Novella~My LovE 15

Thursday, March 19, 2009


BAB 15

Dynaz kini berdiri tegak di hadapan sebuah cermin yang besar.Dirinya kini ditinggalkan sendirian di dalam sebuah bilik yang serba cantik.Viel panjang yang disisip indah di rambutnya dibukanya penuh teliti dan diletak cermat di atas sofa yang tersedia di sebelahnya.Gaun indah yang berwarna merah jambu kelihatan begitu cantik tersarung di badannya.Manik-manik yang berkualiti tinggi disulam cermat untuk menambahkan seri gaun itu.Tidak ketinggalan butiran permata juga dilekat indah bagi menambahkan lagi ciri kemewahan gaun kembang tersebut.Kini Dynaz melihat imbas imej dirinya dengan pandangan yang sepi.Tangannya memegang lembut fabrik yang digunakan pada gaun tersebut.Lembut sekali.Segalanya indah segalanya sempurna buat majlis resepsi perkahwinannya nanti.Tetapi hatinya pilu,hatinya sayu.Dirinya termenung keseorangan di situ.Sebentar tadi dirinya bagaikan seorang puteri,dipuja dan dipuji oleh semua mata yang memandangnya.Mamanya juga turut tidak henti-henti memuji dirinya yang begitu cantik mengenakan busana mewah ini.Dirinya juga dibelek-belek oleh beberapa pakar pakaian butik tersebut bagi memastikan gaun yang dipakainya ialah gaun yang sempurna untuk dirinya pada majlis besar-besaran itu nanti.Segalanya sempurna..


“Naz..ok ke?mahu pertolongan mama ke?”ketukkan pintu dari luar bilik persalinan itu mengejutkan Dynaz.Dirinya tersedar dari lamunannya.

“Aaa..tak apa ma,Naz boleh buat sendiri.Sekejap ye,nanti Naz keluar.”Dynaz menjawab lembut.Dirinya tahu bahawa mama serta pakar perunding perkahwinannya,Ms.Joo Ran kini menunggu dirinya diluar.Pelbagai benda lagi yang harus dilakukan mereka selepas ini.Jadi dirinya harus cepat menyalin pakaiannya,selepas ini sahaja mereka akan ke kedai kek untuk melihat perkembangan kek yang sudah ditempah mamanya itu.

Cepat Dynaz mengikat tinggi rambutnya yang dilepaskan tadi.Tiba-tiba dirinya terhenti seketika,gaun yang berleher luas itu menampakkan keseluruhan bahagian lehernya sehingga ke paras dadanya.Kulit leher dan dadanya yang kemerahan dilihatnya penuh teliti.Dirinya kini diserang perasaan malu apabila mengingatkan kejadian yang berlaku sebentar tadi.



Dynaz bingung melihat senyuman yang seakan-akan cuba disembunyikan oleh ketiga-tiga pekerja butik tersebut.Dirinya berdiri tegak memandang ke arah setiap kelibat orang yang memandangnya.Wajah mamanya dan Ms.Joo Ran dipandangnya meminta penjelasan.Adakah dirinya begitu hodoh memakai pakaian ini?mungkin dirinya tidak sesuai memakai pakaian semewah ini.
Kini mamanya berjalan menghampiri dirinya.Senyuman manis mamanya terpapar indah dibibir.Mamanya mengeleng-geleng kepala diatas kenaifan Dynaz.

“Naz,lepaskan rambut ni..boleh tutup sikit ‘love bite’ tu.”Mamanya kini membisik lembut di telinga Dynaz.Ikatan rambut Dynaz dibuka mamanya.‘Love Bite’?Dynaz terpinga.Ya Tuhanku!Dynaz kini teringat akan kesan kemerahan yang jelas pada kulit leher dan dadanya itu.Pagi tadi dirinya menyedari akan kehadiran kesan itu tetapi dirinya yakin mungkin kesan yang ditinggalkan Dennis itu akan menghilang secepatnya.Tidak disangkanya ia bertahan begitu lama.Wajah Dynaz kini merah diserang malu.Jantungnya kini berdegup kencang.Mana harus dirinya menyorokkan wajahnya kini apabila semua wanita di situ memandang sambil tersenyum simpul kearahnya?

“Ini perkara biasa,tak perlu malulah sayang.”Pn.Chae Rin menyentuh lembut pipi gebu milik menantu kesayangannya itu.Dynaz menelan liur kepahitan.Dirinya cuba memberikan senyuman tetapi jelas kelihatan kelat senyumnya.


Melihat dirinya yang hanya berpakaian dalam dihadapan cermin kini membuatkan fikiran Dynaz kembali mengimbas kejadian yang berlaku kepadanya semalam.Perasaan sedihnya mula meruntun di jiwanya.Hatinya pilu mengenang segalanya.Perlakuan Dennis terhadap dirinya sangat keterlaluan.Kini kolam air matanya mula bergenangan.

Tanda kemerahan itu berada di setiap tubuhnya,mana mungkin dirinya mahu dibantu mamanya untuk menyalin pakaian ini.Dirinya malu.Malu diatas segalanya kesan yang ditinggalkan Dennis kepada tubuhnya ini.Betapa lelaki itu kejam memperlakukan dirinya sebegini rupa.

Dynaz menyarung bajunya kini,rambutnya diperkemaskan.Dirinya mendekatkan wajahnya ke arah cermin besar di hadapannya.Disaat Dynaz membelek wajahnya di cermin,dirinya terlihat akan kesan kemerahan kecil di rahangnya.Dirinya tergamam.Tanda itu tidak disedarinya sebelum ini.Kini bayangan Dennis yang mencumbuinya terbayang-bayang di matanya.Dynaz terkaku,tiada siapa yang pernah mengusik wajahnya sebelum ini melainkan seorang lelaki.Seorang lelaki yang amat dicintainya.

“Hariz..”bisikan Dynaz lemah sekali,dirinya kini amat merindui kehalusan dan kelembutan bibir milik lelaki tersebut yang pernah meninggalkan memori indah di dalam hidupnya.Dynaz mengetap bibirnya,dirinya mengalirkan air mata.Dirinya kini berdosa mendambakan lelaki lain di dalam hidupnya sedangkan diri dan jiwanya kini diikat kemas oleh seorang lelaki lain yang bergelar suami.Dirinya pasrah..pasrah dengan dosa yang kini dilakukan olehnya.



Kau tersenyum..ku terpaku..

Cahaya di matamu hanyalah untuk ku…

Sinaran matamu..menusuk di kalbu..

Tak mungkin ku melupakan sebegini pengalaman..

Lalu hati pun berkata segala untukmu..

Satu masa nanti.. pasti kau temui..

Tabahkanlah hati jangan lupakan ilahi..

Akan tiba bahagia tak mungkin sendirian..terhurai dalam lagu berkumandang..

Dibuai dalam mimpi kau ku sayang..

Segala untukmu…


Bait-bait indah kata-kata di dalam lagu Segalanya Untukmu nyanyian Siti Nurhaliza dinyanyi merdu oleh seorang gadis yang sangat dikenalinya.Di saat ini Hariz membuka matanya perlahan-lahan.Jiwa dan perasaannya berasa tenang sekali.Tidur beralaskan riba gadis tersebut membuatkan segala masalahnya hilang lenyap meninggalkan dirinya.Nyayian gadis itu yang begitu merdu membuai perasaannya terasa damai sekali.Kini gadis tersebut memandang mesra ke arah matanya yang kini melihat terus kearah wanita yang meribakan tidurnya itu.Senyuman gadis tersebut manis sekali,sentuhan tangan mulus gadis tersebut mengusap-usap lembut pipi miliknya.Rambutnya yang terjurai di dahinya diselak lembut oleh gadis tersebut.Dirinya membalas senyuman manis itu.Terasa bahagia sekali ketika ini.


“Dynaz..Naz..”Hariz memanggil lembut nama milik gadis tersebut.Matanya yang terpejam rapat terbuka secara perlahan-lahan.Perasaan damainya masih terasa ketika ini.Samar-samar,kini dirinya melihat bayang wajah manis itu semakin menjauh meninggalkan dirinya.Hariz terbangun dari tidurnya yang nyeyak.Dirinya memisat-misat matanya.Keadaan di dalam bilik tidurnya yang serba indah itu terpampang di matanya kini.

“Astagafirullahhalazim..”Hariz mengusap-usap wajahnya kini.Dirinya tadi bermimpikan kenangan silam bersama wanita yang pernah bertaktha di dalam hatinya itu.

“Tidur petang..inilah akibatnya.”Hariz mengeleng-geleng kepalanya,senyuman manisnya terpamer indah di bibirnya yang merah secara semulajadi itu.Dynaz…wanita itu kini ialah cuma sebuah kenangan indah yang pernah berlaku di dalam hidupnya.Kini wanita itu sudah mempunyai kehidupannya sendiri.Malah dirinya jua sudah mempuyai kehidupan yang ditakdirkan kepadanya.Fasha..wanita yang kini bertaktha sepenuhnya di dalam hatinya.

Hariz melihat ruangan katil di sebelahnya.Kosong..Dirinya kini berjalan keluar dari kamarnya.Melihat di ruang tamunya,wanita itu masih tiada di situ.Di dapur juga tiada kelibat wanita yang disayanginya itu.Kini Hariz mengerutkan keningnya hairan.Kemana Fasha menghilangkan diri?

Tiba-tiba Hariz mendengar bunyi enjin kereta di halaman rumah banglonya itu.Dirinya berjalan menuju ke pintu utama rumahnya yang besar dan mewah itu.Sudah dua hari pekerja-pekerja di rumahnya diberikan cuti olehnya,membuatkan rumah besarnya kelihatan agak tidak terkemas.Majalah-majalah berselerak di sofa di ruang tamu,tidak terkemas.

Kini Hariz membuka pintu rumahnya itu.Mercedez Benz 7 series berwarna hitam berkilat kini memasuki ke garaj besar di hadapan banglonya.Dirinya tersenyum melihat gerangan wanita yang kini keluar daripada kereta mewah tersebut.Senyumannya dibalas mesra oleh wanita yang kini menuju kearahnya itu.


“Abang..dah bangun ke?Fasha pergi shopping tadi.”gembira sekali suara Fasha menegur suaminya.Satu kucupan mesra diberinya ke pipi bersih milik lelaki tersebut.

“Urm...seronok tak?”Hariz kini menyoal lembut sambil memeluk pingang isterinya itu.

“Tak.Tu lah abang siapa suruh beri cuti pada Pak Saad,tengok sekarang penat Fasha drive tau..”Fasha menarik wajah cemberut.Dirinya tidak melihat wajah suaminya itu,sengaja untuk menunjuk protesnya terhadap keputusan lelaki tersebut dua hari yang lepas.

“Pak Saad dan Mak siti kan dah lama tak cuti..lagipun kan sudah lama mereka tak balik kampung.”Hariz menerangkan kepada isterinya itu.Dagu milik isterinya itu dipegang lembut supaya melihat ke wajahnya.Fasha melihat kepada wajah kacak suaminya itu.Dirinya akhirnya mengalah,senyuman manisnya terpamer dibibirnya.

“Iyela..nasib baik tau Fasha sudah jumpa baju yang cantik untuk majlis tu.So,tak jadilah Fasha nak marah.”Fasha bersuara manja.Hariz tersenyum manis sekali melihat telatah isterinya itu.

“Marilah abang,Fasha nak tunjukkan baju tu.Cantik tau..sesuai sekali dengan majlis besar-besaran macam tu.”Fasha bersuara riang.Dirinya menarik pantas lengan milik suaminya menuju ke ruang tamu rumah mereka.Sungguh dirinya tidak sabar untuk menghadiri majlis yang diundang oleh orang kenamaan itu kepada suaminya.Sejak Hariz mengabarkan padanya tentang undangan tersebut,dirinya tidak henti-henti mengunjung butik-butik ternama untuk mencari pakaian yang paling sesuai untuk menghadiri majlis tersebut.Majlis di atas nama urusan kerja itu menjadi satu keutamaan kepada diri Fasha. Memandangkan Hariz sekarang sudahpun mempunyai syarikatnya sendiri, dirinya mahu suaminya itu menjalinkan hubungan baik dengan syarikat ternama itu.Bukan dirinya tidak mengetahui betapa hebatnya pengaruh syarikat terkenal tersebut.


Hariz kini melihat penuh teliti baju-baju yang ditunjukkan Fasha kepadanya.Wanita itu kelihatan gembira sekali menunjukkan segala pakaian yang berjenama antarabagsa yang dibelinya olehnya.Hariz memberikan senyumannya kepada wanita tersebut.Wanita dihadapannya kini sungguh berbeza daripada wanita yang pernah dicintainya dahulu.Dynaz..tiba-tiba jantungnya berdegup kencang seakan-akan wanita itu kini wujud berdekatan dirinya…



Majlis resepsi perkahwinan diantara Dennis dan Dynaz diadakan secara besar-besaran di sebuah hotel terkemuka di kota tersebut.Majlis yang begitu eksklusif dan bertemakan perkahwinan di taman itu kelihatan begitu indah sekali..Taman luas di tepi sebuah tasik yang di dekorasikan oleh ilham tiga orang pakar kelihatan bergemelapan oleh kilauan cahaya lampu yang mewah.Suasana senja di situ menjadi semakin romantis dengan putaran lagu-lagu cinta yang penuh romantis.Kelibat-kelibat orang yang berpakaian cantik, angun, dan kemas menambahkan lagi kemeriahan majlis mewah tersebut.Segalanya begitu sempurna,segalanya begitu indah..


Dynaz kini ditinggalkan sendirian di dalam sebuah bilik yang begitu indah sekali.Dirinya tenang dan berasa senang begitu.Sepanjang tempoh seminggu ini,dirinya benar-benar letih dikelilingi oleh banyak pihak.Semuanya langsung tidak dikenalinya.Mahu sahaja dirinya berkurung dan mendiamkan di dalam biliknya tetapi bagi menghargai usaha keras mamanya selama ini,dirinya terpaksa jua bertemu dengan pihak-pihak yang banyak menjayakan kesempurnaan majlis resepsinya ini.Dynaz menarik nafas panjang..mujurlah akhirnya semuanya selesai…

Imbas imej dirinya yang begitu sempurna di hadapan sebuah cermin yang berukiran emas itu langsung tidak menarik perhatiannya.Dynaz membisu, fikirannya jauh melayang entah ke mana.Sebentar tadi dirinya baru sahaja selesai didandan oleh seorang make-up artis profesional dan kini dirinya sendirian di situ.Dynaz melihat sayu wajah cantiknya di cermin.Sampai bilakah hidupku akan tersiksa seperti ini?


“Ingat..aku tak nak tengok muka sedih kau nanti di majlis tu.Faham?”Dennis bersuara bersahaja tetapi penuh dengan ketegasan yang membuatkan Dynaz mengangguk patuh.Dirinya tidak mampu untuk membangkang apa-apa kata dari lelaki tersebut.Betapa lemah dirinya berada di hadapan lelaki ini.Dennis tersenyum manis apabila melihat Dynaz yang hanya menunduk bisu di sofa besar yang menjadi tempat tidur rasminya sejak mereka berdua diminta papa dan mama untuk tinggal di rumah keluarganya tersebut selama minggu persiapan ini.Wajah Dynaz yang begitu mematuhi kata-katanya membuatkan dirinya berasa sungguh berkuasa terhadap wanita tersebut.

“Aku rasa kau tahu,apa hukuman untuk kau kalau cuba mengingkari kata-kata aku ini kan?”Dennis duduk selamba disebelah wanita tersebut membuatkan Dynaz tersentak dan cepat menjarakkan diri daripada lelaki tersebut.Jantung Dynaz kini berdegup kencang,nafasnya turun naik gerun memikirkan tindakan seterusnya yang akan diambil oleh lelaki tersebut.

Dennis kini menjungkitkan keningnya sebelah,tidak diduganya bahawa reaksi Dynaz akan secepat ini.Selalunya wanita di hadapanya ini lebih bersikap bendul dan lembab.Lengan Dynaz kini ditarik kuat oleh Dennis membuatkan wanita tersebut kini jatuh di dalam rangkulannya.

“Tiada siapa pun boleh menjauhkan diri daripada aku kecuali aku yang arahkan.”Kata-kata Dennis meresap masuk ke gegendang telinga milik Dynaz.Dynaz menunduk tidak bersuara,dengupan jantungnya kini seperti ingin tercabut.Sungguh dirinya mengeruni Dennis.

“Good!Nampaknya kau sudah tahu kan?So jangan ingkari arahan yang aku katakan kalau kau tak nak susah.By the way,for your information..make you in suffer is like a pleasure to me.”kata-kata sinis dan dingin Dennis menyentap ke jantung Dynaz.Dennis kini mengusap lembut pipi mulus milik Dynaz.Pandangannya tepat sekali memandang ke arah bibir kemerahan milik Dynaz.Senyuman nakalnya terpamer di bibirnya membuatkan Dynaz benar-benar kegentaran.Air matanya kini cepat sahaja bergenangan di kelopak matanya.Dirinya hairan mengapa dirinya begitu takut dan gentar sekali apabila disentuh oleh lelaki ini.Sedangkan sesungguhnya Dennis lah lelaki yang paling berhak menyentuh tubuhnya ini.


Segalanya gelap gelita secara tiba-tiba.Dynaz tersentak,lamunannya kini terhenti.Kerutan di dahinya jelas kelihatan.Tiada apa yang dapat dilihatnya,semuanya gelap.Dirinya sekarang bangun perlahan-lahan dari kerusinya.Kain gaunnya yang kembang membataskan langkahnya,dirinya teraba-raba untuk mencari pintu keluar bilik tersebut.


Ada sesiapa tak?Sini blackout..ada sesiapa tak?”Dynaz bersuara cuba untuk menutupi kegentaran yang mula meresapi ke hatinya.Tiada jawapan..segalanya sunyi.Dynaz mula terasa cemas,sungguh dirinya berasa takut ditinggalkan keseorangan di dalam bilik yang gelap gelita itu.

“Tolong..ada sesiapa tak?”kini nadanya mula kedengaran cemas.Langkah Dynaz kini pantas mencari-cari pintu keluar walaupun penglihatannya kini jelas tidak dapat membantu dirinya.Deru nafasnya turun naik dengan cepatnya.Dirinya kini benar-benar cemas.Tiba-tiba lampu yang terpadam sebentar tadi mula menyala dan menyinari bilik tersebut.Dynaz memandang sekeliling apabila cahaya mula memenuhi setiap ruang bilik tersebut.


“SURPRISE!!”pekikkan suara di pintu bilik tersebut yang terbuka luas kuat sekali.Kelibat orang-orang yang dikenalinya terlihat di situ.Dynaz tergamam,dirinya terkaku melihat sepasang kelibat yang sangat dikenali dan dirinduinya kini berada di situ di hadapan matanya.Wajah sepasang kelibat yang kini tersenyum mesra kearahnya menambahkan lagi kesemarakkan rasa rindunya yang tidak dapat dibendungnya lagi.


“Mak!!Abah!!”cepat Dynaz berlari memeluk kedua-dua orang tuanya itu.Hatinya melonjak kegembiraan melihat kedua-dua orang tuanya itu kini berada kemas di dalam pelukannya.Air mata kegembiraan kini berguguran jatuh ke pipinya tanpa henti.Betapa dirinya merindui ibu dan ayahnya itu.

Mak Ana pantas mengesat air matanya kini.Senyuman manis Pak Rahim membuai perasaannya kini.

“Naz..tak baik menangis,kan rosak nanti make-up ni..”lembut Mak Ana berkata-kata ketika dirinya mengesat cermat air mata anak kesayangannya itu.Pak Rahim turut mengangguk mesra.

“Naz rindukan mak dan abah.”Sayu sekali suara itu membuatkan jiwa semua yang berada di situ tersentuh.Tersedu-sedu Dynaz cuba menahan tangisnya.Ibunya mencium lembut umbun-umbun miliknya.

“Sudah..sudah..pengantin lelaki dan sampai,Naz kena siap ni.”Pak Rahim bersuara sambil lengan anaknya itu dipegang lembut.Dynaz mengangguk dan mengesat kering sisa air matanya.Dirinya kini dilihat dan disentuh rapi oleh jurusoleknya bagi sentuhan terakhir sebelum dirinya melangkah ke majlisnya.

“Naz..Limah dan Yusri kirim salam pada kau..”Mak Ana membisik perlahan di telinga anaknya yang kelihatan cantik bak puteri dari kayangan itu.Dynaz mempamerkan senyuman manisnya menampakkan seri kejelitaannya yang diwarisi penuh dari ibunya itu.Dirinya kini gembira dikelilingi kasih sayang yang hangat dari orang yang tercinta.



Berada di maljis yang serba indah dan penuh bercirikan kemewahan itu membuatkan Dynaz tidak berapa selesa.Semua mata kini melihat terus kearahnya.Lensa kemera juga tidak henti-henti mengambil gambar dirinya.Sungguh semuanya merimaskan tetapi digagahi juga dirinya untuk memberikan senyuman yang manis dan mesra kepada semuanya.


Dirinya ditinggalkan sendirian di situ,mamanya dan papanya sibuk bergurau senda bersama ibu dan ayahnya.Manakala Dennis pula entah hilang kemana.Suasana meriah majlis tersebut terbentang luas di penglihatan Dynaz.Semuanya berlainan dengan majlis perkahwinan yang pernah dilihatnya sebelum ini di kampungnya.Sungguh lain..


Dynaz meneguk cermat air di dalam gelas yang dipegangnya.Wajahnya mesra memberikan senyuman pada semua mata yang memandang kearahnya.Hipokrit!Segalanya hipokrit..sungguh dirinya tersiksa berada di dalam keadaan sebegini,berlakon menjadi seorang yang gembira sedangkan dirinya diselubungi kesedihan yang tiada penghujungnya.Sebentar tadi dirinya sudah mencuba sedaya upayanya untuk menunjukkan riak yang paling baik buat majlisnya ini.Tidak semudah yang disangka,segalanya begitu menyiksakan.Lain pula bagi Dennis yang berada disebelahnya tadi, lelaki itu tidak henti-henti mempamerkan senyumannya yang indah.Dirinya kelihatan benar-benar gembira dengan pengunguman secara rasmi perkahwinannya ini.Pinggang Dynaz dipeluknya dengan erat dan mesra sekali.Sungguh hebat lakonan lelaki itu sehinggakan dapat memperdayakan perasaan semua orang yang melihatnya.


Dynaz menarik nafasnya panjang..gelas ditangannya di letak cermat di atas dulang yang tersedia.Dirinya kini cuba menikmati suasana keindahan pada malam tersebut.Keindahan taman yang disinari penuh oleh cahaya lampu yang bergemerlapan membuatkan Dynaz leka melihatnya.Tiba-tiba satu ciuman hangat singgah di pipi mulusnya.Dirinya tersentak,tetapi cepat dirinya mengawal riaknya.Dennis tersenyum manis apabila melihat sepasang pipi milik Dynaz yang merona merah,mungkin wanita itu menahan malu dikucup di hadapan para tetamu.


“I love your act.”pandangan Dennis menggoda sekali melihat terus ke wajah Dynaz.Kekacakkan wajahnya terserlah penuh apabila segaris senyuman manis menghiasi bibirnya.Itulah segaris senyuman yang menikam terus kejantung Dynaz,Segaris senyuman yang mengundang mimpi-mimpi ngeri di setiap tidurnya,dan segaris senyuman yang berjaya memporak-perandakan keindahan dan ketenangan hidupnya.Senyuman yang sering memperlekehkannya,itulah senyuman yang lahir di bibir sempurna itu.

“Ingat..behave yourself according my order ya?”satu kenyitan mata diberikan kepada Dynaz yang masih kaku dan terdiam melihat dirinya.Rangkulannya di pinggang wanita itu dikemaskan lagi dan membuatkan Dynaz tiba-tiba menjadi kaget.

“Give me a smile..or I will not release you”kata-kata nakal Dennis benar-benar membakar di telinga Dynaz.Mahu sahaja dirinya menolak kuat lelaki tersebut tetapi apabila dingatnya akan hukuman yang akan diterimanya nanti,sedaya upaya dirinya menguntumkan senyuman di bibirnya.Dennis turut tersenyum kemenangan dengan kepatuhan Dynaz,wajah gebu di depannya itu diusap lembut dengan segaris senyuman nakal.Dynaz terus tersenyum walaupun keperitan yang dirasainya,kesebakkannya tidak tertahan rasanya.Dirinya menderita di dalam genggaman suaminya sendiri.


“Ehem..ehem..May I interrupt a moment?”tiba-tiba suara En.Amir mencelah diantara Dynaz dan Dennis.Senyuman papanya itu jelas kelihatan riang sekali.Dennis melepaskan rangkulannya,dirinya turut tersenyum simpul cuba untuk melakonkan watak seorang lelaki yang ditangkap bermesra bersama isterinya ketika majlisnya masih belum lagi selesai.En.Amir menepuk-nepuk bahu anaknya itu.Dirinya benar-benar gembira melihat anak tunggalnya kini dapat menerima Dynaz sepenuhnya.Apa yang penting kini ialah, anaknya itu kelihatan amat menyanyangi menantu kesayangannya itu.Dynaz membetul-betulkan gaun merah jambu yang dipakainya itu.Dirinya turut menghadiahkan segaris senyuman yang sungguh manis kepada papanya itu.

“Sorry mengganggu,Actually..papa sebenarnya nak kenalkan seseorang kepada kamu berdua.”En.Amir bersuara ceria,senyuman indah di wajahnya itu sangat mempesonakan dan ikhlas sekali.Dennis menjungkitkan keningnya,raut wajahnya tertanya-tanya akan gerangan insan yang dianggap bertuah itu.Sebenarnya bukan mudah untuk papanya itu memperkenalkan seseorang,ini kerana papanya itu terkenal dengan sifat kecerewetannya apabila bergaul dengan orang ramai.Apa-apa pun insan itu benar-benar bertuah kerana telah mendapat perhatian papanya.

“Who’s the lucky person?”Dennis bersuara dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.Dirinya memaut erat lengan isterinya, menunjukkan lakonan kemesraannya.Dynaz mempamerkan senyuman manisnya,dirinya membalas kemas pautan suaminya itu.

“Kalau macam tu,marilah papa bawa kamu berkenalan dengannya.”En.Amir bersuara ceria.Di dalam perjalanan,papanya itu tidak henti-henti memuji kehebatan insan yang ingin dikenalinya kepada anaknya itu.Apa yang dapat ditangkap Dynaz,insan itu merupakan seorang usahawan muda yang gigih dan penuh semangat juang dari negara kelahirannya.Diri Dynaz kuat mengatakan mungkin kerana faktor insan itu berasal dari negaranya membuatkan papanya itu terlampau memuji-muji insan tersebut.Bukan dirinya tidak tahu dengan perangai papanya itu yang sememangnya terkenal dengan semangat cinta kaum tanah airnya.


“Hah,itu pun dia.”keceriaan suara En.Amir tidak lekang darinya.Jarinya menunjuk kepada seorang lelaki yang sedang leka beramah mesra bersama tetamu-tetamu yang lain.Senyuman papanya girang penuh digambarkan di bibirnya.Dennis turut tersenyum sambil menuruti langkah papanya.Dynaz menghalakan pandangannya kepada lelaki yang ditunjukkan papanya itu.Memandangkan lelaki tersebut membelakangi mereka,dirinya gagal untuk melihat wajah lelaki yang dianggap bertuah itu.Tinggal beberapa langkah lagi untuk mereka menghampiri lelaki tersebut,dan tiba-tiba jangtung Dynaz berdegup kencang.Dynaz menelan liur,keningnya berkerut.Dirinya kini benar-benar tidak mengerti akan perasaanya.Debaran di dadanya menjadi-jadi membuatkan hembusan nafasnya turun naik pantas sekali.

“Hi,there you are..enjoy the party?”ramah suara En.Amir menegur gerangan lelaki yang dipuji-pujinya sebentar tadi.Tangannya lembut menyentuh belakang bahu bidang lelaki tersebut,membuatkan lelaki tersebut cepat mengalihkan badannya berhadapan En.Amir.


Dan ketika inilah jiwa Dynaz seakan direntap sesuatu.Degupan jangtungnya seakan-akan terhenti dari berfungsi.Dirinya terkaku,kakinya seakan dipasak teguh ke tanah.Nafasnya sesak,anak matanya membulat besar.Segala percakapan ramah dan mesra lelaki tersebut bersama papanya kabur dari pendengarannya,senyuman manis lelaki tersebut jelas terbentang dihadapan matanya.Senyuman yang amat dirinduinya,senyuman yang mengentarkan jiwa wanitanya dan senyuman yang membuatkan dirinya sering berada di dalam kegilaan…

“Hariz..”halus nama lelaki tersebut diucap Dynaz.Dennis yang berada di sampingnya menarik nafas dalam.Sesungguhnya dirinya mengenali lelaki di hadapannya itu.Masakan dirinya lupa akan seorang lelaki yang telah memberi impak yang besar dalam hidupnya itu.Ketegangan wajah Dennis dapat dilihat ketika ini.Wajah manisnya hilang dan kini digantikan dengan keseriusan wajahnya yang tegang.Dirinya kini melihat Dynaz yang terkaku disebelahnya.Pantas lengan wanita itu digenggamnya kemas.Dirinya menuju terus kearah papanya yang sedang berbual mesra bersama Hariz.Dynaz cuba untuk tidak mengekori Dennis,tetapi renungan tajam lelaki itu menikam jauh ke dalam hatinya.Lengannya ditarik kasar oleh lelaki tersebut.Tidak!Tidak!Jangan bawa aku kepadanya!Jangan dalam keadaan begini..rintihan kegentaran Dynaz meronta-ronta di dalam hatinya.Sungguh dirinya tidak mahu lagi melihat lelaki tersebut.Cukuplah selama ini penyiksaan yang diterimanya.Cukuplah…


“Hi.I’m Dennis,nice to meet you.”Dennis kini memaniskan roman wajahnya.Huluran tangannya disambut kemas oleh Hariz yang juga turut mempamerkan senyuman yang manis.

“I’m Hariz,it’s good to meet you too.”Hariz bersuara sambil melihat terus ke wajah kacak milik Dennis,ketika inilah pandangan mereka bersatu membawa maksud yang sukar untuk ditafsirkan oleh mata-mata yang memandang.Dynaz tertunduk melihat ke rumput yang menghijau,dirinya diam..tiada sekelumit pun senyuman terpamer di bibirnya.

“Dennis, this’s the man that I told u before.”sungguh En.Amir ketika ini tidak dapat merasakan perubahan suasana yang telah berlaku.Dirinya masih tersenyum girang dan ceria seperti sebelum ini.

“Seorang usahawan yang berjaya menembus pasaran luar negara di saat umur yang masih muda!How impressive!”suara En.Amir megah sekali.

“You tahu Hariz,masa umur I sebaya you..i still lagi do not have my own company.”ceria sekali suara En.Amir memuji-muji Hariz.Hariz tersenyum manis dirinya menggeleng-gelengkan kepalanya,tidak berapa selesa dengan pujian-pujian yang diberikan oleh lelaki yang sangat dikaguminya itu.Sememangnya En.Amir lah seorang usahawan yang menjadi idola dirinya dan yang paling berhak dipuji-puji sebegini.

“Anyway..this is my daughter in-law,Dynaz! and just so you know,she’s actually from the same hometown with yours!”En.Amir memperkenalkan Dynaz kepada Hariz dan saat inilah mata mereka berdua bertemu buat sekalian kalinya.Hariz menelan liur kelat.Dirinya cuba mengawal perasaanya kini yang kacau bilau.Kepalsuan senyumannya jelas terpamer.Cepat Dynaz menarik pandangannya jauh melihat tetamu yang hadir,senyuman Hariz langsung tidak dibalasnya malah lelaki itu dilayannya seperti mereka langsung tidak pernah ketemu sebelum ini.

“Abang..Naz rasa tak sedap badanlah..boleh Naz pegi rehat sekejap.”tiba-tiba Dynaz bersuara memecahkan kesunyian di situ.Dirinya kini sudah tidak tertahan lagi berada di situ.Satu jalannya hanyalah untuk menarik diri secepat mungkin dari kawasan itu.Dennis tersenyum manis kearah isterinya itu.

“Sayang tak sihat ke?”penuh prihatin sekali suara Dennis sambil mengusap lembut dahi dan pipi milik Dynaz.Melihat aksi diantara Dennis dan Dynaz itu,cepat sahaja Hariz mengalih pandangannya.Tiba-tiba sahaja jantungnya seakan-akan ditusuk sesuatu.Kesakitannya tiba-tiba meresap jauh ke sanubarinya.


“Wahh..buat group di sini tak panggil pun kita..”tiba-tiba terdengar suara lembut seorang wanita.Dynaz tersentak,dirinya mengenali suara lembut dan halus itu.

Fasha muncul bersama Pn.Chae Rin sambil tersenyum mesra.Fasha memeluk erat pinggang suaminya sambil mempamerkan senyuman yang begitu manis dan ayu sekali.

“Oh..Fasha,marilah join sekali.”En.Amir bersuara ceria menjemput Fasha,isteri Hariz yang dianggapnya sebagai seorang wanita yang paling senang mesra dengan sesiapa sahaja.Fasha benar-benar memiliki ciri-ciri seorang isteri ahli korporat yang berjaya.Dirinya bukan sahaja cantik dan bijak malah turut senang berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.Mesra dan riang sentiasa,tidak ubah seperti sifat yang dimiliki oleh suri rumahnya Pn.Chae Rin.

“So..inilah menantu En.Amir?cantik sekali.Nice to meet you,I’m Fasha wife of Hariz.”Fasha menghulurkan salamnya mesra dan manja.Wajah Dynaz yang dingin langsung tidak menjejaskan keceriaan diwajahnya,sungguh Fasha merupakan seorang pelakon yang sangat berjaya melakonkan wataknya.Huluran tanganya yang tidak disambut tidak menjadi masalah besar kepadanya,sebaliknya dirinya menghadiahkan senyuman yang begitu manis kepada Dynaz.Dirinya memeluk erat pinggang suaminya itu,pandangannya jelas melihat kearah Dynaz ketika semua mereka rancak meneruskan perbualan.Pandangannya yang seolah kemenangan meresap masuk kedalam penglihatan Dynaz.Kemanjaannya bersama Hariz terpamer luas di hadapan matanya Dynaz.Siksa!sungguh menyiksakan.Hariz yang tersenyum mesra dan ketawa riang disamping Fasha menambahkan lagi kehangatan api kemarahannya.Mengapa hanya dirinya sahaja yang ketika ini merasakan perasaan seperti ini?Mengapa?!



Pulang sahaja kerumahnya Dynaz terus meluru masuk ke dalam kamar tidurnya.Nafasnya turun naik menahan amarah.Hatinya sakit,terasa pedih sekali.Tangisannya mengalir tidak henti-henti.Berkali-kali Dynaz memarahi diri sendiri kerana pada saat ini dirinya masih lagi mampu bermurah hati untuk mengalirkan air matanya.Dengan kasar cepat Dynaz mengesat lelehan air matanya yang mengalir di pipinya.Dirinya kasar mencari-cari sesuatu di laci meja bersebelahan katil tidurnya itu.Gaun kembang merah jambunya masih lagi tersarung indah di tubuhnya membataskan segala gerak gerinya.Kesakitan hatinya kini seakan-akan mencengkam-cengkam di sanubarinya.Mengapa?Mengapa?!


Dirinya mengangkat sebuah kotak kristal yang tersimpan cermat di dalam lacinya itu lalu dibaling kuat mengenakan dinding kamar tidurnya.Kristal yang pecah berderai bertaburan di lantai menjatuhkan seutas kalung berloket hati yang bertaktha permata.Tanpa berlengah Dynaz mengambil dan menggengam kuat kalung indah tersebut.Dirinya kini cepat menuju kearah tingkap bilik tidurnya yang besar itu.Tingkap dibuka dengan rangkus,naik turun nafasnya tidak teratur diakibatkan dengupan jantungnya yang tidak menentu.Dirinya kini mengangkat lengannya untuk membaling jauh kalung digengamannya itu.Hatinya sakit,jiwanya merana..dan kini lengannya kaku..kalung di dalam gengamannya kemas dipegangnya,sungguh dirinya tidak terdaya untuk membuang satu-satunya peninggalan kenangan lelaki itu di dalam dirinya.Perasaanya diguris dan perit sekali Dynaz terduduk lemah di hadapan tingkap yang terbuka luas,dan pada saat ini dirinya menjerit menangis menghaburkan segala kesedihan dan kesengsaraan dirinya.Kalung di tangannya dicengkam kuat seolah-olah dirinya membuang segala kepahitan hidupnya di situ.


Dennis tersentak,dirinya memandang terus kearah kamar tidur Dynaz.Jeritan dan renggahan tangisan Dynaz jelas kedengaran di telinganya.Pilu dan sungguh menusuk ke dalam jiwa lelakinya.Dennis melangkah terus menuju kearah pintu bilik tersebut,tombol bilik dipegangnya erat.Tetapi tidak pula dipulasnya untuk membuka pintu tersebut.Dennis menarik nafas dalam,dan kini dirinya beredar menuju ke ruangan kerjanya yang bersebelahan katilnya.Kerusi empuknya didudukinya perlahan,jiwanya kini berasa terusik dengan suara tangisan Dynaz,dengan cepat dirinya mengusap wajahnya.Dirinya seharusnya tidak selemah ini!


Argh!tangisan perempuan ni memang membingitkan!Dennis mengurut lembut dahinya.Dirinya bersandar lemah di kerusinya.Hariz!Ya wajah Hariz kini bermain-main di dalam kotak fikirannya.Kemunculan lelaki itu tidak pernah diduganya,sungguh dirinya tidak percaya akan takdir yang ditentukan ini.Hariz,lelaki kampung itu kini semakin menempa nama dan yang paling mengganggu dirinya ialah kehadiran lelaki tersebut yang kini berada dekat disampingnya.

Raut wajah Dynaz yang kedinginan diperhatinya dalam sekali,dirinya kembali berbual mesra.Papa dan mamanya tidak henti-henti beramah mesra bersama tetamu mereka yang istimewa itu.Fasha lebih dilihat ceria berbanding Hariz yang hanya tersenyum dan ketawa ketika diperlukan sahaja.



“Erm..you all dari kampung yang sama, sudah kenal satu sama lain sebelum ini?”tiba-tiba Pn.Chae Rin bersuara mesra sambil meneguk minuman dari gelas yang dipegangnya.Wajahnya dan En.Amir ceria sekali.

“Kami tak pernah berjumpa..Naz tak kenal mereka.”tiba-tiba cepat sahaja Dynaz menjawab.Dirinya yang hanya berdiam diri sebelum ini menjadi sasaran pandangan ketika ini.Wajah Hariz bertukar,dirinya tersentak dengan kata-kata yang diluahkan Dynaz.Fasha hanya tersenyum manis.Dennis pula tersenyum sinis..

“Baguslah macam tu..sekarang sudah bertemu,Fasha nanti bolehlah berkawan dengan Dynaz.”Pn.Chae Rin bersuara manis sekali.Dirinya dan suaminya masih gagal mengesan perubahan riak disekitaran mereka.Sungguh penuh diselubungi keceriaan dan kebahagiaan sehinggakan perubahan yang sebegitu ketara tidak mampu dikesani oleh mereka berdua.


“Ha..ha..ha..what a sad love story.”Dennis kini sudah dapat meneka akan jalan cerita kehidupan Dynaz sebelum ini.Kini dirinya sedar mengapa Hariz yang dahulu pernah mengaku satu-satunya lelaki yang berhak ke atas Dynaz meninggalkan diri Dynaz keseorangan.Semuanya kerana Fasha.Ya kerana penari gamelan itu yang lemah lembut itu..Dennis tersenyum sinis.How pathetic!

Pandangan Hariz yang mencuri lihat kearah Dynaz ketika di majlis tadi bermain-main di dalam kotak fikirannya.Pandangan itu penuh bermakna sekali..tiba-tiba dirinya terfikirkan sesuatu.

Sesuatu yang akan memihak seluruhnya kepada dirinya dan sesuatu yang akan menentukan keruntuhan Dynaz dan Hariz.


“The game is becomes more interesting.”senyuman manis di bibir Dennis penuh bermakna.



Henney melonggarkan tali lehernya yang masih terikat kemas di lehernya.Dirinya tersandar lemah di sofa besar di ruang tamunya.Rambutnya diusap sambil diurut-urut kepalanya yang terasa seakan ingin pecah itu.Segalanya sungguh tidak disangkanya,segalanya tidak seperti yang diinginkannya dan segalanya merosakkan semua angannya.Argh!

Satu keluhan berat dilepaskannya,dirinya tersandar lemah.Fikirannya bercelaru memikirkan kejadian yang terjadi.

Dynaz,wanita misteri yang ditemuinya dan juga satu-satunya wanita yang berjaya menarik perhatiannya itu merupakan isteri kepada rakannya,Dennis.Sungguh menyiksakan apabila dirinya berhadapan dengan kebenaran yang memeritkan ini.Sungguh mencengkam dijiwanya!


“Aku setuju dengan rancangan kau.”suara Henney mendatar menimbulkan kekejutan di wajah Dennis.Lelaki itu tidak melihat kearah Dennis sebaliknya lebih selesa mengamati suasana malam di majlis resepsi yang serba indah dan mewah itu.

“Tiba-tiba kau setuju..boleh aku tanya kenapa?”Dennis bersuara seakan-akan menyiasat.Dirinya sebenarnya kini berasa begitu lega memikirkan kawan baiknya itu kini bersedia untuk menjalankan rancangannya itu.

“I just wanna help you..”Henney bersuara,dirinya kini binggung dengan perasaannya ketika ini.Wajahnya melihat kearah sepasang mata indah milik Dennis.

“Kau sure that you’re not in love with her?”Soalan Henney tepat mengena kearah Dennis dan membuatkan lelaki itu cepat sahaja menggelengkan kepalanya.

“I’m happy to hear that you will help me.”Dennis melemparkan senyuman manisnya kepada rakanya itu.


Henney mengurut-urut kepalanya yang terasa pening itu.Dirinya lemah di sofa itu,tidak mampu untuk berbuat apa-apa.Dan kini dirinya meragui keikhlasan dirinya,adakah benar persetujuannya ini adalah bertujuan menolong rakannya itu atau bertujuan untuk mendekati wanita yang bernama Dynaz itu dan merebutnya jauh daripada Dennis.

Sungguh dirinya tidak mampu untuk mengulangi masa bagi mengelak pertemuannya dengan Dynaz di hari pertama yang membawa kepada kegilaannya kepada wanita itu.Dan kini segalanya terlambat..dirinya sudah jauh menempatkan wanita itu di ruang yang istimewa di dalam hatinya.

“I’m sorry Dynaz..i’m truly sorry,I really want you,please forgive me.” Henney menekup wajahnya dengan kedua-dua tangannya.


Tiba-tiba kelibat seorang lelaki melintas di hadapanya membuat dirinya tersentak.Henney melihat lelaki yang kini duduk di sofa empuk di hadapannya itu.

“This’s not the time you wanna think about love.”sinis sekali nada suara lelaki yang duduk berhadapan dengan dirinya itu.Henney menghembuskan nafasnya yang lega,dirinya kenal akan lelaki dihadapannya itu.

“Dad,what do you want?”Henney kini kembali menyandar dirinya,kakinya dilunjurkan bagi merehatkan tubuhnya yang penat itu.Dirinya sudah cukup pening dengan apa yang berlaku kepadanya pada hari ini,janganlah ditambah lagi oleh ayahnya itu.

“How’s the plan?”ayah Henney masih bersuara tegas,seperti selalunya ayahnya itu sememangnya bersifat sedemikian.Dingin dan tegas.Henney menarik nafas dalam,dirinya meraup wajahnya berkali-kali.

“Enough dad,enough.”Henney kini benar-benar keletihan untuk memikirkan semua itu.

“He had enough.What more do you want?”Henney merehatkan kepalanya,sungguh peningnya masih belum selesai ditambahkan lagi dengan karenah ayanhnya ini.Dirinya penat,lelah..letih…

“Please..leave me alone..please..”Henney bersuara matanya terpejam rapat dan jarinya masih lagi mengurut-urut perlahan dahinya.Melihat keadaan anaknya itu lelaki itu menghembuskan nafasnya kuat.Dirinya bangun dari sofa yang didudukinya itu.

“I will leave..but you must remember about the plan.We together come to this far and that’s not easy to return back.All will be work according to the plan.”sebelum berlalu pergi sempat lagi lelaki itu bersuara menambahkan lagi tekanan bebanan di dalam fikiran anaknya itu.Henney hanya berdiam diri,dirapatkan lagi pejaman matanya.


“Dynaz..betapa indah nama milikmu..”



“Ladies and gentlemans,in here we proudly present to you all the one and the only son of En.Amir Zakaria the owner of King Capital One.It is En.Dennis and her beloved wife Pn.Dynaz!”bangga dan ceria sekali suara pengacara pada malam resepsi itu memperkenalkan pasangan pengantin yang sememangnya kelihatan cantik dan begitu secocok itu.Sorakkan kegembiraan bergema di setiap pelusuk taman luas yang indah itu ketika pasangan pengantin menjejakkan kaki di atas karpet berwarna ungu lembut itu.Percikkan bunga api yang indah di langit tidak henti-henti mengeluarkan corak cinta yang berbagai-bagai .Mengindahkan lagi suasana pada malam tersebut.Bungga-bunggaan segar yang turun dari hasil percikkan bunga api itu menambahkan lagi sorakkan para tetamu yang hadir.Segalanya sungguh indah sekali..Senyuman dibibir Dynaz yang begitu bahagia dan ceria terpamer penuh dibibir sempurna itu.Pautan tangannya yang kemas di lengan Dennis menunjukkan betapa bahagia dirinya ketika itu.Lambaiannya yang begitu mesra disambut ceria oleh para tetamu yang begitu lama menunggu kemunculan dirinya bersama seoarang lelaki yang dianggap seperti putera muda itu,Dennis.


Pandangan Hariz terpaku taktala melihat gerangan Dynaz dihadapan matanya.Dirinya tidak dapat mengalih matanya walau seketika di saat ini.Satu kejutan yang tidak pernah diingini olehnya,bertemu Dynaz setelah sekian lama terpisah tanpa berita.Fasha disampingnya terkejut bukan kepalang,dirinya cepat mengalihkan pandangannya melihat kearah suaminya itu.Pandangan Hariz benar-benar mencabar hati perempuannya ketika ini.Dirinya memaut lengan suaminya itu tetapi langsung tidak diendahkan suaminya.Sungguh Hariz kini berada di dalam alamnya sendiri,alam yang tiada tanda kebahagiaan kepada dirinya,alam yang hanya menguris perasaan hatinya.


“Dynaz..”satu perkataan yang lahir di bibir merah Hariz membuatkan kecemburuan di hati Fasha mula bertaut kembali setelah sekian lama.

Ciuman dan pelukan mesra Dennis kepada Dynaz amat menganggu fikiran Hariz.Sepanjang di majlis itu merupakan tempoh yang paling menyiksakan dirinya,dirinya tidak tahan untuk terus melihat adegan romantis pasangan yang diraikan itu.Sungguh menikam di jiwanya!Mengapa?Mengapa?!


Kedinginan malam itu terasa luarbiasa sekali,tidak seperti malam-malam yang lain dirinya di kota Seoul ini.Mungkinkah perasaan kedinginan itu lahir di dalam hatinya kini yang masih lagi tidak dapat melupakan perkara yang berlaku pada malam ini.



Hariz menekan punat remote televisyen menukar ke satu siaran dan ke siaran yang lain,entah mengapa dirinya sukar untuk mencari siaran yang sesuai untuk dirinya pada malam itu.Segalanya serba tidak menjadi,segalanya terlalu sukar buat dirinya.Mengapa?

Argh!Hariz menghempaskan kepalanya di sofanya.Rambutnya yang berjuraian di dahinya dikuakkan kebelakang.Kepalanya kini berserabut.Sungguh memeningkan.

“Why?why Naz?kenapa kau pilih lelaki itu?kenapa mesti lelaki itu?”kata-kata hati Hariz semakin bermain-main difikirannya.Dirinya sesak memikirkan hakikat yang terbentang di matanya.Hembusan nafasnya cuba diaturnya tetapi gagal,sungguh dirinya sakit menerima kebenaran ini.Mengapa mesti Dennis?


“Abang…kenapa tak tidur lagi ni?marilah pergi tidur ye..”lembut sekali suara Fasha tiba-tiba memecahkan kesunyian pada malam itu.Usapan lembut Fasha yang mengusap-usap dahi milik Hariz melegakan sedikit tekanan di hati lelaki itu.Kini Fasha mencari tempat di samping suaminya itu,pelukkannya erat dipinggang Hariz manakala kepalanya direhatkan di dada bidang suaminya itu.

“Abang ingatkan Dynaz?”tiba-tiba suara lembut itu bersuara lagi,kali ini membuatkan Hariz tersentak.Lelaki itu menarik nafas dalam..Fasha mendongakkan kepalanya untuk menatap wajah kesayangan suaminya itu.

“Sudahlah Sha..abang tak nak cakap tentang ini.”Serius sekali suara Hariz membuatkan wanita itu terdiam.Wajah Hariz diamatinya,sungguh Fasha benci akan dirinya sendiri yang masih lagi tidak dapat membaca raut wajah itu walaupun sudah lama bergelar isteri kepada Hariz.Dirinya selalu gagal untuk meneka reaksi suaminya itu.Sungguh menyiksakan apabila berada di dalam keadaan seperti ini.

“Sha tahu..abang ingatkan Dynaz kan?abang jangan nak tipu dengan Sha.”suara Fasha seakan memberontak,wajahnya kini agak tertekan dengan reaksi Hariz yang dingin itu.

“Enough Sha,I don’t wanna talk about this.Abang masuk bilik dulu..”Hariz kini beredar meninggalkan Fasha seorang diri di sofa itu.Dirinya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini.Sudahlah..segalanya sudah berlaku janganlah dipanjangkan lagi.Sungguh dirinya tidak dapat menahan memikirkan wanita itu.Benar dirinya sekarang memikirkan Dynaz..ini kerana dirinya tidak dapat menipu perasaan dirinya sendiri yang tidak henti-henti mengimbas kegembiraan wajah indah itu.


1 comments:

BlueRose said...

best lah n3 ni. thx kanafee. ^_^

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket