Novella~My LovE 18

Tuesday, March 24, 2009

BAB 18

Melihat papanya yang sedang terlantar diatas katil membuatkan hati Dynaz benar-benar kesayuan.Katil yang begitu besar dengan bercirikan dekorasi inggeris klasik berwarna merah hati dan bersulam emas itu kelihatan begitu cantik sekali tetapi langsung tidak mendamaikan setiap mata yang kini melihat sesusuk tubuh En.Amir yang terlantar lemah diatas katil tersebut.Pn.Chae Rin langsung tidak berenggang dari suaminya itu,dirinya setia menunggu disamping suaminya yang tercinta itu.

“Setelah diperiksa saya mendapati En.Amir sebenarnya menghadapi serangan jantung.”kata-kata doktor peribadi keluarga itu benar-benar memberi tamparan besar kepada Pn.Chae Rin,Dennis dan Dynaz.Kala ini kaki Pn.Chae Rin terasa lemah,kepalanya kini terasa pusing.Dennis cepat menyambut mamanya itu apabila wanita itu hampir rebah ke bumi.

“Doktor,please..please..selamatkan suami saya.”Pn.Chae Rin bersuara lemah didalam pangkuan anak lelakinya itu.Dynaz cepat menghampiri mamanya itu bagi menenangkan perasaan wanita itu.

“Saya harap ahli keluarga jangan terlalu risau,keadaan En.Amir bukanlah ditahap yang kritikal,tetapi langkah berjaga-jaga perlu diambil kira.”kata-kata Doktor itu kini melegakan sedikit perasaan Pn.Chae Rin,sungguh dirinya tidak mahu apa-apa terjadi pada suaminya itu.

“Apa yang perlu kami lakukan?”soal Dennis tegas sekali,wajahnya kelihatan serius sejak dari awal lagi berita papanya sakit dikhabarkan kepadanya oleh Dynaz.Pagi itu,tanpa berlengah Dennis terus membawa Dynaz pulang kerumah keluarganya.Melihat mamanya yang tidak henti-henti menangis sungguh membuatkan dirinya tersiksa.

“Pertama sekali perasaan En.Amir perlulah dijaga elok.Jangan biarkan emosinya terganggu dan yang penting sekali setiap bulan bawa En.Amir ke hospital untuk memeriksa kesihatannya.”Doktor itu memberikan penerangan yang begitu terperinci kepada ahli keluarga di situ.Dennis mengangguk faham,Dynaz hanya mendiamkan diri tanpa berkata sepatah pun.Dirinya kasihan melihat keadaan mamanya itu.

“Ubat yang saya berikan haruslah diberi mengikut masa yang ditetapkan.”sebelum pergi doctor itu sempat berpesan kepada mereka di situ.Kini Dennis menghantar keluar doctor yang telah banyak berjasa pada keluarga mereka itu.Pn.Chae Rin dibiarkan bersama Dynaz di dalam bilik indah tersebut.

“Naz..mama akan mati kalau sesuatu terjadi pada papa..mama tak sanggup hidup..”rintihan mamanya menusuk ke sanubari Dynaz.Dirinya jua mengalirkan air matanya.

“Ma..jangan fikir yang bukan-bukan,papa mesti sihat..Naz percaya tiada apa-apa akan berlaku..percayalah ma..”Dynaz memujuk lembut mamanya itu yang kini sedang mengusap lembut wajah milik En.Amir.Dynaz melihat kelakuan mamanya yang begitu mencintai dan menyanyangi papanya itu.Renungan mamanya penuh dengan kasih sayang yang begitu mendalam terhadap papanya itu.

“Mama..mari Dennis bawa pergi rehat.”tiba-tiba suara Dennis yang terdengar disebelahnya mengejutkan Dynaz.Dirinya tidak sedar sejak bilakah lelaki itu berada disebelahnya.

“Mama nak tunggu papa..”kata-kata Pn.Chae Rin begitu mendalam sekali maksudnya meresap jauh ke dalam diri Dynaz.Begitu utuh sekali cinta mamanya itu.

Tiba-tiba tangan En.Amir bergerak-gerak lemah,pantas Pn.Chae Rin mengenggam erat jemari suaminya itu.Dennis kini berjalan kehadapan menghampiri papanya itu,wajahnya kelihatan agak tenang apabila papanya itu membuka kelopak matanya.

“Sayang..kenapa..ni?”lemah sekali suara papanya,tetapi masih lagi prihatin terhadap air mata yang mengalir di pipi isterinya itu.Pn.Chae Rin tersenyum lega dirinya mengesat lembut air matanya yang mengalir itu.

“Baguslah papa dah sedar,kami semua risau kan papa..sekarang ni papa rehat dulu ye.”Dennis bersuara lembut penuh kasih sayang sambil senyuman manisnya terpancar di bibirnya yang indah itu.Dynaz mengamati wajah tulus suaminya itu,sungguh mendamaikan perasaannya.

“La..papa sihat lah..tak ada apa-apa..”suara En.Amir lemah tetapi dirinya masih lagi mampu untuk tersenyum supaya tidak merisaukan hati ahli keluarganya itu.Pn.Chae Rin turut tersenyum dan Dennis mengusap lembut tangan milik papanya itu,senyuman manisnya masih lagi terpamer indah dibibirnya.


Malam itu Dynaz tidak dapat melelapkan matanya,dirinya bangun dari pembaringannya di sofa yang besar dan empuk itu.Melihat Dennis yang nyeyak tidur di atas katil yang luas itu membuatkan Dynaz menarik nafas dalam..Sampai bilakah dirinya harus dilayan seperti ini oleh lelaki yang kini sudahpun bergelar suaminya itu?

Dengan hati-hati Dynaz berjalan menuju kearah pintu bilik mereka,dirinya harus berwaspada supaya langkahnya itu tidak menganggu tidur suaminya itu.Pintu dibukanya perlahan dengan cepat dirinya membolos keluar dari bilik yang nyaman itu.

Di dapur Dynaz meneguk air mineral yang ditekannya dari mesin penapisan air yang tersedia di dapur milik keluarga Dennis itu.Dirinya kini tertanya-tanya mengapa begitu susah dirinya untuk melelapkan matanya pada malam ini.Gelas kini dibasuhnya dan diletakkan kembali ditempatnya.Dynaz berjalan meninggalkan dapur yang keluasannya sebesar sebuah ruang tamu milik keluarga itu.Sungguh besar dan sangat selesa berada di situ,kalau dianggarkan sebuah bilik tidur pasti muat dihasilkan di situ.

Dynaz kini berjalan-jalan mengikut naluri hatinya,dirinya pernah membaca artikel tentang rawatan yang paling sesuai untuk seseorang yang sukar untuk tidur di waktu malam ialah dengan cara berjalan-jalan di taman.Memandangkan rumah keluarga Dennis begitu besar dan luas dirinya menganggap rumah ini sudahpun seperti sebuah taman diluar sana.

Langkah Dynaz tiba-tiba terhenti apabila dirinya terlintas sebuah bilik bacaan milik papanya.Lampu yang menyala di dalam bilik tersebut seperti mengamit-gamit dirinya untuk menghampiri bilik tersebut.Siapakah yang masih membaca di malam-malam buta seperti ini?

Dynaz menghampiri bilik tersebut,dirinya memulas tombol bilik dan membuka perlahan pintu yang berukiran corak timur itu.Bunyi pintu yang terkuak menarik perhatian En.Amir yang kini berada dimeja besar sambil melihat-lihat di sebuah buku yang kelihatan agak tebal itu.Dynaz tersentak apabila dirinya melihat papanya kini melihat terus kearahnya.Cermin mata yang dipakai lelaki itu diturunkan sedikit ke batang hidungnya bagi mengenal pasti gerangan insan yang memasuki bilik bacaan itu.


“Oh..maaf Naz..tak bermaksud nak ganggu papa..”tergagap-gagap suara Dynaz apabila dirinya melihat papanya yang melihat kearahnya itu.

“Sebenarnya..Naz..nak,tutup..lampu..tak”segala percakapan Dynaz terabur, sungguh dirinya tidak menyangka bilik bacaan yang terang ini adalah kerana ada orang didalamnya.Lagipun siapa yang akan membaca pada malam-malam sebegini.

Melihat Dynaz yang tergagap-gagap En.Amir tersenyum kelucuan,menantunya itu kelihatan sangat comel ketika berkelakuan lucu seperti itu.

“Marilah sini Naz,mari temankan papa di sini.”kata-kata En.Amir yang ceria memanggil Dynaz membuat keresahan di jiwa wanita itu semakin mengendur.Dynaz berjalan cermat menuju kearah papanya itu.En.Amir menunjukkan kerusi dihadapannya seolah-olah seumpama isyarat menjemput Dynaz untuk duduk di kerusi dihadapannya itu.Dynaz menguntumkan senyuman manisnya,dirinya kini duduk di kerusi itu.Wajah papanya dilihatnya dengan wajahnya yang lembut.

“Pa..kenapa papa tak tidur lagi?papa kan sakit..kena banyak rehat.”Dynaz bersuara lembut sekali,dirinya begitu sayangkan papanya itu.En.Amir tersenyum hambar,buku ditangannya ditutup dan diletakkan cermat diatas meja dihadapanya itu.Wajahnya kini merenung jauh entah ke mana,seolah-olah dirinya hanyut didalam dunianya sendiri.Dynaz melihat papanya dengan prihatin sekali,kerutan di dahinya menandakan kehairanannya pada kelakuan papanya itu.

“Papa..ada apa-apa yang mengganggu fikiran papa?”soal Dynaz penuh berhati-hati,dirinya risau dengan kelakuan papanya itu.En.Amir kini melihat terus kewajah bersih menantunya itu.

“Naz..pernahkah diri Naz merindui bekas tunang Naz?”ayat yang dikeluarkan En.Amir amat merentap jantung Dynaz kala ini,soalan yang diberi oleh Dynaz dijawab dengan soalan yang begitu menyesakkan dada milik wanita itu.Wajah Dynaz kini kegelisahan,dirinya mengaku soalan yang diutarakan papanya itu benar-benar menganggu emosinya kini.

“Pa..apa yang papa katakan ni..Naz sudah berkahwin,tak..mungkin Naz”kata-kata Dynaz terhenti di situ,dirinya tidak mampu untuk teruskan penipuan ini.Sungguh dirinya tidak mampu membohong kepada lelaki yang begitu dihormatinya itu.Mendengar percakapan Dynaz,En.Amir mengangguk sayu.Wajah lelaki itu kelihatan murung sekali,Dynaz dapat melihat dengan jelas kesedihan dan kesunyian yang terpancar di wajah itu.

“Dalam hidup ini kita tak lari dari melakukan kesalahan,kesalahan yang tak mampu dilupakan..”kata-kata En.Amir sayu sekali,Dynaz melihat teliti wajah lelaki di hadapannya itu.Tebing mata papanya kini digenangi butir-butiran permata.Wajah lelaki itu tersiksa sekali seperti dirinya kini seolah-olah dihukum oleh sesuatu dari masa silamnya.En.Amir kini menunduk,dirinya malu memperlihatkan air matanya yang gugur dihadapan menantu kesayangannya itu.Sebelah tangannya kini menutup sepenuhnya matanya yang tertunduk melihat ke lantai.

“Kerinduan yang amat menyiksakan..”sayup-sayup Dynaz mendengar suara papanya yang tenggelam timbul menahan nada suaranya.Dynaz kini menelan liur pahit,dirinya terkaku melihat keadaan papanya yang tidak pernah dilihatnya sepanjang dirinya bersama lelaki itu.Papanya kelihatan begitu tersiksa sekali..mengapa?dirinya tidak mampu untuk menjawab segalanya.

“Pa..papa kena berehat ni,hari pun dah lewat..mari Naz bawakan papa ke bilik ya.”lembut sekali Dynaz bersuara sambil dirinya menuju kearah papanya itu.Kerusi roda papanya itu dipegangnya erat.En.Amir kini hanya berdiam diri,wajahnya yang sunggul menambahkan lagi kerisauan di hati Dynaz.

“Pa..sekarang waktu rehat ya..”Dynaz menolak kerusi roda yang diduduki papanya itu menuju kearah pintu bilik bacaan itu.Dirinya ingin menghantar papanya berehat di kamar tidur kepunyaan papa dan mamanya itu.En.Amir hanya menurut,dirinya tidak membantah walaupun sepatah.


Dynaz menarik nafas dalam,sambil menuju ke suis utama lampu bilik bacaan itu dirinya terfikir-fikir mengenai keganjilan kelakuan papanya sebentar tadi.Wajah lelaki itu semasa dirinya menghantar kebilik untuk berehat sebentar tadi amat menganggu fikirannya kini.Papanya tadi bebicara seolah-olah lelaki itu berada di dalam penyesalan yang tidak terhingga.Raut Dynaz sekarang penuh kerisauan.Suis lampu kini dicapainya,tiba-tiba dirinya teringatkan sesuatu.Tanpa berlengah dirinya kini mengatur langkah cepat menuju kearah meja besar yang dihuninya bersama papanya sebentar tadi.Matanya kini jelas melihat kearah sebuah buku yang sederhana tebal berkulit keras berwarna biru tua.Dynaz menghampiri meja tersebut dan mengangkat satu-satunya buku yang berada di atas meja tersebut.Buku inilah yang dilihat papanya semasa dirinya memasuki bilik bacaan ini.Tanpa membuang masa Dynaz membuka buku tersebut,alangkah terkejutnya Dynaz apabila dirinya menyedari objek yang dianggapnya buku ini sebenarnya merupakan sebuah album yang menyimpan pelbagai kenangan yang mungkin disimpan rahsia oleh papanya itu.

Jantung Dynaz berdebar kuat ketika dirinya melihat gambar papanya yang mencium mesra seorang wanita yang tidak dikenalinya.Gambar yang begitu bersahaja itu seperti diambil sendiri oleh papanya.Segala kenangan dan memori-memori manis papanya bersama wanita itu terpampang jelas dipenglihatanya kini.Raut wajah sederhana milik wanita itu kini bermain-main dipenglihatan Dynaz,betapa bahagianya wajah papanya dan wanita itu melakari keindahan memori yang disimpan lama itu.Ketika ini pantas Dynaz mencari tempat untuk menyembunyikan album ditangannya itu,dirinya khuatir album ini akan terjatuh ke tangan mamanya dan Dennis.Sungguh Dynaz tidak dapat bayangkan jika perkara itu berlaku.Matanya kini meliar mencari tempat yang sesuai untuk disorokkan rahsia besar ini,tiba-tiba matanya tertangkap sebuah laci yang terbuka luas.Pada laci tersebut masih terlekat sebatang kunci seolah-olah seseorang membukanya dan terlupa untuk menguncinya kembali.Dynaz berjalan kearah laci tersebut,dirinya kini menjenguk isi di dalam laci tersebut.Kertas-kertas lusuh dan pelbagai surat lama terbentang dimatanya.Sehelai surat yang kelihatan usang diangkatnya cermat.


Abang Amir..

Sayang tetap akan menunggu abang walaupun segala yang berlaku memisahkan perhubungan kasih sayang ini..

Sentiasa mencintai,

Sayang…


Ketika ini Dynaz mengatur nafasnya yang semakin berombak kencang,kepalanya kini berdenyut-denyut memikirkan rahsia yang disimpan papanya itu.Jantungnya berdebar kuat apabila sekeping gambar seorang budak lelaki yang comel terlihat jelas dimatanya.Matanya membulat apabila membaca sebaris tulisan dibelakang gambar yang dilihatnya itu,-Yong Jun-

Siapakah budak ini?Apa yang pasti budak lelaki ini bukanlah Dennis!Peluh dingin mula memercik di sekitar dahi Dynaz,dirinya betul-betul tidak dapat menerima hakikat yang dilihatnya ini.Papanya mempunyai hubungan luar dibelakang mamanya!Dengan terketar-ketar Dynaz meletakkan kembali gambar tersebut,Album ditangannya juga disimpan di situ.Sesak nafasnya kini terasa sukar untuk dikawalnya..kunci laci tersebut dipegangnya erat sekali di dadanya,matanya terpejam menenangkan perasaan hatinya yang kacau bilau kini.




Pub yang dikunjungi oleh pelbagai jenis orang itu kelihatan begitu sesak sekali,Di sana sini kelihatan pelbagai jenis ragam dan tingkah manusia yang begitu mendambakan keseronokkan sehingga menjadi lalai untuk menyedari segala keterlanjuran yang dilakukan.Musik kuat dan rancak yang bergema di setiap runag di dalam pub itu menambahkan lagi keliaran parti yang diadakan pada malam tersebut.Tarian para penari separuh bogel yang menari-nari meliuk lentok begitu ghariah sekali mengikut rentak musik yang semakin menggila.

Jauh di suatu sudut,sebuah bilik yang dikawal ketat oleh beberapa orang pengawal menjadi sebuah tempat perjanjian diantara dua insan yang mempunyai agenda besar yang tersendiri.

“Kau harus tahu tugas kau masih belum lagi diselesaikan.”tegas sekali suara seorang lelaki yang kelihatan berusia separuh abad di situ.Dirinya bersandar di sofa empuk sambil dadanya diurut-urut lembut oleh seorang pelayan wanita yang begitu seksi sekali.

“Aku tak perlu sesiapa untuk mengingatkan aku tentang tugas.”sinis sekali jawapan seorang anak muda yang kini duduk dihadapan lelaki separuh abad itu.Wajahnya yang dingin dan pandangannya yang tajam itu boleh membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan berasa gentar.Walaupun juraian rambutnya yang hampir menutupi matanya,diri lelaki itu masih kelihatan sungguh kacak dengan kenakalan wajah yang dimiliki olehnya.

“TOP,aku benar-benar serius dengan apa yang aku katakan ini.”kini lelaki berusia itu megunjurkan tubuhnya kehadapan bagi melihat wajah anak muda dihadapannya itu.Wajahnya serius sekali menampakkan urat-urat wajahnya yang kelihatan tegang.

“Jong Woo,kau harus kawal emosi kau.Takut akan memberi kesan kepada kekacakkan wajah kau tu.”senyuman anak muda itu kelihatan sinis sekali menambahkan lagi amarah kepada diri lelaki yang berada dihadapannya itu.Ketika ini anak muda itu berdiri sambil membetulkan jacket hitam yang dipakainya,dirinya kini sudah berkira untuk meninggalkan bilik yang penuh dengan pengawal itu.

“Wait!Tugas kau untuk membunuh dia.Kenapa kau tak lakukan ketika kau ada peluang itu?!”suara lelaki berusia itu kini agak meninggi,dirinya geram dengan kelakuan lelaki dihadapannya itu yang tidak mengambil peluang untuk menyelesaikan tugasnya ketika nasib benar-benar menyebelahi mereka suatu ketika dahulu.

“It’s too early to kill that guy.I have my own way to make them suffer more than that.”sinis sekali suara lelaki muda itu,wajahnya langsung tidak menoleh melihat lelaki berusia yang kini berada dibelakangnya itu.Tanpa berkata banyak lagi dirinya berjalan keluar dari bilik tersebut.Pengawal yang mengawal keselamatan bilik tersebut memberi laluan kepada lelaki itu dengan hormat sekali ketika lelaki itu melalui kumpulan mereka.

Jong Woo hanya melihat gerak langkah lelaki yang diupahnya itu,curut yang dihisapnya mengeluarkan asap yang berkepul-kepul.Wajahnya tegang sekali memikirkan kelakuan TOP yang begitu ambil mudah tentang tugas yang diberikan kepadanya itu.Dirinya sedar lelaki muda itu sememangnya gangster yang paling berpengaruh di kawasan ini,boleh sahaja lelaki itu menghantar anak buahnya untuk menyelesaikan tugasnya itu.Tetapi mengapa masih ditangguhkan lagi kerja yang penting ini.

TOP berjalan menuju kearah motosikal berkuasa tinggi yang berwarna hitam berkilat yang terpakir megah di kawasan parkir kenderaan pub tersebut.Dirinya kini memegang lembut motosikal kesayangannya itu,senyumannya terpancar disitu.

Pecutan laju motosikal memecah kesunyian jalan pada malam tersebut menerbangkan segala daun kering yang berguguran di bahu jalan yang sunyi itu.

“Aku hairan mengapa kau sanggup melepaskan Dynaz selepas kau berjaya memiliki dirinya.”kata-kata Dennis sungguh menikam ke pendegaran Hariz.Wajah tegang Hariz menimbulkan kegembiraan di hati Dennis.Sekarang ini hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di dalam bilik mesyuarat itu,semua staf syarikat sudah pun beredar setelah mesyuarat pagi itu berakhir tepat 10 pagi tadi.

Dennis masih lagi melihat kearah Hariz,dirinya duduk bersandar dikerusinya dan Hariz kini masih mengemas kertas-kertas kerja yang dibentangnya ketika mesyuarat berlangsung pagi tadi.

“Jodohnya bersama kau,tiada siapa pun dapat menghalangnya.”tenang sekali Hariz bersuara,kini matanya tepat melihat kearah lelaki yang benar-benar mencabar kesabaran di dalam hatinya itu.

“Ha..ha..ha.Jodoh?kau rasa Dynaz jodoh aku?”kini Dennis tertawa kecil,kepalanya digeleng-gelengkan menolak segala kata-kata yang diucapkan lelaki yang kini duduk di kerusi yang tidak jauh dari dirinya itu.

“Aku rasa kau masih lagi tak faham cara aku..”sisa ketawa Dennis masih berbaki di situ.Wajah Hariz kini benar-benar kekeliruan,sungguh dirinya tidak mengerti apa yang dimaksudkan lelaki di hadapannya itu.Bukankah selama ini Dennis juga turut mencintai Dynaz sama seperti dirinya?Kerutan di dahi Hariz menunjukkan kekeliruannya kini.

“Let me be frank with you,Mr.Hariz..i’m not in love with that girl”kata-kata Dennis jelas sekali menusuk masuk ke pendengaran Hariz,matanya kini membulat mendengar kata-kata itu.

“Dynaz seorang wanita yang naïf..dari dulu hinggalah sekarang..it’s really sweet to see her in pain and suffer.”Dennis bersuara lagi,senyumnya kini benar-benar memukul ke sanubari Hariz.

“What do you mean?”nafas Hariz kini terasa sukar diaturnya.Sungguh dirinya tidak mahu apa-apa berlaku kepada Dynaz dan dirinya tidak rela jika wanita itu kini hidup di dalam dunia yang penuh kesengsaraan.Senyuman Dennis masih tidak lekang dari bibirnya yang merah itu.

“Aku tak pernah cukup dengan satu wanita.Jika Dynaz mahu menjadi isteri aku dirinya harus tahan dengan itu..and for my surprise Dynaz sememangnya seorang wanita yang penyabar.”dirinya kini bediri dari duduknya,sut berwarna hitam biru yang dipakainya dibetulnya supaya kelihatan kemas.

“Kenapa kau layan wanita yang kau cintai sedemikian rupa.”Hariz bersuara agak tinggi,dirinya geram dengan kelakuan Dennis yang baru disedarinya ini.Wajahnya tegang sekali memikirkan perasaan Dynaz yang dipermain-mainkan oleh suaminya sendiri.

“Cinta?Ha..ha..wujud ke benda tu dalam hidup ini?Cinta agung dan suci yang didamba Dynaz turut kecundang di akhir jalan.”sinis sekali kata-kata Dennis,dirinya kini melalui Hariz yang masih terduduk dikerusinya.Kata-kata Dennis tadi benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hati Hariz ,kini lelaki itu terdiam membisu.Pandangannya kini jauh melayang entah kemana,segala memori silamnya seolah-olah mengamit-gamit kearahnya menambahkan lagi perasaan bersalahnya yang tiada penghujung.

“Aku boleh lakukan apa sahaja perkara untuk menyakiti Dynaz,kalau kau rasa tercabar cubalah halang aku.”sebelum keluar dari bilik mesyuarat itu Dennis sempat lagi bersuara tenang mencabar pendirian Hariz yang terkaku diam di situ.

Hariz kini tertunduk lemah matanya terpejam rapat,jari-jarinya yang runcing mengurut-urut lembut kening dan dahi miliknya.Perasaanya kini benar-benar terganggu dengan segala kata-kata dari bibir Dennis.Sungguh dirinya selama ini mengharapkan kebahagian Dynaz bersama suaminya tetapi apa yang didengarinya hari ini benar-benar menghapuskan segala harapannya itu.Wanita itu masih lagi tersiksa,masih lagi menderita,dan masih lagi menahan sengsara.Dirinya kini benar-benar diserang perasaan bersalah yang teramat sangat sehinggakan membuatkan dirinya tidak dapat mengawal emosinya ketika ini.Kedua-dua tangannya kini menahan kepalanya yang kini tertunduk lemah di atas meja persidangan itu.

“Maafkan abang Naz..maafkan abang..”rintihan Hariz terdengar sayu ketika titisan air matanya menjatuhi ke bumi.Wajah lembut milik Dynaz yang belegar-legar di kotak fikirannya kini benar-benar menyiksakan perasaanya yang sememangnya seorang pengkhianat pada cinta agung dan suci mereka.

Bukankah semestinya cinta yang bisa membuat bahagia..

Namun kau yang tak pernah mahu mengerti ertinya cinta..

Tak habis ku berfikir sampai bila begini..

Ku menanti rasakan indahnya cinta..

Ku cuba selalu untuk mengerti..tapi tak mampu bertahan lagi..

Akan kujalani hidup..mengabadi cinta yang pantas untukku..

Ikatan cinta sudah berakhir..dua hati kan menjadi saksi..

Hanya waktu menemani tiap kenangan tersimpan di hati..

Mengapa pertengkaran selalu ada antara kita..

Dan begitu mudahnya kau ucap kata ingin berpisah..

Seharusnya kau tahu takkan semudah itu..

Kerana memang..kau tulus mencintaiku..

Merdu sekali nyayian Dynaz menyampaikan lagu Ku Cuba Untuk Mengerti nyanyian sebenar dari Dato’Siti Nurhaliza penyanyi nombor satu Malaysia.Keindahan nyayiannya bagitu menikam kalbu apabila ditambahkan lagi dengan petikan lembut kunci-kunci piano yang dimainnya dengan begitu asyik sekali.Bait-bait kata di dalam lagu tersebut benar-benar menguris perasaan,Dynaz terdiam seketika apabila dirinya selesai menghabiskan rangkap terakhir di dalam lagu tersebut.Tiba-tiba sahaja dirinya terasa sayu,perasaan sedihnya kini tiba-tiba meresap ke segenap tubuhnya.Kenangan silam tiba-tiba bertandang menganggu ketenangan dirinya.Tiba-tiba setitis air mata gugur mengotori pipinya yang gebu itu.Dynaz mengesat cepat lelehan itu,dirinya tidak mahu merosakkan perasaannya pada malam ini.Satu tarikan nafas yang dalam dilakukan Dynaz dan secara perlahan-lahan dirinya menghembus keluar nafasnya itu.Tenang..dirinya harus berasa tenang pada malam ini.

Piano yang berwarna hitam berkilat itu diusap lembut Dynaz,sudah lama dirinya tidak bermain dengan piano.Sungguh dirinya amat merindui saat itu,senyuman manisnya terpamer indah dibibirnya.

Malam itu Dynaz berasa begitu tenang sekali,inilah kali pertama dirinya berada seorang diri di dalam penthouse itu.Tanpa Dennis dirinya begitu bebas bergerak kemana-mana yang diingininya.Kawasan Dennis yang sebelum ini tidak pernah dilawatinya, akan dicerobohinya pada malam ini.Kawasan pertama yang paling diingininya ialah kawasan yang memuatkan piano besar yang berwarna hitam kilat ini.Sudah lama dirinya beringinan untuk membelai piano ini.Sekali lagi Dynaz mengusap lembut piano dihadapannya itu.

‘Outstation’ itulah kata-kata Dennis padanya ketika lelaki itu sibuk mengemas beberapa helai pakaiannya untuk dibawa pergi.Semenjak papa tidak berapa sihat keadaan Dennis begitu sibuk,lelaki itu sering mengantikan papanya untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting di luar negara.Walaupun kini kesihatan papanya sudah pun kembali normal lelaki itu masih lagi dengan keputusannya untuk meneruskan pengantian itu.Dirinya tidak mahu papanya yang tidak sihat itu terpaksa menempuhi perjalanan yang jauh dan meletihkan itu.

Selalunya Dennis akan pergi pada pagi-pagi buta dan dirinya akan pulang setelah hari berganjak malam,tetapi kali ini dirinya akan bermalam di sana.Mungkin sehari dua dirinya akan berada di sana.


“Kenapa abang nak tidur di sana?”Dynaz menyoal lurus.Dirinya masih berdiri di sisi katil milik suaminya itu.Matanya melihat segala gerak-geri suaminya itu.Dennis kini memandang kearah Dynaz sekilas,sehelai baju yang terakhir dilipatnya kemas dan diletakkan di dalam bagasinya.

“Sekarang papa sudah sihat jadi aku tak perlu nak tergesa-gesa untuk pulang kesini.”Dennis menolak bagasinya dan meletakkannya dihujung katil di hadapan Dynaz.Dynaz terdiam,dirinya kini mengerti kehadirannya di dalam hidup lelaki tersebut langsung tidak membawa apa-apa makna yang mendalam buat suaminya itu.Dynaz menarik nafas dalam.

“Tak apalah..Naz akan bermalam di rumah mama dan papa.”Dynaz bersuara lembut,matanya kini hanya memandang kearah bagasi yang diletakkan Dennis dihadapannya itu.

“Tak perlu.Kau bermalam saja di sini,aku dah kata pada mama dan papa yang kau akan ikut aku sekali.”suara Dennis ketika ini tegas sekali,wajahnya melihat terus ke wajah lembut milik Dynaz.

“Tapi..”Dynaz ingin terus bersuara tetapi renungan tajam Dennis mematikan segala percakapannya.Dynaz kini menunduk membisu.


Diri Dynaz kini berjalan menuju kearah akuarium besar ditengah-tengah ruang besar rumah mereka itu.Dirinya bermain-main dengan ikan-ikan yang berwarna-warni itu.Hatinya senang melihat ikan-ikan itu yang berenang bebas di dalam akuarium yang besar itu,sesekali sekumpulan ikan kecil bermain-main sambil menyorok-nyorok di sebalik batu karang hiasan yang mengeluarkan cahaya berwarna kuning itu.Dynaz tertawa kecil melihat telatah ikan-ikan yang comel itu.

Tiba-tiba bunyi loceng di lift menarik perhatiannya,senyuman Dynaz terhenti.Bunyi itu menandakan seseorang sedang menaiki lift untuk sampai di penthouse ini.Dennis!Siapa lagi yang mempunyai kad akses ke sini kalau bukan suaminya itu.Cepat Dynaz berlari menuju ke biliknya untuk mengambil cover bagi dress tidurnya yang singkat ini.Dirinya sungguh tidak menyangka bahawa suaminya itu akan pulang ketika ini.Penerbangannya dibatalkan ke?Dynaz keliru,dirinya kini menyarung cover satin menutupi bahagian tubuhnya yang terdedah.Tanpa membuang masa dirinya kembali ke ruang besar untuk menjemput suaminya itu.

Ketika ini tiba-tiba dirinya terkejut besar apabila melihat pintu lift yang terbuka membawa seorang lelaki yang lengkap berpakaian hitam.Wajah lelaki tersebut ditutup dengan topeng kain yang hanya menampakkan sepasang matanya yang kini menerkam tajam kearah diri Dynaz.

“Kau..kau..siapa..hah?!”Dynaz kini tergagap-gagap,jantungnya berdegup begitu kencang.Kakinya kini sudah mula memasang langkah untuk melarikan diri.Lelaki bertopeng itu kini menuju kearahnya,dengan cepat Dynaz berlari menuju kearah biliknya.Tetapi langkah lelaki itu lebih pantas darinya,rambut panjanganya ditarik kuat oleh lelaki itu membuatkan Dynaz menjerit kesakitan.Dirinya kini meronta-ronta sambil tangannya memukul-mukul wajah lelaki dihadapannya itu.Segala perlakuannya menambahkan lagi kemarahan di hati lelaki tersebut,cover satinnya direntap kuat oleh lelaki tersebut menampakkan dress singkatnya yang seksi itu.

Dynaz menjerit kuat,dirinya tidak rela diperlakukan sebegitu rupa,kini tubuhnya dipeluk kuat oleh lelaki binatang itu.Dynaz menjerit-jerit meminta tolong,tetapi suaranya seakan tersekat dikerongkongnya membuatkan dirinya kini menangis ketakutan.Dirinya kini dicumbui ganas oleh lelaki bertopeng tersebut.Terasa amarahnya menggunung,Dynaz menumbuk kuat wajah lelaki tersebut sehinggakan lelaki itu terundur beberapa tapak darinya,ketika inilah Dynaz berlari cemas menuju kearah ruang besar rumahnya itu,peluh dinginnya kini memercik hebat di dahinya.Ya Allah..Selamatkanlah hambamu ini.Tidak henti-henti Dynaz memohon doa kepada tuhan.

Tiba-tiba satu objek keras mengena tepat dikepalanya membuatkan kepalanya berpinar-pinar,pandangannya kini hampir kabur tetapi digagahinya jua untuk menyelamatkan dirinya.Sambil terhuyung hayang berlari Dynaz memegang kesan balingan dikepalanya,cecair merah pekat mengalir mengotori tangannya.

Dekahan ketawa lelaki sialan itu semakin menjadi-jadi mengejek dirinya yang kini semakin lemah.Dynaz membaling segala perhiasan kristal yang berada disitu, satu persatu dibalingnya kearah lelaki yang kini berada dibelakangnya itu.Rengusan kuat dari lelaki itu membuatkan Dynaz kini benar-benar ketakutan.Mama,Papa tolong!

Teriakannya kuat sekali apabila lelaki itu berjaya memeluk pinggangnya dari belakang tubuhnya.Ketawa lelaki itu yang berdekah-dekah di telinganya menimbulkan kebenciannya yang teramat sangat.

Kain alas meja akuarium besar ditariknya kuat,sekuat tenaga yang masih bersisa di dalam dirinya.Dengan izin tuhan,akuarium besar itu terjatuh menimpa lelaki binatang itu dan dirinya juga tidak ketinggalan ditimpa akuarium tersebut.Jeritan kuat lelaki tersebut yang menahan kesakitan terdengar jelas dipendengaran Dynaz.

Kini dirinya terbaring lemah di atas lantai yang basah.Kepalanya masih berdenyut kuat menyebabkan pandangannya berpinar-pinar.Ikan-ikan yang berwarna warni meloncat-loncat dan mengelupur siksa di lantai basah yang luas itu.Tubuh ikan-ikan yang berombak kencang mencungap-cungap dilantai itu tidak ubah seperti keadaan Dynaz yang kini semakin lemah menanti kesudahan episod ngeri di dalam hidupnya itu.

7 comments:

::cHeeSeCaKe:: said...

wah..nape lak tu?
sape nk slamatkn dynaz..
sure tu yong jun..
smbung lg kanafee...best2..

~zuLaiFaH~bUdaK CuEk@! said...

hu..hu..saper llki tuhh?

iman said...

ala apa dah jadi nie? jgnlah apa-apa jd kat dynaz.. she suffer enough

Zeni Geba said...

cian dnaz..
jgn la jdi apa2 kt dia..
dennis cpt la blik!!

Miss Kira said...

waaaa..jgn la apa apa jd kat dynaz..
dennis cpt la balik...
cpt smbg ye..
x sbr nak bca..

in_wired88 said...

tibe2 dennis dpt instinct..hehe

Anonymous said...

ahahakkkkkkzzzzzz
cam sweet spy jerrrkk..
mmg tiru sikit ek..

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket