Novella~My LoVe 7

Friday, March 6, 2009




BAB 7


Keriuhan di bilik darjah kelas 5RF menjadi sunyi seketika apabila kelibat seorang lelaki melalui ditepi pekarangan bilik darjah tersebut.Di bawah lengannya dikepit kemas rotan yang panjang, ketegasan wajahnya tidak menampakkan hakikat umurnya yang sudahpun melangkaui separuh abad.

“Eh, En.Murad cikgu disiplin!Lebih baik senyap”terdengar suara-suara bisikan halus yang sememangnya mengeruni lelaki tersebut.Dynaz turut berdiam diri dan berpura-pura mengeluarkan buku berlakon seperti sedang menelaah pelajaran.Kawan-kawannya turut melakukan perkara yang sama.Guru tersebut merenung tajam kedalam bilik darjah Dynaz,dia melihat satu persatu wajah pelajar-pelajar di situ.Semuanya tekun membaca buku masing-masing tiada satu suara pun yang terdengar.Sungguh besar pengaruh guru tersebut di sekolah tersebut.

“Dynaz binti Rahim.Ikut saya ke pejabat.” Tiba-tiba En.Murad bersuara sambil memandang tepat kearah Dynaz.Masakan dia tidak mengenali pelajar bermasalah tersebut,kerap kali keluar masuk biliknya.Dynaz tersentak,terkejut besar dia apabila namanya dipanggil oleh guru lelaki tersebut.Cepat dia bangun dari kerusinya.Wajahnya berkerut,sungguh dia tidak tahu apa kesalahannya pada kali ini.Setahunya dia tidak lagi melakukan apa-apa kesalahan.Namun begitu dia akur dengan arahan guru tersebut, cepat dia mengekori langkah guru lelaki tersebut yang sudah beredar pergi dari bilik darjahnya.

“Baca doa banyak-banyak”sempat lagi kawan lelaki Dynaz yang merupakan ketua kelasnya bersuara seakan berbisik memberikan nasihat kepadanya.Seram sejuk badan Dynaz dirinya takut dan khuatir jikalau Hariz mendapat tahu tentang perkara ini.

“Bencana apalah yang nak menimpa aku ni..”dia mengeluh didalam hatinya.



“Sekarang ni mesti kamu sedang fikirkan apa masalah yang telah kamu lakukan sehingga saya memanggil kamu ke sini kan?”soal En.Murad serius kepada Dynaz yang sekarang ini duduk berhadapan dengannya di dalam biliknya.Dynaz menelan liur, jelas kelihatan titik keringat di dahinya walaupun bilik itu nyaman dan dingin dengan kelengkapan alat penghawa dingin.

“Saya cakap terus terang cikgu, saya tak tahu apa kesalahan saya kali ini.”serius juga Dynaz menjawab.En.Murad memerhati segenap wajah Dynaz dengan pandangan tegasnya.Dynaz cuba mengawal diri supaya tidak terlihat begitu ketara yang dia di dalam keadaan gementar.Tiba-tiba pandangan tegas En.Murad bertukar.Dia yang kelihatan sangat gerun tadi mula mempamerkan senyuman di bibirnya dan bersandar selesa di kerusinya.Dynaz hairan.

“Kenapa ni cikgu?”Dynaz menyoal dengan nada yang penuh dengan kehairanan.

“Ha.Ha.Ha..Lawak juga wajah kamu, bila saya lihat kamu dalam keadaan tadi”En.Murad tidak dapat menahan ketawanya digeleng-geleng kepalanya untuk menahan ketawanya.Dynaz mengerutkan keningnya hairannya tidak berkurang tetapi di cuba juga dirinya untuk turut ketawa sekali dengan gurunya itu walaupun agak perlahan dan jelas kelihatan ketawanya yang dibuat-buat.

“He…he.he..saya kena ketawa juga ke?”Dynaz menyoal perlahan ada nada ketawa yang di buatnya-buatnya.En.Murad tersedar dirinya mula mengemaskan kedudukannya dikerusinya dan mula mengawal raut wajahnya kembali tenang.

“Oh, sebenarnya tujuan saya ni adalah untuk bersembang dengan awak tentang Hariz.”guru tersebut mula menerangkan tujuannya dengan jelas kepada Dynaz.Mendengar nama Hariz, Dynaz mula serius.Hatinya tertanya-tanya mengapa guru lelaki tersebut memangilnya hanya untuk bersembang tentang Hariz?

“Kenapa cikgu,dia ada masalah dengan pelajaran ke?” Dynaz bertutur serius.

“Oh,tidak..Hariz merupakan pelajar cemerlang mana mungkin mempunyai masalah dalam pelajaran, apa yang saya nak sembangkan ini adalah tentang hubungan kamu berdua.Memang saya sedia maklum bahawa kamu berdua merupakan pasangan bertunang dan kami di pihak sekolah tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perkara tersebut.”panjang En.Murad menerangkan tentang butir perbicaraan mereka berdua.

“Cikgu tak setuju dengan pertunangan kami?”Dynaz menyoal sambil memandang terus kedalam anak mata guru disiplin tersebut.Hatinya resah.

“Saya tidak ada hak untuk campur urusan peribadi kamu, tetapi saya berhak untuk campur dalam urusan kejayaan anak murid saya.Pelajar saya.”En.Murad bersuara sambil menarik nafas dalam.Sememangnya dia tidak mahu untuk mencampur urusan peribadi pelajar-pelajarnya dan apa yang dikatakan sekarang ini bukanlah untuk mencampuri urusan peribadi tetapi hanyalah untuk memberi nasihat untuk kejayaan di masa hadapan.Dynaz diam dikerusinya dia kini sudah mengerti apa yang ingin dibicarakan gurunya itu.

Perjalanan ke kelasnya berasa sangat jauh, di dalam fikiranya penuh dengan segala butir perbicaraannya dengan En.Murad sebentar tadi.Terasa lemah segala sendi tulangnya untuk terus berjalan apabila mengingatkan perkara tersebut.

“Pada hari PIBG sekolah tempoh hari saya ada bertemu dengan ibu kepada Hariz,Puan Anita dia memberitahu saya tentang kegusaran hatinya.”kata-kata En.Murad masih bermain-main didalam mindanya.Dirinya sedia maklum bakal mentuanya itu sememangnya tidak berapa menyukai dirinya.Dia teruskan perjalanannya melalui beberapa kelas junior tingkatan tiga dan empat.

“Kerana awak, Hariz menolak tawaran untuk menyambungkan pelajarannya di peringkat Universiti.Awak tahu tak?” lembut nadanya tiada berbaur marah dikeluarkan En.Murad tetapi kenyataan itu sahaja sudah cukup untuk menghiris hati kecilnya.

Adakah kerana wujudnya aku, menghalang kejayaan Abang Hariz?Tidak sesuaikah aku berganding bersama Abang Hariz?Salahkah keputusan aku untuk mengikat tali pertunangan dengannya?Dynaz bersuara sendirian di dalam hatinya.Langkahnya tidak keruan memikirkan kata-kata guru tersebut.Hatinya mula mempersoalkan kelayakkan dirinya untuk memiliki lelaki yang dicintainya itu.

“Adakah awak akan menyekat kejayaan Hariz lagi selepas ini?Saya risau dia tidak menyambung pelajarannya di peringkat ijazah kerana memikirkan janjinya kepada awak..”ada keluhan di hujung suara guru tersebut membuatkan Dynaz terdiam tidak terkata apa-apa.Tidak disangkanya kehadiran dirinya di dalam hidup Hariz mengundang banyak ketidakadilan kepada Hariz.Dia tidak pantas untuk mendapat jejaka seperti Hariz.Dynaz terus berjalan,keadaan keliling langsung tidak dihiraukannya.Dirinya seperti berada di dalam dunianya sendiri.

“Apa kejayaan awak yang boleh dibanggakan?”suara En.Murad bergema lagi di telinganya.

“Hei Dynaz! Kau ni ada kat mana ni?Aku panggil berkali-kali tak dengar ke?”tiba-tiba seorang kawan perempuan sekelas Dynaz yang bernama Mira menampar kuat bahunya Dynaz.Dynaz terkejut,hilang segala butir-butir bicara En.Murad yang bermain-main di mindanya sebentar tadi.Dia merenung tajam kearah kawannya itu.

“Kenapa ni?Aku tak ada mood ni.”Dynaz bersuara sambil memicit-micit bahunya yang ditampar kuat tadi.Dia berlalu berjalan meninggalkan kawanya itu dibelakangnya tiada minat langsung untuk mendengar perbicaraan kawannya itu.

“Hei, aku cuma nak bagi tahu Pn.Rosma nak jumpa kau.”kuat Mira bersuara apabila menglihat Dynaz yang mula meninggalkannya.Dynaz mengerut dahinya dan berpaling kebelakang melihat ke arah kawannya itu.Wajahnya yang berkerut itu sudah cukup mengambarkan perasaannya yang dalam kehairanan.

“Kenapalah aku popular sangat hari ni?”Dynaz mengeluh perlahan didalam hatinya dan menarik nafas panjang.Dia mengangguk dan terus meninggalkan kawannya itu semakin jauh di belakangnya.




Suasana di dalam bilik guru sangat tenang dan lengang.Kebanyakkan guru masih melaksanakan proses pembelajaran di dalam kelas masing-masing sementara menunggu untuk waktu rehat menjelang.Dynaz memasuki bilik guru sambil matanya meliar memerhati ke arah meja Pn.Rosma.Tiba-tiba matanya menangkap sesusuk tubuh yang sangat dikenalinya.Fasha! Ya memang itu adalah Fasha.Dilihatnya Fasha dan tiga lagi kawan baiknya Rina, Mina dan Nadia sibuk berbincang dengan Pn.Munah, sesekali mereka tertawa kecil bersama-sama.Ah,mungkin mereka berbincang tentang persembahan untuk Hari Guru yang bakal menjelma tidak lama lagi.Getus hati kecil Dynaz.

Tiba-tiba hatinya tersentak.Ya Allah meja Pn.Rosma sebelah meja Pn.Munah! Dynaz cuak dia tidak mahu Fasha dan geng ratu sekolahnya melihat dia dimarahi oleh guru wanita tersebut.Dirinya pasti mereka akan ketawakannya apabila pulang dari sekolah nanti.Dia mengeleng-geleng lemah kepalanya.

“Dynaz, itupun kamu.Kenapa lambat sangat sayang?”tiba-tiba Pn.Rosma bersuara.Nada suaranya yang sederhana itu cukup untuk didengari di setiap pelosok kawasan bilik guru yang agak sunyi itu.Dynaz tersentak,matanya bulat membesar tidak percaya akan telinganya yang baru sahaja mendengari perkataan ‘sayang’ dari bibir merah kepunyaan Pn.Rosma.

“Mari sini, cikgu ada khabar gembira buat kamu.”guru wanita itu memimpin lengan Dynaz menghampiri mejanya.Raut wajah Pn.Rosma yang kelihatan riang dan terhias indah senyuman dibibirnya.Dynaz hanya mengikut tanpa berkata apa-apa walaupun hatinya kelihatan kaget dengan kelakuan gurunya itu.Fasha dan kawan-kawannya melihat serentak kearah Dynaz yang jelas kelihatan dalam keadaan kehairanan.Fasha mengangkat kening sambil mencebikkan mulutnya melihat kearah kawan-kawannya dengan kehadiran perempuan yang dilabelnya ‘tomboy’ itu. Dia berasa loya dengan panggilan sayang yang dipanggil Pn.Rosma tadi kepada Dynaz,kawan-kawannya membalas dengan senyuman sinis kearah Dynaz.Entah apa masalah mereka dengan Dynaz sehinggakan mereka tidak pernah untuk menyukai Dynaz.

“Sebenarnya Dynaz, saya panggil kamu ni kerana nak bagi tahu yang design pakaian kamu diterima ke peringkat akhir”teruja sekali suara Pn.Rosma menyampaikan khabar gembira tersebut.Dynaz terkejut dia tidak terkata apa-apa seperti dirinya berada di dalam khayalan sahaja mendengar khabaran tersebut.

“Ini merupakan pertama kali sekolah kita terpilih untuk ke peringkat terakhir tau.”Pn.Rosma memegang erat kedua-dua tangan lembut Dynaz.Senyuman mula menghiasi bibir Dynaz.

“Betul ke ni cikgu?Saya tak mimpi ke ni?”Dynaz menyoal gurunya hampir tidak percaya.Senyuman yang riang dibibirnya menampakan barisan giginya yang putih bersih dan tersusun cantik itu.Pn.Rosma menggeleng laju menandakan Dynaz tidak bermimpi dan tidak berkhayal.Ini merupakan realiti dan betul-betul berlaku.

“Yahooooo!cikgu saya berjaya masuk peringkat akhir Hahaha..”Dynaz meloncat riang dan ketawa riang dengan pengangan erat tangan gurunya itu tidak dilepaskan lagi.Gurunya itu turut ketawa riang melihat kearah Dynaz.Fasha dan kawan-kawannya hanya diam membisu tanpa sepatah kata pun terkeluar dari bibir mereka.

“Okey,Dynaz sekarang ni kamu harus hasilkan lagi tiga design baju untuk ke final temanya bridal tau.”Pn.Rosma bersuara apabila Dynaz mula tenang dan mengatur nafasnya semula.Sememangnya Dynaz amat menyukai bidang fesyen pakaian ini.Dia sangat bijak melakarkan rekaan pakaian yang begitu cantik dan bergaya walaupun hakikatnya dia sendiri tidaklah bergaya berpakaian seperti apa yang direkanya.

“Baiklah cikgu,akan saya usahakan yang terbaik sekali”Dynaz menyakinkan gurunya itu.Pn.Rosma mengangguk semangat dan menyerahkan sebuah fail yang mempunyai segala borang yang perlu diisi Dynaz dan segala keterangan terperinci tentang rekaan yang akan dipertandingkan di minggu rekaan fesyen yang melibatkan semua sekolah di Semenanjung Malaysia.

Keluar dari bilik guru Dynaz tersenyum bangga.Tidak disangkanya pada hari yang dirasakan malang pada mulanya bertukar menjadi hari yang begitu gembira buatnya.Dia tersenyum seorang diri memikirkan pujian Pn.Rosma terhadap dirinya sebentar tadi.Tidak sabar hatinya untuk memaklumkan perkara ini kepada ibu bapanya dan kawan-kawanya terutama sekali Hariz.Bakal suaminya itu.

“Eh,aku dengar tadi ada orang kena pujilah.”tiba-tiba terdengar suara seorang perempuan perlahan dan begitu bersahaja tetapi cukup untuk didengari Dynaz.

“Tentang rekaan fesyen..diri sendiri mangsa fesyen je ada hati nak design fesyen.”suara itu makin kuat dan disambung dengan gelak ketawa yang dibuat-buat bunyinya.Terhenti langkah Dynaz dia mengetap bibirya menahan rasa marah yang semakin membuak didalam hatinya.Serentak dia berpaling untuk melihat tuan punya suara yang mengeluarkan butir bicara yang membangkitkan amarahnya itu.Seperti yang diduganya dia melihat Rina,Mina,Linda ketawa mengada melihat kearahnya, cuma Fasha sahaja menglihatnya tanpa ketawa tetapi dengan renungan mata yang penuh sinis.Dynaz membalas senyuman yang sinis kepada mereka semua.Fasha mula berjalan mendekati Dynaz anak matanya tidak lepas memandang kearah diri Dynaz.Dilihatnya dari bawah sehinggalah keatas tubuh Dynaz dihadapannya.

“Kenapa?Kau berminat dengan aku ke?”Dynaz bersuara selamba kepada Fasha yang kini sudahpun berada berhadapan dirinya.Percakapan Dynaz membuatkan Fasha tersenyum sinis mendengar, ketawanya perlahan.Kawannya yang lain cuma menjeling sambil mencekak pinggang kearah Dynaz.Melihat telatah mereka membuatkan Dynaz geli hati kerana mereka selalu melebih-lebih, kadang-kadang Fasha tidaklah se ‘over’ mereka walaupun dia merupakan seorang perimadona di dalam kumpulan itu.

“Sayang, tak ada gunanya aku berminat pada kau..jelas kau tak setanding aku malah nak samakan kau dengan mereka ni pun dah macam bumi dengan langit.”Fasha bersuara lembut dan tenang sambil matanya menentang hebat anak mata kepunyaan Dynaz.

“Em..dari anak mata kau saja aku dah tahu yang kau sememangnya gentar dengan aku kan?”Fasha bersuara menghadiahkan senyuman sinisnya kepada Dynaz yang memandangnya penuh dengan ketegangan.

“Jangan risaulah Dynaz,kalau aku betul-betul mahukan Abang Hariz sudah lama aku sudah dapat.”Berbaur nada riak di dalam kenyataan Fasha.Di tersenyum manis walaupun makna sebenar di sebalik senyuman itu merupakan satu senyuman sindiran kepada Dynaz.Dynaz tersentak apabila nama Hariz meniti dibibir menggoda milik si perimadona sekolah itu.

“Untuk pengetahuan kau, aku tak berminat dengan lelaki kampung, lainlah kau yang sememangnya tiada masa hadapan.”Sinis sekali Fasha membisikkan kata-katanya di telinga Dynaz membuatkan Dynaz melihat raut wajah jelita itu dengan pandangan yang tajam.Selesai Fasha membisikkan kata-katanya dia mula beredar pergi meninggalkan Dynaz yang masih diam membatukan diri dengan wajah yang tegang.

“Hah, anyway congrats to u atas kejayaan ciptaan kau tu.”Fasha tiba-tiba menoleh kearah Dynaz sambil menghadiahkan senyuman manisnya yang ternyatanya tidak mesra dan sememangnya memberi makna seakan sindiran buat Dynaz.Dynaz melihat dengan pandangan yang tajam kearah kelibat Fasha dan kawan-kawannya semakin menghilang dari pandangannya.Dia menarik nafas panjang mengatur kembali nafasnya yang hampir terputus sebentar tadi.




Fasha tersenyum girang dengan apa yang dilakukan sebentar tadi kepada Dynaz.Hatinya seakan puas melihat wajah Dynaz yang berada dalam keadaan menahan geram seperti itu.Hari ini betul-betul membuatkannya gembira.Raut geram yang terpamer jelas di wajah Dynaz merupakan satu kemenangan baginya.Sememangnya begitu terseksa hatinya melihat kegembiraan Dynaz semenjak Dynaz sah menjadi tunangan Hariz.Tidak disangka Hariz akan memilih wanita seperti itu untuk menjadi teman hidupnya.Langsung tidak setanding dengan dirinya.Senyumannya yang memekar mula mengendur apabila dia mula memikirkan tentang Hariz.

Sesungguhnya dia sangat menyukai lelaki tersebut, bohonglah kepada sesiapa sahaja perempuan yang mengaku tidak akan jatuh hati dengan jejaka tampan itu.Dia sangat mengagumi segala yang ada pada jejaka tersebut.Tetapi hatinya tewas pada akalnya yang memaksanya untuk menolak rasa sayangnya dan mementingkan kemewahan hidup yang menjamin kebahagian pada masa hadapan kelak.

Bila difikirkan kembali tentang apa yang dilakukannya terhadap Dynaz sememangnya tidak masuk di akal.Dia mengaku dirinya bersalah kerana mencemburui gadis tersebut.Ternyata sekali dia sendiri yang memilih untuk mengorbankan rasa sayangnya,dan sekarang kenapa dia perlu cemburu kepada Dynaz yang mengakibatkan gadis tersebut sering tidak keruan apabila melihat Hariz menjatuhkan anak matanya kearah dirinya.Sungguh dirinya berasa bersalah tetapi dirinya tidak dapat menafikan bahawa dirinya senang dengan pandangan Hariz yang memandang kearahnya.

“Hei,Fasha kenapa kau berminat sangat dengan minah ‘tomboy’ tu hah?”tiba-tiba Rina menyoal Fasha yang sedang asyik termenung.Keadaan di kantin sekolah pada waktu rehat seperti ini sangat bising dan tidak ubah seperti di pasar-pasar pagi yang menjual barangan dapur.Mendengar pertanyaan Rina, membuatkan Mina dan Nadia turut mengangguk mereka juga hairan mengapa Fasha berminat sangat untuk menganggu hidup Dynaz.Sebelum ini Fasha hanya akan menganggu hidup gadis-gadis yang dianggap sebagai pencabar dirinya sahaja.Tetapi Dynaz,jelas sangat gadis itu tidak setanding lawannya dengan Fasha yang masyur itu.

“Eh, tak adalah mana aku nak ganggu dia pun,cuma nak ajar sikit dia yang kononnya gangster tu.”Fasha mencari alasan untuk berdalih dari hakikat yang sebenar.Rina, Mina, dan Nadia mengangguk kepala mereka serentak sambil menyuap roti ke dalam mulut mereka.Fasha menarik nafas lega dan beredar pergi meninggalkan kantin sekolah mereka dengan sebungkus roti yang masih belum dibuka digenggam erat di tangannya.

Tiba-tiba jatungnya berdegup kencang apabila melihat Hariz betul-betul berjalan bertentang arah dihadapannya.Kekacakkan wajah yang dimiliki Hariz sangat menggoda hatinya susuk tubuh Hariz yang tinggi dan sasa membuatkan dada Fasha semakin berombak deras.Fasha cuba mengawal hatinya supaya tidak nampak terlalu ketara dihadapan Hariz.Ketika Hariz berjalan melepasi dirinya dia dapat rasakan dengupan jangtungnya yang tidak keruan.Hariz berjalan biasa tanpa melihat kepadanya dan dia turut sama tidak melihat ke arah lelaki tersebut.

Tidak!Aku tak boleh terus dengan perasaan ini!Aku tidak sukakan dia,aku hanya berhak buat lelaki bandar yang berjaya diluar sana!

Fasha berkata-kata di dalam hatinya bagi menolak segala perasaan tidak keruannya itu, dan mula berjalan laju meninggalkan bayangan Hariz yang berjalan semakin jauh menuju ke arah kantin sekolah.


1 comments:

Zeni Geba said...

Ceh..fasha tu smmgnye minat ngan Hariz!

dis develop well,like d part in school.
brtunang ngan student president!
woah i like it!

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket