Novella~My LoVe 8

Friday, March 6, 2009

BAB 8

Bunyi loceng tamat sesi persekolahan pada hari itu disambut riang oleh semua pelajar.Di luar kelihatan kelibat ibu bapa yang setia menunggu anak masing-masing untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.Apabila pintu pagar besar sekolah dibuka, berpusu-pusu pelajar keluar untuk pulang ke rumah masing-masing.Ada yang pulang menaiki kenderaan masing-masing dan tidak kurang juga yang hanya pulang berjalan kaki.

Perjalanan pulang kerumah dari sekolah pada hari itu membuatkan Dynaz sangat gembira.Tidak sabar hatinya untuk khabarkan berita gembira tersebut kepada keluarganya.Dapat dibayangkan tentu ibu dan bapanya akan tersenyum bangga kepadanya.Sekarang ini dia ingin khabarkan kepada lelaki yang ada disebelahnya ini dahulu, lelaki yang sangat bermakna di dalam hidupnya.

Dynaz tersenyum seorang diri,dia memandang ke arah wajah Hariz dan senyumannya makin memekar.Sengaja hari ini dia tidak mahu membonceng basikal Hariz dan menyebabkan lelaki itu terpaksa menuntun basikalnya dan berjalan seiringan dengannya.

“Abang.Dynaz ada berita gembira ni.”Dynaz bersuara wajahnya begitu ceria sekali,pandangannya terus kewajah bersih milik Hariz.Bicara Dynaz disambut Hariz dengan senyuman, dia juga hairan dengan gelagat tunangnya itu pada hari ini.Senyumnya Dynaz tidak henti-henti,sengaja dia tidak menegurnya dari awal kerana dia selesa melihat Dynaz dalam keadaan itu.Tenang sekali.

“Abang cuba teka?”Dynaz memberhentikan langkahnya dan melihat Hariz dengan perasaan riang tidak sabar untuk mendengar tekaaan yang akan dibuat Hariz.Hariz turut memberhentikan langkahnya, masih tersenyum kearah Dynaz.Dikerutkan keningnya gaya memikirkan sesuatu.Bertambah lebar lagi senyuman Dynaz memikirkan Hariz yang sibuk meneka.

“Ha’ah! berita gembira tu mesti Dynaz nak kasi tau abang yang u love me very much.Right?”Hariz bersuara nakal sambil tersenyum simpul.Sesungguhnya dia tidak punya idea langsung untuk meneka kegembiraan Dynaz.Cepat Dynaz menarik wajah mencuka taktala mendengar jawapan Hariz.Dia mencebik wajahnya.

“La, bagi abang itulah berita yang paling gembira sekali.”Hariz cuba memujuk buah hatinya itu apabila melihat ada riak kekeruhan di wajahnya Dynaz.

“Ok la,Dynaz kasi tahu ajelah! Dynaz ni dah berjaya masuk final rekaan fesyen wakili sekolah tau”Dynaz bersuara geram bercampur riak, tetapi terselit juga wajah keriangan disebalik wajahnya yang cemberut itu.

“Wow, that’s a good news! Biar betul ni?”Hariz hampir berteriak kuat apabila mendengar percakapan Dynaz.Wajahnya penuh dengan kejutan yang tidak terkira,inilah kali pertama dia mendengar sesuatu berita baik mengenai kejayaan pelajaran Dynaz.

“Iyelah,Dynaz tak tipulah..”Dynaz bersuara membanggakan diri.

“Tahniah! Abang bangga sangat dengan Dynaz”Hariz mengucapkan tahniah dan menghadiahkan senyuman yang tidak terhingga nilainya kepada Dynaz.Patutlah Dynaz gembira saja hari ini.Suka benar hatinya melihat Dynaz dalam keadaan seperti ini.Mereka berbalas senyuman dan meneruskan perjalanan pulang,Dynaz sibuk bercerita tentang rekaan baru pengantinnya untuk pertandingan akhir sekolah nanti.Hariz hanya mendengar segala kesungguhan yang dipamerkan Dynaz.Mulut kecil Dynaz yang kuat berceloteh itulah membuatkan Hariz betul-betul menyukainya.Dynaz memang seorang wanita yang tidak membosankan,bersama Dynaz dia tidak perlu berfikir-fikir mencari idea untuk memulakan sesuatu perbualan.Semuannya berjalan dengan semulajadi.

“Okey abang, jangan lupa tau petang ni.Kita ada date kat kebun abah..”Dynaz bersuara sambil menghadiahkan kenyitan mata nakal kearah Hariz ketika mereka berdua sudahpun menghampiri perkarangan rumah Dynaz.Hariz menghadiahkan senyuman manis untuk Dynaz dan mengangguk sekali bagi menunjukkan persetujuannya. Tiba-tiba wajah manis Hariz bertukar, renungannya tidak lagi dijatuhkan ke wajah mulus Dynaz sebaliknya tajam melihat ke halaman rumah Dynaz.Dynaz membulatkan anak matanya apabila melihat sebuah kereta mewah terpakir di pekarangan rumahnya.Hatinya hairan, milik siapakah kereta mewah yang tersergam mewah itu?

Hariz menelan liur perlahan, keningnya berkerut wajahnya serius menampakkan jelas otot rahangnya yang tegang.Hatinya mula berbaur tidak keruan, mindanya sudah dapat menebal siapakah gerangan pemilik kereta mewah tersebut.Dynaz yang sebantar tadi dalam keadaan kehairanan, mula menampakkan wajahnya yang keceriaan.

“Abang!!, mama dan papa datang!” kuat Dynaz bersuara meloncat-loncat keriangan kearah Hariz yang diam terpaku.Hariz menarik nafas dalam, direnungnya wajah kegembiraan tunangnya itu.

“Ha’ah..pergilah masuk jumpa mereka, abang balik dulu. Jangan lupa petang ni jumpa di kebun abah..”Hariz cuba mengawal perasaannya, dia menghadiahkan senyuman paksanya.

“Tak..Tak, abang kena ikut Naz masuk jumpa mama dan papa..Dah lama Naz nak kenalkan abang kepada mereka.”suara Dynaz seakan merengek, apabila menyedari Hariz yang mahu berlalu pulang.

“No..no, abang tak sedia nak jumpa mereka lagi..Dynaz masuklah,lain kali ajelah.”Hariz cuba bersikap selamba sambil membelai lembut rambut Dynaz yang mula mempamerkan wajahnya yang cemberut, dan kemudiannya dia mula melemparkan senyumannya yang hambar kepada Hariz.Dia mengetahui bahawa Hariz sememangya seorang tegas apabila membuat keputusan.

“Apa- apa pun, ingat yang Dynaz tu dah ada abang ye,jangan lebih-lebih”sempat juga Hariz bersuara seakan berpesan, sebelum beredar meninggalkan Dynaz di dalam seribu pertanyaan.Dynaz mengerutkan dahinya, binggung dengan pesanan akhir Hariz kepada dirinya.Dilihatnya kelibat Hariz hinggalah hilang dari pandangannya.

“Kau mahu apa dari Dynaz?”tegas suara Hariz apabila dia ditinggalkan berdua bersama Dennis selepas selesainya malam gamelan di kampung mereka.Kelihatan dari jauh Yusri, Halimah, dan Dynaz sibuk membeli gula-gula kapas bagi bekalan pejalanan pulang mereka.

“Saya tak faham apa maksud awak..”sopan Dennis bersuara tanpa melihat kearah Hariz.Dari jauh sudut hatinya dia menyedari dan memahami apa yang dituturkan Hariz sebentar tadi.

“Ok,untuk pengetahuan kau aku tak suka lihat kau dengan Dynaz.So,jangan lebih-lebih dengan dia”Hariz bersuara tegas matanya terus melihat kearah kanak-kanak dihadapannya yang riang berlari dan bermain-main,cepat dia berlalu meninggalkan Dennis untuk menuju kearah kawan-kawannya yang sedang sibuk membeli bekalan pulang.

“Hariz,untuk pengetahuan awak,saya akan berusaha mendapatkan Dynaz walaupun apa yang terjadi”tekad Dennis bersuara tanpa ragu kepada Hariz yang tehenti langkahnya.

Terdiam Hariz, wajahnya tegang tiada garisan senyuman dibibirnya seperti selalu dipamernya.Hatinya resah menginggatkan kembali kedatangan keluarga Dennis kerumah Dynaz selepas lapan tahun berlalu.Seperti apakah Dennis sekarang ini?Adakah dia semakin tampan daripada dirinya?dan yang penting sekali adakah Dennis masih menyimpan perasaan kepada Dynaz?

Hatinya bertambah resah tidak terkata,kepulangannya dari sekolah tadi menjadi tidak keruan dan sekarang dia tidak dapat menumpukan langsung perhatiannya kepada buku pelajarannya yang terbentang luas di hadapan matanya.

“Argh!” Hariz menutup kuat buku pelajarannya.Turun naik nafasnya memikirkan perkara ini,dia cuba untuk bertenang dan menarik nafas dalam-dalam bagi tidak terlalu emosi dalam perkara ini.Dia bersandar perlahan di kerusi yang didudukinya sambil memejam matanya rapat untuk menenangkan perasaannya yang berombak tidak keruan sebentar tadi.

“Mama! Papa! Wah!! Tak sangka Dynaz!”cepat Dynaz berlari kearah mamanya dan memeluk erat wanita bergaya di hadapanya itu dengan riang.Pn.Chae Rin membalasnya dengan senyuman yang tidak pernah lekang.En.Amir juga melepaskan senyuman yang tidak terhenti dari meniti di bibirnya.Mak Ana dan Pak Rahim hanya mampu menggelengkan kepala melihat keeratan anak mereka.Sememangnya Dynaz amat merindui makcik dan pakciknya yang sudah dianggap seperti mamanya dan papanya.

“Jahatnya..mama,papa kenapa tak bagi tahu awal-awal nak datang?”Dynaz bersuara manja sambil meleraikan pelukannya.Sungguh dia tidak percaya bahawa mama dan papanya itu sekarang berada di hadapan matanya.

“Macamlah anak mama ni tak jahat, bertunang pun tak jemput”Pn.Chae Rin bersuara sambil memicit lembut hidung Dynaz yang mancung.Dynaz membeliakkan matanya,berkerut dahinya berasa bersalah.

“Maaf ma,bukan Dynaz tak jemput tapi hari tu-“

“Takpe,takpe..mama tak ambil hati pun..mama faham..”Pn.Chae Rin memintas apabila melihat perubahan wajah Dynaz yang cepat memohon maaf kepadanya.Itulah sifat semulajadi Dynaz yang memikat hati ibunya.Puas dia memerhatikan Dynaz,ternyata Dynaz banyak perubahanya,rambutnya yang pendek dulu sudah panjang mencecah paras pinggangnya membuatkan wajah mulus Dynaz bertambah cantik dan ayu.Dynaz membesar menjadi seorang dara yang sangat cantik,hatinya berbunga riang.

“Ha..ah,sudah-sudah la tu..pergi tolong Ana masak di dapur tu.”En,Amir mula bersuara lembut untuk mencelah perbualan diantara isterinya dengan anak kesayangannya,Dynaz.

Ala..tak perlu tolong la..Ana boleh buat sendiri semua tu..”mak Ana bersuara girang.Dia tidak henti-henti ketawa melihat keletah anaknya Dynaz bersama keluarga abang iparnya itu.

“Tak boleh, kita orang datang bukan sebagai tetamu,tetapi sebagai keluarga.Semestinya keluarga kenalah saling bantu membantu, betul tak?”En.Amir bertegas di dalam tawanya.Lalu diangguk riang oleh Pn.Chae Rin.

“Naz,Dennis ada kat belakang rumah tu..pergilah bertegur dengannya,”lembut suara Pn.Chae Rin menghadiahkan senyuman yang penuh bermakna kepada Dynaz.

Mendengar kenyataan itu membuatkan hati Dynaz bertambah riang,hampir terlupa dia dengan sepupunya yang dianggap seperti abangnya itu.Cepat dia berlari riang menuju ke belakang halaman rumahnya itu.

Sesampainya Dynaz di anak tangga dibelakang rumahnya jelas sekali dia dapat melihat sesusuk tubuh yang sasa sedang leka memerhatikan dan menikmati permandangan kampung di belakang halaman rumahnya.Kehadiran kebun bunga buatan Dynaz bersama bapanya menambahkan lagi keceriaan kawasan itu.Sekitar kawasan dipenuhi bunga-bungaan yang segar dan berwarna warni,harumanya sungguh memikat jiwa sesiapa sahaja yang mengemarkan bauan alam semulajadi.

Dari belakang Dennis masih kelihatan seperti dahulu dari segi gayanya,pakaian masih berjenama tinggi dan menampakkan kecirian maskulin pada dirinya.Tetapi susuk tubuh Dennis benar-benar berubah,dari seorang kanak-kanak yang kecil, dia sekarang tampak seperti seorang lelaki dewasa yang gagah berdiri.Dadanya yang bidang dan otot lengannya yang kelihatan menjelaskan lagi perbezaannya dari zaman kecilnya.

Perlahan-lahan Dynaz mendekati Dennis yang sedang leka membelek-belek sepohon pokok yang rimbun mengeluarkan bunga segar berwarna merah.

“Itu namanya bunga raya..bunga kebangsaan Malaysia.”Dynaz bersuara lembut di belakang Dennis.Tersentak Dennis dibuatnya,cepat Dennis memusingkan badannya melihat gerangan pemilik suara.Dynaz menghadiahkan senyuman manis kearah Dennis yang sekarang ini tepat merenung kearahnya.

Dennis mengangguk sekali, dan membalas dengan senyuman yang tidak kelihatan begitu mesra.Dynaz mengerutkan wajahnya,pantas dia menampar laju bahu Dennis sambil tersenyum riang.

“Kenapa?Abang terkejut lihat Dynaz ke?”Dynaz memulakan bicara riang bagi mengembalikan memori indah bersama Dennis dahulu.Senyuman riangnya masih terpamer menampakkan barisan giginya yang cantik.Dennis diam,tidak berkata apa-apa,tiada reaksi yang dia akan membalas kelakuan Dynaz dengan riang.Senyuman yang diberi Dennis tidak seperti senyuman yang diberinya dahulu kepada Dynaz.

“It’s good to see u again”Dennis bersuara mendatar tanpa emosi dengan mempamerkan senyuman yang betul-betul asing kepada Dynaz,lalu berlalu masuk ke dalam rumah. Senyuman Dynaz terhenti,fikirannya ligat mentafsirkan apa yang berlaku.Sesungguhnya dirinya begitu hairan dengan gelagat Dennis yang sangat berbeza,dingin tidak seperti dahulu.Senyuman yang dipamerkan Dennis tidak seikhlas yang diharapnya.

Perubahan wajah Dynaz petang itu membuatkan Hariz tertanya-tanya.Dynaz yang sangat gembira ketika pulang dari sekolah tadi bertukar menjadi muram pada petang itu.Jauh Dynaz memandang kearah kolam ikan dikebun bapanya itu.Cuaca yang teduh pada petang itu menyamankan lagi pondok rehat tempat Hariz dan Dynaz selalu berjumpa menghabiskan petang bersama.

“Hei..kenapa ni?Naz,ada apa-apa berlaku ke?”lembut Hariz menyoal.Risau melihat perubahan air wajah Dynaz.

“Tak ada apa-apa abang,cuma Dynaz hairanlah dengan perangai Dennis tu.”Dynaz mula menceritakan perasaan yang menganggu hatinya itu.Hariz terdiam ketika mendengar nama lelaki itu disebut Dynaz.Dia cuba mengatur nafasnya perlahan.

“Kenapa?dia buat apa dekat kesayangan abang ni..”Hariz senyum cuba melindungi segala keresahan dihati.

“Tak adalah dia tak buat apa-apa pun,cuma dia dingin sikit.Tak seceria dan ramah seperti dahulu.Kenapa ye?”Dynaz melihat tepat kearah Hariz yang tiba-tiba sahaja senyumannya semakin mekar daripada tadi.

Ala..biasalah tu,Dynaz tak bolehlah nak expect yang dia akan berkelakuan seperti dahulu lagi..kan kita sekarang dah besar”Hariz bersuara melepaskan hembusan nafas lega dari dalah hatinya.Senyumannya mekar.Dennis sudah mengalah!Dia pemenang dalam pertandingan ini!

Mendengar kenyataan itu Dynaz menghembuskan keluhan kecil,tetapi cepat dia tersenyum semula apabila melihat Hariz yang tidak berhenti-henti mempamerkan senyuman.Biarlah apa yang terjadi diantaranya dengan Dennis,yang penting sekarang ialah perasaan orang yang disayanginya ini.Hariz lebih penting.

“Abang,mama dan papa ada ajak Dynaz pergi Korea tau.Dia orang kata nak bawa Dynaz pergi main salji.Seronoknya!Hehe..hehe..”Dynaz bersuara riang,cepat emosinya berubah apabila bercerita tentang mama dan papanya itu.

“Oh,no..abang tak benarkan..”cepat Hariz bersuara sambil menggeleng laju kepalanya tanda tidak bersetuju dengan apa yang diucapkan Dynaz.

“Eh,kenapa pulak tak boleh..Dynaz teringin sangat nak main salji..abang kan tahu yang Dynaz asyik bermimpikan bermain salji”Dynaz memprotest percakapan Hariz.Geram hatinya apabila Hariz tidak membenarkan dirinya melawat Korea untuk bermain salji.

“Dynaz,abang tak kata yang Naz tak boleh main salji,tapi biarlah bersama abang.”Hariz akhirnya bersuara setelah menarik nafas yang dalam.Dynaz tersentak,cepat memalingkan wajahnya melihat keanak mata Hariz.Pandangannya dibalas mesra oleh Hariz.

“Iye,nanti lepas kita kahwin kita berbulan madu di tempat yang penuh dengan salji,boleh lah Naz nak main puas-puas.”Hariz bersuara manis melihat tepat kearah Dynaz.Hati Dynaz terharu,inilah kali pertama Hariz berkata-kata tentang sesuatu yang melibatkan alam pernikahan mereka.Ini seperti janji yang amat bermakna di dalam diri Dynaz.Cepat sahaja air matanya memenuhi ruangan matannya,tanpa ditahan ia jatuh membasahi pipi gebu milik Dynaz.Pantas Hariz menyeka air mata yang mencemari wajah Dynaz,lalu dipegang erat wajah Dynaz dengan kedua-dua tangannya.

“Dynaz jangan risau, abang janji kita pasti akan menikmati salji bersama-sama”

Dennis memandu laju Lamborghini hitamnya tanpa mempedulikan kemana arah yang ingin ditujunya di kawasan kampung itu.Hatinya resah,segala tempat di kampung ini membuatkan memori silamnya sering sahaja bertandang bermain seperti pita filem yang tidak terhenti di dalam fikirannya.Hatinya sakit mengingatkan segala kenangan silamnya.Sesungguhnya dirinya tidak mahu mengingati langsung tentang segala memori silamnya di kampung ini.

Sebentar tadi dia sudah bersua dengan Dynaz,perempuan pertama yang dicintainya dan sangat disayanginya suatu masa dahulu.Apa yang menyakitkannya ialah perempuan itu langsung tidak berubah.Mungkin bagi orang lain Dynaz banyak berubah,tetapi baginya Dynaz tetap sama,sikap mesranya, ramahnya, dan senyuman riangnya.Semuanya menguatkan lagi memori silamnya.

“Argh!”Dennis menghentak kuat stereng keretanya apabila dia memberhentikan keretanya di bahu jalan.Kawasan yang indah menghijau dengan pemandangan sawah padi yang terbentang indah langsung tidak dapat menenangkan hatinya dan perasaanya.

“Aku tidak akan benarkan kau rampas dia dari aku…dia aku punya.”jelas terdengar suara Hariz tegas tanpa berpaling kearah belakang melihat Dennis.Suara itu masih lagi teriang-iang di kotak fikiran Dennis.Seperti mana kenangannnya yang masih kuat mengingatkan tentang dirinya yang dipencilkan ketika mereka bermain-main.

Pada ketika itu dia hanya mampu melihat sahaja mereka bermain sedangkan dirinya hanya berselindung disebalik pohon bunga yang rimbun.Gelak ketawa mereka,riangnya mereka bermain tanpa mempedulinya membuatkan hatinya bertambah begitu sakit.

Sungguh hatinya benci apabila mengingatkan peristiwa yang dimana dirinya tidak berdaya seperti itu.Lemah!

Kenangan Dynaz yang mesra dan seperti tidak mengetahui apa-apa tentang perasaannya itu membuatkan dirinya lagi sekali tewas dalam menahan dirinya daripada mengimbau masa lampaunya.Sebentar tadi,melintasi bilik Dynaz membuatkan dirinya mengingatkan kenangan manisnya bersama Dynaz.Tangisan Dynaz,Senyuman Dynaz,Kelembutan dan Kelincahan Dynaz semuanya bergabung menjadi satu.

Asyik dia melihat Dynaz menari-nari mengayakan tarian gamelan sebentar tadi yang ditontonnya di Dewan Budaya.Walaupun ternyata langkah Dynaz keras dan kelihatan canggung,tetapi dia suka melihat kesungguhan Dynaz.Tetapi tiba-tiba Dynaz diam dan teduduk dilantai sambil menanggis teresak-esak.Cepat sahaja Dennis mendapatkan Dynaz.

“Hei,Dynaz..Kenapa ni?”lembut Dennis bersuara melihat kearah Dynaz yang tidak terhenti tangisannya.

“Dynaz tak boleh buat…Naz tak boleh menari macam Fasha..”sayu suara Dynaz,air matanya mengalir laju mengenangkan kelemahan dirinya itu.Sedarlah Dennis tentang apa yang berlaku,pandangan sayu Dynaz terhadap Hariz yang asyik melihat Fasha mempersembahkan tarian yang mengasyikkan di Dewan Budaya tadi menyakinkan lagi dirinya.

“Naz,jangan paksa diri kalau kita tak boleh..”Dennis bersuara lagi sambil mengesat lembut air mata Dynaz.

“Ok,cuba Dynaz bagi tahu abang apa yang Dynaz boleh buat ,tetapi Fasha tak boleh buat benda tu”Dennis mula untuk memujuk hati si kecil dihadapannya ini.Dynaz mengerutkan wajah cuba berfikir,wajahnya masih sebam dengan tangisannya tadi.

“Naz boleh nyanyi..tapi Fasha tak boleh..”tersekat-sekat suara Dynaz bersuara.

“Hah..itulah keistimewaan Dynaz.Fasha ada keistimewaan dia dan Dynaz pun ada keistimewaan Dynaz sendiri.So, tak perlu jadi dia,jadi diri Naz sendiri.Itu lebih bermakna..”terpamer senyuman ikhlas dan mesra di bibir Dennis membuatkan Dynaz mula tersenyum den mengesat wajahnya.

“Apa kata Dynaz menyanyi..abang nak dengar juga..”Dennis bersuara mengenyitkan matanya.

“Ok!”cepat Dynaz bangun dan menaiki katilnya yang dianggap seperti pentas dan mula bernyanyi dengan kuatnya sambil meloncat-loncat riang di atas katilnya.Senyumannya sungguh menenangkan hati Dennis yang melihatnya.

NO!NO!It’s not true! I’m not in love with her!besides she’s not a pretty women!Come on Dennis,u have a lot of prettier woman, don’t waste your time thinking of her!

Cepat sahaja Dennis menggeleng kepalanya apabila memori kemesraan Dynaz menerjah masuk ke fikirannya.

“I have to get rid of it.I must to!”

Makan malam di rumah Pak Rahim penuh dengan gelak ketawa dan begitu gembira sekali.Masuk hari ini sudah genap seminggu keluarga En.Amir bercuti di rumah Pak Rahim.Suasana yang ceria itu betul-betul membuatkan hati Dynaz sangat gembira,tidak berhenti dia berceloteh seolah-olah seperti banyak cerita yang ingin disampaikan.

“Ha..ha..ha..pandai sungguh anak mama ni buat lawak.”hampir pecah perut dibuatnya apabila Dynaz berceritakan tentang kisah hidupnya yang amat melucukan hati.

“Sebab itulah kami punya anak satu je,ada Dynaz sudah cukup untuk mengamatkan rumah ini!Tak dapat bayangkan kalau ada ramai lagi anak macam Dynaz ni.”Pak Rahim pula bersuara riang sambil meruskan suapan ke dalam mulutnya.En.Amir dan Mak Ana turut ketawa riang.Dennis hanya tersenyum,sempat juga Dynaz menjeling kearah Dennis tetapi cepat dia memalingkan pandangannya supaya tidak disedari Dennis.

“Kami lah yang tak berapa nak seronoknya tak ada anak macam si Dynaz ni..”En.Amir mula bersuara masih bersisa ketawanya.

“Ha’ah,kenapa mak lihat Dennis diam je kat sini..kenapa tak suka tinggal di kampung?”soal mak Ana lembut kepada Dennis.Memang sudah lama dia ingin menanyakan soalan ini,sejak Dennis sampai ke sini tidak pernahnya dia melihat Dennis bersuara banyak.

“Eh,tak ada lah mak..Dennis suka tempat ni..”sebuah jawapan hipokrit dari Dennis membuatkan Dynaz tepat memandang wajah tampan itu.Senyuman yang diberikan Dennis juga tidak ikhlas tetapi masih mampu mengembirakan hati mak dan bapanya.Apa yang pasti senyuman itu langsung tidak mengembirakan hatinya.

Menyedari dirinya direnung Dynaz,pantas Dennis membalas kembali renungan tersebut.Dia tidak mahu kalah! ditenungnya Dynaz kosong.Dynaz menyedari,dan mula menundukkan wajahnya,Dennis tersenyum sinis berbangga dengan kemenangannya.

“Esok abang dah nak balik,Dynaz ada sesuatu nak cakap”Tiba-tiba Dynaz bersuara apabila melihat Dennis selesai berbual dengan telefon bimbitnya di kawasan halaman rumah.Wajah dan senyuman Dennis ketika berbual di telefon bimbit cukup ikhlas dan riang.Wajah dan senyuman itulah yang dirindui Dynaz selama ini daripada Dennis.

“About what?”selamba Dennis bersuara tidak langsung memasuki rumah tetapi terus duduk di atas pangking di bawah pohon mempelam di kawasan itu.

“Kenapa abang tak nak cakap dengan Dynaz?Abang tak suka Dynaz ke?”lembut Dynaz bersuara sambil duduk berdekatan Dennis.

“No, I do like u..and now I’m speaking with u right?”Dennis bersuara mendatar,tiada sebarang riak diwajahnya.

“Abang dah berubah,abang dah tak macam dulu lagi..”Dynaz bersuara sayu matanya tepat memandang ke bawah tidak berani dia mendongak melihat Dennis dan menyedari bahawa abang yang dirinduinya itu sudah berubah sama sekali.

“What do u expect me to do?to be nice with u like in past time?come on, time is change and also people.”Dennis bangun dari tempat duduknya dan berlalu masuk ke dalam rumah tanpa melihat langsung kearah Dynaz yang tergamam kaku memerhati kelibat Dennis yang semakin menghilang dari pandangannya.

3 comments:

Zeni Geba said...

Dinginnye Dennis ni..
kecian kt Dynaz..

Wookie cute la citer ni!
but still ragu2 apa akn jadi dgn hub die n Naz..
i feel sumthing bad gonna happen..

dixie dollz said...

makin menarik huhho

Anonymous said...

cian dennis..........
cinta terhalang

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket