Novella~My LoVe 11

Friday, March 6, 2009

BAB 11



Segalanya berubah sejak kejadian malam itu.Hariz semakin mengambil berat tentang segala perkembangan dirinya,kesihatan dan kebajikan dirinya selalu diberi perhatian dengan baik oleh Hariz.Semuanya membuatkan dirinya semakin menyukai dan mencintai jejaka tersebut,malah Hariz sekarang bukan sahaja seperti ketua atasannya tetapi tidak ubah seperti seorang kekasih kepada dirinya.Hal mengenai perhubungan mereka sudahpun tersebar luas di kalangan pekerja-pekerja di dalam syarikat,tetapi segalanya tidak diendahkannya yang penting dirinya selesa dan gembira setiap kali bersama jejaka tersebut.

Kejadian dirinya yang hampir dirogol oleh teman sekerjanya,Hisham,sungguh membuatkan dirinya berada di dalam keadaan trauma,mujurlah disaat dirinya di dalam kesulitan tersebut hadir seorang insan seperti Hariz yang mampu menenangkan perasaannya itu.Sekarang Hisyam sudah pun diberhentikkan kerjanya dan dia juga dikenakan tindakan undang-undang bagi kesalahan yang dilakukannya terhadap diri Fasha.

“Abang,sudah hampir seminggu abang tidak bercerita tentang Dynaz..abang tak cuba pujuk dia ke?”wajah risau Fasha yang kelihatan ayu sekali jelas kelihatan dipandangan Hariz.Sinaran mentari senja memancar terus ke wajah itu,menambahkan lagi kecantikkan wanita itu.Bayu laut yang meniup sepoi di restaurant makanan laut itu,meniup lembut rambut Fasha yang lebat dan lurus itu.Wajahnya cukup sempurna membuatkan Hariz kelu,tidak mampu untuk berkata-kata.

“Abang..”lembut dan sopan sekali Fasha memanggil Hariz apabila menglihat jejaka itu seperti tidak menumpukan perhatian kepada segala percakapannya.Hariz mengelipkan matanya sekali dan tersenyum manis,wajahnya tidak lagi menglihat kearah wajah bersih wanita itu sebaliknya dijatuhkan kearah laut hijau yang terbentang luas.

“Abang sudah cuba Fasha…Dynaz seperti tidak mengendahkan segala percakapan abang..abang sudah buntu..buntu.”jauh sekali pandangan Hariz kearah pemandangan laut yang ternyata semakin indah itu,pemandangan matahari terbenam dari restoran ini sangat mengasyikkan dan mengindahkan.Tetapi tidak setenang jiwanya kini,Dynaz..wanita itu seakan tegar dan nekad untuk tidak memaafkan dirinya.Apa kesalahan dirinya?Mengapa dirinya harus dihukum sedimikian rupa?Tidak adakah walau sekelumit rasa percaya Dynaz terhadap dirinya?sungguh Hariz binggung dengan segala yang terjadi.

Seminggu sudah dirinya penat menelefon ke rumah Dynaz tanpa henti,malah sudah berkeping-keping surat dihantar kepada wanita itu,tetapi langsung tidak dibalas oleh wanita itu.Segalanya sudah dijelaskannya dan diteranginya,tetapi hati Dynaz masih keras dan langsung tidak mahu memberi peluang kepada dirinya.

“Abang,biarlah Fasha saja yang pujukkan Dynaz..Fasha betul-betul rasa bersalah dengan apa yang terjadi,biarlah Fasha cuba..”Fasha mengunjurkan badannya kehadapan,nadanya serius,wajahnya penuh dengan kerisauan.Hariz tenang menglihat wajah itu,mengapa Dynaz sungguh membenci wanita yang sebegini tulus?sesungguhnya Fasha tidak pernah walau sedikit pun menarik wajah masam ketika dirinya menyebut nama Dynaz,sebaliknya wanita itu kelihatan senang sekali apabila mendengar berita baik tentang perhubungan mereka.

“Tak perlu..Fasha,abang sendiri akan berusaha sedaya upaya untuk memujuk hati sang puteri tu.”Hariz bersuara,sambil tersenyum manis kearah Fasha.Dirinya senang bersama wanita tersebut,Fasha tergelak kecil,masih lagi lelaki itu mampu tersenyum semanis itu di dalam keadaan dirinya yang dilanda masalah.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya,senyuman Hariz dibalasnya dan terserlah kejelitaan wajah yang indah itu.

Suasana pemandangan matahari terbenam di pantai indah sekali,jika sekarang ini dirinya berada di samping Hariz tentu dialah insan paling gembira sekali.Malangnya ketika ini hanya dirinya seorang diri menyusuri pantai tiada berteman.Air laut yang mengenai kakinya terasa begitu aman sekali,dirinya memeluk tubuhnya terasa kesunyian semakin menikam sanubarinya.

“Abang,tak mahulah.”manja suaranya apabila Hariz yang mendukung dirinya cuba berpura-pura untuk menjatuhkannya,supaya basah terkena air laut.Sungguh bahagia sekali dirinya ketika itu.Tubuh Hariz yang hangat memegangnya membuatkan dirinya terasa penuh dengan kasih sayang.

“Abang acah je..”Hariz tertawa riang menglihat wajah Dynaz yang kelihatan ketakutan itu.Dibawanya Dynaz ke pantai dan diletakkan cermat tubuh itu di atas tikar yang mereka bawa.Halimah dan Yusri kelihatan sibuk menyediakan makanan pada petang itu.Keriuhan suara mereka bergaduh sambil mengata-ngata sesama sendiri menambahkan lagi keceriaan suasana di hati Hariz dan Dynaz.Sesungguhnya perangai rakan mereka itu masih lagi tidak berubah seperti diwaktu kecil-kecil dahulu.

“Dynaz,tunggu kejap ye..abang nak tolong dia orang jap.”lembut Hariz mencuit hujung hidung Dynaz yang mancung.Dynaz tersenyum manja.

“Tak,abang duduk sini sama Dynaz..Naz rindulah kat abang,esok kan abang nak pulang ke Kuala Lumpur..”Dynaz memegang lembut lengan Hariz membuatkan lelaki itu tersenyum,Hariz mengambil tempat disebelah Dynaz senyumannya masih terpamer.

“Ini kes berat ni,rindu ye..kalau macam tu kissing abang di sini and abang janji tak akan pergi ke mana-mana.”Hariz menunjukkan tangannya ke pipinya,senyumannya nakal.Dynaz terkesima,dengan tiba-tiba wajahnya merona merah,sungguh dirinya tidak menyangka Hariz akan berkata-kata seperti itu.Hatinya bertambah gementar apabila Hariz mula mendekati wajahnya,ketampanan wajah itu kini benar-benar berada di hadapan matanya.Dirinya tidak dapat bergerak,matanya terkaku menglihat renungan nakal itu.

“Ok.ok.sorry ye Dynaz,abang tak buat lagi.”Hariz akhirnya tersenyum apabila menglihat wajah Dynaz yang penuh kecuakkan,ketawa kecilnya terlepas di situ.Dynaz terkejut dirinya kembali sedar dengan keadaan sebenar.Jantungnya masih berdegup kencang,nafasnya seperti sukar diatur,seperti dirinya hampir pitam di situ..Perasaan itulah yang sering dirinduinya,perasaan itulah yang sering didambanya.Perasaan yang hanya berlaku ketika dirinya bersama Hariz,lelaki yang dicintainya itu.

Kini tinggal hanya dirinya menikmati pemandangan senja hari seorang diri tanpa Hariz disisi.Dynaz terus melangkah sayu dan lemah..

Dari kejauhan kelihatan sayu wajah Halimah memerhatikan pergerakkan rakan baiknya itu.Langkah Dynaz yang sayu dan lemah menambahkan lagi keresahan dan kegusaran di hati Halimah.

“Yus,aku risau tengok si Dynaz tu..sedih saja..Hariz ni betul-betul jahatlah buat dia macam tu.”Halimah mengomel-ngomel kearah Yusri.Halimah sentiasa kelihatan comel walaupun mempunyai bentuk badan yang gempal,kulitnya yang putih gebu itu menambahkan kecomelan yang ada pada dirinya.

“Hei,kau tak baik tau tuduh Hariz macam tu,aku kenal Hariz.Dia sangat sayangkan Dynaz.”Yusri bersuara tegas,apabila Halimah seakan menyalahkan Hariz sepenuhnya.Hari ini,Dynaz menelefon dirinya dan Halimah untuk berjalan-jalan di pantai.Mendengar segala masalah yang dihadapi Dynaz membuatkan dirinya bersama Halimah cepat bersetuju dengan ajakan itu.Mereka bersimpati dengan apa yang dilalui Dynaz.Walaupun penat bekerja disiang hari mereka tetap meluangkan masa buat Dynaz,inilah nilai betapa kuatnya persahabatan diantara mereka.

“Lelaki semua sama!Sudah silap tak nak berusaha minta maaf!”marah Halimah menyilangkan tangannya di dada. Sebenarnya dirinya menujukan ayat itu kepada Yusri yang sering menyakitkan hatinya serta susah untuk mengaku kesilapan dan memohon maaf kepada dirinya.

“Hariz sudah berusaha..tapi Dynaz keras sangatlah..sebenarnya bagi aku semua ini cuma salah faham,ditambahkan lagi dengan jarak mereka yang jauh ni..memang susah.”Yusri menyandarkan dirinya di hadapan keretanya.

“Dan yang paling teruk sekali kewujudan Fasha diantara mereka.”Halimah bersuara rendah,raut wajahnya penuh dengan kerisauan.Bukannya dirinya tidak tahu bahawa Dynaz sangat tidak menyukai perempuan itu.Halimah memandang Yusri,hatinya penuh dengan kegusaran,Yusri mengerti erti renungan tersebut.Dirinya termenung jauh kearah kelibat Dynaz yang menyusuri pantai seorang diri.Kelemahan dan kesayuan wajah Dynaz menimbulkan perasaan sedih di dalam hatinya,simpatinya tertumpah di situ.Hariz..Mengapa kau melibatkan diri dalam masalah berat macam ini?

Dynaz membelek-belek piano yang dihadiahkan Hariz kepada dirinya pada malam itu,hatinya kesepian,mahu sahaja dirinya sekarang ini pergi ke Kuala Lumpur untuk menjumpai tunang yang dirinduinya itu.Tetapi dirinya tidak betah tinggal di kota,sesungguhnya dirinya tidak boleh bertahan walau hanya sehari hidup di kota.Tambahan pula kehadiran dirinya disana pasti akan menambahkan kesulitan di hati Hariz yang kini mungkin sedang bergembira disamping Fasha.Kekunci di piano ditekannya lembut menghasilkan irama yang indah,irama yang sekurang-kurangnya dapat menenangkan perasaannya yang sedang berkecamuk ini.

Tiba-tiba jarinya terhenti,deringan telefon rumahnya menjerit-jerit meminta diangkat.Hariz..tentu panggilan dari Hariz!cepat sekali Dynaz berlari menuju kearah telefon yang berdering.Hatinya rawan untuk mendengar suara jejaka yang dirinduinya itu.

“Assalamualaikum,Dynaz..ini abang.”tepat sekali panggilan itu sememangnya dari jejaka tersebut.Dynaz menjawab salam di dalam hatinya.Seperti selalu dia hanya mendiamkan diri,tidak bersuara.

“Abang tahu Dynaz ada di situ..please..jawablah Naz,abang rindu pada Dynaz..please..”suara Hariz yang merayu seakan meruntun jiwa membuatkan mata Dynaz ditenggelami butir-butir air mata.Sungguh dia merindui jejaka itu.

“Naz..abang sangat menyanyangi Dynaz..please jangan buat abang macam ini.”suara itu merayu lagi,penuh dengan kesayuan.

“Ab..ang.”tiba-tiba Dynaz bersuara perlahan,ada sendu dihujung suara itu.Sungguh dirinya tidak dapat bertahan lagi,akhirnya amarahnya kalah sekali lagi oleh rayuan jejaka itu.Dirinya tidak tegar untuk terus mendengar rayuan itu,sesungguhnya tempoh seminggu yang dilaluinya ini merupakan tempoh yang paling menyiksakan di dalam hidupnya.

“Naz,are you there?abang minta maaf..sangat-sangat Naz.”cepat Hariz bersuara apabila mendengar Dynaz bersuara,nadanya riang dan bersungguh-sungguh memohon maaf kepada tunangnya itu.

“Sudahlah abang..Naz dah maafkan diri abang,sepanjang minggu ni Naz dah banyak berfikir bang,Dynaz sebenarnya tidak sepatutnya menuduh abang melulu begitu..sekurang-kurangnya Dynaz perlu ada kepercayaan terhadap diri abang.”panjang Dynaz bercakap,akhirnya dirinya mengalah jua.Hariz tersenyum di hujung talian,hatinya lega dan tenang apabila Dynaz memaafkan dirinya dan berkata seperti itu.

“Naz,please percayakan abang..abang akan berpegang teguh pada janji kita.”Hariz bersuara lagi bersungguh-sungguh.Tiada senyuman di bibir Dynaz,cuma anggukkan kecil seolah-olah Hariz dapat menglihat anggukannya itu.Sesungguhnya hatinya tawar dengan segala janji-janji itu,dirinya binggung untuk mempercayai ataupun tidak dengan janji-janji manis itu.Dirinya terdiam lama disitu.

“Naz,hujung minggu ni abang akan balik ke kampung.”Hariz bersuara riang,diharapkan wanita tersebut bertambah gembira dan riang dengan berita kepulangannya ini.Dynaz terdiam hatinya kosong..sepatutnya dirinya gembira apabila mendengar berita tersebut tetapi mengapa hatinya tidak berasa begitu.

“Naz..kenapa senyap saja ni?Naz tak suka abang balik ke?”Hariz menduga setelah lama Dynaz terdiam tanpa respon.

“Tak..tak..baliklah abang..Naz tunggu abang..”Dynaz berusaha meluahkan kegembiraan pada nadanya.Kenapa dirinya menjadi sebegini rupa?Dynaz,tidak bahagiakah kau mendengar Hariz akan pulang ke kampung?

“Abang ada something special nak beritahu Naz nanti abang pulang.Naz..abang betul-betul harapkan Naz percayakan abang.”sekali lagi Hariz bercakap tentang kepercayaan,suaranya serius sekali,betul-betul mengharapkan Dynaz mempercayai dirinya itu.Dynaz mengangguk sekali,senyuman dibibirnya terpamer.

“Baiklah abang Dynaz akan mempercayai diri abang sepenuhnya.”Dynaz bersuara lembut.Hariz tersenyum manis.

Aku perlu mempercayai Hariz!dia merupakan tunang aku,tak mungkin dirinya akan melukakan perasaanku.Tak mungkin!Hariz hanya mencintai diriku,tiada yang lain!


Penantian yang dirasanya sangat menyiksakan dan memedihkan,hari-hari terasa seperti bertahun lamanya,sungguh dia merindui lelaki itu.Akhirnya tibalah hari yang dinanti-nantikan dirinya,hari kepulangan Hariz membuatkan dirinya tidak henti-henti tersenyum.

“Eh,sudah-sudahlah senyum tu..semua orang tahu yang kau tu happy.”Halimah bersuara seakan mengejek teman rapatnya itu.Petang itu.mereka berada di halaman rumah Dynaz menanti kepulangan Hariz.Halimah tidak henti menguyah-nguyah kuaci yang dibelinya di kedai Pak Saat sebentar tadi.Hanya mereka berdua disitu.Yusri mempunyai masalah keluarga yang perlu diselesaikannya menyebabkan dirinya tidak dapat hadir bagi menyambut kepulangan Hariz pada petang itu.

“Eh,Limah..o.k tak aku ni?”soal Dynaz agak kelihatan cemas dengan penampilan dirinya.Dynaz berpusing-pusing dihadapan rakannya itu,Halimah tersenyum manis.

“Kau tahu,tiada siapa dalam kampung ni yang cantiknya boleh melawan kecantikkan sahabat aku ni tau!Kau cantik,cantik yang semulajadi!”Halimah memuji-muji rakannya itu,sememangnya dirinya sangat mengagumi keaslian kecantikkan wajah temannya itu.Bagi dirinya Dynaz sangat beruntung mempunyai wajah yang sebegitu semulajadi,tanpa sebarang alat solek wajah itu mampu untuk menyerlahkan kecantikkannya yang tersendiri.

“Hmmm..betul ke?boleh percaya ke?”Dynaz menguji Halimah dengan pandangan sinisnya.Halimah mengangguk sekali,mulutnya masih tidak berhenti dari mengunyah kuaci di tangannya itu.

“Baguslah macam tu..”Dynaz melahirkan rasa senangnya dan duduk disebelah rakan baiknya itu.

“Abang Hariz ada bagi tahu aku yang dia ada sesuatu benda special nak beritahu aku.”wajah Dynaz berseri-seri,matanya tepat memandang kearah Halimah.Halimah terkedu,matanya yang tepat memandang mata kawannya itu mula membulat,mulutnya ternganga,sungguh dia dapat meneka perkara yang special yang diucapkan Dynaz itu.

“Oh,no..no..Dynaz aku tak percaya..no..aku happy beb!happy gila ni!”Halimah meloncat-loncat keriangan,Dynaz turut terloncat sama.Hatinya berbunga riang.Halimah memeluknya erat.

“Please..Naz,pengapit kau mesti ambil aku!wajib tau!”Halimah bersuara kuat,riang sekali wajahnya,tidak menyangka bahawa rakanya itu akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.Dynaz mengangguk laju,hatinya turut berbunga riang memikirkan perkara itu.Dirinya tidak sabar lagi untuk bertemu Hariz,mendengar dari mulut itu sendiri tentang perkara itu akan membuatkan dirinya seperti di awangan.

“Kak Dynaz!Upin ada berita ni..Upin nampak abang Hariz tadi di kedai Cik Kiah.”tiba-tiba Upin,kanak-kanak yang paling disenangi Dynaz datang menghampiri Dynaz dan Halimah.Jelas kelihatan kanak-kanak itu dalam keadaan yang tercungap-cungap menahan nafas setelah penat berlari.

“Limah..Hariz dah sampai Limah..”bergetar suara Dynaz,dirinya cemas memikirkan penampilan dirinya.Halimah tersenyum manis.

“Eh,Upin yang kau ni termengah-mengah ni pesal hah? Nah ni,makan kuaci ni untuk hilangkan mengah kau tu”Halimah bersuara kuat seperti dirinya yang selalu dan menghulurkan bungkusan kuacinya kepada kanak-kanak tersebut.

“Eh.kau ni Limah,Upin termengah-mengah kau suakan kuaci pula,matilah budak tu.Tunggu sekejap ye Upin kak pergi ambilkan air ais untuk Upin.”manis sekali bicara Dynaz dijelingnya tajam kearah Halimah.Halimah hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak mengerti apa-apa.

“Kak Naz,abang Hariz bawa per..empuan.lai..n.dalam kere..ta dia”tergagap-gagap Upin bersuara,dirinya takut untuk bercerita tentang itu tetapi dia harus berterus terang dengan Dynaz yang sangat disayanginya.

“Hei!Upin kau jangan nak melebih tau.Nanti kuaci ni naik atas kepala kau nak tak?”Halimah bengang dengan apa yang dikatakan Upin,mana mungkin Hariz membawa wanita lain di dalam keretanya.Dia tidak mempercayai itu!.

“Upin.Upin kenal ke perempuan tu?”Dynaz menyoal,nadanya berbaur kegeraman menunjukkan amarahnya yang semakin memuncak,sungguh hatinya berkecamuk sekarang ini.

“Naz,kau jangan percaya cakap budak ni..”Halimah bangun dari duduknya,dirinya cuba menenangkan hati rakannya itu.

“Siapa perempuan itu upin?”Dynaz menyoal lagi dengan dingin,sentuhan Halimah dibahunya tidak diendahkan.Di wajah Upin sememangnya kelihatan kanak-kanak tersebut mengenali wanita itu cuma untuk teruskan memberitahunya ataupun tidak sahaja.Upin kelihatan serba salah untuk meneruskan kata-kata,wajahnya keliru,dirinya sunguh menyesal kerana menyampaikan berita ini.Dynaz merendahkan badannya menghadap Upin yang kegelisahan.

“Upin tolong beritahu kak Dynaz..siapa perempuan itu?tolong kak Dynaz..”wajah Dynaz berubah,wajah dingin tadi bertukar seribu kerusuhan,Mata cantik itu sudah bergenang dengan takungan air mata.

“Fasha..Kak Fasha.”Upin bersuara lemah.Ayat itu seperti halilintar memanah tepat ke jantungnya,Dynaz terjatuh ke tanah, kakinya tidak bertahan lagi untuk berdiri.Hatinya hancur,sakit dan pedih sekali mendengar kenyataan tersebut.Halimah cepat memegang rakannya itu.Diusap-usap bahu rakanya supaya bertenang.Segalanya hancur,Dynaz mengelap cepat air matanya.Diusahakan dirinya untuk berdiri.Cepat dia berlari kearah motosikalnya dan menunggangnya laju meninggalkan Halimah dan Upin yang keresahan.

“Limah,kenapa tu?”lembut sekali suara Mak Ana bersuara di jendela rumahnya apabila menglihat anak perempuannya terburu-buru menunggang motosikalnya pergi.Halimah menelan liur,pahit sekali rasanya.Dirinya dapat membayangkan tindakan yang diambil Dynaz ini.Tanpa mengendahkan soalan mak Ana terus sahaja dirinya berlari sekuat hati menuju ke gerai Cik Kiah.

“Tak ada apa-apa mak cik.”Upin bersuara sopan,senyumannya kelat.Mak Ana mengerutkan dahinya,hairan dengan apa yang terjadi.

Dari jauh kelihatan jelas kereta mewah Hariz terparkir megah di hadapan gerai Cik Kiah,kelibat Hariz yang kelihatan jelas di mata Dynaz,menambahkan lagi kepastian di hati Dynaz.Laju dia menunggang motosikalnya dan berhenti tepat dihadapan kereta Hariz.Menglihat Dynaz,Hariz mengerutkan keningnya,terkejut.Tidak menyangka wanita itu akan muncul dihadapannya.Wajah Dynaz yang dingin membuatkan kekagetan di wajah Hariz,dirinya cepat berjalan kehadapan keretanya mendekati Dynaz.

“Kenapa?!terkejut!Huh!”Dynaz bersuara seakan memerli Hariz.Kebengangan diwajahnya jelas kelihatan,Hariz menunjukkan raut wajah kehairanan.Dirinya hairan dengan kelakuan Dynaz.

“Siapa perempuan dalam kereta tu?”Dynaz tidak dapat mengawal perasaannya lagi.Jelas terlihat kelibat seorang perempuan di dalam kereta Hariz,walaupun tidak jelas wajahnya kerana cermin kereta Hariz yang di tinted gelap tetapi Dynaz yakin bahawa wanita tersebut ialah Fasha,perempuan yang ingin merampas tunangnya itu.

Hariz terdiam,dirinya mengetahui kini mengapa Dynaz berkelakuan seperti ini.Mungkin seseorang sudah mengabarkan kepadanya tentang ini.

“Oh..tak nak bagi tahu…nak selamatkan perempuan itulah..ok.ok.biar Dynaz saja yang pergi periksa!”Dynaz bersuara kuat,sakit hatinya apabila menglihat Hariz yang hanya terdiam,langsung tidak memberikan alasan yang boleh mententeramkan jiwanya.Dirinya berjalan laju kearah pintu untuk membukanya,cepat Hariz menghalang dengan memegang erat lengannya.

“Please,Dynaz she is not a problem,jangan libatkan dia.”Hariz bersuara rendah,wajahnya sedikit cemas.Dynaz menglihat pegangan Hariz dilengannya itu,lalu dilihat tajam kearah matanya Hariz,tajam sungguh pandangan itu penuh dengan kesakitan di dalam hatinya.Dirinya mengangguk-angguk faham dengan kelakuan Hariz,rambut panjangnya yang ditiup angin dikuakkan kebelakang.Matanya jelas dengan air mata yang berkaca,tetapi ditahannya supaya tidak mengalir terus ke pipinya.Dirinya harus kuat.Wajahnya tegas..

“Hmm..dia bukan problem,habis apa yang problemnya huh?Jangan libatkan dia?!dia memang terlibat pun!!”Dynaz menolak kuat pengangan Hariz,hatinya berkecai menglihat lelaki dihadapannya kini berusaha untuk melindungi perempuan yang sah-sah menjadi masalah di dalam hubungan mereka.

“Abang bawa Fasha kan?betul tak!Mengaku ajelah yang abang bawa Fasha kan?!”Dynaz seakan menggila apabila Hariz menarik dirinya menjauhi pintu kereta dan terus menuju kearah motosikalnya.

“Please,Dynaz control your voice..Naz,balik dulu.Nanti abang jelaskan semuanya.Please..jangan buat kecoh di sini.”Hariz bersuara tenang,bahu Dynaz dipegangnya kuat.Pantas Dynaz menolak tangan gagah Hariz,dirinya menyampah dengan segala kelakuan Hariz.

“Mengapa?!mengapa perlu nanti abang jelaskan?tak boleh sekarang ke?!Kenapa? abang perlukan masa untuk mengarang segala pembohongan yang bagus huh!!”segala kepercayaan Dynaz hilang terhadap Hariz,sungguh satu kata pun daripada Hariz tidak dipercayai olehnya.Kekecohan antara dirinya dengan Hariz menjadi tatapan semua mata yang berada di gerai Cik Kiah,mereka berbisik-bisik mengatakan sesuatu.Semuanya tidak diendahkan Dynaz,apa yang penting sakarang ini hatinya sakit,pedih sekali seperti ditusuk sembilu yang tajam.Dirinya tidak akan melepaskan Hariz mahupun Fasha sekarang ini.

Hariz menglihat keadaan sekelilingnya,kelibat orang di gerai cik Kiah semakin bertambah,semuanya sibuk berminat untuk mendengar dan mengambil tahu tentang kekecohan yang terjadi.

“Kenapa?!!abang malu?abang janji dengan Dynaz macam-macam,tapi satu pun tidak boleh dipercaya, kan?!”wajah garang Dynaz terserlah,dirinya sungguh tidak dapat mengawal perasaanya lagi,mahu sahaja dirinya menumbuk kuat ke wajah lelaki yang berdiri dihadapannya kini.Kuat suaranya menimbulkan lagi keriuhan suara-suara di gerai cik Kiah.

“Ok.Dynaz,relax o.k..percaya pada abang semuanya ini hanya salah faham.”Hariz cuba melembutkan hati Dynaz.Tapak tangannya diangkat menandakan kepada Dynaz supaya bersabar dan tenangkan diri.

“Apa??!!tenangkan diri?!Dynaz tak percayakan abang lagi!.Tak akan!.”Dynaz meluru kearah Hariz dipukul-pukul dada lelaki itu.Sungguh sakit sekali perasaannya ketika ini,Hariz mahu dirinya dipercayai lagi sedangkan setiap kali dirinya mempercayai lelaki itu sering itulah lelaki tersebut merosakkan kepercayaannya.Tangisan Dynaz jelas kedengaran,pukulannya bertubi-tubi meluahkan segala kesakitan di hatinya.Hariz hanya membiarkan Dynaz meluahkan segala kesakitannya disitu.Dirinya cuba untuk menenangkan Dynaz dengan memeluk erat wanita tersebut.Hatinya terusik mendengar rintihan tanggisan Dynaz penuh dengan kepiluan.

“Dynaz tak akan percayakan abang lagi…tak..akan..tak..akan..”lemah suara itu disebalik tanggisannya,dirinya terjatuh menyembah bumi,pantas Hariz memeluknya.Mereka terduduk ditanah bersama,Dynaz menanggis semahunya di dalam pelukan Hariz.

“Maafkan abang Naz,maafkan abang..”lembut sekali suara itu berbisik ditelinganya,dapat dirasakan kucupan hangat dirambutnya.

Halimah yang baru sahaja tiba di situ terpinga-pinga dengan apa yang terjadi,kelibat orang sekeliling yang menyibuk melihat menambahkan lagi kebinggungan dirinya.Lalu dihalaunya satu persatu orang-orang disitu.

“Sudah..sudah wayang dah habis,tak perlu nak tengok-tengok lagi.Penyibuk betul!bersurai..bersurai.”Halimah bersuara kuat sambil menghalau-halau orang yang sibuk berkumpul di gerai cik Kiah untuk menyaksikan kekecohan sebentar tadi.

Wajah Dynaz yang semakin reda dan tenang bertukar menjadi penuh kemarahan apabila tiba-tiba dia terlihat seorang perempuan yang sangat dikenalinya,berada hampir dihadapan kereta Hariz.

“Dynaz,jangan salahkan abang Hariz..semuanya ini salah Fasha..Fasha yang beria mahu tumpang abang Hariz pulang ke kampung..”lembut suara Fasha,wajah Fasha pucat sekali seperti kesakitan,tetapi masih terserlah keayuan dan kejelitaan dirinya.Dynaz tidak dapat menahan amarahnya mendengar suara perempuan tersebut.Dirinya melulu kearah Fasha lalu ditamparnya wajah Fasha sekali,sungguh menyampah dirinya dengan kelakuan Fasha yang berpura-pura seperti wanita yang baik hatinya.Fasha memegang pipinya yang pedih,wajahnya dikerutkan tanda tidak menyangka Dynaz akan melakukan dirinya seperti itu.Hariz terkejut besar melihat kejadian yang terjadi,orang ramai yang pada mulanya ingin beredar kembali berkumpul,mereka turut terkejut dengan tindakan berani oleh Dynaz.Halimah terkaku,mulutnya ternganga luas.Hariz tidak menunggu lagi terus sahaja dirinya menerpa kearah Fasha.

“Are you okay?i’m really sorry..”Hariz bersuara cemas sambil membelek-belek pipinya Fasha yang ditampar dengan kuat oleh Dynaz sebentar tadi.Bulat mata Dynaz memandang adegan dihadapnya kini.

“Hei,perempuan kau jangan nak belagak baik sangat lah!aku kenal siapa diri kau lah!”Dynaz menolak-nolak badan Fasha kuat sekali,perangai kasarnya terserlah sekali.Hariz menghalang diri Dynaz supaya tidak lagi mencederakan Fasha.

“Please Dynaz,jangan buat macam ni dengan Fasha!Dia tak bersalah!”nada suara Hariz meninggi,dirinya tidak dapat menahan lagi dengan keterlajakkan perbuatan Dynaz pada petang itu.Dynaz terkesima,tidak pernah Hariz meninggikan suara seperti itu kepada dirinya.Fasha berlindung dibelakang tubuh gagah Hariz,wajahnya terserlah dengan raut yang sungguh kasihan,seperti seorang wanita yang tidak berdaya melawan.Dynaz naik berang melihat lakonan Fasha yang menyakitkan hatinya itu,dahulu disekolah bukan main berani lagi Fasha menjeling dan merendah-rendahkan dirinya,tetapi sekarang berlakon seolah-olah wanita yang penuh kebaikkan dan tidak mengerti apa-apa dihadapan Hariz.

“Hipokrit!Perempuan plastik!!”amarah Dynaz membuak-buak,ditolaknya Hariz lalu diterpanya kearah wanita tersebut,ditamparnya berkali-kali wajah bersih itu sehingga Fasha terjatuh dihadapan kereta Hariz.Keadaan menjadi semakin kucar kacir apabila Dynaz menumbuk kuat ke wajah itu.Fasha lemah,dirinya tidak melawan.Hariz menerpa kearah Dynaz dipegangnya kuat tangan wanita itu,Dynaz meronta kuat.Wajah Hariz marah sekali,dirinya begang dengan segala kelakuan Dynaz.Fasha berusaha untuk berdiri,dan tiba-tiba satu sepakkan kuat hinggap dikakinya membuatkan dirinya terjatuh menyembah ke tanah dan kepalanya terhantuk di batu jalan.Fasha tidak dapat berbuat apa-apa lagi,dirinya lemah,darah mengalir tanpa henti dari kepalanya membuatkan pandangannya berpinar-pinar.Pandangannya makin kabur dan gelap,kendengaran suara Hariz kuat memanggil namanya,suara itu cemas sekali,tubuhnya rasa dipangku seseorang.Hariz..Hariz yang memangku tubuhnya.

“Naz,kau tidak patut buat macam tu…”Halimah bersuara lembut kepada rakan baiknya itu,Dynaz.Sudah hampir dua hari Dynaz mengurung dirinya di dalam biliknya sejak kejadian panas itu berlaku.Hampir seluruh orang kampung hangat membincangkan perkara tersebut,semuanya menambahkan lagi kegusaran di dalam hati Halimah.

Dynaz diam,tidak terkata apa-apa..dirinya masih lagi panas dengan apa terjadi.Hariz,Fasha kedua-duanya akan dibelasahnya teruk jika ketemu di depan matanya sekarang ini.Matanya sebab, akibat tidak henti menangis,wajahnya kusam dan tidak seceria selalu.

“Naz…dengarlah cakap aku..kau pergilah minta maaf dengan Fasha,mungkin dengan itu Hariz boleh memaafkan kau…”Halimah cuba memujuk rakannya itu.

“Apa?!Limah.Kau suruh aku minta maaf dengan perempuan plastik tu?Kenapa?! aku ke yang bersalah di sini hah?”akhirnya Dynaz bersuara,nadanya berang walaupun masih kedengaran sendu tangis yang ingin disembunyikan.Dirinya dikhianati lelaki yang paling disayanginya sepatutnya dirinya yang dihiraukan bukan si Fasha mahupun Hariz.Dynaz bangun menuju ke jendela rumahnya,hatinya sakit tidak terperi.

“Kau tahukan…sebenarnya Fasha tumpang Hariz hari tu sebab dia tu demam,dan Hariz tidak tergamak untuk meninggalkan Fasha di stesen bas.Itu aje..Naz,kau tu yang terlampau memikirkan yang bukan-bukan.”Halimah bersuara lagi,nadanya lembut sekali,walaupun hatinya kini agak membengkak dengan peragai Dynaz yang masih keras kepala itu.Dynaz terdiam…masih diingat lagi percakapan Yusri pada dirinya tempoh hari.Yusri yang baru sahaja pulang dari bertemu Hariz langsung bergegas ke rumahnya untuk menerangkan semua yang berlaku merupakan satu salah faham.

Fasha demam teruk pada hari itu membuatkan Hariz berasa serba salah untuk tidak menumpangkan Fasha pulang sekali bersamanya ke kampung.

“Naz,alang-alang jalan balik ke kampung yang sama..apa salahnya Hariz tumpangkan si Fasha tu sekali kan?”Yusri bersuara menerangkan segalanya.

“Perempuan tu saja buat sakit..aku tahu dia memang pandai berlakon..”Dynaz mengetap bibirnya.Sakit bukanlah satu alasan yang kukuh buat dirinya,walaupun jelas benar pada hari itu wajah Fasha pucat sekali,seperti orang kesakitan.

“Yus..kalau benar apa yang kau cakapkan ni, kenapa abang Hariz tak beritahu aku awal-awal yang dia nak tumpangkan Fasha?kenapa?”Dynaz sudah tidak dapat menahan tangisnya lagi,butir-butiran tangisan mengalir cepat membasahi pipi gebunya itu.Yusri sayu melihat rakannya itu.

“Naz,kalau Hariz beritahu pada kau tentu kau akan mengamuk dan cemburu tak tentu fasal malah kau akan berfikir yang bukan-bukan,sebab itulah untuk menjaga perasaan kau Hariz merahsiakan perkara ini.”Yusri mendekati rakannya itu.Dynaz tidak berkata apa-apa,sendu tangisnya masih kedengaran.Dirinya mengakui bahawa dia sudah melakukan kesalahan yang besar dengan menyerang Hariz dan Fasha tempoh hari.Sepatutnya dirinya perlu lebih matang meminta Hariz berbincang tentang perkara ini…tetapi semuanya sudah terlamabat,amarahnya mengatasi segala-galanya.

Halimah melihat Dynaz yang sepi di jendela biliknya.Jauh sekali lamunan Dynaz,Halimah menarik nafas yang dalam,segala yang terjadi tempoh hari sungguh diluar jangkaan hatinya.Sungguh dirinya tidak menyangka bahawa Dynaz akan bertindak sedemikian rupa.Kemarahan,kekecewaan,dan kepedihan Dynaz semuanya jelas terlihat,hatinya juga turut berasa sedih tetapi menghadapi karenah keras kepala Dynaz sekarang ini juga membuatkan dirinya geram.Dynaz perlu meminta maaf kepada Hariz dan Fasha jika dia mahu hubungannya dengan Hariz kembali pulih seperti dahulu.

“Naz…pergilah minta maaf dengan mereka…”Halimah bersuara lagi,kali ini bahu kanan rakannya itu dipegang erat.Dynaz tidak dapat menahan air matanya lagi,semuannya berguguran jatuh ke pipinya.Dirinya sedih dengan sikap Hariz yang langsung tidak mempedulikan dirinya.Semenjak kejadian itu,sehinggalah sekarang dirinya ditinggalkan sepi.Hariz langsung tidak datang menjenguknya dirumah.Hariz sunyi tanpa berita.Marahkah lelaki itu kepada diriku?

“Aku sebenarnya kesian dekat mak dan abah kau…kesian dia orang terpaksa pergi ke rumah Fasha dan Hariz semata-mata untuk memohon maaf atas kesalahan kau,kau tak kesian ke kat mereka?”Halimah mengesat lembut butiran tangisan di wajah Dynaz.Segalanya berpunca dari satu salah faham yang membuatkan Dynaz tidak dapat mengawal dirinya.Teresak-esak Dynaz menangis,sekarang ini dirinya bukan lagi seperti Dynaz yang dikuasai penuh oleh kemarahannya...sebaliknya seperti seorang kanak-kanak yang menangis pilu dan penuh dengan ketakutan kehilangan orang yang tersayang.Diri Halimah dipeluknya erat.

“Limah…apa aku nak buat?semuanya aku tak dapat kawal lagi..semuanya dah berlaku..dan abang Hariz sudah tak mahukan aku lagi…”sayu sekali suara Dynaz meruntun pilu dihati Halimah dan membuatkan wanita itu juga turut menangis di sisi kawannya itu.

“Tak..tak..Hariz masih mencintai kau..dia masih memerlukan kau..jangan cakap macam tu lagi..”Halimah menahan sendunya.Wajah lembut rakannya itu diusap-usap lembut dengan kedua-dua tapak tangannya.

“Macam ni…apa kata kau pergi minta maaf kepada Hariz dan Fasha ye..dengan itu,pasti Hariz dapat memaafkan kau..please Dynaz..ini untuk kebaikan kau juga..”bersungguh-sungguh Halimah meyakinkan Dynaz.Wajah Dynaz masih dipegangnya erat.

“Please..Naz,ini untuk kebaikkan kau…”

“Aku perlu kuatkan semangat!!”kuat suara Dynaz bergema di dalam hatinya,jambangan bunga lili segar di dalam pangkuannya dipegang erat.Sesungguhnya bunga inilah yang paling digemari oleh Fasha.Ya!hari ini akan menjadi sejarah di mana Dynaz akan memohon maaf kepada Fasha,perempuan yang paling tidak disukainya.Sungguh dirinya berasa gila dan bodoh untuk melakukan perkara ini,tetapi demi menyelamatkan hubungannya bersama Hariz dirinya sanggup untuk melakukan apa sahaja.Walaupun dirinya terpaksa untuk melutut di kaki wanita tersebut.

Kerana Hariz apa sahaja sanggup dilakukannya,betapa gilanya cinta ini.Abang..maafkan Dynaz.

Suasana di dalam bas awam yang dinaiki Dynaz menuju ke hospital dimana Fasha sekarang ini dirawat kelihatan sunyi sekali.Semua penumpang sibuk melayan fikiran masing-masing dan kedengaran hanyalah enjin bas yang bergerak laju bagi cepat menuju ke destinasi-destinasi penumpangnya.

Dynaz diam,hatinya berdebar-debar…perasaannya kini celaru,adakah perlu untuk dirinya teruskan rancangannya ini atau tidak.Semalam Halimah sudah meyakinkan dirinya untuk cepat meminta maaf kepada Fasha dan Hariz,demi mendengar nasihat rakannya itu dirinya kini berada di dalam bas menuju ke hospital,tempat beradanya Fasha sekarang ini.Sebenarnya dirinya berasa kekok untuk berhadapan dengan Hariz apabila dirinya masih lagi tidak dimaafkan oleh Fasha.Mungkin dirinya akan berasa lebih kuat berhadapan lelaki itu selepas memperoleh kemaafan dari perempuan yang bernama Fasha itu.Bunga dipangkuannya dipegang erat menambahkan lagi keyakinan di dalam hatinya.

“Makan banyak sikit..nanti boleh cepat sembuh.”lembut sekali suara Hariz sambil menyuap bubur nasi ke dalam mulut Fasha.Sejak kejadian Dynaz mengamuk menyerang Fasha tempoh hari,Hariz dan Fasha menjadi semakin rapat bahkan Hariz selalu datang melawat Fasha di hospital.Tersentuh hati perempuan Fasha apabila Hariz mengesat lembut sisa makanan yang mengotori bibirnya,matanya bergenangan air mata..terharu dengan layanan yang diberikan Hariz kepada dirinya.

“Abang…Fasha minta maaf…Fasha tak berniat langsung nak keruhkan hubungan abang dengan Dynaz dan-”

“Sudah Fasha,abang tak pernah salahkan Fasha dalam perkara ni.”cepat Hariz memotong percakapan Fasha,dapat dilihat wajah Fasha yang sayu dan betul-betul berasa bersalah tentang apa yang berlaku.Rambut Fasha yang lebat dan sihat itu diusap lembut Hariz.

“Fasha berehatlah..jangan fikirkan perkara ni..apa yang penting sekarang ni ialah kesihatan Fasha.”senyuman manis Hariz dihadiahkan kepada Fasha.Senyuman yang begitu ikhlas dan mempesonakan itu menambahkan lagi getaran di hati Fasha,sungguh dia mencintai lelaki yang berada di sampingnya ini.

“Ha’ah! Sebelum abang terlupa ini ada bunga,kiriman emak abang..katanya buat Fasha.Semoga cepat sembuh.”Kenyitan nakal Hariz membuatkan Fasha tertawa.Cepat Hariz mengambil bunga dan disusun cantik didalam pasu untuk dihiaskan di meja kecil disebelah Fasha.

“Segar bunga tu..wangi..Fasha suka.ucapkan terima kasih buat emak abang ye..”senyuman manis menghiasi wajah Fasha.Hariz tersenyum,lama dia menatap wajah Fasha.Sungguh sempurna!wajah Fasha sememangnya sangat sempurna apabila dihiasi dengan senyuman yang manis seperti itu.

“Ha’ah..senyuman macam ni lah yang akan membuatkan Fasha cepat sembuh.Jangan muram-muram lagi ye..”Hariz bersuara riang sambil duduk semula di kerusi disamping Fasha.

“Abang..Fasha hairanlah,sekejap saja kita boleh jadi rapat kan?..tak sangka sekarang ni abang ada di sisi Fasha..terasa macam mimpi saja..”riang Fasha bersuara,wajahnya berseri-seri cantik sekali.Hariz tersentak mendengar percakapan Fasha,mengapa Fasha berkata-kata sedemikian rupa?

“Kenapa Fasha cakap macam tu?”Hariz menyoal Fasha selamba.

“Iyela..dulu Fasha selalu teringin sangat nak rapat dengan abang seperti ni..tetapi..”Fasha terhenti,dirinya terjerat dengan apa yang diperkatakannya sebentar tadi.Cepat Fasha menunduk wajahnya,tidak lagi memandang ke wajah Hariz.

“Apa maksud Fasha macam terasa dalam mimpi?”Hariz menyoal Fasha,hatinya berdebar apabila mendengar percakapan Fasha sebentar tadi.Mungkinkah Fasha juga merasa seperti apa yang dirasanya sebelum ini.Fasha menunduk, hatinya berasa gementar untuk meneruskan kata-katanya.

“Tak ada apa-apa…abang baliklah dulu..Fasha nak rehat sekejap..”Fasha cuba mengubah topik perbualan mereka.Cepat Hariz menarik lengan Fasha apabila wanita itu mula menarik selimutnya untuk menyelimutkan dirinya.

“Abang tak akan balik selagi Fasha tak terangkan kenapa.”Hariz bernada serius,wajah tampannya dipandang terus kearah Fasha.Fasha tersentak dengan kelakuan Hariz,dirinya tidak terkata apa-apa matanya tepat memandang sepasang mata Hariz yang sungguh mempesonakan.

“Cik,boleh saya bertanya,dimana wad pesakit bernama Fasha bt.Ahmad Ajmal?”Dynaz bersuara manis bertanyakan jururawat yang bertugas di lobi hospital.Bunga yang dipegangnya dibelek-belek supaya kelihatan bertambah cantik,senyuman manisnya tidak lekang dibibirnya.

“Ya,sila ke wad bernombor 6088,tingkat 3 ye..”jururawat wanita itu memberikan maklumat kepada Dynaz dengan ramahnya sekali,senyuman Dynaz dibalasnya mesra.

“Terima kasih.”Dynaz mengangguk laju dan mula beredar menuju kearah lift yang berdekatan.

“Dynaz,kau harus lakukan ini.Harus!”Dynaz berkata-kata untuk memberikan semangat didalam dirinya.Pintu lift terbuka, dengan cepat dirinya masuk dan menekan butang tiga yang disediakan di sebelah kanan lift tersebut.Dirinya seorang sahaja disitu,nafasnya ditarik dalam dan dihembuskan perlahan-lahan.

“Fasha..aku datang nak minta maaf kepada kau..semua merupakan satu salah faham..maafkan aku.”itulah kata-kata yang akan diperkatakan Dynaz sebentar nanti setelah dirinya sampai di wad Fasha.

Perjalanan Dynaz ke wad Fasha terasa sungguh lama sekali,hatinya berdebar-debar tidak tahu mengapa..cemas seperti sesuatu akan berlaku,diperkemaskan lagi jambangan bunga dipangkuannya.Dynaz memegang lembut dadanya,jantungnya berdegup kencang.Sungguh hatinya tidak senang dengan perasaan ini.Cepat langkahnya diatur menuju ke wad yang bernombor 6088.

“Hah,itu pun wad 6088..”Dynaz berkata-kata di dalam hatinya.Langkahnya diatur kemas kearah bilik itu.Derap langkahnya cermat sekali,nafasnya ditarik dalam dan dihembus perlahan-lahan.Pintu bilik itu tidak tertutup,renggang sedikit tetapi tidaklah terlalu luas bukaannya.Cepat Dynaz mencapai tombol pintu untuk menolak pintu tersebut tetapi tiba-tiba langkahnya terhenti disitu.Matanya membulat apabila melihat Hariz berada dekat bersama Fasha,Tangan Fasha digenggam erat oleh tangan sasa kepunyaan Hariz.Erat sekali hinggakan membuatkan hatinya pedih sekali.Jelas dipandangannya Hariz mengusap-gusap wajah bersih Fasha begitu lembut sekali penuh dengan kasih sayang.

“Tak..tak..ini tak mungkin…”Dynaz berkata-kata didalam hatinya,dunianya kini gelap.Terasa seperti dirinya seakan pitam,tak mungkin Hariz sanggup mengkhianati cinta mereka.

“Fasha..kenapa Fasha tak pernah beritahu yang Fasha juga mencintai abang?”lembut suara Hariz menusuk di pendegaran Dynaz.Jiwa Dynaz seakan-akan ditusuk sembilu,sakit dan perit sekali.

“Fasha tak ada keyakinan ketika itu..maafkan Fasha..”tangan Hariz dikucup lembut Fasha,jernihan mutiara kelihatan berguguran di tebing matanya Fasha.Hariz mengesatnya lembut penuh romantis.

Dynaz tersentak.Jantungnya seakan terhenti di situ,segalanya musnah,musnah sama sekali.Lidahnya kelu untuk berkata-kata,dirinya melepaskan tombol pintu dan perlahan-lahan berjalan lemah meninggalkan wad itu.Dirinya sekarang ini meminta-minta untuk menjerit dan menangis,berteriak sekuat hati tetapi segalanya tidak berlaku.Segala percakapan dan kelakuan Hariz dan Fasha sebentar tadi bermain-main difikirannya,seperti pita filem tidak henti tertayang dihadapan matanya kini.Dirinya lemah,perjalanannya tidak terasa.Jiwanya meruntun pilu.Jambangan bunga digenggamannya semakin longgar,lalu jatuh menyembah bumi bertaburan bunga-bunga tersebut dilantai seperti hatinya kini yang hancur dikhianati insan yang tercinta.

“Cik..cik..bunga cik jatuh ni…”suara jururawat yang menegur Dynaz langsung tidak mengambil perhatiannya kini,apa yang berada di fikirannya adalah kejadian tadi.Hariz dan Fasha….Jalannya lemah sekali…

Sanggup Hariz melakukan dirinya seperti ini.Tidak ada perasaan bersalahkah Hariz terhadap dirinya ini?Mereka sudah pun bergelar pasangan yang bertunang,mengapa Hariz tegar memegang dan mengusap wajah wanita lain selain dirinya?

Jelaslah Hariz kini sudah tawar hati terhadap dirinya..tiga hari berlalu dengan cepatnya sekali,Dynaz tidak mendengar langsung khabar dari Hariz.Sejak kejadian di hospital tempoh hari, hati Dynaz menjadi tawar untuk meminta maaf kepada kedua-dua insan itu.Hatinya sakit,sepanjang masa dia memikirkan perkara tersebut,makan minumnya terabai,kerjanya di kebun tidak diendahkan,sesungguhnya dirinya merindukan belaian mesra daripada lelaki yang bernama Hariz itu.Lelaki yang sangat dicintainya.

“Abang…mengapa abang tak datang tengok Dynaz..Naz rindukan abang..”sayu Dynaz merintih,rantai berkalung hati pemberian Hariz diusapnya lembut.

“Naz,akan maafkan abang..kalau abang datang..abang..”Dynaz berkata-kata lagi.Wajah Dynaz cengkung dan pucat sekali,dirinya tidak terdaya untuk bangun dari katilnya.Badannya lemah..tiada kekuatan lagi.

“Naz!bangunlah!kau harus kuat.Pergi rebut kembali Hariz di tangan wanita penipu tu!kau tak boleh terus macam ini.Bangun!”tiba-tiba satu suara bergema kuat dipendengaran Dynaz.Dynaz tersentak,dirinya memandang sekeliling,tiada sesiapa disitu.

“Naz,kau harus kuat Hariz kau punya..pergi!jumpa Hariz dan tawan dirinya semula.Pergi!”sekali lagi suara itu kuat bergema di telinga Dynaz.Sedaya upaya Dynaz bangun dari pembaringannya,kepalanya sakit pening sekali.Jarinya memicit-micit dahinya.

“Kau siapa hah?”Dynaz bersuara sambil mencuba sedaya upaya untuk turun dari katilnya,badannya yang lemah dikuatkannya.Dirinya sudah lupa berapa lama dirinya tidak menjamah sesuap nasi pun.

“Aku ialah diri kau Dynaz..Yakinlah Hariz tetap mencintai kau.Pergilah tawan kembali cintanya.”Dynaz terdiam mendengar kata-kata tersebut,tangisannya mula mengalir dipipinya.Dirinya terasa sungguh lemah sekali sekarang ini.Mengapa dirinya tidak memperjuangkan perasaannya.Ya!aku tidak boleh mengharapkan Hariz untuk datang kepadaku.Aku harus memperjuangkan perasaan aku!Ya,hanya aku!.

Tanpa berlengah Dynaz segera menuju membuka pintu biliknya,dirinya berlari kearah pintu rumahnya,dirinya tekad untuk mengambil kembali Hariz pulang kesisinya.Pintu rumah dibukanya dan alangkah terkejutnya dirinya apabila melihat Hariz betul-betul berada dihadapan matanya kini.Hariz tersentak,bukaan pintu yang mengejutkan membuatkan Hariz terkelu untuk berkata-kata.Dynaz juga hampir terkejut tetapi cepat wajahnya mengatur senyuman dan keluhan nafas yang lega.Dirinya ingin menangis di situ tetapi ditahan supaya tidak menganggu perasaan Hariz.

“Ab..ang..tak sangka abang datang..tengok Dynaz.”Dynaz melepaskan segala rindunya pada ayat itu.Jelas terlihat bertapa dirinya tersiksa menunggu Hariz.Hariz diam..dirinya cuba untuk memberikan senyuman kepada Dynaz.

“Dynaz macam mana?sihat?”Hariz menyoal Dynaz penuh prihatin,dirinya berasa risau apabila ibu dan ayah Dynaz datang ke rumahnya memberitahu keadaan Dynaz yang tidak terurus.Sungguh dirinya berasa risau dan kerana itulah dirinya kini berada di rumah Dynaz walaupun tujuan utamanya kesini mempunyai niat yang lain tetapi hatinya lega melihat Dynaz yang ceria pada hari ini.

“Dynaz ok saja..marilah kita duduk,Dynaz ada banyak cerita nak kasi tahu abang ni.”Dynaz bersuara riang dan ceria,tangan Hariz dipegangnya erat dan dibawa Hariz menuju ke pangking yang tersedia di halaman rumahnya.Hariz mengikut langkah Dynaz,walaupun Dynaz ceria dan riang masih kelihatan jelas wajahnya yang cengkung dan pucat,dirinya yang kurus menambahkan lagi kegusaran di hati Hariz.Perlukah dirinya memberitahu keputusan ini kepada Dynaz?dirinya menjadi serba salah sekarang ini.Jika dirinya tidak berterus terang dengan Dynaz pada hari ini,bila lagi dirinya akan mendapat peluang untuk berkata-kata lagi.

“Abang..Dynaz nak minta maaf tentang perkara hari tu..Dynaz tahu Dynaz tak patut-”

“Sudah Dynaz..abang dah lama maafkan Dynaz..tak perlu lagi kita nak ungkitkan perkara tu..”cepat Hariz memotong percakapan Dynaz.Dirinya melihat terus kearah pemandangan halaman rumah Dynaz yang sungguh cantik itu.Dynaz tersenyum manis,dirinya lega memperoleh kemaafan daripada Hariz.

“Naz…sebenarnya kedatangan abang hari ni ada perkara yang ingin abang katakan.”akhirnya Hariz bersuara serius,dirinya tidak memandang kearah Dynaz,pandangannya jatuh memandang pasir putih di kakinya.Hati Dynaz mula berdebar,dapat dirasakan sesuatu yang serius akan dikatakan Hariz.Dirinya cuba untuk mempamerkan senyuman manisnya tadi tetapi tidak dapat dikawalnya senyumannya itu menjadi pahit tidak semanis yang ingin dipamernya.

“Abang dah banyak fikirkan tentang hubungan kita..Naz..”kali ini Hariz memandang tepat keanak mata Dynaz.Dynaz kelu senyumannya terhenti disitu.

“Maafkan abang..abang tak boleh teruskan hubungan ini.”cepat Hariz melafazkan kata-kata yang tersimpan kemas di hatinya itu.Bulat mata Dynaz mendengar percakapan Hariz.Pernafasannya sukar,dirinya kini sukar untuk bernafas..matanya meliar melihat anak matanya Hariz untuk mencari kebenaran kata-kata itu di sebalik mata yang indah itu.

“Tak..tak..abang hanya.. melawak kan?”terketar-ketar Dynaz bersuara,sekarang ini dirinya tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi,keseriusan wajah Hariz mematikan segala-galanya pada dirinya.

“Maafkan abang..”Hariz menunduk wajahnya dan segera bangun dari duduknya,dirinya beredar mendekati keretanya yang diparkir dihalaman rumahnya Dynaz.

“Tak!Tak! abang tak boleh tinggal Dynaz macam ni!”segera Dynaz menjerit dan berjalan kearah Hariz.Dirinya kini terasa sakit sekali,mengapa harus begini?Pengakuan Fasha mencintai Hariz tempoh hari mmbuatkan Hariz berubah seperti ini.Sungguh dirinya tidak menyangka bahawa serapuh itu kasih sayang Hariz terhadap dirinya.

“Naz tahu abang nak bersama perempuan sial tu kan!”Dynaz tidak dapat mengawal kemarahannya,lengan Hariz ditariknya kasar supaya mengadap dirinya kini.

“Naz,please..stop talking like that ok..”Hariz serius dengan kata-katannya.

“Abang tak akan bahagia dengan dia!Naz yakin!kalau abang kahwin juga dengan dia Naz sendiri akan bunuh perempuan tu!!”Dynaz bersuara mengugut Hariz,ternyata kini dirinya dikuasai penuh dengan kemarahanya sehinggakan mampu untuk berkata-kata sedemikian rupa.

“Naz! You know what, because peragai Naz macam ni lah yang buat hubungan kita jadi macam ni.I can’t stand with this anymore.”Hariz berang dengan peragai Dynaz,dirinya tidak memandang lagi kearah wanita tersebut lalu memecut laju keretanya meninggalkan Dynaz yang penuh dengan amarahnya.

“Abang tak akan bahagia dengan dia!tak akan…tak akan..tak…”Dynaz terduduk di tanah,sekali lagi air matanya gugur buat insan yang bernama Hariz itu.

Semuanya sudah musnah,musnah sama sekali..hubungan kasih sayang yang dijaganya bertahun lamanya berakhir dengan mudah sekali.Segala janji-janji berlalu seperti angin yang menghembus pergi.Dirinya tidak kuat lagi untuk menerima segala ini,hatinya hampa..tidak disangka kasih sayang Hariz kepada dirinya selama ini sebegitu rapuh.Lenyap apabila hadir insan ketiga.Sungguh dirinya menyumpah lelaki tersebut tetapi hatinya masih mendambakan lelaki tersebut,dirinya lemah..selemah lemahnya.Memori di kebun ayahnya tempoh hari bermain-main di fikirannya kini,sekali lagi Hariz mengecewakan dirinya dengan keputusan nekadnya yang membuatkan Dynaz hilang arah.Pertemuan yang dirancang oleh dirinya untuk meminta maaf dan merayu Hariz untuk pulang kesisinya menjadi satu lagi kenangan pahit di dalam dairi hatinya.

“Abang maafkan segala percakapan Dynaz tempoh hari..Dynaz tak maksudkan segala yang Dynaz katakan itu..”Dynaz merintih sayu,dirinya sekarang melutut dan memegang kedua-dua belah kaki Hariz.

“Kembalilah kepada Dynaz..Naz merayu pada abang..”tangisnya tidak terbendung lagi.Segala kewarasan ditolaknya ketepi,dirinya sanggup melutut kepada lelaki itu untuk kembali kepadanya.Betapa dirinya mencintai lelaki tersebut.Hariz tersentak dengan kelakuan Dynaz,dirinya segera memegang erat kedua-dua belah bahu Dynaz dan mengangkat Dynaz,tetapi Dynaz tetap memaut kaki Hariz,tiada niat untuk melepaskannya.

“Abang tolonglah..Naz merayu…pulanglah kepada Naz..”tangisnya sayu sekali membuatkan Hariz terasa hiba.Maafkan abang Naz..abang dah buat keputusan…maafkan abang..segala percakapanya terbuku didalam hati,dirinya tidak mahu meluahkannya kepada Dynaz,segalanya akan menambahkan lagi keperitan dan kesedihan di hati wanita tersebut.Biarlah dirinya hanya mendiamkan diri sahaja.

“Abang jangan buat Naz macam ni..tolonglah..”melihat Hariz yang berdiam diri membuatkan Dynaz merintih lagi.Hariz tidak dapat bertahan lagi,cepat dirinya beredar jauh dari tubuhnya Dynaz yang menyembah bumi.Hatinya diserang perasaan yang amat bersalah sekali terhadap wanita itu,dirinya mengakui bahawa dirinya akan dihukum bagi kesalahannya ini.Maafkan abang Naz….

Sekali lagi bayangan wajah lelaki itu datang di dalam mimpinya membuatkan dirinya sentiasa terbangun dengan kelopak mata yang basah dicemari air matanya sendiri.Sungguh banyak tangisannya buat lelaki tersebut,tidak terkiranya betapa perit hatinya menanggung segala-galanya.Dirinya kini sentiasa berkurung didalam biliknya.Makan,minumnya tidak dihiraukannya.Kebanyakkan masanya dihabiskan dengan termenung dan menatap gambar wajah kesayangannya itu,Hariz.Dirinya juga sudah tidak tahu berapa lama dirinya menjadi seperti itu,lawatan dari rakan karibnya yang bersimpati dengan nasibnya langsung tidak diendahkannya.Keluarga Hariz yang turut hadir untuk membatalkan tali pertunangan antara mereka,itu juga tidak diendahkan dirinya.Hatinya kini sepi…tiada makna untuk dirinya hidup didunia ini jika Hariz sudah tidak berada di sampingnya lagi.

“Mama nak kahwinkan Dennis.”serius sekali percakapan Pn.Chae Rin pada pagi itu.Dennis diam,suapan makanan ke mulutnya dihentikan.Dia meletakkan cermat sudu dan garfu di dalam pinggannya.

“Papa juga setuju dengan mama kamu..Dennis this is a best time you should have your own family..”En.Amir bersuara menyokong percakapan isteri yang yang tercintanya.Dennis diam satu keluhan kecil dikeluarkannya.

“Ikutlah apa mama dan papa nak tentukan..”Dennis mengelap cermat mulutnya dengan kain napkin yang disediakan khas di atas meja makan yang besar tersebut.Dirinya mula berkemas untuk ke pejabat pada pagi itu.Pn.Chae Rin membulatkan matanya, tidak disangka keputusannya akan diterima dengan begitu mudah sekali oleh anak tunggalnya itu.Selama ini Dennis cukup liat untuk memberi keputusan di dalam hal perkahwinan,tetapi tiba-tiba hari ini Dennis hanya menurut tanpa membantah.En.Amir juga turut tersentak dengan kenyataan Dennis pada pagi ini,semalam bukan main risau lagi Pn.Chae Rin mengatur ayat untuk mengemukakan cadangan ini kepada Dennis,hampir tidak tidur dibuatnya memikirkan cara terbaik untuk membuat Dennis bersetuju dengan rancangannya ini dan akhirnya dengan hanya satu ayat sahaja Dennis bersetuju dengan cadangannya.Hairan dan pelik…

“Abang,Dennis ok ke?”perlahan Pn.Chae Rin berbisik di telinga suaminya apabila kelibat Dennis semakin hilang di pandangan matanya.En.Amir diam dirinya menghabisi sisa makanan di dalam pinggannya.Sememangnya sejak kematian Soon Ae,Dennis menjadi agak pendiam dia terlalu menyalahkan dirinya sebagai penyebab kematian wanita tersebut.

Dennis sekarang ini lebih matang daripada dahulu dan apa yang paling mengejutkan En.Amir ialah anaknya ini sudah jarang berkelakuan liar seperti dahulu,Dennis akan berada di pejabatnya tepat waktu pejabat dan pulang pada waktunya.Ini menambahkan lagi keyakinan di hati En.Amir bahawa anak lelakinya itu sekarang lebih bertanggungjawab dan inilah masa yang sesuai bagi dirinya dan isteri menerima seorang menantu di dalam vila besar mereka ini.

“What?!you akan kahwin?”Henney bersuara terkejut,tetapi dibibirnya terhias senyuman yang begitu manis.Kekacakkannya terserlah disitu.Henney menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak mempercayai kata-kata rakannya itu.Dennis menarik nafas panjang,dirinya bersandar di kerusi di dalam pejabatnya yang besar itu.Suasana bilik pejabatnya sangat tenang dan udaranya nyaman sekali segala perabot kelihatan esklusif dan bermutu tinggi,sememangnya sifat Dennis yang begitu teliti dengan suasana dan perabot di sekelilingnya mestilah mengikut ciri yang digemarinya.Elegance and Sophisticated.

“Yup,aku akan berkahwin..kenapa kau tak percaya ke?”Dennis bersuara serius,matanya tepat memandang rakannya itu yang berada tepat berhadapan dengan dirinya.

“Ok lah, tell me what is actually reason behind this?..”sisa senyuman Henney masih terpamer,dirinya tahu Dennis mempunyai agenda lain disebalik perkahwinan ini.Tidak mungkin lelaki seperti Dennis akan melibatkan dirinya dengan perkahwinan jika tidak memperoleh sebarang mafaat dari perkahwinan tersebut.Sesungguhnya dia sangat mengenali rakannya itu.Dennis tertawa mendengar pertanyaan rakannya itu,barisan giginya yang putih dan bersih terpamer indah.

“Ha..ha..kau ni dah tahu akal aku ni..”Dennis bersuara riang, dirinya masih dengan ketawanya.Tidak disangka Henney dapat menangkap dirinya mempunyai rencana lain tentang soal perkahwinan ini.Henney tersenyum nakal melihat kearah rakannya itu.

“Actually, I wanna get rid from my family.If I get married,I can make my own decision about life..i can do what I wanna do..perfect life!right?”Dennis bangun dari kerusinya dan berjalan kearah tingkap yang luas,disitu panoramanya sungguh indah sekali.Senyuman Dennis masih tidak lekang dari bibir sensualnya.Henney mengangguk sekali,dirinya seakan setuju dengan rancangan rakannya itu.Selama ini walaupun Dennis kelihatan bebas tetapi dirinya sering dikongkong oleh mama dan papanya,segala keputusan akan dibuat oleh kedua orang tuanya jika dirinya membantah duit sakunya akan dikurangkan,sesungguhnya perkara itulah yang paling digeruni oleh Dennis.

“I’m very tired listen to everything what they said, they arranged my life..and now I think I must make my own decision in my life,and this in the best way.”Dennis mula bernada serius,matanya jauh melihat keindahan bandar dari cermin pejabatnya.

“So that girl cuma akan jadi suri rumah yang paling kesian sekali,her husband married with her just because wanna get rid from his family..tragic. right?”Henney pula bangun dari kerusinya dia menghampiri Dennis yang leka dengan lamunannya.Semenjak kematian Soon Ae Dennis yang dikenalinya sememangnya sering termenung jauh,Henney sendiri tidak mampu berbuat apa-apa.Rakannya itu seakan berada di dalam dunianya sendiri.

“So,man! Who’s the perfect girl?”Henney menumbuk lembut bahu rakanya itu,membuatkan Dennis tersedar dari lamunannya.Dennis tersenyum dan beralih mengadap rakannya itu.

“That’s girl is my mama choice..”Dennis bersuara selamba,bahunya dijungkit sekali.

“I’m not going to love her..so I think it’s better to let my mama choose her daughter in law.”Dennis bersuara mendatar,tiada sebarang nada disitu.Henney menyandarkan dirinya di dinding di sebelah Dennis,dirinya mengangguk faham.

“Perkahwinan pilihan keluarga huh?that’s cool!”Henney bersuara riang,dirinya menyokong segala keputusan rakanya itu.Mereka tertawa bersama..

­­­­­

Tiga bulan berlalu….

Dirinya kini seakan terumbang-ambing,satu-satu arah hidupnya kini hilang pergi meninggalkan dirinya seorang diri.Sungguh dirinya tidak menyangka begini kesudahan cerita cinta yang bertahun lama dijaga dan disemainya.Segalanya musnah dengan begitu mudah sekali..dirinya hampa,bertahun lamanya dirinya setia terhadap insan yang di cintainya itu tetapi kesudahanya…hancur musnah semuannya..

Berada kini di pondok kecil di kebun ayahnya menambahkan lagi kepiluan dihatinya,segala memori silam datang bertandang tiada noktahnya.Hatinya perit sekali,di sinilah dirinya sering menghabiskan masa bersama lelaki yang dicintainya itu,gelak ketawa,gurauan senda segalanya lenyap begitu sahaja.Dirinya kini keseorangan…tiada lagi cahaya hidup yang dipujanya selama ini.Hariz..menyebut nama itu seakan mengundang angin kerinduan meresap lembut ke dalam tubuhnya,mengetarkan segala jiwa dan raganya..betapa dirinya merindui lelaki tersebut.

Perlahan Dynaz bangun dari pelantar di pondok kecil tersebut,dirinya menuju terus ke kolam ikan buatan ayahnya,disitu diberinya ikan-ikan peliharaannya makan.Dedak ditaburnya dengan cermat.Selepas ini dirinya akan mengutip buah-buahan di kebun bapanya untuk dijual di pasar dan pulang nanti dirinya akan sibuk menjaga ternakan ayam dan itik keluarganya.Sebelah petang nanti dirinya akan meluangkan sepenuh masanya di kebun bunga ciptaan dirinya bersama ayahnya dibelakang rumah mereka.Banyak pekerjaan yang dilakukan Dynaz supaya dirinya tidak mempunyai kesempatan untuk memikirkan tentang nasib buruk yang menimpa dirinya.

“Naz,bawa-bawalah berehat..abah tengok kebelakangan ni kamu tak henti-henti buat kerja..udahlah,pergi berehat tu..”lembut sekali suara PakRahim menyuruh anaknya itu berehat.Dirinya yang sebentar tadi sibuk membuat pengadang bagi tumbuhan barunya itu mula berjalan menghampiri anak kesayangannya itu.

Ala..abah,Naz cuma nak tolong je..lagipun duduk rehat banyak sangat buat Naz malas aje,nanti sakit pula..”Dynaz bersuara mendatar,dirinya masih sibuk menabur dedak di kolam ikannya.

“Iyela..kalau banyak kerja sangat pun akan sakit juga.”Pak Rahim menasihati anaknya itu.Dirinya risau dengan perubahan sikap Dynaz yang begitu ketara ini.Sejak dirinya putus tunang dengan Hariz,dirinya menjadi insan yang berbeza.Dynaz bukanlah seperti wanita yang riang dan ceria seperti dahulu,dirinya kini lebih suka berdiam diri tidak seramah dan semesra seperti dirinya sebelum ini.Dirinya lebih suka menyendiri,segala yang terjadi di kampungnya tidak lagi diendahkannya,apa yang dilakukannya kini ialah untuk terus hidup supaya tidak mengecewakan kedua-dua ibu dan ayahnya.Hidup yang tidak bermakna,tetapi harus diteruskan juga demi kebahagiaan keluarganya.Pak Rahim menggeleng-gelengkan kepalanya,hati bapanya risau dengan masa depan anaknya itu.

Tiba-tiba dirinya teringatkan sesuatu,kad kiriman yang diterimanya tempoh hari mengusarkan hatinya..bagaimana harus dirinya menerangkan perkara tersebut kepada anaknya kini yang sememangnya berada di dalam penderitaan yang mendalam.

“Urmm..Naz,esok hari Sabtu..Naz rehatlah kat rumah ye..abah dan mak kamu ada hal sikit,jadi kamu tak perlu turun kebun buat kerja-kerja ye..rehat saja kat rumah tu.”Pak Rahim akhirnya bersuara tenang walaupun mulutnya agak susah untuk mengeluarkan kata-kata.Dynaz melihat ayahnya,hairan..

“La..Naz bolehlah nak buat kerja sorang-sorang ni,Naz tak kisah lah.”Dynaz meletakkan dedak di dalam raga besar berhampiran pondok kecilnya,bekas minuman diambilnya dan dituang kopi yang masih panas di dalam cawan untuk diberikan kepada ayahnya dan berjalan mendekati ayahnya itu.

“Naz,dengarlah cakap abah ni..tolonglah jagalah kesihatan kamu tu..mak kamu dah tak larat menangis memikirkan kesihatan kamu..”Pak Rahim bersuara prihatin,tangannya menyambut cermat cawan yang berisi kopi panas yang diberikan Dynaz kepadanya.Dynaz diam,tidak bersuara..dirinya berfikir panjang.Ibunya itu sering sahaja kemurungan memikirkan dirinya,terasa bersalah juga apabila dirinya membuat ibunya menjadi seperti itu.Sungguh dirinya tidak pernah mahu mengecewakan ibunya sedemikian rupa tetapi segalanya terjadi tidak boleh dihalang..sudah ketentuan ilahi nasibnya sebegini rupa..maafkan Dynaz mak kerana telah banyak menyusahkan mak.

“Baiklah abah..esok Dynaz akan berehat saja di rumah,lagipun bila difikirkan memang sudah lama Naz tak melepak kat rumah tu..”akhirnya Dynaz mengalah,Pak Rahim tersenyum manis melihat anaknya itu,walaupun Dynaz kelihatan comot dan kotor dengan pakaian kebunnya tetapi wajahnya masih kelihatan cantik dan jelita di mata bapanya itu.

“Baguslah macam tu..Naz,pun perlukan rehat yang banyak untuk kesihatan Naz.”Pak Rahim mengakhiri perbualannya dengan senyuman yang begitu prihatin,senyuman seorang ayah yang begitu mengasihi anaknya.

“Argh..boringnya duduk dalam rumah ni..”Dynaz menguap panjang,dirinya mengeliat membetulkan urat-urat sendinya.Tengah hari tadi ibu dan ayahnya sudah keluar katanya ada urusan yang perlu dilakukan,dan sekarang tinggal dirinya seorang diri di dalam rumahnya.Dynaz berjalan lemah menuju keruang tamu rumahnya,melintasi ruang luas yang kosong di dalam rumahnya yang dahulu menempatkan sebuah piano berwarna putih mengukit kembali kisah silamnya.Piano itu sudah dikembalikan kepada Hariz,sungguh dirinya sangat menyayangi piano tersebut tetapi ia miliknya Hariz bukan dirinya.Segala pemberian Hariz kini dipulangnya kepada Hariz semula cuma yang disesalinya dirinya gagal mengembalikan kalung berloketkan hati yang bertakhta berlian itu kepada Hariz kerana kalung itu hilang daripada penjagaannya.Tidak diketahui dimana hilangnya kalung itu,penat dirinya mencari-cari kalung tersebut tetapi masih tidak ketemu hingga ke hari ini.Dirinya berjanji jika ketemu kalung tersebut akan segera diserahkan kembali kepada Hariz.

“Naz datang nak kasi barang ni pada Hariz..”lembut sekali suara Dynaz bersuara kepada Pak Kassim,ayahnya Hariz.Pak Kassim bergegas turun dari rumahnya untuk ketemu Dynaz yang sudah dianggap seperti menantu rumahnya itu.

“Eh,Dynaz..Naz,sihat ka?”Pak Kassim bersuara penuh prihatin,dirinya sayu melihat keadaan Dynaz yang cengkung dan pucat benarlah wanita itu sangat menderita dengan kegagalan hubungan diantara dirinya dengan anak lelaki tunggal miliknya.Dynaz memegang sebuah kotak yang besar,dirinya mempamerkan senyuman tetapi tidaklah semanis dulu..kelat sekali senyumannya.Sungguh Pak Kassim tidak menyangka hubungan yang dianggapnya akan berkekalan ini putus dipertengahan jalan,bukan dirinya tidak pernah menasihati Hariz tetapi anaknya itu seakan-akan tegar dengan keputusannya.Membuatkan dirinya menjadi serba salah berhadapan dengan wanita tulus di hadapannya kini.

“Naz baik-baik saja pakcik..ni ada barang Naz nak pulangkan kepada Hariz”Dynaz bersuara,sedaya upaya dirinya cuba untuk kelihatan riang tetapi dirinya gagal.Semakin dirinya cuba berkelakuan riang semakin kesedihannya tampak jelas disitu.

“Naz,Hariz tak minta semua tu..piano yang Naz pulangkan hari tu pun Hariz tak minta..dia suruh pakcik berikan semula pada Naz..”lembut sekali Pak Kassim bersuara memandang tepat kearah Dynaz.Simpatinya tumpah di situ.Tiba-tiba Mak Anita turun dari rumahnya dan menuju terus kearah Dynaz.

“Eh,Dynaz!Hariz tu dah tak mahu dekat kau..barang-barang kau ni pun dia dah tak mahu!balik saja..dia tak ada dia ada di bandar, kerja!bukan macam kau terperuk aje kat kampung ni.”garang sekali suara Mak Anita mengherdik Dynaz.Dirinya cukup menyampah dengan kelakuan Dynaz yang memalukan anaknya dan Fasha di hadapan orang ramai sebelum ini.Jelingannya tajam,hatinya bersyukur kerana akhirnya anak lelakinya itu mendengar juga kata-katanya supaya meninggalkan perempuan seperti Dynaz ini.Dynaz menarik nafasnya dalam..hatinya sedih sekali diperlakukan sedemikian rupa,air matanya ditahan tidak akan sesekali dirinya menumpahkan air matanya dihadapan wanita tua dihadapannya ini.Pak Kassim menjegilkan biji matanya seakan-akan memberi isyarat supaya isterinya itu tidak lagi meneruskan kata-kata kesat seperti itu lagi.

“Ini semua bukannya barang Dynaz..tetapi barang Hariz,jadi Naz nak pulangkannya kembali.”Dynaz bersuara penuh sopan,dirinya tidak lagi bertentang mata dengan matanya mak Anita seperti selalu yang dilakukannya.

“Oh..barang Hariz.Kenapa tak beritahu awal-awal.”cepat mak Anita merampas kotak di pangkuan Dynaz,lalu dibawannya beredar menaiki tangga rumahnya.Pak Kassim hanya mampu melihat ragam isterinya itu sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Maafkanlah makcik kau tu..dia tu bukannya nak-”

“Takpe..takpe pakcik.Dynaz nak balik dah ni..Assalamualaikum.”cepat Dynaz memotong percakapan Pak Kassim,dirinya tidak mahu lagi mendengar apa-apa penjelasan yang dibuat lelaki tua itu.Dirinya mengenali sikap sebenar Mak Anita yang sememangnya tidak pernah menyukai dirinya..

Kenangan demi kenangan datang bertandang di kotak fikirannya apabila dirinya merehatkan diri di sofa diruang tamunya.Cuaca hari ini sangat bagus tidak terlalu panas,membuatkan dirinya begitu selesa melayani pemikirannya.Televison yang dipasangnya dibiarkan terbuka tanpa sebarang minat pun untuk melihatnya.Dirinya malas terbaring di sofa empuk itu,Sungguh lama masa berlalu dan kini dirinya benar-benar berasa keseorangan.Hatinya sepi dan kosong sejak ditinggalkan Hariz.Air matanya sudah kering untuk menangisi nasibnya..dirinya lelah dengan segalanya yang berlaku…

“Ooopss..argh!aku terlupa!Ya Allah..pisang aku!”tiba-tiba Dynaz melompat jatuh dari sofanya,cepat dia berlari menuju kebawah rumahnya.Baru dirinya teringat akan pisang yang dikutipnya semalam di kebun harus dijualnya ke pasar.Ah Lai tentu akan membebel padanya,sebenarnya dirinya sudah berjanji membawa pisang untuk dijual kepada lelaki cina tersebut pada pagi ini.Sungguh dia terlupa akan itu,ibu dan ayahnya menyuruhnya berehat di rumah tetapi dirinya harus menghantar pisang tersebut dahulu ke kedai Ah Lai kalau tidak susah jadinya.Perangai Ah Lai yang kuat membebel itu, semestinya dirinya akan pening dibuatnya.

“Aduh..macam mana boleh lupa ni..”Dynaz merungut-rungut pada dirinya sambil mengangkat sebakul pisang dan diikat rapi di belakang motosikalnya.Cepat dirinya menunggang motosikal tersebut tanpa berlengah lagi menuju ke kedai Ah Lai yang terletak di pasar besar di kampung mereka.Dalam perjalanan ke pasar, Dynaz melihat banyak orang kampung yang berpakaian cantik-cantik belaka,mereka berjalan beramai-ramai.Ada juga yang memandang-mandang kearah dirinya tetapi langsung tidak diendahkannya.Mungkin ada kenduri berdekatan sini agaknya..Dynaz terus memecut laju,apa yang penting di fikirannya kini ialah membawa pisang di dalam raga di belakangnya ini untuk dijual kepada Ah Lai.

“Ah Lai..banyak sori la..wa terlupa sama lu la..tapi wa ada bawa pisang yang fresh-fresh buat lu..ok tak?”Dynaz bersuara cemas,dirinya betul-betul lupa.Tetapi apabila melihat Ah Lai yang tersenyum kearahnya membuatkan dirinya kembali tenang.

“Aiya..lu amoi sejak kebelakangan ini wa tengok tak ada hepi-hepi,lu apa pasal?muka selalu sedih-sedih.”Ah Lai bersuara agak prihatin,pisang diambilnya dari Dynaz.Sebenarnya lelaki cina itu merupakan peniaga baru di kampungnya dan mungkin kerana itu jugalah lelaki itu tidak tahu tentang kejadian sedih yang menimpa dirinya.Dynaz diam dirinya hanya mampu memberikan senyuman walaupun tidak seikhlas mana.

“Wa tak marah sama lu..sebab ari ni wa bukak kedai lambat.Wa pergi kenduri kahwin,orang kampung jemput..”Ah Lai membelek-belek pisang di dalam raga yang besar itu,wajahnya tidak lekang dengan senyuman.

“Pengantin perempuan sangat cantik wo..tapi pengantin lelaki tak datang lagi,kata orang pengantin lelaki pun manyak hensem.”sekali lagi Ah Lai tersenyum lebar,dan mula menimbang pisang-pisang yang dikeluarkan dari raga miliknya Dynaz itu dengan penimbang besar di kedainya itu.Dynaz hanya tersenyum,dirinya tidak berminat tentang topik yang dibicarakan AhLai itu.

“Lu talak pergi ke kenduri kahwin tu?”Ah Lai menyoal Dynaz mesra.

“Wa tak minat la..”Dynaz bersuara mendatar,sememangnya dirinya kini malas untuk bergaul dengan orang kampung sejak kejadian-kejadian yang tidak diingininya terjadi.Kebanyakkan orang kampung memandang rendah pada dirinya dan ada juga yang menyalahkan dirinya terhadap kegagalan hubungannya bersama Hariz.Semuanya diterimanya dengan redha..semuanya seperti ujian pada dirinya supaya lebih tabah menghadapi hari-hari yang bakal menjelang.

“Siapa yang kahwin tu Ah Lai?”tiba-tiba Dynaz bersuara menyoal Ah Lai,dirinya mencuba untuk berbicara dengan lelaki tersebut,biarlah sekadar berbasa-basi sahaja.

“Ooo..itu ar wa sudah lupa,tapi wa ada kad jemputan.”Ah Lai meninggalkan kerjanya lalu beredar kearah mejanya dihadapan kedai dan mencari-cari kad jemputan,apabila ketemu dibawanya dan diberinya kepada Dynaz.Kad yang berwarna kuning keemasan itu harum sekali,Dynaz terpukau dengan keindahan kad kahwin tersebut,cantik!tentu mahal sekali!

Dirinya membelek-belek kad tersebut,hasil ukiran di kad tersebut kreatif sekali seperti ditempah khas dari luar kawasan ini..butik-butik pengantin disini tidak mempunyai design kad yang secantik ini.Tiba-tiba jantung Dynaz tersentap,dirinya terpaku disitu,matanya membulat.Sungguh dirinya tidak mempercayai apa yang dilihatnya kini. Sulaman benang berwarna coklat keperangan itu membentuk sepasang nama yang cukup dikenalinya,hati seakan hancur berkecai seperti deraian kaca yang jatuh menyembah bumi.Dirinya kaku disitu.-Hariz & Fasha-

2 comments:

Zeni Geba said...

tepukan besr wt naz yg brjaya mbelasah Fasha!
huahuahua..giler gnz..
but tak mungkin Fasha wit Hariz!!!!
I cant accept it!!!ARGHHHH...

but it's ok,kanafee u r d writer..please i beg giv a gud lesson to both Hariz n Fasha!
Wookie ku...

dixie dollz said...

haha she'z jealous too much
no wonder hariz left her n married with
fasha..well,fasha seems like a mature nice lady..
pity u naz~
dun wory naz..dennis lebih ensem ^.^
muahaha
gud job writers

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket