Novella~My LoVe 13

Friday, March 6, 2009





BAB 13


Masuk hari ini sudah cukup seminggu dirinya berpisah jauh dari keluarganya yang ditinggalnya di Malaysia.Rindunya pada kampung halamannya membuak-buak,terasa seperti bertahun lamanya dirinya meninggalkan tanah airnya.

Sesungguhnya dirinya tidak betah tinggal di sini,hidup penuh dengan kemewahan bukanlah cara hidup yang diingini olehnya.Walaupun dirinya dilayan seperti seorang

puteri raja oleh keluarga ibu mertuanya,dirinya masih lagi berasa kesepian dan amat merindukan kampung halaman serta ibu dan bapanya.

Sekarang ini dirinya berada di Jepun,inilah tempat yang dipilih oleh Dennis untuk menjadi lokasi istemewa bagi bulan madu mereka.Sudah dua hari dirinya berada di sini,cuaca di negara matahari terbit ini sungguh berbeza sekali dengan cuaca di Malaysia.Di sini iklimnya sangat sejuk,menyebabkan dirinya perlu memakai baju yang berlapis-lapis.Kesejukkan merupakan perkara yang biasa di sini,setiap orang di sini juga turut berpakaian tebal seperti dirinya.Mama pernah beritahunya bahawa ini merupakan musim panas di sini,tetapi Dynaz masih berasa sejuk.Dirinya cuba membayangkan tentang musim salju nanti.Bagaimanakah keadaanya?Tentu cuacanya akan berlipat kali ganda sejuknya daripada ini.



Dynaz meniup lembut di cermin tingkap yang besar dihadapanya kini,wap asap yang keluar dari mulutnya mengena ke cermin dan berkabus di situ.Dirinya menulis sesuatu di situ.Lama dirinya berada di situ,ditinggalkan seorang diri didalam apartment yang besar ini membuatkan Dynaz berasa sunyi sekali.Tetapi apa-apa pun diri berasa lega ditinggalkan keseorangan tanpa Dennis lelaki kejam itu.

Sehingga kini dirinya masih tidak mengetahui motif sebenar disebalik keputusan Dennis yang masih menyimpan dirinya sebagai isteri walaupun tidak mencintai dirinya.Apakah kesalahan dirinya hinggakan lelaki itu sanggup untuk menghukumnya sebegini rupa?Hatinya masih kebingungan.

Dirinya ada mendengar serba sedikit tentang Dennis daripada ibu mertuanya.Tetapi tidak banyak yang dapat diketahuinya.Selain daripada makanan kegemaran Dennis dan teman rapatnya,tiada apa yang diketahuinya.

Ya!teman rapatnya.Mama ada bercerita tentang seorang lelaki bernama Henney kepadanya.Lelaki tersebut merupakan kawan baik Dennis sejak kecil lagi,keakraban mereka sehinggakan mereka berdua kelihatan seperti adik beradik kembar.Dirinya tidak pernah melihat lelaki tersebut,ketika majlis perkahwinanya Henney dikatakan mempunyai urusan pejabat yang penting harus diselesaikan di Dubai.


“Mungkin Naz akan bertemu dengannya di hari majlis resepsi Naz di sini,kelak.”ceria sekali suara Pn.Chae Rin masih segar diingatan Dynaz.Henney..lelaki itu tentu mengetahui segalanya,sudah pasti Dennis menceritakan segala-galanya kepadanya kerana mereka merupakan kawan karib.Dirinya harus cari tahu mengapa dirinya dilayan sebegini rupa..

Masa berlalu dengan pantasnya sekali,Dynaz masih terduduk di hadapan tingkap yang besar sambil memandang sepi perubahan langit yang kelihatan semakin menggelap itu.Hari semakin berganjak ke malam..dirinya masih di situ tidak berganjak.


Semalam Dennis meninggalkan dirinya seorang diri bermalam di apartment yang besar ini.Walaupun dirinya lega dengan kepergian lelaki itu,tetapi dirinya berasa takut ditinggalkan seorang diri di situ.Semenjak kecil lagi,tidak pernah dirinya ditinggalkan keseorangan.Menangis..itulah yang mampu dilakukannya ketika itu dan bermohon doa agar dirinya bertahan dengan segala dugaan hidup ini.

Langit sudahpun berganjak gelap..Dynaz mula berasa resah,rasa keseraman mula menular masuk ke dalam badannya,semalam sahaja pelbagai jenis bunyi yang menyeramkan didengari olehnya.Entahlah bunyi apa tetapi bunyi menyeramkan itu begitu jelas sekali ditelinganya.Mungkin dirinya berhalusinasi..Ya!mungkin juga…

Tanpa berlengah lagi Dynaz bangun dari tempat duduknya itu,dirinya berlari menuruni anak tangga kecil di dalam apartment itu.Apartment mewah yang dibeli Dennis itu merupakan apartment dua tingkat dan kini dirinya berada di tingkap bawah di dalam apartmentnya itu.Dirinya terus berlari ke pintu utama apartment itu,Dynaz duduk diam di hadapan pintu itu,lututnya dirapatkan ke dadanya.Matanya meliar melihat keadaan kelilingnya yang sunyi sepi itu.Dirinya tenang di situ,semalam dirinya tidur lena di situ.Mungkin kerana berada dipintu Dynaz berasa lebih selamat,jika berlaku sesuatu dirinya pasti dapat cepat melarikan diri.


Tiba-tiba dirinya mendengar sesuatu..suara Dennis yang sedang berkata-kata di dalam bahasa yang asing jelas kedengaran ditelinganya.

“Abang Dennis ada diluar!”rasa seram Dynaz hilang serta merta,lelaki itu pulang tepat pada masanya,sungguh dirinya tidak tahan lagi untuk tinggal keseorangan di situ.Cepat Dynaz bagun dan membuka pintu besar itu..

Dirinya tergamam apabila Dennis juga ketika itu sedang menolak pintu tersebut,dirinya berundur setapak dan membenarkan lelaki itu memasuki apartment itu.Dennis tersentak,dirinya terkejut dengan kelibat Dynaz yang berdiri tegak di hadapannya kini.Dirinya mengerut dahi,hairan mengapa Dynaz berada tepat di hadapan pintu.

“Naz..dengar suara abang,jadi Naz datang buka pintu.”seperti mengerti kehairanan Dennis,Dynaz memberikan penjelasan.Dirinya cuba memberikan senyuman buat lelaki dihadapannya itu.Senyumannya tidak dibalas.

Tiba-tiba dirinya tersentak apabila melihat seorang wanita mula menyusul masuk di belakang Dennis.Wanita yang cantik dan mempesonakan itu kelihatan begitu seksi sekali.Blouse ketat dan singkat yang dipakainya menampakkan segenap bentuk tubuhnya,sungguh menggoda.Dennis merangkul mesra pinggang wanita tersebut,menyirau darah Dynaz.Dirinya terpaku apabila melihat Dennis mencium pipi milik wanita tersebut.

“Si..apa per.empuan ni?”terketa-ketar Dynaz bersuara.Dirinya kini benar-benar berada di dalam kekejutan yang teramat sangat.Dennis tersenyum manis kearahnya. “This’s none of your business..”Dennis membalas selamba.Dirinya berjalan meninggalkan Dynaz yang tergamam di situ.Langkahnya diikut oleh wanita tersebut.Dynaz memerhatikan wanita yang kini berhenti di sebelahnya itu.Hatinya sakit sekali..Wanita itu memandang dirinya atas dan bawah lalu menghadiahkan sebuah senyuman yang sinis kepadanya.Sama seperti senyuman yang diberikan oleh Fasha kepada dirinya..memori silam mula menerjah masuk ke dalam ingatannya,matanya kini bergenangan air mata.Cepat dirinya melarikan diri menaiki anak tangga ke tingkat atas,dirinya menghempaskan badannya keatas katil yang bertilam empuk.Di situ dirinya menangis sepuas-puasnya.


Mengapa ini harus terjadi kepada dirinya?Apakah kesalahan yang dilakukannya?Tiadakah kebahagian yang tercipta hanya untuk dirinya?

Hatinya sakit seperti ditusuk sembilu,pedihnya terasa amat ketara kini.Mengapa mesti dirinya selalu diduakan?Mengapa?

Tangisan merembes di pipinya tiada hentinya tiada hujungnya.



Dennis memejamkan matanya,kepalanya direhatkan.Berendam di dalam bath tub yang dipenuhi air beraroma terapi itu membuatkan diri berasa cukup tenang.Dirinya menarik nafas dalam dan dihembuskannya perlahan-lahan.Hatinya kini puas menyiksa wanita tersebut.Senyumannya yang manis menambahkan lagi kekacakkan wajah maskulin itu.Wajah Dynaz yang terpaku dan tergamam melihat siapa sebenar dirinya terbayang-bayang di pemikirannya,ia menambahkan lagi keseronokan dirinya ketika ini.Berasmara bersama wanita-wanita merupakan perkara yang biasa bagi dirinya.Tambahan dengan keadaan dirinya yang begitu sempurna ini sememangnya senang untuk membuatkan wanita-wanita datang merayu mengingini dirinya.


“Dynaz,kau rasalah betapa siksanya jadi isteri aku.Aku tak akan lepaskan kau.”Dennis nekad dalam hatinya.Segala memori silamnya terimbas kini,gelak tawa Dynaz tanpa mempedulikan dirinya,riang senda Dynaz tanpa menghiraukan dirinya seperti benar-benar berlaku dihadapannya kini.Dynaz dan Hariz berpegangan tangan menambahkan lagi geram di hatinya.Dimana lelaki yang kau harapkan tu?Setelah ditinggalkan,kau datang kepada aku.Mengharapkan pertolongan aku..Damn!

Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dirinya menceraikan wanita tersebut di malam pernikahan mereka.Sememangnya itulah satu-satunya penyiksaan yang tepat sekali buat wanita tersebut tetapi dirinya tidak boleh melakukan begitu.Dirinya diikat oleh sesuatu.Diikat oleh perkara yang paling digeruninya,perkara yang tidak pernah diimpikannya..



“Mama tak tahu!you still kena kahwin juga dengan Dynaz.”tegas sekali suara Pn.Chae Rin menambahkan lagi ketegangan di wajah kacak Dennis.Mamanya itu seperti nekad dan bersungguh-sungguh membuat keputusan ini.

“Mati hidup semula pun Dennis tak akan mengambilnya sebagai isteri.”tenang sekali suaranya Dennis,dirinya melihat terus ke mata mamanya kini.Dirinya juga serius dengan kata-katanya kini.Pn.Chae Rin membeliakkan matanya,sungguh dirinya tidak menyangka bahawa Dennis akan bertutur sedemikian rupa.

“Siapa saja perempuan yang mama mahu buat menantu,Dennis terima!But not her.Come on mama,dia diputuskan tunang oleh tunangnya sendiri.Mesti ada something wrong about her!Who know maybe she’s not virgin anymore.”Dennis bersuara tanpa memberikan peluang mamanya bersuara.Pn.Chae Rin benar-benar tergamam dengan kata-kata Dennis.

“Don’t you dare saying something like that about her.”Pn.Chae Rin kini benar-benar berapi.Walaupun Dennis merupakan anak kandungnya sendiri tetapi dirinya tidak dapat memaafkan Dennis jika berkata-kata buruk tentang Dynaz yang sememangnya merupakan seorang wanita yang baik itu.Dennis melepaskan keluhan yang besar,bagaimana harus dirinya membuat mamanya mengerti tentang perasaannya kini.Wanita itu seakan-akan tegar untuk tidak mahu mendengar sebarang alasan lagi dari pihaknya.

“Ok.Mama beri Dennis pilihan, and you must choose it either one.”tegas suara Pn.Chae Rin masih tidak berubah.Dirinya melipatkan kedua-dua belah tangannya dibawah dadanya.Keseriusan wajah itu menambahkan kegentaran di hati Dennis.Dirinya kini dapat merasakan sesuatu bakal terjadi,sesuatu perkara yang tidak akan berpihak kepada dirinya.


“Pilih antara satu,kahwin dengan Dynaz atau kehilangan hak waris tunggal?i’m very serious about this!so,choose it wisely.”kata-kata Pn.Chae Rin amat menyakitkan hati Dennis,ini tidak adil!dirinya tidak bersetuju dengan semua ini.




Pagi itu Dynaz bangun dari tidurnya,entah bila dirinya terlelap.Semalaman dirinya tersiksa memikirkan nasib dirinya yang tidak pernah berubah ini.Sungguh menyakitkan..pedih sekali.Mata Dynaz sebab,tekaknya terasa perit sekali.Wajahnya melekit,mungkin kerana linangan air mata yang tidak henti mengalir ke pipinya semalam.Kepala Dynaz pusing dan terasa berat sekali.Perlahan-lahan dirinya berjalan menuju bilik air yang berdekatan dengan katil empuknya itu.

Wajahnya dibasuh sekali.Dirinya kini melihat wajahnya dihadapan cermin,lesu sekali wajah Dynaz kepucatan seperti orang kesakitan.Rambut panjangnya yang lebat diselaknya kebelakang menampakkan betapa cengkungnya wajah cantik itu.Sungguh dirinya terasa jijik sekali.Dirinya benci akan dirinya,sungguh hina menjadi kau Dynaz!Kau lemah!Tak mampu berbuat apa-apa..aku benci menjadi kau!

Cepat Dynaz menyeka air matanya yang senang sahaja mengalir itu.Dirinya menarik nafas dalam.Mengapa Dennis memperlakukan dirinya sebegini rupa?Walaupun Dennis tidak mencintai dirinya sekurang-kurangnya lelaki itu hormatlah dirinya sebagai seorang isterinya.Tiada apa yang dipinta darinya selain maruah dirinya dipertahankan oleh seorang lelaki yang bergelar suami itu.

Semalam dirinya mendengar bunyi-bunyian mendesah wanita tersebut merayu memerlukan Dennis,ketika itu terasa jelas maruah dirinya seakan diperkotak-katik oleh suaminya sendiri.Begitu memalukan, dirinya tidak dapat berbuat apa-apa..Tiba-tiba dirinya teringat akan jeritan wanita tersebut yang didengarinya semalam.Jeritan yang berpanjangan itu membuatkan bulu romanya menegak.Kenapa wanita itu menjerit?Adakah Dennis juga turut menghukum dan menyiksa wanita itu?

Seram sejuk Dynaz apabila memikirkannya,dirinya jelas kini amat mengeruni lelaki tersebut.Dennis berperwatakkan pelik dan asing bagi dirinya,sungguh dirinya berasa sangat takut akan lelaki itu.


Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari,di sini cuacanya yang sejuk langsung tidak menunjukkan perbezaan perubahan waktu dari pagi ke tengah hari.Perut Dynaz mula berbunyi meminta diisi.Dirinya nekad untuk turun ke bawah bagi mencari sesuatu untuk diisi ke dalam perutnya.

Melewati katil besar milik Dennis di tingkat bawah membuatkan jantungnya berdegup kencang.Matanya terjurus kehadapan melihat terus ke bahagian dapur.Tetapi dirinya pasti lelaki itu masih lagi ketiduran di atas katilnya.Dengan perlahan-lahan Dynaz berjalan bagi tidak mengeluarkan bunyi yang boleh menganggu tidur nyenyak lelaki tersebut.

“Hey you..could u please take me a glass of water please..”tiba-tiba satu suara yang asing bersuara membuatkan langkah Dynaz terhenti.Dynaz berpaling kearah suara tersebut.Wanita seksi semalam kini benar-benar sedang melihat kearahnya.Dengan cepat Dynaz mengalihkan pandangannya apabila melihat wanita tersebut tidak mengenakan sebarang pakaian pun.Wanita itu tidak bergerak dirinya masih berbaring di atas katil tersebut.

“Yup,you can bring me a glass of milk too.”tiba-tiba suara Dennis bergema.Dynaz tersentak,matanya mencari lelaki tersebut.Alangkah terkejutnya apabila melihat Dennis terbaring disebelah perempuan tersebut dengan hanya berkain tuala putih.Dirinya tergamam,dengan cepat dirinya beredar pergi kearah dapur.

Di dapur jantungnya masih berdegup kencang,temasya apakah yang terhidang di matanya tadi?sungguh dirinya terkaku.Tangannya ligat menuang susu ke dalam gelas dan air kosong ke dalam gelas yang lain.Lupa dirinya akan perutnya yang berbunyi tadi.Fikirannya masih bercelaru..

Terketar-ketar tangannya membawa dulang yang berisi dua buah gelas yang berisi susu dan air kosong itu.Setibanya dirinya di katil Dennis,dirinya meletakkan dulang tersebut dimeja kecil berdekatan Dennis.Matanya langsung tidak memandang kearah katil tersebut.Dennis memandang Dynaz dengan telitinya sekali.

“Abang,kenapa abang berzina?”sebelum pergi Dynaz memutuskan untuk bertanya kepada suaminya itu.Segala kekuatan dirinya dikumpul bagi menyoal lelaki tersebut,dirinya nekad.Dennis tertawa kecil mendengar perkataan ‘berzina’ tidakkah perkataan itu terlampau kolot untuk digunakan?Dirinya mengeleng-geleng kepalanya,sisa ketawanya masih berbaki di situ.Tanpa jawapan Dennis tiba-tiba menarik Dynaz jatuh kepangkuannya.Dynaz tergamam,dengan sekelip mata sahaja dirinya kini berada di dalam pelukan lelaki bertubuh sasa itu.Dynaz kaget,jantungnya gemuruh.Wajahnya kini benar-benar berada hampir dengan wajahnya Dennis.Lelaki itu memeluk dirinya rapat sekali dan menghadiahkannya segaris senyuman yang menggoda sekali.Dynaz gementar,tubuhnya menggeletar.Jantungnya pantas berdegup.

“You mean make love?Ya..i like to make love.”wajah Dynaz diusap lembut oleh Dennis,pandangan Dennis jatuh tepat kearah bibirnya Dynaz.Dirinya tersenyum,manis sekali.Dynaz meronta-ronta,dirinya kini benar-benar berasa ketakutan.Tangan Dynaz dipegang erat oleh Dennis,tiba-tiba lelaki itu berwajah serius.

“So..if u don’t want me to make you screaming,janganlah nak masuk campur dalam urusan aku.”tegas sekali kata-kata Dennis diwajahnya,dirinya tidak melihat wajah lelaki itu.Ketika ini butir-butir mutiara sudah mula berkumpul di lubuk matanya.Akhirnya tangannya dilepaskan,dirinya cepat menyelamatkan dirinya untuk menjauhi lelaki tersebut.

“I will make you scream more than what you heard last night if u try to interfere in my personal life again.Got it.”satu amaran keras daripada Dennis membuatkan Dynaz tidak terkata apa-apa,dirinya ketakutan,tubuhnya mengeletar.Lelaki yang berada dihadapannya ini bukanlah lelaki yang dikenali dirinya dahulu.Dennis bukan lagi abang Dennisnya dahulu.Lelaki dihadapannya asing sekali,tidak mungkin dia adalah Abang Dennis yang dikenalinya sebelum ini.Lelaki ini kejam dan tidak berhati perut.Sungguh dirinya takut akan amaran yang diberi oleh lelaki tersebut.



Dirinya kini sudah mengenali lelaki yang bernama Dennis yang kini sah menjadi suaminya itu.Sungguh dirinya tidak menyangka bahawa perangai Dennis sedemikian rupa.Selama ini dirinya mengagung-agungkan lelaki itu.Pada Halimah dirinya memuji lelaki tersebut,pada Yusri dirinya menyanjung lelaki tersebut dan pada Hariz dirinya mempertegakkan lelaki tersebut.Sungguh dirinya bodoh selama ini..

Hariz.Tiba-tiba dirinya tersentak,inilah kali pertama dirinya menyebut nama itu semenjak dirinya sah bergelar isteri orang.Jantungnya berdegup kencang apabila menyebut nama lelaki insan yang pernah mengecewa dan mengkhianati cintanya itu.Perasaannya masih sama seperti ketika dirinya masih memiliki lelaki tersebut.Hariz..bahagiakah kau di sana?

Tiba-tiba sebuah dulang diletakkan kemas di atas meja dihadapannya.Dirinya tersentak dari lamunannya.Dennis melihat tepat ke wajahnya,dirinya tertunduk membisu.

“Makan,flight kita lambat lagi.”ringkas sekali ayat yang disuarakan oleh Dennis lalu membuka senaskah surat khabar dan dibacanya teliti tanpa menghiraukan wanita yang duduk di hadapannya kini.Dynaz menurut,dirinya mengambil perlahan makanan dan minuman di dalam dulang tersebut.Walaupun dirinya tiada selera untuk menjamah makanan tersebut,dirinya tetap akur tidak berani dirinya menunjuk karenah cerewet dihadapan lelaki itu.Plastik burger dibukanya cermat,dirinya menggigit sedikit burger tersebut.Susah sekali rasanya untuk menelan makanan yang bukan menjadi seleranya itu,tetapi digagahkan juga takut dimarahi lelaki tersebut.Masih jelas lagi diingatannya ketika Dennis membawanya makan di restaurant mewah ketika dirinya pertama kali menjejak kakinya di Jepun ini.Semua makanan yang dihidangkan sangat memualkan tekaknya,rata-rata semuanya makanan segar tidak bermasak.Kali pertama dirinya memakan makanan yang diberi nama Sushi oleh penduduk di sini,dirinya terpaksa berulang alik ke tandas untuk memuntahkan makanan tersebut.Bukan maksud dirinya untuk memperkecilkan makanan tersebut tetapi makanan laut yang tidak dimasak itu serta bau hanyirnya membuatkan dirinya tidak dapat bertahan lagi.Mengadu kepada Dennis,dirinya dicerca oleh lelaki tersebut.Apa yang paling diingatinya ketika itu apabila dirinya memberitahu Dennis tentang perasaannya yang kurang enak dengan makanan tersebut,Dennis memesan makanan tersebut dengan banyaknya sekali dan memaksa dirinya untuk menghabiskan semua makanan tersebut malah lelaki itu juga memberi amaran kepadanya,jika dirinya tidak dapat menghabiskan makanan tersebut,dirinya akan ditinggalkan di situ keseorangan.Betapa perit perasaannya ketika itu dan Dennis hanya melihatnya dengan senyuman kemegahan.

“Abang..Naz,nak min.ta se.sua..tu boleh?”terketar-ketar suara Dynaz,burger ditangannya kini diletakkan ke dalam dulang yang berwarna coklat itu.

“Apa?”Dennis bersuara,wajah dan pandangannya masih tepat menatap surat khabar yang dibentangnya.Nadanya yang selamba dan mendatar memberikan keyakinan kepada Dynaz untuk meneruskan kata-katanya.

“Naz..dah lama tak cakap dengan mak dan abah...abang boleh tolong telefon?Naz..tak tahu.”lembut sekali Dynaz bersuara,wajahnya tunduk tidak berani untuk melihat reaksi di wajah milik Dennis.Apabila melihat Dennis mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail sesuatu,Dynaz mula melihat kearah lelaki tersebut.Lama juga Dennis mendail dan akhirnya lelaki itu memberikan telefon itu kepada Dynaz.Tanpa berlengah Dynaz menyambut telefon itu dengan berhati-hati,tangan mereka bersentuh di situ.Cepat Dynaz menarik tangannya itu,risau jika di salah tafsir oleh lelaki tersebut.

“Cakap depan aku..tak perlu pergi mana-mana.”selamba Dennis bersuara dan mula mengalihkan perhatiannya kembali pada surat khabar yang ditinggalnya sebentar tadi.

“Mak?”Dynaz bersuara tenang.

“Dynaz?!Naz ke tu?!Ya Allah,Naz telefon mak.”suara gembira Mak Ana kedengaran jelas sekali di cuping telinga Dynaz.Dynaz terkesima,hatinya sedih..dirinya sekarang ini benar-benar merindui keluarganya di kampung.

“Ya..ni Naz mak..mak sihat?”Dynaz bersuara perlahan,dirinya kini terasa pilu.Kolam air matanya mula bergenangan.

“Mak sihat nak..Naz macam mana gembira di sana?”satu soalan yang amat menikam jantung milik Dynaz.Gembira?dirinya tidak pernah merasakan apa itu erti gembira sejak ditinggalkan lelaki yang dicintainya.Apa yang harus di katakan kepada ibunya?dirinya sebak..

“urm..Naz gembira.”Dynaz mengangguk, kini suaranya mula bertukar serak basah kerana menahan tangisnya.Untuk kegembiraan keluarganya dirinya kini mula berkata bohong.Dennis melihat kearah Dynaz apabila wanita itu menyebut perkataan gembira,dirinya menyandar badannya di kerusi yang didudukinya tangannya disilangkan di dadanya.Matanya masih melihat tepat kearah wanita tersebut.Menyedari dirinya dilihat,Dynaz mula menyeka tangisannya yang mula berguguran jatuh ke pipinya itu.

“Mak..Naz rindukan mak.”sayu sekali suaranya,air matanya tidak dapat dibendung lagi,semuanya berguguran tidak termampu dirinya untuk menahan lagi.Dennis masih melihatnya,tiada sebarang riak di wajahnya.

“Naz,tak baik nangis..Naz gembira disana dah cukup buat mak dan abah gembira.Semuanya ok di sini,abah pun sihat.Kerja pun baik-baik saja.”Mak Ana cuba menenangkan perasaan anaknya itu.Dirinya sedar akan perasaan Dynaz,tetapi Dynaz kini bukanlah milik dirinya seorang tetapi Dynaz sudah menjadi milik Dennis dan hanya Dennislah satu-satunya tempat teratas yang perlu Dynaz utamakan.Dirinya masih lagi teringat akan pesannya kepada anaknya itu sebelum anaknya sah menjadi hak lelaki yang bergelar suami.

“Naz..dalam islam,selepas kita berkahwin..suamilah menjadi perkara teratas yang perlu kita utamakan.Bukan lagi mak atau abah.Kita sebagai isteri wajib mematuhi segala perintah suami yang baik,jikalau ingkar maka berdosalah kita.Ingat syurga bagi seorang isteri hanya di kaki suaminya.”kata-kata itu masih lagi teriang-iang di fikiran Mak Ana.Ketika itu Dynaz hanya mengangguk tanpa banyak bersoal.Betapa dirinya merindui saat bersama anaknya itu.

Dynaz mendengar segala percakapan ibunya,dirinya benar-benar tersentuh dengan kata-kata ibunya itu.Baguslah jika dengan penipuannya ini dapat mengembirakan hati orang tuanya.Dennis menunjukkan jari telunjuknya kearah jam tangan yang dipakainya isyarat masa berbual sudah mencukupi.Dynaz menarik sendunya.

“Baiklah mak..Naz letak telefon dulu ye..kirim salam Naz pada abah.Jaga diri elok-elok mak.”Dynaz memulakan ayat mengundur diri.Hatinya sedih sekali,inilah kali pertama dirinya terasa tersekat bercakap bersama ibunya sendiri.Dennis mengambil telefon ditangan Dynaz tanpa sempat ibu Dynaz berkata-kata lagi.Dynaz tersentak,tetapi didiamkan sahaja kelakuan biadap suaminya itu.Sungguh dirinya tersiksa bersuamikan lelaki kejam dan tidak berhati perut seperti itu.


Di dalam pesawat fikiran Dynaz pusing sekali,kepalanya pening dan tekaknya terasa loya.Dennis disebelahnya asyik membaca majalah langsung tidak mengendahkan dirinya.Dynaz merehatkan kepalanya dikerusinya,kepalanya berdenyut-denyut.Ditahan segala keperitan sakitnya,dirinya takut untuk bersuara kepada Dennis.Mujurlah akhirnya peningnya beransur-ansur pulih.Dynaz melepaskan nafas lega.

“Kau gembira kahwin dengan aku?”tiba-tiba Dennis bersuara selamba.Walaupun matanya masih terlekat di majalah yang dibacanya,dirinya benar-benar memaksudkan segala kata-katanya itu.Dynaz diam dirinya tidak berkata apa-apa,dirinya harap Dennis mengerti akan kesunyian jawapan dari pihaknya itu.Dennis melihat ke wajah Dynaz yang berada di sebelahnya apabila wanita itu hanya membisu tanpa menjawab.Dirinya terkejut melihat wajah Dynaz yang kepucatan.

“Hey,kenapa kau pucat semacam ni?”Dennis bersuara agak cemas,wajah Dynaz yang kepucatan membuatkan dirinya dilanda kecemasan.Apa yang harus dirinya katakan pada mamanya mengenai ini?Dynaz masih bersandar di kerusinya.

“Tak ada apa-apa..Naz perlukan rehat sahaja.”lemah sekali suara Dynaz,tetapi dirinya masih mampu berpura-pura untuk memberikan senyuman buat lelaki disebelahnya itu.

“Nanti mendarat,kau make-up sikit!aku tak nak lihat muka kau yang pucat ni.”tegas sekali suaranya Dennis memberi arahan.Dynaz mengangguk,ketika ini dirinya memerlukan seseorang untuk mengambil berat akan dirinya,membelai dirinya,dan merawat dirinya bukan memarahinya dan mengarahnya sedemikian rupa.Dynaz sedih,dirinya terkilan dengan layanan yang diberikan oleh suaminya sendiri.Dahulu,jika dirinya sakit sahaja ibu dan ayahnya cemas sekali,dirinya dilayan seperti seorang puteri.Segala kemahuanya akan diberikan,dan insan yang paling risau sekali ialah Hariz.Ya!lelaki itulah yang akan menelefonnya berkali-kali untuk mengetahui perkembangan kesihatan dirinya.Lelaki itu jugalah yang akan memujuk dirinya ketika dirinya enggan memakan ubat yang diberikan oleh doktor.Betapa prihatinya Hariz merawat dirinya,sungguh dirinya merindukan saat-saat kemesraan itu.Dynaz memejam matanya rapat..

“Hey,nanti kita akan duduk berasingan dari mama dan papa.Aku dah belikan sebuah penthouse untuk kita pindah.”Dennis bersuara serius,dirinya kini bersandar malas di kerusinya.Dynaz terkejut mendengar kata-kata Dennis.Sungguh dirinya tidak mahu berada berdua sahaja bersama lelaki tersebut,dirinya akan lebih tersiksa begitu.Duduk bersama keluarga mertuanya sekurang-kurangnya dirinya akan terasa dihargai dan disayangi.Kehangatan kasih sayang mama dan papanya juga dapat menceriakan dirinya sepanjang bergelar isteri kepada Dennis.

“Naz..nak duduk dengan mama dan papa..”lambat-lambat Dynaz bersuara,dirinya benar-benar tidak setuju dengan rancangan Dennis itu.Dennis tersentak dengan kata-kata yang dituturkan Dynaz.Dirinya tidak menyangka bahawa wanita itu berani untuk membantah keputusannya.

“What do you say?ini adalah keputusan aku.bukan satu pilihan untuk kau.”Dennis berapi apabila Dynaz bersuara seakan membantah keputusan yang dibuatnya.

“Tapi-..”

“Tak ada tapi-tapi!Semuanya akan berjalan mengikut keputusan aku!”marah Dennis menggila apabila Dynaz masih lagi bersuara membantah.Dynaz terdiam,dirinya gentar dengan suara Dennis yang menyinga itu.Nasib baiklah tempat duduk yang mereka tempah merupakan kelas pertama jadi tiada ramai orang yang berada di situ untuk menyaksikan kemarahan Dennis itu.

“Kau ikut saja cakap aku kalau kau nak selamat!”Dennis bersuara lagi, kali ini dirinya tidak melihat lagi wajah milik Dynaz.Begang betul dirinya apabila Dynaz bersuara membantah sebentar tadi,mahu sahaja dirinya menampar kuat pipi milik wanita tersebut tetapi dirinya masih lagi waras tidak mahu dirinya digelar lelaki dayus dan lemah yang hanya mampu memukul isteri sendiri.Kali ini Dynaz benar-benar berasa dunianya semakin menggelap,tiada sebarang harapan untuk dirinya terus hidup di dunia ini dengan kebahagian walaupun sekelumit.Semuanya diragut habis oleh lelaki kejam tersebut.Apa yang mampu dilakukan ialah mematuhi setiap kata-kata lelaki yang bersifat diktaktor itu.Perasaanya kini dihimpit kesedihan, keperitan jiwanya terasa amat ketara sehinggakan dirinya hanya mampu mengalirkan air mata.Dennis tidak mempedulikan tangisan Dynaz dirinya bangun dari kerusinya dan beredar meninggalkan wanita itu keseorangan meratapi hari-harinya yang semakin menyiksakan..Dynaz menangis teresak-esak,hatinya seperti disiat sesuatu..sungguh memedihkan!



Sesampainya dirinya di rumah mertuanya terus sahaja dirinya merebahkan badannya di atas sofa besar di dalam biliknya.Di situlah tempatnya beradu sejak dirinya tinggal di rumah mertuanya itu.Bilik yang begitu besar dan mewah itu mempunyai keluasan sebesar rumahnya di kampung.Hiasan di dalam bilik tersebut indah dan romantis sekali sesuai buat pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan,bilik air juga disediakan di dalam bilik tersebut.Semuanya serba lengkap bagi memastikan keselesaan penghuni bilik tersebut.Mata Dynaz tidak terlelap walaupun badannya letih sekali.Dirinya menyembamkan wajahnya di atas sebuah bantal yang cantik dan empuk.Fikirannya masih tertumpu dengan keputusan Dennis di dalam pesawat tadi.Kepalanya kini pusing,pening sekali.

Sepanjang perjalanannya kembali ke rumah mamanya yang menjemput dirinya dan Dennis di lapangan terbang tidak diendahkannya.Fikirannya hanyut memikirkan perkara-perkara yang penting dalam hidupnya.Bukan mamanya tidak penting dalam hidupnya,tetapi kini kepalanya lagi berserabut dengan memikirkan tentang masalah yang dihadapinya.


“Dennis,mama tengok Dynaz semacam je..kenapa?”soal Pn.Chae Rin penuh kerisauan.Wajah Pn.Chae Rin tidak tenang bila melihat Dynaz yang seperti orang kesakitan itu.Sepanjang perjalanan di dalam limosin milik keluarga mereka,Dennis kelihatan memegang erat isterinya itu dan Dynaz hanya merehatkan kepalanya di dada bidang milik anaknya itu.Melihat betapa romantisnya hubungan mereka berdua membuatkan Pn.Chae Rin terdiam walaupun jelas kelihatan wajah Dynaz yang pucat dan keletihan itu.

Ala..mama flight sick la tu..Dynaz tu pening kalau naik pesawat.”Dennis bersuara selamba,dirinya berehat di sofa diruang tamu yang kelihatan sungguh mewah itu.Pn.Chae Rin menghampiri anak lelakinya itu.Bahu anaknya itu diurut lembut,Dennis melepaskan nafas lega,dirinya selesa diurut lembut oleh mamanya itu.Terasa tenang dan santai sekali.

“Mama nak tanya..How’s life being husband?exciting right?”sambil tersenyum simpul,mamanya berbisik lembut di telinga Dennis.Mendengar kata-kata ibunya itu dirinya tersenyum manis.Matanya masih terpejam bagi menikmati kelembutan urutan mamanya itu.Ya!memang menyeronokkan apabila menjadi suami Dynaz.Kebelakangan ini dirinya begitu gembira bermain bersama ‘alat permainannya’ itu.Dynaz merupakan seorang isteri yang mendengar kata dan yang paling mengujakan perasaan gentar wanita itu terhadap dirinya menambahkan lagi kuasa pemerintahannya terhadap wanita tersebut.Pn.Chae Rin mengerti senyuman anak lelakinya itu,dirinya puas kerana berjaya mengubah hati anaknya itu dengan menerima Dynaz calon menantu yang paling diingininya.

“Tapi ma..she’s not satified with me.”tiba-tiba Dennis bersuara,matanya dicelikkan dan tangan lembut ibunya itu dipegang erat.

“Apa yang Dennis maksudkan ni?mama tak faham..”Pn.Chae Rin kini bernada serius.Dirinya duduk disebelah anaknya itu.Kekecewaan di wajah Dennis jelas terpamer,Dennis memicit-micit kepalanya seakan-akan pening memikirkan sesuatu.Pn.Chae Rin semakin kerisauan.

“Ma..Naz,nak kami pindah dari rumah ni.She said she wanna has more private time with me..and I’m not agree with her,lastly she turn to be like this..maybe dia merajuk dengan Dennis.”wajah Dennis risau sekali,ternampak diwajahnya betapa dirinya tidak rela keadaan yang bermasalah ini berterusan.Mendengar apa yang dikatakan Dennis membuatkan Pn.Chae Rin membulatkan matanya.Berasingan dengan Dennis merupakan perkara yang paling dielakkan olehnya.Dennis merupakan satu-satu anaknya tidak mungkin dirinya sanggup untuk berpisah dengan anaknya itu.Mengapa Dynaz membuat keputusan seperti itu?

“Ma..she never want to speak with me again if I’m not doing like what her said..i’m in dilemma now,what I’m gonna do?i’m really love her and at the same time I’m really love you too..”Wajah Dennis serius sekali,dirinya benar-benar seakan berada di dalam kekusutan yang tiada hujungnya.Tangan mamanya dipegang erat,wajahnya penuh kerisauan.Pn.Chae Rin menarik nafas dalam,wajah Dennis diusap lembut.

“I will talk with her..don’t worry ok..”penuh prihatin sekali suara Pn.Chae Rin lalu memeluk anaknya itu.Wajah Pn.Chae Rin tenang tetapi masih terselit kebimbangan di rautnya memikirkan cara terbaik untuk memujuk Dynaz.Dennis yang dipeluk mamanya tersenyum puas,dirinya berjaya mempengaruhi mamanya kini dengan penipuan yang dilakonkannya.Mamanya pernah bertindak kejam kepada dirinya dengan memaksa dirinya untuk mengahwini Dynaz dan sekarang tidak salah baginya untuk bertindak kejam seperti ini pula.This is what we called Karma,mama.



Seharian suntuk Dynaz muntah-muntah terus,kepalanya pening dan berdenyut-denyut seperti ingin pecah di buatnya.Mama yang berada di sampingnya sibuk sekali memicit-micit kepalanya penuh kerisauan.

“Mama..sakit ma..Naz rasa macam nak pecah kepala ni..”diri Dynaz berani merengek apabila dirinya sedar kelibat Dennis tiada di situ.Pn.Chae Rin cemas,jarinya tidak lekang dari memicit-micit lembut umbun-umbunnya Dynaz.

“Sabar ya sayang..Dennis dah call doktor,nanti doktor sampai ye sayang..”lembut sekali suara Pn.Chae Rin penuh sifat keibuan.Dynaz terasa tenang apabila dirinya dipujuk sedemikian rupa.Sekurang-kurangnya dirinya sedar masih ada orang yang mengambil berat tentang dirinya di sini.

Mamanya itu cemas benar apabila semalam dirinya pengsan di dapur,ketika itu dia yang menerima kejutan besar dari kata-kata Dennis terasa dunianya seakan-akan berpinar dan pening sekali.segalanya masih jelas di ingatannya.


“Aku dah beritahu mama tentang perpindahan kita.”selamba Dennis bersuara kepadanya.Ketika itu Dynaz sedang menuang air kosong ke dalam sebuah gelas untuk diminumnya.

“Aku beritahu yang kau paksa aku untuk berpindah.”kini wajah lelaki itu melihat tepat keanak matanya Dynaz,pandangan itu tenang sekali.Sungguh Dynaz tergamam mendengar setiap butir kata-kata lelaki tersebut.Dirinya tidak pernah memaksa Dennis untuk berpindah dari sini malah dirinya tidak pernah pun bersetuju untuk keluar dari rumah ini dan tinggal berdua bersama lelaki kejam ini.Mengapa perlu Dennis menipu sedemikian rupa?

“So lepas ni kalau mama ada cakap dengan kau apa-apa,stick with the original plan,ok?”Dennis mula mengarah.Dynaz mengeleng-geleng kepalanya,dirinya tidak pernah merancang apa-apa dengan lelaki tersebut.Dirinya tidak mahu terlibat.Membohongi mama adalah perkara yang tidak akan dilakukan olehnya.Tak akan.

Dennis tersentak apabila melihat Dynaz menggeleng-gelengkan kepalanya.Dirinya berang lalu terus mendekati wanita tersebut.

“Hey,kau dengar sini elok-elok aku tak akan berlembut lagi dengan kau kalau plan ni tak menjadi! Dan pada saat itu kau akan merasa segala keperitan kerana tidak mengikut kata-kata aku!”tegas dan nekad sekali suara Dennis penuh berbaur ugutan walaupun nada suaranya rendah kerana dijaga supaya tidak didengari oleh orang lain.Dynaz terketar dengan ugutan dasyat itu.badanya mengeletar.Sungguh dirinya tidak mahu meneruskan hidupnya lagi ketika ini.Wajah Dennis yang kacak jelas kelihatan tegang dengan kelakuannya tadi.Saat ini kepalanya pusing,peningnya mula menyerang.Pandanganya berpinar-pinar,dirinya tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Pandangan mula kabur dan dengan sekejap sahaja semuanya bertukar gelap gelita.


“Mama, doctor is here.”suara Dennis kendegaran jelas ditelinga Dynaz.Dirinya diam tidak lagi merengek-rengek kepada mamanya.Pn.Chae Rin bangun dan mengucup lembut dahinya Dynaz.Kasihnya tumpah di situ membuatkan Dynaz berasa sungguh terharu.

“Dennis teman Dynaz di dalam sama doktor ye..”Pn.Chae Rin bersuara tenang.

“Tak ma,Naz tak nak diteman Dennis..tolong ma.”akhirnya pengakuan itu terkeluar juga dari mulutnya.Dirinya tidak mengira apa yang akan berlaku kepada dirinya kelak tetapi pengakuan ini harus dibuatnya.Betapa dirinya sakit melihat lelaki itu berada di sampingnya.Dirinya tidak mahu!

Pn.Chae Rin mengerti kata-kata Dynaz dirinya mengajak Dennis dengan lembut untuk meninggalkan Dynaz bersama doktor yang merawatnya.


“Ma..lihatlah Dynaz tak mahu langsung lihat wajah Dennis..Dennis tahu ini mesti sebab semalam.I was so hard telling her not to move from this house,maybe she can not accept that.Dynaz terkejut dan kata yang Dennis tak cintakan dirinya lagi, ma.”Dennis berlakon kerisauan,dirinya berserabut dengan segala yang terjadi.Pn.Chae Rin memahami anaknya itu,dirinya kesian akan anak lelakinya itu.Dynaz juga dikasihaninya,mungkin wanita itu ingin lebih privasi bersama Dennis.Kata-kata suaminya semalam juga bermain di mindanya.Suaminya berkata Dynaz masih muda,mungkin dirinya ingin lebih masa bersama suaminya.Selalunya pengantin muda ini lebih manja dan sensitif orangnya.

Lama Pn.Chae Rin berfikir akhirnya dirinya bersuara..

“Baiklah Dennis,demi kebaikan kamu sekerluarga mama relakan keputusan Dynaz itu.”tenang suara Pn.Chae Rin walaupun masih kelihatan kesedihan di wajahnya.Semuanya dilakukan demi kebahagian Dennis dan Dynaz.Tiada apa yang dapat mengembirakan dirinya selain daripada melihat kebahagaian rumah tangga anaknya itu terjaga elok.Dirinya pasrah dengan segalanya.

“Ma..apa yang mama cakapkan ni?Dennis tak setuju tinggalkan mama dan papa di sini.”tegas sekali suara Dennis tiada kompromi.Pn.Chae Rin memegang lembut bahu anaknya itu lalu diusap-usapnya.

“Mama tahu Dennis sayangkan mama..tapi Dynaz isteri Dennis,fikirlah kebahagian untuk dirinya..mama pasrah Dennis.”mamanya cuba memujuk Dennis supaya bersetuju dengan keputusannya.

“Lagipun kamu boleh melawat mama, dan mama boleh melawat kamu..jangan risau ya..”sekali lagi Pn.Chae Rin bersuara penuh dengan sifat keibuannya.Pipi anaknya itu diusap lembut tanda kasih sayangnya.

“Thanks ma..demi kebahagian kami mama sanggup korbankan apa jua.Dennis akan ingat semua itu.Thanks ma..”sayu sekali suaranya Dennis membuatkan mamanya mengalirkan air mata.Dirinya memeluk rapat mamanya itu.Kebebasan yang selama ini diingininya kini bermain di hadapan matanya.Dirinya akan mempunyai rumahnya sendiri,akan membuat keputusannya sendiri dan pada masa yang sama memperolehi ‘alat permainan’ yang bila sahaja akan mematuhi setiap kata-kata darinya.Yes! Finnaly,I win!

2 comments:

Zeni Geba said...

Dennis..i like ur style!
but a little sad 4 Naz..
all of dis happen bcoz Hariz..
she still in luv wit that guy..i know why..
bcoz he is damn handsome!

dixie dollz said...

i like dennis more~
but why he's so freakin mean?

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket