Novella~My LoVe 9

Friday, March 6, 2009

BAB 9

Setahun berlalu…..

“Aiya,amoi manis..kenapa lu tak nak cari keja lagi bagus arr?..”pelat cina suara Ah Meng membuatkan Dynaz tersenyum manis sambil sibuk mengeluarkan segala sayur-sayuran dari dalam bakul yang diikat kemas di atas motosikalnya.

“Ah Meng, kalau gua cari kerja lain tentu lu tak akan dapat supplier sayur yang bagus macam gua ni..”Dynaz membalas,bibirnya tidak lekang dengan senyuman yang manis.Ah Meng menyambut cermat semua sayur-sayuran yang di halakan Dynaz kepadanya.

“Gua bukan talak suka lu punya sayur..Gua sangat suka,tapi gua kasihan sama lu,muka cantik-cantik jadi kotor main tanah dekat kebun..”Ah Meng bersuara lagi sambil menggeleng-geleng kepalanya.Dia mula sibuk mengira segala sayuran sambil menjumlahkan harga di sempuanya.Memang tabiat Ah Meng yang lebih suka untuk menggunakan sempua daripada kalkulator elektronik yang moden.Katanya cara lama itulah lagi berkesan,bagus tanpa menggunakan bateri sungguh menjimatkan.Sememangnya bangsa cina terkenal dengan sikap yang berjimat cermat.

“Gua ada dengar tau,itu pejabat pos dekat pekan mau guna olang..apa kata lu pergi apply,mesti lapat punya..”bersungguh Ah Meng memberi cadangan,sebatang pensil yang diselit di telinganya diambil lalu mencatit segala pegurusan perniagaannya di sebuah buku yang tebal dan kelihatan agak usang.

Ala,Ah Meng gua mau tolong orang tua gua la..lagipun lepas ni gua sudah mau kahwin,buat apa mau cari kerja lain,biarlah gua berkhidmat untuk keluarga dulu”lembut Dynaz bersuara sambil mengesat lembut keringat di dahinya dengan kain tuala kecil yang disangkutnya di lehernya.

Sudah hampir setengah tahun dia meninggalkan alam persekolahanya,segalanya berlalu dengan cepat tanpa disedari..Bercakap tentang pekerjaan,sesungguhnya dia tiada perancangan langsung untuk mencari pekerjaan yang lain selain membantu bapanya di kebun.Biarlah apa yang dikata orang,yang penting dirinya bahagia dengan apa yang dilakukannya ini,dan yang paling penting sekali Hariz turut menyokong segala keputusannya.Hariz…lelaki yang membuatkan dirinya tidak keruan siang dan malam…

Apa khabar abang di sana?

“Haiya,cakap pasal kawin,apa celita lu punya tunang?itu nama Hariz..jauh pergi sambung belajar..”pertanyaan Ah Meng secara tiba-tiba membuatkan lamunan Dynaz tersentak seketika segala kenangan Hariz kabur dan wajah prihatin Ah Meng jelas di mata.Dynaz terdiam dan tersenyum manis.

Kepemergian Hariz ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat ijazah amat memberi kesan yang mendalam di dalam hati Dynaz.Hari-hari yang berlalu membuatkan hatinya semakin rawan dilanda rindu yang teramat sangat kepada tunang yang dikasihinya itu.

Pondok rehat kecil di kebun bapanya menjadi saksi betapa rindunya dia terhadap lelaki itu,tiap kali petang menjelang pasti dirinya akan menghabiskan masa melayani perasaan rindunya di situ.Kolam ikan berhadapan pondok rehat itu ditenungnya kosong..kosong seperti pemikirannya sekarang ini.

Semalam Hariz menghubunginya,sungguh dia berasa teramat dekat dengan suara yang gemersik itu.Perbualan Hariz sangat ceria dan setiap bibit katanya pasti diselangi dengan ketawa,menambahkan lagi rindu di hatinya untuk melihat senyuman yang mekar dibibir insan yang disayanginya itu.Kehidupan Hariz di bandar berjalan dengan lancar.Hariz ada menceritakan padanya tentang bapa angkatnya disana.Hariz bertuah kerana kepergiannya ke Kuala Lumpur menemukan dirinya dengan seorang bapa angkat yang sangat penyayang dan mengambil berat terhadap dirinya.

Dari apa yang didengarinya dari bakal ibu metuanya, bapa angkat Hariz merupakan usahawan yang berjaya dan memiliki syarikat besar di serata pelusuk dunia.Sudah pasti bapa angkatnya seorang yang berada,bertuahlah abang Hariz…

Masih diingat lagi kenangan ketika Hariz ingin meluahkan keinginannya untuk melanjutkan pelajaran.Masih teriang-iang di cuping telinganya suara Hariz yang mendayu itu,lembut sekali…

“Dynaz,abang ada sesuatu nak cakap dengan Naz..”Suara lembut Hariz itulah yang membuatkan Dynaz selalu kalah dengan segala kehendaknya.Angin yang bertiup sepoi meniup lembut rambut panjang Dynaz,sesekali diselak rambutnya ke belakang telinga.

“Macam serius je..ada apa-apa ke?”Dynaz berusaha membuahkan senyumannya yang manis buat Hariz.Sesungguhnya hati kecilnya sudah dapat menebal apa yang bermain di dalam pemikiran Hariz.Bukannya dia tidak tahu,satu kampung sudah mengetahui akan perkara itu malah bakal ibu mertuanya,Mak Anita juga pernah berbincang dengannya tentang perkara ini.Sekarang dia cuma perlu menuggu kata-kata itu keluar dari bibir Hariz sendiri.Dia menarik nafas dalam walaupun tidak ketara di penglihatan Hariz.Come on Dynaz,relaks..kau sudah bersedia sebelum ini tentang soal ini kan..walau bagaimana pun benda ini akan dibangkitkan juga..cepat atau lambat sahaja..

“Naz,abang sebenarnya rasa bersalah tentang perkara ini..”lambat Hariz bersuara, dielaknya untuk melihat wajah Dynaz supaya dirinya kuat untuk meneruskan kata-kata.Dynaz masih dengan senyuman manis terhias dibibirnya.

“Abang..tak ada apa yang salah kalau benda itu baik bagi pihak kita berdua..”lembut Dynaz bersuara sambil menyentuh erat bahu Hariz.Hariz memalingkan wajahnya tampannya melihat terus ke anak mata Dynaz yang ikhlas.Senyuman manis yang terpamer diwajah lembut itu membuatkan dirinya terkesima tidak terkata apa-apa.

“Apa abang nak cakapkan?cakaplah…kalau benda baik,Dynaz tak akan naik angin pun”Dynaz menjungkitkan keningnya,sempat lagi dia berseloroh.Bukannya dia tidak tahu Hariz sememangnya mengetahui perangainya yang cepat naik angin kalau tidak kena caranya apabila bercakap.Hariz turut tersenyum dengan perkataan Dynaz.Lalu dia memegang wajah Dynaz dan mengusap lembut pipi Dynaz yang gebu dan licin itu.

“Abang janji pada Dynaz selepas abang tamat belajar ni,kita akan berkahwin..Selagi Dynaz berpegang pada janji ini,selagi itulah jiwa abang akan sentiasa dengan Dynaz..selamanya..”kata-kata Hariz amat indah di telinga Dynaz,membuatkan wajah lembut itu sekali lagi gagal untuk bertahan daripada mengeluarkan butir-butir mutiara di kolam matanya.Indah sekali…Abang,Dynaz sangat mencintai abang..sampai selamanya Dynaz berpegang pada janji ini…

“Come on Hariz,this is common thing to do if u want to success for your future business”ajak seorang lelaki yang tampak bergaya dengan sut yang mewah,ciri elegan pada lelaki itu membuatkan Hariz turut tersenyum melihat dirinya sendiri.Tidak disangkanya sepanjang berada di bandar ni sungguh dia terikut dengan gaya kawannya baiknya itu.Penampilan dirinya juga berubah 100%,tiada lagi seluar jeans lusuh baju kemeja ketinggalan zaman.Sebaliknya semua itu sudah bertukar menjadi lebih kemas dan bergaya.Sesungguhnya Hariz kelihatan sangat bergaya dan bertambah kacak dengan penampilan dirinya yang baru ini.Dirinya tidak ubah persis model antarabangsa,figure badannya yang sempurna disesuaikan lagi dengan ketampanan wajahnya sungguh membuatkan ribuan gadis mengilainya.Menjadi terkenal di kolejnya bukanlah perkara asing pada dirinya,malah dia juga mendapat ranking yang tinggi pada pilihan ahli Majlis Perwakilan Pelajar tempoh hari kerana bakat kepimpinan dan kecermerlangannya dalam pelajarannya.Ditambah dengan kekacakkannya,sungguhnya Hariz datang dengan pakej yang serba lengkap dan sempurna.

“No,Zack..i’m not clubbing”lembut sahaja Hariz menolak ajakan rakannya itu,Zack Alif.Seorang kasanova besar di kolejnya dan juga merupakan anak seorang datuk yang sangat terpengaruh di Kuala Lumpur.Walaupun dirinya berkawan rapat dengan lelaki itu,tidak semua perangai Zack diikutnya,dia masih sedar siapa dirinya dan masih tahu menilai diantara baik dan buruknya sesuatu perkara itu.Perkenalanya dengan Zack sungguh mengajarnya tentang erti sebuah kehidupan yang sangat berbeza dari kehidupanya di kampung.Dari Zack lah dia berkenalan dengan seorang lelaki separuh abad dan sangat berpengaruh,Datuk Ehram..bapa angkatnya yang sangat penyayang dan mengambil berat dengan kebajikan dirinya di bandar ini.

Lelaki itu tidak mempunyai keluarga bahkan tidak pernah berkahwin sepanjang umurnya.Hariz juga hairan dengan bapa angkatnya itu apabila disoal tentang perkara itu bapa angkatnya itu hanya tersenyum manis.

“This is the way success man live their life,boy.”ayat itu sering teriang-iang di telinga Hariz,Bahagiakah seorang lelaki yang memiliki harta tetapi tidak mempunyai keluarga?

“Riz,Hariz..i’m not saying we’re clubbing..kita masuk nak buat business la”Zack Alif menepuk bahu rakannya karibnya itu.

“Can u imagine,dalam tu penuh dengan orang yang berpengaruh tau..sekelip mata je u boleh bersinar..come on bro,you’ve got the look!”Zack menarik kuat lengan Hariz sambil menyakinkan kata-katanya kepada Hariz.Dia tahu rakannya itu boleh berjaya dalam bidang ini.Sungguh dia yakin akan perkara ini.Sebagai rakan yang baik,dia sangat menginginkan yang terbaik buat rakannya itu.Hariz tersenyum sambil mengeleng-geleng lembut wajahnya.Hatinya binggung,tidak tahu dengan apa yang terjadi.Dia tidak pernah terpikir bahawa dia akan membuat keputusan untuk melakukan perkara seperti ini.

“Hei,bro penat tau aku arrange semua ni,diaorang semua dah setuju nak jumpa kau.”Zack masih dengan ajakannya.Berkerut wajahnya mengajak rakannya itu.Hariz terdiam ditarik nafasnya dalam dan akhirnya tersenyum manis.


Petang yang indah itu,Dynaz masih menghabiskan rehatnya di pondok rehat di kebun ayahnya itu.Setelah penat seharian suntuk berkerja mengambil buah pisang yang sudah masak di pohonnya.Hampir semuanya akan dijual di pekan sebentar lagi,dan selebihnya akan dibawa pulang ke rumah untuk diberi kepada ibunya.Sememangnya mak Ana sungguh menyukai buah pisang,ada sahaja juadah yang akan direkanya berasaskan buah pisang.Kreatif,itulah ibunya.

Hari ini ibu dan bapanya tiada di rumah.keduanya menghadiri majlis perkahwinan rakan di kampung sebelah,mungkin sehingga malam baru mereka pulang.Maknanya Dynaz perlu mencari makan malamnya sendiri.Ah..apa susah nanti aku singgah sekejap gerai Mak Temah,makan nasi campur dia pun sedap gak..

Dynaz mengipas-ngipas baju t-shirt lusuh yang dipakainya untuk memberi sedikit angin dan keselesaan untuk dirinya.Hari ini penat sungguh!bapanya tiada untuk menolongnya melakukan segala pekerjaan.Air yang dibekalnya dari rumah diteguk cermat untuk membasahkan tekaknya.Fuhh..leganya,kerja dah habis.

“Dynaz!Naz!kau kat mana?!aku ada berita untuk kau!”tiba-tiba entah dari mana datangnya suara yang terpekik-pekik memanggil Dynaz.Suara yang tidak asing lagi dari pendengaran Dynaz.

“Wo..Wo..pehal kau ni Limah?aku ada kat sini..”Dynaz menyahut cepat apabila melihat kelibat Halimah tidak jauh dari pondok rehatnya.Kelihatan Halimah terkoncoh-koncoh menghampiri pondok rehat Dynaz.Langkahnya agak terbatas dek kain kebayanya yang agak ketat itu.Sejak bekerja sebagai kerani kewangan di salah sebuah bank di pekan,Halimah kelihatan sangat bergaya sekali.Cara penampilan dirinya sungguh berbeza dari zaman persekolahannya,siapa yang tidak kenal sekarang dengan Halimah ratu kebaya di kampungnya itu.Sungguh bergaya,walaupun mempunyai saiz badan yang agak gempal.

“Ini!ni!Kau lihat ni.”Halimah kelihatan tercungap-cungap menarik nafas sambil menghulurkan sebuah majalah kepada Dynaz.Dengan keadaan yang terpinga-pinga Dynaz menyambut huluran Halimah itu,tanpa bersuara lebih lanjut Halimah mengambil tempat di sebelah Dynaz dan mula meneguk air dari bekalan Dynaz dengan cermat.

“Kenapa ni Limah?macam ada tak kena je..kau gaduh dengan Yus lagi ke?”Dynaz mula mengagak,bukan dia tidak tahu dengan hubungan anjing dan kucing diantara Yusri dan Halimah.Entahlah,mereka berdua selalu bergaduh tetapi takdir sering menemukan mereka berdua.Lihat sajalah,sekarang ini mereka berdua bekerja di tempat kerja yang sama.Lucu juga hatinya apabila terpikirkan Halimah yang pernah merungut padanya tentang perkara itu.Dimana sahaja dia berada pasti Yusri juga akan muncul.Takdir..Takdir,ataupun jodoh.

“Hei,buat apa aku nak ceritakan perkara yang dah mual macam tu..ini!aku ada cerita hangat.Yus yang tunjukkan pada aku tengah hari tadi,masa lunch.”Halimah mengambil kembali majalah digengaman Dynaz,lalu dibukanya cepat pada mukasurat yang telah ditandanya dengan klip kertas berwarna merah.Dynaz mengerutkan dahinya,tanda tidak mengerti dengan perlakuan Halimah,rakan baiknya itu.

“Yus tak dapat ikut sekali,dia kena pergi majlis kahwin kampung sebelah.So,dia suruh aku tunjukkan benda ni kepada kau”Halimah membebel-bebel lagi tanpa menglihat ke wajah hairan Dynaz.Masih boleh kendengaran lagi bunyi nafas yang diatur Halimah.

“Ha’ah ini dia!”Halimah memberikan majalah itu kepada Dynaz dengan wajahnya yang bersungguh-sungguh.Dynaz menyambut dengan cermat dan mula melihat isi kandungan muka surat yang telah dibuka Halimah itu.Sungguh tidak percaya!Sungguh dirinya tidak dapat mempercayai matanya kini!Hariz..Hariz!wajahnya di dalam majalah tersebut!

“Dynaz,Hariz sekarang dah jadi model.”Halimah bersuara seakan tidak percaya dengan apa yang terjadi.Matanya juga tidak lekang dari turut sama melihat majalah tersebut.Dynaz terdiam kaku,hampir dirinya tidak mengenali lelaki di dalam majalah ini.Hariz benar-benar berubah,pakaiannya,penampilanya,wajahnya,rambutnya semuanya berubah.Dia tidak dapat mengelak dari mengakui betapa kacaknya wajah itu di dalam majalah yang dipegangnya ini.Segalanya berubah..dan siapa perempuan di sampingnya itu?mereka kelihatan mesra berpegangan tangan.Cantik,sepadan sekali.

“Naz,kau jangan terasa pulak..model biasalah pegang-pegang macam ni..”Halimah dapat mengesan perasaan Dynaz dari raut wajah yang terpamer di wajahnya.Rasa bersalah juga dia kerana memberitahu perkara ini,tetapi dia tidak boleh merahsiakan perkara ini daripada Dynaz.Memang Dynaz naïve,dan tidak akan tahu mengenai perkara ini jika dia tidak memberitahunya,jadi sebagai kawan dia harus memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Dynaz.

“Naz,jangan ambil hati la…tak ada apa-apa pun antara mereka berdua.”Halimah masih lagi bersuara bagi menyakinkan Dynaz.Wajahnya risau..risau dengan perasaan Dynaz,dia takut melukakan hati Dynaz yang cepat sahaja akan terluka.Tiba-tiba Dynaz membalas Halimah dengan senyuman yang manis,dia memandang sebentar ke wajah Halimah dan kembali menatap majalah tersebut.-Gorgeous Man with A High Expectation.- Dynaz tersenyum melihat majalah itu,Hariz sememangnya berhak mendapat kata-kata seperti itu.

“Kasi aku ye majalah ni..”Dynaz akhirnya bersuara.Halimah menarik nafas lega dan mengangguk riang.

Keadaan malam yang dingin langsung tidak membuatkan Dynaz kesejukkan,gambar Hariz ditatapnya rapat memberikan kehangatan yang diperlukannya.Dia tersenyum sendirian,rindunya bertambah mendalam..ingin sahaja dia berjumpa dengan wajah kerinduannya itu.Apabila menglihat akan perempuan yang dipegang erat Hariz,jiwa Dynaz menjadi hambar..sering juga dia menyakinkan dirinya pengangan Hariz itu tidak membawa apa-apa makna tetapi semakin dia menyakinkan diri semakin keyakinan dirinya luluh tidah tahu mengapa.

Gempar juga satu kampung tentang berita ini.Anak tunggal ketua kampung masuk majalah mahal,semua orang bercakap tentang perkara ini.Rata-rata semuanya berbangga dengan kejayaan Hariz yang mengharumkan nama kampung mereka.Mak Anita berbangga megah dengan perkara ini.kemana sahaja dirinya pergi pasti akan dibawa cerita ini.Hariz dah jadi model,kacak sungguh dia ye..

Sejak dari hari itu,wajah Hariz menjadi kebiasaan muncul di majalah-majalah yang dijual di kedai-kedai pekan.Rata-rata majalah pasti tidak melepaskan peluang memuatkan wajah tampan Haris di dalam edisi majalah mereka.Membuatkan nama Hariz makin disebut-sebut bukan sahaja di dalam kampungnya tetapi juga di kampung-kampung sebelah.

“Abang,bila abang mahu pulang..”Suara sayu Dynaz bermain di dalam hatinya,dia berbaring lemah di atas katilnya yang empuk dan cuba melelapkan matanya.Air matanya gugur dikelopak matanya yang bening menandakan kerinduan yang sangat mendalam kepada Hariz.


Keriuhan bunyi kanak-kanak pada pagi itu membuatkan Dynaz terbangun dari tidurnya.Geram betul dirinya dengan bising di halaman rumahnya itu.Hari ini moodnya tidak berapa baik,hari pertama bendera merah sememangnya kuat mempengaruhi perasaannya.Dia masih ingat lagi bagaimana dia menumbuk wajah lelaki,rakan sekelasnya yang sibuk menganggu dirinya pada hari pertama dia ‘bercuti’ itu.Bukannya dia sengaja untuk melakukannya,tetapi kesakitan sengugutnya pada hari pertama memang melampau.Dia boleh sahaja mengerekot sepanjang hari di atas katilnya tanpa melakukan apa-apa perkara.Sakitnya seperti mahu putus pinggang sahaja.

Lemah Dynaz mencelikkan matanya,bunyi bising di luar masih kedengaran membuatkan kepalanya pusing,amarahnya mula menggila.

“Budak mana pulak bermain di laman ni?!”dia berbisik perlahan cukup untuk didengari dirinya sahaja.

“WOI!Hari ni bukan hari raya la!pergi main jauh-jauh!”akhirnya Dynaz menjerit kuat dari biliknya.Masih terbaring di atas katil.Tiba-tiba Mak Ana masuk kedalam bilik Dynaz,senyuman dibibir ibunya itu manis sekali.Mak Ana mendekati anak tunggalnya itu,lalu dibelainya lembut rambut anak kesayangannya itu.

“Naz,tengok kat luar tu,ada orang nak jumpa Naz”Ibunya bersuara lembut,dengan senyuman yang tidak pernah lekang dibibirnya.Memperlihatkan betapa lembutnya wajah bersih itu.

“Naz,letihlah..nak rehat mak.suruh budak-budak tu senyap sikit boleh tak..”Dynaz bersuara merengek di ribaan ibunya.

“Pergilah lihat dulu siapa yang datang tu..nanti menyesal pula..”lembut suara ibunya menyapa telinga Dynaz.Dengan malas sekali Dynaz mengangkat wajahnya menatap ibunya.Ibunya tersenyum melihat wajah anaknya yang tidak ubah seperti kanak-kanak yang mengharap supaya ibu mereka memenuhi permintaan mereka.Mak Ana mengusap lembut umbun-umbun anaknya itu.

“Ish..kenapalah Hariz mahu tunggu Dynaz kat bawah tu,sedangkan Naz tak rela nak jumpa dia..ishk.ishk..”Mak Ana bersuara seakan-akan merungut wajahnya digeleng-geleng sedikit.Bulat mata Dynaz mendengar percakapan ibunya itu.Seperti berada di dalam mimpi.Ibunya senyum dan mengangguk sekali menandakan apa yang dikatanya sebentar tadi adalah benar belaka.

Secepat kilat Dynaz bangun dari katilnya dan berlari anak ke tingkap biliknya yang berhadapan dengan halaman rumahnya.Tanpa melihat pada keadaan dirinya yang hanya berbaju tidur dan berwajah tidur itu,dia terus sahaja membuka jendela tingkapnya.Pada ketika itulah jantungnya sebagai direntap,seperti berhenti disitu.Hariz..Hariz..benar-benar berada di halaman rumahnya, memerhati tepat kepada dirinya yang berpakaian tidur.


Hariz bersandar di hadapan sebuah kereta hitam yang kelihatan mahal dan sangat bergaya,Dynaz tidak tahu jenis kereta apakah itu,yang penting Hariz nampak kacak dengan penampilan dirinya itu.Penampilannya tidak seperti dulu,berubah sama sekali.Hariz menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada Dynaz yang seakan masih bingung dengan keadaan itu.Ya..senyuman manis itulah yang dinantikan Dynaz selama ini.

Keriuhan kanak-kanak yang bermain dan melihat-lihat sekeliling kereta Hariz langsung tidak menarik perhatian Dynaz,sebaliknya perhatiannya jatuh sepenuhnya kepada jejaka empunya hatinya itu.Dimana sekarang ini tidak henti memberikan senyuman yang manis kepada dirinya.


Jalan-jalan di pekan pada malam itu sunyi sahaja,walaupun keadaan di tapak pesta amat meriah sekali,Dynaz diam tidak terkata apa-apa.Hariz ada juga menjeling pada Dynaz yang berada di sisinya itu.

Kemeriahan tapak pesta dengan kelibat orang yang tidak pernah putus membuatkan suasana malam di situ menjadi bertambah rancak sekali.Dimana-mana sahaja terlihat alat permainan yang besar-besar dan juga mencabar.Jeritan dan tawa berkumandang dimana sahaja di tapak pesta itu.Alunan lagu rancak yang dipasang kuat membuatkan jantung sesekali berdegup kencang mengikut rentak yang dialun.Pasangan-pasangan bercinta berpelukan,beriringan,berpegang tangan di mana-mana sahaja.Membuatkan malam itu indah sekali..tetapi entah mengapa Dynaz terasa begitu asing di sisi Hariz.Sesungguhnya inilah saat yang paling diimpikan Dynaz,menglihat Hariz berada dekat di sisinya.

“Abang,nak bear tak?”tiba-tiba Dynaz bersuara riang,wajahnya tepat memandang kearah gerai permainan tikam yang menyediakan pelbagai hadiah yang sangat comel.Hariz mengangkat kedua-dua keningnya,tidak percaya dengan apa yang didengarinya.Selalunya seorang lelaki yang akan bertanyakan soalan seperti itu kepada teman wanitanya.Ini lain pula jadinya.

“Ha’ah,boleh juga,Dynaz tak menyesal ke?”Hariz mengangguk serentak sambil matanya tepat menglihat ke wajah Dynaz.Cepat Dynaz melarikan pandangannya dari tatapan Hariz dan menggeleng laju sambil berlari anak meninggalkan Hariz dan menuju ke gerai permainan tersebut.Hariz tersenyum manis mengingatkan Dynaz yang cuba melarikan pandangan dari terus bertembung dengannya.Hariz mengangguk sekali terserlah senyumannya di situ,sambil melirik nakal ke arah Dynaz dia tahu apa yang berada di dalam fikirannya Dynaz.Gementar..Dynaz gementar bertemu dengannya setelah sekian lama…

Sesampainya Hariz disisi Dynaz,tunangnya itu sudah pun memulakan permainannya dengan tekun.Hariz dengan senyuman yang tidak pernah jauh dari bibirnya memerhati Dynaz bermain sambil menjilat cermat aiskrim yang semakin mencair ditangannya.

“Nak aiskrim tak?”tiba-tiba Hariz berbisik lembut di cuping telinga Dynaz membuatkan wanita itu terhenti seketika,gemersik suara itu membawa sesuatu getaran yang menjalar ke seluruh tubuhnya,seketika kemudian dihujung suara itu, dirinya terdengar tawa kecil,dan membuatkan dia kembali ke alam sebenarnya.

“Ehem,aiskrim kan ada satu je..macam mana Naz nak makan?” Dynaz bersuara mengatur nafasnya yang hampir terputus sebentar tadi.Badan dan pandangannya tidak dihalakan kepada Hariz,masih berhadapan dengan permainan yang dimainnya.Agak gementar untuk berhadapan dengan sepasang mata bersinar dipunyai Hariz.

“So..want a share?”Hariz bersuara lagi masih dalam keadaan yang agak rapat dengan dirinya.Tersentak Dynaz dan cepat berpaling menghadap Hariz.Entah mengapa hatinya berdegup kencang.Lain…ini lain daripada selalu..

Seraya Dynaz berpaling,Hariz mengenyitkan mata nakal ke arahnya.Membuatkan dirinya lupa untuk bernafas buat sementara waktu.Wajah Hariz yang berada hampir dengan wajahnya sungguh bersih dan tampan,membuatkan hatinya jadi tidak keruan.Kegilaan apakah ini?dirinya tidak dapat berkata apa-apa!

“Amoi,kalau mau bercinta pergi cali hotel la..sini manyak olang mau main wo..”taukeh cina bersuara seakan berjenaka,membuatkan Dynaz tersentak dan serta merta menjauhkan dirinya daripada berada hampir dengan Hariz.Hariz berdehem kecil sambil tertawa kecil,terserlah sungguh ketampanan wajahnya.Merah padam wajah Dynaz dan berpaling laju untuk meneruskan permainannya.

“Abang jangan ganggu Dynaz lagi,Naz nak main sungguh-sungguh ni”Dynaz cuba mengawal keadaan sambil membaling gelung-gelung getah bagi tepat memasuki boto-botol yang menjanjikan hadiah bear yang diimpikan untuk diberi kepada Hariz.Hariz tertawa dibelakangnya membuatkan hatinya mendidih dengan perasaan malu.Laju dirinya memalingkan wajahnya dengan mencerunkan anak matanya kepada Hariz supaya tunangnya itu diam dan tidak menganggu kosentrasi dirinya.Hariz mengangkat kedua-dua belah tangannya sedikit menandakan dirinya mengalah dengan tenungan tajam itu.Tetapi kenakalan wajahnya masih terserlah disitu.


Apa yang dilakukan Hariz kepada dirinya pada hari ini benar-benar membuatkan Dynaz terkaku dan binggung disisi katilnya.Dibelek-belek rantai emas putih yang tergantung kemas di lehernya.Pemberian Hariz,sangat bernilai baginya.Dia mengusap-usap buah kalung yang berbentuk hati itu,sungguh hatinya kini berasa tidak keruan memikirkan Hariz.Berada berhampiran Hariz membuatkan dirinya tidak berasa seperti dahulu,tetapi tidak pula dirinya menolak kehadiran lelaki tersebut.Walaupun tidak seperti dahulu,hatinya tetap menginginkan kehadiran lelaki itu disisinya.Semakin hampir lelaki tersebut dengan dirinya semakin gila perasaan dirinya mendambakan lelaki itu.Hariz..apa yang terjadi dengan diriku ini?

Hujan yang masih lebat diluar sana sungguh mendinginkan,dan mengingatkan dirinya tentang segala kejadian yang berlaku secara tiba-tiba diantara dirinya bersama Hariz.Hati dan perasaanya terkedu,mindanya tidak dapat berfikir waras pada ketika itu…sungguh dia tidak menyangka…

“Wah!!lebatnya hujan diluar sana..ni kali pertama Dynaz lihat hujan dari dalam kereta..wah..”riang sungguh hatinya sambil tidak henti-henti memuji kecantikan dan kedamaian hujan pada malam itu.Sesekali dia berpaling menghadiahkan senyumnya kepada Hariz yang berada di kerusi pemandu di sebelahnya,dan kembali menikmati keindahan malam yang diselaputi kabus dan wap-wap air dari hujan yang lebat.

“Abang mainkan music ya..so, tak lah boring sangat..”Hariz bersuara sambil mencari CD yang digemarinya,Dynaz mengangguk laju matanya masih tetap di cermin tingkap kereta mewah tersebut.Ditangan Hariz erat memegang bear bewarna merah jambu,hasil kemenangan Dynaz di gerai permainan tikam yang menelan token sebanyak dua puluh ringgit.Sungguh tidak berbaloi kerana bear seperti itu hanya cuma berharga belasan ringgit sahaja di luar sana.Tetapi itu yang dimahukan Dynaz,Hariz tidak akan membantah.

Hujan yang sangat lebat memaksa Hariz untuk memberhentikan keretanya di bahu jalan,jika diteruskan takut mengundang kecelakaan.Alunan musik piano yang dimainkan Hariz amat mendamaikan jiwa dan menghidupkan suasana pada malam itu.

“Piano?!wow!Dynaz suka la..lama Naz tak main piano..”Dynaz bersuara sambil memejam matanya rapat,menghayati keasyikan rima piano yang dimainkan cakera padat itu.Hatinya tenang.Sungguh dia mengaku amat merindui untuk memetik kekunci piano lagi.

“Kenapa?kan rumah abang ada piano..Dynaz tak pergi main ke?”Hariz menyoal hairan,sebenarnya dia sudah berpesan pada keluarganya yang mungkin selama dirinya tiada di kampung,Dynaz akan datang bermain piano dan ia diterima baik oleh keluarganya.

Ala..abang malu la Dynaz nak pergi kerap ke rumah abang,lagipun kita bukannya sudah kahwin.”Dynaz bersuara lembut sambil menglihat Hariz di sebelahnya.Teddy bear yang dihadiahkan Dynaz berada kemas diribaan Hariz,membuatkan Dynaz tersenyum manis.Lama Hariz diam menatap wajah Dynaz yang berada berhampiran dengannya.

“Dynaz pejam mata sebentar,abang ada sesuatu nak hadiahkan ni..”Hariz bersuara sambil mengukir senyuman yang ikhlas.Tanpa menyoal Dynaz menurut,dipejam rapat kedua-dua kelopak matanya.Hariz mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya,dan dengan cermat memakaikan di leher Dynaz seutas kalung emas putih berbuahkan hati yang bertakhta berlian.Dynaz segera membuka kelopak matanya,sungguh dia tidak percaya dengan apa yang diberikan Hariz kepadanya.Indah sekali rantai itu bersinar-sinar di kala malam yang pekat.Tiba-tiba wajah Dynaz bertukar muram,kekeruhan pada wajahnya menyebabkan Hariz mengerutkan dahinya.

“Kenapa ni Dynaz?”

“Tak ada apa-apa..”

“Jangan tipu abang,mesti ada sesuatu..cakaplah”

“Abang masih sayangkan Dynaz?”

Soalan yang tiba-tiba muncul di mulut kecil Dynaz,membuatkan Hariz terdiam dan kehairanan.Tidak mungkin Dynaz tidak mengetahui hatinya sememangnya buat wanita itu.

“Kenapa Dynaz soal macam ini?Dynaz dah tak percayakan abang?”lembut suara itu,dan tangan Dynaz berasa hangat digenggam erat oleh Hariz.Diangkat wajahnya menglihat terus kewajah Hariz.Sungguh Hariz tidak menyangka kelopak mata Dynaz sudah pun bergenangan oleh air mata.Cepat dia menyeka lembut air mata itu.

“Sepanjang abang belajar di bandar,abang dah jadi orang lain…Dynaz takut abang,takut sangat abang akan berubah hati..lihatlah abang sekarang tak seperti dahulu lagi..segalanya berubah..”Dynaz meluahkan segala persaan yang terbuku dihatinya,air matanya tidak henti mengalir menambahkan lagi siksa dihati Hariz.

“Please..Naz don’t be like this..it’s hurt me..”Hariz bersuara penuh prihatin,kedua tangannya masih lagi memegang erat wajah insan yang dikasihinya itu.

“Abang sangat sayangkan Dynaz,dan itu tidak akan berubah selagi abang hidup di dunia ini.”kelembutan suara itu membelai mesra pendengaran Dynaz.

“And if Naz tak nak abang take a photo shoot with a girl after this,I’ll do that.”cepat sahaja Hariz dapat meneka apa yang bermain di fikiran Dynaz.Ya..ya.sememangnya itulah yang dirisaui Dynaz dari dahulu sehinggalah ke hari ini.Lirikan mata gadis-gadis kepada Hariz di tapak pesta tadi sangat menyakitkan hatinya.Gadis-gadis itu seperti tidak mempedulikan dirinya yang berada dekat di sisi Hariz,malah ada yang sehingga berani menjeling tajam kearahnya dan membuatkan hatinya luluh seperti dirinya tidak seganding dan secocok bersama Hariz,tunangnya itu.

“Dynaz tak sesuai dengan abang..”tenggelam timbul suaranya menahan sedih yang semakin menjadi-jadi di dalam dirinya.Pantas Hariz menggeleng dan mendekatkan wajahnya menghampiri wajah Dynaz.

“No,no..you’re the one.”romantis dan lembut sekali ucapan itu,Hariz mengusap-usap lembut wajah dihadapannya itu,membuatkan Dynaz terkesima untuk berkata apa-apa lagi.Pergerakkan Hariz perlahan dan cermat, merapatkan bibirnya di kelopak mata Dynaz dan mengucup lembut sisa-sisa tanggisan di pipinya Dynaz.Getaran yang terhasil dari kucupan itu bergerak cepat menjalar keseluruh tubuhnya Dynaz,dirinya tidak dapat berfikir apa-apa lagi.Segalanya tentang Hariz,hembusan nafas Hariz,wangian tubuh Hariz,kehangatan tubuh Hariz dan bibir hangat yang sensual dimiliki Hariz membuatkan dirinya seperti berada di awan-awangan dan sesungguhnya dia tidak mahu Hariz menjauhkan bibir itu dari terus mengucup lembut wajahnya.Desahan Dynaz di malam yang pekat dan kala hujan menyimbah lebat ke bumi membuatkan Hariz hilang kawalan dirinya,bibirnya seakan bebas menjalar kesetiap inci wajah wanita tersebut.Tetapi dikuatkan semangatnya apabila bibir miliknya itu mensasar ke arah bibir Dynaz yang basah dan menggoda itu.

“Ah..hh..Naz,hmmm..i’m sorry,I’m really sorry..”tiba-tiba Hariz menjauhkan wajahnya daripada terus menggila menerkam Dynaz.Naik turun dadanya menahan getaran nafsu yang semakin menguasai dirinya.Wajahnya di juruskan ke bawah,mengatur nafas yang dalam,tangannya masih lekat diwajah milik Dynaz.Dirinya mencari kekuatan untuk terus bertahan daripada nafsunya menguasai sepenuhnya mindanya.

Dynaz tersentak,malam yang dingin itu betul-betul menghayutkan dirinya.Sungguh dia tidak percaya bahawa dirinya begitu lemah sehingga sebegini rupa.Hatinya berdegup kencang dengan apa yang terjadi..inilah kali pertama dia melalui situasi sebegini rupa bersama Hariz.Ketakutan dan keasyikan semuanya bercampur menjadi satu,dan yang pastinya dirinya tidak menyesal dengan apa terjadi diantara dirinya bersama Hariz.



“Baguslah anak awak tu abang!balik kampung ni bukannya nak lekat kat rumah, tapi berjalan keluar dari petang sampai ke malam.Ni hujan-hujan lebat macam ini pun tak tahu nak balik rumah lagi.”runggut mak Anita,ibunya Hariz.Hatinya geram mendegar cerita tentang Hariz yang pulang ke kampung pada pagi tadi terus ke rumah tunangnya daripada pulang terus ke rumahnya.

Ala,Nita..Hariz tu kan sudah besar,jangan lah awak risaukan dia tu..awak tu tak perlu ambil hati lagi,tentang kes pagi tadi tu,kan nak sampai rumah kita akan lalu rumah Dynaz tu dulu..biarlah dia singgah sekejap kat sana,bukannya tak balik pun anak awak tu..”lembut Pak Kassim menenangkan hati isterinya itu.Dia tahu isterinya itu masih lagi makan hati dengan perkara pagi tadi.Tetapi semuanya sudah dijelaskan Hariz kepada ibunya itu,lama juga Hariz berusaha memujuk hati ibunya itu sampai berbagai-bagai cara jugalah si Hariz tu gunakan.Kesian budak itu.

“Nita nak tanya abang,apa yang istimewa sangat si Dynaz tu hah?!sambung belajar pun tak nak,kerja?asyik duduk terpuruk kat kebun bapanya saja!”Mak Anita mengeluarkan rasa tidak puas hatinya kepada suaminya itu.Sesungguhnya Dynaz itu tidak pantas mendapat anak lelakinya yang sungguh sempurna itu.

“Nita..tak baik kamu cakap macam tu,budak Dynaz tu bagus orangnya..tolong ibu bapa,sopan dan manis orangnya.Susah tau nak cari anak perempuan sekarang ni yang suka menolong di kebun,bermain kotor,dan mengangkat barang-barang berat.”panjang lebar Pak Kassim membetulkan pemikiran isterinya itu.Dia juga hairan dengan isternya itu yang masih tidak dapat menerima Dynaz dengan sepenuh hatinya.Ada sahaja peragai Dynaz yang tidak kena pada pandangan matanya.

“Hah,sudah lah malas saya nak cakap dengan abang lagi,semuanya asyik nak menangkan si Dynaz tu,kalau abang nak tahu budak tu cuma akan jadi beban je pada hidup anak kita!nak kena sara dia sampai tua,mengarut!”Mak Anita bising lagi sambil beredar masuk ke dalam rumahnya setelah meletakkan secawan kopi panas yang diminta suaminya.Pak Kassim hanya menggeleng-geleng kepalanya sambil terus membaca surat khabarnya di beranda rumahnya.Tiba-tiba cahaya lampu kereta menerangi kawasan halaman rumahnya,walaupun hujan lebat dia masih lagi dapat menglihat akan cahaya lampu kereta itu yang menyuluh tepat kearah rumahnya.Tahulah dia tentu si Hariz,anak lelakinya itu yang pulang.Cepat dia menjenguk jam dinding yang tergantung sergam di dalam rumahnya.09.45malam,awal lagi..mungkin cuaca hujan yang lebat menyebabkan malam ini kelihatan sudah lewat,awan gelap menutupi langit membuatkan malam semakin pekat.

“Asalamualaikum abah,tak tidur lagi?Hariz masuk dulu ye..”kelihatan Hariz mengabus-gabus rambutnya yang basah sedikit ditimpa air hujan tadi.Rambutnya yang agak panjang itu menutupi sebahagian matanya apabila dia mengelap-gelap dengan tuala kecil yang dihulur bapanya kepadanya.

“Hariz,abah ada sesuatu nak cakap dengan kau ni..mari duduk dulu nak..”

“Kenapa bah?ada masalah negara ke?”sempat lagi Hariz berseloroh membuatkan bapanya tertawa kecil.

“Abah nak tanya kau pasal Dynaz..”Pak Kassim bersuara dan senyuman di bibir Hariz mula mengendur.Dynaz..ya perempuan yang dikasihinya.

Malam itu Hariz tidak dapat melelapkan matanya dengan senang seperti hari-hari yang lain,mindanya penuh berlegar-legar dengan segala butir bicaranya bersama bapanya sebentar tadi.Bapanya menyoalkan tentang tarikh yang mungkin akan diputusnya untuk berkahwin bersama Dynaz.

“Riz,tak baik kau biar anak orang tunggu lama-lama..fikirlah sebaik-baiknya.”itulah kata-kata bapanya kepada dirinya yang membuat dirinya terkedu diam tidak terkata.Ya,sememangnya sudah hampir setahun setengah dirinya mengikatkan tali pertuangan bersama Dynaz.Sungguh di mengasihi wanita itu,apa yang difikirnya sekarang bukanlah untuk berkahwin tetapi untuk belajar,bekerja,dan mempunyai duit yang banyak, selepas itu barulah dirinya akan memikirkan untuk berumah tanga,dengan ini dia dapat memberikan kebahagian kepada isterinya kelak.

Hujan masih lebat diluar sana membuatkan Hariz menarik selimut tebalnya untuk menutup badannya daripada kedinginan.Ah,Dynaz..wanita itu benar-benar membuatkan dirinya hampir gila malam ini.Hampir sahaja dia tewas dengan gejolak nafsunya apabila mendengar desahan yang dihasilkan dari bibir yang kecil dan basah itu.Gila!..aku betul-betul gila!Selamatlah dirinya tidak terlajak kemana-mana,jika dirinya terlajak mengucup bibir Dynaz pasti dirinya sudah tidak dapat dikawal lagi.Hariz amat pasti tentang itu.

Hariz mengangkat sebelah lengannya dan diletakkan menutupi dahinya.Dihembuskan nafasnya perlahan.Matanya masih lagi celik,hairan tidak seperti hari-hari lain yang lalu.Dia menarik nafas dalam dan sekali lagi menghembus perlahan-lahan bagi mengatur segala keresahan jiwa.Pagi tadi dengan tidak sengaja dia menglihat Dynaz berpakaian tidur,sesungguhnya itulah kali pertama dirinya menglihat Dynaz yang begitu terdedah,wajah tidur Dynaz yang begitu sempurna bagi dirinya walaupun rambutnya ketika itu tidak terurus,dirinya sangat menyukainya.Dynaz..

“Astagafirullahhalazim..ya Allah,apakah ini?kuatkan semangat ku..”cepat Hariz beristighfar apabila pemikirannya kembali mengingati segala kejadian yang tidak sepatutnya dirinya fikirkan.Segera Hariz bangun dari katilnya dan beredar ke bilik air mengambil wuduk dan melaksanakan solat tahajud,supaya semangat dirinya bertambah dan memohon ketenangan daripada yang Maha Esa.

Pagi itu sekali lagi halaman rumah Dynaz dipenuhi suara keriuhan kanak-kanak yang berbising dan bersorak-sorak.Kali ini Dynaz sudah pun siap bersedia tidak lalai seperti hari sebelumnya.Malu sungguh dirinya apabila Hariz terlihat wajah tidur dan baju tidurnya.Mesti sungguh menjelikkan!

Tiba-tiba bunyi hon sebuah kenderaan kedengaran.Dari penghayatan Dynaz itu bukanlah bunyi hon kereta tetapi bunyinya seakan bunyi kenderaan yang lebih besar daripada sebuah kereta.Segera Dynaz menghampiri tingkap biliknya yang sudah siap dibukanya pada awal pagi lagi,supaya kejadian seperti semalam tidak berlaku lagi.

Apabila dia menghampiri jendela,alangkah terkejut dirinya sebuah lori besar terparkir kemas di halaman rumahnya.Tanpa berlengah lagi terus sahaja dia berlari menuruni anak tangga untuk ke halaman rumahnya.

“Hello,cik ni namanya Nor Dynaz binti Rahim ka?”seorang lelaki India yang turun dari lori trsebut mendekati Dynaz sambil ditangannya memegang erat kertas-kertas yang kelihatan penting sekali.

“Ha’ah,ssa..ya Dynaz..”tergagap Dynaz mengatur ayat,sebenarnya dia terkejut dengan kedatangan yang tidak diundang ini.

“Jangan risau,saya datang ni bukan apa-apa..cuma mau hantar barang sahaja..ini barang dari En.Hariz untuk Cik Nor Dynaz.”sopan lelaki India itu bercakap sambil mengarahkan tiga lagi rakannya menurunkan barang tersebut.Dynaz sempat membalas senyuman lelaki India tersebut walaupun wajahnya masih dengan raut yang kehairanan dan penuh dengan tanda tanya.

“Apa yang Hariz janji nak bagi Dynaz ni?”soal Pak Rahim membuatkan Dynaz menjungkit kedua-dua bahunya tanda tidak mengetahui apa-apa.Mak Ana mendekati Dynaz,wajahnya juga penuh dengan tanda tanya.

Hampir luruh jantung Dynaz apabila menglihat barang yang diberikan Hariz ialah sebuah piano berwarna putih bersih dan kelihatan sangat mahal.Sorakkan kanak-kanak yang menglihat piano putih tersebut semakin menjadi-jadi.Dikelilingnya mereka sekitar piano tersebut seperti barang itu diberikan khas kepada mereka.Dynaz terkedu,ibu bapanya juga turut tidak terkata apa-apa.

“Wah!kak Dynaz dah ada piano!ye ye ye..”terdengar sorakan meriah dari kanak-kanak sekitar rumahnya.Dia hanya mampu tersenyum,dan ketika ini air matanya bergenang di kelopak matanya.Loket hati pada rantainya dipegang lembut.Hariz aku sangat mencintai dirimu.

“Kak Dynaz,ni ada sesuatu tuk kak.”tiba-tiba Upin,seorang kanak-kanak lelaki yang sememangnya rapat dengan Dynaz menarik lembut skirt labuh yang dipakai Dynaz.

Dynaz mengesat cepat air matanya.Upin tersenyum manja dan menghulurkan sehelai kertas yang sudah dilipat kemas.Dynaz menyambutnya cermat dengan raut wajah yang penuh tanda tanya,dikerutnya keningnya kepada Upin.

“He..He..abang Hariz bagi tadi.”Upin menjawab segala tanda tanya di wajah Dynaz.Dynaz tersentak dan tersenyum manis.Tidak sangka Hariz masih menggunakan khidmat Upin untuk menghantar surat-surat kepada dirinya.Dia masih ingat ketika hangat dilamun cinta dulu,Upinlah yang sering menjadi pengantara antara mereka berdua dan Hariz akan megupah Upin dengan membawanya makan cendol dan aiskrim di kedai Halimah.Tetapi setahu dia sudah lama mereka tidak menggunakan khidmat Upin lagi,seingat dirinya sejak mereka bertunang upin tidak dijadikan pengantara lagi.Hariz..Hariz..kenapa buat benda macam budak-budak ni lagi…

Dynaz tersenyum manis sambil menggeleng-geleng kepalanya.

“Eh,Upin nanti petang jumpa di kedai kak Limah tau.”sempat Dynaz berpesan pada Upin sambil mengenyitkan matanya, tanda yang mereka sahaja yang mengetahuinya.Upin mengangguk laju sambil ketawa berlari dan berman bersama rakan-rakannya.

Sedang sibuk lelaki-lelaki India memindahkan piano,Dynaz mengambil peluang membuka dan membaca suratnya.

Asalamualaikum Dynaz,

Abang harap ketika ini Dynaz sudah pun menerima ‘barang’ yang ingin sangat abang berikan kepada Dynaz selama ini.Abang tahu Dynaz sangat sukakan ia seperti mana diri abang.Naz,ketika ini abang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur,tiba-tiba perkara penting berlaku dan memerlukan abang untuk pulang kesana.Maafkan abang kerana tidak sempat berjumpa sebelum berangkat pulang.Apa yang penting Dynaz perlu tahu yang abang sangat mengasihi Dynaz.

Dynaz,abang sangat memohon maaf atas kejadian semalam.Sesungguhnya kehadiran Naz di sisi abang sangat memberi makna yang amat mendalam di dalam hati abang.Percayalah..Naz doakan abang untuk terus berjaya,supaya dapat membina keluarga yang serba sempurna kelak.Abang akan berusaha yang terbaik buat hubungan kita.Janji pada abang,tunggu abang…

Hariz.

Abang,sesungguhnya diri ini sangat mencintaimu..di mana sahaja abang berada Dynaz tidak akan berhenti berdoa untuk kejayaan abang dan kebahagian kita..luah Dynaz sepenuh hati sambil mengenggam erat loket hati bertakhta berlian yang diberi Hariz kepadanya.

3 comments:

Zeni Geba said...

Uish..Hariz jadi model?
cool!!!
Hariz pulang dr KL agak noti dr kebiasaan..
which mean very good! hahaha..

teruskan menulis ye Kanafee..
luv u:)

Anonymous said...

ermm agak noti gak si hariz nie..
pape pun romantic gak le
huhuhuhu

dixie dollz said...

walaweyy hoho xDD!

Post a Comment

 
Novella~My LovE. Design by Pocket