Novella~My LoVe 10

Friday, March 6, 2009

BAB 10

Dua tahun berlalu….

Cuaca yang mendung pada pagi itu menambahkan lagi kerusuhan di hati Dennis.Jauh di sudut hatinya dia mempersalahkan dirinya tentang apa yang terjadi,jika dia tidak begitu ego dan pentingkan diri, pasti ini semua tidak akan berlaku.

Wajah tampannya yang dibaluti seribu kesesalan dan kesengsaraan dilindung dengan kaca mata hitam yang dipakainya.Matanya yang sebam juga tidak kelihatan untuk tatapan rakan-rakannya.Penampilannya masih segak dan bergaya walaupun dirinya ini sekarang seakan rapuh dan mudah sahaja jatuh menyembah bumi.Ingin sahaja dirinya menjerit kuat dan meraung sepenuh hati bagi menyalahkan dirinya atas segalanya yang terjadi.Tetapi dia harus tabah dan kelihatan cekal untuk terus berhadapan dengan semua orang yang berada di sekelilingnya kini.

Tuksedo mewah serba lengkap berwarna hitam yang dipilih sendiri oleh Soon Ae beberapa minggu yang lepas,dipakainya kemas bagi majlis ini.Ia menambahkan lagi segala kesedihan yang tersedia di hatinya.Dari jauh potret wajah lembut Soon Ae terpamer indah,senyuman lembut itu benar-benar menikam hati dan sanubari Dennis.Sungguh dia merindui wanita itu.Soon Ae..

“We’re sorry about your girl..hope you’ll be fine..”kata-kata takziah dari salah seorang rakan Dennis disambut dengan anggukan kecil dari Dennis.Hatinya luluh,entah mengapa dia masih lagi mampu untuk terus bertahan di situ sedangkan hatinya sekarang ini musnah sama sekali.Potret Soon Ae yang yang besar digantung kemas bersama hiasan bunga-bugaan yang sangat digemari Soon Ae,seperti menambahkan lagi kesengsaraan yang tiada sempadan di hati Dennis.Wajah itu tersenyum indah kepadanya seakan dirinya langsung tidak pernah melakukan kesalahan kepada wanita tulus itu.Dennis tertunduk,rasa bersalah begitu menebal bersarang dalam dirinya.Hatinya seperti disiat-siat setiap kali menglihat wajah tulus itu.Henney yang turut berada di sisinya, menyentuh erat bahu rakannya itu untuk memberikan semangat kepada Dennis.Henney yang turut berkabung,juga mengenakan tuksedo elegan berwarna hitam.


“Dennis…den..nis..whe..re are you?”terketar-ketar bibir Soon Ae menahan sakit,tangannya digapai-gapai bagi mencari Dennis.Darahnya berada di serata tempat,mengalir terus dari tubuh kecilnya tanpa henti.Hampir terhenti jantung Dennis taktala menglihat Soon Ae yang semakin lemah,tubuh Soon Ae yang berada kemas dalam pangkuannya,dipeluk erat.Suasana jalan itu mulai bising dengan riuhan orang ramai yang datang menglihat apa yang terjadi,sekejap sahaja kawasan itu dikerumuni orang,suara-suara kecil berbisik sesama sendiri mengluahkan simpati terhadap mangsa yang kelihatan lemah dan mengalami pengdarahan teruk.

“I’m here honey,please hold on..please..”Wajah cemas Dennis bermain-main di mata Soon Ae yang semakin kabur.Wajah tampan itu kotor,tercemar dengan darahnya dan pakaian Dennis turut dipenuhi calitan-calitan darah darinya.

“I’m sorry..sor.ry..Den..nis.”Soon Ae menguatkan dirinya untuk memohon maaf kepada Dennis walaupun sesungguhnya wanita itu tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan kepada dirinya.

“No.No..please don’t say like that..hold on please..for me..”Dennis seakan merayu,wajahnya didekatkan ke wajah Soon Ae yang tidak bermaya lagi.dipeluk erat tubuh kecil itu seakan tidak rela untuk berpisah dari wanita tersebut.


Keadaan kecoh di hospital yang penuh dengan ahli saudara Soon Ae dan juga ibu dan bapanya Dennis menambahkan lagi keperitan di hati Dennis.Henney yang kelihatan bergegas datang,terus mendapatkan rakanya itu.

“What wrong Dennis?what was happening?”suara itu penuh dengan keperihatinan dan tenang sekali,sesungguhnya Henney tidak mahu menambahkan kerungsingan yang sedia ada pada diri Dennis kerana itulah dia memilih untuk berlagak tenang tanpa menunjukkan rasa cemas yang sebenarnya terbuku di dalam hatinya.

“I’m the one who should die! That’s car come for me!”Dennis membentak-bentak seakan orang yang hilang kewarasan dirinya.Sesungguhnya dia sangat berasa bersalah di atas apa yang terjadi,demi untuk selamatkan dirinya, Soon Ae telah memperjudikan nyawanya sendiri.Sepatutnya Soon Ae tidak perlu untuk datang menolak dirinya ke bahu jalan dan menerima nasib yang malang dilanggar oleh pemandu yang sengaja mahu melanggar dirinya.

“Aku yang sepatutnya mati!Aku!!”Dennis terduduk di lantai setelah dirinya tidak lagi dapat bertahan untuk terus berdiri di atas bumi ini.Inilah kali pertama Henney menglihat Dennis betul-betul menjadi sebegitu lemah,dia memerhati keadaan sekeliling supaya tidak terlihat oleh orang lain akan kelakuan Dennis sebentar tadi.Dennis merupakan satu-satunya waris bagi King Capital One,sesungguhnya dia tidak boleh memperlihatkan dirinya selemah itu.Kerana bimbang kredibiliti Dennis dipersoalkan kelak,tanpa berlengah dia menarik Dennis menuju ke kawasan tangga di emergency exit.Disitu tiada orang akan menglihat akan kelemahan rakannya itu dan kawasan di situ lebih privasi bagi Dennis.

“Hei,bro..bertenang ok..all of this is not totally your fault.Ingat, you’re the only one successor of KCO!please be Brave!”Henney memegang kuat bahu rakannya itu.Ditenung mata rakanya itu untuk memberi semangat yang hampir luntur dalam diri Dennis.Anggukkan lemah dari Dennis membuatkan Henney melepaskan sedikit demi sedikit gengamannya di bahu Dennis.Selepas dilepaskan Henney,Dennis menundukkan wajahnya,air matanya tidak henti mengalir membasahi wajah bersihnya itu.


“I never thought that my life will be worst like this..Henney,aku sangka tanpa dia aku boleh hidup..but..”Dennis yang masih lagi berpakaian tuxedo hitam pembelian Soon Ae, meneguk perlahan-lahan wine didalam gelas di hadapannya.Tali lehernya dibuang dan butang kemejanya dibuka di bahagian atas,rimas, panas, dan semak dengan segala yang terjadi pada dirinya.

“Enough,Dennis. Stop blaming yourself.”Henney yang berada dihadapan Dennis turut meneguk bir di dalam gelasnya.Selepas pulang dari majlis kematian Soon Ae,terus sahaja mereka kesini,Dennis tidak mahu terus pulang,kesengsaraan masih terjelas pada raut wajahnya.Kehadiran mereka di President Stuff kelab yang bertaraf tinggi ini,sesuai dengan keadaan Dennis yang sekarang ini memerlukan ruang yang lebih privasi untuk dirinya.Kelab yang terletak di tengah-tengah bandaraya ini,hanya mampu dikunjunngi oleh golongan atasan yang berwaang dan berkedudukan sahaja,malah rata pelanggan disini merupakan ahli tetap disini.Kelab yang penuh dengan ciri kemewahan yang menjanjikan keselesaan dan privasi pelanggan dijadikan keutamaan.

“Huh..kau mesti mahu ketawakan aku kan? Teruskan..aku tak kisah!”Dennis mula mengarut sambil ketawa kecil mengejek dirinya sendiri.

“This arrogant person who claim that himself will not falling in love,lastly..end up with falling to die! Ha.ha.ha.Ha”Dennis ketawakan dirinya.Kepalanya digeleng-geleng menunjukkan betapa lemahnya dirinya sekarang ini.Masih segar diingatannya betapa dirinya yakin tidak akan pernah mengalami perasaan seperti ini,dan Henney menjadi saksi segala kata-katanya itu.Kini,segalanya berubah dan diakhiri dengan satu penyesalan yang amat menikam sanubarinya.

“Soon Ae was there when that’s car want a hit me..she said that she love me..I just ignored her..”Dennis tidak berdaya untuk berkata-kata lagi wajahnya ditundukkan,kekesalan ada disitu.

“I love you!No matter what happen,I will always love you!”jerit Soon Ae di bahu jalan apabila Dennis mula membelakangi dirinya dan berjalan meninggalkan dirinya.Sungguh sedih hatinya apabila menglihat dihadapan matanya sendiri Dennis mencumbu wanita lain di sebuah hotel tempoh hari.Remuk dan luluh perasaannya tiada terkira.

“Ok, now what you want me to do?sememangnya perangai I macam tu!”itulah kata-kata Dennis sebelum meninggalkan dirinya apabila diminta untuk memberi penjelasan.

“You want to leave me?fine!just do it.”segala percakapan Dennis seperti pita rakaman bermain difikirannya kini,tidak dapat dibayangkan dirinya hidup tanpa lelaki itu di sampingnya.Titisan air matanya mula menjatuhi pipi gebunya.

Kelibat Dennis yang melintasi jalan terhenti apabila mendengar jeritan Soon Ae meluahkan perasaan sucinya itu.Dia terhenti disitu,mengalihkan badannya kearah Soon Ae jelas kelihatan wajah kesedihan wanita itu.Tiba-tiba hatinya seperti disentap sesuatu,dan ketika itulah Soon Ae berlari cemas kearahnya dan menolak kuat tubuhnya ke bahu jalan.Segalanya berlaku dengan tiba-tiba dan begitu pantas tanpa sempat dirinya memikirkan apa-apa,detuman kuat memecahkan kesunyian jalan itu pada malam itu.Bunyi seretan tayar di lantai jalan jelas kedengaran di telinga Dennis dan jeritan..jeritan Soon Ae membuatkan nafas Dennis hampir terputus.Segalanya berlaku tiba-tiba,cecair pekat berwarna merah melimpahi jalan dan disitu sekujur tubuh kecil lemah melawan kesakitan.Seperti halilintar memanah kuat kedalam jantungnya Dennis,saat itu sedarlah dirinya akan perasaan betapa takutnya kehilangan.

“I was so egois and selfish!if I just listen to my heart,this thing won’t be happen..”runtun sekali suaranya Dennis,tenggelam timbul di dalam keresahan hatinya.Dirinya tidak dapat berhenti menyalahkan sepenuhnya kepada diri sendiri.

“So..you love her?”Henney akhirnya bersuara tenang sambil memerhati terus ke wajah rakanya itu.

“I miss her..i can’t live peacefully without seeing her face.”lemah sekali suara Dennis,dan ketika itu wajahnya terbaring di atas meja.Tidak sedarkan diri,tertidur setelah seharian suntuk menghukum dirinya dengan segala kejadian yang berlaku.Henney mengangguk kepalanya.Dia meneguk sekali bir di gelasnya dan segera memapah Dennis untuk dibawa pulang.

Sesampainya dirumah Henney,Dennis dibaringkankan di sofa rumahnya.Sedih dan simpati dengan apa yang terjadi terhadap Dennis,sungguh dia tidak menyangka bahawa Dennis hanya menyedari dirinya mencintai seorang peremuan itu setelah perempuan itu pergi meninggalkan dunia ini.-We’ll never appreciate one’s love, untill the day when it disappear in front of our eyes-

“Be brave my friend..”

“Kenapa Fasha nak pergi jauh sangat?Fasha dah tak sayangkan mak lagi ke..?”suara Makcik Rita kelihatan sedih sekali apabila menglihat anak perempuannya sibuk mengemas bagasi besar pada petang itu.

Ala mak,bukanya Fasha suka-suka nak pergi sana..Fasha pergi berkerja lah..”lembut suara Fasha memujuk hati ibunya itu.Dia menyambung kembali mengemas barang-barangnya.Biliknya yang besar itu kelihatan cantik dengan perabotnya tersusun rapi.Hiasan dalaman bilik itu sungguh indah dan cantik sekali.Lahir sebagai satu-satunya anak perempuan kepada Makcik Rita sememangnya sangat bertuah,ini kerana Makcik Rita sangat memanjakan Fasha,dari kecil lagi anaknya itu diberi layanan yang sangat istimewa dan prihatin.Tidak hairanlah Fasha membesar menjadi seperti seorang perimadona.Wajahnya yang cantik,bakatnya tariannya yang mempesonakan dan gayanya yang memikat hati membuatkan semua jejaka di kampungnya tidak senang duduk apabila menglihat dirinya.

“Mak,jangalah risau..mak doakan semuanya o.k ye..”Fasha memberikan senyuman manisnya buat ibu tersayang.Wajah sunggul Makcik Rita beransur pudar apabila menglihat senyuman manis anaknya itu,anaknya itu membesar menjadi seorang wanita yang sangat cantik.Dibelai pipi anaknya itu penuh kasih sayang,sesungguhnya dirinya tidak mahu sebarang kecelakaan menimpa anak kesayangannya itu.Fasha memeluk erat ibunya itu.Tumpah kasih sayangnya di situ.

“Mak,benarkanlah Fasha pergi..Fasha janji akan jaga diri baik-baik.”Fasha bersuara seakan merayu kepada ibunya itu.Makcik Rita melepaskan pelukannya perlahan,ditenung wajah ayu anaknya itu dan dihadiahkan segaris senyuman.Anggukkan kecil kepalanya membuatkan Fasha meloncat keriangan,dicium wajah ibunya itu berkali-kali tanda berterima kasih akan persetujuan ibunya itu.

“Iyela..Fasha kemaskan aje semua barang-barang ni.Mak nak ke dapur siapkan makanan untuk makan malam kita ye..”Makcik Rita bersuara lembut,walaupun hatinya berat untuk berpisah dengan anaknya itu dia harus akur bahawa Fasha sudah besar dan tidak boleh dikonkong lagi.Apa yang penting baginya ialah kegembiraan anaknya itu. Segala perkara yang menggembirakan hati anaknya itu akan turut menggembirakan hatinya juga.Fasha mengangguk laju,senyuman lebar di bibirnya masih terpamer.Makcik Rita beredar mendekati pintu biliknya Fasha.

“Mak!terima kasih ye..”Fasha meluahkan perasaan gembiranya kepada ibunya itu.Makcik Rita mengangguk sambil tersenyum manis dan beredar keluar.

“Fuh!akhirnya mak setuju juga..akhirnya berjaya juga cita-cita aku untuk bekerja di bandar..”Fasha menarik nafas dalam dan menghembusnya perlahan.Surat tawaran berkerja berada kemas dalam genggamannya,dia tersenyum puas.Dua minggu lepas,hampir terkejut juga dirinya apabila mendapat surat bahawa dirinya sudah berjaya menglepasi sesi temuduga berkerja dan syarikat itu kini memanggilnya untuk datang memulakan tugas.

Sudah bertahun berlalu,akhirnya berjaya jua dirinya menempatkan diri di kota bandar raya Kuala Lumpur.Senyuman manis dibibirnya masih terlihat,dirinya perlu kuat untuk berdikari di Kuala Lumpur kelak.Tiada siapa akan menolongnya di sana,cuma dirinya sahaja.

Hariz..abang Hariz,tiba-tiba nama itu bermain difikirannya.Sudah lama dirinya tidak ketemu wajah itu lagi,hatinya rawan tidak terkira.Mengapalah dirinya begitu bodoh melepaskan Hariz sedangkan hatinya amat mencintai lelaki tersebut.Mengapa dirinya tidak mengalah walau sesaat kepada perasaanya ketika itu,sudah pasti sekarang dia sudahpun menyemai benih cinta bersama lelaki yang disayanginya itu.Tiada guna penyesalan,semuanya salah dirinya sendiri kerana terlalu bodoh menilai kemampuan lelaki tersebut.Kini Hariz sudahpun memegang jawatan yang tinggi disebuah syarikat yang terkemuka di Kuala Lumpur,dan semakin hari lelaki itu semakin menempa kejayaan dan kecemerlangan dalam hidupnya.

Kepulangan Hariz baru-baru ini menambahkan lagi kesengsaraan di hatinya,kalau diikutkan hati jahatnya,mahu sahaja dirinya berlari memeluk lelaki tersebut dan meluahkan segala perasaannya kepada lelaki idamannya itu.Tetapi akal dan kewarasan dirinya masih lagi berfungsi,mana mungkin dia berbuat begitu kepada tunangan orang yang mungkin akan melangsungkan perkahwinan mereka dalam masa terdekat ini.

“Abang,Fasha betul-betul menyesal dengan segala yang terjadi..jika boleh diulangi masa,Fasha tidak akan menjadi sebigini bodoh…”berlinangan air mata Fasha menyalahkan dirinya terhadap apa yang terjadi.Sayu diwajahnya langsung tidak menjejaskan segala kecantikkan dan keayuannya.Sendu tanggisannya itu menambahkan lagi rawan rindunya kepada jejaka yang dicintainya itu.


Petang itu Dynaz menunggang motosikalnya seperti selalu,raga sayur dan buahnya diikat kemas di tempat pembonceng.Cuaca petang yang redup dan berangin itu membuatkan kawasan permainan penuh dengan kelibat budak-budak bermain sesama sendiri.Sepanjang jalan Dynaz menegur dan menyapa sesiapa sahaja yang dikenalinya,sememangnya Dynaz terkenal dengan sikapnya yang ramah dan mesra itu.

Kehidupan Dynaz masih seperti dahulu,tiada apa yang berubah.Bertahun berlalu dan masih dengan kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi.

“Nak ke mana tu Dynaz?”kuat suara Mak Temah menegur Dynaz.

“Oh,Mak Temah..Naz nak pergi rumah Makcik Anita ni.”ramah dan lembut Dynaz menjawab,senyuman manis yang tidak pernah lekang dari bibirnya terpamer indah.

“Untung si Nita tu nak dapat menantu macam kau ni…rajin, baik, cantik pulak tu.”Mak Temah memuji-muji Dynaz,sesungguhnya dirinya memang mengakui Dynaz mempunyai cirri-ciri menantu yang baik.Dynaz membalas dengan senyuman dan meminta diri untuk beredar,sememangnya dirinya gembira dengan pujian itu tetapi alangkah indahnya jikalau pujian itu lahir dari bibir bakal ibu mertuanya sendiri.Dia sedar bahawa Makcik Anita,ibunya Hariz tidak berapa suka dengan dirinya,malah dari pandangan wanita itu,dirinya dapat membaca segala ketidakselesaan wanita itu terhadap dirinya.

“Dynaz,kau jangan cepat beralah!kau harus terus berjuang demi Hariz.Ya! caiyok!caiyok!”Dynaz tersenyum lebar dengan semangat dirinya,dia akan terus berjuang untuk memenangi hati bakal ibu mertuanya itu.

“Asalamualaikum,ada orang tak?”lembut sekali Dynaz memberi salam setelah sampai dihalaman rumah keluarga Hariz.Dia turun dari motosikalnya,kepalanya menjenguk-jenguk pintu rumah Hariz yang terbuka luas.

“Waalaikumussalam..la,Dynaz..kenapa ni?”ceria sungguh Pak Kassim menyambut Dynaz di tangga rumahnya.Cepat Dynaz menhulurkan tangannya untuk bersalam dengan lelaki tersebut.Pak Kassim menyambut dengan senyuman yang manis.Sesungguhnya dirinya kagum dengan ketabahan Dynaz yang sangat setia kepada anaknya.Dirinya bersetuju bahawa Dynazlah calon yang paling sesuai buat anak lelakinya itu.

“Mak hantarkan ini.”Dynaz menghulurkan bekas yang berisi buah cempedak masak.Harum sekali baunya,Pak Kassim mengangguk laju diambilnya buah itu dan menghadiahkan senyuman buat Dynaz.

“Sebenarnya pokok buah tu tak pernah berbuah,tetapi tiba-tiba saja berbuah..jadi mak buat keputusan untuk sedekahkan kepada orang,bagi orang merasa buah dari pokok tu..”seperti selalu Dynaz tidak terlepas dengan sifat mesra dan ramahnya itu.

“Umm..sedap baunya ni Dynaz..sekejap Pak Kassim panggilkan makcik kau..”Cepat Pak Kassim menjenguk-jenguk kedalam rumahnya mencari kelibat isterinya itu.

“Ha’ah itu pun dia!Nita marilah sini tengok apa yang Dynaz bawakan ni..”mesra Pak Kassim memanggil isterinya apabila menglihat isterinya itu menjeguk di jendela.

“La..saya ingatkan siapa-siapa yang penting ke yang datang,ni budak ni je..”Mak Anita menarik wajahnya masam di jendela.Dynaz menyedarinya,tetapi tidak diendahkannya malah dia menghadiahkan senyuman manis buat wanita itu.

“Apa khabar makcik?Dynaz ada bawakan cempedak ni..makanlah..”senyumannya masih tidak lagi lekang di bibirnya.Pak Kassim juga turut tersenyum,hatinya berharap sangat Dynaz tidak termakan hati dengan percakapan isterinya sebentar tadi.

“Huh!kalau makcik nak makan bauh tu,makcik boleh beli sendirilah..”kuat Makcik Anita membalas percakapan Dynaz lalu masuk kedalam rumahnya tanpa beralih lagi kearah Dynaz dan suaminya,sesungguhnya dia memang tidak berkenan dengan Dynaz,perempuan yang paling tidak sesuai dengan anaknya.

Pak Kassim menggeleng-geleng kepalanya tanda tidak setuju dengan layanan yang diberikan isterinya itu kepada bakal isteri anak mereka.Cepat dia mengalihkan pandangannya kepada Dynaz,menglihat raut wajah Dynaz yang masih kelihatan seperti tiada apa-pa yang berlaku membuatkan dirinya menarik nafas dalam.

“Maafkan isteri pakcik Dynaz,Makcik Nita kau tu sebenarnya bukannya tidak menyukai Dynaz..cuma mungkin penat sikit seharian suntuk bersihkan kawasan belakang rumah..”Pak Kassim memberikan alasan untuk menenagkan perasaan Dynaz.

Ala,Pakcik..jangan risaulah,Dynaz tak terasa apa-apa pun.Dynaz akan berusaha memenangi hati makcik Anita,percayalah!”Dynaz bersuara riang sambil mengenyitkan matanya kearah Pak Kassim.Tergelak besar Pak Kassim dengan kelakuan Dynaz itu.

“Jangan mengalah ya..”Pak Kassim berpesan memberikan semangat kepada gadis yang berpendirian teguh itu.

Aku tak akan berputus asa dan tak akan sesekali mengalah pada apa-apa pun,demi cinta suci yang aku pertahankan bertahun lamanya,akan ku bertahan hingga keakhirnya.

Hariz..hatiku ini mendambakan kehadiran dirimu…

Masuk hari ini,sudah genap tiga minggu Fasha bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah syarikat besar di bandar metropolitan,Kuala Lumpur.Pekerjaannya senang,dia cuma perlu bertugas di meja besar di lobi dan melayan segala kehendak pelanggan,supaya semua pengurusan syarikat berjalan lancar tanpa kesulitan.

Sebagai orang yang pertama yang akan dilihat selepas seseorang memasuki syarikat,Fasha tidak perlu risau,sesungguhnya dirinya mempunyai pakej yang sangat sempurna.Wajah,tubuh badan,dan gayanya yang cukup sempurna membolehkan dirinya bertahan lama di situ.Malah kerana itu jugalah kebanyakkan rakan sekerja menjadi cemburu dan iri hati dengannya.Namanya meniti disetiap bibir staf lelaki di situ,malah ada juga ahli-ahli perniagaan yang datang cuba untuk memikat hatinya.Tetapi semuanya ditolak baik oleh dirinya,dia perlu bersikap professional jika mahu lama disini..

“Hey,hari ini aku dengar bos baru syarikat ni nak datang melawat tau..”bisik-bisikan terdengar ditelinga Fasha,tanpa menglihat kearah datangnya bisikan itu,dia terus menyambung semula makan tengah harinya.

“Yup,dia bos baru bagi cawangan ini tau.Sebelum ni dia vice president di syarikat induk.Fuh!mesti bergaya siot!”terdengar gelakan dan ketawa kecil dari meja bersebelah meja Fasha.Pagi ini sahaja sudah berkali-kali Fasha mendengar tentang berita itu.Tidak habis-habis perkara itu menjadi perbualan diantara rakan-rakan sekerjanya.Nasi yang dikunyahnya ditelan cermat,mata-mata lelaki yang menglihat kearahnya tidak diendahkannya.Walaupun hanya dirinya seorang sahaja makan disebuah meja tanpa rakan-rakan,tidak pernah diendahkannya malah dirinya sudah biasa dengan keadaan seperti ini.Menjadi seorang yang cantik dan dicemburui ramai sepertinya sememangnya susah untuk mempunyai teman yang setia disisi.

“Hi,Apa khabar?Nama saya Fasha.Boleh saya bantu?”manis sekali ucapan dibibir Fasha.Senyumannya yang ayu menambahkan lagi kecantikkan wajahnya.Berkali-kali dia melatih dirinya untuk bercakap dengan sempurna.Akhirnya dia tersenyum puas dihadapan cermin di dalam bilik air syarikatnya.

“Yup,ini yang paling sesuai..”Fasha mengangguk sekali.Dirinya puas dengan cara percakapannya sebentar tadi.Ditariknya kemas uniform berwarna hitam yang dipakai olehnya.Sekali imbas uniform itu tidak ubah seperti uniform berskirt seorang pramugari syarikat penerbangan terkenal Air Asia,cuma bezanya dari segi warna,uniformnya berwarna hitam manakala uniform syarikat penerbangan itu berwarna merah.Dirinya tersenyum puas dihadapan cermin,diselak rambut tebal panjangnya kebelakang telinga supaya kelihatan kemas.

“Ready to go!”sekali lagi dirinya menghadiahkan senyuman yang paling manis buat cermin dihadapannya,menyerlahkan segala kecantikkan dan keayuan diwajahnya.


Rombongan ketua baru bagi syarikat cawangan Ehram Holding Sdn.Bhd,disambut meriah oleh ahli-ahli besar syarikat tersebut.Jambangan bunga terhias indah disekitar kawasan lobi syarikat tersebut,bauan indahnya meresap keseluruh pelusuk kawasan itu.Keadaan yang seketika tadi sunyi menjadi riuh dengan suara-suara petah berkomunikasi di dalam bahasa asing, bahasa inggerris.

Fasha menghadiahkan senyumannya kearah rombongan itu,postur badannya dibetulkan supaya tampak segak dan kemas.Tetapi tanpa terduga,tiba-tiba jantungnya berdegup kencang,seperti terhenti disitu.Kelibat lelaki yang berada di dalam rombongan itu menarik perhatiannya.Wajah yang sangat dirinduinya,wajah yang sangat dicintainya,wajah yang diimpikannya siang dan malam.Hariz!..Harizkah itu!

Hampir terkaku dia disitu,segala percakapan yang dipraktisnya hilang entah kemana.Terasa lemah sendi kakinya untuk terus berdiri di situ,apabila menglihat lelaki tersebut berjalan terus kearahnya.Mulutnya kini kelu,tidak terkata apa-apa,lelaki itu kini berada tepat berhadapan dengannya.Senyuman itu!dirinya yakin inilah lelaki tersebut,inilah Hariz,lelaki yang dirindui dan diigauinya selama ini.

“Fasha?! Oh,my god! I can’t believe it.”Hariz bersuara riang menglihat Fasha dihadapannya.Mulanya dirinya agak ragu-ragu dengan kelibat seorang perempuan yang dilihatnya,tetapi setelah didekatinya yakinlah dia bahawa sangkaannya itu benar dan tidak meleset.

“Ya..ya..ni.Fa..ssha..”lembut suara Fasha terketar-ketar menjawab Hariz,matanya masih lagi tidak dapat mempercayai lelaki dihadapannya kini ialah Hariz.

“Tuan?kita dah lambat ni..come on.”tiba-tiba suara seorang lelaki mencelah diantara Hariz dan Fasha.Tuan?Ya Allah!Harizkah ketua baru di syarikatnya kini?lemah sekali jantung Fasha.

“See you soon..honey.”Hariz mengeyit matanya nakal kearah Fasha,senang hatinya menglihat Fasha hari ini.Wajah ayunya itu langsung tidak berubah seperti kali terakhir mereka bertemu beberapa tahun yang lepas.Masih cantik dan ayu,malah makin bergaya daripada dahulu.Fasha tergamam dengan kelakuan berani Hariz itu.Dirinya tidak dapat berkata apa-apa,-kelu-,cuma lirikan matanya sahaja menghantar pemergian Hariz.

Dirinya terduduk lesu setelah Hariz hilang dari pandangan matanya,gementar hatinya masih terasa sehingga kesaat ini dan jantungnya berdegup kencang tanpa memberi peluang kepadanya untuk meredakan perasaannya.Rakan sekerjanya menglihatnya dengan pandangan yang penuh dengan kecemburuan dan kedengkian.Malah ada juga yang menjeling tajam kearahnya disebabkan perkara sebentar tadi.Dia tidak mempedulikan segala renungan itu,apa yang bermain difikirannya kini ialah kenyitan nakal Hariz yang hampir meragut jiwa kewanitaannya itu.Dadanya dipegang,dengupan jantungnya masih pantas.Ya Allah,apakah ini?


“Asalamualikum,apa khabar Dynaz?”suara yang dirindui Dynaz kendengaran dekat sekali di dalam hatinya.Suara yang membuatkan hatinya sentiasa dalam keadaan tenang.

“Waalaikumussalam..Naz sihat je..abang sudah makan ke?”Dynaz membalas pertanyaan Hariz dengan mesra sekali.

“Abang tak boleh makanlah,rindu pada Dynaz ni..marilah sini suapkan abang ye..”suara Hariz seakan merengek seperti budak kecil,Dynaz sudah biasa dengan perangai Hariz itu.Sejak Hariz berhijrah ke bandar,lelaki itu sering berperangai manja dengannya malah lelaki itu semakin hari semakin romantis,pandai bermain kata-kata yang membuatkan hatinya berbunga selalu.

“Abang selalu macam ni tau..”Dynaz bersuara manja,diperlahankan suaranya supaya tidak terdengar perbualannya di telinga ibu dan bapanya.Memandangkan telefon rumahnya betul-betul berada di kawasan antara perhubung jalan ke dapur dan ruang tamu,jadi agak senang perbualanya didengari ibu bapanya.Bukanya Hariz tidak pernah cuba memberinya telefon bimbit supaya lebih senang lelaki tersebut berhubung dengannya,tetapi ditolak baik oleh dirinya sendiri.Cukuplah dengan hadiah Hariz sebuah piano itu sudah membawa suatu kekecohan di kampungnya.Dia tidak mahu lagi orang memandang serong kepada dirinya,terutama sekali bakal ibu mertuanya,Makcik Anita.

“Naz,abang ada satu berita nak bagi tahu ni.”tiba-tiba nada suara Hariz bertukar serius.Dynaz terdiam,dia menganggukkan kepalanya walaupun tidak terlihat di mata Hariz.

“Tahu tak abang jumpa seseorang hari ni..”suara itu bernada riang dan mesra.Dynaz mengerutkan dahinya.

“Siapa?Dynaz kenal ke orang tu?”nada Dynaz menyoal seakan tidak sabar menanti jawapan di mulutnya Hariz.

“Fasha! Abang jumpa Fasha tadi.”suara itu masih riang,ada senda tawa dihujung ayatnya Hariz.Dynaz terkedu,tidak terkata apa-apa.Wajahnya berubah,garisan kerut didahinya jelas kelihatan.Fasha?!Apa wanita itu buat disana?Kenapa Hariz begitu gembira bertemu bersama Fasha?

Fikiran Dynaz seakan berputar-putar,pelbagai soalan bermain-main di mindanya.

“Dynaz,abang tak ada apa-apa dengan Fasha o.k..”Hariz dapat menangkap perasaan Dynaz,cepat dia bersuara sebelum fikiran Dynaz jauh meleset.Diam..tiada sebarang respon daripada Dynaz.

“Naz,Fasha cuma pekerja di syarikat abang bekerja.Itu saja..Ingat tak abang ada kasi tahu tentang kenaikkan pangkat di syarikat baru tu,di situlah abang jumpa dia.”Hariz cuba menerangkan dengan lebih lanjut lagi,dirinya sebelum ini sudah memaklumkan kepada Dynaz tentang kenaikkan pangkatnya di salah sebuah syarikat bapa angkatnya itu,segalanya diberitahu kepada Dynaz supaya tunangnya itu mempercayai dirinya sepenuhnya.

Apa?!Fasha sekarang bekerja di bawah Hariz!Tak!Tak mungkin!Jiwa Dynaz bergelora kencang,hatinya bagai dihimpit sesuatu,nafasnya sukar untuk dilepaskan.Berbagai kemungkinan boleh terjadi,hatinya takut..takut akan kehilangan Hariz.Dirinya tahu kemampuan Fasha.Tidak!ini tidak mungkin terjadi!

“Abang sukalah kan,Fasha sekarang ada dekat dengan abang.”akhirnya Dynaz bersuara penuh dengan nada yang cemburu,hatinya tidak tertahan lagi.

“Naz,jangan cakap macam ni..abang cuma mahu berterus terang saja.”Hariz menjelaskan tujuannya kenapa dia menceritakan perkara ini.

“Huh.abang nak berterus terang pada Dynaz yang abang masih mencintai Fasha ke?”Dynaz tidak dapat mengawal perasaannya lagi,mendengar sahaja nama Fasha disebut dirinya menjadi tidak keruan.Seakan ada sesuatu melonjak-lonjak perasaan amarahnya,sebenarnya dirinya tidak standing Fasha disebabkan itulah hatinya tidak pernah tenteram mendengar nama wanita tersebut.Sesungguhnya dia bukanlah lawannya Fasha.

“Naz,apa ni..relaks o.k..abang tak ada apa-apa dengan Fasha”Hariz bersuara lembut bagi meredakan amarah di hati Dynaz.Dirinya kenal benar dengan perangai Dynaz yang langsung tidak boleh mendengar nama wanita yang bernama Fasha itu.Apa yang diberitahunya malam ini adalah untuk tidak berahsia dengan Dynaz.Pada mulanya mahu sahaja dia mendiamkan perkara ini,tetapi dirinya sedar jikalau bukan dari mulutnya bercerita tentang ini,pasti dari mulut orang lain.Sungguh dirinya tidak mahu Dynaz mendengar perkara ini daripada orang lain,khuatir pelbagai masalah akan timbul.

“Sudahlah abang,Dynaz kenal benar sikap abang tu.”cepat Dynaz menghempaskan ganggang telefonnya.Air matanya mula berlinang,sungguh sakit hatinya,berada jauh dari Hariz sedangkan Fasha akan selalu dapat menglihat dan bersama Hariz.Dia berlari terus ke kamarnya dan menanggis sendu di sisi katilnya.Wajah Hariz yang terpesona menglihat Fasha tanpa berkelip terbayang jelas di dalam bayangan Dynaz.Hatinya meraung lagi.

“Jangan risaulah Dynaz,kalau aku betul-betul mahukan Abang Hariz sudah lama aku sudah dapat.”kata-kata Fasha kepadanya dahulu yang bernada riak masih segar diingatannya,tiba-tiba sahaja hatinya menjadi kecut,takut dengan kenyataan Fasha yang berani itu.

Keadaan di kantin syarikat yang tenang menjadi agak kecoh apabila kelibat Hariz,ketua baru syarikat itu mengambil tempat untuk menjamu seleranya tengah hari itu di hadapan Fasha,yang sudah terkenal dengan sikapnya yang suka menyendiri itu.Senyuman manis Hariz yang mampu mengentarkan setiap jiwa wanita yang menglihatnya dihadiahkan kepada Fasha.

“En.Hariz,boleh saya bantu?”Fasha menyoal Hariz formal,wajahnya serius,seperti dirinya sebelum ini tidak pernah mengenali Hariz,sedaya upaya dirinya cuba bersikap secara professional di hadapan ketua syarikatnya itu.Hariz menjungkitkan keningnya,hairan dengan sikap Fasha.

“Fasha,kenapa ber encik-encik ni?come on.We already know each other right?”Hariz seakan tidak selesa dengan Fasha yang seolah-olah mencipta jurang antara mereka berdua.Fasha terkedu,dia melihat sekelilingnya,setiap mata disitu memandang tepat kearahnya.Fasha menjadi serba salah untuk terus melayan Hariz ataupun tidak.

“Abang Hariz,semua orang tengok sini..please,don’t this to me..”Fasha mengunjurkan badannya kehadapan dan bercakap seakan berbisik kepada ketua syarikatnya itu.Hariz tersenyum,manis sekali.Wajah seorang ketua yang berkaliber terserlah di senyuman itu.

“O.k,if that’s a problem..come on,follow me.”selamba Hariz menarik lengan Fasha dengan lembut,Fasha kaget,dirinya binggung dengan apa yang terjadi.Makin rancak bisik-bisikan yang didengari Fasha,hatinya betul-betul tersentak.Hariz!Hariz!lelaki yang diigauinya kini memegang erat lengannya,dirinya kuat mengatakan supaya tidak mengendahkan pegangan itu,tetapi hati dan kakinya mengikut segala rentak langkah yang diatur Hariz.Sepanjang jalan semua mata di situ tidak henti menglihat kearah mereka.Hairan,semua itu tidak diendahkan Fasha apa yang berada difikirannya sekarang ialah hangat gengaman tangan Hariz dilengannya.

“Abang..tak baik abang buat macam ni,apa kata semua orang nanti..”lembut Fasha mengluahkan perasaannya terhadap tindakan Hariz sebentar tadi.Suasana indah di restorant makanan barat itu yang memainkan alunan musik yang merdu sangat mendamaikan hati setiap penggunjung disitu,tetapi bukan dirinya.Hatinya cemas dan kaget dengan apa yang berlaku.

“Fasha,tahu tak ini merupakan restorant yang paling abang sukai tau..”Hariz mengubah topik perbualan,minuman di gelasnya disedut sekali menggunakan straw yang disediakan.Senyumannya masih terpamer.Baju kot yang dipakai Hariz disangkutnya di kerusi,meninggalkan baju kemeja yang berwarna kuning cair dan tali leher yang sangat sesui dengannya.Wajah Hariz disinari lampu berwarna orange itu kelihatan sempurna sekali,rambutnya yang tebal dan lurus itu kelihatan agak messy menampakkan lagi keseksian wajah tampan yang dimilikinya.Fasha terkedu,sungguh penampilan Hariz berbeza dari dahulu,gayanya kini tidak ubah seperti seorang model antarabagsa yang mencapai segala kecemerlangan hidup.

“Fasha,tak usah fikir tentang mereka o.k?makanlah..nanti kata abang mendera Fasha pula.”Hariz menghadiahkan senyumannya.Fasha menggeleng kepalanya lucu mendegar percakapan Hariz tadi,senyuman manisnya terpamer.Hariz terdiam disitu.Senyuman yang masih sama seperti dahulu, senyuman yang membikinkan hatinya tidak tentu arah akibat rindu rawan yang mendalam.

“Dynaz apa khabar?”tiba-tiba Fasha menyoal Hariz,nadanya bersahaja tiada maksud apa yang tersembunyi.

“Dia,baik saja..sihat and always like her,happy je selalu.”Hariz membalas soalan Fasha dengan senyuman.Cuba menyembunyikan perkara yang berlaku diantara dirinya dengan Dynaz semalam.Berkali-kali juga dia cuba menghubungi Dynaz semalam untuk memujuk wanita itu,tetapi hanya Mak Ana sahaja yang mengangkat ganggang.Hatinya risau,dan ada juga terselit kekecewaan dengan sikap Dynaz yang menyalahkan dirinya sepenuhnya,tiada lngsung kepercayaan Dynaz kepada dirinya.Hariz terdiam memikirkan masalahnya.

“Abang..kalau ada salah faham,cepat-cepat minta maaf..perempuan sebenarnya sangat lembut hati..”Fasha bersuara seakan mengerti perasaan Hariz,walaupun hatinya sakit apabila menglihat lelaki itu memikirkan Dynaz,dia harus mengawal emosinya supaya tidak terlalu nampak dihadapan mata Hariz.

Hariz tersentak dengan percakapan Fasha,sungguh dia tidak menyangka perempuan itu memahami dan mengetahui apa yang difikirnya sekarang ini.Dia tersenyum cuba mengawal keadaan dirinya.

“Actually nothing happen between us,just-”

“Jealous? She jealous on you,uh?”cepat Fasha membalas,dirinya kenal sangat dengan kelemahan diri Dynaz yang selalu sahaja cemburu dan berprasangka buruk terhadap Hariz,dahulu ketika selalu bersama Dynaz sering jua menunjukkan sikapnya ini,sekarang apabila jauh di mata mana mungkin Dynaz boleh meninggalkan sikapnya itu.

“Abang,cemburu tu tandanya sayang..”Fasha bersuara lagi,wajahnya dilihat terus tepat ke wajah Hariz,ikhlas sekali ucapan itu,sejuk Hariz mendengarnya.Hariz membalas renungan Fasha itu dengan senyuman.

“I’ll call her after this.”Hariz bersuara lembut dan terus menjamu seleranya.Fasha yang menglihat Hariz yang begitu ceria,menjadi agak terganggu tetapi disembunyikan wajahnya itu dengan senyuman yang manis dan ayu.

“Call dia kata abang minta maaf sangat,Insyaallah..she’ll accept that.”Fasha bersuara lagi dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya.Hariz menglihat dalam wajah itu.Fasha sungguh berbeza dengan Dynaz,ayat-ayat perempuan ini tidak menekan perasaannya malah memberikan jiwanya kententeraman dan ketenangan di hatinya.bicara wanita ini penuh kematangan,menunjukkan betapa tingginya cara pemikirannya.

“Dennis!you know what?! That’s killer still free out there,and you easily go out without even thinking about that!”marah besar Puan Chae Rin kepada anaknya itu.Cukuplah sekali kejadian ngeri yang melibatkannya nyawa anaknya itu berlaku,dirinya tidak mahu lagi perkara sedemikian berlaku lagi kepada anak kesayangannya itu.Jantungnya hampir terhenti apabila dikhabarkan tentang berita itu,ketika itu dia dan suaminya berada di Los Angeles bagi menghadiri majlis rasmi cawangan syarikat mereka di sana.Tanpa melengahkan masa terus sahaja mereka sepasang suami isteri menempah penerbangan pertama pulang ke Seoul,Korea.Hati ibunya bagai direntap apabila menerima berita itu,bertambah berkecamuk apabila mendapat maklumat daripada saksi kejadian bahawa kereta itu seperti mempunyai motif dan seperti nekad untuk melanggar anaknya itu.

“Ma,there’s nothing will be happen o.k?I know how to take care about myself..”Dennis membalas mendatar segala percakapan ibunya.Wajahnya yang kelihatan keletihan itu langsung tidak menjejaskan ketampanan dirinya.Wajah itu murung dan sunggul seperti biasa.Tanpa mengalihkan pandangannya kearah ibunya itu terus sahaja dirinya menuju kearah biliknya.Puan Chae Rin tersentak,mahu sahaja dirinya memanggil kembali anaknya itu tetapi apabila difikirkan panjang,dia memberhentikan niatnya itu.

“Sayang,you tahu tak I’m really worried about our son..”nada suara Puan Chae Rin yang penuh kerisauan itu menarik perhatian En.Amir yang sibuk menulis sesuatu di meja kerjanya yang besar di dalam kamar tidur mereka.

“What’s wrong honey?he to me seems like a our ordinary boy..”En.Amir membuka kaca matanya dan meletakkan cermat diatas mejanya.Puan Chae Rin berjalan mendekati suaminya itu,baju tidurnya dibetulkan.Keresahan jelas kelihatan diwajah cantik wanita itu.

“Rin,rasalah Dennis masih ingatkan Soon Ae..he can’t stop himself from thinking abou her..”Puan Chae Rin mengluahkan rasa keresahannya itu.

“Dia buat kerja dengan bagus di syarikat..I think that’s okay.”En.Amir bersuara tenang,tidak mahu menambahkan lagi kegusaran hati isteri tercintanya itu.Sememangnya sejak Dennis memegang jawatan Vice President di syarikat,tidak pernah anaknya itu membuat kesilapan.Sesungguhnya anaknya itu pandai dan tahu bagaimana untuk membezakan masalah pekerjaan dengan masalah peribadinya.Anaknya itu sejak kebelakangan ini sering sahaja sibukkan diri dengan urusan pejabat,dirinya juga menyedari akan perkara itu,tetapi hanya didiamkan sahaja kerana baginya selagi Dennis menunjukkan dedikasi yang tinggi dalam pekerjaannya itu merupakan perkara yang baik,bagus dan harus diberikan pujian.

Kematian Soon Ae sememangnya memberi impak yang sangat besar didalam hidup Dennis,Sungguh dirinya tidak menyangka bahawa anaknya itu sangat mencintai wanita itu.Setahu dirinya anaknya itu terkenal dengan peragai kaki perempuan dan suka berfoya-foya dengan wanita,tidak tersangka akan menjadi seperti itu.

“I think we should kahwinkan dia.”terus sahaja cadangan itu terkeluar dari mulut Pn. Chae Rin.En.Amir membulatkan matanya apabila mendengar cadangan tersebut,tidak pula dia menolak cadangan itu dan tidak pula dia menyetujui cadangan tersebut.

“We should find a girl who can take care of him.”Pn.Chae Rin menyambung lagi. “Baiklah..siapa perempuan yang paling sesuai untuk dikahwinkan dengan Dennis?”akhirnya En.Amir bersuara setelah lama mendiamkan diri memikirkan kewarasan cadangan isterinya itu.Soalan En.Amir membuatkan kebinggungan di hati Pn.Chae Rin.Kerutan di dahinya menandakan kebinggungannya..

“Siapakah perempuan yang sesuai dengan anak kita ye?”

Dynaz termanggu keseorangan di dalam biliknya,wajahnya sunggul dan tidak bermaya.Direnungnya imej dirinya yang terhasil di cermin besar biliknya itu.Kosong..fikirannya tidak di situ..

Minggu sudah Hariz menelefon dirinya untuk mengucapkan kata-kata maaf,entah mengapa dirinya menjadi lembut hati untuk memaafkan lelaki itu.Mungkin kerana nada suara lelaki itu yang bersungguh-sungguh untuk memohon maaf kepadanya.

“Buat apa abang nak minta maaf kalau abang tak lakukan kesalahan.”masih keras nada suara Dynaz dihujung ganggang.

“Memang abang lakukan kesalahan,abang salah kerana menyakitkan hati Dynaz.Itulah perkara yang paling abang kesalkan.Abang tidak kisah untuk telefon ke rumah Dynaz sampai pecah telefon pun selagi Dynaz tidak memaafkan diri abang ini.Please..Dynaz maafkan abang..”panjang lebar ucapan maaf Hariz membuatkan Dynaz hampir terharu.Air matanya yang senang saja jatuh untuk lelaki ini,mula bergenang di kelopak matanya.

“Abang…Dynaz minta maaf..semuanya..Dynaz ter.lam.pau cem..buru..abang tak salah apa-apa.”tersedu-sedu suara Dynaz menahan tangisnya,akhirnya dirinya mengakui kesilapan dirinya itu.Siksa sekali rasanya untuk membiarkan lelaki itu terus mengejar kemaafan darinya.Sungguh dia tidak berdaya untuk menolak segala ucapan lelaki itu,dirinya lemah tiada kekuatan untuk menolak lelaki tersebut.

“Hei..Naz,please jangan macam ni..abang jadi risau ni..”lembut Hariz memujuk wanita yang disayanginya itu.Jikalau dirinya kini ada disitu,di samping Dynaz pasti dirinya akan mengesat lembut tanggisan wanita tersebut.

Segalanya percakapan antara dirinya bersama Hariz segar bermain-main di fikirannya.Malam itu Hariz berjaya memujuk hatinya,seperti selalu dirinya sentisa lemah dengan pujukan lelaki itu.Saat ini Dynaz berada dihadapan cermin besar di dalam biliknya,dilihat wajahnya yang agak kusam,akibat selalu terdedah di terik matahari.Dibelek-belek wajahnya itu,lingkaran hitam dibawah wajahnya kelihatan,walaupun tidak terlalu kertara tetapi cukup untuk menimbulkan kejelikkan dihatinya.Dia berpusing-pusing dihadapan cermin itu.Badannya dilihat rapi,bentuk tubuhnya kelihatan menonjol dengan baju tidurnya yang nipis itu.Diperhatikan lagi jikalau ada kelemahan disitu.Puas dia meneliti setiap tubuhnya dan wajahnya,akhirnya dia terduduk sepi dikerusi hadapan cerminnya itu.Tangan kirinya direhatkan diatas meja sambil memicit-micit kepalanya,dia tersenyum menglihat tepat kearah cerminnya itu.Senyuman yang tidak membawa maksud kepuasan dan kebahagian pada dirinya, matanya kini sudah ditelenggami butir-butir mutiara yang hanya menunggu masa untuk terus menodai wajahnya.Dia ketawakan dirinya sendiri kerana mencari kelemahan sendiri,ketawa yang penuh dengan kesedihan dan kesaratan dihati.Air matanya tidak tertahan lagi,dibiarkan sahaja butir mutiara itu terus mengalir tanpa cuba menghalangnya.Dirinya lemah,lemah memikirkan Hariz dan Fasha.

Jam di tangan Hariz tepat menunjukkan jarum di angka lapan malam.Hariz membulatkan matanya,tidak menyangka bahawa masa berlalu sungguh pantas sekali.Seperti baru sahaja dirinya menghadiri mesyuarat ahli lembaga pengarah pada pagi hari.Hariz menggeleng-geleng kepalanya lemah,cepat dirinya mengemaskan segala barang-barangnya,sesungguhnya hari ini sangat memenatkan,dari pagi lagi kerjanya tidak henti-henti,sibuk sekali.Tali lehernya dilonggarkan,melalui ruang pejabat yang sunyi,dirinya menyedari semua pekerjanya sudahpun pulang,hanya dirinya sahaja yang masih disitu.

“Hariz,Hariz kenapalah kau rajin sangat ni..”dirinya mentertawakan dirinya sendiri,lalu segera beredar menuju ke bangunan tempat keretanya diparkirkan.Hanya derap langkah kakinya sahaja yang kedengaran.Tiba-tiba telinganya menangkap sesuatu bunyi,dirinya meneloh kearah belakangnya,tiada siapa-siapa disitu.Diamatinya lagi bunyi tersebut,seakan-akan bunyi seorang wanita yang sedang merintih sayu.Dirinya tergamam,dicuba dirinya untuk mencari arah suara rintihan itu.Dirinya berjalan perlahan sambil mengamati bunyi itu.Sebelum ini ada juga terdengar di pendengarannya tentang pengalaman para pekerjanya yang mengalami pelbagai kejadian aneh ketika mereka berkerja hingga ke lewat malam,dan mungkinkah malam ini giliran dirinya pula untuk mengalami dan merasai kejadian seperti itu.

Suara rintihan itu semakin terdengar di pendengaranya apabila dirinya memasuki pintu ke jalan yang bertangga yang menyambung bangunan sayap kiri dan kanan syarikatnya.Keadaan suasana di situ gelap sahaja,dan suara itu semakin jelas di telinganya,dirinya menuruni anak tangga dengan cermat dan berhati-hati.

Terkejut besar dirinya apabila menglihat kelibat seorang wanita terduduk lesu di satu sudut tangga itu,wanita itu menggigil ketakutan dan tanggisannya itu…benar,benar dari sinilah puncanya tangisan yang didengari Hariz itu.

“Cik..cik.tak apa-apa ke?”ada juga nada getaran disuara Hariz itu,didekatkan dirinya kearah wanita tersebut secara berhati-hati.Suara tanggisan itu terhenti,wanita itu menjauhkan dirinya,ketakutan dan kegigilan jelas terpampar pada reaksi wanita tersebut.

“Jan..gan..ja.ngan..apa-apa..kan.s.aya..”wanita itu merayu,seolah-olah Hariz ingin melakukan sesuatu kepadanya,baju yang dipakainya terkoyak dan rabak seperti direntap sesuatu,diri wanita itu cuba untuk menutupkan segala bahagian tubuhnya yang terdedah,diri wanita itu seperti berada di dalam ketakutan yang amat sangat.

Tiba-tiba Hariz tersentak,sesungguhnya dia mengenali suara tersebut.Hatinya seperti disambar sesuatu,sedih dan marah bercampur-campur.

“Fasha…calm down please..it’s me,Hariz.”Hariz merapati tubuh ketakutan itu,lembut sekali suaranya cuba menenangkan hati wanita dihadapannya kini.Mendengar suara itu,Fasha terkedu,matanya bulat,sungguh dirinya tidak mahu Hariz menglihat keadaan dirinya ketika ini.Dia menolak-nolak tubuh sasa itu,Hariz memegang kuat tangan yang lemah itu,cuba mententeramkan keadaan.

“Please..go..go..Hariz,I don’t want you to look me like this..please..”Fasha tidak terdaya lagi untuk menolak tubuh itu jauh darinya lagi,dirinya tersandar lemah di dinding,tanggisan sayunya kendengaran..pilu sekali..

“Apa dah jadi?Fasha..please..tell me what happen?”Hariz seperti tersiksa melihat keadaan Fasha sungguh meruntun jiwanya.Dipegang erat dan diusap lembut wajah wanita di hadapannya itu,Fasha terharu,butir-butir tanggisan lebat menuruni ke pipinya.Tanpa berfikir panjang terus sahaja dirinya memeluk erat lelaki dihadapanya itu.Dirinya seperti selamat di dalam pelukan yang erat itu.

“I was.. nearly been ra..ped”terketar-ketar suara Fasha di dalam pelukan Hariz.Hariz memeluk erat tubuh ketakutan itu,segala simpatinya tertumpah di situ.

“Abang!!”Dynaz terbangun dari tidurnya pada malam itu sambil memanggil kuat nama tunangnya.Hatinya resah tiada penghujung,jantungnya berdegup kencang.Berkali-kali dirinya beristighfar bagi meredakan segala keresahan yang melanda dirinya kini.Dia bermimpi bayangan Hariz semakin kabur dari penglihatannya.Semakin dirinya cuba mengejar kelibat Hariz semakin jauh Hariz meninggalkan dirinya tanpa langsung menoleh kearahnya.Dari kelibat terus menjadi bayang dan terus menghilang bersama-sama kabus malam.Hatinya kembali resah,jam kecil di mejanya menunjukkan tepat pukul dua belas tengah malam.Tanpa berlengah terus dirinya menuju ke arah dapur rumahnya,disitu dia menganggkat perlahan ganggang telefon supaya tidak terdengar oleh ibu dan bapanya yang kemungkinan sudah hanyut dibuai mimpi.

“Assalamualaikum..abang Hariz.”perlahan sekali Dynaz bersuara tetapi masih lagi boleh didengari dengan jelas di telinganya Hariz.Hariz binggung,mengapa Dynaz menelefon dirinya dimalam hari ini.

“Waalaikummussalam,Dynaz,kenapa telefon malam-malam ni?”lembut dan prihatin sekali suara itu.

“Syukurlah,abang tiada apa-apa..”Dynaz melahirkan kesyukurannya,hatinya kini tenang.Sebentar tadi dirinya diserang kerisauan,takut jikalau sesuatu terjadi kepada Hariz.

Hariz dihujung talian terdiam,hatinya kaget mengapa Dynaz bercakap saperti itu.Fasha yang berada di dekatnya tidak menglihat kearah Hariz sebaliknya hanya duduk tertunduk memandang ke lantai yang dilapik permaidani indah itu.kain tebal yang menyelimuti bahagian tubuhnya terasa tenang dan aman.Hariz memberikan dirinya minuman panas untuk menenangkan hatinya setelah apa yang terjadi terhadap dirinya hari ini.Sungguh baik sekali hati jejaka itu.

“Naz,kenapa ni? Naz,mimpi buruk ke..”Hariz melahirkan perasaan kasihnya disitu.Dynaz sememangnya seorang perempuan yang suka tidur awal,dan waktu sekarang ini selalunya Dynaz sudah hanyut dibuai mimpi.Kehidupan di kampung sememangnya berbeza dengan kehidupan di bandar,selalunya waktu sebegini di bandar masih dikira masih awal.Seperti kata-kata rakannya malam masih muda.

“Naz,tidur balik ye..tak ada apa-apa..”Hariz bersuara memujuk Dynaz yang senyap dihujung talian.Dynaz hampir menitiskan air matanya apabila mengingatkan kembali mimpinya itu,namun disekanya cepat air mata itu bagi tidak menimbulkan kerisauan di hati Hariz.Tiba-tiba telinganya tertangkap sesuatu bunyi bising dihujung talian,seperti bunyi benda berkaca jatuh ke lantai dan pecah.Apa yang menambahkan kecurigaan ialah dirinya terdengar suara seorang perempuan mengaduh kesakitan.

“Dynaz,wait..tunggu abang sekejap.”suara Hariz penuh dengan kecemasan.Dynaz tersentak,siapakah perempuan itu?Hariz ada di manakah sekarang ini?jantung Dynaz berdengup kencang.

“Are you ok?oh..my god tangan dah melecur ni.”suara cemas Hariz jelas kedengaran di hujung talian.

“I’m ok..sorry bother you,I think I must go now..”Fasha bersuara lemah,cepat dia mengelap sisa air yang terjatuh di lantai dan ingin beredar pergi.

“No,Fasha..stay here..”suara Hariz bagaikan halilintar yang menusuk ke telinga Dynaz,sungguh dirinya tidak menyangka lelaki itu sekarang berada bersama Fasha.Buat apakah mereka di lewat malam seperti ini?Hatinya tidak keruan.

“Sorry,Dynaz I must hang up first,next time abang call.”Tiba-tiba Hariz bersuara nadanya terburu-buru.

“Abang!Fasha ada dengan abang sekarang ini kan?”Dynaz bersuara,suaranya bergetar menahan kemarahan yang semakin memunjak di hatinya.

“Yes.Fasha ada dengan abang,tapi please..jangan fikir bukan-bukan.Abang akan terangkan semuanya nanti ok.”Hariz bersuara,nadanya seakan memujuk,dirinya tidak mahu Dynaz tersalah sangka.

“Kenapa tak terangkan sekarang saja?!Kenapa?abang tak ada alasan baik untuk beritahu sekarang ke?perlukan masa untuk mengarang penipuan ke?”Dynaz tidak mampu lagi menahan kemarahan yang membuak-buak di hatinya,ternyata Hariz menipu dirinya bulat-bulat.Sungguh dia tidak menyangka lelaki itu akan melakukan perkara seperti ini kepada dirinya yang selama ini setia di dalam perhubungan mereka.

“Dengar sini..Naz,there is nothing happen between us.Please believe in me.”Hariz terkesima dengan segala tuduhan Dynaz,cepat dia cuba memujuk wanita tersebut.

“tuttttttttt….”bunyian ganggang diletak kedengaran jelas di telinga Hariz,dia mengeluh kecil,hatinya kini penuh dengan kerisauan.Dirinya memicit-micit dahinya,pening melayan karenah Dynaz yang terlalu cemburu.Tidak berubah sikapnya seperti di waktu kanak-kanak dahulu.Fasha terdiam,dirinya tidak terkata apa-apa,dia memerhati keadaan Hariz.Sungguh dirinya keliru untuk terus menyalahkan dirinya terhadap apa yang terjadi atau terus menarik nafas lega keatas pergolakkan hubungan Hariz bersama Dynaz.

1 comments:

Zeni Geba said...

What?! Fasha n Hariz!
giler plastik gurl tu..
kecian our little Naz..but still awal lagi Naz kuatkn smangat hariz ko punye!

Oppa Dennis..keciannye cm nk nangis je tok die..
it's ok i ada oppa Dennis..huhuhu

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket