Novella~My LovE 22

Wednesday, May 6, 2009

BAB 22


Sesusuk tubuh yang tegap dan tinggi memasuki ruang pejabat yang besar itu.Cepat langkahnya diaturkan tanpa berpaling kearah lain, segak gayanya langsung tidak menjejaskan air wajahnya kini yang kelihatan sungguh tegang.Dia berjalan terus tanpa mempedulikan suara-suara ucapan selamat dari pekerja bawahannya yang menyapa ke telinganya.Matanya hanya melihat terus kearah sebuah bilik kaca yang besar yang menempatkan tempat kerja papanya itu.Perasaannya bercelaru,pening dan resah bercampur baur mengingatkan segala peristiwa yang berlaku sebentar tadi.

Sesampainya dia di hadapan pintu bilik pejabat papanya itu,dia menolak keras daun pintu yang bercirikan kemegahan ala timur itu.Tanpa sebarang kata-kata ucapan ataupun hormat untuk menyapa papanya, dia kini menuju terus kearah kerusi yang diduduki papanya itu.Wajahnya masih dingin melihat terus kedalam mata papanya itu.

“Hi,Henney..what’s wrong?”lelaki separuh abad usianya yang duduk kemas di kerusi bersuara penuh kehairanan.Dia bingung melihat tingkah anak lelakinya itu.Tidak pernah anaknya itu datang ke biliknya dalam keadaan sebegitu.Keadaan yang disaluti dengan perasaan yang penuh dangan amarah itu.

“Jong Woo, I warn you if anything happen after this, I’ll not take any responsisble for any fool decision that you decide!”keras sekali kata-kata Henney kini menentang sepasang mata papanya.Nadanya rendah tetapi tekanan suaranya jelas menunjukkan persaannya ketika ini.

“Easy..easy..cool down my son.What’s wrong with you?”Jong Woo bangun dari kerusinya,dia kini berjalan menuju kearah meja di ruang tamunya.Sofa selesa dan besar didudukinya,tangannya kini menunjukkan kearah sebuah sofa dihadapannya kepada Henney mengisyaratkan Henney supaya mengambil tempat dihadapannya itu.

“All is too risky dad! Why you let him enter this company? Semuanya akan rosak!”Henney duduk bersilang panggung dihadapan papanya,air wajahnya yang kelihatan tegang itu betul-betul mempamerkan perasaannya ketika ini.Mengapa perlu papanya mengambil lelaki itu bekerja di sini?Tidakkah segalanya akan merosakkan kesemua ‘plan gila’ papanya itu?

“He wants like this, ini plan dari dia..he know what he’s doing..relax ok?”selamba kata-kata Jong Woo.Dia bersandar di sofanya,senyuman di bibirnya melebar.

“Don’t be coward boy..Haven’t you heard that the best trap is come from someone who dares to take challenges?”raut wajah Jong Woo yang penuh dengan muslihat terbentang di penglihatan Henney.Sungguh dia tidak selesa dengan segalanya muslihat yang dirancang papanya itu.Bukan kerana dirinya seorang penakut tetapi semua rancangan itu melibatkan risiko yang tinggi!Mengingatkan kembali perbualannya bersama lelaki itu menambahkan lagi kerungsingan di kepalanya kini.TOP..lelaki itu mampu melakukan apa sahaja untuk mencapai objektif yang dikehendakinya.


“Why kau menyertai company ini?”kata-kata Henney serius sekali menentang pandangan sepasang mata yang dingin di hadapannya itu.Selepas mendengar sahaja berita perlantikan pegawai baru syarikat KCO,dirinya tidak betah untuk terus mendiamkan diri.Seung Hyun..nama pegawai barunya itu bermain-main di dalam mindanya setiap masa dan ketika,sehinggalah dia kini berpeluang untuk bertemu mata ke mata bersama lelaki tersebut.

“Top,you’re not belong here..whatever your plan with Jong Woo..please fikir semula rancangan gila itu..”Henney kini bangun dari kerusinya,dirinya berjalan terus kearah tingkap bilik pejabatnya yang indah itu.Fikirannya pusing,mindanya tidak dapat berfungsi memikirkan segala rancangan papanya bersama lelaki bernama Top itu tanpa pengetahuannya.

Top kini berdiri dari duduknya,senyuman sinis terpamer dibibirnya yang indah.Dia kini bersandar di meja kerja Henney yang luas dan menghadap terus kearah Henney yang kelihatan dilanda kerungsingan itu.

“I will not leave this company until I get what I want..”sinis sekali kata-kata yang lahir dari segaris bibir milik Top.Kedua-dua tangannya kini disilangkan di dadanya.Ekor matanya masih belum melepaskan kelibat Henney di tingkap besar di dalam bilik pejabat yang berhawa dingin itu.

Henney kini berpusing melihat kearah lelaki yang segak berpakaian kemas pejabat itu.Tidak pernah dirinya melihat lelaki itu berpakaian seperti ini.Lelaki itu sebelum ini hanya selesa berpakaian kasual daripada formal seperti ini.Apa yang membuatkan lelaki dihadapannya ini sungguh berminat untuk melibatkan dirinya di dalam rancangan papanya?Adakah dia punya agendanya tersendiri di sebalik segala rancangan ini?

“I will make sure this family suffer enough..and don’t be afraid Henney, I’m not gonna take any cent of this prosperity.”Top bersuara sambil mempamerkan senyumannya yang begitu sinis.Lirik matanya yang tajam seakan-akan menceritakan sesuatu kepada Henney..tetapi gagal untuk diterjemahkan oleh minda Henney.Dia hanya mampu melihat lelaki yang penuh misteri itu berlalu pergi dari biliknya itu.Henney dapat merasakan sesuatu tetapi dirinya gagal untuk mengambarkan perasaannya ketika ini.Wajahnya yang diulit keresahan melihat terus kelibat Top yang semakin menghilang dari pandangannya.



“I love..u..and th.at will neve.r change..”lemah sekali suara Soon Ae,tangannya yang berada kemas di dalam genggaman Dennis diusap lembut oleh Dennis.Keadaan di dalam wad kecemasan hanya tinggal mereka berdua,Soon Ae terlantar lemah di atas katil dan Dennis setia berada di sisinya.Wajah bersih Soo Ae masih kelihatan cantik dan manis walaupun pucat sekali.

“I’m sorry honey..really sorry..”Dennis mendekatkan wajahnya hampir dengan wajah Soon Ae.Dibelai wajah itu lembut dan penuh dengan kasih sayang.Soon Ae menghadiahkan senyuman manis buat dirinya membuatkan hatinya diruntun kesedihan yang tiada penghujungnya.

“I miss you honey..”Dennis mengucup lembut pipi Soon Ae.Sungguh dia tidak mampu untuk menerima hakikat akan kehilangan insan yang bernama Soon Ae itu.Dirinya lemah.

“Don’t go,honey..please..I beg you..”Dennis membisikkan kata-kata yang begitu meruntun perasaan wanita milik Soon Ae.

“I love you..i..lo.ve.you..Dennis..”genggaman Soon Ae semakin lemah di tangan Dennis,nafasnya semakin sesak dan jelas di mata Dennis betapa dia kini semakin kehilangan wanita di hadapannya itu.

“No..don’t..please..stay with me..please..”cemas sekali suara Dennis berkata-kata.Tubuh wanita itu dipeluknya erat,tidak mungkin segalanya ini akan terjadi,Tak mungkin!

“Soon Ae..Soon Ae..Soon Ae!!”


Dennis terjaga dari tidurnya,dia ketika ini terduduk lemah di atas katilnya.Peluh memercik dingin di sekitar dahinya,nafasnya turun naik mengatur hembusan yang semakin rancak.Kepalanya terasa berat sekali.Mimpi..Mimpi..segalanya hanya mimpi belaka..Dennis meraup wajah kacaknya itu, betapa dirinya terasa lemah..lemah dengan mimpi-mimpi yang sering bertandang menemani malamnya sejak kebelakangan ini..perasaannya terganggu..jiwanya kacau..


“Abang..abang..ok?” tiba-tiba Dennis terdengar suara seorang wanita menyapanya cemas dan prihatin sekali.Cepat sahaja dia memandang tajam kearah pemilik suara lembut itu.Dynaz tersentak.Pandangan mata Dennis yang tajam menikam kearahnya yang kini bersimpuh di hujung katil lelaki tersebut membuatkan kata-katanya mati disitu.Wajah tegang Dennis terpancar, lama dia menjatuhkan pandangan tajamnya kepada wanita di hadapannya itu.

“Hmm..erm..tak apalah..Naz..masuk bilik dulu..”tergagap dan gementar nada Dynaz bersuara apabila melihat renungan lelaki tersebut yang begitu dingin melihat kearahnya itu.Marah ke dia ni pada aku? Ketika ini cepat Dynaz bangun dari katil yang besar itu.Perasaan gerun dan takutnya kepada lelaki tersebut kembali menular mengganggu perasaannya.Tiba-tiba tangan sasa milik Dennis merentap lembut lengan milik Dynaz membuatkan Dynaz tersentak,pandangan matanya kini dijatuhkan terus kearah lelaki tersebut yang masih memegang tangannya itu.Tiada tanda lelaki itu akan melepaskan tangannya itu.

“Kajima (jangan pergi)..stay with me..” rendah sekali nada suara Dennis,dia tidak melihat kearah wanita itu sebaliknya hanya menunduk menampakkan kesunggulan wajah tampannya itu.Air wajah yang tidak pernah dipamerkan kepada wanita tersebut, air wajah yang hanya akan menampakkan kelemahan dirinya dan air wajah yang menunjukkan betapa dalam kesengsaraan dirinya ketika ini.


Sunyi sahaja suasana diantara Dynaz dan Dennis ketika ini.Dynaz duduk di sisi suaminya itu hanya terdiam,tiada satu suara pun yang keluar dari mulutnya.Dennis turut sama mendiamkan diri tiada sebarang kata dari bibirnya.Sunyi sepi..hanya suasana kawasan itu yang dingin sahaja setia menemani mereka di situ.

Fikiran Dynaz kini berputar memikirkan perubahan sikap Dennis sejak kebelakangan ini,lelaki itu sering melayannya dengan baik tetapi kadang kala dia melihat kesunggulan di wajah bersih itu. Soon Ae..siapakah wanita itu? Dennis sebentar tadi memanggil-manggil nama tersebut di dalam lenanya.Malah suara serak lelaki itu seperti amat merindui wanita tersebut.Soon Ae…sebaris nama itu bermain-main di kotak fikirannya ketika ini.

Tiba-tiba sesuatu jatuh menimpa bahunya,dirinya tersentak.Secepat kilat dia melihat kearah sisinya itu.Dennis!Lelaki itu kini terbaring lesu di bahunya.Kedua-dua kelopak mata lelaki tersebut terpejam rapat tiada bermaya.

“Abang..abang..”Dynaz kini bersuara cuba mengawal debaran di dadanya,dia kini mengoncang lembut bahu suaminya itu.Diam..tiada sahutan dari lelaki itu.Dynaz mengoncang lagi bahu lelaki tersebut.Tiada response.Wajah Dennis masih lagi terbaring lemah di bahunya.Kenapa diam aje ni? Cepat Dynaz memegang wajah sempurna milik lelaki itu.Ya Allah! Panasnya.Sungguh dia terkejut dengan keadaan Dennis itu.

“Abang..abang..bangun..bangun..”cemas sekali suara Dynaz,dirinya kini memusingkan tubuhnya untuk menghadap suaminya dan serentak itu tubuh suaminya rebah ke dalam dakapan tubuhnya.Dia cemas dengan apa yang terjadi.Dennis demam! Demam panas! Apa yang perlu dirinya lakukan? Mengapa di saat gentir begini dia tidak mampu untuk memikirkan apa-apa.Hatinya takut..cemas memikirkan segala kemungkinan yang akan terjadi.

“Cold..it’s so cold..”tiba-tiba Dennis bersuara begitu lemah sekali,dirinya tidak mampu untuk terus bergerak hanya mampu merebahkan kepalanya yang terasa berat itu di dada wanita tersebut.kelopak matanya juga tidak mampu untuk dibukanya,kerutan di keningnya kini menandakan kesakitan yang ditanggungnya.Jelas di pendengaran Dynaz nafas Dennis yang seolah-olah perit menahan kesejukan di dalam tubuhnya itu.Wajah Dynaz cemas sekali dia kini memeluk erat tubuh suaminya itu.Jika dengan cara ini dapat mengurangkan kedinginan yang ditanggung lelaki itu dirinya rela melakukannya.

“Please..jangan mati..please..”tanpa disedari Dynaz bersuara perlahan penuh dengan nada yang merayu.Dia kini memperkemaskan pelukannya itu, entah mengapa perasaan gementar akan kehilangan lelaki di dalam pelukannya itu menerjah masuk menguasai dirinya.Air matanya kini mudah sahaja ingin mengalir menunjukkan betapa takut dirinya untuk menerima sebarang hakikat kehilangan lelaki bernama Dennis itu.

“Tak..tak..abang tak boleh mati..please..”terketar-ketar suara Dynaz seperti sediakala air matanya yang murah itu mengalir di pipi bersihnya itu.Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu MAMA! Ya dirinya harus meminta tolong mamanya!

“Abang bertahan sebentar..Naz pergi call mama.”cepat sekali Dynaz menuturkan kata-katanya itu,dia kini berkira untuk melepaskan pelukan itu.Serentak itu bahunya dipegang erat.Dia terkaku.

“Don’t go anywhere..please I beg you..stay with me..”lemah dan serak suara Dennis sungguh meresap ke tangkai jantung milik Dynaz,dirinya terkaku.Benarkah segala ayat yang didengarinya ini?Dennis memerlukan dirinya?Suara hati Dynaz bermain-main di benaknya.Dennis terus merebahkan dirinya di dalam pelukan hangat Dynaz.

“Please..I beg u..please..Soon Ae..”Dennis bersuara lagi mengucapkan kata-kata hatinya itu,tubuh hangat Dynaz dipeluknya seakan tidak mahu dilepaskannya.Dynaz kini tersentak.Soon Ae?..berkali-kali Dennis menyebut sebaris nama itu.Sedarlah dia bahawa Dennis kini berada di dalam keadaan yang tidak sedar.Segala ayat-ayat indah itu bukan ditujukan kepadanya sebaliknya kepada insan lain yang bernama Soon Ae.Dynaz mengesat sisa air matanya, mengapa dia harus memandang tinggi menyakinkan diri bahawa Dennis akan berubah untuk menyayanginya? Lelaki itu jadi begini mungkin kerana akibat sakit rindu kepada seorang insan yang bernama Soon Ae itu.Tiba-tiba sahaja hatinya tersentuh..terasa sakit tetapi mengapa? Mengapa perlu dirinya merasakan perasaan ini?



Bunyi bising di dapur membuatkan rehat Dennis terganggu,dia mengalihkan tubuhnya yang terbaring itu kearah sisi kirinya pula.Sungguh membingitkan.Dia tidak mampu untuk bertahan lagi lalu kelopak matanya dibuka perlahan-lahan.Terasa berat sekali,dia kini berusaha untuk bangun dari katilnya yang besar itu tetapi kepalanya terasa perit sekali.Dia memegang lembut kepalanya tiba-tiba dia tersentak, mengapa kepalanya ini berbalut? Cepat dia membuka balutan tuala di kepalanya itu.Apabila memegang rambutnya dia dapat merasakan seakan-akan ada cecair yang seakan melekit terlekat di situ.Dengan cepat dia membau jarinya yang menyentuh rambutnya sebentar itu tadi dan..

“SHIT!!!What the hell it is?!”Suara serak Dennis kini memenuhi segenap ruang kawasan di dalam rumahnya itu.



“Itu air asam..Naz buatkan untuk sejukkan kepala abang..”Dynaz kini bersuara rendah,lambat-lambat ayatnya diatur takut akan kemarahan yang mungkin melanda diri lelaki dihadapanya itu.Agak gementar dirinya sebentar tadi apabila mendengar pekikkan suaminya itu tanpa membuang masa cepat sahaja dia meninggalkan segala masakannya di dapur meluru kearah kawasan bilik suaminya itu.

“What?Kau lumur atas kepala aku?!”hampir tidak percaya Dennis apabila menyedari cairan di atas kepalanya ini adalah air asam.Seumur hidupnya tidak pernah dia melumurkan kepalanya dengan bahan-bahan murah seperti itu dan kini dengan senang sahaja Dynaz mengotori dan memusnahkan aset pentingnya itu.

Wajah Dynaz kini berubah, dia tidak menyangka bahawa Dennis benar-benar marah akan tindakannya itu.Dia menelan liur.Wajahnya hanya ditundukkan, tidak berani untuk terus menatap sepasang mata yang menikam kearahnya itu.

Menyedari perubahan air wajah Dynaz, Dennis mula menarik nafas panjang..Nasib baik aku perlu berbaik dengan kau..kalau tidak dah lama aku kerja-kerjakan kau!Kata-kata Dennis hanya mampu disuarakan di dalam hatinya,ini kerana dia terfikirkan rancangannya yang memerlukan dirinya berbaik-baik dengan wanita tersebut.Rancangan demi masa hadapannya.

“Erm..it’s ok.Lagipun benda dah jadi.”Dennis kini bersuara rendah.

“Abang tak marah?”suara Dynaz seakan terkejut.Wajahnya kini terus memandang ke wajah Dennis, matanya membulat.Dennis menggeleng sekali,senyumannya dipamerkan.Manis sekali..walaupun di dalam ketidakrelaan hatinya.Terkebil-kebil mata Dynaz melihat reaksi suaminya itu,sekejap tadi pandangan lelaki itu seakan-akan mahu menerkamnya dan sekarang lelaki itu tersenyum penuh kemesraan kepadanya.Bingung..

Dennis ketika ini bangun dari katilnya yang empuk itu tetapi dirinya gagal untuk mengimbangi badannya lalu dia terduduk kembali di atas katilnya.Kepalanya terasa berat sekali,berpinar-pinar pandangannya kini.Jari jemarinya yang runcing mengurut-urut dahinya kini yang terasa seakan mahu pecah itu.

“Abang ok?”tanpa membuang masa Dynaz meluru kearah suaminya itu.Dynaz memegang lembut batang leher suaminya.Masih panas..tetapi syukurlah tidak sepanas semalam.Sekejap tangannya beralih pula di dahi suaminya itu,dengan lembut dia mengurut-urut dahi milik suaminya itu.Lagaknya begitu prihatin sekali sehinggakan dia lupa akan sepasang mata yang kini memandang tepat penuh kejutan kepada dirinya.

“It’s okay..abang perlu rehat saja..Naz urutkan kepala ya?”Wajahnya yang begitu risau mempamerkan raut yang begitu prihatin sekali di pandangan Dennis.Tiba-tiba sahaja Dennis terasa kaku.Pandangannya jatuh terus ke wajah bersih dan lembut milik isterinya itu.Kelembutan urutan dari jari jemari Dynaz seakan-akan menghapuskan segala kesakitan yang ditanggungnya.Buat pertama kali dia terasa begitu tenang dan nyaman dibelai sebegitu rupa oleh isterinya itu.Renungannya pada wajah prihatin itu tidak lekang,diamatinya wajahnya itu.Alis,mata,hidung,pipi dan bibir wanita itu cukup sempurna..cukup sempurna untuk menggoyahkan iman di dadanya ketika ini.Dennis menarik nafas dalam,ketika ini tangannya memegang jemari Dynaz di dahinya mengisyaratkan supaya wanita itu menghentikan urutannya itu.Dynaz tergamam,dia mengikuti isyarat itu.

“Tak perlu..tak perlu urut aku..i just need a rest..”Wajah Dennis serius sekali,tetapi nadanya tidak meninggi.Tangan Dynaz ditolak lembut olehnya,lalu dia membaringkan tubuhnya di atas tilam.Dennis memejamkan kedua-dua matanya,dia cuba berlagak tenang walaupun dadanya kini seakan berombak kencang.SHIT! what on earth that I should feel like this?!

“Abang rehat dulu ya..Naz ada masakkan bubur buat abang,nanti makan ya..”lembut suara Dynaz,dia cuba mengawal emosinya yang semakin terbawa itu.Dirinya begitu bersusah payah menjaga kesihatan Dennis dari semalam lagi tetapi apa yang dibalas Dennis benar-benar menghiris perasaannya.Lelaki itu seakan-akan langsung tidak menghargai jasanya itu.Terima Kasih..tiada pun kata-kata indah itu lahir dari segaris bibir lelaki tersebut kepadanya.Naz,apa yang kau harapkan pada lelaki yang tidak mencintai kau ini?Berpijaklah di bumi yang nyata Dynaz.




“Siapa ni?”lembut suara Fasha menjawab telefon bimbitnya itu.Ini sudah hampir lima kali pemanggil yang sama menelefonya.Mahu sahaja kemarahannya melanda waktu ini tetapi dia masih lagi mampu mengawal amarahnya itu.Tiada suara dihujung talian,tetapi Fasha tahu ada seseorang yang sedang mendengar suaranya itu melalui telefon bimbit itu.

“Please..whoever it is, please stop this supid call.”Fasha kini menekan nadanya walaupun suaranya rendah.Sungguh dia lebih rela terus menghabiskan masanya dengan melihat pakaian-pakaian baru di butik mewah ini daripada melayan karenah pemanggil yang tiada bernilai itu.Talian di matikannya.Kini dia kembali berjalan melihat helaian jacket bulu yang tergantung kemas di rak yang berwarna emas itu.

“Mam..this is a new arrival.”kata-kata pembantu butik menghasilkan senyuman manis di bibirnya.Fasha mengangkat jacket bulu yang berwarna putih itu.Woah..lembutnya tekstil yang digunakkan..terasa selesa sekali apabila dia membelai-belai lembut jacket bulu yang berwarna putih salju itu.Senyumannya kini melebar.

“I take this.”sepatah ayat dikeluarkan dari bibirnya yang basah itu.Pembantu butik mengangguk sekali dan menghadiahkan segaris senyuman manis padanya.Jacket bulu itu kini berubah tangan kepada pembantu kedai untuk dibawa ke kaunter pembayaran.Fasha berjalan lemah gemalai membelek-belek pakaian di rak gantung jikalau ternampak yang berkenan di hati pasti dia akan membelinya.

BZZZ..BZZZZ..BZZZ..tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar lagi,cepat Fasha mencapai telefonnya yang berada di dalam tas tangannya itu.Sememangnya tabiat dirinya,jika bershoping dia lebih gemar meninggalkan telefonnya di dalam mode vibration sahaja.Supaya tidak mengganggu proses pembeliannya.

Wajah Fasha kini berubah apabila melihat skrin telefonnya itu.Dia ni lagi!Siapa yang suka main-main telefon ni?! Kata-kata hati Fasha kini bergema kuat di dalam dirinya,kemarahannya semakin menggigit-gigit kalbunya.

“Hello!”kasar sekali suara Fasha menjawab panggilan misterinya itu.

“Hi.Fasha..Jacket yang kau pilih tadi memang sesuai dengan kau.”Akhirnya pemanggil misteri itu bersuara tetapi kata-kata pemanggil itu mengejutkan Fasha kini.

“Hey you!Siapa kamu? Macam mana kamu tahu apa yang saya buat huh?!”cemas di suara Fasha masih mampu dikawal olehnya lagi.Ketika ini dia melihat keadaan sekelilingnya, dia mencari-cari kelibat yang mungkin kelihatan mencurigakan.Tetapi malang..dia gagal untuk mengesan insan yang dicarinya itu.Semua orang di situ kelihatan biasa sahaja melakukan urusan-urusan peribadi mereka tanpa menghiraukan dirinya yang memerhati.

“Ha..Ha..Ha..don’t be afraid princess..i know you..tak kan kau dah tak ingat aku lagi..”dekahan tawa lelaki pemanggil misteri itu membingitkan telinga Fasha.Wajahnya tegang, keningnya berkerut cuba mengingati pemilik suara yang didengarinya itu.

“I don’t know you and I don’t care about you! Jangan ganggu saya lagi!”

“Ishk..ishk..ishk..begitu mudah kau dah lupakan aku setelah segala budi yang aku taburkan pada kau..Fasha..Fasha..jangan jadi manusia yang tak mengenang budi..hehe..”tawa yang seakan mengejek itu berbunyi lagi menerkam ke telinga Fasha.Seram sejuk diri Fahsa ketika ini walaupun dia tidak mengenali hakikat siapakah pemanggil itu.

“Ok..honey,let me be frank with you..im Hisyam..your big plan succeed because of me..do you still remember that?”kata-kata lelaki itu sinis sekali menerjah ke pendengaran Fasha.Tika ini Fasha terkelu,wajahnya pucat sekali apabila mendengar pemanggil tersebut menperkenalkan dirinya.Terasa seperti angin ribut yang melanda dirinya ketika ini,tiba-tiba sahaja badannya terasa lemah dan kakinya seperti tidak berpijak pada dunia yang nyata.lemah sekali.Hisyam..Hisyam..nama itu bermain-main di kotak pemikirannya.Dekahan tawa di hujung talian semakin menjadi-jadi menambahkan lagi kecuakkan dirinya ketika ini.




Dynaz sekarang kelihatan begitu cemas mengemas rumahnya,segala pakaian Dennis dimasukkan ke dalam almari biliknya.Peralatan penjagaan wajah, kulit dan badan kepunyaan lelaki tersebut turut diambilnya dan dibawa ke dalam biliknya itu.Mampus aku!Mampus aku..Dynaz mengomel-ngomel sendirian di dalam hatinya.Langkahnya kini cepat untuk menghapuskan segala bukti-bukti yang ada.Bukti-bukti yang menunjukkan dia dan suaminya itu tidur di berlainan tempat!

Sebentar tadi mamanya telefon untuk datang ke rumahnya bagi melawat Dennis.Wanita itu kedengaran begitu risau ketika Dynaz menelefonya semalam untuk meminta nombor telefon milik doktor peribadi keluarga mereka.Berkali-kali dia memberi alasan supaya mamanya tidak datang pada malam tersebut dan akhirnya mamanya setuju, tetapi kini apa alasan yang boleh diberinya lagi? Segalanya sudah diberikannya semalam!

Dynaz menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu,dia kini benar-benar mati kutu.Sudahlah Dennis tiada di rumah, dan kini pula dia harus seorang diri menghadapi mamanya yang mungkin akan mengesyaki sesuatu tentang kewujudan kawasan tidur Dennis ini.Pening!Pening!

Berkali-kali Dynaz mendail nombor telefon suaminya itu tetapi tiada sambungan.Mengapa perlu Dennis off kan telefon bimbitnya di saat-saat genting seperti ini?Ahhhh..masalah!


“Hmm..dah lama mama tak datang melawat kamu berdua..terasa rindu pula..”kata-kata ceria dari Puan Chae Rin disambut mesra oleh Dynaz walaupun Dynaz kini di dalam kegelisahan tetapi dia masih mampu untuk mempamerkan senyumannya itu.

“Ha’ah..mana Dennis? Demamnya dah kebah sikit?”kini wajah Pn.Chae Rin kelihatan cemas dan risau.Lengan Dynaz dipegangnya erat.

“Ma..abang dah sihat..dia dah keluar..”suara Dynaz teragak-agak apabila dia berkata-kata.Senyuman di bibirnya terasa kelat.

“Apa? sudah keluar? He should get some rest..bukan keluar bersuka-suka di luar sana.”nada Puan Chae Rin agak menekan.Dia risau akan kesihatan anak tunggalnya itu.Tiada seorang pun manusia yang mampu sembuh sepenuhnya hanya dengan sekali rawatan yang diterima.Ketika ini Puan Chae Rin menggeleng-gelengkan kepalanya,pusing dia memikirkan perangai anak lelakinya itu.

“Ma..sudah lah..abang sihat..nanti dia balik la..jangan risau ya? Naz buatkan mama air ya?”Dynaz bersuara lembut untuk menenangkan perasaan mamanya itu.Dia kini berlalu pergi ke dapur untuk menyediakan minuman bagi mamanya itu.Terasa lega juga apabila dirinya berjaya melepaskan diri daripada terus disoal mamanya itu.


“Nah..ini air kegemaran mama..”senyuman Dynaz terpancar di bibirnya apabila dia meletakkan penuh tertib secawan minuman panas di atas meja di hadapan tempat duduk mamanya itu.Puan Chae Rin membalas senyuman Dynaz manis sekali.

“Untung Dennis dapat isteri macam Naz ni..Mama rasa bahagia sangat.”Puan Chae Rin bersuara riang sambil melihat kearah menantunya yang kini mengambil tempat di sofa yang bertentangan dengan dirinya itu.Dynaz hanya mampu tersenyum,dia enggan untuk mengulas lanjut tentang percakapan mamanya itu.

“Naz..mama perasan ada satu katil lagi di luar bilik kamu..meja pejabat Dennis juga berada di situ..kenapa ya?”Puan Chae Rin kini bersuara dengan nada yang tertanya-tanya.Raut wajah wanita itu jelas sekali kebingungan.La..sudah!Mama dah perasan.Apa yang harus aku terangkan ni? Dynaz kini menelan liur,otaknya ligat memikirkan penipuan yang harus dicipta olehnya.Senyuman di bibirnya terasa perit sekali..

“Ooohhh..katil tu..sebenarnya..sebenarnya..untuk keselesaan kami berdua..hehe..hehe..”Dynaz bersuara,dia cuba untuk ketawa tetapi kedengaran sungguh tawanya yang dibuat-buat itu.Akhirnya dia menunduk,tidak mampu lagi untuk terus berkata-kata lagi.Dirinya pasrah.

Tiba-tiba Dynaz terdengar gelak tawa dari mamanya.Perlahan dia mengangkat wajahnya untuk melihat mamanya itu.Dia seakan terpinga apabila melihat mamanya itu begitu ceria melahirkan tawa kepadanya.

“Ha..ha..advance betul kamu berdua ni..kalau macam tu mama nak tanya, bila mama boleh dapat cucu?”Puan Chae Rin masih ketawa ketika dia berkata-kata kepada Dynaz.Walaupun ayat mamanya itu kurang difahami oleh Dynaz,Dirinya cuba untuk ketawa bersama-sama mamanya itu.Apa yang menyebabkan mamanya tertawa? Apa sajalah..yang penting tak kantoi sudah..he..he..he..Dynaz terus tertawa bersama mamanya sambil meneguk minuman yang disediakannya itu.Puan Chae Rin mengeleng-geleng kepalanya memikirkan keletah anak dan menantunya itu.So sweet…


Suasana di dapur begitu ceria sekali.Puan Chae Rin kini sedang menolong Dynaz menyediakan makanan untuk tengah hari itu.Inilah kali pertama dia membuat kerja dapur setelah lama dia meninggalkan segala kerja itu kepada orang gaji di rumahnya itu.Menantunya ini begitu berharga buat dirinya dan tentu sekali buat anaknya itu, Dennis.

“Ma..mama kenal Soon Ae?”tiba-tiba sahaja Dynaz bersuara.Sungguh dia tidak mampu lagi bertahan untuk bertanyakan perihal pemilik nama tersebut.Seharian suntuk dia memikirkan nama tersebut dan kini dia harus bertanyakan juga tentang itu pada mamanya.Puan Chae Rin terdiam,senyuman di bibirnya tiba-tiba sahaja mati di situ.Dia meletakkan sayuran yang dibasuhnya itu di dalam mangkuk yang tersedia.Dia tidak menyangka bahawa Dynaz akan menyoalkan padanya tentang wanita itu.

“Dari mana Naz dengar tentang wanita itu?”lembut suara Puan Chae Rin tetapi wajahnya tidak melihat pada raut lembut milik menantunya itu.Dia lebih selesa melihat kearah sayur yang dibasuhnya itu tadi.

Dynaz mematikan hirisan pada bawang yang dipotongnya.Dia meletak cermat pisau di atas tempat pemotong.

“Naz tak tahu siapa dia..tapi Naz pernah dengar abang Dennis panggil nama dia waktu tidur..”Dynaz kini menghadap ibu mertuanya itu.Pada wajahnya terserlah perasaan ingin tahu tentang wanita yang bernama Soon Ae itu.Puan Chae Rin kini mengetap bibirnya.Haruskah dia memberitahu segalanya kepada Dynaz apabila kemungkinan yang akan berlaku akan menimbulkan kecemburuan di hati wanita itu? Dennis masih teringatkan Soon Ae..Puan Chae Rin menarik nafas dalam..ditenungnya kini sepasang mata indah milik Dynaz yang ditenggelami parasaan ingin tahu itu.Sekali lagi Puan Chae Rin menghembuskan nafasnya yang kini terasa seolah-olah tersekat itu.




Angin sepoi meniup lembut ke wajah Dennis kini yang berpakaian lengkap tuksedo mewah berwarna hitam.Kaca mata hitam yang dipakainya menambahkan lagi kekacakkan pada wajah maskulinnya itu.Setahun..sudah setahun berlalu Soon Ae meninggalkan dirinya tetapi wajah manis wanita tersebut masih lagi kekal bersemadi di dalam ingatannya.Sungguh tika ini dia amat merindui wanita itu.

Perlahan Dennis berjalan kearah sebuah batu licin berbentuk bidadari kecil di hadapannya itu.Langkahnya diperhatikan kemas oleh rakannya itu Henney yang berada di belakangnya.Lelaki itu turut mengenakan sut berwarna hitam bagi hari ini.Sinaran mentari yang terik memancar terus ke wajahnya menyerlahkah betapa sempurna sekali kulit wajahnya dan kekacakkan yang dimilikinya.

Dennis membelai lembut gambar Soon Ae yang terlekat kemas pada batu yang berbentuk bidadari itu.Senyuman manis wanita itu membuatkan dia terasa begitu bersalah dan perasaan ini seakan menghukumnya selama ini.Dia yakin selagi dirinya hidup di dunia ini selagi itulah dia harus menanggung segala beban kesalahan perasaan ini terhadap seorang wanita yang begitu menyintainya itu.

Seutas kalung berlian yang buahnya berbentuk pari-pari kecil diletakkan kemas oleh Dennis di atas batu tempat bersemadinya Soon Ae.Perasaan sedih mula menikam di kalbunya,sungguh dirinya tidak tertahan lagi.

“Bogoshipho..(I miss you)..please forgive me, my angel.”Dennis menggengam kuat kalung yang diletakkannya itu.Dia cuba untuk mengawal perasaannya ketika ini.Sentuhan dibahunya memberikan semangat ke dalam dirinya.Henney,rakannya itu kini sedang memegang erat bahunya memberikan semangat padanya untuk terus melalui hari-hari tanpa wanita yang bernama Soon Ae itu.

Sejambak bunga ros merah segar diletakkan perlahan oleh Henney di sisi kubur Soon Ae,dia berlutut di situ.

“Rest with peace, Soon Ae..”




Malam itu Dynaz terjaga dari tidurnya,bunyi pintu lift yang terbuka mengganggu lenanya.Kini dia berjalan lambat-lambat menyusun langkah ke pintu lift rumahnya itu.Dia memisat-misat matanya sambil membetulkan pajama labuh yang dipakainya.Setibanya di pintu lift dia terkejut melihat Dennis kini dipapah oleh Henney yang begitu setia di sisi Dennis.

“Henney!..kenapa ni?”seperti ada nada keriangan pada diri Dynaz apabila memanggil nama lelaki itu walaupun dirinya kelihatan risau oleh keadaan Dennis yang lemah dipapah teman rapatnya itu.

“Oh..sorry, saya kejutkan awak dari tidur..”Henney bersuara serius sambil melihat kearah Dynaz yang berpakaian tidur itu.

“Tak apa..”senyuman di bibir Dynaz memekar, manis sekali ketika dia mendekati Henney untuk membantu memapah tubuh Dennis yang kelemahan itu.

“He’s drunk..i think I should take him to his bed..”kata-kata Henney rendah tetapi jelas di pendengaran Dynaz ketika ini.Senyuman manis Dynaz tadi dibalas oleh Henney dengan indah sekali membuatkan hati wanita itu berbunga riang.


“Mabuk?Kenapa Abang Dennis jadi begini?”lembut sekali suara Dynaz di ruang tamu rumahnya itu.Henney di sisinya hanya tersenyum,dia tidak mahu membuka apa-apa cerita peribadi milik lelaki tersebut kepada wanita di sisinya itu.Henney meneguk minuman panas yang disediakan Dynaz,dia diam tiada bersuara.

“Semuanya tentang Soon Ae kan?”tiba-tiba sahaja Dynaz menyuarakan kata-kata yang membuatkan Henney tergamam.Gelas yang berisi minuman panas itu diletakkan Henney di atas meja kaca di hadapannya.Dia kini melihat terus ke wajah Dynaz.

“You know about Soon Ae..”lambat-lambat dan rendah sekali nada suara yang dikeluarkan oleh Henney.

“Mama ceritakan semuanya pada saya..”Dynaz kini bersandar di sofa yang empuk itu.Pandangan matanya menatap ke kehadapan kearah television besar rumah tersebut seolah-olah dirinya kini melihat television itu sedang bersiaran memaparkan kisah-kisah yang menarik untuk ditonton.

Henney yang berada di samping Dynaz hanya mampu menarik nafas dalam.Dia turut bersandar di sebelah wanita tersebut.

“He really suffer when he lost her..kind of pathethic love story to tell you..”rendah sekali nada Henney apabila bersuara tentang perkara tersebut.

“Is it true that he really love her?” Dynaz kini bersuara rendah, pandangannya masih jauh dijatuhkan ke television dihadapannya itu.Henney tidak menjawab.Pandanganya juga jauh memikirkan nasib rakannya itu.

“It is hurt when we realize we need something at the time that we cannot get it.”kata-kata Henney dalam sekali penuh menyembunyikan makna yang begitu bermakna sekali.Saat ini Dynaz memalingkan wajahnya untuk melihat lelaki di sampingnya itu.Tiba-tiba sahaja mata mereka bertembung.Dynaz tergamam dan juga Henney terkelu.Mereka hanya membiarkan renungan mata mereka yang bertentangan berbicara sesama sendiri ketika ini.Masing-masing terdiam..masing-masing terkelu..dan masing-masing tergamam dengan panahan mata yang dipancarkan.Dengan spontan Henney kini membelai lembut rahang milik wanita yang tersandar disampingnya itu.Seperti ada arus yang menarik reaksi Dynaz,dia mendekatkan wajahnya merapati segaris bibir yang begitu sensual milik lelaki kacak bernama Henney itu.Dapat Dynaz rasai halus hembusan nafas Henney dan wangian maskulin yang dipakainya amat menarik perasaan Dynaz ketika ini.

“You’re too beautiful and sweet,honey..”rendah dan dalam sekali nada suara Henney ketika dia mengusap lembut segaris bibir Dynaz yang menggoda itu.Sungguh kata-kata itu meresap terus kesanubari Dynaz,matanya dipejamkan menikmati keindahan kata-kata dari lelaki tersebut.Ya..dirinya selesa diperlakukan sebegini rupa.Dirinya bahagia dibelai dengan kata-kata manis yang lahir dari bibir lelaki ini.

Henney merenung dalam seraut wajah Dynaz yang kelihatan begitu indah itu.Wajahnya kini serius.Dia mahu untuk terus melakukan perlakuannya itu tetapi tiba-tiba sahaja mindanya menahan segala perlakuannya.Henney please be rational! You cannot kiss her in here..in her husband house! Cepat Henney kini menjauhkan wajahnya dari wanita tersebut.Dynaz kini membuka kelopak matanya,dia melihat Henney yang kini tersenyum manis kearahnya.Senyuman itu ikhlas dan indah sekali membuatkan Dynaz hampir lupa untuk bernafas seketika.Dynaz kini tertunduk melihat ke permaidani di kakinya.Dirinya malu dengan apa yang terjadi.Mengapa dia begitu lemah sebegini rupa?Nafasnya yang hampir terhenti tadi diaturnya perlahan bagi menenangkan perasaannya yang kian berkecamuk itu.

Dynaz kini membetulkan duduknya di sofa besar dan empuk itu.Dynaz menarik nafas panjang,ditelitinya wajah anak muda dihadapannya itu.Tenang dan indah sekali,bisa membuatkan dirinya berasa nyaman apabila menatap wajah bersih itu.

“Lama sudah kita tak berjumpa kan?”tiba-tiba Dynaz bersuara,nadanya cuba diceriakan untuk melupakan segala kejadian yang berlaku kepada mereka berdua sebentar tadi.Henney mengangkat wajahnya,kekacakkan wajahnya terserlah ketika dia tersenyum mendengar kata-kata dari Dynaz itu.

“Why? Do you already miss me?”kata-kata nakal dari Henney membuatkan Dynaz terkelu.Serta merta sahaja pipinya kembali menjadi merah, dadanya kini berdebar mengalunkan rentak nafasnya.Henney tersenyum manis melihat reaksi Dynaz yang sebegitu jelas sekali.Kepalanya digelengkan sekali semasa senyuman indah itu menghiasi bibir maskulinnya itu.

“Err..hmm..sebenarnya..err..saya tanya je..takde niat lain..”tergagap-gagap Dynaz mengatur ayatnya bagi mengawal perasaannya ketika ini.Memikirkan kejadian dirinya yang begitu berani sekali mendekatkan wajahnya pada segaris bibir sempurna milik Henney membuatkan wajahnya merona merah.Dia gugup dan sangat terasa bahang malu yang makin menjalar kedalam dirinya.Dynaz apa dah jadi dengan kau ni?Relaks ok!

Henney kini menguntumkan senyumannya,pandangan matanya dijatuhkan terus ke wajah bersih milik wanita di sisinya itu.Dynaz terpaku,pandangan itu begitu menggoda sekali bisa membuatkan hatinya cair jika terus menatapnya.Jantung Dynaz kala ini mula berdegup kencang seakan tidak mampu dikawal olehnya lagi.

“I think I better go home now..it’s already late.”Henney melepaskan nafasnya sambil berdiri berkira untuk meninggalkan penthouse milik Dennis dan Dynaz itu.Secara spontan juga Dynaz bangun dari sofanya,dia mengangguk laju mengiyakan kata-kata lelaki tersebut.Senyuman manisnya cuba dipamerkan tetapi terasa begitu janggal ketika ini.Dia kini berkira untuk menghantar Henney ke pintu lift rumahnya itu.

“It’s ok..i can walk by myself..you..honey,must get your rest now..”kata-kata Henney menghentikan langkah Dynaz.Dia tercegat di situ tidak terlangkah rasanya ketika lelaki tersebut mengucup lembut kepalanya sekali sambil menghadiahkan senyuman manis yang memukau itu.Dia cuba untuk membalas senyuman itu tetapi segalanya sia-sia sahaja.Jelas kini dirinya terasa getaran yang tidak bisa ditanggung olehnya itu.Dynaz hanya mampu melihat Henney terus berjalan meninggalkan dirinya di ruang tamu yang besar itu.

“Anyway..honey, I miss you too.”kenyitan nakal dari Henney yang jaraknya jauh dari Dynaz itu menambahkan lagi kecelaruan di minda Dynaz ketika ini.Jiwa Dynaz terpaku tidak terkata,senyuman di bibirnya juga terasa ketat untuk dipamerkan.Apakah perasaan ini?Yang pastinya dirinya terasa begitu bahagia sekali dengan kedatangan lelaki itu pada malam ini.




Hariz kini menekan-nekan papan kekunci laptopnya bagi menghabiskan kerja pejabatnya yang dibawa pulang ke rumah.Dari pulang petang tadi dia terperuk di meja pejabatnya.Makan minumnya tidak dihiraukannya..letih..tiada perkataan itu yang terlintas difikirannya.Apa yang penting dia harus menyiapkan segala kertas projek yang ditugaskan kepada dirinya itu.Bukanlah susah sangat tetapi ia memerlukan kosentrasi yang penuh oleh dirinya itu.

Ahhh..Hariz mengeliat panjang,dia bersandar lega di kerusinya apabila kerjanya itu selesai.Jari jemarinya yang runcing mengurut-urut lembut dahinya kini.Terasa lega dan tenang dirasainya ketika ini.Matanya kini dipejamkan sebentar merehatkan mindanya yang penuh dengan kertas-kertas kerjanya itu tadi.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu,Fasha..bayang isterinya itu dari petang tadi tidak kelihatan di pandangannya.Dimana isterinya itu?Hariz kini melihat jam tangan dipergelangan tangan kirinya.-10.15 pm-

Sudah malam..mengapa kelibat isternya itu tidak kelihatan di pandangannya sejak dia pulang dari pejabatnya itu.Hariz bangun perlahan dari kerusinya,laptopnya dimatikan dan dia terus berjalan keluar dari bilik yang seumpama pejabatnya itu.

Bayang Fasha di ruang tamu tidak kelihatan..malah di kawasan dapur juga tiada tanda yang menunjukkan kehadiran wanita tersebut di situ.Rumah banglo agamnya dijelajahinya dan kini dia memasuki bilik tidurnya yang bercirikan penuh dengan kemewahan dan keindahan itu.Dia lega melihat Fasha terbaring di atas katil mereka yang besar,luas dan indah itu.Senyumannya terhias di bibir sempurnanya.Wanita itu semestinya penat setelah seharian suntuk mengunjungi beberapa shoping mall yang terkenal di kota Seol,Korea ini.


“Abang..ada tak any unknown number call abang baru-baru ni? I mean tak henti-henti call abang..”lembut sekali suara Fasha dihujung talian menyapa ke gegendang telinga milik Hariz pada tengah hari itu.

“Tak..i don’t receive any call from unknown number..why honey?”Hariz kini hairan dengan pertanyaan isterinya itu.Tiba-tiba sahaja isterinya itu menelefonnya di pejabatnya ketika dia menikmati makan tengah harinya bersama-sama pegawai bawahannya yang lain.

“Oh..nothing...tak ada apa-apa..i’m sorry kalau ganggu abang..anyway love you..”nada suara wanita itu lain sekali di pendengaran Hariz.Telefon bimbitnya dimatikan,kerutan di dahinya menandakan persoalan yang menyelubungi dirinya.

Sesusuk tubuh Fasha yang lena dibuai mimpi kini dilihatnya.Mengapa isterinya itu perlu menelefonnya hanya untuk bertanyakan soalan yang tidak penting seperti itu?Persoalan di benaknya kini semakin menerjah kotak mindanya.Hariz kini menggelengkan kepalanya sekali,dia cuba untuk tidak memikirkan panggilan telefon isterinya yang diterima pada tengah hari tadi.Mungkin tiada apa yang harus dirisaukan..Hariz kini berjalan menuju ke bilik air di dalam bilik tidur mereka yang besar itu.


Di dalam bilik air Hariz melihat imbas wajahnya di cermin besar yang tersedia di kawasan itu.Kedua-dua tangannya dibasuh cermat di singki di hadapan cermin itu.Dia tenang membiarkan air yang segar itu membasahi sepasang tapak tangannya yang putih bersih itu.Dibelek wajahnya di cermin yang mengimbas kembali imej dirinya itu.Ternyata dia kini sungguh berbeza dengan dirinya sebelum ini ketika dia berada di bangku sekolah dahulu.Ketika itu dia cuma budak kampung yang tidak tahu untuk bergaya dan hanya tahu mengejar impian yang dicita-citakan dan sekarang segala impiannya kini sudahpun berada digenggamannya.Segalanya..Dia patut berpuas hati dengan segala kesempurnaan yang dimilikinya ini.Segalanya dimiliki olehnya..

Tetapi mengapa dia masih berasa kosong?..Mengapa perasaannya dihantui perasaan seperti ini?Apa yang harus dilakukannya ialah untuk terus hidup disamping kesempurnaan yang dimilikinya ini bukan dengan hidup dihantui kisah silam yang tiada penghujungnya itu.

Ahhh..Hariz..Hariz..what happen to you? Kini wajah lembut Dynaz bermain-main di dalam kotak fikirannya.Wajah itu seolah-olah mengamit-gamit kearahnya untuk terus pulang hidup di dalam kenangan lampau yang dirinduinya sejak akhir-akhir ini.

Cepat sahaja ketika ini Hariz membasuh wajahnya yang kacak itu dengan air paip yang tidak henti-henti mengalir membasahi kedua-dua telapak tangannya itu.

It’s hurt..it’s hurt Dynaz..why you must to punish me this way..i’m down on my knee to seek your apologize..please..i beg you.forgive me..Wajah Hariz kini kelihatan begitu tertekan sekali,jelaslah dirinya kini menanggung segala hukuman terhadap kesalahan yang telah dilakukannya sebelum ini kepada cinta suci seorang wanita yang amat memerlukan dirinya itu.




Dynaz tercongok dihadapan meja make up nya.Wajahnya yang begitu sempurna di hadapan cermin berbentuk oval itu tidak dihiraukannya.Apa yang bermain-main di fikirannya kini tentang kejadian yang berlaku diantara dia dan Henney beberapa malam lalu.Peristiwa itu seolah-olah masih segar berlaku padanya..seperti baru semalam lelaki itu meninggalkan dirinya dengan satu kucupan di kepalanya itu.dadanya kini terasa berdebar.Cepat Dynaz mengurut-urut lembut dadanya itu.Mengapa aku perlu berfikiran sebegini rupa?Adakah aku menyukai lelaki tersebut?...Ohhh..tidak!!Aku sudah punya suami..tidak mungkin perasaan aku terbahagi kepada lelaki lain selain suami aku..Tak..Tak..Aku tak boleh begini…Dynaz termenung jauh memikirkan segala yang berlaku.Sungguh dia tidak dapat menolak hakikat kehadiran Henney di dalam dirinya amat mengembirakan perasaanya dan membuatnya terasa begitu bahagia sekali.Ahhh..Dynaz mengeluh panjang.


“Naz..Naz..are you ok? Do you done yet?”tiba-tiba suara Dennis menyapa ke telinganya.Lelaki itu kini mengetuk cermat pintu biliknya bagi menyedarkan dia bahawa masa bertolak sudah hampir tiba.

“Ya..ya..i’m okay..Naz dah hampir siap ni.”cepat Dynaz menjawab panggilan Dennis itu,dia kini mula mengemas barang-barang penjagaan wajahnya itu dan menyusunnya kemas di dalam sebuah beg keras yang berwarna oren terang.Bagasinya yang berwarna peach putih itu disorongnya menuju kearah pintu biliknya.Dress santai yang dipakainya dibetul-betulnya supaya kelihatan kemas sebelum dia memulas tombol pintu biliknya itu.

Dennis menoleh melihat Dynaz apabila wanita itu membuka pintu biliknya,dia tergamam dan matanya terpaku apabila melihat Dynaz yang tampil santai dengan dress yang berwarna pink segar itu.Wanita itu kelihatan simple sekali tetapi begitu sempurna untuk menawan hatinya kini.Dynaz tersenyum manis kearahnya,kedua-dua kening wanita itu terangkat meminta penjelasan Dennis yang menatapnya terus tanpa sebarang kelipan.

“ok..it’s ok..now kita akan bertolak.”Dennis mendahului langkah meninggalkan Dynaz dibelakangnya.Dia menyorong bagasi hitamnya sambil dia berjalan menuju kearah pintu lift rumah mereka.Dynaz mengikut rentak suaminya itu,bagasinya turut disorongnya menuruti Dennis di belakang.


“Pulau Jeju..here we come..”


4 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

huhu..
suke2 n3 bru..
xmo la nas ngn henney..
nk nas ngn dennis..
dennis,,plis berubah..
dennis pon da ader feel kt nas..
huhu..
spe lak hasyim nieh ek??
huhu..
smbung2..

LiNa said...

hehee..
suka nye...
jgn la naz dgn henney..
apa2 pun bestla citer nie..
sambung lg yer..

::cHeeSeCaKe:: said...

hehehe..same la..nk dennis ngn naz..best2..

aqilah said...

aah, nak dennis dgn naz. apapun, akak follow!

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket