Novella~My LovE 17

Friday, March 20, 2009


BAB 17

Suasana di dalam club yang bernama ‘Prince of The Night’ itu amat merimaskan Dynaz,dirinya hanya terus memaut lengan gagah milik suaminya itu.Di mana-mana sahaja dirinya melihat pergaulan diantara wanita dan lelaki begitu bebas tiada halangan.Melihat keadaan ini,dirinya kembali mengimbas kenangan lampau di mana ketika Dennis mengadakan parti liarnya di dalam penthouse mereka itu.Jiwa Dynaz kini berdebar kuat seiringan rentak musik yang kuat diputar oleh DJ di situ.Berbagai-bagai jenis orang menari, menyanyi, dan bergelak ketawa seperti tiada hujungnya.Aksi liar yang sangat meloyakan tekak terhidang di merata-rata pelusuk kawasan di situ.Keadaannya begitu sesak dan lampu yang malap dan berwarna-warni yang dipanggil ‘Disco Ball’ itu menambahkan lagi kerancakkan di situ.Sungguh suasana di sini lebih teruk dari suasana ketika di rumahnya dahulu.


Dennis berjalan selamba sambil mengikut dua orang bonzer yang berbadan besar untuk mengawal perjalanan mereka ke ruangan bilik esklusif yang ditempah olehnya.Dynaz setia mengikut suaminya itu,dirinya lebih rela disiksa lelaki itu daripada ditinggalkan seorang diri di kawasan sebegini rupa.


Setibanya mereka di bilik itu,dua orang bonzer yang mengetuai jalan tadi menunduk hormat kepada Dennis sebelum pergi meninggalkan mereka berdua di situ.Dynaz menunduk kepalanya sedikit apabila bonzer itu memandang kearahnya.Dirinya berasa gentar,dan di dalam hatinya tidak henti berdoa memohon keselamatan kepada tuhan yang maha Esa.

“Come on,kita dah sampai..Diaorang semua mesti sudah ada di dalam.”Dennis memegang erat bahu Dynaz dan memulas tombol pintu bilik tersebut.Senyumannya manis sekali taktala melihat semua rakan yang dijemputnya sudah berada di situ.Dynaz hanya tertunduk membisu,sorakkan rakan-rakannya yang menjemput masuk dirinya dan Dynaz membuatkan Dennis tertawa riang.Tanpa membuang masa dirinya memaut pinggang Dynaz dan berjalan mendapatkan tempat yang sudah tersedia buat dirinya itu.


Dynaz tersentak taktala dirinya melalui seseorang yang sangat dikenalinya itu.Jantungnya seakan terhenti dan dirinya seakan terkaku,tetapi rangkulan Dennis yang kuat di pinggangnya membuatkan dirinya patuh untuk terus mengikut lelaki itu.

Ketika ini dirinya dapat merasai pandangan lelaki itu yang kini tepat memandang kearah dirinya.Bagaikan ingin tercabut jantungnya apabila matannya bertembung bersama sepasang mata indah itu.


“It’s really good to know, that you Mr.Hariz and Mrs.Fasha will join us tonight.”Kata-kata ceria dari Dennis menusuk masuk ke gegendang telinga Dynaz.Dirinya kini benar-benar tidak mampu untuk memandang terus kearah pasangan yang diraikan itu.

“Come on we together give a toast to him and his lovely wife.”Dennis bersuara lagi menceriakan keadaan.Sparkling juice yang dihidang di dalam gelas diangkatnya menandakan mereka akan memulakan upacara minum untuk menjemput kedatangan orang baru di syarikat mereka itu.Semua rakan-rakan bersorak dan mengangkat gelas minuman masing-masing.Hariz dan Fasha juga turut tersenyum dan mengangkat gelas minuman mereka.


“Cheers!”semuanya bersorak riang dan menghabiskan minuman di dalam gelas masing-masing.Dennis meminum sedikit minumannya dan disuap selebihnya kepada Dynaz di sebelahnya.Dynaz hanya menuruti tindakan Dennis itu,dirinya ingin mengesat lelehan minuman yang mengalir di mulutnya itu tetapi tanganya dipegang erat oleh suaminya itu.Dennis menjilat lembut kesan lelehan air tersebut dan mencium bibirnya begitu intim sekali membuatkan Dynaz tidak sempat untuk menarik nafasnya.


Suara keriuhan yang besorak melihat adegan itu menampar kuat ke diri Dynaz dengan secara tiba-tiba sahaja pipinya bertukar menjadi kemerahan menahan malu yang tidak terhingga.Dennis kini mencium lembut seluruh bibirnya,ciumannya yang terakhir dimatikan di pipi mulus milik wanita tersebut.Pandangan Dennis yang benar-benar menggoda menatap terus ke sepasang mata Dynaz yang berwarna kelabu itu.Ketika ini pandangan Dynaz seolah-olah dipukau di situ.Dirinya tidak mampu untuk mengubah pandangannya jauh dari renungan yang begitu menggoda itu.

Hariz mengetap bibirnya,tiba-tiba sahaja dirinya berasa tidak selesa berada di situ.Pandangannya dialihkan melihat terus kearah keriuhan orang ramai disebalik bilik kaca yang di duduki mereka.Fasha pula hanya tersenyum manis seperti selalu tiada raut sebarang kecemburuan di wajahnya.


“I’m sorry for being late.” Tiba-tiba kemunculan Henney membuka pintu bilik tersebut mendapat perhatian ramai.Dirinya tersenyum manis ketika melihat Dennis yang sudahpun hadir bersama Dynaz yang kelihatan begitu cantik sekali pada malam itu.

“There you are..I thought you don’t wanna come.”senyuman Dennis manis sekali mengenakan rakannya itu.Kini semua mereka berbual sambil minum dengan rancaknya sekali.Ketawa mereka bergema memenuhi ruang bilik kaca tersebut.Dynaz hanya diam di sisi Dennis,sesekali dirinya memberikan senyuman kepada rakan-rakan wanita Dennis yang melihat kearahnya.


“Hariz,I see you macam tak berapa enjoy with the party..is this party disturbing you?”suara Dennis terus menuju kearah Hariz yang meneguk minumanya.Senyuman sinis di bibir Hariz menambahkan lagi keceriaan di wajah Dennis.Pandangan mereka kini bertaut sesama sendiri dan menyampaikan mesej yang sukar diterjemahkan sesiapa pun yang melihatnya.

“I really happy to have relationship with your company,so why must I feel disturbed by the party which celebrate our relationship.”sinis sekali jawapan Hariz membuatkan Dennis tertawa ceria.Dirinya mengangguk-angguk faham.

“So, enjoy the party.”Dennis bersuara lagi sambil mengangkat minumannya kearah Hariz yang kini merenung tajam kearahnya.


Dynaz kini mencari-cari kelibat Henney yang sebentar tadi jelas di penglihatannya.Ketika ini dirinya ditinggalkan keseorangan di dalam bilik itu.Semua mereka sudah turun ke lantai dansa untuk meneruskan parti mereka pada malam tersebut.Betapa dirinya terasa lega dan nyaman berada di situ.Dynaz kini mendekati dinding kaca yang memisahkan bilik esklusif itu daripada lantai dansa yang penuh kegilaan itu.Dirinya mengamati suasana di situ.Tarian yang dipersembahkan setiap orang di situ sungguh liar dan tidak senonoh sekali,tidak seperti ditontonnya di kaca televisyen yang mempersembahkan tarian yang lebih sopan dan menunjukkan ciri-ciri penuh adat kemelayuan.Dirinya memeluk tubuhnya dan menarik nafas dalam.Ketika dirinya ingin berjalan kearah sofa,tiba-tiba dirinya melihat kelibat seorang lelaki yang sangat dikenalinya muncul di muka pintu bilik tersebut.Cepat Dynaz mengatur langkahnya semula kearah dinding kaca tersebut.Dirinya berpura-pura untuk terus mengamati suasana di lantai dansa itu walaupun dirinya sudah cukup mual untuk terus menatap suasana di situ.


“Sudah lama kita tidak berjumpa..Naz sihat?”Hariz terasa begitu bodoh sekali soalan yang terkeluar dari mulutnya itu.Tetapi demi desakan hatinya untuk berbicara bersama Dynaz membuatkan dirinya langsung tidak memikirkan pelbagai soalan yang lain.Dynaz membisu,dirinya tidak melihat kearah lelaki tersebut.Wajahnya dingin sekali,tiada tanda sekuntum senyuman pun akan mekar berkembang di situ.Hariz menarik nafas dalam dirinya kini berdiri di sebelah wanita itu sambil pandangannya jauh melihat kerancakkan manusia yang menari-nari di lantai dansa club tersebut.


“Abang minta maaf atas segalanya.Setelah melihat Naz pada malam tu hati abang menjadi tidak keruan..abang tahu,semuanya kerana perasaan bersalah abang yang menghantui diri abang..”Hariz kini memulakan bicaranya,dirinya enggan untuk terus melihat kearah wanita disampingnya itu khuatir perasaan bersalahnya semakin menimbun menyesakkan jiwanya.Dynaz masih terdiam..matanya yang jelas melihat suasana di situ sebenarnya sudah melayang jauh mengimbas segala memori-memori silamnya.Memori yang amat dirindu olehnya,memori yang mengajarnya erti kebahagian,dan memori yang sekarang ini mengamit-gamit kearahnya tetapi mustahil buatnya untuk mengapainya.Terasa cepat sahaja kelopak matanya kini digenangi air mata.Kelembutan suara itu amat dirinduinya,kelembutan suara itu yang sering membuai perasaanya,kelembutan suara itu yang sering menenangkan jiwanya.


“Please Naz,maafkan abang.Relakanlah abang untuk meneruskan kehidupan ini.Mungkin dengan kemaafan Naz akan memberikan ketenangan buat hidup abang ini.”Hariz masih bersuara walaupun sepatah pun tidak dijawab oleh wanita tersebut.Dirinya kini tersiksa sekali melihat wajah lembut Dynaz yang pernah dipermainkannya sebelum ini.Kemaafan dimintanya supaya dirinya dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih tenang.

Bagaimana dengan ketenangan hidup Dynaz?Adakah abang ada berfikir semua itu?Pernahkah abang berfikir walaupun sekali sewaktu abang bermesra bersama Fasha adakah Dynaz jua turut merasakan ketenangan itu?Pernahkah Dynaz mendapat ketenangan hidup setelah abang meninggalkan Naz?Pernahkah?


Kata-kata itu kini benar-benar menyayat di dalam hati Dynaz,cepat sahaja kolam matanya dipenuhi butiran-butiran permata.Sungguh dirinya tidak tertahan lagi ketika ini,tanpa terus berlengah lagi dirinya kini cepat melarikan diri dari terus berdiam di dalam bilik itu.Dynaz tidak mahu menunjukkan betapa lemahnya dirinya dihadapan lelaki yang bernama Hariz itu.Butiran air matanya kini mengalir laju mengotori pipinya yang bersih itu,dirinya kini berlari menuju kearah bilik air yang dimana mungkin satu-satunya tempat yang boleh menenangkan perasaanya dan satu-satunya tempat dimana dirinya boleh bersendirian di situ.


Tiba-tiba tanpa disedari dirinya melanggar seseorang yang juga sedang berlari bertentangan dari arahnya.Tidak sempat untuk mengimbangi diri,Dynaz terjatuh di situ bersama orang yang dilanggarnya.

“Dynaz?”suara itu seperti pernah didengari olehnya sebelum ini,pantas Dynaz melihat wajah empunya suara itu.Dirinya kini seakan tidak mempercayai matanya,wanita dihadapannya itu sememangnya amat dikenali olehnya.

“Eun Jun?kau Eun Jun?!”suara Dynaz separuh menjerit,dirinya mengesat air matanya yang masih berbekas di tebing matanya.Sungguh dirinya tidak dapat menyangka bahawa mereka akan bertemu lagi setelah sekian lama tidak ketemu.

“Woah!Dynaz.What a surprise!”Eun Jun kini memeluk erat Dynaz sambil menghadiahkan senyuman yang manis buat wanita dihadapannya itu.Mereka berbalas senyuman di situ.

“Hey,you girl!Come here!I wont let you to enter this club!Hey,you!”tiba-tiba seorang lelaki besar menjerit sambil berlari dari jauh menuju kearah mereka.Dynaz mengerutkan wajahnya kehairanan.Eun Jun membulatkan matanya.

“Hey..Dynaz kau nak main permainan kejar mengejar tak?”cepat Eun Jun menyoal Dynaz yang kini terkebil-kebil melihat kearah wanita itu.Tanpa membuang masa lebih banyak Eun Jun bangun dan menarik Dynaz yang terjelepok jatuh tadi di atas lantai.Dynaz hanya menurut apabila melihat Eun Jun berlari sambil menanggalkan sepatunya.Wajah bengis lelaki besar yang menjerit-jerit di belakang menambahkan lagi kehairanan di wajah Dynaz tetapi dirinya tetap setia mengikut Eun Jun yang kini pantas berlari seperti seorang peserta larian di litar olimpik.Sesekali dirinya mendengar ketawa Eun Jun yang riang mengejek-ejek lelaki besar dibelakang mereka itu.Dirinya juga turut tersenyum memikirkan betapa lucunya ayat yang dikeluarkan Eun Jun itu.


“Fuh..huh..hu..”lelah Dynaz mengalahkan lelahannya yang digunakannya selama ini semasa bekerja di kebun ayahnya.Sungguh dirinya sudah tidak berdaya lagi untuk terus berlari.Eun Jun di sebelahnya turut mencungap menarik nafas setelah lelah berlari.Kini mereka berdua sudah berada di luar ‘Prince of The Night’,lorong di situ gelap dan sunyi sekali sesuai untuk mereka berehat untuk menarik nafas yang hampir hilang sebentar tadi.

“Ha..ha..ha..macam mana?seronok tak?”tiba-tiba Eun Jun menepuk lembut bahu milik Dynaz.Dirinya tertawa riang dengan kejayaannya yang berjaya memboloskan diri di dalam club yang bertaraf superstar itu.Dynaz tersenyum walaupun nafasnya masih lagi tercungap-cungap.

“Mengapa kau lari dari lelaki besar tu?Ada buat apa-apa kesalahan ke?”Dynaz menyoal selamba kepada wanita yang kini duduk bersandar di dinding lorong tersebut.Dynaz mengambil tempat disampingnya,mereka menarik nafas dalam bersama-sama dan menghembusnya perlahan-lahan.

“Ha..ha..aku sebenarnya saja buat investigation dalam tu..susah sangatlah nak dapat kerja dalam tu.”Eun Jun kini berterus terang kepada wanita disebelahnya itu.Dynaz terdiam.Dirinya tidak mengerti akan apa yang dicakapkan rakannya itu.

“Kau nak kerja apa dalam tu?”Dynaz menyoal kehairanan,dirinya tidak dapat berfikir jenis pekerjaan apakah yang tersedia di dalam tempat yang terkutuk seperti itu.Eun Jun tersenyum manis dirinya menarik nafas dalam.

“Macam-macam kerja yang disediakan dalam tu.Tak kan kau tak tahu..kau pun kerja disitu kan?”Eun Jun kini melihat terus ke wajah rakannya itu.Dynaz menarik wajah,sesungguhnya berada di situ pun dirinya sudah loya mana bisa dirinya bertahan untuk bekerja di situ.

“Sudahlah..aku nak balik,ada banyak kerja lagi yang menunggu aku esok hari..”Eun Jun kini bangun dari duduknya,dirinya membersihkan debu yang mengotori seluarnya.Dynaz turut bangun dari duduknya,dirinya melihat sayu ke wajah wanita itu.Entah bila lagi dirinya akan ketemu dengan satu-satunya rakannya itu lagi.Keceriaan Eun Jun membuatkan dirinya berasa bahagia dan dirinya mampu menjadi Dynaz yang sebenar semasa bersama wanita tersebut.Melihat wajah Dynaz yang sayu dan sedih membuatkan Eun Jun menarik nafasnya.


“Kau nak lihat rumah aku?”suara Eun Jun membulatkan mata Dynaz,diri Dynaz sungguh tidak percaya wanita itu kini sedang mengajak dirinya untuk melihat rumahnya.Senyuman Dynaz ceria sekali,anggukan kecil diwajahnya membuatkan Eun Jun jua tersenyum manis.


Setelah lama mereka berjalan melalui kawasan rumah yang kelihatan seperti kawasan setinggan itu akhirnya mereka sampai ke sebuah rumahnya yang agak terpencil diantara rumah-rumah yang sedia ada.Perjalanan menaiki tangga batu menuju kerumah itu sungguh memenatkan,seperti ingin tercabut kepala lutut Dynaz dibuatnya.

“Rumah aku di atas sekali..so bersabar ajalah..”kata-kata Eun Jun itu kini berasa begitu berbaloi bagi Dynaz apabila dirinya kini berada di laman rumah wanita itu.Bukan kerana laman itu dihias indah tetapi kerana pemandangan di situ yang dapat melihat keseluruh kota yang dihiasi lampu-lampu yang berbagai warna dan berbagai saiz.Dynaz menarik nafas dalam cuba menikmati kenyamanan udara bukit itu.

“Woah..indahnya..nyamannya..”Dynaz bersuara ceria,dirinya kini berlari mendapatkan satu-satunya perhiasan di laman itu iaitu kerusi panjang yang tidak ubah seperti pangkin di halaman rumahnya di kampung. Laman rumah itu tidak berumput sebaliknya hanya berbatu simen seperti laman-laman rumah lain di kawasan kejiranan ini.Dynaz tersenyum ceria apabila dirinya berbaring di kerusi itu sambil melihat terus ke langit gelap yang dihiasi kerlipan bintang yang bersinar-sinar.

“Hey..kau nak mati kesejukkan ke?marilah masuk,sejuk diluar tu.”Eun Jun menegur Dynaz sambil tersenyum kearah wanita itu.Dirinya menggeleng-geleng kepalanya melihat telatah Dynaz yang tidak ubah seperti kanak-kanak kecil.Dynaz turut tersenyum,dirinya kini berlari menuju kearah Eun Jun yang kini membuka pintu rumahnya dengan kunci yang disimpan di dalam dompetnya.


Pandangan Dynaz kini tertumpu kepada sebuah motosikal berkuasa tinggi berwarna hitam yang megah terparkir di sebuah rumah jiran milik Eun Jun.


“Eh,Eun Jun..kau tunggang motosikal berkuasa tinggi ke?”Dynaz menyoal sambil dirinya kini asyik membelek-belek motosikal yang cantik itu.Melihat tindakan Dynaz itu membuatkan Eun Jun membulatkan matanya.Dirinya cepat berlari mendapat Dynaz yang asyik memuji-muji kehebatan motosikal itu.

“Eh..kawan, jangan sentuh motosikal tu..”suara Eun Jun seakan berbisik,wajahnya kecuakkan sekali.Dynaz mengerut kening kehairanan,dirinya tidak mengerti mengapa rakannya itu bersikap ganjil seperti itu.

“Mari..mari kita balik rumah kita ye..”suaranya masih berbisik,lengan Dynaz dipegangnya erat sambil terjingkit-jingkit dirinya melalui rumah jirannya.Dynaz mengikut tanpa berkata apa-apa.Jari telunjuk wanita itu diletakkan dimulutnya mengisyaratkan supaya Dynaz tidak bercakap apa-apa,hanya diam mengikut arahannya.


Masuk di dalam rumah Eun Jun menyandarkan dirinya di dinding,tangannya diletakkan di dadanya menarik nafasnya yang hampir terputus tadi.Dirinya kini menghembuskan nafas lega.Dynaz masih kehairanan,dirinya mencari tempat di samping Eun Jun.

“Mengapa kau semacam takut je dengan motosikal tu?”kuat sekali suara Dynaz menyebabkan Eun Jun segera mendapatkan wanita itu,mulut Dynaz ditutupnya rapat.Dirinya kini melihat ke kiri dan ke kanan cuba memerhati suasana sekeliling mereka.Setelah dirinya yakin tiada perubahan suasana yang berlaku dengan perlahan-lahan dirinya melepaskan tangannya yang menutup mulut rakannya itu.


Dynaz kini tertawa kecil,inilah kali pertama dirinya melihat wajah Eun Jun penuh ketakutan..dirinya kini tersenyum ceria.

“Wey,kawan..kau nak tegur apa pun di sini aku benarkan..tapi jangan tegur apa-apa milik jiran sebelah itu.”suara Eun Jun kini mengendur,dirinya terlentang di lantai rumahnya menarik nafas lega.Dynaz turut berbaring di sebelah rakannya itu dirinya hairan dengan kata-kata rakannya itu mengenai satu-satunya jirannya disebelah rumahnya itu.

“Kenapa kau takut sangat dengan jiran tu?”perlahan sekali suara Dynaz berbisik kepada Eun Jun.Dirinya sungguh mahu mengetahui perkara yang sebenar yang membuatkan rakannya itu begitu mengeruni satu-satunya jirannya itu.Eun Jun kini bangun dari baringnya,dirinya menghampiri Dynaz yang kini turut bangun dari pembaringannya.

“Sebenarnya..lelaki yang tinggal di sebelah tu seorang gangster yang terkenal di sini,kalau kau nak tahu dia sudah membunuh hampir seribu orang tahu tak.”suara Eun Jun benar-benar menusuk masuk ke jantung Dynaz membuatkan ketakutannya tiba-tiba sahaja menguasai dirinya.

“Lelaki tu pernah memengal kepala mangsanya untuk dijadikan trofi buat simpanan koleksi peribadinya.”kata-kata Eun Jun kali ini benar-benar menaikkan bulu tengkok Dynaz.Matanya membulat mendengar cerita wanita itu.

“Menurut kata orang yang pernah ketemu dengannya, dengan hanya renungan sahaja dirinya mampu membunuh kita, tahu.”Eun Jun mengingatkan Dynaz yang kini erat memegang tangan wanita itu,begitu gerun sekali seorang lelaki yang kini menginap di sebelah rumah Eun Jun itu.

“Kau tak pernah jumpa dengannya ke?”Dynaz bersuara agak terketar.Eun Jun mengangguk perlahan menandakan dirinya pernah terserempak dengan lelaki itu.

“Orang memanggilnya TOP, mungkin sebab wajahnya begitu seiras dengan rapper kumpulan Big Bang membuatkan dia mendapat gelaran tu.Tapi memang dia seiras rapper tu..dari rupa,suara, dan tubuh mirip sekali lelaki tu.”tiba-tiba Eun Jun tersenyum mengimbas kembali saat pertemuan mereka.Dynaz mengerutkan keningnya,bukankah wanita itu amat mengeruni lelaki tersebut?Mengapa tersenyum seorang diri pula sekarang ini?


“Walaupun kacak..tak ada maknanya kalau jahat macam anak jembalang kan?”akhir sekali Eun Jun meluahkan rasa hatinya yang sebenarnya itu.Dirinya kini menuju ke ruangan dapur untuk melihat apa-apa makanan yang boleh dihidangnya.Dynaz menarik nafas dalam,dirinya selesa berada di dalam rumah ini walaupun rumah yang berukuran seperti sebuah bilik ini amat terhad ruangnya.Ruangan luas ini dijadikan ruang bilik buat Eun Jun manakala di kawasan kecil di pintu rumahnya dijadikan ruangan dapur untuk menyimpan makanan.Dynaz tersenyum manis ketika melihat Eun Jun yang sungguh-sungguh melayannya sebaik mungkin.Dirinya tenang dan gembira mendapat rakan yang begitu baik seperti wanita itu.Apabila melihat ke arah jam tangannya,diri Dynaz menjerit kecil kekejutan.Ya Allah!sudah hampir tiga jam dirinya menghilang diri dari club itu,mesti Dennis kini sudah bengang mencari dirinya!


“Eun Jun..aku kena pulang ni.”tiba-tiba suara Dynaz memecahkan kesunyian di situ.Eun Jun melihat wajah Dynaz kehairanan.Pulang?Dynaz punya rumahkah untuk pulang?

“Ok..Eun Jun lain kali kita jumpa lagi ya..aku akan datang melawat kau di sini.”terkoncoh-koncoh Dynaz menyarung kembali kasutnya dan bergegas membuka pintu rumah tersebut.

“Eh,kau ni ada rumah ke nak bermalam ni?”Eun Jun menyoal penuh prihatin,dirinya terkejut melihat Dynaz yang tergesa-gesa ingin memohon diri.Dynaz tidak menjawab sebaliknya dirinya hanya mengangguk laju.

“Kita jumpa lain kali ya.Bye..Nice to meet you.”kini Dynaz mencium lembut pipi gebu milik Eun Jun dan keluar dengan bergegasnya dari rumah tersebut.Pintu ditutupnya rapat setelah dirinya keluar.Eun Jun di dalam rumah hanya terdiam memikirkan kelakuan pelik Dynaz.Dimana wanita tu bermalam?Dia punya rumah kah?persoalan di dalam benaknya bermain-main di fikiranya.Ketika ini dirinya baru menyedari akan suatu keganjilan yang tidak sempat ditegurnya.Dynaz tadi bergaya penuh dengan ciri-ciri kemewahan,dari pakaiannya,kasutnya hinggalah ke tas tangannya wanita itu mengenakan barang-barang yang berjenama dan bermutu tinggi.Dynaz punya ‘sugar daddy’?


Diluar Dynaz melihat sekali kearah motosikal yang masih terpakir tidak berubah dari waktu dirinya menjejaki tempat ini.TOP,dirinya benar-benar tertanya-tanya jenis bagaimanakah manusia yang digeruni ini. Teringin juga dirinya ketemu dengan lelaki yang bernama TOP itu.Gelaranya saja tidak ubah seperti serbuk pencuci baju yang berjenama TOP yang agak terkenal di tanah airnya,ini sudah membuatkan Dynaz tersenyum geli hati seorang diri.


“Lelaki tu pernah memengal kepala mangsanya untuk dijadikan trofi buat simpanan koleksi peribadinya.”tiba-tiba kata-kata Eun Jun sebentar tadi kembali terimbas di kotak pemikirannya,serta merta bulu roma tengkoknya berdiri tegang.Dynaz tergamam senyuman dibibirnya mati secara tiba-tiba,dirinya cepat mengatur langkahnya untuk pulang mengikut jalan yang dilaluinya ketika perjalanan datangnya tadi.


Malam itu tidurnya gelisah sekali,dipusingnya badannya kearah kanan,tidak menjadi,kearah kiri turut tidak menjadi.Matanya terasa pedih sekali,seperti sesuatu yang sedang menusuk-nusuk ke anak matanya.Digosok-gosoknya matanya yang pedih itu tetapi kesakitannya makin terasa.Tidurnya terganggu dan kini dirinya mencelikkan matanya untuk bangun dari tidurnya yang tidak lelap itu.Kabur..tiba-tiba pandangannya kabur,dirinya tidak berupaya untuk melihat dengan jelas.Digosoknya sekali lagi matanya itu,kesakitan makin bertambah,linangan air matanya secara tiba-tiba meleleh mengalir membasahi pipinya.Pedihnya tuhan sahaja yang mengetahui.Tiba-tiba dirinya teringatkan sesuatu.Contact Lens!!!


“Abang!!!tolong Naz!”jeritan suara Dynaz yang berlari menuju ke ruang bilik Dennis sungguh membingitkan.Tangisannya bercampur baur bersama kegentaran dirinya.Walaupun pandangannya kabur,dirinya masih dapat mengatur perjalanannya yang menuju kearah katil suaminya itu.

“Abang..Tolong Naz!Naz tak nak buta!”tangisan Dynaz cukup jelas dipendengaran Dennis membuatkan lelaki itu terbangun dari lenanya yang nyeyak.Dennis menutup telinganya supaya dirinya tidak diganggu jeritan tersebut.Tetapi teriakkan itu semakin menghampiri dirinya membuatkan dirinya terpaksa untuk bangun dan melihat apa yang berlaku sebenarnya.Ketika dirinya bangun sahaja dari pembaringannya,Dynaz sudah duduk menghampiri dirinya.Terkejut besar Dennis dibuatnya apabila melihat wanita itu yang kini sudahpun berada berhampiran dirinya.

“Kenapa kau ni?terjerit pagi-pagi buta ni.”Dennis bersuara tenang bagi mengawal perasaan terkejutnya sebentar tadi.

“Abang..tolong Naz..Naz dah hampir buta ni..”rintihan Dynaz yang seakan kanak-kanak itu membuatkan Dennis kehairanan.Dirinya binggung dengan apa yang dimaksudkan wanita tersebut.

“Contact lens ni..Naz lupa nak tanggal..”lelehan air mata Dynaz mengalir tiada henti,dirinya kini benar-benar ketakutan kerana disebabkan benda kecil itu dirinya akan menjadi seorang wanita buta seumur hidupnya.Dennis menarik nafas dalam ketika dirinya mendegar penjelasan Dynaz itu.Kelopak mata wanita itu kini disentuh lembut olehnya.

“Ahh..pedih bang,sakit..”Dynaz merengek kesakitan,tangannya yang menyentuh paha milik Dennis tiba-tiba membuatkan debaran di hati lelaki itu.Dennis cuba mengawal perasaanya,dirinya kini membuka kelopak mata Dynaz sambil mencari kanta yang jernih itu.

“Abang..Naz tak nak buta..”rintihan Dynaz masih lagi kedengaran membuatkan Dennis tersenyum kelucuan.Dirinya tidak menyangka bahawa wanita itu benar-benar mempercayai penipuan yang dituturkannnya di dalam kereta malam tadi.

“It’s okay..nothing gonna happen ok..”prihatin sekali suara Dennis berkata-kata sambil mengeluarkan kanta lengkap yang melekat di anak mata wanita tersebut.

“Tahan sikit,all will be ok.”Dennis masih leka berkata-kata sambil berusaha mengeluarkan kanta itu.Kepedihannya amat menusuk-nusuk Dynaz sehinggakan tidak henti air matanya mengalir membasahi pipinya itu.Kini kedua-dua belah kanta lengkap itu sudah dikeluarkan Dennis,dirinya kini meniup lembut sepasang mata milik isterinya itu.Dynaz hanya terkaku melihat perlakuan Dennis yang begitu baik melayani dirinya.Inilah kali pertama dirinya dilayan sebegini rupa semenjak sah bergelar isteri lelaki tersebut.

“Are you ok..is’nt it hurt?”kata-kata Dennis penuh prihatin menyentuh hati wanitanya kala ini.Sambil membelek-belek sepasang mata milik Dynaz,Dennis kelihatan gelisah sekali sehinggakan dirinya tidak menyedari tindakannnya itu akan meninggalkan kesan yang besar kepada dirinya kelak.Dynaz masih terdiam di sisi suaminya itu,lelehan air matanya kini semakin mengering dan kepedihannya semakin mengurang.

“Terima kasih akan pertolongan abang.”Dynaz kini mula bersuara penuh berhati-hati sekali.Dynaz sungguh tidak menyangka bahawa dirinya begitu berani sekali datang meminta bantuan dari lelaki yang digeruninya ini.Bila diimbaskan kembali,segala perlakuannya tadi amatlah melampau sehingga mengejutkan lelaki itu dari tidurnya yang nyenyak.Dennis kini menarik nafas panjang,wajah lembut wanita yang berpakaian pajama berhampiran dirinya ini benar-benar menarik perhatiannya.Cepat dirinya meraup wajahnya sekali apabila gelora naluri lelakinya meresap masuk ke jantungnya.

“Lain kali aku tak mahu lihat perkara ni berulang lagi.Faham?”kata-kata Dennis kini kembali dingin seperti selalunya membuatkan Dynaz kembali menjauhkan jarak dirinya daripada lelaki tersebut.Kepalanya diangguk laju bagi mematuhi setiap kata-kata lelaki tersebut.Tanpa menunggu lebih lama dirinya kini meninggalkan Dennis disitu.Gerak langkah Dynaz dilihat teliti oleh Dennis sehinggalah bayangan wanita itu hilang dari penglihatannya,dirinya mula membaringkan badannya.Kehadiran wanita itu padanya malam ini benar-benar menganggu rehatnya kini.Dennis cuba memejamkan matanya,bayangan wajah lembut itu bermain-main di dalam fikirannya.


Didalam bilik Dynaz terduduk sepi diatas sebuah sofa besar.Dirinya memeluk lututnya yang dirapatkan kedadanya.Mengapa Dennis melayannya dengan baik?Persoalan itu kini berlegar-legar di dalam kotak fikirannya.Ibu jari tangannya digigit kecil,dirinya tertanya-tanya akan tindakan ganjil suaminya itu.Sudah lama dirinya tidak melihat sepasang mata penyayang yang dimiliki lelaki itu,dan malam ini buat sekalian kalinya dirinya melihat keindahan di wajah kacak suaminya itu.

Dahulu Dennis selalu menjaganya seperti seorang puteri yang sangat disayanginya.Segala perasaanya Dynaz pasti diambil berat oleh lelaki tersebut.Segalanya indah,segalanya damai ketika itu.Dirinya ketika itu punya tiga lelaki yang sangat menyayanginya.Abah,Abang Dennis dan….

Kala ini Dynaz menelan liur pahit,riak wajahnya kini berubah sama sekali.


“Please Naz,maafkan abang.Relakanlah abang untuk meneruskan kehidupan ini.Mungkin dengan kemaafan Naz akan memberikan ketenangan buat hidup abang ini.”kata-kata lelaki itu kembali meresap ke pendengaran Dynaz,terasa seolah-olah Hariz berada di sampingnya sedang membisikkan madah yang menyiksakan itu jauh ke dalam dirinya.Ketenangan?

Hariz hanya mahu mencari ketenangan hidupnya,kemaafan darinya diburu oleh lelaki tersebut.Tetapi tidak tahukah akan lelaki itu bahawa Harizlah yang membawa ketenangan kepada wanita ini yang amat merinduinya.

Dynaz kini menundukkan wajahnya dilututnya,air matanya yang murah kembali mengalir.Betapa hinanya dirinya terasa ketika ini,seorang wanita yang mendambakan kasih seorang lelaki yang kini bukan miliknya.Mengapa?Mengapa abang sangup lakukan Naz seperti ini?Tidak tahukah abang,betapa hina diri Naz rasakan ketika ini?


Rambut Dynaz diusap lembut oleh Hariz,senyuman manis yang terukir di wajah kacak itu begitu ikhlas buat dirinya.Angin petang di padang rumput itu sungguh mendamaikan,meniup lembut helaian rambut Hariz yang berjuraian menutupi dahinya.Sungguh bahagia sekali Dynaz rasakan ketika ini,pegangan erat tangan Hariz mengenggam lembut jari jemari miliknya,terasa kasih yang begitu hangat mengalir dari sentuhan yang mendamaikan itu.Dynaz memeluk lembut tubuh lelaki yang dirinduinya itu,kepalanya direhatkan mesra di bahu milik Hariz.Bersama-sama mereka menikmati keindahan petang itu yang menjadi teman percintaan mereka yang berbunga indah.Senyuman dibibir Dynaz mempamerkan kebahagiaan,angin yang membawa debunga-debunga cinta bertiup lembut mengelilingi pasangan yang kini asyik menikmati keindahan petang yang meyaksikan bibit-bibit cinta yang tiada penghujunganya.


TUTT.TUT..TUTT.TUT..Dynaz tersentak,dirinya mengangkat kepalanya daripada terus menunduk di lututnya.Peluh dingin memercik di dahinya.Dynaz beristigfar panjang,dirinya tidak menyangka bahawa dirinya terlelap di situ.

TUTT.TUT..TUTT.TUT..bunyi deringan telefon rumah menjerit-jerit meminta diangkat membuatkan Dynaz tergesa-gesa berlari mendapatkan telefon yang ditempatkan di ruang tamu itu.Langkah Dynaz agak terganggu diakibatkan urat sendinya yang masih terasa kebas.Sungguh dirinya tidak menyangka dengan hanya duduk di sofa itu dirinya mampu terlelap sedemikian rupa.Dynaz kini menuju kearah ruang tamu sambil rambutnya disisir-sisir kemas oleh jarinya.

“Hello,Waalaikumussalam..ya Dynaz ni.”suara Dynaz masih keserakkan menjawab panggilan telefon di pagi itu.

“Apa?!”nada suara Dynaz kini meninggi dengan berita yang didengarinya.Raut wajahnya yang kekejutan jelas terpancar di mukannya.

9 comments:

in_wired88 said...

oh no..what happened? sumthin' happened to her family?hmmm..

BlueRose said...

apa yg jd eh????

iman said...

wow.. tak tahu apa dah jadi.. but solute to writer.. dia boleh jadikan watak dennis ni menjadi sangat. sangat kejam.. hehehe.. tak sabar nak baca seterusnya

~zuLaiFaH~bUdaK CuEk@! said...

hu..h.u..

mmg besh la!

next n3 please!

::cHeeSeCaKe:: said...

suspen2..
bestla..
nk lg..!!
comel la dynaz ni..hehehe..
bile la si dennis ni nk buang ego die

Zeni Geba said...

lawak giler eun jun..cara dia citer sal TOP.
hahaha..
ak dgr pn tkut gak;p

Anonymous said...

hahahaha...
mmg sebijik cam sweet spy..

Anonymous said...

eh..nie mmg2 cam sweet spy..

Anonymous said...

sweet spy?? si dennis nih betul la hero sweet spy..jalan cita x kot..papun layannnzzz~~~

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket