Novella~My LovE 5

Wednesday, February 18, 2009

BAB 5

Keriangan malam dipekarangan dewan budaya ditambah lagi dengan keriuhan para peniaga yang menjual makanan, minuman dan tidak terkecuali juga barang-barang mainan dan cenderahati membuatkan keadaan disitu tidak ubahnya seperti di siang hari.Setiap jalan dipenuhi dengan gerai-gerai bagi peniaga untuk mencari rezeki.Para pembeli pula disediakan dengan pelbagai juadah yang beraneka jenis untuk mereka membeli.Keadaan yang sesak itu betul-betul menambahkan keceriaan.Pelbagai ragam manusia dapat dilihat disitu, ada yang sibuk membeli ada juga yang sibuk menikmati juadah dan tidak terkecuali juga kanak-kanak yang merayu kepada ibu bapa mereka untuk membelikan permainan bagi mereka.Lagu-lagu kebudayaan juga kuat dipasang untuk menghidupkan lagi suasana malam kebudayaan tersebut.Rata-rata semua penduduk kampung datang dengan berpakaian mengikut budaya melayu yang disanjung tinggi.Pakaian jati anak bangsa Melayu.

“Wah,meriahnya malam budaya ni, tak ubah seperti tahun lepas, kan bang?” Ibu Dynaz yang cantik dengan persalinan kebaya labuhnya cantik disamping suaminya yang segak berpakaiaan baju melayu.Pak Rahim mengangguk setuju dengan isterinya itu.Dynaz yang sentiasa simple dan cantik dengan baju kurungnya.Rambutnya diikat kemas kebelakang.Tanpa secalit make-up pun wajahnya masih kelihatan cantik dan berseri.

“Mak,abah, Naz nak cari Limah kat gerai dia sekejap.” Dynaz bersuara sambil melihat-lihat keliling, matanya galak mencari gerai Halimah.

“La, tak nak masuk dewan ke? Fasha nak buat persembahan sat lagi.” Ayahnya bersuara sambil melihat kearah anak kesayangannya itu.

“Tak pe pergilah, nanti mak tolong jaga tempat Naz kat dalam dewan ye..”Mak Ana pula bersuara, kenal benar dia dengan anaknya itu kemana sahaja pasti tidak akan berengang dengan kawan-kawannya.

“Eh, tak usahlah mak..Dynaz nak tolong Limah kat gerai dia saja..”Dynaz menolak lembut cadangan ibunya itu.Dirinya tersenyum lebar sambil membetul-betulkan butang baju kurungnya.

“Apa-apa je lah, jaga diri elok-elok tau.”Mak Ana senyum kembali kearah anaknya,dia mula beredar dengan Pak Rahim.

“Eh, jangan lupa kirim salam kat menantu abah ye..”Pak Kassim sempat berpesan sambil mengeyitkan matanya kearah Dynaz.Tahu benar dia tentang karenah anaknya itu, pasti mahu berkepit bersama tunangnya itu.Lega hatinya kerana Dynaz anak kesayangannya itu dapat ditangan budak yang baik seperti Hariz.Dynaz yang mendengar kata-kata ayahnya itu tersenyum, merah rona kulit mukanya yang putih gebu.

Dari jauh kelihatan Halimah sibuk dengan gerai cendolnya, kehulu kehilir dibuatnya kerana sibuk dengan pelanggan-pelanggan yang berpusu-pusu datang membeli cendol untuk membasahkan tekak.

“Ya..terima kasih, datang lagi.”manis air wajah Halimah menjual untuk menarik hati para pelanggan.Selain itu juga untuk memastikan para pelanggan berpuas hati dengan layanan baiknya.Itulah kunci kejayaan yang dipegangnya selama ini.

“Hai, Limah perlukan bantuan?”tiba-tiba muncul Dynaz disebalik para pelanggan.Terkejut Halimah tapi sempat dirinya mengangguk dan menarik lembut lengan kawannya itu supaya masuk ke gerai dan memberi khidmat bantuan.

“Ya, tepat pada masanya! Mak dan abah aku tak de ni.”Halimah bersuara sambil tangannya ligat membungkus cendol.Dynaz hanya tersenyum dengan cepat dia memakai apron yang disidai kemas di penyangkut apron.Wajahnya manis memberi pertolongan kepada Halimah.Sibuk sungguh mereka berdua samapai tidak sempat untuk bertegur sapa dan bersembang sesama sendiri.

“Fuh,leganya..kurang sikit pelanggan dari tadi..”keluh Halimah yang penat terduduk di kerusi.Dynaz tersenyum melihat rakannya itu.

“Kalau hari-hari macam ni, for sure aku boleh kurus punya.”Halimah tergelak dengan percakapannya, dilihatnya kearah kawannya itu mereka berdua tergelak kuat bersama-sama.

“Betul-betul tak sangka, sampai laku macam ni..”Limah mengeleng-gelengkan kepalanya tidak percaya dengan jualan cendolnya hari ini.

“Hei, siapa tak kenal ‘Cendol Limah’ yang lemak berkrim digilai oleh sesiapa sahaja”Dynaz bersuara masih bersisa lagi ketawanya sebentar tadi.Dia mula mencari tempat disebelah kawannya itu.

Halimah mengibas-ngibas kain tuala kecil kebadannya supaya terasa dingin.Dynaz turut melakukan juga.

“Eh, Limah nampak abang Hariz tak?” Dynaz menyoal sambil matanya melilau-lilau mencari kelibat tunangnya itu.

“Entahlah, tadi kat dalam kelas aku dengar dia ada nak datang..tapi sampai sekarang tak nampak pun batang hidung dia.”Halimah juga turut mencari-cari kelibat Hariz.

“Si Yusri pun tak nampak..”Halimah bersuara lagi. Mendengar nama Yusri Dynaz tersenyum nakal.Dia menjeling kearah kawannya itu.

“Eh, ada orang rindu kat Yusri rupanya…”Dynaz mendekatkan wajahnya kewajah Halimah bertujuan untuk mengusik.Senyuman nakalnya masih lagi kelihatan.

“Kau ni! Tak kan sampai ke situ kot, aku dengan dia seteru lah! Seteru! Faham..”

Halimah mendekatkan juga wajahnya ke wajah Dynaz, kedua-dua matanya dibesarkan di hadapan Dynaz.

“Rindu katalah rindu..nak jadi seteru pulak..”Dynaz mencebik wajahnya, dan tersenyum semula setelah Halimah turut mecebik wajahnya.

“Sudahlah..kau tu, aku nak nasihat pandai-pandailah jaga si Hariz tu.Nanti melepas pulak.” Halimah mula mengubah tajuk perbualan diantara mereka berdua.Dynaz memuncungkan mulutnya dirinya meruncingkan matanya tepat memandang kea rah kawannya itu.

“Apa maksud kau hah?” Dynaz mengangkat kening.

“Cais, buat tak tahu pulak, kau tu pandai-pandailah bergaya sikit.Ni selekeh je aku tengok.” Halimah bersuara sambil menunjuk-nunjuk baju kurung yang dipakai oleh Dynaz.

“Kau tu kena tahu, yang kau tu bertunang dengan jejaka idaman kampung ni.Kau tahu bila-bila masa je ‘perempuan ratu’ tu boleh rampas tunang kau” lantang Halimah bersuara tanpa menoleh kearah Dynaz.Tiba-tiba dia tersentak,tidak dia tersangka yang dirinya sudah tersebut panggilan yang paling tidak disukai Dynaz.

“Ooopss..sorry.”Halimah berpaling kembali kearah Dynaz sambil menutup mulut murainya.

“Eh, tak apa lah..aku okey.Sekarang ni aku tak perlu takut lagi dengan si ratu tu, tau tak.”riang Dynaz berkata sambil mendekati kawannya itu.Halimah hairan, binggung dia dengan kata-kata Dynaz.

“He.He.He..mesti kau terkejut kan? Kau tau tak, abang Hariz dah terangkan segalanya pada aku.Bahawa dia sangat menyukai aku,dan tak mungkin akan melukakan hati aku.”bersinar-sinar wajah Dynaz menerangkan kepada kawan baiknya tu.Dia tersenyum manis melihat Halimah yang masih melihat kearahnya tanpa sebarang reaksi.

“Iye..percayalah, abang Hariz tak akan melukai hati aku.”sungguh-sungguh Dynaz bersuara sambil memegang erat tangan kawannya itu.Halimah menarik nafas dalam dan memberikan senyuman kepada Dynaz.Hatinya masih tidak tenang dengan kenyataan itu.Dia tetap dengan fikirannya supaya Dynaz cepat-cepat belajar untuk bergaya dalam hidupnya.

“Ok,lah mak dan abah kau dah sampai tu, aku minta diri sekejap nak cari tunang aku tu.”Dynaz masih lagi tersenyum manis, dia mengenyitkan matanya kepada kawannya itu.Halimah tersenyum paksa dan mengangguk.

“Kalau dia buat hal, kasi tau aku.Nanti aku tangankan dia.”sempat juga Halimah membuat lawak kepada Dynaz.Dynaz menyambutnya dengan senyuman yang ceria dan berlalu pergi sambil melambai riang kearah Halimah.

“Emm..budak yang kasihan,” Halimah mengeluh perlahan sambil matanya masih lagi melihat kelibat Dynaz yang semakin menghilang ditengah-tengah orang ramai.Dirinya sungguh risau dengan perhubungan Dynaz dengan Hariz.Bukannya dia tidak tahu bahawa Hariz masih lagi tidak dapat melupakan sepenuhnya tentang Fasha di dalam hatinya.Semestinya perkara itu susah untuk dilupakan kerana Fasha merupakan cinta pertama jejaka tersebut, walaupun Hariz tidak pernah memberitahu kepada Fasha tentang perasaannya.Mengingatkan perkara tersebut, cepat sahaja kotak fikirannya berputar ke masa lampau ketika mereka masih berusia 10 tahun.


“Eh,Hariz! Jiwang nampak..”Halimah menyakat kawannya itu setelah melihat Hariz asyik termenung tidak menghiraukan keadaan keliling.

“La,Limah kau jangan kacau la..habis mood aku tau..”Hariz menarik muka sambil berpaling kearah lain untuk menyambung semula angannya tadi.

“Kau ni dah jatuh cinta ke?”Halimah bersuara masih menyakat kawannya itu. Hariz tersentak,cepat dia menoleh kearah Halimah.

“Mana kau tahu ni?”panik saja wajah Hariz.

“Aku ni dari dulu lagi dah kenal dengan kau tu.” cepat sahaja Halimah mengambil tempat disebelah Hariz.Hariz yang melihat segera memberi ruang untuk Halimah.

“Siapa perempuan tu?”manis wajah Halimah menyoal didalam hatinya dia sudahpun tahu akan jawapannya.Sudah tentu Dynaz kerana mereka sangat rapat.

“Baguslah Dynaz, Hariz pun ada feeling dengan kau..”Halimah berkata riang didalam hatinya.Sememangnya Dynaz sudah menyuarakan kepadanya bahawa dia sangat menyukai Hariz.

“Fasha.”Hariz bersuara lembut seperti mengambarkan kelembutan si pemakai nama tersebut.

“Apa?! Fasha!” terkejut besar Halimah mendengar pengakuan tersebut.Hariz menoleh selamba kearah Halimah dan mengangguk sekali.

“Yup, aku dah jatuh cinta dengan dia la, entahlah aku rasa aku masih muda..tapi hati aku rasa semacam aje bila betembung dengan dia.” Hariz memegang lembut dadanya.Dirinya tersenyum manis.

Tiba-tiba Dynaz muncul bersama Yusri dengan sebuah basikal.

“Hey, Hariz dan Limah marilah join sekali.”ajak Yusri ceria.Dynaz yang membonceng dibelakang Yusri turut tersenyum ceria.

“Kami rancang nak pergi tangkap ikan dekat Paya Tok Din, nak join tak?”ajak Dynaz.Diusia yang muda sebegini Dynaz tidak ubah kelihatan seperti kanak-kanak lelaki yang sangat comel.Hariz tersenyum lebar mendengar rancangan kawan-kawannya itu.Halimah juga turut tersenyum.

“Okey! Tapi dengan syarat Dynaz naik basikal aku.” Hariz mengeluarkan syarat dengan senyum yang masih terpamer dibibirnya.

“Orait!” Yusri bersuara kuat.Dynaz turun dari basikal dan pergi kearah Hariz.

“Ok,Limah bonceng kau”Dynaz bersuara sambil jarinya menunjukkan kearah Yusri.

“Eh,jangan..nanti pancit tayar aku ni..”Yusri bersuara sambil tersenyum kambing kearah Halimah.

“Eleh, aku pun tak mahu naik dengan kau la.Ni, aku dah bawak basikal aku sendiri lah”tajam Limah menjeling.

“Sudah..sudah..jom kita bertolak.”Hariz yang ketawa besar melihat karenah kawan-kawannya itu sempat bersuara untuk meleraikan keadaan diantara Halimah dan Yusri.

“Dynaz,duduk baik-baik tau.Abang nak bawa laju ni”Hariz sempat berpesan kepada Dynaz sambil tangannya lembut mengusap pipi comel Dynaz.Dynaz mengangguk ceria.Halimah yang melihat keadaan itu cuma tersenyum dalam hatinya kesiankan Dynaz.Hariz mungkin melayan Dynaz dengan baik cuma sebagai adik kerana Hariz sudah pun memiliki cinta hatinya iaitu Fasha.

“Oi,makcik cendol!Jauh berangan.Tak nak jual ke!”kendengaran suara nyaring seorang pelanggan yang mematikan terus kenangan lampau yang diimbau Halimah.Raut wajah Halimah yang tenang sebentar tadi mula berubah.Digengamnya erat senduk cendol ditangannya.

“Ooo..makcik ye..”Halimah mengulangi panggilan tersebut perlahan didalam hatinya sambil mengalihkan badanya menghadap pelanggan tersebut.

“Oops..Limah ke..so..rry..ye..”pelanggan tersebut mula merasakan ketakutan apabila melihat penjual cendol tersebut merupakan Halimah.Halimah yang melihat pelanggan yang ketakutan itu menghadiahkan segaris senyuman sinis.

______________________________________________________

“Abang Hariz!” Dynaz sengaja mengejutkan Hariz yang leka bersembang bersama Yusri disebuah gerai makanan.Hariz tersenyum melihat Dynaz,tenang hatinya melihat Dynaz yang berpakaiaan baju kurung selain daripada baju kurung seragam sekolahnya sahaja.

“Wah,cantik sungguh Dynaz hari ni, meh duduk kat tepi Yusri ni.”sengaja Yusri menyakat Dynaz.Dynaz menarik rupa dan segera diangkat kerusi kosong dimeja sebelah dan diletakkan ditepi Hariz,lalu diduduknya.Yusri hanya tergelak melihat Dynaz.Hariz hanya mengeleng-gelengkan kepalanya tersenyum dan kembali meneguk airnya yang masih berbaki.

“Sembang apa ni?Tak tolong Limah kat gerai ke?”soal Dynaz melihat kearah kedua-dua lelaki yang berada disampingnya.

“Kenapa?Limah perlukan bantuan ke?”Yusri menyoal serius.Matanya dibesarkan meminta jawapan kepada Dynaz.Dynaz dan Hariz yang terkejut melihat perubahan sikap Yusri mula memandang sesama sendiri.

“Eh,risau ke?”sengaja Hariz menduga.

“Tak adalah..aku cuma tanya je..tak boleh ke?”Yusri menjawab sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Em..tak salah la..”Dynaz selamba mengangkat bahu.Mulutnya dikebamkan menahan tawa yang hampir teburai.Hariz pula meletakkan tangannya dagunya cuba menglindungi senyumannya dari kelihatan dan cuba berlagak selamba sedangkan hatinya sudah tertawa melihat keperihatinan Yusri terhadap Halimah.

“Ok,apa-apa aje lah, aku nak pergi jalan-jalan jap.”cepat Yusri bersuara dan berlalu pergi bagi menahan malunya.Tidak disangkanya reaksinya begitu cepat sehinggakan mengakibatkan dirinya menanggung malu besar dihadapan kawan-kawan baiknya itu.

“Ha.Ha.Ha..tak sangka Yusri peduli juga dengan Limah tu.Ha.Ha”teburai ketawa Dynaz mengenangkan sikap Yusri sebentar tadi.Hariz turut tersenyum dan ketawa tetapi tidaklah sekuat Dynaz.Sempat dirinya mencuri melihat Dynaz, Dynaz sememangnya seorang perempuan yang cantik.‘Neutral Beauty’ itulah ungkapan yang boleh digambarkan mengenai Dynaz.

“Dynaz,sudah-sudahlah ketawa tu,tak baik anak dara ketawa kuat-kuat.”Hariz bersuara sambil pandangannya jatuh tepat kewajah Dynaz.Dynaz mengangguk-angguk tetapi masih lagi ketawa cuma tidak sekuat tadi.

“Ok.ok..em..abang sampai bila?Tak nampak pun tadi?”Dynaz mula menyoal tunangnya itu.

“Abang dengan Yusri bantu kat dalam dewan tadi”Hariz menjawab.Dynaz terdiam, dia mengangguk.Dia tahu Makcik Rita selalu mahu menjodohkan anaknya Fasha dengan Hariz,cuma Hariz tidak pernah bertanyakan tentang anaknya itu walaupun hatinya kuat mengatakan Hariz sememangnya berminat dengan anak daranya itu.

“Jadi, kenapa tak tunggu sampai persembahan mula.sekurang-kurangnya boleh tengok Fasha buat persembahan”Dynaz bersuara menundukkan wajahnya.Tiada nada cemburu berbunyi.Hariz terdiam dia hanya melihat kearah tunangnya itu yang masih memandang ke bawah.

“Abang dah tak nak lihat persembahan Fasha lagi”tenang Hariz bersuara.Mendengar pengakuan Hariz pantas Dynaz menggeleng laju.Dia mengangkat wajahnya memandang tepat kearah wajah kesayangannya itu.Tidak mungkin Hariz tidak mahu lagi menonton persembahan Fasha, kerana Hariz yang dikenalinya sangat menyukai tarian yang dipersembahkan Fasha.Setiap tahun pasti Hariz akan menonton tarian Fasha malah dia menonton persembahan Fasha dari kecil lagi.

“Tak..tak mungkin abang tak nak lihat persembahan Fasha lagi.”tenang juga Dynaz bersuara.Matanya tepat memandang kearah hadapan.Tidak lagi melihat kearah wajah Hariz.Hariz tersenyum, dan mendekati wajahnya ke telinga Dynaz.

“Kalau abang lihat Fasha tentu abang tak dapat lihat Dynaz abang yang comel ni.”bisik Hariz perlahan di telinga Dynaz.Dynaz yang mendengar ungkapan Hariz seperti hampir tidak percaya dengan apa yang didengarnya.Cepat dia menoleh kearah wajah Hariz yang berada hampir dengannya itu, dan Hariz menjauhkan wajahnya sedikit supaya tidak terlalu rapat dengan Dynaz,dikhuatirinya akan menjadi buah mulut orang kampung nanti.Hariz mengangguk mengiyakan segala percakapannya tadi dengan sebuah senyuman yang sangat manis.Dynaz masih diam, dirinya masih mencari-cari sinar kebenaran disebalik wajah Hariz.Akhirnya dia juga turut tersenyum lega.

“Ini merupakan hadiah istimewa buat Dynaz,”Hariz bersuara rendah, manis Dynaz menghadiahkan senyumnya kepada Hariz.Hariz juga turut tersenyum walaupun dirinya telah mengorbankan kegembiraannya dia sanggup untuk mengembirakan Dynaz.

“Ok, sekarang ni Dynaz pulak nak kasi hadiah kat abang,” Dynaz bersuara riang dan segera menarik lengan gagah milik Hariz.Hariz yang terkejut dengan tindakan Dynaz cuma mampu mengikut jejak langkah Dynaz yang kelihatan ceria untuk menunjukkan hadiahya kepada Hariz, tunang kesayangannya itu.

“Woi, lembablah kau ni mari sini buat cendol ni,”marah Yusri kepada Halimah yang sibuk mengira baki wang kepada pelanggan.

“Tok cai kau! Kan kau juga yang suruh aku uruskan bahagian kewangan, dan kau yang nak uruskan bahagian penjualan kan?”marah Halimah apabila dia selesai memberikan wang baki kepada pelanggan.Yusri tersenyum kecil,sengaja dia mahu mendengar suara Halimah.Dirinya tidak senang kalau tidak bergaduh dengan Halimah walau sehari.

“Kau tu yang datang offer bantuan kau, bukan aku yang cari kau tau tak?”Halimah mencebik sambil mendekati Yusri.

“Eleh,kalau aku tak datang tolong..boleh ke kau nak settle kan semua ni”makin rancak Yusri menaikkan darah Halimah.Halimah geram,mahu sahaja dia mematahkan batang leher si Yusri yang berada dihadapannya dan sesungguhnya dia memang mampu untuk melakukan itu.Direnung tajam kearah Yusri.Yusri yang menyedari hanya menjelirkan lidahnya masih bertujuan untuk menyakitkan hati kawannya itu.

“Gemuk.Patutlah lembab.”selamba Yusri bersuara sambil kembali melakukan kerjanya.Halimah menarik nafas dalam.Mengatur segala ketenangan didalam hati.

“Cakap..cakaplah biar sampai beruih mulut kau tu”Halimah sudah malas untuk mengendahkan segala percakapan Yusri.Dia sudah lali dengan sikap lelaki itu yang hanya hidup dengan satu tujuan iaitu untuk mengacau bilaukan hidupnya.

“Ni,aku nak tanya sikit.Nampak Dynaz tak?”Halimah serius bertanya.

Ada dengan Hariz,”Yusri menjawab mula bernada serius.Selalunya mereka berdua memang begitu walaupun sering bergaduh masih mampu berkomunikasi.

“Aku risaulah..”Halimah mula termenung melihat kehadapan.

“La..nak risau kenapa pulak.Kan Dynaz tu ada sama Hariz.”Yusri membulatkan matanya kepada Halimah.

“Bukan pasal tu la..”Halimah menjeling tajam kearah Yusri.

“Aku risaukan tentang perhubungan mereka berdua la”Halimah bersuara sambil menghembuskan nafas dalam.Yusri binggung,dan berasa hairan melihat Halimah.Terhenti kerjanya yang sibuk mengelap meja dihadapannya.

“Aku tengok Hariz tu macam tak dapat lupakan Fasha lagi.”rendah suara Halimah menyuarakan rasa hatinya yang resah.Yusri menarik nafas dalam dan dihembusnya perlahan.Dirinya memandang Halimah serius.

“Jadi,aku rasa jalan terbaik untuk Dynaz ialah untuk belajar bergaya macam Fasha.”Halimah menyuarakan cadangannya.Yusri mengangkat kening kirinya sambil melihat tepat kearah Halimah.Berkerut dahinya.

“No,no.Aku tak setuju.Tu namanya plastik.Come on lah…Dynaz tu sudah ada daya tarikannya sendiri.”Yusri tidak setuju dia menggeleng-geleng kepalanya pantas tidak bersetuju.Halimah masih dalam keadaan raut wajah yang mempamerkan kerisauan dijiwanya.

“Sudah,jangan fikirkan..Hariz kan sudah bertunang dengan Dynaz”Yusri cuba menenangkan perasaan Halimah yang kini dilanda kemurungan.

“Yusri, kau kan tahu Hariz sangat cintakan Fasha.Malah kalau Fasha tahu tentang itu, aku pasti mungkin Fasha juga akan sukakan Hariz.”Halimah bersuara.Yusri terdiam.Buat seketika keadaan menjadi sunyi sepi.Masing-masing melayan perasaan sendiri.

Sememangnya,Hariz tidak pernah meluahkan rasa cintanya kepada Fasha.Hariz bimbang Fasha tidak dapat menerima dirinya walaupun Halimah,Yusri malah Dynaz juga tahu bahawa jikalau Hariz meluahkan rasa cintanya kepada Fasha tentu Fasha akan menerimanya.

“Kau rasa patut tak aku luahkan perasaan aku?”Hariz bersuara ketika mereka berempat lepak diluar rumah Hariz untuk bermain gitar.Yusri terdiam,Halimah melihat kearah Dynaz dan Dynaz pula hanya berlagak selamba sambil berpura-pura tenang memetik gitarnya.Hatinya gemuruh tidak keruan,takut untuk menerima kenyataan bahawa sebenarnya Hariz mencintai perempuan lain.

“Kau sure ke nak kasi tau dia..”Yusri bersuara bagi memecahkan keheningan yang berlaku.Hariz yang duduk bersandar di pohon jambu kesayangan ayahnya itu mengangguk sambil memandang tepat satu persatu wajah kawan-kawan baiknya itu.

“Em..aku rasa better kau jangan kasi tau lagilah..”Halimah bersuara sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Hariz melihat Halimah dengan matanya yang terbuka luas meminta penjelasan daripada Halimah.

“aa..ii.iyelah..kan kau ni ketua pelajar,jadi agak malulah kalau kau bercinta sedangkan..kau sendiri disuruh untuk banteraskan cintan cantun ni kat sekolah kan..”tergagap-gagap Halimah bersuara panik semacam saja wajahnya.Semua mata memandangnya.

“He..He..He..betul lah aku kata, kan?”laju Halimah menyiku Yusri untuk bersetuju dengannya.Yusri menjegilkan matanya tidak mengerti dengan tindakan Halimah.Halimah tersenyum sikit sambil matanya menunjukkan isyarat kepada Yusri untuk melihat kearah Dynaz yang kelihatan muram.Akhirnya Yusri mengerti apa yang sedang diterangkan Halimah, laju sahaja dia mengangguk tanda setuju.Sebenarnya dia juga sudahpun tahu akan perasaan Dynaz terhadap Hariz,cuma Dynaz sahaja yang memaksa dia dan Halimah untuk merahsiakan perkara tersebut.Hariz mengerutkan dahi,dirinya hairan dengan karenah Yusri dan Halimah.

“Erm..Dynaz, apa pendapat Dynaz?”lembut Hariz bertanya apabila Dynaz sahaja yang tidak bersuara lagi.

“Kalau abang rasa tu yang betul, abang lakukan ajelah.”Dynaz tersenyum paksa tetapi tidaklah sampai menimbulkan keraguan dihati Hariz.Halimah dan Yusri tersentak, serentak mereka memalingkan pandangan kepada Dynaz yang masih bersisa senyumannya.

“Dynaz memang best.Ni buat abang sayang lebih ni..jom abang belanja aiskrim.”Hariz bersuara riang laju tangannya mengusap pipi Dynaz.Memang sudah menjadi tabiat Hariz yang selalu suka mengusap lembut pipinya Dynaz, malah Hariz melakukannya sejak dari kecil lagi.Oleh kerana itu, Dynaz, Halimah dan Yusri tidak janggal dengan tabiat Hariz itu.

Pagi itu merupakan hari perhimpunan rasmi disekolah mereka.Kelihatan keadaan di dataran berkumpul, sungguh sesak dengan pelajar-pelajar yang sibuk dengan ragam masing-masing.Kebanyakkan mereka sibuk mencari-cari kedudukan barisan kelas masing-masing.Keadaan juga menjadi bising dengan riuh rendah suara pelajar-pelajar yang juga sibuk berbincang, bercerita dan berkongsi topik diantara mereka.

“Dynaz, temankan abang jumpa Fasha nanti.”tiba-tiba Hariz datang kesisi Dynaz sambil bersuara serius dan perlahan.Tetapi nadanya ada terselit keriangan.Hampir tersentak Dynaz apabila Hariz muncul dengan tiba-tiba dan bersuara mengejut seperti itu.Tetapi cepat dia mengawal keadaan dirinya.Cepat dia menghadiahkan senyuman walaupun ternyata senyuman yang diberikan itu tidak begitu mesra.

“Okey,”Dynaz mengangguk kecil.Hariz memberikan senyuman manis kepadanya dan cepat berlalu untuk kehadapan pentas bagi memulakan perhimpunan pada pagi tersebut.Dynaz terdiam,hatinya seperti ditusuk sembilu.Sakit sekali rasanya,mahu sahaja dirinya menanggis dan meluahkan perasaannya kepada Hariz bahawa dia sangat menyintai Hariz sejak hari pertama dia mengenali Hariz lagi.Sesungguhnya pada saat ini dia sangat tidak mampu untuk membendung tanggisannya,tetapi dikuatkan juga semangatnya untuk menghadapi kenyataan bahawa Hariz tidak menyintainya.

Hariz mengerutkan keningnya, dia hairan dan binggung dengan Dynaz.Sungguh dia tidak percaya Dynaz menarik tangannya membawa dirinya kedalam Dewan Budaya.Dynaz tidak bersuara malah hanya tersenyum melihat kearah Hariz.Keadaan didalam dewan sungguhlah sesak dan bising dengan bilangan para penonton yang ramai dan riuh memberikan tepukan dan jeritan semangat untuk persembahan yang sedang dipersembahkan.

“Inilah hadiah untuk abang.”Dynaz bersuara tanpa melihat ke wajah Hariz.Matanya dijatuhkan terus kearah pentas melihat lenggokan tarian para penari yang asyik mempersembahkan tarian mengikut irama yang sungguh merdu.Hariz masih seperti tadi,dia tidak mengerti dengan apa yang dilakukan Dynaz.Wajahnya masih dengan riak yang tertanya-tanya.Matanya tepat memandang kearah Dynaz.

“Dynaz tak mahu abang korbankan apa yang abang suka.”Dynaz bersuara lembut sambil tersenyum.Matanya masih tidak teralih dari melihat keasyikan tarian yang dipersembahkan.Hariz terdiam tidak terkata apa-apa.

“Abang sangat suka lihat tarian,jadi ini hadiah Dynaz pada abang.” Lembut suara Dynaz dan mula memandang kearah Hariz.Hariz melihatnya dengan pandangan yang penuh dengan seribu pengertian.Dynaz tersenyum manis sambil mengangguk-angguk kepala mengiyakan segala percakapannya.

“Abang jangan risaukan perasaan Dynaz.Percayalah, bagi Dynaz abang sudahpun menunjukkan betapa abang mencintai Dynaz”Dynaz bersuara dan menghadiahkan senyuman mesra kepada Hariz.Hariz tidak terkata apa-apa tidak disangkanya bahawa hadiah yang dikatakan Dynaz adalah ini, dia mula melemparkan senyumannya kepada Dynaz.Tersentuh hati lelakinya apabila Dynaz bersikap sedemikian.Memang tidak salah dia memilih Dynaz sebagai teman hidupnya kerana Dynaz telah membuktikan kepadanya yang Dynaz sangat memahaminya.

“Lihat depan, nanti abang terlepas show pulak..”Dynaz berseloroh apabila dia melihat Hariz yang masih memandang kearahnya.Hariz mula memalingkan wajahnya menghadap kearah pentas.Memandangkan mereka berdua masuk ke dewan lewat, tempat duduk semunya sudahpun penuh dan mereka berdua terpaksa berdiri untuk menglihat persembahan.Hariz tidak terkelip matanya memandang keanggunan dan kelembutan tarian yang dipersembahkan.Kemuncak persembahan yang juga merupakan saat dinanti-nantikan para penonton tiba apabila Fasha sebagai ratu persembahan muncul ditengah-tengah pentas sambil diiringi penari-penari latar.Lemah gemalai bagaikan seorang puteri Fasha mempersembahakan tariannya.Semua mata didalam dewan seakan terpaku melihat kearah Fasha yang asyik mempersembahkan tariannya.Alunan musik gamelan memenuhi setiap ruang didalam dewan budaya tersebut.Asyik sekali musiknya ditambah lagi dengan gerak tari para penari menambahkan lagi keseronokan untuk menonton persembahan tersebut.

Dynaz melihat setiap gerak tari yang dipersembahkan Fasha,sungguh lembut dan gemalai sekali.Sememangnya Fasha kelihatan seperti seorang ratu sekarang ini,dengan pakaiannya yang cantik,set barang perhiasannya yang bergemerlapan dan juga wajahnya yang disolek anggun.Sesekali Fasha menghadiahkan senyuman anggunnya tidak ubah seperti seorang perimadona.Dynaz akui sememangnya Fasha berhak untuk mendapatkan gelaran seperti itu.

“Dynaz sokong abang kan?”Tepat mata Hariz merenung matanya Dynaz.Raut wajah Hariz penuh dengan kegelisahan sama seperti mana jiwanya yang semakin tidak tentu arahnya.Pagi tadi ditapak perhimpunan dirinya telah meminta Dynaz untuk menemaninya berjumpa Fasha.Bukannya dia tidak berani untuk berdepan dengan Fasha, tetapi dengan Dynaz dia akan lebih bersemangat.Mungkin mereka rapat bersama membuatkan kewujudan Dynaz disaat-saat ini sangat memberikannya semangat.

“Abang mesti boleh buat punya..jangan risau, Dynaz tetap ada di belakang abang.”Dynaz bersuara yakin walaupun hatinya seakan-akan menjerit menyuarakan isi hatinya yang sangat mencintai Hariz.Sebak hatinya apabila ternyata Hariz tidak mencintai dirinya.Dilihatnya Hariz masih mencari-cari akan kelibat Fasha sambil itu tersenyum manis kearahnya.Tidak lama kemudian, kelihatan Fasha bersama rakan-rakannya berjalan kearah yang sama Hariz dan Dynaz berada.Fasha langsung tidak tahu bahawa hari ini Hariz akan meluahkan cintanya kepadanya.Hariz yang melihat kelibat Fasha mula menarik nafas dalam untuk menguatkan semangatnya.

“Okey, Dynaz tunggu sini, abang akan pergi terus terang dengan dia.Just watch me ok.”Hariz mengeyitkan matanya dan laju bergerak kearah Fasha berada.Dynaz dapat merasakan hubungannya bersama lelaki kesayangannya itu selepas ini akan semakin menjauh.Dia perlu bersedia untuk kehilangan Hariz.Saat ini air matanya sudah memenuhi ruang matanya.Cepat dia membelakangi Hariz yang sudahpun bergerak meninggalkannya.Laju sahaja air matanya mencurah-curah ke pipi.Perit sekali rasanya ketika ini.Dia tidak dapat memikirkan apa-apa lagi,dibiarkan sahaja air matanya membasahi pipinya yang gebu itu.Aku sudah kalah..aku tidak boleh membuatkan Hariz mencintai aku..aku kalah..Dynaz merintih seorang diri sehingalah tiba-tiba suara hatinya bergema,Tidak kau perlu kuat! Kau tidak boleh seperti begini! Sesungguhnya apa sahaja pilihan Hariz, kau perlu pasrah asalkan Hariz gembira sudah cukup membuatkan kau turut gembira! Hentikan tangisan, tiada guna kau menangis..kau harus menerima kenyataan Dynaz! Segera dirinya mengesat air matanya dengan telapak tanganya.Dia menarik nafas dalam menguatkan semangat untuk berdepan dengan kenyataan hidupnya.

“Ya! Aku kena hadapi kenyataan!”Dynaz bersuara kuat dalam hatinya dan segera berpaling kearah Hariz yang mungkin saat ini sudahpun meluahkan perasaannya kepada Fasha.Tetapi tidak disangkanya,alangkah terkejutnya Dynaz apabila melihat Fasha terlebih dahulu disekat oleh seorang lelaki yang berpakaian baju kemeja kemas sambil menghulurkan sejambak bunga mawar kepadanya.Cepat Dynaz memandang kearah Hariz yang terkaku melihat kejadian itu.Fasha riang ketawa melihat lelaki itu dan segera menyambut bunga yang dihulurkan lelaki tersebut.Manja wajahnya menghadiahkan senyuman kepada lelaki tersebut.

“Cikgu Hamdan..”perlahan suara Hariz, seperti tersekat ditengah-tengah kerongkongnya.

Saat ini Dynaz melihat tepat kewajah bersih Hariz,sungguh dia tidak percaya akhirnya hubungan dia bersama Hariz akan menjadi lebih bermakna seperti sekarang ini.Sememangnya sehingga hari ini Hariz tidak pernah sekalipun meluahkan perasaan cintanya kepada Fasha, baginya Fasha sudah pun mendapat orang yang sangat sesuai dengannya.

Penonton melaung kuat nama Fasha ketika Fasha mula mempersembahkan tarian secara berseorangan ditengah-tengah pentas.Fasha yang seumpama bidadari itu tidak kekok pun mempersembahkan tarian seorang diri.Sesungguhnya dia dapat mengawal pentas dan dewan hanya dengan kewujudan dirinya sahaja.

Sekali lagi Dynaz melihat kearah Fasha dan mengalihkan pandangannya kearah Hariz yang tidak sedikit pun mengalihkan pandangannya kearah Dynaz.Hariz menikmati sepenuhnya persembahan malam itu.Tidak terputus pandangannya memandang tepat kearah Fasha.Wajahnya tenang melihat segala gerak tarinya Fasha.Dynaz menyedari akan itu, dia mengakui segala keistimewaan yang dimiliki Fasha.Dirinya kembali melihat kearah pentas.Tiba-tiba tanpa diduganya tangannya digenggam erat oleh Hariz,cepat dia mengalihkan pandangannya kearah Hariz.Matanya Hariz masih melihat tepat kearah pentas tetapi bibirnya dihiasi senyuman manis.Makin erat tangannya dikemaskan memengang tangannya Dynaz.Seperti mana eratnya genggamannya seperti itulah bertambah manisnya senyuman yang dipamerkan.Dynaz yang melihat kearah Hariz mula tersenyum manis dan semula memalingkan pandangan kearah pentas bagi menikmati segala keasyikan tarian yang dipersembahkan pada malam tersebut.Hariz masih lagi tidak melepaskan tangannya dari memengang tangan Dynaz,erat dan hangat sekali kasih sayangnya mengalir dari sentuhan itu,walaupun mereka tidak bertentangan mata.Sesungguhnya ini merupakan saat paling bahagia Dynaz rasai dan dirinya yakin sesungguhnya Hariz sememangnya mencintainya sepenuh hatinya.

Persembahan sudah pun tamat.Berpusu-pusu orang meninggalkan dewan budaya membawa sekali memori indah melihat persembahan yang sangat menarik pada malam tersebut.Dibelakang pentas setelah semuanya selesai kelihatan Fasha yang sedang menanggalkan barang perhiasaannya dihadapan cermin yang besar menyanyi-nyanyi kecil berentak riang.Setelah ditanggalkan barang perhiasaan dia meleraikan dengan cermat sanggulnya.Rambut panjang lebatnya kelihatan bermaya ketika dia menyisir rambutnya itu.Akhirnya dia berhenti menyisir rambutnya.Diletakkan sikat diatas meja dihadapannya.Dia melihat tepat kearah cermin yang terbentang besar di hapadannya.Lama dia merenung wajahnya dan akhirnya dia tersenyum seorang diri.

“Untung nasib kau Fasha, dapat keistimewaan macam ini” Fasha berkata-kata seorang diri dihadapan cermin.Dia berpuas hati dengan segala keistimewaan yang dimilikinya.Dia mempunyai wajah yang cantik,bentuk tubuh yang menawan, dan bakat menari yang semulajadi.Dia tidak ubah seperti seorang manusia yang sangat sempurna dan inilah yang membuatkan dirinya lain dari semua anak gadis didalam kampungnya.Kecantikkan wajahnya bukan sahaja terkenal di dalam kampungnya malah juga ke kampung-kampung yang berhampiran. Bagi orang ramai dia merupakan seorang perimadona kerana dia cukup dengan kesempurnaan.Segala kesempurnaan pada dirinya sememangnya menjadi kegilaan pada semua lelaki dan idaman bagi setiap wanita.Oleh kerana itulah, walaupun dia masih belum menghabiskan alam persekolahannya lamaran pinangan sudahpun beratur menunggu persetujuannya.Sekali lagi Fasha tersenyum manis seorang diri sambil mengeleng-geleng kepalanya apabila memikirkan segala pujuk rayu dan usaha yang dilakukan oleh lelaki-lelaki diluar sana untuk meraih secebis cintanya.

“Fasha, ini ada satu lagi bungkusan.”tiba-tiba datang seorang perempuan mengejutkan Fasha yang sedang asyik melayan perasaan.Perempuan itu membawa satu bungkusan besar yang dibungkus cantik khas buat Fasha.

“Ha..a..letak aje dekat tempat hadiah-hadiah yang lain ye..”Fasha mengarah.Sememangnya dia tidak terkejut dengan segala hadiah tersebut kerana dia sudah pun biasa menerima hadiah dengan kuantiti yang banyak seperti hari ini.

“Untungnya kau Fasha, banyak kau dapat hadiah..”tiba-tiba datang tiga orang perempuan yang juga merupakan kawan baiknya Fasha.Mereka juga penari latar ketika membuat persembahan tadi.

“Eh..bunyi macam ada orang cemburu je..”Fasha bersuara sambil tersenyum manis.Disikat rambutnya penuh dengan kelembutan untuk tidak merosakan pertumbuhan mahkota wanitanya itu.

“Mestilah cemburu, kami tak dapat satu hadiah pun..”Rina salah seorang kawannya Fasha bersuara sambil membelek-belek setiap bungkusan hadiah Fasha.

Ala, kalau korang nak sangat hadiah, ambillah yang mana satu korang suka.”Fasha menjeling sambil menghadiahkan sekuntum senyuman manis kearah ketiga-tiga rakannya itu.

“Betul ke ni kau nak bagi hadiah ni kepada kita.”riang suara Mina dan Nadia seperti kanak-kanak yang akan diberikan gula-gula.Rina yang sudahpun berada di tempat bungkusan hadiah itu cepat memilih-milih hadiah yang paling digemarinya.

“Iyelah, ambillah..tapi seorang satu aje tau.”Fasha bersuara manja mengingatkan rakan-rakannya supaya hanya memilih satu sahaja hadiah yang digemari mereka.Cepat sungguh rakan-rakannya itu memilih-milih hadiah yang banyak terkumpul disudut bilik itu, mereka ketawa riang apabila melihat kebanyakkan hadiah didalam bungkusan yang besar-besar.Fasha turut ketawa melihat gelagat rakan-rakannya itu.

Sedang asyik memilih, tiba-tiba Rina bersuara.

“Fasha kau perasan tak, Abang Hariz tu asyik pandang kau aje..”Rina mula mendapati kerusi disebelah Fasha dan duduk tersenyum riang setelah akhirnya dia dapat pilih hadiah yang digemarinya.Raut wajah Fasha tidak berubah apabila mendengar kenyataan kawannya itu, sebaliknya senyuman makin memekar dibibir mungilnya. Senyuman yang penuh dengan seribu makna yang tersirat.

“Eh, Fasha kau tak nak ke kat Abang Hariz tu?”Mina pula bersuara, manakala Nadia hanya mengangguk.

“Abang Hariz tu kacak tau, bijak pula tu.Sayang aje bertunang dengan minah ‘tomboy’ tu, kalaulah dapat kat aku..”Rina menambah sambil tersenyum berangankan Hariz menjadi miliknya.Fasha bangun dari kerusi dan menuju ke tingkap bilik sambil tersenyum sinis.Dia teringat akan segala pandangan Hariz kearah dirinya.Sememangnya dia menyedari Hariz selalu memandangnya.Malah sejak dari kecil lagi dirinya sudah mengetahui akan itu.Dia mengakui hatinya sememangnya akan menerima Hariz jejaka idaman dikampungnya itu sebagai temannya tetapi akalnya berkata sebaliknya.

“Abang Hariz cuma budak kampung, aku berhak mendapat lelaki jauh lagi hebat dari dia, aku idamkan lelaki bandar yang berjaya”Fasha bersuara sambil tersenyum sinis melihat pemandangan malam melalui tingkap bilik persiapan Dewan Budaya.

3 comments:

Nancy Edison said...

sombongnya Fasha ni! Masih ada lagi kesalahan ejaan. Teruskan usaha! Mana lagi sambungan? Tak sabar nak tau ni!

Zeni Geba said...

ye la sombong gila minah tuh!
what wrong wit lelaki kampung klu encem cm wookie!
suck that fasha!

~Siti Fatimah~ said...

a'ah..sombong la si fasha ni..kmpung boy pOn mnusia gak..ni la dugaan dlm percintaan,..

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket