Novella~My LovE 26

Monday, June 22, 2009

BAB 26

“Your face looks so stress..risaukan Hariz?”selamba Dennis menyoal Fasha apabila dia menghampiri wanita itu yang kini berada di penghadang feri melihat ke arah laut yang berombak kuat.Dennis bersandar di penghadang besi itu.Tangannya disilangkan pada dadanya.Melihat wajah Fasha di dalam kerusuhan itu Dennis tersenyum manis dan menggeleng kepalanya sekali.

“If you letakkan kepercayaan kepada suami..trust me he will never find another girl..”Dennis bersuara dengan senyuman manis di bibirnya yang masih mekar di pandangan Fasha.Entah mengapa Fasha dapat merasakan sesuatu daripada kata-kata yang dituturkan lelaki tersebut,malah senyuman manis itu seolah-olah memberi maksud seakan mempermain-mainkan dirinya.

“Apa maksud you sebenarnya?”Fasha bersuara agak tertekan apabila matanya bertembung dengan sepasang mata indah milik Dennis.Dia dapat merasakan lelaki di hadapannya itu sedang membaca segala kegundahan yang bersarang di dalam hatinya kini.Dennis tersenyum melihat raut wajah Fasha yang begitu jelas,soalan yang ditanya Fasha kepadanya tidak dijawabnya sebaliknya dia memusingkan tubuhnya yang bersandar pada besi penghadang itu terus melihat kearah laut yang terbentang luas.Pandangannya tajam melihat kearah pulau yang kelihatan semakin jauh ditinggalkan feri yang dinaiki mereka.

Rancangannya ternyata berjaya apabila Dynaz kini masih berada di pulau itu mencari sesuatu berharga yang sebenarnya telah disembunyikannya di dalam kamar tidur wanita tersebut ketika wanita itu nyenyak diulit mimpi.Semalamam dia berfikir pelbagai cara untuk membuatkan Dynaz terus berada di pulau itu apabila dia mendengar Hariz yang akan lewat berangkat dari pulau tersebut,dan akhirnya dia ketemu..walaupun rancangannya ini mempunyai risiko yang tinggi tetapi dia percaya kemungkinan besar Hariz dan Dynaz akan bertembung di sana.Dia amat mengharapkan rancangannya ini bisa membuahkan hasil yang diingininya.Sungguh dia yakin akan itu.

“Actually, I’m not worrying about Hariz. He’s man..he knows how to protect himself..but Dynaz,she’s women..”Fasha kini mengaturkan ayatnya supaya bisa menyembunyikan kerisauan sebenar yang menghimpit di jiwanya itu.Dia mahu raut kerisauannya itu ditafsirkan sebagai keprihatinan dirinya kepada Dynaz oleh semua mata yang memandangnya.

Dennis diam mendengar kata-kata prihatin penuh kepalsuan yang dituturkan Fasha,dia kini tidak tahu untuk terus ketawa atau cuba mempamerkan raut simpati pada lakonan Fasha di sebelahnya itu.Dennis menggeleng-gelengkan kepalanya,tidak tertahan melihat lakonan dan mendengar kata-kata ‘manis’ dari seorang wanita yang digelar Dynaz sebagai ‘Primadona Kampung Indah Berseri’ itu.Dia kini mengerti mengapa Dynaz bisa melenting hebat apabila ketemu Fasha, ini kerana lakonan yang dilayarkan wanita yang bernama Fasha itu begitu baik sekali dan bisa membuatkan ramai orang terpedaya akannya.

“You risaukan Naz?hmmm..that’s great!I hope dia akan berjumpa dengan Hariz di sana..maybe he can protect her at there,so tak perlulah kita nak risaukan Dynaz,right?”Dennis kini cuba menyakat Fasha,ayat yang dibicaranya begitu selamba sekali.Dia mahu melihat perubahan pada wajah cantik itu.

“Urmm..ha..I really..hope so..hmm..”Fasha cuba bersetuju walaupun kini jelas kata-katanya seakan tersekat di kerongkongnya apabila mendengar ayat yang dituturkan Dennis itu.Dennis tersenyum sambil mengangguk sekali.

“So..no need to worry, mereka akan sampai dengan selamatnya esok pagi.”Dennis bersuara tenang sambil menghadiahkan senyuman manisnya kepada Fasha,langkahnya mula diaturnya untuk meninggalkan wanita itu di situ.

“Wait! Tomorrow morning?”raut Fasha kekeliruan.Mengapa perlu memakan masa hingga ke esok hari sedangkan feri selalunya beroperasi hingga ke larut malam?

“Oh..I already asked the worker here, according to the bad weather they said this will be the last trip for today.”seakan mengerti persoalan yang bermain di minda Fasha,Dennis menjawab dengan selambanya sekali.Senyuman di bibirnya masih terpamer,begitu sempurna sekali pada wajahnya yang kacak itu.

WHAT?! Esok hari?! Tak!Tidak! Dynaz tidak boleh bertemu dengan Hariz,Ini tidak boleh terjadi!Perkara ini tidak boleh berlaku! Terasa seperti halilintar yang memanah tepat ke pendengarannya apabila mendengar kata-kata dari bibir Dennis itu. Fasha seolah-olah menjerit di dalam hatinya, jiwanya kacau apabila memikirkan kemungkinan Dynaz dan Hariz yang mungkin bertemu di pulau tersebut.Mengapa perlu jadi begini?

Gelora ombak yang beralun kuat di laut serta mendung langit yang diselaputi awan hitam seolah-olah mengambarkan keresahan dan kegundahan perasaan Fasha yang tidak menentu kala ini.Angin laut yang bertiup kuat dan ganas terasa seperti menyampaikan khabar yang tidak mampu ditanggung olehnya.Fasha menelan liur kelat,pandangannya serius melihat ke arah laut yang bergelora hebat seperti jiwanya yang merusuh tidak menentu kala ini.



Akhirnya dia berjaya ketemu semula dengan barang yang disayanginya itu.Sungguh dia tidak menyangka dirinya bisa menjadi sebegini lalai sehinggakan menghilangkan barang yang benar-benar berharga pada dirinya itu.Sebatang penyucuk sanggul yang bersinar-sinar mengeluarkan cahaya itu disisipnya pada sanggul di rambutnya.Dynaz kini tersenyum ceria.

“Thank you for your help! Thank you very much.”Dynaz bersuara kuat sambil melambai-lambaikan tangannya kearah sebuah van yang semakin jauh meninggalkan dirinya di terminal feri yang semakin lengang dengan kelibat orang itu.Senyumannya terpamer di bibirnya.Hatinya berasa lega memikirkan baik budi para pekerja di mansion itu yang sanggup membantunya mencari penyucuk sanggul dan menumpangkannya ke terminal feri ini.Dynaz sekarang bisa berasa tenang apabila barang berharganya kini berada kemas di rambutnya.Bunyi gemerincing loceng pada penyucuk sanggul itu begitu indah apabila ditiup angin laut yang semakin kuat dan menggila itu.

“Cuaca semakin buruk ni..aku kena cepat.”Dynaz kini berlari kearah kaunter pembelian tiket.Dirinya harus cepat mendapatkan feri sebelum cuaca bertukar menjadi semakin buruk.

“Sorry miss, counter is closed. No more ferry for today.” kata-kata lelaki penjaga tiket di situ membuatkan raut wajah Dynaz bertukar serius.

“Why?”Dynaz menyoal kehairanan kepada penjaga tiket tersebut,soalannya tidak dijawab sebaliknya lelaki tersebut mengeluarkan satu papan tanda dan digantungkan pada cermin bilik menjual tiket tersebut.

-BAD WEATHER-

Dynaz kini mengeluh besar,dirinya mengetapkan bibirnya geram dengan perkataan yang dibacanya itu.Patutlah jeti di sini semakin lengang, rupanya perjalanan feri sudah dihentikan.Jadi apa yang harus dia lakukan?

“Wait..wait..may I know when the next trip?”Dynaz kini menyoal lelaki yang mengantungkan papan tanda tersebut.

“Tomorrow morning.”dua patah perkataan yang lahir pada bibir lelaki tersebut benar-benar mematahkan harapan Dynaz.Mana bisa dia bermalam di sini semalamam sedangkan dia tidak mengenali sesiapa di sini?

“Sir,please..you can’t do this to me..I really need a trip now..help me..please..”nada Dynaz kini agak menekan.Sungguh dia tidak mahu terus berada di sini seorang diri.Tetapi malangnya lelaki penjual tiket tersebut hanya menggeleng dan langsung tidak mempedulikan kata-katanya itu.

Saat ini dia berasa sendirian...Fikirannya buntu untuk memikirkan nasibnya itu.

“Really? If you said so I can’t do anything..thanks.”tiba-tiba pendengaran Dynaz menangkap suara seorang lelaki yang begitu dikenalinya.Pandangannya kini dihalakan ke arah datangnya suara tersebut.Selang beberapa buah kaunter penjualan tiket, jelas di pandangannya Hariz yang kelihatan tenang mengatur langkah pergi setelah lelaki itu habis berbicara dengan seorang penjual tiket feri di situ.Semakin lama semakin jauh lelaki itu meninggalkan dirinya keseorangan di situ..

“Hariz!”entah mengapa begitu cepat Dynaz memanggil nama lelaki tersebut.Segalanya terjadi dengan tiba-tiba dan spontan.Dynaz tidak dapat mengawal perasaannya untuk terus berdiam diri di situ.

Hariz memalingkan tubuhnya,kerutan di dahinya menandakan kekeliruan di dalam hatinya apabila melihat Dynaz yang kini berada tidak jauh dari tempatnya berdiri.Bukankah wanita itu sudah menaiki feri bersama ahli keluarganya yang lain?

Pandangan mereka kini bertembung…




“What?!tiada penerbangan kerana cuaca buruk?”Dynaz bersuara seakan-akan tidak dapat mempercayai dengan apa yang didengarinya sebentar tadi dari bibir lelaki di hadapannya itu.

“Semua flight dah tunda ke hari esok..”wajah Hariz kini benar-benar serius,pandangannya melihat keadaan sekeliling di lapangan terbang yang kelihatan riuh rendah dengan pelbagai reaksi dari para penumpang yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan penundaan penerbangan secara tiba-tiba itu.

“Habis..apa kita nak buat sekarang?”nada Dynaz begitu menekan menyoal Hariz seolah-olah segalanya terjadi disebabkan oleh lelaki tersebut.Kakinya yang terasa sakit akibat dari lariannya yang hampir mencecah jarak satu kilometer sebentar tadi digerak-geraknya supaya tidak terasa lenguh.Hatinya sakit mengenangkan teksi yang mereka naiki meragam di tengah highway mengakibatkan mereka perlu berjalan kaki menuju ke lapangan terbang ini.Mujurlah sesampainya mereka di sini barulah hujan turun dengan lebatnya sekali.

Hariz menarik nafas dalam,dia cuba bersabar dengan karenah Dynaz yang asyik melenting itu.Entah mengapa segala ketidakpuasan hati wanita tersebut dimuntahkan secukup-cukupnya pada dirinya.Sepanjang perjalanan wanita itu sering mengingatkannya tentang jurang diantara mereka berdua,malah kata-kata sinis wanita tersebut yang tiada tanda henti itu semakin menipiskan kesabaran di dalam dirinya.Dia tahu wanita itu cuba untuk menjauhkan diri darinya walaupun hakikat sebenarnya wanita itu amat memerlukan dirinya.

“Now,kita cari tempat untuk bermalam and then baru kita decide apa nak buat..ok?”Hariz bersuara tenang memandang kearah Dynaz.

“Apa?!Bermalam?!dengan kau?Tak mungkin.Aku kan dah kata yang aku cuma akan ikut kau sampai sini saja..after that,aku boleh uruskan sendiri”Dynaz kini masih bernada ego.Cukuplah sekali dia menebalkan wajahnya dengan mengekori Hariz ke sini,sungguh dia tidak mahu untuk terus terhutang budi dengan lelaki tersebut.

“Ok..we take a cab now,after that you with your own way and I with my own way.”Hariz bernada serius, kini dia menggenggam kuat lengan Dynaz dan mula mengatur langkah bagi meninggalkan lapangan terbang tersebut.Sungguh dia pening untuk terus mendengar kata-kata ego dari wanita tersebut yang terang-terangan memerlukan bantuannya itu.Dynaz tersentak dengan tindakan Hariz yang memegang erat lengannya itu,langkah lelaki itu diturutinya memandangkan dia tidak punya banyak pilihan untuk terus menentang tambahan pula sememangnya dia memerlukan pertolongan lelaki tersebut.



Bunyi motosikal yang menderam kuat memecahkan keheningan pada malam yang sunyi itu.Top kini memakirkan kemas motosikalnya di halaman rumahnya,seimbas pandangannya jatuh pada sebuah rumah kecil yang terletak di sebelah rumahnya itu.Sunyi sepi,gelap gelita seperti tiada berpenghuni.Dia tahu pemilik rumah tersebut pasti sudah ke tempat kerja,apa yang dicarinya bukan wanita itu sebaliknya seorang insan yang berjaya menenangkan hati dan perasaannya itu.

Pintu rumah dibukanya, sekali lagi pandangannya jatuh kearah rumah di sebelahnya.Sunyi..tiada tanda wanita itu berada di dalamnya.

Senaskah majalah korporat dilempar hambar oleh Top di lantai tempatnya sering beristirehat, terpampang jelas wajah kacak Dennis pada kulit majalah tersebut.Top berjalan malas kearah ruangan dapur kecil di dalam rumahnya.Sebotol soju dicapainya dan diteguknya sekali.Matanya kini memandang tepat kearah majalah yang dilemparnya sebentar tadi.Segaris senyuman sinis terpamer pada raut wajahnya yang kacak itu.

“Smile..smile..selagi kau mampu pamerkannya..”Top bersuara rendah,kata-kata yang ditujukan pada Dennis itu kendengaran begitu sinis sambil dirinya menyelak-nyelak helaian pada majalah tersebut.

Dia meneguk sekali lagi soju yang berada di genggamannya itu apabila melihat ruangan majalah yang memuatkan sekeping gambar keluarga Dennis.Sepasang matanya yang dingin melihat terus kearah kemesraan yang terjalin diantara ahli-ahli keluarga tersebut.Satu ayat yang menarik pandangannya kala itu.


-One Happy Family-


Matanya melihat kemesraan diantara ahli keluarga tersebut.Inilah kali pertama dia melihat betul-betul dihadapan matanya wajah papanya itu.Dia masih berdiri di situ memeluk erat sebuah balang seramik usang yang berwarna biru muda.

Keadaan yang begitu sesak di kawasan itu dengan kelibat orang yang berpusu-pusu mahu melihat golongan bangsawan tersebut membuatkan dirinya perlu kuat bertahan mempertahankan kedudukannya yang sedari awal pagi lagi dijaga olehnya.

“Eomma neun, geok jjeong hajima sip ssio,(ibu,jangan risau)..abeoji ga uri egeogoit tta..(ayah dalam perjalanan menuju ke arah kita)”Yong Jun bersuara tenang sambil mengusap lembut balang seramik di dalam pelukannya itu.Wajahnya tersenyum manis apabila melihat papanya itu yang melambai ceria pada penduduk-penduduk di situ.Apa yang membuatkan hatinya semakin berbunga apabila melihat papanya itu mengatur langkah berjalan semakin hampir melalui kawasan tempatnya menunggu.

“Eomeoni, abeojiga naege mueoseul insikal ssu eoptta myeon?(ibu,bagaimana jika ayah tidak mengenali diri saya?)”Yong Jun kini teringatkan kata-katanya pada mamanya itu sebelum ini.Dia risau jika papanya itu tidak mengenali dirinya kerana lelaki itu tidak pernah berkesempatan melihatnya sebelum ini.


“Don’t worry my dear..he will recognize you..how can he don’t recognize his son who has the same eyes and the same smile like him?”lembut sekali kata-kata mamanya kepada dirinya sambil tersenyum manis mengusap-usap kedua-dua belah pipinya yang bersih itu.

Yong Jun tersenyum manis mengingatkan kata-kata mamanya itu,balang seramik usang itu sekali lagi diusapnya lembut seolah-olah dia mengusap pipi mamanya itu. Kini papanya semakin menghampirinya.Jiwanya bergetar dan gementar memikirkan segala yang akan berlaku.Dengan takdir tuhan kini matanya dan papanya bertembung,bagaikan ada getaran di situ papanya tersenyum kearahnya..dan dia..

“abeoji..abeoji..(papa..papa..)”Yong Jun memanggil papanya terharu,tetapi tanpa diduganya papanya itu mengalihkan pandangannya kearah orang ramai yang riuh rendah mengalu-alukan kedatangan lelaki itu.Senyuman di bibir papanya itu tidak lekang,mungkin papanya tidak mendengar panggilannya.

“ABEOJI..ABEOJI..”suara Yong Jun kini semakin cemas apabila melihat papanya itu semakin jauh meninggalkan dirinya.Keriuhan orang ramai membuatkan suaranya tenggelam timbul.Tubuhnya yang kecil ketika itu ditolak-tolak kasar oleh orang ramai yang berpusu-pusu menyambut kedatangan golongan bangsawan itu.Dirinya terasa kecil,jeritannya tidak didengari.Dari jauh jelas dipandangannya, papanya memimpin tangan seorang kanak-kanak lelaki dengan penuh kasih sayang sambil tersenyum mesra pada seorang wanita bergaya yang memaut erat lengan lelaki tersebut.

Mengapa papanya tidak mengenali dirinya?Mengapa langsung tidak mempedulikan kehadiran dirinya?Yong Jun terkesima di situ,dirinya terkaku melihat kebenaran realiti yang langsung tidak pernah diduga olehnya itu..




Dynaz berjalan terhinjit-hinjit di lobi hotel tersebut.Kakinya yang terseliuh itu membuatkan dirinya berasa semakin tersiksa jika dia masih lagi bertegas untuk mencari hotel yang lain.Masuk yang ini sudah tiga buah hotel yang dikunjungi mereka semuanya penuh dan cuma tinggal sebilik sahaja, ini bererti mereka perlu berkongsi bilik tersebut.Mengapalah perkara begini boleh terjadi?Ditakdirkan atau sememangnya ingin menguji dirinya?

Di luar sana hujan turun dengan lebat sekali,kilat memancar tidak henti dan guruh berdetum seumpama ingin menggegarkan seluruh isi alam ketika ini.Dynaz memeluk tubuhnya yang kesejukkan.Dia berjalan berpusing-pusing di situ.

“Also same..or kita nak cari hotel murah saja..mana tahu still ada bilik yang available for two of us.”nada Hariz serius berbicara,jelas raut keletihan terpampang pada wajahnya yang semakin letih mencari bilik yang kosong di hotel-hotel bertaraf tinggi di sekitar kawasan bandar ini.Mungkin kerana penundaan penerbangan dan penghentian pengoperasian feri mengakibatkan hotel-hotel kini penuh dengan penginap.

“Tak perlu..kita stay kat sini saja..”rendah nada yang dituturkan Dynaz, akhirnya dia membuat keputusan setelah berfikir akan keadaan dirinya yang tidak mampu lagi untuk meneruskan perjalanan.Ketika ini dirinya menggigil menahan sejuk yang semakin menikam ke tulang putihnya.

“Take this..”Hariz menghulurkan jacket labuh yang dipakainya sebentar tadi,wajahnya serius menghulurkannya kepada Dynaz.Cepat Dynaz menggeleng dan menolak huluran itu.Wajahnya masih dingin tidak melihat ke arah lelaki tersebut.Hariz melepaskan keluhan kecil,begitu ego wanita dihadapannya ini.Tanpa menghiraukan tolakan Dynaz, Hariz kini menyarungkan jacketnya pada tubuh wanita tersebut.

“Mengapa perlu degil dan menyusahkan diri..”kata-kata Hariz serius sekali ditujukan pada wanita itu,pada mulanya Dynaz cuba menolak enggan menyarung jacket tersebut tetapi akhirnya dia mengalah jua apabila kesejukan semakin menular ke tubuh kecilnya itu.

“Wait here..I will go and book the room”tenang dan prihatin sekali nada yang dituturkan Hariz kepadanya sebelum meninggalkan dirinya di situ.Dynaz melihat kelibat lelaki itu yang kini semakin jauh meninggalkan dirinya.Sedikit sebanyak hatinya tersentuh dengan keprihatinan lelaki tersebut kepada dirinya.Dynaz memandang sayu lelaki tersebut.Jacket Hariz yang tersarung pada tubuhnya itu diusapnya erat,masih segar haruman lelaki tersebut pada jacket itu membuatkan Dynaz berasa begitu dekat di samping lelaki yang dirinduinya itu..Abang Hariz…



Inilah kali pertama dirinya bermalam di dalam sebuah bilik bersama seorang lelaki lain selain suaminya.Dynaz terduduk sepi di hujung katil yang besar dan indah itu,dirinya melihat gerak langkah Hariz yang kini leka memunggah bagasi milik lelaki tersebut.Sunyi sepi tiada sebarang bunyi melainkan halus bunyian angin yang dihembuskan air-cond di dalam bilik yang luas itu.

Tingkah Hariz seolah-olah tidak mempedulikan kehadiran dirinya di situ.Mungkin lelaki itu termakan dengan segala peringatan dari dirinya yang lebih awal mencipta jurang diantara mereka.Dynaz menarik nafas dalam,Hariz kini bangun dari duduknya di sofa besar itu dengan pakaian yang berada digenggamannya dia menuju kearah bilik air di situ.Dynaz memandang langkah Hariz,lelaki itu langsung tidak memandang ke arahnya malah menjeling pun tidak.Dynaz mengeluh..



“Hey..aku bukan mahu minta tolong kau!Antara kau dan aku tiada persamaan.Kau adalah orang asing bagi aku,kau tahu tak?!”kata-kata Dynaz begitu kuat sekali mengeluarkan segala kesakitan di hatinya itu.Sebenarnya dia lebih mahu menghamburkan kesakitan hatinya itu kepada pemandu teksi yang tiba-tiba sahaja teksinya meragam di tengah jalan itu.Kini segalanya dihamburkan kepada lelaki yang berjalan dihadapannya itu.

“Sudahlah teksi meragam,sekarang..terpaksa berjalan kaki pula!Kan dari awal kalau aku yang pilih teksi sudah pasti semua ni tak akan terjadi!”Dynaz membebel-bebel lagi di sepanjang jalan raya tersebut.Dirinya sakit hati sangat dengan kejadian yang berlaku.Hariz yang berjalan selamba dihadapannya sudah malas mendengar segala celoteh dari bibir kecil itu.Dia tahu wanita itu tidak berniat berkata-kata seperti itu.Dia kenal Dynaz..sungguh dia mengenali wanita itu.

“Entah apa jenis bala lagi yang akan datang lepas ni.Aku pun tak tahulah!”Dynaz kini membebel-bebel lagi dan tiba-tiba dia terjerit kecil,kakinya tersadung sebiji batu yang sederhana besar membuatkan dia tersungkur di situ.Hariz yang menyaksikan kejadian itu tersenyum geli hati,dia mengeleng-gelengkan kepalanya dan kembali mengatur langkahnya.Senyuman manis di bibirnya terpampang jelas mengingatkan kejadian itu.

“Cis!Gelakkan aku?Hey..kenapa kau gelak?kau ingat aku buat lawak ke?”Dynaz kini bersuara kuat cuba menahan malu diatas kejadian yang berlaku.Kelakuan Hariz yang tidak mempedulikan dirinya itu semakin manambahkan sakit di dalam hatinya dengan spontan tanpa berfikir panjang..

BUKK! Sebelah kasutnya dibaling tepat mengena bahagian belakang lelaki tersebut.Langkah Hariz terhenti,dia berpaling kearah Dynaz di belakangnya itu.

“Orang jatuh bukannye nak concern sket..ni..dia gelakkan aje!”Dynaz mengutip kembali kasutnya dan kini berjalan selamba meninggalkan Hariz.Langkahnya diatur laju selaju dengupan jantungnya kini yang berdegup pantas mengenangkan tindakan berani matinya sebentar tadi.



Dynaz kini tersedar dari lamunannya,wajah Hariz di hadapannya kelihatan jelas di pandangannya kini.Dia tersentak,sejak bila lelaki itu kini berada berhampirannya?Dynaz kini membetulkan kedudukannya di atas katil yang empuk itu.

“Termenung..tak baik untuk kesihatan..macam mana kaki?Ada rasa sakit lagi?”Hariz kini bersuara tenang sambil matanya kini tepat memandang ke wajah Dynaz.Sungguh Dynaz terkelu apabila melihat pandangan mata Hariz itu,dia tidak bisa berbicara malah untuk menjawab kata-kata lelaki tersebut juga tidak bisa dilakukannya.

Hariz mengeluh kecil,dia yakin wanita dihadapannya itu kini masih lagi dengan egonya yang tidak pernah akan luntur itu,tanpa menunggu jawapan Dynaz kini Hariz terlebih dahulu membelek sepasang kaki Dynaz yang kelihatan lebam itu.Bekas hirisan kulit pada tar jalan jelas kelihatan pada betis wanita tersebut.Mungkin kesan dari kejadian Dynaz yang tersungkur tersadung batu sebelum ini.

Dynaz kini cepat menarik kembali kakinya dari pegangan Hariz,jantungnya berdebar kuat apabila Hariz memegang lembut kulit di bahagian kakinya itu.

“Kena sapu ubat tu..tunggu sekejap I will get first aid box..”Hariz bernada serius sambil berjalan menuju kearah peti kecemasan yang telah tersedia di dalam bilik tersebut.Gaya lelaki itu tenang sahaja seolah-olah lelaki itu tidak merasakan sebarang getar yang melanda di jiwa Dynaz.


Sekejap sahaja ubat itu disapu pada kakinya,terasa segalanya berlaku dengan sekelip mata tanpa disedari olehnya.Dynaz hanya diam dan tidak membantah apabila Hariz memegang lembut kakinya itu.Sungguh dia berasa tenang dan sungguh dia berasa selesa dengan sentuhan lembut Hariz pada kakinya itu.Ketelitian dan kesungguhan wajah kacak itu dilihat Dynaz sayu..entah mengapa dirinya begitu tersentuh melihat keprihatinan Hariz terhadap kecederaannya itu.Inilah kali pertama dia berpeluang melihat wajah itu dengan jarak yang dekat setelah sekian lama dirinya hanya hidup berbekalkan kenangan yang silam.Segalanya tidak berubah,wajah itu masih sama dan masih kacak seperti dahulu.Tiba-tiba sahaja jiwanya dihimpit kesayuan..

“Kenapa begitu baik melayan Naz..sedangkan sehari suntuk Naz berkelakuan buruk pada abang..”akhirnya Dynaz mengalah,entah mengapa dirinya begitu tersentuh dengan kesabaran dan keprihatinan Hariz yang sanggup melayan karenah dan ragamnya sepanjang hari ini.Dirinya binggung dengan hatinya yang begitu mudah merobohkan tembok yang selama ini dibinanya.Dengan tidak semena-mena air matanya gugur..gugur disebabkan dirinya yang kini dihimpit dengan perasaan yang tidak menentu.

“Mengapa abang tidak bisa bertahan?Sedangkan Naz bertahan begitu lama..dan tidak mampu dibalas hanya dengan sehari ini.”Hariz menjawab sepi,dia cuba untuk menyembunyikan perasaannya ketika itu.Wajah Dynaz tidak dilihatnya sebaliknya pandangannya masih tepat melihat ke kaki wanita tersebut yang kini sedang ditampal plaster luka olehnya.

“Mengapa semua ini berlaku kepada kita?”Dynaz tidak dapat mengawal dirinya,air matanya berguguran tatkala menuturkan kata-katanya itu.Tiada nada mendesak darinya,sebaliknya kata-katanya itu seolah-olah merupakan keluhan dari perasaan hatinya.Begitu dia amat merindui lelaki tersebut dan begitu jugalah dia amat berdendam dengan lelaki di hadapannya ini.

“Naz..segalanya sudah ditentukan tuhan..Abang ada Fasha dan Naz ada Dennis,semuanya takdir yang telah ditentukan tuhan.”lembut dan tenang kata-kata Hariz yang kini melihat tepat ke wajah Dynaz.

“Abang rela..jika Naz melayan abang dengan buruk jika semuanya itu dapat menebus segala kesalahan abang kepada Naz.”pandangan Hariz penuh keikhlasan,ada sinar kesengsaraan di sepasang mata indah itu.Dynaz melihat sayu,sungguh jiwanya tersentuh.Dia merindui lelaki tersebut,sungguh dia tidak dapat menyangkal hakikat itu.

“Abang bahagia dengan Fasha?”Dynaz menyoal sayu,dirinya mahu menamatkan segala persengketaan ini.Sungguh dia sudah lelah dan penat berada di dalam permainan perasaan penuh kesengsaraan ini.

“Abang harap Naz merestui hubungan kami..”Hariz mengangguk kecil dan menghadiahkan senyuman hambar kepada Dynaz.Dia kini mula mengemaskan ubat-ubatan yang digunakannya sebentar tadi.Dynaz terdiam mendengar kata-kata lelaki tersebut.Sungguh dia tidak menyangka Hariz begitu menyanyangi Fahsa dan lebih memilih wanita itu darinya.Pilu..hatinya kini terasa begitu sedih sekali.Linangan air matanya kini menitis satu persatu membasahi lagi pipinya yang gebu itu.

“Abang harap ini pengakhiran kisah kita..abang harap tiada dendam di hati Naz..sungguh abang harapkan..”wajahnya tenang mengharapkan kebahagiaan Dynaz dan kini mula mengatur langkah untuk meninggalkan Dynaz di situ,serentak itu tiba-tiba tubuhnya dipeluk erat.Pelukan Dynaz begitu erat memeluk dari arah belakang tubuhnya,Hariz tersentak..dirinya terkaku dengan tindakan Dynaz yang diluar jangkaannya itu.

“Naz..dah buat keputusan..Naz terima segala kententuanNYA..biarlah dendam ini berakhir,Naz terima segala takdir yang akan ditentukan..Naz terima..”suara Dynaz rendah dan sayu sekali.Pelukannya dieratkan pada tubuh Hariz yang kaku.Sungguh dia akan pasrah dengan segala kententuan tuhan selepas ini,dia pasrah dengan apa yang akan ditentukan tuhan pada dirinya.Pasrah jika Hariz sememangnya bukan miliknya dan juga pasrah jika sebenarnya Hariz akhirnya ditakdirkan untuknya..Apa yang dia pasti dirinya tidak akan mudah mengalah..tak akan mengalah.

Jika ditakdirkan dia akan memaafkan lelaki ini,dia akan lakukan itu..dan jika ditakdirkan suatu masa nanti dirinya ditentukan bersama lelaki ini,dia akan terimanya..



Dennis memegang erat telefon bimbitnya,kepalanya pusing memikirkan perasaannya kini.Entah mengapa sejak dia berpijak di hotel ini hatinya berdebar kuat,di luar sana hujan turun dengan lebatnya sekali.Kilat sambung-menyabung seakan-akan tiada tanda akan berhenti.Jiwanya kini dilanda keresahan..

“Oh God! Kenapalah perempuan ni langsung tak call aku?”Dennis kini berjalan berpusing-pusing di hadapan pintu balkoni biliknya yang indah itu.Lagak gayanya seperti orang yang dilanda kerisauan.Entah mengapa hatinya tidak senang memikirkan perihal Dynaz yang tiada khabar berita itu.

Sekurang-kurangnya hantar message beritahu keadaan diri..Ini senyap tiada berita langsung!Dennis kini menjatuhkan pandangannya pada keadaan cuaca melalui pintu kaca di balkoninya yang tertutup rapat itu.Cuaca semakin buruk disebabkan itu jugalah dia dan keluarganya perlu bermalam di hotel ini dahulu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah mereka.

Mama dan papanya tadi tidak henti-henti menyoal perihal Dynaz kepadanya,semakin memeningkan kepalanya apabila memikirkan segalanya adalah kerana rancangannya itu.Sungguh dia mahu menjayakan rancangannya itu tetapi tidaklah sampai mahu membahayakan keadaan Dynaz.

Dennis kini berjalan mundar-mandir di dalam biliknya itu.Telefon bimbit di tangannya dilihat sekali lagi.Wajahnya kini tekad..

“Ok!I will try to call her.”Dennis bersuara nekad memutuskan tindakan yang perlu dilakukannya.Cepat Dennis kini menekan nombor speed dial No.7 yang disetnya untuk nombor Dynaz.

“Mianhada, dangsinui suro bullineun jiyeogui..(Maaf, nombor yang ada dial berada di luar kawasan..)”suara lembut operator wanita yang berkumandang di pendengaran Dennis itu membuatkan Dennis menarik nafas dalam.Satu keluhan dalam dilepaskannya.Telefon bimbitnya kini ditutup dan digenggamnya kuat.Seperti meluahkan rasa sakit hatinya ketika ini dia membaling jauh telefon bimbitnya itu mengena lantai dan pecah di situ.

“Orang sediakan kemudahan untuk digunakan bukan untuk disimpan!” seolah-olah Dynaz berada di situ,Dennis meluahkan kata-kata sinis dan sakit hatinya.Sungguh dia tidak gemar berada di dalam keadaan seperti ini.Menunggu seseorang di dalam keresahan yang tidak menentu.



Wajah Hariz tidur begitu damai sekali,Dynaz melihat dengan penuh ketenangan.Malam ini dia tidak bisa tidur apabila memikirkan Hariz yang kini sedang melabuhkan malamnya pada sofa besar di ruang tamu bilik tersebut.Sungguh Hariz tidak menyedari kehadirannya yang berada hampir lelaki tersebut,mungkin lelaki tersebut keletihan kerana sepanjang hari melayan karenah dan ragamnya.Dynaz tersenyum indah,kepalanya kini direhatkan pada sofa yang menjadi tempat rehat Hariz itu.Wajah Hariz ditelitinya,dia terasa begitu tenang dan begitu damai.

“Alangkah indah dan damai dunia ini jika Naz dapat menjadi permaisuri abang.”tenang dan rendah sekali Dynaz bersuara sambil segaris senyuman menghiasi bibirnya yang merah itu.Wajah kacak Hariz membuatkan dia berasa damai tidak pernah sepanjang hidupnya dia berasa begitu damai seperti ini.Dia tahu hanya Hariz yang bisa membuatkan perasaannya tenang dan hanya Hariz yang mampu mendamaikan hatinya ini.

Sebentar tadi buat pertama kalinya dia bersembang mesra bersama Hariz setelah sekian lama mereka tidak berbicara.Pelbagai topik yang diceritakan mereka,dan pertama kalinya Hariz dengan tidak sengaja menyentuh lembut tangannya ketika dirinya menghulurkan sebatang penyucuk sanggul yang diberikan Mi-Joo kepadanya.

Dynaz kini tersenyum manis,pandangannya masih lagi menatap indah raut Hariz.Serentak itu jari runcingnya menyentuh lembut wajah lelaki tersebut,seperti ada tarikan di situ wajahnya mendekati wajah lelaki tersebut.Segalanya berlaku tanpa disedarinya dia gagal untuk mengawal perasaannya.Dynaz kini mencium lembut segaris bibir merah semulajadi milik Hariz.Buat pertama kalinya dia mencium bibir seorang lelaki dengan kerelaan hatinya dan sungguh fikirannya kini tidak peduli akan sebarang akibat dari perbuatannya itu.



Pagi lagi Dennis, Pn.Chae Rin, En.Amir dan Fasha berada di perkarangan jeti menunggu kepulangan Dynaz dan Hariz.Semalam tiada langsung khabar berita yang diterima mereka mengenai Dynaz dan Hariz.Sungguh mereka sangat berharap Dynaz ketemu Hariz di sana dan lelaki itu akan menjaganya dengan baik di sana.

Pn.Chae Rin kini kelihatan begitu gelisah,mundar-mandir dirinya berjalan di jeti itu cuba menenangkan perasaan gelisahnya ketika ini.Ikut hatinya dari semalam lagi dia ingin melaporkan kejadian ini kepada polis tetapi suaminya itu melarangnya dari berbuat sedemikian rupa.

Dennis melihat mamanya serius,dirinya yang gelisah itu cuba disembunyikan dengan wajahnya yang dipamerkan tenang itu.Semalamam dia tidak dapat tidur lelap,jantungnya sering berdebar pantas seolah-olah menyampaikan khabar yang buruk kepada dirinya.Dennis kini mengeluh kecil,pandangannya kini dijatuhkan pada laut luas yang berombak tenang itu.Cuaca pada pagi itu kelihatan cerah dan indah sekali,sekumpulan burung kelihatan riang terbang bebas di langit biru yang indah itu.Angin bayu yang bertiup sepoi-sepoi menghembus lembut ke pipi Fasha.Wajah wanita itu muram, sungguh hatinya kini tidak keruan memikirkan Hariz yang berkemungkinan besar berada bersama Dynaz ketika ini.Satu hembusan nafas yang berat dilepaskan wanita tersebut.

BOONNNNN!!Hon feri kini berbunyi kuat menandakan feri dari pulau Jeju itu sudah hampir berlabuh di pengkalannya membawa para penumpang yang mungkin terkandas di pulau tersebut akibat cuaca buruk yang melanda semalam.

Dennis kini mengatur langkah cepat menghampiri kawasan menunggu,Pn.Chae Rin,En.Amir dan Fasha turut mengikut langkah Dennis.Pada raut wajah mereka kelihatan begitu gelisah mengharapkan kehadiran Dynaz dan Hariz yang turun dari feri tersebut.Pandangan Dennis kini melilau-lilau mencari kelibat isterinya itu,dirinya cuba berlagak tenang walaupun kini kegelisahannya jelas terpampang pada wajah kacaknya itu.Nafasnya terasa semakin sempit apabila melihat jumlah penumpang turun dari feri yang semakin mengurang tetapi kelibat Dynaz langsung tidak lagi kelihatan.

Pn.Chae Rin kini menjadi tidak menentu,dia memegang erat lengan suaminya mengharapkan kehadiran menantunya itu.

Akhirnya setelah semua penumpang turun kelihatan seorang wanita yang kini berjalan terhinjit-hinjit sambil dipapah seorang lelaki.Wajah Pn.Chae Rin kini bertukar ceria.

“Naz..Naz..mama ni!”Pn.Chae Rin kini menjerit memanggil-manggil menantunya itu.Dynaz yang kini kelihatan kekeliruan melihat terus ke kawasan menunggu.Apabila melihat satu-satu wajah yang menunggunya di situ, dia mempamerkan senyuman manisnya.Dennis kini menghembuskan nafasnya dalam,pandangannya tajam melihat Dynaz.Sungguh wanita itu telah mengacau-bilaukan malamnya, semalamam dia tidak mampu melakukan apa-apa melainkan memikiri nasib wanita tersebut.

Dynaz kini memaut erat Hariz,senyumannya manis apabila melihat wajah lelaki itu.Jacket labuh lelaki tersebut tersarung kemas di tubuhnya menambahkan lagi kedamaian yang dirasainya sekarang.Sesekali dia menjeling kearah Fasha yang kini melihat penuh kekejutan terhadap kemesraan diantara dirinya dengan Hariz itu.Pada wajah wanita itu terserlah raut kecemburuan yang mendalam.Dynaz tersenyum kemenangan,pautan pada lelaki itu dieratkan lagi sambil matanya melirik sinis kearah wanita yang kini ditenggelami amarah yang memuncak itu.

6 comments:

ღpanda_onchairღ said...

xabes2 wt org skt ati fasha ni,,
pdn muke dye,,
dynaz pndai amek ksmptn gak eh,,
hahaha

aqi` akirah said...

i likeeeeeeeee\o\
huhuhuhu..

keSENGALan teserlah.. said...

errkk..
ade pape jd ke antara dynaz ngn haris??
hope no..
huhu..
nk dennis ngn dynaz je...

Anonymous said...

huhu..dennis..dennis..
egonye die ni..
berjaya gak dynaz myakitkn hati fasha..
hope dynaz ngn dennis..
xmo la die ngn hariz..

alom said...

huuuuuu..nak n3 lg.. bleh x kanafee?? plz2..luv sgt2 kt dennis n dynaz.. good karya kanafee.. like it so much..

Anonymous said...

nak dennis dgn dynaz...

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket