Novella~My LovE 16

Friday, March 20, 2009

BAB 16

Awal pagi lagi Dynaz bangun memasak untuk sarapan pada pagi itu.Dirinya tidak boleh tidur semalamam,segalanya menganggu fikirannya jadi dia harus membuat sesuatu untuk menyibukkan dirinya daripada berfikir terus tentang kejadian yang berlaku kepada dirinya semalam.Habis sahaja masak,dirinya sibuk mencuci kabinet di dapur,mengelap lantai dan juga menukar air aquarium yang besar di ruang tamu rumah mereka.


Dirinya lega melakukan semua itu walaupun sepenuh tenaganya dihabiskan di situ.Dennis memerhatikan Dynaz ketika mereka bersarapan bersama-sama pada pagi itu.Chopstik di tangannya dimain-mainkan pada nasi goreng di dalam mangkuk nasinya,tidak sebutir pun dijamahnya.Matanya masih menatap terus ke wajah sebam Dynaz yang tidak henti menyuap makanan ke dalam mulut.

“Aku tak bersarapan dengan makanan macam ini.”tiba-tiba suara Dennis memecahkan kesunyian pada pagi itu,mangkuk nasinya di tolak kearah Dynaz yang duduk berhadapan dengannya.Dynaz berhenti menyuap makanan,dirinya melihat wajah Dennis yang kini memandang terus kearahnya.

“Abang nak makan apa?”Dynaz menyoal lembut,sudu di tangannya di letakkan di atas permukaan meja.Dennis menarik nafas dalam tangannya disilangkan di dadanya.

Sandwich with scramble eggs. ”ringkas sekali jawapan Dennis tetapi tidak bagi Dynaz.Keningnya berkerut memikirkan permintaan Dennis.Melihat Dynaz yang terdiam berdiri membuatkan Dennis menjungkitkan keningnya.Dalam isyarat wajah dirinya menyuruh wanita itu menyediakan menu yang dimintanya.

“Maaf,Naz sebenarnya tak tahu apa yang abang mahu..”Dynaz lebih senang berterus-terang,wajahnya menunduk sungguh dirinya tidak mahu menatap mata kepunyaan lelaki itu yang mungkin akan menghukum dirinya diatas kecetekkan pengetahuannya itu.

“Ok.kalau macam tu mari aku ajar kau macam mana nak buatnya.Next time,you can’t use that excuse again.”Dennis bangun dari kerusinya dirinya menarik lengan Dynaz menuju ke ruangan dapur mereka.Dynaz yang tersentak dengan kelakuan Dennis mengikut lelaki itu dengan patuh sekali.Pergerakkan Dennis di dapur sungguh pantas sekali seolah-olah lelaki itu sering memasak di situ.Cara Dennis memotong sayur-sayuran begitu cekap membuatkan Dynaz yang melihat hampir ternganga dibuatnya.Diri Dennis begitu fasih melakukan segala kerja di dapur itu sedangkan Dynaz hanya melihat tanpa berkelip matanya.


“Kau keluarkan roti tu.”tiba-tiba Dennis bersuara setelah dirinya menyedari pandangan Dynaz yang tidak henti memandang kearah dirinya.Dynaz tersentak,cepat dirinya mengikut suruhan suaminya itu.

Ketika ini dirinya mengeluarkan satu persatu roti dari bungkusan dan Dennis di sebelahnya menuang cermat campuran telur di dalam kuali yang dipanasnya.Dennis mengacau lembut bahan-bahan di dalam kualinya dan Dynaz melihat dengan teliti.

“Is it true that you don’t know Hariz and Fasha before?”tiba-tiba suara Dennis bergema.Dynaz tersentak,tangannya yang ligat mengeluarkan roti sebentar tadi terhenti.Dennis tidak melihat kearahnya sebaliknya lelaki itu terus dengan tugasnya yang mengacau telur di dalam kuali yang hampir masak.Nada suara Dennis sinis sekali menusuk terus ke gegendang telinganya membuatkan Dynaz terkaku,wajahnya tertunduk membisu.Kenangan pahit yang berlaku semalam bertandang kembali.Dennis selamba mencubit sedikit cebisan telur di dalam kuali untuk dirasanya,perasaan Dynaz tidak dipedulinya.Setitis air mata tiba-tiba gugur dari kelopak matanya Dynaz mengena tepat ke tangannya yang diletakkan di atas meja.Sungguh dirinya tidak dapat bertahan lagi,sepanjang pagi ini dirinya cuba untuk bertahan supaya tidak murah mengalirkan air matanya tetapi segalanya musnah di sini.Sungguh tidak tertahan bebanan perasaannya ketika ini.


Esakkan Dynaz yang tiba-tiba mengejutkan Dennis,genggaman eratnya pada sudip tiba-tiba melonggar.Pandangannya kini menjurus kepada wanita disebelahnya itu.Dynaz hanya menunduk,kedua-dua tangannya kuat mengenggam kain alas meja tersebut.Esakannya kecil tapi jelas kedengaran di pendengaran Dennis.Ketika ini sungguh Dennis tergamam,perasaannya tidak keruan.Wajahnya tiba-tiba sahaja kecuakkan.

“Hey..hey..are you okay?”cemas sekali suaranya,tangannya mahu memegang bahu milik Dynaz tetapi tidak dilakukannya.Dirinya khuatir esakkan itu akan bertukar menjadi tangisan yang berpanjangan.Sungguh dirinya tidak menyangka soalan yang begitu mudah dan senang itu amat menghiris perasaan wanita itu.

“Enough here,I’m going to have breakfast outside.”Dennis mengatur nafasnya,api dapur dimatikannya.Tanpa melihat kearah Dynaz dirinya terus keluar dari ruangan dapur itu.

Dynaz masih terkaku di situ,butiran permata yang tiada henti masih mengalir setia menemani dirinya.Siksa yang hanya dirasai olehnya..



“Naz..okay sayang?”lembut sekali suara Mak Ana membelai rambut anaknya itu.Pak Rahim sekarang sibuk menguruskan bagasi mereka sebelum penerbangan pulang ke Malaysia dipanggil.En.Amir,Pn.Chae Rin dan Dennis turut membantu Pak Rahim.

“Mak..janji pada Naz jangan cerita apa-apa tentang Hariz dan Fasha pada mama dan papa ya..”Dynaz kini bersuara lembut,kepalanya yang dilentokkan di bahu ibunya itu didongakkan sedikit untuk melihat wajah bersih ibunya itu.

“Sebenarnya Naz tak nak ada kaitan langsung dengan kisah lama kami..dan Naz tak nak kisah lama tu memberi kesan buruk pada kejayaan mereka.Biarlah ia terpadam..”Dynaz kini termenung jauh.Mak Ana hanya mengangguk lemah,dirinya hampir menumpahkan air matanya melihat ketulusan hati anaknya itu.Masih memikirkan kebaikan di pihak Hariz walaupun hatinya dihancur teruk oleh lelaki tersebut.

“Mak janji Naz..”linangan air mata Mak Ana cepat dikesat oleh Dynaz.Wanita itu tersenyum manis melihat anaknya yang kini sudah membesar menjadi seorang wanita yang begitu matang di dalam bebicara.

“Mak janganlah menangis..Naz bahagia di sini,Naz ada mama,papa dan abang Dennis yang selalu menyanyangi Naz.”suara Dynaz yang memujuk menyejukkan hati ibunya ketika itu.Senyuman manis Mak Ana di sambut mesra oleh Dynaz yang memeluk erat tubuh wanita kesayangannya itu.

“Naz..Naz bahagia hidup dengan Dennis?”pertanyaan Mak Ana yang ditangkap di pendegaran Dynaz seolah-olah menusuk masuk ke tangkai jantungnya.Kala ini dirinya tidak mampu berkata apa-apa hanya anggukan kepalanya yang masih mampu dipamernya.Senyuman palsunya dihadiahkannya kepada ibunya itu.


Maafkan Naz mak..maafkan Naz…



Selepas mesyuarat pada pagi itu Dennis terus menuju ke pejabat papanya.Wajahnya kelihatan begitu ceria dan bibirnya tidak henti-henti mempamerkan senyuman yang sememangnya tidak dapat disembunyikan olehnya.

“Papa..is that true that our company will collaborate with Lagenda Holdings?”soalan pertama Dennis setelah dirinya memasuki ruangan pejabat papanya itu.En.Amir tersenyum manis.Dirinya sudah menyangka anaknya itu pasti akan berjumpa dengannya setelah mendengar perbentangan rancangan syarikat di sesi mesyuarat pagi tadi.

“Ya,my son..we will make relationship between our company with that company.”suara En.Amir begitu mesra sekali.Dennis yang ketika ini duduk dihadapan kerusi bertentangan papanya itu turut tersenyum manis.Segala perancangannya kini menampakkan jalan yang begitu cerah.Lagenda Holdings,satu-satunya syarikat kebesaran Hariz kini akan menjalinkan hubungan baik dengan syarikatnya.Satu berita yang begitu membahagiakan dirinya.


“I’m really looking forward with this.”Dennis sekarang sudah bangun dari kerusinya.Tuksedo mewah yang dipakainya dibetulkan bagi menampakan kekemasan dirinya.

“I’m going now.”satu tundukan menghormati papanya itu diberikan olehnya sebelum dirinya melangkah keluar dari ruangan pejabat yang luas dan indah itu.

“Wait..can I ask u, why you’re so eager about this?”suara papanya kini menghentikan langkah Dennis.Tombol pintu yang dipegangnya tidak dipulasnya.

“I really like that man papa..i really do.”tanpa berpusing mengadap papanya Dennis bersuara penuh dengan nada yang tersirat. Hariz...Senyuman di bibirnya sinis sekali menunjukkan betapa dirinya mempunyai agenda yang akan diatur sendiri olehnya.



Sudah dua hari rumahnya kehabisan bahan untuk dimasak menyebabkan Dynaz terpaksa meminta kebenaran Dennis pada pagi tadi untuk keluar membeli di pasar.Nasibnya sungguh baik pada hari ini,Dennis langsung tidak mengomel padanya malah lelaki itulah yang menghantarnya di pasar raya ini.


Dynaz menolak trolinya kesatu bahagian mentah ke bahagian mentah yang lain.Dirinya sekarang agak cekap di situ kerana sebelum ini sering juga mamanya membawa dirinya membeli bahan memasak di sini.Inilah satu-satunya pasar raya dimana dirinya boleh bergerak dengan selesa seorang diri tanpa memerlukan bantuan orang lain.Dirinya sekarang banyak belajar akan perbezaan hidup di kota dan di desa.Sungguh ketara sekali perbezaan hidup di sini,kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dirinya pulang ke kampungnya tetapi diingatkan dirinya kini bergelar seorang isteri kepada Dennis dirinya harus bertahan menempuhi segala dugaan hidup ini.Kadangkala dirinya tertanya-tanya apakah makna hidupnya ini?apakah matlamat hidupnya ini?apakah azam hidupnya ini?segalanya kosong…dirinya tidak punya makna,matlamat, dan azam untuk menempuhi hidup ini.Dirinya bagaikan tubuh kecil yang menjalani kehidupan penuh kosong dimuka bumi ini.Selagi dirinya bernafas di muka bumi ini selagi itulah dirinya perlu pasrah akan segalanya.


Satu hembusan nafas dilepaskan Dynaz,kakinya masih lagi berjalan menolak trolinya yang kini hampir penuh dengan barang mentah dapur yang diperlukannya.Melihat sayur-sayuran yang dibungkus kemas sungguh menarik perhatiannya,Dynaz membelek-belek sayur sawi yang begitu segar dirinya tersenyum manis mengingatkan kenangan dulu dimana dirinya sering menjual sayur-sayuran yang segar seperti ini di pasar hari berdekatan kampungnya.Betapa dirinya kini amat merindui saat-saat manis itu.Sayur-sayuran segar itu diletakkan Dynaz di dalam trolinya,kini dirinya sudah bersedia untuk meninggalkan pasar raya itu.


Tiba-tiba pandangan Dynaz menangkap imej seseorang yang pernah diketemuinya sebelum ini.Dynaz cuba mengamati wajah itu yang sekarang ini sedang leka membelek-belek buah-buahan segar di ruangan buahan import.Ya!tepat!memang dia!

Cepat sekali Dynaz menolak trolinya menuju kearah lelaki yang sekarang ini mencuri pandangannya itu.Sungguh lama dirinya ingin mencari lelaki tersebut tetapi dirinya tidak pernah mendapat kesempatan melakukannya.Tuhan sudah mengkabulkan permintaanya ini,di hari yang tidak disangkanya ini dirinya ketemu dengan lelaki tersebut.Dirinya tidak syak lagi sememangnya lelaki dihadapannya itu adalah lelaki yang dicari-cari olehnya selama ini.


“Hi.”Dynaz bersuara apabila dirinya kini berada dihadapan lelaki tersebut,senyuman manis menghias indah di bibirnya.

“You still..recognize..me?”agak tergagap Dynaz berkata-kata keningnya berkerutan,sesungguhnya dirinya tidak berapa fasih untuk bertutur di dalam bahasa Inggeris tetapi harus juga diteruskan supaya dirinya dapat memulangkan barang yang sungguh berharga yang pernah diambilnya dari lelaki tersebut.

“Oh..you.”wajah kacak Henney kekejutan,dirinya tidak menyangka akan ketemu Dynaz di sini.Tidak salahlah dirinya mengambil cuti pada hari ini untuk menenangkan kepalanya yang berserabut itu.Senyuman dibibirnya membalas senyuman manis Dynaz.

“I’m Dynaz..actually..your wallet..”

“Ya!my wallet,ada pada kamu kan?”Henney cepat memintas kata-kata Dynaz taktala dirinya melihat Dynaz yang kesukaran untuk mengatur ayatnya.Senyuman manisnya masih dibibirnya.Dynaz tergamam mendengar percakapan Henney,matanya yang membulat terkelip-kelip tidak mempercayai telinganya yang mendengar lelaki di hadapanya kini bertutur di dalam bahasanya.

“Err..i hear..eh dengar..you speak..Malay..”tergagap-gagap Dynaz bersuara.Henney tersenyum menampakkan kesempurnaan wajahnya yang kacak setanding Dennis.Dirinya menahan tawanya melihat kecomelan Dynaz yang tergamam dengan kebolehannya bertutur di dalam bahasa melayu.

“It’s okay dear..saya boleh bercakap melayu.”kenyitan mata Henney membuatkan Dynaz tertawa kepada dirinya sendiri yang sibuk ingin bertutur Inggeris.Mereka tertawa sesama sendiri di situ.



“Saya betul-betul tak sangka yang awak pandai bertutur di dalam bahasa melayu.”Dynaz bersuara ceria dirinya meneguk minuman jus buah-buahan yang dipesannya ketika mereka berdua duduk di sebuah restaurant di dalam pasar raya tersebut.


“Erm..macam mana awak tahu yang saya sebenarnya orang Malaysia?awak orang Malaysia juga?”kini raut ingin tahu Dynaz benar-benar menguasai dirinya.Matanya tepat memandang lelaki dihadapannya itu.Tingkahnya tidak ubah seperti seorang kanak-kanak yang dipenuhi semangat ingin tahu yang memuncak.Henney hanya mampu tersenyum melihat wanita dihadapanya ini,dirinya selesa dengan sikap mudah mesra yang dimiliki Dynaz.

“Sebenarnya saya tahu tentang awak.”kata-kata ringkas Henney mengerutkan kening milik Dynaz.Wanita di hadapannya itu kini diam seolah-olah memikirkan sesuatu.Tiba-tiba Dynaz mengunjurkan badannya kehadapan menghampiri Henney.

“Jangan-jangan awak secret admire saya!”tekaan Dynaz yang seumpama kanak-kanak itu membuatkan Henney menghamburkan ketawanya.Dynaz sungguh kelakar bagi dirinya.Dynaz mengangkat kening meminta penjelasan.

“Ya..selalunya secret admire lah yang suka ambil tahu tentang seseorang.Tak pun awak ni pengintip?”tekaan Dynaz yang kedua ini menambahkan lagi kelucuan di hati Henney.Dynaz sebenarnya merupakan wanita yang mudah berkata-kata dan amat memikat hati.

“Ha..Ha.Ha.enough,enough..biar saya terus terang saja.”akhir sekali Henney bersuara bagi meleraikan persoalan di benak Dynaz.Mendengar percakapan Henney,Dynaz segera menguntumkan senyumannya.


“Actually I’m Henney.”suara Henney tenang sekali.Senyuman ikhlas di bibirnya menambahkan lagi kekacakkan di wajah itu.Dynaz terdiam..dirinya kini berfikir.Henney?nama itu seperti pernah didengarinya sebelum ini.

Henney menarik nafas dalam.Dirinya harus berterus terang tentang siapakah sebenarnya kepada wanita dihadapanya kini.

“Saya kawan baik Dennis,suami awak.”kata-kata Henney membuatkan Dynaz terpaku.Diri Dynaz terdiam,tiada satu kata kini keluar dari bibirnya yang merah itu.Dirinya sungguh tidak menyangka bahawa lelaki yang dianggapnya sebagai seorang penyelamat dirinya sebelum ini merupakan seorang yang mengkhianati dirinya.Dynaz menelan liur pahit,wajahnya tegang sekali.Tas tangannya digenggamnya kemas dan dirinya kini bangun dari kerusinya untuk meninggalkan restaurant dan lelaki dihadapannya itu.Henney cepat memegang lengan milik Dynaz,wajahnya seakan tertanya-tanya tentang tindakan Dynaz yang spontan itu.


“Lepaskan saya.Awaklah yang memberitahu Dennis tentang saya pada malam tu kan?”sinis sekali suara Dynaz mengeluarkan kata-katanya.Henney termempan mendengar kata-kata Dynaz.

“Sorry, I don’t know what you are talking about. Actually I don’t even know you until the day of majlis resepsi kamu.”kata-kata Henney tulus sekali,pegangannya masih kemas di lengan Dynaz.

“Believe me..saya hanya kenal kamu sebagai isteri Dennis setelah saya menghadiri majlis pada malam itu.”Henney bersuara lagi sebelah tangannya diletakkan di dadanya,memberi isyarat bahawa dirinya benar-benar jujur menuturkan setiap kata-katanya itu.Dynaz tergamam,dirinya begitu lantang menuduh yang bukan-bukan terhadap lelaki itu.Sungguh disesalinya…




“Saya benar-benar minta maaf terhadap kekasaran kata-kata saya.”Dynaz menunduk,dirinya tidak mampu untuk melihat lelaki yang kini leka memandu di sebelahnya.Mobil Porche yang dinaiki mereka meluncur megah di jalan yang kini sesak dengan kesibukkan kota itu.

“Oh it’s okay, by the way..what happen that night? Do you trying to run away from him?”kata-kata Henney diselangi tawa.Dirinya cuba untuk menceriakan suasana diantara dirinya dan Dynaz.

“Oh..tak ada apa-apa,saya cuma sesat ketika itu.Biasalah orang baru di sini..hehe..he.”Dynaz tertawa paksa untuk tidak mengeruhkan keadaan,wajahnya kelihatan sungguh lucu ketika itu.Henney hanya tersenyum manis.Sesungguhnya apa yang berlaku sudah diketahui olehnya cuma dirinya sahaja tidak mahu memaksa wanita itu untuk berterus terang dengannya.Masih awal untuk dirinya cuba mencampuri urusan rumah tangga wanita tersebut.


“Tunggu sekejap..saya mahu pulangkan wallet awak.”Dynaz bersuara pantas ketika dirinya keluar dari mobil lelaki tersebut.Henney mengangguk sambil menghadiahkan segaris senyuman buat wanita di hadapannya itu.

Selang beberapa minit Dynaz turun dengan membawa sebuah wallet yang digenggam erat di tangan kanannya dan di sebelah tangan kirinya sehelai jacket labuh yang berwarna coklat erat tersidai di lengan.Wajahnya ceria sekali,akhirnya pencariannya selama ini sudah berakhir.Dirinya kini boleh menjalani kehidupan tenang tanpa memikirkan perihal nasib lelaki yang baik hati membantunya dahulu.

“Ini awak punya wallet dan jacket.Terima kasih untuk semuanya.”manis sekali senyuman Dynaz kepada Henney yang kini sudah berada diluar keretanya.Hulurannya disambut cermat oleh Henney yang turut tersenyum manis.

“Kalau tak ada awak..tentu saya dah mati kesejukkan malam tu.Terima kasih once again.”Dynaz bersuara lagi kali ini diselangi tawanya yang sungguh menawan.

“Oh..it’s okay,dear.”Henney membalas kata-kata Dynaz,sungguh dirinya tidak dapat menarik pandangannya dari terus menatap wajah lembut di hadapannya ini.

“Awak betul-betul manusia yang baik..”pujian ikhlas dari Dynaz tiba-tiba mematikan senyuman di bibir Henney.Kata-kata itu amat menusuk ke jantungnya.Taktala ini dirinya terasa seakan manusia yang begitu berdosa.Jika Dynaz tahu rancangannya bersama Dennis,adakah wanita itu masih lagi menganggapnya sebagai manusia yang baik?


Wajah Dynaz mengerut apabila melihat reaksi Henney yang tiba-tba berubah,dirinya menghadiahkan senyumannya tetapi lelaki itu hanya terdiam membisu.

“I must go now. There are a lot of works for me in home.” tiba-tiba Henney bersuara setelah sekian lama berdiam.Wajahnya yang kelihatan serba salah itu dilihat penuh kehairanan oleh Dynaz.Henney kini berjalan menuju kearah keretanya.

“By the way, it’s really nice to meet you, Dynaz.”Henney mengalihkan pandangannya ketika dirinya membuka pintu keretanya.Senyumannya manis tetapi tidak seceria ketika pertemuan mereka di awal pagi tadi.Dynaz mengangguk,dirinya membalas senyuman itu semanis yang mungkin.Kini dirinya berjalan menuju kearah pintu utama.Buat pertama kalinya dirinya merasakan sebuah perbualan yang begitu ceria dan hidup selama dirinya tinggal di kota ini.Dirinya selesa bersama lelaki yang bernama Henney itu.Tiba-tiba Dynaz menghentikan langkahnya,dirinya segera mengalihkan pandangannya kearah kereta lelaki tersebut.Dirinya tersenyum apabila melihat Henney masih di situ memerhati kearahnya.


“Henney.It’s good to see you too! Maybe we can see each other again after this.”memandangkan kedudukan di antara mereka agak jauh,Dynaz bersuara kuat sambil kedua-dua tangannya digayakan ke mulutnya seperti pembesar suara.Bibirnya menguntumkan senyuman ceria di situ.Lambaiannya yang mesra membuatkan lelaki itu turut tersenyum manis sebelum memandu kereta mewahnya pergi dari kawasan itu.Di dalam perjalanan pulang Henney masih tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya memikirkan keletah Dynaz yang mencuit hatinya.Dynaz sememangnya seorang wanita yang mudah mesra dan ternyata senang untuk menawan hati sesiapa sahaja lelaki yang mendekati dirinya.



Dynaz sibuk di dapur menghangatkan makanan untuk dihidangkan kepada Dennis apabila suaminya itu pulang dari pejabatnya nanti.Seharian suntuk wanita itu menunggu Dennis untuk pulang makan tengah hari bersama tetapi bayang lelaki tersebut pun tidak kelihatan.Jadi dirinya berkeputusan untuk menghidangkan makanan buat suaminya itu setelah suaminya pulang dari kerjanya.


Jam dinding menunjukkan tepat pukul enam petang,Dynaz mengerutkan dahinya.Setahunya Dennis sudah berpesan padanya supaya siapkan hidangan buat makan tengah harinya tetapi sehingga kini lelaki itu masih belum-belum pulang lagi.

Dynaz menarik nafas panjang,dagunya ditongkatkan dengan tangannya di meja makan.Haruman masakannya meresap ke seluruh pelusuk ruang makan itu.Sungguh menyelerakan.Tiba-tiba bunyi lift yang terbuka menarik perhatian Dynaz.Dirinya mengalihkan pandanganya kearah pintu lift tersebut.Tidak syak lagi insan yang pulang itu merupakan Dennis.Dynaz memerhatikan lelaki tersebut.Dennis membuka suitnya meninggalkan baju kemejanya yang masih tersarung di tubuhnya.Tali lehernya dilonggar dan di bukanya.Kini pandangannya tepat melihat kearah Dynaz yang asyik memerhati tingkahnya.Renungannya tajam sekali kepada wanita itu membuatkan Dynaz mengalihkan pandangannya dan menunduk melihat meja dihadapanya.Dennis tersenyum sinis kemenangan.Baju kemejanya dibuka dan terlihatlah tubuh sasanya yang begitu gagah.Kulitnya yang bersih dan putih susu itu amat terserlah sekali apabila dirinya menyarung sweater berkait berwarna biru gelap.Langkahnya kini menuju kearah Dynaz yang masih tertunduk di meja makan.


“Pergi bersiap,aku nak hantar kau ke salon.”Dennis bersuara,dirinya tidak menduduki kerusi di hadapan wanita itu sebaliknya dirinya hanya berdiri di sebelah wanita tersebut.

Dynaz mengerutkan wajahnya kehairanan.Dirinya melihat wajah tampan suaminya itu meminta penjelasan.

“Malam ni kita akan hadiri sebuah party.”ringkas sekali Dennis bersuara.Terkebil-kebil mata Dynaz mendengar penjelasan suaminya itu.Dirinya kini melihat kearah hidangan yang disediakan olehnya di atas meja itu.

“Abang nak pergi..abang pergilah,Naz sebenarnya..tak..”kata-katanya tidak diteruskannya setelah dirinya melihat renungan tajam milik suaminya itu kearahnya.Dynaz kini menelan liur kelat..Dirinya tiada pilihan lain.

“Sekejap Naz pegi bersiap..”Kini Dynaz bangun dari kerusinya.

“Makanan ni Dynaz simpan di dapur.”dengan cepat dirinya mengangkat pinggan-pinggan yang berisi lauk pauk yang dimasaknya itu masuk ke ruangan dapur.Dennis hanya memerhati langkahnya.


“After 4 hours I will come to bring you to the party.Stay here, just follow what the stylish said, ok?”kata-kata Dennis diangguk cepat oleh Dynaz.Dirinya tidak memandang ke wajah lelaki tersebut sebaliknya dirinya selesa dengan hanya menunduk melihat kearah lantai yang indah milik salon terkemuka itu.

“Good!”Dennis kini meninggalkan dirinya keseorangan di situ.Dynaz duduk di sofa empuk berwarna keemasan itu manakala bayangan Dennis kini sudah jauh meninggalkan dirinya.Keindahan salon itu sungguh menenangkan perasaanya,hiasannya yang mewah dan belatarkan ciri-ciri kemegahan kemewahan menampakkan salon itu benar-benar seperti salon yang bermutu tinggi.Pelanggan-pelanggan di situ pun cantik-cantik dan bergaya-gaya belaka.Mungkin semuanya merupakan pelanggan golongan atasan.

Dynaz begitu asyik melihat suasana di situ sehinggakan dirinya tidak sedar namanya ditegur oleh seorang wanita yang kini sudah hampir mendekatinya.

“Mrs.Dynaz? I Seung-Ran,your stylish today.Mr.Dennis asked me to make over you,so can we proceed now?”lembut sekali suara wanita yang seumpama bidadari itu,senyumannya yang manis dan ayu itu membuatkan Dynaz begitu terpesona melihat wajah mulus wanita tersebut.Dynaz tersenyum mesra.


Sepanjang dirinya di situ Seung-Ran melayannya seolah-olah dirinya seorang puteri raja yang perlu diberi perhatian utama.Layanan di situ sungguh mesra dan sekejap sahaja Dynaz sudah mampu beramah mesra bersama pekerja-pekerja di salon itu.pelbagai pakaian dicubanya,pelbagai hiasan disarungnya dan pelbagai kasut dimuatnya semuanya kelihatan begitu sempurna di tubuhnya.Semua kaki tangan di situ memuji-muji kecantikkan semulajadi yang dimiliki olehnya membuatkan Dynaz tidak henti-henti tersenyum dan tertawa riang.Rambutnya dan wajahnya di beri sentuhan membuatkan Dynaz merasakan dirinya seolah-olah artis terkenal yang dititikberatkan penampilannya dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki.Dirinya benar-benar gembira berada di situ,tiada tekanan dan berasa begitu santai.


Dennis kini yang segak berpakaian kemeja Polo dengan jeans labuh Giordano menunggu Dynaz di ruangan utama salon.Dirinya duduk santai di sofa empuk itu sambil membaca majalah yang disediakan di situ.Seketika dirinya melihat jam tangannya yang dipakainya sambil melihat-lihat mencari bayang diri Dynaz.Dirinya menghembuskan nafas panjang apabila Dynaz tiada di penglihatannya.Susah sangat ke nak ‘retouch’ perempuan ni?Dennis mengomel sendirian di dalam hatinya,inilah perkara yang paling dibenci olehnya iaitu menunggu seseorang.Dirinya kembali mengalihkan pandangannya kepada pembacaannya.


“Hi, Mr.Dennis.Sorry for waiting.” tiba-tiba Dennis menangkap suara seorang perempuan yang sedang bercakap dengan dirinya.Dennis meletakkan majalahnya.Dirinya melihat terus kearah wanita yang bernama Seung-Ran itu,senyuman manisnya terpamer di situ.

“All done,and now we proudly present your beautiful wife for you.”kata-kata manis stylish itu membuatkan senyuman indah di bibir Dennis kekal di situ.Dari jauh Dennis melihat Dynaz berjalan menghampiri mereka di situ.Matanya kini seakan terpaku di situ.Senyuman manisnya kini mengendur,dirinya begitu terpesona melihat seorang wanita di hadapannya itu.Keindahan wajah lembut itu menyerap masuk sejuk ke dalam jantungnya.Dynaz di hadapan matanya kini sungguh berlain dengan Dynaz yang dilihatnya selama ini.Rambut lurus wanita itu kini bergelombang cantik,potongan rambutnya sungguh sesuai dengan wajah comelnya membuatkan wanita itu kelihatan seperti seorang ratu cantik yang memenangi tempat pertama di hati setiap lelaki yang memandangnya kini.


Cepat Dennis menarik pandangannya daripada terus melihat wanita di hadapannya itu.Degupan jantungnya seakan berdebar kuat taktala ini membuatkan dirinya berasa begitu gelisah dengan perasaannya ini.


“Ok..where can I make a payment?”cepat Dennis menukar perbualannya.Pandangannya kini terus kearah Seung-Ran yang masih dengan senyuman yang manis.Tanpa berbicara dengan lebih banyak dirinya mengikut wanita itu pergi ke kaunter membuat bayaran yang perlu diselesaikan olehnya.


Dynaz mengetap bibirnya yang basah dengan lipgloss yang dipakainya.Dirinya suka bermain dengan bibirnya yang basah itu seolah-olah bibirnya disaluti salutan air yang tidak mungkin hilang walaupun sering dijilatnya.Senyuman manisnya terhias indah di bibirnya.

Di dalam kereta Dynaz membelek-belek pakaian yang dipakainya.Singlet yang berwarna krim ditutupnya dengan jacket bercorak abstrak.Fabrik jacket itu lembut sekali dan sungguh selesa mungkin merupakan barangan yang bermutu tinggi.Jeansnya berwarna biru lembut tersarung begitu bergaya sekali di tubuhnya.Dirinya tersenyum apabila mengingatkan ragamnya apabila pertama kali memakai seluar yang berpotongan low waist ini di salon tersebut.Jeans yang menampakkan sepenuhnya bahagian pusatnya sehingga pinggangnya amat memeranjatkan dirinya,tetapi apabila dikenakan bersama bajunya ini dirinya berasa begitu selesa sekali.

Dennis disebelahnya hanya menumpukan perhatiannya penuh kepada jalan raya.Dirinya memandu keretanya tanpa berkata apa-apa.Wajahnya serius sekali menyebabkan Dynaz juga terdiam tanpa bersuara.Sesekali Dynaz mengosok-gosok matanya yang pedih,terasa seperti sesuatu melekat pada anak matanya membuatkan dirinya berasa agak kurang selesa.


“Don’t rub that eyes,it will make your contact lens broken.”Dennis bersuara serius tanpa memandang kearah wanita tersebut.Dynaz menjauhkan tangannya dari matanya.

“Once it broken,kau boleh buta.Tahu tak?”Dennis kini cuba menakut-nakutkan wanita di sebelahnya itu.Dirinya suka menakutkan Dynaz, seolah suatu keceriaan pada dirinya membuatkan wanita itu berada didalam keadaan begitu.

Mendengar kata-kata Dennis,Dynaz menggenggam kedua-dua tangannya rapat.Sungguh dirinya tidak mahu menjadi buta diakibatkan benda kecil yang berwarna kelabu itu.Dennis tersenyum melihat kebodohan Dynaz.Sungguh Dynaz merupakan wanita yang begitu naif dan senang untuk dipermainkan.

2 comments:

dixie dollz said...

devilish husband

farrentaboada said...

Casino Games in Michigan - DRMCD
This includes 문경 출장마사지 online slots, live dealer, live dealer 부천 출장샵 and online blackjack tables. casino 충청남도 출장마사지 is one of 시흥 출장마사지 the world's leading casino games 바카라 with over 3,000

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket