiba menangkap beberapa buah frame gambar yang tersusun kemas di atas sebuah meja yang besar diperbuat dari kayu jati asli itu.Dynaz kini berjalan mendekati meja tersebut,gambar-gambar di situ diamatinya satu persatu.Ketika ini dirinya diserang perasaan yang bercampur baur.Sedih,kecewa,sakit,perit dan marah bercampur-campur membuatkan dia berasa begitu sengsara dan tersiksa sekali.

Keceriaan wajah Hariz dan Fasha yang berpelukan dan tersenyum mesra terbentang jelas di mata Dynaz.Wajah bahagia pasangan itu menimbulkan kecemburuan pada dirinya,tiba-tiba sahaja perasaan amarahnya menerpa masuk ke sanubarinya. Ketenangan..Hariz meminta ketenangan hidup darinya,bukankah lelaki itu sudahpun mengalami ketenangan itu?!Tersenyum mesra dan kelihatan begitu bahagia.Masih berani lelaki itu mengatakan hidupnya tersiksa dan tidak berasa tenang!Pembohong!Lelaki pendusta!

“Assalammualaikum..Naz.”tiba-tiba suara tenang dibelakang Dynaz membuatkan wanita itu berpusing menghadap gerangan insan yang bersuara itu.Dirinnya mengenali lelaki dihadapannya kini.Wajah lelaki yang begitu kacak berdiri dihadapannya itu dilihatnya dengan pandangan yang tajam sekali.Walaupun Dynaz mempunyai raut wajah yang lembut,dirinya mampu kelihatan seperti seorang yang dingin dan menakutkan ketika dia dirasuk perasaan amarahnya.

“Apa yang kau nak?!”diri Dynaz kini benar-benar dirasuk amarahnya,inilah kali pertama sepanjang hidupnya dia memanggil Hariz dengan panggilan yang langsung tiada tanda hormat itu.Hariz tersentak dengan kekasaran bahasa Dynaz,tetapi dirinya tidak mudah melatah.Sesungguhnya dia sudah bersedia untuk mendengar kata-kata kasar dan cemuh dari segaris bibir yang indah itu.

“Abang cuma mahu bertanyakan khabar Naz..Do you happy with your life here?”prihatin sekali suara Hariz,dia masih lagi menggelarkan dirinya dengan panggilan dahulu walaupun sudah terang-terangan Dynaz sudah tidak memanggilnya dengan panggilan tersebut.Mungkin kerana dia yang sudah biasa dan selesa dengan menggelarkan dirinya dengan panggilan sebegitu.

“Hidup aku tiada kena mengena dengan kau.”Dynaz kini bersuara tegas,dia kini berjalan untuk meninggalkan lelaki yang dianggap pemusnah hidupnya itu.Hariz melihat wajah Dynaz dengan tenang.Ketika wanita itu melintas dihadapannya dirinya memegang kemas lengan milik wanita tersebut menyebabkan wanita tersebut berpaling dan merenung penuh kemarahan kepadanya.

“Apa yang kau buat?lepaskan aku.”Dynaz bersuara tenang,dirinya cuba untuk mengawal nada suaranya yang mungkin akan meletup bila-bila masa sahaja lagi.Nafasnya kini turun naik menahan perasaan amarahnya yang makin menggila itu.

“Please..hiduplah dalam kebahagiaan,tinggallah segala keperitan dan kesengsaraan,Naz perlu hidup bahagia.”kata-kata Hariz mendalam sekali buat insan yang disayanginya itu.Sungguh dirinya tidak rela melihat mahupun mendengar wanita yang tulus dihadapannya ini dilanda kesengsaraan dan kesedihan,cukuplah sekali wanita itu menderita disebabkan pengkhianatannnya.Cukuplah hanya sekali.

Dynaz kini merentap kuat lengannya,matanya kini berkaca.Masih lagi mampu lelaki itu menyuarakan tentang kebahagian,sedangkan lelaki tersebutlah yang membawa kesengsaraan di dalam hidupnya.

“Aku beri amaran pada kau..jangan.campur..hal aku.”suara Dynaz kini sudah bertukar serak, nadanya bergetar menahan perasaannya yang menggila di dalam hatinya itu.Amarannya keras sekali mengharapkan kemusnahan lelaki dihadapannya itu.Tanpa berlengah lagi Dynaz mengatur langkah meninggalkan lelaki itu dibelakangnya.

Hariz melihat Dynaz sepi,dirinya benar-benar tertikam dengan kata-kata tajam wanita tersebut.Perwatakkan Dynaz yang dingin terhadapnya benar-benar tidak dapat diterima akalnya.Dynaz yang dahulunya sering menghormatinya,Dynaz yang dahulunya selalu memujanya dan Dynaz yang dahulunya akan mendambakan dirinya kini bertukar.Bertukar menjadi insan yang benar-benar asing bagi dirinya..Hukuman..Inilah hukuman yang paling berat yang harus dilaluinya sepanjang hayatnya ini.

Dari balkoni atas baglo tersebut Dennis melihat segalanya adegan yang paling ditunggunya itu.Dirinya tersenyum manis ketika melihat drama panas yang berlaku diantara Dynaz dan Hariz itu.Segalanya begitu membahagiakannya apabila menyaksikan wajah kekesalan milik lelaki bernama Hariz itu.

“Segalanya masih awal..masih ada lagi yang menunggu buat kamu berdua.”

Dynaz kini meneguk air suam yang dituangnya ke dalam gelasnya tadi.Dia perlu untuk menenangkan fikirannya kala ini.Sejak pulang dari majlis itu sehinggalah kini dirinya berkurung di dalam biliknya.Pakaiannya tidak lagi ditanggalnya,solekkannya masih lagi kekal diwajahnya,dan sanggulnya masih lagi tersisip walaupun sudah kelihatan longgar dan agak berserabut.Dirinya penat..lelah dengan apa yang terjadi.Dirinya tersiksa dan sengsara.Terasa peritnya seakan-akan menggigit-gigit ke sanubarinya.Berkali-kali Dynaz mengusap-usap lembut dadanya tetapi kesakitanya masih terasa dan masih mengalir keseluruh urat sarafnya.Dia boleh menjadi gila jika kesakitan,keperitan ini terus melanda dirinya ini.Gila!

“Ha..ha..ha..kenapa kau ni Dynaz!kenapa kau nak tersiksa kerana lelaki bajingan tu?”Dynaz kini tertawakan dirinya sendiri.

“Kau tahu,dia tak pernah fikirkan kau.Kenapa kau nak pening-pening fikirkan dia hah?!Kenapa?!”kini Dynaz mula memarahi kuat dirinya sendiri.Wajah kacak milik Hariz yang bermain-main di kotak fikirannya kini menyebabkan air matanya mengalir laju membasahi pipinya.Betapa dia merindui lelaki tersebut.Dirinya bisa gila!Bisa gila jika segala memori itu masih tersemat di kepalanya ini.

Pantas Dynaz menyeka air matanya itu,dirinya kini meneguk sekali lagi air suam di gelasnya itu.

“Tak!tak!kau tak boleh lemah.Tak!Ha..ha..ha..”Dynaz ketawa kuat cuba membuang segala ketidakpuasan hatinya itu.

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka,kelibat Dennis yang masih berkemeja mewah itu kelihatan jelas dipandangan Dynaz.Wanita itu tersenyum manis melihat kearah suaminya itu,ketawa kecilnya kini kedengaran dan diselangi sendu tangisnya yang tengelam timbul.Dirinya sekarang tidak ubah seperti seorang wanita cantik yang telah hilang kewarasan akalnya.Wajah Dennis serius sekali ketika dia mendekati isterinya itu.Mengapa Dynaz berkelakuan pelik sehingga sebegini rupa?tidak dapat dijawab olehnya.Kini lelaki itu mengambil tempat bersebelahan isterinya yang masih tersenyum manis kearahnya walaupun mata wanita itu kini berkaca digenangi air matanya yang sentiasa murah itu.

“What wrong?”serius dan prihatin sekali nada Dennis,dirinya melihat wajah Dynaz dengan teliti.

“Nak dengar cerita?”Dynaz menyoal Dennis seolah-olah kanak-kanak yang manja, pandangan Dennis kini serius melihat kearah wanita itu.

“Ha..ha..pertama kali Naz panggil dia ‘Kau’”Dynaz kini ketawa riang,keceriaan diwajahnya terserlah ketika ini.Dennis cuba untuk memahami apa yang dimaksudkan wanita di hadapanya itu.

“Aku beri amaran jangan campur urusan aku!Naz kata macam tu pada dia.Ha..ha..”ketawanya kini semakin menjadi-jadi membuatkan Dennis kelihatan agak cemas.Lelaki itu kini memegang lembut bahu milik isterinya itu.Dynaz masih ketawa ketika dia melihat lelaki di hadapannya itu merenungnya dengan cemas sekali.

“Behave yourself ok?please..”suara Dennis kini benar-benar prihatin sekali,dirinya risau melihat Dynaz yang berkelakuan ganjil itu.Ketawa Dynaz terhenti kini,perlahan-lahan Dennis melepaskan pegangannya pada bahu wanita tersebut.Wajah wanita itu kini kelihatan sunggul sekali,pandangannya tidak melihat kearah suaminya itu.

“Siksa..amat menyiksakan..kenapa mengelarnya sedemikian rupa sedangkan hati ni sangat mendambakannya,kenapa?kenapa?”suara Dynaz kini berubah nadanya,dirinya seakan merintih sekarang ini.Tangannya kini menutup sebahagian atas wajahnya itu,kepalanya digeleng-gelengkan.Air matanya yang mengalir dibiarkannya membasahi pipinya itu.

“Mengapa?Mengapa Naz tidak sempurna seperti Fasha?Mengapa?”sayu sekali suara Dynaz meresap masuk ke tangkai jangtung Dennis.Wanita dihadapanya kini teresak-esak menangis mendambakan cinta silamnya tanpa mempedulikan dirinya diperhati oleh suaminya sendiri.Dennis menarik nafas dalam.Wanita itu dihampirinya,tanpa berfikir panjang dirinya memeluk erat tubuh kecil isterinya itu.


“It’s okay..it’s okay to cry..luahkanlah segalanya..”lembut sekali dirinya berkata-kata kepada wanita yang kini menangis teresak-esak di dalam dakapannya itu.Pelukan Dennis terasa hangat sekali memberikan Dynaz tempat yang mampu disandarnya ketika ini.Tangisannya yang tiada tanda henti itu membasahi bahagian bahu kemeja Dennis.Tangisannya pilu sekali meluahkan segala kesengsaraan yang bersarang di dalam hatinya kini.Dennis kini mengucup lembut bahagian kepala Dynaz yang tersandar dibahunya.Haruman dari helaian rambut wanita itu bisa mengucar kacirkan naluri lelakinya ketika ini.Sungguh menggoda dan sungguh memikat perasaannya.

7 comments:

Zeni Geba said...

what!!
dnis ade adk tiri..
menarik2..

bagus la dnaz..
mrah lg hariz tu..
bru nmpak dnaz yg sbnar=)

dnis mngaku je yg ko da fall in love wit dnaz..huhu

aNYsa said...

dennis, sayangilah dynas...

Pa'ah De Conteng2 Owner said...

bestnyer cita ni..teringin nak tau kesudahnya

Anonymous said...

dennis..jgnla wat rncgn gile tu lg..
stop la..sean dynaz..syg la kt die..
biar die lupakn hariz..pliss..!

aqilah said...

maka berlakulah perlanggaran...he...he....he..... nak lagi, please........................

Unknown said...

hope sgt yg si dynaz 2 ngan dennis bukan hariz... syok2

dixie dollz said...

bile la dia nak buang ego tuh xD

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket