Novella~My LoVE 19

Friday, March 27, 2009

BAB 19


“Oh my god!Are you okay Dynaz?!”cepat Henney membuka jacket yang dipakainya dan disarungkan pada tubuh Dynaz yang terdedah dan mengeletar ketakutan itu.Dynaz hanya duduk memeluk lututnya yang dirapatkan di dadanya itu,matanya tidak memandang kearah Henney.Ditangannya masih kuat mengenggam telefon bimbit kepunyaan dirinya itu.Henney memegang lembut wajah Dynaz dengan kedua-dua tangannya.Mata Dynaz yang berkaca mengalirkan butir-butiran permata amat menyayat hati lelakinya.

“What happen dear..tell me..what happen?”Henney bersuara penuh kerisauan,wajah Dynaz diusapnya lembut.Wajahnya kini begitu hampir berhadapan dengan wajah lembut yang ketakutan itu.Dynaz kini mengangkat kedua-dua tapak tangannya dengan terketar-ketar dirinya menunjukkan kesan darah yang berlumuran dan masih hangat lagi kepada Henney yang kini diserang kekejutan yang teramat sangat.



“Henney..tolong saya..tolong saya..”panggilan telefon yang diterima Henney pada jam 2 pagi itu benar-benar mengejutkan dirinya.Suara Dynaz yang benar-benar berada di dalam ketakutan menikam masuk ke pendegarannya.Dirinya cemas sekali tanpa berfikir panjang dirinya berlari mendapatkan keretanya dan memecut laju menuju ke kawasan perumahan Dynaz.

Di dalam kereta berkali-kali dirinya mendail nombor Dynaz tetapi tidak dijawab oleh wanita tersebut,menambahkan lagi kerisauannya yang semakin menggila.Dirinya tidak mahu apa-apa pun terjadi kepada wanita kesayangannya itu,sungguh dirinya tidak dapat memaafkan dirinya sendiri jika sesuatu terjadi pada wanita yang bernama Dynaz itu.Hakikat Dennis yang pergi menghadiri mesyuarat di United Kingdom menambahkan lagi kegentaran di hatinya,ternyata wanita itu kini keseorangan di dalam penthouse mereka.

Setibanya Henney di pekarangan ‘Count Blue Oriental’ bagunan mewah yang menjadi kediaman penthouse Dynaz,Henney memberhentikan keretanya di situ.Dirinya terkejut melihat Dynaz keseorangan yang terduduk memeluk lututnya yang dirapatkan ke dadanya di sebuah taman di perkarangan bangunan mewah tersebut.Dengan cepat dirinya berlari menuju kearah wanita tersebut.


Henney kini menggelengkan kepalanya menandakan lelaki bertopeng itu sudah tiada lagi di dalam rumahnya membuatkan Dynaz diserang ketakutan.Diri Dynaz benar-benar terkejut melihat reaksi Henney yang sekian lama meninggalkan dirinya keseorangan untuk pergi memeriksa keadaan di dalam rumahnya itu.

“Dia ada di situ ..ada..”Dynaz kini bersuara bersungguh-sungguh meyakinkan lelaki yang kini berada disebelahnya itu,dirinya tidak mempercayai akan reaksi Henney kepadanya apabila lelaki itu memasuki ke perut kereta mewah itu.

“Dia dah tiada..tiada sesiapa pun di situ..”Henney bersuara tenang sekali,dirinya begitu terkejut apabila melihat keadaan rumah Dynaz yang begitu teruk dengan kesan-kesan pergelutan yang masih jelas di matanya.Titisan darah yang masih lagi pekat dan mengalir bersama-sama air yang membasahi lantai menambahkan lagi kengerian kawasan itu.Serpihan kaca dan kristal bersepah di merata-rata tempat memberikan kesan keganasan yang meresap masuk ke jiwanya.

“Bertenang..relaks ok?I will call the police.”Henney memegang erat wajah Dynaz yang menggigil ketakutan itu.

“Tak..tak jangan report police,please jangan.”cepat Dynaz mengambil telefon bimbit Henney ditangan lelaki itu.

“Jangan..nanti mama dan papa tahu..jangan..nanti Abang Dennis akan disalahkan..jangan.”suara Dynaz lemah sekali,ketika ini dirinya masih lagi memikirkan untuk menyelamatkan suaminya itu.Henney menarik nafas dalam,kemahuan Dynaz diturutinya.


“Are you ok?Nak ke klinik?”prihatin sekali suara Henney menyapa kearah Dynaz,lebam di bibir wanita itu dipegangnya lembut dengan penuh kerisauan.Hati wanita Dynaz kini benar-benar tersentuh dengan ketulusan lelaki dihadapannya ini.Dirinya tidak menyangka di dalam kegelapan dunianya ini dirinya masih lagi memperoleh seorang insan yang membolehkannya bergantung harap,sememangnya keputusan dirinya menelefon lelaki di hadapannya ini benar-benar perkara yang paling tepat yang dilakukannya.

“Ok..saya ok..”Dynaz cuba menipu lelaki dihadapannya itu,dirinya tidak mahu membebankan sesiapa sahaja mengenai kecederaannya.Tetapi kini matanya seakan berpinar-pinar,pandangannya kini semakin kabur.Kesan luka di kepalanya kini berdenyut-denyut terasa pedih sekali.

“Ok..saya..baik..”suaranya Dynaz kini lemah sekali tenggelam timbul dalam nadanya yang tidak teratur.Lelehan cecair yang hangat kembali menuruni dari kesan luka di kepalanya.Hanyir..berbaur hanyir sekali itulah yang dapat diingatinya sebelum matanya terpejam rapat menggelapkan segala pemandangannya.




Kakinya kini dicengkam kuat oleh lelaki bertopeng itu membuatkan dirinya meronta-ronta di lantai itu seperti seorang tebusan yang ingin melarikan diri dari penculiknya.Kakinya kini menyepak-nyepak ke wajah lelaki bajingan itu.Sebilah pisau yang bersinar tajam yang digenggam lelaki itu terpelanting jauh ketika dirinya menyepak tangan sasa milik lelaki tersebut.

Rengusan kuat dari lelaki tersebut tidak dipedulikan Dynaz,apa yang penting keselamatanya harus diutamakan.Lelaki bertopeng yang juga kelihatan lemah akibat dari ditimpa akurium itu merangkak-rangkak bagi mendapatkan semula sebilah pisaunya yang terpelanting itu.Kini berbekalkan semangat yang masih bersisa Dynaz mengesot-ngesot mengambil kepingan kaca akuarium yang pecah.

Deru nafasnya kini berombak kencang,jantungnya tidak henti berdegup kuat menambahkan lagi kecemasan di hatinya.Dirinya mencapai kepingan kaca dengan pantas sekali lalu dirinya membenamkan kepingan kaca itu ke dada lelaki bertopeng itu yang kini hampir menikam dirinya dengan sebilah pisau dari arah belakangnya.

Ketika ini jeritan kuat dari lelaki tersebut bergema di telinganya,percikkan darah pekat terhambur membasahi dress yang dipakai Dynaz.Dirinya kini seperti dirasuk kegilaan berkali-kali dirinya membenamkan kepingan kaca ke dada lelaki itu sambil menjerit kuat melepaskan segala ketakutan yang menyerang dirinya kala ini.Tangannya penuh darah,pekat sekali, dan hangat sekali.Bau hanyir meresapi rongga baunya dan juga meliputi setiap kawasan itu.


“Arghhh!!”Dynaz kini menjerit kuat,dirinya kini terbangun dari pembaringannya.Tubuhnya terasa seram sejuk,peluh dingin membasahi dahinya.Dadanya kini berombak kencang mengatur nafas yang hampir terputus.

“Astaghafirullahalazim..”Dynaz beistighfar panjang,wajah basahnya diraup berkali-kali.Tangannya kini memegang lembut dadanya yang turun naik mengatur pernafasannya.

“Mimpi..semuanya mimpi..”Dynaz menenangkan dirinya,sejak kebelakangan ini dirinya sering bermimpikan kejadian yang berlaku kepadanya pada malam yang mengerikan itu.Entah mengapa kenangan hitam itu seperti enggan meninggalkan dirinya walaupun kini sudahpun dua minggu perkara itu berlaku.


Lampu kecil di sebelahnya dibukanya,suasana bilik kecil itu semakin terang di penglihatannya.Comforter tebal yang menyelimuti tubuhnya ditolaknya ke tepi,dirinya kini tercari-cari kelibat rakannya,Eun Jun.

Matanya kini menangkap sekeping nota kecil yang dilekat cermat di peti sejuk kecil milik rakannya itu.Tanpa berlengah Dynaz merangkak-rangkak menuju kearah peti sejuk kecil tersebut.Nota kecil diambilnya dan di bacanya.


Hey Sleeping Beauty,

Aku pergi kerja,dalam jam 5 pagi aku pulang.Kalau lapar habiskan nasi yang aku tinggalkan tu.Buat macam rumah sendiri:-)

Princess Eun Jun=P


Dynaz tersenyum manis ketika dirinya membaca nota yang ditinggalkan rakannya itu.Dirinya kini mengeliat panjang menegangkan seluruh urat sendinya.Terasa lega dan selesa sekali ketika ini.Nasi yang berada di dalam bungkusan polisterin itu diambil Dynaz,baunya enak sekali.

Tanpa membuang masa Dynaz mengambil sudu di dalam sebuah bekas di atas peti sejuk kecil itu.Dirinya menjamah makanannya dengan enaknya sekali,sesungguhnya dirinya tidak risau akan makanannya kerana Eun Jun selalu mengambil berat akan kebersihan makanannya.

Wanita itu tidak mengambil makanan yang sebarangan,katanya sejak dirinya tinggal di Malaysia dirinya sudah terbiasa dengan cara pemakanan orang melayu.Jadi bila dirinya pulang ke tanah airnya dirinya akan memastikan makanan yang dibelinya mestilah makanan yang halal.Katanya di sini sememangnya senang untuk mencari makanan yang halal memandangkan banyak pelajar-pelajar muslim dari serata dunia gemar belajar di negaranya ini.


Dari petang lagi Dynaz berada di rumah rakannya itu,dirinya kini dilepaskan Dennis agak bebas.Lelaki itu tidak memaksanya untuk pulang kerumahnya itu,sesungguhnya berada di dalam rumah itu membuatkan kenangan ngerinya bertandang kembali.Dennis sendiri yang menghantarnya ke sini selepas lelaki itu menyoalnya dimana tempat yang paling selesa yang ingin dikunjunginya.Pada wajah lelaki itu ada terbentang kekesalannya yang meninggalkan Dynaz keseorangan pada malam tersebut.


“Baguslah kau tak beritahu mama dan papa tentang ni.”tenang sekali suara Dennis bersuara sambil melihat kearah Dynaz yang tersandar lemah di katil dalam biliknya itu.Henney yang berada disebelah Dennis dipandang sayu oleh Dynaz,ketika ini dirinya tidak mampu pun untuk menguntumkan senyuman buat lelaki yang banyak menolongnya itu.

“Aku sudah buat laporan polis,semuanya secara rahsia..Tak lama lagi sistem keselamatan di sini akan ditambah.Kau jangan risau.”Suara Dennis dingin tiada sebarang kata-kata pujukan atau ketenangan di bibir itu.Henney kini memberikan senyuman manisnya,dirinya mengusap lembut kepala Dynaz sebelum melangkah keluar dari bilik wanita tersebut.

“Rehatlah..aku ada kerja lagi yang perlu diuruskan.”Dennis kini mula bangun dari duduknya di sisi Dynaz.Tiba-tiba pegangan erat tangan Dynaz yang mengenggam jari-jemarinya memberhentikan langkah Dennis.Dynaz menarik tangan gagah milik suaminya itu memberi isyarat supaya lelaki itu menghampiri dirinya.Tanpa berkata apa-apa wajah Dennis menghampiri wajah isterinya itu.


“Abang..maafkan Naz..sebab ni,abang terpaksa pulang awal..”kata-kata Dynaz yang lemah dan tenggelam timbul itu benar-benar menikam ke jantung Dennis.Dirinya tersentak mendengar permohonan maaf isterinya itu.Wajah lembut Dynaz ditatapinya lama,kesan lebab pada bibir,pipi dan rahang wanita itu benar-benar menyayat hati.Mata Dynaz kini ditengelami air matanya membuatkan Dennis menjadi tidak tentu arah.Tangan wanita itu dilepaskannya dari terus mengenggam erat jari jemarinya.

“Kali ini aku maafkan,tapi tak bererti aku akan benarkan kau menganggu business trip aku lagi selepas ini.”kata-kata Dennis dingin sekali,dirinya tidak melihat kewajah isterinya itu ketika dirinya berkata-kata.Selesai sahaja dirinya menghabiskan ayatnya itu,cepat Dennis meninggalkan wanita yang kini terpejam rapat matanya merehatkan dirinya yang lemah itu.


Dynaz menarik nafas panjang,dirinya kini membasuh sudu yang digunanya tadi.Sebesen air yang tersedia ditakung Eun Jun sebelum dirinya keluar bekerja tadi digunakan Dynaz sedikit untuk membasuh sudunya itu.Rumahnya yang kecil ini tidak punya bilik air,cuma pili air sahaja untuk kemudahan membasuh dan memasak air untuk diminum.Rakannya itu sering mandi di Spa keluarga berdekatan kawasan ini.

Selesai dirinya membasuh sudunya,Dynaz keluar untuk menikmati keindahan malam dari bukit itu.Cuaca diluar sejuk sekali sehinggakan dirinya terpaksa memakai baju tebal tiga lapisan.Dynaz kini berlari menuju halaman rumah itu,pemandangan kota yang begitu indah amat menceriakan dirinyaKemeriahan lampu-lampu neon yang berwarna warni menerangi kota itu amat menarik perhatiannya.Dirinya kini tersenyum manis.


“Hi kota Seoul,saya Dynaz!Selamat berkenalan!”kuat Dynaz menjerit melihatkan kepulan asap yang terbentuk dari nafasnya itu.Dirinya tertawa kecil sambil menutup-nutup mulutnya itu.Ahhhh!!!Dynaz mengeliat panjang sambil dirinya menuju kearah kerusi panjang di halaman tersebut.Senyumannya terpamer manis di bibirnya,tiba-tiba satu kelibat yang berjalan terhuyung hayang menarik perhatiannya.

Senyumannya mati di situ,kelibat lelaki yang dilihatnya itu berjalan lemah sambil memegang kuat bahu kirinya.Dynaz terpaku, dirinya tidak bergerak walau selangkah pun,kini lelaki itu semakin berjalan menghampiri kawasan rumah rakannya itu.

Dynaz berasa gementar,mungkinkah lelaki itu seorang lelaki yang mabuk dan boleh mencederakan dirinya.Cepat Dynaz berlari bagi menuju ke pintu rumahnya untuk menyelamatkan dirinya.Tetapi tiba-tiba dirinya mendengar suara seorang lelaki yang mengerang seperi menahan kesakitan.Arghh..suara itu terdengar lagi di pendegarannya.

Pantas Dynaz mengalihkan pandangannya kearah datangnya suara itu.Dirinya benar-benar terkejut apabila melihat lelaki yang disangkanya mabuk itu adalah lelaki yang didengari suaranya sebentar tadi.Dynaz memerhatikan langkah lelaki tersebut,lelaki itu mengatur langkahnya lemah sekali.Sesekali lelaki itu mengerang kesakitan sambil memegang kuat bahu kirinya.Dynaz kini berlari kearah lelaki tersebut,rautnya cemas sekali.


“Can I help you?..Are you okay?”cemas sekali suara Dynaz sambil cuba memapah lelaki disampingnya itu.Diri Dynaz hampir tergamam ketika dirinya melihat tapak tangannya yang kini diselaputi cecair merah yang begitu pekat dan hangat itu.

“Kamu cedera?!”suara Dynaz penuh kejutan,ketika ini sepasang mata tajam milik lelaki itu melihat tepat ke wajahnya membuatkan dirinya terkaku.Lelaki itu menolak tangan Dynaz yang cuba membantunya sebentar tadi,dirinya terus berjalan menuju ke pintu rumah disebelah rumah rakannya Dynaz,Eun Jun.

Bayangan lelaki itu kini hilang dari penglihatan Dynaz,dirinya kini melihat terus ke tapak tangannya yang dikotori darah pekat itu.Dengan pantas Dynaz memasuki rumahnya,dirinya membasuh kotoran darah yang terpalit ditapak tangannya itu.Digosok-gosok tangannya itu walaupun kini jelas darah merah pekat itu sudah hilang dibawa air yang tidak henti-henti dicurahnya.


Nafas Dynaz kini turun naik dengan cepatnya sekali,kenangan ngeri dua minggu yang lalu bermain-main di fikirannya kini.Dirinya terduduk di lantai,kedua-dua tangannya menutup rapat sepasang telinganya ketika ketawa lelaki bertopeng itu terdengar kuat di telinganya.Dirinya menggeleng-geleng kepalanya laju.

“Khayalan..semuanya khayalan..hanya khayalan.”Dynaz menasihati dirinya berkali-kali sehinggalah suara dekahan itu semakin menghilang dari pendengarannya.Dirinya kini menarik nafas lega ketika keadaan emosinya semakin mereda.

Langkah Dynaz terus menuju ke ruang tidur rumah tersebut,disitu dirinya terduduk sepi.Tiba-tiba bunyi suara lelaki yang mengerang kesakitan kuat didengarinya,Dynaz tersentak.Dirinya menyedari pemilik suara itu merupakan jirannya yang dikatakan gangster yang paling digeruni dikawasan itu.

Dynaz kini mendekatkan telinganya di dinding yang memisahkan rumah rakannya itu dengan rumah lelaki tersebut.Memandangkan dinding pemisah itu tidaklah begitu tebal,diri Dynaz dapat mendengar dengan teliti suara lelaki yang kini menanggung kesakitan itu.Sesekali lelaki itu terbatuk-batuk kecil sambil mengerang kesakitan.


Arghh…Suara itu jelas lagi dipendengaran Dynaz membuatkan wanita itu berasa serba salah untuk terus pergi menghulurkan bantuan atau hanya berdiam diri di sini.Dirinya kini teringatkan kisah yang berlaku kepadanya dua minggu yang lepas.Jika tiada Henney yang membantunya ketika itu sudah tentu dirinya akan diselubungi ketakutan yang tiada penghujungnya seorang diri.Pertolongan.. ‘sebagai manusia di dunia ini,kita harus saling bantu membatu sesama sendiri’.Kata-kata ayahnya berlegar-legar di fikirannya kini,dengan cepat dirinya kini keluar menghampiri pintu rumah lelaki tersebut.Tombol pintu itu dipegangnya lama tetapi tidak pula dipulasnya.



“Hello..do you need any help?”suara Dynaz lembut sekali,kegentaran di nadanya masih jelas kedengaran walaupun cuba untuk disorokkannya.Tiba-tiba bunyi yang kuat seperti seseorang terjatuh membuatkan Dynaz tersentak.Dirinya terus memulas tombol pintu rumah tersebut.Tidak berkunci!


Alangkah terkejutnya Dynaz apabila dirinya melihat seorang lelaki terlantar kelemahan di lantai.Darah pekat yang mengalir keluar dari luka yang dalam di bahagian bahu kiri lelaki tersebut kelihatan serius sekali.Tiba-tiba perasaan ketakutannya hadir kembali,matanya yang digenangi air mata meleleh berjuraian.Ketika ini cepat dirinya mengesat air matanya,semangatnya dikuatkan untuk memberi bantuan kepada lelaki tersebut.Dynaz menerpa kearah lelaki tersebut,dirinya memangku tubuh lemah milik lelaki itu,wajah lelaki itu pucat sekali melihat tepat kearahnya.


“Bertenang ok?all will be okay..believe me.”lembut sekali suara Dynaz untuk menenangkan lelaki dipangkuannya itu.Matanya masih lagi digenangi air mata ketakutan,kotak kecemasan yang dibawanya selalu di dalam tas tangannya dibukanya dan dirinya mengeluarkan barang-barang dan ubat-ubatan yang diperlukan untuk membalut dan merawat luka.

“First..kita basuh dulu luka ni..”Dynaz cuba bersuara tenang walaupun air matanya mengalir,dirinya tidak kisah walaupun lelaki disampingnya ini memahami atau tidak kata-katanya.Apa yang penting ialah dirinya harus terus bercakap untuk menanam keyakinan kepada dirinya.


Hembusan nafas Dynaz lega sekali,ketika ini dirinya tersedu-sedu akibat menahan tangisannya yang menerpa menghantui dirinya.Saki baki lelehan air matanya disapu tenang olehnya.Tidak tersangka dirinya mampu melakukan semua ini.Dynaz kini melihat pada sesusuk tubuh yang lemah berehat di ruangan tidur,balutan lukanya kelihatan kemas sekali.Mungkin kerana Dynaz sebelum ini pernah mengalami luka di kepalanya,jadi dirinya agak berpengalaman di dalam bidang membalut dan merawat luka ini.

Wajah lelaki yang terpejam matanya itu nyenyak sekali,tiada tanda seorang gangster pun pada wajah itu.Apa yang dilihat Dynaz ialah seorang lelaki yang biasa sama seperti lelaki-lelaki di luar sana.Dynaz tersenyum bangga dengan kejayaan dirinya dalam memberi pertolongan kepada yang memerlukan.


Tiba-tiba pintu rumah lelaki tersebut dibuka ganas,Dynaz tersentak dirinya kini menjenguk gerangan siapakah manusia yang biadap itu.


“Hey! Give my friend back!I will not forgive you if you do something bad to her!”suara yang begitu dikenali Dynaz,dirinya berjalan laju kearah pintu rumah tersebut. “Eun Jun.Senyap sikit,lelaki tu perlu rehat.”Dynaz bersuara rendah sambil jari telunjuk di letakkan di mulutnya tanda meminta rakannya itu mengawal nada suaranya.

“Naz!you still alive!aku nampak kesan darah diluar tadi.”cepat Eun Jun memeluk rakannya itu.Diri bersyukur kerana rakannya itu tidak diapa-apakan oleh lelaki tersebut.

“Eh.Kau buat apa kat sini?”terpinga-pinga rakannya itu sambil meninjau-ninjau melihat suasana rumah jirannya itu.Apabila dirinya melihat lelaki yang terbaring lesu di ruangan tidur itu,wajahnya berubah kekejutan.Eun Jun melihat tepat kearah rakannya itu meminta penjelasan.



BANG!BANG!BANG!ketukan kuat yang bertalu-talu di pintu rumah Eun Jun menganggu tidur mereka berdua.Jam menunjukkan tepat lapan pagi,Dynaz menguap kecil.Dirinya mengerakkan rakannya yang asyik tidur disebelahnya itu.

“Eun Jun..Eun Jun,bangun ada orang tu.Cari kau tu.”suara Dynaz malas sekali mengejutkan rakannya itu.

“Ermmm..ha’a..”Eun Jun menjawab malas.


BANG!BANG!BANG!sekali lagi ketukan kuat itu membangunkan Eun Jun.Dirinya menguap panjang.

“Ishk..jemuan manalah yang mengacau pagi-pagi nih!”rungut Eun Jun kuat sekali,dirinya berjalan menuju ke pintu rumahnya.Pintunya dibuka luas.

“Kenapa hah?!!Pagi-pagi dah mengacau nih!Takde rumah ke?!!”Eun Jun bersuara kuat,dirinya marah betul kerana tidurnya terganggu,matanya masih lagi tertutup menahan sinar mentari pagi.Soalannya tidak dijawab,sunyi.sepi..

Ketika ini dirinya mengosok-gosokkan matanya itu,perlahan-lahan matanya yang sepet itu tercelik luas.Alangkah terkejutnya dirinya apabila melihat di hadapannya kini berdiri seorang lelaki yang sangat digeruni oleh orang ramai di situ.Wajahnya kini kecuakkan.

“T..O..P!!”tergagap-gagap Eun Jun bersuara.Mendengar nama lelaki itu disebut Dynaz yang masih terbaring malas tersentak dan tergamam.Dirinya bangun dari pembaringannya.Entah mengapa tiba-tiba dirinya seperti diserang satu perasaan yang ketakutan.

“Where’s the girl?”dingin sekali suara lelaki itu menyoal Eun Jun.Sebelah tangannya yang gagah memegang daun pintu rumah tersebut.

“Girl?what do you mean?There’s nothing girl in here besides me..”Eun Jun kini berpura-pura tidak mengetahui apa-apa tentang perempuan yang dimaksudkan lelaki tersebut.Sesungguhnya dirinya tahu perempuan yang dimaksudkan lelaki tersebut ialah rakannya,Dynaz.


Ketika ini Dynaz memeluk kuat bantal peluk Moshimoru nya.Dirinya mendegar dengan teliti perbualan diantara mereka.Sungguh dirinya berasa sangat ketakutan.Mengapakah lelaki itu ingin mencarinya?Untuk memenggal kepalanya supaya dapat dijadikan trofi?Dynaz kini mengatur nafasnya yang semakin semput.

Top tidak terus menunggu kehadiran Dynaz di muka pintu sebaliknya dirinya memasuki rumah Eun Jun tanpa kebenaran wanita tersebut.Eun jun menjerit apabila lelaki itu menolaknya ke tepi untuk memasuki rumahnya yang kecil itu.Jantung Dynaz kini berdegup laju,dirinya tidak dapat mengagak apakah yang akan diterimanya nanti.


“Eh..please,you can’t enter the ladies house..she’s is not here.”Eun Jun masih berusaha menghalang lelaki tersebut.Tetapi usahanya tidak berjaya apabila lelaki itu kini sudah pun mendapatkan Dynaz.


Renungan tajam Top seakan-akan belati yang menikam menembusi ke jantung Dynaz,saat ini dirinya sudah merasakan bagaimana berada diambang kemautan.Tubuh Dynaz kini menggigil ketakutan ketika Top menghampiri dirinya.Wajah kerisauan Eun Jun hilang dari penglihatan Dynaz,dirinya kini tepat memandang kearah lelaki yang kini sudah pun berada dihadapannya itu.

“Please..please..don’t kill me..”terketar-ketar suara Dynaz sambil sepuluh jarinya disatukan seperti gaya seseorang yang memohon kemaafan.Raut wajahnya penuh kegentaran,lelaki dihadapannya itu kini mengangkat tangannya seolah-olah sudah bersedia untuk memberikan hukuman kepada Dynaz.Ketika ini Dynaz memejamkan kedua-dua belah matanya rapat,wajahnya kekerutan menahan perasaannya yang kini bergetar hebat.Suara jeritan Eun Jun pula menambahkan lagi keresahan di dalam dirinya.


Tiba-tiba dirinya terasa sentuhan hangat memegang lembut kepalanya.Jeritan Eun Jun menjadi sumbang,dari nyaring terus menjadi perlahan seolah-olah radio rosak yang berkumandang.Dynaz membuka matanya perlahan,dihadapannya lelaki yang bernama Top itu melihat tepat kearahnya.Sentuhan lembut tangan gagah itu dikepalanya membuatkan Dynaz terdiam dan terpaku.


“Thanks for your help.”tiada sebarang nada di situ,lelaki itu mengusap lembut rambut di kepala Dynaz dan kini berlalu pergi dari wanita tersebut.Dynaz terpaku,dirinya tergamam dengan kelakuan lelaki itu sebentar tadi.Ketika ini dirinya tidak mampu berbuat apa-apa cuma kaku seperti batu.Eun Jun juga tergamam melihat kejadian yang terjadi dihadapannya itu,dirinya hanya berdiri tegak taktala lelaki itu melalui dihadapannya.

BANG!satu detuman pintu yang tertutup menandakan lelaki tersebut sudah beredar dari rumah mereka.Deruman enjin motosikal yang memecut laju kedengaran jelas selepas beberapa ketika.Eun Jun kini berlari mendapatkan rakannya itu.


“Naz,kau okay?”suara Eun Jun cepat sekali menyoal rakannya itu.Dynaz kini melihat Eun Jun,wajahnya terdiam seperti tidak mempercayai akan perkara yang terjadi padanya itu.Lelaki yang mengerunkan itu mengusap lembut kepalanya?macam tidak masuk akal..tapi,mungkin dirinya berhak untuk itu kerana jasa yang ditaburnya kepada lelaki itu semalam.

“Woah..cool gila!Handsomenya..”Eun Jun seakan-akan diserang kegilaan,dirinya tersenyum manis sambil mengenangkan kembali detik-detik lelaki bernama Top itu di dalam rumahnya.

“Cepatnya luka dia sembuh..”Dynaz bersuara akhirnya,bayang Top yang lengkap berpakaian jacket berwarna hitam dan wajahnya yang tidak lagi kepucatan terbayang di mata Dynaz.

“Hero!tu lah orang kata HERO!”Eun Jun bersuara bersungguh-sungguh kepada rakannya itu.Senyuman manisnya masih lagi terpamer,Dynaz membalas hambar.

“Nasib baiklah dia tak buat perkara yang bukan-bukan,”Eun Jun kini bersuara lagi,dirinya tidak henti-henti bercakap mengenai lelaki tersebut kepada rakannya itu.Dynaz hanya berdiam diri,ada sesuatu yang menganggunya kini.Dirinya kini teringatkan renungan mata milik lelaki tersebut.Bukan kerana dirinya terpikat atau jatuh cinta tetapi kerana pandangan itu menyembunyikan satu pengertian yang begitu mendalam..kesepian..kesedihan..keperitan..kesakitan..sungguh diri Dynaz dapat merasai segala kesengsaraan milik sepasang mata yang dingin itu.Dynaz termenung jauh.



“Hello..Hello,anybody home?”tiba-tiba suara seorang lelaki terdengar dipendengaran mereka berdua.Eun Jun berlari membuka pintu rumahnya.Dirinya begitu terkejut apabila melihat seorang lelaki yang begitu kacak dan bergaya yang berdiri gagah dihadapan matanya.Senyuman manis lelaki tersebut membuatkan jiwa Eun Jun tidak keruan,manis sekali..kacak sekali..

“Dynaz here?”lembut dan sopan sekali suara lelaki dihadapannya itu,sungguh Eun Jun tidak mampu untuk mengalihkan pandangannya dari lelaki dihadapannya ini.

“Henney?!”suara Dynaz kuat sekali apabila dirinya melihat tetamu mereka yang datang pada pagi itu.Wajah Dynaz ceria sekali,senyuman dibibirnya menguntum indah buat lelaki di luar pintu rumah rakannya itu.Eun Jun terpinga-pinga,dirinya melihat Dynaz dan lelaki yang bernama Henney itu.Senyuman Henney sempurna sekali apabila melihat Dynaz.Apakah hubungan diantara mereka berdua?




“Are you okay?”ceria sekali suara Henney sambil memegang lembut kepala milik Dynaz.Dirinya kini berjalan bersama Dynaz di taman tema yang begitu popular di kota itu.

“Kalau ada kamu tentu saya akan okay.”Dynaz turut bersuara riang,dirinya tersenyum ceria sambil menjilat aiskrim yang dibeli Henney untuknya.Begitu gembira sekali dirinya rasakan ketika ini.Inilah kali pertama dirinya berjalan-jalan di taman tema itu.

Suasana yang begitu sesak dengan orang ramai langsung tidak mengganggu keceriaannya,diri suka begitu.Sesekali Dynaz melompat-lompat gembira sambil tangannya memegang erat tangan milik lelaki yang bernama Henney itu.Henney hanya tersenyum melihat telatah Dynaz yang seperti kanak-kanak itu,dirinya senang melihat wajah wanita kesayangannya itu kegembiraan seperti ini.Dynaz kelihatan begitu comel dengan sweater bercorak bunga yang berwarna merah jambu itu.


“Bagaimana kamu tahu saya ada di situ?”Dynaz bersuara sambil tersenyum manis kearah lelaki yang sangat disenanginya itu.Dirinya hairan apabila melihat Henney yang tiba-tiba tahu akan lokasinya itu.Setahunya hanya Dennis sahaja yang tahu,itupun lelaki itu cuma menghantarnya di kaki bukit sahaja.Dirinya sendiri yang menaiki tangga batu menuju kerumah Eun Jun pada hari itu.

“Dennis call saya.Today Sunday,so dia cadangakan saya bawa awak berjalan-jalan.Susah juga mula-mula nak cari rumah tu,tapi awak ada kata rumah awak atas sekali.So,cuma satu rumah sahaja di atas sekali kan?”Henney menjawab ikhlas sekali,wajahnya yang ceria disambut Dynaz riang.

“Kenapa Abang Dennis tak datang sekali?”Dynaz kini menyoal sambil tersenyum mesra,dirinya cuba untuk mengawal perasaannya yang tiba-tiba sahaja berbaur sedih.

“Dennis ada kerja.”Henney menjawab ringkas,wajahnya masih lagi seceria tadi.Dynaz terdiam,dirinya cuba menguntumkan senyumannya walaupun emosinya kini terganggu.Mengapa Dennis tidak menjemput dirinya?Mengapa lelaki itu amat bencikan dirinya?Apa kesalahan yang dilakukannya?Mengapa dirinya tidak pernah merasakan kebahagiaan satu perkahwinan?Mengapa?


Ketika ini pandangan Dynaz menangkap kelibat sepasang pasangan kekasih yang begitu romantis berjalan bersama-sama sambil tersenyum mesra dan beramah manja.Dirinya sayu..mengapa dirinya tidak bertuah untuk merasakan semua itu..

Pautan tangannya di lengan Henney dieratkannya,dirinya benar-benar ingin berasa dikasihi dan mengasihi.Menyedari kelakuan Dynaz,Henney memegang lembut lengan wanita itu.Tanpa berfikir panjang lagi,dirinya kini berlari sambil memegang erat tangan milik Dynaz.Diri Dynaz kehairanan tetapi diikutkan jua Henney dari belakang.


“Kenapa kita berlari?”sambil berlari mengikuti Henney,Dynaz menyoal kehairanan.Tangannya masih lagi digenggam lelaki tersebut.Angin yang meniup menampar lembut ke pipinya ketika dirinya berlari terasa hidup sekali.

“Berlari boleh hilangkan stress,I don’t want to see your face in stress..so come on we run together.”Henney bersuara kuat dengan ceria sekali,dirinya masih berlari tiada henti sambil tangan Dynaz dipegangnya erat.Dynaz tertawa kuat,dirinya kini berlari mengikuti langkah Henney.Wajah keriangannya dilihat ceria oleh Henney,senyuman manis terpamer indah di bibir lelaki yang sempurna itu.



“Ahhhh..Ahhhh!!kita belia benci stress!”kuat Dynaz menjerit sambil tertawa riang.Henney turut ketawa kuat melihat kelakuan Dynaz,dirinya turut menjerit mengikuti kata-kata Dynaz.Mereka tertawa riang.Orang ramai yang berada di situ terpinga-pinga melihat kearah mereka berdua penuh kehairanan.Kelakuan mereka yang berlari-lari sambil menjerit-jerit itu benar-benar menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihat,ada yang tersenyum, ketawa dan tak kurang juga yang berbisik-bisik.Mungkin mereka punya persepsi sendiri tentang kelakuan Dynaz dan Henney ini,tetapi bagi Dynaz dirinya tidak mempedulikan semua itu.Dirinya gembira,dan ceria dengan kehadiran lelaki yang kini berlari dihadapannya itu.Genggaman tangannya yang begitu erat dilihat ceria oleh Dynaz,dirinya terus berlari sambil ketawa riang.



“What a Hot guy!Siapa lelaki tu?!”Eun Jun kini bersuara rendah tetapi nadanya yang menggila itu sememangnya sifat semulajadinya ketika dirinya berjumpa dengan lelaki yang kacak.Dynaz tersenyum manis melihat kearah Eun Jun,dirinya menyedari renungan wanita itu tadi ketika melihat dirinya bersama Henney yang beramah mesra di luar rumah wanita itu.

“Henney,kawan suami aku.”Dynaz menjawab jujur,dirinya kini sibuk mengemas barang-barangnya untuk dibawa pulang.Henney yang berada di luar setia menunggu dirinya.

“What?!kawan suami kau?”Eun Jun hampir ternganga apabila mendengar kata-kata Dynaz,dirinya sememangnya mengetahui tentang status Dynaz yang sudah berkahwin dua minggu lalu.Tetapi dirinya betul-betul tidak menyangka kawan kepada suami Dynaz merupakan seorang lelaki yang begitu kacak,bergaya dan segak sekali.Lihat sahaja kereta mewah Porche kelabu milik lelaki itu membuatkan dirinya berasa cair seperti seketul ais yang dijemur terus pada bahang mentari yang terik!

“Oh my God!!Siapa sebenarnya suami kau ni?”Eun Jun menyoal Dynaz penuh perasaan ingin tahu.Dynaz hanya tersenyum manis.

“Nama dia Dennis,dia sepupu aku dan kami kahwin atas pilihan keluarga.”Dynaz menjawab tulus.Eun Jun menarik wajah masam.

“Eh..yang itu kau dah ceritakan pada aku lah.Dua minggu yang lepas.”Eun Jun mencebik bibirnya.Dynaz memuncungkan mulutnya.

“Itu saja yang aku tahu.”Dynaz bersuara lagi,kini dirinya mengangkat beg galasnya yang penuh barang keperluannya itu.

“Pengaruhnya kau tak tahu?Latar belakangnya kau tak tahu?”Eun Jun menyoal bertalu-talu sambil menolong rakannya itu mengambil tas tangan milik rakannya itu.

“Dia anak tunggal kepada abang ayah aku.”Dynaz menjawab lagi,kini dirinya berjalan menuju ke pintu rumah rakannya itu.Eun Jun menggeleng-gelengkan kepalanya.Dirinya hairan dengan sikap Dynaz yang mengambil mudah soal perkahwinan.Tidak pernah dalam hidupnya dirinya mendengar seorang isteri yang sudah berbulan lamanya berkahwin,langsung tidak mengetahui butir-butir teperinci tentang suaminya.



Dynaz kini terduduk keletihan di sebuah kerusi,nafasnya turun naik dengan cepat sekali.Dadanya yang berombak kencang dipegangnya erat.Kini dirinya tertawa keriangan.Henney memberikan sebotol mineral kepada dirinya,lelaki itu kelihatan begitu ceria sekali tetapi tidak tercungap-cungap seperti dirinya ketika ini.

“Cool down okay?”wajah kacak Henney kini terpamer indah di penglihatan Dynaz.Dirinya tertawa lagi ketika lelaki itu bergaya seolah-olah mengajarnya cara untuk bernafas dengan lebih baik.

“Sudahlah tak nak main lagi..penat ni.”manja sekali suara Dynaz membuatkan Henney turut tersenyum manis.Lelaki itu kini mengambil tempat di sebelahnya.Angin sepoi yang meniup lembut ke wajah Dynaz membuatkan wanita itu memejamkan matanya untuk menikmati keasyikan yang dirasainya.Henney merenung wajah lembut di sebelahnya itu,senyuman manis yang terpamer indah di bibir wanita itu diamatinya penuh kesenangan.


“I love to see your face like this.”Henney kini bersuara manis sambil membuka penutup botol mineral di tangannya.Wajahnya tidak melihat kearah Dynaz lagi tetapi senyumnya masih lagi terpancar di bibirnya yang merah semulajadi itu.Dynaz kini melihat kearah Henney,dirinya senang sekali berada disamping lelaki tersebut.Layanan lelaki itu terhadap dirinya benar-benar menyentuh hati wanitanya.Ketika ini dirinya asyik melihat wajah bersih disebelahnya itu.Angin yang bertiup damai seolah-olah mengerti betapa tenangnya perasaannya ketika ini.


“Nak air?”Henney kini menunjukkan botol mineral yang dibuka botolnya kepada Dynaz.Diri Dynaz tersentak,lalu pandangannya cepat dialihkan kepada taman bunga yang terbentang luas dihadapannya.Henney tersenyum manis,botol mineral itu ditutupnya semula.Kini dirinya bangun dari duduknya,berhadapan dengan Dynaz dirinya berlutut dihadapan wanita yang duduk dikerusi itu.Senyuman di bibirnya masih lagi kekal di situ menampakkan kekacakkan wajahnya yang indah.


Dynaz tergamam,wajah Henney kini benar-benar berada dihadapannya.Lelaki itu kini mengusap lembut pipi gebu miliknya menghantarkan kegetaran keseluruh tubuhnya.Dengan senyuman yang masih lagi kekal di bibirnya ,lelaki itu mendekati wajahnya hampir dengan wajah milik Dynaz.Ketika ini Dynaz tidak mampu berbuat apa-apa,dirinya seakan terpaku dan terpesona dengan sepasang mata milik lelaki dihadapannya itu.

Ketika bibir lelaki itu hampir menyentuh pipinya,tangan lelaki itu memegang lembut pipinya yang sebelah lagi dan mengusap lembut sesuatu di pipinya itu.Kini wajah Henney menjauh dari pipinya,tangannya yang mengusap pipi Dynaz itu tadi menunjukkan kepada wanita itu sehelai daun yang cantik berbentuk seperti seekor rama-rama.


Dynaz tersentak,dirinya melihat sehelai daun cantik yang terletak di tapak tangan lelaki tersebut.Dynaz kini melihat ke wajah Henney yang tersenyum manis kearahnya.Tapak tangan Henney dipegang Dynaz, dirinya benar-benar teruja melihat sehelai daun yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.Dirinya tersenyum riang ketika dirinya menyentuh daun di telapak tangan lelaki tersebut.

“Daun ini melekat di pipi kamu tadi.”Henney bersuara lembut sambil menyerahkan daun tersebut kepada Dynaz.Kini Dynaz memegang pipinya yang memerah secara tiba-tiba.

“Jarang jumpa daun ini,so you’re the lucky one.”kata-kata Henney kini benar-benar mengembirakan hati Dynaz,senyumannya riang sekali sambil membelek-belek sehelai daun yang berbentuk cantik itu.

“Beautiful butterfly like you,dear..”Henney kini mengusap lembut kepala milik wanita yang berada dihadapannya itu.Dynaz tersenyum girang mendengar kata-kata Henney yang tulus itu,dirinya benar-benar berasa begitu bahagia ketika ini.


Beautiful butterfly like you,dear..


Kata-kata indah Henney bermain-main di dalam fikiran Dynaz kini.Mahu sahaja dirinya menjerit kegembiraan sekarang ini tiada apa yang mampu menggambarkan betapa bahagia dan indahnya perasaan yang dirasainya ketika ini.


7 comments:

andaluciacheesecake said...

huhu..byk henney ngn dynaz la kali ni..
nk n3 dennis n dynaz plak ye pasni..
geramnye ngn dennis ni..ego tggi sgt..!
best2..smbung lg ye..!

Zeni Geba said...

hehe..
bestnya..
henney sgt mmahami dnaz..
bertuah dnaz...=)
eun jun still lwak..
haha..aku ska!!

BlueRose said...

best2. henney baik sangat!

~zuLaiFaH~bUdaK CuEk@! said...

hu.h.u...

tiba2 fall in love kt henney lak!

denish2!

white_rose said...

but.. there is something wrong la bout henney..
n3 lepas cam henney b'dendam ngan some1..
si T.O.P pum cm misteri gak..
suspen3..
tp cite ni memng best arr..
ala2 korea movie la plak..

aqilah said...

best cite ni. from part 1 to this part, i love it. no comment from me. keep it up and i'm waiting................................

in_wired88 said...

henney sudah memulakan langkahnye yer?(kerjasama ngan dennis)

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket