Novella~My LoVe 12

Friday, March 6, 2009

BAB 12

“Pengantin jangan terlampau senyum sampai ke telinga..tak elok orang kata.”kata-kata mak andam yang betugas seharian suntuk bagi memastikan kecantikkan Fasha pada hari istimewanya itu.Fasha tersenyum manis,sepasang kebaya songket rona merah hati tersarung kemas dibadannya menampakkan sesusuk tubuh miliknya yang sangat sempurna dan menggiurkan.Hiasan sanggul dan tiara di kepalanya menambahkan lagi seri pengantinnya.Sungguh Fasha lah perempuan yang paling cantik di majlis tersebut dia seakan-akan puteri kayangan yang turun ke bumi,kejelitaannya boleh memukau sesiapa sahaja yang memandangnya sekarang ini.Mak andam kelihatan sibuk membaca sesuatu dan dihembuskan kepada air mawar yang disediakan sejak semalam lagi,lalu direnjis perlahan-lahan dari hujung rambut Fasha sehinggalah kehujung kakinya.Jari tangan dan kaki Fasha merah disalut inai yang dipakainya semalaman,sememangnya berbaloi dirinya bersusah-susah semalam dan hasilnya kini semuanya kelihatan cantik sekali.

Diluar kedengaran riuh rendah para tetamu yang datang bagi meraikan hari yang indah buat dirinya dan Hariz ini.Alunan lagu-lagu tradisional dimainkan kuat bagi memeriahkan lagi suasana di dewan tersebut.Suara-suara DJ juga kadang-kadang kendengaran untuk megamatkan lagi suasana pada hari tersebut.Fasha bangun dari duduknya dan mengintai dari jendela,dilihatnya tetamu yang hadir ramai sekali.Semuanya berpusu-pusu datang menjamu selera dan memeriahkan majlis perkhawinannya.Meriah sekali!seperti yang diangankan.

“Hai..akhirnya Hariz menjadi milik aku juga.”Fasha bersuara lembut memandang kearah rakan-rakan baiknya Rina,Mina, dan Nadia.Dirinya tersenyum puas terhadap kejayaan yang dimilikinya kini.Dirinya kembali duduk di samping rakan-rakannya itu yang tersenyum manis kearahnya.

“Aku betul-betul tak sangka yang kau akhirnya bersama Hariz..aku gembira buat kau.”Nadia bersuara memegang erat tangan halus milik Fasha.Rina dan Mina turut mengangguk.

“Apa-apa pun aku puas kerana kau dah tundukkan si ‘tomboy’ selekeh tu..”Rina tertawa riang,hatinya puas memikirkan penderitaan yang kini ditanggung Dynaz.Fasha tersenyum sinis,kemenangan berpihak kepada dirinya.

“Apa rancangan kau hah?”tenang Dynaz bersuara disisi katil dimana Fasha dirawat.Dirinya tidak mendekati wanita itu.Fasha yang lengkap berpakaian hospital itu bangun dari baringnya dan bersandar pada bantal yang besar.Senyuman sinisnya langsung tidak mencacatkan keayuan wajahnya.

“Pisahkan kau dengan abang Hariz.”selamba Fasha bersuara,dirinya tidak menyangka bahawa Dynaz akan datang melawatnya di hospital setelah dirinya dibelasah teruk olehnya tempoh hari.

“Kau memang pandai berlakon.Aku dah dengar pengakuan kau yang menyatakan kau mencintai abang Hariz tempoh hari..betapa memalukan..tak sangka kau sanggup berlakon seperti itu semata-mata tamakkan harta!”Dynaz menempelak Fasha,dirinya tidak dapat bertahan dengan kepuraan yang dilakonkan Fasha itu.

“Dibelasah kau,memang aku berlakon untuk pastikan kau belasah aku pada hari itu,tapi aku tak pernah berlakon mencintai abang Hariz.Aku sangat mencintainya dari dahulu lagi.”Fasha bersuara tenang,reaksi wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak.

“Ha..ha..ha..”kenyataan Fasha disambut dengan ketawa oleh Dynaz.Ketawa yang begitu menyakitkan hati Fasha.

“Kau betul-betul kasihan..tak sangka perempuan yang dipandang seperti dewi di kampung ni berperangai hina seperti ini.”Dynaz menekankan suaranya.Fasha mencerunkan anak matanya,dirinya marah sekali dengan kata-kata Dynaz terhadap dirinya.Berani Dynaz berkata sedemikian rupa kepada dirinya.

“Dengar sini perempuan!aku tak akan lepaskan abang Hariz kepada diri kau.kau tak layak memilikinya!”Dynaz bersuara keras membuatkan darah Fasha mendidih dan dirinya penuh dengan kemarahan…

Lamunan Fasha tersentak apabila bahunya dipegang lembut oleh rakannya.Cepat dirinya mengawal perasaanya yang penuh dengan kemarahan sebentar tadi.

“Eh,Fasha sedia cepat!pengantin lelaki dah sampai tu.”Mina bersuara riang.Fasha tersentak,degupan jantungnya berdegup kencang mendengar ketibaan rombongan dari pihak pengantin lelaki.Hatinya berbunga riang.Mak andam mengeluarkan sepasang kasut tumit tinggi yang sudah disediakan bagi pelengkap pakaian pada diri Fasha,kasut itu indah sekali apabila disarungkan ke kaki Fasha yang licin dan putih bersih itu.Setelah dibacakan sesuatu,sekali lagi air mawar direnjis-renjis pada pengantin perempuan.Harum mawar meresap lembut masuk ke rongga pernafasan dan harumnya nyaman sekali..Pengantin sudah sedia untuk menjemput pengantin lelaki diluar.

“Dynaz,siapa yang kesian sekarang ini? Aku ke kau?”Fasha tersenyum mengenangkan kemenangan yang diperolehnya kini.Hariz kini telah menjadi miliknya,dan tiada siapa dapat menghalang kenyataan itu.

Dari kejauhan dirinya jelas melihat pelamin berwarna merah air yang tersergam indah,di sekelilingnya dihiasi bunga-bungaan mawar merah yang segar.Seperti ditaman,keindahan pelamin yang tidak pernah terlintas didalam fikirannya benar-benar wujud dihadapan matanya kini seumpama sebuah taman di alam fantasi.Dynaz mendekati dirinya hampir dipagar dewan besar tersebut.Kemeriahan dan keceriaan majlis perkahwinan tersebut menambahkan lagi kelukaan di hatinya.Dirinya diam disudut itu..

Mak dan abah cuba untuk merahsiahkan perkahwinan ini dari pengetahuan aku dengan meminta aku untuk berehat di dalam rumah,mengapa aku degil untuk terus keluar dan akhirnya berkesudahan seperti ini…cepat Dynaz menyeka air matanya yang hampir tumpah membasahai pipinya,syukurlah tempat dirinya berdiri kini agak tersorok dari penglihatan orang ramai.Dynaz menarik nafasnya dalam..

“Aku harus beredar dari sini…biarlah ia setakat ini sahaja..”Dynaz bersuara perlahan,dirinya sempat merenung kearah pelamin indah itu sekali lagi sebelum memulakan langkah untuk terus beredar.Senyuman pahitnya terpamer,indah sungguh majlis perkahwinan ini.Hatinya kini seperti ditusuk-tusuk sesuatu,pedih sekali..

“Cepat!cepat!mari tengok pengantin lelaki dah sampai!”tiba-tiba suara keriuhan terdengar jelas ditelinga Dynaz.Serta merta jantung Dynaz seakan terhenti berdegup,langkahnya kaku disitu.Anak matanya membulat.Hariz..Hariz..hatinya seakan bergetar menyebut nama lelaki tersebut.Paluan kompang kuat bergema di pendengarannya,riuh rendah suara keriangan bermain-main di telinganya.Pantas dirinya berpusing kearah belakang,jantungnya berdegup kencang seakan menunggu masa ianya akan pecah.Disitu,dirinya melihat Hariz.Ya Hariz! Di hadapan matanya kini ialah Hariz!

Dirinya pantas mendekati pagar yang ditinggalnya sebentar tadi.Genggaman jarinya kuat memegang jerigi-jerigi pagar tersebut,betapa dirinya merindui jejaka tersebut.Hariz kelihatan segak berpakaian baju melayu songket berwarna merah hati,sampinnya dipakai kemas,tengkolok di kepalanya menambahkan lagi kekacakkan lelaki tersebut.Sungguh Hariz kelihatan segak sekali mengenakan persalinan seperti itu.Wajah Hariz yang berseri-seri dan senyuman manisnya menambahkan lagi rawan rindu di hati Dynaz.Dari jauh kelihatan Fasha cantik sekali setia menunggu Hariz di gerbang pintu dewan.Wanita itu tidak ubah seperti seorang puteri yang cantik sekali,senyuman manis Fasha dibalas mesra oleh Hariz mata mereka berpaut disitu.Pandangan yang penuh dengan kasih sayang dan perasaan cinta yang sangat mendalam.

Dynaz terkaku,dirinya sedar akan kehilangan insan yang tersayangnya.Dirinya kini tidak dapat menahan untuk mengeluarkan butir-butir permata dari kelopak matanya,ia jatuh berderai membasahi pipinya tanpa dapat ditahannya lagi.Genggamannya masih erat dipagar,dirinya tersesak-esak menanggis kesayuan disitu.Hanya dirinya disitu,sungguh dirinya terasa sepi dan keseorangan sekarang ini.Esakkannya tidak dapat ditahan,kakinya lemah dan dirinya jatuh menyembah bumi,disitu segala tanggisan kekecewaannya dilepaskan tanpa ditahan lagi. Melihat lelaki yang dicintainya membina mahligai indah bersama perempuan lain merupakan kenangan yang paling pahit sekali buat dirinya,cinta yang bertahun lamanya diakhiri dengan satu pengakhiran yang amat mencengkam sanubarinya.Hatinya sakit,pedih dan perit sekali…

Malam itu hujan turun dengan lebatnya sekali,kesejukkannya terasa hingga ke tulang putih,Dynaz masih berdiri di jendela yang terbuka luas.Tempias hujan mengena di setiap susuk tubuhnya,dibasahi dengan titisan hujan dirinya terasa tenang disitu.Lebatnya hujan langsung tidak menganggu dirinya daripada terus dengan lamunannya..sungguh dirinya tidak mahu memikirkan lagi peristiwa pahit siang tadi,tetapi semakin malam melabuhkan tirai semakin dirinya tidak henti memikirkan akan pasangan bahagia itu.

Dirinya memejamkan matanya supaya dirinya berasa lebih tenang dan melupakan peristiwa tersebut.Tetapi segalanya gagal air matanya gugur lagi disitu.Dirinya tiada tempat lagi untuk mengadu kesedihan dan kedukaan hatinya.Hariz meninggalkan satu tempat yang kosong di dalam hatinya dan sehingga kini tempat itu masih berbekas didalam hatinya..Mengapa begitu nekad Hariz melakukan segala ini terhadap dirinya yang selama ini setia menunggu dan mencintainya?Tidakkah Hariz berasa bersalah terhadap segala yang dilakukankannya?

Hujan yang tiada tanda ingin berhenti,menyirami lebat kebumi.Angin yang bertiup kuat menerbangkan helaian rambut Dynaz yang panjang,dirinya memeluk tubuhnya kesejukkan.Ingatan Dynaz terbang mengingatkan belaian hangat Hariz kepada dirinya sewaktu dirinya bersama Hariz suatu ketika dahulu.Ketika itu hujan lebat sekali,kabus malam memenuhi disetiap pelusuk jalan.Tangan Hariz yang hangat dan jari jemarinya melingkari disetiap pelusuk susuk tubuhnya,cumbuan intim Hariz diwajahnya membuatkan jantungnya berdegup kencang,hatinya gementar tetapi dirinya senang dirangkul jejaka tersebut.Kedinginan hujan diluar langsung tidak menjejaskan kehangatan suasana di dalam kereta tersebut.Bibir Hariz mencumbui setiap ruang wajahnya,perlahan dan romantis sekali.Walaupun ciumannya tidak jatuh kebibir Dynaz tetapi cukup membuatkan seluruh badan Dynaz bergetar dan tidak dapat berfungsi.Ahh..Hariz.Mengapa memori ini masih bermain didalam fikiranku?Mengapa?Diriku sudah cukup sengsara dengan memikirkan perihal engkau Hariz..Mengapa dirimu begitu kejam terhadap diriku?

Dynaz membuka kelopak matanya yang ditenggelammi air mata.Dirinya kini terasa begitu bodoh mendambakan lelaki yang kini langsung tidak memikirkan dirinya.Hariz merupakan insan yang kejam,insan yang hanya mementingkan diri sendiri.Mencintai Hariz merupakan satu kesilapan yang paling besar dilakukannya,Hariz tidak berhati perut,lelaki kejam yang berhati batu.Dynaz mengesat tangisannya,dirinya mengakui kesalahan dirinya yang menyebabkan keretakkan hubungan diantara Hariz dan dirinya.Tetapi lelaki itu langsung tidak pernah mengakui akan kesilapan dirinya yang dengan mudah menduakan cintanya dan berpaling tadah.Segala janji tinggal janji…

Dynaz merenung jauh di dalam pekat malam yang dibasahi hujan yang lebat.Sungguh dirinya hilang arah tujuan hidup dan segalanya berpunca dari kecurangan lelaki yang bernama Hariz.

Dua bulan berlalu….

“Naz setuju dengan perkahwinan ini.”Dynaz bersuara tenang,wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi.Dennis tersentak,matanya besar memandang ke arah Dynaz.Dirinya tidak menyangka bahawa Dynaz akan memberikan keputusan yang begitu dramatik sekali.Dirinya cemas dengan keputusan Dynaz, sungguh dirinya tidak mahu memperisterikan wanita tersebut.Lain pula reaksi di wajah Pn.Chae Rin dan En.Amir,kedua-dua mereka menunjukkan perasaan yang begitu gembira.Senyuman mereka riang sekali,persetujuan Dynazlah yang paling mereka dambakan.Mak Ana dan Pak Rahim juga tersenyum tetapi masih terselit kepahitan yang cuba disembunyikan mereka.

“Bagus!memang papa dah tahu Dynaz tak akan kecewakan hati papa.”riang sekali suara En.Amir dirinya bersandar lega di sofa di ruang tamu rumah Pak Rahim.Pn.Chae Rin memegang erat tangan Mak Ana,dirinya tidak lekang dengan senyuman manisnya.Sekarang hatinya berasa begitu lega.Mencari pasagan hidup buat Dennis merupakan perkara yang paling teliti yang akan dilakukanya.Begitu banyak calon wanita yang ingin menjadi isterinya Dennis tetapi ada sahaja yang kurang di matanya dan apabila mendengar sahaja tentang Dynaz yang putus tunangnya,dirinya merasakan tuhan sudah memberikannya satu anugerah yang paling diingininya selama ini.Sungguh menjadi impiannya selama ini untuk melihat Dennis dan Dynaz berada di atas pelamin bersama-sama.

“Macam mana Rahim?kau ada nak bantah ke?”gurau En.Amir kepada adiknya itu.Pak Rahim senyum,matanya melihat terus kearah anak perempuannya itu.Dynaz hanya tunduk,dirinya membisu tidak sepatah pun perkataan keluar dari mulutnya selepas pengakuan yang dibuatnya tadi.

“Kalau pihak lelaki setuju dan puteri kami pun sudah setuju..Ana dan Rahim tak ada apa-apa nak katakan lagi.”Mak Ana bersuara bagi memeriahkan suasana.Dirinya cuba untuk memberikan suasana yang ceria supaya tidak menyinggung perasaan dipihak keluarga abang iparnya itu.Pn.Chae Rin riang sekali wajahnya cukup berseri-seri mendengar percakapan dari Mak Ana.En.Amir berjabat tangan bersama Pak Rahim,adiknya itu seolah-olah satu tali kekeluargaan akan lebih terikat rapi selepas ini.Mereka tertawa bersama-sama dan mula bercakap tentang perancangan majlis perkahwinan nanti.Kegembiraan di hati mereka menceria dan memeriahkan suasana,gelak dan tawa memenuhi setiap ruang di dalam rumah Pak Rahim.

Dennis masih duduk di sofa berhadapan Dynaz,matanya tajam memandang wanita dihadapanya kini.Sungguh hatinya sakit mendengar pengakuan Dynaz sebentar tadi.Dynaz diam dirinya menunduk langsung tidak menikmati keceriaan pada malam tersebut.Segalanya diputuskannya tanpa berfikir panjang lagi.Fikirannya kini tidak berada di situ,dirinya jauh memikirkan kejadian yang berlaku petang tadi.Dirinya cukup tersiksa sekarang ini.Mahu sahaja air matanya menitis membasahi pipinya yang gebu tetapi segalanya ditahannya.Ketika ini dirinya tidak mahu lagi untuk meneruskan hidup ini..segalanya sakit dan pedih sekali.

“Abang Man,tolong bungkuskan sayur ni.”kedengaran suara seorang wanita bersuara lembut meminta sayurnya yang dibeli dibungkuskan.Dynaz tersentak,dirinya mengenali pemilik suara tersebut.Sudah lama dirinya tidak mendengar kehalusan suara tersebut dan kini pemilik suara tersebut benar-benar berada di sebelahnya.Dirinya menarik nafas dalam,dengan cepat dirinya mengatur langkah untuk beredar dari kedai runcit tersebut.

“Eh,you Dynaz! Tak sangka boleh jumpa di sini.”tiba-tiba wanita itu menegur Dynaz.Dirinya cuba memberikan senyuman yang manis buat Dynaz.

“Hah..kau Fasha.kenapa?”Dynaz memberhentikan langkahnya,dirinya kini berhadapan dengan wanita cantik itu.Fasha melihat Dynaz dari atas hingga ke bawah,sungguh Dynaz selekeh sekali.Baju kemeja Dynaz yang lusuh dan seluar baggy yang dipakai Dynaz cukup menampakkan perempuan itu sememangnya wanita kebun yang selekeh.Fasha melepaskan tawanya perlahan apabila melihat kasut bot pasar berwarna hitam yang dipakai Dynaz.

“Aku ingat bila jumpa kau I can’t notice you anymore,ya..maybe kau berubah jadi cantik sedikit..tetapi Dynaz sememangnya senang dikenali.Selekeh like always..kau langsung tak ambil pengajaran dari cerita ni kan?..beauty always win,sayang..you must remember that.”Fasha bersuara seakan mengejek diri Dynaz.Dirinya menjeling rapat kearah Dynaz,pakaiannya kini jauh lebih cantik dari dahulu.Material kainnya sahaja sudah bermutu tinggi segala di badan Fasha semuanya berjenama mahal dan Fasha kini berseri-seri tidak ubah seperti seorang superstar,sungguh berbeza dengan dirinya yang masih seperti dahulu.

“Aku tiada masa nak bersembang dengan kau.”Dynaz bersuara tenang,dirinya mengangkat bakul kosongnya yang besar untuk dibawanya pulang.Dirinya tadi datang kesini untuk menghantar tempahan sayur yang dipesan oleh tuan kedai ini,Abang Man.Fasha tersentak,dirinya terkejut dengan peragai Dynaz yang tidak seperti dahulu.Dynaz sangat terkenal dengan sikap panas barannya dan kini wanita itu tenang menghadapi ejekan yang dilemparnya.

“Hey,Dynaz..kami baru balik dari honeymoon,maybe you mahukan ini..”Fasha mengambil sesuatu didalam tas tangannya yang besar dan diberikan kepada Dynaz.Dynaz memegang kalung bertali benang yang berwarna merah itu,dirinya mengerutkan dahi memandang kearah Fasha yang tersenyum kearahnya.

“Tu kalung mengubah nasib!I think you need it.anggaplah macam souvenir dari pihak kami ye..”Fasha bersuara manja dan tersenyum puas.Dynaz menarik nafasnya dalam,hatinya sakit sekali.Air matanya kini terasa cepat sangat ingin mengalir,cepat dirinya mengatur langkah untuk beredar.Tiba-tiba Fasha memegang lembut bahu miliknya Dynaz membuatkan Dynaz memandang ke wajah Fasha yang kini berada hampir dengannya.

“Dynaz,kau nak tahu tak abang Hariz tu romantik sangat..dan apa yang paling penting sekali he love me and call me sayang.”Fasha berbisik ditelinga Dynaz sinis sekali nadanya.Kenyitan mata Fasha kepada dirinya menambahkan lagi kemarahan di hatinya.Dynaz geram dirinya berlalu pergi,hatinya pedih.Perasaan geram dan sedih bercampur baur,membuatkan dirinya tidak sanggup lagi berada disitu.

Diluar kelihatan kereta mewah Hariz terpakir di bahu jalan.Dynaz tersentak melihat lelaki yang dirinduinya itu amat menyiksakan dirinya.Hariz kini kelihatan begitu matang,potongan rambutnya kini kelihatan kemas daripada sebelum ini dimana dahulu Hariz selesa dengan gaya rambut yang kelihatan agak messy .Lelaki itu kelihatan tenang dan asyik sekali membaca akhbar di dalam keretanya, langsung tidak menyedari akan kehadiran dirinya disitu.Bahagiakah lelaki tersebut kini?Hariz sudah memperolehi apa yang diingininya selama ini sudah tentu lelaki itu kini berada di puncak kebahagiaannya dan meninggalkan dirinya jatuh kecundang seorang diri.

Kalung nasib yang diberi Fasha ditangannya kini digenggam kuat,perasaan geram dan sedihnya silih berganti.Sungguh dirinya membenci lelaki tersebut dan jauh di dalam lubuk hatinya menyumpah lelaki tersebut.Air matanya gugur sekali bersama perasaannya yang pedih dan sakit itu.Betapa hina dirasanya ketika ini,Hariz yang dilihatnya kini bukan Hariz yang dikenalinya dahulu..masa berlalu meninggalkan dirinya,perubahan demi perubahan berlaku tanpa disedarinya..betapa bodoh dirinya ketika ini..

“Naz..kenapa termenung ni?tak baik tau..”lembut sekali suara Mak Ana mematikan lamunan Dynaz.Mak Ana menghampiri anaknya itu,dibelai-belai rambut anaknya itu.Dynaz yang terbaring di katilnya diam tidak berkata apa-apa,dirinya melihat kearah ibunya itu.Suasana biliknya yang kelihatan suram menambahkan lagi kesuraman di wajahnya.Dirinya binggung dengan segala nasib yang harus ditempuhinya.

“Naz..mak nak tanya,Naz serius ke dengan keputusan Naz untuk berkahwin dengan Dennis?”Mak Ana menyoal setelah lama Dynaz menyepi diri,sememangnya kini anaknya itu sudah tidak seceria dulu,Dynaz yang dahulunya sering bercakap menjadi seorang yang pendiam dan suka menyendiri setelah peristiwa buruk menimpa dirinya.Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya menjadi sedemikian rupa,tangisannya hanya menambahkan lagi keperitan dan kesusahan di dalam hatinya Dynaz membuatkan dirinya tabah dan cuba untuk menjadi seorang ibu yang boleh melindungi anaknya di dalam kesusahan.

“Naz..Naz..”Mak Ana memanggil nama anaknya itu apabila anaknya diam membisu.Diam tiada sahutan,dirinya melihat anaknya sedarlah dia bahawa anaknya sudah tertidur dengan belaian tangannya yang tidak henti mengusap lembut kepala anak kesayangannya itu.Dirinya ingin menangis memikirkan nasib anaknya itu,tetapi ditahannya.Dirinya mengucup lembut umbun-umbun milik anaknya itu dan menarik selimut untuk menyelimut tubuh kecil Dynaz.

“Selamat malam Naz,mak sokong segala kuputusan kau nak..”Mak Ana berbisik lembut ditelinga anaknya.



“I’m not going to marry her!”Dennis bersuara keras tetapi dirinya masih mengawal nada suaranya supaya tidak didengari orang lain.Pn.Chae Rin mengerutkan kedua-dua keningnya.

“Dennis cakap Dennis akan berkahwin dengan wanita pilihan mama kan?so what’s a problem?”Pn.Chae Rin kebingungan melihat anaknya itu.Keindahan malam di taman bunga di belakang rumah Dynaz sememangnya sungguh indah sekali,taman itu penuh dengan bunga yang pelbagai jenis.Gabungan warna yang berbagai-bagai menaikkan lagi seri suasana di situ.Dennis diam dirinya berpeluk tubuh membelakangi ibunya.

“It’s not easy to find a perfect match for you,Mama memang selama ini mengimpikan Dynaz menjadi isteri Dennis.”Pn.Chae Rin bersuara lembut,bahu anaknya itu diusap lembut.Dennis masih mendiamkan dirinya,wajahnya kelihatan tegang sekali.

“Hey,Dennis she will be the best wife for you.Believe me,Dynaz merupakan perempuan yang baik.Mama percaya kamu berdua akan hidup bahagia.”Pn.Chae Rin memberikan senyumannya yang manis.Dirinya sungguh percaya bahawa kehadiran Dynaz di dalam keluarga mereka kelak sebagai isteri Dennis pasti akan membawa satu rahmat yang paling membahagiakan keluarga mereka.

“She suffer a lot..please be gentle with her,treat her nicely.please..”sebelum melangkah pergi sempat lagi Pn.Chae Rin meminta Dennis untuk melayan Dynaz dengan baik,dirinya sedar bahawa anaknya itu kelihatan agak keberatan dengan keputusan untuk menyatukan mereka berdua tetapi dirinya tidak tahu mengapa.Bukankah dahulu anaknya itu sering bercerita tentang Dynaz kepada dirinya?Mengapa dahulu Dennis dan Dynaz begitu mesra sekali dan sekarang berubah segalanya?

Pn.Chae Rin pernah bertanyakan Dennis tentang perkara ini tetapi anaknya lebih suka berdiam diri apabila melibatkan hal Dynaz,riak wajah Dennis akan serta merta berubah jika nama wanita itu disebut.Apa yang telah berlaku diantara mereka?

“Dynaz kalau ditakdirkan kau menjadi isteri aku,aku akan pastikan kau akan menyesali dengan segala keputusan yang kau putuskan ini!”Dennis bersuara penuh nekad,dirinya mengetap giginya rapat menampakkan urat tegang di bahagian pipinya.

Paluan kompang berkumandang begitu asyik sekali,orang ramai datang berkerumun melihat pengantin lelaki yang begitu segak sekali.Bisik-bisikan dan senyum-senyuman terpamer di wajah setiap tetamu.Sungguh mereka tidak percaya apabila melihat kekacakkan pengantin lelaki yang segak di dalam persalinan baju melayu songket berwarna unggu muda itu.Suasana yang begitu meriah dan penuh dengan keriangan itu ditambahkan lagi dengan acara berbalas pantun.

Dennis yang sudah berpeluh cuba untuk memaniskan wajahnya.Dirinya kelihatan segak sekali.Wajah dan warna kulitnya yang putih bersih menjadi agak kemerahan menahan bahang mentari yang memancar terik.Sesekali ibunya,Pn.Chae Rin mengelap lembut keringat di dahinya.Dennis memberikan senyuman,walaupun tidak seikhlas mana wajahnya tetap kelihatan manis sekali.

“Taniah Naz,akhirnya kau berkahwin juga..”Halimah memeluk rapat rakannya itu.Air mata kegembiraan mengalir dipipinya,Dynaz memberikan senyuman.

“Lepas ni kau kena jadi isteri yang baik buat Dennis ye..”sempat lagi Halimah berpesan pada rakannya itu.Dynaz mengangguk sekali,perasaannya kini sukar dimengertikan.Bahagiakah dirinya kini?

Inai yang kemerahan di jarinya ditatap sepi,dirinya kini sudah sah menjadi hak Dennis dan sesungguhnya tiada jalan bagi dirinya untuk kembali lagi..

Pagi tadi,dengan sekali lafaz sahaja Dennis sudah mengikat dirinya untuk selamanya bersama lelaki tersebut.Ketika itu air matanya mengalir dari kelopak matanya.Dirinya sedih,perasaannya pedih seperti dicarik-carik sesuatu.Dirinya sedar mulai saat itu,tiada lagi Hariz di sisinya,tiada lagi kenangan Hariz di ingatannya,dan tiada lagi bayangan Hariz di dalam kotak mindanya.Sesungguhnya Hariz kini semakin jauh darinya,tidak tergapai tangannya mencapai satu-satunya lelaki yang dicintainya itu.Dynaz memejam rapat kelopak matanya.Nafasnya ditarik dalam dan dihembuskan perlahan-lahan.

“Selamat tinggal kekasihku..selamat tinggal sayangku..Hariz.”kata-kata yang bergema di dalam hatinya membuatkan jantungnya terasa sakit sekali.Halimah memegang erat tangan mulus milik Dynaz,dari jauh Yusri memberikan senyuman manisnya kepada Dynaz.Hari ini Dynaz kelihatan berbeza sekali,cukup cantik dan jelita sekali.Sayangnya Hariz tidak pernah melihat Dynaz dari sisi ini…

Tenungan Dennis tepat di mata Dynaz,dirinya cuba memberikan senyumannya yang terbaik.Betapa dirinya terasa begitu hipokrit sekali ketika ini.Dynaz menundukkan wajahnya,dirinya tenang begitu.Terasa begitu berdosa memikirkan lelaki lain sedangkan suaminya yang sah berada dihadapannya kini.Dynaz cuba memberikan senyuman manisnya ketika lelaki itu erat memegang jari jemarinya.Dirinya mengharapkan kehangatan tangan itu dapat menyingkirkan segala memori-memori duka silamnya.

Aku harus menjadi isteri yang baik buat Dennis.Isteri yang hanya memandang kearah suaminya sahaja,berdosalah diriku jika memikirkan perihal lelaki lain.Ya tuhan,engkau kuatkanlah semangatku,permudahkanlah segala-galanya.Amin….

Berada di dalam bilik tidur yang begitu besar membuatkan Dynaz berasa agak kekagetan.Dirinya berasa janggal di situ.Inilah kali pertama dirinya berada di dalam sebuah bilik yang begitu indah sekali,jauh lagi indah daripada bilik-bilik yang pernah dilihatnya di dalam kaca television dan juga yang terpampang di dalam majalah-majalah yang dibeli olehnya.

Suasana begitu romantis sekali,bilik yang dilengkapi alat peghawa dingin itu sungguh menyamankan,wangian bunga lavender meresap ke setiap pelusuk sudut bilik tersebut.Bilik yang bertemakan ciri-ciri ingerris moden itu kelihatan begitu elegan dan mewah sekali.Taburan kelopak mawar merah di sekeliling katil yang besar menambahkan lagi ketenangan suasana di situ.

Dynaz terpinga-pinga berjalan disetiap sudut bilik tersebut,dirinya berasa sungguh asing di situ.Dennis memandang tajam kearah wanita tersebut,dari atas hingga kebawah Dennis melihat penampilan wanita tersebut.Sungguh Dynaz bukanlah seperti wanita pilihannya,dengan berpakaian baju kurung moden yang berwarna krim wanita itu kelihatan begitu sederhana sekali tiada ciri-ciri yang menggoda terserlah daripadanya.Perjalanan yang memakan masa hampir satu jam dari kampung Dynaz untuk sampai ke hotel bertaraf tinggi ini terasa amat meletihkan,ditambahkan lagi dengan kepenatannya sepanjang hari melayan tetamu membuatkan dirinya benar-benar memerlukan rehat sekarang ini.Dirinya mula mengatur langkah dan merebahkan dirinya di katil yang besar dan indah itu.Satu keluhan penat dilepaskan dirinya taktala badannya dibaringkan ke katil tersebut.Dynaz tersentak,dirinya berpaling melihat kearah suaminya.Seketika tadi dirinya hampir terlupa akan Dennis yang berada bersamanya kini di dalam bilik yang serba indah itu.Perlahan dirinya berjalan mendekati Dennis yang tenang merehatkan dirinya di katil yang begitu sempurna itu.Lelaki itu meletakkan sebelah lengannya menutup matanya,mungkin kerana cahaya lampu yang masih terbuka menusuk masuk ke matanya dan menganggu dirinya untuk terus berehat dengan tenangnya.Dynaz melabuhkan punggungnya berhampiran lelaki tersebut,dirinya melihat suaminya itu.Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa lelaki yang selama ini yang sudah dianggapnya sebagai abang kandungnya sendiri kini menjadi suaminya yang sah.Perasaannya terhadap Dennis tidak ubah seperti perasaan seorang adik perempuan terhadap abang kandung.Dirinya bingung dengan segala yang terjadi.Mengapa dirinya begitu mudah tanpa berfikir panjang menerima cadangan dari mamanya itu.Segalanya kerana Hariz..Ya!dirinya tidak mampu lagi bertahan untuk terus tinggal di kampung itu apabila kemungkinan dirinya bertemu bersama lelaki itu akan terjadi,dirinya tidak sanggup untuk bertemu lelaki itu lagi,sungguh dirinya tidak mahu melihat wajah lelaki yang hanya akan menyiksakan jiwanya itu.

“Abang..di mana suis lampu?biar Dynaz tutupkan lampu.”lembut sekali suara Dynaz,dirinya kesian dengan lelaki itu yang rehatnya diganggu oleh cahaya lampu yang masih terbuka.Tangan Dynaz memegang lembut lengan sasa milik suaminya itu.Dennis tersentak,dirinya menepis kuat tangan mulus milik Dynaz dan cepat bangun dari pembaringannya.Wajahnya tegang sekali melihat kearah Dynaz yang kini hampir di sisinya.Dynaz keliru dengan apa yang terjadi,dirinya tidak menyangka Dennis akan berkelakuan seperti itu.Rasanya tidak salah dirinya sebagai isteri memegang suaminya.Tenungan tajam Dennis menimbulkan ketakutan di hati Dynaz,sungguh dirinya tidak mengenali insan yang berada di hadapannya kini.

“Don’t you ever touch me like that!this is my bed.You can sleep at a couch.”Dennis menelan liur membasahkan tekaknya yang kering.Dynaz tercengang dengan kata-kata Dennis.

“Kenapa abang?abang marahkan Naz ke?”kelembutan wajah Dynaz terpamer,dirinya bingung dengan apa yang terjadi.Mengapa Dennis menolaknya sebegini rupa?

Dennis menarik nafas dalam,dirinya bangun berdiri membelakangi Dynaz.Tanpa menunggu lebih lama Dynaz bangun berhadapan Dennis,dirinya memerlukan penjelasan yang jelas tentang perkara ini.Wajah Dennis sekarang penuh dengan kebencian apabila melihat wanita dihadapannya itu.

“Kau nak tahu mengapa kan?Ok I will tell you the truth!Aku tak pernah cintakan kau dan tak pernah setuju untuk mengahwini kau!clear right?!”Dennis bersuara penuh keyakinan,disetiap butir kata-katanya penuh dengan nada kebenciannya terhadap wanita tersebut.Dynaz tersentak mendengar segala pengakuan Dennis,dirinya kini terkelu tanpa kata-kata,seperti guruh yang melanda dirinya pengakuan Dennis benar-benar meruntuhkan tembok keyakinan dirinya.Kini air matanya mula menitis,setitik demi setitik membasahi pipi gebunya.Dirinya tidak menyangka bahawa begini akan terjadi,apa yang harus dilakukannya kini?

“Kenapa bang?kenapa abang tak beritahu awal-awal yang abang tak nak berkahwin dengan Naz…”sendu tangis Dynaz memecahkan kesunyian di bilik itu.

“Kau soal kenapa?kau yang setuju untuk perkahwinan ini!mama tak akan lepaskan kau sebagai menantunya selepas kau setuju.kau tahu tak?”Dennis bersuara tenang,dirinya berasa puas melihat wanita dihadapannya kini teresak-esak menangis.Melihat Dynaz tersiksa begitu,dirinya seakan memperoleh kemenangan.

Hati Dynaz hancur,perkahwinan yang diharapnya akan mengubah memori dukanya bertukar menjadi sebuah perkahwinan yang tidak diingininya.

“Aku terima kau kerana paksaan dari keluarga aku.Actually aku tak pernah terima bekas orang,so..kau anggaplah ini macam aku lakukan charity kerana terus menyimpan kau sebagai isteri aku.”selamba Dennis bersuara,dirinya melihat terus ke wajah Dynaz yang sudah ditengelami air mata itu.

Betapa hina Dynaz terasa sekarang ini,maruah dirinya seakan diperkotak-katikkan dengan begitu mudah sekali.Segalanya tidak berjalan seperti apa yang diingininya..

“Kalau abang rasa tersiksa berkahwin dengan Dynaz..esok Naz akan tolong abang terangkan segalanya kepada mama dan papa..Naz pasrah dengan segalanya..”Dynaz cuba menahan sendunya,dirinya kini pasrah untuk menerima segala tomahan orang kampung mengenai statusnya sebagai janda muda kelak.Dirinya juga akan turut menerima hakikat bahawa mahligai yang dibinanya hanya bertahan beberapa jam sahaja sebelum ia hancur berkecai.Dennis tersenyum manis mendengar penjelasan Dynaz,dirinya berjalan mendekati wanita tersebut.

“What a sweet confession..urm..Aku rasa kau dah silap di sini,sebenarnya the only person yang akan tersiksa di sini ialah kau.”Dennis tersenyum dengan menggodanya sekali,sebelah lengannya melingkari bahu Dynaz dan menolak wajah itu rapat dengan wajah tampannya.Dynaz kaget dengan apa yang berlaku,dirinya cuba menolak lelaki tersebut,tetapi tangannya cepat disambar Dennis dan digenggam erat olehnya.Wajah Dynaz kecut dirinya ketakutan,Dennis masih tersenyum manis menampakkan segala kekacakkan di wajah bersihnya.

“Yup kau boleh tolong aku..tolong aku dengan merahsiakan segalanya kepada family.I have a lot of thing to do to you,so aku tak akan dengan mudahnya melepaskan kau.”kenyitan nakal Dennis membuatkan jantung Dynaz berdegup kencang,degupan yang penuh dengan kegentaran.Hatinya dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku kepada dirinya.Nafasnya turun naik cuak dengan kelakuan Dennis.

“Apa yang abang cakapkan ni?”walaupun di dalam ketakutan Dynaz masih sempat mengumpul kekuatannya untuk berkata-kata,hatinya berdegup kencang.Air matanya kering dan kini dirinya betul-betul berada dalam keadaan yang penuh kecuakkan.

“I mean you still will be my wife..we’re gonna headed to Korea tomorrow,so ingat all this will be keep as a secret.”Dennis melepaskan Dynaz dari rangkulannya.Senyumannya masih bersisa di situ.Cepat Dynaz menjauhkan dirinya apabila Dennis melepaskan tubuhnya,dirinya berundur ke belakang bagi menjarakkan kedudukan dirinya jauh dari Dennis.Matanya membulat.Dennis bergerak terus ke katilnya,senyumannya tidak lekang.Dirinya terasa terhibur melihat gelagat Dynaz,sekarang dia punya agendanya sendiri.Disebalik dari kebebasan yang akan diperolehinya kelak,dirinya juga memperoleh ‘barang permainan’ yang seronok untuk dipermainkan.

“Ingat you will suffer more than that if you don’t keep all of this as a secret.”sempat Dennis memberi amaran kepada Dynaz yang terkulat-kulat berdekatan sofa yang besar.Diri Dynaz terus membelakang lelaki tersebut,tubuhnya yang terketar-ketar terduduk di sofa yang empuk itu.Dirinya masih bigung dengan apa yang terjadi.Dennis..dirinya tidak mengenali lelaki tersebut lagi,Dennis berkata-kata penuh kejam kepada dirinya malah turut memberi amaran kepada dirinya,Abang yang dikenalinya dulu merupakan seorang lelaki yang sangat menyayangi dirinya dan penuh dengan kebaikkan.

Dynaz membaringkan dirinya perlahan-lahan,sesekali dirinya mengintai lelaki yang kini asing bagi dirinya itu.Kini dirinya begitu takut dan gementar sekali dengan lelaki tersebut.Kepalanya pusing memikirkan perkara yang telah terjadi,dirinya terkejut besar melihat perubahan Dennis yang begitu ketara sekali.

Wajah Dynaz sunggul sekali pagi itu,dirinya kelihatan keletihan sekali.Semalaman dirinya tidak dapat tidur memikirkan kelakuan Dennis,tiap kali dirinya akan mengintai lelaki tersebut supaya dirinya berjaga-jaga jika dirinya diserang lagi.Serang?Adakah itu perkataan yang paling sesuai sekali untuk digunakan bagi mengambarkan kelakuan Dennis terhadapnya semalam?dirinya kini bingung!Pandangan tajam Dennis seolah pemangsa yang bila waktu sahaja akan menerkam kearah magsanya tanpa belas kasihan.Dynaz diam,kecut perutnya memikirkan semua yang berlaku.Kerut di dahinya jelas sekali.

Kawasan di dalam lapangan terbang pada pagi itu kelihatan sesak sekali,orang ramai sibuk dengan urusan masing-masing.Kakitangan-kakitangan pekerja di lapangan tersebut asyik melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.Ketibaan pesawat yang membawa penumpang menambahkan lagi kesibukkan di lapangan terbang tersebut.Suasana menjadi bising dengan keriuhan suara-suara yang memenuhi setiap ruang di kawasan itu.Dynaz duduk sepi di sebuah kerusi,dirinya senyap di situ.Secawan kopi panas yang dibeli papanya kepada dirinya dihirup perlahan-lahan.Sekurang-kurangnya kopi panas itu dapat menambah sedikit kesegaran kepada badannya.Sebentar lagi dirinya akan berlepas ke negara kelahiran suaminya,Korea.Mulai sekarang dirinya akan tinggal di sana.Apa yang akan terjadi kepadanya kelak?badannya seram sejuk memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku kepada dirinya.Mengapa dirinya harus disiksa sebegini rupa?Mengapa?

“Jauh termenung.Kenapa anak mama ni?”tiba-tiba Pn.Chae Rin datang menegur Dynaz yang tinggal keseorangan.Dynaz melihat mamanya itu,dirinya cuba menghadiahkan senyumannya.

“Kenapa?rindu Dennis ke..Ala,dia tak pergi mana-mana lah sayang..cuma pergi scanning barang je.”sempat lagi mamanya mengusik dirinya,senyuman manis dibibir Pn.Chae Rin tidak dibalas Dynaz.Dirinya sememangnya kini memikirkan lelaki itu tetapi bukan merindui lelaki itu.Tiba-tiba Dynaz terfikirkan sesuatu,dirinya membuat keputusan untuk berterus terang terhadap mamanya itu.Menceritakan segala-galanya kepada wanita penyanyang itu.Dirinya menarik nafas dalam..

“Ma..sebenarnya Naz nak bagi tahu sesuatu..Naz sebenarnya-”

“Naz sebenarnya cintakan abang kan?”tiba-tiba sahaja Dennis bersuara mencelah perbualan diantara Dynaz dan Pn.Chae Rin.Bahu Dynaz dipeluknya mesra,segaris senyuman yang manis dihadiahkan kepada Dynaz.Mesra sekali jauh berbeza dengan perwatakkan Dennis semalam.Dynaz tersentak,dirinya menelan liur kelat sekali.Entah dari mana tiba-tiba sahaja lelaki itu muncul.Dengarkah dia tentang perbualan aku tadi?tiba-tiba sahaja diri Dynaz disaluti keringat dingin.Pn.Chae Rin tertawa riang melihat kemesraan diantara Dynaz dan Dennis.En.Rahim,Mak Ana dan Pak Rahim datang menghampiri mereka.

“Ana,Rahim..betulkah tak nak ikut sekali ni?marilah sekali..”Pn.Chae Rin cuba memujuk sekali lagi ibu dan ayah Dynaz.Sudah penat dirinya semalamam memujuk mereka berdua supaya turut sekali pergi ke Korea bersama-sama Dynaz,tetapi segala pujukannya gagal.Adik iparnya itu seakan-akan nekad untuk tidak ikut serta.

“Kak..biarlah kami kat sini saja,lagipun banyak kerja yang perlu kami selesaikan di sini.Kalau sehari pun kami ke sana tak tertengok ternakan kat rumah tu..”Mak Ana bersuara menolak perlawaan dengan baik sekali.Pak Rahim mengangguk-angguk setuju dengan kata-kata isterinya itu.Pn.Chae Rin menarik muka masam dirinya sememangnya mahu keluarga adik iparnya itu sekali sekala datang melawat dan bercuti ke negaranya.

“Rahim..kau tak pernah datang melawat dan bercuti di tempat abang.Apa salahnya tinggal sekejap kerja-kerja tu..”En.Amir pula bersuara seakan memujuk.Pak Rahim tertawa mendengar kesungguhan keluarga abangnya itu.Dynaz diam,dapat dirasa betapa sedihnya dirinya kini akan tinggal berjauhan dari keluarga yang membesarkannya selama ini.

“Nanti akan ke sana juga kami..jangan risau..”Pak Rahim berseloroh.Semua mereka tersenyum.

Dari jauh kelihatan Pn.Chae Rin bersembang rancak bersama Mak Ana,manakala En.Amir bersama adiknya sibuk bergurau senda sesama sendiri.Dynaz berasa sepi,sekejap lagi dirinya akan meninggalkan tanah air tercintanya,meninggalkan segala memori-memori yang selama ini tersemat indah di dalam ingatannya.

“Kau nak cakap apa tadi dengan mama hah?”tiba-tiba Dennis bersuara keras.Dynaz terbangun dari duduknya,segala kesedihanya hilang dan kini berganti dengan perasaan gementarnya.

“Naz..Naz..se.benarnya.”terketar-ketar dirinya bersuara,dirinya mati akal disitu.Dennis menghampiri dirinya,wajahnya serius sekali.

“Aku dah ingatkan kau kan?kalau kau berani sangat nak beritahu mama,kau kenalah berani juga untuk menerima hukumannya.Aku tak akan lepaskan kau.Ingat tu.”Dennis bernada serius,membuatkan Dynaz tidak tentu nafasnya.Cepat dirinya melarikan diri kearah ibunya.Dennis melihat setiap pergerakkan Dynaz dengan pandangan matanya yang tajam.Ketika ini Dynaz benar-benar hilang arah,dirinya takut benar dengan lelaki itu.Selama ini tidak ada seorang pun yang pernah melayan dirinya sedemikian rupa.Sungguh dirinya tidak pernah diperlakukan seperti ini.Dynaz dahulu yang panas baran dan kaki mengamuk menjadi jinak ditangan Dennis.

“Dynaz sudah kahwin.”itulah kata-kata yang masih teriang-iang di fikiran Hariz.Dirinya menerima khabaran itu dari rakannya Yusri tempoh hari.Ketika itu dirinya masih lagi di London bagi menghadiri mesyuarat syarikatnya.Segala perbualan dirinya bersama Yusri bermain-main ditelingannya kini.

“Assalamualaikum,Hariz?”suara yang begitu dikenali Hariz,sungguh dirinya merindui suara itu.Masakan dirinya lupa akan suara yang sering menjadi peneman hidupnya.Sesungguhnya dirinya membesar dengan mengingati suara yang didengari di telefonnya kini.

“Waalaikumussalam,Yusri?!Woah!tak sangka kau telefon aku!”ceria sekali suara Hariz di talian telefonnya.Dirinya betul-betul tidak menyangka rakan yang sudah lama tidak diketemunya menelefon dirinya kini.

“Ya.Ni aku Yusri..aku nak beritahu kau sesuatu.”suara Yusri tenang tiada sebarang reaksi.Dirinya tidak menunjukkan perasaan riang seperti Hariz.Suara Yusri yang mendatar membuatkan senyuman manis Hariz mati di situ.

“Dynaz sudah kahwin.”Yusri bersuara serius,dirinya tidak memberi peluang Hariz untuk berkata-kata.Sesungguhnya dirinya sudah tawar hati dengan rakanya itu.Memilih Fasha sebagai penganti Dynaz bukanlah jalan yang baik yang diputuskan Hariz.Melihat betapa siksanya Dynaz,membuatkan dirinya tidak bertahan lagi dengan sikap Hariz yang mementingkan diri sendiri itu.

Hariz terkesima mendengar kata-kata Yusri,lama dirinya terdiam disitu.Dynaz yang selama ini miliknya sudah pun mendirikan rumah tangga bersama lelaki baru di dalam hatinya.

“Sebenarnya itu sahaja yang ingin aku khabarkan pada kau.Ok lah aku minta diri dulu..”Yusri mula meletakkan ganggang telefonnya.Talian mati di situ.Hariz diam..dirinya masih terkaku mendengar perkhabaran dari rakanya itu,Yusri.Lama dirinya terkaku di situ memikirkan tentang apa yang baru didengarinya ini.

Yusri..mengapakah kau melayan aku sebegini rupa?Hariz berkata-kata di dalam hatinya,dirinya sedar akan kehilangan rakan baiknya itu terjadi sejak ura-ura perkahwinannya dengan Fasha tersebar luas di kawasan kampungnya.Bukan sahaja Yusri malah Halimah juga turut menjauhkan diri daripadanya.Inikah harga yang perlu ku bayar atas segala yang aku lakukan?sungguh ini amat menyiksakan..

Hariz menarik nafas dalam dan dihembusnya perlahan-lahan,dirinya terasa tenang begitu.Segalanya berjalan dengan baik bagi pihak Dynaz,Syukurlah wanita itu akhirnya berjumpa jua dengan lelaki baru dan mahu untuk meneruskan kehidupannya.Selama ini dirinya terasa cukup bersalah mengingatkan wanita itu menderita dengan pengunduran dirinya di dalam hubungan mereka.Tetapi segala jangkaannya meleset,wanita itu kini hidup riang dan sekejap sahaja memperoleh penganti tempatnya.

Siapakah penganti itu?dirinya tidak mahu mengetahuinya,cukuplah dirinya kini tahu bahawa ada seseorang lelaki baru yang akan menjaga dan mengambil berat tentang wanita yang disayanginya itu.Dynaz akan sentiasa berada di dalam hatinya,di satu tempat yang hanya khas buat wanita tersebut.Melupakan Dynaz adalah mustahil bagi dirinya,biarlah segala memori bersama Dynaz menjadi satu kenangan manis untuk disimpan olehnya.

“Abang..kenapa ni duduk termenung sorang-sorang ni?”manja sekali suara Fasha menegur suaminya itu.Dirinya mengusap lembut pipi milik suaminya itu.Hariz memberikan senyuman yang manis buat isterinya itu.

“Marilah kita masuk tidur ye..”Fasha mengajak penuh dengan nada yang manja sekali.Inilah yang membuat Hariz senang dengan wanita tersebut,kemanjaan Fasha sememangnya boleh mencairkan hati sesiapa sahaja jejaka yang melihatnya.Hariz memegang erat tangannya Fasha,dirinya mengusap lembut wajah isterinya itu..kebahagian meresap masuk kedalam jantungnya.

“Moga Dynaz juga bahagia di sana….”kata-kata hati Hariz bergema kuat taktala dirinya dan Fasha melangkah menuju ke kamar peraduan mereka yang serba indah itu.

2 comments:

Zeni Geba said...

plot citer yg makin menarik!
sure i ckp btol!
diz story is really cool!gempak!

keep writing kanafee!chaiyok!
i luv how u develop dis story..so interesting!

dixie dollz said...

blueksss
i tot fasha dah jadi baik
isk iskk

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket